EXAM PAPER - PT 1 PEND MZ PPG.docx

5
SULIT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU Semester 7 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 - PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH (KEDAH) NO. KOD : MZU3223 TARIKH: MEI 2015 ANGKA GILIRAN: MASA : 2 JAM 30 MINIT IPG KAMPUS : ARAHAN KEPADA CALON 1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A : 4 soalan struktur Bahagian B : 3 soalan esei 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan Bahagian B. 3. Semua jawapan hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. . BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 5 HALAMAN BERCETAK

Transcript of EXAM PAPER - PT 1 PEND MZ PPG.docx

Peperiksaan Format IPG

No. Kod :MZU3223INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPeperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSemester 7

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 - PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH (KEDAH)

NO. KOD :MZU3223TARIKH:MEI 2015

ANGKA GILIRAN:MASA :2 JAM 30 MINIT

IPG KAMPUS :

ARAHAN KEPADA CALON1.Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:Bahagian A : 4 soalan strukturBahagian B : 3 soalan esei2.Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan Bahagian B.3.Semua jawapan hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan..

No Kod :SN 1234

SULIT

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 4 HALAMAN BERCETAK

BAHAGIAN A( 40 markah )Jawab semua soalan.Pendekatan deduktif biasanya digunakan untuk membuktikan sesuatu pernyataan atau membuktikan sesuatu teori. Pendekatan ini biasanya digunakan dalam penyelidikan kuantitatif.aNyatakan lima jenis penyelidikan kuantitatif[5 markah]bPenyelidikan dalam pendidikan mempunyai dua ciri utama iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logik dan mematuhi kaedah saintifik.Bagaimana harus anda jelaskan dan huraikan tentang langkah-langkah yang logik, sebagai ciri utama penyelidikan dalam pendidikan[10 markah]Model Penyelidikan yang terdiri daripada dua lingkaran dan dilaksanakan berulang-ulang sehingga masalah dapat diselesaikan sepenuhnya adalah Model Stephen Kemmis.aSenaraikan lima langkah dalam lingkaran pertama[5 markah]bCikgu Sarah adalah Guru Cemerlang Pendidikan Muzik, yang beru sahaja berpindah ke Sekolah Kebangsaan Solok Wan Moh. Beliau menghadapi masalah murid tahap 2 yang sering tidak membawa rekoder. Beliau telah mengenalpasti masalah dengan merujuk kepada pengalaman beliau di sekolah lama.Kaitkan kes Cikgu Sarah dengan satu jenis model yang sesuai dan nyatakan empat peringkat model tersebut, seterusnya kemukakan lima langkah perlaksanaan kajian berpandukan model tersebut dengan jelas.[10 markah]Respondan yang dipilih menentukan persampelan dalam penyelidikan seorang penyelidik.aNyatakan lima respondan yang sesuai untuk kajian berbentuk Penyelidikan dalam pendidikan[5 markah]bBanding bezakan lima aspek utama dalam proses temu bual berstruktur dan proses tidak berstrukturTemu bual berstrukturTemu bual tidak berstruktur

[10 markah]aPenyebaran dapatan penyelidikan adalah proses penting perkongsian maklumat dan pengetahuan penyelidik dengan penyelidik lain dan audians yang berkaitan dengan penyelidik.Nyatakan lima medium untuk menyebarkan dapatan penyelidikan[5 markah]bPerancangan yang teliti amat diperlukan dalam proses menyediakan artikel Penyelidikan tindakan.Berdasarkan item dalam jadual di bawah, bincangkan proses yang sesuai untuk setiap bahagian.

BahagianPenjelasan

Tajuk Kajian

Abstrak

Refleksi Pengajaran dan pembelajaran yang lalu

Isu Keperihatinan

Objektif

[10 markah]

BAHAGIAN B( 60 markah )Jawab semua soalan.Seorang guru bercadang membuat kajian berdasarkan tinjauan kes terhadap murid-muridnya yang menghadapi masalah persepsi dalam menulis tangkai not-not minim. Murid tersebut telah melakukan kesilapan dalam meletakkan tangkai not minim di sebelah kiri, yang sebenarnya di sebelah kanan bulatan not minim, berdasarkan prinsip kadar banding.Berdasarkan model Stephen Kemmis, cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengatasi masalah tersebut.[20 markah]

Dalam melaksanakan kaedah kualitatif adalah penting bagi seseorang penyelidik memilih kaedah yang sesuai untuk mengutip data. Perjelaskan empat teknik mengutip data dalam kajian tindakan.[20 markah]

Mengelolakan majlis, seminar biasa dan seminar penyelidikan tindakan adalah berbeza. Anda telah dilantik sebagai pengerusi Seminar penyelidikan Tindakan Pendidikan Muzik Semester (PPG) Ambilan Februari 2012.Jutifasikan bagaimana seminar penyelidikan tindakan anjuran anda itu dikatakn berjaya.[20 markah]

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 20154SULIT