esaimen tugasan
Click here to load reader
-
Upload
faizurah-wasli -
Category
Documents
-
view
74 -
download
11
description
Transcript of esaimen tugasan
1.0 PENGENALAN
Marcapada kini, kita sering melihat bahawa ramai pelajar yang takut dengan
“kaunseling” dan “bilik kaunseling”. Kaunseling dianggap sesuatu yang akan
menggambarkan peribadi seseorang yang bermasalah. Ramai pelajar yang tidak
berminat dan tidak mahu untuk diberikan kaunseling secara bersebab ataupun tidak
kerana mempunyai tanggapan negatif terhadap kaunseling. Penubuhan Unit
Bimbingan dan Kaunseling dalam organisasi sekolah merupakan salah satu langkah
yang diambil sebagai pendekatan terhadap murid untuk memberikan perkhidmatan
sama ada berbentuk luahan perasaan, motivasi dan sebagainya.
Perkhidmatan kaunseling merupakan satu perkhidmatan tolong bantu yang
unik (Hackney, 2000). Taylor (1994) berpendapat bahawa kaunseling bukanlah suatu
perkhidmatan mewah yang ditawarkan kepada individu yang bermasalah tetapi
sebagai satu keperluan untuk masyarakat yang sihat. Pate (2000) melihat kaunseling
sebagai satu profesion yang mengandungi deskripsi peranan, kod etika, garis
panduan yang teratur, menekankan kecekapan dan perlesenan serta persijilan
kaunselor. Perkhidmatan kaunseling juga dilihat sebagai satu perkhidmatan asas
yang diperlukan oleh manusia dalam mencapai matlamat. Perkhidmatan kaunseling
banyak dibicarakan dalam masyarakat yang lebih maju kerana semakin masyarakat
itu maju, fungsi-fungsi individu dalam masyarat itu menjadi semakin khusus. Hal ini
dikukuhkan dengan pandangan Gladding (2000) yang mengatakan bahawa
kaunseling semakin maju kerana perkhidmatan ini dapat membantu individu yang
bermasalah dan kritikal. Kemajuan kaunseling juga diperakui oleh Schmidt (2003)
apabila kaunseling di sekolah-sekolah berkembang pesat dan penting pada abad ke-
20.
Menurut Sapora dan Hapsah (2003), perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
di sekolah memainkan peranan penting dalam agenda pendidikan negara terutama
bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran
Wawasan 2020. Peranan penting ini dapat dimainkan dengan berjaya melalui
perancangan Program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah yang
sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan.
Namun bagi mencapai hasrat tersebut bukan mudah memandangkan terdapat
1
banyak halangan dan isu-isu yang dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling
sepenuh masa dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
Secara kesimpulannya, kaunseling merupakan satu agenda pendidikan yang
diwujudkan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara kita.
Kaunseling tidak boleh dipandang hanya untuk murid yang bermasalah ataupun
murid yang mempunyai masalah disiplin, akan tetapi peranan kaunseling sangat
besar bagi sesebuah organisasi sekolah sebagai salah satu medium untuk
merealisasikan matlamat yang disasarkan bagi membentuk generasi yang
mempunyai perwatakan peribadi kelas pertama dan menjadi tunjang pimpinan
terhadap generasi yang akan datang.
Dalam tugasan ini, akan membincangkan tentang kajian dan penilaian
tentang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam sekolah berpraktikum pada
fasa 3. Kajian yang dilakuakan adalah menyeluruh. Data yang diambil adalah melalui
pemerhatian, temu bual dan menganalisis dokumen-dokumen yang terdapat dalam
bimbingan dan kaunseling. Tugasan ini adalah untuk melihat bagaimana
pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan di sekolah dan
kesan terhadap komuniti yang berada di sekolah.
2
2.0 LATAR BELAKANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
Tugasan ini dijalankan di sebuah sekolah daerah Tawau iaitu Sekolah Kebangsaan
Ranggu Tawau. Saya bersama dengan 5 orang rakan saya sedang menjalankan
praktikum fasa 3 di Sk. Ranggu dan kajian dan penilaian yang dilakukan terhadap
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah dalam persekitaran Sk. Ranggu.
Komuniti dalam sekolah ini tidak terlalu ramai dan terletak jauh dari kawasan bandar.
Terdapat lebih kurang 600 murid yang belajar di sekolah ini dan mempunyai 35
orang guru yang bertugas.
Guru bimbingan dan kaunseling dalam sekolah ini bernama Cikgu nureen.
Cikgu Nureen berasal dari semenanjung Malaysia dan berkahwin dan menetap di
Tawau Sabah. Beliau telah berkhidmat sebagai guru kaunseling di sekolah ini lebih
kurang 9 tahun. Cikgu Nureen telah melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia
Sabah (UMS) dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kaunseling). Kursus
yang beliau ambil ketika di UMS bukan bidang pendidikan.
Selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS),
cikgu Nureen telah melanjutkan pelajaran dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI) dan meneruskan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) selama
setahun. Menurut beliau, pengambilan terhadap opsyen bimbingan dan kaunseling
terlalu sedikit dan beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana terpilih untuk
meneruskan pembelajaran dalam kaunseling dalam bidang pendidikan. Kelayakkan
ini membolehkan beliau untuk menjadi guru kaunseling di peringkat sekolah rendah.
Cigku Nureen memulakan tugas sebagai guru kaunseling di sebuah sekolah
di Semenanjung selama setahun dan kemudian mendapat surat perpindahan yang
meminta beliau mellaksanakan tugas sebagi guru kaunseling di tempat say
berpraktikum iaitu Sk. Ranggu Tawau. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama
9 tahun. Beliau telah menjadi guru kaunseling selama 10 tahun. Menurut beliau,
pelbagai pengalaman yang ditempuhi semasa menjadi guru kaunseling dan cabaran
pada masa kini menjadikan kerjaya sebagai guru kaunseling semakin mencabar.
3
3.0 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
KEBANGSAAN RANGGU
Rajah 3.0 : Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sk. Ranggu
4
Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Keadaan Fizikal Bilik Bimbingan Dan Kaunseling
Perkhidmatan Yang Dijalankan
Isu-isu Sekolah Berkaitan
Bimbingan Dan Kaunseling
Perancangan Program
Sepanjang Tahun
Bimbingan Dan Kaunseling
Cabaran Yang Dihadapi
Saya telah mengumpul data mengenai perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
Sk. Ranggu dengan menggunakan kaedah temu bual kepada guru kaunseling dan
beberapa guru yang lain, pemerhatian terhadap situasi dan fizikal bilik bimbingan dan
kaunseling serta pelaksanaan bimbingan dan kaunseling di sekolah, menganalisis
dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti bimbingan dan
kaunseling serta melihat rekod dan data-data yang isu-isu di sekolah yang
melibatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan data yang saya
perolehi, kajian dan penilaian saya mengenai perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah ini ialah berkaitan kepada aspek dalam rajah 3.0.
3.1 Keadaan Fizikal Bilik Bimbingan Dan Kaunseling
Bilik atau ruang sesi kaunseling mestilah kemas dan tidak menyakitkan penglihatan
klien dan kaunselor (Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Sulaiman Shakib
Mohd Noor, 2003). Dalam pelaksanaan sesi kaunseling yang dilakukan bersama
klien dan kaunselor memerlukan sebuah tempat yang selesa dan kemas bagi
membolehkan proses kaunseling berjalan dengan baik dan tidak mengalami
gangguan semasa sesi kaunseling dijalankan. Suasana yang diperlukan semasa sesi
bimbingan dan kaunseling dijalankan ialah suasana yang tenang dan tidak
mempunyai unsur-unsur yang akan mempengaruhi emosi terhadap klien.
Berdasarkan kajian saya terhadap bilik kaunseling Sk. Ranggu, saya
mendapati susun atur dan tahap kondusif dalam pelaksanaan sesi kaunseling dalam
keadaan yang baik. Bilik kaunseling mempunyai infrastuktur yang diperlukan dan
sesuai dengan peringkat umur bagi murid-murid yang masih bersekolah di sekolah
rendah. Tahap keluasan bilik juga baik bagi menjalankan sesi kaunseling sama ada
secara perseorangan atau berkelompok. Saya mendapati bahawa infrastuktur yang
disediakan mewujudkan suasana yang aman dan selesa ketika sesi kaunseling
dijalankan.
Dari segi kemudahan, saya mendapati bahawa kemudahan yang
disediakan mencukupi dan berpatutan dengan saiz bilik kaunseling. Kemudahan
yang terdapat dalam bilik tersebut ialah seperti kipas, lampu, meja, kerusi, karpet dan
sebagainya bagi menimbulkan keselesaan antara kaunselor dan kliean.
5
Saya juga mendapati, susun atur dalam bilik kaunseling tersebut juga kemas.
Fail disusun dengan kemas di rak yang disediakan dan mempunyai label bagi
memudahkan guru untuk mencari data yang diperlukan. Saya juga mendapati
terdapat beberapa poster yang dilekatkan bagi meningkatkan motivasi dan sebagai
peransang kepada murid yang masuk dalam bilik tersebut. Lokasi bilik bimbingan
dan kaunseling ini juga sebari dengan bilik guru dan bilik pentadbiran. Ini akan
memudahkan lagi kerja dan menjadikan kerja lebih sistematik bagi sebarang rujukan
yang perlu dibuat engan guru ataupun pihak pentadbiran.
Bilik ini juga mempunyai bersih dan ceria. Susun atur segala barang dan
kemudahan disusun dengan rapi dan kemas. Tempat bagi sesi bimbingan juga
disediakan dalam satu sudut dalam bilik tersebut bagi menimbulkan keselesaan
antara klien dan kaunselor.
3.2 Perkhidmatan Yang Dijalankan
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bertujuan membantu murid-
murid agar lebih prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina
kemahiran menyelesaikan konflik diri. Kaunseling di sekolah harus dijalankan
serentak sengan aktiviti penggayaan dan pengukuhan sesuai dengan Dasar
Pelaksanaan Kaunseling Sekolah yang telah diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu,
proses membantu ini melibatkan usaha kolektif antara kaunselor, guru, rakan
sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah lengkap
dengan teori, prinsip dan kemahiran kaunseling boleh membantu guru memainkan
peranan sebagai kaunselor untuk membantu murid-murid.
Unit bimbingan dan kaunseling Sk. Ranggu telah menjalankan beberapa
perkhidmatan untuk murid-murid. Antaranya ialah bimbingan individu, bimbingan
berkelompok, kaunseling individu dan kaunseling berkelompok. Dalam sesi
kaunseling dijalanan sama ada dalam kaunseling individu atau berkelompok,
kaunselor menekankan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan pembangunan
sahsiah murid, peningkatan disiplin murid, pengenalan kepada kerjaya masa depan
dan psikososial dan kesejahteraan mental. Menurut cikgu Nureen, penekanan ini
ialah sebagai asas bagi setiap individu murid untuk membentuk sahsiah dan
menjadikan murid berwawasan tinggi dan sentiasa positif dalam pembelajaran.
6
Setiap penekanan aspek yang diberikan perhatian, perkhidmatan kaunseling
telah menyediakan program bagi memastikan segala aspek yang ditekankan dapat
dilaksanakan dengan lancar dan sistematik. Objektif utama program ialah untuk
memberikan murid peluang untuk merasakan pengalaman sendiri bagi penekanan
terhadap aspek-aspek yang ditekankan. Antaranya ialah, bagi aspek peningkatan
disiplin murid, unit bimbingan dan kaunseling Sk. Ranggu telah menjalankan program
pemupukan nilai murni. Program ini dijalankan setiap kali perhimpunan pada hari
Isnin. Cikgu Nureen mengambil peluang dalam sesi perhimpunan yang dijalankan
bagi menegur sikap-sikap murid secara keseluruhan dan memberikan tips-tips dan
kata-kata motivasi untuk belajar . Terdapat pelbagai sesi yang dijalankan dalam
program ini semasa perhimpunan dijalankan. Salah satunya ialah dengan
memberikan hadiah kepada murid-murid yang lahir pada setiap bulan bagi
meningkatkan motivasi murid untuk belajar.
Selain itu, bagi aspek peningkatan disiplin murid, guru kaunseling telah
menjalankan program sesi bimbingan dan kaunseling bagi murid-murid yang
mempunyai masalah yang kritikal dalam aspek disiplin. Sesi kaunseling yang
dijalankan mengikut jenis kesalahan sama ada secara individu atau berkelompok.
Unit bimbingan dan kaunseling akan bekerjasama dengan Unit Hal Ehwal Murid dan
Unit Disiplin iaitu di bawah kendalian Puan Jijah Awg Saman dan cikgu Awang bagi
mengenalpasti murid-murid yang memerlukan khidmat bimbingan dan kaunseling.
Unit bimbingan dan kaunseling akan menjalankan sesi refleksi kepada perbuatan
yang dilakukan dalam keadaan yang tenang an tidak memaksa murid-murid agar
murid sedar akan perlakuan sesuatu tingkahlaku yang melanggar disiplin sekolah
akan mengakibatkan kemudaratan kepada pihak-pihak yang lain sekaligus
menimbulkan kesedaran dalam diri setiap individu yang terlibat dengan masalah
disiplin ini.
Di samping itu juga, bagi aspek pembangunan sahsiah murid, program
kaunseling dijalankan ialah Program Kepimpinan Murid. Program ini dirancang khas
untuk pengawas sekolah. Program ini bertujuan untuk mengembangkan potensi daya
kepimpinan dalam diri murid. Kepentingan program ini ialah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan boleh menjadi pelapis
kepada pemimpin pada hari ini. Objektif dan matlamat kepada program ini ialah
untuk melahirkan generasai yang memenuhi matlamat yang disasarkan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara kita iaitu melahirkan generasi yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
7
Bagi aspek yang terakhir iaitu pengenalan kepada kerjaya yang ditekankan
oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, cikgu Nureen selaku guru kaunseling telah
menjalankan Program Pengenalan kepada kerjaya. Program ini dijalankan kepada
murid-murid yahun enam yang bakal menamatkan persekolahan pada peringkat
rendah. Antara aktiviti dalam program ini ialah ceramah yang dijalankan sebagai satu
pendedahan kepada murid-murid tahun enam bagi melihat pembelajaran dalam skop
yang lebih besar. Program ini juga membantu murid-murid untuk memilih kerjaya
yang bakal mereka ceburi pada masa hadapan dengan mengetahui potensi dan
peluang serta kecenderungan terhadap pemilihan kerjaya berdasarkan kepada tahap
pencapaian dan minat murid-murid. Pelaksanaan program ini adalah untuk
memberikan motivasi kepada murid-murid dalam pemilihan kerjaya dan sebagai
suntikan motivasi kepada kerjaya yang diceburi pada masa hadapan.
Kesimpulannya, Sk. Ranggu mempunyai inisiatif untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan. Pelaksanaan setiap program yang menekankan kepada aspek-
aspek tertentu ialah sebagai satu cara dan usaha guru kaunseling bagi membantu
murid.
3.3 Isu-Isu Sekolah Yang Berkaitan Dengan Bimbingan Dan Kaunseling
Wayson (dalam Moh. Shochib, 2010:2) menyatakan, “Peribadi yang memiliki dasar-
dasar dan mampu mengembangkan disiplin diri, bererti memiliki keteraturan diri
berdasarkan acuan nilai moral. Sehubungan dengan itu, disiplin diri dibangun dari
asimilasi dan penggabungan nilai-nilai moral untuk diinternalisasi oleh subjek didik
sebagai dasar-dasar untuk mengarahkan perilakunya”. Berdasarkan kenyataan
Wayson, masalah disiplin haruslah dibangunkan melalui nilai-nilai murni yang
diterapkan kepada pelakunya.
Dalam bidang disiplin murid, penerapan nilai-nilai murni dangat berkait rapat
dengan peranan guru bimbingan dan kaunseling. Pelbagai isu dan masalah disiplin
yang berlaku disekolah. Sesuatu perilaku murid tidak boleh disalahkan sepenuhnya
kerana itu adalah salah satu cara untuk murid belajar dari kesilapan dengan melihat
kebaikan dan keburukkan sesuatu tingkahlaku. Antara isu-isu disiplin yang berlaku di
Sk. Ranggu dan tindakan guru kaunseling bagi menangani masalah tersebut
dinyatakan dalam jadual di bawah.
8
ISU-ISU MASALAH DISIPLIN MURID TINDAKAN GURU KAUNSELING
MENGEJEK RAKAN SEHINGGA
MENYEBABKAN KEKASARAN.
Sikap mengejek dalam kalangan
sebilangan murid dalam Sk. Ranggu
tidak asing lagi. Murid-murid suka untuk
menjadikan rakan yang mereka tidak
senangi dengan gelaran yang tidak baik
dan kadang kala mengejek sehingga
nama ibu bapa murid terlibat. Dalam isu
ini menyebabkan murid yang diejek
menjadi marah dan bertindak mengasari
rakan-rakan yang mengejek. Antara
kekasaran yang dilakukan ialah dengan
menumbuk, memukul dan sebagainya.
Pergaduhan tersebut akan menjejaskan
keselamatan murid, prestasi murid dan
nama baik sekolah.
MEMBERI PERKHIDMATAN
KAUNSELING
Murid-murid yang terlibat akan dipanggil
oleh guru kaunseling dan dibawa
berbincang di dalam bilik kaunseling.
Segala sesi yang dijalankan akan
menjadi rahsia antara kliean dan
kaunselor sahaja. Guru kaunseling akan
bertindak sebagai pembuka minda tanpa
menggunakan kekerasan dan
memberikan masa dan peluang kepada
murid-murid yang terlibat untuk
memikirkan akibat-akibat jika
berkelakuan yang demikian dan
menjalankan sesi tukar perana. Sesi
tukar peranan ini ialah menggambarkan
keadaan seseorang di tempat seseorang.
Apabila murid menyedari kesilapan
mereka, guru kaunseling akan meminta
murid untuk meminta maaf antara satu
sama yang lain dan berazam tidak akan
melakukannya lagi.
GANGSTER
Gangster merujuk kepada sebilangan
murid yang suka berpuak-puak dan
menjalankan kerja yang tidak baik
terhadap rakan-rakan yang lain.
Antara tingkahlaku yang dilakukan
ialah dengan memperlekehkan orang
lain, memandang rendah terhadap
orang lain, merasakan diri hebat
KAUNSELING BERKELOMPOK
Murid-murid yang terlibat dalam isu ini
akan dipanggil dan diberikan kaunseling
kelompok. Guru kaunseling akan
meminta murid-murid untuk menceritakan
kenapa berkelakuan sedemikian.
Kadangkala, murid-murid yang
melakukan perilaku ini ialah murid-murid
yang kurang mendapat perhatian
9
kerana paling tua berada di sekolah.
Kebiasaannya, isu ini berlaku dalam
kalangan murid tahun 6 yang
merasakan diri mereka paling tua
dalam kalngan murid-murid dan
sewenang-wenangnya melakukan apa
sahaja yang disukai kepada murid
yang lain.
keluarga. Oleh itu, guru kaunseling akan
memberikan motivasi dalam keadaan
yang paling terbaik dan tidak
menyinggung perasaan murid-murid dan
meminta murid-murid untuk
menumpukan perhatian kepada
pembelajaran.
PONTENG
Masalah ponteng sekolah berlaku dalam
kalangan murid-murid tahap 1. Isu ini
terjadi kerana murid kurang minat dan
terlalu manja untuk berpisah dengan ibu
bapa mereka bagi menghadiri sesi
persekolahan. Ibu bapa juga
memanjakan anak-anak mereka dan
tidak tegas menyebabkan isu ponteng
sekolah ini menjadi kebiasaan kepada
murid yang berkaitan.
Isu ini akan memberikan kesan kepada
murid dari segi pencapaian dalam
pembelajaran.
MEMBERIKAN DORONGAN
DAN MOTIVASI
Bagi murid-murid dalam tahap ini, guru
kaunseling akan memberikan dorongan
dan motivasi kepada murid mengikut
dengan kesesuaian tahap umur. Laras
bahasa yang digunakan juga
bersesuaian dan tidak berunsur paksaan.
Guru kaunseling kaan mendedahkan
kebaikan-kebaikan apabila bersekolah
dan meminta murid itu sendiiri untuk
memberitahu akibat-akibat jika tidak
bersekolah. Secara tidak langsung, minat
murid akan semakin bertambah.
TIDAK MENYIAPKAN KERJA
SEKOLAH
Terdapat sebilangan murid yang tidak
menyiapkan kerja sekolah kerana terlalu
bermain selepas pulan dari sekolah
menjadikan badan penat pada waktu
malam dan terus tidur tanpa
melaksanakan tugasan yang diberikan
oleh guru. Isu seperti ini akan
menjejaskan prestasi kepada murid-
murid yang telibat dan memupuk sifat
malas dan tidak bersungguh-sungguh
MEMANGGIL IBU BAPA
Memanggil ibu bapa ialah tindakan yang
dilakukan oleh guru kaunseling kerana
masalah ini semakin kritikal akibat dari
kebiasaan. Ibu bapa disarankan untuk
menjaga aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh murid-murid selepas kembali ke
rumah dan menghadkan masa bermian
anak-anak mereka bagi membolehkan
anak-anak mereka mempunyai tenaga
10
dalam pembelajaran. untuk belajar pada waktu malam.
MENCURI
Dalam isu ini, murid-murid yang terlibat
ialah dari kalangan murid-murid yang
mempunyai latar belakang keluarga yang
kurang berkemampuan. Murid terdesak
untuk memcuri kerana cemburu murid-
murid yang laian mempunyai benda yang
lengkap.
MEMBERIKAN BIMBINGAN
Guru kaunseling memberikan bimbingan
dan nasihat kepada murid ini. Guru
kaunseling akan meminta murid ini
menggambarkan perasaan yang dialami
ketika barang miliknya juga dicuri. Murid
ini diminta untuk berazam tidak
melakukannya lagi dan meminta maaf
serta mengembalikan barang yang dicuri.
3.4 Perancangan Program Sepanjang Tahun Bimbingan Dan Kaunseling
11
Saya telah menjalankan temu bual dengan guru bimbingan dan kaunseling iaitu
Cikgu Nureen dan bertanya tentang perancangan program sepanjang tahun .
Berdasarkan analisis taqwim sepanjang tahun bagi program bimbingan dan
kaunseling, Sk. Ranggu akan menjalankan pelbagai program. Antaranya ialah seperti
yang berikut.
3.4.1 Program Transisi
Program transisi ialah satu program yang dijalankan bagi murid-murid tahun 1 yang
baru memasuki sekolah. Program ini dijalankan untuk memberikan pendedahakn
kepada murid tentang peraturan-peraturan dan etika yang perlu dipatuhi semasa di
sekolah. Progam ini dijalankan semasa seminggu. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah, sesi suai kenal, pendedahan kepada peraturan sekolah, pemberitahuan
tentang masa belajar dan rutin harian di sekolah.
3.4.2 Program Mentor-Menti
Program mentor-menti juga dilaksanakan stiap bulan di sekolah ini. Program ini
menetapkan guru kelas sebagai mentor bagi setiap kelas dan anak murid dalam
kelas tersebut merupakan menti. Semasa program mentor-menti ini dijalankan,
mentor bertindak sebagai pendengar masalah, keluhan dan cadangan dari pihak
murid iaitu menti dan berperanan untuk memberikan rasional dan membuka minda
murid-murid untuk berfikiran dengan lebih jaub lagi.,
3.4.3 Program Guru Penyayang
Program guru penyayang ialah satu program yang dilaksanakan pada setiap awal
bulan di sekolah. Program ini dijalankan sebanyak sekali dalam sebulan. Program ini
dilaksanakan dengan guru akan menyambut murid-murid yang datang ke sekolah
dengan menyapa murid-murid, bertanya khabar dan memberikan senyuman kepada
murid-murid. Objektif dan matlamat bagi program ini ialah untuk memberikan kasih
sayang kepada murid agar murid rasa selesa dan disenangi semasa berada di
sekolah dan merapatkan jurang integrasi nasional dalam kalangan murid-murid untuk
merasa diri disayangi oelh guru-guru sekaligus menimbulkan semangat dan
kecintaan untuk belajar.
3.4.4 Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
12
Program tersebut ditumpukan di sekolah kerana hasil kajian menunjukkan penagih
dadah mula mencuba dadah ketika mereka masih di bangku sekolah lagi iaitu dalam
lingkungan usia 13 hingga 17 tahun (Mohd Muzafar Shah & Abdul Malek, 2005).
Berdasarkan sorotan literatur di atas, Program Minggu Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa) memang sesuai dilaksanakan di bangku sekolah rendah lagi. Semua
guru dan pelajar terlibat dalam program ini. Program ini dilaksanakan dua kali dalam
setahun. Antara pengisian dalam program termasuklah Pameran anti-dadah,
pertandingan mewarnakan poster anti-dadah dan bengkel ceramah anti-dadah yang
disampaikan oleh penceramah jemputan dari Agensi Anti-Dadah Kebangsaan
(AADK). Tujuan program ini dilaksanakan untuk memberikan kesedaran awal
berkaitan dengan masalah penyalahgunaan dadah.
3.4.5 Program Motivasi untuk Murid Tahun 6
Program ini dijalankan khas untuk tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan tidak
lama lagi. Program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid
tahun 6 akan kepentingan pelajaran kepada mereka dan menyedarkan mereka agar
bijak mengurus masa. Murod-murid juga diminta untuk mengurangkan bermain dan
memberikan fokus yang lebih kepada pembelajaran bagi persediaan dalam
menempuhi peperoksaan UPSR.
3.4.6 Program Ceramah Kerjaya
Program ini dijalankan bagi murid-murid tahun 6. Program ini ialah untuk memberikan
pendedahan kepada kerjaya yang akan diceburi oleh murid-murid apabila berada di
peringkat pendidikan tinggi. Program ini juga ialah untuk membantu murid memilih
kerjaya berdasarkan minat dan keputusan yang diperolehi juga sebagai suntikan
semngat untuk terus dan gigih dalam pembelajaran.
3.4.7 Program Majlis Mohon Restu.
Program ini melibatkan murid tahun 6, ibu bapa dan guru-guru tahun 6. Program ini
diadakan sekali setahun sebelum peperiksaan UPSR bermula. Guru-guru akan
memberikan ucapan dan kata-kata motivasi sebagai tanda memberi restu kepada
murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Murid-murid tahun
6 juga akan menerima hadiah berupa alat tulis daripada pihak sekolah sebagai tanda
pihak sekolah memberikan dorongan untuk menghadapi peperiksaan.
3.5 Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dalam
13
Melaksanakan Tugas Dan Tanggungjawabnya
Menurut Marzita (2003), bebanan guru bimbingan dan kaunseling pada era kini
semakin bertambah ekoran daripada masalah-masalah runcing pelajar seperti isu
samseng, sumbang mahram, lumba haram, kegiatan penyalahgunaan dadah,
membunuh dan merogol di samping bebanan untuk menyediakan Laporan Adab
Pelajar mulai tahun 2004 (Lampiran B). Pandangan ini dikukuhkan dengan
pandangan Zasmani (2004), yang melihat fungsi sesebuah sekolah terutama sekolah
menengah tidak lengkap jika tidak wujud perkhidmatan kaunseling di sekolah.
Jangkaan dan harapan yang tinggi inilah yang memberi cabaran dan tekanan kepada
guru bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Walau
bagaimanapun menurut Schmidt (2003) cabaran yang dihadapi oleh kaunselor perlu
ditangani melalui perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan. Antara cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh guru kaunseling berdasarkan temu bual saya dengan
guru kaunseling ialah seperti yang berikut.
Cabaran pertama yang dihadapi ialah masalah bebanan tugas. Guru
bimbingan dan kaunseling mnyatakan bahawa terdapat komitmen-komitmen lain
dalam tugas-tugas yang lain menyebabkan fokus dan perhatian tidak dapat diberikan
sepenuhnya kepada kaunseling. Antara komitmen lain cikgu Nureen ialah sebagai
guru inventori, guru Pendidikan Seni Visual Tahun 1 setiausaha peperiksaan.
Masalah seumpama ini merupakan cabaran yang diperolehi dalam mengatur masa
dan emosi dalam masa yang sama menyiapkan tugas yang diamanahkan dan
menjalankan sesi kaunseling kepada murid-murid yang lain.
Selain itu, guru kaunseling juga selalu mendapat tanggapan yang negatif dari
guru-guru yang lain kerana guru laian menyangka tugas guru kaunseling ialah hanya
memberikan kaunseling kepada murid dan kurang masa mengajar di dalam kelas.
Berikutan dari maslaah ini, guru kaunseling akan disisihkan oleh guru-guru yang lain
menyebabkan ketidaksenangan hati dan boleh menyebabkan punca kepada
kegoyahan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru-guru. Masalah ini
merupakan satu cabaran kepada guru kaunseling kerana tidak tahu bagaimana
untuk memberikan kefahaman yang jelas kepada guru-guru yang lain tentang tugas-
tugas guru kaunseling.
14
Di samping itu, menurut cikgu Nureen guru kaunselng di Sk. Ranggu, beliau
seringkali menghadapi tekanan dengan bebanan tugas yang terlalu banyak. Ada
kalanya tugas yang diberikan tidak berkaitan dengan bidang kaunseling. Terdapat
juga kursus-kursus yang tidak berkaitan dengan kerjaya untuk dihadiri kerana tidak
ada kekosongan guru yang lain untuk menghadiri kursus. Ini akan menganggu jadual
sebagai guru kaunseling kerana dalam sistem kaunseling mempunyai temu janji
bersama dengan klien dan guru kaunseling terpaksa mengatur kembali temu janji
tersebut. Ini akan menyebabkan bebanan tugas yang banyak dan bertimbun. Apabila
masalah ini sering berlaku akan memberikan cabaran kepada guru kaunseling untuk
mengawal emosi dan terus komited kepada kerja.
Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh guru kaunseling ialah apabila ramai
pihak yang beranggapan bahawa kaunseling ini ialah sesuatu yang negatif. Individu-
individu yang terlibat dalam kaunseling dikategorikan sebagai individu yang
bermasalah sehingga memerlukan khidmat kaunselor untuk membimbing.
Pandangan ini akan menyebabkan ramai pihak yang tidak minat dan tidak percaya
kepada kreadibiliti pihak unit bimbingan dan kaunseling sekaligus memberikan
tanggapan yang buruk kepada unit ini. Imej yang negatif akan dilabelkan kepada
pihak bimbingan dan kaunseling.
Antara lain cabaran yang diperolehi ialah dari pihak ibu bapa dan masyarakat
luar yang tidak faham dengan fungsi unit bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Masyarakat luar khususnya ibu bapa bagi murid yang berekolah di Sk. Ranggu
mempunyai pandangan bahawa kaunseling ini hanyalah sebuah pertubuhan yang
tidak mempunyai kepentingan yang jelas di sekolah. Rentetan itu, apabila program
kaunseling dijalankan, ibi bapa tidak membenarkan anak-anak mereka mengikuti
program tersebut kerana berpendapat tidak ada kepentingan dan hanya
menghabiskan masa anak mereka. Perkara ini menjadi cabaran kepada guru
kaunseling.
Selain itu, terdapat juga kekangan dan cabaran dari pengurusan wang bagi
pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti. Setiap unit di sekolah diberikan
peruntukkan yang dikhaskan untuk unit masing-masing. Namun begitu, terdapat
cabaran dari segi pengurusan kewangan kerana kadang kala bajet yang
diperuntukkan tidak mencukupi dengan perbelanjaan yang diperlukan menyebabkan
guru kaunseling sendiri yang akan menggunakan wang sendiri bagi memenuhi
kieperluan dalam kemudahan ataupun pelaksanaan program kaunseling.
15
Kesimpulannya, guru kaunseling menghadapi cabaran yang berat. Jika dilihat
pada mata kasar, guru kaunseling ini mempunyai kerja yang sedikit, tetapi apabila
membuat kajian dan penilaian kepada kerjaya ini akan membuka mata kita bertapa
berat tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru kaunseling kerana cabaran yang
diterima adalah lebih bersifat kepada dalaman ari segi perasaan, emosi dan menguji
kreadibiliti kepada pihak unit bimbingan dan kaunseling.
16
4.0 PENILAIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Berdasarkan kajian yang saya lakukan tentang Unit Bimbingan Dan Kaunselin di S.
Ranggu Tawau dan hasil temu bual saya dengan guru kaunseling di Sk. Ranggu
Tawau, iaitu cikgu Nureen, saya mendapai bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling
mmpunyai perana yang penting dalam sekolah. Saya mendapati perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ini bersifat aktif dan sangat membantu murid-murid
sekolah dalam apa juga masalah yang dihadapi.
Selain daripada itu, pelaksanaan program-program yang telah dirancang
dalam perancangan tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini juga teratur dan
mempunyai justifikasi dan objektif yang jelas pelaksanaan program terhadap murid.
Namu begitu, tidak semua program yang dirancang berjaya dilaksanakan kerana
terdapat pelbagai kekangan dari segi masa khususnya untuk menjalankan aktiviti.
Akan tetapi, saya melihat usaha perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi
membangunkan jati diri murid dan meningkatkan semangat pembelajaran bagi
semua murid-murid Sk. Ranggu.
Di samping itu, pelaksanaan program penerapan nilai murni yang dilakukan
setiap pagi Isnin pada waktu perhimpunan juga merupakan satu cara yang saya lihat
berkesan dalam membentuk peribadi murid-murid kerana guru kaunseling tidak
berputus asa untuk memberikan tips dan bimbingan kepada setiap anak murid
mereka. Sekaligus, murid akan mendapat motivasi dan tips pada setiap minggu dan
tidak lupa dengan apa yang dinasihatkan kepada guru kaunseling iaitu cikgu Nureen.
Saya juga melihat keberkesanan perkhidmatan ini dengan setiap kali sesi
dijalankan, murid-murid yang terlibat tidak akan mengulangi masalah tingkahlaku
mereka kerana pendekatan yang dilakukan oleh guru bimbingan dan kaunseling
berjaya memberikan kesedaran kepada murid yang terlibat. Guru kaunseling
menggunakan pelbagai kaedah dan terapi kaunseling bagi membentuk sahsiah dan
kesedaran dalam diri setiap murid yang terlibat membolehkan murid sedar dengan
tingkah laku mereka dan berazam tidak melakukannya lagi.
17
Di samping itu, usaha yang dilakukan oleh guru kaunseling dalam
menjayakan program-program yang elah dirancang juga mendapat sambutan dari
guru-guru lain kerana guru kaunseling bijak memilih masa dan waktu yang sesuai
semasa pelaksanaan sesuatu program . Penglibatan murid-murid juga aktif kerana
terdapat ransangan dan ganjaran yang akan dioberikan oleh guru kaunseling bagi
setiap program yang dijalankan.
Kesimpulannya, keberkesanan perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling
di Sk. Ranggu ini berada dalam tahap yang baik. Saya melihat bahawa bimbingan
dan kaunseling ini mempunyai satu kepentingan yang jelas kepada pihak sekolah
dan murid-murid bagi membangunkan sahsiah dan mendidik murid menjadi insan
yang mempunyai kualiti peribadi yang tinggi.
18
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN MENINGKATKAN KEBERKESANAN
PERKHIDAMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
Sudah semestinya di dalam sesuatu usaha akan berlaku beberapa kesilapan di
mana kadang kala kita manusia biasa akan terlepas pandang tetapi ada juga yang
akan dapat melihat masalah tersebut. Selain itu juga akan ada halangan yang wujud
di mana akan menyulitkan sesuatu perkara tersebut untuk dijayakan.
Walaubagaimana pun disebalik masalah dan halangan pasti akan ada cara
untukmengatasi masalah tersebut atau cara penambah baikkan yang boleh
dilakukan agar perkara atau kesilapan yang sama tidak berlaku lagi di masa
hadapan.
Pertama perkara yang perlu dilakukan adalah menambah bilangan kaunselor
disekolah tidak perlulah untuk meminta kepada pihak atasan untuk dihantar
kaunselor baru ke sekolah tersebut. Kita boleh menghantar guru - guru yang ada
disekolah untuk kursus untuk melayakkan mereka mereka untuk seorang kaunselor
sekurang-kurangnya seorang ini untuk meringkan beban yang terpaksa ditanggung
seorang guru kaunseling di sekolah tersebut. Selain itu dengan perlantikan atau
penambahan guru kaunseling boleh mengoptimumkan penggunaan bilik kaunseling
di mana bilik kaunseling sentiasa akan kaunselor di dalam nya dan murid boleh
berjumpa danbertandang ke bilik kaunseling pada bila bila masa sahaja.
Kedua adalah bilik kaunseling itu sendiri. Sememangnya bilik kaunseling
disekolah ini boleh dikatakan kondusif dan teraputik tetapi saiz adalah kecil. Bilik
tersebut hanya boleh menampung beberapa pelajar sahaja pada satu satu sesi. Jika
boleh diperluaskan sedikit bilik tersebut agar bilangan murid yang berada di dalam
sesi bertambah dan murid mempunyai ruang individu dan ruang bebas yang agak
luas dan selesa dan mungkin meningkatkan minat dan keyakinan mereka dalam
melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi kaunseling yang telah dirancang oleh
kaunselor. Selain itu, kaunselor boleh menambah aksesori atau bahan untuk
kaunseling supaya sesi tersebutlebih berkesan lagi. Ini kerana terdapat lagi bahan
yang terpaksa disimpan ditempat lain akibat daripada ruang legar di dalam bilik yang
terhad dan kecil.
19
Selain itu tugas guru kaunseling juga terlampau banyak. Beliau sering
dibebani dengan tugas yang tidak seharusnya dilakukan oleh beliau seperti
mengajar, menguruskan pusat sumber dan pelbagai lagi. Pada asalnya guru
kaunseling sekarang adalah sepenuh masa tetapi selepas berlaku rombakan
penjawatan guru kaunseling sekarang menjadi guru kaunseling separuh masa.
Selain itu dapat dilihat guru kaunseling dibebankan dengan kerja-kerja yang dilihat
tidak relevan dengan tugas guru kaunseling. Contohnya seperti menjaga kolam ikan
serta membaiki peralatan yang rosak. Ini menyebabkan guru kaunseling kekurangan
masa untuk merancang aktiviti yang berkesan bagi murid disebabkan tugasan yang
tidak sesuai dan juga kerana beliau terpaksa mengajar di dalam kelas. Oleh itu,
pihak pentadbir perlu memastikan bahawa guru kaunseling tidak dibebankan dengan
tugasan yang terlalu banyak.
Pada pendapat saya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
dipertingkatkanlagi dari segi pengurusannya supaya pelajar boleh berkunjung ke bilik
bimbingan dan kaunseling dan dapat menggunakan segala kemudahan yang
disediakan. Dalam memastikan billik tersebut lebih teraputik, bilik tersebut perlulah
dipasang penghawa dingin agar murid lebih selesa ketika sesi kaunseling. Pembelian
LCD, Radio mahupun television perlulah dilakukan dan diletakkan di bilik kaunseling
agar ianya dapat membantu semasa sesi kaunseling. Pemilihan warna dan hiasan
dalaman juga akan menjadikan bilik itu lebih kondusif. Pengedaran risalah dan juga
diadakan papan kenyatan bagi unit bimbingan dan kaunseling agar murid lebih
maklum dengan segala aktiviti ataupun program yang akan dijalankan. Setiap
maklumat yang ingin disampaikan juga haruslah menarik dan mudah difahami oleh
murid-murid tersebut.
Selain itu, guru kaunseling juga perlu bersosial dengan guru-guru dan
masyarakat luar dan meberikan pendedahan kepada mereka tegas sebenar guru
kaunseliung dan peranan kaunseling di sekolah. Pendedahan yang dilakukan boleh
dijalankan secara formal ataupun tidak formal bagi mengelakkan salah faham dan
mengelakkan dari tanggapan yang buruk untuk bimbingan dan kaunseling. Guru
bimbingan dan kaunseling seharusnya memberikan justifikasi apabila sesuatu
program itu dijalankan agar masyarakat lain faham dan percaya dengan program dan
aktiviti yang dijalankan oleh unit bimbingan dan kaunseling.
20
Cadangan lain juga ialah kaunselor benar-benar mengambilk peranan dalam
tugas sebagai kaunselor. Kaunselor wajib mengikuti etika-etika yang ditekankan
dalam bimbingan dan kaunseling untuk meraih kepercayaan dari komuniti sekolah.
Layanan yang diberikan kepada klien juga haruslah bersesuaian dengan kaedah dan
cara mengikut kepada perbezaan masalah dan isu setiap klien. Guru kaunseling
harus bijak dalam menangani masalah yang timbul dan bijak dalam memberikan
kata-kata yang terbaik terhadap klien supaya timbul rasa percaya dan yakin diri klien
terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling itu sendiri.
Kesimpulannya, Unit Bimbingan dan kaunseling seharusnya memikirkan
alternetif yang sesuai bagi membuat penambahbaikkan segala kekurangan yang
terdapat dalam bimbingan dan kaunseling.
21
6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi satu profesion
yang terkenal pada masa kini. Kaunseling ialah satu perkhidmatan kemanusiaan
yang mampu memberi manfaat bagi mewujudkan manusia sejahtera, bahagia dan
produktif dalam segala aspek kehidupannya.
Perkhidmatan kaunseling berasaskan kaedah bantu-membantu antara
kaunselor dan klien. Kaunselor dapat membantu klien dalam mengurangkan
ketegangan yang dialaminya, memahami dirinya dan keadaan yang dihadapinya,
melihat cabaran hidup atau masalah secara objektif, menilai bersama dan
menentukan langkah-langkah yang dapat diambil bagi menangani masalah klien.
Namun, masih ramai yang salah anggap mengenai definisi bimbingan dan
kaunseling tiu sendiri. Hal ioni akan menimbulkan banyak permasalahan kepada
kaunselor. Maka, sebagai kaunselor haruslah memberikan pendedahan dan
penjelasan yang senang difahami apakah sebenarnya tugas dan fungsi bimbingan
dan kaunseling ini sendiri kepada klien dan apakah tujuan sesuatu sesi itu dijalankan
sebelum memulakan sesi.
Oleh itu, guru kaunseling seharusnya mengambil peranan dalam menjalankan
amanah sebagai kaunselor bagi menangani masalah-masalah yang tidak diingini dan
menunjukkan bahawa kaunseling merupakan satu umit yang boleh membantu murid-
murid dalam pembentukkan sahsiah dan nilai-nilai murini bagi melahirkan murid yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial.
22
7.0 REFLEKSI
Syukur ke hadrat Allah kerana saya masih lagi diberikan peluang untuk menyiapkan
tugasan yang telah diberikan kepada saya dalam tajuk bimbingan dan kaunseling.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Dr. Hanif atas
sega tunjuk ajar yang diberikan. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Semasa menyiapkan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai pendedahan
baru dalam bidang kaunseling. Kaunseling merupakan satu bidang yang asing bagi
saya kerana semasa saya bersekolah rendah, saya tidak pernah mengetahui apakah
itu kaunseling kerana sekolah tempat saya belajar tidak mempunyai unit ini. Pada
mulanya, saya juga mempunyai tanggapan yang negatif terhadap bidang kaunseling.
Ini kerana pada persekolahan perimngjat menegah, saya mempunyai rakan-rakan
yang selalu dipanggil di bilik kaunseling kerana mempunyai masalah disiplin. Dengan
melaksanakan tugasan ini, saya telah mengetahui dengan lebih jelas apakah yang
dikatakan dengan kaunseling.
Selain itu, pandangan saya juga berubah tentang kaunseling. Saya tidak
menyukai dan tiada minat dalam bidang kaunseling pada mulanya dan bagi saya
kaunseling ini sesuatu yang memberikan tekanan kepada murid. Dengan
melaksanakan tugasan ini, dengan membuat pencarian ilmiah dan juga melakukan
temu bual guru kaunseling di sekolah menyebabkan pandangan saya berubah sama
sekali. Saya melihat sendiri pelaksanaa kaunseling ini dilakukan di sekolah dan saya
menyedari akan kepentingan sesi kaunseling ini kepada sekolah.
Di samping itu juga, saya juga mengetahui tugas sebenar guru bimbingan dan
kaunseling serta peranan guru kaunseling di sekolah. Pada mulanya, saya juga
beranggapan bahawa guru kaunseling ini mempunyai masa yang lapang kerana
tugas yang sedikit. Apabila menjalankan kajian dan melakukan penilaian terhadap
perkhidmatan kaunseling di sekolah, akhirnya saya mengetahui apakah tugas dan
peranan sebenar guru kaunseling.
23
Saya juga memperolehi banyak maklumat baru semasa menjalankan tugas ini
kerana tugas ini memerlukan saya untuk membuat kajian dan penilaian terhadap
kaunseling di sekolah. Saya berpeluang untuk membuat sesi temu bual dengan guru
kaunseling iaitu, cikgu Nureen. Saya bertukar-tukar maklumat dan saya mendapat
pelbagai maklumat yang beguna kepada saya untuk masa depan. Dalam masa yang
sama, saya juga merasakan ketenangan dan keamanan apabila meluangkan masa
dengan guru kaunseling ini.
Saya juga berpeluang untuk melihat pelaksanaan kaunseling dalam sesebuah
sekolah sebagai pendedahan awal kepada saya yang bakal menjadi guru tidak lama
lagi. Saya berpeluang melihat bagaimana perancangan, pelaksanaan, susun atur
rekod dan tindakan yang seharusnya diambil oleh seseorang guru. Secara tidak
langsung manmbahkan lagi pengalaman saya dalam bidang kerjaya saya.
Saya juga mengalami beberapa masalah semasa menyiapkan tugasan ini.
Antaranya ialah kekangan masa dan bebanan tugas-tugas yang lain semasa
menyiapkan tugasan inio. Saya mempunyai tugasan yang lain yang memerlukan
saya untuk menyiapkan dalam jangka masa yang sama menyebabkan komitmen
saya sedikit terganggu. Alhamdulillah dengan perbualan dengan guru kaunseling
tentang kerjaya seorang guru yang tidak boleh berputus asa, saya tetap menyiapkan
tugasan yang diberikan walaupun saya mempunyai tugas-tugas yang lain seperti
menyiapkan persediaan mengajar selama berpraktikum dan juga tugasan-tugasan
yang lain.
Alhamdulillah, dengan bantuan dan kerjasama dari semua pihak, akhirnya
saya dapat menyiapkan tugasa ini seperti yang dikehendaki dalam tugasan.
24
8.0 BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2002). Kemahiran Interpersonal untuk Guru.
Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia. (2002). Kajian Perlaksanaan Program Pemulihan Khas Di Sekolah
Rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia
Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taquddin Abdul Mukti.
(2014). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak (edisi kemas kini). Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Malek Muhamat Said (2007). Mengurus khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad & Sulaiman Shakib Mohd Noor. (2003).
Kemahiran asas seorang kaunselor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
INTERNET
Unit Bimbingan Dan Kaunseling (2011), Tugas Guru Bimbingan Dan Kaunseling,
http://ubksukses.smksk.net/?page_id=4 Diakses Pada 22 Febuari 2015
Kaunseling Dan Psikologi (2009), Kaunseling Dan Psikologi,
http://ctmserver.kkr.gov.my/kaunseling/kaunseling.php Diakses Pada 23
Febuari 2015
Islam.net, (2011), Memahami ilmu dan kepentingan kaunseling,
http://msk09tcr.blogspot.com/2009/04/memahami-ilmu-kepentingan-
kaunseling.html Diakses Pada 23 Febuari 2015
25