esaimen sivik complete.doc
Transcript of esaimen sivik complete.doc
1.0 PENGENALAN
Mulai tahun 2005 satu perubahan telah berlaku dalam kurikulum sekolah
di Malaysia. Kementerian Pelajaran telah mewujudkan satu subjek baru iaitu
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah dan menengah.
Perkatan sivik bermaksud hubungan individu dengan masyarakat di
sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu
dengan negaranya.
Subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini juga telah dijadikan
subjek elektif untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
kos Pendidikan Jasmani semester 3. Kami diberi tugasan untuk mengkaji domain
sosio-budaya masyarakat tempatan yang memenuhi ciri-ciri ‘good citizen’.
Tugasan ini merupakan kerja projek yang perlu dilaksanakan dengan
menghasilkan dapatan dan laporan kajian terhadap kawasan yang dipilih.
‘Good citizen’ merupakan sikap-sikap positif yang terdapat dalam diri setiap
golongan masyarakat di dalam sesuatu kawasan. Sikap-sikap yang positif ini
menjadikan sesebuah masyarakat hidup di dalam keadaan aman, sejahtera dan dapat
menyesuaikan diri di dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, gender dan
juga berlainan falsafah politik. ‘Good citizen’ ini juga dapat ditafsirkan sebagai
masyarakat madani atau civil society.
Melalui kerja projek ini, saya diarahakan untuk mengkaji dan mengenalpasti ciri-
ciri ‘good citizen’ di sesuatu kawasan. Ciri-ciri ‘good citizen’ lazimnya wujud dalam
sesebuah masyarakat sama ada secara lansung atau tidak. Justeru, keadaan ini berkait
rapat dengan sosio-budaya masyarakat. Sosio budaya merujuk kepada kaitan
sesebuah masyarakat dengan budaya etnik masyarakat setempat seperti cara hidup,
adat resam, dan lain-lain. Sosio budaya ini juga memainkan peranan dalam membentuk
sesebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri ‘good citizen’ memandangkan majoriti
rakyat Malaysia hidup dalam komuniti yang pelbagai.
1 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Saya telah memilih untuk menjalankan kajian di Kampung Sri Aman yang
terletak di Puchong, Selangor. Antara faktor saya mengambil keputusan untuk
menjadikan kawasan ini sebagai tempat kajian ialah :
Kawasan ini merupakan tempat tinggal keluarga saya dan ini
memudahkan proses saya menjalankan kajian.
Terdapat banyak kemudahan di kawasan ini yang dapat membantu saya
mendapatkan maklumat tentang kawasan ini.
Penduduk di kawasan ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan
bangsa yang memudahkan saya untuk membanding bezakan respon
mereka terhadap keadaan di kawasan ini.
Tempoh kajian yang telah ditetapkan adalah selama 43 hari iaitu dari 25 Januari
2011 sehingga 8 Mac 2011.
2 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
2.0OBJEKTIF KAJIAN
2.1 OBJEKTIF UMUM
Tugasan projek ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri ‘good citizen’
di sesuatu kawasan dan dapat menghasilkan laporan dan dapatan
kajian yang terperinci berdasarkan beberapa kaedah kajian yang
rasional.
2.2 OBJEKTIF KHUSUS
Kerja projek ini bertujuan untuk mengkaji domain sosio-budaya
masyarakat tempatan di Kampung Sri Aman Puchong yang memenuhi
ciri-ciri ‘good citizen’. Melalui kajian yang dijalankan, saya telah
menyenaraikan ciri-ciri ‘good citizen’ yang saya peroleh di Kampung
Sri Aman, antaranya :
Tolong-menolong
Bertegur sapa
Sikap kebersamaan dan kekitaan
Hormat-menghormati
Prihatin
Bersikap menerima
Memegang kepada nilai keagaamaan dan kerohanian
Bermoral dan beretika
3 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
3.0 KAWASAN KAJIAN
Saya telah memilih untuk menjalankan kajian di Kampung Sri Aman, Puchong
Selangor. Kawasan ini terletak berhampiran sempadan Shah Alam dan Subang
Jaya. Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah yang rata. Kawasan ini
berketinggian antara 15 meter hingga 30 meter dari aras laut. Sekitar kawasan
kajian ini, terdapat banyak belukar dan semak samun. Di kawasan ini juga terdapat
beberapa batang sungai yang menjadi tumpuan pemancing kampung ini. Saya
berpendapat kawasan ini bakal dibangunkan dan dimajukan untuk tujuan
perumahan pada masa akan datang.
Kawasan kajian ini berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling
Jaya dan keadaan fizikal ini menjadikan kawasan ini berpotensi tinggi untuk
dibangunkan kerana kawasan ini strategik untuk dimajukan. Kawasan kajian ini
mempunyai banyak infrastuktur yang menghubungkan kawasan ini dengan
kawasan-kawasan utama di Lembah Klang. Antara infrastruktur yang wujud
termasuklah Lebuhraya ELITE, Lebuhraya KESAS dan Lebuhraya Persekutuan. Di
kawasan kajian ini juga terdapat kawasan perumahan sekitarnya. Antaranya, Taman
Puchong Perdana,Taman Puchong Permai.
Masa yang diambil untuk sampai ke Kuala Lumpur dari kawasan kajian saya
ialah kira-kira 35 minit dan masa yang diambil hanya 20 minit untuk ke Petaling Jaya
dan juga Shah Alam.
Jarak kawasan kajian saya dengan bandar utama adalah seperti yang ternyata di jadual ;
4 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Tempat Jarak (km)
Kuala Lumpur 23
Petaling Jaya 19
Shah Alam 6
PETA DAERAH DALAM NEGERI SELANGOR
PETA KAWASAN KAMPUNG SRI AMAN PUCHONG, SELANGOR
5 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Saya telah memperincikan kajian ini di Jalan Berkat di Kampung Sri Aman
Puchong, Selangor. Di Jalan Berkat ini, terdapat beberapa pecahan jalan iaitu,
Lorong Berkat 1, Lorong Berkat 2, Lorong Berkat 3, Lorong Berkat 4 dan Lorong
Berkat 5. Saya telah menjalankan kajian di Lorong Berkat 1 dan 3. Di kawasan ini,
terdapat sejumlah 68 unit rumah yang merupakan tanah lot setiap satunya.
Kawasan ini masih mengekalkan ciri-ciri perkampungan dalam bandar.
Penduduk di kawasan ini majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu yang
rata-ratanya merupakan penduduk asal kampung ini. Kebanyakan penduduk Melayu
bekerja sendiri dan ada di antara mereka merupakan penjawat awam. Terdapat
juga masyarakat Cina yang merupakan pendatang yang menetap di kawasan
kampung ini untuk berniaga. Minoriti penduduk di kampung ini berbangsa India yang
kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai pemandu lori dan juga berniaga.
ANGGARAN JUMLAH PENDUDUK DI LORONG BERKAT 1 DAN 3 DI KAMPUNG
SRI AMAN PUCHONG, SELANGOR
6 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Kawasan Kajian: Jalan Berkat,Kg Sri AmanSumber : google map
Jumlah penduduk Lorong Berkat 1 dan 3 Kampung Sri Aman, Puchong Selangor
Jadual Peratusan Jumlah Penduduk Mengikut Bangsa di Jalan Berkat 1 dan 3,
Kampung Sri Aman, Puchong
7 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Kaum Jumlah / orang Peratusan
Melayu 190 56 %
Cina 80 24 %
India 59 17 %
Lain-lain 11 3 %
Peratusan Penduduk di Lorong Berkat 1 dan 3 Mengikut Bangsa
4.0 KAEDAH KAJIAN
8 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Sepanjang perlaksanaan kerja projek ini, saya telah menggunakan beberapa
kaedah kajian yang rasional untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan ini
dengan lancar. Antara kaedah yang saya gunakan termasuklah ;
Kaedah rujukan internet
Saya telah melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan untuk
mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ciri-ciri ‘good citizen’. Saya
juga menggunakan kemudahan internet untuk memperoleh rajah dan
peta-peta yang berkaitan.
Kaedah rujukan perpustakaan
Sepanjang proses menyelesaikan kerja projek ini, saya telah
menggunakan beberapa buku ilmiah sebagai rujukan tambahan untuk
mencari maklumat-maklumat tambahan.
Kaedah temu bual dan soal selidik
Kerja projek ini memerlukan respon daripada beberapa penduduk sekitar
kawasan kajian untuk menghasilkan laporan kajian. Saya telah menemu
bual seramai 20 orang reponden di kawasan kajian. Saya juga telah
menyediakan borang kaji selidik untuk memudahkan saya mengkaji
respon dari para penduduk. Saya telah menyediakan beberapa soalan
berkaitan keadaan kampung ini untuk mendapatkan respon para
penduduk. Selain itu, saya juga telah menemubual beberapa orang
sumber termasuklah Ahlijawatankuasa Kelab Rukun Tetangga Kampung
Sri Aman Puchong.
Kaedah pemerhatian
9 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Melalui kerja projek ini, saya juga telah menyediakan senarai semak
tentang ciri-ciri ‘good citizen’ yang terdapat di Kampung Sri Aman
Puchong. Senarai semak ini adalah sebagai rujukan dan untuk
membanding bezakan respon penduduk kampung ini dengan
pemerhatian saya sendiri. Saya juga telah mengambil beberapa gambar
untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian ini.
5.0 LAPORAN KAJIAN
10 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Setelah menjalankan kerja projek untuk mengkaji domain sosio-budaya
masyarakat tempatan yang memenuhi ciri-ciri ‘good citizen’, terdapat beberapa ciri
‘good citizen’ yang wujud dalam kalangan masyarakat Kampung Sri Aman Puchong,
Selangor. Antara ciri-ciri ‘good citizen’ yang jelas kelihatan dalam masyarakat di
kampung ini termasuklah, ;
i. Tolong-menolong antara penduduk kampung
Menurut kamus dewan edisi kedua, tolong-menolong juga diistilahkan sebagai
perbuatan bantu-membantu. Di kampung Sri Aman, Puchong ini nilai tolong-
menolong telah lama wujud dalam kalangan penduduknya. Penduduk kampung
ini sering mengamalkan nilai murni ini dalam kalangan mereka. Jika sesebuah
keluarga di kampung ini ditimpa musibah, penduduk kampung ini akan bersama-
sama membantu sama ada secara lansung atau tidak lansung. Sebagai contoh,
jika sesebuah keluarga menghadapi kematian ahli keluarga, penduduk kampung
ini melaksanakan khairat kematian iaitu, memberi pertolongan dalam bentuk
wang tunai hasil pemberian penduduk kampung. Selain itu, di kampung ini juga
terdapat Kelab Rukun Tetangga sebagai saluran yang membolehkan penduduk
kampung meluahkan sebarang masalah di dalam kawasan kampung. Secara
tidak lansung, semua masalah masyarakat kampung ini mendapat jalan
penyelesaian hasil bantuan penduduk kampung ini sendiri. Melalui pemerhatian
saya, penduduk di kampung ini kebanyakannya tidak mementingkan diri sendiri.
Sebagai contoh, terdapat segelintir rumah yang dilanda banjir semasa saya
menjalankan kajian di kampung ini. Saya dapati, penduduk kampung ini, telah
bersama-sama membantu membersihkan rumah-rumah yang dilanda banjir.
Tanpa mengira kaum, penduduk di sini masih boleh mengamalkan budaya
tolong-menolong antara mereka. Penduduk di sini tidak berat tulang dalam
komuniti mereka. Di kampung ini juga, terdapat mesyuarat Ahlijawatankuasa
kampung yang dijalankan secara berkala. Melalui mesyuarat ini, perbincangan
11 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
berkenaan sebarang perkara di dalam Kampung Sri Aman ini dijalankan. Secara
tidak lansung, ini dapat membantu masyarakat kampung dalam apa jua situasi.
Ini merupakan salah satu alternatif bagi penduduk kampung membantu
penduduk yang memerlukan.
Penduduk Kg. Sri Aman membantu membersihkan rumah yang dilanda banjir
Penduduk kampung mengutip derma untuk diserahkan kepada keluarga yang ditimpa musibah
ii. Sikap bertegur sapa
12 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Saya mendapati, sikap peramah masih lagi diamalkan oleh penduduk kampung
ini. Menurut kamus pelajar terbitan khas KBSM cetakan ketiga belas, bertegur
sapa bermaksud mengajak orang lain berbual-bual atau bercakap-cakap dalam
kata lain perbuatan menyapa. Walaupun kawasan kampung ini terletak di dalam
bandar, penduduk di kampung ini masih lagi mengamalkan nilai bertegur sapa
dalam kalangan mereka. Ini menggambarkan ciri-ciri ‘good citizen’ diamalkan
dalam sosio-budaya masyarakat tempatan di kampung ini. Saya telah
menjalankan pemerhatian pada waktu petang dan saya dapati, penduduk
kampung ini mengamalkan sikap bertegur sapa setiap kali mereka terserempak
sesama mereka. Mereka menyapa sesama mereka dengan pelbagai cara
termasuklah dengan senyuman dan mengangkat tangan. Sifat bertegur sapa ini
merupakan salah satu sikap berbudi dalam kalangan masyarakat. Melalui kaji
selidik yang telah dijalankan, semua responden telah bersetuju yang mereka
mengenali lima orang jiran terdekat mereka. Penduduk di Kampung Sri Aman ini
mengamalkan budaya berbudi selaras dengan cabaran ketujuh Wawasan 2020
yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir
Mohamad. Cabaran ini menyebut harapan Malaysia untuk membentuk
masyarakat berbudi, berbudaya dan penyayang. Pada pandangan saya,
penduduk kampung ini secara tidak lansung telah menyahut cabaran tersebut.
Perubahan pucuk pimpinan ternyata boleh memberi impak terhadap sesuatu
masyarakat justeru mampu membawa perubahan kepada nilai-nilai sivik dan
kewarganegaraan. Di kampung ini, majoriti penduduk, mempunyai kesedaran
sivik hidup bermasyarakat dan ini menyumbang kepada keamanan kampung ini.
13 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Penduduk Kg. Sri Amann bersembang-sembang pada waktu petang
Penduduk Kg. Sri Aman bertegur sapa dan bersalaman
iii. Amalan kebersamaan dan kekitaan
14 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Kebersamaan dan kekitaan merujuk kepada makna perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Dalam sesebuah komuniti, sikap ini sangat penting untuk
memastikan sesebuah masyarakat itu kukuh. Melalui soal selidik yang dilakukan,
hampir 85 % responden bersetuju bahawa mereka sentiasa melibatkan diri dalam
aktiviti yang dijalankan di Kampung Sri Aman. Mereka bekerjasama dalam apa
juga aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di kampung ini. Walaupun penduduk
di kampung ini terdiri daripada penduduk kepelbagaian bangsa, mereka tidak
kekok untuk menjalankan aktiviti bersama-sama. Di kampung ini, terdapat Kelab
Rukun Tetangga yang bergiat aktif dan ini merupakan salah satu faktor utama
yang mendorong wujudnya nilai-nilai ‘good citizen’ di kampung ini. Segala aktiviti
yang bakal dijalankan akan diwar-warkan kepada seluruh penduduk kampung
oleh Ahlijawatankuasa Kelab Rukun Tetangga Kampung ini. Memo perlaksanaan
aktiviti akan diletakkan di sekitar kampung untuk makluman semua. Hubungan
erat antara etnik dipertingkat dari semasa ke semasa menerusi pelbagai aktiviti.
Sebagai contoh, semasa saya menjalankan kajian ini, salah sebuah keluarga di
kampung ini telah megadakan kenduri perkahwinan pada cuti tahun baru cina.
Kesemua penduduk di jemput menghadiri majlis tersebut dan saya dapati, para
penduduk kampung ini menghadirkan diri untuk membantu membuat persiapan
sebelum majlis tersebut. Mereka bukan sekadar datang sebagai tetamu, tetapi
mereka juga turut membantu dalam persiapan majlis tersebut. Contohnya,
penduduk perempuan datang untuk mengupas bawang, mencuci ayam,
menggoreng bawang dan sebagainya. Tidak kira usia muda atau tua, mereka
bersama-sama turun padang untuk membantu. Sejajar dengan prinsip ‘1 Mlaysia’
yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak,
yang menjadikan nilai kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.
15 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Penduduk Kg Sri Aman bersama-sama membuat persiapan untuk persiapan kenduri kahwin
Majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kg Sri Aman
iv. Hormat menghormati
16 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Dalam kamus dewan edisi keduat, hormat menghormati merujuk kepada
perlakuan memberi hormat kepada orang lain, menerima dan mematuhi aturan
dan perbuatan menghargai. Budaya hormat menghormati merupakan satu ciri
‘good citizen’ yang perlu ada dalam man-mana komuniti di sesuatu kawasan.
Nilai baik ini amat perlu untuk menjamin kesejahteraan penduduk setempat.
Malangnya, unsure-unsur pemodenan telah mempengaruhi nilai murni ini.
Berbeza dengan penduduk Kampung Sri Aman, walaupun mengalami
perubahan mengikut arus masa, kesedaran sivik dalam diri kebanyakan
penduduk masih wujud. Mereka mengamalkan budaya hormat menghormati
untuk mengekalkan keamanan kampung ini. Sebagai contoh, di kampung ini,
saya dapati, orang-orang muda menjalinkan hubungan baik dengan orang-
orang lama kampung ini. Warga tua di kampung ini, sering diutamakan dan
diberi layanan khas dalam apa jua perkara. Dalam tidak sedar, masyarakat
kampung ini, telah menyahut cabaran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Tun Razak. Dalam slogan ‘1 Malaysia’, aspek utama yang diutamakan
ialah sikap hormat menghormati dan bersikap menerima antara satu sama
lain.
Budaya menghormati orang tua diamalkan oleh penduduk Kg Sri Aman
v. Prihatin
17 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Prihatin menurut kamus pelajar setakan ketiga belas membawa maksud
perbuatan mengambil berat. Melalui pemerhatian saya sendiri, penduduk kampung ini
amat bertanggungjawab dan prihatin kepada keadaan yang berlaku di kampung ini.
Semasa saya menjalankan kajian, saya telah dimaklumkan bahawa, di kampung ini
terdapat beberapa kes denggi yang melibatkan penduduk kampung ini. Apa yang saya
perhatikan, tindakan bagi membendung masalah itu diambil dengan cepat. Pada hujung
minggu, satu gotong royong besar-besaran telah dijalankan di beberapa tempat khas
yang telah ditetapkan. Saya telah ke kawasan berhampiran sungai untuk melihat kerja-
kerja pembersihan dijalankan. Keprihatinan majoriti masyarakat kampung ini terserlah
apabila penglibatan mereka amat memberansangkan. Mereka mengambil inisiatif untuk
mencegah penyakit-penyakit berbahaya bersama-sama. Selain itu, menurut salah
seorang responden, Encik Bakri bin Selamat, pada awal tahun 2009 terdapat banyak
kes-kes jenayah yang berlaku di kampung ini. Sebagai contoh kes kecurian. Tindakan
telah dijalankan oleh Kelab Rukun Tetangga Kamung Sri Aman dengan menjalankan
rondaan di sekitar kampung dengan lebih kerap lagi. Menurut responden lagi,
peratusan kes jenayah jelas berkurang dari semasa ke semasa. Keprihatinan
masyarakat setempat membantu mencegah perkara ini berlaku. Hampir 75%
responden bersetuju bahawa kampung ini berada dalam keadaan selamat.
Majlis Rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Kelab Rukun Tetangga
vi. Bersikap menerima
18 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Prinsip penerimaan ‘1 Malaysia’, “bermaksud walaupun rakyat Malaysia
mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita
menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia”. Di kampung ini, saya
dapati sikap penerimaan ini wujud dalam diri masyarakat setempat. Walaupun
berbeza budaya dan bangsa, mereka tetap selesa hidup bersama dalam satu
komuniti. Buktinya, mereka menerima budaya masing-masing dengan terbuka.
Sebagai contoh, penduduk Cina majoritinya merupakan pendatang di
kampung ini asalnya. Mereka menjalankan perniagaan di sini dan kehadiran
mereka diterima sepenuhnya oleh masyarakat kampung ini tanpa sebarang
masalah. Walaupun berlatar belakang berbeza, mereka masih boleh
menerima antara satu sama lain. Ini kerana, mereka bersikap terbuka dan
keadaan ini menjadikan masyarakat kampung ini hidup harmoni bersama.
Saya telah menjalankan kajian semasa perayaan tahun baru Cina. Di
kampung ini telah dijalankan rumah terbuka peringkat kampung untuk
meraikan Tahun Baru Cina. Walaupun majoriti penduduk di kampung ini
berbangsa Melayu, kampung ini telah menganjurkan hari terbuka ini untuk
bersama-sama memeriahkan hari perayaan ini sebagai satu keluarga besar
tanpa mengira kaum. Aktiviti seperti ini merupakan faktor hubungan etnik di
kampung ini bertambah erat dari semasa ke semasa. Selain itu, sikap
menerima bukan sahaja berfokus kepada budaya, malah penerimaan
pendapat juga perlu untuk mengelakkan sebarang maslah. Di kampung ini,
mesyuarat secara berkala dijalankan untuk mendengar sebarang masalah dan
cadangan secara terbuka. Semua penduduk tidak kira bangsa boleh bersuara
dengan terbuka. Sekali lagi, Kelab Rukun Tetangga memainkan peranan untuk
meningkatkan keamanan kampung ini. Di dalam kaji selidik yang telah saya
jalankan, seramai 11 orang dari 20 orang responden telah bersetuju bahawa
mereka pernah menziarahi jiran berlainan bangsa. Jelaslah bahawa, sikap
penerimaan diamalkan oleh penduduk di sini.
19 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan tepi sungai untuk mencegah
penyakit
vii. Nilai keagamaan dan kerohanian
Nilai keagamaan dan rohani yang mantap amat penting untuk
mengukuhkan sesuatu institusi masyarakat. Agama merupakan pegangan
asas yang perlu dalam diri setiap individu. Setiap agama menekankan nilai-
nilai positif dalam diri setiap penganutnya. Dengan berpegang kepada agama,
setiap individu akan mengamalkan nilai-nilai murni. Menurut pemerhatian
saya, di kampung ini, nilai kerohanian diambil berat. Ini dapat dibuktikan
dengan adanya cermah-ceramah agama yang disampaikan pada setiap hari
slepas waktu solat Maghrib di surau kampung ini. Walaupun penduduk
kampung ini tidak diwajibkan untuk menghadirkan diri di majlis-majlis
keagamaan ini, tetapi penglibatan penduduk kampung ini amat
memberangsangkan. Faktor lain yang menarik minat masyarakat untuk ke
surau ialah pengelolaan majlis-majlis keagamaan ini yang menarik dan senang
diterima oleh semua lapisan masyarakat. Melalui pengalaman saya sendiri,
adik saya sendiri yang berusia 16 tahun sering menghadiri majlis-majlis agama
seperti ini yang dianggap menarik. Berdasarkan kaji selidik yang telah saya
20 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
laksanakan, 93 % mereka yag beragama Islam sering menghadirkan diri ke
surau. Menurut misi Wawasan 2020 yang diasaskan oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia, beberapa aspek telah digariskan bagi merealisasikan
Wawasan 2020 ini. Antara aspek bagi merealisasikan hasrat Wawasan 2020
yang telah digariskan, “membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian
yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Di sini, jelaslah bahawa
peranan masyarakat bagi membina keharmonian amat penting. Di Kampung
Sri Aman ini sendiri, nilai kerohanian ini jelas dapat mengukuhkan lagi
hubungan antara mereka.
Masyarakat Kg Sri Aman menghadiri majlis agama
viii. Bermoral dan beretika
21 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Menurut Asiah 2011, bermoral bermaksud memiliki sikap-sikap yang mulia
dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan. Maksud etika menurut
kamus dewan edisi kedua, sesuatu tingkah laku. Akhlak atau moral. Ini
merujuk kpada tingkah laku yang baik dan positif. Di Kampung Sri Aman,
kebanyakan penduduk di sini mengamalakan cara hidup bermoral dan
beretika. Contohya, keadaan kampung ini boleh dianggap bersih. Ini kerana,
setiap individu dalam masyarakat mempunyai kesedaran sivik yang tinggi yang
menjjadikan mereka berdisiplin dalam perjalanan harian mereka. Buktinya,
sampah-sampah dibuang di tempat yang disediakan dan bukan dibuang
merata-rata. Selain itu, majoriti komuniti di kampung ini menunggang
motosikal. Mereka mengamalkan cara penunggangan berhemah. Ini
menunjukkan mereka masyarakat yang beretika. Walaupun, penunggang
motosikal berusia muda remaja, mereka masih memiliki ciri-ciri ‘good citizen’
ini. Dari segi pemakaian pula, mereka amat menghormati masyarakat
sekeliling dengan mengamalkan etika pemakaian yang sesuai. Walaupun
berada di bandar, mereka masih menjaga penampilan mereka dalam kalangan
masyrakat. Secara tidak lansung, masyarakat Kampung Sri Aman ini, telah
menggalas cabaran dalam Wawasan 2020. Cabaran keempat dalam hasrat
Wawasan 2020 ialah, untuk membentuk masyarakat bermoral, beretika dan
bernilai agama. Tidak mengira bangsa, masyarakat di kampung ini masing-
masing memainkan peranan untuk menjaga keharmonian kampung ini.
Papantanda menggambarkan mesyarakatberetika
6.0 RUMUSAN KAJIAN
22 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Setelah menjalankan Kerja Projek Kajian ini dalam tempoh lebih kurang 43
hari dengan menggunakan beberapa kaedah kajian yang sesuai, saya dapati
kesemua objektif kajian telah saya capai ;
Saya telah dapat mengenalpasti konsep ciri-ciri ‘good citizen’ secra umum
dan dapat menghasilkan dapatan kajian.
Saya juga telah menganalisis dan mengenalpasti domain sosio—budaya
masyarakat tempatan di Kampung Sri Aman Puchong, Selangor yang
memenuhi ciri-ciri ‘good citizen’.
Saya juga telah berjaya menyenaraikan ciri-ciri ‘good citizen’ yang saya
peroleh di Kampung Sri Aman Puchong, Selangor, antaranya ;
Tolong-menolong
Bertegur sapa
Sikap kebersamaan dan kekitaan
Hormat-menghormati
Prihatin
Bersikap menerima
Memegang kepada nilai keagaamaan dan kerohanian
Bermoral dan beretika
Saya juga memperoleh banyak pengalaman sepanjang melaksanakan
kajian ini. Saya telah mempelajari banyak perkara berkenaan ciri-ciri ‘good
citizen’ yang boleh saya terapkan dalam kehidupan bermasyarakat.
Sepanjang perlaksanaan kajian ini, saya dapat melihat sendiri dengan
membuat pemarhatian dan mengambil gambar masyarakat di kampung ini.
Memandangkan saya menjalankan kajian di kawasa tempat tinggal keluarga
saya, saya dapati, kajian ini menjadikan saya semakin mengenali warga
Kampung Sri Aman Puchong. Keadaan ini dapat memupuk persefahaman
antara kami dalam satu komuniti.
23 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Melalui kajian ini juga, banyak nilai-nilai murni yang seharusnya ada pada
diri seseorang individu dalam kalangan masyarakat telah saya peroleh
dengan jelas. Saya berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat memainkan
peranan masing-masing untuk memastikan keharmonian dalam institusi
masyarakat dapat diteruskan di samping dapat memantapkan ciri-ciri ‘good
citizen’ dalam kalangan masyarakat.
6.0 REFLEKSI KAJIAN
24 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Semester ini, bagi subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, saya
diarahkan untuk menjalankan kerja projek berupa kajian untuk mengkaji domain
sosio-budaya dalam kalngan masyarakat di sesuatu kawasan yang memenuhi ciri-
ciri ‘good citizen’. Setelah diberi tugasan ini, saya telah mencari maklumat
berkenaan ciri-ciri ‘good citizen’ untuk lebih memahami konsep dan semua yang
berkaitan tajuk tugasan. Setelah memperoleh bahan-bahan sebagai rujukan kajian,
saya telah menetapkan kawasan untuk menjalankan kajian. Saya telah memilih
kawasa tempat tinggal keluarga saya untuk melaksanakan kajian ini
memandangkan tempoh kajian adalah pada waktu cuti. Setelah memilih kawasan
kajian, saya telah memilih beberapa kaedah kajian yang bersesuaian untuk
melancarkan proses penghasilan laporan kajian ini. Selain itu, saya telah
menyediakan borang soal selidik untuk diagihkan kepada 20 orang responden yang
terdiri daripada masyarakat kampung itu. Semasa proses penyediaan borang, saya
telah mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan untuk menyediakan soalan-
soalan yang sesuai. Saya juga telah menyediakan senarai semak untuk rujukan
saya sendiri melalui pemerhatian yang akan dijalankan.
Setelah selesai menyediakan kesemua bahan,rujukan dan keperluan kajian,
saya telah memulakan kajian di Kampung Sri Aman Puchong. Sepanjang
perlaksanaan kajian, saya lebih menggunakan kaedah pemerhatian. Saya
melibatkan diri dalam aktiviti di kawasan kajian untuk mengambil gambar-gambar
sebagai bukti dalam laporan kajian. Saya juga mula mencari responden yang terdiri
dari pelbagai lapisan umur dan bangsa untuk membanding bezakan pendapat
mereka. Sepanjang pelaksanaan kajian, saya turut memeriksa senarai semak yang
telah saya sediakan untuk mengenalpasti ciri-ciri ‘good citizen’ yang menjadi amalan
penduduk kampung ini. Terdapat beberapa kelemahan sepanjang proses
perlaksanaan kajian ini. Antaranya, terdapat beberapa ciri yang terpaksa dibatalkan
kerana tidak dapat menyertakan bukti seperti gambar. Untuk penambahbaikan, saya
perlu lebih banyak turun padang untuk mengambil bahagian seterusnya, dapat
mencari bukti untuk mengukuhkan lagi laporan kajian.
25 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Saya mengambil masa hampir 2 minggu untuk menjalankan kajian di Kampung
Sri Aman Puchong. Setelah memperoleh maklumat, gambar dan data-data lain,
saya telah menyediakan laporan kajian. Laporan ini disediakan berdasarkan
pemerhatian sepanjang proses perlaksanaan kajian tersebut. Saya telah
menyenaraikan ciri-ciri ‘good citizen’ yang saya perolehi di kampung ini. Saya juga
telah menyediakan beberapa bukti untuk mengukuhkan lagi laporan kajian ini.
Setelah menyediakan laporan, saya dapati terdapat beberapa perkara yang boleh
ditambah baik untuk menyempurnakan hasil kajian. Antaranya, saya perlu
menyenaraikan ciri-ciri ‘good citizen’ yang seiring dengan soalan yang dikemukakan
untuk memudahkan saya menghasilkan data.
Kesimpulannya, proses pelaksanaan kajian ini memberi banyak faedah kepada
saya. Saya mempelajari banyak perkara sepanjang kajian ini. Saya juga boleh
menambahbaik cara penulisan saya dan ini boleh menjadi persediaan untuk saya
menulis tesis pada masa akan datang. Saya juga telah mengenalpasti nilai-nilai
murni dalam kalangan masyarakat yang boleh saya aplikasi dalam kehidupan
bermasyarakat.
26 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
NAMA S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8
AMINAH MAIMON BINTI HASAN
X X X X X X X
ARUMUGHAM A/L GOPAL X X X X X XBAKRI BIN SELAMAT X X X X X X X XCHERYL PERNG SIOW PING X X X X X X XFADZIDAH BT MANSOR X X X X X X X XFARISYA UMAIRAH BT SYUKUR
X X X X X X X
FAUZI BIN MOHAMAD X X X X X XHASHIM BIN YAHAYA X X X X X X XKHADIJAH BT ABD MAJID X X X X X X XMAHMUD BIN HJ ALI X X X X X X XMINDY NG SZE MIN X X X X X XNG KUAH TONG X X XPATIVAN A/L RAJAGOPAL X X X XREENU A/P CHOKALINGAM X X X X XSARAVANAN A/L MUNIANDI
X X X X X
SIEW CHENG MIN X X X XSHEELA A/P RAJAGOPAL X X XSYED MUHD FARID SYED MAHBAR
X X X X X
TAN AH BOON X X X X XZAITON BT MAJID X X X X X X X X
Respon berdasarkan Borang Kaji Selidik
27 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Respon dari 20 orang responden Kg. Sri Aman Puchong
28 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
SOALAN
Responden
BORANG KAJI SELIDIK
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
CIRI-CIRI ‘GOOD CITIZEN’
Nama Responden : ___________________________________________________
Bangsa : ___________________ Umur : _______________
Tarikh Semakan : ___________________
Arahan : Tandakan (√) pada ruang yang berkenaan dan beri ulasan jika perlu.
CIRI-CIRI ‘GOOD CITIZEN’ DI KG. SRI AMAN PUCHONG
S PERKARA YA TIDAK
1. Adakah penduduk kampung ini, mudah menghulurkan bantuan ?
2. Adakah anda mengenali 5 orang jiran terdekat?
3. Adakah anda sering melibatkan diri dalam aktiviti di kampung ini?
4. Adakah anda murah dengan senyuman?
5. Pada pandangan anda, adakah keadaan kampung ini selamat?
6. Pernahkah anda menziarahi jiran anda yang berlainan bangsa?
7. Adakah anda gemar menghadiri majlis-majlis agama di kampung ini?
8. Adakah tong-tong sampah di kampung ini digunakan sepenuhnya?
8.0 BIBLIOGRAFI
29 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
Dilayari pada 18 Februari 2011 pada( jam 2010),Tiada nama pengarang.(2011) Peta kawasan kajian. [ online] Diperolehi daripada
Laman web http://maps.google.com.my/
Dr. Ismail Zain (2001 – 2009). Hormat – Menghormati. Diambil pada Februari 19, 2011 daripada
file:///C:/Users/HP/Documents/ASGMNT%20PSK%203101/rujukan%20PSK/Portal
%20Pendidikan%20Utusan%20-%20Motivasi.htm
Nurul Izzah Sidek (2007). Ziarah Membawa Berkat. Diambil pada Februari 20, 2011 daripada
file:///C:/Users/HP/Documents/ASGMNT%20PSK%203101/rujukan%20PSK/Mutiara
%20Hati%20%20%C2%BB%20Ziarah%20membawa%20berkat.htm
Norhaslina Hassan.(2006). Dinamika Masyarakat Bandar Malaysia, Ke Arah Kualiti Hidup
Mapan. Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Murugesu Pathmanathan & Robert Haas.(1994). Civic Education- The role of religion, Centre
for policy Science. Kuala Lumpur.
Ee Ah Meng. (1996). Pendidikan Moral. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd : Selangor.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2000). Kamus pelajar cetakan keiga belas . Dewan bahasa dan
pustaka.
30 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN
31 |KERJA PROJEK KAJIAN CIRI-CIRI GOOD CITIZEN