ELM 3103 Penilaian Pendidikan Moral
-
Upload
nhlinda1709262174 -
Category
Documents
-
view
124 -
download
8
description
Transcript of ELM 3103 Penilaian Pendidikan Moral
©Cikgu Madrid
UNIT 4 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL
Sinopsis
Unit ini membincangkan tentang penilaian mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan
instrumen pengukuran dan penilaian, dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR).
Tajuk penilaian Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui
pelbagai jenis penilaian. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran
membina jadual penentuan ujian (JPU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan
ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian
Pendidikan Moral dengan berkesan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini pelajar dapat:
1. merancang dan membina pelbagai bentuk item penilaian Pendidikan Moral.
2. berkemahiran membina jadual penentuan ujian (JPU)
3. menjalankan penilaian berterusan mengikut konsep Penilaian Kendalian Sekolah
Rendah (PKSR) dengan tepat dan berkesan.
1
©Cikgu Madrid
TAJUK 1 PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
Pengenalan
Anda mungkin lebih kerap mendengar istilah ‘ujian’ daripada istilah ‘penilaian’. Ini
adalah kerana sepanjang anda berada di bangku sekolah anda diberi ujian dan
peperiksaan. Apakah sebenarnya penilaian?
Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan
mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkaitan
dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.1 Jenis Penilaian
1.1.1 Penilaian Formal
Pelajar sekalian, sekarang mari kita lihat apakah jenis penilaian yang terdapat di dalam
Pendidikan Moral. Pada pendapat anda adakah penilaian Pendidikan Moral sama
dengan penilaian bagi mata pelajaran lain?
Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak
formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah
pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi
digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau
kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid
yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan
diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya
adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia
lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam
pengajaran.
2
©Cikgu Madrid
Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif:
UJIAN FORMATIF
UJIAN SUMATIF
Fungsi Menghasilkan maklumat balik
kepada murid dan guru tentang
kemajuan murid
Pensijilan murid pada akhir kursus
Masa diberi Sepanjang pengajaran Pada akhir satu-satu kursus atau unit
Kesukaran
item
Berubah-ubah mengikut segmen Semua peringkat. Ada penilaian yang
sangat senang dan ada yang susah
Jenis alat Alat pengukur formatif yang di
bentuk khusus
Peperiksaan akhir tahun
Contoh Ujian bulanan, lembaran kerja,
buku skrap dan lain-lain
UPSR, PMR, SPM, STPM,
Peperiksaan Sijil Perguruan,
peperiksaan akhir tahun
1.1.2 Penilaian Tidak Formal
Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah
membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran
gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan
iii. Rekod Anekdot
iv. Hasil kerja pelajar
v. Temu bual
3
©Cikgu Madrid
i) Pemerhatian
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di
dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan
pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai
tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah
ditentukan.
ii) Senarai semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun
enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar
berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin
tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan
telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah
seperti yang berikut :-
SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR
Nama : Kelas: Tempoh :
BIL TINGKAH LAKU
PEMERHATIAN
(YA) (TIDAK)
1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah
2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah
3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang
4. Bersopan santun
5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru
6. Selalu bersikap adil
7. Menepati masa
8. Menghabiskan tugasan yang diberikan
Jumlah skor
4
©Cikgu Madrid
iii) Skala Pemeringkatan
Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu
skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya
setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat
amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan
pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu
memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif
atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif
atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.
Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang
baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.
Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-
BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)
Nama : Kelas : Tahun:
TINGKAH LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER 2
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1. Mematuhi peraturan sekolah
2. Berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu `Negaraku’
3. Berbaris semasa
perhimpunan
4. Memberikan salam
apabila berjumpa dengan guru
5. Tidak membuat bising semasa
guru tidak ada dalam kelas
6. Mendengar arahan guru
7. Menghantar kerja rumah pada
masa yang ditetapkan
8. Memakai pakaian seragam
sekolah yang kemas dan bersih
Skor
5
©Cikgu Madrid
Jumlah Besar
Skala : 1- sangat rendah
2- rendah
3- sederhana
4- baik
5- sangat baik
iv) Rekod Anekdot
Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh
tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku
pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar
seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.
Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang
diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-
REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________
Tarikh Jenis Perlakuan Komen
9.7.04
17.8.04
23.8.04
2.9. 04
3.9. 04
Bergaduh di dalam kelas
Berbual-bual semasa perhimpuan
Tidak memakai lencana sekolah
Merosakkan meja di dalam kelas
Meniru semasa ujian matematik
Tandatangan Guru ___________________
6
©Cikgu Madrid
V) Hasil Kerja Pelajar
Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan
oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid
berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang
boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam
menghasilkan kerja.
Vi) Temu bual
Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan
peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka.
Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat
mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan
membuat pertimbangan moral.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Soalan 1
Anda telah pun faham tentang penilaian formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan
perbezaan antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan.
PERBEZAAN PENILAIAN FORMATIF PENILAIAN SUMATIF
Fungsi
Masa diberi
7
©Cikgu Madrid
Contoh
Soalan 2
Bandingkan penilaian formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek berikut:-
PERBANDINGAN PENILAIAN FORMAL
PENILAIAN TIDAK FORMAL
Fungsi
Kelebihan
Kelemahan
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.
Rumusan
Penilaian merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ialah proses yang
menggunakan data kualiti dan data kuantiti untuk membuat taksiran tersebut.Penilaian
biasanya dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya
menimbulkan tekanan dan ketegangan di kalangan pelajar.
Senarai buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam
penyediaan modul.
Bacaan Asas:
Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
8
©Cikgu Madrid
Rujukan:
Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral Teori: Etika dan Amalan Moral,
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
TAJUK 2 PEMBINAAN INSTRUMEN PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Pendahuluan
Ujian bilik darjah bertujuan mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai
serta berguna berhubung dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan
usaha penentuan tentang perkara/butiran/aspek apa yang hendak diukur dan kemudian
mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain
pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk
merangkuminya.
Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara
berikut:
Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang hendak diuji.
Menentukan Jadual penentuan ujian
Menulis item-item soalan.
Menyunting item.
Menjalankan praujian.
Mentadbir ujian atau peperiksaan.
2.1 Menentukan Tujuan Ujian dan objektif pengajaran yang hendak diuji
Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat
dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat
jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostik dan ujian sumatif.
ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran
yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan
9
©Cikgu Madrid
sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang
ditentukan.
ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum
balas kepada guru.
ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.
ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan
pensijilan.
Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu
cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif
pendidikan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domain-
domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).
Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan
aspek afektif. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori
dan jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan
dalam membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian.
Latihan 2.1Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut :
Soalan 1
Anda berkhidmat di sebuah sekolah di luar bandar. Oleh sebab perkhidmatan anda di
sekolah tersebut begitu lama anda amat disenangi oleh warga pendidik termasuk guru
besar. Lantaran jasa dan tugas anda kepada sekolah begitu meyakinkan mereka,
pentadbir sekolah melantik anda sebagai setiausaha peperiksaan yang
bertanggungjawab mengendalikan Peperiksaan UPSR. Huraikan tugas-tugas dan
cadangan-cadangan yang anda fikirkan perlu supaya pentadbiran ujian ini dapat
dilaksanakan secara lebih berkesan.
10
©Cikgu Madrid
Masa untuk rehat. Sila minum dulu. Selepas ini anda bolehlah teruskan pembacaan bagi tajuk yang berikutnya.
2.2 Penyediaan Jadual Penentuan Ujian
Setelah kita mengetahui tentang konsep penilaian, tujuan penilaian dan ujian yang akan
dilaksanakan kita akan memberikan tumpuan tentang perkara yang lebih penting
sebelum dilaksanakan satu-satu ujian hendak dilaksanakan iaitu Jadual Penentuan
Ujian (JPU).
Pembentukan JPU penting untuk membantu guru dalam penggubalan soalan-soalan
ujian. Fungsi Jadual Penentuan Ujian ialah untuk:
menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur,
dan memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian
adalah :
memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji,
menyenaraikan isi bahan pelajaran, dan
membina carta-carta dua hala.
11
©Cikgu Madrid
JADUAL PENENTUAN UJIAN
Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral
Aras
kemahiran isi
atau
kandungan
Penge
ta-
huan
(5.0%)
Kefaha-
haman
(25%)
Aplikasi
(55%)
Analisis
(10%)
Sintesis
(2.5%)
Peni-
laian
(2.5%)
Jumlah
Nilai
kebersihan
Fizikal &
mental
Nilai harga Diri
Sayang
terhadap
keluarga
Tanggung
jawab terhadap
masyarakat
Cinta akan
Negara
Kebersihan &
Keindahan
Alam Sekitar
1
1
1
1
1
1
4
2
1
1
1
4
11
4
1
3
1
1
2
2
6
20
8
2
Jumlah 3 10 22 4 1 40
12
©Cikgu Madrid
Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan
objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan)
manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan
kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Contoh jadual ini menunjukkan 2 soalan topik 1 (1 soalan kefahaman dan 1 soalan
aplikasi), 20 soalan topik 4 (1 soalan aras pengetahuan, 4 soalan aras kefahaman, 11
soalan aras aplikasi, 3 aras soalan analisis dan 1 soalan aras sintesis) yang perlu
disediakan untuk ujian berkenaan.
Pada umumnya dari JPU di atas, peratus taburan soalannya ialah:
5.0% aras pengetahuan
25% aras kefahaman
55% aras aplikasi
10% aras analisis
2.5% aras sintesis
2.5% aras penilaian
JPU memberi faedah-faedah berikut iaitu:-
menunjukkan ujian bukan dibina secara sembarangan.
menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.
menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.
menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.
membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlainan.
membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .
Latihan 2.2
13
©Cikgu Madrid
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Soalan 1
Sebagai guru Pendidikan Moral di sekolah, anda diberi amanah sebagai salah seorang
penggubal soalan mata pelajaran Pendidikan Moral dalam satu Mesyuarat Penggubal
soalan bagi matapelajaran ini. Tugas anda adalah menyediakan satu JPU untuk 30
soalan Tahun 4. Berikan 4 faedah JPU disediakan untuk ujian
RUMUSAN
JPU membantu dalam penggubalan soalan-soalan,
JPU dapat menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan
Ia juga memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Anda perlu rehat dahulu sebelum meneruskan bacaan berikutnya
2.3 Pembinaan Item Ujian
Pendahuluan
Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara
formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang
berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif..
Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :-
Soalan Objektif Soalan Subjektif
14
©Cikgu Madrid
Soalan aneka pilihan
- jawapan terbaik
- Positif dan negatif
- Cantuman
Soalan betul salah
Soalan memerlukan jawapan yang
pendek
Soalan melengkapkan perkataan /
ayat / cerita
Soalan menggunakan gambar
Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif
Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang
berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan
penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna
mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan
kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk
mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.
Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Subjektif
Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:-
merangkumi semua bidang matapelajaran.
masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.
objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza.
emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.
Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut :-
pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.
tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.
menggalakkan pelajar meneka jawapan.
pelajar kurang membuat persiapan rapi
Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:-
15
©Cikgu Madrid
senang dibina dan ditadbir.
menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.
boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.
peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.
Kelemahan soalan subjektif adalah seperti berikut:-
unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.
pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.
pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.
Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-
1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)
Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa menjalankan tugas, anda
mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi.
Apakah tindakan anda
A. Memarahi mereka
B. Menasihati mereka
C. Tidak mempedulikan mereka
D. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan
2. Contoh soalan objektif (Cantuman)
Tindakan berikut yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar
I Menebang pokok sesuka hati
II Membuang sampah ke dalam sungai
III Menanam pokok bunga di kawasan lapang
IV Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula
V Menderma baju lama ke rumah anak yatim
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
16
©Cikgu Madrid
C. II, III dan IV sahaja
D. III,IV dan V sahaja
3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif)
Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan
perkara-perkara berikut kecuali
A. Membayar ganti rugi kepada jiran
B. Melarikan diri dari tempat kejadian
C. Menggantikan pasu bunga yang baru
D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran
4. Contoh soalan betul / Salah
a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. ( )
b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ( )
5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)
a) Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus ________________________
b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita
kerana ____________________________________________________
6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)
a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah
dan kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar.
17
©Cikgu Madrid
Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai
kebersihan diri
1.________________________________________________________________
2.________________________________________________________________
3.________________________________________________________________
Latihan 2.3Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Soalan 1
Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya. Setiap satu
mengandungi empat pilihan jawapan. Soalan-soalan hendaklah berkaitan dengan satu
bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah.
Soalan 2
Sediakan 4 soalan subjektif Pendidikan Moral untuk Tahun 4
Rumusan:
1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau dipilih
daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan,
salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan.
2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan
respons secara bertulis.
3. Pembinaan instrumen tentang pengukuran dan penilaian bertujuan
mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai serta berguna berhubung
dengan pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang
apa yang hendak diukur, kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina
untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan
dapat dibentuk.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
18
©Cikgu Madrid
Bacaan Asas
Abd. Rahman Md.Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Longman
Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.
Rujukan
Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
TAJUK 3 PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR)
19
©Cikgu Madrid
Pengenalan
Penilaian kendalian sekolah rendah (PKSR) ialah suatu sistem penilaian berhubung
dengan kebolehan dan prestasi pelajar. Penilaian ini dijalankan oleh pihak sekolah
berasaskan matlamat KBSR.
Alat ujian merupakan alat-alat yang direka bentuk oleh guru dan bukan agensi
peperiksaan di peringkat pusat. Sebenarnya PKSR ialah proses penilaian yang
diselaraskan dengan proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan
kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh.
3.1 Tujuan-tujuan PKSR
1. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan guru di
peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. Kerana itu
proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna
2. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan
3. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan
4. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi
3.1.1 Skop Penilaian
PKSR merangkumi proses pendidikan dari semua aspek – kognitif (mental), afektif (nilai,
sikap, minat) dan psikomotor (pergerakan otot yang dirangsangkan oleh deria mental)
3.1.2 Pendekatan PKSR
PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut:
20
©Cikgu Madrid
Ujian pencapaian – mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan
kefahaman
Ujian prestasi – menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan, bacaan, kemahiran
psikomotor pendidikan jasmani, amali muzik dan ko-kurikulum
Pemerhatian – mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari
aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral, agama dan ko-kurikulum
Ujian situasi – mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu
Pentaksiran hasil kerja – mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan
dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir seandainya anda memerlukan bantuan
Syabas, anda telah dapat memahami sepenuhnya apa yang telah dibincangkan di atas.
Sekarang, teruskan dengan menjawab soalan latihan di bawah.
Latihan 3.1Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Soalan 1
Dalam pendekatan PKSR terdapat ujian situasi iaitu untuk mengenal pasti sikap dan
nilai pelajar melalui pelbagai situasi yang diberikan. Berikan pandangan anda
berpandukan satu situasi yang dikemukakan di bawah.
Contoh:
Situasi Soalan Jawapan anda
A.
21
©Cikgu Madrid
Satu acara Hari Kebangsaan
di Kuantan ialah perarakan
kereta berhias. Dalam
keadaan yang penuh sesak
dua helai wang RM10.00
telah tercicir daripada poket
seorang pengunjung
Apakah anda akan
buat apabila terjumpa
wang itu?
B.
C.
D.
3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam
bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan
domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka
penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah.
Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif
Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?
Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang
disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan
kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong
dan membersihkan kuku mereka?
Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian
aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan
kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak,
skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).
22
©Cikgu Madrid
Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif
Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi
oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui
Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain
yang amat sukar dinilai
Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini
menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini
seorang yang bermoral atau pun kerana beliau takut didenda RM300.00?
Latihan 3.2 :Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut
Dalam lapan kali pemerhatian Ramlan didapati dua kali tidak mematuhi peraturan
asrama di sebuah sekolah. Pada pandangan anda bolehkah kita mentafsirkan tingkah
laku Ramlan ini pada tahap memuaskan atau sederhana? Berikan justifikasi penilaian
anda.
Rumusan
Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu
berhubung dengan pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah.
Antaranya penilaian cara ini susah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa
yang panjang dan membawa banyak implikasi. Kesimpulannya, oleh sebab Pendidikan
Moral banyak menyentuh tentang nilai dan sikap, maka mata pelajaran ini mengalami
banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.
23
©Cikgu Madrid
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan untuk membantu pemahaman anda.
Bacaan Asas:
Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Koo Kee Peng & Tang Chee Yee. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Rujukan:
Abd.Rahman Md. Aroff(1999) Pendidikan Moral: Teori Etika dan Amalan Moral.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini.
Soalan Tutorial
1. Banding bezakan Penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk pengurusan grafik
(1jam)
24
©Cikgu Madrid
2. Senaraikan Kelebihan dan Kelemahan item-item dalam Ujian Formal (2 jam)
3. Buat refleksi penilaian berdasarkan satu contoh ujian bulanan di sekolah and
(2 jam)
Rujukan
Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM.
Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional
25
©Cikgu Madrid
knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/carter.php
Central Michigan University. (2004).Teacher education CLEAR conceptual framework. Retrived on 20-5-04 from http://www.tepd.cmich.edu/Clear/TotalClear.pdf.
Driggers, J. (1999). Life management skills: taking charge of your future. Albany: Delmar Publishers. p 214.
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.
Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction. US: Allyn and Bacon.
Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company.
Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company.
Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: Jossey-Bass.
Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall.
PANEL PENULIS MODUL
BIL NAMA KELAYAKAN
26
©Cikgu Madrid
1
PENYELARAS Dr. Maznah Binti Abd. Samad Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
BA (Hons) Sejarah. UMM. Ed (Bimbingan & Kaunseling). UMPh. D (Pendidikan). Universiti Queensland.Pengalaman mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun
2
Pengerusi
Cik J Krishna Kumary a/p JuvalMaktab Perguruan Temenggung IbrahimJalan Datin Halimah,803500 Larkin, Johor.
B.A. (Hons) Sejarah & Geografi, USMDiploma Pendidikan, USMM.Sc. Pendidikan Moral, UPM.Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 10 tahun
3
Pn. Ng Choo TangInstitut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur
BSc (Hons) Kimia, UMM.Ed Teknologi Pendidikan, UMPengalaman mengajar Pendidikan Moral: 12 tahun
4
Pn. Noorlela bt. Mohd. Shariff,Maktab Perguruan Raja Melewar,Beg Berkunci 43, 70990,Seremban, Negeri Sembilan, DK.
B.A. (Hons), Quran Sunnah, UKMSPI, Pendidikan Islam, UKMPengalaman Mengajar: Pendidikan Moral9 tahun
5
Pn. Chia Yip LanMaktab Perguruan Sarawak98009 Miri Sarawak
B A (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)Sarjana Pengurusan (UUM)Pengalaman mengajar Moral : 18 tahunPensyarah Cemerlang Pendidikan Moral
6
Pn. Rohaini KamsanMaktab Perguruan Temenggung IbrahimJalan Datin Halimah,803500 Larkin, Johor
B A (Hons) Kesusasteraan Melayu dengan Pendidikan (USM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 19 tahun
7Pn. Pn. Rohani binti IsmailMaktab Perguruan Ilmu Khas,Jalan Yaacob Latif,56000 Kuala Lumpur
B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi (USM)Diploma Pendidikan: Siviks (UM)Pengalaman MengajarPendidikan Moral: 16 Tahun
8
Pn. Koh Geok WahMaktab Perguruan Sarawak,98009 Miri, Sarawak
B. Econs (UM)Diploma Pendidikan (UM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 15 tahun
PANEL PEMURNI MODUL
27
©Cikgu Madrid
Bil. Nama Kelayakan
1.
PENYELARASDr. Maznah Binti Abd. SamadUnit KurikulumBahagian Pendidikan Guru
B.A. (Hons) SejarahM. Ed.(Bimbingan & Kaunseling)PhD (Pendidikan)Pengalaman mengajar Pendidikan Moral: 2 tahun
2. PENGERUSIPn. Rohaini KamsanMaktab Perguruan Temenggong IbrahimJalan Datin Halimah80350 Larkin, Johor
Sarjana Muda Sastera (Kepujian)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 17 Tahun
3. Pn. Chia Yip LanMaktab Perguruan Sarawak,Jalan Bakam,98009 Miri, Serawak.
B. A. (Hons) Geografi dan Sosiologi (UKM)M.Ed. Pengurusan (UM)Pengalaman mengajar: Pendidikan Moral 18 tahunPensyarah Cemerlang Pendidikan Moral
4. Cik Krishna Kumary JuvalMaktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah,80530 LarkinJohor Baharu.
B A (Hons) Sejarah dan Geografi USM)Diploma Pendidikan (USM)M SC. Pendidikan Moral (UPM)Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 10 tahun
5. Pn. Asiah binti SaadInstitut Perguruan Darul Aman06000 Jitra, Kedah Darul Aman
B.A. (Hons) Pengajian Asia TenggaraM. Sc. PsikologiPengalaman mengajar Pendidikan Moral : 14 Tahun
6. Pn. Rohani binti IsmailMaktab Perguruan Ilmu Khas,Jalan Yaacob Latif,56000 Kuala Lumpur.
B. Soc. Sc. (Hons) Sosiologi USMDiploma Pendidikan: Siviks UMPengalaman Mengajar Pendidikan Moral: 16 Tahun
7. Ustaz Ahmad Zaki bin Hashim BA (Hons) Pengajian Islam
28
©Cikgu Madrid
Institut Perguruan Darul Aman06000 Jitra, Kedah Darul Aman
M Ed (Pendidikan Islam)Pengalaman mengajarPendidikan Moral : 2 tahun
29