tugasan 3103
-
Upload
zee-hashim -
Category
Documents
-
view
177 -
download
0
description
Transcript of tugasan 3103
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 2-3
2.0 KRAF TRADISIONAL BERKONSEPKAN ISLAM 4
2.1 BATIK 4-6
2.2 TEMBIKAR 6-9
2.3 ANYAMAN
2.4 UKIRAN KAYU
2.5 TEKAT
3.0 PENUTUP 2-3
4.0 RUJUKAN 14
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
1
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa (2005) Edisi 4, perkataan kraf membawa maksud
‘perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan
tangan’, manakala kraftangan pula membawa makna ‘perusahaan ( kerja, seni ) yang
memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan’.
Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 7 ‘kraftangan’ merupakan seni
pertukangan tangan yang merangkumi beberapa jenis iaitu seni pertukangan kayu,
pertukangan perak, pertukangan besi, pertukangan tembaga, seni tembikar dan beberapa
jenis yang lain lagi termasuk barang-barang yang diperbuat daripada bahan-bahan
tempatan seperti buluh, rotan, resam, tempurung kelapa dan sebagainya.
Sementara itu, menurut Siti Zainun Ismail dalam bukunya Rekabentuk Kraftangan
Melayu Tradisi, Bab 1 mengatakan ‘Kraftangan’ dimaksudkan sebagai hasil seni
berperanan untuk kegunaan. Hal ini bermaksud kraftangan ini dibuat bertujuan untuk
kegunaan seseorang individu dan sebagai perhiasan
Kesimpulannya, kraftangan adalah salah satu peninggalan yang secara turun
temurun. Setiap bangsa atau masyarakat diseluruh dunia mempunyai budaya kraftangan
tersendiri yang diperturunkan dari generasi ke genarasi. Keadaan yang sama dapat dilihat
dalam kalangan masyarakat Malaysia yang sememangnya sinonim dengan hasil-hasil
seni kraftangan. Kebanyakan kraftangan dalam kehidupan masyarakat Malaysia
dihasilkan berkonsepkan agama Islam. Hal ini terjadi kerana kebanyakan kraftangan yang
di hasilkan dipengaruhi oleh pendagang-pedangan Islam yang datang berdagang pada
kerajaan zaman dahulu.
Menurut William Hunt (1952, dalam Dr. Othman Mohd. Yatim. 1989) dalam
bukunya “An Introduction to The Malayan Aboriginese” mengatakan bahawa budaya
kraf dan seni di Malaysia dibawa oleh pendatang keturunan Melayu Islam dari Gugusan
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
2
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
Kepulauan Melayu, serta pendatang asing dari rantau Asia dengan asimilasi budaya
pribumi yang mempunyai kepercayaan Islam. Menurutnya lagi kebanyakkan pedagang
yang datang berdagang juga turut memberikan idea menjadikan kraf sebagai satu seni di
dalam memperluaskan pengaruh kepercayaan agama ini. Pendapat ini disokong oleh
penemuan ahli anthropologi Gustay Schenk yang mengatakan bahawa sebahagian
kepulauan Indonesia misalnya merupakan tanah besar yang bersambung dengan Australia
dan Malaya menjadi jambatan diantara dua benua mempunyai warisan yang agak serupa.
Manakala Menurut Paul J. Smith dalam bukunya “Craft Today’ Poetry of the
physical”, mensifatkan kraf tangan, secara mistiknya mewakili kesatuan antara spiritual
dan pancaindera seorang insan. Ini mengukuhkan lagi elemen kemanusian dalam
kehidupan harian dan pengalaman yang dilahirkan melalui kraf tangan disamping
melahirkan kraf tangan individu. Oleh sebab itu, kraf menjadi satu warisan yang harus
diwarisi dari generasi ke generasi, dan keasliannya diperlihara kerana warisan ini
melambangkan hubungan antara orang Melayu dan kepercayaannya iaitu Islam.
Sementara itu, dalam tempoh RMKe-9, usaha yang berterusan akan diambil
untuk membangun dan meningkatkan kualiti kraf tradisional Malaysia. Usaha ini
meliputi penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah baru bagi meningkatkan
kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi baru dalam
menjaga warisan tradisional masyarakat Melayu. Maka usaha mempromosi kraf Malaysia
di pasaran tradisi dan baru akan dilaksanakan secara meluas dengan kerjasama sektor
swasta supaya rakyat tidak melupai warisan ini supaya warisan tradisional ini diwarisi
dan tidak hilang ditelan zaman.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
3
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
2.0 KRAF TRADISIONAL BERKONSEPKAN ISLAM
Kraf tradisional merupakan warisan budaya yang amat sinonim dengan kehidupan
dan kepercayaan penduduk di Malaysia sejak zaman dahulu lagi, khususnya masyarakat
Melayu yang beragama Islam. Hasil kerja tangan yang unik, halus dan menarik
sememangnya mencerminkan keunggulan dan kepercayaan budaya masyarakat Melayu,
sekali gus menyebabkan warisan budaya yang berkonsepkan Islam ini diperlihara supaya
senantiasa mempunyai nilai yang tinggi.
Malaysia adalah sebuah negara kaya dengan seni kraf tradisional yang
berkonsepkan kepercayaan Islam serta mempunyai sejarah kesenian kraf yang tersendiri.
Hal ini disokong padu apabila Malaysia telah membuktikannya sebagai satu negara yang
mempunyai seni kraf yang sangat menarik dan pelbagai. Antaranya warisan kraf yang
mempu menaikkan nama negara ialah batik, tembikar, anyaman, ukiran kayu dan tekat.
Kesemua kraf tradisional ini sangat mendapat perhatian kerana nilainya terlalu tinggi
disamping mampu menambahkan pendapatan rakyatnya.
Kesenian dalam kebudayaan Melayu yang berkonsepkan kepercayaan Islam telah
lama lahir bersama–sama dengan penciptaan barangan keperluan harian seperti bakul
rotan, tikar rotan, kain batik lepas, kain sarung, periuk, tembikar, dan anyama . Kesemua
warisan tradisi ini sudah terkenal dengan fungsi utiliti juga tidak dapat dipisahkan dari
makna estetikanya. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjaga warisan kraf
tradisional supaya nilainya terpelihara.
2.1 BATIK
Mengikut catatan sejarah, batik dikatakan telah wujud sejak 2000 tahun dahulu di negara
Parsi dan Mesir. Di Malaysia, batik dikatakan berasal dan dibawa masuk dari kepulauan
Jawa di Indonesia ke Melaka pada abad ke-15 melalui kegiatan perdagangan, iaitu zaman
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
4
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
pemerintahan Parameswara. Oleh itu, tidak hairanlah banyak corak batik yang terawal di
negara kita dipengaruhi oleh reka corak batik jawa yang berteraskan kepercayaan Islam
kerana asalnya dari pedagang Islam dari Parsi dan Mesir. Pada masa sekarang, negeri
Kelantan dan Terengganu adalah merupakan perintis batik yang besar di Malayisa
sebelum berkembang ke beberapa negeri dan tempat termasuk Kuala Lumpur.
Istilah batik diperoleh daripada proses menitiskan lilin yang cair ke atas
permukaan kain putih dengan menggunakan peralatan yang dipanggil canting(tjanting).
Perkataan batik berasal daripada perkataan Jawa ( Indonesia) yang menggabungkan dua
perkataan , iaitu ‘amba’ yang bermaksud menulis dan titik ataupun merujuk kepada
‘pakaian yang mempunyai titik-titik yang kecil’. Seni batik merupakan satu kaedah reka
corak tekstil yang berasaskan penggunaan lilin dan pewarna. Seni batik juga merujuk
kepada proses dan cara mencetak, dan tidak merujuk kepada satu-satu corak atau rekaan
yang khusus. Batik dihasilkan melalui proses penerapan lilin dan pencelupan warna atas
kain putih. Sehingga kini, batik belum boleh dicap pada kain tiruan kerana lilin panas
akan merosakkan kain tersebut.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
5
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
Batik mempunyai pelbagai corak dan motif yang melambangkan kepercayaan dan
warisan yang berharga. Sebagai contoh corak motif abstrak mempunyai perkaitan dengan
pengaruh kepercayaan Islam di dalam budaya Melayu. Corak ini adalah bermotifkan
banji, swastika, anyaman (tikar atau dinding pelupuh) dan titik-titik. Corak dalam motif
ini selaras dengan konsep tauhid yang mahukan manusia sentiasa merapatkan diri dengan
Allah. Antaranya ialah motif kaligrafi yang mempunyai bentuk puisi dan prossa
bertulisan jawi dan setengahnya mengandungi ayat Al-Quran , motif geometri yang
digunakan sebagai hiasan tepi dan tengah dan menghasilkan corak yang pelbagai, motif
abstrak yang bukan geometri yang digunakan sebagai latar kepada motif-motif lain.
Kini penggunaan batik digunakan secara meluas dan tidak lagi terhad khususnya
kepada pakaian, kain sarung dan batik lepas. Penggunaan dipelbagaikan misalnya
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
6
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
digunakan sebagai selendang, tudung kepala, gaun wanita. Tukang kraf batik mengubah
suai batik mengikut citarasa zaman sekarang, akan tetapi penggunaannya tetap
berteraskan kepada kepercayaan agama Islam kerana itu adalah warisan yang berasal
daripada penghasilan batik.
2.2 TEMBIKAR
Sejarah seni tembikar ini bermula sejak beribu tahun dahulu. Ia telah terbukti
dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha, Kelantan; Bukit Tengku
Lembu, Perlis; Ulu Tembeling, Pahang; Bukit Tamabun, Perak dan Guah Niah, Sarawak.
Pada zaman dahulu, ragam hias pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana
yang dibuat secara spontan dan dibakar pada sebarang suhu. Tembikar-tembikar neolitik
yang dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang menarik dari
segi ragam hias. Pada zaman tersebut teknik sepuh dan guris telah berkembang. Selain itu
tembikar bukan sahaja dihasilkan dengan bahan tanah liat basah tetapi juga dicampuri
dengan pasir, serbuk batu dan arang. Tanah liat asli diambil dari dalam bumi dan sungai.
Ia terdiri daripada ‘kulit dan tanah liat endapan’.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
7
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
Di Perak, terdapat empat tempat yang berasingan di mana sebahagian
penduduknya melakukan perusahaan tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian,
utara Perak, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan di Pulau Tiga sebelah
selatannya. Usaha untuk menghidupkan kraf tradisional ini telah dijalankan oleh PKKM
di Enggor, berhampiran dengan Jambatan Iskandar. Kegunaan tembikar pada zaman
dahulu digunakan sebagai kegunaan harian dan secara keseluruhannya berbentuk periuk,
belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta. Manakala, di Sarawak dan
Sabah pula tembikar digunakan untuk upacara pengebumian. Dari segi bentuknya pula
tidak jauh berbeza, persamaan dari segi susunan motif yang berkonsepkan kepercayaan
Islam yang dibawaterus dari negara asalnya, ketebalan dan dibuat melalui teknik
pembakaran pada suhu rendah dengan permukaan yang berwarna coklat, hitam dan
kelabu gelap. Walau bagaimanapun tembikar agak berbeza kerana ia dihasilkan mengikut
teknik-teknik tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat,
akan tetapi perbezaan yang dilakukan tidaklah menjejaskan unsur-unsur yang ada
padanya.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
8
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
Pelbagai jenis barangan yang telah dihasilkan oleh tiga buah negeri iaitu Perak,
Kelantan dan Pahang seperti Labu(Perak), Geluk, Buyung, Terenang(Pahang), Belanga,
dan Periuk(Kelantan). Negeri –negeri ini sangat bertungkus lumus membangunkan hasil
warisan yang telah diwarisi kepada mereka. Kesemua penggiat yang meneruskan warisan
ini terdiri daripada kaum Melayu yang beragama Islam. Maka, setiap motif yang
dizahirkan kepada tembikar adalah berasaskan kepercayaan agama Islam. Ini
menunjukkan betapa besarnya pengaruh Islam di dalam budaya masyarakat Melayu
daripada zaman dahulu hingga zaman sekarang.
Proses pembuatan tembikar adalah bermula dari tanah liat yang dijemur untuk
dikeringkan. Kemudian tanah liat itu akan ditumbuk untuk dijadikan tepung dengan
menggunakan lesung kaki lalu di ayak. Tanah liat itu kemudiannya diperam dalam pasu
berair selama tiga hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu. Air dibuang dan mendapan
tanah liat dan lembut dibiarkan pada permukaan kepingan plaster Paris selama beberapa
hari. Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat supaya mudah dibentuk
menjadi tembikar.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
9
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
Hasil dari gabungan jiwa, bentuk tampak dan unsur alam juga telah mewujudkan
satu kaitan hubungan antara jiwa dan unsur alam. Elemen gabungan jiwa dan unsur alam
yang mana ianya memperlihatkan bahawa jiwa pencipta yang begitu dekat dengan alam
persekitaran mereka yang merangkumi pelbagai unsur alam yang mana ianya juga
sebagai satu pelengkap kepada wujudnya seni rupa. Unsur alam yang berada pada
lingkungan kehidupan seharian mereka telah dimanipulasikan secara bijak bagi
penghasilan barangan seni rupa. Sebagi contoh, pencipta tembikar telah dapat menilai
bahan asas penghasilan tembikar dengan begitu bijak sekali dengan menggunakan tanah
liat yang berada dalam persekitaran hidup mereka secara maksima. Manipulasi unsur
alam tidak sekadar menggunakan bahan alam secara asli namun pencipta tembikar juga
telah berjaya mengadaptasikan campuran bahan alam yang lain bagi menghasilkan satu
campuran tanah liat yang mengandungi. Unsur alam juga telah memberikan satu idea
untuk menzahirkan mesej perihal penting yang berkaitan apresasi jiwa terhadap alam
persekitaran hidup telah memperjelaskan bahawa unsur alam begitu dihargai serta
disanjung.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
10
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
2.3 ANYAMAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa (2005) Edisi 4, perkataan anyaman membawa
maksud, hasil drpd menganyam iaitu barang yg dianyam. Manakala menurut Siti Zainun
dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi, Anyaman bermaksud proses
menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun
yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi,
rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah
dikeringkan dan lembut.
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang,
bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan
menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu
sama lain. Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui
proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
11
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai.
Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai
adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.
Proses pertama adalah dengan menjemur batang-batang rotan tersebut hingga
agak kering. Hal ini kerana pada waktu dihantar ke kilang pemprosesan sebahagian rotan
tersebut masih berwarna hijau kekuningan iaitu dalam keadaan basah. Selepas itu,
pengawetan menjadi satu proses penting untuk rotan bagi mengelakkan serangan
cendawan dan serangga. Proses pengawetan ini dilakukan melalui kaedah rendaman.
Setelah rotan direndam selama beberapa jam, barulah proses pengeringan dengan
menggunakan ruang pengeringan khas sepertimana sistem pengeringan kayu dilakukan.
Bakul merupakan salah satu seni anyaman yang lazimnya dibentuk daripada
anyaman buluh, rotan, bemban atau mengkuang. Bakul akan diwarnakan menggunakan
varnis atau mengikut warna yang digemari supaya ia kelihatan lebih cantik dan menarik.
Kegunaan bakul adalah sebagai bekas untuk membawa, menyimpan, menyukat,
menakung dan sebagainya. Contohnya, bakul berkaki dianyam rapat dari tapak ke atas
daripada rotan, bertiang rotan sebagai kaki, mulutnya yang berbingkai yang beranyam
tulang belut dengan menggunakan batang ribu-ribu adalah digunakan untuk menyimpan
atau mengisi beras atau padi.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
12
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
Manakala anyaman rotan merupakan sejenis anyaman yang mendapat sambutan
ramai kerana keunikan dan hasilnya yang halus. Ia senang diperolehi dan pembuatan
kraftangan rotan mendapat sambutan yang menggalakkan dan semakin popular. Cara
menganyam rotan tidak banyak bezanya dengan anyaman buluh. Rotan yang telah agak
matang sahaja akan ditebang untuk membuat tikar. Batang-batang rotan berkenaan akan
dikumpul untuk dikerat bagi memudahkan proses menganyam. Batang rotan yang telah
dikerat akan dibelah-belah dalam saiz yang lebih kecil dan diraut supaya menjadi lebih
nipis, licin dan mudah dilentur. Setelah diraut, belahan tersebut telah sedia untuk
dianyam. Anyaman tikar rotan sama juga dengan anyaman tikar pandan, mengkuang dan
buluh. Proses terakhir untuk anyaman rotan adalah dengan menyapu syelek pada seluruh
bahagian anyaman untuk kelihatan lebih cantik dan berkilat.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
13
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
2.4 UKIRAN KAYU
Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraf tradisional yang telah lama
bertapak dalam sejarah ketamadunan Melayu. Selain batu dan bahan logam,
kewujudannya paling ketara dapat dilihat pada ragam hias peralatan dan perkakas rumah,
perahu, alat persenjataan dan elemen-elemen seni bina yang diperbuat daripada kayu.
Menurut Halim Nasir (1987:9) seni ukir di Semenanjung Malaysia boleh ditelusuri
semenjak zaman Batu Megalithik dengan penemuan motif-motif pada batu dalam bentuk
ular atau naga dan rusa, sehingga kepada penemuan motif dan kaligrafi pada batu-batu
nesan yang menandakan zaman kedatangan Islam ke rantau sebelah sini. Manakala
penemuan motif-motif pada meriam, keris, lembing dan cap mohor kerajaan lama
menandakan sekil atau kepandaian Melayu purba dalam menggunakan logam ketika
zaman logam sehingga kepada era kedatangan Islam. Dalam konteks seni ukiran kayu,
penemuan yang meluas pada rumah kediaman, istana, masjid, rumah wakaf, gerbang dan
juga pada senjata, peralatan pertukangan, perabut, perkakas rumah serta perahu.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
14
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
Dari sudut sejarah kegiatan seni ukir terkenal di kawasan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Patani di
Selatan Thai. Namun terdapat juga rumah-rumah tradisional di negeri-negeri Perak,
Kedah dan Negeri Sembilan yang dihias dengan ukiran. (Zulkifli Hanafi, 2000:2). Secara
amnya terdapat persamaan atau pengaruh setempat dengan kawasan sekitarannya. Ukiran
dan ragamhias pada seni bina rumah tradisional Melayu Kelantan dan Terengganu
dikaitkan dengan imej-imej Selatan Thai sementara ukiran dan ragamhias pada seni bina
Negeri Sembilan dengan Minangkabau.(Halim Nasir, 1987:66).
Seni ukiran kayu merupakan satu warisan budaya Melayu yang kaya dengan
kepelbagaian rupa bentuk yang estetik dan di amalkan oleh masyarakat dahulu dan
diwarisi sehingga kini. Seni ukiran kayu merujuk kepada seni penyobekan bongkah kayu
atau permukaan papan yang dibentuk atau dicorak mengikut hiasan atau motif tertentu.
Proses ini bermula dengan pemilihan kayu untuk dijadikan komponen pada bangunan
atau kraf. Bongkah kayu atau papan ditaktik dengan cetar atau kapak, kemudiannya
dipahat atau ditoreh dengan pisau wali dan pahat mengikut idea dan daya cipta pengukir.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
15
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
Seni ukiran kayu juga digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi
kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai
hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa
di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan
melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan, perabot, senjata dan
peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih mengekalkan
seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
16
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
2.5 TEKAT
Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan
yang popular dalam masyarakat melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain
dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan rekabentuk bunga dan pohon – pohon.
Tekatan digunakan untuk membuat kasut, kipas muka, bantal dan balutan tepak sirih.
Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara
perkahwinan, upacara berkhatan, pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang
lain.
Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan
pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada
kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada masa tersebut seni tekat
dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini pada
pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan
negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
17
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, negara Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai kraf
tradisional yang unik. Kraf tradisional ini amat penting terhadap masyarakat di Malaysia.
Masyarakat Malaysia menganggap seni kraf ini penting kerana ia merupakan salah satu
cara menyampaikan mesej kesenian dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat
Malaysia.
Masyarakat melayu juga menganggap seni kraf tradisional ini penting kerana ia
berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang
mereka. Asas penting yang menjamin kesinambungan kraf pada masa lalu ialah kesenian
dan kebudayaan yang diwarisi dari nenek moyang masyarakat Melayu. Hal ini
menyebabkan masyarakat Melayu sangat menghargai seni kraf kerana ianya adalah satu
warisan budaya yang harus di warisi dari generasi ke generasi.
Harapan agar kraf tradisional akan berkembang subur dan mengalami perubahan
mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati serta semangat
kraf tradisional tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang tidak lapuk dek
hujan dan lekang dek panas hingga sepanjang zaman. Oleh itu, masyarakat Malaysia
haruslah mempertahankan kesenian kraf tradisional mereka supaya tetap dan tidak pupus
ditelenggami arus pemodenan masa kini.
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
18
ABDUL RAHMAN BIN ALI
________________________________________________________________________
3.0 RUJUKAN
Azhar Asmadi, Cherel Jaafar, 2011. Batik Siri Kraftangan Tradisional Malaysia. Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Selangor
e-man, 2008. Anyaman Seri Warisan Seni Kraf. Cipta Publishing, Kuala Lumpur
Kraftangan Malasyia, 2005. Tembikar Tradisional. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Lumpur
25 Februari 2012, 11:52 A.M http://www.kraftangan.gov.my
25 Februari 2012, 12:04 P.M http://www.beritaharianonline.com.my
25 Februari 2012, 12:05 P.M http://www.pejabatdaerahbesut.com.my
HBAE 3103 KRAF TRADISIONAL 700312025002
19