Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah
Transcript of Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Penyelesaian Masalah
Contoh persediaan mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Masalah
Contoh 1 :
Murid : Tingkatan 1
Tema : Tenaga
Bidang Pembelajaran : Penyerap Haba yang Baik
Masa : 2 waktu (80 minit)
Objektif Pembelajaran: Memahami bahawa permukaan objek yang gelap dan kusam menyerap dan membebaskan haba dengan lebih baik
Hasil Pembelajaran : Menyatakan objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat
Fasa Cadangan aktiviti Cadangan komunikasi
1. Persediaan
Mengenalpasti Masalah
Menjelaskan masalah
1. Menunjukkan gambar baju berwarna hitam dan putih 2. Murid ditanya baju manakah yang sesuai dipakai ketika cuaca panas
3. Murid ditanya aplikasi penggunaan warna dalam kehidupan seharian
4. Murid dibimbing sehingga mendapatkan jawapan yang dikehendaki.
a. Apakah perbezaan yang anda dapat perhatikan pada kedua-dua baju ini?
b. Baju manakah yang sesuai dipakai ketika cuaca panas?
c. Mengapakah uniform sekolah anda berwarna putih?
d. Mengapakah rumah tidak dicat dengan menggunakan warna hitam?
e. Mengapakah kuali leper mempunyai permukaan berwarna hitam?
f. Mengapakah lori tangki minyak petrol mempunyai permukaan berkilat?
2. Imaginasi
Mencari alternatif penyelesaian Mencari
Penyelesaian
1. Perbincangan antara murid dan guru menentukan warna baju yang sesuai digunakan ketika cuaca panas ( guru meletakkan lipatan baju berwarna hitam dan putih di bawah sinaran matahari selama 3 minit)
2. Pelajar ditunjukkan susunan set alatan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah di bawah.
a. Bagaimanakah cara untuk kita membuktikan warna baju yang mana menyerap haba yang lebih baik?
b. Jika kita memasukkan tangan di dalam lipatan baju tersebut, baju manakah yang berasa lebih panas?
c. Apakah warna yang menyerap haba lebih baik?
a. Belon pada botol warna apakah yang akan mengembang
3. Seorang pelajar diminta meletakkan set alatan tersebut di bawah pancaran cahaya matahari
terlebih dahulu? Ramalkan
3. Perkembangan
Melakukan operasi
Menilaian penyelesaian masalah
1. Murid dibahagikan dalam kumpulan.
2. Murid dibekalkan dengan radas seperti kelalang kon yang dasarnya dicat aluminium dan cat hitam, penyumbat getah, termometer, kaki retort dan pengapit, penunu Bunsen
3. Murid menyusun radas yang sesuai untuk menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru.
4. Murid menjalankan eksperimen untuk menentukan warna yang sesuai untuk menyerap haba yang baik
a. Apakah warna yang sesuai sebagai penyerap haba yang baik?
b. Jalankan eksperimen dengan menggunakan radas yang telah disediakan
4. Tindakan
Membuat refleksi
penyelesaian yang dibuat
1. Setiap kumpulan merekodkan pemerhatian yang dibuat daripada eksperimen
2. Perbincangan antara murid dan guru untuk menentukan bahawa warna mempengaruhi keberkesanan penyerapan haba yang baik
3. Guru menunjukkan tayangan dari internet bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan/eksperimen pelajar.
http://www.youtube.com/watch?v=yD96rPTjkUM
Pentaksiran Berdasarkan kepada keupayaan murid menyelesaikan masalah penentuan warna pakaian yang sesuai mengikut keadaan cuaca
Nilai dan sikap 1. Saling bekerjasama untuk menjalankan aktiviti kumpulan.
2. Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam
Lampiran 1
Aktiviti : Penyerapan HabaPenyataan Masalah : Bagaimanakah kecekapan permukaan putih dan berkilat serta
gelap dan kusam menyerap haba?
Arahan :1. Sediakan susunan radas seperti dalam gambarajah di atas2. Catatkan bacaan suhu pada termometer A dan B selepas 10 minit
Keputusan :
Jenis permukaan Bacaan suhu
awal (ᵒ C)
Bacaan suhu
akhir (ᵒ C)
Kenaikan suhu
(ᵒ C)
Gelap dan kusam
Putih dan berkilat
Perbincangan :
1. Permukaan _________________ adalah penyerap haba yang baik manakala
permukaan _________________ adalah penyerap haba yang lemah
2. Baju yang berwarna ________________ tidak sesuai dipakai ketika cuaca
panas.
3. Berdasarkan set alatan di atas, belon pada botol berwarna
___________________ mengembang terlebih dahulu berbanding belon pada
botol berwarna ________________
4. Pasukan beruniform manakah yang akan berasa lebih panas ketika melakukan
aktiviti kawad kaki di bawah pancaran matahari, Persatuan PBSM atau
Persatuan Kadet Polis?
________________________________________________________________
Lampiran 2
Anda adalah Ketua Persatuan Pancaragam Sekolah. Pasukan anda akan membuat persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan bermula jam 12:00 tengahari sehingga 2:00 petang. Anda diminta memberikan pendapat mengenai warna dan corak pakaian tersebut.
KUMPULAN 4CIK NORSURIA BINTI PARAMAN (SMK CONVENT)EN. AMRI BIN BAHARI (SMK TINGGI BATU PAHAT)PN. ZAMLEEZA BINTI MAHMUD (SMK TUN SARDON)