CERITA LIPUR LARA TERPILIH BERDASARKAN PENDEKATAN...
Transcript of CERITA LIPUR LARA TERPILIH BERDASARKAN PENDEKATAN...
CERITA LIPUR LARA TERPILIH BERDASARKAN
PENDEKATAN PENGURUSAN
MOHAMAD ZUBER BIN ISMAIL
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
2017
CERITA LIPUR LARA TERPILIH BERDASARKAN PENDEKATAN
PENGURUSAN
MOHAMAD ZUBER BIN ISMAIL
TESIS DISERAHKAN SEBAGAI MEMENUHI
KEPERLUAN BAGI
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
2017
UNIVERSITI MALAYA
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN
Nama : MOHAMAD ZUBER BIN
ISMAIL (No. K.P/Pasport:
No. Pendaftaran/Matrik: JHA130003
Nama Ijazah: IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja ini”):
CERITA LIPUR LARA TERPILIH BERDASARKAN PENDEKATAN
PENGURUSAN
Bidang Penyelidikan: KESUSASTERAAN
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:
(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;
(2) Hasil Kerja ini adalah asli;
(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah
dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-
apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada
mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan
sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan
pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini;
(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut munasabahnya
tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja
yang lain;
(5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di
dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya
mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini
dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau
dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran bertulis dari UM;
(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya
telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau
sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan
lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.
………………………
Tandatangan Calon Tarikh:
Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,
………………………
Tandatangan Saksi Tarikh:
Nama: PROF. DR. MOHAMAD MOKHTAR ABU HASSAN
Jawatan: PROFESOR
………………………
Tandatangan Saksi Tarikh:
Nama: DR. MOHD TAUFIK ARRIDZO MOHD BALWI
Jawatan: Pensyarah Kanan / Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu
iii
CERITA LIPUR LARA TERPILIH BERDASARKAN PENDEKATAN
PENGURUSAN
ABSTRAK
Kajian ini menekuni satu pendekatan baharu dalam dunia kajian kesusasteraan kerana
bersifat rentas disiplin dengan ilmu pengurusan. Teks cerita lipur lara terpilih yang
menjadi pegangan untuk diterapkan dalam kajian ini, iaitu Hikayat Anggun Cik Tunggal
(1985), Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1998), Hikayat Malim Deman (1998),
Hikayat Malim Dewa (1998) dan Hikayat Raja Muda (1998). Perbincangan kajian
berdasarkan Pendekatan Pengurusan yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar
Abu Hassan. Teks-teks kajian dibincangkan secara rinci bertujuan mencapai tiga objektif
utama kajian, iaitu mengenal pasti prinsip-prinsip pendekatan pengurusan yang terdapat
dalam cerita lipur lara terpilih. Kedua, menganalisis cerita lipur lara terpilih berdasarkan
prinsip-prinsip pendekatan pengurusan. Ketiga, merumuskan kepentingan prinsip-prinsip
pendekatan pengurusan yang diketengahkan dalam cerita lipur lara terpilih. Dengan
mengemukakan definisi konsep pengurusan dan prinsip-prinsip pengurusan, kerangka
Pendekatan Pengurusan telah digunakan sebagai satu indikator penting untuk
menerapkan dan menganalisis teks cerita lipur lara ini. Lima prinsip dalam pendekatan
pengurusan, iaitu prinsip perancangan, prinsip kepimpinan, prinsip pengorganisasian,
prinsip penstafan dan prinsip kawalan menjadi tunjang penting kajian. Kajian ini
menemukan beberapa hasil dapatan bertitik tolak daripada analisis menggunakan
Pendekatan Pengurusan. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa cerita lipur lara
Melayu mendampakkan suatu kecenderungan yang tinggi dalam menyerlahkan kelima-
lima prinsip pengurusan bertitik tolak daripada analisis terhadap karya. Daya pengurusan
yang dipancarkan menerusi prinsip perancangan dalam teks-teks kajian menyerahkan
kepentingan karya sastera tradisional ini dalam denyutan dunia globalisasi yang menuntut
iv
daya pemikiran yang kreatif dan kritis. Prinsip kepimpinan merupakan satu indikator
penting dalam mengangkat kredibiliti dan karisma seseorang pemimpin membuktikan
kerelevanan kajian ini. Prinsip penstafan (tenaga kerja) yang dipugar dalam teks kajian
telah mendampakkan integriti modal insannya dalam memacu hala tuju dan
kecemerlangan sesebuah organisasi. Pengaplikasian prinsip pengorganisasian turut
memperlihatkan terdapatnya satu sistem pentadbiran yang teratur dalam kerajaan telah
dipraktikkan dalam teks-teks kajian. Data kajian turut membuktikan bahawa tanpa
pelaksanaan prinsip kawalan pentadbiran sesebuah organisasi akan hilang arah tuju.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian jelas membuktikan bahawa prinsip-prinsip
pengurusan merupakan satu mekanisme penting yang diangkat menyerlahkan
kesignifikan pendekatan ini sebagai landasan kajian. Pemugaran prinsip pengurusan
dalam karya ilmuan prolifik ini jelas memancarkan daya keintelektualan dan ketajaman
pemikiran Melayu tradisi. Pendekatan pengurusan dalam cerita lipur lara terpilih yang
diketengahkan dalam kajian ini diharap dapat memberi manfaat dan sumbangan
seterusnya membuka satu lembaran dan dimensi baharu dalam dunia penyelidikan dan
kritikan sastera tanah air.
v
THE SELECTED FOLKLORE FROM THE PERSPECTIVE OF
MANAGEMENT APPROACH
ABSTRACT
This study presents an assessment of a new approach in the world of Malay literature as
cross-disciplinary in nature. It attempts to examine an aspect of modern management
contained in Hikayat Anggun Cik Tunggal (1985), Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
(1988), Hikayat Malim Deman (1998), Hikayat Malim Dewa (1998) and Hikayat Raja
Muda (1998). In doing literary criticism, there are various approaches that have been used
by critics. In this study, discussions were based on Management Approach which has
been highlighted by Mohamad Mokhtar Abu Hassan through a series of working papers
that were presented at the Himpunan Ilmuwan Sasterawan Melayu, Universiti Perguruan
Sultan Idris, (UPSI) in 2013. This management approach has been reinforced in the
Lecture prime organized by the Department of Arts, Academy of Malay Studies,
Universiti Malaya on August 4, 2016. The texts were discussed in detail to achieve three
main objectives, namely to identify management principles contained in the folklore story
was selected. Second, analyse the folklore story was based on the principles applied in
the management approach. Third, formulate effective management aspects in the folklore
story was selected. With the proposed definition of the concept of management as well
as management principles, management approach has been used as an indicator to analyse
and discuss the management principles contained in the soap opera's story. Five principles
in the approach that is the backbone of the study, namely the principles of planning,
leadership principles, the principle of organizing, staffing principle and the principle of
control. The study found several findings stems from the analysis using management
approach. The findings prove that the soap opera story Malay bump a high tendency to
highlight the five principles of management stems from an analysis of the structure of the
work. Restoration management principles in the work of this prolific scientists managed
vi
to exude power and intellectual acumen author thought, especially in raising aspects of
management in this traditional work. This study proves that the management aspect is an
important mechanism raised in literary criticism, criticism not only make the world more
interesting and challenging, even to educate and enlighten audiences that the importance
of management in building society. Management approach put forward in the world of
literary criticism is expected to benefit and contribution as well as opening up a new
dimension in the sheet and the world's research literature homeland. Exploration results
using the model of management which approach is expected to provide benefit and open
a sheet and a new dimension in the world of literary criticism in Malaysia.
vii
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapatlah saya menjalankan dan
menyempurnakan kajian ini.
Sememangnya peluang yang diberikan kepada saya untuk melanjutkan pengajian
di peringkat ini, banyak mematangkan diri dan pemikiran saya untuk membina keyakinan
dalam diri seterusnya membantu para pelajar khususnya untuk meningkatkan tahap
kemahiran dan keintelektualan dalam dunia akademik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Mohamad
Mokhtar Abu Hassan selaku penyelia penyelidikan yang telah banyak membantu,
menyumbang idea dan membimbing saya dengan penuh kesabaran dan ketekunan
sepanjang pengajian ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan khusus
kepada Dr. Madiawati Mustaffa@Mamat kerana sudi meluangkan masa untuk
membimbing dan memberi pandangan ke arah penambahbaikan dan pemurnian kajian
ini. Tidak dilupakan Dr. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali yang turut sama
mencurahkan idea demi pengukuhan dan pemantapan penyelidikan ini. Keikhlasan dan
kejujuran kalian dalam membantu dan memberi pencerahan kepada saya dalam memacu
dan memandu hala tuju penyelidikan ini amat saya hargai.
Penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang telah menaja pengajian ini di bawah Skim
Latihan Akademik IPTA (SLAI). Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
International Islamic University Malaysia yang telah meluluskan cuti belajar sepenuh
masa untuk menyambung pengajian di peringkat ini. Jasamu dikenang buat Prof. Dr.
Nuraihan Mat Daud, Dekan, Kulliyyah of Languages and Management, International
Islamic University Malaysia yang telah memberi peluang dan kepercayaan kepada diri
viii
ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi dan kembali menyumbang bakti
dan khidmat tenaga di institusi pendidikan ini.
Rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa diingati, Arina Johari, Sara Beden dan
Awang Kasmuri merupakan insan yang tetap setia di sisi. Kalian tidak jemu-jemu
memberi kata semangat, pendorong dan motivasi kepada diri ini untuk menyiapkan dan
menyempurnakan penyelidikan ini. Bersama-sama kalian, kita telah mengharungi pahit
maung, ranjau, liku-liku dan alur kehidupan sebagai pelajar yang benar-benar
memerlukan kesabaran, ketabahan dan kegigihan. Pahit manis yang dirasai, ditempuh dan
dikongsi bersama kalian dalam menongkah dan mendaki ilmu di puncak pengajian ini
amat bermakna dan meninggalkan kesan yang amat mendalam.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mencurah
dan memberi ilmu kepada diri ini. Semoga kalian dimurahkan rezeki dan dipermudahkan
perjalanan dalam kehidupan ini. Sesungguhnya tidak dilupakan kepada keluarga yang
terus menyokong perjuangan ini. Tidak ketinggalan juga khususnya semua staf dan
kakitangan sokongan di Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Melayu yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu melancarkan dan
memudahan urusan sepanjang pengajian di sini.
Dengan garapan idea, sokongan, tenaga, pengalaman dan kepakaran tenaga
akademik dan staf di Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu dan Bahagian
Ijazah Tinggi ini, maka dapatlah saya menyiapkan dan menyempurnakan kajian ini.
Semoga kajian yang diketengahkan ini dapat memberi sumbangan kecil dalam dunia
penyelidikan dan kritikan, khususnya kesusasteraan Melayu.
Mohamad Zuber bin Ismail
Jabatan Kesusasteraan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
ix
JADUAL KANDUNGAN
Borang Perakuan Keaslian Penulisan
Abstrak iii
Abstract v
Penghargaan vii
Jadual Kandungan ix
Senarai Rajah xiv
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Kajian Literatur 7
1.3.1 Kajian Cerita Lipur Lara Menggunakan Pelbagai
Pendekatan/Teori 7
1.3.2 Kajian Pendekatan Pengurusan dari Pelbagai Perspektif 18
1.4 Permasalahan Kajian 31
1.5 Objektif Kajian 34
1.6 Bahan Kajian 35
1.7 Batasan Kajian 38
1.8 Kaedah Kajian 39
1.8.1 Kaedah Kepustakaan 39
1.8.2 Kaedah Analisis dan Tafsiran Teks 40
1.9 Kepentingan Kajian 40
1.10 Definisi Operasional 41
1.10.1 Cerita Rakyat 42
1.10.2 Cerita Lipur Lara 44
1.10.3 Konsep Pengurusan 44
1.10.4 Perancangan 46
1.10.5 Kepimpinan 47
1.10.6 Pengorganisasian 48
1.10.7 Penstafan 49
1.10.8 Kawalan 50
1.11 Kerangka Bab 51
BAB 2: METODOLOGI KAJIAN DAN KERANGKA TEORITIS
2.1 Pendahuluan 56
2.2 Latar Belakang Pendekatan Pengurusan 57
2.3 Pendekatan Pengurusan Dalam Kritikan Kesusasteraan 63
2.4 Kerangka Konseptual Kajian 64
2.5 Definisi Dan Konsep Pengurusan 65
2.5.1 Prinsip-Prinsip Pengurusan 65
2.5.1.1 Prinsip Perancangan 65
2.5.1.2 Prinsip Kepimpinan 69
2.5.1.2.1 Dimensi Pentadbiran 71
2.5.1.2.2 Dimensi Pendidikan 72
x
2.5.1.3 Prinsip Pengorganisasian 74
2.5.1.3.1 Stuktur Organisasi 75
2.5.1.3.2 Kumpulan Manusia 76
2.5.1.3.3 Tujuan Bersama 78
2.5.1.3.4 Kerjasama 78
2.5.1.3.5 Pembahagian Dan Pengkhususan Kerja 79
2.5.1.4 Prinsip Penstafan (Tenaga Kerja) 81
2.5.1.4.1 Motivasi 83
2.5.1.4.2 Upah Dan Ganjaran 84
2.5.1.4.3 Komitmen 85
2.5.1.4.4 Persekitaran Kerja 86
2.5.1.5 Prinsip Kawalan 87
2.5.1.5.1 Dimensi Pemantauan Dan Penambahbaikan 88
2.6 Kaedah Kajian 90
2.6.1 Kaedah Kepustakaan 90
2.6.2 Kaedah Analisis Dan Tafsiran Teks 90
2.7 Rumusan 91
BAB 3: PRINSIP PERANCANGAN DALAM CERITA LIPUR LARA
3.1 Pengenalan 97
3.2 Prinsip Perancangan 98
3.3 Pengkasifikasian Data Kajian 100
3.4 Penerapan Prinsip Perancangan Dalam Teks Kajian 102
3.4.1 Perancangan Dalam Pengembaraan 103
3.4.1.1 Peristiwa Pengembaraan Tuanku Malim 103
Dewa Mencari Pasangan Hidup
3.4.1.2 Peristiwa Pengembaraan Awang Sulung 107
Merah Muda Untuk Menyelesaikan Hutang
3.4.1.3 Peristiwa Pengembaraan Tuanku Malim 111
Deman Mencari Tuan Puteri Bongsu
3.4.1.4 Peristiwa Penggembaran Tuanku Malim 115
Deman Ke Kayangan Untuk Menyatukan
Keluarganya
3.4.2 Perancangan dalam Episod Peperangan 118
3.4.2.1 Peristiwa Tuanku Malim Dewa Berperang dengan Burung
Garuda demi Menyelamatkan Rakyat dan Negara dalam
Hikayat Malim Dewa 118
3.4.2.2 Peristiwa Maharaja Pertukal Berperang dengan
Negeri Kuala Air Batu 121
3.4.2.3 Peristiwa Tuanku Malim Deman berperang dengan Raja
Mambang Molek dalam Hikayat Malim Deman 123
3.4.3 Perancangan dalam Menyelesaikan Masalah dan Konflik
Keluarga dan Negara 126
3.4.3.1 Perancangan Raja Bujang Menyembuhkan
Penyakit Tuan Puteri Andam Dewi 126
xi
3.4.3.2 Perancangan Tuanku Malim Dewa Menyelamatkan
Tuanku Puteri Andam Dewi daripada Maharaja
Pertukal 131
3.4.3.3 Perancangan Datuk Batin Alam Mengusir Awang
Sulung Merah Muda 133
3.4.3.4 Perancangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
Mendapatkan Kembali Suaminya 136
3.4.3.5 Perancangan Tuanku Si Helang Bakau untuk
Mendapatkan Pewaris Takhta Kerajaan 139
3.5 Rumusan 143
BAB 4: PRINSIP KEPIMPINAN DALAM CERITA LIPUR LARA
4.1 Pengenalan 146
4.2 Prinsip Kepimpinan 146
4.3 Pengklasifikasian Data Kajian 148
4.4 Penerapan Prinsip Kepimpinan dalam Cerita Lipur Lara Terpilih 149
4.4.1 Dasar Kepimpinan yang Berani Membuat Keputusan dan
Bersemangat Waja dalam Menentang Musuh Negara 149
4.4.2 Dasar Kepimpinan Bijaksana dalam Pengurusan dan Pentadbiran
Negara 160
4.4.3 Dasar Kepimpinan Berwawasan dan Berpandangan Jauh dalam
Mencapai Misi dan Visi Negara 167
4.4.4 Dasar Kepimpinan Bertanggungjawab dan Adil demi
Kesejahteraan Keluarga dan Kemajuan Negara 174
4.4.5 Dasar Kepimpinan Berjiwa Rakyat/Penyayang/Bertimbang
Rasa Terhadap Rakyat 181
4.4.6 Dasar Pentadbiran Amanah/Jujur/Menepati Janji dalam
Menangani Konflik dan Krisis antara Negara 188
4.4.7 Dasar Kepimpinan yang Mementingkan Pendidikan terhadap
Pewaris Takhta Kerajaan 193
4.4.8 Dasar Kepimpinan Bercakap Benar dan Menjauhi Fitnah
dalam Pengurusan Negara 215
4.5 Rumusan 218
BAB 5: PRINSIP PENGORGANISASIAN DALAM CERITA LIPUR LARA
5.1 Pendahuluan 223
5.2 Prinsip Pengorganisasian 223
5.3 Pengklasifikasian Data Kajian 224
5.4 Unsur Struktur Organisasi 225
5.4.1 Terapan Unsur Struktur Organisasi dalam Cerita Lipur Lara
Terpilih 229
5.5 Unsur Kumpulan Manusia 241
5.5.1 Terapan Unsur Kumpulan Manusia dalam Cerita Lipur 243
Lara Terpilih
5.5.1.1 Kumpulan pemerintah dan pembesar 243
5.5.1.2 Kumpulan Hulubalang dan Ketenteraan 250
5.5.1.3 Kumpulan Pembantu Watak dan Pembantu Istana 253
xii
5.5.1.4 Kumpulan Perbidanan dan Keagamaan 258
5.6 Unsur Tujuan Bersama 262
5.6.1 Terapan Unsur Tujuan Bersama dalam Cerita Lipur Lara Terpilih 263
5.7 Unsur Kerjasama 274
5.7.1 Terapan Unsur Kerjasama dalam Cerita Lipur Lara Terpilih 275
5.7.1.1 Kerjasama antara Pemimpin dan Rakyat 276
5.8 Unsur Pembahagian dan Pengkhususan Kerja 289
5.8.1 Terapan Unsur Pembahagian dan Pengkhususan Kerja 289
5.8.1.1 Pengkhususan Kerja dalam Pengurusan Istana 289
5.8.1.2 Pengkhususan Kerja dalam Pengurusan Negeri 293
5.8.1.3 Pengkhususan dan Pembahagian Kerja mengikut
Kelompok Masyarakat 301
5.9 Kesimpulan 305
BAB 6: PRINSIP PENSTAFAN DALAM CERITA LIPUR LARA
6.1 Pengenalan 310
6.2 Prinsip Penstafan 311
6.3 Pengklasifikasian Data Kajian 312
6.4 Unsur Komitmen 314
6.4.1 Terapan Unsur Komitmen dalam Teks Cerita Lipur
Lara Terpilih 315
6.4.1.1 Unsur Komitmen Rakyat (Pekerja) terhadap
Pemerintah (Majikan) 315
6.5 Unsur Motivasi 334
6.5.1 Terapan Unsur Motivasi dalam Cerita Lipur Lara Terpilih 336
6.6 Unsur Upah dan Ganjaran 343
6.6.1 Terapan Unsur Upah dan Ganjaran dalam Cerita
Lipur Lara Terpilih 343
6.7 Unsur Persekitaran Kerja 353
6.7.1 Terapan Unsur Persekitaran Kerja dalam Teks Cerita Lipur
Lara Terpilih 353
6.7.1.1 Persekitaran Kerja di Istana 353
6.7.1.2 Persekitaran kerja di atas Geliung Panjang 365
6.8 Rumusan 367
BAB 7: PRINSIP KAWALAN DALAM CERITA LIPUR LARA
7.1 Pengenalan 374
7.2 Prinsip Kawalan 374
7.3 Pengklasifikasian Data Kajian 375
7.4 Terapan Prinsip Kawalan dalam Teks Cerita Lipur Lara Terpilih 376
7.5 Rumusan 390
xiii
BAB 8: KESIMPULAN 392
RUJUKAN 407
SENARAI PENERBITAN DAN KERTAS KERJA PEMBENTANGAN 424
xiv
SENARAI RAJAH
Muka Surat
Rajah 2.1 Peringkat-peringkat Perancangan 68
Rajah 2.2 Model Pendekatan Pengurusan 96
Rajah 3.1 Peringkat-Peringkat Perancangan 99
Rajah 5.1 Struktur Organisasi dalam Cerita Lipur Lara 228
Rajah 5.2 Struktur Organisasi dalam Kerajaan Pati Talak Terengganu 230
Rajah 5.3 Struktur Organisasi dalam Istana 234
Rajah 5.4 Struktur Organisasi dalam Negeri Tiku Benua 236
Rajah 5.5 Struktur Organisasi Kuala Bandar Muar 240
1
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Bab 1 ini memperjelaskan perkara penting yang mempunyai perkaitan langsung dengan
kajian. Perbincangan bab ini dimulakan dengan membincangkan kajian-kajian lepas yang
telah dijalankan dalam konteks cerita-cerita rakyat berfokuskan perbincangan kepada
genre cerita lipur lara. Kajian-kajian lepas ini memberi penumpuan terhadap penerbitan
ilmiah yang berkaitan tesis, disertasi, artikel, jurnal, buku ilmiah, buku prosiding dan
laporan penyelidikan. Hasil daripada perbincangan kajian lepas tersebut, satu tanggapan
dan rumusan secara rinci dilakukan. Seterusnya, latar belakang kajian, iaitu
membincangkan sejarah perkembangan sastera rakyat di Malaysia dari perspektif kaca
mata sarjana tempatan dan Barat. Selanjutnya, bab ini menghuraikan permasalahan kajian
yang menjadi titik tolak penting dalam pemilihan tajuk ini untuk dilakukan kajian. Aspek-
aspek lain yang diperincikan dalam bab ini seperti objektif kajian, kepentingan kajian,
bahan kajian, batasan kajian, dan metodologi kajian. Akhirnya, bab ini membincangkan
pembahagian bab.
1.2 Latar Belakang Kajian
Pawang Ana dan Raja Haji Yahya telah meninggalkan khazanah ilmu yang sangat
berharga dalam dunia tradisi lisan di Malaysia. Khazanah ilmu ini amat sarat dengan
unsur-unsur falsafah, moral dan didaktik yang telah memberikan impak terhadap dunia
pengkajian sastera di Malaysia. Teks-teks peninggalan ilmuan prolifik ini terus diterokai,
dipugar malah sentiasa mendapat perhatian para pengkaji dan penggiat sastera tanah air.
Teks-teks cerita lipur lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1998), Hikayat
Raja Muda (1998), Hikayat Malim Dewa (1988), Hikayat Malim Deman (1998), dan
2
Hikayat Anggun Cik Tunggal (1985), iaitu cerita-cerita lipur lara yang telah menjangkau
usia berabad-abad lamanya telah diangkat dan diiktiraf sebagai karya agung (Persatuan
Karyawan Malaysia, 2013). Teks-teks ini juga telah diangkat dalam sukatan pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat menengah dan peringkat pengajian tinggi
sebagai sumber rujukan ilmiah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Cerita lipur
lara ini terus mewarnai dan melakarkan sejarah penting dalam mewajahkan dunia
peradaban tamadun Melayu.
Menyingkap kembali sejarah tradisi lisan, ketamadunan Melayu telah melahirkan
karya-karya besar dan pelopor falsafah kesusasteraan tradisional yang prolifik seperti
Raja Haji Yahya dan Pawang Ana. Pawang Ana sebagai ilmuwan prolifik berjaya
menyerlahkan ketajaman imaginasi dan sensitiviti beliau yang mendalam terhadap
masyarakat dan alam sekeliling. Kredibiliti dan integriti tokoh ini telah berjaya
mengungkapkan dan memancarkan satu manifestasi pemikiran yang terkehadapan dan
berwawasan melalui penghasilan naratif tersebut. Hal ini terjadi kerana pada masa itu
belum lagi wujud satu sistem tulisan yang diguna pakai oleh masyarakat. Kesusasteraan
tradisional menjadi wahana dan cerminan masyarakat yang memaparkan tahap ketinggian
daya fikir dan pemikiran kreatif bangsa Melayu. Dalam suasana kehidupan tradisi tanpa
bantuan peralatan yang canggih, masyarakat pada ketika itu dapat melahirkan pemikiran
yang unik, kreatif dan kritis melalui pemerhatian, imaginasi dan sensitiviti mereka
terhadap alam sekeliling dan dilantunkan melalui pengucapan lisan.
Cerita lipur lara ini berfungsi memberikan hiburan kepada khalayak pendengar
(Mustafa Mohd. Isa, 1987, p.67). Namun, hasil kekreatifan dan ketajaman minda Melayu
ini telah memperlihatkan bahawa nasil nukilan ini bukan hanya bertindak sebagai hiburan
semata-mata malah telah meninggikan martabat dan darjat kepengarangan Melayu yang
merentasi zaman, abad dan peradaban (Nurhashimah Jamaluddin, 2008, p.37). Inti pati
yang diketengahkan sarat dengan unsur-unsur moral, didaktik dan nilai falsafah serta
3
ketamadunan yang tinggi mencakupi segenap aspek pemikiran seperti ekonomi, politik,
sosial, epistimologi, falsafah, budaya bangsa dan citra Melayu yang telah terungkap
dalam hasil-hasil karya ini. Bertitik tolak daripada hasil karya ini, telah membuka mata
dan minda masyarakat penjajah pada ketika itu (Norma Bajuria, 2000, p.29). Impaknya,
karya-karya ini telah dijadikan satu modal oleh pihak Barat untuk meneliti kekuatan dan
kelemahan bangsa Melayu. Maka lahirnya, pengkaji-pengkaji Barat yang mula meneroka
dan mengambil peluang dan kesempatan untuk melihat, meneliti, menerokai dan
mengkaji nilai-nilai budaya Melayu yang terakam dalam khazanah ilmu ini.
Cerita lipur lara merupakan hasil khazanah kesusasteraan Melayu tradisional yang
telah terbukti berjaya merakamkan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban dan
ketamadunan bangsa Melayu. Pengisian-pengisian di dalamnya merupakan cerminan
peradaban dan ketamadunan Melayu, terutama dalam memperkatakan dan
mengungkapkan ketinggian akal budi bangsanya, falsafah dan epistimologi yang
seterusnya dapat dimanfaatkan dan diangkat dalam pembinaan dan pembangunan modal
insan. Ismail Hamid (1983, p.39), memerihalkan cerita lipur lara merupakan lantunan
gagasan pemikiran minda Melayu yang mengungkap dan memaparkan persoalan falsafah
dan pemikiran Melayu yang menyentuh nilai politik dan kepemimpinan, akal budi,
patriotisme, jati diri, budi bahasa, cinta negara, dan kasih sayang.
Pengisian-pengisian dalamannya berjaya mengekspresi dan melontarkan nukilan ilmu
dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dalam kehidupan masyarakat dan bangsa Melayu.
Selaras dengan keunggulan dan keintelektualan falsafah pemikiran yang terungkap dalam
cerita lipur lara, ternyata genre tradisonal berbentuk naratif ini berjaya membawa suatu
transformasi sosiobudaya dan pemahaman terhadap peranan kesusasteraan Melayu
tradisional ini khususnya cerita lipur lara yang terbukti berjaya meninggalkan impak yang
mendalam terhadap pembangunan spiritual masyarakat pendukungnya. Nilai-nilai yang
4
terungkap dalam cerita lipur lara mempunyai pertalian yang rapat dengan tradisi
keilmuan, semangat spiritual dan roh kekuatan dan survival bangsa Melayu. Hal ini amat
bertepatan dengan pepatah “ibarat isi dengan kuku”. Ternyata, keunggulan dan
keagungan cerita lipur lara Melayu telah membawa dan mencetuskan satu fenomena
baharu dalam dunia kesusasteraan tanah air. Aspek pengurusan bukan sahaja
dititikberatkan dalam bidang pengurusan organisasi malah aspek ini boleh diteliti dan
ditekuni dalam bentuk tulisan seperti karya sastera (Mohamad Mokhtar Abu Hassan,
2013). Karya sastera yang bermutu tidak akan mengetepikan aspek-aspek penting dalam
kehidupan termasuklah aspek yang dimanifestasikan melalui rakaman peristiwa-
peristiwa penting yang diekspresikan oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera.
Perkembangan dan perubahan zaman telah membawa satu aliran transformasi dalam
dunia kritikan sastera di Malaysia. Menurut Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013),
bertepatan dan bersesuaian dengan percambahan dan pembaharuan ilmu maka ilmu
pengurusan boleh dimajukan dan diketengahkan sebagai satu sudut pandangan dalam
penelitian dan pengkajian sesebuah karya sastera. Secara prinsipnya, ilmu pengurusan ini
sebenarnya dilihat lebih berdaya suai, relevan dan signifikan dengan keperluan semasa
khalayak dan seiring dengan peredaran dan perkembangan sains dan teknologi. Mohamad
Mokhtar Abu Hassan (2013) menyatakan bahawa di sebalik nilai-nilai moral dan didaktik
yang terpancar dalam teks karya sastera, terselit aspek pengurusan yang berjaya
dipaparkan dan diangkat dalam karya berkenaan. Justeru, keperluan dan persiapan untuk
berhadapan dengan Pendekatan Pengurusan sastera ini perlu dilihat secara positif dan
intuitif demi menyokong suatu pendekatan baharu yang diketengahkan dalam dunia
kritikan sastera di Malaysia. Pendekatan pengurusan yang diketengahkan dalam dunia
karya sastera dapat membawa satu aliran pemikiran baharu dalam seni kritikan sastera
tradisional di Malaysia.
5
Menurut Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) pendekatan ini dibina atas kesedaran
bahawa sastera Melayu lahir daripada pemikiran bangsa yang mempunyai keintelektualan
daripada pelbagai aspek iaitu ekonomi, politik, sosial, falsafah dan kebudayaan. Unsur
pengurusan seolah-olah terlepas pandang oleh para pengkaji dan penggiat sastera tanah
air. Namun setelah diamati dan diteliti hasil daripada dapatan kajian yang diperoleh oleh
Mohamad Mokhtar Abu Hassan dalam cerita rakyat, unsur pengurusan merupakan
elemen yang tanpa disedari wujud dan hadir dalam karya sastera kerana sastera itu sendiri
bersifat universal dan subjektif. Karya sastera dan unsur pengurusan merupakan dua entiti
yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat. Bak kata pepatah Melayu “ibarat isi
dengan kuku” iaitu saling mempunyai pertautan dan pertalian yang cukup erat. Justeru,
dalam mengkaji karya sastera tradisional ini, wujud pelbagai persoalan. Apakah benar
wujudnya unsur pengurusan dalam karya sastera tradisional ini? Sekiranya benar, apakah
unsur-unsur pengurusan yang wujud dalam karya sastera ini? Apakah unsur pengurusan
ini relevan dan signifikan diaplikasikan dalam karya sastera? Apakah pengurusan ini
mampu memberi impak positif dan manfaat bagi khalayak?
Sekiranya kita berfikir secara mendalam, kritis dan profesional, keunikan dan
signifikannya karya sastera sebenarnya boleh dilihat dan diteliti dari pelbagai sudut ilmu
dan pendekatan sastera. Ada pengkaji yang meneliti dari aspek psikologi, sosiologi,
keagamaan, falsafah, dan bahasa. Pendekatan-pendekatan ini, kemudiannya diuji,
dibahas, dikembangkan dan dimantapkan menjadi satu sudut kritikan sastera seperti
kritikan psikologi, pendekatan falsafah, estetik atau stilistika, dan struktural. Ternyata,
pendekatan-pendekatan yang diketengahkan sebelum ini telah berjaya diangkat,
diperkukuh dan diperkasa sebagai salah satu bidang dalam dunia kritikan sastera di
Malaysia.
6
Justeru, persoalan utama yang menjadi dasar dan titik tolak kepada pendekatan kajian
itu adalah sudut ilmu bantu yang diguna pakai oleh pengkritik atau pengkaji sebagai
landasan kajian dalam penganalisisan karya. Justeru, adalah bertepatan untuk meletakkan
pendekatan pengurusan ini sebagai suatu sudut penelitian yang boleh diaplikasikan dan
diimplementasikan dalam penelitian karya sastera adalah satu hal yang perlu diberi
perhatian yang serius. Walau bagaimanapun, sebelum memberikan kepastian tentang
kebenaran dan kewujudan pengurusan ini dalam karya sastera, maka pentakrifan,
penelitian, pengenalpastian, penganalisisan dan penilaian perlu dilakukan secara rinci dan
saintifik untuk mengesahkan dan memutuskan sama ada pendekatan ini benar-benar
wujud dalam karya sastera atau sebaliknya.
Ketajaman pemerhatian, pengamatan serta kebijaksanaan tokoh sastera di Malaysia
membentuk satu pendekatan baru dalam dunia sastera memperlihatkan keberanian dan
pemikiran kritis mereka dalam melahirkan dan menzahirkan rangkaian idea yang bernas
dan intelek. Pendekatan pengurusan merupakan satu pengaktif baru yang boleh
diaplikasikan oleh para pengkaji terhadap karya-karya sastera seperti genre puisi, novel,
dan antologi cerpen seperti yang telah diuji dan dianalisis oleh Mohamad Mokhtar Abu
Hassan dalam kertas kerja terdahulu. Justeru, penyelidikan ini merupakan satu kajian
rintis dalam membuka lembaran baharu khususnya berhubung aspek pengurusan.
Pendekatan pengurusan yang diketengahkan dalam dunia kritikan sastera ini diharapkan
dapat mempelbagaikan teknik kritikan sastera di Malaysia seterusnya memberi wajah dan
dimensi baru terhadap sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu di Malaysia.
Kemunculan Pendekatan Pengurusan dalam dunia kesusasteraan Melayu telah membawa
satu anjakan paradigma dalam dunia sastera tanah air. Semoga Pendekatan pengurusan
dapat berdiri teguh dalam satu landasan yang kukuh dalam dunia kritikan di Malaysia.
7
1.3 Kajian Literatur
Kajian literatur dibincangkan berdasarkan dua bahagian iaitu;
i. Kajian cerita lipur lara menggunakan pelbagai pendekatan/teori
ii. Kajian pendekatan pengurusan dari pelbagai perspektif
1.3.1 Kajian Cerita Lipur Lara Menggunakan Pelbagai Pendekatan/Teori
Tinjauan hasil kajian oleh pengkaji mendapati kajian tentang cerita lipur lara di Institusi
Pengajian Tinggi Tempatan kebanyakan dihasilkan oleh mahasiswa dan mahasiswi yang
melengkapkan latihan ilmiah dan disertasi di peringkat Ijazah, Ijazah Sarjana dan Doktor
Falsafah. Penyelidikan berkaitan cerita lipur lara juga boleh diteliti dalam penulisan
kertas kerja, makalah dan esei yang telah dibentangkan di dalam seminar dan persidangan
di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Kajian mengenai cerita lipur lara di Malaysia bermula dengan pembentukan konsep.
Di samping itu, kajian-kajian turut dilakukan menerusi aspek struktural seperti watak–
perwatakan, jalan cerita, gaya bahasa, tema dan persoalan. Sejak kebelakangan ini, kajian
cerita lipur lara turut diperluaskan lagi menerusi pelbagai aspek ekstrinsik. Sehubungan
itu, pengkaji mendeduksikan bahawa cerita lipur lara Melayu merupakan satu bahagian
penting dalam kesusasteraan lama dan cerita lipur lara ini mengandungi khazanah
berharga yang wajar dikaji dan dipugar menerusi pendekatan yang lebih sistematis.
Pendokumentasian dan kajian mengenai sastera rakyat di Malaysia turut dilakukan oleh
para sarjana dan pengkaji tempatan. Antara pengkaji tersebut ialah Mohd. Taib Osman,
Ismail Hamid, Inon Shaharuddin, Mohd Yusof Md. Nor, Siti Aishah Md Ali, Mustafa
Mohd Isa, Zahir Ahmad dan Shaiful Bahri Md. Radzi, dan ramai lagi pengkaji (Roslina
Abu Bakar 2010, p.59). Para pengkaji tersebut turut menyumbangkan tenaga dalam
8
membuat penyelidikan dalam usaha untuk memelihara dan mengekalkan cerita-cerita
rakyat masyarakat Melayu lama.
Menurut Ismail Hamid (1987, p.38), usaha awal mengumpul cerita-cerita rakyat di
Malaysia bertumpu kepada cerita-cerita lipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang
cerita seperti Pawang Ana yang popular di negeri Perak dan menantunya Mir Hassan.
Menurut Ismail Hamid (1987, p.38-41), Hikayat Malim Dewa diterbitkan buat pertama
kali pada tahun 1988, dan diusahakan oleh R. O. Winstedt dan A.J. Sturrock. Ceritanya
diambil daripada Pawang Ana dan Raja Haji Yahya dari Perak. Cerita ini diterbitkan
semula oleh Oxford University Press, London dan kemudiannya oleh Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, pada tahun 1998. Hikayat Malim Deman telah diterbitkan
semula oleh Oxford University Press daripada naskhah yang diselenggarakan oleh R.O
Winstedt dan A.J. Sturrock. Hikayat ini berasal daripada cerita Pawang Ana dan Raja
Haji Yahya dari Perak. Hikayat Awang Sulung Merah Muda pula terdiri daripada dua
versi, iaitu sebuah dikumpulkan oleh Abraham Hale di Negeri Sembilan dan sebuah lagi
di Perak oleh R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock. Versi kedua ini diceritakan oleh Pawang
Ana dan Raja Haji Yahya. Hikayat ini diterbitkan beberapa kali oleh Oxford University
Press pada tahun 1998 dan diikuti pula oleh Penerbit Fajar Bakti. Hikayat Anggun Cik
Tunggal berasal daripada cerita lipur lara yang telah dituturkan oleh Pawang Ana
berdasarkan naskhah R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock. Hikayat Raja Muda pula
diceritakan oleh Pawang Ana dan dicatatkan oleh Raja Haji Yahya dari Perak. Hikayat
ini telah diterbitkan oleh Oxford University Press, pada tahun 1998, berdasarkan naskhah
R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock (Roslina Abu Bakar 2010, p.61)
Akibat usaha yang dilakukan oleh para pengkaji ketika itu, banyak cerita rakyat
Melayu telah berjaya didokumentasikan. Kelemahannya ialah kajian yang dilakukan
hanya mengikut selera dan kaca mata pengkaji Barat. Kajian yang dilakukan hanya
melihat unsur luaran cerita tanpa mempamerkan serta memperincikan manifestasi budaya
9
dan masyarkat Melayu (Roslina Abu Bakar 2010, p.61). Oleh yang demikian itu, cerita-
cerita lisan Melayu yang dikumpul dan dibukukan oleh sarjana-sarjana Inggeris ini sangat
rendah mutunya. Kenyataan ini disokong oleh Siti Aishah Mat Ali (1974, p.4) dalam tesis
sarjananya, “Satu Kumpulan Cerita Rakyat dari Kampung Mentuan Kelantan: Klasifikasi
Motif.”
Usaha-usaha itu merupakan tidak lebih daripada sebagai mengumpul, mencatat
dan menyalin cerita-cerita untuk menambah bahan bacaan umum, dan sebagai
memenuhi minat mereka untuk memahami hal-ehwal kehidupan dan kebudayaan
orang-orang Melayu tanpa mencuba mengkajinya sebagai manifestasi budaya
daripada masyarakat Melayu.
Bagaimanapun, dengan berkembangnya teori-teori penyelidikan sastera, maka
wujudlah kesedaran bahawa sastera rakyat perlu dikaji secara kritis agar dapat
menyumbang dalam bidang keilmuan yang lebih meluas. Di samping itu, penguasaan
ilmu yang semakin meluas dalam kalangan ahli akademik dalam bidang sastera rakyat
dan bidang berkaitan dengannya, secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan
mutu penyelidikan. Perubahan tersebut dapat diteliti perkembangannya pada setiap tahun,
terutamanya pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Bidang kesusasteraan, khususnya cerita lipur lara menjadi salah satu cabang disiplin
ilmu sastera yang semakin diminati oleh pengkaji sastera. Hal ini terbukti apabila
beberapa sarjana terkenal dalam negara dan luar negara telah melakukan kajian dalam
genre cerita lipur lara ini. Kajian ini sekadar menyebut beberapa nama sarjana tempatan
yang mengkaji cerita lipur lara di peringkat sarjana dan falsafah kedoktoran. Dari aspek
kajian, terdapat sarjana-sarjana yang telah mengkaji cerita lipur lara. Buktinya, Mohamad
Luthfi bin Abdul Rahman (2008), telah menganalisis cerita lipur lara yang bertajuk “Pura
Taman: Antara Dalang dan Dagang” dalam melengkapkan tesis Doktor Falsafah di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini mengaplikasikan dua metode kajian,
iaitu (i) mentranskripsi data yang melibatkan proses meneliti dan mendengar perbualan
10
daripada mula sehingga akhir. Ini diikuti dengan proses semakan berkali-kali terhadap
perbualan tersebut untuk memastikan tiada data yang tertinggal ketika proses
mentranskripsi. (2) menganalisis prosa dan mengklasifikasikannya ke dalam konteks-
konteks tertentu. Kajian ini menggunakan pendekatan folklor dan dianalisis berdasarkan
teori peranan penceritaan (dalang dan dagang) yang diutarakan oleh Koster.
Pengumpulan data kajian ini telah dijalankan di lapangan sepanjang Julai hingga
Disember 2004. Bagi penelitian peranan penceritaan ini, empat buah cerita telah
digunakan sebagai data kajian, iaitu "Cerita Mamak Batin" yang diklasifikasikan sebagai
genre mitos, dan tiga cerita dari genre lipur lara "Cerita Kambing Buta," "Cerita Awang
Miskin" dan "Cerita Siti Munjadi". Kajian ini telah dilakukan terhadap seorang tokoh
penglipur lara di Kampung Sungai Mok di daerah Rompin, Pahang, yang bernama Pura
bin Taman. Bahan yang diteliti ini kemudiannya didokumentasikan dalam bentuk prosa.
Penemuan kajian Mohamad Luthfi bin Abdul Rahman memerihalkan bahawa peranan
penghibur dikonsepsikan sebagai "dalang" dan penasihat sebagai "dagang." Hasil data
kajian menunjukkan bahawa pencerita bukan sahaja bertindak sebagai penutur cerita atau
penghibur semata-mata tetapi juga sebagai penasihat. Menerusi kajian ini, Pura Taman
bertindak sebagai dalang, iaitu berperanan memberikan hiburan dan keseronokan
menerusi karya. Karya yang diekspresikan ini sarat dengan unsur-unsur keindahan yang
dikenal pasti dari segi bunyi dan isi penceritaan. Unsur keindahan ini mampu
membangkitkan dan menimbulkan suasana santai, yang adakalanya dipenuhi kelekaan,
kelalaian dan terdapat juga elemen-elemen keghairahan yang disuntik ketika cerita itu
dipersembahkan untuk dinikmati oleh khalayak adalah garapan inti pati yang ditemukan
dalam penelitian ini. Dagang bukan sahaja memberikan hiburan yang kosong tetapi
terselit faedah, iaitu nilai-nilai moral serta estetika yang bermanfaat membuktikan
peranannya amat luas dan bermakna dalam dunia tradisi lisan khususnya kalangan
masyarakat orang asli.
11
Hasil dapatan Mohamad Luthfi bin Abdul Rahman turut menyerlahkan bahawa cerita
dagang yang dianggap suci dan kudus bertindak memperkukuhkan pegangan
kepercayaan animisme seperti mempercayai "kuasa ghaib" dan "semangat" yang begitu
mempengaruhi kehidupan masyarakat orang asli. Oleh itu, kajian ini dapat dijadikan
sandaran, pedoman dan panduan hidup yang harus sentiasa diyakini dan diperingati dalam
memandu khalayak ke arah kesejahteraan dalam kehidupan. Kajian beliau juga
menunjukkan bahawa cerita dagang dijadikan wadah penyataan pengalaman silam, serta
impian dan harapan hidup suku kaum Jakun secara khusus dan masyarakat Orang Asli
secara umumnya. Ini membuktikan bahawa Pura Taman dalam penceritaannya sebagai
penglipur lara suku kaum Jakun telah melaksanakan dwiperanan penceritaan, iaitu
sebagai dalang mahupun dagang. Kajian ini relevan dan signifikan kerana
memperlihatkan daya ketajaman dan sensitiviti penglipur laranya yang berjaya
menterjemahkan pemikirannya sebagai satu landasan, iaitu legasi dan survival
masyarakat melalui konsep penceritaan. Pengolahan Mohamad Luthfi bin Abdul Rahman
(2008) berjaya mendampakkan kekreatifan, inovatif dan daya kreativiti yang tinggi
penglipur laranya, iaitu Pura Taman merupakan kekuatan kajian yang ditonjolkan
menerusi kajian ini. Sehubungan itu, pengkaji berpendapat kajian yang dilakukan olehnya
lebih bersifat variasi, andainya gaya penyampaian tukang cerita dari sudut persembahan
dianalisis dengan menggabungkan teori yang lebih sistematik.
Berdasarkan sorotan kajian yang disebutkan di atas, kajian yang dilakukan Mohamad
Luthfi bin Abdul Rahman (2008) memperlihatkan perbezaan dengan kajian yang
dilakukan pengkaji. Pertama, Mohamad Luthfi bin Abdul Rahman (2008) menggunakan
pendekatan folklor untuk menganalisis kajian, iaitu analisis kajian ini memberi tumpuan
khususnya kepada peranan penceritaan. Kajian beliau adalah untuk menyerlahkan dan
mendampakkan keunikan dan keistimewaan cerita lipur lara, khususnya dari aspek gaya
penyampaian dan persembahan oleh penglipur lara. Kedua, beliau menerapkan
12
pendekatan tersebut terhadap genre cerita lipur lara masyarakat Orang Asli, khususnya
dari suku kaum Jakun. Menerusi kajiannya, beliau membincangkan mengenai personaliti
pencerita, status dalam masyarakat, taraf pendidikan dan cara penutur memperoleh cerita-
cerita tersebut memperlihatkan satu jurang perbezaan yang amat ketara dengan kajian
yang dijalankan pengkaji.
Seterusnya, Norma Bajuria (2000) menggunakan pendekatan estetika dalam
melengkapkan tesis sarjana di Universiti Malaya. Tesis yang bertajuk “Cerita Lipur Lara
Rakyat Terengganu dari Sudut Estetika” menggunakan pendekatan estetika yang
diperkenalkan oleh Zakaria Osman (1997) dan Teori Kecerdasan pelbagai (Multiple
Intelligence) oleh Howard Gardner (1984). Kedua-dua pendekatan ini digabungjalinkan
untuk mengkaji estetika dalam cerita lipur Iara Melayu dan menghuraikan kemahiran
seseorang penglipur lara dalam menyampaikan sesebuah cerita secara lisan. Pendekatan
persepsi estetika dapat menentukan sikap estetika dan akhirnya mencapai pengalaman
estetika dalam menghayati satu-satu karya sastera merupakan perkara yang ingin
dibuktikan dalam kajian ini. Kajian tersebut membataskan salah satu aspek model
persepsi estetika Zakaria Osman, iaitu aspek keindahan isi yang menjelaskan
pengalaman-pengalaman peristiwa yang terdapat dalam cerita lipur Iara dari Terengganu.
Hasil penelitian secara terperinci yang dilakukan Norma Bajuria mendapati penelitian
terhadap keindahan isi dapat menyerlah dan membuktikan bahawa cerita rakyat negeri
Terengganu disampaikan bertitik tolak daripada pengalaman dan pengamatan dan
sensitiviti yang mendalam tukang cerita tentang persekitaran mereka. Penemuan hasil
dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesemua elemen yang dilihat serta dirasai
dimanipulasikan dalam bentuk yang paling kreatif yang boleh memberikan hiburan dan
pengajaran kepada khalayak. Hasil dapatan Norma Bajuria membuktikan bahawa
pendekatan persepsi estetika mengandungi ciri-ciri estetika dan pengalaman estetika
mampu merangsang cetusan rasa pembaca dan amat sesuai digunakan sebagai pendekatan
13
dalam kajian hasil-hasil kesusasteraan sama ada moden atau klasik. Kajian Norma Bajuria
memperlihatkan satu kecenderungan yang tinggi ke arah memperkaya khazanah
pengkajian hasil kesusasteraan khususnya dalam genre cerita lipur lara dan seterusnya
menjadi satu bahan rujukan penyelidikan pengkaji seterusnya.
Berdasarkan sorotan kajian yang disebutkan di atas, kajian yang dilakukan Norma
Bajuria (2000) turut memperlihatkan perbezaan dengan kajian yang dilakukan pengkaji.
Pertama, Norma Bajuria (2000) menggunakan pendekatan estetika yang diperkenalkan
oleh Zakaria Osman (1997) dan Teori Kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) oleh
Howard Gardner (1984). Analisis kajian ini memberi tumpuan khususnya terhadap genre
cerita lipur lara rakyat di negeri Terengganu. Kajiannya meneliti aspek keindahan isi yang
menjelaskan dan memancarkan pengalaman-pengalaman peristiwa yang terdapat dalam
cerita lipur Iara dari Terengganu. Menerusi kajiannya, beliau membincangkan mengenai
hal-hal yang melibatkan pembentukan sesebuah karya sastera seperti latar, peristiwa,
watak serta peri laku watak dan persoalan yang dikemukakan dengan untaian bahasa serta
ungkapan yang tertentu. Dalam perbincangan ini, aspek perkara yang dianalisis ialah
aspek keindahan yang dipugar dan dicungkil daripada pengalaman peristiwa-peristiwa
lampau. Kehidupan yang terdesak, peristiwa-peristiwa yang menimbulkan ketegangan,
dan kecemasan, peristiwa-peristiwa yang menyedihkan dan keindahan pada pengalaman
daripada peristiwa-peristiwa yang menyebabkan keresahan merupakan kekuatan dan
keistimewaan kajian yang ditonjolkan Norma Bajuria. Hal yang dicerapkan oleh Norma
Bajuria menggunakan pendekatan estetika dalam cerita rakyat Terengganu seperti yang
dijelaskan mendampakkan satu jurang perbezaan yang amat ketara dengan kajian yang
dijalankan pengkaji.
Madiawati Mustaffa dalam kajian beliau yang bertajuk “Teori Rasa Fenomenologi
dalam Cerita Awang Batil” tahun 2004 telah menyempurnakan disertasi beliau untuk
14
memenuhi keperluan di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Objektif kajian beliau
adalah untuk meneliti dengan lebih mendalam terutamanya nilai rasa yang ada dalam
cerita lipur lara. Madiawati Mustaffa menjelaskan rasional kajian ini adalah untuk
melestarikan bentuk sastera tradisional yang semakin terpinggir dan terhimpit oleh
desakan era globalisasi. Kemunculan pelbagai medium komunikasi turut menyumbang
terhadap permasalahan tersebut. Lantaran itu, beliau turut rasa bertanggungjawab untuk
memperkenalkan dan mengetengahkan kembali cerita Awang Batil kepada khalayak
terutama generasi muda yang mungkin tidak begitu mengetahui mengenainya. Beliau
meletakkan satu asas pendirian bahawa melalui cerita yang ditranskripsikan, sekurang-
kurangnya pengkaji mempunyai bahan rujukan, iaitu teks untuk dilihat dan diteliti pada
masa depan sekiranya penglipur lara atau Awang Batil sudah tiada. Seorang penglipur
lara telah dipilih untuk menyempurnakan kajian ini ialah En. Ramli bin Mahmud.
Kajian ini mengaplikasikan dua metode, iaitu (i) mentranskripsi data yang melibatkan
proses meneliti dan mendengar perbualan daripada mula sehingga akhir. Ini diikuti
dengan proses semakan berkali-kali terhadap perbualan tersebut untuk memastikan tiada
data yang tertinggal ketika proses mentranskripsi. (2) merakamkan rakaman cerita rakyat
Pak Mahmud secara terus ketika pertemuan dengan tokoh terbabit. Rakaman itu
ditranskripsi mengikut pertuturan asal beliau yang menggunakan bahasa baku. Kajian ini
telah menggunakan pendekatan rasa fenomenologi yang diperkenalkan oleh Sohaimi
Abdul Aziz. Bagi menyempurnakan kajian ini, bahan penelitian yang digunakan
dibataskan kepada lima buah cerita lipur lara sebagai data kajian, iaitu (i) Cerita Awang
Miskin; (ii) Cerita Mek Siti Galin; (iii) Cerita Awang Ada Duit Semua Jadi; (iv) Cerita
Awang Akar Larat: dan (v) Cerita Awang Betul. Kesemua cerita ini telah diklasifikasikan
sebagai genre lipur lara. Bahan-bahan yang diteliti dan ditranskripsikan ini kemudiannya
telah didokumentasikan.
15
Merujuk kepada tajuk kajian, fenomenologi menjurus kepada kajian mengenai rasa
fenomenologi yang ada dalam diri khalayak, pencerita atau pemegang watak. Walau
bagaimanapun, kajian ini bukan bermaksud menjurus kepada perbandingan tetapi
menghuraikan perbezaan cerita antara dua zaman, iaitu dari zaman Pak Mahmud dan
zaman Ramli. Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, meskipun En. Ramli mewarisi cerita
lipur lara daripada bapanya, beliau telah memberikan nafas dan suntikan baharu dan
diselaraskan dengan isu serta keadaan semasa yang berlaku dalam masyarakat.
Madiawati Mustaffa mengambil beberapa sampel seperti rasa cinta, syukur, malu, duka
dan marah sebagai fokus kajian. Analisis dibuat bagi mencerna rasa cinta dalam teks,
cinta sesama manusia atau cinta kepada Allah yang menguasai semesta alam. Melalui
kajian rasa dalam cerita Awang Batil, dapatan kajian menyerlahkan tatacara dan budaya
Melayu dalam masyarakat tradisional pada masa itu yang di dalam terkandung dan sarat
dengan nilai-nilai rasa merupakan kekuatan yang dilontarkan melalui pembicaraan
naskhah akademik ini.
Berdasarkan sorotan kajian yang disebutkan di atas, kajian yang dilakukan Madiawati
Mustaffa (2004) memperlihatkan perbezaan dengan kajian yang dilakukan pengkaji.
Madiawati Mustaffa (2004) menggunakan pendekatan Teori Rasa Fenomenologi oleh
Sohaimi Abdul Aziz. Analisis kajian ini memberi tumpuan khususnya terhadap lima
genre cerita lipur lara, iaitu (i) Cerita Awang Miskin; (ii) Cerita Mek Siti Galin; (iii)
Cerita Awang Ada Duit Semua Jadi; (iv) Cerita Awang Akar Larat dan; (v) Cerita Awang
Betul. Rasa cinta, syukur, malu, duka dan marah merupakan fokus kajian yang telah
diterapkan ke dalam analisis teks. Penganalisisan secara rinci telah dibuat bagi mencerna
rasa cinta dalam teks, cinta sesama manusia atau cinta kepada Allah yang menguasai
semesta alam. Hal yang dicerapkan oleh Madiawati Mustaffa menggunakan pendekatan
Fenomenologi rasa dalam koleksi cerita lipur lara yang dijelaskan memperlihatkan dan
mendampakkan satu jurang perbezaan dengan kajian yang dijalankan pengkaji.
16
Selanjutnya, Roslina Abu Bakar (2010) menerusi tesis Ijazah Sarjana Kedoktorannya
di Universiti Malaya yang bertajuk “Cerita Rakyat Melayu: Analisis dari Aspek
Komunikasi Dua Hala” telah menganalisis cerita rakyat dari aspek komunikasi. Menerusi
kajian ini, Roslina Abu Bakar mendapati bahawa proses komunikasi antara penglipur lara
dan khalayak turut dibantu oleh kecerdasan pelbagai, iaitu kreativiti, imaginasi, ekspresi
dan emosi yang dimiliki oleh penglipur lara. Fenomena ini dipaparkan menerusi proses
komunikasi dua hala antara penglipur lara dan khalayak. Dapatan yang diperoleh, iaitu
komponen lisan dan bukan lisan adalah saling bekerjasama dalam menyampaikan mesej
dan amat erat hubungannya dalam penyampaian cerita rakyat Melayu oleh penglipur lara.
Kekuatan kajian beliau membuktikan bahawa dua unsur, iaitu kreativiti dan kecerdasan
yang dimiliki oleh penglipur lara dapat menyerlahkan dan memancarkan keunikan proses
komunikasi dua hala. Keunikan tersebut menghasilkan keindahan yang dapat melunaskan
fungsi komunikasi, iaitu sebagai medium hiburan. Di samping dapat menghiburkan
khalayak menerusi nilai keindahan, penglipur lara turut melunaskan fungsi komunikasi
sebagai medium pendidikan. Kesannya, elemen keindahan dapat mengukuhkan
kerohanian, mendidik dan menghiburkan khalayak telah diekspresikan melalui kajian ini.
Berdasarkan sorotan kajian yang disebutkan di atas, kajian yang dilakukan Roslina
Abu Bakar (2010) memperlihatkan perbezaan dengan kajian yang dilakukan pengkaji.
Pertama, Roslina Abu Bakar (2010) menggunakan pendekatan Teori Komunikasi dua
Hala. Perspektif keindahan dari kaca mata Braginsky turut disentuh dalam proses
komunikasi dua hala kerana dapat dikaitkan hubungannya dengan kecerdasan
intrapersonal penglipur lara. Analisis kajian ini memberi tumpuan khususnya kepada
terhadap genre cerita rakyat Melayu. Kajiannya meneliti aspek keindahan isi yang
menjelaskan pengalaman-pengalaman peristiwa yang terdapat dalam cerita lipur lara dari
Terengganu. Menerusi kajiannya, beliau membincangkan mengenai hal yang dicerapkan
oleh Roslina Abu Bakar menggunakan Teori Komunikasi Dua Hala dalam cerita rakyat
17
Melayu jelas mendampakkan satu jurang perbezaan dengan kajian yang dijalankan
pengkaji.
Daripada perbincangan sorotan kajian yang telah dijalankan di atas, kajian di peringkat
sarjana dan doktor falsafah setakat ini tiada lagi yang menghampiri dan menggunakan
penedekatan pengurusan. Berdasarkan perbincangan kajian lalu, kajian sastera rakyat
khususnya cerita lipur lara yang dijalankan oleh pengkaji terdahulu telah diketengahkan
menggunakan pelbagai pendekatan dan teori seperti Teori Komunikasi Dua Hala,
Pendekatan Folklor/Teori Peranan Penceritaan, Pendekatan Estetika, (Sekadar menyebut
beberapa sarjana dan teori). Mohamad Luthfi bin Abdul Rahman (2008), Roslina Abu
Bakar (2010), Norma Bajuria (2000) dan Madiawati Mustaffa (2006) yang dilakukan
memperlihatkan perbezaan yang ketara dengan pengkaji. Tidak terdapat kajian yang
menggunakan korpus teks-teks kajian berorientasikan cerita-cerita lipur lara khususnya
teks-teks hikayat yang diselenggarakan oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya yang
dicerapkan menggunakan pendekatan pengurusan.
Oleh itu, terdapat satu kelompangan dalam kajian oleh pengkaji terdahulu terutamanya
daripada pengujian perspektif pengurusan. Ternyata kajian-kajian yang dijalankan dan
dibincangkan oleh pengkaji sebelum ini tidak langsung menggunakan pendekatan
pengurusan sebagai salah satu indikator penting untuk menguji karya. Oleh itu, kajian
yang dijalankan oleh pengkaji memperlihatkan satu perbezaan yang amat ketara, iaitu
pengkaji menggunakan pendekatan pengurusan sebagai satu medium untuk meneliti
karya sastera tradisional, khususnya cerita lipur lara. Penerokaan dan pemugaran
pendekatan pengurusan dalam karya sastera merupakan satu alternatif dan percubaan
yang diambil oleh pengkaji untuk membuktikan bahawa wujudnya pengaplikasian
prinsip-prinsip pengurusan dalam karya sastera. Pengkaji mendapati Pendekatan
Pengurusan dalam karya sastera ini mempunyai kekuatan kerana prinsip-prinsip
18
pengurusan yang diangkat dan diserapkan oleh pengarang dapat dikesan dan dikenal pasti
dalam karya terpilih.
1.3.2 Kajian Pendekatan Pengurusan dari Pelbagai Perspektif
Sofiah Zakaria (1999) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Pengurusan Konsep
Kendiri Ke Arah Kecemerlangan Akademik” sebagai memenuhi keperluan di
peringkat sarjana di Universiti Utara Malaysia. Objektif utama kajian beliau adalah untuk
mengetahui hubungan antara pengurusan konsep kendiri dengan pengurusan akademik
dalam kalangan pelajar berdasarkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Kajian ini melibatkan seramai enam puluh lima orang pelajar (65) Tingkatan Empat,
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Pelajar lelaki dan perempuan dari
aliran yang berbeza dipilih sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Istilah konsep
kendiri yang digunakan dalam kajian ini merangkumi dimensi fizikal, sosial dan
psikologi. Menurut kajian beliau, konsep kendiri mempunyai takrifan yang kompleks
kerana berkaitan dengan pengetahuan, kepercayaan, sikap dan pendapat individu. Selain
itu, konsep kendiri turut berkaitan dengan nilai yang didukung oleh individu itu sendiri
berdasarkan kepada tingkah laku, kebolehan, paras rupa dan harga diri yang dipamerkan.
Tambahan beliau lagi, setiap individu memiliki konsep kendiri yang berbeza mengikut
tahap motivasi, keyakinan, pendirian dan keupayaan. Hasil dapatan kajian beliau
menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara konsep kendiri dan pencapaian
akademik pelajar. Tahap konsep diri keseluruhan pelajar Tingkatan Empat adalah
sederhana dan tidak memperlihatkan perbezaan yang ketara antara kedua-dua jantina.
Ketiga-tiga faktor yang dianalisis ini menunjukkan bahawa dimensi sosial didapati
menjadi satu-satunya faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik. Individu yang
memiliki konsep kendiri yang negatif biasanya mempunyai tingkah laku yang pasif,
merasa diri tidak berharga dan sering gagal dalam pelajaran merupakan hasil dapatan
19
dalam kajian ini. Pemahaman dan pendekatan yang digunakan pelajar untuk
mengadaptasikan pengurusan kendiri menjadi agenda penting untuk memenuhi
permintaan sumber pengurusan manusia yang berkualiti, berwawasan dan mempunyai
integriti yang tinggi merupakan inti pati penting yang diangkat menerusi penelitian ini.
Daripada perbincangan sorotan kajian ini, jelas menampakkan kajian yang dilakukan oleh
Sofiah Zakaria memperlihatkan satu perbezaan dengan kajian yang dilakukan oleh
pengkaji yang meneliti aspek pengurusan kendiri pada watak-watak dalam teks-teks
cerita lipur lara terpilih.
Seterusnya, Zaiton Shahidan (2001) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Satu
Kajian Tentang Hubungan Antara Pengurusan Kurikulum Dengan Prestasi Akademik
Dalam Organisasi Pendidikan” dalam memenuhi keperluan peringkat sarjana Universiti
Utara Malaysia. Kajian ini dijalankan untuk meneliti sama ada sistem pengurusan
kurikulum yang sistematik dan berkesan diamalkan di sekolah hari ini. Di samping itu,
kajian ini bertujuan untuk mengetahui korelasi antara pengurusan kurikulum yang
sistematik dan prestasi akademik. Responden kajian terdiri daripada enam puluh (60)
guru kanan dan sembilan puluh (90) guru mata pelajaran masing-masing dipilih dari lima
buah sekolah kerajaan Gred A di Daerah Kuala Muda. Penemuan utama kajian ini
menunjukkan bahawa semua sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini mengamalkan
sistem pengurusan kurikulum seperti yang dicadangkan dan penemuan juga
menunjukkan korelasi positif antara sistem pengurusan kurikulum dan prestasi akademik
sekolah. Hasil kajian menunjukkan prestasi akademik sekolah akan meningkat hasil
daripada sistem pengurusan kurikulum yang berkesan memperlihatkan bahawa konsep
pengurusan yang efisen dan terancang mampu meningkatkan kecemerlangan sesebuah
organisasi. Perbincangan sorotan kajian ini jelas memperlihatkan satu perbezaan dengan
kajian yang dilakukan pengkaji kerna pengkaji meneliti penerapa prinsip-prinsip
pengurusan dalam karya sastera.
20
Saadatul Adzima Haji Mohd Saad (1996) telah menjalankan penyelidikan yang
bertajuk “Faktor Pencapaian Akademik Pelajar: Satu Kajian Tentang Kolerasi
Kepemimpinan, Gelagat Kepengurusan Pengetua dan Iltizam Guru” untuk memenuhi
keperluan di peringkat sarjana, Universiti Utara Malaysia. Tujuan kajian adalah untuk
mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua sekolah menengah dan amalan mereka dalam
tingkah laku pengurusan; Selanjutnya, objektif kajian ini adalah untuk meneliti tahap
komitmen profesional-guru dan kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar.
Pencapaian akademik sekolah ini berdasarkan hasil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk tahun 1994. Pensampelan rawak sebanyak 357
guru telah dipilih dari sekolah menengah di kawasan bandar di Daerah Hilir Perak. Data
yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Penemuan penyelidikan
menunjukkan bahawa Pengetua dilihat oleh guru mempunyai struktur permulaan yang
tinggi dan pertimbangan gaya kepemimpinan. Mereka juga dilihat menjalankan fungsi
pengurusan yang merangkumi perancangan, penyeliaan, pengetua dan pengawalan. Dari
analisis yang dijalankan, terdapat korelasi yang signifikan antara gaya kepimpinan
pengetua, tingkah laku pengurusan, komitmen guru dan pencapaian akademik pelajar.
Dapatan menunjukkan hubungan yang signifikan antara pembolehubah yang diselidiki.
Menerusi penyelidikan ini, beliau telah mengesyorkan bahawa standard profesion
pengajaran di Malaysia perlu dipertingkatkan dan diperkemaskini dari semasa ke semasa
untuk menjadikan profesion itu lebih menarik dan berdaya saing. Kekuatan konsep
pengurusan perlu dipraktikkan demi kelangsungan dan kecemerlangan sesebuah
organisasi khususnya dalam sistem pendidikan negara. Pengadaptasian pengurusan
menjadi agenda penting untuk memenuhi permintaan sumber pengurusan manusia yang
berkualiti, berwawasan dan mempunyai integriti yang tinggi merupakan inti pati penting
yang diangkat menerusi penelitian ini. Cabaran globalisasi masa kini menuntut generasi
muda untuk memiliki daya saing dan ketahanan dalam pelbagai aspek seperti kekuatan
21
mentaliti, perancangan dan tindakan merupakan persolan yang turut diangkat dalam
penyelidikan ini.
H. Eneng Muslihah (2017) telah menjalankan penyelidikan yang bertajuk “Persepsi
Guru Tentang Amalan Pengurusan Berasaskan Sekolah, Kecerdasan Emosional Dan
Kepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah Agama Menengah Atas Di Provinsi Banten
Indonesia” dalam memenuhi keperluan di peringkat Ijazah Doktor Falsafah. Objektif
kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana persepsi guru tentang tingkat
kepimpinan instruksional pengetua berkenaan amalan pengurusan berasaskan sekolah
dan kecerdasan emosional mereka. Selanjutnya, penyelidikan ini bertujuan untuk
mengenal pasti amalan pengurusan berasaskan sekolah, sama ada kecerdasan emosional
tersebut mempunyai hubungan korelasional dengan kepimpinan instruksional.
Penyelidikan ini melibatkan seramai 180 guru Sekolah Agama Menengah Atas yang
berasal dari 210 sekolah pemerintah dan sekolah biasa di Provinsi (i) Banten: Kota
Tangerang; (ii) Kota Tangerang Selatan; (iii) Kabupaten Tangerang, Kota Serang; (iv)
Kabupaten Serang, Kota Cilegon;(v) Kabupaten Pandeglang; dan (vi) Kabupaten Lebak.
Menurut H. Eneng Muslihah, kualiti generasi muda dapat ditingkatkan melalui sistem
pendidikan yang efisen. Kualifikasi dan kepimpinan instruksional pengetua, guru dan
pelajar merupakan faktor yang mempengaruhi kualiti pendidikan Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa persepsi guru tentang kepimpinan instruksional, amalan
pengurusan dan tingkat kecerdasan emosional para pengetua dapat dikatakan baik, iaitu
sederhana tinggi. Sementara itu, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan langsung berkenaan persepsi guru tentang amalan pengurusan berasaskan
sekolah dan kepimpinan instruksional pengetua. Berdasarkan temuan tersebut, maka
implikasi kajian ini iaitu bahawa untuk meningkatkan kepimpinan instruksional pengetua
agar semakin baik lagi, perlu dilakukan usaha-usaha serius antara lain melalui
22
peningkatan amalan pengurusan berasaskan sekolah dan peningkatan kecerdasan
emosional bagi para pengetua. Pengkaji juga menyarankan kepada Kementerian Agama
Republik Indonesia, khususnya Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Banten,
Indonesia agar dapat terus mengembangkan program peningkatan pengetahuan dan
kompetensi seperti bengkel, seminar dan kursus jangka pendek bagi para pengetua
sekolah menjurus kepada amalan pengurusan berasaskan sekolah dan kecerdasan
emosional secara terencana, intensif dan maksimum dengan melibatkan para pakar
bidang tersebut. Kesedaran dan tanggungjawab yang tinggi untuk meningkatkan
pengetahuan dan kompetensi dalam amalan pengurusan dan kecerdasan emosional
merupakan inti pati penting yang diangkat kajian ini.
Kajian tentang sastera rakyat yang dijalankan di negara ini semakin berkembang,
namun kajian yang meneliti Pendekatan Pengurusan melalui cerita lipur lara masih lagi
terbatas dan belum diberi perhatian serius oleh para pengkaji sastera tanah air. Justeru,
kajian yang dilakukan oleh pengkaji merupakan suatu pandangan baharu yang
diketengahkan dalam dunia pengkajian sastera. Hasil penelitian dan penganalisisan ini
dapat dijadikan satu titik tolak penting dalam usaha membuka ruang dan dimensi baharu
dalam dunia kritikan sastera tanah air khususnya berkaitan perspektif pengurusan.
Perbincangan berdasarkan kajian-kajian lepas tersebut, memperjelaskan perbezaan
kajian pengkaji dengan kajian yang telah dibuat sebelum ini. Sehingga penulisan tesis ini
dilakukan, belum ada lagi kajian terhadap cerita lipur lara dari perspektif Pendekatan
Pengurusan di peringkat Sarjana Muda, Sarjana mahupun Kedoktoran. Kajian oleh
mahasiswa dan mahasiswi tempatan terdahulu lebih cenderung dan tertumpu kepada
aspek pendekatan sturuktural, pendekatan sosiologi, pendekatan kemanusiaan,
pendekatan estetika, pemikiran dan gaya bahasa puitis, unsur-unsur Interteks, unsur-unsur
budaya, Rasa Fenomenologi, dan Teori Kounikasi Dua Hala (sekadar menyebut beberapa
23
pendekatan/teori). Oleh itu, kajian ini mengisi kelompangan daripada kajian-kajian
sastera rakyat yang dilakukan oleh para pengkaji terdahulu.
Kajian awal menggunakan Pendekatan Pengurusan dalam karya sastera rakyat dapat
diteliti dalam kertas kerja Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), bertajuk “Pendekatan
Pengurusan: Satu Metode dalam Kritikan Sastera”. Perbincangan dalam kertas kerja ini
memfokuskan prinsip perancangan iaitu salah satu prinsip di bawah pendekatan
pengurusan. Hasil dapatan kajian Mohamad Mokhtar Abu Hassan mendapati di sebalik
nilai moral dan didaktik yang terpancar dalam cerita rakyat terdapat unsur pengurusan
iaitu aspek perancangan yang dikesan dalam cerita “Sang Kancil dengan Buaya”. Prinsip
perancangan ini diteliti oleh pengkaji berdasarkan dimensi-dimensi perancangan yang
dibentuk, iaitu menetapkan objektif, membentuk strategi, pilihan alternatif, menilai
langkah-langkah alternatif, memilih satu cara dan kajian semula. Mohamad Mokhtar Abu
Hassan mendapati keberkesanan dimensi-dimensi perancangan membolehkan matlamat
dan strategi yang dirancang oleh Sang Kancil tercapai.
Penelitian secara kritis dalam kajian Mohamad Mokhtar mendapati Sang Kancil
berjaya menyeberangi sungai kerana berjaya dalam pengurusannya, iaitu aspek
perancangan yang sistematik dan teliti. Analisis dapatan kajian Mohamad Mokhtar Abu
Hassan bukan lagi ditumpukan dalam aspek kebijaksanaan seekor binatang kecil
mengalahkan binatang besar tetapi faktor yang lebih dominan yang difokuskan dalam
penelitian kali ini adalah aspek pengurusan, iaitu perancangan. Kewujudan unsur
pengurusan yang dikesan dan ditanggap dalam cerita “Sang Kancil dengan Buaya” oleh
pengkaji ini memperlihatkan satu keistimewaan dan perbezaan yang amat ketara
berbanding kajian-kajian cerita rakyat sebelumnya yang tidak pernah menyentuh tentang
aspek pengurusan. Perbincangan Mohamad Mokhtar Abu Hassan dalam kertas kerja ini
yang mendampakkan pengaplikasian prinsip perancangan dalam cerita rakyat merupakan
24
satu lontaran idea penting yang boleh dilantunkan dan dilebarkan dalam kajian
kesusasteraan khususnya berkaitan aspek pengurusan.
Dalam makalah yang sama, konsep pengurusan ini diteliti dan dihalusi oleh Mohamad
Mokhtar Abu Hassan melalui cerita “Lebai Malang”. Kajian ini masih lagi berfokus
kepada prinsip perancangan. Dalam analisis karya ini, Mohamad Mokhtar mendapati
kegagalan Lebai Malang untuk menghadiri kedua-dua kenduri tersebut kerana Lebai
Malang tidak mempunyai perancangan yang rapi. Menurut Mohamad Mokhtar Abu
Hassan, sungguhpun Lebai Malang mempunyai matlamat, iaitu hendak menghadiri majlis
kenduri, namun kesilapannya adalah dalam perancangannya. Perbincangan kertas kerja
ini mendapati Lebai Malang tidak membuat langkah-langkah alternatif yang terbaik untuk
mencapai objektifnya. Impaknya, Lebai Malang menghadapi kegagalan dan tidak dapat
memenuhi kedua-dua majlis kenduri tersebut telah dikupas dalam kajian ini. Pengkaji
menegaskan bahawa aspek pengurusan iaitu perancangan yang sistematik dan efisien
akan mempengaruhi kejayaan pencapaian sesuatu matlamat telah gagal disempurnakan
oleh watak dalam cerita tersebut.
Seterusnya, Mohamad Mokhtar Abu Hassan menganalisis cerpen “Di Sebalik Tirai
Makna”, hasil karya Awang Said. Analisis kertas kerja ini mendapati wujudnya struktur
pengorganisasian dalam sistem pentadbiran di peringkat sekolah iaitu Pengetua, Penolong
Kanan Hal-Ehwal Murid, Ketua Warden Asrama dan Warden Asrama. Mohamad
Mokhtar mendapati setiap struktur organisasi berperanan penting dalam menjalankan
tanggungjawab masing-masing untuk mencapai matlamat organisasi. Kajian Mohamad
Mokhtar Abu Hassan juga mendapati kegagalan pengetua sekolah menerapkan konsep
kerjasama dalam kalangan ahlinya untuk mencapai matlamat organisasinya
menyerlahkan kelemahan aspek pengurusan beliau. Kesinambungannya, kajian ini
mendapati ketidakmampuan pengetua tersebut menerajui sistem pendidikan di sekolah
25
lantaran wujudnya beberapa polemik dan krisis dalaman organisasi yang berlaku telah
menggagalkan usaha beliau untuk mencapai matlamat organisasi. Perkara ini jelas
mendampakkan kepincangan beliau dalam aspek pengurusan khususnya kepimpinan
telah dilantunkan secara sederhana dalam kajian ini.
Seterusnya, terdapat kajian yang mula menjurus dalam membincangkan Pendekatan
Pengurusan ini. Mohamad Zuber bin Ismail & Mohamad Mokhtar Hassan (2014), dalam
kertas kerja telah mengupas “Prinsip Perancangan: Penelitian dalam Cerita-cerita
Rakyat”. Kesinambungan daripada kajian yang dijalankan sebelum ini, kajian ini
meneliti secara lebih terperinci Prinsip Perancangan dengan membataskan kajian
terhadap tiga cerita rakyat iaitu “Si Luncai dengan Labunya”, “Sang Kancil, Sang Buaya
dan Sang Kerbau”, dan “Pak Belalang”. Pengkaji mendapati pengaplikasian prinsip
perancangan dalam ketiga-tiga cerita rakyat tersebut. Perancangan Si Luncai untuk
menyelamatkan diri, perancangan Sang Kancil untuk menyelamatkan kerbau yang
dianiaya buaya dan perancangan muslihat bijak Pak Belalang telah dikesan dalam dapatan
kajian ini. Pengkaji mendapati setiap watak jelas dengan matlamat yang hendak dicapai.
Penetapan matlamat yang jelas dan berfokus membolehkan watak merencanakan dan
membentuk strategi-strategi yang bijak, relevan dan bersesuaian dengan keadaan semasa
untuk melestarikan objektif merupakan aspek pengurusan yang telah diaplikasikan oleh
watak dalam karya tersebut. Penelitian Mohamad Zuber Ismail & Mohamad Mokhtar
Abu Hassan dalam kertas kerja ini merupakan dapatan tambahan yang menyokong
wujudnya pengaplikasian aspek pengurusan khususnya prinsip perancangan sebagaimana
yang telah dibuktikan dalam kajian Mohamad Mokhtar Abu Hassan terdahulu.
Selain itu, Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Hassan (2014),
membincangkan aspek pengurusan dalam kertas kerja yang bertajuk “Prinsip
Kepimpinan: Analisis Berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda” dalam 3rd
26
International Language Conference (IIC), Centre for Languages and Pre-University
Academic Development (CELPAD), International Islamic University Malaysia (IIUM)
4–6 Jun 2014. Kajian ini memfokuskan analisis berdasarkan prinsip kepimpinan dengan
menggunakan teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda (HASMM). Pengkaji telah
memperincikan prinsip kepimpinan ini kepada empat dimensi iaitu dimensi pentadbiran,
dimensi pendidikan, dimensi tanggungjawab sosial dan dimensi ekonomi. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa dimensi tanggungjawab sosial yang diekspresikan oleh
watak utama dan watak pembantu amat dominan dalam memperlihatkan ketaatan dan
kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi dalam HASMM. Dimensi Pentadbiran juga turut
menonjol dalam HASMM dengan memperlihatkan ciri-ciri pentadbir yang bijaksana,
cekap, gagah, berani dan berwawasan telah dipaparkan dan diangkat dalam HASMM ini.
Pemerintah tidak mengabaikan aspek pendidikan formal dan tidak formal yang
diekspresikan melalui Dimensi Pendidikan yang menyerlah menerusi pendidikan
keagamaan, nahu, mantik, silat yang merupakan mekanisme ampuh dalam pembangunan
modal insan dalam sesebuah organisasi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
dimensi ekonomi juga menonjol dalam HASMM yang memaparkan bahawa perdagangan
dan pertanian merupakan nadi penggerak ekonomi bagi masyarakat dalam HASMM telah
diekspresikan oleh pengarang dalam kajian ini. Ternyata, pengaplikasian prinsip
kepimpinan ini memperjelaskan bahawa aspek pengurusan dalam karya sastera tidak
terpinggir dan wajar diberi perhatian khususnya dalam cerita lipur lara. Kajian Mohamad
Zuber Ismail, Sara Beden, Mohamad Mokhtar Hassan ini merupakan satu lagi dapatan
yang dapat dijadikan sumber yang mengukuhkan kewujudan aspek pengurusan dalam
karya sastera.
Mohamad Zuber Bin Ismail, Sara Beden dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2014),
dalam kertas kerja yang diterbitkan oleh Journal of Bussiness and Social Development,
Volume 3 Number 2, September 2015: 1-16, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
27
yang bertajuk “Keintelektualan Pemikiran Melayu dalam Cerita Lipur lara: Satu
Penelitian Awal berdasarkan Perspektif Pendekatan Pengurusan”. Makalah ini menekuni
unsur pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara, iaitu Hikayat Awang Sulung
Merah Muda berdasarkan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini menggunakan Prinsip
Kepimpinan, iaitu salah satu prinsip yang diutarakan di bawah Pendekatan Pengurusan
yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Objektif kajian
adalah untuk menganalisis Prinsip Kepimpinan berdasarkan Dimensi Pendidikan. Cerita
lipur lara yang terkenal sebagai medium penting dalam penyampaian idea dan gagasan
dalam masyarakat Melayu tradisi ternyata memiliki tradisi keilmuan dan keintelektualan
yang menjadi teras kepada pembentukan ketamadunan masyarakat pendukungnya.
Paparan tradisi keilmuan ini jelas memperlihatkan kekreatifan minda dan keintelektualan
pemikiran masyarakat Melayu tradisi yang diekspresikan dalam sastera lisan sebagai
khazanah warisan tradisi yang unggul dan agung. Ketinggian dan keagungan tamadun
Melayu tidak terletak kepada kehebatan ‘bahan’ sebaliknya terletak kepada kehebatan
dan ketinggian tradisi keilmuannya. Hal ini sangat signifikan dan relevan kerana
kecemerlangan pendidikan merupakan mekanisme ampuh dalam usaha meningkatkan
kualiti pembangunan modal insan dalam sesebuah organisasi iaitu keluarga, masyarakat
dan negara. Keintelektualan pemikiran keilmuan yang dipaparkan dan dipancarkan
dalam teks kajian amat signifikan dan relevan untuk memperjelaskan kebijaksanaan dan
ketajaman imaginasi serta sensitiviti pengarang dalam aspek pengurusan khususnya
aspek kepimpinan dalam teks karya sastera tradisional.
Perbincangan aspek pengurusan seterusnya dikupas dalam artikel Sara Beden (2014),
dalam artikel yang bertajuk “Prinsip Perancangan dalam Hikayat Khoja Maimon”, yang
disiarkan dalam Pelita Bahasa keluaran Disember 2014 telah memfokuskan prinsip
perancangan dalam penelitian beliau. Kajian ini menggunakan teks Hikayat Khoja
Maimun yang dipilih dan dimuatkan dalam Antologi Harga Remaja (2009). Artikel ini
28
membincangkan prinsip perancangan dengan memperincikan prinsip perancangan
berdasarkan tiga dimensi, iaitu menetapkan objektif, membentuk strategi dan kajian
semula. Hasil dapatan Sara Beden mendapati “Hikayat Khoja Maimon” memperlihatkan
pengaplikasian prinsip perancangan kerana wujudnya elemen yang diteliti melalui tiga
dimensi yang terbentuk hasil daripada kebijaksanaan yang dijelmakan oleh pengarang
berdasarkan watak Bayan walaupun hanyalah watak binatang. Pengkaji telah meneliti
secara teliti dan rinci perancangan watak Bayan untuk menyelamatkan tuannya, Bibi
Zainab daripada berjumpa anak raja berdasarkan objektif, strategi dan cara berfikir watak
Bayan yang didapati amat unik, kreatif dan halus. Perbincangan artikel ini
memperlihatkan keberkesanan dan kerelevanan dimensi-dimensi perancangan yang telah
dibentuk oleh watak Bayan sehingga berjaya merealisasikan objektif watak Bayan, iaitu
menghalang Bibi Zainab daripada berjumpa anak raja. Perkara ini memanifestasikan
kejayaan dalam perancangan watak Bayan.
Kajian Sara Beden daripada prinsip ini mendapati daya pengurusan yang dipancarkan
menerusi perancangan yang bestari lagi bijaksana dalam “Hikayat Khoja Maimon” oleh
watak Bayan memperlihatkan kepentingan dan kerelevanan wadah sastera ini dalam
situasi semasa. Pemugaran prinsip ini jelas mendampakkan kekayaan pemikiran minda
Melayu lantas mengangkat khazanah sastera tradisional sebagai wadah untuk menyemai
dan menanam bibit kecintaan generasi muda terhadap ketinggian nilai budaya dalam
masyarakat tradisi, khususnya yang menyentuh tentang nilai pengurusan. Perkara ini
merupakan inti pati bernilai yang dicungkil dan dijelmakan menerusi penelitian ini. Idea
dan kupasan pemikiran yang dilontarkan oleh Sara Beden dalam kajian ini menerusi
prinsip perancangan telah memberikan satu lagi nilai tambah dalam memanifestasikan
kewujudan dan kehadiran unsur pengurusan dalam karya sastera tradisional yang
memang tidak dapat disangkal dan diketepikan. Perbincangan artikel ini merupakan satu
29
percubaan awal dalam meneliti prinsip pengurusan yang dapat dijadikan sumber rujukan
ilmiah.
Pengkaji mendapati wujudnya pemikiran pengurusan dalam karya sastera rakyat yang
dikesan daripada cerita-cerita rakyat dalam kajian sebelumnya merupakan satu fenomena
yang menarik dan unik untuk diteliti dalam kajian ini. Pengesanan dan pengenalpastian
prinsip-prinsip pengurusan dalam karya sastera rakyat memperlihatkan satu transformasi
dalam kajian tentang sastera rakyat, iaitu di sebalik nilai–nilai moral dan didaktik yang
diteliti oleh pangkaji sebelum ini, terserlah dan terpancar pemikiran pengurusan dalam
cerita-cerita rakyat. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini merupakan satu kajian
dalam membuka lembaran baharu untuk kajian-kajian seterusnya dalam memberi
penumpuan terhadap Pendekatan Pengurusan. Hal ini sangat signifikan kerana
kemunculan Pendekatan Pengurusan ini dapat mempelbagaikan teknik kritikan sastera di
Malaysia seterusnya memberi wajah dan dimensi baru terhadap sejarah perkembangan
dunia kritikan kesusasteraan Melayu di Malaysia. Pendekatan Pengurusan
memperlihatkan kecenderungan yang tinggi untuk berdiri teguh dalam satu landasan yang
kukuh dalam dunia kritikan di Malaysia.
Kajian sastera rakyat khususnya cerita lipur lara yang dijalankan oleh pengkaji
terdahulu menggunakan pendekatan pengurusan masih lagi terhad dan belum meluas.
Kajian lalu yang menggunakan pendekatan pengurusan dalam cerita rakyat seperti Sang
Kancil dan Buaya, Lebai Malang, Sang Kancil dan Kerbau, dan Pak Belalang. Kajian
yang dilakukan dalam karya yang disebutkan di atas tidak menyeluruh. Perbincangan
kertas kerja dalam cerita-cerita rakyat ini lebih tertumpu kepada prinsip perancangan dan
prinsip kepimpinan. Begitu juga kajian yang dilakukan dalam cerpen ‘Di Sebalik Tirai
Makna” lebih menumpukan prinsip kepimpinan dan kawalan yang terdapat dalam karya
30
tersebut. Ternyata kajian yang dijalankan dan dibincangkan oleh pengkaji terdahulu
menggunakan prinsip pengurusan dalam karya masih belum menyeluruh.
Berdasarkan sorotan kajian yang telah dibincangkan, didapati bahawa kajian terdahulu
dan hampir dengan kajian ini memperlihatkan keterbatasan dan kelompangan dari segi
pengaplikasian pendekatan pengurusan. Penggunaan pendekatan pengurusan
sebagaimana dalam kajian Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) didapati kurang
memadai untuk menggambarkan penggunaan prinsip pengurusan secara menyeluruh.
Oleh itu, kajian ini mengambil pendekatan dengan menggunakan kelima-lima prinsip
pengurusan yang diketengahkan Mohamad Mokhtar Abu Hassan bagi memperlihatkan
penggunaan prinsip pengurusan secara terperinci dalam teks-teks cerita lipur lara terpilih.
Setakat kajian ini dilakukan didapati belum ada kajian yang menggunakan korpus cerita
lipur lara untuk diterapkan pendekatan pengurusan sama ada di peringkat latihan ilmiah,
disertasi mahupun tesis.
Oleh itu, terdapat kekurangan dan kelompangan dalam kajian lalu, iaitu dalam
mengaplikasikan kelima-lima prinsip pengurusan dalam karya. Lantaran itu, pengkaji
telah menjalankan satu kajian dengan menerapkan kelima-lima prinsip pengurusan
seperti yang diketengahkan Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) dalam cerita lipur lara
terpilih. Pendekatan Pengurusan yang digunakan pengkaji dalam kajian ini merupakan
satu perbincangan menyeluruh yang dijalankan untuk membuktikan prinsip-prinsip
tersebut. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji memperlihatkan satu perbezaan yang amat
ketara, iaitu pengkaji menggunakan kelima-lima prinsip pengurusan sebagai indikator
penting kajian untuk meneliti karya sastera tradisional, khususnya cerita lipur lara.
Penerokaan dan pemugaran aspek pengurusan dalam karya sastera merupakan satu
pilihan alternatif yang diambil oleh pengkaji untuk membuktikan wujudnya aspek
pengurusan seperti perancangan, kepimpinan, pengorganisasian, penstafan dan kawalan
31
dalam karya. Pengkaji mendapati pendekatan ini mempunyai kekuatan tersendiri kerana
prinsip-prinsip pengurusan dapat dikesan dan dikenal pasti dalam karya cerita lipur lara
terpilih.
Secara kesimpulannya, kajian-kajian tentang cerita lipur lara yang telah dilakukan di
atas memperlihatkan bahawa cerita lipur lara merupakan jenis genre cerita rakyat yang
penting dan mendapat perhatian yang serius dalam dunia kritikan sastera di Malaysia. Hal
ini sangat signifikan dan relevan karya-karya sastera rakyat dalam teks kajian dapat
memberi lebih penghayatan terhadap penelitian sesebuah karya sama ada secara lisan,
tulisan sebagai agen dan medium penyampaian idea dan gagasan yang baharu kepada
khalayak. Penerapan prinsip-prinsip pengurusan dalam karya sastera dapat membuat satu
anjakan paradigma dalam perspektif yang lebih meluas melalui medium ini. Menyedari
kedudukan aspek pengurusan dalam karya sastera ini masih baharu, usaha dan langkah
ke arah memantapkan dan memperkasakan pendekatan ini sedang dilakukan dengan
mengambil pertimbangan bahawa unsur pengurusan tidak harus diabaikan dan
dikesampingkan dalam karya sastera. Proses pengukuhan, penambahbaikan dan
pemurnian dari segi konsep dan istilah yang berkaitan sedang diusahakan untuk
menjadikan pendekatan ini sebagai satu medium yang dapat diterima oleh pengkaji dan
pengkritik tanah air.
1.4 Permasalahan Kajian
Perkembangan dan perubahan zaman telah membawa satu aliran transformasi dalam
dunia kritikan sastera di Malaysia. Bertepatan dan bersesuaian dengan percambahan dan
pembaharuan ilmu maka ilmu pengurusan boleh dimajukan dan diketengahkan sebagai
satu sudut pandangan dalam penelitian dan pengkajian sesebuah karya sastera. Secara
prinsipnya, ilmu pengurusan ini sebenarnya dilihat lebih berdayasuai, relevan dan
signifikan dengan keperluan semasa khalayak dan seiring dengan peredaran dan
32
perkembangan sains dan teknologi. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) menyatakan
bahawa di sebalik nilai-nilai moral dan didaktik yang terpancar dalam teks karya sastera,
terselit aspek pengurusan yang berjaya dipaparkan dan diangkat dalam karya berkenaan.
Tidak dinafikan teori-teori kritikan tempatan kini mampu untuk memperkatakan genre
sastera di negara ini. Namun, pada peringkat awal, teori-teori ini gagal mempunyai
pengikut sebagaimana teori-teori yang diasaskan di Barat. Pensyarah Akademi Pengajian
Melayu Universiti Malaya, Profesor Dr. Mohamad Mokhtar Hassan (2009) ketika
membentangkan kertas kerja pada Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa di
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah merumuskan beberapa isu dan telah melontarkan
pendapat tersendiri dalam memperkatakan isu ini. Beliau berpendapat dalam penciptaan
beberapa teori sastera tempatan terlihat semacam tidak ada usaha daripada para peneliti
atau pengkaji sastera untuk berbincang, memperdebat, memperhalusi atau
memperkemaskan. Keadaan tersebut menyebabkan teori-teori sastera tempatan gagal
berkembang dengan cepat dan baik sebagaimana yang berlaku di Barat. Terlihat dunia
keilmuan tanah air terbahagi kepada dua; menerima sahaja teori yang dicipta seolah-olah
sudah mantap serta lengkap dan kedua menolak tetapi tidak melakukan sesuatu untuk
memperbaiki. Anggapan pertama wujud berkemungkinan kerana teori-teori sastera
tempatan yang dicipta itu masih baharu. Justeru, memerlukan masa untuk para pengkaji
memahaminya. Bertitik tolak daripada kenyataan ini, maka wajar dan sepatutnya satu
usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mengangkat martabat sastera tanah air
terutamanya dalam menggerakkan alternatif mencari pendekatan demi pendekatan baharu
untuk diangkat dalam dunia kritikan sastera di Malaysia.
Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) melalui kertas kerjanya yang bertajuk
“Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Kritikan Sastera” telah mengetengahkan
pendekatan ini dalam satu Seminar Himpunan Ilmuwan Sasterawan Melayu, bertempat
33
di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim pada tahun 2013. Melalui kertas
kerja tersebut, Mohamad Mokhtar Abu Hassan telah menerapkan pendekatan ini terhadap
karya sastera tradisional dan karya moden. Dua teks cerita rakyat yang dianalisis
menggunakan pendekatan ini ialah cerita “Sang Kancil dan Buaya” dan “Lebai
Malang”. Dan karya sastera moden yang diuji ialah cerpen “Di Sebalik Sirat Makna”.
Perbincangan kertas kerja ini menunjukkan bahawa karya sastera moden dan tradisional
telah mendampakkan kehadiran aspek pengurusan seperti perancangan, kepimpinan,
pengorganisasian, penstafan dan kawalan.
Kajian yang membincangkan perspektif pengurusan dalam karya sastera tradisional
masih lagi terbatas dan belum diberi perhatian secara serius oleh pengkaji dan penggiat
sastera tanah air. Hal ini berlaku memandangkan pendekatan ini baharu sahaja
diketengahkan dalam dunia kritikan sastera Malaysia. Oleh itu, satu penganalisisan yang
jelas lagi rinci perlu dikupas, dibincang dan diterjemahkan bagi mengetengahkan
pendekatan ini dalam khalayak sastera. Hasil penelitian, penghayatan dan penganalisisan
penyelidikan ini amat penting untuk membuktikan dan menyokong pendekatan ini agar
jelas dan menyakinkan khalayak sastera khususnya.
Bertitik tolak daripada permasalahan di atas, perlunya dilakukan satu kajian untuk
meneliti aspek pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara ini. Penyelidikan ini
merupakan kesinambungan usaha dan alternatif yang diambil untuk meneruskan
pengujian dan pembuktian menggunakan pendekatan pengurusan sebagai suatu medium
baharu dalam menganalisis karya sastera. Kewajaran melakukan penelitian ini adalah
penting untuk mengembangkan dan memberi penambahbaikan terhadap pendekatan yang
diketengahkan dalam kertas kerja sebelum ini. Penelitian secara rinci penerapan prinsip-
prinsip pengurusan dalam karya sastera tradisional khususnya cerita lipur lara Melayu
perlu diketengahkan untuk membuktikan kebenaran dakwaan tersebut. Oleh itu, satu
34
kajian dan penelitian yang menyeluruh perlu dihasilkan dan digiatkan untuk mencari
jawapan kepada permasalahan yang ditimbulkan. Sekiranya hasil dapatan positif dapat
dibuktikan maka peluang untuk menarik lebih ramai pengkaji menggunakan pendekatan
ini sebagai satu medium baharu dalam dunia kritikan sastera tanah air dapat
direalisasikan.
Pentingnya kajian ini dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk membuktikan bahawa
terdapatanya aspek pengurusan dalam karya sastera khususnya cerita lipur lara. Sebagai
pengkaji sastera, perlunya dilakukan satu kajian yang menyeluruh khususnya dalam cerita
lipur lara ini untuk memugar dan meneroka aspek pengurusan dalam karya sastera. Aspek
pengurusan ini diteliti daripada sebuah organisasi yang berskala kecil seperti sebuah
keluarga sehingga organisasi yang berskala besar seperti sebuah negara. Aspek
pengurusan yang diangkat pengarang dalam dalam cerita lipur lara ini merupakan satu
penemuan baharu yang diketengahkan dalam dunia kritikan sastera. Penemuan data yang
diperoleh dalam hasil dapatan kajian diharap dapat membantu untuk memperkembangkan
dan memperluaskan perbincangan aspek pengurusan ini dalam karya sastera tradisional.
1.5 Objektif Kajian
Peneltian terhadap cerita-cerita lipur lara dari perspektif pendekatan pengurusan ini
bertujuan untuk mencapai tiga objektif utama kajian iaitu:
i. Mengenal pasti prinsip-prinsip pendekatan pengurusan yang terdapat dalam cerita
lipur lara terpilih.
ii. Menganalisis cerita lipur lara terpilih berdasarkan prinsip-prinsip pendekatan
pengurusan.
iii. Merumuskan kepentingan prinsip-prinsip pengurusan yang diketengahkan dalam
cerita lipur lara Melayu terpilih.
35
1.6 Bahan Kajian
Kajian ini tertumpu kepada cerita-cerita lipur lara Melayu hasil karya Pawang Ana dan
Raja Haji Yahya. Analisis kajian berfokus kepada isi kandungan teks. Jumlah teks yang
dipilih sebanyak lima buah teks. Jumlah teks tersebut dianggap memadai untuk tujuan
kajian dan hujahan yang boleh dijadikan model kepada cerita-cerita lipur lara yang
sealiran dengannya. Teks-teks yang menjadi pegangan dalam kajian ini adalah seperti
berikut:
i. Hikayat Awang Sulung Merah Muda, karya Pawang Ana dan Raja Ali Haji,
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, 1998. Teks ini mengandungi 11 bab
dengan ketebalan 111 halaman.
ii. Hikayat Malim Deman, karya Pawang Ana dan Raja Haji Yahya, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, 1998. Teks ini mengandungi 12 bab dengan ketebalan
123 halaman.
iii. Hikayat Raja Muda, karya Pawang Ana dan Raja Ali Haji, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. Shah Alam, 1998. Teks ini mengandungi 15 bab dengan ketebalan 110
halaman.
iv. Hikayat Malim Dewa, karya Pawang Ana, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah
Alam, 1998. Teks ini mengandungi 17 bab dengan ketebalan 157 halaman.
v. Hikayat Anggun Cik Tunggal, Penyelenggara Abdul Rahman Kaeh, Penerbit
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur, 1985. Teks ini mempunyai 26 bab
dengan ketebalan 201 halaman.
Justifikasi dan kriteria pemilihan yang diambil kira dan diberi perhatian dalam
pemilihan kelima-lima teks kajian ini adalah bertitik tolak daripada perkara berikut:
i. Teks-teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat
Raja Muda, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Anggun Cik Tunggal ini telah
36
diklasifikasikan sebagai karya agung oleh Persatuan Karyawan Malaysia dan
mempunyai nila-nilai estetika serta sejarah tamadun bangsa Melayu yang sangat
tinggi (Nurhashimah Jamluddin, 2008). Teks-teks tersebut juga telah
didokumentasikan oleh badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Karyawan Malaysia.
ii. Selain menjadi bahan bacaan umum pada zaman pramerdeka, teks-teks ini telah
menjadi bahan yang sangat bermanfaat dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu
sehingga ke hari ini (Nurhashimah Jamluddin, 2008).
Hikayat Awang Sulung Merah Muda telah dijadikan teks wajib bagi subjek
Kesusateraan Melayu, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 1991-
1993 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1991). Hikayat Awang Sulung Merah Muda
dan Hikayat Malim Deman juga telah dijadikan sumber rujukan bagi bacaan Karya
Agung bawah Karya Klasik berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas bertarikh 12 Mei
2005, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebahagian peristiwa dalam Hikayat Awang
Sulung Merah Muda telah dimasukkan dalam Antologi Komponen Sastera, iaitu
Pelayaran yang Penuh Istimewa, Tingkatan 4, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas
bertarikh 25 November, 2009, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hikayat Raja Muda dan Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal telah diserapkan ke
dalam Antologi Teks Gema Sepi Seorang Gadis Genius sebagai teks wajib kategori
Prosa Tradisional, bagi pelajar Tingkatan 2 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
bertarikh 14 Oktober, 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Teks Hikayat Malim Dewa tidak tersenarai dalam sukatan pelajaran Komponen
Sastera, namun teks ini bersama-sama teks cerita lipur lara terpilih menjadi sumber
konsep pemerian dan pemikiran bangsa Melayu dan boleh dianggap sebagai
37
perpustakaan ilmu sesuatu bangsa yang muncul daripada akal fikiran yang berilmu
serta dapat mengalami julat pengalaman luas bangsa Melayu (Nurhashimah
Jamaluddin, 2008).
Daripada pembuktian di atas menunjukkan bahawa teks-teks kajian seperti
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda
dan Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal telah diangkat sebagai teks wajib dan sumber
rujukan dalam sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu dan Komponen Sastera
(KOMSAS), Kementerian Pendidikan Malaysia. Hal ini merupakan indikator
penting dalam pemilihan teks-teks tersebut sebagai tunjang penting penyelidikan.
iii. Pemilihan teks-teks rujukan oleh panel penilai dalam sistem pendidikan di Malaysia
telah melalui proses tertentu termasuklah penyaringan dan penilaian berdasarkan
kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan. Tuntutan tersebut selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Pendidikan
Kebangsaan. Justifikasi ini termasuklah pertimbangan terhadap bahan yang bermutu,
bernilai estetika dan memiliki kesesuaian agar dapat memenuhi hasrat yang
terkandung dalam FPK. Bertitik tolak daripada perkara tersebut, maka pemilihan
teks–teks cerita lipur lara ini sebagai pegangan dalam kajian ini dianggap tepat dan
bersesuaian kerana teks-teks tersebut memenuhi kriteria yang telah digariskan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
iv. Teks-teks kajian yang dipilih mempunyai kekuatan yang tersendiri khususnya
daripada kesesuaian perspektif yang akan diterapkan untuk analisis kajian. Teks-teks
tersebut mengangkat idea dan pemikiran yang menyerlahkan aspek pengurusan yang
dapat ditekuni melalui kronologi peristiwa yang terkandung di dalam teks tersebut.
38
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini merangkumi beberapa aspek bidang kajian yang dijadikan sebagai batasan
kajian. Aspek-aspek tersebut ialah:
i. Penyelidikan ditumpukan kepada lima buah cerita lipur lara terpilih yang
menjadi pegangan pengkaji. Cerita-cerita lipur lara tersebut adalah Hikayat
Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik
Tunggal, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Raja Muda.
ii. Penganalisisan ke atas kelima-lima buah cerita lipur lara yang ditulis oleh
Pawang Ana dan Raja Haji Yahya ini berpaksikan kepada pendekatan
pengurusan. Terdapat lima prinsip yang menjadi tunjang penting kajian, iaitu
perancangan, kepimpinan, pengorganisasian, penstafan dan kawalan.
iii. Penganalisisan ini tertumpu terhadap prinsip-prinsip pengurusan yang
menyerlah yang dipilih daripada kelima-lima teks cerita lipur lara tersebut. Ini
bermakna, tidak kesemua teks kajian ini, diserapkan menggunakan prinsip-
prinsip tersebut. Pengkaji hanya memilih teks cerita-cerita lipur lara yang
menyerlahkan prinsip-prinsip pengurusan untuk diterapkan ke dalam teks
kajian. Prinsip-prinsip pengurusan yang mendominasi teks kajian diterapkan,
dikupas dan dibincangkan dalam penyelidikan ini.
iv. Penganalisisan mengenai prinsip pengurusan dalam cerita lipur lara ini
tertumpu kepada Kerangka Pendekatan Pengurusan (KPP) yang dibentuk.
Oleh sebab kajian ini memaparkan prinsip pengurusan yang berlatarkan dunia
tradisi Melayu, maka beberapa elemen telah dibentuk menerusi Kerangka
Pendekatan Pengurusan ini.
39
Secara kesimpulan, penggunaan kelima-lima teks kajian ini sebagai satu korpus yang
saling lengkap-melengkapi untuk memperihalkan dan membuktikan kewujudan prinsip-
prisnp pengurusan bawah pendekatan pengurusan yang terdapat cerita lipur lara.
1.8 Kaedah Kajian
Metodologi merupakan struktur logikal yang digunakan sepanjang kajian, termasuklah
pemilihan teknik penyelidikan bagi pengumpulan data, menentukan data relevan yang
hendak dipungut dan seterusnya mengaitkan data dengan pendekatan atau teori yang
menjadi pegangan. Kaedah yang dipilih ini sesuai dengan tujuan dan objektif
penyelidikan ini. Kajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah penyelidikan
kepustakaan dan kaedah analisis dokumen atau teks.
1.8.1 Kaedah Kepustakaan
Metode ini digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat bahan-bahan rujukan
terutama yang melibatkan prosedur penyelidikan bagi perancangan teratur dan
menyeluruh. Metod ini juga digunakan bagi mengenal pasti pendekatan, teori dan kaedah
yang relevan dalam menghasilkan kajian ini. Rujukan kepustakaan dilakukan bagi
memantapkan analisis yang dibuat terutamanya kajian-kajian lampau yang berkaitan
dengan kajian struktural. Data yang diperoleh daripada buku, jurnal, majalah, kertas kerja
dan seumpamanya dijadikan bahan untuk dianalisis bagi menjelaskan kajian yang
dijalankan. Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Perpustakaan
Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia, Perpustakaan Universiti Perguruan Sultan Idris dan
Perpustakaan Universiti Putra Malaysia merupakan destinasi rujukan penulis.
40
1.8.2 Kaedah Analisis dan Tafsiran Teks
Kaedah analisis teks dilakukan dengan memilih teks yang sesuai dan melalui proses
pembacaan yang teliti bagi mengenal pasti struktur yang relevan dengan prinsip-prinsip
pengurusan. Penelitian analisis memberi fokus terhadap watak dan perwatakan, peristiwa,
isu, persoalan, latar dan nilai yang diperincikan dan diteliti dari segi tindakan dan
pemikiran yang terkandung dalam penceritaan teks-teks kajian.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian berkenaan pengurusan telah diaplikasikan dalam pelbagai aspek seperti
pengurusan kendiri, pengurusan rumah tangga, pengurusan kewangan, pengurusan seni,
pengurusan pentadbiran, pengurusan organisasi dan pengurusan strategik. Kajian tentang
aspek pengurusan dalam karya sastera merupakan suatu unsur baharu yang
diketengahkan dalam penelitian ini. Pengurusan dalam karya sastera merupakan suatu
perkara baharu yang masih terpinggir dan sewajarnya diberikan perhatian yang
mendalam oleh pengkaji dan penggiat sastera tanah air. Oleh hal yang demikian, kajian
ini berkepentingan untuk mengangkat kembali kajian kesusasteraan Melayu melalui
suatu pendekatan baharu yang diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air.
Melalui penerapan prinsip-prinsip pendekatan pengurusan ini, pendekatan ini dapat
dijadikan satu pengaktif baharu untuk menilai dan menekuni karya sastera. Hal ini perlu
diusahakan agar pendekatan ini boleh diterima dan dipraktikkan oleh pelajar-pelajar di
peringkat rendah, menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Pengaplikasian
prinsip pengurusan dalam kajian kesusasteraan yang diketengahkan dalam teks-teks
kajian boleh dijadikan satu pengajaran dan teladan dalam pengurusan kendiri dan
pengurusan organisasi. Kajian yang dilakukan ini berkepentingan bagi membentuk satu
budaya kerja yang cemerlang dan berdaya saing untuk dipraktikkan oleh pelbagai lapisan
masyarakat.
41
Pengenalan terhadap aspek pengurusan ini sememangnya sesuai untuk diterap dan
digunakan dalam karya-karya sastera. Hal ini kerana, karya sastera merupakan satu karya
seni yang sarat dengan unsur-unsur pengurusan di dalam kronologi penceritaannya. Hal
ini menjadikan bidang kajian sastera yang tertumpu kepada aspek pengurusan sebagai
suatu bidang baharu mampu melahir dan membentuk generasi muda yang mempunyai
daya kepengurusan yang baik. Justeru, pendedahan terhadap pendekatan pengurusan
dalam karya sastera tradisional Melayu ini diharapkan dapat menyumbang kepada
pembangunan dan perkembangan pendidikan sastera di samping memartabatkan karya
sastera Melayu di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Akhirnya, kajian ini penting kerana dapat dijadikan sebagai suatu asas bagi kajian
kesusasteraan Melayu dan perlu diberi penekanan bagi mewujudkan satu lagi pendekatan
baharu dalam bidang kesusasteraan Melayu. Diharapkan dapatan kajian ini dapat
memenuhi keperluan dan dan dijadikan panduan oleh pelbagai pihak, iaitu golongan
pelajar, para pendidik, pengkaji serta penggiat sastera tanah air. Kajian ini penting supaya
pendekatan pengurusan yang diangkat dalam kajian ini dapat dijadikan satu medium yang
mampu menilai karya sastera serta dapat dijadikan sumber rujukan pada masa akan
datang.
1.10 Definisi Operasional
Pemahaman terhadap konsep-konsep tersebut merupakan inti pati penting yang
mendorong pembinaan model pengurusan yang lebih teliti dan bersesuaian bagi
masyarakat pada zaman tersebut. Perkara ini perlu memandangkan setiap masyarakat
dikawal oleh sistem nilai dan norma yang berbeza. Perbezaan tersebut mendorong ke arah
pembinaan pebagai model pengurusan yang mungkin sesuai dengan kelompok
mesyarakat tertentu tetapi tidak sesuai pula dengan kelompok masyarakat yang lain.
42
1.10.1 Cerita Rakyat
Merujuk Glosari Istilah Kesusasteraan (1988, p.68), cerita rakyat ialah cerita yang
tergolong dalam sastera rakyat berbentuk naratif yang merupakan cerita rekaan yang
disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita-cerita yang tergolong
dalam cerita rakyat ini termasuklah cerita lipur lara, cerita binatang, cerita jenaka dan
cerita asal-usul. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007, p.112) pula, memerihalkan cerita
rakyat sebagai cerita rekaan dari zaman dahulu yang disukai ramai dalam sesuatu
masyarakat, yang masih diceritakan atau diperdengarkan dan diturunkan daripada satu
generasi kepada generasi lain secara lisan. Cerita rakyat sebagai satu karya tradisi dalam
satu komuniti dan diwariskan turun temurun sebagai satu budaya mereka. Ensiklopedia
Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999, p.85) mendefinisikan cerita rakyat sebagai satu
dunia yang luas yang merangkumi segala pengucapan indah-indah yang lahir dalam
kalangan masyarakat dan tidak saja merujuk kepada cerita rakyat.
Ramai sarjana yang telah memberikan pandangan berkaitan takrifan cerita rakyat.
Ismail Hamid (1987, p.1) menjelaskan cerita rakyat sejenis bentuk kesusasteraan terawal
yang lahir dalam semua kebudayaan manusia. Keadaan ini berlaku kerana sistem tulisan
muncul terkemudian daripada zaman tradisi lisan. Oleh hal yang demikian, perkara ini
menunjukkan bahawa sebelum masyarakat Melayu mengenal huruf, sastera yang
berbentuk lisan telah berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu purba.
Halimah Hassan (1989, p.47-48) yang menyebut cerita rakyat sebagai kesusasteraan yang
telah dihidupkan secara lisan dengan menggunakan media pertuturan. Hal ini bermakna,
cerita rakyat merupakan hasil kreatif yang diperturunkan dari satu generasi ke satu
generasi kepada generasi lain secara lisan dan juga dikenali sebagai tradisi lisan. Hal ini
turut dinyatakan (Abu Bakar Hamid 1967, p.20; Harun Mat Piah 2006, p.85; Aripin Said
1991, p.16; Fatimah Md. Yassin 1990, p.79; Harun Mat Piah, 2003; Md. Sidin Ahmad
Ishak 2004, p.19; Abu Bakar Hamid, 1967; Siti Hajar Abdul Aziz, 2010) bahawa cerita
43
rakyat adalah sastera milik suatu kumpulan masyarakat yang diperturunkan daripada satu
generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan. Dalam masyarakat Melayu lama
cerita rakyat bertindak sebagai satu bentuk hiburan penting kepada khalayak
pendengarnya (Mustafa Mohd Isa, 1987).
Selain itu, Ismail Hamid (1987, p.4), memperincikan cerita rakyat bukan sahaja
sebagai hasil pengucapan sastera bagi sesuatu masyarakat tetapi juga dapat memberi
gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Pandangan ini juga selari dengan
Mohd Taib Osman (1991, p.1) yang menyatakan bahawa di samping budaya material dan
pola-pola perlakuan seperti adat resam, tarian atau permainan, cerita rakyat merupakan
satu ciri zahir dalam satu-satu budaya. Cerita itu sendiri merupakan matlamat yang
disimpan dalam minda penuturnya tetapi tetap wujud, dan zahir kerana diceritakan
berulang kali dan menjadi tradisi yang dipunyai bersama oleh masyarakatnya. Bahkan
bukan merupakan satu ciptaan (mungkin ciptaan pada asal munculnya), tetapi satu
warisan yang diperturunkan daripada atau generasi kepada generasi yang lebih muda.
Secara kesimpulannya, berdasarkan takrifan-takrifan yang dikemukakan oleh sarjana
tempatan dan barat berhubung konsep sastera rakyat, maka dapat dirumuskan cerita
rakyat lahir sebagai simbolik kreativiti pemikiran kritis masyarakat Melayu tradisi.
Ketajaman sensitiviti dan imaginasi masyarakat pelantunnya telah berjaya
menggambarkan suatu kronologi penceritaan yang menarik, unik, dan berilmu. Perkara
ini sangat relevan dan signifikan dengan latar masa dan suasana masyarakat pada ketika
itu. Sastera rakyat telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat dan sebahagian
khazanah budaya dan sejarah yang dimiliki sesebuah bangsa atau masyarakat. Sastera
rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama dan menjadi
milik bersama masyarakat.
44
1.10.2 Cerita Lipur Lara
Menurut Hashim Awang (1987), cerita lipur lara adalah sejenis sastera lama yang
tergolong dalam cerita rakyat dan merupakan cerita rakyat yang paling popular dalam
kalangan masyarakat tradisional. Alexander H. Krappe (1930) mendefinisikan cerita lipur
lara sebagai sebuah cerita yang bersambungan dan tertentu panjangnya, secara praktikal
di dalam bentuk prosa, bernada serius pada keseluruhannya, walaupun unsur lucu tidak
ketinggalan, berpusat pada satu watak wira atau wirawati yang daif atau lemah pada
permulaan cerita, setelah mengalami satu siri pengembaraan yang mempunyai unsur luar
biasa memainkan peranan dan akhirnya akan tercapai cita-cita serta hidup bahagia buat
selama-lamanya (Mohd Taib Osman, 1974).
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999, p.543) pula, menjelaskan cerita
lipur lara sebagai sebuah sastera rakyat berbentuk cerita yang diperturunkan dari satu
generasi ke satu generasi secara lisan. Cerita ini mempunyai struktur dan temanya yang
tersendiri. Cerita ini membawa tema percintaan dan kehidupan anak-anak raja di istana
dan cerita akan dimulakan dari saat kelahiran seorang anak raja sampailah ke masa
mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia. Pelbagai pengalaman disisipkan seperti
negeri diserang musuh, pengembaraan, pertemuan dengan puteri raja, perpisahan kerana
mencari sesuatu, peperangan dan akhirnya pertemuan kembali yang membawa
kebahagiaan.
1.10.3 Konsep Pengurusan
Konseptual
Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.4), dalam buku Pengurusan mengemukakan
pendapat bahawa pengurusan sebagai proses merancang dan memelihara persekitaran
apabila individu, bekerja bersama-sama dalam kumpulan secara cekap, mencapai
45
matlamat terpilih dengan berkesan. Michael H. Menson, Michael Albert dan Franklin
Khedouri dalam buku mereka bertajuk Management: Individual and Organisational
Effectiveness (1985, p.5) berpendapat ‘pengurusan adalah suatu proses merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal kerja-kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli
dalam sebuah organisasi dan penggunaan sumber-sumber dalam organisasi berkenaan
bagi mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan oleh organisasi tersebut.”
Selanjutnya, Rahim Abdullah dalam bukunya bertajuk Asas Pengurusan (1986, p.6)
mendefinisikan pengurusan sebagai ‘aktiviti yang melibatkan usaha merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal serta penglibatan anggota yang berada dalam
organisasi untuk sama-sama berusaha ke arah mencapai matlamat yang satu.” Sering juga
pengurusan didefinisikan sebagai prinsip-prinsip dalam fungsi pengurusan, iaitu
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan (Jaafar Muhamad, 1999,
p.1) serta termasuk juga penstafan (tenaga kerja).
Berdasarkan definisi-definisi di atas, kata kunci yang perlu diketahui dalam
pengurusan ialah proses untuk mencapai objektif, matlamat dan sasaran sesebuah
organisasi. Proses diertikan sebagai satu cara yang sistematik dalam melaksanakan
sesuatu kerja atau sekumpulan tugasan. Ahli-ahli dalam kumpulan atau sesebuah
organisasi hendaklah bersama-sama berusaha mencapai matlamat sesebuah organisasi
tersebut.
Operasional
Dalam kajian ini, pengurusan adalah suatu proses atau mekanisme yang dibentuk yang
memerlukan perancangan strategik yang kondusif, sistematik dan efisyen untuk mencapai
objektif dan sasaran sesebuah organisasi. Dalam merealisasikan objektif organisasi,
penglibatan dan kerjasama daripada anggota organisasi melalui aspek komunikasi dan
interaksi yang berkesan dengan menghindari polemik dan krisis adalah elemen yang
46
penting dan perlu diterapkan untuk mencapai objektif organisasi. Dalam
mengimplementasikan dan merealisasikan pengurusan terdapat lima prinsip yang
dijadikan kriteria dan kayu ukur untuk menilai kecekapan dan keberkesanan sesuatu
pengurusan iaitu perancangan, kepimpinan, pengorganisasian, penstafan dan
pengawalan.
1.10.4 Perancangan
Konseptual
Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.58) dalam buku mereka Management
mentakrifkan perancangan sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan pemilihan
misi, penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya. Pada masa
yang sama, perancangan melibatkan proses pembuatan keputusan iaitu membuat pilihan
ke atas pelan tindakan. Azman Che Omar (2003, p. 77), dalam bukunya, Pengurusan di
Malaysia: Dari Perspektif Islam pula mentakrifkan perancangan sebagai satu proses
menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan
yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalaman organisasi dan
persekitaran luaran yang akan mempengaruhi sesebuah organisasi untuk mencapai
objektif tersebut.
Menurut Gary Dessler, “perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang
diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.”
Manakala Andrew F. Sikula pula menyatakan “perancangan mengandungi aktiviti-
aktiviti fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlakunya sesuatu.” Selanjutnya Harold
Koontz menyatakan “perancangan sebagai penentuan tentang apa yang hendak dibuat,
bagaimana melaksanakannya dan siapa yang akan menjadi pelaksana” (Jaafar
Muhammad 1999, p.39).
47
Operasional
Dalam kajian ini, perancangan merupakan aktiviti-aktiviti asas yang berbentuk fizikal dan
mental yang mesti dilakukan terlebih dahulu bagi menjayakan sesuatu. Perancangan
berorientasikan masa depan yang melibatkan proses penentuan apa yang perlu, siapa yang
bertanggungjawab untuk melakukannya, bila hal tersebut akan dibuat dan mengapa
sesuatu tindakan itu perlu diambil. Perancangan adalah proses membentuk dan memilih
langkah-langkah pelaksanaan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
1.10.5 Kepimpinan
Konseptual
Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997, p.398) pula mendefinisikan kepimpinan sebagai
pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang dengan
rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan. Kepimpinan ialah
perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk.
Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke
sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaan memimpin” dan kepemimpinan
pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994,
p.231).
Kepimpinan adalah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam
organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi (Stogdill, 1958, p.237).
Oleh itu, kepimpinan membawa pengertian “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan
pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan, 1994,
p.212). Menurut R.M Stodgill (Jaafar Muhamad 1999, p.198), sifat keberkesanan
kepimpinan dapat diteliti melalui ranah-ranah pentadbiran, pendidikan, tanggungjawab,
penglibatan sosial dan status ekonomi. Jaafar Muhammad (1991, p.211) berpendapat
48
bahawa pada umumnya pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mempunyai sifat-
sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri.
Operasional
Kepimpinan merupakan satu mekanisme yang dinilai dari perspektif kemampuan dan
keupayaan seseorang pemimpin dalam mempengaruhi, menerajui atau mengendalikan
sesebuah organisasi iaitu keluarga, masyarakat dan negara. Kepimpinan yang berkesan
akan mengambil kira kecekapan pengurusan dan tingkah laku termasuklah keupayaan
memimpin dalam mencapai objektif dan arah tuju sama ada institusi atau organisasi yang
kecil sehinggalah yang berskala besar seperti sebuah kerajaan. Hal ini amat signifikan
kerana karisma kepimpinan akan memperlihatkan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan
yang dipimpin.
1.10.6 Pengorganisasian
Konseptual
Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.164), mengemukakan pendapat
pengorganisasian adalah pengenalpastian dan pengelasan aktiviti-aktiviti yang diperlukan
dan pengelompokan aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk mencapai objektif. Organisasi
boleh didefinisikan sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama
secara berkordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau matlamat. Untuk mendapatkan
pengurusan yang berkesan, seorang pengurus haruslah dapat mengorganisasikan sumber-
sumber manusia, sumber-sumber fizikal, serta fungsi-fungsi seperti pemasaran,
pengeluaran dan kewangan dalam cara yang sesuai dan wajar. Pengorganisasian pula
sebagai penyusunan sumber-sumber organisasi tersebut dalam bentuk kesatuan dengan
cara yang berkesan agar matlamat dan objektif yang dirancang dapat dicapai.
Pengorganisasian menentukan cara mana matlamat tersebut akan dicapai dan menetapkan
49
peranan dan tugas yang mesti dijalankan oleh tiap-tiap pekerja dan staf organisasi serta
hubungannya antara satu sama lain (Jaafar Muhamad 1999, p.62).
Operasional
Organisasi yang dimaksud dalam kajian ini adalah organisasi formal dan informal.
Organisasi dianggap sebagai pengelompokan kegiatan yang diperlukan untuk mencapai
tujuan yang dapat diverifikasi, penugasan setiap kelompok kegiatan dan melakukan
koordinasi secara horizontal dan vertikal dalam struktur organisasi. Struktur organisasi
harus dirancang agar semua orang mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas hasil-
hasil (tujuan) yang dicapai.
1.10.7 Penstafan
Konseptual
Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.302) mengemukakan pendapat penstafan
sebagai mengisi dan memelihara agar terisi, jawatan dalam struktur organisasi dengan
mengenal pasti keperluan tenaga kerja, menginventori orang-orang yang boleh didapati,
mengambil, memilih, menempatkan, menaikkan pangkat, menilai, merancang kerjaya,
memberikan pampasan, dan melatih atau kalau tidak pun memajukan calon mahupun
pemegang kerja sekarang untuk menyempurnakan tugas mereka dengan cekap dan
berkesan. Azman Che Omar (1997, p.96) pula, dalam bukunya “Pengurusan: dari
Perspektif Islam”, mentakrifkan penstafan sebagai proses pengurusan sumber manusia
yang merangkumi semua aktiviti yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan
tenaga kerja dalam mencapai objektif organisasi. Penstafan bertujuan untuk mendapatkan
pekerja yang menepati spesifikasi kemahiran, pengetahuan dan keupayaan untuk
membantu organisasi mencapai matlamat penubuhannya. Penstafan yang berpotensi dan
berkelayakan untuk mengimplementasikan imej dan misi organisasi.
50
Operasional
Penstafan adalah suatu mekanisme yang dibentuk secara teliti dan sistematik dalam
sesebuah organisasi bertujuan melestarikan pembahagian kerja yang berkaitan hal ehwal
negara. Tenaga manusia yang berdaya saing, dinamik dan kompeten yang menerajui dan
menjadi tulang belakang sesebuah organisasi adalah penting dan berperanan untuk
menyelaraskan dan mengimplementasikan peraturan, dasar serta prosedur organisasi.
Oleh itu, tugas seseorang pemimpin dan peneraju pentadbiran sesebuah organisasi yang
paling penting adalah kecekapan dan daya imaginasi dalam membuat penelitian dan
pemilihan yang tepat dan efektif agar sumber manusia yang dipilih dapat membantu
organisasi mencapai matlamat-matlamat dengan sebaiknya.
1.10.8 Kawalan
Konseptual
Menurut Harold Koontz dan Heinz Weirich, kawalan bermaksud pengukuran dan
pembetulan prestasi dalam usaha untuk memastikan objektif dan rancangan perusahaan
yang dirangka ke arah pencapaiannya disempurnakan (1997, p.498). Manakala Jaafar
Muhammad mendefinisikan kawalan sebagai proses untuk menentukan atau menjamin
supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang ditetapkan. Ini
bermakna kita mengandaikan bahawa matlamat dan perancangan organisasi adalah tetap
dan tepat. Segala kegiatan hanyalah bertujuan untuk mencapai matlamat. Jika didapati
tanda yang menunjukkan bahawa matlamat tidak mungkin dicapai, maka tindakan
pembetulan atau pemulihan perlu dilakukan (1999, p.214).
Operasional
Dalam kajian ini, kawalan merupakan proses yang perlu dilakukan bagi memastikan
segala yang dirancang mencapai matlamat organisasi.
51
1.11 Kerangka Bab
Bab 1: Pengenalan
Bab 1 ini memperjelaskan perkara penting yang mempunyai perkaitan langsung dengan
kajian. Perbincangan bab ini dimulakan dengan kajian-kajian lepas. Kajian-kajian lepas
ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;
i. Kajian cerita lipur lara rakyat menggunakan pelbagai pendekatan/teori
ii. Kajian pendekatan pengurusan pelbagai perspektif
Diikuti latar belakang kajian, iaitu membincangkan sejarah perkembangan sastera rakyat
di Malaysia dari perspektif kaca mata sarjana tempatan dan Barat. Selanjutnya, bab ini
menghuraikan permasalahan kajian yang menjadi titik tolak penting dalam pemilihan
tajuk ini untuk dilakukan kajian. Aspek-aspek lain yang diperincikan dalam bab ini
seperti objektif kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian, batasan kajian dan bahan
kajian. Akhirnya, bab ini membincangkan pembahagian bab yang disusun mengikut
kronologi kajian.
Bab 2: Metodologi Kajian dan Kerangka Teoritis
Bab ini membicarakan Pendekatan Pengurusan yang diterapkan terhadap teks-teks cerita
lipur lara terpilih yang menjadi data kajian tesis ini. Pembicaraan dimulakan dengan
membincangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kajian dan menjelaskan maksud
istilah-istilah penting yang mempunyai hubung kait dengan bahan kajian. Seterusnya
perbincangan menyorot pandangan para sarjana tentang kepentingan mewujudkan
pendekatan/teori sastera tempatan. Ini diikuti dengan pembicaraan tentang pendekatan
pengurusan dan penghasilan kertas-kertas kerja yang teah dibentangkan di peringkat
tempatan dan antarabangsa. Perbincangan selanjutnya dalam bab ini memperjelaskan
kerangka prinsip-prinsip penerapan pendekatan berkenaan. Untuk tujuan penulisan tesis
52
ini, korpus kajian akan dianalisis berdasarkan lima prinsip pengurusan yang
diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) iaitu Prinsip Perancangan,
Prinsip Kepimpinan, Prinsip Pengorganisasian, Prinsip Penstafan dan Prinsip Kawalan.
Kelima-lima prinsip ini telah dipilih untuk menganalisis data kajian. Dalam bab ini juga
memperincikan faktor-faktor pemilihan prinsip-prinsip tersebut, dengan memberi
penekanan kepada kesesuaian dan ketepatannya dalam mengkaji teks-teks cerita lipur
lara. Akhir sekali, perbincangan menyentuh mengenai perincian kerangka Pendekatan
Pengurusan yang digunakan dalam analisis teks kajian ini, iaitu Pendekatan Pengurusan
yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013).
Bab 3: Prinsip Perancangan dalam Cerita Lipur Lara
Bab ini membincangkan analisis prinsip perancangan dalam lima teks cerita lipur lara
terpilih iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1998), Hikayat Malim Dewa (1998),
Hikayat Malim Deman (1998), Hikayat Raja Muda (1998) dan Hikayat Anggun Cik
Tunggal (1985) hasil karya Pawang Ana dan Raja Haji Yahya. Kesemua teks cerita lipur
lara ini pada dasarnya dianalisis menggunakan Pendekatan Pengurusan yang telah
diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan dalam dunia kritikan sastera pada
tahun 2013. Berhubung dengan prinsip perancangan, kajian ini meneliti kemampuan dan
keupayaan watak-watak merealisasikan dimensi-dimensi perancangan yang disarankan
di bawah prinsip ini, iaitu dimensi menetapkan objektif, dimensi membentuk strategi,
dimensi kajian semula, dimensi memilih satu cara dan dimensi kajian semula untuk
mencapai matlamat yang direncanakan. Perancangan watak yang diteliti berfokus kepada
watak utama dan watak sampingan terpilih dan tidak dibincangkan kesemuanya.
Perbincangan berfokus kepada perancangan yang menyerlah iaitu perancangan yang
berjaya mencapai objektif.
53
Bab 4: Prinsip Kepimpinan dalam Cerita Lipur Lara
Bab ini membincangkan analisis prinsip kepimpinan dalam teks-teks kajian. Kelima-lima
teks kajian tersebut dibaca secara rinci dan menggunakan teknik bacaan yang rapi.
Kemudian, data-data daripada teks-teks ini dianalisis melalui kaedah analisis teks dengan
menggunakan prinsip kepimpinan sebagai landasan kajian. Pengkaji memperincikan
prinsip kepimpinan berdasarkan dua dimensi iaitu, (i) Dimensi Pentadbiran dan (ii)
Dimensi Pendidikan untuk meneliti gaya kepimpinan. Penelitian ini dilakukan melalui
proses mengesan, mengenal pasti dan seterusnya menganalisis berdasarkan kata kunci
Prinsip Kepimpinan. Penelitian analisis memberi fokus kepada peristiwa yang diteliti dari
segi tindakan dan pemikiran watak yang terkandung dalam teks kajian. Kemudian, data
dianalisis, dibincang dan dihuraikan berdasarkan isi kandungan teks. Seterusnya, bab ini
meneliti sejauh mana sesebuah karya ini dapat membawa dunia pengurusan dalam
peristiwa penceritaan naratif khususnya daripada perspektif kepimpinan. Hasil dapatan
kajian ini dihuraikan secara rinci untuk membuktikan dan menyokong rasional dan
signifikan pendekatan yang diketengahkan dalam kajian ini khususnya prinsip
kepimpinan.
Bab 5: Prinsip Pengorganisasian dalam Cerita Lipur Lara
Bab ini membincangkan prinsip pengorganisasian yang diutarakan dalam Pendekatan
Pengurusan seperti yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013). Analisis kajian menerapkan prinsip pengorganisasian yang terdapat dalam lima
teks cerita lipur lara terpilih iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim
Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Raja Muda.
Penganalisisan prinsip pengorganisasian diteliti berdasarkan lima unsur penting iaitu
stratifikasi sosial, kumpulan manusia, tujuan bersama, kerjasama dan aspek
pengkhususan dan pembahagian kerja yang wujud dalam organisasi. Pengorganisasian
54
dalam teks-teks kajian ini dianalisis secara rinci untuk memperihalkan dan
mendampakkan kerelevanan dan signifikan prinsip ini dalam penelitian teks kajian.
Penganalisisan ini juga untuk membuktikan bahawa terdapatanya sistem
pengorganisasian yang teratur yang dilantunkan pengarang dalam teks-teks yang menjadi
pegangan dalam kajian ini.
Bab 6: Prinsip Penstafan dalam Cerita Lipur Lara
Bab ini juga membincangkan prinsip penstafan yang diutarakan dalam Pendekatan
Pengurusan seperti yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013). Analisis kajian menerapkan prinsip penstafan yang terdapat dalam lima teks cerita
lipur lara terpilih iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa,
Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Raja Muda.
Penganalisisan Prinsip Penstafan pula ini ditekuni berdasarkan empat unsur penting iaitu
motivasi, upah dan ganjaran, komitmen dan aspek persekitaran kerja. Peranan dan
tanggungjawab modal insannya yang merupakan tonggak dan peneraju penting dalam
memacu hala tuju pentadbiran sesebuah organisasi. Peranan perjawatan yang wujud
dalam organisasi dalam teks-teks kajian ini dianalisis secara rinci untuk memperihalkan
dan mendampakkan kerelevanan dan signifikan prinsip ini dalam penelitian teks kajian.
Bab 7: Prinsip Kawalan dalam Cerita Lipur Lara
Bab ini juga membincangkan prinsip kawalan yang diutarakan di bawah Pendekatan
Pengurusan seperti yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013). Analisis kajian menerapkan prinsip kawalan yang terdapat dalam lima teks cerita
lipur lara terpilih iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa,
Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Raja Muda.
Penganalisisan Prinsip Kawalan ini ditekuni berdasarkan dimensi pemantauan dan
55
dimensi penambahbaikan untuk mendampakkan kerelevanan dan signifikan prinsip ini
dalam penelitian teks kajian.
Bab 8: Rumusan
Pada bahagian kesimpulan, pengkaji merumus setiap penemuan yang diperoleh hasil
daripada penerapan pendekatan yang digunakan. Dapatan kajian ini juga membuktikan
bahawa sastera rakyat khususnya cerita lipur lara merupakan hasil kesusasteraan yang
tinggi nilai yang mencakupi pelbagai aspek pemikiran. Salah satunya iaitu unsur
pengurusan yang diperlihatkan oleh watak-watak dalam teks kajian yang dianalisis
melalui peristiwa-peristiwa penting jelas memancarkan dan mendampakkan satu nilai
kepengurusan yang seharusnya diteladani.
56
BAB 2: METODOLOGI DAN KERANGKA TEORITIS
2.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan kerangka Pendekatan Pengurusan yang telah diperkenalkan oleh
Mohamad Mokhtar Abu Hassan pada tahun 2013 melalui kertas kerja beliau yang
bertajuk “Pendekatan Pengurusan; Satu Metode dalam Kritikan Sastera” yang
diterapkan terhadap teks-teks cerita rakyat dan cerpen terpilih yang menjadi data kajian.
Perbincangan dimulakan dengan menjelaskan konsep-konsep penting yang digunakan
dalam data kajian. Perbincangan selanjutnya menyorot pandangan para sarjana tempatan
dan tokoh-tokoh ternama dalam bidang pengkajian kesusasteraan tanah air tentang
kepentingan mewujudkan pendekatan/teori sastera tempatan. Perbincangan diikuti
dengan pembicaraan tentang kemunculan Pendekatan Pengurusan dalam dunia kritikan
sastera di Malaysia dan mengemukakan penghasilan kertas-kertas kerja yang telah
dibentangkan di dalam seminar dan persidangan peringkat tempatan dan antarabangsa
yang menjurus ke arah perkembangan, penambahbaikan dan pemantapan pendekatan ini.
Seterusnya, perbincangan ini diperdalam dengan mengadaptasikan prinsip-prinsip
pengurusan yang terdapat di bawah pendekatan berkenaan yang diterapkan dalam teks
kajian. Untuk tujuan penulisan tesis ini, korpus kajian dianalisis menggunakan lima
prinsip pengurusan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013)
yang menjadi tunjang utama pendekatan ini iaitu perancangan, kepimpinan,
pengorganisasian, penstafan dan pengawalan. Kajian ini menghuraikan faktor-faktor
kesignifikan dan kerelevanan prinsip-prinsip tersebut dipilih dengan memberi fokus dan
penekanan kepada kesesuaian dan ketepatannya dalam mengkaji teks-teks cerita lipur
lara. Akhir sekali, perbincangan memperjelas dan menghuraikan pembinaan model yang
digunakan dalam analisis teks kajian ini.
57
2.2 Latar Belakang Pendekatan Pengurusan
Kesinambungan daripada kupasan dalam perbincangan di atas, tampilnya satu
pendekatan baharu yang diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air iaitu
Pendekatan Pengurusan. Pendekatan Pengurusan ini adalah hasil cetusan idea seorang
sarjana tempatan, iaitu Profesor Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan, seorang sarjana
dalam bidang kesusasteraan Melayu dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Pendekatan Pengurusan merupakan satu idea baharu yang diketengahkan dalam dunia
kritikan sastera tanah air dalam usaha untuk mencari kaedah terbaharu mempelbagaikan
teknik kritikan dalam mengkaji dan menganalisis karya-karya sastera tempatan. Menurut
Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), pendekatan ini mengandungi rumusan dan
formula yang berupa prinsip-prinsip pengurusan yang dapat diaplikasikan dalam karya
atau teks sastera.
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kod 922/1, 922/2, 922/3 dan
922/4 telah digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu sedia
ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2003
(STPM). Sukatan pelajaran yang baharu ini mula digunakan dan diketengahkan dalam
sistem pendidikan Malaysia pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia pada tahun tersebut menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan
pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
ini mengambil kira perubahan dan pemurnian dalam memantapkan dan memperkukuh
sistem penilaian, pengujian dan peperiksaan seiring dengan tuntutan dan ledakan
pemikiran generasi baharu. Perancangan dan penelitian yang rapi telah dilakukan oleh
Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia yang sedia ada untuk memastikan standard dan kualiti sistem pendidikan di
Malaysia khususnya dalam subjek kesusasteraan yang memperlihatkan satu anjakan
58
paradigma dalam membentuk perkembangan minda generasi muda dan selaras dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Negara.
Melalui penggubalan terbaharu, salah satu aspek penting yang dimuatkan dalam
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM Kod 922/3 ialah
aspek Kreativiti, Pengurusan, dan Multimedia. Tiga tajuk besar yang diketengahkan di
bawah sukatan pelajaran ini, iaitu Penulisan Kreatif, Pengurusan dan Multimedia dalam
sastera telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran ini. Melalui sukatan pelajaran ini, satu
perspektif baharu dalam karya sastera, iaitu pengenalan prinsip-prinsip asas pengurusan
dalam organisasi sastera dan ilmu pengurusan dalam karya sastera telah diangkat dan
diuji dalam sukatan ini. Berdasarkan sukatan pelajaran tersebut terdapat dua objektif
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang digariskan iaitu, (i) menjelaskan maksud dan
konsep asas pengurusan dan (ii) menghuraikan prinsip-prinsip asas pengurusan
organisasi.
Susulan itu, Pendekatan Pengurusan ini telah diketengahkan secara rasminya oleh
Mohamad Mokhtar Abu Hassan dalam satu seminar Himpunan Ilmuan Sasterawan
Melayu Kedua (HISMA2) yang bertemakan “Kesusasteraan Teras Kesarjanaan” pada
4-5, Oktober 2013 bertempat di Auditorium Utama, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). HISMA2 merupakan anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti
Bahasa dan Komunikasi, UPSI dengan kerjasama Persatuan Penulis Budiman Malaysia
(BUDIMAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di dalam seminar ini, buat julung-
julung kalinya Mohamad Mokhtar Abu Hassan telah memperkenalkan pendekatan ini
dalam pembentangan kertas kerja beliau yang bertajuk “Pendekatan Pengurusan: Satu
Metode dalam Kritikan Sastera”.
Melalui perbincangan kertas kerja ini, Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) telah
mengetengahkan kesignifikan dan kerelevanan ilmu pengurusan moden dalam karya
59
sastera. Berdasarkan perbincangan konsep, definisi dan aplikasi menggunakan
pendekatan pengurusan yang diketengahkan dan dikupas melalui genre sastera rakyat
bertajuk “Sang Kancil dan Buaya”, “Lebai Malang” dan cerpen “Di Sebalik Tirai
Makna”. Hasilnya, melalui perbincangan kertas kerja ini, Mohmad Mokhtar Abu Hassan
(2013) telah mengenal pasti lima prinsip penting yang menjadi tunjang utama pendekatan
yang boleh diaplikasi dalam karya sastera, iaitu perancangan, kepimpinan,
pengorganisasian, penstafan dan pengawalan.
Selepas melalui beberapa fasa perbincangan bersama penggubal pendekatan ini, usaha
memperkenal dan memperteguhkan pendekatan ini terus digiatkan melalui
pembentangan kertas kerja yang dihasilkan secara usaha sama oleh Mohamad Zuber
Ismail, Sara Beden dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2014) yang bertajuk “Prinsip
Perancangan: Penelitian Berdasarkan Cerita-Cerita Rakyat”. Pembentangan kertas kerja
ini telah berlangsung dalam satu persidangan antarabangsa, iaitu “International
Conference of the 50th Anniversary of the Department of Malay-Indonesian Studies”,
bertempat di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea pada 14-16 Mei 2014.
Selepas pembentangan kertas kerja tersebut, usaha-usaha selanjutnya dilakukan untuk
memperteguh pengujian aplikasi prinsip pengurusan dalam karya sastera tradisional.
Hasilnya, satu lagi pembentangan kertas kerja hasil gandingan Mohamad Zuber Ismail,
Sara Beden dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2014) yang bertajuk, “Prinsip
Kepimpinan: Analisis Berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda” telah
dibentangkan dalam 3rd International Language Conference (IlC), Centre for Languages
and Pre-University Academic Development (Celpad), International Islamic University
Malaysia (IIUM), 4 -6 Jun, 2014. Pembentangan kertas kerja ini telah mendapat maklum
balas positif khususnya dari Jabatan Bahasa Melayu, Pusat Perkembangan Bahasa dan
Pembangunan Pra-Universiti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hasilnya, kertas
60
kerja ini telah terpilih untuk dimuatkan di dalam buku yang bertajuk “Pengajaran,
Pembelajaran dan Penyelidikan Bahasa Melayu” yang diterbitkan oleh Language,
Teaching dan Research: Volume 1, Centre for Languages and Pre-University Academic
Development (CELPAD), International Islamic University Malaysia, untuk penerbitan
tahun 2014.
Usaha-usaha yang diambil oleh pengkaji dan penggubal pendekatan ini tidak terhenti
setakat itu. Pihak editorial penerbitan Jurnal Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya telah menyokong hasil penulisan makalah yang membicarakan perspektif
Pendekatan Pengurusan yang digubal oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) ini.
Hasil penelitian, perbincangan dan pemurnian makalah tersebut, pihak editorial telah
sepakat dan sebulat suara untuk memilih makalah yang dihasilkan oleh Mohamad Zuber
Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2014) yang bertajuk “Kepimpinan
dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari Perspektif Pendekatan Pengurusan”
diterbitkan dalam Jurnal Akademi Pengajian Melayu, Jilid 26, bagi tahun 2015.
Penerbitan makalah ini menampakkan bibit-bibit permulaan yang positif dalam
penerimaan pendekatan ini dalam dunia kritikan sastera di Malaysia.
Susulan daripada itu, satu pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Dimensi
Perancangan dalam Hikayat Malim Dewa: Aplikasi Pendekatan Pengurusan” telah
dibentangkan dalam persidangan antarabangsa yang dianjurkan oeh Kulliyyah of
Languages and Management (KLM), International Islamic University Malaysia yang
telah berangsung pada 21-23 Januari, 2016. Kertas kerja ini telah mengupas dan
membincangkan tentang dimensi-dimensi perancangan di bawah prinsip perancangan.
Melalui penelitian, perbincangan dan penilaian ahli jawatankuasa persidangan, kertas
kerja ini telah diangkat sebagai kertas kerja terbaik bagi kategori Bahasa Melayu dalam
persidangan tersebut. Pembentangan kertas kerja ini sebagai satu alternatif yang
61
diusahakan oleh pengkaji untuk mendedahkan kepada khalayak sastera di peringkat
tempatan dan antarabangsa tentang kemunculan dan kesignifikan aspek pengurusan
dalam karya sastera. Usaha-usaha ini perlu dan wajar dilakukan dan digiatkan agar
khalayak mengetahui kewujudan dan kehadiran pendekatan ini dalam dunia kritikan
sastera di Malaysia.
Penganalisisan aspek pengurusan ini mula mendapat perhatian di dada majalah,
apabila artikel yang ditulis Sara Beden yang bertajuk “Prinsip Perancangan dalam
Hikayat Khoja Maimon” telah terpilih untuk disiarkan dalam Majalah Pelita Bahasa,
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Disember 2014. Kajian ini menggunakan
teks Hikayat Khoja Maimun yang dipilih dan dimuatkan dalam Antologi Harga Remaja
(2009). Dalam penulisan artikel ini, Sara Beden telah mengaplikasikan Prinsip
Perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Penerbitan
artikel ini mendampakkan satu lagi sokongan awal dalam mengetengahkan pendekatan
ini dalam dunia kritikan sastera lantas boleh dijadikan sebagai satu lagi sumber rujukan
ilmiah yang dapat ditekuni dalam makalah ini.
Satu lagi hasil penulisan Sara Beden (2015) dapat diteliti dalam artikel yang bertajuk
‘Kepimpinan Berjiwa Rakyat dalam Prosa Tradisional’, dalam antologi teks Kepimpinan
Melalui Teladan. Artikel ini telah terpilih untuk disiarkan dalam Majalah Pelita Bahasa,
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka keluaran Ogos 2015. Kajian ini menggunakan teks
Kepimpinan Melalui Teladan yang dimuatkan dalam Antologi Kulit Kijang dari Istanbul.
Prosa tradisional ini dipetik daripada sumber asalnya, iaitu Rampaisari Prosa Warisan
(1988) terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. dengan sentuhan penyelenggaranya, Mohd Yusof
Md Nor dan Inon Shaharuddin Abdul Rahman. Sara Beden telah mengupas dan
mengaplikasikan prinsip kepimpinan di dalam penulisan ini. Hasil pengujian telah
62
membuktikan bahawa aspek pengurusan telah diangkat oleh pengarangnya melalui
naskhah ini.
Pendekatan Pengurusan ini terus mendapat tempat apabila makalah yang bertajuk
“Keintelektualan Pemikiran Melayu dalam Cerita Lipur Lara: Penelitian Awal
Berdasarkan Perspektif Pendekatan Pengurusan” yang telah dihasilkan secara bersama
oleh Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan telah terpilih
diterbitkan oleh Journal of Bussines and Social Development, Volume 3 Number 2,
September 2015, p.1-16, penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pemilihan ini
terus memberikan satu suntikan semangat dan pencerahan kepada penggubal pendekatan
ini yang mampu memanifestasikan pendekatan ini agar dapat perhatian khalayak
terutamanya para penggiat sastera tanah air.
Terkini, pemilihan makalah kedua untuk diterbitkan dalam Jurnal Akademi Pengajian
Melayu, Jilid 27, bagi tahun 2016 yang bertajuk “Dimensi Perancangan dalam Hikayat
Malim Dewa” memperlihatkan bahawa pendekatan ini mula mencuri perhatian dan mula
mendapat tempat dalam dunia kritikan sastera tanah air. Penerimaan pendekatan ini
dalam dunia penulisan dan kritikan sastera merupakan satu petanda yang positif untuk
terus memberi penambahbaikan, pemurnian dan pemantapan dalam usaha untuk
memastikan pendekatan ini dapat diterima oleh khalayak sastera dan dapat diletakkan
satu ruang dalam dunia krtikan sastera di Malaysia.
Satu Syarahan Perdana yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya bertempat di Dewan Semarak, APM telah berlangsung pada 4 Ogos 2016.
Menerusi syarahan perdana ini, penggubal pendekatan pengurusan, iaitu Mohamad
Mokhtar Abu Hassan telah menyampai syarahan dengan menjelaskan kepentingan
mengetengahkan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera. Beliau telah
berkongsi idea dan kajian yang telah beliau lakukan terhadap genre sastera tradisional
63
dan moden dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip pengurusan. Syarahan perdana ini
merupakan satu usaha dan alternatif beliau sebagai satu platform dan medium untuk
mengetengahkan pendekatan pengurusan ini kepada para ilmuwan dan sarjana sastera.
2.3 Pendekatan Pengurusan dalam Kritikan Kesusasteraan
Definisi kritikan kesusasteraan dapat diteliti daripada pelbagai sumber. M.H. Abrams
dalam bukunya bertajuk A Glossary of Literary Terms (1971, p.36) memberikan definisi
kritikan kesusasteraan sebagai satu cabang pengkajian yang berhubungan dengan
pengertian, penjenisan, penghuraian karya-karya sastera. Manakala Hashim Awang
dalam bukunya yang bertajuk Kritikan Kesusasteraan (1988, p.5) mendefinisikan
kritikan kesusasteraan sebagai suatu usaha untuk menilai hasil-hasil ciptaan seseorang
sasterawan dengan cara yang beralasan serta bersistem dan bertujuan untuk
mengembangkan sesuatu yang difikirkan baik lagi indah. Bagi memenuhi hakikat
beralasan dan bersistem itu, sewajarnya kritikan kesusasteraan yang dikerjakan
mempunyai pendekatan atau metodologi dan fungsi tertentu. Ini kerana kritikan
kesusasteraan walaupun pada dasarnya suatu seni menilai, tetapi kesan yang diharapkan
daripada penilaian tersebut jauh lebih penting dan bererti. Setiap hasil penilaian karya
kesusasteraan, diharapkan supaya dapat memberi panduan, membentuk pemikiran yang
cerdas dan menjernihkan pertumbuhan pemikiran yang kritis. Dalam mengerjakan
kritikan yang baik, antaranya analisis haruslah dikerjakan secara sistematik dan
menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu.
Dalam mengerjakan kritikan kesusasteraan, pelbagai pendekatan telah diperkenalkan
dan digunakan oleh para pengkritik. Antaranya pendekatan formalistik, pendekatan
moral, pendekatan sejarah, pendekatan sosiologi, pendekatan psikologi, pendekatan
stilistik, pendekatan estetik dan pendekatan Islam. Melalui setiap pendekatan itu,
sesebuah karya sastera dianalisis dan dinilai berdasarkan aspek-aspek tertentu bergantung
64
kepada pendekatan yang digunakan. Sebagai misalannya, pendekatan formalistik,
menilai sesebuah karya dengan meneliti aspek-aspek yang membina sesuatu karya, iaitu
tema, plot, watak dan perwatakan, sudut pandangan dan gaya bahasa. Manakala
pendekatan sosiologi pula, menilai sesebuah karya sastera dengan meneliti aspek-aspek
kemasyarakatan yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Namun sehingga kini,
kritikan sastera belum lagi diperkenalkan dengan pendekatan pengurusan. Melalui kajian
ini, diperkenalkan satu pendekatan, iaitu pendekatan pengurusan yang boleh digunakan
dalam menganalisis dan menilai sesebuah karya sastera.
2.4 Kerangka Konseptual Kajian
Perbincangan ini diperdalam dengan memperjelaskan model analisis kajian prinsip-
prinsip pengurusan yang terdapat dalam pendekatan pengurusan yang diterapkan dalam
teks kajian. Untuk tujuan penulisan tesis ini, korpus kajian dianalisis menggunakan lima
prinsip pengurusan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013)
yang menjadi tunjang utama pendekatan ini iaitu perancangan, kepimpinan,
pengorganisasian, penstafan dan pengawalan. Kajian ini menghuraikan faktor-faktor
kesignifikan dan kerelevanan prinsip-prinsip tersebut yang dipilih dengan memberi fokus
dan penekanan kepada kesesuaian dan ketepatannya dalam mengkaji teks-teks cerita lipur
lara. Perbincangan memperjelas dan menghuraikan pembinaan model yang digunakan
dalam analisis teks kajian ini secara rinci.
Penggunaan model analisis kajian ini akan digunakan untuk menerapkan lima prinsip
asas pengurusan dalam lima teks cerita lipur lara terpilih iaitu Hikayat Awang Sulung
Merah Muda (1998), Hikayat Malim Dewa (1988), Hikayat Malim Deman (1998), Hikayat
Raja Muda (1998) dan Hikayat Anggun Cik Tunggal (1985) hasil karya Pawang Ana dan
Raja Haji Yahya. Kesemua teks cerita lipur lara ini pada dasarnya dianalisis menggunakan
65
Pendekatan Pengurusan yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan
dalam dunia kritikan sastera pada tahun 2013.
Secara rangkumannya, pembinaan model kajian ini terbentuk hasil daripada
perbincangan demi perbincangan bersama penggubal pendekatan ini. Tidak dinafikan
bahawa pembentukan model ini telah disesuaikan daripada pandangan-pandangan
sarjana tempatan dan barat dalam bidang pengurusan. Di sini ditegaskan bahawa, tujuan
pengarang melakukan pengambilan dan penyesuaian dalam konsep pengurusan ini adalah
untuk menjelaskan pegangan pengarang dan selanjutnya aspek pengurusan penting
kepada pengkaji bagi tujuan melakukan tafsiran baharu dalam dunia kritikan sastera tanah
air.
2.5 Definisi dan Konsep Pengurusan
2.5.1 Prinsip-prinsip Pengurusan
Terdapat lima prinsip dalam pengurusan, iaitu:
i. Perancangan
ii. Kepimpinan
iii. Pengorganisasian
iv. Penstafan
v. Kawalan
2.5.1.1 Prinsip Perancangan
Prinsip pertama yang diserapkan dalam kajian ini ialah prinsip perancangan. Harold
Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.58) dalam buku mereka Management mentakrifkan
perancangan sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan pemilihan misi, penetapan
objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya. Pada masa yang sama,
66
perancangan melibatkan proses pembuatan keputusan iaitu membuat pilihan ke atas pelan
tindakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2004) ‘merancang’ ditakrifkan sebagai
‘proses merencanakan atau mempersiapkan’. Azman Che Omar (2003, p.77) dalam
bukunya, Pengurusan Malaysia: Dari Perspektif Islam pula mentakrifkan perancangan
sebagai satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina
strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor
dalaman organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi sesebuah
organisasi untuk mencapai objektif tersebut.
Menurut Gary Dessler, “perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang
diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.”
Manakala Andrew F. Sikula pula menyatakan “perancangan mengandungi aktiviti-
aktiviti fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlakunya sesuatu.” Selanjutnya Harold
Koontz menyatakan “perancangan sebagai penentuan tentang apa yang hendak dibuat,
bagaimana melaksanakannya dan siapa yang akan menjadi pelaksana” (Jaafar
Muhammad 1999, p.39).
Dalam kajian ini, perancangan merupakan aktiviti-aktiviti asas yang berbentuk fizikal
dan mental yang mesti dilakukan terlebih dahulu bagi menjayakan sesuatu. Perancangan
berorientasikan masa depan yang melibatkan proses penentuan apa yang perlu, siapa yang
bertanggungjawab untuk melakukannya, bila hal tersebut akan dibuat dan mengapa
sesuatu tindakan itu perlu diambil. Perancangan adalah proses membentuk dan memilih
langkah-langkah pelaksanaan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Menurut Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2016, p.8), prinsip perancangan dapat diteliti
berdasarkan peringkat-peringkat perancangan, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii)
membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif, (iv) menilai langkah-langkah alternatif, (v)
memilih satu cara dan (vi) kajian semula. Peringkat-peringkat perancangan ini merupakan
67
satu entiti yang sangat penting untuk merealisasikan matlamat sesuatu pemikiran dan
tindakan. Perancangan merupakan satu pemikiran yang mendalam yang di dalamnya
terangkum daya kreativiti, imaginasi dan pengamatan yang difikirkan dan dilantunkan oleh
watak untuk merealisasikan objektif yang telah dibentuk.
Berhubung dengan prinsip perancangan, kajian ini mengaplikasikan dimensi-dimensi
perancangan yang disarankan di bawah prinsip ini, iaitu dimensi menetapkan objektif,
dimensi membentuk strategi, dimensi kajian semula, dimensi memilih satu cara dan
dimensi kajian semula untuk mencapai matlamat yang direncanakan. Perbincangan kajian
meneliti kemampuan dan keupayaan watak-watak merealisasikan matlamat yang
disasarkan berdasarkan dimensi-dimensi perancangan yang dipraktikkan untuk meneliti
kejayaan perancangan tersebut. Perancangan watak yang diteliti berfokus kepada watak
utama dan watak sampingan terpilih dan tidak dibincangkan kesemuanya. Perbincangan
berfokus kepada perancangan yang menyerlah iaitu perancangan yang berjaya mencapai
objektif.
Dalam menampakkan prinsip perancangan secara lebih jelas, diutarakan satu
mekanisme yang digunakan sebagai spesifikasi untuk meneliti pemikiran dan tindakan
watak, iaitu peringkat-peringkat perancangan yang telah dibentuk untuk mencapai
sesuatu objektif. Perincian Prinsip Perancangan ini diteliti berdasarkan peringkat-
peringkat perancangan berikut:
68
Rajah 2.1: Peringkat-peringkat Perancangan
Peringkat-peringkat perancangan ini merupakan kayu pengukur yang digunakan untuk
meneliti pemikiran-pemikiran watak dalam sesebuah organisasi untuk mencapai
matlamat dan visi yang disasarkan. Pembinaan peringkat-peringkat perancangan ini amat
signifikan dan relevan untuk memperjelas kreativiti, kredibiliti dan integriti watak dalam
melakukan proses transmisi pemikiran dan tindakan daripada satu peringkat ke satu
peringkat dalam memenuhi objektif yang ditetapkan. Aplikasi peringkat-peringkat di
bawah Prinsip Perancangan ini amat signifikan dan efisien dalam meneliti, menguji dan
menganalisis teks-teks kajian berdasarkan Prinsip Perancangan di bawah Pendekatan
Pengurusan ini.
Prinsip Perancangan ini merupakan satu entiti yang sangat penting untuk
merealisasikan matlamat sesuatu pemikiran dan tindakan. Perancangan merupakan satu
pemikiran yang di dalamnya terangkum daya kreativiti, imaginasi dan pengamatan yang
difikirkan dan dilantunkan oleh watak untuk merealisasikan objektif yang telah dibentuk.
Perancangan sahaja tidak memadai sekiranya tidak disusuli dengan strategi-strategi yang
Menetapkan Objektif
Membentuk Strategi
Pilihan Alternatif
Menilai Langkah-langkah Alternatif
Memilih Satu Cara
Kajian Semula
69
bijak untuk mencapai objektif. Oleh itu perancangan merupakan satu mekanisme penting
yang harus ada untuk memastikan matlamat yang dibentuk boleh dicapai. Perancangan
yang dibentuk bukanlah seratus peratus penentu kejayaan tetapi perancangan merupakan
suatu usaha dan tindakan yang diambil untuk mencapai objektif yang telah direncanakan.
2.5.1.2 Prinsip Kepimpinan
Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997, p.398) mendefinisikan kepimpinan sebagai
pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang dengan
rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan. Kepimpinan ialah
perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk.
Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke
sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaan memimpin” dan kepemimpinan
pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994,
p.219).
Kepimpinan adalah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam
organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi (Stogdill, 1958, p.237).
Oleh itu, kepimpinan membawa pengertian “keupayaan memimpin” dan kepemimpinan
pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan, 1994,
p.219). Menurut R.M Stodgill (Jaafar Muhamad 1999, p.198), sifat keberkesanan
kepimpinan dapat diteliti melalui ranah-ranah pentadbiran, pendidikan, tanggungjawab,
penglibatan sosial dan status ekonomi. Jaafar Muhammad (1991, p.211) berpendapat
bahawa pada umumnya pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mempunyai sifat-
sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri.
Prinsip Kepimpinan merupakan prinsip kedua yang diutarakan oleh Mohamad
Mokhtar Abu Hassan (2013) dan diterapkan dalam kajian ini. Sebaik-baiknya manusia
70
digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para
pemimpin tidak menekan suatu kumpulan dari belakang, sebaliknya mereka meletakkan
diri di hadapan kumpulan itu untuk mencapai matlamat organisasi.
Kepimpinan merupakan satu mekanisme yang dinilai dari perspektif kemampuan dan
keupayaan seseorang pemimpin dalam mempengaruhi, menerajui atau mengendalikan
sesebuah organisasi iaitu keluarga, masyarakat dan negara. Kepimpinan yang berkesan
mengambil kira kecekapan pengurusan dan tingkah laku termasuklah keupayaan
memimpin dalam mencapai objektif dan arah tuju sama ada institusi atau organisasi yang
berskala kecil sehinggalah yang berskala besar seperti sebuah kerajaan. Hal ini amat
signifikan kerana karisma kepimpinan memperlihatkan jatuh bangunnya sesebuah
kerajaan yang dipimpin. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan
mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu
dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar
mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat
mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender, 1960, p.132)
dan (Halpin, 1960, p.149).
Menerusi prinsip kepimpinan ini, pengkaji membuat satu penelitian yang rinci melalui
proses mengesan, mengenal pasti dan seterusnya menganalisis mekanisme-mekanisme
penting yang diekspresikan oleh watak-watak pemimpin berdasarkan kata kunci prinsip
kepimpinan. Selanjutnya, perbincangan dan kupasan dalam bahagian ini untuk meneliti
sejauh mana sesebuah karya ini dapat membawa dunia pengurusan dalam peristiwa
penceritaan naratif khususnya daripada perspektif kepimpinan. Hasil dapatan kajian ini
dihuraikan secara rinci untuk membuktikan dan menyokong rasional dan signifikan
pendekatan yang diketengahkan dalam kajian ini khususnya prinsip kepimpinan
71
berdasarkan dimensi, iaitu: (i) Dimensi Pentadbiran dan; (ii) Dimensi Pendidikan. Kedua-
dua dimensi ini telah digunakan untuk menganalisis karya.
2.5.1.2.1 Dimensi Pentadbiran
Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya. Seseorang
pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan
peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan
untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi (Zainal Abidin
Mohamad, 1998, p.88). Menurut Newman (1963, p.76), dalam bukunya yang bertajuk
Administrative Action, beliau mendefinisikan pentadbiran sebagai satu bimbingan,
kepimpinan dan kawalan daya usaha kumpulan pekerja ke arah pencapaian matlamat.
Bagi Walker (1977, p.98) pula, pentadbiran sebagai satu proses untuk menyelaraskan
aktiviti-aktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat dan polisi dan menentukan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya.
Selain itu, pemimpin berperanan untuk membimbing dan mendorong yang lain dalam
usaha mencapai matlamat sistem. Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna
kepimpinannya berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi
itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting, iaitu kuasa yang
ada pada seseorang itu. Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif
pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan
keseluruhannya. Pemimpin secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara
sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua
orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, 1997). Kepimpinan merupakan
perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa,
bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui
72
keperluan dan motif orang yang bekerja dengannya dan harus menitikberatkan
pencapaian matlamat kumpulan.
Secara rangkumannya, keupayaan memimpin dan menangani kepelbagaian isu
(Managing diversity) merupakan aset yang sangat berharga dalam memastikan kestabilan
masyarakat dan negara. Justeru, perlu dilihat keupayaan untuk membina kestabilan
sesebuah negara bertitik tolak daripada faktor kebijaksanaan pimpinan yang mampu
menguruskan negara dengan baik dengan meletakkan kesepakatan, tolak ansur dan sikap
yang positif mendahului perkara lain untuk membolehkan kestabilan negara merupakan
inti pati penting yang perlu dibuktikan melalui penelitian kajian ini.
2.5.1.2.2 Dimensi Pendidikan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007, p.231), mendefinisikan pendidikan sebagai perihal
atau perbuatan mendidik. Sharifah Alwiyah Alsagoff (1983, p.122) menghuraikan di
dalam bukunya Falsafah Pendidikan mendefinisikan pendidikan sebagai satu proses atau
aktiviti yang melibatkan persekolahan formal. Pendidikan juga sebagai proses latihan
perkembangan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu. Hal ini signifikan
kerana pendidikan juga dilihat sebagai aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat
seperti memperoleh kemahiran pengetahuan dan sikap secara integrasi seterusnya
membentuk personaliti individu yang komprehensif. Hal ini sangat signifikan kerana
pendidikan adalah medium terbaik untuk membentuk kemahiran dan membangunkan
personaliti, keterampilan, dan pemikiran yang optimis dalam memacu hala tuju
kehidupan. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa pendidikan merupakan
satu usaha yang rapi, terancang dan sistematik yang dibuat oleh seseorang pemimpin
dalam sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran
kepada ahlinya. Pendidikan merupakan mekanisme terbaik untuk mengubah dan
mentransformasikan sesebuah institusi, organisasi dan negara kepada tahap yang lebih
73
cemerlang dari segi peningkatan ekonomi, budaya, politik dan sosial. Dengan pendidikan
yang sempurna dan kondusif membolehkan pembentukan dan penyediaan generasi muda
ke arah gaya kepimpinan yang lebih kompetitif dan dinamik.
Proses perkembangan dan pembangunan bangsa dan negara berkait rapat dengan
aspek pendidikan. Pendidikan berkualiti akan melahirkan generasi atau modal insan yang
sedar dan insaf dengan erti kehidupan dan tanggungjawab. Mereka akan
memperkembangkan potensi demi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Tonggak
kepada semua usaha ini adalah mewujudkan kepimpinan berteraskan pendidikan ampuh
yang mampu merealisasikan hasrat tersebut. Pentadbiran dan pengurusan merupakan
bahagian yang besar dalam sesebuah organisasi dan tidak boleh dipisahkan. Kedua-dua
bahagian ini sangat penting di dalam usaha untuk menegak dan mengukuhkan lagi
sesebuah badan organisasi. Tanpa salah satu bahagian ini, maka sesebuah organisasi yang
wujud tidak akan lengkap, bermasalah dan tidak bertahan lama. Organisasi memerlukan
pengurusan dan pentadbiran yang kuat agar mampu mencapai objektifnya yang
tersendiri.
Berdasarkan prinsip kepimpinan bawah dimensi pendidikan, bahawa peranan
pentadbir dan pemimpin yang menjadikan pendidikan sebagai satu agenda penting dalam
pentadbiran mampu membentuk, mencorak dan melahirkan insan dan generasi yang
mempunyai keseimbangan dan kesepaduan dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani
sekali gus dapat membangun dan memajukan sesebuah ketamadunan masyarakat.
Pembangunan spiritual dan mental masyarakat melalui pendidikan yang diteliti dan
dikesan melalui amalan dan perubahan tingkah laku yang dialami oleh masyarakat
terbitnya daripada kesedaran dan kesungguhan pemimpin mewariskan dan menyokong
tradisi menuntut ilmu dalam kalangan masyarakatnya. Impaknya, melalui penerapan
pendidikan ini berjaya mengangkat dan mendampakkan satu aspek pemikiran pengurusan
74
kepimpinan yang diekspresikan melalui kebijaksanaan dan keintelektualan pemikiran
pemimpin Melayu tradisi merupakan kekuatan yang perlu diketengahkan dan dilantunkan
menerusi Prinsip kepimpinan bawah Pendekatan Pengurusan.
2.5.1.3 Prinsip Pengorganisasian
Prinsip Pengorganisasian merupakan prinsip ketiga bawah Pendekatan Pengurusan yang
diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) dalam penelitian karya
sastera. Organisasi boleh didefinisikan sebagai gabungan dua orang atau lebih yang
bekerja bersama-sama secara berkoordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau matlamat.
Untuk mendapatkan pengurusan yang berkesan, seorang pengurus haruslah dapat
mengorganisasikan sumber-sumber manusia, sumber-sumber fizikal, serta fungsi-fungsi
seperti pemasaran, pengeluaran, kewangan dalam cara yang sesuai dan wajar.
Pengorganisasian pula sebagai penyusunan sumber-sumber organisasi dalam bentuk
kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan objektif yang dirancang dapat
dicapai. Pengorganisasian menentukan cara mana matlamat tersebut akan dicapai dan
menetapkan peranan dan tugas yang mesti dijalankan oleh tiap-tiap pekerja dan staf
organisasi serta hubungannya antara satu sama lain (Jaafar Muhamad 1999, p.62).
Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.164), pula mengemukakan pendapat
“pengorganisasian adalah pengenalpastian dan pengelasan aktiviti-aktiviti yang
diperlukan dan pengelompokan aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk mencapai objektif.
Organisasi boleh didefinisikan sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja
bersama-sama secara berkoordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau matlamat.
Organisasi yang dimaksud dalam kajian sini adalah organisasi formal dan informal.
Organisasi dianggap sebagai pengelompokan kegiatan yang diperlukan untuk mencapai
tujuan yang dapat diverifikasi, penugasan setiap kelompok kegiatan dan melakukan
koordinasi secara horizontal dan vertikal dalam struktur organisasi. Struktur organisasi
75
harus dirancang agar semua orang mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas hasil-
hasil (tujuan) yang dicapai.
Pengorganisasian dalam teks-teks kajian ini dianalisis secara rinci untuk
memperihalkan dan mendampakkan kerelevanan dan signifikan prinsip ini dalam
penelitian teks kajian. Penganalisisan ini juga untuk membuktikan bahawa terdapatnya
unsur-unsur penting yang membentuk sistem pengorganisasian dalam teks-teks yang
menjadi pegangan dalam kajian ini. Penganalisisan prinsip pengorganisasian diteliti
berdasarkan lima unsur penting yang digunakan untuk menganalisis karya iaitu;
i. Struktur organisasi
ii. Kumpulan manusia
iii. Kerjasama
iv. Tujuan bersama
v. Pengkhususan dan pembahagian kerja
2.5.1.3.1 Struktur Organisasi
Salah satu unsur yang membentuk prinsip pengorganisasian dalam masyarakat dan
negara adalah struktur organisasi. Struktur organisasi merupakan bahagian yang penting
dalam stratifikasi sosial masyarakat dalam sesebuah organisasi, iaitu terdapatnya
pengkelasan, iaitu adanya golongan atas (upper class), golongan menengah (middle
class) dan golongan bawah (lower class). Struktur organisasi harus dirancang agar semua
orang mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas hasil-hasil tujuan yang hendak
dicapai. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh James A.F. Stoner & R.Edward Freeman
(1990) bahawa struktur organisasi merupakan cara-cara kegiatan organisasi dibahagi,
distruktur dan dikoordinasikan.
76
Tidak dinafikan struktur organisasi penting dalam kelangsungan sesuatu tugasan yang
perlu melibatkan pelbagai individu dengan pelbagai tugas mengikut kepakaran masing-
masing. Hal ini sebagaimana dijelaskan (Harold Koontz, 1997, p.164) bahawa
pengorganisasian merupakan proses kegiatan penyusunan struktur organisasi yang sesuai
dengan tujuan, sumber-sumber dan lingkungannya. Adanya strata sosial dalam kehidupan
masyarakat sekali gus mendampakkan bahagian yang kompleks khususnya perbezaan
kelompok di tengah-tengah masyarakat. Stratifikasi sosial yang horizontal maupun
pelapisan sosial yang vertikal telah mewarnai dan melengkapkan sesebuah oragnisasi
kehidupan bermasyarakat.
Melalui kajian ini, struktur organisasi yang memperjelaskan struktur susunan,
kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dalam organisasi selaras dengan
bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab yang perlu dikesan dan dikenal pasti dalam
masyarakat Melayu tradisi dalam teks-kes kajian. Organisasi ini bukan sekadar bertujuan
memaparkan bagaimana sesebuah organisasi itu perlu ditadbir mengikut struktur operasi
organisasi itu malah struktur organisasi ini menggariskan dengan jelas bidang
tanggungjawab setiap pihak dalam organisasi tersebut. Setiap individu memainkan
peranan yang khusus agar tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang
menghalang dan menjejaskan kelicinan perjalanan sesebuah organisasi antara inti pati
penting yang diekpresikan dalam analisis teks kajian khususnya struktur organisasi.
2.5.1.3.2 Kumpulan Manusia
Menurut Long (2005, p.37) salah satu ciri kumpulan ialah sekumpulan individu yang
saling berkomunikasi antara sesama kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama. Secara
ringkasnya kumpulan mengandungi dua orang atau lebih, wujud dalam jangka masa
tertentu. Setiap anggota kumpulan mempunyai matlamat yang sama, saling
berkomunikasi dan berinteraksi, berfungsi mengikut garis panduan yang dipersetujui
77
bersama dan setiap ahli kumpulan mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk
menjayakan matlamat kumpulan. Manusia adalah unsur utama pembentuk organisasi.
Dalam hal ini, Herbert Simon menyatakan oleh sebab organisasi dianggotai oleh
kumpulan manusia, maka apa-apa yang dilakukan oleh organisasi akan ditentukan oleh
manusianya (Abdul Shukor Abdullah, 1997, p.69). Dengan perkataan lain, manusia
merupakan tenaga penggerak dan penentu kejayaan bagi sesuatu organisasi. Setiap hal
tersebut merupakan kekuatan organisasi. Organisasi memerlukan semangat juang yang
mampu membangkitkan dan mempertahankan semangat organisasi sebagai penentu
kelangsungan organisasi itu. Sesiapa sahaja tidak akan mampu untuk bekerja sendirian
tanpa sokongan dan bantuan orang lain. Melalui kerjasama organisasi akan terbentuk
dengan efektif dan sebaliknya. Dari perspektif pengurusan, untuk membentuk
kebersamaan dalam organisasi perlunya penglibatan seluruh anggotanya termasuklah
kumpulan manusia yang ada dalam lingkungan itu dalam aktiviti yang dilakukan perlu
diteliti oleh pengkaji melalui penelitian teks kajian ini. Hal ini untuk mendampakkan dan
menyerlahkan bahawa salah satu unsur penting pengorganisasian telah diserapkan oleh
pengarang melalui penerokaan peristiwa dalam teks kajian.
Kumpulan manusia bukan sahaja menyerlahkan tugas golongan atasan dan bawahan
malahan prinsip ini memperlihatkan kepada kita, iaitu satu golongan manusia boleh
menyerlah potensi diri mereka untuk menyelesaikan satu-satu tugas dengan lebih pantas
dan mudah. Sesebuah pengorganisasian yang lengkap disertai beberapa kumpulan
manusia yang saling melengkapi antara satu sama lain sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Mereka merupakan kelompok yang bekerjasama secara terstruktur untuk
mencapai tujuan bersama. Bagi mencapai tujuan organisasi perlunya penggunaan sumber
daya daripada manusia dalam lingkungannya. Sumber daya termasuklah manusia,
kewangan, fizikal dan informasi, iaitu kesempurnaan kesemua sumber ini merangkumi
segala keperluan bagi pembentukan organisasi yang baik dan berkesan.
78
2.5.1.3.3 Tujuan Bersama
Konsep pengorganisasian mengenai tujuan bersama sangat penting bagi memastikan
kemaslahatan organisasi berlangsung sebaiknya dan akhirnya dapat mencapai tujuan
bersama yang disepakati. Bagi menjayakan lagi tugasan yang mempunyai tujuan
bersama, komunikasi yang baik sangat diperlukan oleh setiap ahli dalam sesebuah
organisasi. Pengertian organisasi, iaitu pertama, organisasi sebagai wadah atau tempat,
dan kedua, pengertian organisasi sebagai proses yang dilakukan bersama-sama, dengan
landasan yang sama, tujuan yang sama, dan juga dengan cara-cara yang sama. Organisasi
pada intinya adalah interaksi-interaksi individu dalam sebuah wadah untuk melakukan
suatu tujuan yang sama. Tujuan bersama, adalah sasaran yang ingin dicapai/diharapkan
baik dari prosedur, program, pola atau titik akhir dari pekerjaan organisasi tersebut.
Setiap manusia yang memiliki kepentingan dan tujuan yang sama, menciptakan
sebuah wadah atau badan, iaitu mereka saling berusaha untuk mewujudkan tujuan
tersebut. Hal inilah yang menjadi sebab adanya tujuan dari sebuah organisasi. Penting
bagi seseorang individu dan organisasi untuk memiliki tujuan agar bersama terpacu untuk
bekerja sekuat tenaga untuk meraih tujuan tersebut. Apabila berada dalam suatu
organisasi, hubungan, iaitu pemimpin dan rakyat perlu disatukan dan dipereratkan agar
tujuan yang ingin dicapai dapat dilaksanakan. Hubungan dan ikatan psikologi ini
merupakan indikator penting yang perlu diangkat dalam penelitian ini.
2.5.1.3.4 Kerjasama
Kerjasama yang erat dengan berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang
membawa kejayaan kepada mana-mana ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu
mengenepikan perbezaan dan bekerja bagi mencapai matlamat itu. Secara ringkasnya,
kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering
bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat
79
pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap
prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama.
Agar tujuan organisasi dan tujuan individu dapat tercapai secara selaras dan harmonis
maka diperlukan kerjasama dan usaha yang sungguh-sungguh daripada kedua-dua belah
pihak untuk bersama-sama berusaha saling memenuhi kewajiban masing-masing secara
bertanggungjawab, sehingga pada saat masing-masing mendapatkan haknya dapat
memenuhi rasa keadilan baik bagi anggota organisasi/ pegawai mahupun bagi pengurus
organisasi/ pejabat yang berwenang. Kerjasama adalah suatu usaha bersama antara orang
perseorangan atau kelompok individu untuk mencapai tujuan bersama. Kerjasama
merupakan interaksi yang paling penting kerana pada hakikatnya manusia tidak mampu
hidup sendiri tanpa orang lain sehingga ia sentiasa memerlukan orang lain. Kerjasama
dapat berlangsung dengan adanya individu-individu yang bersangkutan memiliki
kepentingan yang sama dan memiliki kesedaran untuk bekerjasama demi mencapai
kepentingan mereka tersebut. Hal ini merupakan titik tolak penting dalam menimbulkan
dan mendampakkan unsur kerjasama dalam kajian ini.
2.5.1.3.5 Pembahagian dan Pengkhususan Kerja
Demi menjayakan sebuah organisasi, perlunya pembahagian dan pengkhususan kerja
bagi memastikan setiap tugas dapat dijalankan dengan betul dan diberi kepada orang yang
tepat. Kaedah ini menekankan kepada tugasan yang hendak dilaksanakan. Tugasan yang
jelas dan disepakati diperlukan untuk dibincangkan bersama-sama. Setiap ahli dalam
organisasi diminta untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan. Melalui pembahagian kerja yang sesuai kepada
setiap individu, setiap ahli yang diberi tugasan dapat menetapkan sasaran dan objektif
80
yang hendak dicapai dalam gerak kerja yang mesti mereka laksanakan. Sasaran dan
objektif yang spesifik ini membantu dalam menganalisis setiap hasil yang diperoleh.
Kerelevan pembahagian kerja ini begitu jelas memperlihatkan tidak wujudnya unsur
paksaan dan penganiayaan terhadap rakyat. Ini untuk memberi keselesaan dan dalam
ruang lingkup kemampuan dan keupayaan seseorang individu. Sesebuah organisasi
memerlukan pekerja yang dapat menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai
matlamat yang dikehendaki. Sekiranya tidak ada perpaduan dalam kalangan pekerja,
sudah tentu organisasi itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan
sempurna. Keadaan organisasi menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu.
Koontz dan Wiehrich (1997, p. 179) menegaskan bahawa komunikasi diperlukan untuk
menetap dan menyebarluaskan matlamat sesebuah organisasi. Bagi tujuan tersebut
komunikasi berperanan untuk menyusun rancangan kerja untuk mencapai matlamat
tersebut. Begitu juga dengan menggembleng sumber manusia dan sumber lain dalam cara
yang paling cekap.
Pembahagian dan pengkhususan kerja merujuk kepada pekerja-pekerja melaksanakan
kerja yang tertentu atau khusus berdasarkan kemahiran, kelayakan dan kemampuan
individu tersebut. Asas pembahagian kerja ialah setiap suatu kerja boleh dibahagikan
kepada tugas-tugas kecil yang berulang dan ditugaskan seorang untuk menyelia dan
mengarah pekerja tersebut. Dalam pengurusan sebuah organisasi yang berkesan, aspek
pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan
merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di
sekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau
organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara. Organisasi merupakan gabungan
pelbagai individu dan kumpulan dengan hierarki yang berbeza-beza dari segi kedudukan,
kepakaran dan profesionalisme ahli-ahli dalam organisasi. Pembahagian kerja adalah
sangat mustahak kerana unsur ini ada hubung kait dengan peningkatan produktiviti dan
81
boleh mengurangkan beban tanggungjawab pekerja. Dengan pembahagian kerja yang
betul, iaitu terancang dan teratur pekerja-pekerja boleh menumpukan dalam sesuatu tugas
yang telah dikhaskan.
2.5.1.4 Prinsip Penstafan (Tenaga Kerja)
Penstafan merupakan prinsip keempat yang diketengahkan bawah Pendekatan
Pengurusan. Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.302) mengemukakan pendapat
penstafan sebagai mengisi dan memelihara agar terisi, jawatan dalam struktur organisasi
dengan mengenal pasti keperluan tenaga kerja, menginventori orang-orang yang boleh
didapati, mengambil, memilih, menempatkan , menaikkan pangkat, menilai, merancang
kerjaya, memberikan pampasan, dan melatih atau kalau tidak pun memajukan calon
mahupun pemegang kerja sekarang untuk menyempurnakan tugas mereka dengan cekap
dan berkesan.” Azman Che Omar (1997) pula, dalam bukunya,“Pengurusan: dari
Perspektif Islam”, mentakrifkan penstafan sebagai proses pengurusan sumber manusia
yang merangkumi semua aktiviti yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan
tenaga kerja dalam mencapai objektif organisasi. Penstafan bertujuan untuk mendapatkan
pekerja yang menepati spesifikasi kemahiran, pengetahuan dan keupayaan untuk
membantu organisasi mencapai matlamat penubuhannya. Penstafan yang berpotensi dan
berkelayakan untuk mengimplementasikan imej dan misi organisasi.
Penstafan adalah suatu mekanisme yang dibentuk secara teliti dan sistematik dalam
sesebuah organisasi bertujuan melestarikan pembahagian kerja yang berkaitan hal ehwal
negara. Tenaga manusia yang berdaya saing, dinamik dan kompeten yang menerajui dan
menjadi tulang belakang sesebuah organisasi adalah penting dan berperanan untuk
menyelaras dan mengimplementasikan peraturan, dasar serta prosedur organisasi. Oleh
itu, tugas seseorang pemimpin dan peneraju pentadbiran sesebuah organisasi yang paling
penting adalah kecekapan dan daya imaginasi yang mendalam dalam membuat penelitian
82
dan pemilihan yang tepat dan efektif agar sumber manusia yang dipilih dapat membantu
organisasi mencapai matlamat-matlamat dengan sebaiknya.
Berdasarkan definisi-definisi di atas, penstafan dalam karya sastera ini adalah untuk
memperjelaskan bahawa sumber manusia dalam sesebuah organisasi merupakan unsur
terpenting kerana mereka inilah yang merupakan tenaga dan penggerak utama yang
menjadi penentu jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Sumber manusia yang berpotensi
dan mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi ini amat penting dalam membantu
merealisasikan serta menaikkan imej dan reputasi sesebuah organisasi. Sumber tenaga
manusia ini juga berperanan penting dalam menawarkan serta menyumbangkan
kemahiran, bakat, kreativiti serta mempamerkan daya usaha yang ampuh ke arah
kecemerlangan sesebuah organisasi. Peranan dan tanggungjawab modal insannya yang
merupakan tonggak dan peneraju penting dalam memacu hala tuju pentadbiran sesebuah
organisasi dan peranan perjawatan yang wujud dalam organisasi dalam teks-teks kajian
ini dianalisis secara rinci untuk memperihalkan dan mendampakkan kerelevanan dan
signifikan prinsip ini dalam penelitian teks kajian. Analisis kajian menerapkan prinsip
penstafan yang terdapat dalam lima teks cerita lipur lara terpilih.
Penganalisisan bawah Prinsip Penstafan pula ini ditekuni berdasarkan empat unsur
penting. Keempat-empat unsur ini digunakan untuk menganalisis karya, iaitu:
i. Motivasi
ii. Upah & ganjaran
iii. Komitmen
iv. Persekitaran kerja.
83
2.5.1.4.1 Motivasi
Motivasi ialah suatu konsep yang menghuraikan tentang kekuatan-kekuatan yang ada
dalam diri seseorang. Motivasi secara umum berkaitan dengan usaha untuk memenuhi
semua tujuan sehingga fokus pembahasan dipersempit pada tujuan organisasi supaya
dapat merefleksikan perhatian kita pada perilaku yang berkaitan dengan pekerjaan.
Dalam batasan/ definisi tersebut terdapat tiga unsur, iaitu: usaha, tujuan, organisasi, dan
keperluan. Motivasi juga merupakan satu semangat dan dorongan yang datang dan
digerakkan atas sebab-sebab tertentu. Seseorang yang mempunyai satu pertalian yang
rapat juga boleh menjadi penggerak dan pencetus sumber motivasi untuk mencapai
sesuatu hajat. Hal ini berpadanan dengan istilah motivasi itu sendiri yang berasal daripada
perkataan Latin “movere” yang bermakna bergerak. Oleh itu, istilah ini bertepatan
dengan dua kata yang membentuk istilah motivation iaitu motive dan action. Secara
ringkasnya, motivasi boleh dirumuskan sebagai dorongan untuk melakukan tindakan bagi
mencapai tujuan tertentu.
Secara konseptualnya, motivasi dikaitkan dengan dorongan dalaman seseorang, iaitu
suatu tenaga yang menggerakkan tindakan bagi mencapai sesuatu matlamat yang tertentu.
Dari aspek sumber manusia, dorongan ditakrifkan sebagai kesediaan individu atau
kumpulan untuk menyumbang tenaga dan usaha bagi mencapai sesuatu matlamat atau
tujuan. Dorongan seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan tidak terhad kepada
motif yang ditetapkan seseorang atau desakan yang diterima olehnya. Secara umumnya,
proses motivasi bermula apabila seseorang mengenal pasti keinginan atau keperluannya.
Apabila wujud keinginan atau keperluan ini, ketidakseimbangan dalam dirinya akan
terhasil. Ketidakseimbangan ini adalah dorongan yang akhirnya membentuk suatu motif
atau matlamat. Seseorang cuba mengurangkan ketidakseimbangan tersebut melalui
tindakan yang dapat memenuhi motifnya.
84
2.5.1.4.2 Upah dan Ganjaran
Upah atau gaji adalah hak pemenuhan ekonomi bagi pekerja yang menjadi kewajipan dan
tidak boleh diabaikan oleh para majikan atau pihak yang mempekerjakan. Dari sudut
organisasi, ganjaran merupakan salah satu fungsi pengurusan sumber manusia yang
penting dan melibatkan pentadbiran, perancangan dan pengurusan kepelbagaian sistem
ganjaran (contohnya, bayaran langsung dan tidak langsung atau ganjaran kewangan dan
bukan kewangan) yang akan dibayar kepada pekerja yang telah melaksanakan tugas dan
berkhidmat kepada organisasi (Milkovich et al., 2014; Henderson, 2009; Azman et al.,
2007). Sebegitu pentingnya masalah upah pekerja ini, Islam memberi pedoman kepada
para pihak yang mempekerjakan orang lain bahawa prinsip pemberian upah harus
mencakup dua hal, iaitu adil dan mencukupi. Prinsip tersebut terangkum dalam sebuah
hadis Nabi yang diriwayatkan Imam Al-Baihaqi, “Berikanlah gaji kepada pekerja
sebelum kering keringatnya, dan beritahukan ketentuan gajinya, terhadap apa yang
dikerjakan.”
Ganjaran secara umumnya dapat ditakrifkan sebagai bayaran, pampasan, saraan atau
pengurusan gaji dan upah. Istilah ini sering diguna pakai secara bertukar ganti dalam
organisasi, namun masih merujuk kepada maksud yang sama (Azman et al., 2014;
Milkovich & Newman, 2008; Rajkumar, 1996). Dalam kajian ini, ganjaran merujuk suatu
bentuk penghargaan atau faedah yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja atas
prestasi baik yang ditunjukkan Ganjaran secara umumnya dapat ditakrifkan sebagai
bayaran, pampasan, saraan atau pengurusan gaji dan upah. Istilah ini sering diguna pakai
secara bertukar ganti dalam organisasi, namun masih merujuk kepada maksud yang sama
(Azman et al., 2014; Milkovich & Newman, 2008; Rajkumar, 1996). Dalam kajian ini,
ganjaran merujuk suatu bentuk penghargaan atau faedah yang diberikan oleh organisasi
kepada pekerja atas prestasi baik yang ditunjukkan. Upah dan ganjaran juga merupakan
bentuk ganjaran yang diterima oleh pekerja daripada organisasi kerana sumbangan yang
85
dicurahkan. Secara umumnya, ganjaran yang diterima terdiri daripada gaji, upah,
kenaikan gaji, bonus, intensif dan apa sahaja bentuk ganjaran yang berkaitan dengan
kewangan.
2.5.1.4.3 Komitmen
Pekerja merupakan aspek terpenting bagi sesebuah organisasi yang berperanan bagi
menentukan hala tuju dan matlamat sesebuah organisasi tersebut terlaksana dan tercapai
(Muna Mohd Booker & Atasya Osmadi, 1985, p.167). Malahan, pekerja yang
mempunyai komitmen tinggi terhadap organisasi lebih mudah untuk memberikan
sumbangan tambahan seperti inovasi dan kreativiti, kerana menyumbang ke arah
keupayaan organisasi yang lebih tinggi (Bennett dan Durkin, 2000, p.183). Apabila
seseorang pekerja telah menyertai sesebuah organisasi, makanya individu tersebut secara
automatiknya telah bersetuju untuk menyumbang keringatnya demi ke arah mencapai
matlamat organisasi yang disertainya. Oleh sebab itu, individu tersebut perlulah memberi
sepenuhnya komitmen terhadap organisasi yang disertainya seterusnya dapat
meningkatkan produktiviti organisasi menerusi tanggungjawab yang dipikulnya.
Merujuk kepada Porter et.al (1974, p.83) menyatakan bahawa komitmen merupakan sifat
yang berkembang secara perlahan tetapi konsisten serta lebih stabil. Makanya, komitmen
adalah sifat yang boleh dipupuk oleh pihak pengurusan dalam aspek pentadbiran sumber
manusia.
Kesedaran pentingnya penggunaan sumber manusia yang sesuai dan betul
mempengaruhi komitmen pekerja di organisasi menjadikan bidang pengurusan dan
pembangunan pekerja atau sumber manusia sebagai satu tripod utama dalam menentukan
keupayaan sesebuah organisasi (Noe dan Mondy, 1996; Culverson, 2002). Komitmen
setiap pekerja sangat penting kerana komitmen tersebut berupa tanggungjawab terhadap
pekerjaannya. Kebiasaanya, pekerja yang memiliki komitmen yang tinggi akan bekerja
86
secara optimum sehingga dapat mencurahkan segala perhatian, pemikiran, tenaga dan
waktunya untuk pekerjaannya sepertimana yang diharapkan oleh organisasi tersebut
(Moon 2000; Worrall et al., 2000).Komitmen pekerja dilihat sebagai suatu keperluan
dalam perkembangan sesebuah organisasi (O’Malley, 2000). Organisasi biasanya amat
menghargai komitmen pekerjanya memandangkan pekerja yang mempunyai komitmen
tinggi cenderung untuk dikaitkan dengan hasil kerja yang baik seperti peningkatan
produktiviti, kepuasan kerja, kestabilan suasana kerja dan sebagainya (Worrall et al.,
2000; Culverson, 2002).
2.5.1.4.4 Persekitaran Kerja
Persekitaran kerja sememangnya penting kerana situasi ini mempengaruhi sikap sesuatu
masyarakat. Masyarakat yang bekerjasama membantu kelancaran proses pengurusan.
Pengaruh persekitaran tidak dinafikan boleh memberi kesan dan impak kepada sesebuah
organisasi. Dalam membentuk satu persekitaran kerja yang baik, hubungan antara pekerja
perlu terbina dengan baik dan ini wajar dimulai dengan hubungan baik yang ditunjuk dan
dimulakan oleh majikan itu sendiri. Kenyataan ini berada di dalam satu garis arus
pemikiran yang sama seperti tokoh pemikir; Randal dan Benkhof. Randall (1990),
menegaskan bahawa satu persekitaran kerja yang baik juga dibina daripada satu
hubungan kerja yang baik, salah satunya ialah hubungan dengan penyelia. Menurut
hubungan penyelia dengan pekerja mungkin menyebabkan kesan positif atau negatif
terhadap komitmen pekerja terhadap organisasi. Apabila pekerja menyedari bahawa
sistem penyeliaan dalam organisasi bertindak adil terhadap pekerja, pekerja cenderung
untuk menjadi lebih komited terhadap organisasi (Benkhoff, 1997).
Menurut William dan Hazer (1986, p.110), persekitaran kerja boleh didefinisikan
sebagai satu set atribusi untuk organisasi tertentu yang dapat dikenal pasti dalam tingkah
laku kolektif, persepsi dan jangkaan pekerja. Charles et al. (1996, p.104) pula
87
berpendapat bahawa persekitaran kerja suatu organisasi perlu dikawal sebaik-baiknya
agar pekerja selesa dan tertarik untuk bekerja lebih baik lagi dalam melaksanakan kerja
yang diberikan. Dalam bidang Psikologi dan Organisasi persekitaran kerja merujuk
kepada fenomena hubungan manusia dengan tempat kerjayanya serta segala
permasalahan yang berkaitan dengan alam pekerjaan.
Persekitaran kerja yang selesa merupakan suatu dorongan bagi pekerja untuk
menghasilkan kerja yang baik serta dapat mengekalkan pekerja dalam organisasi
(Azlinda Jaini, 2013, p.56). Satu persekitaran kerja yang baik juga dibina daripada satu
hubungan kerja yang baik, salah satunya ialah hubungan dengan pemimpin dengan
rakyat. Hubungan pemimpin dengan rakyat mungkin menyebabkan kesan positif atau
negatif terhadap komitmen pekerja terhadap organisasi. Tetapi jika adanya persekitaran
kerja yang kurang baik, keadaan menjadi tegang dan kurang selesa. Persekitaran kerja
mempengaruhi keadaan sesuatu tempat dan juga prestasi pekerja. Apabila pekerja
menyedari bahawa sistem kepimpinan dalam organisasi bertindak adil terhadap pekerja,
pekerja cenderung untuk menjadi lebih komited terhadap organisasi.
2.5.1.5 Prinsip Kawalan
Pengawalan merupakan prinsip terakhir yang diketengahkan dalam Pendekatan
Pengurusan. Pengawalan merupakan suatu entiti yang sangat penting dalam pengurusan
untuk memacu hala tuju organisasi. Menurut Harold Koontz dan Heinz Weirich, kawalan
bermaksud pengukuran dan pembetulan prestasi dalam usaha untuk memastikan objektif
dan rancangan perusahaan yang dirangka ke arah pencapaiannya disempurnakan (1997,
p.498). Manakala Jaafar Muhammad mendefinisikan kawalan sebagai proses untuk
menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian
matlamat yang ditetapkan.
88
Menurut Azman Che Omar dalam bukunya “Pengurusan di Malaysia: dari Perspektif
Islam”, mentakrifkan pengawalan sebagai satu proses dalam menentukan kerja atau
aktiviti yang dilakukan atau terdapat di dalam organisasi supaya berjalan lancar mengikut
perancangan yang telah sedia ada. Ini bermakna bahawa matlamat dan perancangan
organisasi adalah tetap dan tepat. Segala kegiatan hanyalah bertujuan untuk mencapai
matlamat. Jika didapati tanda yang menunjukkan bahawa matlamat tidak mungkin
dicapai, maka tindakan pembetulan atau pemulihan perlu dilakukan (1999, p.214).
Dengan kata lain, kawalan merupakan proses yang perlu dilakukan bagi memastikan
segala yang dirancang mencapai matlamat organisasi.
Daripada takrifan yang dikemukakan, kita ketahui bahawa terdapat pertalian erat dan
saling berhubungan antara kawalan dan perancangan, yang dalam hal ini kawalan berlaku
apabila adanya perancangan. Perhubungan ini penting kerana fungsi kawalan cuba
menentukan segala aktiviti organisasi berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan
untuk mencapai arah tuju organisasi. Prinsip Pengawalan dalam karya sastera ini adalah
untuk memperjelaskan bahawa prestasi dan reputasi sesebuah organisasi yang dikesan
dan dikenal pasti dalam teks karya mengikut perancangan dan strategi yang telah
dibentuk.
2.5.1.5.1 Dimensi Pemantauan dan Penambahbaikan
Kawalan berfungsi untuk mengukur dan memperbetulkan kesalahan dan penyelewengan
yang berlaku dan memantau pelaksanaan aktiviti yang menyimpang daripada sasaran asal
untuk memastikan kesemua kerja dan aktiviti di dalam organisasi mengikut perancangan
yang telah ditetapkan. Kawalan merupakan fungsi pengurusan yang mesti diberi
perhatian yang serius untuk menentukan pelaksanaan kerja dan aktiviti organisasi
berjalan mengikut perancangan dasar dan polisi yang telah termaktub dalam misi
organisasi. Secara ringkasnya, proses kawalan ini merupakan mekanisme yang
89
memerlukan ketelitian kepimpinan untuk membuat penilaian prestasi kerja dan membuat
pembetulan dan penambah baik prestasi demi memastikan kecemerlangan dan
kemakmuran sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat dan negara dapat
direalisasikan dan disempurnakan.
Di bawah prinsip kawalan ini, sekiranya berlaku penyelewengan dalam pentadbiran
sesebuah organisasi, maka pemantauan dan penambahbaikan perlu dikenal pasti dan
langkah-langkah tertentu perlu diambil dengan kadar segera dalam usaha mengatasi
polemik dan kemelut dalaman organisasi. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013),
menegaskan unsur-unsur ini perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha memastikan
dasar dan polisi organisasi yang digubal dan dibentuk dapat diimplementasikan oleh
sumber manusianya diperkukuh dan diperkasa seterusnya direalisasikan di bawah prinsip
kawalan ini.
Sekiranya wujud penyelewengan dalam sesuatu pengorganisasian, maka pihak
pengurusan iaitu kepimpinan perlu mengambil tindakan yang drastik dan sewajarnya
untuk memperbetulkan dan membaik pulih keadaan tersebut. Dengan kata lain, kawalan
berfungsi untuk mengukur dan memperbetulkan kesalahan dan penyelewengan yang
berlaku dan memantau pelaksanaan aktiviti yang menyimpang daripada sasaran asal
untuk memastikan kesemua kerja dan aktiviti di dalam organisasi mengikut perancangan
yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya, proses kawalan ini merupakan mekanisme yang
memerlukan ketelitian kepimpinan untuk membuat penilaian prestasi kerja dan membuat
pembetulan dan penambah baik prestasi demi memastikan kecemerlangan dan
kemakmuran sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat dan negara dapat
direalisasikan dan disempurnakan.
90
2.6 Kaedah Kajian
Metodologi merupakan struktur logikal yang digunakan sepanjang kajian, termasuklah
pemilihan teknik penyelidikan bagi pengumpulan data, menentukan data relevan yang
hendak dipungut dan seterusnya mengaitkan data dengan pendekatan atau teori yang
menjadi pegangan. Kaedah yang dipilih ini sesuai dengan tujuan dan objektif
penyelidikan ini. Kajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah penyelidikan
kepustakaan dan kaedah analisis dokumen atau teks.
2.6.1 Kaedah Kepustakaan
Metode ini digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat bahan-bahan rujukan
terutama yang melibatkan prosedur penyelidikan bagi perancangan teratur dan
menyeluruh. Metode ini juga digunakan bagi mengenal pasti pendekatan, teori dan
kaedah yang relevan dalam menghasilkan kajian ini. Rujukan kepustakaan dilakukan bagi
memantapkan analisis yang dibuat terutamanya kajian-kajian lampau yang berkaitan
dengan kajian struktural. Sumber utama yang digunakan banyak terdapat dalam bentuk
bertulis seperti buku, jurnal, majalah, akhbar, kertas-kertas kerja seminar dan latihan
ilmiah yang dijadikan bahan untuk dianalisis bagi menjelaskan kajian yang dijalankan.
2.6.2 Kaedah Analisis dan Tafsiran Teks
Kaedah analisis teks dilakukan dengan memilih teks yang sesuai dan melalui proses
pembacaan yang teliti bagi mengenal pasti struktur yang relevan dengan prinsip-prinsip
pengurusan. Analisis teks melibatkan pemilihan watak yang terlibat bagi dijadikan fokus
kajian. Pengkategorian dibuat dengan memilih peristiwa-peristiwa tertentu yang
melibatkan watak utama dan watak sampingan dalam teks-teks kajian terpilih.
Data dikod berdasarkan tajuk buku, nama watak yang terlibat dan halaman mengikut
urutan dalam sesebuah teks. Tujuan pengekodan adalah untuk memudahkan proses
91
pengenalpastian data analisis. Kajian ini menggunakan peristiwa-peristiwa yang
melibatkan watak utama dan watak sampingan terpilih daripada teks-teks kajian.
Analisis dilakukan dengan mengenal pasti prinsip-prinsip pengurusan yang
dipraktikkan oleh watak berdasarkan peristiwa-peristiwa tertentu. Data dianalisis dengan
memberi fokus terhadap pengaplikasian prinsip-prinsip pengurusan yang bersesuaian.
Penelitian analisis turut memberi fokus terhadap struktur, iaitu watak dan perwatakan,
peristiwa, isu, persoalan, latar dan nilai yang diperincikan dan diteliti dari segi tindakan
dan pemikiran yang terkandung dalam penceritaan teks-teks kajian.
2.7 Rumusan
Prinsip-prinsip pengurusan ini tidak akan menjadi hebat, kuat dan kukuh seandainya tidak
diperkasakan melalui penelitian dan perdebatan. Pendekatan dan teori-teori kritikan
tempatan mampu untuk memperkatakan kebanyakan genre sastera di negara. Justeru
peneliti atau pengkaji sastera perlu berganding bahu memperhalusi dan
memperkemaskan pendekatan ini agar dapat berkembang dengan cepat dan baik
sebagaimana teori-teori yang berlaku di Barat. Teori-teori sastera tempatan yang dicipta
ini masih baharu. Sebagaimana teori-teori Barat tidak lahir dan kukuh dalam tempoh yang
singkat tetapi berkembang selepas lebih dua dekad. Usaha ke arah mengangkat dan
memartabatkan teori sastera tempatan telah membuktikan keintelektualan dan falsafah
pemikiran golongan sastera dan cendekiawan Melayu dalam mengukuhkan martabat
kesusasteraan dan bidang kritikan di Malaysia.
Mengetengahkan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia
bukanlah perkara yang mudah. Namun, jika tiada usaha dan insiatif yang diambil oleh
para sarjana untuk meletakkan dan memantapkan pendekatan baharu ini, menjadikan
dunia kritikan sastera di Malaysia semakin lemah dan lesu seolah-olah tiada satu
92
mekanisme dan anjakan paradigma yang dilakukan untuk merancakkan kembali dan
mempelbagaikan teknik kritikan sastera di Malaysia. Oleh hal yang demikian, ketajaman
pemerhatian, pengamatan serta kebijaksanaan tokoh sastera di Malaysia membentuk dan
mengetengahkan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera memperlihatkan
suatu keberanian dan kekritisan pemikiran intelektual mereka yang berwawasan dan
berpandangan jauh telah direalisasikan melalui satu pendekatan pengurusan yang
diketengahkan dalam dunia kritkan sastera di Malaysia. Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013) merumuskan bahawa, karya sastera juga dapat dilihat sebagai wadah untuk
memperjelaskan aspek-espek pengurusan dalam karya. Terdapat beberapa karya yang
dapat dinilai daripada pendekatan pengurusan. Baik karya sastera tradisional mahupun
karya sastera moden. Menurut Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), dunia kritikan
sastera tanah air akan menjadi lebih menarik jika pendekatan ini diterima dalam salah
satu pendekatan dalam kritikan sastera tanah air. Dengan memasukkan pendekatan
pengurusan dalam kritikan sastera, maka kritikan sastera tanah air dapat dipelbagaikan
dengan pelbagai pendekatan. Justeru, kajian ini telah melontarkan, dan mengungkaikan
satu pendekatan baharu dalam kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan
yang terdapat dalam teks cerita lipur lara.
Secara kesimpulannya, Pendekatan Pengurusan dalam karya sastera berdasarkan lima
prinsip asas pengurusan ini, iaitu Prinsip Perancangan, Prinsip Kepimpinan, Prinsip
Pengorganisasian, Prinsip Penstafan dan Prinsip Pengawalan ini merupakan satu
pendekatan baharu yang wajar untuk diberi perhatian yang serius oleh para pengkaji
terutamanya pengkaji sastera tradisional dan moden. Pengaplikasian prinsip-prinsip
pengurusan ini dalam karya sastera mampu memberi nafas baru dan mewarnai industri
kritikan sastera tradisional dan moden di Malaysia. Pendekatan Pengurusan ini juga
diharap dapat mencetuskan satu pembaharuan dalam dunia sastera lantas mampu menjadi
landasan dan medium yang positif untuk menyemarakkan lagi industri kritikan sastera
93
tanah air. Hal ini sangat relevan dan signifikan untuk memperjelaskan bahawa
Pendekatan Pengurusan yang julung-julung kali diketengahkan dalam dunia kritikan
sastera mampu membawa satu transformasi dan transmisi dalam dunia kritikan sastera
tanah air sentiasa berkembang selari mengikut pereadaran masa dan zaman. Hal ini amat
bertepatan dengan pepatah Melayu “tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan.”
95
96
Raja
h 2
.2:
Model
Pen
dek
atan
Pen
guru
san
97
BAB 3: PRINSIP PERANCANGAN DALAM CERITA LIPUR LARA
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan analisis prinsip perancangan dalam teks cerita lipur lara terpilih.
Tiga teks telah dikenal pasti untuk diterapkan prinsip ini, iaitu Hikayat Awang Sulung
Merah Muda (1998), Hikayat Malim Dewa (1988) dan Hikayat Malim Deman (1998)
yang diselenggarakan oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya. Teks-teks cerita lipur lara
terpilih ini pada dasarnya dianalisis menggunakan Pendekatan Pengurusan yang telah
diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan pada tahun 2013. Data-data daripada
teks ini dianalisis melalui kaedah analisis teks dengan menggunakan prinsip perancangan
sebagai landasan kajian. Penelitian ini dilakukan melalui proses mengenal pasti dan
seterusnya menganalisis data berdasarkan definisi-definisi perancangan yang
diketengahkan dan peringkat-peringkat dalam prinsip perancangan yang disarankan
Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Penelitian analisis memberi tumpuan kepada
watak utama dan watak sampingan dengan memfokuskan peristiwa-peristiwa tertentu
yang diteliti dari segi tindakan dan pemikiran watak yang terkandung dalam teks kajian
yang mempunyai hubung kait dengan aspek perancangan. Kemudian, data dianalisis,
dibincang dan dihuraikan berdasarkan isi kandungan teks. Selanjutnya, bab ini turut
meneliti dan membincangkan sejauh mana karya ini dapat mengaplikasikan prinsip
pengurusan dalam peristiwa penceritaan naratifnya khususnya daripada perspektif
perancangan. Prinsip perancangan ini dapat memperkukuhkan unsur realiti dalam karya
yang berkait rapat dengan pengurusan dalam sesebuah organisasi. Akhirnya, hasil dapatan
kajian ini, dihuraikan secara rinci untuk membuktikan dan menyokong rasional dan
signifikan pendekatan yang diketengahkan dalam kajian ini.
98
3.2 Prinsip Perancangan
Prinsip pertama yang diserapkan dalam kajian ini ialah prinsip perancangan. Harold
Koontz menyatakan “perancangan sebagai penentuan tentang apa yang hendak dibuat,
bagaimana melaksanakannya dan siapa yang akan menjadi pelaksana” (Jaafar Muhammad
1999, p.39). Selanjutnya, Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.58) dalam buku
mereka Management mentakrifkan perancangan sebagai satu proses pengurusan yang
melibatkan pemilihan misi, penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk
mencapainya. Pada masa yang sama, perancangan melibatkan proses pembuatan
keputusan, iaitu membuat pilihan ke atas pelan tindakan.
Menurut Gary Dessler, “perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang
diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.”
Manakala Andrew F. Sikula pula menyatakan “perancangan mengandungi aktiviti-aktiviti
fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlakunya sesuatu.” Azman Che Omar (2003,
p.77) dalam bukunya, Pengurusan Malaysia: Dari Perspektif Islam pula mentakrifkan
perancangan sebagai satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya
membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-
faktor dalaman organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi sesebuah
organisasi untuk mencapai objektif tersebut. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat
(2004) ‘merancang’ ditakrifkan sebagai ‘proses merencanakan atau mempersiapkan’.
Berdasarkan takrifan-takrifan yang dikemukakan di atas, perancangan merupakan
aktiviti-aktiviti asas yang berbentuk fizikal dan mental yang mesti dilakukan terlebih
dahulu bagi menjayakan sesuatu. Perancangan berorientasikan masa depan yang
melibatkan proses penentuan apa yang perlu, siapa yang bertanggungjawab untuk
melakukannya, bila hal tersebut akan dibuat dan mengapa sesuatu tindakan itu perlu
99
diambil. Perancangan adalah proses membentuk dan memilih langkah-langkah
pelaksanaan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Menurut Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013, p.8), prinsip perancangan dapat
diteliti berdasarkan peringkat-peringkat perancangan, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii)
membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif, (iv) menilai langkah-langkah alternatif, (v)
memilih satu cara atau pelbagai cara dan (vi) kajian semula. Peringkat-peringkat
perancangan ini merupakan satu entiti yang sangat penting untuk merealisasikan matlamat
sesuatu pemikiran dan tindakan. Perancangan merupakan satu pemikiran yang mendalam
yang di dalamnya terangkum daya kreativiti, imaginasi dan pengamatan yang difikirkan
dan diperlihatkan oleh watak untuk merealisasikan objektif yang telah dibentuk.
Dalam menampakkan prinsip perancangan secara lebih jelas, diutarakan satu
mekanisme yang digunakan sebagai spesifikasi untuk meneliti pemikiran dan tindakan
watak, iaitu peringkat-peringkat perancangan yang telah dibentuk untuk mencapai sesuatu
objektif. Perincian Prinsip Perancangan ini diteliti berdasarkan peringkat-peringkat
perancangan berikut:
Rajah 3.1: Peringkat-peringkat Perancangan
Menetapkan Objektif
Membentuk Strategi
Pilihan Alternatif
Menilai Langkah-langkah Alternatif
Memilih Satu Cara atau Pelbagai cara
Kajian Semula
100
Peringkat-peringkat perancangan ini merupakan kayu pengukur yang digunakan untuk
meneliti pemikiran-pemikiran watak dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat
dan visi yang disasarkan. Pembinaan peringkat-peringkat perancangan ini amat signifikan
dan relevan untuk memperjelas kreativiti, kredibiliti dan integriti watak dalam melakukan
proses transmisi pemikiran dan tindakan daripada satu peringkat ke satu peringkat dalam
memenuhi objektif yang ditetapkan. Aplikasi peringkat-peringkat di dalam Prinsip
Perancangan ini amat signifikan dan efisyen dalam meneliti, menguji dan menganalisis
teks-teks kajian berdasarkan Prinsip Perancangan bawah Pendekatan Pengurusan ini.
Prinsip Perancangan ini merupakan satu entiti yang sangat penting untuk
merealisasikan matlamat sesuatu pemikiran dan tindakan. Perancangan merupakan satu
pemikiran yang mendalam yang di dalamnya terangkum daya kreativiti, imaginasi dan
pengamatan yang difikirkan dan dilantunkan oleh watak untuk merealisasikan objektif
yang telah dibentuk. Perancangan sahaja tidak memadai sekiranya tidak disusuli dengan
strategi-strategi yang bijak untuk mencapai objektif. Oleh itu perancangan merupakan satu
mekanisme yang penting yang harus ada untuk memastikan matlamat yang dibentuk boleh
dicapai. Perancangan yang dibentuk bukanlah seratus peratus penentu kejayaan tetapi
perancangan merupakan suatu usaha dan tindakan yang diambil untuk mencapai objektif
yang telah direncanakan.
3.3 Pengklasifikasian Data Kajian
Peristiwa-peristiwa penting ini melibatkan analisis terhadap watak utama dan watak
sampingan terpilih menjadi fokus kajian bawah prinsip ini. Pengaplikasian prinsip
perancangan ini dikenal pasti melalui 12 peristiwa penting yang dikesan bertitik tolak
daripada analisis terhadap struktur teks. Sebanyak 12 peristiwa, iaitu 4 peristiwa daripada
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 4 peristiwa daripada Hikayat Malim Dewa dan 4
peristiwa daripada Hikayat Malim Deman telah dipilih untuk dianalisis. Jumlah peristiwa
101
ini bukanlah jumlah mutlak bilangan peristiwa, sebaliknya dirujuk sebagai peristiwa yang
memperlihatkan wujudnya pengaplikasian prinsip perancangan dalam teks-teks tersebut.
Peristiwa-peristiwa tertentu yang diangkat oleh pengarang dalam naratif penceritaan
ini telah dianalisis menggunakan peringkat-peringkat perancangan sebagaimana yang
diketengahkan dalam prinsip perancangan. Prinsip perancangan pada watak pemimpin ini
telah dianalisis berdasarkan peringkat-peringkat perancangan yang disarankan Mohamad
Mokhtar Abu Hassan (2016, p.6), iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi,
(iii) pilihan alternatif, (iv) menilai langkah-langkah alternatif, (v) memilih satu cara atau
pelbagai cara dan (vi) kajian semula. Hasil analisis kajian mendampakkan bahawa di
sebalik peristiwa perancangan bijak pemimpin terserlah keberkesanan peringkat-
peringkat perancangan yang diaplikasikan oleh watak pemimpin untuk merealisasikan
objektif. Walau bagaimanapun, hasil analisis kajian mendapati untuk mencapai objektif
seperti yang disasarkan, pemimpin tidak semestinya melalui kesemua peringkat
perancangan yang diketengahkan.
Daripada peristiwa-peristiwa yang dianalisis memperlihatkan bahawa peringkat
perancangan seperti (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi, (iii) memilih satu
cara atau pelbagai cara dan (iv) pilihan alternatif amat menyerlah dan mendominasi teks-
teks kajian bawah prinsip ini. Peringkat-peringkat perancangan tersebut telah
diaplikasikan dan diterapkan watak-watak terpilih untuk merealisasikan objektif.
Sebaliknya, peringkat-peringkat perancangan, seperti (i) menilai langkah-langkah
alternatif dan (ii) kajian semula keberkesanannya kurang menonjol dan menyerlah. Hal
ini bertitik tolak kerana terdapatnya kelompangan, iaitu tidak terdapat satu proses
penilaian yang menyerlah dan menonjol yang diperlihatkan oleh watak-watak yang
ditekuni dalam peristiwa-peristiwa yang dianalisis dalam teks-teks kajian. Kelompangan
yang dikesan dalam peringkat (i) menilai langkah-langkah alternatif dan (ii) kajian semula
102
keberkesanannya menunjukkan bahawa peringkat-peringkat ini agak terpinggir dalam
analisis kajian.
Secara keseluruhannya, hasil analisis kajian menunjukkan bahawa peringkat-peringkat
perancangan yang dianalisis dalam teks kajian ini merupakan indikator penting yang
menjadi kayu pengukur dalam menguji keberkesanan tindakan watak pemimpin dalam
melaksanakan objektif telah diekspresikan dalam kajian ini.
3.4 Penerapan Prinsip Perancangan dalam Teks Kajian
Dalam analisis ini, pengkaji mengenal pasti dan menganalisis prinsip perancangan yang
terdapat pada watak utama dan watak sampingan terpilih dalam teks-teks kajian terpilih.
Watak utama dan watak sampingan dalam teks-teks kajian diteliti dan dianalisis secara
mendalam menggunakan definisi-definisi perancangan yang dikemukakan dan peringkat-
peringkat perancangan bawah Pendekatan Pengurusan. Untuk menganalisis prinsip ini,
perancangan harus bermula dengan penetapan objektif, iaitu tujuan yang hendak dicapai,
kemudian diteruskan dengan mereka dan membentuk strategi yang digunakan untuk
mencapai objektif, diikuti mewujudkan pilihan alternatif. Peringkat seterusnya, menilai
langkah-langkah alternatif, disusuli memilih satu cara atau beberapa cara yang paling
efektif sehingga kajian semula keberkesanannya, sama ada peringkat tersebut berkesan
ataupun tidak. Sekiranya strategi tersebut berkesan, strategi tersebut diguna pakai dan
diperkukuh untuk mencapai objektif. Penilaian semula memastikan objektif dapat dicapai
atau sebaliknya.
Pengkaji telah mengklasifikasikan penganalisisan prinsip perancangan dalam teks
cerita lipur lara terpilih ini kepada tiga bahagian utama bertitik tolak daripada struktur teks
cerita lipur lara, iaitu:
103
3.4.1 Perancangan dalam pengembaraan
3.4.2 Perancangan dalam episod peperangan
3.4.3 Perancangan dalam menyelesaikan masalah
3.4.1 Perancangan dalam Pengembaraan
Perancangan dalam pengembaraan watak dalam cerita lipur terpilih diperlihatkan melalui
peristiwa-peristiwa tertentu yang dikesan dalam teks-teks kajian. Pemilihan peritiwa-
peristiwa ini bertitik tolak daripada kesesuaian definisi-definisi perancangan yang
diketengahkan dan pengaplikasian peringkat-peringkat perancangan yang begitu
menyerlah yang diimplementasikan oleh watak-watak dalam teks-teks kajian. Peristiwa
yang digunakan untuk membincangkan pengaplikasian prinsip perancangan adalah seperti
berikut:
3.4.1.1 Peristiwa pengembaraan Tuanku Malim Dewa mencari pasangan hidup
3.4.1.2 Peristiwa pengembaraan Awang Sulung Merah Muda untuk menyelesaikan
hutang
3.4.1.3 Peristiwa pengembaraan Tuanku Malim Deman Mencari Tuan Puteri Bongsu
3.4.1.4 Peristiwa pengembaraan Tuanku Malim Deman ke kayangan untuk menyatukan
keluarganya
3.4.1.1 Peristiwa Pengembaraan Tuanku Malim Dewa Mencari Pasangan Hidup
Peristiwa yang mendampakkan wujudnya perancangan dalam organisasi dapat ditekuni
dalam Hikayat Malim Dewa. Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.58)
mentakrifkan perancangan sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan pemilihan
misi, penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya. Takrifan
yang dikemukakan ini dapat dihubungkaitkan dengan peristiwa Tuanku Malim Dewa,
iaitu bakal pewaris takhta kerajaan mencari pasangan hidup yang bakal bersama-sama
104
menerajui tampuk pemerintahan. Tuanku Malim Dewa telah menetapkan objektifnya
untuk mencari pasangan hidup untuk kelangsungan takhta kerajaan. Dalam peristiwa
mencari calon isteri, Tuanku Malim Dewa telah membentuk beberapa strategi untuk
melaksanakan objektifnya. Strategi yang digunakan Tuanku Malim Dewa, iaitu
mendapatkan pertolongan dari burung bayan untuk mencari calon-calon yang sesuai untuk
dijadikan isteri baginda. Dalam melaksanakan objektifnya, Tuanku Malim Dewa meminta
pertolongan daripada seekor burung bayan kepunyaan Tuan Puteri Gengorek untuk
mencari calon isteri yang sesuai. Peristiwa tersebut dapat diperhatikan dalam petikan di
bawah:
“Kepada fikiran ayahanda patutlah anakanda beristeri, tetapi jikalau anakanda
hendak beristeri rasanya, silakan anakanda berangkat ke negeri Meliuh, ada saudara
anakanda di situ seorang tuan puteri yang bernama Puteri Gengorak, ada menaruh
seekor burung bayan yang akan boleh mencarikan isteri tolok banding anakanda.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.19)
Dalam mengukuhkan strateginya, Tuanku Malim Dewa memberi tiga bentuk cincin
kepada burung bayan untuk calon-calon isteri sebagai tanda. Strategi Tuanku Malim
Dewa meminta bantuan daripada burung bayan membuahkan hasil apabila tiga orang
puteri telah menjadi tunangan kepada Tuanku Malim Dewa, iaitu Tuan Puteri Gentasari
dari negeri Kuala Medan Balik, Tuan Puteri Andam Dewi dari Kuala Air Batu, dan Puteri
Nilam Cahaya dari kayangan.
Maka titah baginda, ‘Ayuhai Si Kembang Cina, ambilkan beta cincin tiga bentuk,
sebentuk bernama “merak menggigal”, sebentuk bernama “guntul gelang biram”
dan sebentuk bernama “syahadul Makah”. Serta pula ambilkan kain cindai tujuh
helai, sisipkan ke dalam bungkus kertas perbuatan Mengkasar, ditulis dengan
canggai panjang, kemudian diduduhkan di dalam: Kembal gundi kembal bedara.’
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.26)
Walau bagaimanapun, Tuanku Malim Dewa berhadapan dengan situasi yang rumit
apabila terpaksa memilih bakal isteri daripada ketiga-tiga calon. Tuanku Malim Dewa
telah mendapat idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan merujuk
105
kepada Tuanku Puteri Terus Mata. Hal ini amat bertepatan kerana Tuanku Puteri Terus
Mata mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam menentukan calon yang paling
sesuai dan layak untuk dijadikan isteri Tuanku Malim Dewa. Burung bayan mengadap
Tuan Puteri Terus Mata setelah dititah oleh Tuanku Malim Dewa untuk memilih calon-
calon yang sesuai dijadikan isterinya.
‘Ayuhai anakandaku si burung bayan yang setia setiawan dengan ayahanda,
melainkan Allah dan rasul juga yang membalaskan budi anakku itu, melainkan yang
ayahanda ini selama-lamanya terhutang budilah kepada anakanda dunia akhirat.
Maka sekarang kepada fikiran ayahanda, baiklah silakan kembali dahulu
menghadap paduka bonda Tuan Puteri Terus Mata ke atas kayangan, persembahkan
perkhabaran hal ehwal ayahanda ini sekarang.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.46)
Tuanku Malim Dewa mendapati strateginya berjaya kerana burung bayan telah
menjumpai calon isteri untuk Tuanku Malim Dewa iaitu Tuan Puteri Andam Dewi dari
negeri Kuala Air Batu. Ahmad Atory Hussain (1991, p.63) menyatakan bahawa keputusan
adalah dianggap baik jika pelaksanaannya berkesan. Dalam kepimpinan setiap keputusan
sama ada kecil, besar atau rutin mesti diberi perhatian. Apabila aspek keputusan diberi
perhatian, maka semua perancangan yang diatur oleh pemimpin lebih mudah dilaksanakan
dan dengan itu segala matlamat yang ingin dicapai dapat dipenuhi seperti yang dapat
ditekuni pada watak Tuanku Malim Dewa.
Pengetahuan dan kecerdikan tidaklah lengkap apabila tidak dilengkapi dengan sifat
pandai. Kepandaian dalam konteks ini dapat dimaknai sebagai kemampuan analisis yang
baik terhadap masalah-masalah yang ada seperti yang tergambar pada watak Tuanku
Malim Dewa. Dengan ditunjangi adanya pengetahuan yang cukup, ditambah dengan
kepandaian dalam analisis, maka pemimpin harus cerdik dalam mengambil setiap
keputusan. Pemimpin yang pandai membuat keputusan menyedari dan menentukan akibat
sesuatu alternatif. Secara teori, pemimpin itu dapat menentukan akibat sesuatu alternatif
dipilih dan dilaksanakan seperti yang dapat ditekuni pada watak Tuanku Malim Dewa.
106
Menurut Ab. Aziz Yusuff (2004, p.95), keputusan diambil berdasarkan pelbagai
alternatif supaya menepati situasi sebenar atau situasi yang dikehendaki. Justeru,
membuat keputusan adalah satu proses pemilihan daripada beberapa alternatif yang perlu
dilakukan oleh pemimpin. Biasanya seorang pemimpin yang fleksibel memilih alternatif
paling optimum atau terbaik. Analisis adalah bahagian terpenting dalam usaha
penyelesaian masalah yang harus ada pada seorang pemimpin. Oleh sebab itu,
kemampuan analisis yang baik sangat diperlukan untuk menjadi pemimpin yang baik.
Pepatah lama mengatakan: “Bagi yang pandai, mana yang kusut akan selesai; orang yang
pandai pantang memandai-mandai”. Inilah gambaran yang dapat dikaitkan dengan
kecerdikan yang terpancar pada watak pemimpin dalam teks hikayat ini, iaitu Tuanku
Malim Dewa.
Peringkat-peringkat perancangan yang ditekuni pada watak Tuanku Malim Dewa ini
juga selari dan signifikan dengan prinsip perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad
Mokhtar Abu Hassan (2013). Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2016, p.8), menjelaskan
prinsip perancangan dapat diteliti berdasarkan peringkat-peringkat perancangan, iaitu (i)
menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif, (iv) menilai langkah-
langkah alternatif, (v) memilih satu cara atau pelbagai cara dan (vi) kajian semula. Tuanku
Malim Dewa ini telah mengaplikasikan tiga peringkat perancangan seperti yang
disarankan, iaitu (i)penetapan objektif, (ii) membentuk strategi dan (iii) memilih satu atau
pelbagai cara. Analisis ini jelas membuktikan bahawa peristiwa yang dianalisis ini telah
mengaplikasikan peringkat-peringkat perancangan tertentu seperti yang diketengahkan
oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan
peringkat-peringkat perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Tuanku
Malim Dewa dalam mencari calon isteri yang tepat dan memenuhi krirteria untuk
dijadikan permaisuri baginda.
107
3.4.1.2 Peristiwa Pengembaraan Awang Sulung Merah Muda untuk Menyelesaikan
Hutang
Peristiwa yang mendampakkan wujudnya perancangan dapat ditekuni dalam Hikayat
Awang Sulung Merah Muda. Menurut Gary Dessler, perancangan sebagai kaedah-kaedah
yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan
sesuatu tindakan. Takrifan yang diketengahkan ini dapat dikaitkan dengan peristiwa
pengembaraan Awang Sulung Merah Muda untuk menyelesaikan hutangnya kepada
Datuk Batin Alam.
Awang Sulung Merah Muda menetapkan objektifnya, iaitu hendak mendapatkan
sebanyak kurang dua tiga puluh rial untuk melangsaikan hutangnya. Dalam
merealisasikan perancangan ini, Awang Sulung Merah Muda telah memikirkan strategi
yang bersesuaian, iaitu kaedah-kaedah yang relevan dengan keadaan dan suasana pada
masa tersebut. Mendapatkan ilmu pelayaran daripada emak bongsunya merupakan satu
strategi tepat dan bijak yang ambil oleh baginda sebagai langkah dan persediaan awal
untuk merealisasikan objektifnya. Hal ini dapat diperhatikan dalam petikan di bawah;
Maka berkatalah Awang Sulung, “Sekarang anakanda hendak bertanya. Anakanda
tiada tahu akan adat, anakanda baru:
Umur setahun jagung,
Darah setampuk pinang,
Besar di bawah pisang goyangan,
Besar di bawah tebu berlengkar.
Sebab itulah anakanda hendak bertanya darihal orang belayar. Jikalau datang angin
dari selatan, bagaimana sentak layarnya? Jikalau datang angin dari utara, bagaimana
sentak layarnya? Jikalau menempuh negeri orang, bagaimana adatnya?” Lalu
dijawab emak bongsunya, “Hai anakku, jikalau engkau belayar; datang angin dari
barat, sentak layar sebelah selatan. Begitulah anakku buat, pendapat bonda.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 39)
Bertitik tolak daripada ilmu pengetahuan berkenaan pelayaran yang diturunkan oleh
bondanya, bermulalah misi pengembaraan Awang Sulung Merah Muda untuk
mendapatkan kurang dua tiga puluh rial batu. Pencarian geliung panjang kepunyaan Tuan
108
Puteri Dayang Seri Jawa merupakan strategi yang digunakan untuk mencapai objektif
yang disasarkan. Dalam misi pengembaraan ini, Awang Sulung Merah Muda menambah
strategi yang ada dengan menukar keseluruhan identiti dirinya, iaitu dengan menyapu
keseluruhan badannya dengan getah pisang, belacan dan jelutung. Kebijaksanaan Awang
Sulung Merah Muda menukar identiti dirinya menjadi budak hitam telah mengukuhkan
strategi penyamarannya. Melalui peristiwa ini, sifat pemimpin yang berjiwa rakyat
terserlah pada Awang Sulung yang sanggup merendahkan maruah, martabat dan
keturunan demi mencapai objektifnya, iaitu melaksanakan tanggungjawabnya untuk
menyelesaikan hutang kepada ayahanda angkatnya, iaitu Tuanku Datuk Batin Alam
seperti yang dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:
Maka turunlah ia masuk ke sampan sempang-sempung, pengayuh romping lalu
berkayuh tiba di Pulau Pisang diambilnya getah pisang disapukan ke badannya, tiba
di Pulau Belacan diambilnya belacan disapukan kepada sekalian tubuhnya, tiba di
Pulau Jelutung disapukannya kepada badannya seraya berkata, “tinggallah Pulau
Jelutung aku berkayuh membawa untungan.” Maka dipakaikannya kain compang-
camping: Tengkolok bagai tali ayam; serta dipadamnya giginya dengan malau.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda1998, p. 44)
Dalam pengembaraannya, Awang Sulung Merah Muda telah menghadapi pelbagai
konflik yang benar-benar mencabar emosi dan pemikirannya. Sikap memandang paras,
darjat dan keturunan merupakan unsur-unsur yang ditemukan dalam pengembaraan ini
boleh menggagalkan objektifnya sekiranya tidak ditangani secara bijak. Walau
bagaimanapun, lantunan sikap berbudi bahasa si pengail yang menunjukkan arah
pelayaran geliung panjang kepunyaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa kepada Awang
Sulung telah melancarkan strategi pencarian geliung panjang yang dirancangnya. Hasil
daripada pertolongan si pengail tersebut berjaya menemukan Awang Sulung Merah Muda
dengan pemilik geliung panjang, Datuk Nakhoda Tua. Pertemuan dengan Datuk Nakhoda
Tua telah menimbulkan konflik dan perdebatan antara kedua-dua belah pihak disebabkan
sikap prejudis dan angkuh Datuk Nakhoda Tua yang memandang hina terhadap fizikal,
109
iaitu rupa paras Awang Sulung yang buruk. Impaknya, permintaan Awang Sulung Merah
Muda untuk mendapatkan kurang dua tiga puluh rial batu gagal. Hal ini dapat diperhatikan
dalam petikan di bawah:
Maka bertitah Datuk Nakhoda Tua, “Hai budak hitam, usahkan rial batu, sekeping
duit pun tiada dalam geliung panjang ini.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 48)
Insiden tersebut tidak melemahkan dan melunturkan semangat Awang Sulung Merah
Muda. Berbekalkan kesungguhan, semangat dan keazaman yang tinggi untuk mencapai
objektifnya menyebabkan beliau tidak berputus asa lantas memikirkan alternatif
selanjutnya untuk melaksanakan misi baginda. Hikmat kesaktian yang dimiliki
merupakan pilihan alternatif yang digunakan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk
mendapat perhatian daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, iaitu anakanda kepada Datuk
Nakhoda Tua. Awang Sulung Merah Muda mendapati strategi yang digunakan ini
berkesan kerana berjaya menarik perhatian dan menimbulkan rasa belas ehsan Tuan Puteri
Dayang Seri Jawa terhadap Awang Sulung.
Keberkesanan pilihan alternatif ini telah berjaya menemukan Awang Sulung Merah
Muda dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa setelah melalui pelbagai halangan dan
rintangan. Perancangan bijak, teratur, terancang dan tidak mudah mengalah telah berjaya
menemukannya Awang Sulung Merah Muda dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa,
pemilik geliung panjang secara bersemuka. Hal ini bertitik tolak daripada strategi
penyamaran yang digunakan oleh Awang Sulung Merah Muda serta dikukuhkan lagi
dengan sikap merendah diri dan bijak berkata-kata telah berjaya merealisasikan objektif
beliau. Perancangan bestari yang sistematik dan efisien telah menyebelahi Awang Sulung
Merah Muda dalam menjayakan objektifnya, iaitu mendapatkan kurang dua tiga puluh
rial batu.
110
Maka bersabda Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina bawa kurang dua tiga
puluh rial batu: lalu dianugerahinya kepada budak hitam.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.52)
Kebijaksanaan Awang Sulung Merah Muda memanifestasikan kecerdasan akal fikiran
sebagai platform untuk mencapai objektif. Kejayaan Awang Sulung Merah Muda adalah
bertitik tolak daripada keberkesanan perancangan yang diaturnya bagi mencapai objektif
yang ditetapkan. Awang Sulung Merah Muda mendominasi teknik penyamaran
diperkukuhkan dengan strategi komunikasi yang bijak bagi melaksanakan perancangan
kerana relevan dengan situasi dan latar pada masa itu. Hal ini cenderung menepati
pandangan Gary Dessler bahawa perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci
yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu
tindakan.
Melalui analisis peristiwa ini, Awang Sulung Merah Muda telah mempraktikkan
peringkat-peringkat perancangan seperti yang disarankan Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013, p.8). iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif,
(iv) memilih satu cara atau pelbagai cara. Peringkat-peringkat perancangan yang ditekuni
pada watak Awang Sulung Merah Muda ini signifikan dengan prinsip perancangan yang
diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) walaupun Awang Sulung
Merah Muda tidak mengaplikasikan sepenuhnya peringkat-peringkat dalam prinsip
perancangan ini. Bertitik tolak daripada keberkesanan peringkat-peringkat perancangan
yang telah diaplikasi inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Awang Sulung
Merah Muda dalam mendapatkan kurang dua tiga puluh rial dan langsung dapat mencapai
objektifnya, iaitu menyelesaikan hutangnya kepada Tuanku Datuk Batin Alam.
111
3.4.1.3 Peristiwa Pengembaraan Tuanku Malim Deman Mencari Tuan Puteri
Bongsu
Berdasarkan analisis dalam Hikayat Malim Deman, peristiwa Tuanku Malim Deman
mencari Tuan Puteri Bongsu menyerlahkan satu ciri penting pengurusan yang dilakukan
oleh watak tersebut dalam merealisasikan misi baginda, iaitu perancangan. Memetik
pandangan Gary Dessler (1976), perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci
yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu
tindakan. Definisi yang diketengahkan ini bertepatan untuk dihubungkaitkan dengan
peristiwa pencarian Tuan Puteri Bongsu. Tuanku Malim Deman telah menetapkan
objektif, iaitu hendak bertemu dengan Tuan Puteri Bongsu. Dalam peristiwa untuk
berjumpa Tuan Puteri Bongsu, Tuanku Malim Deman telah memikirkan pelbagai cara dan
strategi untuk merealisasikan matlamatnya. Di sebalik perancangan tersebut, terserlah
ketajaman pemikiran watak pemimpin dalam mengatur strategi yang bijak ke arah
pencapaian matlamatnya.
Dalam merealisasikan objektifnya, Tuanku Malim Deman telah melaksanakan
peringkat-peringkat perancangan. Penetapan objektif yang jelas merupakan indikator
yang menggerakkan Tuanku Malim Demam untuk membentuk dan merangka strategi
yang tepat dalam usaha untuk bertemu dengan Tuan Puteri Bongsu. Penetapan objektif
yang jelas membolehkan watak bertindak untuk merancang strategi demi strategi bagi
merealisasikan objektif tersebut. Pengembaraan ke bandar Muar merupakan titik tolak
awal ke arah permulaan perancangan Tuanku Malim Deman. Pengembaraan ke bandar
Muar untuk bertemu dengan Nenek Kebayan merupakan usaha yang dilaksanakan watak.
Selanjutnya, penemuan dengan Nenek Kebayan merupakan langkah pengukuhan yang
digunakan oleh watak untuk berjumpa dengan Tuan Puteri Bongsu. Strategi yang
dilaksanakan oleh Tuanku Malim Deman berdasarkan nasihat Nenek Kebayan, iaitu
membakar kemenyan mandung jati, mengasap rambut dan cincin Tuan Puteri Bongsu
112
yang ada pada Nenek Kebayan. Strategi pemujaan yang dilaksanakan ini sebagai satu cara
untuk menggerakkan minda dan emosi Tuan Puteri Bongsu agar turun dari kayangan ke
rumah Nenek Kebayan dapat direalisasikan. Peristiwa ini dapat diperhatikan dalam
petikan di bawah:
Maka kata Nenek Kebayan, 'Aduhai cucuku Tuanku Malim Deman, kepada malam
ini hendaklah Tuanku bakar kemenyan mandung jati kesaktian serta pula Tuanku
asapkan cincin dan rambut Tuan Puteri Bongsu itu. Maka apabila diperbuat seperti
yang demikian itu, nescaya sampailah asapnya itu ke atas kayangan; maka bergerak-
geraklah sekalian wujud anggotanya; tentulah ia ketujuh saudara berangkat turun.'
(Hikayat Malim Deman1998, p.22)
Maka kata Nenek Kebayan, 'Silakan segera Tuanku ambil baju layang kain layang
Tuan Puteri Bongsu; ada tersangkut di ukiran taman yang hijau itu.'
(Hikayat Malim Deman 1998, p.22)
Strategi pemujaan yang dilakukan Tuanku Malim Deman menampakkan hasil apabila
Tuan Puteri Bongsu bersama tujuh beradiknya telah tergerak hati ke rumah Nenek
Kebayan. Keberhasilan strategi tersebut telah memberikan semangat dan keyakinan
terhadap Tuanku Malim Deman untuk memikirkan langkah seterusnya. Sebagai
pengukuhan untuk mengagalkan rancangan Tuan Puteri Bongsu kembali ke kayangan,
Nenek Kebayan telah berpakat dan bersekongkol dengan Malim Deman untuk
menyembunyikan baju layang milik Tuan Puteri Bongsu. Mencuri baju layang-layang
merupakan matlamat yang perlu dicapai sebagai pengukuhan terhadap strategi yang
dibentuk merupakan strategi bijak yang direka untuk menggagalkan Tuan Puteri Bongsu
kembali ke kayangan. Kegagalan mendapatkan baju layang menyebabkan Tuan Puteri
Bongsu tidak dapat kembali ke kayangan bersama-sama saudaranya yang lain merupakan
fasa pembentukan dan pemantapan strategi yang dibina. Ternyata, perancangan strategi-
strategi yang dibentuk oleh watak-watak ini memperlihatkan keberkesanan.
Teknik penyamaran turut diimplementasikan watak Tuanku Malim Deman sebagai
pengukuhan strategi yang dibentuk. Penyamaran sebagai orang tua yang teramat buruk
113
rupanya untuk melaksanakan rancangan, iaitu mencuri baju layang-layang telah
memperlihatkan pengukuhan idea kepada strategi yang dibentuk. Setelah berjaya
mendapatkan baju layang tersebut, Tuanku Malim Deman kemudiannya membawa
dirinya ke hilir sungai untuk mengatur strategi selanjutnya, iaitu berlakon sebagi pengail
ikan. Lakonan sebagai pengail telah disesuaikan dengan alternatif yang ada bagi
mengukuhkan lagi strategi yang dirancang. Setelah disedari oleh Tuan Puteri Bongsu akan
kehilangan kain layangnya itu, beliau cuba menyoal perihal baju layang kepada Tuanku
Malim Deman yang menyamar sebagai orang tua itu. Namun begitu, lakonan yang
dimainkan oleh Tuanku Malim Deman dan Nenek Kebayan memperlihatkan
keberkesanan apabila Tuan Puteri Bongsu terpedaya dengan tipu muslihat yang dirancang
kedua-dua watak. Hal ini dibuktikan melalui perbualan Malim Deman dalam pantun
berikut:
Orang mengail berumpan lokan,
Sampan dikayuh terlalu laju,
Orang mengail dapat ikan,
Saya mengail dapat baju.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.27)
Maka kata Nenek Kebayan, 'Ayuhai Tuan Puteri, jikalau sungguh Tuan Puteri
menaruh syak akan si pengail ini mengambilnya, bolehlah nenek periksa dahulu.
'Maka kata Nenek Kebayan, 'Silakanlah Tuan Puteri naik, hari pun sudah
senjakala, petang begini tiada baik.'
(Hikayat Malim Deman 1998, p. 28)
Pengukuhan strategi diperlihatkan Nenek Kebayan yang berjaya memainkan
peranannya untuk menyokong tindakan Malim Deman. Pengukuhan dalam strategi
mereka berjaya untuk membuatkan Tuan Puteri Bongsu tidak pulang ke kayangan.
Berdasarkan dimensi-dimensi perancangan ini, dapat diperlihatkan tipu muslihat yang
dimainkan Nenek Kebayan. Muslihat ini dipraktikkan oleh Nenek Kebayan dengan cara
yang halus iaitu menggunakan unsur diplomasi, iaitu memujuk Tuan Puteri Bongsu agar
bersetuju dengan cadangan Nenek Kebayan. Tipu daya dan helah yang dimainkan oleh
114
Tuanku Malim Deman dan Nenek Kebayan berhasil apabila dapat memujuk Tuan Puteri
Bongsu agar bermalam di rumah Nenek Kebayan. Pilihan alternatif yang perlu
dilaksanakan Tuanku Malim Deman, iaitu Tuanku Malim Deman mula menunjukkan dan
mendedahkan identitinya dirinya yang sebenar kepada Tuan Puteri Bongsu pada keesokan
harinya. Tuan Puteri Bongsu sangat berminat untuk mengetahui identiti lelaki yang
dilihatnya itu. Objektif yang telah direncana kedua-dua pihak, iaitu Tuanku Malim Deman
dan Nenek Kebayan berjaya mencapai matlamatnya. Berikut dapat dilihat dalam
perbualan Tuan Puteri Bongsu dengan Nenek Kebayan dalam petikan teks ini:
Maka sabda Tuan Puteri Bongsu, 'Orang mana itu, nenek, yang terlalu amat elok
itu, gilang- gemilang cahayanya mukanya?'
(Hikayat Malim Deman 1998, p. 29)
Pengurusan merupakan satu proses formulasi, implementasi dan penilaian tindakan-
tindakan yang akan memastikan organisasi berupaya mencapai objektifnya (David, 1986
dalam Hj. Sufaat Tuminet al.2002). Perancangan adalah berkaitan dengan penentuan
strategi untuk merancang, bagaimana hendak melaksanakannya yang terdiri daripada
analisis, membuat keputusan, pelaksanaan dan penilaian. Assaruddin 1995, (dalam Hj.
Sufaat Tuminet al.2002), telah mengukuhkan lagi hujah betapa signifikannya pendekatan
ini dalam sesebuah organisasi. Pengurusan dan perancangan adalah penting bagi
menentukan kejayaan kerana perancangan merupakan kunci kepada semua proses
pengurusan. Perancangan merupakan rangka tindakan yang memberitahu dan
menyelaraskan keputusan-keputusan lain Caldwell dan Spinks,1988 (dalam Hj. Sufaat
Tuminet al. (2002).
Analisis kajian melalui peristiwa ini, jelas mendampakkan bahawa Tuanku Malim
Deman telah mempraktikkan peringkat-peringkat perancangan seperti (i) menetapkan
objektif, (ii) membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif, dan (v) memilih satu cara atau
pelbagai cara untuk merealisasikan matlamat. Peringkat-peringkat perancangan yang
115
ditekuni pada watak Tuanku Malim Deman ini turut selari dan signifikan dengan prinsip
perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2016, p.8).
Bertitik tolak daripada keberkesanan perancangan inilah yang telah membuahkan
kejayaan kepada Tuanku Malim Deman dalam mendapatkan Tuan Puteri Bongsu untuk
dijadikan permaisuri baginda. Peristiwa ini membuktikan bahawa perancangan yang bijak
telah dipraktikkan oleh Tuanku Malim Deman.
3.4.1.4 Peristiwa Pengembaraan Tuanku Malim Deman ke Kayangan untuk
Menyatukan Keluarganya
Pengembaraan kali kedua Tuanku Malim Deman ke kayangan untuk berjumpa Tuan
Puteri Bongsu dan anakandanya terserlah satu ciri penting pengurusan yang dilakukan
oleh watak tersebut dalam merealisasikan misi baginda, iaitu perancangan. Memetik
pandangan Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.58) mentakrifkan perancangan
sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan pemilihan misi, penetapan objektif dan
perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya. Tuanku Malim Deman telah menetapkan
objektif, iaitu hendak mencari isteri dan anaknya seterusnya menyatukan keluarganya
semula. Dalam peristiwa untuk berjumpa dengan keluarganya, Tuanku Malim Deman
telah memikirkan pelbagai cara dan jalan terbaik untuk merealisasikan matlamatnya. Di
sebalik perancangan tersebut, terserlah kebijaksanaan yang diperlihatkan watak dan usaha
yang bersungguh-sungguh Tuanku Malim Deman.
Dalam merealisasikan objektifnya untuk berjumpa dengan isteri dan anaknya, Tuanku
Malim Deman telah melaksanakan peringkat-peringkat perancangan. Andrew F. Sikula
pula menyatakan perancangan mengandungi aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang
dibuat sebelum berlakunya sesuatu. Langkah pertama Tuanku Malim Deman ialah
mencari burung borak untuk dipinjamkan ke kayangan. Perjumpaan Tuanku Malim
Deman dengan Nenek Kebayan gagal untuk mencari burung borak tersebut.
Pengembaraan Tuanku Malim Deman ke dalam hutan rimba dan bermimpi berjumpa
116
Tuan Sayyid wali Allah telah memberi petunjuk kepada Tuanku Malim Deman supaya
berjumpa dengan pemilik burung borak tersebut. Setelah berjaya mendapatkan burung
borak, beliau terus menuju ke kayangan. Di sini, bermulanya strategi perancangan yang
dipraktikkan Tuanku Malim Deman untuk menawan hati isteri dan anaknya. Hal ini dapat
dilihat pada petikan teks ini:
Maka sahut Tuanku Malim Deman, 'Aduhai nenek, jikalau begitu bolehlah kami
dapat melihat putera Malim Dewana itu?'
(Hikayat Malim Deman 1998, p.56)
Maka titah baginda, ' Jikalau nenek hendak ke dalam, tolonglah nenek jualkan cincin
beta, jikalau Tuan Puteri itu hendak memakai cincin.' Sembah Nenek Kebayan,
'Orang datang dari dunia, Tuan Puteri, namanya Malim Permainan kerana ia pandai
bermain. Maka inilah sebentuk cincin ia minta jualkan, keputusan belanja konon.'
(Hikayat Malim Deman 1998, p.59)
Maka titah Tuan Puteri, 'Tiada apa nenek, kerana beta teringat cincin beta yang
hilang dahulu serupa dengan ini; inilah sebabnya beta menangis, nenek.'
(Hikayat Malim Deman 1998, p.60)
Strategi penyamaran Tuanku Malim Deman sebagai Malim Permainan, seorang yang
buruk rupanya dan pandai bermain peralatan muzik bermula di kayangan. Tuanku Malim
Deman memperkenalkan diri sebagai Malim Permainan kerana berkebolehan luar biasa
bermain muzik. Malim Permainan hadir ke balai perkarangan istana lalu bermain muzik
untuk menghiburkan puteranya Malim Dewana. Strategi penyamaran yang dilaksanakan
Tuanku Malim Deman ini telah berjaya menarik perhatian anaknya, Tuanku Malim
Dewana yang leka dengan muzik yang dimainkan oleh Tuanku Malim Deman itu.
Walaupun putera itu tidak mengenalinya, namun naluri hubungan ‘anak-bapa’
menyebabkan Tunku Malim Dewana sering berada di atas ribaan sambil berhibur dengan
permainan muzik Tuanku Malim Deman.
Tuanku Malim Deman membentuk strategi seterusnya. Strategi menggunakan minyak
silompat pagar yang melekat pada tubuh puteranya merupakan teknik yang
117
diimplementasikan Tuanku Malim Deman. Penggunaan unsur bauan minyak wangi
tersebut berjaya menyakinkan Tuan Puteri Bongsu bahawa Malim Permainan itu
sebenarnya suaminya kerana minyak itu ditinggalkan sewaktu beliau ke kayangan.
Tuanku Malim Deman terus mengukuhkan strateginya. Strategi pengukuhan yang
digunakan, iaitu menyerahkan sebentuk cincin kepada Nenek Kebayan untuk dijualkan
kepada Puteri Bongsu dengan alasan Tuanku Malim Deman kesuntukan belanja. Cincin
tersebut telah semakin mengukuhkan keyakinan Tuan Puteri Bongsu bahawa Malim
Permainan (Tuanku Malim Deman) merupakan suaminya.
Daripada teks kajian di atas, kita dapat lihat perancangan Tuanku Malim Deman yang
strategik bagi membuatkan kehadirannya di kayangan disedari oleh isterinya, Tuan Puteri
Bongsu. Ini merupakan strategi yang digunakan oleh Malim Deman untuk membuatkan
isterinya kembali ke pangkuannya. Strategi ini menampakkan hasilnya apabila isterinya
mula mengingati beliau yang sudah lama tidak bertemu. Perancangan bijak yang
diimplementasikan Tuanku Malim Deman untuk menawan hati isteri dan anaknya
berjaya.
Analisis peristiwa di atas, jelas memperlihatkan bahawa peringkat-peringkat
perancangan telah dilaksanakan Tuanku Malim Deman untuk mencapai objektifnya, iaitu
(i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif, dan (iv) memilih
satu cara atau pelbagai cara untuk merealisasikan matlamat. Peringkat-peringkat
perancangan yang ditekuni pada watak Tuanku Malim Deman ini bertepatan dan
bersesuaian dengan prinsip perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar
Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan perancangan inilah yang telah
membuahkan kejayaan kepada Tuanku Malim Dewa dalam menyatukan semula
keluarganya.
118
3.4.2 Perancangan dalam Episod Peperangan
Perancangan dalam episod peperangan watak dalam cerita lipur terpilih diperlihatkan
melalui peristiwa-peristiwa tertentu yang dikesan dalam teks-teks kajian. Pemilihan
peritiwa-peristiwa ini bertitik tolak daripada pengaplikasian peringkat-peringkat
perancangan yang begitu menyerlah yang diimplementasikan oleh watak-watak dalam
teks-teks kajian. Peristiwa yang digunakan untuk membincangkan pengaplikasian prinsip
perancangan dalam episod peperangan adalah seperti berikut:
3.4.2.1 Peristiwa Tuanku Malim Dewa berperang dengan burung garuda demi
menyelamatkan rakyat dan negara dalam Hikayat Malim Dewa
3.4.2.2 Peristiwa Maharaja Pertukal berperang dengan Negeri Kuala Air Batu dalam
Hikayat Malim Dewa
3.4.2.3 Peristiwa Tuanku Malim Deman berperang dengan Raja Mambang Molek
demi mempertahankan rakyat dalam Hikayat Malim Deman
3.4.2.1 Peristiwa Tuanku Malim Dewa Berperang dengan Burung Garuda demi
Menyelamatkan Rakyat dan Negara dalam Hikayat Malim Dewa
Hikayat Malim Dewa memperlihatkan satu episod penting yang dapat diaplikasikan
menggunakan prinsip perancangan. Peristiwa yang dapat dikesan wujudnya perancangan
dalam tindakan pemimpin dapat diteliti melalui peristiwa Tuanku Malim Dewa bertarung
dengan burung garuda demi menyelamatkan rakyat dan negara. Analisis peristiwa ini
menghampiri pandangan Harold Koontz yang menyatakan “perancangan sebagai
penentuan tentang apa yang hendak dibuat, bagaimana melaksanakannya dan siapa yang
akan menjadi pelaksana” (Jaafar Muhammad 1999, p.39). Berdasarkan peristiwa Tuanku
Malim Dewa bertarung dengan burung garuda, baginda telah menetapkan objektif dengan
jelas, iaitu membunuh burung garuda yang telah menghancurkan negeri Kuala Air Batu.
119
Bagi mencapai objektifnya, strategi yang dirancang oleh Tuanku Malim Dewa
memperlihatkan perancangan yang teliti dan bijak dalam menumpaskan burung garuda.
Kebijaksanaan baginda terserlah apabila baginda membuat strategi bijak bagi menarik
perhatian burung garuda bahawa terdapat benda hidup di Kuala Air Batu. Baginda telah
memasang perangkap untuk mengumpan burung garuda supaya keluar daripada tempat
berteduh. Membakar rumah merupakan satu idea bijak yang dilaksanakan oleh Tuanku
Malim Dewa. Asap yang berkepul-kepul di udara sebagai satu petanda bahawa masih
terdapat manusia yang hidup di negeri tersebut. Strategi yang digunakan Tuanku Malim
Dewa ini menampakkan kesan dan menyakinkan burung garuda bahawa masih terdapat
manusia yang hidup di negeri Kuala Air Batu. Peristiwa tersebut dapat diperhatikan dalam
petikan di bawah:
Tuanku Malim Dewa memberi titah pada Permaisuri Bonda Tuanku Malim Dewa
untuk membakar sebuah rumah di sebuah padang. Burung garuda akan kembali ke
negeri ini setelah melihat asap yang naik ke udara untuk melihat ada manusia yang
masih bernyawa Tuanku Malim Dewa akan menggunakan pedang jenawi jantan
untuk membunuh burung garuda.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.80)
Penggunaan unsur asap telah menarik perhatian burung garuda bahawa masih terdapat
benda yang hidup di negeri tersebut. Keberkesanan strategi yang digunakan berjaya
mengembalikan burung garuda ke lokasi tersebut. Malang sekali kepada burung garuda
apabila terpedaya dengan muslihat yang dipasang oleh Tuanku Malim Dewa. Dengan cara
helah dan tipu daya yang diimplementasikan, Tuanku Malim Dewa dapat bertarung secara
serampang dua mata dengan burung garuda. Kesaktian pedang jenawi yang digunakan
dalam peperangan dan pertarungan dengan barung garuda ini, merupakan pengukuhan
kepada objektif yang ingin dicapai. Dengan kebijaksanaan, ketangkasan dan kesaktian
pedang jenawi, Tuanku Malim Dewa telah berjaya membunuh burung garuda tersebut.
Kejayaan menumpaskan burung garuda telah menunjukkan sikap yang berani dalam diri
120
baginda. Situasi ini menunjukkan bahawa Tuanku Malim Dewa mempunyai jiwa yang
kental untuk berhadapan pihak lawan yang begitu kuat dan ganas hasil daripada
kebijaksanaan dalam perancangannya.
Tuanku Malim Dewa mempunyai jiwa yang kental dan kebijaksanaan dalam
menjayakan sesuatu perkara membuat baginda dilihat sebagai pemimpin yang berkaliber
untuk mentadbir negeri. Tindak tanduk yang bernas dalam mengatur perancangan telah
membantu Tuanku Malim Dewa menumpaskan burung garuda. Keputusan yang dibuat
oleh Tuanku Malim Dewa amat bertepatan dengan situsi tersebut lantas memperlihatkan
kecekapan baginda dalam membuat keputusan untuk merealisasikan objektifnya.
Kejayaan sesebuah organisasi sering kali dikaitkan dengan pemimpin kerana pemimpin
adalah seorang yang menentukan matlamat sesuatu organisasi yang ditetapkan. Dalam
kepimpinan setiap keputusan sama ada kecil, besar atau rutin mesti diberi perhatian.
Apabila aspek keputusan diberi perhatian, maka semua perancangan yang diatur oleh
pemimpin lebih mudah dilaksanakan dan dengan itu setiap matlamat yang ingin dicapai
akan dapat dipenuhi tanpa melibatkan banyak masalah. Ahmad Atory Hussain (1991)
menyatakan bahawa keputusan adalah dianggap baik jika berkesan apabila dilaksanakan.
Menurut Botvin (2000) dalam membuat keputusan pemimpin perlu yang pertama mencari
maklumat, kedua menjangka keputusan, ketiga bertindak secara beretika dan keempat
mengurangkan aspek negatif.
Impaknya, perancangan bijak merupakan elemen yang terpenting harus dimiliki oleh
setiap pemimpin. Oleh sebab itu, tradisi Melayu selalu memposisikan sifat bijak sebagai
salah satu sifat utama yang harus dimiliki oleh seorang raja atau pemimpin. Perancangan
sangat erat kaitannya dengan ketepatan dalam mengambil keputusan. Dengan demikian,
akhirnya perancangan tersebut akan menyebelahi kepada kebaikan atau sebaliknya
berkaitan rapat dengan corak keputusan yang diambil dalam setiap tindakan.Tanpa
perancangan yang bijak, pemimpin akan mudah sekali terjerumus dalam tindakan dan
121
keputusan yang sewenang-wenang. Seorang raja atau pemimpin akan lebih dihormati
apabila memiliki kearifan dalam bertindak. Kearifan yang dimiliki pemimpin akan
menambah rasa kepercayaan rakyat bahawa ia memang benar-benar figura yang cocok
dan bersesuaian untuk memimpin sebagaimana yang dapat ditekuni pada watak Tuanku
Malim Dewa.
Prinsip perancangan dalam peristiwa di atas telah diteliti berdasarkan peringkat-
peringkat perancangan, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi dan (iii)
memilih satu cara atau pelbagai cara (Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013, p.8),.
Peringkat-peringkat perancangan yang ditekuni pada watak Tuanku Malim Deman ini
mematuhi prinsip perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan perancangan inilah yang telah membuahkan
kejayaan kepada Tuanku Malim Dewa dalam usaha menyelamatkan negeri Kuala Air
Batu. Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa perancangan yang bijak telah dipraktikkan
oleh Tuanku Malim Deman untuk merealisasikan matlamat.
3.4.2.2 Peristiwa Maharaja Pertukal Berperang dengan Negeri Kuala Air Batu
Terdapat satu lagi peristiwa perancangan yang dapat ditekuni dalam teks Hikayat Malim
Dewa. Prinsip pertama yang diserapkan dalam kajian ini ialah prinsip perancangan.
Menurut Gary Dessler, “perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang diatur
terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.”
Manakala Andrew F. Sikula pula menyatakan “perancangan mengandungi aktiviti-aktiviti
fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlakunya sesuatu.” Definisi yang diketengahkan
kedua-dua sarjana di atas, memperlihatkan kecenderungan untuk diterapkan dalam
peristiwa yang dianalisis, iaitu perancangan Maharaja Pertukal untuk berperang dengan
negeri Kuala air Batu.
122
Dalam kepimpinan, kesilapan membuat keputusan tetap berlaku sehingga
menyebabkan keputusan itu kurang berkesan. Hal ini berlaku disebabkan emosi yang
tidak matang dan kurang arif dalam menilai perlakuan membuat keputusan, proses
membuat keputusan dan memberi impak. Ahmad Atory Hussain (1996) berpendapat
emosi mengehadkan keupayaan manusia sebagai pembuat keputusan. Pernyataan ini
dapat dikaitkan berdasarkan peristiwa perancangan Maharaja Pertukal membinasakan
Negeri Kuala Air Batu. Melalui analisis peristiwa ini, objektif Maharaja Pertukal adalah
untuk membinasakan negeri Kuala Air Batu. Maharaja Pertukal bertindak sebegini kerana
berasa murka apabila hasratnya untuk meminang Tuan Puteri Andam Dewi ditolak.
Dalam merealisasikan misinya, Maharaja Pertukal telah merencanakan strateginya
dengan berlayar ke negeri Gua Batu Belang untuk meminta pertolongan dari abangnya
bagi membinasakan negeri tersebut. Peristiwa tersebut dapat diteliti dalam petikan di
bawah:
Maharaja Pertukal menuju ke negeri Gua Batu Belang untuk meminta pertolongan
dari Maharaja Sianggerai untuk membinasakan negeri Kuala Air Batu. Maharaja
Sianggerai menghantar burung ke negeri Kuala Air Batu.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.69-70)
Dalam mengukuhkan strateginya, Maharaja Sianggerai telah menghantar burung
garuda untuk membinasakan negeri Kuala Air Batu sehingga tiada benda yang hidup.
Mengikut perancangan dan strategi yang dijalankan, rancangan Maharaja Petukal
membinasakan negeri tersebut berjaya. Burung garuda yang menyerang negeri itu
memastikan tiada benda yang hidup di atas muka bumi negeri itu. Maharaja Pertukal
berjaya mancapai matlamat yang ditetapkan iaitu membinasakan negeri Kuala Air Batu
sehingga menjadi seperti “padang jarak, padang tekukur”. Peristiwa ini jelas menunjukkan
Maharaja Pertukal membuat keputusan berpandukan emosi semata-mata. Sikap baginda
yang membuat keputusan dalam keadaan marah mengakibatkan banyak nyawa yang
terkorban angkara diserang burung garuda. Menurut Ainon Mohd (2003), akal adalah
123
fitrah manusia untuk berfikir, tetapi dalam menggunakan akal biasa sesekali seseorang itu
membuat keputusan yang salah kerana dia tidak menggunakan logik akalnya. Menurut
Jaafar Muhamad (2000) manusia memang emosional dalam melakukan sesuatu perkara.
Sehubungan itu, kepimpinan juga terlibat secara langsung menghadapi gangguan emosi.
Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Fiedler (1967) & Lynne Millward (2005) yang
menyatakan bahawa kebanyakan keputusan kritikal dalam kepimpinan dibuat di bawah
situasi tekanan yang amat tinggi. Hal ini boleh menyebabkan berlaku kezaliman dalam
pentadbiran sebuah negeri sekiranya pemimpin bertindak mengikut nafsu marah dan
hilang pertimbangan.
Peringkat-peringkat perancangan, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk
strategi dan (iii) memilih satu cara atau pelbagai cara merupakan peringkat-peringkat
perancangan yang dipraktikkan watak Maharaja Pertukal demi merealisasikan misi.
Pengaplikasian prinsip perancangan ini memperlihatkan satu kecenderungan dengan
prinsip perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013).
Bertitik tolak daripada keberkesanan perancangan inilah yang telah membuahkan
kejayaan kepada Maharaja Pertukal untuk membinasakan negeri Kuala Air Batu.
3.4.2.3 Peristiwa Tuanku Malim Deman berperang dengan Raja Mambang Molek
dalam Hikayat Malim Deman
Terdapat satu lagi peristiwa perancangan yang dapat ditekuni dalam teks Hikayat Malim
Deman. Gary Dessler, “perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang diatur
terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.”
Manakala Andrew F. Sikula pula menyatakan “perancangan mengandungi aktiviti-aktiviti
fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlakunya sesuatu.” Kedua-dua takrifan ini
digunakan untuk menerapkan analisis dalam peristiwa ini.
124
Puteri Bongsu membuka rahsia kepada Nenek Kebayan dan meminta Malim
Permainan (Tengku Malim Deman) merebutnya semula daripada tangan Mambang
Molek. Tuanku Malim Deman memasang strategi yang seterusnya untuk mendapatkan
kembali isterinya daripada Raja Mambang Molek. Setelah meminjam ayam biring Nenek
Kebayan, beliau kemudiannya menuju gelanggang bersabung untuk bertemu Raja
Mambang Molek. Strategi yang digunakan oleh Tuanku Malim Deman, iaitu pada
awalnya ialah strategi secara psikologi. Malim Deman sengaja melanggar pantang larang
gelanggang dengan niat untuk membuatkan Raja Mambang Molek marah. Ini dapat
dibuktikan melalui petikan teks ini:
Hatta, maka Raja Jin pun segeralah mengajarkan Tuanku Malim Deman sekalian
pengetahuannya, iaitu kebal serta apung penimbul dengan beberapa pula ilmu
hikmat bagai istiadat Raja-raja Jin seraya bertitah pula Si Raja Jin , ‘Aduhai
anakanda, beroleh selamat sempurnalah anakanda daripada sekalian bencana raja-
raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan indera kerana sudah ayahanda
ajarkan silat pencak serta tipu peperangan pakaian sekalian raja besar-besar, tiada
tinggal kepada ayahanda lagi.’
(Hikayat Malim Deman, 1998, p.50)
Sekarang sahaja aku buat pantang gelanggang, aku hendak lihat akan laki-laki
engkau. Maka sekarang engkau tunjukkanlah kepada aku
(Hikayat Malim Deman, 1998, p.64)
Kemudiannya berlaku pertarungan antara Malim Deman dan Raja Mambang Molek
yang menyaksikan Raja Mambang Molek tewas dan di tangan Tuanku Malim Deman. Hal
ini kerana Malim Deman telah membuat persediaan awal sebelum ke kayangan. Melalui
plot penceritaan dijelaskan tentang kejayaan Tuanku Malim Deman dapat membunuh
Mambang Molek di gelanggang sabung ayam. Dua orang saudaranya yang cuba menuntut
bela juga terbunuh dan negeri menjadi huru-hara kerana rakyat Mambang Molek
bertempur sesama sendiri kerana hikmat wali Allah. Tuanku Malim Deman dikahwinkan
sekali lagi dengan Puteri Bongsu di atas kayangan. Tuanku Malim Deman membawa
Puteri Bongsu dan puteranya pulang ke bandar Muar. Melalui perancangan, risiko
125
kegagalan boleh diminimumkan kerana sesuatu watak atau individu berupaya membuat
analisis keputusan yang baik dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan
berlaku.
Walaupun perancangan tidak mungkin sepenuhnya dapat menghindari risiko jangka
panjang tetapi sekurang-kurangnya perancangan dapat membantu mengenal pasti
peluang-peluang yang berpotensi dan halangan-halangan yang wujud lantas dapat
meminimumkan risiko kegagalan dan ketidakpastian masa depan (Azman Che Omar,
2003). Perancangan akan memandu sesebuah organisasi untuk sentiasa bersikap optimis
dan positif untuk sentiasa memandang ke hadapan, menjangka perubahan, mengambil kira
akibat daripada peubahan ini dan membuat tindak balas yang bersesuaian dan bertepatan
untuk merealisasikan objektif organisasi. Setelah kecundangnya Raja Mambang Molek,
Malim Deman telah mencapai objektifnya untuk mendapatkan semula isteri dan anaknya
itu. Dari perspektif ini. Tuanku Malim Deman menunjukkan dirinya seorang yang bijak
merancang strategi dan seorang cepat bertindak berdasarkan situasi. Ini merupakan contoh
terbaik untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, dihormati dan disegani oleh
rakyat.
Peringkat-peringkat perancangan yang ditekuni pada watak Tuanku Malim Deman ini
iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi dan (iii) memilih satu cara atau
pelbagai cara mendampakkan satu kecenderungan dengan prinsip perancangan yang
disarankan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada
keberkesanan perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Tuanku
Malim Dewa dalam mendapatkan Tuan Puteri Bongsu untuk dijadikan permaisuri
baginda. Peristiwa ini membuktikan bahawa perancangan yang bijak telah dipraktikkan
oleh Tuanku Malim Deman.
126
3.4.3 Perancangan dalam Menyelesaikan Masalah dan Konflik Keluarga dan
Negara
Perancangan watak dalam menyelesaikan masalah dan konflik keluarga dan negeri
diperlihatkan melalui peristiwa-peristiwa yang dikesan dalam teks-teks kajian. Pemilihan
peritiwa-peristiwa ini bertitik tolak daripada pengaplikasian dimensi-dimensi
perancangan yang begitu menyerlah yang diimplementasikan oleh watak-watak dalam
teks-teks kajian. Peristiwa yang digunakan untuk membincangan pengaplikasian
perancangan dalam menyelesaikan masalah dan konflik adalah seperti berikut:
3.4.3.1 Perancangan Raja Bujang menyembuhkan penyakit Tuan Puteri Andam Dewi
3.4.3.2 Perancangan Tuanku Malim Dewa Menyelamatkan Tuanku Puteri Andam
Dewi daripada Maharaja Pertukal
3.4.3.3 Perancangan Datuk Batin Alam mengusir Awang Sulung Merah Muda
3.4.3.4 Perancangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mendapatkan kembali suaminya
3.4.3.5 Perancangan Tuanku Si Helang Bakau untuk mendapatkan pewaris takhta
kerajaan
3.4.3.1 Perancangan Raja Bujang Menyembuhkan Penyakit Tuan Puteri Andam
Dewi
Berdasarkan analisis peristiwa Raja Bujang mengubati adindanya, Tuan Puteri Andam
Dewi terserlah satu ciri penting pengurusan yang dilakukan oleh watak tersebut dalam
merealisasikan misi baginda iaitu perancangan. Harold Koontz dan Heinz Weihrich
(1997, p.58) mentakrifkan perancangan sebagai satu proses pengurusan yang melibatkan
pemilihan misi, penetapan objektif dan perangkaan pelan tindakan untuk mencapainya.
Pada masa yang sama, perancangan melibatkan proses pembuatan keputusan, iaitu
membuat pilihan ke atas pelan tindakan. Di sebalik perancangan yang digambarkan
terserlah sifat pemimpin yang arif dan bijaksana yang terpancar sewaktu beliau membuat
127
keputusan seperti yang dilantunkan watak Raja Bujang dalam usaha menyembuhkan
adindanya. Menerusi peristiwa tersebut, Raja Bujang telah menetapkan objektif, iaitu
untuk menyelamat dan menyembuhkan penyakit adindanya, Tuanku Puteri Andam Dewi.
Sebagai seorang abang dan anak lelaki dalam keluarga, terpancar sikap bertanggungjawab
Raja Bujang untuk mencari penawar untuk merawat penyakit misteri adindanya. Dalam
peristiwa mengubati Tuan Puteri Andam Dewi, Raja Bujang telah memikirkan dan
mengikhtiar pelbagai cara dan jalan terbaik untuk memulihkan kesihatan tuan puteri.
Dalam merealisasikan objektifnya, Raja Bujang telah melaksanakan dimensi-dimensi
perancangan ini untuk mencapai objektifnya. Raja Bujang telah membentuk strategi
dalam usaha untuk menyembuh penyakit yang dialami adindanya. Strategi pertama yang
terlintas difikiran Raja Bujang pada ketika itu adalah memanggil tabib, bomoh dan dukun
untuk merawat penyakit Tuan Puteri Andam Dewi. Hal tersebut dapat diperhatikan dalam
petikan di bawah:
Maka setelah didengar oleh Raja Bujang akan adinda baginda gering sangat itu,
maka ia pun berlari masuk ke dalam mahligai itu. Didapati ayahanda bonda
menangis pula yang teramat sangat, langsung segera ia menghampiri adindanya,
dirasa tubuhnya yang tinggal nadinya sahaja yang ada lagi. Maka raja Bujang pun
bertitah menyuruh memanggil tabib bomoh, dukun akan mengubati adinda baginda
itu, tiada juga mahu baik.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.59)
Baginda telah memanggil tabib, bomoh dan dukun untuk merawat penyakit Tuan Puteri
Andam Dewi. Walau bagaimanapun, tabib, dukun dan bomoh yang datang gagal untuk
menyembuhkan penyakit adindanya. Apabila mendapati penyakit adindanya masih juga
belum sembuh walaupun setelah mendapat rawatan daripada tabib dan para dukun, Raja
Bujang tidak berputus asa. Hasil daripada pengamatan dan tilikan salah seorang daripada
tabib, Raja Bujang dimaklumkan bahawa penyakit yang dihidapi oleh Tuan Puteri Andam
Dewi ialah perbuatan Maharaja Pertukal dan hanya orang tersebut sahaja yang boleh
merawatnya. Berpandukan nasihat dan tilikan daripada tabib berkenaan, Raja Bujang
128
seterusnya memikirnya strategi selanjutnya untuk mengubati adindanya. Strategi bijak
yang digunakan Raja Bujang adalah mengutuskan surat menyatakan keinginan untuk
bersahabat dengan Maharaja Pertukal. Strategi tersebut merupakan pilihan alternatif yang
ada dalam usaha beliau melaksanakan objektifnya. Hal tersebut dapat diperhatikan dalam
petikan di bawah:
Arakian, setelah didengar oleh Raja Bujang akan sembah tabib yang tua itu, ia pun
segera menitahkan Perdana Menteri membawa surat menyilakan Maharaja
Pertukal hendak bersahabat, janganlah jadi perbalahan lagi berlaku saudara.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.59)
Pemikiran rasional Raja Bujang dalam membuat keputusan telah membuahkan hasil
yang positif. Pandangan terkehadapan dan jauh Raja Bujang untuk menjalin persahabatan
dengan Raja Pertukal adalah suatu tindakan dan langkah yang bijak demi merealisasikan
objektifnya. Raja Bujang menyatakan kepada Maharaja Pertukal tiada guna berbalah
sesama sendiri kerana hanya mendapat kecelakaan dan dikeji oleh kerajaan yang lain.
Peristiwa ini dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:
Maka Sultan Baginda Raja Bujang lalu bertitah, ‘Aduhai kakanda Seri Maharaja
Pertukal, maka adapun sebab adinda persilakan kakanda berangkat ke mari ini, ada
suatu hajat adinda, jikalau ada mudah-mudahan adinda memohonkan ubat adinda
Tuan Puteri Andam Dewi itulah, terlalu gering sekarang, tambahan adinda hendak
berdamai dengan kakanda, jangan jadi perbalahan.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.62)
Raja Bujang bertindak merencanakan perancangan untuk menyelamatkan adiknya
daripada sihir Maharaja Pertukal. Raja Bujang telah membuat perancangan yang teliti bagi
menyelesaikan kemelut yang melanda antara Raja Bujang dan Maharaja Pertukal. Raja
Bujang mengambil langkah yang bijak dengan menawarkan rundingan damai demi
mengubati penyakit adiknya. Raja Bujang telah menghantar rundingan damai kepada
Maharaja Pertukal untuk menjalinkan hubungan diplomasi. Perancangan Raja Bujang
memberikan hasil yang memberangsangkan apabila hasil rundingan damai dapat
129
menyelamatkan Tuan Puteri Andam Dewi serta Raja Bujang berjaya mencapai matlamat
yang disasarkan.
Sikap rasional Raja Bujang dapat dilihat apabila baginda membuat keputusan untuk
berbaik dengan Maharaja Pertukal. Menurut Abdul Razak Ibrahim & Ainin Sulaiman
(2000) membuat keputusan berlaku apabila timbul sesuatu masalah. Pemikiran rasional
boleh mengatasi penilaian yang dibuat secara beremosi, khususnya emosi negatif
(Robbins, 2003). Raja Bujang tidak menggunakan kekerasan ataupun paksaan terhadap
Maharaja Pertukal demi mengubati adindanya yang gering. Hal ini amat signifikan kerana
pemimpin yang mentadbir negara mampu membuat keputusan atau sebarang tindakan
mengikut akal fikiran yang rasional bukannya berlandaskan emosi atau perasaan.
Keputusan yang dibuat berlandaskan emosi mengakibatkan kerugian dan kesengsaraan
kepada kedamaian dan kesejahteraan rakyat. Cooper & Sawaf (1997) menyatakan bahawa
emosi mempunyai nilai dalam bidang kepimpinan dan organisasi. Hal ini kerana,
pemimpin yang hilang pertimbangan dalam membuat kata putus yang tepat akan memberi
impak terhadap kesejahteraan dan pembangunan sesebuah organisasi.
Raja Bujang mendapati strateginya berjaya kerana Maharaja Pertukal mempunyai ubat
untuk menyembuhkan adinda Tuan Puteri Andam Dewi. Kejayaan Raja Bujang
menyembuhkan penyakit adinda bertitik tolak daripada keberkesanan dimensi-dimensi
perancangan yang diaplikasikan oleh watak dalam peristiwa ini.
Maka dengan takdir Allah subhanahu wataala melakukan kudrat iradatnya, maka
Tuan Puteri Andam Dewilalulah senang, lalu bangun pulang pulih seperti sediakala.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.64)
Melalui peristiwa ini dapat dibuat satu rumusan, selain memiliki sikap
kebertanggungjawaban, seorang pemimpin harus bijak dalam mendepani setiap
permasalahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Sebagai pemimpin, sifat arif dan
130
bijaksana jelas terserlah pada watak Raja Bujang. Jaafar Muhammad (1991) berpendapat
bahawa pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mempunyai sifat-sifat
kebijaksanaan dan keyakinan diri. Kebijaksanaan yang dipamerkan Raja Bujang dalam
peristiwa ini menjelaskan betapa pentingnya sikap dan tindakan profesional yang dimiliki
untuk mencapai keputusan yang paling tepat dalam menangani permasalahan tersebut.
Ab. Aziz Yusof (2004) menyatakan kepintaran emosi diperlukan dalam membuat
keputusan. Keputusan yang dibuat adalah satu proses yang memenuhi kehendak satu
organisasi termasuklah bebanan yang akan diterima sama ada positif atau negatif bagi
mendapatkan keputusan yang paling optimum atau secara terbaik. Hal ini amat menepati
konsep kepimpinan demi memelihara kesejahteraan sesebuah organisasi.
Sebagai seorang pemimpin, Raja Bujang bijak berhadapan dalam menangani
permasalahan-permasalahan yang kompleks. Namun situasi ini tidak menyebabkan Raja
Bujang menggelabah dan bertindak mengikut emosi dan perasaan yang marah. Pada
asasnya, emosi positif meningkatkan kesejahteraan diri dalam jangka masa panjang
(Cheng, 2004). Hal ini disokong Fineman (2003), menyatakan bahawa pengurusan emosi
adalah penting dalam bidang pengurusan sumber manusia, kelakuan organisasi, dan
psikologi organisasi terutamanya dari segi kepimpinan, membuat keputusan, menangani
perubahan dalam organisasi, dan pengurusan konflik. Bertitik tolak daripada peristiwa
tersebut, pemikiran yang rasional dapat menghasilkan satu jalan penyelesaian yang tepat.
Pemikiran yang rasional ini datangnya daripada kebijaksanaan, iaitu bagaimana cara
seorang seorang pemimpin yang bijak berfikir dan meramalkan situasi jangka panjang
yang akan berlaku. Keputusan dan langkah yang silap boleh mengundang padah. Namun
kebijaksanaanlah yang telah menyelamatkan adindanya daripada penyakit misteri dan
kehancuran sebuah negara. Inilah yang menjadi alasan mengapa kebijaksanaan diperlukan
dalam proses memimpin. Paparan sifat kebijaksanaan yang dilantunkan dalam teks ini
yang diperlihatkan melalui strategi perancangan bijak watak pemimpin telah mengangkat
131
satu aspek pemikiran pengurusan kepemimpinan Melayu khususnya dalam aspek
perancangan yang seharusnya diteladani.
Pengaplikasian peringkat-peringkat perancangan, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii)
membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif, dan (iii) memilih satu cara atau pelbagai cara
telah dipraktikkan watak Raja Bujang untuk mencapai matlamatnya. Peringkat-peringkat
perancangan yang ditekuni pada watak Raja Bujang Deman ini menyebelahi prinsip
perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik
tolak daripada keberkesanan perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada
Raja Bujang dalam menyembuhkan penyakit misteri adindanya dan dapat menyelesaikan
konflik dan krisis yang berlaku antara dua buah negara.
3.4.3.2 Perancangan Tuanku Malim Dewa Menyelamatkan Tuanku Puteri Andam
Dewi daripada Maharaja Pertukal
Tuanku Malim Dewa telah merencanakan strategi demi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan untuk menyelamatkan Tuanku Puteri Andam Dewi daripada genggaman
Maharaja Pertukal. Azman Che Omar (2003, p.77) dalam bukunya, Pengurusan
Malaysia: Dari Perspektif Islam pula mentakrifkan perancangan sebagai satu proses
menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan
yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalaman organisasi dan
persekitaran luaran yang akan mempengaruhi sesebuah organisasi untuk mencapai
objektif tersebut.
Tuanku Malim Dewa belayar ke negeri Maharaja Pertukal dengan harapan bertemu
dengan isterinya. Bagi memantapkan rancangan menyelamat Tuanku Puteri Andam Dewi,
Tuanku Malim Dewa telah mengaplikasi teknik penyamaran dengan bijak. Tuanku Malim
Dewa telah menukar identiti dirinya kepada Sutan Perindangan. Tuanku telah mengubah
wajahnya dan memakai pakaiaan seperti Sutan Perindangan. Pemilihan mengunakan
132
identiti Sutan Perindangan adalah keputusan yang bernas. Hal ini kerana, Sutan
Perindangan ialah hulubalang kepercayaan Maharaja Pertukal. Menurut Gary Dessler,
“perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum
membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.”
Strategi penyamaran yang diaplikasi oleh Tuanku Malim Dewa berjalan dengan lancar
dan berkesan. Maharaja Pertukal telah jatuh dalam perangkap Tuanku Malim Dewa. Hal
ini dapat dilihat Tuanku Malim Dewa berjaya memperoleh kepercayaan daripada
Maharaja Pertukal. Maharaja Pertukal membenarkan Tuanku Malim Dewa untuk
berjumpa dengan Tuan Puteri Andam Dewi serta Tuanku Malim Dewa diarahkan menjaga
Tuan Puteri Andam Dewi supaya tiada orang lain yang boleh mendekati tuan puteri.
Perancangan Tuanku Malim Dewa yang strategik membuahkan hasil kerana baginda
berjaya menyelamatkan Tuan puteri daripada Maharaja Pertukal. Tuan Malim Dewa telah
menunjukkan dirinya berkemampuan membuat perancangan yang bijak sehingga berjaya
mencapai matlamat yang telah disasarkan.
‘Maka habislah sekaliannya mati dibunuh oleh baginda, seorang pun tiada tinggal
lagi daripada laki-laki dan perempuan, kecil besar, tua muda, hanyalah tinggal
seorang puteri Maharaja Pertukal yang bernama Tuan Puteri Cahaya Laut, dijadikan
oleh baginda Si Kembang Cina, dayang-dayang Tuan Puteri Andam Dewi.’
(Hikayat Malim Dewa 1908, p.99)
Peristiwa semasa Tuanku Malim Dewa pergi menyelamatkan Tuan Puteri Andam
Dewi menampakkan wujudnya sikap seorang yang pengasih dalam diri Tuanku Malim
Dewa. Tuanku Malim Dewa telah bersemuka dengan Maharaja Pertukal secara dua mata
dan mereka telah bertarung antara satu sama lain. Maharaja Pertukal dan bersama
pembesar-pembesarnya yang lain tumpas di tangan Tuanku Malim Dewa dan hanya puteri
Maharaja Pertukal yang masih hidup. Hal ini jelas menggambarkan Tuanku Malim Dewa
seorang yang amat pengasih. Baginda tidak meninggalkan tuan puteri keseorangan malah
diambil dan dijadikan sebagai Si Kembang Cina untuk Tuan Puteri Andam Dewi.
133
Prinsip perancangan yang dianalisis berdasarkan peristiwa di atas, dapat diteliti
berdasarkan peringkat-peringkat perancangan, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii)
membentuk strategi dan (iii) memilih satu cara atau pelbagai cara. Peringkat-peringkat
perancangan yang ditekuni pada watak Tuanku Malim Dewa ini selari dan signifikan
dengan prinsip perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan perancangan inilah yang telah membuahkan
kejayaan kepada Tuanku Malim Dewa dalam menyelamatkan Tuan Puteri Andam Dewi.
3.4.3.3 Perancangan Datuk Batin Alam Mengusir Awang Sulung Merah Muda
Peristiwa yang memperlihatkan perancangan dapat ditekuni pada watak antagonis Datuk
Batin Alam. Menurut Gary Dessler, “perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci
yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu
tindakan.” Manakala Andrew F. Sikula pula menyatakan “perancangan mengandungi
aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang dibuat sebelum berlakunya sesuatu.”
Datuk Batin Alam telah menetapkan objektifnya, iaitu ingin menuntut kembali
hutangnya kepada Awang Sulung Merah Muda. Dalam merencanakan objektifnya,
strategi demi strategi yang dibentuk Datuk Batin Alam telah memberikan tekanan emosi
yang hebat kepada Awang Sulung Merah Muda. Strategi awal yang digunakan oleh Datuk
Batin Alam lebih menjurus kepada tugasan-tugasan yang tidak pernah dilakukan oleh
Awang Sulung. Hal ini kerana sebagai putera raja Awang Sulung tidak pernah melakukan
tugasan-tugasan berikut. Hal ini di luar kemampuan beliau.
Hatta, maka pada suatu hari bertitah Tuanku Datuk Batin Alam suruh Awang
Sulung memukat di dalam laut. Maka sembah Awang Sulung Merah Muda
“Bagaimana Tuanku, patik tahu memukat, melihat pun tidak”.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 36)
Kalakian pada hari lain bertitah Tuanku Datuk Batin Alam suruh Awang Sulung
Merah Muda membuat kakap panjang tujuh depa sehasta, sepeliuh, sepelambai.
134
Maka sembah Awang Sulung, “Tak usah dikatakan membuat, tiada pernah patik
melihat orang membuat perahu itu.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 36)
Datuk Batin Alam bukan sahaja memberi tekanan dari sudut psikologi malah telah
mengancam dari aspek fizikal terhadap watak Awang Sulung Merah Muda. Pelbagai kerja
yang suruh dilakukan memperlihatkan ketidakrelevan dengan usia dan tahap kematangan
Awang Sulung pada ketika itu. Sebagai pengukuhan kepada objektif yang dirancang.
Apabila emosi menguasai diri manusia hilang pertimbangan. Emosi negatif seperti
kemarahan dan kebencian yang dijanakan oleh kritikan yang destruktif mungkin
mengurangkan kesediaan seseorang untuk berhadapan dengan individu lain dalam
keadaan yang harmoni (Baron, 1988).
Lalu murkalah Datuk Batin alam ditampar diterajangnya Awang Sulung Merah
Muda, tiada ketahuan marahnya lagi langsung berangkat dari situ.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.36)
Maka dicampakkan beliung di tangan, berlari pulang mengambil lembing serangkap
lalu ditikamnya awing Sulung; datang suatu lembing dilepaskan datang dua
dihamburkan; datang tiga diendapkan. Maka ia pun terjun ke tanah ditikam juga
berturut-turut; Awang sulung pun melepaskan jua.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 40)
Maka bertambah-tambahlah murka Datuk Batin Alam, lalu menghunus pedang
panjang sambil menetak kepala Awang Sulung. Maka dilepaskan oleh Awang
Sulung; tetak tinggi diendapkan, tetak rendah dihamburkan; habis berputusan
batang pinang, batang pisang, batang birah, sehingga teranglah di dalam kampung
yang besar, lalulah berkata Tuan Puteri Dayang Nuramah, “baiklah abang lari,
adinda boleh memegangkan pinggang ayahanda.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 40)
Peristiwa-peristiwa yang ditimbulkan dalam petikan di atas memperlihatkan tindakan
demi tindakan yang telah dilakukan terhadap Awang Sulung. Kemuncak kemarahan
apabila Datuk Batin Alam sampai ke tahap ingin mencederakan dan membunuh Awang
Sulung Merah Muda. Keadaan ini telah membuat Awang Sulung mengambil langkah
nekad untuk keluar mengembara dan menyelesaikan hutangnya kepada Datuk Batin
135
Alam. Keputusan nekad yang diambil telah memperlihatkan satu kejayaan kepada Datuk
Batin Alam apabila berjaya mengusir Awang Sulung keluar dari istana. Menurut Ainon
Mohd (2003), akal adalah fitrah manusia untuk berfikir, tetapi dalam menggunakan akal
biasa sesekali seseorang itu membuat keputusan yang salah kerana dia tidak menggunakan
logik akalnya. Menurut Jaafar Muhamad (2000) manusia memang emosional dalam
melakukan sesuatu perkara.
Sehubungan itu, kepimpinan juga terlibat secara langsung menghadapi gangguan
emosi. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Fiedler (1967) & Lynne Millward (2005) yang
menyatakan bahawa kebanyakan keputusan kritikal dalam kepimpinan dibuat di bawah
situasi tekanan yang amat tinggi. Hal ini boleh menyebabkan berlaku kezaliman dalam
pentadbiran sebuah negeri sekiranya pemimpin bertindak mengikut nafsu marah dan
hilang pertimbangan. Sikap yang dipamerkan Datuk Batin Alam bertentangan dengan
pandangan (Goleman, Boyatzis dan McKee, 2002) yang menjelaskan pemimpin yang
mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan mempamerkan tingkah laku yang positif,
berfikiran positif dan mempunyai emosi yang positif. Kecerdasan emosi pemimpin
merujuk kepada kemampuan mengenal pasti dan mengawal emosi diri dan emosi orang
lain, memotivasikan diri, mengurus emosi diri dan mengurus perhubungan dengan orang
lain (Goleman, 1998).
Menurut Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), kepintaran dan kebijaksanaan sahaja
tidak memadai sekiranya tidak disusuli dengan strategi-strategi dan tindakan yang bijak
untuk mencapai objektif. Oleh itu, perancangan merupakan satu mekanisme yang penting
yang harus ada untuk memastikan matlamat yang dibentuk boleh dicapai. Perancangan
yang dibentuk bukanlah seratus peratus penentu kejayaan tetapi perancangan merupakan
suatu gagasan idea dan pemikiran yang merangkumi usaha, alternatif dan tindakan yang
diambil untuk menyempurnakan objektif yang telah direncanakan. Dengan perancangan
136
yang teliti dan sistematik, maka segala yang dimatlamatkan berpotensi dan
berkemungkinan besar boleh dicapai (Mohamad Mokhtar Abu Hassan, 2013).
Situasi perancangan melalui peristiwa ini amat kontradiksi dengan perancangan yang
dibincangkan dalam peristiwa-peristiwa sebelumnya. Hal ini kerana situasi ini
memperlihatkan satu sifat ketidakperimanusiaan dan kekejaman yang dilakukan terhadap
darah daging sendiri. Walau bagaimanapun perspektif yang ingin difokuskan dalam
perbincangan ini ialah perancangan. Kuasa perancangan telah membolehkan objektif yang
dirancang dan disasarkan dapat dicapai. Hal ini membuktikan bahawa prinsip
perancangan yang ditekuni pada watak antagonis ini berjaya mempengaruhi hala tuju dan
tindakan beliau ke arah merealisasikan objektif telah diekspresikan pada naratif
penceritaan teks ini.
3.4.3.4 Perancangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa Mendapatkan Kembali
Suaminya
Dalam merealisasikan objektifnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah melaksanakan
dimensi-dimensi perancangan ini untuk mencapai objektifnya. Menurut Gary Dessler,
“perancangan sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum
membuat sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.” Manakala Andrew F. Sikula pula
menyatakan “perancangan mengandungi aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang dibuat
sebelum berlakunya sesuatu.” Perancangan sebagai satu proses menentukan objektif yang
dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik.
Objektif Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu jelas iaitu, untuk mendapatkan kembali
suaminya. Pada umumnya, penetapan objektif merupakan suatu keputusan yang dibuat
dalam rangka untuk memecahkan suatu permasalahan atau suatu persoalan (problem
solving). Ini bererti bahawa setiap keputusan yang dibuat pasti ada tujuan yang akan
dicapai. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah membentuk strategi dalam usaha untuk
137
mencapai tujuannya, iaitu mengembalikan suaminya ke pangkuan. Strategi yang terlintas
di fikiran Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pada ketika itu adalah dengan menggunakan
sabut nyiur dan bekam padi untuk merencanakan objektifnya. Perancangan bijak, iaitu
pemilihan menggunakan sabut dan bekam padi menyerlahkan suatu inisiatif yang tepat
dan sesuai dengan keadaan dan situasi pelayaran geliung panjang yang berada di tengah-
tengah lautan. Hal tersebut dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:
Maka adalah pada masa itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa membeli sabut nyiur,
sekam padi tiap-tiap hari dibelinya hingga penuh geliung panjang itu serta
diperbuatnya sebiji peti besi disuruhnya memanggil Bujang Selamat Panjang
Gombak.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998, p. 98)
Strategi yang digunakan Tuan Puteri memperlihatkan satu daya usaha yang
bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menarik perhatian suaminya kembali ke
pangkuan. Hal ini dapat diteliti dalam ungkapan. “… Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
membeli sabut nyiur, sekam padi tiap-tiap hari dibelinya …”(Hikayat Awang Sulung
Merah Muda, 1998, p. 98). Dalam merencanakan strateginya, Tuan Puteri telah
mendapatkan pertolongan daripada Bujang Selamat iaitu pembantu kepada Awang
Sulung Merah Muda sebagai pengukuhan kepada strategi yang dirancang. Kepimpinan
adalah kemampuan dan daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga
menyebabkan seseorang sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat
yang dipersetujui (Robbins 2003, Jamaliah & Norazimah 2010). Hal ini seperti yang
digambarkan dalam petikan di bawah:
“Hai Bujang Selamat, inilah hajat beta memanggil engkau ke mari. Pada esok hari
naiklah engkau ke darat. Apabila Awang Sulung asyik menyabung tunjukkanlah
geliung panjang ini berasap seperti terbakar.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 99)
Strategi pembakaran sabut dan bekam padi merupakan pilihan alternatif yang
diimplementasikan oleh Tuan Puteri untuk mengembalikan suaminya ke geliung panjang.
138
Lakonan dan aksi spontan yang dimainkan oleh Bujang Selamat sewaktu berlaku
peristiwa pembakaran geliung panjang telah berjaya mengukuhkan strategi perancangan
yang telah dibentuk. Awang Sulung Merah Muda terpedaya dengan tipu muslihat yang
dimainkan oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung panjang terbakar merupakan
kemuncak kejayaan strategi yang diatur. Impaknya, Awang Sulung tanpa berfikir panjang
lagi terus pergi ke geliung panjang untuk mendapatkan kembali Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa apabila mendapati geliung panjang kepunyaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
terbakar.
Maka sembah Bujang Selamat kepada Awang Sulung Merah Muda, wahai Pak
Bongsu, terbakar sudah geliung panjang itu. Maka dicampakkannya oleh Awang
Sulung Merah Muda ayam daripada tangannya berlari-lari turun keduanya berkayuh
berganti-ganti.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.99)
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menggunakan akal pemikiran yang waras dan rasional
dalam mendapatkan kembali suaminya. Tindakan dan keputusan yang dibuat dengan
mengetepikan sikap emosional amat tepat dan bersesuaian untuk melaksanakan
perancangan bestarinya kerana relevan dengan situasi dan latar pada masa itu. Bedwell
(2001) mengaitkan individu yang mempunyai kecerdasan emosi tinggi kerana keupayaan
mereka dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang dengan bijak.
Kecekapan menggunakan kecerdasan emosi membawa kepada keberhasilan yang
produktif bukan sahaja pada peringkat individu malah pada peringkat organisasi.
Kematangan dalam membuat keputusan telah menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa berjaya mencapai matlamatnya. Hal ini menepati pandangan (Herkenhoff, 2004)
yang menjelaskan bahawa pemimpin yang berjaya memerlukan kedua-dua kemampuan,
iaitu kemampuan intelektual untuk memenuhi cabaran kognitif dan kemampuan emosi
untuk memberi inspirasi dan empati kepada orang lain.
139
Perancangan muslihat Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah memanifestasikan bahawa
kecerdasan akal fikiran sebagai satu indikator terbaik untuk merealisasikan objektif yang
disasarkan. Kejayaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa adalah bertitik tolak daripada
keberkesanan dimensi-dimensi yang diaturnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan.
Proses-proses perancangan yang ditekuni pada watak Tuan Puteri Dayang seri Jawa ini
selari dan signifikan dengan peringkat-peringkat perancangan yang diketengahkan oleh
Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan
perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa iaitu, mengembalikan semula suaminya Awang Sulung Merah Muda ke geliung
panjang dan ke pangkuannya.
Analisis peristiwa di atas mematuhi saranan Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013,
p.8), yang menyatakan bahawa prinsip perancangan dapat diteliti berdasarkan peringkat-
peringkat perancangan, iaitu (i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi dan (iii)
memilih satu cara atau pelbagai cara. Peringkat-peringkat perancangan yang ditekuni pada
watak Dayang Seri Jawa ini bersesuaian dengan prinsip perancangan yang diketengahkan
oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan
perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Dayang Seri Jawa untuk
mendapatkan kembali suaminya.
3.4.3.5 Perancangan Tuanku Si Helang Bakau untuk Mendapatkan Pewaris Takhta
Kerajaan
Berdasarkan analisis peristiwa Tuanku Si Helang Bakau mendapatkan pewaris takhta
kerajaan, terserlah satu ciri penting pengurusan yang dilakukan oleh watak tersebut dalam
merealisasikan misi baginda iaitu perancangan. Menurut Gary Dessler, “perancangan
sebagai kaedah-kaedah yang terperinci yang diatur terlebih dahulu sebelum membuat
sesuatu atau melaksanakan sesuatu tindakan.” Manakala Andrew F. Sikula pula
140
menyatakan “perancangan mengandungi aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang dibuat
sebelum berlakunya sesuatu.”
Keberhasilan suatu proses kegiatan agar dapat mencapai tujuannya secara efektif dan
efisien ditentukan oleh perancangan yang matang. Di sebalik perancangan yang
digambarkan terserlah sifat pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh yang
terpancar sewaktu beliau membuat keputusan seperti yang dilantunkan watak Tuanku Si
Helang Bakau dalam usaha mendapatkan zuriat. Menerusi peristiwa tersebut, Tuanku Si
Helang Bakau telah menetapkan objektif iaitu untuk mendapatkan seorang zuriat sebagai
penyambung waris takhta kerajaan. Dalam peristiwa mendapatkan pewaris takhta ini,
Tuanku Si Helang Bakau telah memikirkan dan mengikhtiar pelbagai cara dan jalan
terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.
Perancangan merupakan suatu kegiatan yang sangat penting kerana merupakan tolok
ukur dari keberhasilan tujuan yang telah ditetapkan oleh seseorang watak Dalam
merealisasikan objektif, baginda telah menetapkan objektifnya dengan jelas iaitu untuk
mendapatkan zuriat sulungnya. Penetapan objektif ini bertitik tolak daripada kegusaran
dan kebimbangan Tuanku Si Helang Laut dan isterinya Tuanku Si Helang Bakau kerana
ketiadaan pewaris takhta kerajaan yang bakal menggantikan baginda kelak. Dalam
merancang strategi untuk mendapatkan zuriat ini, Tuanku Si Helang Laut dan Tuanku Si
Helang Bakau telah pergi ke suatu tempat iaitu Lautan Tanjung Jati bertujuan untuk
berkaul dan berniat. Berkaul dan berniat merupakan suatu alternatif yang digunakan oleh
pasangan diraja tersebut untuk disesuaikan denagn objektif yang ingin dicapai. Tuanku Si
Helang Laut mendapat idea untuk berkaul bagi menyelesaikan masalah mereka untuk
mendapatkan zuriat melalui mimpi. Dalam mengukuhkan strateginya, Tuanku Si Helang
Laut dan isterinya juga telah menjalankan beberapa upacara seperti bersiram dan berlimau
sebagai pengukuhan kepada strategi yang dirancang. Penggunaan unsur-unsur kemenyan
141
mandung jati, kemenyan putih berat sekati merupakan pelengkap kepada strategi yang
diebntuk. Peristiwa ini dapat diteliti dalam petikan di bawah:
Baginda Tuanku Si Helang Laut dan juga Tuan Puteri Si Helang Bakau dua laki
isteri berkata Baiklah kita pergi berkaul dan berniat di Lautan Tanjung Jati, mudah-
mudahan dikurniakan Allah subhanahu wataala kita mendapat putera. Setelah
sampailah di keramat di tengah Lautan Tanjung Jati, berangkatlah ia bersiram dan
berlimau kedua laki isterinya lalu diambil kemenyan mandung jati: kemenyan putih
berat sekati.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.3-4)
Strategi yang dipraktikkan telah membuahkan hasil apabila setelah beberapa bulan
sekembalinya daripada berkaul Tuanku Si Helang Bakau mendapati isterinya hamil.
Strategi Tuanku Si Helang Laut selanjutnya adalah pergi untuk memburu seekor pelanduk
jantan putih untuk dibawa pulang ke istana sebagai satu hidangan untuk isterinya yang
sedang mengidamkan makanan pelanduk jantan putih tersebut sebagai pengukuhan untuk
merencanakan objektif. Suasana yang digambarkan oleh pengarang sewaktu peristiwa
perburuan tersebut adalah seperti di bawah:
Berderu-deru hujan panas, sabung-menyabung kilat, panah-memanah halilintar.
Maka turunlah seekor pelanduk jantan putih mengandung, lalu diterkam baginda.
Maka dapatlah baginda pelanduk itu lalu berangkat kembali ke istananya.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.5)
Perancangan sangat diperlukan oleh individu untuk menyediakan suatu prosedur dalam
rangka mencapai tujuan organisasi. Strategi yang digunakan oleh Tuanku Si Helang Laut
dan juga isterinya menampakkan perancangan sistematik yang membolehkan Tuanku Si
Helang Bakau berjaya mencapai objektifnya dengan keizinan Yang Maha kuasa. Tuanku
Si Helang Laut dan isteri mendapati perancangan mereka berjalan dengan lancar. Objektif
untuk mendapatkan zuriat bagi pasangan itu berjaya dicapai oleh Tuanku Si Helang Laut
dan juga isterinya Tuanku Si Helang Bakau berdasarkan strategi yang disusun.
Kebijaksanaan Tuanku Si Helang Laut dalam mengukuhkan rancangan terserlah atas
inisiatif dan usaha mereka berdua untuk mengikhtiar dalam mendapatkan zuriat. Maka
142
dengan berjayanya pelaksanaan dimensi-dimensi perancangan, akhirnya mereka berdua
telah mendapat seorang cahaya mata iaitu putera sulung baginda yang dinamakan Awang
Sulung Merah Muda.
Maka segala bidan pun datanglah bertunggu dan berjaga Tuan Puteri gering itu.
Maka Tuan Puteri pun teramat gering sampai pada;
Hari Ahad bertimpa Senin
Dua belas haribulan purnama
Dua belas tapak bayang-bayang
Maka Tuan Puteri pun lepaslah gering bersalin. Maka puteranya keluar daripada
kandungan bondanya;
Tujuh bilah lantai terpatah,
Tujuh mengkawan atap terpatah
Berderu-deru hujan panas
Panah-memanah halilintar
Bebunyi sekalian bunyi-bunyian
Maka disambut Datuk Bidan Raja serta bidan yang ketujuh dengan selamatnya,
disiramkan di dalam pasu emas seperti anak raja yang besar-besar:
Panjang bagai diumbut,
Besar bagai ditambah,
Cerdik bagai diajari,
Lain sehari lain semalam.
Maka dikerat pusatnya, dibedung dengan kain yang keemasan. Maka disambut
anakanda dan pengasuh kandamandanya, dipersembahkan kepada baginda dengan
kesukaan baginda. Maka puteranya dinamakan Awang Sulung Merah Muda.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.14-15)
Kebijaksanaan Tuanku Si Helang Laut menyerlahkan tahap keintelektualan dan
pemikiran berwawasan baginda sebagai satu indikator untuk mencapai objektif yang telah
disasarkan. Pemikiran positif beliau berjaya memandu dan memacu hala tuju yang jelas
dalam konsep kekeluargaan tanpa memikirkan untuk berpoligami. Goleman, Boyatzis dan
McKee (2002) menyatakan bahawa pemimpin yang mempunyai kecerdasan emosi yang
tinggi mempamerkan tingkah laku yang positif, berfikiran positif dan mempunyai emosi
yang positif. Mereka juga menegaskan bahawa pemimpin yang mempunyai tahap
kecerdasan emosi yang tinggi berupaya menguruskan emosi mereka sendiri, bekerjasama
143
dengan orang lain, menangani konflik dan mempengaruhi orang-orang di sekelilingnya
untuk berfikiran positif. Kejayaan Tuanku si Helang Laut adalah bertitik tolak daripada
keberkesanan dimensi yang diaturnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Peringkat-
peringkat perancangan yang ditekuni pada watak pemerintah bandar Mengkaleh ini selari
dan signifikan dengan peringkat-peringkat perancangan yang diketengahkan oleh
Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan
perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Tuanku Si Helang Laut dan
Tuan Puteri Si Helang Bakau mendapatkan pewaris takhta kerajaan bandar Mengkaleh
sebagai kesinambungan legasi pemerintahan.
Tuanku Si Helang Bakau telah mempraktikkan peringkat-peringkat perancangan, iaitu
(i) menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif dan (iv) memilih
satu cara atau pelbagai cara. Peringkat-peringkat perancangan yang ditekuni pada watak
Tuanku Si Helang Laut selari dan signifikan dengan prinsip perancangan yang
diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada
keberkesanan perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Tuanku Si
Helang Bakau dalam mendapatkan pewaris takhta kerajaan.
3.5 Rumusan
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Deman
merupakan teks-teks kajian terpilih yang memperlihatkan kecenderungan yang tinggi
dalam memaparkan salah satu prinsip pengurusan yang diketengahkan oleh Mohamad
Mokhtar Abu Hassan (2013), iaitu prinsip perancangan. Peringkat-peringkat perancangan
yang diaplikasikan oleh watak-watak pemimpin dalam prinsip ini mempengaruhi gaya
kepimpinan seseorang pemimpin dalam memacu hala tuju organisasi ke arah mencapai
objektif yang telah ditetapkan. Hasil analisis kajian membuktikan bahawa watak utama
dan sampingan terpilih yang diketengahkan dalam kajian ini telah mempraktikkan prinsip
144
perancangan melalui peristiwa-peristiwa tertentu yang dikesan bertitik tolak daripada
analisis terhadap struktur teks. Pengaplikasian prinsip perancangan ini telah
mendampakkan wujudnya suatu perancangan bijak telah dilantunkan oleh watak-watak
dalam teks kajian ini. Impaknya, keberkesanan peringkat-peringkat perancangan yang
dilaksanakan pemimpin demi merealisasikan objektif berdasarkan peristiwa-peristiwa
penting dalam teks kajian menyerlahkan dan memancarkan satu ciri penting dalam aspek
pengurusan, iaitu perancangan telah diangkat dan diekspresikan dalam teks kajian.
Berdasarkan perbincangan dan analisis kajian yang dijalankan menggunakan Prinsip
Perancangan dalam teks-teks kajian, hasil dapatan kajian memperlihatkan suatu
kecenderungan yang positif dalam menyokong prinsip yang diketengahkan. Hal ini amat
signifikan dan relevan kerana perancangan merupakan satu aspek penting yang perlu
diberi perhatian oleh pemimpin dalam pengurusan sesebuah organisasi. Analisis peristiwa
yang dilakukan secara rinci memperlihatkan pengaplikasian dimensi-dimensi
perancangan yang diimplementasikan oleh watak yang ditimbulkan dalam kajian
mematuhi prinsip perancangan yang diketengahkan Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013). Bertepatan dengan saranan pendekatan ini, tanpa perancangan yang sistematik dan
tersusun, keseluruhan kepimpinan organisasi akan hilang arah tuju. Justeru, proses
pengurusan organisasi yang dinamik, memerlukan kehadiran pemimpin yang
berkemampuan melihat jauh ke hadapan. Kemampuan pemimpin untuk menggariskan
langkah-langkah proaktif, tepat, konsisten dan rasional dalam pentadbiran organisasinya
telah melonjakkan karisma dan keintelektualan seseorang pemimpin. Kemampuan
menyusun rancangan rapi untuk mencegah kesan-kesan negatif dan mengatasi masalah
yang diramal bakal timbul merupakan satu lagi karisma yang dipancarkan dalam teks
kajian ini menyerlahkan kepentingan aspek pengurusan khususnya perancangan bijak
yang dapat ditekuni dalam teks-teks berkenaan.
145
Penelitian dan analisis yang dilakukan memberikan pengkaji satu keyakinan bahawa
aplikasi pengurusan dalam karya sastera merupakan suatu pendekatan yang dapat
memberikan kesan yang positif dalam sesebuah organisasi yang berskala kecil seperti
sebuah keluarga hingga yang berskala besar seperti sebuah negara. Pendekatan ini boleh
dijadikan sebagai asas dalam melaksanakan kritikan kerana hal ini terbukti melalui
pengesanan dan pengenalpastian khususnya prinsip perancangan. Pemugaran prinsip ini
mendampakkan kekayaan khazanah tradisional sebagai wadah untuk menyemai dan
menanam bibit-bibit kecintaan terhadap ketinggian nilai budaya dalam masyarakat tradisi.
Daya keintelektualan dalam pemikiran masyarakat tradisional perlu dipugar dan dicungkil
agar dapat mengangkasa martabat sastera tradisional yang sarat dengan pemikiran yang
bernas, cerdas lagi bernilai. Walaupun kita dimomokkan dengan mitos bahawa sastera
tradisional tidak memberikan manfaat pada masa hadapan, pada hakikatnya sastera ini
bukan sahaja mampu berfungsi sebagai kaedah mengajar, mendidik, menasihati dan
menghibur, tetapi turut menganjurkan aspek pengurusan yang popular dalam dunia
moden, yang secara dasarnya wujud dalam sesebuah organisasi. Daya pengurusan yang
dipancarkan menerusi perancangan yang bestari dalam teks-teks kajian oleh watak
Tuanku Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda, Tuanku Malim Deman, Raja Bujang
dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menyerahkan daya kepentingan sastera ini dalam
denyutan dunia globalisasi yang menuntut daya pemikiran yang kreatif, kritis dan
kemahiran yang tinggi.
146
BAB 4: PRINSIP KEPIMPINAN DALAM CERITA LIPUR LARA
4.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan analisis prinsip kepimpinan dalam teks-teks kajian terpilih, iaitu
Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik
Tunggal, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Malim Deman. Data-data daripada teks ini
dianalisis melalui kaedah analisis teks dengan menggunakan prinsip kepimpinan sebagai
landasan kajian. Penelitian ini dilakukan melalui proses mengenal pasti dan menganalisis
data berdasarkan prinsip kepimpinan. Penelitian analisis memberi tumpuan kepada watak
utama dan watak sampingan yang diteliti dari segi tindakan dan pemikiran watak yang
terkandung dalam teks kajian yang mempunyai hubung kait dengan aspek kepimpinan.
Kemudian, data dianalisis, dibincang dan dihuraikan berdasarkan isi kandungan teks.
Akhirnya, hasil dapatan kajian ini, dihuraikan secara rinci untuk membuktikan dan
menyokong rasional dan signifikan pendekatan yang diketengahkan dalam kajian ini.
4.2 Prinsip Kepimpinan
Prinsip Kepimpinan merupakan prinsip kedua yang diutarakan Mohamad Mokhtar Abu
Hassan (2013) dan diterapkan dalam kajian ini. Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997,
p.398) mendefinisikan kepimpinan sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi
orang supaya mereka akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah
pencapaian matlamat kumpulan. Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”.
Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang
tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti
“keupayaan memimpin” dan kepemimpinan pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya
seseorang pemimpin” (Kamus Dewan 1994, p.219).
147
Kepimpinan adalah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam
organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi (Stogdill, 1958, p.237).
Oleh itu, kepimpinan membawa pengertian “keupayaan memimpin” dan kepemimpinan
pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan, 1994,
p.219). Menurut R.M Stodgill (Jaafar Muhamad 1999, p.198), sifat keberkesanan
kepimpinan dapat diteliti melalui ranah-ranah pentadbiran, pendidikan, tanggungjawab,
penglibatan sosial dan status ekonomi. Jaafar Muhammad (1991, p.211) berpendapat
bahawa pada umumnya pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mempunyai sifat-
sifat kebijaksanaan dan keyakinan diri. Sebaik-baiknya manusia digalakkan untuk
menanam kegigihan, keazaman dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak
menekan atau mencucuk suatu kumpulan dari belakang, sebaliknya mereka meletakkan
diri di hadapan kumpulan itu untuk mencapai matlamat organisasi.
Kepimpinan merupakan satu mekanisme yang dinilai dari perspektif kemampuan dan
keupayaan seseorang pemimpin dalam mempengaruhi, menerajui atau mengendalikan
sesebuah organisasi iaitu keluarga, masyarakat dan negara. Kepimpinan yang berkesan
mengambil kira kecekapan pengurusan dan tingkah laku termasuklah keupayaan
memimpin dalam mencapai objektif dan arah tuju sama ada institusi atau organisasi yang
berskala kecil sehinggalah yang berskala besar seperti sebuah kerajaan. Hal ini amat
signifikan kerana karisma kepimpinan memperlihatkan jatuh bangunnya sesebuah
kerajaan yang dipimpin. Kepimpinan ialah tingkah laku yang mempunyai keupayaan
mengubah haluan sesuatu organisasi. Kepimpinan perlu memilih kriteria-kriteria tertentu
dalam usaha mencapai objektif organisasi. Mereka boleh memantau orang bawahan agar
mengikut kriteria yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat
mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat (Cartwright dan Zender, 1960, p.132)
dan (Halpin, 1960, p.149).
148
4.3 Pengklasifikasian Data Kajian
Berdasarkan analisis prinsip kepimpinan pengarang telah memperlihatkan dasar-dasar
pengurusan kepimpinan yang menjadi tonggak dan mekanisme pemimpin dalam teks-teks
kajian. Dasar-dasar yang diketengahkan dan dianalisis ini merupakan dasar-dasar
dominan yang menjadi inti pati penting dalam menggerakkan aspek pengurusan
kepimpinan organisasi dalam teks-teks kajian. Lantunan aspek kepimpinan yang dikesan
dalam analisis kajian, menyerlahkan ciri-ciri kepimpinan yang telah diaplikasikan dan
diimplementasikan oleh pemimpin dalam memacu hala tuju organisasi pentadbiran.
Dasar-dasar yang menjadi tonggak penting dan mekanisme kepimpinan yang dikesan dan
dikenal pasti adalah seperti berikut:
Melalui analisis ini dibincangkan aspek kepimpinan yang mencerminkan cara, sikap
dan mentaliti yang menjadi dasar, amalan dan praktis watak-watak dalam memacu hala
tuju organisasi daripada yang berskala kecil seperti sebuah keluarga sehingga berskala
besar seperti sebuah negara. Pengklasifikasian data bawah prinsip kepimpinan telah
diteliti berdasarkan mekanisme berikut:
i. Dasar kepimpinan yang berani membuat keputusan dan bersemangat waja dalam
menentang musuh negara
ii. Dasar kepimpinan bijaksana dalam mencapai misi dan visi negara
iii. Dasar kepimpinan berwawasan/ berpandangan jauh dalam pengurusan negara
iv. Dasar kepimpinan amanah/ jujur/ menepati janji dalam menangani konflik dan
krisis antara negara
v. Dasar kepimpinan bertanggungjawab dan adil demi kesejahteraan keluarga dan
kemajuan negara
vi. Dasar kepimpinan bertimbang rasa/ penyayang/ berjiwa rakyat
vii. Dasar kepimpinan mementingkan pendidikan terhadap pewaris takhta kerajaan
viii. Dasar kepimpinan bercakap benar dan menjauhi fitnah dalam pengurusan negara
149
Walau bagaimanapun, hasil analisis kajian turut membuktikan bahawa terdapat
kepimpinan yang berunsur negatif yang dilantunkan oleh watak-watak dalam teks kajian.
Pengesanan kepimpinan negatif ini menyerlahkan satu stigma yang terus menerus
membelenggu dan menjadi barah dalam sesebuah organisasi kepimpinan. Kepimpinan
negatif yang digambarkan ini telah memberikan implikasi dan impak yang negatif
terhadap agenda pembangunan sesebuah organisasi. Pengenalpastian ciri-ciri kepimpinan
negatif yang dikesan merupakan titik tolak ke arah kehancuran dan kemusnahan sesebuah
organisasi sekiranya tidak ditangani secara bijak, rasional dan profesional. Dilihat dari
perspektif tersebut, ciri-ciri kepimpinan negatif ini wajar dijadikan satu iktibar dan
pengajaran dalam proses pengurusan kepimpinan sesebuah organisasi.
4.4 Penerapan Prinsip Kepimpinan dalam Cerita Lipur Lara Terpilih
Menerusi prinsip kepimpinan ini, pengkaji membuat satu penelitian yang rinci melalui
proses mengesan, mengenal pasti dan seterusnya menganalisis mekanisme-mekanisme
penting yang diekspresikan watak-watak pemimpin berdasarkan prinsip kepimpinan.
Selanjutnya, perbincangan dan kupasan dalam bahagian ini turut meneliti sejauh mana
sesebuah karya ini dapat membawa dunia pengurusan dalam peristiwa penceritaan
naratifnya khususnya daripada perspektif kepimpinan. Hasil dapatan kajian ini dihuraikan
secara rinci untuk membuktikan dan menyokong rasional dan signifikan pendekatan yang
diketengahkan dalam kajian ini khususnya prinsip kepimpinan.
4.4.1 Dasar Kepimpinan yang Berani Membuat Keputusan dan Bersemangat
Waja dalam Menentang Musuh Negara
Keberanian seharusnya ada pada setiap individu terutamanya pemimpin namun perlu
dibatasi agar tidak mendatangkan kemudaratan. Menurut Tajul Arifin Nordin & Nor’aini
Dan (1992, p.33), keberanian ditafsirkan sebagai kesanggupan seseorang untuk
menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Berani didefinisikan sebagai
150
mempunyai hati yang mantap dan rasa percaya diri yang besar dalam menghadapi bahaya,
kesulitan; tidak takut (gentar, kecut). Hashim Musa pula menyatakan keberanian ini
merupakan tabah, kuat dan tidak takut menghadapi cabaran, berpegang kepada prinsip
dan membuat keputusan dan tindakan yang benar dan hak, bersedia mempertahankan
kebenaran dengan penuh tanggungjawab dan amanah (2008, p.68). Nilai keberanian
terbahagi kepada beberapa ciri, iaitu berani tidak membuta tuli, berani kerana benar,
berani mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab (Tajul Arifin Nordin &
Nor’aini Dan 1992, p.33). Perihal keberanian ini dapat dikaitkan dengan peristiwa yang
dialui watak utama, Tuanku Malim Dewa yang dapat diteliti dalam petikan di bawah:
“Hatta, setelah Garuda itu hampir dengan baginda, maka baginda segeralah
memarangkan pedang jenawi itu, kena ke leher garuda itu, putus terpelanting
kepalanya ketujuh sekali gugur ke bumi. Maka baginda pun terjun ke dalam lubang
itu…’
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.82)
Sifat keberanian yang terdapat pada watak Tuanku Malim Dewa sewaktu pertarungan
dengan burung garuda yang tergambar dalam petikan di atas merupakan salah satu ciri
kepimpinan yang perlu dan wajar ada pada setiap pemimpin. Perihal keberanian ini dapat
ditekuni menerusi watak Tuanku Malim Dewa yang berani menentang dan bertarung
dengan burung Garuda berseorangan demi menyelamatkan rakyat dan negeri daripada
dimusnahkan burung garuda tersebut. Ungkapan “… segeralah memarangkan pedang
jenawi itu, kena ke leher garuda itu, putus terpelanting kepalanya ketujuh sekali gugur ke
bumi’ (Hikayat Malim Dewa, 1988, p.82) memberi gambaran akan ketangkasan,
kecekapan dan keberanian yang amat luar biasa yang dimiliki oleh watak utama untuk
menentang dan menghapuskan musuh.
Kekuatan fizikal dan mental yang kuat dalam usaha untuk memerangi dan berjuang demi
menyelamatkan sebuah negara merupakan inti pati penting yang diangkat dalam peristiwa
tersebut. Perkara ini menepati takrifan keberanian menurut Norita Arifin (2006, p.119),
151
iaitu kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dan tentangan dengan penuh
yakin dan berani menanggung risiko. Keberanian juga dikatakan sebagai sikap tidak ragu-
ragu mengambil sesuatu tindakan walaupun dalam keadaan bahaya dan berisiko tinggi
(Aboebakar Atjeh 1988, p.19). Hal ini diperkukuh Mustafa Hj Daud yang menegaskan
bahawa keberanian merupakan nilai kebenaran dari segi pertuturan, perbuatan, tindakan
dan keyakinan (1995, p.35). Keberanian yang diekspresikan watak utama ini telah
memanifestasikan bahawa sifat keberanian merupakan satu indikator penting dalam
mengangkat kewibawaan dan integriti seseorang pemimpin.
Dalam Hikayat Malim Dewa ini terkandung pemikiran tentang kepahlawanan untuk
menggambarkan kekuatan seseorang pemerintah yang ingin melindungi negaranya
daripada serangan musuh. Hikayat Malim Dewa telah menyelitkan pemikiran tersebut
untuk menunjukkan ciri seorang pemerintah yang perlu ada sifat keberanian dan
kepahlawanan dalam diri mereka. Sebagai pemerintah, mereka hendaklah berani untuk
mempertahankan negeri demi rakyat jelata. Hikayat Malim Dewa telah memaparkan
perihal keberanian Tuanku Gombang Malim Dewa ketika baginda bersiap sedia untuk
pergi berperang dengan Maharaja Pertukal.
Seluar intan dikarang, Karangan Husan dan Husin, Bukan perbuatan zaman
sekarang, ditiup angin, berkalih musim. Panjangnya tengah tiga puluh, Tiga puluh
dengan rambu-rambunya. Tengkolok kampuh pelangi kunung, Bersurat kalimah
Arab, Tiap sudut ada azimat, Tiap segi ada hikmat, ‘Alimunan berkatimun,’ ‘Si
pedih tikam tak kena’ ‘Sendi gading baris laksaman ’ ‘Kunci mara, selisih mara,’
‘Sangka bunuh kata kasihan,’ ‘Si Awang lebih,’ ‘Si Palit gila,’ ‘Asyik sekampung ,
Bandung sekota,’ Kerisnya keris jalak jantan, Berkerawang pamur di pangkalnya,
Kalimat Arab di hujungnya, Besi bukan sebarang besi, Itulah nama besi Khersani,
Besi yang asal diturunkan Allah, Setahun Bugis berenang, Riak ditikam mati juga,
Setahun musuh berjalan, Bekas ditikam mati juga, Pedang jenawi lantai balai,
Berlingkar di dalam cembul gading, Dibubuhnya di dalam ikat pinggang.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.97-98)
Pemakaian beradat yang penuh simbolik yang digambarkan dalam petikan di atas
merupakan satu istiadat tradisi yang diekspresikan untuk berhadapan dengan pihak musuh
yang tidak kurang juga kehebatannya. Jika diamati secara simbolik, pakaian tersebut
152
memiliki keistimewaan dan keunikan yang tersendiri yang disertai azimat untuk tujuan
perlindungan daripada ancaman pihak musuh yang ingin menghapuskan baginda dan bala
tenteranya. Hal ini telah mendeskripsikan peristiwa peperangan yang dapat
mengaitkannya dengan keberanian, kehebatan dan kekebalan watak sekali gus
memanifestasikan citra kepimpinan yang bercirikan kepahlawanan yang tersemat dalam
diri pemimpin tersebut. Pembuktian peristiwa di atas, sekali gus menampakkan bahawa
ciri kepimpinan yang diketengahkan oleh pengarang melalui hasil analisis kajian
menyerlahkan satu indikator penting yang perlu ada dalam jiwa seorang pemimpin iaitu
keberanian telah diekspresikan dalam teks kajian.
Dasar kepimpinan berani, bersemangat waja dan kepahlawanan juga dapat ditekuni
dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Pentadbir yang bersemangat waja
melambangkan gaya kepimpinan yang mempunyai keberanian dan dimensi yang wajar
dimiliki oleh seseorang pemimpin. Bersemangat waja merupakan kekuatan dalaman yang
kental, utuh dan mantap. Dengan adanya sifat keberanian seseorang pemimpin sanggup
berjuang untuk mempertahankan rakyatnya. Pentadbir yang bersemangat waja dalam
pelbagai aspek termasuk keberanian dalam menegakkan kebenaran, keberanian dalam
menghadapi musuh dan keberanian dalam mengeluarkan hujah, pendapat dan pandangan
demi kemajuan masyarakat dan rakyat di bawah naungannya amat penting.
Keberanian dan kelantangan Awang Sulung Merah Muda menentang dan berdebat
dengan musuhnya, iaitu Tuanku Mambang Saujana, tunangan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:
Maka titah Awang Sulung Merah Muda, “Hai encik-encik panglima dengarkan ibarat beta
Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi,
Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak berani mati?
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.104)
153
Titahnya, “Hai Tuanku Mambang Saujana terimalah kiriman anak Bandar
Mengkaleh:
Padang Jenawi lanati balai,
Lut mati, tiada lut pun mati.”
Tatkala dilihat oleh Tuanku Mambang Saujana akan Awang Sulung Merah Muda
memanjangkan diri menghulurkan pedangnya tiga depa ke hadapan, takut dan
dahsyatlah ia, menggeletar segala sendi anggotanya. Maka Awang Sulung Merah
Muda pun melompat mencencang kena ke leher anak raja mambang itu.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.107)
Berdasarkan petikan di atas (p.107), dapat diperincikan bahawa sebagai suami kepada
Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, Awang Sulung Merah Muda tidak gentar dan sanggup
berdepan dengan tunangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, iaitu Tuanku Mambang
Saujana. Hal ini membuktikan bahawa Awang Sulung Merah Muda sanggup menerima
cabaran dan menghadapi tentangan daripada Tuanku Mambang Saujana. Berdasarkan
pantun empat kerat yang dilafazkan oleh Awang Sulung, ternyata baginda berani
mencabar lawannya dan tidak takut akan kematian atau tentangan. Keberanian ini
membuktikan bahawa seorang pahlawan raja yang mempunyai ilmu kekebalan dan
kesaktian tidak sesekali gentar untuk berhadapan dengan musuh malahan beliau tekad dan
bersemangat waja dalam berhadapan dengan saingannya itu. Hal ini sangat signifikan
kerana keberanian, kekuatan, semangat dan ketabahan yang ampuh merupakan nilai yang
wajar ada kepada seseorang pemimpin dalam pentadbirannya agar dihormati dan
disanjung tinggi dalam masyarakat. Paparan ini jelas memperlihatkan bahawa pengarang
berjaya mengekspresikan satu lagi aspek pengurusan kepimpinan dalam sesebuah
pentadbiran.
Semangat waja dan keberanian Awang Sulung juga terdapat pada halaman 107. Dengan
keberanian dan semangat waja yang diperlihatkan sewaktu aksi pertarungan dengan
Tuanku Mambang Saujana, Awang Sulung Merah Muda akhirnya dapat menewaskan
lawannya, iaitu Tuanku Mambang Saujana. Hal ini dapat diperhatikan menerusi pantun
dua kerat yang memberi gambaran tentang keberanian Awang Sulung Merah muda, iaitu
154
kemampuan dan ketangkasan fizikal dan mental Awang Sulung sewaktu menewaskan
Tuanku Mambang Saujana. Hal ini dapat diperhatikan pada petikan “… lut pun mati, tidak
lut pun mati” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1988, p.107). Pepatah ini jelas
memperlihatkan kesaktian yang dimiliki seorang pentadbir merupakan nilai tambah dan
pelengkap kepada sifat keberanian yang diekspresikan pada watak protagonis tersebut.
Apabila Awang Sulung memulakan langkah dan menyerang, maka Tuanku Mambang
Saujana ketakutan dan dengan tangkasnya Awang Sulung menyelesaikan misinya
mengalahkan pihak musuh atau lawan. Daripada paparan di atas memberi gambaran
tentang peri laku, gerak dan tindakan yang pantas dan tangkas dalam menewaskan musuh
merupakan inti pati penting yang perlu ada dalam jiwa seorang pentadbir yang
bersemangat waja lantas melantunkan satu aspek pengurusan kepahlawanan dalam polisi
pentadbiran.
Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal juga memperlihatkan pengaplikasian dasar
kepimpinan yang berani, bersemangat waja dan kepahlawanan. Seorang pemimpin yang
hebat mempunyai karisma yang tersendiri. Seorang pemimpin yang berkarisma
membezakannya antara pemimpin yang hebat dengan pemimpin yang biasa. Bak kata
orang, “satu dalam seribu”. Seorang pemimpin haruslah mempunyai sifat berani di dalam
diri dalam berhadapan dengan risiko dan musuh. Sikap berani Raja Anggun Cik Tunggal
dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:
Maka Raja Lasamana pun bertitah, “Ayuhai anakanda, adapun sebab ayahanda
persilakan anakanda ini kerana hendak menurunkan kenaikan Dendang Panjang
akan tempat semayam kenaikan anakanda hendak berlayar ke negeri Teluk
Tambang Papan itu berjumpa dengan Raja Berdurai putih kerana hendak menyapu
arang di muka. Maka sekarang anakanda silakanlah bersama di situ melihat
kenaikan itu; mana-mana alat yang tiada lengkap, boleh ayahanda cukupkan.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.38)
155
Berdasarkan petikan dialog Raja Laksamana di atas, terpancar sikap berani Raja
Anggun Cik Tunggal yang mahu berhadapan dengan Raja Berdurai Putih kerana
memisahkan nenda-nendanya dahulu. Ungkapan “Menyapu arang di muka” yang
membawa maksud melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberi aib atau
mencemarkan nama menonjolkan sifat dan perwatakan Raja Anggun Cik Tunggal yang
berani melakukan sesuatu terhadap Raja Berdurai Putih demi mengembalikan nenda-
nendanya. Sebagai seorang pemimpin, sifat berani haruslah menonjol di dalam diri. Sifat
ini harus dipupuk dan ditanam di dalam diri seorang pemimpin. Hal ini kerana sifat berani
yang ada dalam diri seorang pemimpin dan ditonjolkan melalui semangat perjuangan demi
menegakkan kebenaran dan membela nasib memperlihatkan keazaman dan kekuatan
spiritual dalaman yang dimiliki oleh Raja Anggun Cik Tunggal.
Sikap yang diperlihatkan Raja Anggun Cik Tunggal memancarkan persoalan dasar
kepimpinan yang berani dan bersemangat waja dalam menentang musuh negara. Menurut
Jeniri Amir (2010, p.87), pemimpin harus bersikap bertanggungjawab dalam menjalankan
amanah yang terletak di bahu mereka. Sebagai pemimpin, mereka mempunyai
tanggungjawab kepada rakyat yang dipimpinnya. Mereka juga mempunyai peranan dan
harus menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada diri mereka dengan sebaik-
baiknya. Sebagai pemimpin juga, mereka harus membuktikan kewibawaan negara yang
dipimpinnya dengan melaksanakan dasar-dasar keselamatan yang mampu disegani oleh
negara-negara serantau. Ketokohan kepimpinan ini dapat dibuktikan apabila Raja Anggun
Cik Tunggal mengambil keputusan untuk menentang kezaliman terhadap pewaris takhta
kerajaan daripada tawanan Raja Berdurai Putih. Hal ini dapat dijelaskan lagi dalam
petikan di bawah:
“Ampun nenda beribu-ribu ampun, sembah cunda harapkan diampun, seperti titah
nenda dengan nenek Datuk Orang Kaya Besar itu sudahlah terjunjung di atas bahu
jemala ubun-ubun cunda melainkan insya-Allah taala esok pagi cunda pergi
menghadap ayahanda Raja Laksamana itu memohonkan kenaikan Dendang Panjang
kerana kepada niat hati cunda hendak bermohon kepada nenda akan berlayar dengan
156
segeranya, kerana tiadalah lalu rasanya cunda duduk di dalam negeri ini lagi; biarlah
lekas cunda mengadu untung nasib dengan Raja Berdurai Putih ini; insya-Allah
taala selamat cunda kembali membawa nenda yang ketujuh, baharulah cunda
menjunjung ampun kurnia nenda ini.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.36)
Berdasarkan petikan di atas, kita dapat selami hati Raja Anggun Cik Tunggal yang
bermuram durja selepas beliau mengetahui perihal pewaris takhta kerajaan yang telah
ditawan oleh Raja Berdurai Putih akibat kejatuhan kerajaannya ke tangan Raja Bedurai
Putih. Oleh itu, setelah melakukan perbincangan dan membuat pertimbangan yang wajar,
Raja Anggun Cik Tunggal telah membuat satu keputusan yang berani dan tepat untuk
mencapai matlamat utamanya, iaitu berlayar segera untuk berhadapan dengan Raja
Berdurai Putih. Seorang pemimpin haruslah mempunyai matlamat yang jelas serta visi
dan misi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Ini kerana pemimpin yang
mempuyai hala tuju dan matlamat yang jelas, mampu memperlihatkan satu teladan yang
baik kepada rakyat dan negara. Kesungguhannya mencapai matlamat utama dalam
pelaksanaan tugas dan tanggungjawab merupakan satu inti pati penting dalam pengurusan
negara telah dipraktikkan oleh Raja Anggun Cik Tunggal. Bak kata pepatah, “di mana ada
kemahuan di situ ada jalan”, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Usaha dan semangat Raja Anggun Cik Tunggal menentang kezaliman dan penindasan
demi menyelamatkan keturunan dan legasi pemerintahan adalah satu usaha yang mulia
dan wajar. Secara ironinya, usaha ini bukan sahaja mampu menyatukan sebuah keluarga
yang telah terpisah bertahun-tahun lamanya, namun jauh yang lebih penting dapat
mengembalikan maruah dan integriti kerajaan di bawah pimpinannya yang pernah
ditindas dan dizalimi oleh Raja Bedurai Putih. Peristiwa ini telah melengkapkan satu
tanggungjawab sosial yang perlu dipikul oleh seorang pemimpin demi memastikan legasi
keturunan dan pemerintahannya disegani dan digeruni negara serantau. Dasar kepimpinan
yang berani dan bersemangat waja dalam menentang musuh negara yang diterjemahkan
157
Raja Anggun Cik Tunggal telah membentuk satu penyatuan dan mengangkat kembali
kegemilangan sebuah negara. Paparan ini sekali gus mengangkat satu ciri pengurusan
kepimpinan ideal, iaitu keberanian dan bersemangat waja dalam menentang musuh negara
yang telah diekspresikan dalam teks kajian ini.
Hikayat Raja Muda juga memperlihatkan dasar kepimpinan yang berani, bersemangat
waja dan kepahlawanan. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan berikut:
Maka pedang penyamun yang ketujuh itu pun tiada mengenai baginda, ditetak ke
kiri baginda melompat ke kanan; ditetak ke kanan, baginda melompat ke kiri; ditetak
ke atas; baginda menyusup ke bawah; ditetak ke bawah, baginda melompat ke atas
tujuh depa tingginya, sambil melompat itu baginda menghunus parang puting
parang kesaktian segera diparangkan baginda, kenalah leher penyamun yang
ketujuh itu putus ketujuhnya bagai dirampat, bagai digunting, seperti menetak
batang keladi sahaja.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.36)
Sikap kepahlawanan adalah sikap yang menunjukkan keberanian dan pengorbanan
yang tinggi dalam berjuang mencapai suatu hal. Keagungan raja juga digambarkan oleh
pengarang-pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap penting
yang memanifestasikan satu nilai kepimpinan dalam pentadbiran. Melalui gambaran
dalam petikan peristiwa peperangan antara Raja Muda dan penyamun ketujuh,
memperlihatkan ketangkasan dan keberanian Raja Muda menewaskan dan menumpaskan
musuhnya, iaitu penyamun ketujuh. Dengan keberanian ditambah lagi dengan unsur
kesaktian parang yang dimiliki baginda telah membantu untuk membunuh penyamun
tersebut. Frasa “… parang kesaktian segera diparangkan baginda, kenalah leher
penyamun yang ketujuh itu putus ketujuhnya bagai dirampat, bagai digunting” (Hikayat
Raja Muda, 1988, p.36) menunjukkan betapa hebat dan tangkasnya Raja Muda
menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk membunuh pihak lawan.
Karya-karya cerita lipur lara Melayu berfokus kepada raja yang diletakkan pada
kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan utama
158
dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja diberikan gambaran-gambaran hebat
termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur keberanian, bersemangat waja dan
kepahlawanan. Keistimewaan dan kelebihan raja dalam cerita lipur lara Melayu
ditonjolkan melalui pakaian, perhiasan, senjata dan peralatan raja yang mempunyai unsur
kesaktian dan hikmat yang membantu watak utama untuk mencapai kejayaan. Raja perlu
mempunyai jati diri dan semangat spiritual yang kuat. Raja yang dimanifestasikan dalam
Hikayat Raja Muda telah diberi unsur-unsur kekebalan dan kesaktian. Raja yang lemah
menyebabkannya boleh dimanipulasi oleh pihak lain yang tidak
bertanggungjawab. Kepimpinan raja dalam cerita lipur lara ini adalah melihat kepada
kualiti perilaku, sikap dan pemikiran yang ada pada seseorang raja sebagai pemerintah.
Selain dari keagungan nasab, kelebihan pakaian, dan kesaktian ciri-ciri kepimpinan ini,
sifat keberanian, bersemangat waja dan kepahlawanan merupakan ciri pelengkap yang
menjadi acuan penting kejayaan dan kegagalan kepimpinan dalam pentadbiran negeri.
Ciri-ciri kepimpinan ini telah dipancarkan dalam Hikayat Raja Muda.
Dasar kepimpinan berani, bersemangat waja dan kepahlawanan juga dapat ditekuni
dalam Hikayat Malim Deman. Perilaku, gerak dan tindakan yang pantas dan tangkas
dalam menewaskan musuh merupakan inti pati penting yang perlu ada dalam jiwa seorang
pentadbir yang bersemangat waja lantas melantunkan satu aspek pengurusan
kepahlawanan dalam polisi pentadbiran. Hikayat Malim Deman juga telah menunjukkan
sifat kepahlawanan sang wira. Hal ini dapat dibuktikan dengan puisi berirama di bawah
yang memberikan gambaran tingkah laku Tuanku Malim Deman ketika diserang oleh
musuh dengan bertalu-talu.
Diparang ke kiri melompat ke kanan, Diparang ke bawah melompat ke atas,
Diparang ke atas menyusup ke bawah. Ditikam ke kiri ia ke kanan, Ditikam ke
kanan ia ke kiri, Ditikam ke hadapan ia ke belakang, Ditikam ke atas ia menyusup
ke bawah, Ditikam ke bawah ia melompat ke atas.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.64)
159
Dalam petikan pada halaman 64, Tuanku Malim Deman telah berjaya melawan
Mambang Molek, anak raja kayangan. Dengan sifat kepahlawanan itulah beliau berjaya
dalam sebarang pertempuran atau perlawanan. Umumnya, mereka yang bersifat
kepahlawanan ini memiliki jiwa besar, mempunyai kecekalan yang tinggi dan tidak
mudah tunduk kepada musuh, walau hanya bersenjatakan keris, tombak dan badik.
Mereka ini bukan sahaja gagah perkasa dan berani melawan musuh, malah mempunyai
ilmu di dada. Peribahasa-peribahasa seperti “kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan
hendak diduga”, “Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang”, “Biar
berputih tulang, jangan berputih mata” (Hikayat Malim Deman, 1988, p.64) sering
dikaitkan dengan kepahlawanan dalam masyarakat Melayu. Dalam hal ini, pengarang
telah menunjukkan ketangkasan serta penguasaan ilmu silat yang mendalam dapat
menewaskan musuh dengan mudah.
Berani juga boleh diumpamakan sebagai pedang sakti manusia untuk menangkis
segala rintangan dan halangan yang akan menyekat seseorang untuk terus mara ke arah
mencapai cita-cita atau hajatnya. Frasa “… Diparang ke kiri melompat ke kanan,
Diparang ke bawah melompat ke atas, Diparang ke atas menyusup ke bawah”, (Hikayat
Malim Deman, 1988, p.64) jelas memperlihatkan ketangkasan dan kecekapan seorang
pemimpin dalam ilmu persilatan. Ketangkasan yang diperkukuh dengan keberanian
merupakan satu gabungan kekuatan yang wujud dalam diri watak pemimpin ini
menyerlahkan kesignifikan watak untuk menghadapi cabaran dan tentangan daripada
pihak lawan. Kekuatan tersebut ditonjolkan melalui pemikiran dan tindakan seseorang.
Sifat berani itu adalah modal yang paling besar yang ada dalam diri, sekiranya ingin maju
dan berjaya serta ingin mengembalikan maruah yang telah hilang dalam diri (Hamka,
2011). Situasi ini amat tepat untuk memperjelaskan sifat keberanian yang perlu ada pada
diri seorang pemimpin. Keberanian merupakan satu lagi indikator penting yang diangkat
oleh pengarang melalui analisis teks bawah prinsip kepimpinan ini.
160
4.4.2 Dasar Kepimpinan Bijaksana dalam Pengurusan dan Pentadbiran Negara
Hikayat Malim Dewa turut menyerlahkan ketokohan watak, iaitu kebijaksanaan Tuanku
Malim Dewa dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan pertikaian antara dua buah
negara. Nilai kebijaksanaan golongan raja ditonjolkan melalui keagungan dan
kewibawaan raja-raja Melayu. Sifat-sifat kepimpinan yang ideal seperti kebijaksanaan
merupakan sifat yang perlu dimiliki oleh seorang raja. Sifat ini secara tidak langsung
menaikkan lagi imej raja-raja Melayu di mata rakyat jelata. Kebijaksanaan raja
digambarkan melalui watak Tuanku Malim Dewa, iaitu menyelamatkan keadaan dan
mengembalikan perpaduan dua buah negeri yang bersengketa kerana konflik
kekeluargaan. Kebijaksanaan Tuanku Malim Dewa yang digambarkan sebagai seorang
pemimpin yang bijak dalam merancang dan mencegah persengketaan daripada berterusan
dengan Maharaja Pertukal. Bertitik tolak daripada penolakan peminangan Tuan Puteri
Andam Dewi telah mencetuskan kemarahan dan perbalahan dengan Maharaja Pertukal.
Kemuncaknya Maharaja Pertukal telah mengenakan sihir terhadap Tuan Puteri Andam
Dewi. Berdasarkan analisis peristiwa Raja Bujang mengubati adindanya, Tuan Puteri
Andam Dewi terserlah kebijaksanaan watak tersebut. Dalam usaha mengatasi kemelut dan
konflik yang digambarkan terserlah sifat pemimpin yang arif dan bijaksana yang terpancar
sewaktu beliau membuat keputusan seperti yang diperlihatkan watak Raja Bujang dalam
usaha menyembuhkan adindanya.
Maka setelah didengar oleh Raja Bujang akan adinda baginda gering sangat itu,
maka ia pun berlari masuk ke dalam mahligai itu. Didapati ayahanda bonda
menangis pula yang teramat sangat, langsung segera ia menghampiri adindanya,
dirasa tubuhnya yang tinggal nadinya sahaja yang ada lagi. Maka raja Bujang pun
bertitah menyuruh memanggil tabib bomoh, dukun akan mengubati adinda baginda
itu, tiada juga mahu baik. Arakian, setelah didengar oleh Raja Bujang akan sembah
tabib yang tua itu, ia pun segera menitahkan Perdana Menteri membawa surat
menyilakan Maharaja Pertukal hendak bersahabat, janganlah jadi perbalahan lagi
berlaku saudara.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.59)
161
Maka Sultan Baginda Raja Bujang lalu bertitah, ‘Ayuhai kakanda Seri Maharaja
Pertukal, maka adapun sebab adinda persilakan kakanda berangkat ke mari ini, ada
suatu hajat adinda, jikalau ada mudah-mudahan adinda memohonkan ubat adinda
Tuan Puteri Andam Dewi itulah, terlalu gering sekarang, tambahan adinda hendak
berdamai dengan kakanda, jangan jadi perbalahan.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.62)
Kepimpinan Raja Bujang sebagai pemimpin yang digambarkan dalam teks Hikayat
Malim Dewa memperlihatkan ketokohannya. Beliau memperlihatkan ketokohan sebagai
pemimpin yang mempunyai kewibawaan, wawasan, berani, bijaksana dan cekap dalam
pengurusan pentadbiran negara. Dengan kepimpinannya itu, konflik yang berlaku antara
dua buah negara disebabkan perselisihan faham dan pertentangan mampu ditangani secara
bijak. Kebijaksanaan Raja Bujang menyelesaikan konflik dengan mengambil pendekatan
dan pertimbangan yang wajar dan positif telah membawa kebaikan kepada pihak yang
berkonflik, iaitu perdamaian.
Seperti yang kita ketahui kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi
pentadbirnya dalam erti kata lain yang memimpin. Seseorang pemimpin yang baik harus
mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta
menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah
untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998, p.63). Takrif ini
menyamai pendapat Abdullah (1998, p.91) bahawa kepemimpinan sebagai sejenis tingkah
laku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan secara
senang hati melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin. Sebagai suatu
aktiviti dan tingkah laku untuk mempengaruhi, kepemimpinan sering dikaitkan dengan
kebolehan berkomunikasi yang berkesan. Ini sesuai dengan pendapat para sarjana yang
menyatakan kepimpinan sebagai pengaruh antara perseorangan yang dilaksanakan dalam
situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat khusus (Tannembaum
dan Yulk, 1992, p.123).
162
Kepimpinan yang berkesan juga dapat ditemui dalam teks Hikayat Awang Sulung
Merah Muda. Integriti dan karisma kepimpinan terpancar melalui kebijaksanaan dan
kepintaran seseorang pemimpin yang mentadbir sesebuah negeri yang juga dilihat dan
dinilai dari aspek kemahiran komunikasi dan pertuturannya. Komunikasi dalam
kepemimpinan merupakan kebolehan mempengaruhi pengikut. Kebolehan
mempengaruhi pengikut berhubung rapat dengan kemampuan mempengaruhi pengikut.
Keberkesanan komunikasi dalam kepemimpinan boleh dipertingkatkan melalui
kebijaksanaan pemimpin, iaitu dengan cara memodifikasi faktor situasi dan persekitaran
supaya menjadi lebih selesa dan terjamin hubungan yang bakal terjalin.
Ketokohan yang diperlihatkan Awang Sulung Merah Muda sebagai pemimpin negeri
Bandar Mengkaleh telah digambarkan dalam teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
Kebijaksanaan berkomunikasi, iaitu mempamerkan tutur kata yang lemah-lembut dan
bersopan santun memberikan gambaran awal tentang keelokan akal budi pekerti dan
tingkah laku seseorang pemimpin yang mewakili negerinya. Menurut Amat Juhari Moain
(1989: p.64) bahawa terdapat beberapa kata sapaan dan panggilan oleh rakyat dan orang
besar kepada raja atau pemerintah seperti perkataan ‘Tuanku’ yang merupakan kata yang
paling lumrah digunakan. Dengan adanya kata sapaan atau gelaran tanda hormat ini,
membantu rakyat atau pembesar berhadapan dengan pemerintah kerajaan dan memulakan
bicara dengan bersopan dan berprotokol. Dari perspektif pengurusan penggunaan
komunikasi yang bijak merupakan titik tolak awal untuk memberi dan menanam
kepercayaan kepada pihak lain untuk menjalinkan hubungan. Paparan berkenaan
keistimewaan pentadbir negeri dari segi kemahiran berkomunikasi yang berkesan dapat
diperlihatkan dalam petikan di bawah.
Maka titah Awang Sulung Merah Muda, “Ayuhai Orang Kaya, dari belakang datang
ke hadapan, barang apa dijumpa diterima, ada titik ditampung.” Maka Sembah
Orang Kaya Maharaja, “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, pada fikiran patik
barangkali Orang Kaya Temenggung salah bertanya, bukan sebarang orang muda
yang datang ini, entah waris negeri, entahkan anak mambang peri jin, jikalu tidak,
163
tiadalah ia berani menjawab sedemikian itu. “Istimewa pula bijaksana orang itu,
seperti perkataan apa-apa terjumpa diterima patut juga jangan dikurangkan barung-
barung negeri orang. Maka maksudnya ada titik ditampung iaitu hendak menurut
resam lembaga negeri. Pada fikiran patik baik patik sekalian pergi menghadap dia”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.95)
Penggunaan perkataan “dari belakang datang ke hadapan, barang apa dijumpa di
terima, ada titik ditampung” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.95). Ungkapan
ini membawa maksud adab dan tata tertib yang diperlihatkan Awang Sulung Merah Muda
apabila berada di negeri orang. Awang Sulung Merah Muda juga bersedia untuk menerima
sebarang teguran sekiranya terdapat kekhilafan dan kesilapan di pihaknya semasa berada
di rantauan. Situasi ini jelas memberi gambaran tentang keintelektualan dan kewibawaan
seseorang pemimpin. Paparan peristiwa ini jelas membuktikan bahawa kebenaran kata-
kata orang lama tersebut. Ungkapan “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, pada fikiran
patik barangkali Orang Kaya Temenggung salah bertanya, bukan sebarang orang muda
yang datang ini, entah waris negeri, entahkan anak mambang peri jin, jikalu tidak,
tiadalah ia berani menjawab sedemikian itu.” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1988,
p. 95). Hal ini sangat relevan dan signifikan kerana ayat tersebut dipertuturkan oleh putera
raja negeri ternama yang jelas menggambarkan dan memancarkan kebijaksanaan Awang
Sulung yang terserlah melalui budi bahasa dan kesantunan tutur kata dan bicaranya.
Ekspresi dan simbolisme yang dipaparkan dalam petikan di atas turut menggambarkan
tutur kata atau lebih tepat keberkesanan gaya komunikasi Awang Sulung Merah Muda.
Menurut Awang Sariyan (2007, p.36) kata sapaan ialah kaedah yang digunakan oleh
sesebuah masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam
konteks yang rasmi mahupun yang tidak rasmi. Kepemimpinan menurut Nik Rashid
(1993; p,83) melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi, dan matlamat.
Kepemimpinan ialah satu percubaan untuk pengaruh-mempengaruhi antara peribadi, yang
diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa
164
matlamat telah digunakan oleh Awang Sulung Merah Muda sebagai senjata utama untuk
menyakinkan pemimpin negeri tersebut.
Hal ini diperjelaskan oleh Orang Kaya Maharaja yang mengatakan bahawa orang yang
mengucapkan perkataan sedemikian bukan orang sembarangan. Ungkapan “Istimewa
pula bijaksana orang itu, seperti perkataan apa-apa terjumpa diterima patut juga jangan
dikurangkan barung-barung negeri orang. Maka maksudnya ada titik ditampung iaitu
hendak menurut resam lembaga negeri. Pada fikiran patik baik patik sekalian pergi
menghadap dia” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.95). Ternyata, kenyataan
yang dijelaskan Orang Kaya telah berjaya mempengaruhi pihak tersebut untuk memenuhi
permintaan Awang Sulung Merah Muda. Bertitik tolak daripada keberkesanan dan gaya
komunikasi yang diujarkan membolehkan Awang Sulung Merah Muda mencapai
matlamatnya, iaitu untuk memasuki negeri tersebut dan menjalinkan hubungan
diplomatik.
Selain itu, menggunakan kata sapaan yang betul turut membantu menjayakan strategi
dalam membentuk hubungan personal dan interpersonal terutamanya melibatkan
hubungan dengan dunia luar. Bentuk sapaan menjadi unsur wacana yang penting dalam
pelbagai komunikasi manusia dan perlu digunakan dengan tepat menurut sistem yang
diterima oleh masyarakat atau oleh pihak yang diberi wibawa menentukannya. Kenyataan
ini turut diperkukuh (Jaafar, 1996, p 82) bahawa kepimpinan sebagai aktiviti
mempengaruhi individu supaya berusaha untuk mencapai objektif sesuatu kumpulan.
Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill, seorang
pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak, matang, mempunyai
harta sebagai modal supaya seorang pemimpin tersebut dapat menguruskan organisasinya
dengan baik. Seorang pemimpin juga perlu adanya sifat sosial, iaitu mempunyai daya
kerjasama, kemampuan berkomunikasi dan berkebolehan untuk bermasyarakat. (Mustafa
Hj. Daud, (1996).
165
Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal turut memancarkan dasar kepimpinan yang
bijaksana. Kebijaksanaan dan kepintaran seorang pemimpin bukan sahaja dapat dilihat
dan dinilai bagaimana seorang pemimpin itu mengatur strategi untuk mencapai misi dan
visinya dalam negeri pemerintahannya malah dapat dinilai dan dilihat juga dari ilmu
pengetahuannya. Jika seseorang pemimpin itu menguasai ilmu sudah pastilah pemimpin
tersebut akan dapat memajukan diri dan negaranya. Sesebuah negara memerlukan
pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan kedudukan dan prestij yang
dimiliki. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk
kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah
negaranya akan tertinggal di belakang negara-negara serantau yang lain. Paparan
peristiwa ini dapat dibuktikan di dalam petikan di bawah:
Maka jikalau kalah beta ambillah pula tunang beta Tuan Puteri Gondan Gandariah
itu. Maka sebab lautan ini Cik Nakhoda lagi lalulah memberikan isteri Cik Nakhoda
itu, entahkan salahnya boleh kita membuat zaman kepada hari ke hadapan kelak.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.87)
Seorang pemimpin harus bijak dan perlu mengetahui secara mendalam hal-hal
berkaitan ilmu pengetahun semasa, iaitu di luar pentadbiran negara. Seorang pemimpin
yang berkarisma adalah pemimpin yang peka dalam segala hal. Paparan petikan di atas
“Ayuhai Cik Nakhoda, maka adapun kepada pengetahuan beta lautan ini dalamnya dua
ratus lima puluh depa sejengkal jari manis jikalau kurang percaya marilah pandu kita
sukat” (Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1988: p.87) menceritakan tentang jawapan Raja
Anggun Cik Tunggal kepada persoalan Nakhoda Bahar tentang kedalaman lautan yang
dihuni oleh mereka dan ganjaran yang bakal diperoleh Nakhoda Bahar jika Raja Anggun
Cik Tunggal gagal memberikan jawapan yang betul. Selepas disukat lautan itu,
kebijaksanaan Raja Anggun Cik Tunggal tidak dapat disangkal lagi. Hal ini menepati
pandangan Tenas Effendy (2004; p.63) yang memperjelas tentang kriteria penting
pemimpin ialah “sebagai pemimpin banyak tahunya”. Keupayaan dan kemampuan Raja
166
Anggun Cik Tunggal bersesuaian dengan pendapat Wan Mohd. (1985, p.13) yang
menuntut setiap pemimpin harus mampu berfikir secara rasional dan bertindak bijaksana
sewaktu membuat sesuatu keputusan. Kualiti kepimpinan yang ditunjukkan selari dengan
pendapat Zainal (1991, p.162) yang mengatakan salah satu ciri kepimpinan ialah melalui
kebijaksanaan yang dapat menguasai kekuatan dan kelemahan golongan yang mahu
dipengaruhi.
Kedudukan serta martabat orang yang berilmu khususnya pemimpin diangkat dan
diletakkan di tempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat
darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah
s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11;
خبير تعملون بما وهللا .درجت العلم أوتوا والذين منكم ءامنوا الذين هللا يرفع
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan".
Dalam era zaman tradisi lisan, penguasaan ilmu yang dimiliki Raja Anggun Cik Tunggal
dalam pelbagai bidang telah diberikan perhatian utama oleh pengarang. Tuntutan zaman
telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang pemimpin
jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, seseorang pemimpin hendaklah berusaha
untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup dan
survival negara. Bijak dalam erti kata yang positif dalam pengurusan sesebuah organisasi
ditambah lagi dengan ciri-ciri kekuatan fizikal dan spiritual secara bersepadu, akhlak yang
mulia, kemahiran, ilmu pengetahuan dan komitmen yang tinggi jelas mendampakkan
ketokohan dan kewibawaan Raja Anggun Cik Tunggal dalam kepimpinannya.
Kebijaksanaan dan kemampuan intelek yang baik juga merupakan satu asas penting dalam
pengurusan yang membolehkan seseorang pemimpin sesebuah negara menjayakan
organisasi dan negara dengan lebih berkesan dan sempurna.
167
Peristiwa-peristiwa yang dicungkil daripada teks kajian ini, membuktikan dan
menyerlahkan kebijaksanaan Raja Anggun Cik Tunggal. Kebijaksanaan Raja Anggun Cik
Tunggal adalah kepandaian menggunakan akal budinya (pengalaman dan
pengetahuannya) dan kecekapan bertindak apabila menghadapi saingan merupakan satu
indikator penting yang ada pada jiwa pemimpin ini. Amara Raksasa Taya dalam Tjokro
Amidjoyo (1976, p.83) memberikan batasan kebijaksanaan sebagai suatu taktik atau
strategi yang diarahkan untuk mencapai suatu tujuan. Hal ini diperkukuh Heclo dalam
Jones (1977, p.144) yang memberikan batasan kebijaksanaan sebagai cara bertindak yang
sengaja dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah-masalah. Unsur kebijaksanaan yang
ditimbulkan pengarang pada watak utama ini, mampu mewujudkan kesepakatan yang baik
dalam kalangan rakyat. Pemimpin yang bijaksana seperti yang diperlihatkan Raja Anggun
Cik Tunggal ini mampu mendapatkan kepercayaan dan penghormatan daripada orang-
orang di bawah pimpinannya. Sebagai ketua dalam pentadbiran pemimpin ini perlu
mendapatkan kepercayaan penuh dan sokongan daripada orang-orang yang ditadbir bagi
melicinkan pelaksanaan dan pentadbiran bawah kepemimpinannya menyerlahkan satu
lagi ciri kepimpinan yang dapat diangkat dalam teks kajian ini.
4.4.3 Dasar Kepimpinan Berwawasan dan Berpandangan Jauh dalam Mencapai
Misi dan Visi Negara
Dasar kepimpinan berwawasan dan berpandangan jauh dapat dikesan dalam Hikayat
Awang Sulung Merah Muda. Pengurusan yang sistematik dan terancang dalam sesebuah
pentadbiran akan mempengaruhi hala tuju dan kemakmuran sesebuah negeri. Tenas
Effendy, dalam bukunya Pemimpin dalam Ungkapan Melayu, memerihalkan kepimpinan
dalam alam budaya Melayu mempunyai kepelbagaian, bermula daripada pemimpin rumah
tangga, dusun dan kampung sehinggalah kepada pemimpin bangsa dan negara. Bidang
kepimpimpinan ini, bermula daripada kekeluargaan, adat, agama hinggalah ke bidang
168
organisasi dan pemerintahan. Justeru, kepemimpinan yang berkesan akan memberikan
manfaat terhadap anggota sesebuah organisasi, iaitu keluarga, masyarakat dan negara.
Pengurusan kepimpinan yang dinamik memerlukan pentadbiran yang proaktif dalam
urusan pentadbiran negeri. Justeru, daya intelek pentadbir yang berwawasan dan
berpandangan jauh merupakan elemen penting dalam memacu hala tuju kemakmuran dan
kemajuan sesebuah pentadbiran. Seseorang pemimpin yang bijak dan berwawasan
sentiasa mengambil inisiatif dan usaha-usaha terancang dan kompetitif untuk
mengukuhkan empayar kerajaan agar disegani dan dihormati. Salah satu mekanisme yang
dapat membentuk keutuhan dan kemantapan sesebuah negeri adalah dasar tidak
meminggirkan hubungan diplomatik dan mengamalkan dasar pintu terbuka dengan
negeri-negeri jirannya. Inisiatif ini merupakan satu usaha bijak, berdaya saing dan
memancarkan kredibiliti dan karisma seorang pentadbir yang berwawasan dan
berpandangan jauh. Pendapat ini disokong oleh Edaris Abbu Bakri (2005), yang
menyatakan bahawa untuk mencapai matlamat organisasi dan membawa perubahan
kepimpinan berkesan, pengurusan berwawasan serta mempunyai hala tuju yang jelas
menjadi teras kepada kejayaan. berwawasan sebagai mempunyai pandangan jauh tentang
kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu.
Pengurusan berwawasan yang diketengahkan oleh pengarang dalam penceritaan teks
kajian iaitu wujudnya hubungan diplomatik yang diketengahkan dalam teks kajian.
Melalui teks HASMM ini, pengarang memperlihatkan hubungan dan jalinan diplomatik
yang dijalinkan oleh pemerintah bandar Mengkaleh dengan negeri jiran iaitu Semarang
Tanah Jawa dan Negeri Pati Talak Terengganu. Strategi pengurusan pentadbir yang bijak
dan berwawasan ini berjaya mewujudkan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri
serantau. Usaha mengadakan hubungan diplomatik merupakan langkah yang paling
signifikan dan dominan untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat antara
169
sesebuah kerajaan sama ada dari sudut hubungan sosial, budaya, agama, ekonomi
mahupun politik.
Mokhtar Muhammad (2005, p.14), menjelaskan bahawa sebelum hubungan
diplomatik dapat diadakan, persetujuan antara dua buah negara amat diperlukan. Justeru,
pelbagai daya, cara dan strategi yang digunakan untuk membentuk atau membina
hubungan diplomatik sejagat dan seterusnya membawa kepada pembentukan mekanisme-
mekanisme diplomatik tertentu bagi memastikan hubungan yang dijalinkan berjaya dan
mendapat manfaat bersama. Paparan hubungan diplomatik dalam HASMM dapat dikesan
dalam peristiwa di bawah:
Maka Bujang Selamat pun turun menghampiri ke geliung panjang itu langsung
melaung, “Hai encik jurubatu, dari mana datang geliung ini dan apakah hajat ke
mari? “Maka dijawab oleh jurubatu, “dari Bandar Mengkaleh hendak ke Semarang
Tanah Jawa.” Maka bertanya Bujang Selamat juga, “Apakah barang-barang muatan
geliung panjang ini.” Maka dijawab oleh jurubatu, “Bukan kita berniaga, kita
belayar hendak melihat kati dan dacing, cupak dan gantang adat resam negeri
orang.”Maka baliklah Bujang Selamat menyembahkan hal orang geliung panjang
itu hendak melihat kati dan dacing, cupak dan gantang, adat resam negeri orang.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.85)
Berdasarkan peristiwa dalam petikan di atas, pemimpin yang baik dan berpandangan
jauh tidak akan mengetepikan dan meminggirkan usaha untuk menjalinkan hubungan
yang baik dan harmoni dengan negara jiran. Pentadbir yang cemerlang bukan sahaja
dilihat dari segi pentadbirannya di dalam negeri malah usaha-usaha yang diambil untuk
mengeratkan hubungan politik, ekonomi dan sosial dengan dunia luar amat perlu
dititikberatkan. Melalui teks kajian ini, diperlihatkan kebijaksanaan dan kepintaran
seorang pentadbir menjalankan urusan hubungan diplomatik. Tanggapan pertama yang
jelas dan berkeyakinan digambarkan melalui tutur kata dan jawapan yang diberikan oleh
HASMM dalam petikan di atas “… Bukan kita berniaga, kita belayar hendak melihat kati
dan dacing, cupak dan gantang adat resam negeri orang” (Hikayat Awang Sulung Merah
170
Muda 1998, p.85). Rangkai kata ini membawa maksud usaha dan inisiatif yang diambil
Awang Sulung Merah Muda untuk mencari peluang berniaga di negeri orang dan pada
masa yang sama ingin melihat dan memerhati secara lebih mendalam dan dekat adat resam
dan budaya sesebuah negeri. Petikan kata-kata ini memperlihatkan kelembutan tutur kata,
kesopanan dan kesantunan berbahasa dan berbicara, lantas memancarkan kebijaksanaan
dan integriti beliau sebagai seorang utusan yang berwibawa.
Sikap dan kelembutan adab dan budaya Melayu ini yang terserlah dalam diri Awang
Sulung Merah Muda ini merupakan aset yang penting dalam memberi dan mengukuhkan
keyakinan pemerintah negeri seberang untuk menjalin hubungan. Annabel Teh Gallop
(1994, p.104) menjelaskan bahawa, setiap butir katanya (utusan) sangat bermakna dan
akan membawa kejayaan ataupun kemusnahan hubungan diplomatik antara kerajaan.
Pelayaran Awang Sulung Merah Muda merentasi benua dan lautan sehingga ke Semarang
Tanah Jawa menggambarkan sikap pentadbir yang memperlihatkan misi dan visi beliau
untuk merapatkan hubungan diplomatik dengan negeri serantau. Polisi dan dasar yang
diketengahkan oleh pentadbir ini menunjukkan sikap kebijaksanaan pentadbir yang
berjaya menguruskan hubungan diplomatik yang berkesan dengan dunia luar.
Secara kesimpulannya, hubungan diplomatik yang dikesan dalam HASMM ini
merupakan manifestasi kekritisan pemikiran dan pengetahuan orang Melayu khususnya
imaginasi dan sensitiviti pengarang dalam menyuntik unsur pengurusan dalam teks kajian.
Ilmu diplomatik merupakan salah satu aspek pengurusan yang terdapat dalam HASMM
ini juga memberi gambaran tentang cara orang Melayu dahulu menggunakan daya fikir,
budi, dan fizikal dalam mengukuhkan kedaulatan raja, mempertahankan tanah air dan
meluaskan pengaruh dengan cara mewujudkan suatu hubungan baharu dengan kerajaan
lain daripada aspek politik, ekonomi, budaya, dan sosial. Kewibawaan pentadbir ini
terserlah dalam menarik perhatian kerajaan lain untuk menjalinkan hubungan diplomatik.
171
Kredibiliti, gerak laku dan tutur kata yang baik serta beradab sopan merupakan inti pati
utama kepada daya tarikan pemerintah luar untuk bersetuju menjalinkan hubungan dengan
kerajaan Bandar Mengkaleh. Dengan kata lain, segala ciri yang ada pada diri Awang
Sulung Merah Muda sebagai pentadbir menjadi titik tumpuan dan seterusnya mampu
merangsang kepada pembentukan hubungan diplomatik.
Dalam Hikayat Raja Muda aspek kepimpinan dapat dilihat dari segi pentadbiran ialah
dasar pemimpin yang mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas. Matlamat
merupakan sasaran yang dirancang untuk dicapai dalam jangka masa tertentu. Penetapan
matlamat didefinisikan sebagai mencapai tahap dan kecekapan spesifik dalam satu
tugasan atau aktiviti yang dapat disukat dalam unit jarak, masa dan tingkat pencapaian
matlamat (Locke, 1981). Penetapan matlamat merupakan salah satu strategi psikologi
yang berkesan untuk meningkatkan prestasi. Dalam penetapan matlamat, terdapat tiga
tahap iaitu matlamat jangka panjang, matlamat jangka sederhana dan matlamat jangka
pendek. Ini dapat dibuktikan apabila Sultan Degar Alam ingin menjadikan Raja Bujang
Selamat sebagai penggantinya dalam menjaga kedua-dua puteranya, iaitu Tuan Puteri
Lindungan Bulan dan juga Raja Muda. Ini dapat dijelaskan lagi dengan petikan di bawah.
“Ayuhai anakku Bujang Selamat, sangatlah dukacita hati ayahanda mendengar
maksud anakanda hendak berjalan itu. Apakah kekurangan anakanda di dalam
negeri kita ini, kerana adapun hajat ayahanda hendak menyampaikan amanat paduka
bonda anakanda dahulu; hendak ayahanda kahwinkan anakanda dengan adinda itu
Tuan Puteri Lindungan Bulan; janganlah keberatan niat bonda yang sudah mangkat
itu ke atas ayahanda dan ayahanda sangatlah pun sangatlah sukacita bila rasanya
kerana ayahanda pun sudah tua; siapalah lagi hendak memelihara seperti paduka
adinda yang kedua itu, melainkan pertama Allah, kedua rasul, ketiganya
anakandalah. Ayahanda harapkan menegur mengajar adinda Raja Muda itu, kerana
ia kanak-kanak tiada mempunyai akal lagi.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.10)
Kepimpinan merupakan satu aspek yang penting di dalam pengurusan. Kebolehan
memimpin merupakan satu petanda bahawa seseorang itu memiliki bakat untuk menjadi
seorang pengurus yang berkesan. Tetapi kecekapan memimpin saja tidak memadai untuk
172
mencatat kecemerlangan dalam pengurusan. Sering diperkatakan bahawa pengurus yang
berkesan ialah pemimpin yang baik, tetapi pemimpin yang baik tidak semestinya seorang
pengurus yang baik. Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik seseorang itu
memerlukan kebolehan merancang, menyusun dan mengawal. Bersenjatakan kuasa yang
ada padanya, pemimpin mestilah bijak menggabungkan semua sumber yang ada di dalam
organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Di samping pandai
menggunakan kuasa dan pengaruh, penerimaan juga merupakan inti kepada kepimpinan.
Penerimaan ialah kerelaan orang bawahan untuk menerima dan memperakui pucuk
pimpinan. Pada amnya, manusia menerima sesuatu pucuk pimpinan jika di dalam
penilaian mereka pemimpin yang terlibat itu berkemampuan untuk memenuhi kehendak
dan keperluan hidup mereka.
Dalam Hikayat Raja Muda juga dapat dilihat aspek kepimpinan yang berwawasan
dalam menentukan legasi pemerintahan negara. Pengurusan berwawasan ini dapat diteliti
apabila pemimpin kerajaan mempunyai perancangan awal dalam memastikan legasi
pemerintahan dapat diwarisi oleh keturunannya. Situasi ini berlaku bukanlah disebabkan
oleh kroni, tetapi telah menjadi satu amalan dan praktis dalam masyarakat Melayu
tradisional, legasi pemerintahan perlu diteruskan oleh keturunannya. Situasi ini dapat
diperjelaskan dalam petikan di bawah:
“Ayuhai sekalian raja-raja dan orang besar-besar, rakyat tentera hina-dina
sekaliannya, maka adapun sekarang beta ini sudah tua, tiadalah lalu memerintah
negeri ini lagi. Maka sekarang ketahui oleh sekaliannya, Putera Raja Bujang
Selamat akan ganti beta di atas Taktha kerajaan jadi Yang Dipertuan; telah beta
gelar Maharaja Besar Payung Negeri Benua Tua; akan putera beta Tuan Puteri
Lindungan Bulan beta gelar Permaisuri, ganti bondanya yang sudah mangkat itu.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.32)
Situasi ini dapat dilihat apabila Sultan Degar Alam bertitah kepada rakyat jelatanya
tentang pewaris yang bakal menggantikan tampuk kepimpinannya. Peristiwa penyerahan
tampuk pemerintahan kepada Raja Bujang Selamat menampakkan satu aspek
173
perancangan yang jelas. Hal ini bertepatan dengan konsep perancangan ataupun planning,
iaitu proses melibatkan pemilihan misi dan objektif serta tindakan untuk mencapainya.
Perancangan juga memerlukan pembuatan keputusan, yakni menerangkan dan
menjelaskan kepada rakyat strategi-strategi serta perubahan dan pembaharuan polisi atau
dasar dalam agenda pembangunan negara. Peristiwa memaklumkan kepada rakyat
berkenaan penyerahan tampuk pemerintahan kepada anakanda baginda memperlihatkan
satu ciri kepimpinan, iaitu kebertanggungjawab seorang pemimpin yang tidak
menegetepikan hak rakyat dalam kepimpinannya.
Pelbagai persoalan, andaian serta penilaian telah dibuat oleh rakyat berkenaan
perubahan yang dilakukan samaada positif mahupun negatif. Dalam peristiwa yang
dinyatakan di atas, menyentuh beberapa perkara yang memfokuskan perspektif peranan
pimpinan baru dalam menjana pembangunan negara. Pemimpin datang dan pergi seperti
kata pepatah patah tumbuh hilang berganti, namun tugas dan tanggungjawab yang digalas
adalah sama, iaitu berkhidmat untuk negara. Malahan apabila pemimpin baru muncul,
pemimpin tersebut dituntut untuk lebih baik dari pemimpin sebelumnya. Perlu ditegaskan
bahawa bukan bermaksud pemimpin sebelum itu tidak baik, tetapi apa yang menjadi
persoalan adalah kemampuan pemimpin baru untuk mengulangi kejayaan yang sebelum
ini telah dikecapi oleh pemimpin yang terdahulu ditambah lagi dengan kesempurnaan
tugasan mereka perlulah lebih baik dan perlu mengatasi masalah yang sebelum ini
dihadapi oleh pemimpin terdahulu. Dalam membincangkan skop pembangunan negara,
sebagai pemimpin negara dalam pelbagai aspek, dengan meletakkan perancangan jangka
panjang dan mereka perlu bersedia menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang
mendatang secara berhemah dan bijaksana.
Pengurusan yang sistematik dan terancang dalam sesebuah pentadbiran
mempengaruhi hala tuju dan kemakmuran sesebuah negeri. Seseorang pemimpin yang
bijak dan berwawasan sentiasa mengambil inisiatif dan usaha-usaha terancang dan
174
kompetitif untuk mengukuhkan empayar kerajaan agar disegani dan dihormati.
Pengurusan kepimpinan yang dinamik memerlukan pentadbiran yang proaktif dalam
urusan pentadbiran negeri. Justeru, daya intelek pentadbir yang bertanggungjawab
merupakan satu elemen penting dalam memacu hala tuju kemakmuran dan kemajuan
sesebuah pentadbiran telah diangkat oleh pengarang dalam teks kajian ini.
4.4.4 Dasar Kepimpinan Bertanggungjawab dan Adil demi Kesejahteraan
Keluarga dan Kemajuan Negara
Hikayat Malim Dewa memaparkan dasar kepimpinan yang bertanggungjawab khususnya
terhadap rakyat dan negara. Pada dasarnya manusia dan tanggungjawab itu berada dalam
satu naungan atau berdampingan. Tanggungjawab adalah suatu kesedaran manusia akan
tingkah laku atau perbuatannya baik disengaja mahupun tidak disengaja. Setiap manusia
memiliki tanggungjawab masing-masing. Antaranya tanggungjawab manusia kepada
Tuhan yang telah menciptakan kita, tanggungjawab seorang pemimpin kepada negara dan
rakyatnya, tanggungjawab seorang ayah kepada isteri dan anak-anaknya, dan tidak
terkecuali tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya. Menerusi teks kajian ini,
perihal sikap bertanggungjawab seorang suami terhadap isteri ini dapat diteliti pada watak
Tuanku Malim Dewa berdasarkan petikan di bawah.
“Maka dalam hal yang demikian itu baginda pun berulang turun ke dunia
mendapatkan isterinya yang empat di situ. Maka dengan berkat ilmu hikmat
baginda, kelima isterinya itu tiada pernah berkelahi, melainkan sepakat sebicara
berkasih-kasih seperti saudara sahaja. Maka baginda pun bertambah-tambah kasih
sayang akan kelima isterinya itu, tiada pernah bercerai barang sehari pun.”
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.123)
Berdasarkan petikan di atas, kepimpinan dapat dilihat melalui watak Tuanku Malim
Dewa yang bertanggungjawab dan adil. Sifat adil adalah salah satu sifat kepimpinan yang
harus ada dalam diri setiap seorang pemimpin. Setiap individu mempunyai gaya dan stail
kepimpinannya yang tersendiri. Jika setiap pemimpin mengamalkan sikap
bertanggungjawab dan mengikut lunas-lunas yang ditetapkan akan membantu
175
meningkatkan hubungan sosial, khususnya dalam hubungan suami isteri. Oleh itu,
kepimpinan ialah kebolehan memujuk dan mengajak orang lain secara bijaksana dan
berhemah, menyatupadukan ahli dalam kumpulan, memotivasi, merangsang serta
menggerakkan masyarakat untuk mencapai matlamat organisasi, masyarakat dan negara
merupakan inti pati penting yang diketengah dan diangkat oleh pengarang dalam teks
kajian. Misalnya, Tuanku Malim Dewa telah berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Tuanku
Malim Dewa bijak menangani isteri-isterinya dengan sangat baik sehingga isteri-isterinya
tidah pernah berbalah. Frasa “…Maka dengan berkat ilmu hikmat baginda, kelima
isterinya itu tiada pernah berkelahi, melainkan sepakat sebicara berkasih-kasih seperti
saudara sahaja” (Hikayat Malim Dewa 1988, p.123). Ilmu dan kebijaksanaan yang
dimiliki oleh pemimpin ini mampu menyatukan sebuah rumah tangga agar aman dan
harmoni telah dibuktikan melalui analisis peristiwa di atas. Kewajiban untuk adil itu
wujud di mana-mana, sepanjang masa, pada semua orang. Berikut adalah salah satu dari
dalil yang membuktikan bahawa keadilan itu jauh lebih universal dari diskopkan hanya
dalam poligami sahaja. Terjemahan Surah Al-Maidah, Ayat 8:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-
orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan
jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu
kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa
jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.”
Dalam Hikayat Raja Muda ini ditampilkan aspek kepimpinan yang
bertanggungjawab. Aspek kepimpinan bertanggungjawab ini dapat diteliti berdasarkan
dua peristiwa penting, iaitu peristiwa pemakluman kemangkatan ayahanda Maharaja
Besardan peristiwa titah berperang dengan Maharaja Imbangan Jajar. Peristiwa pertama,
iaitu peristiwa pemakluman kemangkatan ayahanda Maharaja Besar Ini dapat dibuktikan
apabila Maharaja Besar menitahkan supaya berita kemangkatan ayahandanya, iaitu Sultan
Degar Alam dimaklumkan kepada raja-raja dan juga rakyat jelata sebelum disemadikan.
176
Situasi ini memperlihatkan satu sikap bertanggungjawab seorang anak terhadap
ayahandanya dalam melaksanakan pengurusan persemadian dan tanggungjawab seorang
pemimpin terhadap rakyatnya. Kedua-dua peristiwa yang menyerlahkan kepimpinan
bertanggungjawab ini dipaparkan dalam petikan di bawah.
“Setelah dilihat oleh baginda Maharaja Besar ayahanda baginda mangkat itu lalulah
ia bertitah menyuruh memberitahukan kepada raja-raja dan orang-orang besar.
Maka sekaliannya masing-masing menghadap masuk ke dalam istana.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.34)
“Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah anakanda harap diampun; seperti titah
itu sedia terjunjung di atas otak batu kepala patik; jika ada mudah-mudahan patik
bermohonlah esok pagi keluar berperang dengan Maharaja Imabangan Jajar itu.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.94)
Peristiwa kedua, iaitu titah berperang dengan Maharaja Imbangan Jajar. Hikayat Raja
Muda juga turut memaparkan aspek kepimpinan menerusi dasar kepemimpinan
bertanggungjawab untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Ungkapan
“… jika ada mudah-mudahan patik bermohonlah esok pagi keluar berperang dengan
Maharaja Imbangan Jajar itu.”(Hikayat Raja Muda 1998, p.94) Dasar ini turut
ditampilkan dengan jelas apabila Raja Seri Mandul bersedia memikul amanah yang
diberikan oleh bakal mertuanya Raja Seri Besar apabila diperintahkan supaya keluar
berperang menentang angkatan tentera Maharaja Imbangan Jajar. Berdasarkan petikan di
atas, negara di bawah pemerintahan Raja Seri Besar telah berdepan dengan beberapa siri
ancaman keselamatan oleh Maharaja Imbangan Jajar. Persengketaan yang menyebabkan
berlakunya peperangan sehingga membawa kepada pertumpahan darah serta terancamnya
nyawa rakyat. Semua ancaman keselamatan itu perlu ditangani secara bijak oleh pihak
pemerintah dan pasukan keselamatan negara bertitik tolak daripada hasil perancangan
yang tepat dan strategik demi mempertahankan maruah negara.
177
Melalui analisis ini membuktikan bahawa kepemimpinan yang berjaya dapat
membentuk satu indikator dan mekanisme penting dalam pentadbiran ke arah memajukan
dan memacu hala tuju masyarakat dan organisasi agar lebih aman dan harmoni bertitik
daripada sikap kebertanggungjawaban. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang jelas daripada
al-Quran dan hadith Rasulullah SAW, para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa
mempertahankan negara adalah fardhu kepada setiap orang Islam manakala menderhaka
dan mengkhianati negara merupakan satu dosa besar. Pengkhianatan dan penderhakaan
kepada negara termasuklah cubaan menjatuhkan negara dengan bersekongkol bersama
pihak musuh.
Menurut pandangan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah bahawa: “Mempertahankan
negara adalah wajib keatas setiap muslim”. Hukum ini dinyatakan dengan jelas dalam
kitab-kitab fiqh bahawa sama ada fardhu kifayah atau fardhu ain bergantung kepada
sejauh mana ancaman yang dihadapi oleh sesebuah negara itu. Abdul Muin Salim dalam
kitabnya Fiqh al-Siasah menjelaskan bahawa: Mewujudkan suasana yang tidak stabil
dalam sesebuah negara yang aman damai adalah haram. Sengaja mewujudkan suasana
porak peranda seterusnya mengundang kepada mudharat kepada orang awam hukumnya
adalah haram.
Dalam menangani pelbagai ancaman yang dihadapi oleh negara maka pendekatan
yang bersepadu wajar dilaksanakan, antaranya ialah dengan perlunya kesedaran semua
pihak bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan adalah tanggungjawab
bersama. Perlu difahami bahawa ruang lingkup ancaman keselamatan negara amat luas
dan musuh wujud di mana-mana. Justeru, tidak mungkin tanggungjawab ini berada dalam
kalangan anggota-anggota pertahanan dan keselamatan negeri sahaja tanpa disokong oleh
setiap individu yang bergelar sebagai rakyat. Segala bentuk perjuangan mempertahankan
keamanan dan keselamatan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda jihad di jalan
178
Allah SWT. Rakyat mesti bersatu demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama
berdasarkan segala kemampuan yang ada dan wajib menolak sebarang usaha dari mana-
mana pihak yang cuba menghancurkan keamanan negara ini.
Situasi yang dipaparkan ini bertepatan dengan konsep pengurusan sebagaimana yang
diketengahkan Koontz & Weihrich (1997, p.4) yang menjelaskan pengurusan sebagai
proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu, bekerja bersama-sama
dalam kumpulan, mencapai matlamat terpilih dengan berkesan. Hal ini juga seiring
dengan pandangan yang diketengahkan dalam surah an-Nisa, p.59, pemimpin digelar
Amir al-Mukminin yang bererti orang yang memerintah dan memberi arahan, tugas serta
bertanggungjawab kepada rakyatnya. Kesemua ini bermatlamat supaya kehidupan
manusia lebih teratur dan mempunyai hala tuju yang murni untuk mencapai keredhaan
Allah (Robiah 1993, p.10). Hal ini turut diperkuat dalam al-Quran melalui surah al-
Baqarah, p.26, pemimpin digelar khalifah yang bermaksud pengganti Nabi Muhammad
SAW dan penerus atau pewaris pentadbir, penguasa serta pengatur yang
bertanggungjawab dalam kehidupan manusia di bumi berdasarkan wahyu dan syariah.
Hikayat Awang Sulung Merah Muda turut menyerlahkan dasar kepimpinan
bertanggungjawab seorang pemimpin yang diekspresikan Awang Sulung Merah Muda.
Sikap baginda yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan hutangnya terhadap Datuk
Batin Alam telah mencetuskan satu siri pengembaraan dalam naratif penceritaan.
Peristiwa penyamaran daripada seorang putera raja kepada budak hitam telah
meruntuhkan satu tembok kekuasaan dan keegoan yang ada pada diri seorang pemimpin.
Hal ini mendampakkan integriti dan karisma seorang pemimpin dari keturunan
bangsawan yang ditimbulkan melalui watak Awang Sulung Merah Muda, jelas
memperlihatkan kecelikan pengarang berkenaan signifikannya persoalan citra tersebut.
Gagasan idea yang dilontarkan pengarang bukanlah memperlihatkan rendahnya tahap
pemikiran seorang pemimpin sebaliknya memperlihatkan satu proses pemikiran yang
179
berwawasan dan terkehadapan seorang pemimpin untuk merealisasikan objektif untuk
menyelesaikan hutang kepada ayah angkatnya. Hal ini dipaparkan dalam petikan di
bawah;
Maka turunlah ia masuk ke sampan sempang-sempung, pengayuh romping lalu
berkayuh tiba di Pulau Pisang diambilnya getah pisang disapukan ke badannya, tiba
di Pulau Belacan diambilnya belacan disapukan kepada sekalian tubuhnya, tiba di
Pulau Jelutung disapukannya kepada badannya seraya berkata, “tinggallah Pulau
Jelutung aku berkayuh membawa untungan.” Maka dipakaikannya kain compang-
camping: Tengkolok bagai tali ayam; serta dipadamnya giginya dengan malau.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 44)
Maka bersabda Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina bawa kurang dua tiga
puluh rial batu: lalu dianugerahinya kepada budak hitam.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.48)
“Hatta maka berkayuhlah Awang Sulung Merah Muda sampai ke darat lalu
meninggalkan jurubatu anak orang Tiku Pariaman akan penunggu sampan langsung
berjalan ke istana Tuanku Datuk Batin Alam, setelah tiba, lalu menghadap bayarkan
hutangnya kurang dua tiga puluh rial batu itu.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.50)
Satu lantunan sikap terpuji yang harus diteladani selaras dengan budaya dan perspektif
agama, iaitu tanggungjawab dalam menyelesaikan hutang merupakan indikator penting
yang diangkat Pawang Ana dan Raji Haji Yahya menerusi teks ini. Bertitik tolak daripada
lantunan sikap mengetepikan status dan kedudukan sebagai pewaris takhta kerajaan,
pengarang telah berjaya membentuk satu indikator penting dalam membezakan serta
menyerlahkan sifat kepimpinan seseorang pemimpin yang benar-benar berhati mulia atau
sebaliknya. Gambaran watak Awang Sulung Merah Muda yang digarap dalam teks ini
ternyata menyerlahkan sifat pemimpin ideal yang sanggup merendahkan dan
mengetepikan maruah, martabat dan kekuasaannya dari seorang putera raja kepada
seorang budak hitam demi melangsaikan hutangnya secara ironinya telah meninggikan
dan mengangkat martabat, kewibawaan dan kepercayaan masyarakat terhadap seorang
pemimpin Melayu tradisi. Perkara ini telah melakarnya satu gambaran citra Melayu yang
180
telah diekspresikan oleh pengarang dalam teks ini lantas mengangkat kebijaksanaan watak
khususnya dalam aspek perancangan.
Hikayat Malim Deman turut mengangkat persoalan kepimpinan bertanggungjawab
terhadap keluarga dan negara. Peristiwa pengembaraan Tuanku Malim Deman ke
kayangan untuk kali kedua, iaitu menyatukan keluarganya memperlihatkan satu persoalan
tanggungjawab besar yang digalas oleh Tuanku Malim Deman sebagai suami untuk
menyatukan kembali keluarganya yang terpisah dan memastikan legasi, iaitu pewaris
takhta kerajaannya terus terpelihara. Ketokohan pemimpin ini dalam membuat satu
perancangan yang teliti untuk menangani konflik rumah tangga adalah satu tindakan yang
tepat dan wajar. Malahan, Tuanku Malim Deman telah berjaya mengatur satu perancangan
dan langkah kawalan untuk mengatasi kemelut rumah tangga ini. Hal ini kerana institusi
keluarga merupakan institusi terpenting dalam proses pembentukan masyarakat.
Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap, maka
penelitian dalam teks kajian ini ingin membuktikan dua perkara, iaitu pertama; Apakah
Tuanku Malim Dewa berjaya menangani krisis dan konflik rumah tangga dan bagaimana
konfik dan krisis ini diatasi? Kedua; Apakah pula kesan-kesan yang akan timbul sekiranya
konflik dan krisis dalaman tidak dapat diatasi?
Sebagai pemimpin negara, Tuanku Malim Deman mempunyai satu tanggungjawab
yang besar yang perlu dipikul. Persoalannya, bagaimana Tuanku Malim Deman ingin
mentadbir dan menguruskan sebuah negara sekiranya Tuanku Malim Deman gagal
mentadbir dan menguruskan rumah tangga? Konflik ini akan memberikan impak yang
sangat negatif terhadap pengurusan negara sekiranya beliau gagal menangani krisis dan
konflik rumah tangga ini secara bijak. Konflik telah menjadi satu fenomena yang lumrah,
iaitu asam garam kehidupan manusia sehingga sukar dielakkan lagi. Menurut Amstrong
dan Page (1983, p.64) sesebuah organisasi itu tidak boleh lari daripada berhadapan dengan
konflik, kerana objektif, nilai dan keperluan kumpulan atau individu dalam organisasi
181
tidak selalunya sama. Perlu ditegaskan bahawa kesejahteraan dan kebahagiaan sesebuah
keluarga akan melahirkan generasi yang seimbang dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu,
maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga.
Sekiranya krisis dalam rumah tangga tidak ditangani secara bijak tentunya membawa
kemudaratan dan kehancuran dalam sesebuah organisasi keluarga dan negara.
Kajian ini menghubungkaitkan satu peristiwa penting, iaitu analisis peristiwa Tuanku
Malim Deman mencari semula Tuan Puteri Bongsu dan anaknya, Tuanku Malim Dewana
terserlah satu ciri penting kepimpinan watak tersebut, iaitu sifat bertanggungjawab
seorang suami terhadap isterinya dan keluarganya dan kepada negara secara umumnya.
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah
kebahagiaan dan keharmonian sesuatu masyarakat dan negara itu terbentuk. Keruntuhan
sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan
keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Oleh sebab itu, kepincangan dalam
institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagiaan dan
keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan dan memberi impak terhadap pembangunan
sosial negara. Akibat daripada wujudnya ketidakharmonian dalam kekeluargaan akan
menyebabkan jatuhnya sesuatu negara, agama dan bangsa. Hal ini memberi impak yang
sangat positif terhadap kepercayaan rakyat terhadap baginda yang merupakan pemimpin
negara tersebut. Kejayaan menangani krisis dan konflik telah memberikan satu
kepercayaan dan sekali gus menaikkan imej, integriti dan kredibiliti Tuanku Malim
Deman sebagai seorang pemimpin di mata rakyat di bawah kepimpinannya, iaitu bandar
Muar.
4.4.5 Dasar Kepimpinan Berjiwa Rakyat/Penyayang/Bertimbang Rasa Terhadap
Rakyat
Hikayat Malim Dewa memancarkan satu dasar pentadbiran yang penting, iaitu dasar
kepimpinan yang berjiwa rakyat dan penyayang. Kasih sayang bermaksud perasaan halus
182
dan belas kasihan yang timbul daripada hati yang ikhlas terhadap orang lain dan berusaha
membantu meringankan bebanan yang dihadapinya (Norita Arifin 2006, p.93). Muhamad
al-Ghazali menambah, kasih sayang ialah perasaan halus dan belas kasihan di dalam hati
yang membawa kepada berbuat amalan utama, memberi maaf dan berlaku baik (H Mod
Rifai’l ed., 1985, p.441). Tajul Ariffin Nordin & Nor’aini Dan pula berpendapat kasih
sayang ialah perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Berdasarkan
pendapat-pendapat yang diutarakan, nilai kasih sayang disimpulkan sebagai perasaan
halus dan belas kasihan yang lahir dari hati meliputi rasa cinta dan kasih sayang yang
mendalam, tiada sempadan waktu dan tanpa sebarang paksaan atau unsur kepentingan diri
seterusnya membawa kepada perlakuan yang baik dan positif. Petikan di bawah
menceritakan perihal keadaan tersebut:
“Maka titah baginda, ‘Ayuhai anakanda, cubalah anakanda kenakan ubat itu kepada
adinda, jikalau mudah-mudahan ia senang daripada garingnya itu, kerana tiada lalu
hati ayahanda bonda melihatkan halnya itu.’
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.64)
Kepimpinan melalui watak ayahandanya Sultan Baginda Raja Bujang yang
merupakan seorang yang sangat mengambil berat terhadap isteri, keluarga serta
rakyatnya. Hal ini dapat diperhatikan melaui ungkapan “…kerana tiada lalu hati
ayahanda bonda melihatkan halnya itu.’. Situasi ini memperlihatkan gambaran emosi
yang mendalam terhadap penderitaan dan kesakitan yang ditanggung anakandanya. Hal
ini diperkukuhkan Muhamad al-Ghazali (1987, p.92) yang menjelaskan kasih sayang
sebagai sifat ketinggian budi yang melembutkan hati untuk mencurahkan rasa belas
kasihan. Nilai kasih sayang terbahagi kepada empat ciri, iaitu sayang kepada nyawa,
sayang kepada alam sekitar, sayang kepada negara, sayang kepada keamanan dan
keharmonian (Tajul Arifin Nordin & Nor’aini Dan 1992, p.32). Rasa ini lahir dari hati
yang rela terhadap sesuatu tanpa sebarang unsur kepentingan diri (1992, p.32).
Kementerian Pelajaran turut mendefinisikan nilai kasih sayang sebagai meliputi perasaan
183
cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan lahir daripada hati yang rela terhadap
sesuatu (1988b, p.5) telah diekspresikan oleh watak ayahanda melalui gambaran peristiwa
di atas. Hal ini amat signifikan dalam mengambarkan sikap kebertanggungjawaban
seorang pemimpin dalam keluarga lantas memanifestasikan kepimpinan yang ideal dalam
sebuah organisasi, khusus kepimpinan dalam sebuah keluarga.
Hikayat Awang Sulung Merah Muda turut tidak meminggirkan persoalan kepimpinan
yang menyentuh tentang sikap penyayang, bertimbang rasa dan berjiwa rakyat. Paparan
peristiwa yang memperlihatkan lantunan sikap tersebut dapat diperhatikan dalam petikan
di bawah:
Setelah didengar oleh Tuanku Si Helang Laut lalu dititahnya dengan murkanya,
merah padam warna mukanya, “Apa sebab bidan tiada mahu datang? Tiada patut
sekali-kali melebihi kepada raja. Insya-Allah taala baik esok pagi beta suruhkan
sekalian juak-juak, hulubalang, bunuh bidan bertujuh itu, orangnya dibunuh;
hartanya dihabiskan; rumahnya dibakar; tanah ke atas: demikian timpa daulat beta.
Orang menderhaka kepada undang dengan keadilan apa ditaruh di dalam negeri?”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.10)
Maka titah baginda, “Yang sudah terlalu perbuatan engkau diampunkan, yang
kemudiannya jangan dibuat lagi.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.11)
Berdasarkan petikan pada halaman 11 di atas, dalam memastikan pentadbiran
sesebuah kerajaan berjalan lancar dan mendapat kepercayaan rakyat, seseorang pemimpin
perlu memikirkan tindakan yang bijak dan terbaik dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Sikap pemaaf, toleransi dan bertimbang rasa yang dimiliki Tuanku Si Helang Laut dalam
HASMM mempunyai perkaitan yang rapat dan erat dengan hal ehwal pentadbiran dalam
negeri. Sikap baginda yang sanggup memaafkan bidan bertujuh yang ingkar terhadap
arahan telah menimbulkan kemurkaan baginda di peringkat awal. Walau bagaimanapun,
setelah Bidan Bertujuh datang memohon maaf, Baginda telah menerima kemaafan
tersebut. Kemaafan mempunyai perkaitan yang rapat dengan nilai kemanusiaan. Droll
(1984, p.14) pula menyatakan bahawa memaafkan merupakan sebahagian dari
184
kemampuan seseorang melakukan komunikasi interpersonal. Hal ini diperlihatkan apabila
beliau sanggup memaafkan golongan bawahan, iaitu Bidan Bertujuh.
Aspek pengurusan emosi juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah
pentadbiran. Kebijaksanaan mengawal emosi merupakan unsur yang menjadi penentu dan
berkesan dalam berhadapan dengan masyarakat. Sebagai seorang pemimpin yang
mentadbir sebuah negeri, Tuanku Si Helang Laut merupakan seorang pentadbir yang bijak
mengawal emosi, tidak bertindak melulu dan sentiasa berfikir panjang dalam memutuskan
sesuatu tindakan. Menurut Tenas Effendy (2005, p.118) dalam konteks budaya Melayu,
seseorang pemimpin dituntut untuk berbudi pekerti mulia dan terpuji antara lain pantang
menggunakan kekuasaan yang diberikan kepadanya sewenang-wenangnya, pantang
membodohi dan menganiayai umatnya. Hal ini sangat relevan dan signifikan kerana
baginda memperlihatkan gaya seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dalam mentadbir
rakyatnya terutamanya dari aspek pengurusan emosi.
Menurut McCullough, M. E., Worthington, E. L., Jr., & Rachal, K. C. (1997, p.321),
saling memaafkan antara pihak yang terlibat konflik diakui merupakan langkah awal
menuju rekonsiliasi. Seseorang akan sukar memaafkan jika orang yang bersalah tidak
meminta maaf dan berupaya memperbaiki kesalahannya. Pendapat ini turut disokong
Ohbuchi (1989, p.219), yang menjelaskan beberapa penelitian menemukan bahawa
meminta maaf sangat efektif dalam masalah konflik interpersonal, kerana permintaan
maaf merupakan sebuah pernyataan bertanggunjawab tidak bersyarat atas kesalahan dan
sebuah komitmen untuk memperbaikinya. Hal ini jelas menggambarkan sikap terpuji
seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Hal ini juga memperlihatkan bahawa baginda tidak menggunakan kuasa yang ada pada
dirinya dengan sewenang-wenangnya untuk menghukum rakyat jelata. Pengurusan
pentadbiran yang berwibawa memerlukan kehadiran pemimpin yang berjiwa rakyat dan
185
memancarkan sikap toleransi dan kasih sayang yang boleh menjadi sanjungan dan
kepercayaan rakyat seperti yang dipancarkan oleh Tuanku Si Helang Laut. Hal ini turut
disokong oleh Droll (1984, p.133) dan OShaugnessy (1967, p.344) yang mengemukakan
bahawa memaafkan orang yang bersalah membuat perilaku inferior terhadap orang yang
telah memaafkannya, dan seseorang memaafkan orang lain kerana kemurahan hati dan
kasihan terhadap orang yang bersalah.
Karisma dan kredibiliti seorang pemimpin dinilai daripada pelbagai aspek
termasuklah bersikap pemaaf yang merupakan satu nilai yang harus dipegang oleh
seseorang pemimpin untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan dalam
masyarakat yang dipimpinnya. Hope (1987, p.240) menjelaskan bahawa memaafkan
dapat mengurangi marah, depresi, dan cemas. Fitzgibbons (1986, p.630) menjelaskan
secara kesihatan memaafkan memberi keuntungan dari aspek psikologi. Memaafkan
merupakan terapi yang efektif dalam intervensi yang membebaskan seseorang dari
kemarahannya dan rasa bersalah. Manakala Wan Robiah Meor Osman & Rokiah Paee
(2011) menjelaskan bahawa dalam sesuatu perhubungan sosial permohonan maaf sering
berlaku apabila wujud ketidaksefahaman, pencanggahan idea serta kesilapan perbuatan
daripada mana-mana pihak sama ada penutur atau pendengar.
Secara kesimpulannya, tindakan beliau memaafkan bidan bertujuh telah
memperlihatkan sikap kebertanggungjawaban seorang pemimpin lantas memberikan
reaksi positif terhadap rakyatnya dan berjaya memelihara keharmonian dan kesejahteraan
dalam masyarakat di bawah kepimpinan beliau. Paparan peristiwa ini menunjukkan
bahawa pengarang telah berjaya memperlihatkan dan memaparkan bahawa pengurusan
emosi yang stabil dan konsisten dalam sesebuah pentadbiran merupakan unsur yang amat
penting untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat terbela dan
terpelihara di bawah naungan pemerintahan.
186
Hikayat Anggun Cik Tunggal tidak meminggirkan persoalan kepimpinan pemimpin
yang bertimbang rasa, penyayang dan berjiwa rakyat. Tingkah laku kepimpinan timbang
rasa menurut Fleishmen (1969) membawa maksud gaya kepimpinan yang menunjukkan
persahabatan, saling mempercayai, hormat-menghormati, kemesraan, dan hubungan baik
antara pemimpin dan pekerjanya. Dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal ada menonjolkan
aspek kepimpinan yang dapat dilihat dari segi pentadbiran yang menggambarkan Raja
Anggun Cik Tunggal ialah seorang raja yang bertimbang rasa. Peristiwa ini dapat dilihat
apabila Raja Anggun Cik Tunggal turun padang mengemudikan Dendang Panjang setelah
anak-anak kapalnya mabuk laut setelah Dendang Panjang mula berlayar kembali
membelah lautan setelah diseru angin. Peristiwa ini dapat dijelaskan berdasarkan petikan
di bawah:
Hatta, demi dilihat oleh Raja Anggun Cik Tunggal sekalian habis mabuk berlaparan
semuanya seperti orang mati itu, maka ia pun berlarilah naik ke atas tinjau karang
menjadi ganti Mualim Cik Emas, dan Bujang Selamat berlari ke buritan berkemudi
ganti Nakhoda Bahar dan Tukang Muda Bangsawan berlari ke haluan menggantikan
jurubantu. Maka Tuan Puter Intan Dikarang ditiahkan Raja Anggun Cik Tunggal
menjadi nakhoda ganti dianya memeriksa di mana-mana tempat Dendang Panjang
yang sudah rosak itu.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.47)
Berdasarkan peristiwa dalam petikan di atas, jelas menceritakan tentang keadaan
Dendang Panjang yang huru-hara setelah anak-anak kapalnya mabuk laut dan tiada yang
mampu menjalankan tugas mereka seperti biasa. Kita juga dapat lihat sifat Raja Anggun
Cik Tunggal yang bertimbang rasa terhadap anak-anak kapalnya sehingga beliau sendiri
mengambil alih tugas mengemudi dan memeriksa Dendang Panjang tanpa rungutan atau
perasaan marah bersama tiga lagi yang masih sihat iaitu Tuan Puteri Intan Dikarang,
Bujang Selamat dan Tukang Muda Bangsawan. Sikap bertimbang rasa yang ada di dalam
diri Raja Anggun Cik Tunggal adalah sangat wajar sebagai seorang pemimpin. S. Husin
(1977) menjelaskan pemimpin turut berhak dan berkewajipan membantu, membimbing
dan memimpin sesuai dengan kedudukannya dalam kelompok yang dianggotainya. Sikap
187
ini harus menguasai hidup seorang pemimpin dalam segala urusan kerana ia adalah tanda
adab dan prihatin terhadap rakyatnya. Wujudnya sikap bertimbang rasa ini di dalam diri
seorang pemimpin bukan sahaja boleh menjalinkan hubungan baik antara Raja dan rakyat
bahkan juga mampu menjadikan Raja Anggun Cik Tunggal seorang pemimpin yang
disegani dan dihormati telah memanifestasikan sikap pemimpin yang berjiwa rakyat.
Hikayat Raja Muda turut mengangkat satu persoalan penting kepimpinan, iaitu
pemimpin yang bertimbang rasa, penyayang dan berjiwa rakyat. Dalam Hikayat Raja
Muda aspek kepimpinan yang dapat dilihat dari segi pentadbiran ialah dasar pemimpin
yang bertimbang rasa. Bertimbang rasa membawa maksud perasaan simpati, berlaku adil
dan belas kasihan. Bertimbang rasa, atau dalam kata lain ‘mengambil berat’ dan
‘menyayangi’, melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap
keterbukaan dan perhatian terhadap orang lain. Hal Ini dapat dilihat apabila Sultan Degar
Alam memujuk bidan yang sedih kerana rasa bersalah apabila Tuan Puteri Nur Lela
mangkat ketika melahirkan puteranya. Ini dapat dijelaskan lagi dengan petikan di bawah:
“Ayuhai tok bidan yang tua, janganlah tok bidan susah hati, tiada beta mengambil
syak ke atas tok bidan sekalian; maka semata-mata dengan takdir Allah subhanahu
wa taala, melakukan kudrat iradat ke atas diri beta.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.6)
Benih rasa simpati atau timbang rasa ini dapat dikesan ada dalam hati Raja Muda
apabila beliau berhadapan dengan orang yang berasa susah hati iaitu Tok Bidan.
Walaupun Raja Muda tidak dapat menolong dan membantunya secara lahiriah tetapi
secara automatik timbul rasa belas kasihan atau simpati itu telah menggerakkan dirinya
untuk memberikan kata-kata semangat dan motivasi sebagai penawar dan penenang atas
kedukaan Tok Bidan. Sikap bertimbang rasa yang ada di dalam diri Raja Muda adalah
sangat wajar sebagai seorang pemimpin. S. Husin (1977) menjelaskan pemimpin turut
berhak dan berkewajipan membantu, membimbing dan memimpin sesuai dengan
188
kedudukannya dalam kelompok yang dianggotainya. Sikap ini harus menguasai hidup
seorang pemimpin dalam segala urusan kerana tanda adab dan prihatin terhadap
rakyatnya. Wujudnya sikap bertimbang rasa ini di dalam diri seorang pemimpin bukan
sahaja boleh menjalinkan hubungan baik antara Raja dan rakyat bahkan juga mampu
menjadikan Raja Muda seorang pemimpin yang disegani dan dihormati telah
memanifestasikan sikap pemimpin yang berjiwa rakyat.
4.4.6 Dasar Pentadbiran Amanah/Jujur/Menepati Janji dalam Menangani
Konflik dan Krisis antara Negara
Dalam pembentukan sebuah kerajaan yang beramanah dan adil, sifat amanah ini perlulah
ditanam dalam diri semua orang terutamanya para pemimpin kerana merekalah yang akan
mentadbir negara. Jika sifat amanah ini tiada dalam diri para pemimpin, maka negara akan
menjadi tidak terurus dan rasuah akan mudah berlaku. Dalam Hikayat Raja Muda ini juga
ditonjolkan aspek kepimpinan, iaitus dasar kepemimpinan yang amanah. Dasar ini dapat
dilihat secara nyata apabila Raja Muda akur apabila dimaklumkan Perdana Menteri akan
perintah Paduka Bonda hendak mengukuhkan hubungan diplomatik antara dua buah
negara melalui ikatan perkahwinan, iaitu antara Raja Muda dengan Tuan Puteri Kuntum
Ratna Suri. Hal ini jelas dipamerkan dalam petikan di bawah:
“Ayuhai mamak, yang seperti titah bonda itu setelah terjunjunglah di atas jemala
ubun-ubun beta, kerana beta ini sudah termaklum kepada bonda dan kepada mamak
sekalian, laksana seperti benang putih barang apa yang hendak diwarna beta adalah
menerima ampun kurnia itu; sekali-kali tiada berani melalui titah perintah dan
nasihat mamak sekalian yang jalan kebajikan itu akan tetapinya yang hal beta ini
bonda dan mamak sekalian pun sedia maklum tiada rupa akan harga, bunyi akan
nama, tambahan pula sekali mempunyai daya dan upaya daripada segenap
perkaranya.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.50)
Atas dasar amanah yang dipertanggungjawabkan, Perdana Menteri telah
memaklumkan agar Raja Muda menerima perkahwinan yang telah diatur dalam usaha
untuk mengukuhkan empayar dan menjalin hubungan diplomatik antara dua buah negara.
189
Dalam konteks zaman fuedal, kegagalan menepati janji dan menunaikan amanah yang
telah dipersetujui berkemungkinan besar akan memberi impak negatif terhadap
keselamatan sesebuah negara seperti persengketaan dan sekiranya persengketaan ini tidak
ditangani secara bijak dan berhemah akan membawa kepada tercetusnya episod
peperangan. Ketokohan watak Raja Muda mengukuhkan empayar kerajaan dan hubungan
diplomatik melalui ikatan perkahwinan memperlihatkan sikap kebijaksanaan dan
berwawasan beliau seorang pemimpin dalam pengurusan negara.
Pemimpin perlu bertanggungjawab dengan amanah yang dipegang dan harus
menjaganya dengan penuh berhati-hati. Amanah adalah kepercayaan, kesetiaan atau
ketulusan hati. Dalam segi bahasa amanah bermaksud tenteram, aman, selamat dan
harmoni. Manusia tidak boleh elak atau lari daripada melaksanakan amanah yang telah
dianugerahkan kepadanya. Setiap individu pernah diberikan amanah atau kepercayaan
untuk dijaga. Amanah itu adakalanya berbentuk titipan benda, rahsia, tugas, jabatan dan
sebagainya (M. Ali Hassan, 1978). Perkara ini perlu dipandang serius dan diperiksa secara
berkala dan tidak dianggap remeh walaupun perkara yang sekecil-kecil zarah telah
diekspresikan menerusi teks kajian ini. Kehidupan manusia di muka bumi ini adalah
bermasyarakat. Apabila bermasyarakat, maka manusia berkehendakkan kepada saling
bergantung antara satu sama lain. Dalam sesebuah organisasi pentadbiran, seorang rakyat
bergantung kepada pemimpinnya untuk mentadbir sebuah negara agar kebajikan rakyat
dapat dibela dengan seadil-adilnya. Apabila pergantungan itu dikaitkan dengan
perkhidmatan, setiap orang diwajibkan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik
kepada semua orang. Perkhidmatan yang baik adalah yang dilaksanakan dengan jujur dan
ikhlas tanpa mengharapkan sebarang pujian atau ganjaran. Apabila perkhidmatan yang
diberikan bertunjangkan sifat amanah, maka sebarang perbuatan khianat mahupun
penyelewengan dapat dihindarkan. Persoalan amanah dalam kepimpinan merupakan inti
pati penting yang telah dipraktikkan Perdana Menteri dalam teks kajian ini.
190
Hasil pengklasifikasian data menampakkan bahawa konsep kepimpinan, iaitu amanah
yang dibicarakan melalui watak Perdana Menteri dan Raja Muda telah mengangkat
kepentingan pemimpin dalam kehidupan manusia, berbangsa, bernegara, bermasyarakat,
dan berumah tangga. Mentaliti dan paradigma pemikiran orang Melayu berusaha
mengangkat pemimpin yang lazim disebut “orang yang dituakan” oleh masyarakat dan
kaumnya. Pemimpin diharapkan mampu membimbing, melindungi kerana pemimpin
mengembang tugas mulia dan tanggungjawab berat. Seorang pemimpin wajib memiliki
keperibadian sempurna dan berusaha terus-menerus menyempurnakannya. Pemimpin
harus memiliki sifat-sifat yang luar biasa, cekap dan bijaksana yang dapat menanamkan
keyakinan dalam diri orang-orang serta menimbulkan kesediaan yang lain bekerjasama.
Sifat dan perilaku diungkapkan, antara lain sebagai berikut: Yang dikatakan pemimpin
“Berkata lidahnya masin, Bercakap pintanya kabul, Melenggang tangannya berisi,
Menyuruh sekali pergi, Menghimbau sekali datang, Melarang sekali sudah (Tenas
Effendy, 2000, p.87) Sikap-sikap pemimpin sebegini mampu merealisasikan
pembangunan dan agenda ke arah pembangunan masyarakat dan negara.
Dalam Hikayat Raja Muda pemimpin yang berpegang kepada janji juga turut
ditampilkan. Janji merupakan ucapan, iaitu dengan menyatakan kesediaan dan
kesanggupan seperti hendak memberi, menolong, datang atau bertemu. Menepati janji
merupakan salah satu sifat terpuji yang menunjukkan keluhuran budi manusia dan sekali
gus menjadi hiasan yang dapat mengantarkannya mencapai kejayaan dari upaya yang
dilakukan. Menepati janji juga dapat menarik simpati dan penghormatan orang lain
terutamanya bagi seorang pemimpin. Dasar kepimpinan ini dapat dilihat apabila Raja
Muda memerintahkan Perdana Menteri supaya menulis surat perjanjian untuk
mengahwinkan anakandanya dengan anakanda Maharaja Besar di Benua Tua. Ini dapat
dijelaskan lagi dengan petikan di bawah:
191
“Wahai mamak, buatkanlah beta suatu surat persembahkan kepada kekanda
Maharaja Besar di Benua Tua kedua laki isteri maklumkan hal beta ini serta pula
hendak menetapkan janji ikrar. Adapun akan puteri beta Tuan Puteri Renik Jintan
ini hendak beta kahwinkan dengan puteranya Raja Seri Mandul kira-kira kerjanya
tiga tahun. Maka, adakah baginda itu ingat kan perjanjian beta atau tiada lagi?”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.80)
Hal menepati janji dapat ditekuni dalam petikan di atas pada watak pemimpin Raja
Muda. Jika diamati secara umum, konteks menepati janji dalam peristiwa ini lebih bersifat
peribadi. Namun jika dihalusi, menepati janji dan berkata benar merupakan bukti
kesempurnaan dan keadilan seseorang pemimpin itu kerana bukan semua pemimpin
mampu mengotakannya dan hanya pemimpin yang bertanggungjawab serta sayang akan
rakyatnya sahaja mampu menunaikan janjinya. Persoalannya, sekiranya Baginda
memungkiri janji, apakah impikasinya terhadap negara di bawah naungannya. Hal ini
tentulah akan mencetuskan huru-hara dan membawa kepada krisis dan konflik antara dua
buah negara. Ketokohan watak untuk menunaikan janji telah memberi kebaikan kepada
kedua-dua pihak demi mengelakkan tercetusnya permusuhan dan persengketaan.
Dalam membina sesebuah negara agar berada dalam kemakmuran sebagaimana yang
dirakam oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran – “baldatun taiyyibatun wa rabbun ghafur”
– memerlukan seorang pemimpin yang berkemampuan untuk mentadbir negara serta
menepati segala janji dan melaksanakannya melalui tindakan. Hukum berjanji adalah
boleh (jaiz) atau disebut juga dengan mubah manakala hukum memenuhi atau
menepatinya adalah wajib. Melanggar atau tidak memenuhi janji adalah haram dan
berdosa. Menunaikan janji adalah ciri orang beriman, sebagaimana diungkapkan Allah
dalam surat Al-Mukminun. Salah satunya yang paling utama adalah mereka yang
memelihara amanat dan janji yang pernah diucapkannya. FirmanNya: “Telah
beruntunglah orang-orang beriman, yaitu orang-orang yang memelihara amanat-amanat
dan janjinya.” Perihal kepimpinan yang menepati janji telah dapat dicungkil menerusi
penelitian analisis dalam kajian ini.
192
Dasar kepimpinan menepati janji dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda dapat
ditekuni pada watak, Datuk Nakhoda Tua. Tuanku Nakhoda Tua memanggil semua anak
geliung untuk memberitahu bahawa Laut Sekona Lingga merupakan kawasan lanun
berbahaya. Datuk Nakhoda Tua telah mengumumkan bahawa sesiapa yang dapat
menyelamatkan seisi kapal itu akan dikahwinkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa. Ramai yang bercita-cita memperisteri Tuan Puteri, terutamanya jurumudi. Tuanku
Nakhoda Tua meminta Tuan Puteri memanggil budak hitam (Awang Sulung) untuk
disuruh melawan lanun di laut. Setelah dipujuk, Awang Sulung pun mandi dengan limau
selimpar pagar dan sabun mandi. Tubuhnya yang hitam menjadi putih dan Tuan Puteri
semakin terpikat. Sesudah lengkap berpakaian pusaka tua warisan bonda, dia
mengenakan keris dan pedang yang sakti lalu berjumpa ketua lanun. Awang Sulung
menyuruh ketua lanun Si Helang Laut, Si Kecil Muda Teruna, Si Kecil Muda Suara untuk
mengambil Tuan Puteri supaya dijadikan penghalau ayam, penyapu rumah atau penggaru
belakang mereka.
“Barangsiapa yang menyelamatkan beta daripada bahaya perompak itu, beta
kahwinkan dengan anakanda Tuan Puteri Dayang Seri Jawa”.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.70)
“Maka terlalulah ajaib Tuanku Nakhoda Tua mendengarkan kata anakanda lalu
bertitah menyuruh Mualim Cik Emas baca khutbah mengahwinkan Awang Sulung
Merah Muda dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa”.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.81)
Mereka mengenali suara Awang Sulung lalu berasa takut. Awang Sulung
memberitahu ketua lanun bahawa pelayarannya kerana menemani Tuan Puteri pulang ke
negerinya. Tambahan pula, Awang Sulung berhutang dua puluh lapan rial dan emas
sejangka tiga kepada Datuk Batin Alam. Ketua-ketua lanun mengatakan akan
memenuhkan kapal itu dengan rial batu dan emas. Setelah lanun-lanun yang dijamu pergi,
jurumudi membuat helah dengan menikam seekor ayam dengan kerisnya. Dengan keris
193
berlumuran darah, jurumudi memberitahu Tuanku Nakhoda Tua bahawa dialah
yang menyelamatkan kapal itu daripada serangan lanun. Tanpa usul periksa, Tuanku
Nakhoda Tua menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan anaknya dengan jurumudi. Tuan
Puteri membantah kerana Tuanku Bertindak tanpa menyiasat. Akhirnya, Awang Sulung
pun dinikahkan dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Hal ini telah memperlihatkan
bahawa pemimpin tersebut telah mengotakan janjinya.
4.4.7 Dasar Kepimpinan yang Mementingkan Pendidikan terhadap Pewaris
Takhta Kerajaan
Hikayat Awang Sulung Merah Muda memperlihatkan satu penerapan dasar kepimpinan
yang tidak meminggirkan pendidikan. Pendidikan memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Melalui pendidikan, masyarakat
berpeluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam keseluruhan bidang kehidupan
mencakupi aspek keagamaan, adat istiadat, kebudayaan, kepercayaan, adat resam,
falsafah pemikiran dan warisan seni dan tradisi dalam sesebuah masyarakat.
Dimensi pendidikan yang dikesan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda
melambangkan manifestasi kebijaksanaan pemikiran dan keintelektualan pengarang yang
dipancarkan dalam masyarakat Melayu tradisi. Jelas daripada budaya pendidikan yang
dikesan dalam karya ini memperlihatkan suatu modaliti insan yang berkait rapat dengan
falsafah dan pemikiran Melayu yang berwawasan dan berpandangan jauh yang
diekspresikan melalui karya tersebut. Konsep pendidikan dalam HASMM disesuaikan
dengan masyarakat feudal pada zaman tradisional dan primitif yang menyentuh tentang
adat resam, kepercayaan, pengajian ilmu keagamaan dan seni persilatan Melayu. Budaya
pendidikan yang dikenal pasti ini telah dipraktiskan dan digarap dengan teliti dan
mendalam dalam karya ini.
194
Penelitian dalam HASMM juga membuktikan bahawa semenjak zaman feudal lagi
masyarakat amat menitikberatkan soal pendidikan sama ada pendidikan secara formal
atau tidak formal terhadap anak-anak atau generasi muda khususnya dalam kalangan
istana. Menurut Ramlah Adam (1991), pendidikan formal adalah suatu sistem pendidikan
yang didapati dengan cara mempelajari daripada guru dan kitab-kitab manakala
pendidikan tidak formal ialah satu pemindahan budaya dan nilai-nilai masyarakatnya dan
pengaruh luar masyarakat yang diperhatikan dan dijadikan panduan hidup demi
memperbaiki kelemahan diri. HASMM merupakan sebuah cerita rakyat yang berjaya
menggambar dan memaparkan betapa pentingnya pendidikan dalam aspek keagamaan
yang meliputi pengajian Al-Quran, ilmu nahu dan mantik, ilmu persilatan dan
kepahlawanan Melayu serta amalan mulia yang perlu dipraktiskan dalam kehidupan
seharian. Paparan dalam teks ini menjelaskan tentang apresiasi pemikiran pengarang yang
telah berjaya mengangkat dan memaparkan aspek pengurusan khususnya melalui Dimensi
pendidikan menerusi kepimpinan watak-watak yang berwibawa dan berintegriti yang
ditimbulkan dan dilantunkan oleh pengarang dalam karya sastera tersebut.
Cerita lipur lara juga boleh dijadikan sebagai sebuah cerita teladan. Hal ini demikian
kerana cerita ini telah menyelitkan beberapa pengajaran, nasihat atau petunjuk kepada
manusia dalam kehidupan sehari-hari. Hikayat Awang Sulung Merah Muda telah
menceritakan perihal Awang Sulung Merah Muda yang begitu terang hatinya sewaktu
mengikuti pengajaran Tuan Kadi Alim mengaji al-Quran.
Kadi membaca sehelai,
Ia membaca sejuz,
Kadi membaca sejuz,
Ia membaca tiga juz,
Kadi membaca dua puluh juz,
Ia membaca sampai khatam.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.19)
195
Kepintaran Awang Sulung Merah Muda menjadi contoh serta teladan akan
kebolehannya menguasai sesuatu yang begitu luar biasa. Sebagai orang Islam yang taat,
menjadi kewajaran untuk menguasai keterampilan membaca al-Quran dan lebih wajar
sekiranya ia memahami maksudnya. Setiap ibu bapa mengharapkan anaknya menjadi
pintar seperti Awang Sulung Merah Muda yang pandai mengaji al-Quran. Setiap ‘juz’
yang digunakan sebanyak empat kali menerangkan ukuran bahawa setiap juz
mengandungi sepuluh lembaran halaman al-Quran. Keterampilan Awang Sulung Merah
Muda menguasai pembacaannya melebihi beberapa kali ganda daripada gurunya Tuan
Kadi Alim itu dapat membanggakan gurunya sendiri dan juga kedua-dua ibu bapa serta
sekian rakyat jelata yang mendengarnya.
Paparan pendidikan agama yang diterima oleh Awang Sulung Merah Muda dapat
diperhatikan melalui petikan di bawah:
Maka adalah kepada suatu hari, maka bertitahlah Tuanku Batin Alam kepada
isterinya. “Ya adinda, adapun kedua putera kita ini sudah besar, dan cukup berakal
keduanya. Maka apalah ada hutang kepada kita, terlebih baiklah kita serahkan
belajar mengaji Quran dan merawi, Awang Sulung Merah Muda dan Tuan Puteri
Dayang Nuramah keduanya suruhkan belajar.” Adapun Awang Sulung Merah
Muda dihantarkan ke rumah Tuan Kadi Alim. Maka bertitahlah Tuanku Batin Alam
kepada Tuan Kadi Alim itu, “Beta ini datang berhajat kepada Tuan Kadi, beta minta
ajarkan anakanda mengaji Quran dan merawi.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.17)
Petikan di atas memberi gambaran akan kesedaran terhadap pentingnya pendidikan
agama dalam kehidupan seseorang lebih-lebih lagi bagi seorang anak yang sedang
membesar dan hendak memasuki alam remaja. Watak Tuanku Datuk Batin Alam yang
merupakan ayahanda angkat telah menghantar Awang Sulung Merah Muda untuk
mendapat pendidikan agama iaitu mengaji al-Quran dan merawi kepada Tuan Kadi Alim
setelah berbincang dengan isteri baginda. Pengajian Al-Quran ini sangat signifikan dan
relevan dalam usaha memperlengkapkan diri Awang Sulung Merah Muda dengan
pengetahuan agama yang mencukupi dan kukuh supaya menjadi benteng yang teguh
196
kepada baginda dalam usaha mentadbir negara kelak. Pendapat ini disokong oleh Zainal
Kling, (1980), yang menyatakan bahawa dalam masyarakat Melayu, ciri-ciri Islam
menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk dan hubungan, intisari nilai, sikap dan
pandangan. Islam menjadi jiwa dalam keseluruhan sosial dan budaya orang Melayu.
Pandangan ini selari dengan T.A. Ridwan (2001, p.270), yang menyentuh nilai dalam
kehidupan orang Melayu bersandarkan Islam memandangkan Islam ialah alternatif
beragama bagi orang Melayu.
Hal ini dapat diperhatikan apabila ayahanda angkat kepada Awang Sulung Merah
Muda telah mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan awal pendidikan keagamaan
kepada Awang Sulung Merah Muda sewaktu beliau muda belia lagi. Pembentukan akhlak
yang mulia perlu disemai dan dibentuk sejak dari kecil lagi, bak kata pepatah Melayu,
“hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Pendapat ini disokong Arba’ie Sujud,
Nik Rafidah Muhammad Affendi & Asiah Abdul Rahman (2011), yang memerihalkan
kanak-kanak wajar mendapat didikan moral yang sempurna kerana kanak-kanak harus
dijadikan insan yang mampu membentuk nilai-nilai murni yang mulia dalam diri mereka
suatu masa nanti. Ini merupakan inisiatif dan persediaan awal yang dilakukan oleh seorang
pemimpin untuk melahirkan generasi muda iaitu bakal pewaris takhta kerajaan dengan
ilmu keagamaan yang mantap. Kesinambungannya, watak Awang Sulung Merah Muda
merupakan simbolik yang mewakili generasi muda yang bakal menerajui kepemimpinan
negara yang perlu diberi perhatian dan didedahkan serta diangkat dengan ilmu
keagamaan. Hal ini amat bersesuaian dan bertepatan dengan pepatah Melayu, “Pemuda
harapan bangsa, Pemudi tiang negara”.
Kesedaran terhadap kepentingan pendidikan kepada anakandanya seperti yang
diperlihatkan oleh Tuanku Datuk Batin Alam ini membuktikan sikap pemimpin yang tidak
mengetepikan dan meminggirkan soal pendidikan agama dalam kehidupan terutamanya
197
dalam kalangan golongan bangsawan atau istana. Tanggungjawab dan ketegasan Tuanku
Datuk Batin Alam dalam memberi pendidikan agama kepada seorang putera raja yang
merupakan bakal pewaris takhta kerajaan adalah suatu usaha yang murni dalam
membentuk kekuatan iman dan taqwa seseorang pemerintah semenjak kecil lagi. Pendapat
ini disokong oleh Sarina Othman (1995), yang menjelaskan bahawa pendidikan agama
yang disemai sejak zaman kanak-kanak mampu membentuk perkembangan diri remaja
yang positif serta mempunyai nilai-nilai murni dalam jiwa mereka. Pendapat ini
diperkukuhkan oleh Wan Abd Kadir, (2000, p.13) yang memperkatakan bahawa nilai
dalam kehidupan orang Melayu bersandarkan al-Quran dan Hadith. Ini jelas menerusi
perbilangan adat yang berbunyi: Adat bersendi hukum, hukum bersendi kitab Allah.
Kepentingan menuntut ilmu agama serta kebolehan membaca dan mempelajari kitab
adalah satu tahap pendidikan tinggi yang memungkinkan seseorang itu layak menjadi
pemimpin. Oleh itu, memang wajar seorang pewaris takhta kerajaan mempelajari tahap
ilmu ini kerana dirinya adalah pemimpin tertinggi negara. Jika pemimpin tidak mendapat
pendidikan yang tinggi, sudah tentu dirinya akan dipandang rendah oleh ahli masyarakat
feudal dan dipertikaikan kepimpinannya. Ternyata, pancaran ilmu keagamaan ini
menyerlahkan kredibiliti dan karisma seorang pentadbir dan pemimpin dalam menjadikan
ilmu keagamaan sebagai inti pati penting dalam pengisian agenda pentadbiran.
Lantunan aspek pendidikan yang diketengahkan pemimpin menerusi analisis karya ini
amat relevan dan signifikan untuk memperjelas tentang prinsip kepimpinan melalui
dimensi pendidikan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013).
Pengurusan kepimpinan yang bijak dan mempunyai hala tuju serta berpandangan jauh
sudah semestinya tidak akan meminggirkan aspek pendidikan yang menjadi tonggak
kekuatan sesebuah ketamadunan. Hal ini kerana pendidikan merupakan elemen penting
yang menjadi pelengkap dan pemangkin sesebuah pentadbiran demi kelangsungan
apresiasi sesebuah bangsa dan negara. Ternyata, pendekatan pengurusan yang
198
diketengahkan ini memperlihatkan kedinamikan dan kerelevenan aspek kepimpinan yang
diperlihatkan oleh pemimpin Melayu merupakan indikator penting dalam merealisasikan
agenda pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara. Tuntasnya, kredibiliti dan
karisma pemimpin dan kepimpinan yang digarap dalam teks Hikayat Awang Sulung
Merah Muda ini amat bertepatan dan bersesuaian dalam hala tuju pengurusan pentadbiran
khususnya dalam memberi penekanan dalam pendidikan yang merupakan khazanah
penting dalam mengangkat keagungan warisan tradisi Melayu.
Selain itu, paparan tentang kesedaran kepentingan pendidikan yang diperlihatkan oleh
Tuanku Datuk Batin Alam bukan sahaja mendedahkan Awang Sulung Merah Muda
dengan pendidikan mengaji al-Quran dan Merawi semata-mata malah baginda turut
menekankan pendidikan tentang ilmu nahu dan mantik.
Maka Tuan Kadi pun makan sirih, lalulah berkata Tuan Kadi kepada Tuan Malim,
“Sebesar-besarnya hajat hamba datang ke mari ini, hamba dititahkan Tuanku Batin
Alam ia minta ajarkan puteranya ini Awang Sulung Merah Muda mengaji kitab nahu
dan mantik.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.19)
Meneliti petikan di atas, selain penekanan dalam aspek mengaji dan merawi, Tuanku
Datuk Batin Alam juga meneruskan tradisi mendalami ilmu Islam dengan menekankan
aspek pengajian nahu dan mantik. Mantiq merupakan satu ilmu logik yang perlu
menggunakan akal bagi membuat satu natijah atau keputusan dalam sesuatu
permasalahan. Selain itu, ilmu tersebut juga dijadikan dalil untuk berhujah yang dikenali
sebagai dalil Aqli iaitu yang melibatkan psikologi dan persekitaran seseorang individu itu
untuk berfikir secara rasional dan profesional. Menurut Michelle, Thomas & Sinyangwe
(1989), pegangan agama yang sempurna boleh menjadi pegangan moral yang baik dalam
diri remaja dan seterusnya memberi arah kepada mereka untuk berfikir dengan bijak
sebelum melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Maka, jelaslah di sini bahawa Mantiq
199
adalah satu ilmu yang bermanfaat yang boleh membezakan antara yang baik dan yang
buruk. Tanggungjawab yang dipikul jelas menunjukkan bahawa sikap yang dipamerkan
oleh Datuk Batin Alam merupakan usaha-usaha murni dan terancang yang diambil oleh
seorang pemimpin untuk menyediakan dan melahirkan pelapis pemimpin yang
mempunyai integriti dan kekuatan rohani dan spiritual yang mantap terutamanya
berkaitan aspek agama yang lebih spesifik dan mendalam iaitu pengetahuan tentang ilmu
nahu dan mantik. Ilmu pengetahuan ini merupakan satu medium dan platform terbaik
untuk membentuk dan melahirkan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan seterusnya
mampu membuat keputusan yang adil, saksama dan bijak dalam sesuatu pentadbiran.
Kesinambungannya, hal ini sangat bertepatan kerana pengajian ilmu mantik amat
penting dan relevan untuk melahirkan seorang pemimpin yang mengetahui peraturan/
kaedah-kaedah untuk memandu serta mengawal akal fikiran manusia daripada tersalah
dan terpesong semasa berfikir dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.
Pendidikan dan pengetahuan tentang ilmu mantik dan nahu merupakan asas yang penting
bagi seorang pemimpin untuk membuat keputusan yang adil dan saksama agar diri
dihormati dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Pendidikan agama yang perlu ada pada
seseorang pemimpin dapat membentuk suatu semangat spiritual yang kuat dan ampuh
dalam memelihara kesejahteraan dan keharmonian rakyat selain meningkatkan kualiti
kehidupan beragama yang seharusnya menjadi amalan dan pegangan seseorang individu
khususnya pentadbir. Pendapat ini disokong Fauziah Ibrahim (2009), menjelaskan
kekuatan dan kelemahan sesuatu bangsa dan negara amat bergantung kepada golongan
muda yang merupakan tonggak dan pewaris kesinambungan pembangunan dan
kesejahteraan negara. Golongan muda yang cemerlang dalam pelbagai aspek seperti
akademik, kemahiran, sahsiah dan jati diri amat diperlukan untuk menyumbang secara
positif kepada kecemerlangan dan pengukuhan ekonomi serta masa depan pembangunan
negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek sama ada jasmani mahupun
200
rohani akan membawa kepada kehidupan yang sejahtera bagi seluruh rakyatnya
(Maimunah Ismail: 1999, Che Bakar Che Mat: 2007, Said: 2013).
Ringkasnya, hal-hal berkaitan aspek pendidikan yang diperjelaskan amat bersesuaian
dan bertepatan dengan prinsip kepimpinan yang diketengahkan Mohamad Mokhtar Abu
Hassan (2013) yang terdapat bawah Pendekatan Pengurusan. Berdasarkan pendekatan
pengurusan tersebut, jelas memperlihatkan bahawa pemimpin iaitu ketua rumah tangga
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan pembinan moral yang baik
dalam diri kanak-kanak dan pendidikan ini mampu dibentuk melalui didikan dan asuhan
moral yang betul melalui aspek pengurusan yang berkesan. Justeru, agama memainkan
peranan yang sangat penting dan dominan sebagai panduan kehidupan manusia. Bagi
merealisasikan generasi muda yang memiliki keperibadian yang cemerlang dari segi
sahsiah dan akhlak mereka, peranan dan tanggungjawab yang diambil oleh watak
pemimpin melambangkan simbolisme dan pemikiran terkehadapan dan berwawasan
pentadbir. Tanggungjawab ini sebagai usaha merealisasikan dan memastikan bakal
pewaris takhta kerajaan tersebut berada pada landasan yang betul untuk menerajui tampuk
kepimpinan negara. Oleh itu, ibubapa selaku pemegang amanah merupakan individu yang
berkewajipan melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk memperkukuh pendidikan
agama dan seterusnya memastikan mereka mempraktikkan ajaran agama yang diajari
dalam kehidupan seharian. Melalui pendekatan ini, pengetahuan dan amalan agama yang
sempurna juga mampu menjadikan pemimpin lebih ideal dan rasional dalam menangani
cabaran hidup dan seterusnya memaksimumkan segala potensi yang ada pada mereka
untuk kemajuan diri, pembangunan agama, bangsa dan juga negara lantas membawa
kesejahteraan dan kemakmuran dalam masyarakat.
Dimensi Pendidikan dalam HASMM bukan hanya memberi fokus dalam aspek
pendidikan keagamaan sahaja malah Tuanku Datuk Batin Alam turut memberikan
201
penekanan dalam ilmu seni mempertahankan diri, iaitu persilatan Melayu. Ilmu persilatan
Melayu amat ditekankan terutamanya dalam masyarakat Melayu tradisi ke arah
melahirkan masyarakat yang cergas, cerdas dan mempunyai ketahanan diri yang mantap.
Tanggungjawab menyediakan Awang Sulung Merah Muda dengan ilmu mempertahankan
diri amat penting terutamanya bagi seorang putera raja yang akan mengetuai dan
menerajui tampuk pemerintahan. Sebagai seorang putera raja yang akan mewarisi
kepimpinan negara, kegagahan, keberanian, kekuatan fizikal dan mental merupakan aset
yang penting bagi seorang pemimpin dalam menerajui dan memacu hala tuju sesebuah
tampuk kepimpinan. Paparan peristiwa dapat diperhatikan seperti dalam petikan berikut:
Maka pada suatu hari bertitahlah Tuanku Datuk Batin Alam kepada Awang Sulung
Merah Muda, “Hai anakku, sekarang sudahlah dapat mengaji kitab dan merawi
tinggallah lagi pencak dengan silat, apung dengan kebal, tiadalah payah belajar
kepada orang, ayahanda boleh mengajari.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.21)
Ilmu persilatan Melayu yang dipaparkan dalam HASMM ini memperlihatkan tentang
tradisi ilmu yang diwarisi sejak zaman-berzaman, bersesuaian dan menepati pepatah
Melayu, “tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan”. Ilmu persilatan dan kepahlawan
yang ditimbulkan oleh pengarang sebagai suatu apresiasi dalam memelihara dan
mengangkat martabat warisan seni tradisi keunggulan dan keagungan Melayu. Menerusi
ilmu persilatan ini akan melahirkan seorang pendekar dan pahlawan iaitu insan yang
berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin
berteraskan adat seni budaya Melayu. Lantas, ilmu yang ditekuni akan dapat diaplikasi di
tempat yang betul demi menegakkan kebenaran. Rasionalnya, ilmu persilatan ini juga
dapat melahirkan seorang pemimpin yang berketerampilan berlandaskan semangat
kesatria yang luhur. Ilmu kebal atau tidak lut senjata dan apung turut diajar kepada Awang
Sulung bagi mencerminkan kelebihan dan keistimewaan seorang putera raja dibandingkan
dengan rakyat biasa.
202
Secara prinsipnya, kekebalan dan keluarbiasaan yang dimiliki seorang putera raja akan
menempatkannya dan memartabatkan pada tahap yang tinggi. Daya usaha yang
diperlihatkan oleh Tuanku Datuk Batin Alam dalam mendedahkan dan menurunkan ilmu
mempertahankan diri amat sesuai dan bertepatan dalam usaha untuk melahirkan seorang
putera raja yang cergas, cerdas dan mempunyai ketahanan diri yang utuh, mantap dan
senada dengan zaman tersebut apatah lagi baginda seorang pewaris takhta kerajaan suatu
hari nanti. Kepentingan menuntut ilmu kepahlawanan sebagaimana ilmu persilatan yang
telah diperturunkan oleh ayahandanya membuktikan bahawa legasi persilatan Melayu
merupakan jati diri bangsa yang harus dipertahankan dan wajar diwarisi oleh generasi
muda. Pada zaman berkenaan, ilmu kepahlawanan adalah sesuatu yang penting kerana ia
adalah salah satu cara mempertahankan diri dan negara daripada serangan musuh.
Pembelajaran ilmu tersebut mampu menjadikan masyarakat pada zaman tersebut hidup
aman damai dan bersedia untuk menghadapi tentangan dan cabaran daripada pihak
musuh.
Hakikatnya, jelas membuktikan bahawa Prinsip Kepimpinan yang terdapat di bawah
Pendekatan Pengurusan Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) sesuai dikaitkan dengan
tanggungjawab dan peranan pemimpin yang mewariskan seni pertahanan dan
kepahlawanan Melayu kepada generasi muda. Ringkasnya, ilmu persilatan dan
kepahlawanan Melayu itu adalah warisan bangsa yang telah diwarisi dan diperturunkan
sejak turun-temurun daripada generasi ke generasi. Maka adalah wajar sekiranya ilmu
persilatan ini diberi tempat dan kedudukan yang tertinggi dalam masyarakat.
Memartabatkan khazanah seni warisan Melayu dahulu adalah satu sikap yang mulia dan
terpuji sebagai sokongan dan menghargai seni warisan tradisi Melayu yang tiada tolok
bandingnya sebagaimana yang diungkapkan dalam HASMM ini. Sememangnya benar dan
terbukti ilmu persilatan itu adalah berasal daripada bangsa Melayu yang gagah berani
yang diwariskan zaman-berzaman. Melalui pendekatan ini, membuktikan bahawa ilmu
203
persilatan ini dapat melatih, membentuk dan mempertingkatkan martabat diri dan
pemikiran sihat dan positif seseorang pentadbir dan pemimpin. Secara tidak langsung,
paparan ilmu persilatan ini melambangkan keintelektualan dan kecendekiawan pemikiran
Melayu dan merupakan aset bangsa Melayu yang dapat memberi sumbangan kepada
tamadun dunia lantas membentuk satu acuan dan jati diri kepimpinan yang berteraskan
akar dan budaya bangsa Melayu. Paparan ini secara langsung mengangkat satu lagi aspek
pemikiran pengurusan dalam karya sastera tradisional.
Berdasarkan HASMM, proses pendidikan juga boleh diperoleh melalui pendidikan
tidak formal seperti pengalaman hidup, pemerhatian, pengamatan dan sikap suka bertanya
berdasarkan pengalaman yang diperoleh hasil didikan daripada keluarga. Pendidikan tidak
formal inilah yang membentuk peribadi yang mulia dan kebijaksanaan seseorang sehingga
pandai membawa diri. Bak kata pepatah Melayu, “Malu bertanya sesat jalan”. Justeru,
apabila seseorang pandai membawa diri, maka sikap tidak segan bertanya dan
berkeinginan untuk mendapatkan pengetahuan dan ilmu sentiasa menjadi amalan. Segala
tindak tanduknya akan memperlihatkan tindak-tanduk yang berpandukan sikap orang
yang berakal dan berlimu pengetahuan.
Sikap terpuji dan merendah diri Awang Sulung Merah Muda dalam menuntut dan
mendapatkan ilmu dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:
Maka berkatalah Awang Sulung, “Sekarang anakanda hendak bertanya. Anakanda
tiada tahu akan adat, anakanda baru:
Umur setahun jagung,
Darah setampuk pinang,
Besar di bawah pisang goyangan,
Besar di bawah tebu berlengkar.
Sebab itulah anakanda hendak bertanya darihal orang belayar. Jikalau datang angin
dari selatan, bagaimana sentak layarnya? Jikalau datang angin dari utara, bagaimana
sentak layarnya? Jikalau menempuh negeri orang, bagaimana adatnya?” Lalu
204
dijawab emak bongsunya, “Hai anakku, jikalau engkau belayar; datang angin dari
barat, sentak layar sebelah selatan. Begitulah anakku buat, pendapat bonda.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.39)
Berdasarkan petikan tersebut, didapati Awang Sulung Merah Muda memiliki ciri-ciri
generasi yang berakhlak mulia dan berhemah tinggi serta merendah diri. Penggunaan
ungkapan setahun jagung dan setampuk pinang dalam puisi berirama tersebut
memberikan cerminan akan kerendahan hati yang dimiliki Awang Sulung Merah Muda
walaupun baginda seorang putera raja ketika bercakap dengan bondanya. Hal ini diakui
oleh Amat Juhari Moain, (2001, p.286), setiap kata ada nilainya. Sehubungan itu,
penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan keadaan, suasana serta golongan, dan
peringkat yang berbeza. Pandangan ini disokong oleh Kramsch, (1998, p.26), seseorang
perlu memahami sebab ia berkata-kata, apa yang dikatakan, bagaimana mengatakannya,
kepada siapa ia berkata dan semua ini bergantung kepada konteks pertuturan tersebut.
Awang Sulung juga meletakkan dirinya persis tidak berkeupayaan kerana masih dalam
jagaan orang tuanya berdasarkan baris bahasa berirama Besar di bawah pisang goyangan
dan Besar di bawah tebu berlengkar. Justeru, baginda memerlukan pandangan serta
nasihat daripada bondanya untuk mendapatkan ilmu tentang pelayaran. Bonda bongsunya
memberikan ilmu tentang pelayaran kepada Awang Sulung agar baginda pandai
membawa diri dan memanfaatkan ilmu tersebut suatu hari nanti. Pendidikan tidak formal
bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan malahan termasuklah membina
peribadi yang mulia dan merupakan suatu proses generasi muda untuk menjalani
kehidupan dan memenuhi tujuan hidupnya secara lebih efektif dan efisien. Lantaran itu,
masyarakat yang berakhlak mulia dan dipandang tinggi oleh anggota masyarakatnya
melalui sifat yang mulia dapat diperlihatkan dalam hikayat ini.
Berpandukan dan berteraskan prinsip kepimpinan ini, adalah relevan dan signifikan
untuk menjadikan orang lama atau orang tua sebagai pemimpin yang wajar diteladani.
205
Mendengar dan mengikuti nasihat daripada orang yang lebih tua dan berpengalaman
seperti yang terdapat dalam HASMM merupakan satu nilai moral dan teladan yang
seharusnya dicontohi. Golongan tua dan berpengalaman adalah ahli masyarakat yang
mampu mengajar dan memberi petunjuk yang berkesan dan berguna kepada anggota
masyarakatnya kerana mereka bertindak sebagai pemimpin tidak rasmi dalam anggota
masyarakatnya. Ahli masyarakat yang terkemudian wajar akur dan mengambil perhatian
tentang pengalaman pemimipin terdahulu kerana mereka “terlebih dahulu makan garam”
atau dengan kata lain mereka telah melalui banyak pengalaman suka, duka, pahit maung
dalam kehidupan. Pendidikan daripada nasihat orang tua sangat penting supaya mendapat
panduan dan keberkatan hidup. Paparan peristiwa ini menjelaskan bahawa setiap manusia
mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kita perlu sedar bahawa diri manusia tidak
lengkap dan menguasai segala ilmu. Tidak dinafikan bahawa Awang Sulung Merah Muda
mempunyai kehebatan dan kesaktian namun kekurangan dari aspek ilmu pelayaran dan
kemasyarakatan. Dalam hal ini, pengarang berjaya melantunkan satu aspek pendidikan
yang amat relevan dan dinamik dengan suasana dan latar masyarakat ketika itu lantas
pembicaraan ini melantunkan satu aspek kepimpinan berkesan khususnya dimensi
pendidikan dalam hikayat ini.
Ringkasnya, unsur-unsur pengurusan dalam sesebuah karya sastera khususnya cerita
lipur lara ditonjolkan dan ditimbulkan oleh seseorang pengarang kerana aspek tersebut
tidak wujud secara sengaja dan ternyata mempunyai keunikan dan nilai keistimewaannya.
Pelbagai pertimbangan yang rasional dan kritis telah dirangkum dan digarap oleh
pengarang demi menghasilkan karya sastera yang ampuh, bermutu tinggi dan mempunyai
nilai pengurusannya. Hal ini sangat signifikan kerana aspek pengurusan dalam sesebuah
karya sastera perlu dilihat dan diteliti dalam segala aspek seperti bentuk, gaya bahasa,
puisi, pemilihan kata, latar, nilai, isu dan persoalan yang dirujuk kepada teks yang menjadi
fokus kajian. Ini bermakna unsur atau bahagian lain dalam teks sastera membantu
206
menjelaskan makna atau pemikiran pengarang dalam sesebuah karya sastera lantas dapat
memberikan impak yang berkesan terhadap pembangunan dan pembinaan masyarakat
pendukungnya. Pemikiran pengurusan yang ditanggapi dalam cerita lipur lara ini jelas dan
terbukti bahawa kebijaksanaan dan pemikiran kritis pengarang merupakan manifestasi
keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu tradisi yang merentasi zaman dan
peradaban.
Hikayat Anggun Cik Tunggal juga dapat ditekuni dalam aspek kepimpinan yang
mementingkan pendidikan yang diterapkan oleh pemimpin terhadap generasi muda.
Dimensi pendidikan yang ditonjolkan oleh pengarang membuktikan bahawa semenjak
zaman bangsawan dahulu kala lagi pendidikan amat dititik berat oleh pemimpin sama ada
secara formal mahupun tidak formal. Konsep pendidikan yang diterapkan oleh pemimpin
bukan sahaja menyentuh hal-hal keagamaan meliputi pengajian Al-Quran, ilmu nahu dan
mantik bahkan juga seni persilatan melayu yang melambangkan kepahlawanan Melayu
tidak dikesampingkan. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2008, p.143) satu aspek
penting yang menjadi penanda jati diri masyarakat ialah agama. Agama merupakan suatu
pegangan yang harus dimiliki oleh setiap individu kerana tanpa agama, seseorang itu akan
terpesong jauh dari landasan yang sebenar.
Menyedari hakikat kepentingan aspek pendidikan ini, pengarang melalui daya kreatif
imaginatifnya telah mengetengahkan watak-watak pemimpin yang bertanggungjawab
dalam memberikan pendidikan terbaik kepada bakal pewaris takhta kerajaan untuk
menghadapi cabaran kehidupan. Bertitik tolak daripada persoalan ini, pewaris takhta
kerajaan ini perlu dipimpin, diasuh dan dibimbing sebagai persediaan untuk memikul
tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar untuk mentadbir negara pada masa
hadapan. Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab Orang Kaya Besar sedar tentang
kepentingan ilmu agama untuk diterapkan kepada anakandanya yang merupakan
golongan pelapis yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa depan. Sikap
207
ketegasan dan keprihatinan pemimpin, iaitu watak Orang Kaya Besar terhadap pentingnya
pendidikan agama yang perlu diajar kepada Raja Anggun Cik Tunggal dapat diperhatikan
melalui petikan di bawah:
Antara tiada berapa lamanya sampailah umurnya tujuh tahun, maka diserahkan
mengaji Quran oleh Datuk Orang Kaya Besar kepada Tuan Ulama di dalam negeri
itu. Setelah khatamlah Quran yang tiga puluh juzu’:
Tamat saraf dengan nahu,
Tamat mantik dengan makna,
Tamat tafsir dengan bayan.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.17)
Petikan di atas memberikan kesedaran terhadap pentingnya pendidikan agama dalam
kehidupan seseorang lebih-lebih lagi bagi anak yang kian membesar dan memasuki alam
remaja. Untuk menjamin pertumbuhan yang menyeluruh remaja memerlukan kepimpinan
yang sempurna dan seimbang dalam semua aspek (Ibrahim 1997, p.63). Dalam realiti
kehidupan untuk menjadi pemimpin keluarga memang mudah diungkapkan tetapi untuk
menjadi ibu bapa yang faham dan mempunyai iltizam dalam pembinaan insan meliputi
hal-hal yang berkaitan dengan emosi, akhlak serta moral anak-anak adalah sukar (Faridah
1995, p.51). Walau bagaimanapun, Orang Kaya Besar telah mengambil langkah yang
tepat dan proaktif dalam memberi pendidikan agama kepada anakandanya. Tindakan
Datuk Orang Kaya Besar menghantar Raja Anggun Cik Tunggal kepada Tuan Ulama
untuk mengaji Quran adalah satu usaha yang murni dan mulia dalam membentuk dan
membesarkan Raja Anggun Cik Tunggal.
Pendedahan pendidikan agama kepada Raja Anggun Cik Tunggal sejak kecil
merupakan satu langkah kecil dalam mendidiknya menjadi seorang pemimpin yang
berjiwa besar dan berwibawa sekali gus dalam mempersiapkan Raja Anggun Cik Tunggal
mentadbir negara selari dengan Quran dan sunnah. Pendidikan berteraskan Islam ialah
proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber
wahyu, Al-Quran dan Sunnah, untuk melahirkan insan soleh yang mampu memikul
208
tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas manusia supaya
mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat (Abdul
Halim, 1993). Hal ini disokong oleh Sapora (2007) yang memerihalkan bahawa keluarga
memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan psikologi, emosi, mental
dan kognitif individu. Pandangan ini jelas membuktikan bahawa tindakan yang diambil
Orang Kaya Besar adalah langkah yang tepat dan bijak dalam pengurusan rumahtangga
khususnya dalam memberi pendidikan agama terhadap anakandanya.
Pendidikan agama yang diterapkan di dalam diri Raja Anggun Cik Tunggal semenjak
berumur tujuh tahun lagi telah ditonjolkan oleh pengarang dengan keyakinan dan
kepercayaan tentang kuasa tuhan yang satu berdasarkan petikan di bawah. Kepimpinan
agama yang diterapkan memainkan peranan penting untuk membuka minda dan memberi
kesedaran kepada Raja Anggun Cik Tunggal dalam menjalani kehidupan yang semakin
mencabar dengan berpaksikan ketuhanan. Selain mengukuhkan kepercayaan kepada
Allah (SWT), sifat seorang pemimpin menuntut supaya melakukan pengorbanan,
kegigihan, kebijaksanaan, ketegasan, kesederhanaan dan kesabaran. Ciri-ciri kepimpinan
ini mampu menjadi benteng menahan diri daripada pelbagai gejala dan fenomena yang
melanda remaja
“Hai angin empat penjuru alam,
Turunlah si raja angin,
Yang bernama Selatan Tuk Panji,
Yang meruntuhkan gunung,
Yang mengeringkan laut,
Yang merebahkan kerbau di padang,
Yang mencabut cekur di halaman;
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.46)
Berdasarkan petikan di atas, pengarang menceritakan tentang tindakan Raja Anggun
Cik Tunggal yang menyeru angin setelah Dendang Panjang terkantung-kantung di tengah
lautan ombak selubuk Sungai Gila kerana ketiadaan angin untuk berlayar ke negeri Teluk
209
Tambang Papan. Ini membuktikan bahawa semenjak zaman bangsawan dahulu kala lagi,
kepercayaan terhadap agama dan tuhan yang satu tidak pernah putus bilamana pengarang
menonjolkan tindakan Raja Anggun Cik Tunggal berdoa diturunkan angin agar kapalnya
boleh belayar kembali. Aspek keagamaan yang diterapkan oleh pemimpin ternyata
memberi impak yang berkesan terhadap Anggun Cik Tunggal lantas memanifestasikan
tentang gambaran pemimpin yang tidak meminggirkan agama dalam kehidupannya.
Peristiwa ini jelas membuktikan bahawa aspek kepimpinan merupakan satu aspek penting
yang perlu ada dalam sesebuah organisasi sepertimana yang diketengahkan oleh
Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013).
Dimensi pendidikan di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal bukan sahaja memberi
penekanan dalam bidang pendidikan keagamaan sahaja malahan Datuk Orang Kaya Besar
turut menghantar Raja Anggun Cik Tunggal mempersiapkan diri dengan ilmu seni
mempertahankan diri iaitu ilmu persilatan yang melambangkan kepahlawanan Melayu.
Mempersiapkan Raja Anggun Cik Tunggal dengan ilmu mempertahankan diri adalah
penting sebagai seorang yang bakal menerajui dan mentadbir negeri dan kerajaannya
sendiri. Seni silat ini bukan sahaja penting dari aspek mempertahankan diri dari serangan
musuh walhal juga merupakan salah satu jenis seni mempertahankan diri yang baik untuk
kesihatan. Ini kerana seni silat melibatkan banyak pergerakan badan dan mampu
meningkatkan kecergasan badan. Oleh itu, tanggungjawab Datuk Orang Kaya Besar
menghantar Raja Anggun Cik Tunggal mempelajari ilmu persilatan tidak dapat
dipertikaikan. Sebagai seorang putera raja yang akan mewarisi tampuk pemerintahan,
beliauharuslah mempunyai ciri-ciri kepahlawanan di dalam diri seperti kegagahan,
keberanian dan kekuatan fizikal dan mental. Ini kerana, raja melambangkan negeri itu
sendiri. Faridah dan Zuraidah (1995, p.12) menjelaskan pemimpin keluarga yang
bertanggungjawab ialah pemimpin yang menjalankan peranannya terhadap keluarga dan
menentukan ahli keluarganya mendapat perlindungan serta jagaan baik dan sempurna.
210
Paparan peristiwa yang memperlihatkan Datuk Orang Kaya Besar menghantar Raja Cik
Anggun Tunggal mempelajari ilmu persilatan dapat diperhatikan dalam petikan berikut:
Maka sangatlah kesukaan hati Datuk Orang Kaya Besar, makin bertambah kasih
sayang akan Raja Tunggal Junjungan itu. Maka diserahkan pula kepada seorang
pahlawan belajar:
Pencak dengan silat,
Apung dengan penimbul,
Kebal dengan kuat.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.18)
Ilmu persilatan yang ditonjolkan di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal membuktikan
ilmu persilatan adalah ilmu yang telah wujud dan diwarisi sejak zaman-berzaman lagi.
Orang Melayu telah lama mengamalkan seni silat ini yang merupakan warisan bangsa. Ini
kerana mereka menjadikan seni silat sebagai seni mempertahankan keselamatan diri
dalam membalas serangan musuh atau mempertahankan kedaulatan negara. Menerusi
ilmu persilatan yang dipelajari oleh Raja Anggun Cik Tunggal bukan sahaja melahirkan
pemimpin yang cergas dan pantas dalam pergerakan bahkan melahirkan pemimpin yang
tidak gentar menghadapi dan berdepan dengan serangan daripada musuh.
International Standard Classification of Education (ISCD), (1970) membezakan
antara tiga jenis pendidikan, iaitu Pendidikan Secara formal, Tidak Formal (Non-Formal)
dan Informal. Pendidikan Secara Informal merangkumi pendidikan yang disampaikan
dalam institusi keluarga termasuk pembelajaran sosial secara langsung. Dengan ini,
pendidikan secara informal adalah sebagaimana kenyataan di atas, memanifestasikan
kebenaran kenyataan tersebut yang dilantunkan dalam teks kajian. Seperti yang kita sedia
maklum, menuntut ilmu tidak terhad kepada mempelajari ilmu-ilmu berkaitan agama
mahupun ilmu berdasarkan buku-buku sahaja sedangkan ianya meluas dari segi
pendidikan jasmani, rohani dan intelektual. Hal ini dapat dikaitkan dengan peristiwa yang
terdapat dalam teks kajian:
211
Maka sudah menjadi sekalian ilmunya, lalu diserahkan pula kepada seorang raja
minta ajarkan istiadat lembaga resam dan bahasa serta permainan anak raja-raja.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.18)
Berdasarkan petikan di atas, selepas Raja Anggun tamat belajar ilmu keagamaan dan
persilatan, beliau dihantar oleh Datuk Orang Kaya Besar mendalami dan mempelajari adat
istiadat lembaga resam dan bahasa dan belajar bermain permainan anak raja-raja. Sebagai
seorang pemimpin yang akan memerintah negaranya sendiri, haruslah beliau mempelajari
segala adat isitiadat lembaga resam dan bahasa. Ini kerana sebagai seorang raja,
mengetahui dan menguasai selok-belok adat istiadat lembaga dan resam adalah harus agar
memudahkannya dalam mentadbir negeri naungannya. Seorang raja bukan sahaja harus
bijak, tetapi cergas dan tajam pemikiran dalam menguruskan pentadbiran.
Secara ringkasnya, penelitian dalam HACT telah membuktikan bahawa semenjak
zaman feudal lagi masyarakat amat menitikberatkan soal pendidikan sama ada pendidikan
secara formal atau tidak formal terhadap anak-anak atau generasi muda khususnya dalam
kalangan istana. Menurut Ramlah Adam (1991), pendidikan formal adalah suatu sistem
pendidikan yang didapati dengan cara mempelajari daripada guru dan kitab-kitab
manakala pendidikan tidak formal ialah satu pemindahan budaya dan nilai-nilai
masyarakatnya dan pengaruh luar masyarakat yang diperhatikan dan dijadikan panduan
hidup demi memperbaiki kelemahan diri. HACT merupakan sebuah cerita rakyat yang
berjaya menggambar dan memaparkan betapa pentingnya pendidikan dalam aspek
keagamaan yang meliputi pengajian Al-Quran, ilmu nahu dan mantik, ilmu persilatan dan
kepahlawanan Melayu serta amalan mulia yang perlu dipraktiskan dalam kehidupan
seharian. Paparan dalam teks ini menjelaskan tentang apresiasi pemikiran pengarang yang
telah berjaya mengangkat dan memaparkan aspek pengurusan khususnya melalui Dimensi
Pendidikan menerusi kepimpinan watak-watak yang berwibawa dan berintegriti yang
ditimbulkan dan dilantunkan oleh pengarang dalam karya sastera tersebut.
212
Dapat dirumuskan bahawa dimensi pendidikan yang dikesan dalam Hikayat Anggun
Cik Tunggal melambangkan manifestasi kebijaksanaan pemikiran dan keintelektualan
pengarang yang dipancarkan dalam masyarakat Melayu tradisi. Jelas daripada budaya
pendidikan yang dikesan dalam karya ini memperlihatkan suatu modaliti insan yang
berkait rapat dengan falsafah dan pemikiran Melayu yang berwawasan dan berpandangan
jauh yang diekspresikan melalui karya tersebut. Konsep pendidikan dalam HACT
disesuaikan dengan masyarakat feudal pada zaman tradisional dan primitif yang
menyentuh tentang adat resam, kepercayaan, pengajian ilmu keagamaan dan seni
persilatan Melayu. Budaya pendidikan yang dikenal pasti ini telah dipraktiskan dan
digarap dengan teliti dan mendalam dalam karya ini telah memanifestasikan satu aspek
pengurusan kepimpinan yang dinamik telah dilontarkan dalam kajian ini. Hal ini sekali
gus mendampakkan bahawa kepimpinan merupakan satu aspek penting selari dengan
saranan yang diketengahkan di bawah pendekatan ini.
Hikayat Raja Muda turut memperlihatkan pengaplikasian dasar kepimpinan yang
tidak meminggirkan pendidikan dalam sistem pentadbiran. Agama memainkan peranan
penting terhadap manusia sebagai petunjuk di dalam kehidupan kita. Menurut Mohd
Nakhaie (1998, p.30) terdapat pelbagai agama dalam masyarakat manusia di sepanjang
zaman. Mulai daripada masyarakat primitif sehinggalah masyarakat termoden di dunia
hingga ke hari ini. Tiap-tiap agama telah mengajar penganutnya supaya melakukan
kebaikan agar mendatangkan faedah kepada penganutnya. Oleh itu, agama Islam dapat
membentuk penganutnya untuk menjadi insan yang mulia di dunia dan di akhirat
sebagaimana yang dinyatakan oleh Faisal bin Haji Othman (1991, p.118) bahawa Islam
ialah satu-satunya agama yang memandang manusia dan alam semesta dengan pandangan
yang positif dan affirmatif. Menurut Islam manusia ialah satu-satunya makhluk dan
hamba Allah yang diberikan status yang paling tinggi sekali, iaitu sebagai khalifah Allah.
Di atas muka bumi. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pandangan hidup Islam
213
memberikan status yang paling tinggi kepada manusia. Ini dapat dibuktikan apabila Raja
Degar Alam dan isterinya memberikan pendidikan secukupnya kepada Raja Bujang
Selamat. Ini dijelaskan lagi dengan petikan di bawah.
“Maka putera adinda baginda yang bernama Bujang Selamat itu, maka baginda
kedua laki isterilah yang memeliharakan, sampailah umurnya dua belas tahun
diserahkan baginda menhgaji Quran serta puala; Nahu dengan mantik, Lafat dengan
makna. Setelah khatamlah sekaliannya diajar pula oleh kadi, ilmu dunia
didapatinya.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.2)
Dalam Hikayat Raja Muda juga dimuatkan beberapa aspek agama Islam. Misalnya,
Bujang Selamat telah mengikuti pengajian al-Quran dengan seorang kadi pada usia dua
belas tahun. Pembacaannya ketika mengaji dapat dijelaskan dalam ungkapan ini:
Nahu dengan mantik, Lafat dengan makna
(Hikayat Raja Muda, 1998, p.2)
Bujang Selamat digambarkan sebagai seorang yang pandai dalam mempelajari ayat
suci al-Quran. Hal ini terbukti, dengan cara ia mengaji menggunakan sebutan yang betul
atau ucapan yang baik dan setiap sebutannya seolah-olah mendukung erti sesuatu kata.
Setiap penyusunan kata dan kalimat yang digunakan juga berdasarkan fikiran, iaitu
dengan mengambil kira makna yang tersirat. Kebolehan yang ditunjukkan oleh Bujang
Selamat telah membanggakan gurunya dan setelah khatam, gurunya telah mengajar
perihal ilmu duniawi pula. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu dini memberikan
penekanan terhadap cara membaca ayat suci al-Quran dengan betul dan pada masa yang
sama, menyedarkan orang Islam bahawa mereka perlu menguasai hukum dalam
pembacaan al-Quran.
Petikan di atas jelas menggambarkan tentang pendidikan agama yang diterapkan
kepada anakandanya. Dalam realiti kehidupan untuk menjadi pemimpin keluarga memang
mudah diungkapkan tetapi untuk menjadi ibu bapa yang faham dan mempunyai iltizam
214
dalam pembinaan insan meliputi hal-hal yang berkaitan dengan emosi, akhlak serta moral
anak-anak adalah sukar (Faridah 1995, p.51). Oleh itu, dalam kehidupan terdapat
pemimpin yang bertanggungjawab terhadap anak dan keluarga dengan menitikberatkan
soal keharmonian sebagai asas pembentukan keluarga bahagia. Menurut Shamsul Amri
Baharuddin (2008, p.143) satu aspek penting yang menjadi penanda jati diri masyarakat
ialah agama. Agama merupakan suatu pegangan yang harus dimiliki oleh setiap individu
kerana tanpa agama, seseorang itu akan terpesong jauh dari landasan yang sebenar.
Begitulah pemikiran yang diketengahkan oleh pengarang dengan memaparkan cerita
mengenai bagaimana sikap pemimpin yang mementingkan soal agama iaitu agama Islam
dalam pembentukan sahsiah dan jati diri bakal pemimpin dan pewaris takhta kerajaan.
Hasil pengklasifikasian data juga menampakkan bahawa konsep kepimpinan ini yang
dibicarakan melalui watak-watak utama dan watak sampingan mengangkat kepentingan
pemimpin dalam kehidupan manusia, berbangsa, bernegara, bermasyarakat dan berumah
tangga. Mentaliti dan paradigma pemikiran orang Melayu berusaha mengangkat
pemimpin yang lazim disebut “orang yang dituakan” oleh masyarakat dan kaumnya.
Pemimpin diharapkan mampu membimbing, melindungi kerana pemimpin mengembang
tugas mulia dan tanggungjawab berat. Seorang pemimpin wajib memiliki keperibadian
sempurna dan berusaha terus-menerus menyempurnakannya. Pemimpin harus memiliki
sifat-sifat yang luar biasa, cekap dan bijaksana yang dapat menanamkan keyakinan dalam
diri orang-orang serta menimbulkan kesediaan yang lain bekerjasama. Sifat dan perilaku
diungkapkan, antara lain sebagai berikut: Yang dikatakan pemimpin “Berkata lidahnya
masin, Bercakap pintanya kabul, Melenggang tangannya berisi Menyuruh sekali pergi,
Mengihimbau sekali datang, Melarang sekali sudah. Sikap-sikap pemimpin sebegini
mampu merealisasikan pembangunan dan agenda ke arah pembangunan masyarakat dan
negara.
215
4.4.8 Dasar Kepimpinan Bercakap Benar dan Menjauhi Fitnah dalam Pengurusan
Negara
Sementara itu, kepimpinan yang mempunyai nilai-nilai negatif turut diungkapkan sebagai
sindiran dan renungan kepada masyarakat. Mereka tidak berlaku adil, mungkir janji,
sombong dan bangga diri yang akhirnya mengakibatkan suasana tidak harmoni,
kekeliruan dan kekeruhan dalam sesebuah institusi (Ibrahim 1997, p.111). Pemimpin
sedemikian digolongkan sebagai pemimpin yang mementingkan diri sendiri, tidak
mempedulikan hak rakyat dan tidak tahu mengurus negara. Dalam kehidupan ini tidak
dinafikan terdapat pemimpin yang kurang memahami kehendak dan permasalahan
rakyatnya, tidak jujur serta tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan
bertindak mengikut perasaan dan nafsu sendiri.
Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal juga ada menceritakan tentang aspek
kepimpinan negatif. Sikap suka menabur fitnah adalah satu paparan sikap kepimpinan
yang ditimbulkan dalam teks ini. Sebagai seorang pemimpin yang menerajui tampuk
pemerintahan seharusnya mengotakan janjinya sebagai seorang raja sama ada dari segi
pentadbiran mahupun berkaitan hal-hal peribadi. Ini kerana, orang yang memungkiri janji
tergolong dalam golongan orang munafik. Apabila seseorang itu membuat janji, janji itu
perlu ditepati. Hal ini perlu difahami setiap manusia yang hidup di muka bumi ini, tidak
kira pemerintah atau orang biasa. Jika memungkiri, bukan sahaja akan mendapat balasan
di dunia bahkan di akhirat juga.
Dasar pentadbiran yang suka berbohong ada ditonjolkan oleh pengarang tentang
Nakhoda Bahar di dalam petikan di bawah:
“Hamba datuk ini ada tiba serta membawa tuan penghulu kita ada empat orang
sahaja, pertama Raja Alam Syamsudin, kedua Raja Pati Duraidin, ketiga Tuan
Puteri Warna Pinang Masak, keempat Tuan Puteri Warna Pasah Embun, yang ketiga
lagi tiadalah hamba datuk dapat kerana anak tuan kita batu kepala Raja Tunggal
Junjungan sudah mangkat dengan Bujang Selamat dibunuh oleh Raja Berduai Putih
216
dan seperti kenaikan Dendang Panjang itu sudah pun menjadi abu angin
diterbangkan peluru meriam Raja Berdurai Putih.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.90)
Berdasarkan petikan di atas, pengarang menonjolkan sikap Nakhoda Bahar yang suka
berbohong atas agenda peribadi dengan menyampaikan khabar kematian Raja Anggun
Cik Tunggal dan Bujang Selamat kepada ayahanda dan bondanya. Walhal, Raja Anggun
Cik Tunggal sedang berlayar menuju ke Teluk Senai Tambang Papan dan ke negeri Badan
untuk menghadap Raja Portugal dan Raja Sianggerai bersama Dendang Panjang. Sikap
Nakhoda Bahar yang suka berbohong tidak seharusnya dicontohi. Sikap berbohong ini
bukan sahaja sikap yang tidak baik malah satu sikap yang boleh mendatangkan keburukan
kepada masyarakat dan pentadbiran jika ada yang mempercayai tanpa menyelidik tentang
kesahihan cerita yang disampaikan.
Walaupun begitu, Nakhoda Bahar juga ada menceritakan pembohongannya tentang
kemangkatan Raja Anggun Cik Tunggal kepada Raja Laksamana dan isterinya. Peristiwa
ini dapat dilihat dalam petikan di bawah:
“…seperti paduka anakanda Raja Tunggal Junjungan itu sudah mati dibunuh oleh
Raja Berdurai Putih habis dengan kenaikan Dendang Panjang hancur sekali Tuanku
kena peluru meriam Raja Berdurai Putuh itu, hanyalah yang hidup patik ada sepuluh
orang sahaja; tetapi dengan berkat tinggi patik-patik mengamuk di dalam kapal
besar itu, maka sudahlah patik bunuh Raja Berdurai Putih dengan rakyat tenteranya
sekalian; maka kapal itu pun ada patik tawan di bawah labuhan di kuala negeri Tiku
Pariaman itu kerana pada masa paduka anakanda berperang dengan Raja Berdurai
Putih, ada bertitah beramanat kepada patik serta di-kurniakannya sebentuk cincin
ini; titah paduka anakanda itu jikalau ia ada sesuatu hal kemalangan, patik
disuruhnya membela dia dan apabila selamat pekerjaan itu patik dititah paduka
anakanda menjadi raja ganti ia memerintah negeri Tiku Pariaman ini dengan takluk
sekalian jajahan…”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1985, p.92)
Berdasarkan petikan di atas, Nakhoda Bahar bukan sahaja memungkiri janji untuk
mengkhabarkan tentang pelayaran Raja Anggun Cik Tunggal malah, mereka-reka cerita
tentang keberanian beliau turun padang membunuh Raja Berdurai Putih dengan rakyatnya
217
dan menokok tambah cerita tentang amanat yang disampaikan oleh Raja Anggun Cik
Tunggal untuk menjadi raja dan mengahwini Tuan Puteri Gondan Gandariah selepas
kematiannya. Selepas didengarnya tentang keberangkatan Raja Anggun Cik Tunggal serta
amanatnya, Raja Laksamana dan isterinya terus bersiap untuk menghadap Tuan Puteri
Gondan Genta Sari tentang amanat yang dicanang oleh Nakhoda Bahar dan membuat
persiapan untuk urusan perkahwinan Tuan Puteri Gondan Gandariah. Namun begitu,
pembohongan Nakhoda Bahar akhirnya terbongkar selepas Tuan Puteri Gondan Ganariah
bertukar menjadi ungka putih kerana dimakan sumpah memungkiri janjinya untuk
berkahwin dengan Raja Anggun Cik Tunggal. Justeru, perkhabaran kematian Raja
Anggun Cik Tunggal disiasat kebenarannya dan Nakhoda Bahar ditangkap, diikat
tangannya ke belakang dan ditambat di tiang seri balai penghadapan lalu dikenakan
hukuman salang sampai mati. Bak kata pepatah, “terlajak perahu boleh berundur,
terlajak kata badan binasa”.
Namun begitu, pembohongan bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang biasa malah
juga pemimpin. Sikap pemimpin sebegini tidak wajar dijadikan contoh dan teladan kepada
rakyatnya. Ini kerana rakyat yang berkualiti menggambarkan pemimpinnya. Di dalam
Hikayat Anggun Cik Tunggal, pengarang juga ada menceritakan tentang sikap mungkir
janji Raja Anggun Cik Tunggal terhadap Puteri Gondan Ganariah. Memungkiri janji
adalah suatu kesalahan yang akan memakan diri sendiri. Ini demikian kerana janji yang
dibuat haruslah ditepati bukan untuk dimungkiri. Di dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal,
Raja Anggun Cik Tunggal berjanji untuk berkahwin dengan Puteri Gondan Ganariah
tetapi, beliau telah bernikah dengan anakandanya Raja Sianggerai, Tuan Puteri Kaca
Bertuang setelah memeluk agama Islam. Akibat daripada memungkiri janji, Raja Anggun
Cik Tunggal telah dimakan sumpahnya sendiri, iaitu bertukar menjadi siamang putih.
Peristiwa yang menggambarkan sikap memungkiri janji Raja Tunggal Junjungan
digambarkan dalam petikan di bawah:
218
“… maka ia pun segera membaca khutbah nikah mengahwinkan Raja Tunggal
Junjungan dengan Tuan Puteri Kaca Bertuang. Setelah selesai daripada berkahwin
itu, masing-masing pun masuklah ke dalam peraduannya sambil bersenda gurau
menghabiskan kesukaan hatinya. Seketika haripun sianglah lalulah bangun Raja
Tungal Junjungan bersiram ke taman kedua laki isteri diiringkan oleh Bujang
Selamat dengan Si Kembang Cina. Maka lepas bersiram itu, lalulah bersemayam di
atas peterana yang keemasan.
Maka dengan takdir Allah subhanuwataala melakukan kudratnya Raja Tunggal
Junjungan beralihlah sifatnya sudah menjadi siamang putih terlompat ke sana ke
mari oleh sebab mungkir janji dengan Tuan Puteri Gondan Ganariah itu.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.124)
Peristiwa di atas jelas memberikan kepada kita pengajaran dan kesan akibat
memungkiri janji. Oleh itu, kita sebagai manusia yang khilaf dan tidak pernah lari dari
melakukan kesilapan haruslah berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata
terutamanya dalam menaburkan janji dan sumpah kelak akan memakan diri sendiri. Bak
kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Berlandaskan analisis dapatan yang
dikemukakan, jelaslah diperlihatkan pemikiran pemimpin dalam genre cerita lipur lara ini.
Pemikiran ini dihidangkan kepada khalayak pembaca agar pembaca itu dapat berfikir
secara lebih rinci tentang sikap, penampilan dan pemikiran golongan pemimpin yang
mementingkan aspek kekuasaan dalam sesebuah organisasi dengan sanggup melakukan
apa sahaja asalkan dapat mempertahankan kekuasaan yang dimiliki walhal sanggup
menindas golongan yang lemah. Hal ini memberi kita penegasan bahawa kekuasaan yang
disalahgunakan akan merosakkan sesuatu bangsa, malah agama dan juga negara. Hal ini
demikian kerana kuasa tidak akan menjamin kebahagiaan kepada sesuatu individu atau
kelompok sekiranya disalahgunakan. Justeru, kekuasaan itu juga penting asalkan
digunakan dengan jalan yang betul dan bermanfaat kepada diri dan orang lain.
4.5 Rumusan
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prinsip kepimpinan dalam kelima-lima teks
kajian Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1998), Hikayat Raja Muda (1998), Hikayat
Malim Dewa (1988), Hikayat Malim Deman (1998), dan Hikayat Anggun Cik Tunggal
219
(1985) amat dominan dan signifikan dalam menggambarkan ciri-ciri kepimpinan bertitik
tolak daripada pengklasifikasian dan analisis terhadap struktur karya ini. Prinsip
kepimpinan ini begitu menyerlah dalam dimensi pentadbiran dan dimensi pendidikan.
Hasil analisis kajian yang dilakukan terhadap kelima-lima teks telah memperlihatkan
satu keseimbangan data kerana pengarang telah meletakkan satu asas pemikiran untuk
dibuat pertimbangan dan memperjelaskan kewajaran dalam mengetengahkan kedua-dua
aspek kepimpinan postif dan negatif dalam pengurusan pentadbiran. Paparan analisis data
jelas menunjukkan dan mendampakkan bahawa ciri-ciri kepimpinan positif lebih
menonjol dan menyerlah berbanding ciri-ciri kepimpinan negatif. Hal ini amat relevan
dan signifikan dalam membuktikan bahawa kepimpinan dalam teks-teks karya sastera
tradisional ini merupakan realiti dan fenomena yang berlaku dalam pengurusan sesebuah
organisasi. Penelitian dalam teks-teks kajian ini turut memanifestasikan bahawa
kepimpinan sebagai satu indikator penting dalam mengangkat kredibiliti dan karisma
seseorang pemimpin di tengah-tengah masyarakat dan negara telah digarap dengan begitu
teliti dan rinci dalam naratif penceritaan teks-teks kajian.
Prinsip kepimpinan menerusi pendekatan ini amat bersesuaian dengan kandungan dan
paparan penceritaan yang telah dianalisis dan dibincangkan melalui watak, perwatakan,
nilai, tema, persoalan, latar dan kandungan cerita. Penghuraian dan penjelasan secara
terperinci mekanisme dan polisi yang menjadi dasar pentadbir itu penting untuk
menyerlahkan aspek pengurusan dalam sesebuah karya sastera. Pengurusan daripada
aspek kepimpinan yang dibincangkan di atas memperlihatkan terdapat mekanisme dan
polisi daripada skop penceritaan yang hadir melalui pemikiran pengarang dalam karya
tersebut. Pemerintah dan rakyat berjaya menjalankan tugas, fungsi dan peranan masing-
masing dalam pentadbiran negara telah dipaparkan dalam teks-teks kajian ini bagi
membolehkan sesebuah kerajaan menuju ke arah kemajuan. Hal ini sangat signifikan
220
untuk memperjelaskan tentang karisma dan kredibiliti seorang pentadbir dalam meneraju
tampuk pemerintahan rakyat dan negeri. Paparan peristiwa yang membayangkan
kehidupan bermasyarakat dari pemerintah sehingga kepada rakyat di bawah payung
pentadbiran merupakan satu idea dan gagasan yang ditonjolkan oleh pengarang melalui
teks-teks kajian ini berteraskan mekanisme pentadbiran yang diekspresikan dalam teks-
teks kajian.
Pemerintah tidak mengabaikan aspek pendidikan yang diekspresikan melalui Dimensi
Pendidikan yang menyerlah menerusi pendidikan keagamaan, nahu dan mantik, silat dan
dirumuskan sebagai pendidikan formal dan tidak formal. Berdasarkanperbincangan dan
penganalisisan secara rinci, pembuktian data analisis jelas menunjukkan bahawa peranan
pentadbir dan pemimpin yang menjadikan pendidikan sebagai satu agenda penting dalam
pentadbiran mampu membentuk, mencorak dan melahirkan insan dan generasi yang
mempunyai keseimbangan dan kesepaduan dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani
sekali gus dapat membangun dan memajukan sesebuah ketamadunan masyarakat.
Pembangunan spiritual dan mental masyarakat melalui pendidikan yang diteliti dan
dikesan melalui amalan, dan perubahan tingkah laku yang dialami oleh masyarakat
terbitnya daripada kesedaran dan kesungguhan pemimpin mewariskan dan menyokong
tradisi menuntut ilmu dalam kalangan masyarakatnya. Impaknya, melalui analisis karya
tradisional ini pengarang telah berjaya mendampakkan satu aspek pemikiran pengurusan
kepimpinan yang diekspresikan melalui kebijaksanaan dan keintelektualan pemikiran
pemimpin Melayu tradisi merupakan kekuatan yang diketengahkan menerusi prinsip
kepimpinan bawah pendekatan pengurusan.
Prinsip kepimpinan di bawah perspektif pendekatan pengurusan dilihat apabila
Pawang Ana menjadikan cerita lipur lara sebagai wadah untuk mengungkapkan fikiran
dan pendiriannya tentang pemikiran dari perspektif kuasa, tanggungjawab,
221
penyalahgunaan kuasa dan kepimpinan. Dalam membicarakan aspek pengurusan, beliau
amat peka terhadap perkembangan dan pergolakan pemimpin yang berlaku dalam
organisasi seperti keluarga, masyarakat dan negara. Melalui petikan dalam teks-teks
kajian yang dikemukakan, prinsip dalam Pendekatan Pengurusan iaitu kepimpinan
digunakan bagi menguatkan lagi hasil perbincangan yang dikemukakan. Rumusannya,
Kepimpinan merupakan satu elemen penting apabila membincangkan struktur sosial
dalam masyarakat. Elemen kepimpinan lazimnya melibatkan soal kehidupan masyarakat
kerana setiap karya mendasari keperihalan kemanusiaan dan sosialnya. Struktur sosial itu
menyentuh soal pengurusan dan susun atur kerana setiap anggota masyarakatnya terlibat
secara langsung dalam kegiatan dan amalan kehidupan seharian. Justeru, adalah
bertepatan untuk meletakkan pendekatan ini sebagai suatu sudut penelitian yang boleh
diaplikasikan dan diimplementasikan dalam penelitian karya sastera. Pengenalpastian
dasar dan polisi yang digerakkan oleh pemimpin telah memanifestasi satu aspek penting
dalam pengurusan iaitu kepimpinan telah diekspresikan oleh pengarang melalui peristwa
dalam teks-teks kajian.
Secara rangkumannya, kajian ini memperlihatkan satu kecenderungan dalam memberi
gambaran yang rinci tentang aspek pengurusan berdasarkan prinsip kepimpinan yang
telah dianalisis. Penelitian dalam analisis ini membuktikan bahawa prinsip kepimpinan
sebagai salah satu aspek pengurusan telah wujud dalam zaman Melayu tradisi terutamanya
dalam cerita lipur lara merupakan penemuan data yang membuktikan keintelektualan dan
ketajaman daya sensitiviti pengarang telah dimanifestasikan melalui penyelidikan ini.
Kesinambungannya, kajian ini ternyata dapat memberi suatu rumusan tentang aspek
pengurusan berdasarkan prinsip kepimpinan yang telah dianalisis. Penemuan dapatan
kajian dalam penyelidikan ini telah membuka satu lagi ruang dan dimensi baharu ke arah
menyemarakkan lagi penyelidikan dan kajian berdasarkan satu pendekatan baharu yang
diketengahkan dalam dunia krtitikan sastera di Malaysia, iaitu pendekatan pengurusan
222
khususnya prinsip kepimpinan dalam karya sastera Melayu tradisional yang telah
diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2016).
223
BAB 5: PRINSIP PENGORGANISASIAN DALAM CERITA LIPUR LARA
5.1 Pendahuluan
Bab ini menerapkan prinsip pengorganisasian yang diutarakan dalam Pendekatan
Pengurusan seperti yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013). Analisis kajian mengadaptasikan prinsip pengorganisasian yang terdapat dalam
lima teks cerita lipur lara terpilih, iaitu Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung
Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Malim
Deman. Penganalisisan prinsip pengorganisasian diteliti berdasarkan lima unsur penting
yang membentuk organisasi, iaitu struktur organisasi, kumpulan manusia, tujuan
bersama, kerjasama dan unsur pengkhususan dan pembahagian kerja. Pengorganisasian
dalam teks-teks kajian ini dianalisis secara rinci untuk memperihal dan mendampakkan
kerelevanan dan signifikan prinsip ini dalam penelitian teks kajian. Penganalisisan ini
juga untuk membuktikan bahawa terdapatnya unsur-unsur pengorganisasian yang
diserapkan pengarang dalam teks-teks yang menjadi pegangan dalam kajian ini.
5.2 Prinsip Pengorganisasian
Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.164), mengemukakan pendapat
“pengorganisasian adalah pengenalpastian dan pengelasan aktiviti-aktiviti yang
diperlukan dan pengelompokan aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk mencapai
objektif.” Organisasi boleh didefinisikan sebagai gabungan dua orang atau lebih yang
bekerja bersama-sama secara berkordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau matlamat.
Untuk mendapatkan pengurusan yang berkesan, seorang pengurus haruslah dapat
mengorganisasikan sumber-sumber manusia, sumber-sumber fizikal, serta fungsi-fungsi
seperti pemasaran, pengeluaran dan kewangan dalam cara yang sesuai dan wajar.
Pengorganisasian pula sebagai penyusunan sumber-sumber organisasi tersebut dalam
224
bentuk kesatuan dengan cara yang berkesan agar matlamat dan objektif yang dirancang
dapat dicapai. Pengorganisasian menentukan cara mana matlamat tersebut akan dicapai
dan menetapkan peranan dan tugas yang mesti dijalankan oleh tiap-tiap pekerja dan staf
organisasi serta hubungannya antara satu sama lain (Jaafar Muhamad 1999, p.62).
Organisasi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah sebagai pengelompokan kegiatan
yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dapat diverifikasi, penugasan setiap
kelompok kegiatan dan melakukan koordinasi secara horizontal dan vertikal dalam
struktur organisasi. Struktur organisasi harus dirancang agar semua orang mengetahui
siapa yang bertanggungjawab atas hasil-hasil (tujuan) yang dicapai.
5.3 Pengklasifikasian Data Kajian
Penerapan prinsip pengorganisasian yang diutarakan bawah Pendekatan Pengurusan
seperti yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013)
membuktikan kesignifikan dan relevannya prinsip tersebut untuk diterapkan ke dalam
teks cerita lipur lara terpilih, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim
Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Raja Muda.
Terdapat lima unsur utama yang digunakan untuk menganalisis teks-teks kajian bawah
prinsip pengorganisasian, iaitu:
i. Struktur Organisasi
ii. Kumpulan Manusia
iii. Kerjasama
iv. Tujuan Bersama
v. Pembahagian dan pengkhususan kerja
Pengorganisasian dalam teks-teks kajian ini dianalisis secara rinci untuk
memperihalkan dan mendampakkan kerelevanan dan signifikan prinsip ini dalam
225
penelitian teks kajian telah dapat dibuktikan. Kajian secara rinci yang dilakukan terhadap
kelima-lima teks cerita lipur lara terpilih ini, memperlihatkan satu kecenderungan yang
tinggi terhadap pengaplikasian prinsip pengorganisasian berteraskan lima unsur penting
prinsip pengorganisasian yang dibincangkan dapat dipenuhi teks kajian.
5.4 Unsur Struktur Organisasi
Salah satu unsur yang membentuk prinsip pengorganisasian dalam masyarakat adalah
struktur organisasi. Struktur organisasi merupakan bahagian yang penting dalam
stratifikasi sosial masyarakat dalam sesebuah organisasi, iaitu terdapatnya pengkelasan
dengan adanya golongan atas (upper class), golongan menengah (middle class) dan kelas
menengah (lower class) yang secara umum mewarnai kehidupan masyarakat mulai dari
zaman prasejarah, zaman Hindu-Budha sampai saat ini. Adanya strata sosial dalam
kehidupan masyarakat sekali gus mendampakkan satu pembahagian yang kompleks
khususnya perbezaan kelompok di tengah-tengah masyarakat. Stratifikasi sosial yang
horizontal maupun pelapisan sosial yang vertikal telah mewarnai dan melengkapkan
sesebuah organisasi kehidupan bermasyarakat.
Robbins (2007, p.137) mendefinisikan struktur organisasi sebagai penentu bagaimana
sesuatu pekerjaan dibahagikan dan dikelompokkan secara formal. Struktur organisasi
adalah susunan komponen-komponen (unit-unit kerja) dalam organisasi. Struktur
organisasi menunjukkan adanya pembahagian kerja dan menunjukkan bagaimana fungsi-
fungsi atau kegiatan-kegiatan yang berbeza-beza tersebut diintegrasikan (koordinasi).
Selain itu, struktur organisasi juga menunjukkan pengkhususan-pengkhususan pekerjaan,
saluran perintah dan penyampaian laporan. Justeru, kita dapat memahami bahawa struktur
organisasi yang ingin dikesan dalam teks lipur lara ini ialah binaan golongan rakyat dalam
kerajaan atau sistem dalam pemerintahan kerajaan atau sistem dan binaan sesebuah
masyarakat atau kerajaan dalam sesebuah negeri. Oleh yang demikian, contoh peristiwa
226
yang dipetik untuk menggambarkan struktur organisasi berperihalkan lingkungan
tersebut.
Dalam konteks pembinaan organisasi, Ivancevich (2008, p.106) mendefinisikannya
sebagai proses penentuan keputusan untuk memilih alternatif kerangka kerja jabatan, dan
prospek pekerjaan. Dengan demikian, keputusan atau tindakan-tindakan yang dipilih ini
menghasilkan sebuah struktur organisasi. Secara prinsipnya, sistem pengorganisasian
menunjukkan cara-cara pemberdayaan sumber manusia agar dapat bekerjasama dalam
suatu sistem secara kerjasama demi mencapai tujuan organisasi secara efektif dan efisien
merupakan inti pati penting yang dapat dibuktikan melalui penelitian secara rinci dalam
teks kajian. Unsur-unsur ini diterangkan dan dibuktikan melalui teks-teks kajian.
Organisasi yang dikesan dalam teks kajian ini adalah organisasi yang berbentuk formal
dan informal. Organisasi yang terbentuk ini dianggap sebagai pengelompokan kegiatan
yang diperlukan untuk mencapai sesuatu tujuan, penugasan setiap kelompok kegiatan
kepada seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab untuk mengawasinya dan
melakukan koordinasi secara horizontal dan vertikal dalam struktur organisasi. Struktur
organisasi harus dirancang agar semua orang mengetahui siapa yang bertanggungjawab
atas hasil-hasil tujuan yang hendak dicapai. James A.F.Stoner & R.Edward Freeman
(1990, p. 122) pula menjelaskan bahawa struktur organisasi merupakan cara-cara
kegiatan organisasi dibahagi, distruktur dan dikoordinasikan.
Struktur organisasi merupakan satu bentuk grafik yang memperjelaskan struktur
susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dalam organisasi selaras
dengan bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab yang telah dikenal pasti dalam
masyarakat Melayu tradisi dalam teks-kes kajian. Organisasi ini bukan sekadar bertujuan
memaparkan perancangan sesebuah organisasi itu perlu ditadbirkan mengikut struktur
operasi organisasi itu malah struktur organisasi ini menggariskan dengan jelas bidang
227
tanggungjawab setiap pihak dalam organisasi tersebut. Setiap individu memainkan
peranan yang khusus agar tidak berlaku pertindihan tugas dan kekeliruan yang
menghalang dan menjejaskan kelicinan perjalanan sesebuah organisasi antara inti penting
yang diekspresikan dalam analisis kajian khususnya bawah struktur organisasi.
Berdasarkan analisis dalam karya sastera klasik, satu bentuk struktur organisasi telah
dikenal pasti dalam sistem pentadbiran dalam cerita lipur lara ini. Struktur organisasi yang
dikesan dalam teks kajian ini merupakan gambaran secara rinci untuk menjelaskan
terdapatnya satu sistem pentadbiran politik yang tersusun dan teratur dalam kerajaan yang
diekspresikan dalam teks-teks kajian. Di bawah ini dipaparkan secara umum struktur
organisasi yang dikenal pasti dalam teks-teks kajian seperti dalam Rajah 5.1 di bawah.
228
Rajah 5.1 Struktur Organisasi dalam Cerita Lipur Lara
Raja / Sultan
(Tuanku Raja Muda Ulama)
Perdana Menteri
Menteri
Bendahara/Bendahari
Duta/Penggawa/Sida-Sida/Bentara
Temenggung
Senapati / Hulubalang / Pendekar /
Pahlawan / Pengawal/Laksamana
Golongan Ulama/Golongan
Perbidanan
Inang / Dayang / Binti Perwara /
Pengasuh
229
5.4.1 Terapan Unsur Struktur Organisasi dalam Cerita Lipur Lara Terpilih
Setelah menekuni kandungan teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda, didapati terdapat
penerapan prinsip pengorganisasian, iaitu struktur organisasi. Struktur organisasi ini
dapat diteliti dalam kerajaan negeri Pati Talak Terengganu yang diterajui Tuanku Si
Helang Mawai. Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini, pengarang
mengetengahkan dua golongan masyarakat, iaitu masyarakat diraja dan juga masyarakat
biasa. Disebabkan konsep diraja digunakan dalam naratif penceritaan ini, maka struktur
organisasinya ataupun hierarkinya dikepalai oleh Raja dan diikuti keturunannya
kemudian dilengkapkan dengan Perdana Menteri, Temenggung, Laksamana, Orang
Kaya-kaya, hulubalang, dan rakyat jelata. Dengan adanya sokongan pembesar dan
pengikutnya, kuasa Raja sama sekali menjadi kuat dan kelihatan kukuh. Pembentukan
struktur organisasi ini dapat dilihat berada pada permulaan cerita dan dapat dibuktikan
dalam petikan:
Adalah konon sebuah negeri bernama Pati Talak Terengganu: rajanya bernama Si
Helang Mawai, anaknya empat beradik, yang tua seorang perempuan Uli Emak Si
Anjing, yang tengah seorang perempuan Uli Pati Talak Terengganu, yang alang
seorang perempuan Emak Hitam Pasir Panjang dan yang bongsu seorang
perempuan Si Helang Bakau. Maka baginda ini cukup lengkap dengan Perdana
Menteri, Temenggung, Laksamana, Orang Kaya-kaya, cukup lengkap betapa adat
raja yang besar-besar.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.1)
Berdasarkan pernyataan “... Maka baginda ini cukup lengkap dengan Perdana
Menteri, Temenggung, Laksamana, Orang Kaya-kaya, cukup lengkap betapa adat raja
yang besar-besar” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.1), struktur organisasi
dalam kerajaan Negeri Pati Talak Terengganu dapat diklasifikasikan seperti berikut
230
Rajah 5.2: Struktur Organisasi dalam Kerajaan Pati Talak Terengganu
Dalam membuat penelitian terhadap salasilah, cerita yang berkisar tentang waris
keturunan turut diteliti dan dikaji untuk mengetahui latar belakang dan kisah peribadi
mereka. Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat
(clan), dan suku kaum (tribes) dan berkembang menjadi sebuah kerajaan. Berdasarkan
petikan di atas, Raja Si Helang Mawai mempunyai empat orang puteri dan salah
seorangnya ialah bonda kepada Awang Sulung Merah Muda. Berdasarkan salasilah ini,
Awang Sulung Merah Muda merupakan cucunda kepada Raja Si Helang Mawai yang
termasuk dalam struktur organisasi diraja ini. Konsep sistem pemerintahan beraja
merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan Melaka.
Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwiaya, iaitu Sistem Beraja
Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula
terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem
Raja / Sultan
(Tuanku Si Helang Mawai)
Perdana Menteri
Temenggung
Orang Kaya-kaya
Laksamana
231
ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.
Aziz Deraman (2000) yang berbunyi:
“Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja
ini berasaskan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif
menjadi simbol maruah negara.”
Hasil dapatan dalam analisis kajian Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini telah
memberi gambaran serta menjelaskan sistem politik masyarakat Melayu sebelum
kedatangan kolonial ke Tanah Melayu. Pengklasifikasian data menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan yang memerintah dan
golongan yang diperintah. Golongan yang memerintah terdiri daripada golongan istana
dan bangsawan. Manakala golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat jelata.
Golongan yang memerintah ini dianggap sebagai manusia yang tinggi status dan
martabatnya. Ketika masyarakat Melayu masih beragama Hindu-Buddha, golongan
bangsawan dianggap sebagai jelmaan dewa atau keturunan dewa. Sesiapa sahaja yang
terpilih menjadi pemimpin utama dalam sesuatu kelompok masyarakat dianggap sebagai
manusia yang suci, mulia dan bebas dari dosa (Shaharuddin, 1988, p 43). Oleh yang
demikian, orang Melayu percaya bahawa pemimpin mereka mempunyai pelbagai sifat
yang sangat istimewa serta kuasa dalam bentuk daulat yang tidak boleh ditentang oleh
sesiapa seperti yang dibuktikan melalui teks kajian cerita lipur lara ini.
Hasil dapatan kajian turut membuktikan bahawa tanggapan masyarakat terhadap
golongan pemerintah ini masih tidak berubah. Raja yang awalnya dianggap sebagai
jelmaan dewa dikaitkan pula bahawa raja Melayu mempunyai pertalian daripada
keturunan Iskandar Zulkarnain. Raja diterima sebagai ketua agama Islam dalam
masyarakatnya serta dipanggil dengan gelaran Sultan. Gelaran Sultan telah
memperkukuhkan konsep daulat, iaitu sesiapa yang menderhaka kepada Sultan adalah
suatu kesalahan yang besar. Ini kerana perbuatan tersebut mendatangkan tulah kepada
232
setiap penderhaka, iaitu sesuatu bentuk pembalasan daripada kuasa ghaib akibat
kemungkaran raja yang diderhakainya (Haron Daud, 1993, p 91). Oleh itu, budaya politik
Melayu tradisional adalah bersandarkan kepada agrarian, patron-client, pasif, non-
political, setia, sensitif dengan darjat dan daulat pemimpin (Raja/Sultan) dan struktur
politiknya submissive (kepatuhan kepada pemimpin). Dalam masyarakat Melayu dahulu
juga, pemimpin politik biasanya terdiri daripada mereka yang berketurunan bangsawan
dan bukannya daripada orang bawahan atau rakyat biasa. Pembuktian susur galur
keturunan yang dikesan dalam teks kajian jelas menampakkan satu hierarki susunan yang
sistematik dan tersusun telah diekspresikan dalam teks kajian ini.
Struktur Organisasi dalam Hikayat Malim Dewa turut dikesan. Tidak dinafikan
struktur organisasi penting dalam kelangsungan sesuatu tugasan yang perlu melibatkan
pelbagai individu dengan pelbagai tugas mengikut kepakaran masing-masing. Hal ini
sebagaimana dijelaskan (Harold Koontz, 1997, p.67) bahawa pengorganisasian
merupakan proses kegiatan penyusunan struktur organisasi yang sesuai dengan tujuan,
sumber-sumber dan lingkungannya. Dalam Hikayat Malim Dewa, pengarang telah
menterjemahkan satu struktur organisasi dalam sistem masyarakat tradisional sebuah
negeri. Sistem masyarakat yang dikesan dalan teks ini adalah masyarakat beraja. Hal ini
dapat diperlihatkan melalui susunan struktur organisasi yang diketuai oleh Tuanku Raja
Muda Ulama, Tuanku Puteri Madu Rakna (Isteri), Tuanku Gombang Malim Dewa, Raja-
raja, Orang-orang besar, Menteri-Menteri, Hulubalang, Sida-sida bentara dan rakyat-
rakyat tentera. Pandangan ini diperkukuh oleh James A.F. Stoner dan R. Edward Freeman
(1994, p. 132) bahawa pengorganisasian adalah proses pengaturan dan pengalokasian
kerja, tanggungjawab dan sumber daya dalam kalangan anggota organisasi sehingga
mereka dapat mencapai tujuan organisasi secara efisien.
Dalam Hikayat Malim Dewa ini, Pawang Ana dan Raja Haji Yahya bijak menyusun
dan menterjemahkan struktur organisasi yang jelas bawah aspek pengorganisasian ini.
233
Struktur organisasi yang terancang ini dapat diteliti dalam pentadbiran di istana.
Kebijaksanaan pemikiran pengarang telah menstruktur sebuah organisasi dalam istana
seperti yang dapat dibuktikan dalam petikan berikut:
Maka setelah sudah memakai itu, Tuanku Malim Dewa pun dibawa oleh raja-raja
dan orang-orang besar, bentara biduanda sekalian naik ke atas perarakan, diiringkan
oleh bondanya serta pula inang pengasuh, inang tujuh dan pengasuh tujuh, serta
pula diiringkan oleh sida-sida bentara yang menyelampai tetampan dan kain yang
kekuningan, sembilan di kanan, sembilan di kiri, dan sembilan di hadapan,
sembilan di belakang dengan memakai pakaian yang indah-indah.
(Hikayat Malim Dewa 1998, p.14)
Carta organisasi di bawah menunjukkan sistem hierarki sosial yang dikesan dalam teks
kajian Hikayat Malim Dewa di istana. Pengklasifikasian ini dapat diteliti berdasarkan
rangkai kata “... diiringkan oleh bondanya serta pula inang pengasuh, inang tujuh dan
pengasuh tujuh, serta pula diiringkan oleh sida-sida bentara ...” (Hikayat Malim Dewa
1988, p.14). Struktur organisasi yang terbentuk dalam pentadbiran di istana dapat
diperjelaskan melalui Rajah 5.3 di bawah.
234
Rajah 5.3: Struktur Organisasi dalam Istana
Petikan di atas menjelaskan peranan dan fungsi struktur organisasi dalam istana yang
dibentuk pengarang berjaya mewarnai perjalanan cerita dengan para pemegang watak
menjalankan tugas dengan penuh amanah. Jelas, jika struktur organisasi yang dibentuk
terancang dan sistematik, maka tugas dapat berjalan dengan lancar dan baik sekali. Hal
ini perkukuh oleh Muhammad Iqbal (2011, p.97) bahawa struktur organisasi sebagai
corak perhubungan dan penyelarasan formal yang direka oleh pihak pengurusan untuk
menyambung tugas atau tanggungjawab individu dan kumpulan dalam mencapai
matlamat utama organisasi. Secara praktiknya, kejayaan sebuah organisasi adalah melalui
Raja-Raja
Orang-orang Besar
Bentara Biduanda
Inang Tujuh
Inang Pengasuh
Pengasuh Tujuh
Sida-sida Bentara
235
penyusunan struktur organisasi yang terancang dan individu-individu ini setia dan patuh
kepada ketua. Hal ini dinyatakan Hadari Nawawi dalam Mulyono (2008, p.77) bahawa
organisasi harus profesional, iaitu dengan pembahagian kesatuan kerja yang sesuai
dengan persekitaran. Tidak kira pada zaman atau ketikanya sudah pasti wujud organisasi
bagi menjayakan pengurusan sama ada dalam sebuah organisasi yang berskala kecil
seperti sebuah keluarga sehinggalah yang berskala besar seperti sebuah kerajaan
mahupun negara.
Struktur Organisasi dalam Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal juga telah dibuktikan
oleh pengarang melalui penelitian teks kajian ini. Pada halaman pertama teks ini,
pengarang telah menunjukkan kepada khalayak organisasi yang wujud dalam teks lipur
lara, iaitu elemen binaan bagi membentuk sesebuah negeri pada zaman latar teks ini
dihasilkan. Pengarang telah menggambarkan secara berkias struktur organisasi yang
perlu diguna pakai untuk membina sesebuah negeri yang makmur. Dengan menggunakan
istilah “peraturan negeri” yang diterjemah pengarang sebagai kota parit, alat senjata,
segala orang besar dan rakyat tentera hina-dina.
“Maka cukup lengkap peraturan negeri itu dengan kota parit, alat senjata segala
orang besar, rakyat tentera hina-dina, tiadalah terpernamai banyaknya dagang
senteri masuk berniaga ke dalam negeri itu.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.1)
“Maka dengan takdir Allah subhanahu wataala melakukan kudrat kepada
hambanya, berdatang sembah seorang menteri.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.4)
“Hatta, setelah mustaid sekaliannya, maka Perdana Menteri pun pergilah
menghadap baginda, dipersembahkan segala hal-ehwalnya itu.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.4)
236
“Alkisah, maka tersebutlah sebuah negeri yang bernama Tiku Benua, rajanya
bernama Raja Laksamana, isterinya bernama Tuan Puteri Lindungan Bulan. Maka
adalah negeri itu cukup lengkap dengan kota parit dan hulubalang yang tiada
terpenamai ramainya.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.13)
Di bawah dijelaskan secara rinci struktur organisasi yang terbentuk dalam negeri Tiku
Benua yang dipimpin oleh Raja Anggun Cik Tunggal seperti yang tergambar dalam
petikan di atas.
Rajah 5.4: Struktur Organisasi dalam Negeri Tiku Benua
Frasa “segala orang besar dan rakyat hina-dina” (Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985,
p.1) dalam petikan di atas secara tidak langsung dapat dilihat sebagai satu lagi contoh
kepada struktur organisasi yang terbentuk, iaitu binaan masyarakat dalam kerajaan
melalui pembahagian kepada dua golongan manusia; iaitu golongan atasan dan golongan
bawahan. Merujuk petikan teks di atas, pengarang secara tidak langsung menerangkan
kepada pembaca bahawa golongan atasan yang dimaksudkan adalah terdiri daripada
pemerintah yang digelar pada zaman tersebut sebagai raja dan permaisuri manakala
Raja / Sultan
Perdana Menteri
Orang Besar
Hulubalang
Menteri
237
golongan bawahan adalah seperti hulubalang. Kedua-dua golongan ini merupakan
elemen asas kepada struktur organisasi yang dapat dikesan dalam teks kajian pada waktu
teks ini dihasilkan bagi membentuk sebuah negeri yang sempurna dengan kerajaannya.
Seperti yang telah ditegaskan pada awal perbincangan, struktur organisasi amat penting
dalam memastikan kelancaran satu-satu pengorganisasian melalui pembahagian kuasa
dalam tampuk pemerintahan. Semakin jelas garis kuasa dari barisan kuasa yang paling
utama bagi pengurusan di dalam suatu perusahaan atas setiap kedudukan bawahan,
semakin efektiflah pengambilan keputusan yang bertanggungjawab dan komunikasi yang
terorganisasi (Harold, 1997, p.147).
Setelah menganalisis kandungan teks Hikayat Raja Muda karya Pawang Ana Raja
Haji Yahya, didapati terdapat unsur bawah prinsip pengorganisasian, iaitu struktur
organisasi yang diterapkan dalam karya beliau. Unsur ini diterangkan dan dibuktikan
melalui kronologi penceritaan Hikayat Raja Muda ini. Dalam teks Hikayat Raja Muda
ini, pengarang menggunakan latar masyarakat diraja, latar masyarakat kayangan dan juga
masyarakat biasa. Mengikut struktur yang terkandung dalam hikayat ini, raja berada pada
kedudukan yang paling atas sekali. Segala yang dititah baginda dijunjung perintah oleh
para pembesar dan juga pengikutnya. Hal ini menunjukkan dan menyerlahkan kuasa
seorang raja adalah yang tertinggi dalam struktur organisasi dalam hikayat ini. Struktur
ini boleh dilihat daripada petikan berikut:
Wabihi nastainu billahi. Inilah hikayat orang dahulukala. Alkisah, maka adalah
sebuah negeri bernama Benua Tua, maka rajanya bernama Sultan Degar Alam,
cukup dengan menteri, hulubalang, sida-sida bentara, terlalu banyak lasykar, tiada
tepermanai banyak rakyat tenteranya. Maka adalah pada suatu hari baginda keluar
ke peseban agung, lalu bersemayam di atas takhta singgahsana yang keemasan yang
bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-rumbaikan mutiara dikarang, cukup
dengan alat orang berjawatkan perkakas kerajaan empat puluh hulubalang di kanan,
empat puluh di kiri yang sedia menyandang pedang yang keemasan, sekaliannya
itu hulubalang pahlawan yang pilihan.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.1)
238
Hasil dapatan data ini membuktikan bahawa institusi kesultanan yang merupakan
hierarki tertinggi dalam sistem politik masyarakat feudal mempunyai satu pertalian yang
rapat dengan psikologi feudal masyarakat tradisi. Secara teori dan praktiknya, Raja
sebagai pemerintah dan pemimpin yang mulia mempunyai pelbagai kelebihan luar biasa.
Bagi mengukuhkan lagi pembuktian data, kewujudan institusi tersebut ditimbulkan
dengan kewujudan para pembesar yang lengkap sebagai sebuah kesatuan dalam sebuah
negeri. Pelbagai alat kebesaran, peraturan negeri, larangan diraja dan undang-undang
yang menggambarkan bahawa insitusi diraja sebagai sebuah institusi yang berbeza dari
rakyat jelata yang dipersepsikannya sebagai daulat turut melengkapkan struktur
organisasi dalam pentadbiran. Justeru, keistimewaan ini telah menyebabkan wujudnya
satu aliran pemikiran masyarakat Melayu yang percaya bahawa raja merupakan
pemimpin yang wajar ditaati. Sikap menderhaka kepada raja boleh mendatangkan tulah,
iaitu mereka akan mendapat pembalasan akibat daripada kemurkaan raja adalah
manifestasi kekebalan kuasa dan daulat yang ada pada pemimpin tersebut merupakan satu
inti pati penting yang tersirat di sebalik analisis struktur organisasi ini.
Melalui analisis struktur organisasi dalam teks kajian juga turut membuktikan bahawa
teras kepercayaan masyarakat ini akhirnya berkembang menjadi nilai sosial, yang
kemudiannya secara perlahan-lahan menjadi asas kewibawaan yang memberi legitimasi
kepada institusi kedirajaan ini. Institusi kesultanan ini menjadi begitu penting kepada
kehidupan sistem politik dalam masyarakat Melayu tradisi yang diekspresikan melalui
cerita lipur lara ini. Oleh sebab raja tergolong dalam golongan bangsawan, maka seluruh
anggota bangsawan, atau mereka yang mempunyai pertalian yang rapat dengannya (atau
istana), sama ada secara keturunan atau melalui jawatan telah diberikan status yang tinggi
serta dimuliakan orang ramai. Ini secara tidak langsung memperlihatkan betapa kuatnya
ikatan emosi yang wujud antara rakyat jelata dengan institusi kesultanan ini telah
239
diangkat dalam penelitian teks kajian ini yang tekah dimanifestasikan melalui struktur
organisasi yang teratur dan tersusun.
Struktur Organisasi dalam Hikayat Malim Deman juga telah dimanifestasikan dalam
penelitian ini. Pada peringkat awal hikayat ini pengarang telah memerihalkan organisasi
yang wujud dalam teks lipur lara, iaitu elemen binaan yang membentuk sesebuah negeri.
Pengarang telah menggambarkan struktur organisasi kerajaan Kuala Bandar Muar yang
sangat makmur dengan perdagangan yang sibuk.
Maka berhimpunlah orang besar-besar, temenggung, laksamana, orang kaya besar,
menteri, hulubalang, sida-sida, bentara, rakyat hina dina sekaliannya, kecil besar,
tua muda, laki-laki perempuan, semuanya datang mengadap baginda ke balai
penghadapan; penuh sesak di dalam kota istana, tiada terpanai banyaknya.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.11)
Bagi menjelaskan struktur organisasi yang terdapat dalam negeri Kuala Bandar
Muar, dibentuk satu sisitem organisasi yang memperlihatkan susun atur dalam kerjaan
tersebut.
Carta organisasi dalam pentadbiran kerajaan Bandar Muar ini dapat diperhatikan
pada Rajah 5.4.
240
Rajah 5.5 Struktur Organisasi Kuala Bandar Muar
Merujuk petikan teks pada halaman 11, “… Maka berhimpunlah orang besar-besar,
temenggung, laksamana, orang kaya besar, menteri, hulubalang, sida-sida, bentara,
rakyat hina dina sekaliannya” (Hikayat Malim Deman 1998, p.11), pengarang secara
tidak langsung menerangkan konsep struktur organisasi yang terbentuk dalam sistem
pentadbiran. Golongan atasan dan gologan bawahan yang dimaksudkan adalah terdiri
Raja / Sultan
Orang-orang Besar
Temenggung
Orang Kaya Besar
Laksamana
Menteri
Hulubalang
Sida-sida Bentara
Rakyat
241
daripada raja, permaisuri, orang besar-besar, temenggung, laksamana, orang kaya besar,
menteri, hulubalang, sida-sida, bentara dan rakyat hina-dina sekaliannya. Golongan ini
merupakan elemen asas kepada struktur organisasi yang dapat dikesan dalam teks kajian
pada waktu teks ini dihasilkan bagi membentuk sebuah negeri yang sempurna dengan
kerajaannya. Kuala bandar Muar ialah pusat pemerintahan Tuanku Gombang Malim
Dewa, iaitu ayahanda kepada kepada Tuanku Malim Deman. Bandar Muar dihuni oleh
pelbagai lapisan masyarakat memperlihatkan satu pembentukan struktur organisasi
dalam kerajaan tersebut.
Rakyat bandar Muar hidup mewah kerana terdapat pelbagai kegiatan ekonomi dan
perdagangan yang membawa kepada kemakmuran negeri merupakan inti pati penting
yang dapat dikaitkan dengan sistem pentadbiran yang sistematik dan teratur. Pengarang
menggambarkan Kuala bandar Muar sebagai bandar yang permai, makmur dan mewah,
sesuai sebagai tempat kelahiran wiranya, Tuanku Malim Deman membuktikan wujudnya
satu sistem pemerintahan yang berkesan bawah payung kepimpinan baginda. Stratifikasi
sosial yang dikesan dan dikenal pasti dalam teks kajian ini menyerlahkan satu indikator
penting masyarakat tradisi yang begitu teratur dan sistematik susunan atur organisasinya.
Pembahagian yang jelas struktur dan bidang kerja telah memanifestasikan satu perjalanan
organisasi yang mampu membawa kelicinan dan kelancaran dalam sistem pentadbiran
negara lantas membawa kegemilangan dan kemakmuran dalam kerajaan telah
dipraktikkan dalam teks kajian ini.
5.5 Unsur Kumpulan Manusia
Unsur kumpulan manusia merupakan unsur kedua yang digunakan untuk menganalisis
teks kajian bawah prinsip pengorganisasian. Ahmed et.al (2004, p.45) mendefinisikan
kumpulan sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi dan bergantung antara satu
sama lain ke arah pencapaian matlamat tertentu. Kumpulan kerja merupakan kumpulan
242
yang secara amnya berkongsi maklumat dan membuat keputusan bagi membantu setiap
ahli menjalankan tugas dengan baik dalam bidang yang dipertanggungjawabkan.
Kumpulan kerja berpeluang untuk terlibat di dalam koleksi kerja yang melibatkan
penggabungan dan penyatuan usaha. Prestasi dinilai atas sumbangan individu dalam
kumpulan. Dengan kata lain, prestasi kumpulan adalah hasil sumbangan setiap ahli dalam
kumpulan.
Menurut Long (2005, p.52) salah satu ciri kumpulan ialah sekumpulan individu yang
saling berkomunikasi antara sesama kumpulan untuk mencapai tujuan yang sama. Secara
ringkasnya, kumpulan mengandungi dua orang atau lebih, wujud dalam jangka masa
tertentu. Setiap anggota kumpulan mempunyai matlamat yang sama, saling
berkomunikasi dan berinteraksi, berfungsi mengikut garis panduan yang dipersetujui
bersama dan setiap ahli kumpulan mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk
menjayakan matlamat kumpulan. Organisasi memerlukan semangat juang yang mampu
membangkitkan dan mempertahankan semangat organisasi sebagai penentu
kelangsungan organisasi. Sesiapa sahaja tidak akan mampu untuk bekerja sendirian tanpa
sokongan dan bantuan orang lain. Melalui kerjasama organisasi akan terbentuk dengan
efektif dan sebaliknya. Dari perspektif pengurusan, untuk membentuk kebersamaan
dalam organisasi perlunya penglibatan seluruh anggotanya termasuklah kumpulan
manusia yang ada dalam lingkungan aktiviti yang dilakukan telah diangkat oleh
pengarang melalui penelitian teks kajian ini. Hal ini menyerlahkan salah satu unsur
penting pengorganisasian, iaitu unsur kumpulan manusia telah diserapkan oleh
pengarang melalui penerokaan peristiwa dalam teks kajian.
Robbins (1999, p.132) memerihalkan organisasi sebagai satu aktiviti kolektif yang
dirancang oleh dua orang atau lebih yang mengandungi pembahagian buruh dan autoriti
berhierarki untuk mencapai matlamat secara bersama. Organisasi adalah satu sistem yang
merangkumi pelbagai aktiviti bersama manusia seperti sumber semula jadi, modal dan
243
bahan. Pelbagai aktiviti ini dapat memenuhi matlamat individu melalui interaksi dengan
persekitaran. Kewujudan pelbagai kumpulan manusia dalam organisasi mewujudkan
jalinan kerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain untuk mencapai
matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Organisasi sebagai satu kumpulan kerja,
penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain
merupakan inti pati yang berjaya diketengahkan oleh pengarang melalui pemugaran
peristiwa-peristiwa dalam teks teks-teks kajian ini menyerlahkan unsur kumpulan
manusia dalam penelitian teks ini.
5.5.1 Terapan Unsur Kumpulan Manusia dalam Cerita Lipur Lara Terpilih
Unsur kumpulan manusia dalam cerita lipur lara ini telah diklasifikasikan kepada empat
bahagian utama, iaitu:
5.5.1.1 Kumpulan pemerintah dan pembesar
5.5.1.2 Kumpulan hulubalang dan ketenteraan
5.5.1.3 Kumpulan agama dan perbidanan
5.5.1.4 Kumpulan pembantu watak utama dan pembantu istana
5.5.1.1 Kumpulan Pemerintah dan Pembesar
Kumpulan pemerintah dan pembesar merupakan satu unsur terpenting dalam organisasi
pemerintahan sesebuah kerajaan, khususnya dalam cerita lipur lara. Peristiwa yang
dibuktikan melalui petikan dalam Hikayat Malim Dewa di bawah ini sebagai peneguhan
dan pengukuhan terhadap kewujudan kumpulan ini, iaitu fungsi dan peranan yang
dimainkan oleh pemerintah dalam kerajaan yang dibentuk.
244
“Ayuhai sekalian raja-raja, menteri, hulubalang, rakyat tentera sekalian maka
adalah beta dikurniakan Allah subhanahuwataala seorang putera laki-laki, telah
beta namakan: kecil bergelar Tuanku Gombang Malim Permata, besar bernama
Tuanku Gombang Malim Dewa.”
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.3)
Salah satu peristiwa yang memperlihatkan wujudnya unsur kumpulan pemerintah
dalam teks kajian ini, iaitu sewaktu kepimpinan Tuanku Malim Dewa menitahkan
bahawa baginda akan dikurniakan seorang anak dan menyampaikan amanat kepada para
pembesar dan rakyat jelata untuk menjadikan putera yang bakal lahir sebagai pengganti
takhta warisan kesultanan baginda. Berdasarkan peristiwa yang dinyatakan di atas,
membuktikan bahawa struktur organisasi dalam sistem beraja dalam hikayat ini telah
dipraktikkan, iaitu terdapat pewaris yang bakal menggantikan baginda. Hal ini turut
dibuktikan apabila Tuanku Raja Muda Ulama mempunyai para pembesar bawah
pimpinannya yang dilantik dalam struktur organisasi yang telah dibentuk. Dalam
melaksanakan konsep pengorganisasian ini, Tuanku Malim Dewa telah bertindak
sebagai pemimpin dan peneraju utama dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab
dalam pentadbiran negeri sambil dibantu oleh para pembesar telah membuktikan unsur
manusia, iaitu kumpulan pemerintah telah diterapkan oleh pengarang dalam teks kajian.
Unsur kumpulan pemerintah ini turut dibuktikan dengan keadaan negara yang
mempunyai sistem beraja dalam Hikayat Malim Dewa, iaitu pimpinan bawah
pemerintahan beraja sangat patuh kepada Tuanku Raja Muda Ulama dan seterusnya
digantikan anakandanya Tuanku Gombang Malim Dewa. Di samping itu, sifat mulia
yang ditunjukkan oleh Tuanku Raja Muda Ulama mahupun Tuanku Gombang Malim
Dewa sangat dekat di hati rakyat menyebabkan kepimpinan kedua-dua mereka diterima
baik oleh masyarakat dan pemimpin dalam organisasi memberi nilai tambah terhadap
kepimpinan baginda. Kepimpinan mereka berjaya mempengaruhi subordinat mereka
untuk menjalankan tugasan dengan hati terbuka tanpa rasa terpaksa juga merupakan satu
245
ikatan psikologi yang terjalin antara pemimpin dan rakyat sewaktu zaman feudal.
“Organization is any group of individual that is working toward some common end under
leadership (Davis,1951, p.142).
Hikayat Malim Dewa ini juga diperkemaskan dengan kewujudan pelbagai kumpulan
manusia yang melengkapi organisasi sedia ada; Raja-raja, Orang Besar Empat, Orang
Besar Delapan, Orang Besar Enam Belas, Orang Besar Tiga Puluh Dua, rakyat tentera
hina, Orang Besar-Besar Sembilan anak sungai, rakyat tentera tujuh suak pantai, Inang
pengasuh, Dayang-dayang, Bidan ketujuh, Isteri orang-orang besar. Orang Kaya
Temenggung, Orang Kaya Besar. Ini dibuktikan melalui petikan:
Maka kedengaranlah Raja-raja, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan, Orang
Besar Enam Belas, Orang Besar Tiga Puluh Dua, rakyat tentera hina, Orang Besar-
Besar Sembilan anak sungai, rakyat tentera tujuh suak pantai pun terkejutlah
mendengar akan bunyi semboyan itu. Maka masing-masing pun datang mengadap
dengan segeranya menuju negeri Kuala Bandar Muar itu, laki-laki perempuan kecil
besar.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.5)
Maka bentara lalu menyembah, lalu membawa hidangan itu. Seketika lagi hidangan
itu diaturnya beribu-ribu di balai penghadapan. Maka berhimpunlah sekalian raja-
raja dan orang besar-besar, menteri-menteri, hulubalang, Tuan Kadi, haji, lebai,
rakyat tentera hina-dina sekalian, penuh sesak.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.10)
Kumpulan manusia yang dikesan dalam kajian ini adalah kumpulan yang mempunyai
struktur sosial yang jelas. Istilah Raja-raja, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan,
Orang Besar Enam Belas, Orang Besar Tiga Puluh Dua, rakyat tentera hina, Orang Besar-
Besar Sembilan anak sungai, rakyat tentera membuktikan wujudnya kumpulan manusia
dalam sistem pentadbiran dalam teks ini. Kumpulan-kumpulan yang disebutkan ini
mempunyai status, peraturan dan peranan yang khusus dan kadang kala mempunyai
peraturan dan pengawalan. Pembuktian melalui dua petikan peristiwa pada halaman 5
dan 10 di atas, ternyata wujud kelompok-kelompok sosial manusia yang diterjemahkan
sebagai watak pelengkap dalam karya ini dan menyerlahkan salah satu unsur yang perlu
246
ada dalam pengorganisasian, iaitu kumpulan manusia. Sebenarnya kewujudan kumpulan
manusia dalam sebuah organisasi seperti dalam Hikayat Malim Dewa merupakan
simbiosis dengan kewujudan watak-watak lain dalam organisasi sebagai proses
kesalingbergantungan antara satu sama lain dalam merealisasikan hasrat organisasi dalam
kerangka mencapai matlamat yang dituju. Kumpulan manusia dalam karya ini dilihat
sebagai penyempurna agar struktur organisasi lainnya yang bertanggungjawab ke atas
mereka dapat menjalankan tugas dengan sebaik-baiknyanya. Hadith Rasulullah juga ada
menyebut bahawa:
المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
“Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan,
sebahagian menguatkan sebahagian yang lain.”
(Shahih Muslim, No.4684)
Terdapat pengaplikasian unsur kumpulan manusia, iaitu pembesar dalam teks Hikayat
Raja Muda. Menerusi petikan di bawah, dapat dikenal pasti wujudnya perjawatan
Perdana Menteri yang ditimbulkan pengarang dalam teks kajian. Peranan Perdana
Menteri ini diperlihatkan melalui arahan yang dikeluarkan setelah dititahkan Raja.
Perdana Menteri telah memberi arahan kepada para pembesar, tentera dan rakyat untuk
membuat balai panca persada di tengah-tengah Tasik Mendam Berahi serta membuat
khemah di atas Padang Diram Kemala kerana Raja ingin mengadakan kenduri serta
dijadikan tempat permainan. Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk memastikan
semua tugasan dan kerja yang dititahkan oleh Raja dapat disempurnakan dengan jayanya.
Menerusi petikan di bawah, Perdana Menteri telah menunaikan tanggungjawab dan
menjalankan amanah seperti yang dititahkan oleh raja selama tujuh hari tujuh malam
untuk memantau pelaksanaan tugas-tugas di lokasi tersebut. Hal ini memperlihatkan satu
sikap amanah dan kebertanggungjawaban yang dilaksanakan Perdana Menteri. Dengan
247
pemantauan dan pemerhatian yang dilakukan, tugas-tugas pembinaan panca persada dan
khemah telah berjaya disempurnakan pada hari kelapan.
Maka kata Perdana Menteri, ‘Wahai sekalian raja-raja dan orang besar-besar,
rakyat, tentera sekaliannya, tiada apa susah gaduhnya. Hamba memanggil ini
dengan titah duli Yang Dipertuan menyuruh membuat balai pancapersada di tengah
Tasik Mendam Berahi itu, seta berbuat khemah di atas Padang Biram Kemala itu,
kerana baginda hendak kenduri serta bermain-main di situ’ Maka setelah didengar
oleh sekalian raja-raja dan orang besar, rakyat, bala tentera hina-dina sekaliannya
pun pergilah ke Tasik Mendam Berahi itu mengerjakan seperti titah baginda, iaitu,
masing-masing dengan kerjanya sehingga tujuh hari tujuh malam tiada berhenti
ditunggui Perdana Menteri di situ. Setelah sampai masuk kedelapan harinya, maka
sekaliannya pun sudahlah lengkap alatannya.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.69)
Menerusi petikan yang dicungkil dalam teks Hikayat Raja Muda, terdapat unsur
kumpulan manusia yang diketengahkan, iaitu Perdana Menteri. Perjawatan Perdana
Menteri ini ditimbulkan dalam naratif penceritaan sewaktu peristiwa mencari putera Raja
Muda yang hilang. Menerusi kronologi peristiwa ini, Perdana Menteri menjadi orang
kanan kepada Raja. Perdana Menteri mengiringi Raja mengembara ke dalam hutan untuk
mencari anakanada yang hilang. Tugas yang diperlihatkan Perdana Menteri dalam teks
kajian ini membuktikan bahawa peranan golongan pembesar amat penting terutamanya
sewaktu melibatkan perkara-perkara yang kritikal dan memerlukan sokongan Perdana
Menteri, iaitu sewaktu kehilangan puteranya. Pencarian anakanda yang hilang selama
sehari suntuk dari pagi sehinggalah ke petang memanifestasikan satu sokongan moral
terhadap kedukaan Raja yang amat-amat memerlukan sokongan daripada pelbagai
lapisan masyarakat, khususnya Perdana Menteri.
248
Maka titah baginda, “Wahai mamak dan sekalian raja-raja serta orang besar-besar,
rakyat, tentera hina-dina sekaliannya, adapun sekarang apalah bicara mamanda
sekalian, yalah seperti putera beta sudah hilang tengah beradu di atas pangkuan
nendanya dan sekarang telah jenuhlah beta mencari tiada juga berjumpa. Maka
inilah beta minta tolong carikan putera beta itu, apakah kelak jembalang jin afrit
atau dewa mambang yang mencuri putera beta itu.” Hatta, setelah seketika lagi hari
pun sianglah. Maka baginda pun berangkat sendiri diiringkan Perdana Menteri dan
sida bentara sekalian masuk ke dalam hutan mencari anakanda baginda itu daripada
pagi-pagi sampai petang tiada juga bertemu.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.76)
Hikayat Anggun Cik Tunggal juga tidak meminggirkan salah satu unsur kumpulan
manusia yang dibincangkan, iaitu kumpulan pembesar. Perjawatan Perdana Menteri turut
ditimbulkan sewaktu peristiwa perancangan Raja Sianggerai untuk mengadakan majlis
pertunangan anakandanya. Tugas Perdana Menteri, iaitu menulis surat untuk dihantar
kepada Raja Portugal memperlihatkan satu tugas yang amat penting dalam menjalin
hubungan diplomatik telah diletakkan di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa
Perdana Menteri. Selanjutnya, menerusi paparan peristiwa dalam petikan di bawah,
Perdana Menteri juga berperanan untuk memukul tabuh larangan, gong pelaung dan
canang pemanggil untuk memaklumkan kepada rakyat peristiwa yang akan berlangsung
di istana. Dalam konteks peristiwa ini, Raja telah menitahkan perdana Menteri untuk
memukul tabuh larang sebagai usaha berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan negeri
terpelihara sewaktu berlangsungnya upacara pertunangan tersebut.
Maka Raja Sianggerai pun segeralah bertitah kepada Perdana Menteri menyuruh
menulis surat kepada adinda baginda Raja Portugal menyilakan kedua laki
isterinya, kakanda hendak bekerja mengahwinkan Raja Tunggal Junjungan dengan
puteranya Tuan Puteri Kaca Bertuang itu; serta pula Perdana Menteri pukul tabuh
larangan, gong gong pelaung, canang pemanggil, “Kerana beta hendak memulakan
pekerjaaan berjaga-jaga petang ini dengan segeranya.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.127)
Teks Hikayat Anggun Cik Tunggal telah menonjolkan prinsip ini melalui struktur
organisasi yang diserlahkan melalui pemecahan dua kumpulan manusia dalam negeri itu
iaitu: golongan atasan (pemerintah) dan golongan bawahan (rakyat, tentera). Peristiwa
249
semasa majlis perkahwinan Raja Anggun Cik Tunggal dengan Tuan Puteri Kaca
Bertuang menunjukkan kewujudan kumpulan manusia, iaitu golongan bawahan. Perdana
Menteri telah dititahkan untuk menulis surat menjemput Raja Portugal ke majlis
perkahwinan tersebut manakala rakyat yang lainnya mengasingkan diri mereka dalam
kumpulan yang lainnya. Ditelusuri hal ini melalui petikan teks berikut:
Maka Raja Sianggerai pun segeralah bertitah kepada Perdana Menteri menyuruh
menulis usrat kepada adinda baginda Raja Portugal menyilakan kedua laki
isterinya, kakanda hendak bekerja mengahwinkan Raja Tunggal Junjungan dengan
puteranya Tuan Puteri Kaca Bertuang itu; serta pula Perdana Menteri pukul tabuh
larangan, gong gong pelaung, canang pemanggil, “Kerana beta hendak memulakan
pekerjaan berjaga-jaga petang ini dengan segeranya.”
Maka rakyat yang mendengar sembah Perdana Menteri pun turun dan membahagikan
diri mereka kepada tugas masing-masing: Maka seketika lagi seisi negeri itupun
datanglah berhimpun kecil dan besar, laki-laki, perempuan, tua dan muda, rakyat
tentera hina-dina, sekalian, mana yang capik datang bertongkat, mana yang yang
buta datang berpimpin, yang pekak leka bertanya, yang cabuk mengekor angin. Maka
sekalian pun berhimpunlah masuk ke dalam kota masing-masing dengan kerjanya.
Ada yang berbuat bangsal tempat bermain, ada yang berbuat tempat sabung judi, ada
yang berbuat bangsal tempat masak nasi dan gulai.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.127)
Frasa “… Maka rakyat yang mendengar sembah Perdana Menteri pun turun dan
membahagikan diri mereka kepada tugas masing-masing: Maka seketika lagi seisi negeri
itupun datanglah berhimpun kecil dan besar, laki-laki, perempuan, tua dan muda, rakyat
tentera hina-dina (Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.127). Frasa ini dapat dikaitkan
dengan salah satu unsur bawah prinsip ini, iaitu kumpulan manusia. Melalui prinsip ini,
manusia dibahagikan kepada tugas tertentu dalam kumpulan seperti yang tergambar pada
ungkapan “…. Ada yang berbuat bangsal tempat bermain, ada yang berbuat tempat
sabung judi, ada yang berbuat bangsal tempat masak nasi dan gulai (Hikayat Anggun
Cik Tunggal 1985, p.127). Secara mudahnya, prinsip ini membuat penstrukturan dan
pembahagian aktiviti pekerjaan. Semakin banyak suatu struktur organisasi merefleksikan
tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang diperlukan untuk mencapai tujuan dan membantu
250
koordinasinya dan semakin banyak peranan dirancang untuk disesuaikan dengan
kemampuan dan motivasi orang-orang yang tersedia guna mengisinya, maka semakin
efektif dan efisienlah suatu struktur organisasi itu (Harold, 1997, p.138). Oleh itu, prinsip
ini menunjukkan bahawa dalam pengorganisasian, pembahagian tugas melalui kumpulan
manusia adalah penting.
Melalui petikan dua peristiwa di atas, dapat kita lihat pengarang menimbulkan dan
mengetengahkan unsur kumpulan manusia yang dikesan melalui aktiviti kemasyarakatan.
Kumpulan manusia ini bukan sahaja menyerlahkan tugas golongan atasan dan bawahan
malahan unsur ini memperlihatkan, iaitu satu golongan manusia boleh memecahkan dan
menempatkan diri mereka dalam kumpulan yang lainnya untuk menyelesaikan satu-satu
tugas dengan lebih pantas dan mudah. Sesebuah pengorganisasian yang lengkap akan
disertai beberapa kumpulan manusia yang saling melengkapi antara satu sama lain sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Mereka merupakan kelompok yang bekerjasama
secara terstruktur untuk mencapai tujuan bersama. Bagi mencapai tujuan organisasi
perlunya penggunaan sumber daya daripada manusia dalam lingkungannya. Sumber daya
termasuklah manusia, kewangan, fizikal dan informasi yang mana kesempurnaan
kesemua sumber ini merangkumi segala keperluan bagi pembentukan organisasi yang
baik dan berkesan.
5.5.1.2 Kumpulan Hulubalang dan Ketenteraan
Unsur kumpulan manusia turut diketengahkan dalam teks Hikayat Malim Dewa, iaitu
kumpulan hulubalang dan ketenteraan. Kewujudan unsur ini dapat diperhatikan dalam
petikan di bawah;
251
Sebermula, maka adalah kepada suatu hari baginda Maharaja Pertukal sedang
semayam di atas singgahsana takhta kerajaan, dihadapi oleh raja-raja, menteri
hulubalang, adi johan pahlawan pendekar serta pula rakyat tentera hina-dina
sekaliannya, bermesyuarat pasal hendak melanggar negeri mana-mana yang belum
takluk lagi.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.13)
Kumpulan hulubalang dan ketenteraan merupakan kumpulan yang penting dalam
cerita lipur lara ini memandangkan kumpulan ini berperanan penting untuk menjaga
keselamatan negeri dan kumpulan ini juga penting untuk melaksanakan misi peperangan
dan penaklukan negeri-negeri serantau. Menerusi paparan dalam petikan di bawah, “ ...
Maharaja Pertukal sedang semayam di atas singgahsana takhta kerajaan, dihadapi oleh
raja-raja, menteri hulubalang, adi johan pahlawan pendekar serta pula rakyat tentera
hina-dina sekaliannya, bermesyuarat pasal hendak melanggar negeri mana-mana yang
belum takluk lagi”(Hikayat Malim Dewa 1988, p.13) terlihat satu proses perbincangan
yang berlaku antara Maharaja Pertukal dengan Raja-raja, menteri, hulubalang, pahlawan
serta rakyat. Perbincangan ini menjurus kepada usaha-usaha yang akan diambil untuk
meluaskan jajahan takluknya. Dalam usaha meluaskan empayar dan jajahan takluknya,
sudah tentu peranan golongan hulubalang dan ketenteraan ini amat penting kerana
kumpulan inilah yang menjadi tonggak penting kejayaan atau kekalahan sesebuah negeri.
Unsur kumpulan manusia, iaitu hulubalang juga telah diangkat melalui penelitian
dalam teks Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal.
“Sebermula, maka tersebutlah cerita seorang raja di negeri Teluk Tambang Papan,
Raja Bedurai Putih namanya, terlalu amat besar takhta kerajaannya, banyak negeri
yang takluk kepadanya, cukup lengkap dengan kota paritnya, dan alat senjatanya,
serta pula menteri, hulubalang, pahlawan, adi johan, pendekar panglima perangnya
yang tiada berlawanan kepada zaman itu, dan beberapa ribu pula hulubalang pilihan
yang tahan dipahat biji matanya berdentang-dentang kerasnya seperti besi
Khersani:
Jika direndam tiada basah
Jika dibakar tiada hangus
252
Jika dipancung tiada kena
Jikalau kena tiada lut
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.2)
Menerusi paparan dalam petikan, terlihat wujudnya penggunaan istilah seperti
hulubalang, pahlawan, adi johan, pendekar, panglima perang jelas menunjukkan bahawa
golongan ini telah ditimbulkan untuk mengangkat kekuatan dan kehebatan sesebuah
negeri. Negeri yang dimaksudkan dalam petikan tersebut ialah negeri Teluk Tambang
Papan. Negeri ini diterajui seorang pemimpin yang ditakuti dan digeruni negeri-negeri
serantau, iaitu Raja Bedurai Putih. Kekuatan dan kehebatan Raja di negeri ini yang
memiliki serangkaian golongan ketenteraan yang hebat dapat diteliti pada frasa “...
beberapa ribu pula hulubalang pilihan yang tahan dipahat biji matanya berdentang-
dentang kerasnya seperti besi Khersani” (Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1988, p.2).
Penonjolan aspek ketenteraan yang dapat diteliti dalam teks kajian ini membuktikan
bahawa kumpulan hulubalang dan ketenteraan merupakan satu kumpulan yang amat
penting dalam pengurusan sesebuah organisasi terutamanya dalam konteks zaman
masyarakat Melayu tradisi yang mengamalkan sistem feudal.
Hikayat Raja Muda juga turut mengetengahkan unsur kumpulan manusia, iaitu
kumpulan hulubalang. Naratif penceritaan ini menjelaskan tentang negeri Benua Tua,
yang dipimpin oleh Sultan Degar Alam. Diperincikan bahawa organisasi negeri ini
dilengkapi dengan menteri, hulubalang, sida bentara, terlalu banyak laskar jelas
menunjukkan bahawa kumpulan hulubalang tidak terkecuali daripada struktur organisasi
yang melengkapkan kedaulatan negeri ini.
Wabihi nastainu billahi. Inilah hikayat orang dahulukala. Alkisah, maka adalah
sebuah negeri bernama Benua Tua, maka rajanya bernama Sultan Degar Alam,
cukup dengan menteri, hulubalang, sida-sida bentara, terlalu banyak lasykar, tiada
tepermanai banyak rakyat tenteranya. Maka adalah pada suatu hari baginda keluar
ke peseban agung, lalu bersemayam di atas takhta singgahsana yang keemasan yang
bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-rumbaikan mutiara dikarang.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.1)
253
Diperjelaskan melalui petikan dalam peristiwa ini, begitu teratur dan sistematiknya
struktur pentadbiran negeri ini apabila dilengkapi dengan hulubalangnya yang begitu
ramai. Frasa “… cukup dengan alat orang berjawatkan perkakas kerajaan empat puluh
hulubalang di kanan, empat puluh di kiri yang sedia menyandang pedang yang
keemasan, sekaliannya itu hulubalang pahlawan yang pilihan” (Hikayat Raja Muda,
1988, p.1). Frasa ini jelas membuktikan bahawa kumpulan hulubalang ini amat sinonim
dengan kerajaan dalam masyarakat Melayu tradisional khususnya dalam cerita lipur lara.
Hal ini turut mempengaruhi naratif penceritaan kerana unsur peperangan merupakan
salah satu persoalan yang diangkat menerusi cerita lipur lara. Hal ini amat signifikan dan
relevan untuk membuktikan bahawa peranan kumpulan ini amat penting dalam
memastikan keselamatan dan kedaulatan sesebuah negeri terpelihara.
5.5.1.3 Kumpulan Pembantu Watak dan Pembantu Istana
Kumpulan pembantu watak utama dan pembantu istana dapat dikenal pasti dalam teks
Hikayat Malim Dewa. Dua watak penting telah diangkat dalam teks ini, iaitu Si Kembang
Cina dan Bujang Selamat. Si Kembang Cina merupakan pembantu kepada Tuan Puteri.
Si Kembang Cina telah menuruti arahan tuannya seperti yang tergambar dalam petikan
di bawah:
Maka titah baginda, ‘Ayuhai Si Kembang Cina, ambilkan beta cincin tiga bentuk,
sebentuk bernama “merak menggigal”, sebentuk bernama “guntul gelang biram”
dan sebentuk bernama “syahadul Makah”. Serta pula ambilkan kain cindai tujuh
helai, sisipkan ke dalam bungkus kertas perbuatan Mengkasar, ditulis dengan
canggai panjang, kemudian diduduhkan di dalam: Kembal gundi kembal bedara.’
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.26)
Kewujudan watak pembantu dalam teks kajian ini, iaitu Si Kembang Cina
memperlihatkan bahawa kehadiran mereka memainkan peranan yang penting dalam
membantu melicinkan dan melancarkan perjalanan tugasan di istana. Ungkapan “… Serta
pula ambilkan kain cindai tujuh helai, sisipkan ke dalam bungkus kertas perbuatan
254
Mengkasar, ditulis dengan canggai panjang, kemudian diduduhkan di dalam: Kembal
gundi kembal bedara.” (Hikayat Malim Dewa, 1988, p.26) jelas membuktikan
kepercayaan majikan terhadap kredibiliti watak pembantu ini. Tugasan ini meliputi
seperti memberi bantuan dan pertolongan dalam hal ehwal yang melibatkan perihal
kekeluargaan dan peribadi. Golongan ini merupakan orang terdekat dan merupakan orang
kepercayaan majikan.
Kumpulan pembantu watak utama dan pembantu istana turut dikenal pasti dalam teks
Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Dua watak penting telah diangkat dalam teks ini,
iaitu Si Kembang Cina dan Bujang Selamat. Si Kembang Cina merupakan pembantu
kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa manakala Bujang Selamat merupakan pembantu
kepada watak utama, iaitu Awang Sulung Merah Muda. Berdasarkan peristiwa
pengembaraan Awang Sulung mendapat kurang dua tiga puluh rial batu, watak Si
Kembang Cina telah ditimbulkan dalam penelitian ini. Si Kembang Cina telah menuruti
arahan tuannya, iaitu Dayang Seri Jawa untuk menyerahkan kurang dua tiga puluh rial
batu kepada Awang Sulung Merah Muda.
Maka bersabda Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina bawa kurang dua tiga
puluh rial batu: lalu dianugerahinya kepada budak hitam.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.52)
Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini, satu lagi watak telah diangkat oleh
pengarang, iaitu Bujang Selamat. Bujang Selamat digambarkan sebagai pembantu yang
taat setia terhadap tuannya. Bujang Selamat juga merupakan pengikut setia terhadap
tuannya. Segala arahan yang diminta ditunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan
amanah yang tinggi. Peristiwa pengembaraan Awang Sulung Merah Muda untuk
menyatukan dan menemui kembali keluarganya yang terpisah memperlihatkan wujudnya
watak tersebut yang menjadi orang tengah dan perantara antara kedua-dua belah pihak.
Sikap yang ditunjukkan oleh Bujang Selamat yang diperlihatkan melalui tingkah laku
255
dan percakapan yang penuh adab dan berbudi bahasa amat menyerlahkan sifat dan
keperibadian mulia watak pembantu ini yang menjadi tulang belakang penting dalam
proses pengembaraan watak utama untuk mencapai matlamatnya dalam cerita lipur lara
ini.
Maka Bujang selamat pun turun menghampiri ke geliung panjang itu langsung
melaung, “Hai encik jurubatu, dari mana datang geliung ini dan apakah hajat ke
mari?” Maka dijawab oleh jurubatu, “dari bandar Mengkaleh hendak ke Semarang
Tanah Jawa.” Maka bertanya Bujang Selamat juga, “Apakah barang-barang muatan
geliung panjang ini.” Maka dijawab oleh jurubatu, “Bukan kita berniaga, kita
belayar hendak melihat kati dan dacing, cupak dan gantang adat resam negeri
orang. “Maka baliklah Bujang Selamat menyembahkan hal orang geliung panjang
itu hendak melihat kati dan dacing, cupak dan gantang, adat resam negeri orang.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.85)
Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal merupakan sebuah teks yang tidak meminggirkan
kumpulan pembantu watak utama dan pembantu istana. Hal ini dapat diperjelaskan
melalui perisiwa pernikahan Raja Tunggal Junjungan dengan Tuan Puteri Kaca Bertuang.
Diperincikan peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat yang mengiringi baginda
kedua suami isteri untuk bersiram. Peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh
kedua-dua watak pembantu ini menyerlahkan sifat kesetiaan dan tanggungjawab yang
perlu dipikul kedua-duanya. Peranan kedua-dua watak yang diangkat dalam teks kajian
ini membuktikan bahawa pengarang telah meletakkan kumpulan pembantu ini sebagai
satu watak yang penting yang melengkapi struktur cerita lipur lara.
“… maka ia pun segera membaca khutbah nikah mengahwinkan Raja Tunggal
Junjungan dengan Tuan Puteri Kaca Bertuang. Setelah selesai daripada berkahwin
itu, masing-masing pun masuklah ke dalam peraduannya sambil bersenda gurau
menghabiskan kesukaan hatinya. Seketika haripun sianglah lalulah bangun Raja
Tungal Junjungan bersiram ke taman kedua laki isteri diiringkan oleh Bujang
Selamat dengan Si Kembang Cina. Maka lepas bersiram itu, lalulah bersemayam
di atas peterana yang keemasan. Maka dengan takdir Allah Subhanuwataala
melakukan kudratnya Raja Tunggal Junjungan beralihlah sifatnya sudah menjadi
siamang putih terlompat ke sana ke mari oleh sebab mungkir janji dengan Tuan
Puteri Gondan Ganariah itu.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.124)
256
Hikayat Malim Deman juga turut memancarkan kepentingan watak pembantu kepada
Tuanku Malim Deman, iaitu Si Kembang Cina. Dalam konteks penelitian ini, hubungan
yang terjalin antara watak utama dan si kembang Cina adalah hubungan yang lebih intim,
iaitu hubungan sepasang kekasih. Hal ini digambarkan melalui perlakuan kedua-dua
watak yang bersenda gurau dengan penuh kasih sayang ibarat pasangan kekasih yang
sedang dilamun cinta. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan bahasa berirama yang
digambarkan dalam petikan menyerlah unsur keintiman dan hubungan emosi antara
kedua-dua belah pihak. Luahan emosi yang teramat ini diluahkan melalui tangisan Si
Kembang Cina yang merasakan dirinya seolah-olah tidak dipedulikan oleh Tuanku
Malim Dewa menyerlahkan kepentingan watak tersebut.
"Maka Tuanku Malim Deman pun menyembah ayahanda baginda serta turun
kembali ke istananya di anjung perak sambil bergurau-gurau senda dengan Si
Kembang Cina. Maka menangislah Si Kembang Cina seraya berpantun:
Zaman dahulu bertikar pucuk
Zaman ini bertikar mengkuang
Zaman dahulu kita dipujuk
Zaman ini kita dibuang
Mengkuang konon kayu Petani
Tersandar kepada kayu kelat
Terbuang sudah rupanya kami
Bagai ikan di luar belat.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.56-57)
Di dalam Hikayat Malim Deman ini, kumpulan manusia terbahagi kepada dua
kumpulan, iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan
pemerintah merangkumi Tuanku Malim Deman, watak utama dan ahli keluarga beliau,
iaitu Tuanku Gombang Malim Dewa dan ibunya manakala golongan bawahan
merangkumi watak pembantu seperti Kembang Cina, Nenek Kebayan dan Bujang
Selamat. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam membantu melaksanakan
dan menyempurnakan sesuatu tugas yang diamanahkan. Peristiwa yang memperlihatkan
257
wujudnya unsur kumpulan manusia, iaitu pembantu watak utama dan pembantu golongan
istana yang dapat diteliti dalam petikan di bawah;
Maka baginda pun menyuruh panggil Bujang Selamat. Maka Bujang Selamat pun
datang mengadap baginda. Titah baginda, ‘Hai Bujang Selamat, pergilah engkau:
Titir canang pemanggil,
Pukul tabuh larangan,
Palu gong pelaung.
Maka Bujang Selamat pun menyembah lalu turun mengerjakan seperti titah itu.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.10)
Petikan di atas menunjukkan terdapatnya dua kumpulan manusia yang sangat jelas
untuk dikaji dalam hikayat ini, iaitu dua kumpulan manusia ini saling memerlukan untuk
menjalankan fungsi sesebuah pentadbiran. Kumpulan bawahan yang diwakili oleh
Bujang Selamat sebagai pembantu istana dan Raja yang bertindak sebagai ketua negara
dan pemerintah tertinggi. Pengarang mengaitkan peristiwa di atas sebagai peristiwa yang
menunjukkan wujudnya unsur kumpulan manusia. Organisasi pada dasarnya digunakan
sebagai tempat atau wadah bagi orang-orang untuk berkumpul, bekerjasama secara
rasional dan sistematik, terencana, terpimpin digunakan secara efisien dan efektif untuk
mencapai tujuan organisasi. Sebuah organisasi dapat terbentuk kerana dipengaruhi oleh
beberapa aspek seperti penyatuan visi dan misi serta tujuan yang sama dengan
perwujudan kumpulan manusia yang pelbagai dalam kelompok masyarakat. Organisasi
yang dianggap baik adalah organisasi yang dapat menterjemahkan dan diakui kewujudan
sumber manusianya. Kumpulan ini dapat memberikan sumbangan seperti pengambilan
sumber daya manusia dalam masyarakat sebagai anggota-anggotanya. Orang-orang yang
ada di dalam suatu organisasi mempunyai suatu keterikatan yang terus-menerus. Rasa
keterikatan ini yang wujud atas dasar konsep saling menghormati yang dimanifestasikan
oleh kumpulan manusia merupakan unsur yang diterapkan dan diangkat pengarang
menerusi teks kajian.
258
5.5.1.4 Kumpulan Perbidanan dan Keagamaan
Terdapat unsur kumpulan manusia yang diwujudkan oleh pengarang dalam Hikayat
Malim Dewa ini. Dengan adanya kumpulan manusia ini, menjadikan jalan ceritanya dan
aspek penceritaannya kelihatan lebih menyerlah untuk diterapkan dengan unsur yang
dianalisis. Berdasarkan kronologi penceritaan dalam hikayat ini, Tuan Andam Dewi telah
terlantar kegeringan kerana perbuatan Maharaja Pertukal. Dalam mengubati adindanya,
Raja Bujang telah mendapatkan bantuan daripada bomoh, tabib dan dukun. Kumpulan
ini bukan sahaja bertindak sebagai pakar perubatan mistik, tetapi pada masa yang sama
turut memberi nasihat dan pandangan kepada Raja Bujang dalam usaha menyelesaikan
kemelut dan masalah yang dihadapi. Peristiwa yang memperlihatkan kewujudan unsur
kumpulan perbidanan ini dapat dipetik dari petikan:
Maka setelah didengar oleh Raja Bujang akan adinda baginda gering sangat itu,
maka ia pun berlari masuk ke dalam mahligai itu. Didapati ayahanda bonda
menangis pula yang teramat sangat, langsung segera ia menghampiri adindanya,
dirasa tubuhnya yang tinggal nadinya sahaja yang ada lagi. Maka raja Bujang pun
bertitah menyuruh memanggil tabib bomoh, dukun akan mengubati adinda baginda
itu, tiada juga mahu baik. Arakian, setelah didengar oleh Raja Bujang akan sembah
tabib yang tua itu, ia pun segera menitahkan Perdana Menteri membawa surat
menyilakan Maharaja Pertukal hendak bersahabat, janganlah jadi perbalahan lagi
berlaku saudara.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.59)
Unsur kumpulan manusia dapat dikesan dalam Hikayat Awang Sulung Merah
Mudaini. Pembuktian wujudnya kumpulan manusia ini menjelaskan bahawa salah satu
unsur bawah prinsip pengorganisasian telah diterapkan oleh pengarang dalam penceritaan
ini. Ketajaman sensitiviti dan daya fikir pengarang mengetengahkan unsur kumpulan
manusia dalam teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini merupakan indikator penting
yang menjadikan teks-teks cerita lipur lara ini relevan dan signifikan untuk dianalisis
menggunakan prinsip pengorganisasian. Ini dapat dibuktikan melalui petikan:
Maka adalah kepada suatu hari, maka berkatalah Tuanku Batin Alam kepada
isterinya, “Ya adinda, adapun kedua putera kita ini sudahlah besar, dan cukup
berakal keduanya. Maka apalah ada hutang kepada kita, terlebih baiklah kita
259
serahkan belajar mengaji Quran dan merawi, Awang Sulung Merah Muda ini dan
Tuan Puteri Dayang Nuramah keduanya suruhkan belajar”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.18)
Adapun Awang Sulung Merah Muda dihantarkan ke rumah Tuan Kadi Alim. Maka
bertitahlah Tuanku Batin Alam kepada Tuan Kadi Alim itu “Beta ini datang
berhajat kepada Tuan Kadi, beta minta ajarkan anakanda ini mengaji Quran dan
merawi,”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.18)
Maka diberinya Tuan Kadi makan sirih. Maka Tuan Kadi pun makan sirih, lalulah
berkata Tuan Kadi kepada Tuan Malim, “Sebesar-besarnya hajat hamba datang ke
mari ini, hamba dititahkan Tuanku Batin Alam ia minta ajarkan puteranya ini
Awang Sulung Merah Muda mengaji kitab nahu dan mantik.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.20)
Maka pada suatu hari bertitahlah Tuanku Batin Alam kepada Awang Sulung Merah
Muda, “Hai anakku, sekarang sudahlah dapat mengaji kitab dan merawi tinggallah
lagi pencak dengan silat, apung dengan kebal, tiadalah payah belajar kepada orang,
ayahanda boleh mengajari.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 23)
Setelah didengar oleh Tuanku Si Helang Laut lalu dititahnya dengan murkanya,
merah padam warna mukanya, “Apa sebab bidan tiada mahu datang? Tiada patut
sekali-kali melebihi kepada raja. Insya-Allah taala baik esok pagi beta suruhkan
sekalian juak-juak, hulubalang, bunuh bidan bertujuh itu, orangnya dibunuh;
hartanya dihabiskan; rumahnya dibakar; tanah ke atas: demikian timpa daulat beta.
Orang menderhaka kepada undang dengan keadilan apa ditaruh di dalam negeri?”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.10)
Maka titah baginda, “Yang sudah terlalu perbuatan engkau diampunkan, yang
kemudiannya jangan dibuat lagi.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p. 11)
Melalui analisis dalam rangkaian peristiwa di atas, pengarang mengetengahkan satu
unsur penting organisasi, iaitu kumpulan manusia. Kumpulan manusia ini begitu
berperanan penting dalam mewujudkan pelapis generasi yang berilmu khususnya dalam
bidang pendidikan agama. Kewujudan watak Tuanku Batin Alam, Tuan Kadi dan Tuan
Kadi Alam telah menterjemahkan satu kumpulan yang amat memberi impak terhadap
proses pembangunan spiritual dan mental masyarakat pada zaman teks ini dihasilnya.
260
Menepati takrifan kumpulan, iaitu sebagai dua atau lebih individu yang berinteraksi dan
mempengaruhi antara satu sama lain, saling berkongsi tujuan yang sama dan juga identiti
dapat dikaitkan dengan peranan dan fungsi golongan agama ini dalam masyarakat. Hal
ini diperkukuh Robbins dan Coulter (2002, p.103) yang memerihalkan kumpulan sebagai
dua orang atau lebih individu yang bebas berinteraksi secara bersama-sama untuk
mencapai matlamat tertentu. Pengenalpastian kumpulan yang memperjuangkan dan
melebarkan legasi keagamaan ini membuktikan bahawa pemimpin pada zaman tersebut
tidak meminggirkan nilai-nilai agama terhadap pewaris takhta kerajaan merupakan satu
indikator penting yang dipraktikkan dalam teks ini. Rangkaian peristiwa yang dipetik
dalam teks kajian ini jelas memperlihatkan dan membuktikan kewujudan golongan
agama yang dapat dicungkil dicelah-celahan teks merupakan satu lagi unsur yang
dipraktikkan melalui penelitian teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
Terdapat unsur kumpulan manusia yang diwujudkan oleh pengarang dalam Hikayat
Raja Muda ini. Dengan adanya kumpulan manusia ini, mendampakkan kerelevanan
prinsip pengorganisasian agar lebih menyerlah untuk diterapkan dengan unsur yang
dianalisis. Berdasarkan kronologi penceritaan dalam hikayat ini, putera raja dihantar
belajar ilmu-ilmu yang boleh menjadikan mereka manusia yang berguna yang dapat
menyumbang terhadap pembangunan negeri pada masa depan kelak. Peristiwa yang
memperlihatkan kewujudan unsur kumpulan manusia, iaitu golongan agama/pendeta dan
golongan bidan ini dapat dipetik dari petikan:
Maka putera adinda baginda yang bernama Bujang Selamat itu, maka baginda
kedua laki isterilah memeliharakan, sampailah umurnya dua belas tahun diserahkan
baginda mengaji Quran serta pula:
Nahu dengan mantik,
Lafat dengan makna.
Setelah khatamlah sekaliannya serta diajar pula oleh kadi, ilmu dunia didapatinya.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.2)
261
Maka setelah didengar baginda akan sembah bidan yang tua itu, maka baginda pun
menangis yang teramat sangat lalu bertitah, “Ayuhai tok bidan yang tua, janganlah
tok bidan susah hati, tiada beta mengambil syak ke atas tok bidan sekalian; maka
semata-mata dengan takdir Allah Subhanahuwataala, melakukan kudrat iradat ke
atas diri beta.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.6)
Raja Bujang Selamat besarlah sudah cukup umurnya, sedang remaja, lima belas
tahun cukuplah mengetahui ilmu hikmat sekaliannya. Maka Tuan Puteri Lindungan
Bulan demikianlah juga dan Raja Muda besarlah sudah umur tujuh tahun, maka
Tuan Puteri Lindungan Bulan pun selalulah mendukung-dukung adinda baginda
itu, ajak bermain-main sambil diajar beristiadat dan pelbagai ilmu dunia. Maka
diserahkan baginda akan anakanda baginda Raja Muda itu mengaji , “Ayuhai tok
bidan yang tua, janganlah tok bidan susah hati, tiada beta mengambil syak ke atas
tok bidan sekalian Muda itu dua belas tahun, maka pengajian itu pun khatamlah.
Maka baginda pun berarak pula sebagaimana arak-arak yang khatam mengaji.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.9)
Diteliti secara rinci petikan pada ungkapan “… Setelah khatamlah sekaliannya serta
diajar pula oleh kadi” (Hikayat Raja Muda 1998, p.2), “… Ayuhai tok bidan yang tua,
janganlah tok bidan susah hati, tiada beta mengambil syak ke atas tok bidan sekalian
(Hikayat Raja Muda 1998, p.2), terdapat dua kumpulan manusia yang diketengahkan oleh
pengarang dalam teks tersebut, iaitu golongan agama dan golongan perbidanan.
Golongan ini dapat dikenal pasti melalui istilah “kadi” dan“bidan yang tua”. Kedua-dua
watak yang dicungkil melalui petikan teks menunjukkan bahawa aspek perbidanan dan
keagamaan dalam masyarakat Melayu tradisi merupakan satu entiti yang tidak terpinggir
dan diberi perhatian oleh pemimpin negeri. Kedua-dua fungsi kumpulan manusia ini amat
memainkan peranan yang penting dalam sistem pentadbiran istana pada zaman silam.
Organisasi yang merupakan satu sistem yang wujud, iaitu terdapat beberapa bahagian
dalamnya dan persekitarannya saling berkait antara satu sama lain mempunyai satu
pertalian yang erat dalam mencapai misi dan visi organisasi. Hal ini menepati pepatah
Melayu “seperti aur dengan tebing’.
Terdapat unsur kumpulan manusia yang diwujudkan oleh pengarang dalam Hikayat
Raja Anggun Cik Tunggal ini. Dengan adanya kumpulan manusia ini, menyerlahkan plot
262
penceritaannya untuk diterapkan dengan unsur yang dianalisis. Berdasarkan
perkembangan dalam kronologi penceritaan dalam hikayat ini, putera raja dihantar
belajar ilmu-ilmu yang boleh menjadikan mereka manusia yang berguna yang dapat
menyumbang terhadap pembangunan negeri pada masa depan kelak. Peristiwa yang
memperlihatkan kewujudan unsur kumpulan manusia, iatu golongan agama. Golongan
agama ini timbulkan melalui watak Tuan Ulama ini dapat dipetik dari petikan:
Antara tiada berapa lamanya sampailah umurnya tujuh tahun, maka diserahkan
mengaji Quran oleh Datuk Orang Kaya Besar kepada Tuan Ulama di dalam negeri
itu. Setelah khatamlah Quran yang tiga puluh juzu:
Tamat saraf dengan nahu,
Tamat mantik dengan makna,
Tamat tafsir dengan bayan.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.17)
5.6 Unsur Tujuan Bersama
Tujuan merupakan arah atau sasaran yang dicapai. Tujuan menggambarkan tentang apa
yang akan dicapai atau yang diharapkan. Tujuan merupakan titik akhir tentang apa yang
harus dikerjakan. Kata-kata mutiara ada menyebut, “Manusia selalu mencari nikmat dan
menghindari sengsara. Jika bekerja dalam organisasi adalah sebuah kenikmatan dan
menjauhi daripada organisasi adalah kesengsaraan, maka organisasi anda akan
menjadi organisasi yang besar.” Bagi keberhasilan dalam organisasi perlunya rasa
kenikmatan menjalankan setiap tanggungjawab yang ditaklifkan walaupun pelbagai
masalah yang berkunjung tiba. Pengorganisasian yang ampuh perlunya mempunyai
tujuan bersama dalam setiap perkara yang dilakukan dan punya kata sepakat dalam
melaksanakannya.
Luther Gulick (1985, p.142) menjelaskan pengorganisasian sebagai suatu bidang ilmu
pengetahuan yang berusaha secara sistematik untuk memahami mengapa dan bagaimana
manusia bekerja bersama untuk mencapai tujuan dan membuat sistem kerjasama ini lebih
bermanfaat bagi kemanusiaan. Konsep pengorganisasian mengenai tujuan bersama
263
sangat penting bagi memastikan kemaslahatan organisasi berlangsung sebaiknya dan
akhirnya dapat mencapai tujuan bersama yang disepakati. Bagi menjayakan lagi tugasan
yang mempunyai tujuan bersama, komunikasi yang baik sangat diperlukan oleh setiap
ahli dalam sesebuah organisasi. Hal ini menepati konsep organisasi, iaitu pertama,
organisasi sebagai wadah atau tempat, dan kedua, pengertian organisasi sebagai proses
yang dilakukan bersama-sama, dengan landasan yang sama, tujuan yang sama, dan juga
dengan cara-cara yang sama. Organisasi pada intinya adalah interaksi-interaksi individu
dalam sebuah wadah untuk melakukan suatu tujuan yang sama.
5.6.1 Terapan Unsur Tujuan Bersama dalam Cerita Lipur Lara Terpilih
Pencerita Hikayat Malim Dewa ini telah menerapkan unsur tujuan bersama yang perlu
ada dalam pengorganisasian. Hal ini dibuktikan melalui petikan di bawah:
Semua rakyat menyembah duli Tuanku Gombang Malim Dewa, untuk nyatakan
amanat yang telah disampaikan tuanku raja muda ulama untuk menabalkan
puteranya Tuanku Gombang Malim Dewa sebagai raja penggantinya sebelum ia
ghaib ke Mekah. Maka ia sekalian bertelut menyembah menjunjung duli seraya
berdatanglah sembah… “Dititahkan duli Tuanku ganti paduka ayahanda ditabalkan
bersemayam di atas takhta kerajaan memerintah negeri ini. Maka sekarang patik
sekalian hendak menyampaikanlah seperti amanat titah paduka ayahanda itu, maka
patik-patik tabalkan jadi duli yang dipertuan negeri ini ganti paduka ayahanda
almarhum.”
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.6)
Peristiwa pertabalan Tuanku Raja Muda sebagai pemerintah negeri memperlihatkan
unsur tujuan bersama. Petikan ini menjelaskan, iaitu rakyat bawah pimpinan Tuanku
Gombang Malim Dewa telah menyempurnakan amanat ayahanda Tuanku Gombang
Malim Dewa iaitu Tuanku Raja Muda Ulama untuk menabalkan anakandanya sebagai
pemerintah yang baharu kerana sudah uzur dan lama memerintah memperlihatkan
wujudnya satu unsur bawah prinsip organisasi yang dapat dikesan, iaitu tujuan bersama.
Pengarang sangat halus dan tajam daya sensitivitinya apabila menggambarkan pemimpin
dan juga rakyat sebulat suara menerima watikah pelantikan tersebut. Situasi penuh
264
hormat yang digambarkan melalui petikan, iaitu suasana mendengar titah diraja dan
mengangkat sembah setia kepada Tuanku Malim Dewa kemudian menyatakan
persetujuan secara bersama dengan penuh rasa takzim merupakan inti pati yang
diwasiatkan Tuanku Raju Muda Ulama. Tujuan bersama yang diterapkan dalam prinsip
pengorganisasian ini juga menunjukkan sesebuah organisasi yang teguh dan berjaya
dapat dicapai melalui kesepakatan ahlinya dalam melaksanakan tugasan yang
mempunyai tujuan bersama seperti yang dibuktikan dalam peristiwa tersebut. Hal ini
amat relevan dengan konteks masyarakat Melayu feudal yang begitu setia terhadap
pemerintah.
Terdapat juga watak antagonis yang ditimbulkan pencerita untuk memperihalkan
unsur tujuan bersama dalam karya yang dikaji. Unsur tujuan bersama ini dikesan dalam
peristiwa perancangan Maharaja Pertukal yang ingin menyerang negeri Kuala Batu
seperti yang dibuktikan oleh pengarang Hikayat Malim Dewa melalui petikan ini:
Maka berhimpunlah sekalian raja-raja dan orang besar-besar adi pendekar, johan
pahlawan serta pula rakyat tentera sekaliannya, penuh sesak cukup lengkap dengan
alat senjatanya, serta pula berkibaran dengan tunggul panji-panji ditiup oleh angin.
Maka kapal yang seratus buah itupun disiapkan oleh menteri itu, sedia menegang
bandut meriam, menjunjung apilan, masing-masing ada berlabuh di jambatan
larangan baginda itu, sudah dinaikkan panji-panji merah di tiang topang, panji-panji
hitam di tiang agung, serta pula bersambutan dengan jogan alam, payung ubur-ubur
dan merual di kiri dan kanan kapal kenaikan itu, maka sekalian pun turunlah ke
dalam kapal itu, sekadar menantikan titah dan perintahan sahaja lagi.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.51)
Petikan di atas memaparkan para pemimpin negeri Teluk Sina Tanjung bekerjasama
dan menuruti perintah Raja mereka, Maharaja Pertukal yang bertitah untuk menyerang
negeri Kuala Air Batu dan cuba mendapatkan Tuan Puteri Andam Dewi yang sangat
digilai raja-raja dari pelbagai negara. Hal tersebut dibuktikan pada ungkapan “...Maka
berhimpunlah sekalian raja-raja dan orang besar-besar adi pendekar, johan pahlawan
serta pula rakyat tentera sekaliannya, penuh sesak cukup lengkap dengan alat senjatanya
...” (Hikayat Malim Dewa 1988, p.51). Daripada petikan tersebut jelas memperlihatkan
265
mereka berusaha secara bersama-sama demi mencapai tujuan bersama dalam menurut
titah raja mereka. Dalam rangka mencapai cita-cita tersebut, seluruh peringkat organisasi
yang diketuai oleh pimpinannya membuat strategi dan taktik serta analisis yang tepat
untuk memastikan keberkesanan perancangan yang dilakukan. Langkah-langkah kerja
serta penanggungjawab di dalam organisasi sering disebut sebagai organisasi yang
efektif dan efisien dalam mencapai tujuannya harus dikelola secara profesional bukan
mengikut emosional. Situasi ini diperkukuh pada ungkapan “ … Maka kapal yang seratus
buah itupun disiapkan oleh menteri itu, sedia menegang bandut meriam, menjunjung
apilan, masing-masing ada berlabuh di jambatan larangan baginda itu, sudah dinaikkan
panji-panji merah di tiang topang, panji-panji hitam di tiang agung, serta pula
bersambutan dengan jogan alam, payung ubur-ubur dan merual di kiri dan kanan kapal
kenaikan itu, maka sekalian pun turunlah ke dalam kapal itu, sekadar menantikan titah
dan perintahan sahaja lagi (Hikayat Malim Dewa 1988, p.51).
Pemikiran yang mendalam, sistematik, serta strategi yang tepat menghasilkan budaya
organisasi efektif demi pencapaian tujuan organisasi. Hal ini dapat dilihat dari sudut
pencapaian tujuan yang tidak menyimpang dengan visi, misi, dan tujuan organisasi.
Peristiwa serangan terhadap negeri Kuala Batu membuktikan bahawa tujuan bersama
yang ingin dicapai oleh pemimpin dan rakyat telah menyerlahkan satu unsur penting
dalam prinsip pengorganisasian telah dipraktikkan oleh Maharaja Pertukal dan rakyatnya
melalui peristiwa tersebut.
Tujuan bersama dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda turut dikesan. Dalam
prinsip pengorganisasian juga terdapat unsur tujuan bersama. Tujuan bersama ini adalah
sesuatu yang dilakukan secara bersama-sama untuk mencapai sesuatu matlamat. Pada
awal penceritaan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini ada memperihalkan
peristiwa penghijrahan Tuanku Si Helang Laut dan Tuan Puteri Si Helang Bakau ke
266
bandar Mengkaleh untuk menjadikan negeri itu negeri mereka kerana negeri itu tidak
beraja. Peristiwa ini dapat dibuktikan daripada petikan:
Maka pada suatu hari bertitahlah Tuanku Si Helang Laut kepada isterinya Tuan
Puteri Si Helang Bakau, “Wahai adinda Tuan Puteri, betapakah hal kita ini duduk
tiada negeri? Baiklah kita berlayar ke negeri Bandar Mengkaleh, kerana adat negeri
itu tiada beraja, Batin sahaja penghulunya.
Lalulah disuruh oleh baginda siapkan kenaikan perahu kakap yang bernama Bunga
Rampai Layangan Angin. Setelah sudah siap kenaikan kakap itu berangkatlah
baginda dua laki ister Tuanku Si Helang Laut dan Tuan Puteri Si Helang Bakau
bertiga dengan Uli Emak Si Anjing langsung berlayar. Tiba di negeri Bandar
Mengkaleh disambutnya oleh orang besar empat: Datuk Batin Alam, Datuk Batin
Sangeru, Datuk Batin Laksamana, Datuk Batin Bongsu, sebagaimana adat
menyambut raja yang besar-besar juga. Maka baginda pun menitahkan kepada
orang besar empat itu membuat kota istana.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.1-2)
Idea untuk berhijrah untuk membuka negeri baharu seperti yang digambarkan dalam
dialog di atas memperlihatkan satu unsur pengorganisasian iaitu tujuan bersama yang
ingin dicapai telah dipraktikkan melalui watak Tuanku Si Helang Laut dan Tuan Puteri
Si Helang Bakau. Sesebuah organisasi bergerak berasaskan matlamat bersama yang ingin
dicapai sebagaimana saranan dan perbincangan antara kedua-dua watak tersebut.
Manusia, seperti pemimpin dan pengikut juga mempunyai matlamat mereka sendiri.
Pemimpin yang berkesan perlu memimpin agar matlamat organisasinya, dirinya dan
pengikutnya tercapai. Organisasi yang merupakan kelompok yang merangkumi manusia,
bahan-bahan, peralatan dan pelbagai kemudahan yang diselaraskan agar mencapai
sesuatu matlamat yang spesifik yang telah ditetapkan. Dalam konteks perbincangan ini,
tujuan bersama merupakan satu matlamat yang jelas yang diperlihatkan watak demi
meneruskan legasi kepimpinan dan pemerintahan dalam sesebuah negeri.
Pemikiran yang berpandangan jauh watak utama dalam petikan memperlihatkan satu
tujuan yang jelas perlu dilaksanakan. Kepemimpinan yang diketengahkan Yukl (1989,
p.86) merupakan satu proses, iaitu seorang individu mempengaruhi ahli-ahli kumpulan
bagi mencapai matlamat tertentu kumpulan. Tuanku Si Helang Bakau telah berjaya
267
berbincang secara bersemuka dan mempengaruhi isterinya untuk berhijrah membuka
negeri baharu. Hal ini diperkukuh Harold Koontz & Heinz Weihrich (1997, p.138) yang
memerihalkan kepemimpinan sebagai pengaruh, seni atau proses mempengaruhi orang
supaya mereka berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian
matlamat kumpulan. Dalam hubungan ini, fungsi pemimpin ialah menyatu dan
menyelaraskan semua pendapat, usaha dan tenaga untuk mencapai matlamat organisasi
dan fokus kepemimpinan adalah menggerakkan anggota-anggota organisasi dengan
dorongan yang tidak memaksa telah dapat dibuktikan pada watak pemimpin tersebut.
Matlamat merupakan suatu kedudukan atau keadaan pada masa hadapan yang apabila
tercapai akan memberi sumbangan terhadap tercapainya misi sebuah organisasi telah
diterapkan oleh pengarang dalam analisis ini. Hal ini sekali gus telah mengangkat unsur
tujuan bersama dalam organisasi merupakan satu indikator penting telah diaplikasikan
melalui analisis kajian ini.
Selain tujuan bersama di atas, tujuan bersama yang dapat dicungkil dalam Hikayat
Awang Sulung Merah Muda ini, iaitu peristiwa Tuanku Si Helang Laut dan Tuan Puteri
Si Helang Bakau ingin mendapatkan anak sebagai pewaris mereka. Hal ini dapat
dibuktikan daripada petikan:
Arakian, adalah pada suatu malam berfikirlah baginda laki isteri, “Jikalau nyawa
kita tiada panjang, siapakah yang akan beroleh takhta kerajaan kita ini? Baiklah
kita pergi berkaul dan berniat di Lautan Tanjung Jati, mudah-mudahan dikurniakan
Allah subhanahu wataala kita mendapat putera.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.3)
Maka titah baginda Tuanku Si Helang Laut. “Bukanlah kerana musuh seteru akan
datang melainkan dipanggil penghulu yang empat suku, lembaga yang dua belas
suku dengan segala juak-juak, hulubalang, rakyat, tentera yang banyak kerana
sekarang beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan berniat di Lautan Tanjung
Jati: beta minta ambilkan kayu api, minta tumbukkan padi, minta hantarkan perahu
kakap Bunga Rampai Layangan Angin ke lautan itu.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.4)
268
Berdasarkan analisis peristiwa Tuanku Si Helang Bakau mendapatkan pewaris takhta
kerajaan, terserlah satu ciri penting pengorganisasian yang dilakukan oleh watak tersebut
dalam merealisasikan misi baginda, iaitu tujuan bersama. Keberhasilan suatu proses
kegiatan agar dapat mencapai tujuannya secara efektif dan efisien ditentukan oleh tujuan
yang ingin dicapai. Di sebalik tujuan bersama yang digambarkan terserlah sifat pemimpin
yang berwawasan dan berpandangan jauh yang terpancar sewaktu beliau membuat
keputusan seperti yang dilantunkan watak Tuanku Si Helang Bakau dalam usaha
mendapatkan zuriat. Menerusi peristiwa tersebut, Tuanku Si Helang Bakau telah
menetapkan objektif iaitu untuk mendapatkan seorang zuriat sebagai penyambung waris
takhta kerajaan. Dalam peristiwa mendapatkan pewaris takhta ini, Tuanku Si Helang
Bakau telah memikirkan dan mengikhtiar pelbagai cara dan jalan terbaik untuk mencapai
matlamat tersebut demi kemaslahatan bersama.
Unsur tujuan bersama yang dipraktikkan oleh Tuanku Si Helang Laut merupakan
suatu kegiatan yang sangat penting kerana merupakan tolok ukur dari keberhasilan tujuan
yang telah ditetapkan oleh seseorang watak. Dalam merealisasikan objektif tersebut,
baginda telah menetapkan objektifnya dengan jelas, iaitu untuk mendapatkan zuriat
sulungnya. Penetapan objektif ini bertitik tolak daripada kegusaran dan kebimbangan
Tuanku Si Helang Laut dan isterinya Tuanku Si Helang Bakau kerana ketiadaan pewaris
takhta kerajaan yang bakal menggantikan baginda kelak. Dalam merealisasikan tujuan
bersama ini untuk mendapatkan zuriat ini, Tuanku Si Helang Laut dan Tuanku Si Helang
Bakau telah pergi ke suatu tempat iaitu Lautan Tanjung Jati bertujuan untuk berkaul dan
berniat. Berkaul dan berniat merupakan suatu usaha bersama dan alternatif yang
digunakan oleh pasangan diraja tersebut untuk menyempurnakan objektif yang ingin
dicapai. Tuanku Si Helang Laut mendapat idea untuk berkaul bagi menyelesaikan
masalah mereka untuk mendapatkan zuriat melalui mimpi. Dalam mengukuhkan
strateginya, Tuanku Si Helang Laut dan isterinya juga telah menjalankan beberapa
269
upacara seperti bersiram dan berlimau sebagai pengukuhan kepada strategi yang
dirancang. Usaha secara bersama-sama telah dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk
mencapai tujuan telah mengangkat kepentingan dan signifikan unsur ini dalam teks
kajian.
Pencerita juga tidak meminggirkan unsur tujuan bersama dalam Hikayat Anggun Cik
Tunggal. Tujuan juga menggambarkan tentang apa yang harus dicapai melalui prosedur,
program, pola (network). Dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal ini dapatlah difahami
bahawa satu-satu kerajaan itu menjadi lebih kuat dan digeruni apabila semakin banyak
raja atau negeri yang dapat ditakluk oleh raja kerajaan tersebut. Satu peristiwa penting
dapat diketengahkan untuk memperlihatkan unsur ini, iaitu peristiwa negeri Tiku
Pariaman yang jatuh ke tangan Raja Bedurai Putih kerana kekuatan raja itu yang telah
banyak melanggar (menakluk) banyak negeri dan raja. Peristiwa yang tercatat ini
menunjukkan unsur tujuan bersama telah dipraktikkan oleh pemerintah dan rakyat. Atas
dasar tidak mahu kerajaan negeri Teluk Senai Tambang musnah maka, masing-masing
telah bekerjasama untuk mencapai tujuan mereka iaitu memastikan negeri Teluk Senai
Tambang kekal aman dan sentosa. Diperincikan hal ini dengan mengimbas watak Raja
Portugal yang bermesyuarat dengan rakyat jelata untuk menyatakan usul baginda untuk
menjalinkan hubungan baik dengan Raja Anggun Cik Tunggal. Usul ini pula telah
dipersetujui sebulat suara oleh rakyat jelata.
“Sebermula, maka tersebutlah cerita seorang raja di negeri Teluk Tambang Papan,
Raja Bedurai Putih namanya, terlalu amat besaar takhta kerajaannya, banyak negeri
yang takluk kepadanya, cukup lengkap dengan kota paritnya, dan alat senjatanya,
serta pula menteri, hulubalang, pahlawan, adi johan, pendekar panglima perangnya
yang tiada berlawanan kepada zaman itu, dan beberapa ribu pula hulubalang pilihan
yang tahan dipahat biji matanya berdentang-dentang kerasnya seperti besi
Khersani:
Jika direndam tiada basah
Jika dibakar tiada hangus
Jika dipancung tiada kena
Jikalau kena tiada lut
270
Kuat kebal sudah diandalan oleh Raja Bedurai Putih, diberi makan ubat pakan
sekaliannya”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.2)
“Ayuhai sekalian raja-raja dan orang-orang besar, rakyat tentera hina-dina sekalian,
sekarang ini kepada fikiran beta, baiklah kita persilakan Raja Tunggal Junjungan
itu masuk ke dalam negeri kita ini, kita permuliakan supaya jangan jadi peperangan
dengan dia, kerana sebab adik beta, Raja Bedurai Putih itupun sudah mati
dibunuhnya, dan kapal-kapal jaga negeri kita pun sudah ditawannya. Jikalau kita
lawan juga, tentulah kita tiada beroleh menang, akhirnya kita jadi macam adik beta
juga; jikalau begitu, pada fikiran beta baiklah raja-raja dan orang-orang besar
sekalian siapkan kealatan sebagaimana menyambut raja yang besar-besar juga, kita
permuliakan sebarang maksudnya yang ada kepada kita sembahkan kepada ia,
supaya aman sentosa negeri kita itu.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.100)
Hatta setelah didengar oleh raja-raja dan orang-orang besar akan titah rajanya itu,
maka masing-masing pun berdatang sembah, “sembah patik harapkan diampun,
seperti titah duli Tuanku itu sebenarnyalah; kepada fikiran patik-patik sekalian pun
demikianlah juga, janganlah duli Tuanku lawan bermusuh sekali-sekali, melainkan
Tuanku ambil sahabat baik-baik raja itu, supaya dapat kebajikan ke bawah duli hari
hadapan kelak.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.101)
Berdasarkan petikan teks, setelah Raja Portugal mengetahui tentang Raja Anggun Cik
Tunggal yang telah berjaya menumpaskan Raja Berdurai Putih itu, Raja Portugal
menyatakan usul baginda kepada rakyat jelata baginda untuk memberikan layanan yang
baik kepada Raja Anggun Cik Tunggal dan memastikan tiada peperangan antara negeri
pemerintahan Raja Portugal itu dengan Raja Anggun Cik Tunggal. Rakyat bersatu
menjalankan tugas masing-masing, iaitu saling bekerjasama menyediakan peralatan
menyambut Raja Anggun Cik Tunggal secara besar-besaran bagi melaksanakan misi
mereka iaitu memastikan keamanan negeri Teluk Senai Tambang kekal aman sentosa.
Melalui strategi perancangan yang telah disepakati bersama, dengan menjalinkan
hubungan baik dengan Raja Anggun Cik Tunggal yang telah berjaya menumpaskan raja
yang paling digeruni kerana kekuasaan baginda satu ketika dahulu, iaitu Raja Bedurai
Putih membolehkan negeri mereka terselamat daripada ditakluki.
271
“Arakian setelah sudah berkata-kata itu, maka raja-raja dan orang-orang besar pun
bersiaplah akan kelatan itu, terdirilah payung ubur-ubur dipegang oleh jawatan
enam belas di kanan dan enam belas di kiri yang pelbagai jenis perhiasan yang
indah-indah serta pula bunyi-bunyian terlalu amat azmat bunyinya daripada gong,
gendang, serunai, nafiri, rebab, kecapi, dandi, muri, serdam, bangsi, kopok,
ceracap. Setelah mustaid sekalian, raja-raja dan orang-orang besar itupun
berjalanlah membawa angkatan penyambutan itu menuju jambatan larangan.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.101)
Harold Koontz (1997, p.138) mendefinisikan pengorganisasian merupakan “suatu
struktur organisasi adalah efektif jika struktur tersebut memungkinkan sumbangan dari
setiap individu dalam pencapaian sasaran perusahaan.” Dilihat, dengan adanya prinsip
tujuan bersama yang diaplikasikan oleh rakyat negeri Teluk Senai Tambang maka tujuan
untuk mengekalkan kesejahteraan negeri yang mereka duduki itu berpotensi tinggi untuk
dicapai. Dalam berorganisasi setiap individu dapat berinteraksi dengan
semua struktur yang terkait baik secara langsung mahupun secara tidak langsung kepada
organisasi yang mereka pilih. Agar dapat berinteraksi secara efektif setiap individu perlu
berperanan pada organisasi yang bersangkutan. Dengan penglibatan dan penyertaan
setiap individu dapat lebih mengetahui hal-hal yang harus dilakukan. Pada dasarnya
penglibatan merupakan keterlibatan mental, fikiran dan emosi atau perasaan seseorang
dalam situasi kelompok yang mendorongnya untuk memberikan sumbangan kepada
kelompok dalam usaha mencapai tujuan bersama. Sebaliknya keterlibatan mental,
fikiran, dan emosi atau perasaan seseorang dalam situasi kelompok telah mendorong
untuk memberikan sumbangan kepada kelompok dalam usaha mencapai tujuan serta
turut bertanggungjawab terhadap usaha yang bersangkutan. Pancaran unsur tujuan
bersama melalui peristiwa ini telah membuktikan bahawa unsur ini begitu relevan untuk
diadaptasikan ke dalam teks kajian ini.
Tujuan bersama dalam Hikayat Raja Muda turut diangkat pengarang menerusi
penelitian teks kajian ini. Selain itu, bagi unsur tujuan bersama, pengarang mewujudkan
unsur ini untuk menunjukkan tujuan itu dipersetujui atau dilakukan secara bersama-sama
272
untuk mencapai sesuatu perkara. Tujuan bersama yang dikesan dalam Hikayat Raja Muda
ialah peristiwa Raja Muda dan Tuan Puteri Bidadari Segerba ingin ke rumah nenek
kebayan. Bukti ini dapat diambil daripada petikan:
Setelah didengar oleh baginda akan sabda adinda baginda itu, maka baginda pun
bersenyum seraya bertitah, “Sebenarnya sabda adinda itu, sama berserahlah kita
kepada Tuhan yang sebenarnya. Silalah adinda kita pergi mendapatkan nenek itu,
kakanda pun inginlah rasanya hendak berjumpa dengan segeranya.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.35)
Maka titah baginda, “Wahai mamak dan sekalian raja-raja serta orang besar-besar,
rakyat, tentera hina-dina sekaliannya, adapun sekarang apalah bicara mamanda
sekalian, yalah seperti putera beta sudah hilang tengah beradu di atas pangkuan
nendanya dan sekarang telah jenuhlah beta mencari tiada juga berjumpa. Maka
inilah beta minta tolong carikan putera beta itu, apakah kelak jembalang jin afrit
atau dewa mambang yang mencuri putera beta itu.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.75-76)
Hatta, setelah seketika lagi hari pun sianglah. Maka baginda pun berangkat sendiri
diiringkan Perdana Menteri dan sida bentara sekalian masuk ke dalam hutan
mencari anakanda baginda itu daripada pagi-pagi sampai petang tiada juga bertemu.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.76)
Sumber daya manusia merupakan aset organisasi yang sangat vital, kerana itu peranan
dan fungsinya tidak bolah digantikan oleh sumber daya lainnya. Tanpa sumber daya
manusia yang profesional semuanya menjadi tidak bermakna (Tjutju, 2008). Hal ini
dapat dikaitkan dengan kepentingan aspek sumber manusianya dalam mencapai tujuan
bersama dalam peristiwa Raja Muda mencari puteranya yang hilang ini yang dapat
diambil daripada petikan di atas. Tujuan dicerminkan oleh sasaran yang harus dilakukan
baik dalam jangka pendek, mahupun jangka panjang. Untuk mencapai visi, misi, dan
tujuan tersebut tentu manusia tersebut harus mempunyai nilai kompetensi dan
karakteristik. Petikan berkenaan menceritakan bahawa Raja Muda ingin mencarikan
puteranya, iaitu pewaris takhta kerajaan yang hilang. Dalam proses pencarian tersebut,
baginda meminta bantuan daripada segala isi negerinya. Isu yang ditimbulkan di sini,
ialah mereka semua bersama-sama mempunyai satu tujuan, iaitu mencari putera Raja
273
Muda. Setiap manusia yang memiliki kepentingan dan tujuan yang sama, menciptakan
sebuah wadah atau badan, iaitu mereka saling berusaha untuk mewujudkan tujuan
tersebut. Hal inilah yang menjadi sebab adanya tujuan dari sebuah organisasi. Penting
bagi seseorang individu dan organisasi untuk memiliki tujuan agar bersama terpacu untuk
bekerja sekuat tenaga untuk meraih tujuan tersebut. Apabila berada dalam suatu
hubungan iaitu antara pemimpin dan rakyat, perlunya bersatu hati dan berhadapan hanya
dengan tujuan yang ingin dicapai akan merasa lebih bermakna dalam hubungan ikatan
psikologi ini.
Tujuan bersama dalam Hikayat Malim Deman telah ditimbulkan pengarang melalui
paparan peristiwa dalam naratif penceritaan. Unsur tujuan bersama yang dikaji dapat
dilihat pada watak Tuanku Malim Deman dan watak sampingan, iaitu mereka
bekerjasama untuk mendapatkan Tuan Puteri Bongsu untuk dijadikan isteri Malim
Deman. Di dalam hikayat ini, watak utama, Malim Deman, telah bersama dengan
beberapa watak lain seperti Tuan Puteri Terus Mata, Raja Jin dan Tuanku Malim Deman
untuk mendapat Tuan Puteri Bongsu. Sebagai contoh, beliau telah bekerjasama dengan
Nenek Kebayan.
Maka kata Nenek Kebayan seraya tersenyum, “Jikalau dengan pertolongan nenek
insya-Allah taala dapatlah oleh Tuanku Malim Deman itu; jikalau tiada serta
kesukaan nenek tiadalah dapat.”
(Hikayat Malim Deman, 1998, p.20)
Berdasarkan teks di atas, Nenek Kebayan telah bersetuju untuk bersama Tuanku
Malim Deman untuk menjayakan rancangan untuk mendapatkan Tuan Puteri Bongsu
yang akan turun dari kayangan untuk dijadikan isteri Malim Deman. Hal ini
membuktikan mereka mempunyai tujuan bersama untuk dilaksanakan. Bahkan salah satu
pengertian organisasi menjelaskan bahawa tujuan organisasi harusnya disepakati dan
diimplementasikan oleh pemimpin. Walau bagaimanapun tidak bolah disangkal bahawa
tiap-tiap anggota pasti memiliki tujuan-tujuan peribadi yang tidak sama dengan anggota
274
lainnya. Walau bagaimanapun atas dasar kebersamaan dalam organisasi mereka bersatu
hati kerana tujuan tersebut merupakan sebahagian daripada tujuan yang dicapai.
Pencapaian terhadap tujuan peribadi sudah hampir terpenuhi bertitik tolak daripada unsur
tujuan bersama yang dipraktikkan watak-watak yang dianalisis. Organisasi yang sangat
kompak dan erat adalah yang memiliki tujuan bersama dengan tiap-tiap anggotanya
apalagi anggota mereka yang berada di bawah satu bumbung kepimpinan. Contohnya
seperti yang tergambar dalam peristiwa penemuan Tuanku Malim Deman dan Puteri
Bongsu yang menghasilkan kejayaan kepada diri mereka. Jelas, memiliki tujuan yang
sama memberi impak yang positif sehingga mendorong individu dan kumpulan untuk
bekerjasama dengan keras dan kukuh sebagai memanifestasikan satu konsep tujuan
bersama yang diperlihatkan melalui penelitian teks Hikayat Malim Deman.
5.7 Unsur Kerjasama
Kerjasama merupakan hal yang penting bagi kehidupan manusia, kerana dengan
kerjasama manusia dapat melangsungkan kehidupannya. Kerjasama juga menuntut
interaksi antara beberapa pihak. Menurut Soerjono Soekanto (2006, p.66) kerjasama
merupakan suatu usaha bersama antara orang perorangan atau kelompok untuk mencapai
tujuan tertentu. Pendapat tersebut sudah jelas mengatakan bahwa kerjasama merupakan
bentuk hubungan antara beberapa pihak yang saling berinteraksi untuk mencapai tujuan
bersama.
Kerjasama (cooperation) adalah suatu usaha atau bekerja untuk mencapai suatu hasil
(Baron & Byane, 2000, p.113). Kerjasama adalah adanya keterlibatan secara peribadi
antara kedua belah pihak demi tercapainya penyelesaian masalah yang dihadapi secara
optimal (Sunarto, 2000, p.44). H. Kusnadi (2003, p.61) pula mengatakan bahawa
kerjasama mendorong pelbagai upaya individu agar dapat bekerja lebih produktif, efektif,
dan efisien. Berdasarkan huraian di atas, dapat ditarik kesimpulan bahawa kerjasama
275
adalah suatu usaha bersama antara orang perseorangan atau kelompok antara kedua belah
pihak manusia untuk tujuan bersama dan mendapatkan hasil yang lebih cepat dan lebih
baik.
Salah satu daripada unsur pengorganisasian ialah kerjasama dan permuafakatan.
Organisasi merupakan sekumpulan orang yang bekerja bersama dalam suatu divisi untuk
mencapai tujuan bersama (Schermerhorn, dkk., 1997, p.9). Dalam definisi tersebut
diketahtui adanya kerjasama untuk mencapai tujuan. Semangat kekitaan dan rasa
setiakawan antara aspek yang sangat rapat dengan cara hidup masyarakat dan budaya
orang timur. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional misalnya, budaya kerja
berpasukan telah menjadi identiti dan warisan turun-temurun dalam kehidupan.
Kerjasama dan hubungan erat dalam kehidupan anggota masyarakat ini terlihat menerusi
perbilangan adat berikut: “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”,
“Bulat air teguh dek gopong, Bulat manusia tegal dek muafakat. Jika dalam sebuah
organisasi tidak ada kerjasama, kebiasaannya organisasi tersebut tidak akan berfungsi
dengan baik.
5.7.1 Terapan Unsur Kerjasama dalam Cerita Lipur Lara Terpilih
Setiap perkara yang dilakukan secara berkumpulan perlunya kerjasama yang teguh
daripada semua pihak. Bak kata pepatah “Bersatu teguh bercerai roboh”. Reid Hoffman
menyatakan “No matter how brilliant your mind or strategy, if you’re playing a solo
game, you’ll always lose out to a team.” Begitu juga dalam organisasi, kerjasama
merupakan tunjang utama, iaitu dengan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dapat
memastikan kejayaan dalam setiap sesuatu yang diusahakan. Menitikberatkan keperluan
bekerjasama sebagai satu pasukan yang menjadi pemangkin agar perkara yang dilakukan
terhasil dengan lebih hebat dan berkesan. Dalam penelitian dan perbincangan teks-teks
276
kajian, unsur kerjasama dalam kajian ini diteliti berdasarkan kerjasama yang terjalin
antara pemimpin dan rakyat.
5.7.1.1 Kerjasama antara Pemimpin dan Rakyat
Kedudukan daya saing sesebuah organisasi bukan sahaja ditentukan oleh faktor-faktor
input tetapi juga nilai dalaman organisasi seperti keupayaan organisasi mewujudkan
budaya organisasi yang benar-benar dapat menterjemahkan situasi organisasi selari
dengan matlamatnya. Hikayat Malim Dewa yang dicetuskan pencerita ini
memperlihatkan satu kecenderungan yang tinggi dalam menimbulkan unsur kerjasama.
Kerjasama ini dapat diperlihatkan melalui peranan rakyat terhadap pemerintah (negeri)
demi mencapai kemaslahatan bersama. Hal ini dibuktikan melalui ikatan puisi bebas di
bawah:
Bermula, maka tersebutlah pula sekalian raja-raja dan orang-orang besar, rakyat
tentera hina-dina sekalian. Maka masing-masing menjabat pekerjaan membela
negeri itu.
Parit yang sebu diperdalamkan,
Kota yang runtuh diperbaiki,
Jalan yang semak diterangkan,
Rumput yang panjang dikerat,
Atap yang genting dibetulkan,
Lantai yang patah digantikan,
Lorong yang bengkok diluruskan.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.8)
Peristiwa yang ditonjolkan pencerita dalam hikayat ini menunjukkan semua rakyat
tidak kira pangkat, darjat mahupun nilaian harta teguh bekerjasama membanting tulang
demi memastikan negeri mereka kekal aman, bersih dan terpelihara, dapat menjana
ekonomi yang baik dan dapat menjaga kemudahan yang ada agar rakyat terus mendapat
keselesaan bersama. Kerjasama yang dijalinkan mereka tidak berbelah bahagi, ibarat
pepatah “bagai aur dengan tebing”, “Bagai isi dengan kuku”. Organisasi merupakan
sekumpulan orang yang bekerja bersama dalam suatu kelompok untuk mencapai tujuan
277
bersama (Schermerhorn, dkk., 1997: 9). Henry Ford pula memerihalkan kerjasama
sebagai “Datang bersama adalah awal, kebersamaan adalah kemajuan dan bekerjasama
adalah keberhasilan.” Kerjasama yang diperlihatkan oleh rakyat melalui peristiwa ini
merupakan satu usaha yang dilakukan, iaitu adanya tujuan yang sudah ditetapkan
bersama, wujud peraturan atau pembahagian tugas yang jelas, saling tolong-menolong
antara satu pihak dengan pihak lain, saling menerima manfaat dan adanya satu
perhubungan dan ikatan yang baik seperti yang tergambar dalam bahasa berirama di atas.
Kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi sebenarnya ditentukan oleh kerjasama
kumpulan dalam menjalankan tugas namun kerjasama tersebut tidak akan terbentuk tanpa
terjalinnya komunikasi yang baik daripada setiap anggota kumpulan. Unsur kerjasama
yang diterapkan pencerita melalui kajian ini memperlihatkan bahawa unsur kerjasama ini
merupakan inti pati penting yang menentukan kejayan atau kegagalan sesebuah
organisasi telah dipraktikkan oleh rakyat terhadap pemimpin demi kesejahteraan dan
kemakmuran sesebuah negeri dalam teks kajian.
Diteliti secara lebih mendalam, dalam Hikayat Malim Dewa unsur kerjasama dapat
dilihat dalam rangkaian peristiwa dalam petikan teks kajian. Dalam sesebuah organisasi
terdapat semangat berpasukan yang dapat mengacu komponen kerjasama. Kerjasama
dalam sesebuah organisasi dalam teks kajian ini dapat diklasifikasikan seperti ketua atau
pemimpin yang terdiri daripada setiap pimpinan sub-organisasi, projek berkumpulan
yang terdiri daripada anggota kelompok pekerja pelbagai tingkatan dan fungsi untuk
menyelesaikan sesuatu tugas tertentu, kelompok kerja yang terdiri daripada anggota
kelompok usaha unit yang menjalankan unit-unit kerja operasi secara rutin. Kejayaan dan
keberhasilan kerja ini dapat direalisasikan dengan adanya unsur kerjasama. Peristiwa-
peristiwa yang memperlihatkan unsur ini dapat dikesan dalam karya Hikayat Malim
Dewa:
278
Sebermula, maka adalah kepada suatu hari baginda Maharaja Pertukal sedang
semayam di atas singgahsana takhta kerajaan, dihadapi oleh raja-raja, menteri
hulubalang, adi johan pahlawan pendekar serta pula rakyat tentera hina-dina
sekaliannya, bermesyuarat pasal hendak melanggar negeri mana-mana yang belum
takluk lagi.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.13)
Hari cukup bilangan genap,
Selasa bersusun dengan Rabu
Maka raja-raja dan orang besar-besar sekalian memulai meletak kerja tiga bulan:
Sabung bertunda bulu ayam,
Sabung tak berhenti siang malam,
Air didih menganak sungai,
Kerak nasi membusut jantan,
Terung berbuah di gelegar,
Kunyit berhimpang atas para,
Serai beranak atas dapur,
Kepala kerbau dibuat tungku
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.9)
Dalam peristiwa di atas jelas memperlihatkan, iaitu terdapat unsur kerjasama dalam
Hikayat Malim Dewa ini. Kerjasama ini diperlihatkan para pemimpin bersama-sama
Maharaja sedang bermesyuarat dan berbincang untuk menyerang negeri lain yang
mereka belum takluki. Dalam menjayakan sesuatu tugasan, perbincangan, cadangan,
pandangan dan bernas mampu memberikan impak terhadap pencapaian sesuatu
matlamat. Hal ini jelas memperlihatkan, iaitu persepakatan dalam organisasi sangat
penting bagi menyempurnakan sesuatu tugas. Persepakatan ini disalurkan melalui
kerjasama yang merupakan unsur yang menjadikan indikator penting dalam pencapaian
sesuatu matlamat. Rakyat jelata yang sentiasa patuh kepada pemimpin mereka kerana
rakyat adalah cerminan kepada pemimpinnya merupakan nilai tambah terhadap
pengupayaan sesebuah organisasi melaksanakan dan mengimplimentasikan misinya.
Frasa “... sabung tak berhenti siang malam, kerak nasi membusutantan, terung berbuah
di gelegar, kunyit berhimpang atas para, serai beranak atas dapur” (Hikayat Malim
Dewa 1988, p.9) jelas menunjukkan bahawa satu tempoh masa yang agak lama telah
279
diambil untuk melakukan pelbagai persiapan untuk menyerang dan menawan negeri
sekitarnya. Persiapan ini termasuklah dari segi membina kekuatan fizikal dan mental.
Satu usaha yang terancang dan kesepakatan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh
oleh segenap lapisan rakyat untuk memastikan segala persiapan untuk bertempur dan
berperang dengan negeri-negeri yang perlu ditakluki dapat direalisasikan.
Frasa “.. Maka raja-raja dan orang besar-besar sekalian memulai meletak kerja tiga
bulan’ (Hikayat Malim Dewa 1988, p.9) dalam petikan di atas menyerlahkan unsur
kerjasama rakyat terhadap pemimpin telah diterapkan pengarang kerana wujudnya aspek
sumber manusia seperti raja-raja dan orang besar-besar yang sedang bekerjasama dalam
negeri itu yang mempunyai tujuan bersama untuk mempersiapkan segala kelengkapan
untuk menyerang negeri-negeri sekitarnya. Daripada perbincangan ini, jelas dilihat unsur
kerjasama bawah prinsip pengorganisasian memainkan peranan penting tidak kira dalam
struktur kerajaan, sistem beraja mahupun pada peringkat kampung. Hal ini kerana, tanpa
kerjasama yang kukuh, pincanglah sesebuah organisasi tersebut dan segala kerja akan
tergendala dan kemungkinan organisasi tersebut tidak akan bertahan lama.
Pengorganisasian adalah keseluruhan pengelompokan orang-orang, alat-alat, tugas,
kewenangan dan tanggungjawab sedemikian rupa sehingga tercipta suatu organisasi yang
dapat digerakkan sebagai suatu kegiatan kesatuan yang telah ditetapkan (Siagian, 1983,
p.117). Penganalisisan peristiwa ini memancarkan bahawa unsur kerjasama merupakan
inti pati penting yang telah dipraktikkan oleh pemimpin dan rakyat dalam merealisasikan
misi organisasi khususnya peperangan.
Kerjasama dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda telah diekspresikan pengarang
dalam teks kajian ini. Bekerjasama dalam konteks kajian ini, iaitu melakukan sesuatu
kerja secara bersama-sama untuk mencapai sasaran. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
telah mengadaptasikan unsur kerjasama yang dapat dikesan melalui rangkaian peristiwa
280
penting yang dibuktikan di bawah. Melalui peneltian teks kajian, unsur kerjasama rakyat
terhadap pemimpin dalam hikayat ini telah diserapkan oleh pengarang melalui petikan:
Maka pada masa ketika yang baik petang Ahad malam Senin bermulalah bekerja.
Maka tombak pun diuraikan, dan payung pun berkembanganlah dan bedil pun
berbunyilah sederam-sederam. Maka juara pun leka bermain judi dan menyabung,
dan ada yang menembak sasaran, dan ada yang bercatur, dan ada yang bersepak
raga, dan seredam nafiri pun berbunyilah dan setengahnya berdikir dan menyanyi.
Maka tiada lagi terpermanai banyaknya hamba Allah itu, tiada tentu gelar dengan
nama.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.26)
Petikan peristiwa pada halaman 26 menggambarkan satu majlis penting sempena
menyambut peristiwa berkhatan Awang Sulung Merah Muda. Rakyat dari pelbagai
golongan bersama-sama menjayakan majlis yang diadakan selama tujuh hari tujuh
malam. Masyarakat Melayu tradisi sememangnya kuat berpegang kepada amalan gotong-
royong, tolong-menolong, bekerjasama dan bermuafakat dalam menyempurnakan
keperluan hidup. Misalnya, mereka bekerjasama untuk membina khemah,
melangsungkan kenduri-kendara, seperti yang tergambar dalam petikan pada frasa
“…Maka pada masa ketika yang baik petang Ahad malam Senin bermulalah bekerja”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.26). Bagi memeriahkan suasana, pencerita
menggambarkan terdapat pelbagai permainan yang diadakan sempena majlis berkhatan
Awang Sulung Merah Muda yang terlihat pada ungkapan “Maka juara pun leka bermain
judi dan menyabung, dan ada yang menembak sasaran, dan ada yang bercatur, dan ada
yang bersepak raga, dan seredam nafiri pun berbunyilah dan setengahnya berdikir dan
menyanyi” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.26). Sesebuah organisasi
memerlukan pekerja yang menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai matlamat
yang dikehendaki.
Sekiranya tidak ada perpaduan dalam kalangan pekerja, sudah tentu organisasi itu
tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Keadaan organisasi
281
menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu. Penyatuan usaha hendaklah
wujud dalam sesebuah organisasi bagi menjamin pencapaian yang telah disasarkan.
Hubungan dalam kalangan masyarakat bawahan dapat menjamin organisasi itu bergerak
dengan sempurna, tersusun dan berkesan. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur
yang dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang
lain dan antara individu dengan individu yang lain bertitik tolak daripada satu unsur
penting, iaitu kerjasama. Pembuktian data menunjukkan bahawa menerusi hubungan baik
dan harmoni, permuafakatan mudah diperoleh untuk melaksanakan amalan kebajikan.
Oleh itu, sentimen kepunyaan, obligasi sosial dan kesetiaan komuniti adalah amalan yang
menjadi darah daging masyarakat Melayu tradisi. Hal ini menepati konsep kerjasama,
iaitu suatu usaha bersama antara orang perorangan atau kelompok manusia untuk
mencapai satu atau tujuan bersama (Soekanto, 1990, p.103). Jika dalam sebuah organisasi
tidak ada kerjasama, biasanya organisasi tersebut tidak berfungsi dengan lancar dan
timbulnya pelbagai konflik yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian sesebuah
organisasi. Tujuan dan matlamat yang ditetapkan bersama merupakan inti pati yang
mampu direalisasikan antara satu pihak dengan pihak yang lain khususnya pemimpin dan
rakyat telah diekspresikan oleh pengarang dalam teks Hikayat Awang Sulung Merah
Muda melalui satu unsur penting yang diangkat melalui hasil penelitian ini, iaitu unsur
kerjasama.
Kerjasama dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal turut digambarkan oleh pengarang.
Diteliti secara rinci dalam teks kajian, organisasi yang lengkap akan memiliki ciri ini,
iaitu kerjasama. Sesuatu yang mustahil apabila sebuah kumpulan manusia yang memiliki
tujuan yang sama tidak bekerjasama. H. Kusnadi (2003, p.83) mengatakan kerjasama
menciptakan praktik yang sihat serta meningkatkan semangat kelompok. Hikayat Anggun
Cik Tunggal ini menunjukkan peristiwa rakyat yang bekerjasama untuk membantu
pemerintah. Peristiwa kehamilan Tuan Puteri Gondan Genta Permai telah menonjolkan
282
sifat kerjasama antara rakyat yang memiliki kelebihan khususnya dalam ilmu perubatan
telah dipraktikkan.
“Tuan Puteri pon geringlah hendak bersalin. Maka:
Dipukul tabuh larangan,
Dipalu gong pelaung,
Dititir canang pemanggil
Datanglah ketujuh bidan anak sungai, berhimpun sekaliannya serta dengan tabib,
bomoh, dukun yang besar-besar.” “Maka sekalian tabib, bomoh dan dukun pun
datanglah menjampi di ulu Tuan Puteri”. “Maka bidan ketujuh pon segeralah
mengerat pusat dengan pisau itu juga, kemudian baharulah diambil oleh bidan yang
tua didukungnya dengan kain jong sarat kuning yang bertabur benang emas.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.16)
Kerjasama pada intinya menunjukkan adanya kesepakatan antara dua orang atau lebih
yang saling menguntungkan dan kedua pihak memberi sumbangan atau peranan yang
sesuai dengan kekuatan dan potensi masing-masing. Dengan adanya kerjasama yang baik
antara pihak satu dengan pihak yang lain, tugas masing-masing menjadi lebih ringan dan
cepat selesai. Setiap organisasi dan anggotanya menggunakan alat dan teknik yang
tertentu, dalam usaha mencapai matlamat itu. Semua itu menghasilkan sesuatu yang akan
memberi faedah kepada organisasi dan anggotanya. Menerusi ungkapan pada frasa “…
datanglah ketujuh bidan anak sungai, berhimpun sekaliannya serta dengan tabib, bomoh,
dukun yang besar-besar. “Maka sekalian tabib, bomoh dan dukun pun datanglah
menjampi di ulu Tuan Puteri” (Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.16) memerihalkan
bahawa rakyat yang mempunyai ilmu dalam bidang perubatan telah berganding bahu dan
bekerjasama untuk menyambut kelahiran putera di negeri mereka. Wujudnya jalinan
kerjasama dengan orang lain dalam masyarakat secara kooperatif dan menjadi sebahagian
dari keperluan kelompok yang perlu dicapai. Setiap organisasi mampu dan mempunyai
matlamat tertentu yang ingin dicapai bersama dengan adanya unsur kerjasama.
Oleh itu, jelaslah bahawa tersirat di dalam organisasi itu satu konsep yang melibatkan
interaksi antara pemimpin dan masyarakat dapat diterjemahkan melalui konsep
283
kerjasama. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa masyarakat Melayu tradisional
khususnya, tidak mudah untuk meninggalkan sepenuhnya amalan tradisi seperti
kerjasama dan tolong-menolong dalam kehidupan seharian. H. Kusnadi (2003, p.94)
mengatakan bahawa kerjasama mempunyai beberapa manfaat, iaitu mendorong
terciptanya hubungan yang harmonis antara pihak terkait serta meningkatkan rasa
kesetiakawanan. Perilaku, tindakan dan pembawaan yang sesuai dengan adat resam dan
kebiasaan manusia yang berkait rapat dengan aspek-aspek norma dari moral tertentu yang
disepakati dan diterima bersama oleh sesuatu masyarakat. Ciri-ciri sifat, sikap dan
kebiasaan individu, masyarakat atau bangsa inilah yang menentukan kedudukan mereka
sama ada berjaya, cemerlang, gagal atau mundur. Bertitik tolak daripada kompetensi
kerjasama yang diperlihatkan dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, budaya organinsasi
yang sesuai dan tepat merupakan faktor penting yang membantu kejayaan organisasi
kerana setiap ruang operasi organisasi adalah menerusi manusia dan sumbangan
merekalah yang akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Bertitik tolak daripada
hal ini, tidak dapat disangkal dan dinafikan bahawa unsur kerjasama merupakan acuan
yang penting yang dapat membentuk sebuah masyarakat yang harmonis ke arah
merealisasikan matalmat dan misi oragnisasi.
Kerjasama dalam Hikayat Raja Muda turut dipancarkan oleh pengarang. Dalam
Hikayat Raja Muda ini, terdapat unsur kerjasama yang ditimbulkan oleh Pawang Ana
dan Raja Haji Yahya. Hal ini bertitik tolak kerana dalam hikayat ini terdapatnya
kumpulan manusia yang hidup secara bermasyarakat, sering membantu dalam
menjayakan sesuatu perkara. Harold Koontz (1997, p.152) menjelaskan semakin lengkap
hubungan pelaporan seseorang dengan seorang atasan, semakin kurang pula konflik
perintah dan semakin besar rasa tanggungjawab peribadi atas hasil. “Semakin lengkap
hubungan pelaporan seseorang dengan seorang atasan” menunjukkan akan kepentingan
golongan bawahan (pekerja) dalam memberikan kerjasama dengan baik kepada golongan
284
pemerintah (majikan) dalam memastikan kelangsungan dalam satu-satu organisasi.
Kerjasama yang baik dapat meminimum pencetusan konflik, memaksimumkan suntikan
patriotisme dalam jiwa rakyat. Unsur kerjasama tersebut dapat dipadankan daripada
petikan:
Maka berhimpunlah bidan yang ketujuh dari isteri orang besar-besar, biti perwara
masuk ke dalam istana penuh sesak lalu ke selang penanggah, terlalu ramainya
masing-masing dengan kerjanya; ada yang mengangkatkan air hangat, ada yang
mengambil air dan kayu, dan ada yang membakar rabun, ada yang menyemburkan
kunyit terus serata-rata tempat Tuan Puteri gering itu; dan beberapa pula tabib dan
bomoh, dukun yang besar-besar duduk menjampi di ulu Tuan Puteri.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.3)
Petikan di atas memperihalkan peristiwa Tuan Puteri gering kerana akan bersalin.
Berdasarkan petikan tersebut, ramai bidan dan tabib datang untuk menguruskan Tuan
Puteri yang sedang gering itu. Ungkapan “… terlalu ramainya masing-masing dengan
kerjanya; ada yang mengangkatkan air hangat, ada yang mengambil air dan kayu, dan
ada yang membakar rabun, ada yang menyemburkan kunyit terus serata-rata tempat
Tuan Puteri gering itu’ (Hikayat Raja Muda 1998, p.3) amat jelas menggambarkan
suasana gotong royong dan kerjasama yang diperlihatkan oleh rakyat dalam peristiwa
menyambut kelahiran putera raja. Gotong royong begitu sebati dalam jiwa bangsa
Melayu. Hal ini bertepatan dengan pepatah “Yang berat sama dipikul, Yang ringan sama
dijinjing. Bagi masyarakat tradisi, jika terdapat kerja yang berat atau memerlukan tenaga
yang ramai, gotong royong diadakan bagi meringankan beban dan masyarakat bergilir-
gilir jika orang lain pula yang memerlukan pertolongan. Budaya ini seumpama baja yang
menyuburkan organisasi bagi menghasilkan buah yang dapat dimanfaatkan oleh
masyarakat. Bagaimanapun tujuan pembentukan budaya kerja dalam organisasi adalah
untuk membolehkan pekerjanya memiliki perkongsian set nilai dan persefahaman
bersama. Menerusi pengamalan bersepadu terhadap ciri-ciri tertentu nilai, norma, sikap
dan perilaku, telah mengangkat satu budaya kerja positif dapat dibentuk dalam organisasi.
285
Sekiranya sesuatu organisasi itu mengamalkan budaya yang sesuai, maka daya saing,
daya tahan dan prestasinya meningkat. Oleh itu, budaya kerja yang sesuai memandu
organisasi berkenaan ke arah kejayaan. Hal ini dimanifestasikan melalui satu unsur
penting yang diangkat dalam penelitian analisis ini, iaitu kerjasama merupakan budaya
positf yang telah dipraktikkan melalui penelitian ini.
Melalui akal fikiran dan budi pekertinya, manusia dapat berpikir dan menemukan
cara-cara yang paling tepat untuk memenuhi keperluan hidupnya, baik keperluan sebagai
makhluk individual maupun sebagai makhluk sosial. Salah satu cara yang ditemukan oleh
manusia dalam rangka memenuhi keperluannya tersebut adalah kerjasama. Manusia
sedar bahawa tanpa kerjasama, mereka tidak mungkin memenuhi keperluannya sendiri.
Kerjasama merupakan hal yang sangat penting dan diperlukan dalam kelangsungan hidup
manusia. Peristiwa seterusnya yang menunjukkan unsur kerjasama telah diambil daripada
petikan:
Maka sabda Tuan Puteri keenam, ‘Ayuhai adinda, ada satu ikhtiar kakanda, kita
bubuh tali kepada tubuh kakanda Raja Muda itu; kita tujuh orang menerbangkan.
Pada fikiran kanda tentulah tiada kesusahan lagi diri kakanda ini. Maka tuan puteri
yang ketujuh pun mengambil kain selendangnya masing-masing, diikatkan kepada
pinggang baginda setelah sudah diperbuat demikian itu, maka masing-masing pun
menerbangkan baginda dengan kesenangannya.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.40)
Saiful Azley (2014) dalam artikel “Budaya dan Organisasi” menjelaskan istilah ‘kerja
berpasukan’ memberikan maksud sekumpulan manusia yang berkerja bersama-sama
dalam satu unit organisasi. Bekerja secara berkumpulan juga menunjukkan bagaimana
manusia bekerja dengan lebih berkesan dalam satu kumpulan kerja yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang. Hal ini tidak bermakna setiap individu tidak mempunyai
kepentingan. Sebaliknya keberkesanan dan kecekapan kerja berpasukan sering kali
melewati kepentingan dan sasaran secara individu. ‘Kerja berpasukan’ yang paling
berkesan adalah apabila semua individu melibatkan diri dan memberi sumbangan secara
286
harmoni bagi mencapai matlamat yang sama. Ini jelas menunjukkan unsur kerjasama
wujud dalam teks kajian iaitu Hikayat Raja Muda dan masih boleh dikaji secara
mendalam kerjasama yang wujud antara watak yang sedia ada. Berdasarkan petikan
tersebut, adik-beradik Tuan Puteri dari kayangan itu telah bekerjasama menerbangkan
Raja Muda ke kayangan.
Di sini, pengarang mengaitkan hubung kait dengan satu unsur penting yang dikaji,
iaitu bekerjasama. Dengan mengimplementasikan unsur ini, perkara yang sukar akan
menjadi mudah. Semangat kerjasama merupakan salah satu elemen penting dan
vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri
dan semangat cinta akan negara. Impaknya, semangat kerjasama merupakan sebahagian
daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat Melayu tradisi yang menjadikan
masyarakat tradisional yang menjalankan sistem feudal unik pada pandangan masyarakat
di luar. Semangat bekerjasama bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana
harmoni dalam kalangan rakyat dalam sesebuah negeri malah sumbangannya cukup besar
terutamanya bagi memastikan masyarakat terus cemerlang dan mampu berdaya saing
pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji mampu memacu negeri
ke arah kegemilangan.
Analisis data ini menunjukkan terdapatnya penerapan unsur kerjasama yang dibentuk
dalam organisasi. Organisasi merupakan wadah bagi pembentukan budaya kecilnya (sub-
budaya) yang tersendiri. Dalam konteks organisasi, budaya berperanan sebagai peraturan
dan panduan kepada sistem tingkah laku dan amalan individu sebagai anggota (pekerja)
kepada organisasi. Dalam hal ini, jika budaya kerja yang bersesuaian gagal diwujud,
ditanam dan dimantapkan dalam diri setiap pekerja, organisasi berhadapan dengan
bahaya kehancuran. Sebaliknya budaya kerja positif menyumbang kepada kejayaan
organisasi keseluruhannya. Amalan dan penghayatan nilai-nilai positif dalam organisasi
287
ini dapat mendorong pekerja menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan kolektif.
Menerusi budaya kerja murni, amalan negatif dapat dihindarkan, manakala perlakuan
baik dapat dipertingkatkan bagi membolehkan organisasi bergerak lancar mencapai
matlamatnya. Oleh yang demikian secara keseluruhannya, pengamalan dan penghayatan
amalan kerja yang betul memantapkan budaya kecemerlangan dalam organisasi
merupakan pengukuhan dan pemantapan dalam aspek kerjasama yang dibincangkan
menerusi aspek pengurusan ini.
Kerjasama turut dipancarkan pengarang dalam Hikayat Malim Deman. Hasil
penganalisisan data menunjukkan bahawa kejayaan sesebuah organisasi bergantung
kepada kekuatan budaya organisasinya menggalakkan dan membentuk pembangunan
pekerja ke arah kompetensi yang tinggi dalam kalangan pekerja yang mampu memberi
impak positif kepada prestasi organisasi. Budaya organisasi yang berjaya menawarkan
persekitaran kerja yang menggalakkan pekerja bersedia dengan cabaran-cabaran semasa,
bermotivasi dan positif ke atas prestasi dan sumbangan mereka kepada kejayaan
organisasi.
Maka perdana menteri, temenggung, laksamana, orang kaya besar pun
berdatangkan sembah kepada baginda, ‘Ampun Tuanku beribu-ribu ampun;
sembah patik harapkan diampun. Adapun patik-patik sekalian ini akan mengadap
ke bawah duli yang maha mulia, harap memohonkan titah.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.11)
Maka titah baginda, ‘Ayuhai sekalian menteri, hulubalang, orang besar-besar;
bukannya musuh akan melanggar, melainkan adapun sebab beta memanggil orang
besar-besar serta rakyat dina ini, kerana putera beta ini hendak pergi berburu ke
dalam hutan rimba yang besar ke hulu negeri Bandar Muar ini. Maka inilah beta
sudah persiapakan alatan perangkatan serta perbekalannya sekalian di jalan dan
orang-orang besar beta serta rakyat sekalian mengiringkan putera beta ini.’
Telah didengar oleh sekalian menteri, temenggung, orang kaya besar, laksamana
akan titah baginda, maka sekalian pun menyembah baginda. Sembahnya, ‘Seperti
titah Tuanku patik-patik junjunglah.’
288
Hatta, setelah sudah baginda bertitah itu, maka orang-orang besar dan rakyat hina-
dina sekaliannya pun bermohonlah kepada baginda kembali ke rumahnya, masing-
masing bersiapkan seperti yang dititahkan baginda.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.12)
Kerjasama yang erat dengan berpegang pada matlamat yang sama adalah wadah yang
membawa kejayaan kepada mana-mana ahli kumpulan. Kumpulan kerja perlu
mengenepikan perbezaan dan bekerja bagi mencapai matlamat itu. Hal ini dapat dikaitkan
melalui watak-watak yang terdapat dalam Hikayat Malim Deman yang saling
bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugas khususnya sewaktu peristiwa pencarian
isteri baginda. Hal ini sangat jelas dilihat pada teks kajian berikut yang menggambarkan
raja dan pembesar saling melengkapi antara satu sama lain. Secara ringkasnya, kerja
berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering
bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat
pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang
mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran,
kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap
prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Di dalam teks di
atas, kita dapat lihat para menteri sekalian bekerjasama dalam menjalankan tugas mereka
kepada raja dalam melicinkan pentadbiran. Dengan ini, segala tugas dapat dilaksanakan
dengan mudah dan organisasi lebih tersusun.
Dalam usaha merealisasikan matlamat baginda, Baginda memohon pekenan ayah dan
bondanya untuk pergi berburu ke hulu negeri. Tuanku Malim Deman diiringi sekalian
ramai hulubalang dan rakyat jelata mendampakkan satu unsur kerjasama telah diserapkan
pengarang dalam peristiwa ini. Pengembaraan ini mengakibatkan pelbagai risiko yang
mengancam keselamatan baginda dan pengikutnya seperti kebuluran, penyakit, sesat dan
berpatah balik. Agar tujuan organisasi dan tujuan individu dapat tercapai secara selaras
dan harmonis maka diperlukan kerjasama dan usaha yang sungguh-sungguh dari kedua
289
belah pihak untuk bersama-sama berusaha saling memenuhi kewajiban masing-masing
secara bertanggungjawab, sehingga pada saat masing-masing mendapatkan haknya dapat
memenuhi rasa keadilan baik bagi anggota organisasi/pegawai maupun bagi pengurus
organisasi/pejabat yang berwenang. Kerjasama adalah suatu usaha bersama antara orang
perseorangan atau kelompok individu untuk mencapai tujuan bersama. Kerjasama
merupakan interaksi yang paling penting kerana pada hakikatnya manusia tidak mampu
hidup sendiri tanpa orang lain sehingga ia sentiasa memerlukan orang lain. Kerjasama
dapat berlangsung dengan adanya individu-individu yang bersangkutan memiliki
kepentingan yang sama dan memiliki kesedaran untuk bekerjasama demi mencapai
kepentingan mereka tersebut.
5.8 Unsur Pembahagian dan Pengkhususan Kerja
5.8.1 Terapan Unsur Pembahagian dan Pengkhususan Kerja
Unsur Pembahagian dan Pengkhususan Kerja diklasifikasikan kepada tiga bahagian
utama, iaitu:
5.8.1.1 Pengkhususan kerja dalam pengurusan istana
5.8.1.2 Pengkhususan kerja dalam pengurusan negeri
5.8.1.3 Pengkhususan dan pembahagian kerja mengikut kelompok masyarakat
5.8.1.1 Pengkhususan Kerja dalam Pengurusan Istana
Hikayat Malim Dewa menampilkan unsur pengkhususan kerja bagi setiap individu dalam
menjalankan tugas mengikut kepakaran masing-masing. Hal ini dibuktikan melalui dua
peristiwa yang dapat dikesan dalam karya ini, iaitu peranan inang-inang pengasuh di
istana dalam menjaga hal-hal kebajikan Tuanku Gombang Malim Dewa dan peranan Si
Burung Bayan yang ditugaskan mencari Tuan Puteri sebagai pemaisuri kepada Tuanku
Malim Dewa.
290
“Maka Tuanku bangun berangkat ke tempat persiraman, diiringkan oleh inang
pengasuhnya: ada yang menyampai kain basahan, ada yang menyampai kain
persalinan: ada yang membawa limau, bedak, digosok, dipersucikan tubuhnya itu”
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.8)
Maka setelah sudah si burung bayan makan itu, ia pun seraya bermohon balik,
katanya, “Ampun Tuan Puteri beribu-ribu ampun, sembah patik harapkan diampun,
maka patik ini bermohon balik mengadap kakanda baginda di negeri Kuala Bandar
Muar, mengabarkan hal ehwal patik telah sampai di negeri ini serta mengadap Tuan
Puteri. Maka insya-Allah taala, tiada berapa lama baginda itupun datang hendak
mengadap ayahanda bonda Tuan Puteri sendiri, hendak meminangkan Tuan Puteri
menjadi isterinya di situ…”
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.33)
Harold Koontz (1997, p.4) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai seni
untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’. Berdasarkan takrifan ini, pengurusan
merupakan satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan
secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. Daripada petikan di
atas. tugasan khusus yang dipancarkan dalam karya ini, iaitu tugas inang-inang pengasuh
diraja dapat dikesan pada frasa “... ada yang menyampai kain basahan, ada yang
menyampai kain persalinan: ada yang membawa limau, bedak, digosok, dipersucikan
tubuhnya itu” (Hikayat Malim Dewa 1988, p.33) memperlihatkan satu konsep
pembahagian kerja yang dipraktiskan oleh pembantu istana ini. Pengkhususuan kerja
yang jelas dalam menjaga kebajikan Tuanku Malim Dewa dalam pelbagai hal merupakan
unsur pembahagian kerja yang dipraktikkan oleh Inang pengasuh di istana . Hal ini
membuktikan tugasan yang betul diberikan kepada orang yang tepat bakal menjamin
kelangsungan kerja yang berkesan merupakan inti pati penting yang ditimbulkan dalam
teks kajian ini. Demi menjayakan sebuah organisasi, perlunya pembahagian dan
pengkhususan kerja bagi memastikan setiap tugas dapat dijalankan dengan betul dan
diberi kepada orang yang tepat. Kaedah ini menekankan kepada tugasan yang hendak
dilaksanakan. Tugasan yang jelas dan disepakati diperlukan untuk dibincangkan
291
bersama-sama. Setiap ahli dalam organisasi diminta untuk mengenal pasti cabaran-
cabaran yang bakal dihadapi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Melalui pembahagian kerja yang sesuai kepada setiap individu, setiap ahli yang diberi
tugasan dapat menetapkan sasaran dan objektif yang hendak dicapai dalam gerak kerja
yang mesti mereka laksanakan. Sasaran dan objektif yang spesifik ini membantu dalam
menganalisis setiap hasil yang diperoleh. Karl Weick (2010, p.293) mengatakan bahawa
organisasi adalah sebuah urutan-urutan peristiwa yang terjalin secara bersama-sama dan
berlangsung dalam kawasan yang nyata. Seperti juga dalam petikan pada halaman 33 ini,
Burung Bayan yang ditugaskan sebagai pengutus untuk mencari suri hati Tuanku Malim
Dewa sangatlah setia dan patuh akan arahan tuannya tanpa sebarang bantahan. Burung
Bayan menyampaikan hasrat tuannya kepada Tuanku Puteri dari pelbagai negara dengan
sabar dan amanah. Kecekapan dan kewibawaan Burung Bayan menyempurnakan tugas
berjaya mencapai misi dan objektif organisasi amat terserlah. Jadi, penekanan dalam
konsep ini terletak pada aktiviti dan proses yang berlaku. Bagaimana organisasi tersebut
bertindak dan tampil akan ditentukan oleh struktur yang ditetapkan oleh pola perilaku
yang saling bertautan. Perilaku seseorang yang dikatakan saling bertautan dalam hal ini
merupakan punca berfungsinya sesebuah organisasi tersebut. Hal demikian menunjukkan
tugasan yang khusus diberikan kepada individu yang tepat bakal menghasilkan hasil yang
terbaik telah dipancarkan pengarang menerusi penelitian teks kajian.
Pembahagian dan pengkhususan kerja turut dikesan dalam Hikayat Malim Deman.
Pembahagian dan pengkhususan kerja merujuk kepada pekerja-pekerja melaksanakan
kerja yang tertentu atau khusus berdasarkan kemahiran, kelayakan dan kemampuan
individu tersebut. Asas pembahagian kerja ialah setiap suatu kerja boleh dibahagikan
kepada tugas-tugas kecil yang berulang dan ditugaskan seorang untuk menyelia dan
mengarah pekerja tersebut. Di dalam hikayat ini, semua watak memainkan peranan yang
penting dalam melaksanakan tugas masing-masing. Watak sampingan yang paling jelas
292
dalam pembahagian dan pengkhususan kerja adalah Kembang Cina. Beliau memainkan
peranan yang penting sebagai pembantu peribadi Tuanku Malim Deman dan menjaga
segala urusan dan persiapan harian. Ini dapat dilihat dalam teks kajian berikut:
Setelah didengar oleh Si Kembang Cina akan titah Tuanku Malim Deman:
Bukan Si Kembang zaman sekarang,
Si Kembang Cina zaman dahulu,
Belum disuruh sudah pergi,
Belum dipanggil sudah datang;
Maka bermohonlah ia mengerjakan seperti yang dititahkan itu, menghiriskan
limau, menggilingkan beberapa cukup kasai yang tujuh perkara lalu menyiapakan
alat sebagaimana putera raja yang besar-besar bersiram limau itu; dibubuh di dalam
batil suasa.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.6)
Menurut Everet M. Rogers (1976, p. 121) mendefinisikan organisasi sebagai suatu
sistem yang mapan dari mereka yang bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama,
melalui darjah kepangkatan dan pembahagian tugas. Misi merupakan pernyataan yang
menetapkan tujuan organisasi dan sasaran yang ingin dicapai. Pernyataan misi membawa
organisasi kepada suatu fokus. Misi menjelaskan mengapa organisasi itu ada, apa-apa
yang dilakukannya, dan bagaimana melakukannya. Biasanya watak ini terdiri dari
kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada watak utama
sama ada pada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati. Si Kembang
Cina yang menjadi pembantu dalam segala tindak-tanduk dan hal berkaitan watak utama.
Dalam hubungan ini, pengkaji cuba memperlihatkan dan mengaitkan peranan dan fungsi
yang dimainkan oleh Si Kembang Cina dalam Hikayat Malim Deman bagi menjelaskan
lagi maksud unsur pengkhusan kerja. Dalam hikayat tersebut, walaupun Si Kembang
Cina digambarkan sebagai seorang pembantu kepada Tuanku Malim Deman. Kepatuhan
dan taat setia kepada ketuanya seperti yang tergambar pada ungkapan “… sehingga belum
disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang” (Hikayat Malim Deman 1998, p.6)
sangat sesuai untuk dijadikan sebagai teladan dalam memperkatakan mengenai hubungan
293
psikologi antara pekerja dengan ketuanya. Perilaku Si Kembang Cina menunjukkan
bahawa beliau mempunyai ilmu dan kemahiran untuk memahami kehendak dan
keperluan ketuanya malah termasuk dari segi keperluan menjaga emosi Tuanku Malim
Deman. Pemimpin yang memahami prinsip dan kepentingan unsur ini akan cuba
mewujudkan situasi, iaitu ikatan psikologi yang wujud adalah sesuatu yang dapat
memuaskan hati para pekerja mereka. Apabila pekerja berasa gembira dengan suasana
dan persekitaran kerja yang dilakukan, baharulah kerja yang dilakukan itu memberi
makna kepadanya. Misi adalah sesuatu yang harus dilaksanakan oleh organisasi agar
tujuan organisasi dapat terlaksana dan berhasil dengan baik. Seperti yang telah dihuraikan
sebelumnya tentang pengurusan, pengorganisasian adalah fungsi kedua dalam
pengurusan dan pengorganisasian ditakrifkan sebagai proses kegiatan penyusunan
struktur organisasi sesuai dengan tujuan-tujuan, sumber-sumber dan lingkungannya.
5.8.1.2 Pengkhususan Kerja dalam Pengurusan Negeri
Peristiwa lain yang dapat menjelaskan pembahagian dan pengkhususan kerja telah
ditimbulkan watak Menteri yang ditampilkan oleh pengarang karya ini. Situasi ini
dibuktikan melalui petikan:
Sebermula, maka tersebutlah perkataan Maharaja Pertukal. Maka ia pun bertitah
kepada menterinya menyuruhnya bersiapkan alat peperangan hendak melanggar
kota itu kepada esok hari. Maka Perdana Menteri pun pergilah memalu gong
peperangan.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.55)
Dalam hal ini, Herbert Simon menyatakan oleh sebab organisasi dianggotai oleh
kumpulan manusia, maka apa-apa yang dilakukan oleh organisasi ditentukan oleh
manusianya (Abdul Shukor Abdullah, 1997, p.79). Dengan perkataan lain, manusia
merupakan tenaga penggerak dan penentu kejayaan bagi sesuatu organisasi. Peristiwa
yang dirujuk di atas membuktikan satu lagi unsur pengkhususan kerja dipraktikkan
melalui watak Menteri. Pengkhususan kerja yang diterapkan dalam organisasi menjadi
294
suatu yang lebih tinggi dan penting seperti yang dilaksanakan watak Menteri dalam
menyediakan segala peralatan dan kelengkapan untuk peperangan. Konsep pengkhususan
ini wajar dan perlu dilakukan dalam sesebuah organisasi. Fokus setiap ahli dalam
organisasi adalah untuk mencapai sasaran kerja yang sudah ditetapkan. Isu yang
ditekankan dalam unsur ini adalah mencapai objektif, mengikut jadual masa, membuat
tugasan-tugasan penting dan kecil, membuat keputusan yang baik serta berkemahiran dan
berstrategi ketika melaksanakan kerja merupakan inti pati penting yang dapat ditemukan
dalam teks kajian ini. Hal ini bertepatan dengan konsep organisasi, iaitu satu unit sosial
yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu
dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Unsur-unsur
yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi, iaitu organisasi sebagai satu unit sosial,
penyatuan usaha dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain adalah
pelengkap dalam menggerakkan dan memacu hala tuju organisasi.
Pembahagian dan pengkhususan kerja dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal. Prinsip ini
membahagikan kerja melalui pengkhususan oleh pekerja. Dalam konteks teks kajian ini,
pengkaji dapat membuat rumusan bahawa prinsip ini menjelaskan tugas setiap individu
khususnya masyarakat daripada golongan atasan yang terlibat dalam struktur organisasi
pemerintahan. Mudahnya, prinsip ini melihat kepada fungsi individu melalui jenis tugas
yang digalas. Prinsip pengorganisasian jenis pembahagian dan pengkhususan kerja ini
dapat dibuktikan dalam teks ini. Terdapat pelbagai jenis pembahagian dan pengkhususan
kerja yang berlaku antara golongan bawahan telah ditonjolkan pengarang. Beberapa
peristiwa bagi membuktikan kehadiran unsur pembahagian dan pengkhususan kerja
dalam tes kajian ini dapat dijelaskan dalam petikan:
“Hatta, maka adalah pada suatu hari baginda semayam di balai penghadapan
mesyuarat dengan sekalian menteri, hulubalang yang pahlawannya hendak
berangkat pergi melanggar ke mana-mana negeri yang belum ditakluk lagi.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.2)
295
James A.F Stoner & Charles Wienkel (1997, p.23) menyatakan bahawa ‘pengurusan
adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha
anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi
mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’. Di sini dapat dilihat dengan jelas
bahawa tugas hulubalang dalam konteks zaman feudal untuk mengawal keselamatan
istana daripada diceroboh anasir jahat. Pahlawan-pahlawan yang dihidupkan dalam teks
ini telah mendapat pengkhususan tugas yang tersendiri selain memelihara keselamatan
istana iaitu bertarung untuk menjatuhkan negeri lain agar dapat ditakluk menjadi jajahan
taklukan. Dalam pada itu, golongan pembesar hanya mempunyai kuasa yang terhad
mengikut tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dan mempunyai kadar
kebergantungan yang tinggi kepada sokongan raja. Jika sokongan ini berkurangan secara
langsung kedudukan seorang pembesar akan terjejas. Selain itu, kelompok pembesar ini
turut mempunyai tanggungjawab yang besar kepada para pengikut mereka.
Syed Othman Alhabshi (1999, p.17) memerihalkan pengurusan merupakan suatu
proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia
dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan
atau perkhidmatan. Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu
pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja mereka. Ini bermakna seorang
pembesar bukan sahaja bertanggungjawab terus kepada raja tetapi juga kepada
pengikutnya. Dalam sebuah organisasi yang formal, pembahagian tugas sesuai kapasiti
dan kemampuan anggota sangatlah penting untuk mencapai tujuan organisasi dan
mempermudah pencapaian tujuan para anggota organisasi secara peribadi. Dengan
adanya pembahagian tugas yang diatur oleh aturan aturan akan tercipta kerjasama yang
epik dan solid dalam nuansa profesionalisme demi mencapai tujuan bersama dan tujuan
peribadi demi keberlangsungan dan kejayaan organisasi merupakan satu lagi daya
pengurusan yang dipancarkan melalui kajian ini.
296
Muhammad A. Al-Buraey (1996, p.62) pula menjelaskan pengurusan merupakan
penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk
sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain. Dalam sesebuah kerajaan pembesar
secara umumnya terbahagi kepada beberapa peringkat serta bahagian dan mempunyai
tugas tertentu. Ini bermakna satu bentuk pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat
berdasarkan jabatan yang dipegangnya. Seterusnya, tugas yang dikhususkan kepada
Perdana Menteri dalam teks kajian ini iaitu menyampaikan sebarang utusan kepada Raja
yang memerintahnya dapat diteliti melalui petikan:
Maka kata Perdana Menteri: “baiklah bolehlah hamba bawa mengadap raja
hamba.” Maka Perdana Menteri pun berjalanlah masuk ke dalam kota baginda
membawa panglima-panglima Raja Berdurai Putih itu.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.6)
Stephen W. Little John (2001, p.282) memberikan satu bentuk metafora yang
mengibaratkan bahawa organisasi adalah sebagai sebuah jaringan (organizational
network). Jaringan adalah struktur-struktur sosial yang diciptakan melalui komunikasi di
antara individu-individu dan kelompok-kelompok. Justeru, dapat kita teliti di sini bahawa
Perdana Menteri merupakan orang pertama yang perlu dilepasi oleh mana-mana “orang
luar” yang mahu berurusan dengan Raja dalam sesebuah negeri. Malahan, Perdana
Menteri juga dilihat seperti mengesahkan kepada perkara ini apabila di halaman
sebelumnya, apabila sekalian penghuni istana terdengar bedilan bunyi bom yang
dilepaskan angkatan Raja Bedurai Putih, Raja di negeri Tiku Periaman pun menurunkan
titah agar ada yang menyiasat tetapi uniknya apabila, walaupun perintah ini telah
dilafazkan dalam bentuk yang sangat umum oleh raja:
“Ayuhai sekalian raja-raja, menteri, hulubalang, pahlawan, bedil apa yang berbunyi
di Kuala?” Sembah jawapan yang diberikan Perdana Menteri sebaik sahaja titah
Raja itu, “Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun. Sembah patik harapkan diampun;
seperti titah itu patik junjung di atas otak batu kepala patik sekaliannya, bolehlah
patik pergi periksa.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.5)
297
Triguno (2000, p.143) berpendapat bahawa budaya organisasi adalah campuran nilai-
nilai kepercayaan dan norma-norma yang ditetapkan sebagai pola perilaku dalam suatu
organisasi. Menurut Nawawi (2003, p.59) yang dikutip dari Cushway B dan Lodge D,
mengemukakan bahawa budaya organisasi adalah suatu kepercayaan dan nilai-nilai yang
menjadi falsafah utama yang dipegang teguh oleh anggota organisasi dalam menjalankan
atau mengoperasionalkan kegiatan organisasi. Secara terangnya ini menjadi bukti bahawa
hanya Perdana Menteri yang menjadi individu yang dipertanggungjawabkan untuk
berurusan dengan orang luar dan sebarang tindakan susulan sebagai contoh pelepasan
untuk orang luar mengadap Raja perlulah melalui Perdana Menteri.
Jika dilihat kembali kepada struktur organisasi, Perdana Menteri merupakan wakil
tertinggi daripada golongan bawahan, maka sesuailah tugas ini dipikul oleh seorang
Perdana Menteri. Semakin jelas definisi hasil-hasil yang diharapkan suatu posisi atau
departmen, aktiviti-aktiviti yang harus dilakukan, kuasa yang didelegasikan, dan
hubungan-hubungan kuasa serta informasi dengan posisi-posisi lain yang difahami, maka
makin sepadanlah tanggungjawab individu dapat memberi sumbangannya kepada
pencapaian tujuan-tujuan permasalahan (Harold, 1997, p.213). Sehubungan dengan kata-
kata daripada Harold Koontz itu, dapat kita fahami prinsip pembahagian dan
pengkhususan kerja membantu kepada pergerakan struktur organisasi yang lebih efektif
dan efisien. Hal ini membantu mengangkat ketamadunan sesebuah bangsa dan sesebuah
negeri.
Pembahagian dan pengkhususan kerja turut diangkat pengarang dalam Hikayat Raja
Muda. Dalam lingkungan pembesar yang mempunyai pelbagai tahap dan kedudukan,
terdapat pembesar yang secara khusus terbabit dalam hal ehwal pertahanan dan
ketenteraan. Mereka menjadi tunjang penting dalam mempertahankan sesebuah kerajaan
dan memperluaskan kuasa dan sebagainya. Kalangan pembesar ini mempunyai
kepakaran dalam seni peperangan dan persenjataan. Golongan pembesar ini bukan sahaja
298
memainkan peranan penting sewaktu peperangan, malah menjadi pengimbang penting
kedudukan kerajaan. Oleh sebab golongan ini mempunyai kebolehan dalam peperangan
maka hal ini sangat penting dalam usaha Raja mengekalkan kedudukan dan kuasanya.
Tanpa sokongan golongan ini, pastilah sesuatu kerajaan tidak bertahan lama.
Menurut Weick (1979, p.90) proses pengorganisasian menghasilkan organisasi.
Pengorganisasian adalah sebuah proses dan aktiviti/kegiatan. Walaupun organisasi
memiliki struktur namun bagaimana organisasi bertindak dan bagaimana organisasi
tersebut tampil ditentukan oleh struktur yang ditetapkan oleh pola-pola regular perilaku
yang saling bertautan. Dalam sesebuah kerajaan, pembesar secara umumnya terbahagi
kepada beberapa peringkat serta bahagian dan mempunyai tugas tertentu. Ini bermakna
satu bentuk pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan fungsi yang
dipegangnya. Tanggungjawab melaksanakan tugas tersebut akan memastikan jawatannya
akan dikekalkan. Jika pembesar gagal melaksanakan tugasnya, raja mempunyai kuasa
untuk melucutnya dan digantikan dengan pembesar yang lain. Dalam masa yang sama
pembesar juga dibahagikan mengikut kelas-kelas tertentu seperti yang dibuktikan melalui
petikan dalam teks Hikayat Raja Muda di bawah:
Wabihi nastainu billahi. Inilah hikayat orang dahulukala. Alkisah, maka adalah
sebuah negeri bernama Benua Tua, maka rajanya bernama Sultan Degar Alam,
cukup dengan menteri, hulubalang, sida-sida bentara, terlalu banyak lasykar, tiada
tepermanai banyak rakyat tenteranya. Maka adalah pada suatu hari baginda keluar
ke peseban agung, lalu bersemayam di atas takhta singgahsana yang keemasan yang
bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-rumbaikan mutiara dikarang, cukup
dengan alat orang berjawatkan perkakas kerajaan empat puluh hulubalang di kanan,
empat puluh di kiri yang sedia menyandang pedang yang keemasan, sekaliannya
itu hulubalang pahlawan yang pilihan.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.1)
Menurut Stoner (1989), James D. Mooney (1939) dan Chester I. Bernard (1948)
organisasi adalah suatu pola hubungan-hubungan yang melalui mana-mana orang di
bawah pengarahan majikan bagi mencapai tujuan bersama dan dibentuk dalam setiap
persekitaran. Institusi pemerintahan bukan sekadar mengandungi raja atau sultan yang
299
berada di kemuncak hierarki sahaja, malah institusi ini turut disokong oleh institusi
pembesar. Secara umum, pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik
oleh raja atau sultan untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugas-tugas
dalam bidang kuasa yang telah diberikan kepadanya. Realitinya, kelompok pembesar
inilah yang melaksanakan segala tugas pemerintahan yang dititahkan raja. Melalui
penelitian dalam peristiwa ini, pengkaji ini memfokuskan pada frasa “… cukup dengan
alat orang berjawatkan perkakas kerajaan empat puluh hulubalang di kanan, empat
puluh di kiri yang sedia menyandang pedang yang keemasan, sekaliannya itu hulubalang
pahlawan yang pilihan” (Hikayat Raja Muda 1998, p.1). Kedudukan dan posisi
hulubalang yang diletakkan pada tempat yang sepatutnya untuk mengawal kedaulatan
dan keselamatan negeri memperlihatkan satu unsur penting yang telah dipraktikkan, iaitu
unsur pembahagian dan pengkhususan kerja.
Triguno (2000) berpendapat bahawa budaya organisasi adalah campuran nilai-nilai
kepercayaan dan norma-norma yang ditetapkan sebagai pola perilaku dalam suatu
organisasi. Menurut Nawawi (2003) yang dikutip dari Cushway B dan Lodge D, bahawa
budaya organisasi adalah suatu kepercayaan dan nilai-nilai yang menjadi falsafah utama
yang dipegang teguh oleh anggota organisasi dalam menjalankan atau
mengoperasionalkan kegiatan organisasi. Dalam konteks yang lebih luas, hulubalang ini
dipertanggungjawabkan mengawal diri raja sebagaimana peranan pengawal peribadi.
Golongan ini berada pada kelas dan kedudukan yang tinggi dan istimewa. Dengan
menduduki kelas yang tersendiri, golongan ini muncul sebagai golongan yang dihormati
dan dianggap pemimpin masyarakat. Para pembesar ini berperanan sebagai pembantu dan
pelaksana arahan. Kewujudan sistem pembesar bukan sahaja sekadar menjadikan sistem
pemerintahan dan pentadbiran masyarakat Melayu tradisional berjalan lancar malah
memperlihatkan satu keupayaan yang tinggi untuk memerintah. Satu pengkhususan dan
pembahagian tugas sebagaimana yang diperlihatkan dan dipraktikkan oleh kewujudan
300
pembesar khususnya hulubalang dalam teks kajian membuktikan kesignifikan dan
kerelevanan unsur ini untuk diserapkan ke dalam teks kajian.
Selain itu, kita dapat lihat pengkhususan kerja yang dikhususkan pada golongan
atasan, iaitu golongan pemerintah. Raja sebagai ketua pemerintah kepada rakyat dan isi
negeri tersebut. Maka wujud pengkhususan dan pembahagian kerja kepada setiap
individu. Hal ini dapat dikesan dalam teks kajian ini:
Maka kedengaran bunyi semboyan tiga das itu di kuala Bandar Muar itu. Maka
titah baginda, Ayuhai menteri hulubalang sekalian, semboyan apa yang berbunyi
tiga das itu? Cubalah pergi lihat!’ Maka biduanda pun menyembah lalu turun
berjalan ke jambatan larangan.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.32)
Dalam proses mengelolakan aktiviti kerja organisasi, perlakuan komunikasi dalam
kalangan anggota kerja dikatakan sebagai salah satu unsur penyumbang penting kepada
proses pencapaian matlamat organisasi dan produktiviti kerja (Franks dan Brownell,
1989). Ini menunjukkan setiap individu mempunyai tugas masing-masing dalam
melancarkan pentadbiran sesebuah organisasi. Frasa ... Ayuhai menteri hulubalang
sekalian, semboyan apa yang berbunyi tiga das itu? Cubalah pergi lihat! (Hikayat Malim
Deman 1998, p.32). Peristiwa ini mendampakkan satu tugas penting yang diserahkan
kepada hulubalang. Seperti yang sedia maklum, peranan hulubalang pada zaman
pemerintahan feudal adalah ntuk menjaga hal ehwal keselamatan khususnya berkaitan
perang. Dengan adanya pengkhususan kerja tersebut seseorang itu akan menjadi lebih
cekap dan berkesan. Dengan adanya pengurusan atau pengetahuan menjalankan fungsi
dengan berkesan, sesebuah organisasi itu dapat berjalan dengan teratur dan sempurna ke
arah mencapai matlamatnya.
Organisasi adalah langkah pertama untuk menggerakkan sesuatu rancangan itu supaya
menjadi tindakan yang berkesan bagi mencapai sesuatu ojektif atau matlamat. Sesuatu
rancangan hanya akan menjadi khayalan atau impian sahaja jika tidak diimplimentasikan
301
oleh individu yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang tersebut. Untuk
mengimplimentasikan sesuatu rancangan, organisasi memerlukan perancangan yang
sistematik dan teratur khususnya mengikut kehendak, keperluan dan ciri-ciri kumpulan
dalam golongan tersebut. Sama ada sesebuah organisasi itu kecil atau besar, organisasi
itu perlu mengikuti lunas-lunas pengurusan yang sistematik bagi kemajuan organisasi itu
sendiri khususnya dari sudut pengkhususan dan pembahagian kerja hulubalang yang
diangkat dan diketengahkan dalam peristiwa ini. Kenyataan ini diperkukuh Presthus
(2008, p.75):
Organization is cefined as a system of structural interpersonel relation ……
individuals are differentiated in terms of authority, status, and role with result that
personel interactian is prescribed … Anticepated reactions tend to occur, while
ambiguity and spontaneisity are decreased.
5.8.1.3 Pengkhususan dan Pembahagian Kerja mengikut Kelompok Masyarakat
Organisasi dapat didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang
bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat
individu, kumpulan, dan organisasi. Definisi di atas menjelaskan unsur-unsur yang perlu
ada di dalam sesebuah organisasi: organisasi sebagai satu unit sosial, penyatuan usaha,
dan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain. Organisasi merupakan
gabungan pelbagai individu dan kumpulan dengan hierarki yang berbeza-beza dari segi
kedudukan, kepakaran dan profesionalisme ahli-ahli dalam organisasi. Menerusi Hikayat
Awang Sulung Merah Muda ini, dapat dikesan satu peristiwa yang begitu menyerlah
dalam aspek unsur pembahagian dan pengkhususan kerja yang dapat diteliti melalui
petikan di bawah ini.
Yang pekak pembakar meriam,
Yang buta penghembus lesung,
Yang lumpuh penghalau ayam,
Yang pekung penjemuran,
Yang kurap pemikul buluh.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.17)
302
Dalam pengurusan sebuah organisasi yang berkesan, aspek pengurusan adalah satu
perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu proses
sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekelilingnya. Pengurusan
dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada
pengurusan sebuah negara. Dengan pembahagian kerja yang betul, pekerja-pekerja boleh
menumpukan dalam sesuatu tugas yang telah dikhaskan. Apabila organisasi itu dianggap
sebagai unit sosial, ini bermakna ia mempunyai beberapa orang pekerja yang telah diberi
peranan tertentu untuk menjalankan sesuatu tugas. Mereka perlu bekerjasama dan
berhubung antara satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Sekiranya mereka
ini menjalankan tugas tanpa memerlukan perkhidmatan dan kerjasama daripada pihak
lain, sudah tentu tugas yang dijalankan itu tidak dapat disiapkan seperti yang dikehendaki
sama ada dari segi masa, kualiti, kuantiti, dan penentuan-penentuan lainnya. “Yang buta
datang berpimpin, yang capik datang bertongkat” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda
1998, p.17), begitulah perumpamaan untuk menggambarkan keadaan lautan manusia
yang membanjiri negeri untuk mengerjakan tugasan dan suruhan Raja pada peristiwa-
peristiwa penting dalam teks kajian. Tidak kira waktu, masa dan ketika mereka datang
untuk menabur budi, apatah lagi terpaksa menempuhi pelbagai situasi, halangan dan
cabaran. Namun, bagi mereka, itu semua bukan penghalang sebaliknya dijadikan
pendorong untuk pembakar semangat dengan mempercayai bahawa itulah yang akan
menjadi saksi keteguhan dan kesetiaan mereka dalam menumpahkan taat setia kepada
raja pimpinan negeri.
Pembahagian kerja adalah sangat mustahak kerana unsur ini ada hubung kait dengan
peningkatan produktiviti dan boleh mengurangkan beban tanggungjawab pekerja. Oleh
kerana dorongan semangat dan hajat yang tidak pernah luntur mereka berusaha sedaya
upaya, tidak berputus asa untuk terus melakukan dan menyempurnakan titah perintah
Raja. Bahasa berirama jenis ‘runs’ ini terdapat di dalam hikayat sastera klasik Melayu di
303
atas menyatakan setiap anggota masyarakat mempunyai peranan masing-masing sesuai
dengan keadaan diri masyarakatnya. Penggunaan bahasa sebegini bukan sahaja
mempelbagaikan lagi penggunaan bahasa di dalam karya klasik Melayu, tetapi juga dapat
melambangkan dengan jelas dan baik hal yang berlaku dalam masyarakat zaman dahulu
khususnya dari aspek spesifikasi kerja yang bersesuaian dan bertepatan. Diteliti daripada
aspek pengurusan, kumpulan tenaga yang besar ini merupakan suatu bentuk sistem
hieraki yang dapat memperlihatkan salah satu unsur yang diterapkan iaitu pembahagian
dan pengkhususan kerja yang diterapkan dalam teks kajian.
Pembahagian dan pengkhususan mengikut pembahagian buruh yang menggunakan
otak (fikiran dan ilmu) dan tangan (tenaga) yang telah dipraktikkan oleh watak-watak
yang diketengahkan melalui bahasa berirama dalam analisis ini sekali gus membuktikan
ketajaman dan sensitiviti pegarang dalam melantunkan aspek pengurusan menyerlahkan
daya fikir pengarang khususnya berhubung aspek pemikiran pengurusan. Kemahiran
berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang
yang memperoleh kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,
konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat
untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya. Edward de Bono (1976, p.221) Kemahiran
berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan
masalah dalam sesuatu situasi tertentu. Hal ini dapat dikaitkan dengan kebijaksanaan dan
daya intelektual pengarang yang berjaya menyerlahkan unsur ini melalui satu pendekatan
gaya bahasa yang menarik dan melankolik untuk menimbulkan hiburan kepada
masyarakat tanpa mengetepikan aspek pengurusan yang dapat dikesan melalui analisis
ini.
304
Satu lagi peristiwa yang dapat dicungkil melalui teks kajian yang memperlihatkan
wujudnya unsur pembahagian dan pengkhususan kerja dapat dirteliti melalui bahasa
berirama “run” ini sewaktu menyahut panggilan Raja apabila dipanggil ke istana.
Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh
(Hikayat Malim Deman 1998, p.32)
Organisasi menurut Chester I. Bernard merupakan suatu sistem aktiviti kerjasama
yang dilakukan oleh dua orang atau lebih. Organisasi adalah sekumpulan orang (dua atau
lebih) yang secara formal disatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang
telah ditetapkan (2008, p.79). Pengkaji mencungkil bahasa irama yang terdapat pada
ungkapan Yang buta beraba-raba, Yang tuli leka bertanya, Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan, Yang pendek bertinjau-tinjau, Yang kurap mengekor angin,
Yang pekak pembakar meriam, Yang buta pemghembus lesung, Yang lumpuh penghalau
ayam, Yang pekung penjemuran, Yang kurap pemikul buluh (Hikayat Malim Deman,
1998, p.32). Sekali lagi pengkaji menampilkan aspek pengurusan yang berkaitan unsur
pembahagian kerja dalam cerita lipur lara ini. Etzioni (1964, p.85) pula melihat organisasi
sebagai satu unit sosial atau sekelompok manusia yang melaksanakan kerja bagi tujuan
mencapai matlamat penubuhannya. Hal ini selari dengan pandangan Farace, Monge, dan
Russell (1977, p.153) yang mendefinisikan organisasi sebagai satu usaha yang dijalankan
oleh dua atau lebih individu yang bekerjasama untuk mencapai matlamat kerja. Tidak
305
dinafikan dalam sesebuah organisasi tersebut akan wujud dan timbulnya pelbagai tahap
pemikiran, kemampuan dan keterbatasan individu daalm melaksanakan kerja. Oleh itu,
penyatuan usaha melalui konsep pembahagian dan pengkhususan kerja hendaklah wujud
dalam sesebuah organisasi bagi menjamin pencapaian dan dapat menjamin organisasi itu
bergerak dengan sempurna, tersusun dan berkesan.
Kerelevanan pembahagian kerja ini begitu jelas memperlihatkan tidak wujudnya unsur
paksaan dan penganiayaan terhadap rakyat. Ini untuk memberi keselesaan dan dalam
ruang lingkup kemampuan dan keupayaan seseorang individu. Sesebuah organisasi
memerlukan pekerja yang dapat menyatupadukan usaha mereka supaya mencapai
matlamat yang dikehendaki seperti pada watak-watak yang dikesan dalam bahasa irama
tersebut. Sekiranya tidak ada perpaduan dalam kalangan pekerja, sudah tentu organisasi
itu tidak dapat menjalankan aktivitinya dengan berkesan dan sempurna. Keadaan
organisasi akan menjadi kucar-kacir tanpa sebarang haluan yang tertentu. Koontz dan
Wiehrich (1991, p.232) menegaskan bahawa komunikasi diperlukan untuk menetap dan
menyebarluaskan matlamat sesebuah organisasi. Bagi tujuan tersebut komunikasi
berperanan untuk menyusun rancangan kerja untuk mencapai matlamat tersebut. Begitu
juga dengan menggembleng sumber manusia dan sumber lain dalam cara yang paling
cekap. Penyelarasan melalui pembahagian dan pengkhususan kerja yang
diimplementasikan dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi
yang lain, antara individu dengan individu yang lain dalam pengurusan sesebuah
organisasi adalah amat penting bagi menentukan pencapaian matlamat dan kejayaan
sesebuah organisasi itu.
5.9 Kesimpulan
Penerapan prinsip pengorganisasian yang diutarakan bawah Pendekatan Pengurusan
seperti yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013)
306
membuktikan kesignifikan dan relevannya prinsip tersebut untuk diterapkan ke dalam
teks cerita lipur lara terpilih, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim
Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Raja Muda.
Penganalisisan prinsip pengorganisasian diteliti berdasarkan lima unsur penting yang
membentuk organisasi, iaitu struktur organisasi, kumpulan manusia, tujuan bersama,
kerjasama dan unsur pengkhususan dan pembahagian kerja yang wujud dalam organisasi.
Pengorganisasian dalam teks-teks kajian ini dianalisis secara rinci untuk memperihalkan
dan mendampakkan kerelevanan dan signifikan prinsip ini dalam penelitian teks kajian
telah dapat dibuktikan. Kajian secara rinci yang dilakukan terhadap kelima-lima teks
cerita lipur lara terpilih ini, memperlihatkan saru kecenderungan yang tinggi terhadap
pengaplikasian prinsip pengorganisasian berteraskan lima unsur penting prinsip
pengorganisasian yang dibincangkan dapat dipenuhi teks kajian.
Kelima-lima teks kajian memperlihatkan pengaplikasian struktur organisasi yang
begitu tersusun sistem hierarki sosialnya yang dikesan dalam analisis teks kajian.
Susunan organisasi pentadbiran yang bermula dari raja sebagai pemerintah diikuti para
pembesar sehinggalah kepada rakyat merupakan satu hierarki sosial yang begitu teratur,
tersusun dan sistematik telah diketengahkan oleh pengarang dalam kelima-lima teks
kajian. Pengarang memanifestasikan satu struktur sosial yang diihat bersifat feudal
lantaran masyarakat ini belum lagi diresapi oleh unsur-unsur moden dan kapatilisme. Hal
ini memperlihatkan wujudnya dua lapisan anggota masyarakat, iaitu golongan
bangsawan Melayu sebagai pemimpin dan golongan rakyat jelata yang dipimpin atau
diperintah merupakan rumusan yang dapat dibuat dalam analisis bawah unsur ini.
Berdasarkan penelitian unsur struktur organisasi dalam kelima-lima teks kajian,
pengarang secara tidak langsung menerangkan konsep struktur organisasi yang terbentuk
dalam sistem pentadbiran. Golongan atasan dan golongan bawahan yang dimaksudkan
adalah terdiri daripada raja, orang besar-besar, temenggung, laksamana, orang kaya
307
besar, menteri, hulubalang, sida-sida, bentara dan rakyat hina-dina sekaliannya.
Golongan ini merupakan elemen asas kepada struktur organisasi yang dapat dikesan
dalam teks kajian pada waktu teks ini dihasilkan bagi membentuk sebuah negeri yang
sempurna dengan kerajaannya. Stratifikasi sosial yang dikesan dan dikenal pasti dalam
teks kajian ini menyerlahkan satu indikator penting masyarakat tradisi yang begitu teratur
dan sistematik susunan atur organisasinya. Pembahagian yang jelas struktur dan bidang
kerja telah memanifestasikan satu perjalanan organisasi yang mampu membawa
kelicinan dan kelancaran dalam sistem pentadbiran negara lantas membawa
kegemilangan dan kemakmuran dalam kerajaan telah dipraktikkan dalam teks kajian ini.
Unsur kedua yang telah diteliti bawah prinsip pengorganisasian ini, iaitu unsur
kumpulan manusia. Teks cerita lipur lara terpilih yang digunakan untuk menerapkan
unsur ini, iaitu Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja
Muda dan Hikayat Malim Deman. Keempat-empat teks, iaitu Hikayat Malim Dewa,
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Tunggal, Hikayat Raja Muda
dianggap memadai untuk membuktikan hujah bahawa wujudnya pengaplikasian prinsip
ini dalam cerita lipur lara yang sealiran dengannya. Kumpulan manusia yang dikesan
terdiri daripada kumpulan pemimpin, pembesar, ketenteraan, perbidanan, keagamaan,
dan rakyat jelata merupakan kumpulan manusia yang dominan dan signifikan yang
dikesan. Kumpulan-kumpulan manusia ini mempunyai status, peraturan dan peranan
yang khusus untuk merealisasikan misi dan visi organisasi. Kumpulan manusia ini
mempunyai peraturan dan pengawalan yang berupaya memantapkan dan mengukuhkan
sesebuah organisasi khususnya dalam pentadbiran negeri telah diekspresikan dalam teks
kajian. Unsur kumpulan manusia yang dikesan dalam kajian ini adalah kumpulan yang
mempunyai struktur sosial yang jelas dengan peranan dan tanggungjawab masing-
masing.
308
Unsur tujuan bersama dan kerjasama merupakan unsur yang dikupas dan diteliti dalam
perbincangan ini. Kedua-dua unsur, iaitu tujuan bersama dan kerjasama diperlihatkan
melalui rangkaian peristiwa penting yang melibatkan pemimpin sehinggalah kepada
rakyat jelata untuk menyempurnakan misi dan misi organisasi. Bagi memastikan
kemaslahatan organisasi berlangsung dan dapat mencapai rangka dan matlamat
organisasi, kerjasama dan tujuan bersama yang merupakan dua unsur penting yang
diaplikasikan dalam teks kajian memperlihatkan satu lagi penemuan data yang dapat
membuktikan keberkesanan unsur-unsur ini dalam teks kajian. Pembuktian data yang
diperlihatkan melalui kedua-dua unsur ini sekali gus memberi pengukuhan dan
pemantapan terhadap data yang dianalisis.
Unsur terakhir yang digunakan untuk menganalisis data bawah prinsip
pengorganisasian ialah pembahagian dan pengkhususan kerja. Unsur pembahagian dan
pengkhususan kerja merupakan satu lagi unsur penting yang membentuk prinsip
pengorganisasian telah diteliti dan diterapkan melalui penelitian kajian ini.
Pengklasifikasian data membuktikan bahawa unsur pembahagian kerja atau
pengkhususan kerja dalam sesebuah organisasi begitu menyerlah dan terpancar dalam
analisis kajian. Organisasi yang merupakan gabungan pelbagai individu dan kumpulan
dengan hierarki yang berbeza–beza dari segi kedudukan, kepakaran dan profesionalisme
ahli-ahli dalam organisasi merupakan pengklasifikasian data yang dapat dicungkil
menerusi teks kajian yang dianalisis. Unsur pembahagian dan pengkhususan kerja ini
yang mempunyai perkaitan dan hubungan langsung dengan peningkatan produktiviti
diteliti berdasarkan tanggungjawab dan kesesuaian tenaga kerja merupakan satu lagi
rumusan yang dapat dibuktikan melalui analisis kajian.
Secara keseluruhannya, penerapan kelima-lima unsur bawah prinsip
pengorganisasian, iaitu struktur organisasi, kumpulan manusia, tujuan bersama,
kerjasama, pengkhususan dan pembahagian kerja begitu jelas dan ketara ditimbulkan
309
dalam kelima-lima teks cerita lipur lara terpilih yang menjadi pegangan dalam kajian ini,
iaitu Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik
Tunggal, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Malim Deman. Pembuktian wujudnya unsur-
unsur ini mendampakkan bahawa prinsip pengorganisasian merupakan prinsip
pengurusan yang penting dan tidak terpinggir dalam analisis terhadap kelima-lima teks
cerita lipur lara ini. Penganalisisan data yang dibincangkan melalui rangkaian peristiwa
penting yang dicungkil dan dipugar melalui teks-teks kajian menyerlahkan dan
memancarkan satu prinsip penting pengurusan, iaitu pengorganisasian telah dipraktikkan
bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur teks karya.
310
BAB 6: PRINSIP PENSTAFAN DALAM CERITA LIPUR LARA
6.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan salah satu prinsip pengurusan, iaitu prinsip penstafan yang
diutarakan bawah Pendekatan Pengurusan seperti yang telah diketengahkan oleh
Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Analisis kajian memfokuskan terhadap lima teks
cerita lipur lara terpilih, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa,
Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Raja Muda. Prinsip
penstafan ini ditekuni dan dianalisis berdasarkan empat unsur penting, iaitu (i) unsur
motivasi; (ii) unsur komitmen; (iii) unsur upah dan ganjaran; dan; (iv) unsur persekitaran
kerja. Pemugaran unsur-unsur ini merupakan satu indikator penting dalam kajian ini yang
dapat menyerlahkan peranan dan tanggungjawab modal insannya yang merupakan
tonggak dan peneraju utama dalam memacu hala tuju pentadbiran sesebuah organisasi.
Unsur-unsur yang diterapkan dalam teks kajian dapat membuktikan bahawa tugas dan
tanggungjawab yang diperlihatkan oleh tenaga kerja dalam cerita lipur lara ini
bersesuaian dengan kepakaran, keahlian, kebolehan dan pengalaman pekerja dalam
pengurusan organisasi. Tugas serta peranan perjawatan yang wujud dalam organisasi
dalam teks-teks kajian ini turut dianalisis secara rinci untuk memperihalkan dan
mendampakkan kerelevanan dan signifikan prinsip ini dalam penelitian teks kajian.
Perbincangan dan penganalisisan ini bertujuan untuk membuktikan bahawa terdapatnya
penerapan unsur komitmen, motivasi, upah dan ganjaran, dan persekitaran kerja bawah
prinsip penstafan dalam teks-teks yang menjadi pegangan dalam kajian ini.
311
6.2 Prinsip Penstafan
Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) menerusi Pendekatan Pengurusan telah
mengetengahkan lima prinsip penting yang boleh diteliti dalam pengkajian karya sastera
tradisional Melayu. Salah satu daripada prinsip tersebut ialah Prinsip Penstafan. Prinsip
ini merupakan salah satu prinsip penting dalam menggerakkan sesebuah organisasi untuk
mencapai matlamat penubuhannya. Hal ini menepati tuntutan dalam aspek pengurusan
itu sendiri yang memerlukan kehadiran tenaga kerja atau modal insan yang merupakan
daya penggerak penting untuk merealisasikan misi dan visi organisasi. Prinsip Penstafan
ini merupakan satu indikator penting yang dijadikan kayu pengukur untuk melihat
pencapaian objektif organisasi berteraskan modal insannya seperti yang disarankan di
bawah pendekatan ini. Hal ini amat relevan dan signifikan kerana modal insan dalam
sesebuah organisasi merupakan satu aset dan mekanisme terpenting dalam membawa
hala tuju dan memacu kejayan sesebuah pentadbiran.
Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.302) mengemukakan pendapat penstafan
sebagai mengisi dan memelihara agar terisi, jawatan dalam struktur organisasi dengan
mengenal pasti keperluan tenaga kerja, menginventori orang-orang yang boleh didapati,
mengambil, memilih, menempatkan , menaikkan pangkat, menilai, merancang kerjaya,
memberikan pampasan, dan melatih atau kalau tidak pun memajukan calon mahupun
pemegang kerja sekarang untuk menyempurnakan tugas mereka dengan cekap dan
berkesan.” Azman Che Omar (1997) pula, dalam bukunya, Pengurusan: dari Perspektif
Islam, mentakrifkan penstafan sebagai proses pengurusan sumber manusia
yang merangkumi semua aktiviti yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan
tenaga kerja dalam mencapai objektif organisasi. Penstafan bertujuan untuk mendapatkan
pekerja yang menepati spesifikasi kemahiran, pengetahuan dan keupayaan untuk
membantu organisasi mencapai matlamat penubuhannya. Penstafan yang berpotensi dan
berkelayakan untuk mengimplementasikan imej dan misi organisasi.
312
Secara ringkasnya, penstafan adalah suatu mekanisme yang dibentuk secara teliti dan
sistematik dalam sesebuah organisasi bertujuan melestarikan pembahagian kerja yang
berkaitan hal ehwal dalam pentadbiran sesebuah organisasi. Tenaga manusia yang
berdaya saing, dinamik dan kompeten yang menerajui dan menjadi tulang belakang
sesebuah organisasi adalah penting dan berperanan untuk menyelaras dan
mengimplementasikan peraturan, dasar serta prosedur organisasi. Oleh itu, tugas
seseorang pemimpin dan peneraju pentadbiran sesebuah organisasi yang paling penting
adalah kecekapan dan daya imaginasi yang mendalam dalam membuat penelitian dan
pemilihan yang tepat dan efektif agar sumber manusia yang dipilih dapat membantu
organisasi mencapai matlamat-matlamat dengan sebaiknya.
6.3 Pengklasifikasian Data Kajian
Cerita lipur lara yang telah diiktiraf sebagai sebuah karya agung oleh Persatuan Karyawan
Malaysia merupakan medium penting dalam penyampaian idea dan gagasan dalam
masyarakat Melayu tradisi ternyata berupaya menyerlahkan sikap, integriti dan kredibiliti
modal insannya. Paparan keunggulan dan kedinamikan tenaga kerja ini memperlihatkan
ketinggian daya fikir modal insannya dalam membantu mengangkat kegemilangan
organisasi khususnya pentadbiran istana pada zaman tersebut yang menjadi teras kepada
pembentukan kegemilangan ketamadunan Melayu. Paparan Prinsip Penstafan ini
mendampakkan suatu tradisi budaya kerja yang seharusnya diteladani kerana dapat
memaparkan kekreatifan minda dan keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu
tradisi sebagai khazanah warisan tradisi yang tiada tolok bandingnya. Hasil dapatan
kajian memperlihatkan bahawa ekspresi nilai-nilai positif modal insannya diperlihatkan
melalui unsur motivasi, komitmen, kerjasama dan aspek persekitaran kerja. Unsur-unsur
ini merupakan mekanisme ampuh dalam usaha meningkatkan kualiti dan memacu hala
tuju pembangunan sesebuah organisasi. Keintelektualan pemikiran modal insannya yang
313
dipapar dan diangkat dalam teks cerita lipur lara ini menyerlahkan kebijaksanaan dan
ketajaman imaginasi pengarang dalam melantunkan aspek pengurusan khususnya Prinsip
Penstafan dalam teks karya sastera tradisional.
Berdasarkan perbincangan dan analisis kajian yang dijalankan menggunakan prinsip
pengurusan khususnya prinsip penstafan dalam kelima-lima teks kajian, iaitu Hikayat
Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim
Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Raja Muda dan Hikayat Anggun Cik Tunggal
(1906), hasil dapatan kajian memperlihatkan suatu kecenderungan yang tinggi hubung
kait dengan prinsip penstafan yang diketengahkan. Korpus kajian telah dianalisis dengan
menggunakan prinsip penstafan yang diketengahkan Mohamad Mokhtar Abu Hassan
(2013) yang menjadi salah satu tunjang utama pendekatan ini. Keempat-empat unsur
yang dibawa dalam perbincangan, iaitu motivasi, komitmen, upah dan ganjaran, serta
persekitaran kerja dapat dikesan dan dikenal pasti.
Unsur (i) komitmen paling dominan berdasarkan cerita lipur lara yang dikaji ini. Hal
ini amat signifikan kerana masyarakat yang dilingkungi konsep beraja telah
memanifestasikan satu ikatan kesetiaan yang tinggi yang diterjemahkan melalui
komitmen rakyat terhadap pemimpin. Unsur komitmen ini diangkat oleh pengarang
melalui kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin merupakan
kemuncak komitmen yang dibuktikan oleh rakyat melalui analisis dalam teks kajian ini.
Seterusnya unsur (ii) motivasi merupakan perkara yang dapat dibuktikan melalui
analisis teks. Motivasi ini begitu menonjol sebagaimana yang diperlihatkan oleh watak-
watak utama dan sampingan atau lebih jelas tenaga kerja yang berada dalam sistem
pemerintahan. Unsur motivasi diperlihatkan dengan jelas melalui analisis peristiwa-
peristiwa tertentu yang diperlihatkan telah berjaya mengembalikan maruah dan
314
membawa satu penghormatan dalam memandu dan memacu hala tuju perjalanan
sesebuah legasi pemerintahan.
Selain itu, unsur (iii) upah dan ganjaran dikesan melalui perbincangan dalam teks
kajian. Unsur upah dan ganjaran telah dipraktikkan pemimpin yang mempunyai kuasa
dalam pemerintahan. Upah dan ganjaran yang diimplementasikan dalam kajian ini bukan
sahaja berbentuk kewangan atau material sebaliknya upah dan ganjaran ini berbentuk
keselamatan negeri yang telah dibuktikan dalam peristiwa tawaran keselamatan negeri
kepada kerajaan yang lemah. Kuasa yang dimiliki oleh negeri yang digeruni mampu
memberikan sata tawaran atau perjanjian kepada negeri lain merupakan satu inti pati
penting yang dipugar daripada teks-teks kajian.
Unsur terakhir, iaitu (iv) persekitaran kerja dalam organisasi teks kajian ini juga telah
ditimbulkan pengarang. Persekitaran kerja yang dikesan dapat diklasifikasikan kepada
dua, iaitu persekitaran kerja positif dan negatif dapat mempengaruhi prestasi pekerja
dalam sesebuah organisasi turut memenuhi tuntutan dalam penganalisisan teks kajian ini.
Hal ini menepati konsep organisasi yang amat mementingkan suasana persekitaran kerja
yang harmonis untuk melonjakkan kreativiti dan produktiviti pekerja. Hal ini
membuktikan wujudnya satu hubungan langsung, iaitu sikap dan peri laku pekerja atau
modal insannya amat dipengaruhi suasana persekitaran pekerja, iaitu hubungan
pemimpin dengan rakyat yang baik dan harmonis mampu memberikan impak terhadap
perjalanan sesebuah organisasi pentadbiran telah diekspresikan dalam analisis teks
Hikayat Anggun Cik Tunggal ini.
6.4 Unsur Komitmen
Pekerja merupakan aspek terpenting bagi sesebuah organisasi yang berperanan bagi
menentukan hala tuju dan matlamat sesebuah organisasi tersebut terlaksana dan tercapai
315
(Muna Mohd Booker & Atasya Osmadi, 1985). Malahan, pekerja yang mempunyai
komitmen tinggi terhadap organisasi lebih mudah untuk memberikan sumbangan
tambahan seperti inovasi dan kreativiti, kerana akan menyumbang ke arah keupayaan
organisasi yang lebih tinggi (Bennett dan Durkin, 2000). Apabila seseorang pekerja telah
menyertai sesebuah organisasi, makanya individu tersebut secara automatiknya telah
bersetuju untuk menyumbang keringatnya demi ke arah mencapai matlamat organisasi
yang disertainya. Oleh sebab itu, individu tersebut perlulah memberi sepenuhnya
komitmen terhadap organisasi yang disertainya seterusnya dapat meningkatkan
produktiviti organisasi menerusi tanggungjawab yang dipikulnya.
6.4.1 Terapan Unsur Komitmen dalam Teks Cerita Lipur Lara Terpilih
Pengkaji telah meletakkan satu aspek penting dalam pengklasifikasian analisis bawah
unsur komitmen, iaitu unsur komitmen rakyat (pekerja) terhadap pemerintah (majikan).
Penerapan unsur ini amat signifikan untuk diteliti bertitik tolak daripada pegangan
masyarakat Melayu tradisi yang mengamalkan sistem feudal, iaitu ketaatan dan
kepatuhan yang tinggi terhadap pemerintah, iaitu Raja/Sultan. Hal ini diperkukuh dengan
konsep”daulat” dan “derhaka” yang begitu menebal dalam kalangan masyarakat Melayu
tersebut. Berdasarkan pegangan dan ikatan psikologi yang terbentuk ini, begitu
menyerlahkan unsur komitmen yang dilantunkan oleh pekerja, iaitu rakyat terhadap
pemerintah yang bertindak sebagai majikan.
6.4.1.1 Unsur Komitmen Rakyat (Pekerja) terhadap Pemerintah (Majikan)
Melalui analisis kajian dalam teks Hikayat Malim Dewa, kemunculan tokoh-tokoh yang
diangkat seperti watak Si Kembang Cina, Bujang Selamat, Tok Kadi, Tabib, Bidan
Bertujuh berupaya memanifestasikan tentang kewujudan tenaga kerja atau modal
insannya yang merupakan pengerak utama yang membantu dalam menjalankan
tanggungjawab serta memainkan peranan yang penting dalam membantu organisasi
316
mencapai objketif. Azman Che Omar (1997) pula, dalam bukunya, Pengurusan: dari
Perspektif Islam, mentakrifkan penstafan sebagai proses pengurusan sumber manusia
yang merangkumi semua aktiviti yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan
tenaga kerja dalam mencapai objektif organisasi. Penstafan bertujuan untuk mendapatkan
pekerja yang menepati spesifikasi kemahiran, pengetahuan dan keupayaan untuk
membantu organisasi mencapai matlamat penubuhannya.
Peranan dan tanggungjawab yang dipegang oleh modal insannya ternyata
menyerlahkan keintelektualan pemikiran masyarakat tradisi yang begitu tersusun hierarki
sosialnya. Di tangan tenaga kerja inilah pihak organisasi berupaya merealisasikan agenda
dan misi yang dapat dikesan dalam teks kajian tersebut. Menerusi karya ini, ketajaman
pengamatan pengarang memancarkan unsur komitmen pekerja yang diperlihatkan
melalui sikap kepatuhan terhadap majikannya. Ini dibuktikan melalui petikan ini:
Setelah didengar oleh Bujang Selamat akan titah Tuanku Gombang Malim Dewa
itu, maka ia pun lalulah menyembah:
Terangkat kadam jari sepuluh,
Jari bagai susun sirih,
Kuncup bagai sulur bakung
Seraya berdatangkan sembah, “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik
harap diampun, seperti titah itu, patik junjung di atas otak batu kepala patik”
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.5)
Maka baginda pun terkejut, lalulah bangun seraya memanggil Si Kembang Cina.
Maka Si Kembang Cina pun bangun mengadap baginda ke dalam bilik peraduan
itu. Maka baginda pun lalu bertitah “Ayuhai Si Kembang Cina, ambillah beta
kemenyan mandung jati.” Maka Si Kembang Cina pun menyembah mengambil
kemenyan mandung jati itu, lalulah segera persembahkan kepada baginda.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.19)
Dalam petikan pada halaman 5 dan 19 di atas, memperlihatkan komitmen pekerja
kepada Tuanku Malim Dewa terhadapnya. Komitmen ini diperlihatkan dengan
menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpinnya. Hal ini dapat
dilihat melalui ungkapan.. “Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap
317
diampun, seperti titah itu, patik junjung di atas otak batu kepala patik” (Hikayat Malim
Dewa 1988, p.5) dan “.. Ayuhai Si Kembang Cina, ambillah beta kemenyan mandung
jati”(Hikayat Malim Dewa 1988, p.19). Berdasarkan peristiwa ini, terdapat satu
hubungan langsung antara majikan dengan pekerja yang mewujudkan pertalian
komitmen antara kedua-duanya. Majikan memerlukan kebolehan, kecekapan, ketekunan
dan kesetiaan daripada ahlinya seperti yang dibuktikan oleh watak Si Kembang Cina yang
merupakan orang suruhan Raja. Manakala di pihak pekerja perlu memenuhi keperluan
mereka, sekurang-kurangnya keperluan asas sebelum dapat memberikan komitmen
(Lunjew, 1994). Hal ini dibuktikan bahawa Si Kembang Cina telah mendapat layanan
yang baik di istana malah menjadi orang terpenting dan kepercayaan Tuanku Malim
Dewa.
Komitmen yang jitu yang diberikan modal insan ini salah satu sebabnya adalah kerana
kebaikan dan keelokan hati Tuanku Malim Dewa terhadap pembantunya ditambah lagi
dengan sifat adil tanpa sedikit pun kezaliman ditujukan kepada orang suruhannya.
Kesetiaan seseorang pekerja itu terhadap organisasi akan menjelmakan komitmen
(Bennett & Durkin, 2000, p.83). Hal ini turut dinyatakan Robbins dalam Sopiah (2008,
p.155-156) bahawa komitmen sebagai suatu sikap yang merefleksikan perasaan suka
atau tidak suka dari pekerja terhadap organisasi. Pandangan ini dipekukuh Lincoln dalam
Sopiah (2008, p.155) bahawa komitmen mencakupi kebanggaan anggota, kesetiaan
anggota dan kemahuan anggota pada organisasi. Segala komitmen yang diberikan
terhadap organisasi dapat meningkatkan tadbir urus yang lebih cemerlang dan seterusnya
menjana peningkatan produktiviti telah diterjemahkan oleh pengarang melalui watak-
watak pembantu istana khususnya Si Kembang Cina dalam analisis kajian ini.
Pembuktian dalam kajian ini sekali gus memperlihatkan bahawa aspek komitmen pekerja
merupakan satu indikator penting dalam mengangkat keagungan dan kegemilangan
dalam organisasi istana pada zaman silam.
318
Padanan antara keperibadian dan tugas serta jenis pekerjaan adalah penting bagi
menjamin kepuasan dalam menjalankan tugas, meningkatkan motivasi kerja dan
pencapaian produktiviti yang tinggi. Perbincangan selanjutnya berfokuskan kepada
komitmen pekerja terhadap organisasi yang menampakkan wujudnya satu pertalian
antara para pekerja dengan organisasi tempat bekerja. Analisis kajian mendapati bahawa
pertalian (komitmen) yang kuat dalam diri pekerja kepada organisasinya akan menjurus
kepada hasil yang diharapkan seperti mencapai matlamat bersama, nilai dan budaya kerja
yang sehala serta keinginan untuk melaksana misi organisasi (Worrall et al., Bennett dan
Durkin, 2000; St. Amour, 2000). Proses simbiosis kehendak yang berjaya menghasilkan
pulangan yang memberangsangkan seperti keuntungan, produktiviti yang tinggi,
kesetiaan pekerja dan pencapaian misi dan matlamat organisasi. Komitmen bolehlah
didefinisikan sebagai kerelaan seseorang pekerja untuk menjadi sebahagian daripada
organisasi dan memberikan khidmat lebih lama lagi kepada organisasi tersebut. Peristiwa
selanjutnya yang dapat dikaitkan dengan unsur komitment dapat diteliti berdasarkan
petikan di bawah:
Maka Tuanku Malim Dewa pun berangkatlah ke dalam istana, diiringkan oleh
Bujang Selamat, lalu ia beradu ditunggui oleh dayang-dayang, inang pengasuh
kanda-manda sekaliannya berkaparan tidur di luar pintu peraduan itu.
(Hikayat Malim Dewa, 1988, p.12)
Unsur komitmen telah diterapkan dan dipancarkan oleh pengarang melalui peristiwa
yang digambarkan dalam petikan di atas Peristiwa ini memperjelas situasi kepatuhan
yang amat tinggi pekerja terhadap majikan telah dimanifestasikan tenaga kerja yang
ditekuni dalam penelitian ini yang terdapat pada ungkapan “... diiringkan oleh Bujang
Selamat, lalu ia beradu ditunggui oleh dayang-dayang, inang pengasuh kanda-manda
sekaliannya” (Hikayat Malim Dewa, 1988, p.12) Ugboro & Obeng (2001) pula
mengaitkan elemen emosi, kesetiaan dan ikatan psikologi dalam menerangkan pengertian
komitmen pekerja terhadap organisasi. Komitmen dalam organisasi adalah sebuah
319
kepercayaan dan penerimaan terhadap tujuan-tujuan, iaitu seseorang dapat bertahan
dengan kesetiaannya demi kepentingan organisasi sehingga terbentuk sebuah kejujuran
dan membuatkan seseorang dapat bertahan untuk memelihara keanggotaannya dalam
suatu organisasi seperti yang diimplementasikan watak-watak dalam teks kajian.
Ungkapan “... lalu ia beradu ditunggui oleh dayang-dayang, inang pengasuh kanda-
manda sekaliannya berkaparan tidur di luar pintu peraduan itu”. Situasi ini
memperlihatkan satu budaya kerja yang amat menuntut kesetiaan dan kesabaran yang
tinggi dan tidak berbelah bahagi. Aspek kesetiaan ialah perasaan sayang dengan
organisasi dan ingin kekal menjadi sebahagian daripada organisasi manakala aspek
penglibatan pula adalah berusaha dengan bersungguh tanpa paksaan demi kepentingan
organisasi (Daud, 2010, p.63). Hal ini menepati pandangan Daud (2010, p. 56) bahawa
komitmen merupakan keinginan seseorang untuk kekal bersama organisasi iaitu suatu
ikatan psikologi antara pekerja dan organisasi. Kesedaran pentingnya penggunaan
sumber manusia yang sesuai dan betul mempengaruhi komitmen pekerja di organisasi
menjadikan bidang pengurusan dan pembangunan pekerja atau sumber manusia sebagai
satu tripod utama dalam menentukan keupayaan sesebuah organisasi (Noe dan Mondy,
1996; Culverson, 2002).
Sikap taat setia hamba Melayu kepada raja menjadikan mereka senantiasa
menghormati raja, khususnya institusi diraja, serta bersedia untuk menjunjung dan
mematuhi titah dan perintah raja. Hamba Melayu yang taat setia kepada raja bersedia
untuk melakukan apa-apa sahaja demi memuliakan kedudukan raja serta untuk
memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan harta benda
mereka. Taat setia, bermaksud setiap hamba Melayu harus patuh terhadap raja atas
sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Pada masa
yang sama, sifat taat setia dapat mencegah hamba Melayu daripada menyanggah dan
melanggar suruhan raja. Kesignifikan konsep taat setia ini dapat ditekuni dalam teks
320
Hikayat Malim Dewa. Walaupun hanyalah watak binatang, burung Bayan diangkat
sebagai watak yang memiliki ketaatan yang tinggi terhadap tuannya. Ketaatan dan
kesetiaan Bayan dijelaskan secara rinci dalam petikan di bawah.
“Maka demi didengar oleh anak sekandung si burung bayan akan sabda Tuan Puteri
itu, maka ia pun berdatangkan sembah. ‘Ampun Tuanku beribu-ribu ampun,
sembah patik harapkan diampun, maka adalah patik datang dari negeri Kuala
Bandar Muar menjunjung titah paduka kekanda Tuanku Gombang Malim Dewa, di
suruh mengadap Tuan Puteri. Maka inilah amanat kiriman paduka kekanda itu
kepada Tuan Puteri, tiada dengan sepertinya, sekadar tanda harap sahaja.’
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.31)
“Maka si burung bayan terbang itu, tiada berhenti lagi, berhaluankan kepala,
bersauhkan paruh, berdayungkan kepak, berkemudikan ekor, berpedomankan
mata, sehingga menempuh angin yang keras, habis meringgis bulu ekor, kepak dan
sayap, serta pula ia merasai panas dan dingin yang teramat sangat. Hatta, di dalam
hal yang demikian itu sampailah enam bulan sepuluh hari, maka tampaklah pula
berbalam gunung negeri Kuala Bandar Muar itu”.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.43)
Pada halaman 31 dan 43 ini, komitmen terserlah melalui watak burung bayan yang
mempunyai ketaatan dan kesetiaan yang tinggi terhadap tuannya berdasarkan peristiwa
pencarian isteri kepada Tuanku Si Malim Dewa. Burung bayan sanggup bersusah payah,
meredah hutan belantara berbulan-bulan lamanya semata-mata untuk menyampaikan dan
menyempurnakan hajat tuannya iaitu, Tuanku Malim Dewa. Gambaran “… sehingga
menempuh angin yang keras, habis meringgis bulu ekor, kepak dan sayap, serta pula ia
merasai panas dan dingin yang teramat sangat …” (Hikayat Malim Dewa, 1988, p.43)
dalam petikan di atas jelas memperlihatkan suatu pengorbanan fizikal dan mental yang
amat besar yang dilakukan oleh burung bayan demi menunaikan amanah dan
tanggungjawab yang telah diserahkan oleh tuannya. Komitmen setiap pekerja sangat
penting kerana komitmen tersebut berupa tanggungjawab terhadap pekerjaannya.
Kebiasaannya, pekerja yang memiliki komitmen yang tinggi akan bekerja secara
optimum sehingga dapat mencurahkan segala perhatian, pemikiran, tenaga dan waktunya
321
untuk pekerjaannya seperti yang diharapkan oleh organisasi tersebut (Moon 2000;
Worrall et al., 2000).
Gambaran pengorbanan yang diikuti kegigihan semangat dan kekentalan jiwa yang
dimiiki burung bayan merupakan refleksi terhadap komitmen yang diterjemahkan watak
Burung Bayan terhadap majikannya, iaitu pemimpin. Komitmen yang terserlah pada
watak burung Bayan ini telah memanifestasikan satu konsep ketaatan dan kesetiaan yang
tidak berbelah bahagi terhadap majikan telah diangkat secara sederhana oleh pengarang
dalam penelitian teks ini. Komitmen pekerja dilihat sebagai suatu keperluan dalam
perkembangan sesebuah organisasi (O’Malley, 2000). Organisasi biasanya amat
menghargai komitmen pekerjanya memandangkan pekerja yang mempunyai komitmen
tinggi cenderung untuk dikaitkan dengan hasil kerja yang baik seperti peningkatan
produktiviti, kepuasan kerja, kestabilan suasana kerja dan sebagainya (Worrall et al.,
2000; Culverson, 2002). Oleh itu, terdapat dua aspek yang dapat disimpulkan daripada
tafsiran komitmen yang menunjukkan komitmen terhadap organisasi iaitu aspek
kesetiaan dan aspek penglibatan (Daud, 2010). Daripada perbincangan di atas, dapat
disimpulkan bahawa komitmen adalah identifikasi dan keterlibatan seseorang yang relatif
kuat terhadap organisasi. Komitmen adalah keinginan anggota-anggota organisasi untuk
tetap mempertahankan keanggotaannya dalam organisasi dan bersedia berusaha keras
bagi pencapaian tujuan organisasi telah diekspresi dalam kajian ini.
Unsur komitmen juga telah diangkat pengarang melalui penelitian dalam teks Hikayat
Awang Sulung Merah Muda. Salah satu nilai modal insan yang terakam dalam hasil
kesusasteraan Melayu tradisional ialah komitmen kepada pemimpin yang bertindak
sebagai majikan. Berdasarkan karya tersebut, rakyat diseru dan dituntut supaya
melaksanakan hak dan kewajipannya untuk mentaati pemimpin telah diangkat dalam teks
kajian melalui satu unsur yang penting yang dianalisis, iaitu komitmen. Pekerja adalah
antara penentu yang paling penting dan merupakan faktor utama yang menentukan
322
kejayaan organisasi dalam persekitaran yang kompetitif. Jika diuruskan dengan baik,
komitmen pekerja boleh membawa kepada akibat yang berfaedah seperti keberkesanan
meningkat, peningkatan prestasi dan produktiviti. Tanggungjawab Si Kembang Cina
menjalankan tugasan yang diarahkan oleh Tuan Puteri Si Helang Bakau memperlihatkan
satu komitmen terhadap majikannya dapat diteliti berdasarkan petikan di bawah:
Maka disambut oleh Tuan Puan Puteri Si Helang Bakau lalu dipanggil Si Kembang
Cina suruh masak:
Yang patut ditumis, ditumiskan,
Yang patut direndang, direndangkan,
Yang patut digulai, digulaikan.
Maka lalulah santap Tuan Puteri; dagingnya disantapkan, tulangnya disimpannya.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.7)
Dalam cerita lipur lara, watak pembantu kepada wira dan wirawati iaitu Si Kembang
Cina dan Bujang Selamat memperlihatkan manifestasi kesetiaan yang tidak berbelah
bahagi seorang pekerja kepada majikannya. Sikap yang dipamerkan oleh Si Kembang
Cina dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diserahkan kepadanya
merupakan satu manifestasi sokongan dan penghormatan seorang pekerja kepada
majikannya. Suruhan yang dilakukan dengan etika, adab dan tutur kata yang sopan dan
santun oleh majikan, iaitu Tuan Puteri Si Helang Bakau mampu memberikan keselesaan
dan mewujudkan kemesraan antara kedua-dua belah pihak. Pekerja yang mempunyai
komitmen efektif yang tinggi kekal bersama organisasi kerana mereka mahu berbuat
demikian (Allen dan Meyer, 1996).
Oleh itu, pekerja yang mempunyai tahap identifikasi yang tinggi dapat meningkatkan
perasaan kepunyaan terhadap organisasinya dan lebih terikat secara psikologi dengan
organisasi itu (Lee et.al. 2007). Kasih sayang dan ikatan kemesraan akan lebih terjalin
dengan tugasan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati. Oleh hal
yang demikian, pemupukan perasaan kasih sayang antara majikan dan pekerja penting
323
dalam memastikan kedua-dua pihak berjaya melaksanakan objektifnya. Komitmen
dilihat dari pelbagai perspektif yang merujuk kepada bermacam-macam kriteria, situasi
dan gelagat tingkah laku pekerja. Lazimnya, terdapat simbiosis kehendak di antara
organisasi dengan pekerja yang mewujudkan pertalian komitmen di antara kedua-duanya.
Pertalian iaitu komitmen yang kuat dalam diri pekerja kepada organisasinya akan
menjurus kepada hasil yang diharapkan seperti mencapai matlamat bersama, nilai dan
budaya kerja yang sehala serta keinginan untuk melaksana misi organisasi (Worrall et al.,
Bennett dan Durkin, 2000; St. Amour, 2000).
Komitmen merupakan suatu tali perhubungan antara pekerja dengan organisasi dapat
dikaitkan dengan peristiwa di atas. Tanggungjawab yang dijalankan oleh Si Kembang
Cina merupakan satu komitmen beliau dalam menerima perintah. Kemahiran mengemas,
ketelitian dalam melakukan tugasan dan menjalankan tanggungjawab tanpa sebarang
rungutan dan bantahan adalah refleksi komitmen yang dikesan dalam peristiwa di atas.
Pekerja yang mempunyai komitmen yang kuat dikenal pasti menerusi tahap
penglibatannya dan kebanggaannya menjadi salah seorang dari ahli dalam organisasi itu
(Allen dan Meyer 1990, p.121). Situasi ini memperjelaskan komitmen pekerja terhadap
organisasi yang memperlihatkan satu pertalian yang terjalin antara para pekerja dengan
organisasi tempat bekerja.
Kepercayaan yang diberikan oleh ketua untuk menjalankan tugas-tugas di istana telah
disambut dengan baik dan dilakukan dengan penuh keazaman. Hal ini membuktikan
bahawa Si Kembang Cina merupakan modal insan yang terlatih dan terpilih serta
berpengalaman luas dalam pelbagai bidang kemahiran khususnya memasak. Fiorita,
Bozeman, Young & Meurs (2007) menyatakan bahawa pekerja adalah antara penentu
yang paling penting dan adalah faktor utama yang menentukan kejayaan organisasi dalam
persekitaran yang kompetitif. Selain itu, jika diuruskan dengan baik, komitmen pekerja
324
boleh membawa kepada akibat yang berfaedah seperti keberkesanan meningkat,
peningkatan prestasi dan produktiviti. Penyataan ini juga dipersetujui oleh Azlinda Jaini
(2013, p.64) yang menyatakan bahawa pekerja yang kurang bermotivasi akan
menyebabkan kerosakan di dalam sistem pentadbiran sesebuah organisasi dan hal ini juga
berlaku disebabkan oleh kekurangan komitmen terhadap organisasi dalam menjalankan
tugas yang diberikan.
Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, terdapat peristiwa yang ditimbulkan
pengarang yang menyerlahkan unsur komitmen yang dipancarkan dalam teks kajian
berlandaskan ciri-ciri pekerja yang membantu untuk mencapai misi dan visi organisasi.
Tugas rakyat jelata menyempurnakan amanah dan titah terhadap titah raja merupakan
peristiwa yang dapat dianalisis menggunakan unsur komitmen ini. Hal ini
memperlihatkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah-bahagi kepada raja. Apabila raja
memanggil semua rakyatnya, pasti semua rakyatnya hadir. Komitmen ini boleh dilihat
daripada petikan:
Maka pada pagi keesokan hari Tuanku Si Helang Laut pun bertitah kepada Bujang
Selamat menyuruh:
Pukul tabuh larangan,
Titir canang pemanggil,
Palu gong pelaung.
Maka berhimpunlah penghulu yang empat suku, serta lembaga yang dua belas suku
dengan segala juak-juak, hulubalang, rakyat, tentera kecil dan besar, tua dan muda,
laki-laki dan perempuan belaka semuanya datang mengadap.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.3)
Maka menyahut isterinya, “Baiklah kakanda, cukup lengkap kepada kita, baik kita
memanggil sekalian isi negeri.” Maka titah baginda suruh:
Pukul tabuh larangan,
Titir canang pemanggil,
Palu gong pelaung,
Menyahut tabuh yang banyak,
Selang-seli tabuh sekeliling.
325
Maka segeralah penghulu yang empat suku, serta lembaga yang dua belas suku
dengan juak-juak, hulubalang, rakyat, tentera kecil dan besar, tua dan muda, laki-
laki dan perempuan datang mengadap lalu menyembah, “Ampun Tuanku beribu-
ribu ampun, haraplah patik diampuni ke bawah dulu yang maha mulia.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.25)
Frasa yang ditimbulkan “…Maka berhimpunlah penghulu yang empat suku, serta
lembaga yang dua belas suku dengan segala juak-juak, hulubalang, rakyat, tentera kecil
dan besar, tua dan muda, laki-laki dan perempuan belaka semuanya datang mengadap”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1988, p.25). Sumber daya manusia merupakan
salah satu unsur yang sangat menentukan keberhasilan suatu organisasi mencapai tujuan
(Suwatno & Priansa, 2011, p.102). Pencapaian matlamat ini dapat diperoleh dengan
adanya keserasian yang wujud dalam hubungan antara pemimpin dengan pekerja amat
perlu bagi memastikan keberkesanan sesebuah organisasi dapat dicapai. Selain
keserasian, persefahaman antara pemimpin dengan pekerja juga mampu mencetuskan
perasaan selesa antara dua pihak untuk saling bekerjasama dalam gerak kerja bagi tujuan
mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks ini, komitmen sebagai darjah perasaan
kepunyaan dan keterikatan individu dengan organisasi tempat mereka bekerja. Pekerja
yang mempunyai komitmen terhadap organisasi biasanya akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh bagi meningkatkan prestasi organisasi dan mereka secara sukarela.
Tugas rakyat jelata menyempurnakan amanah dan titah terhadap titah raja merupakan
peristiwa yang dapat dianalisis menggunakan unsur komitmen ini. Hal ini
memperlihatkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah-bahagi kepada raja. Apabila raja
memanggil semua rakyatnya, pasti semua rakyatnya hadir merupakan satu ikatan
psikologi antara pekerja dan majikan yang terjalin kukuh khususnya pada zaman
masyarakat Melayu feudal.
Dari perspektif pengurusan, setiap organisasi, iaitu majikan perlu sentiasa berusaha
meningkatkan kecemerlangannya dalam semua aspek terutama sekali dalam membangun
326
sikap dan nilai murni pada semua peringkat anggotanya. Merealisasikan perkara ini akan
dapat meningkatkan jangka harapan kakitangan dan organisasi dalam usaha untuk
mencapai kecemerlangan organisasi. Malahan, pekerja yang mempunyai komitmen
tinggi terhadap organisasi lebih mudah untuk memberikan sumbangan tambahan seperti
inovasi dan kreativiti, iaitu akan menyumbang ke arah keupayaan organisasi yang lebih
tinggi (Bennett dan Durkin, 2000, p.107). Lantaran itu, komitmen pekerja ke atas
organisasi adalah suatu cabang pengurusan sumber manusia yang perlu ditadbir sebaik
mungkin, sebagaimana setiap organisasi harus memberikan perhatian kepada aset sumber
manusianya. Kesedaran pentingnya perancangan, pembahagian dan penggunaan sumber
manusia yang sesuai dan betul telah menjadikan bidang pengurusan dan pembangunan
pekerja atau sumber manusia sebagai satu tripod utama dalam menentukan keupayaan
sesebuah organisasi (Noe dan Mondy, 1996; Culverson, 2002). Pengurusan sumber
manusia yang sistematik adalah penting dalam meningkatkan motivasi pekerja,
produktiviti organisasi dan seterusnya mencapai matlamat organisasi.
Sehubungan itu, pihak pengurusan perlu memupuk hubungan baik dalam kalangan
kakitangan, menghidupkan iklim organisasi yang harmonis serta memastikan agar modal
insannya memiliki kesetiaan yang tinggi terhadap organisasi tempat kerja mereka.
Organisasi biasanya amat menghargai komitmen pekerjanya memandangkan pekerja
yang mempunyai komitmen tinggi cenderung untuk dikaitkan dengan hasil kerja yang
baik seperti peningkatan produktiviti (Worrall et al., 2000; Culverson, 2002). Sikap
kepercayaan yang sangat tinggi terhadap pembantunya Si Kembang Cina dapat
diperhatikan menerusi ungkapan dalam petikan di bawah:
‘Ayuhai Si Kembang Cina, ambilkan beta cincin tiga bentuk, sebentuk bernama
“merak mengigal”, sebentuk bernama “guntul gelang biram” dan sebentuk bernama
“syahadul Makah”, serta pula ambilkan kain cindai tujuh helai, sisipkan ke dalam
bungkus kertas perbuatan Mengkasar, ditulis dengan canggai panjang, kemudian
dibubuhkan di dalam: Kembal gundi kembal bedara.’
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.67)
327
Petikan di atas jelas menampakkan ilmu dan pengetahuan Si kembang Cina tentang
selok-belok alat-alat kelengkapan peribadi raja mengangkat kepercayaan yang dipunyai
oleh Si Kembang Cina terhadap majikannya. Ilmu yang dimiliki oleh Si kembang Cina
bukan setakat menyerlahkan nilai-nilai kesopanan yang diekspresikan melalui tingkah
laku dan sikap sopan santun, malah menjangkaui lebih daripada itu. Mahshitah dan
Zawiyah (2005, p.32), pula menyatakan, pekerja yang telah lama berkhidmat memberi
reaksi yang lebih positif tentang persekitaran tempat kerja kerana mereka mempunyai
pengalaman dan tahu selok-belok pekerjaan yang dilakukan berbanding pekerja baharu.
Hal ini kerana pekerja baharu berada dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran
tempat kerja.
Perkara ini membuktikan bahawa Si Kembang Cina bukan calang-calang orang.
Ketelitian, kepatuhan, yang dimiliki jelas mengangkat kewibawaan modal insan ini
terhadap tuannya telah dipaparkan dengan sempurna dalam teks ini. Komitmen pekerja
dilihat sebagai suatu keperluan dalam perkembangan sesebuah organisasi (O’Malley,
2000). Dalam konteks ini, kesediaan pekerja untuk bekerjasama dengan pemimpin dalam
pengurusan organisasi lebih dikenali sebagai pekerja yang berkomitmen. Komitmen
merupakan sikap dan kelakuan pekerja yang amat penting dalam menentukan kelancaran
pengurusan dan tahap pencapaian matlamat organisasi. Dari satu sudut lain, komitmen
pekerja sebagai tingkah laku individu yang berteraskan kepada satu kepercayaan terhadap
nilai dan matlamat organisasi. Sementara bagi P. Ghemawat (1991) pula, komitmen
pekerja merupakan salah satu formula yang mendorong kepada kejayaan sesebuah
organisasi.
Hikayat Anggun Cik Tunggal juga merupakan naskhah yang tidak terpinggir dalam
menyentuh unsur komitmen menerusi naratif penceritaannya. Unsur komitmen ini wujud
dalam teks kajian melalui watak rakyat (pekerja) yang menunjukkan komitmen tinggi
328
terhadap pemerintah contoh tertinggi, raja (majikan). Perbincangan ini dibuktikan dengan
mengambil contoh sikap Datuk Orang Kaya Bandar melalui dua peristiwa yang dicatat
pengarang. Peristiwa pertama adalah ketika negeri yang didiami Datuk Orang Kaya
Bandar, negeri Tiku Pariaman diserang angkatan Raja Berdurai Putih, satu minggu
selepas serangan tersebut Datuk Orang Kaya Bandar beserta dua puteri raja Tiku
Pariaman; Tuan Puteri Gondan Genta Sari dan Tuan Puteri Gondan Genta Permai
berserta beberapa lagi yang terselamat kerana bersembunyi di dalam lubang tiang istana,
Datuk Orang Kaya Bandar tidak mengambil kesempatan untuk menjadikan negeri Tiku
Pariaman sebagai negeri pemerintahannya, sebaliknya menabalkan dua puteri yang
disebut dan memangku kedudukan raja yang telah mangkat tanpa mengubah adat
lembaga seperti dahulu kala (asal). Dibuktikan seperti petikan teks di bawah:
“Maka tuan puteri yang kedua itupun ditabalkan oleh Datuk Orang Kaya Besar
dengan kesukaan tentera mana-mana yang ada tinggal lagi itu akan ganti ayahanda
bondanya. Akan tetapi Datuk Orang Kaya Besar yang yang memangku kerajaan itu
memerintah negeri Tiku Pariaman, tiadalah diubah adat lembaga seperti zaman
purbakala.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal1985, p.12)
Aspek yang ingin ditekankan di sini adalah komitmen sebagai anak negeri Tiku
Pariaman yang ditunjukkan Datuk Orang Kaya Bandar dalam menyambung legasi
pemerintahan raja negeri yang telah mangkat. Walhal jika mahu pastilah boleh Datuk
Orang Kaya Bandar berhijrah ke negeri yang lainnya selepas kehancuran kerajaan Tiku
Pariaman. Hal ini sejajar dengan pandangan Yahya, Johari, Adnan, Isa, dan Daud (2008,
p.53) yang merujuk kepada tafsiran oleh Agarwal & Ramaswami (1993, p.87)
mendefinisikan komitmen sebagai keinginan individu yang kuat untuk kekal menjadi ahli
sesebuah organisasi walaupun wujud peluang untuk bertukar pekerjaan. Oleh yang
demikian dalam konteks penstafan dapat dilihat bahawa Datuk Orang Kaya Bandar dapat
dibuktikan sebagai seorang pekerja yang komitmen atas sebab yang telah disentuh dalam
perbincangan; komitmen Datuk Orang Kaya Bandar untuk kekal dalam negeri Tiku
329
Pariaman dan meneruskan pemerintahan kerajaan negeri Tiku Pariaman tanpa mengubah
corak pemerintahan (organisasi pekerjaan) dalam kerajaan negeri Tiku Pariaman.
Sebagai tambahan peristiwa rakyat negeri Tiku Pariaman yang bersama-sama
memakamkan jenazah rajanya seperti adat raja-raja yang besar-besaran juga
menunjukkan kepada kita bahawa meskipun Tiku Periaman telah hancur kerajaannya
namun rakyat masih menunujukkan komitmen mereka sebagai darah kelahiran Tiku
Pariaman (rakyat, pekerja). Kedua-dua peristiwa yang dibincangkan dibuktikan melalui
peristiwa yang dipetik daripada teks kajian seperti di bawah:
“Maka mana-mana orang besar-besar yang tinggal lagi itu pun bersiaplah
memakamkan jenazah seperti adat raja-raja yang besar-besar juga. Telah selesai
daripada itu, diperbaikilah oleh orang-orang besar akan istana mahligai tempat tuan
puteri dengan kedua dengan inang pengasuh, dayang-dayang sekaliannya itu.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.12)
Justeru, jelas dapat dirumuskan daripada perbincangan tentang unsur komitmen dalam
aspek penstafan daripada teks kajian, didapati bahawa rakyat negeri Tiku Pariaman
menunjukkan komitmen terbaik sebagai pekerja (rakyat) dengan mematuhi majikan
(pemerintah, raja). Watak Datuk Orang Kaya Besar pula menunjukkan komitmen terbaik
antara pekerja (rakyat) di negeri Tiku Pariaman. Meskipun majikan (raja) telah mati
(mangkat) namun, pekerja masih menunjukkan komitmen sebagai pekerja melalui ikhtiar
untuk meneruskan legasi syarikat (kerajaan) dan patuh dan setia kepada pengurusan
tertinggi (pemerintahan kerajaan). Sifat komitmen ini amat sukar untuk dicari dalam diri
pekerja hari ini. Pemerhatian pemakalah, di era urbanisasi ini, untuk mencari pekerja
yang berkomitmen tinggi terhadap majikan amat sukar. Komitmen ialah sikap (pendirian
atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan
sokongan dan azam yang sepenuhnya kepada sesuatu, iltizam: semuanya dihasilkan oleh
barisan pekerja yang bersemangat tinggi, bermotivasi, dan mempunyai iltizam yang
tinggi terhadap kerja. Justeru dapat kita fahami bahawa dalam lingkungan penstafan
330
komitmen adalah sesuatu yang ditunjukkan oleh pekerja terhadap majikan ke atas
pekerjaan yang dilakukan.
Manakala unsur komitmen paling mudah dan banyak dikesan. Hal ini ada
kebarangkalian yang wujud kerana latar waktu yang digunapakai dalam penghasilan teks
ini iaitu waktu pemerintahan kerajaan beraja. Perlu kita fahami latar zaman yang diguna
ketika penghasilan novel ini adalah satu latar waktu, iaitu raja sebagai pemimpin utama
yang berada dalam kelompok rakyat dimana rakyat begitu patuh kepada pemerintah. Pada
waktu itu Raja merupakan satu-satunya pemerintah yang berkuasa mutlak untuk memberi
arahan dan mencorakkan sesuatu pemerintahan kerajaan dalam sesebuah negeri. Jika
dibuat perbandingan dengan negara hari ini, watak Raja adalah berkuasa besar seperti
Perdana Menteri yang mentadbir negara. Justeru apapun dasar dan hukuman yang
diturunkan oleh raja tidak boleh ditolak rakyat.
Komitmen dalam teks Hikayat Raja Muda merupakan unsur yang tidak perpinggir
melalui analisis kajian ini. Persekitaran masyarakat Melayu tradisi yang mengamalkan
sistem feudal telah dimanfaatkan oleh pengarang silam dengan menggunakan karya
mereka sebagai wahana pendidikan dalam membentuk acuan masyarakat yang bersahsiah
tinggi dan memiliki ciri-ciri modal insan yang cemerlang. Persoalan kesetiaan rakyat
banyak diterapkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. Persoalan
kesetiaan ini diterjemahkan melalui komitmen yang tinggi terhadap majikan menjadi satu
persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita rakyat.
Merujuk kepada Porter et.al (1974, p.91) bahawa komitmen merupakan sifat yang
berkembang secara perlahan tetapi konsisten serta lebih stabil. Makanya, komitmen
adalah sifat yang boleh dipupuk yang terlepas pandang oleh pihak pengurusan dalam
aspek pentadbiran sumber manusia. Pihak pengurusan kadang-kala kurang memberi
perhatian terhadap aspek pembangunan insan yang seterusnya akan membawa kepada
331
tahap komitmen yang rendah dalam kalangan pekerja (Yahya, Johari, Adnan, Isa, &
Journal Design + Built Komitmen Dan Kepuasan Kerja Volume 6, 2013 ISSN: 1985-
6881 4 Daud, 2008). Hal ini kerana didapati komitmen pekerja dipengaruhi oleh
sokongan dari pihak pengurusan (Yahya et. al., 2008).
Hikayat Raja Muda pengarang berjaya mewujudkan beberapa unsur komitmen. Dalam
hikayat ini unsur ini banyak dikaitkan dengan unsur kerjasama. Komitmen ini terjadi
apabila seseorang ataupun sesuatu masyarakat itu memberi sepenuh perhatian ataupun
komited dalam menjalankan sesuatu tugas. Hasil analisis kajian menunjukkan
kebanyakannya ialah memberi komitmen dalam menjalankan titah sultan. Hal ini dapat
dibuktikan daripada petikan:
Maka titah baginda kepada orang besar-besar suruh siap kealatan hendak
dimakamkan ayahanda baginda. Maka orang besar-besar: Menteri, Temenggung,
Laksamana, Orang Kaya Besar serta sida-sida bentara sekalian berhimpunlah
sekalian mengadap ke peseban agung.
Terpukul tabuh larangan,
Terpalu canang pemanggi,
Maka berhimpunlah rakyat jelata, laki-laki perempuan, kecil besar, penuh sesak
masing-masing dengan kerjanya.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.34)
Persekitaran masyarakat Melayu tradisi yang mengamalkan sistem feudal telah
dimanfaatkan oleh pengarang silam dengan menggunakan karya mereka sebagai wahana
pendidikan dalam membentuk acuan masyarakat yang bersahsiah tinggi dan memiliki
ciri-ciri modal insan yang cemerlang. Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan
dalam karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional. Persoalan kesetiaan ini
diterjemahkan melalui komitmen yang tinggi terhadap majikan menjadi satu persoalan
pokok yang terpancar daripada cerita-cerita rakyat. Dalam cerita lipur lara, watak
pembantu kepada wira dan wirawati, iaitu Si Kembang Cina dan Bujang Selamat
memperlihatkan manifestasi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang pekerja
332
kepada majikannya. Petikan tersebut menyatakan bahawa jika adanya titah sultan, maka
rakyat atau pengikutnya akan membuat apa yang dihajati baginda secara komited.
Maka kata Perdana Menteri, ‘Wahai sekalian raja-raja dan orang besar-besar,
rakyat, tentera sekaliannya, tiada apa susah gaduhnya. Hamba memanggil ini
dengan titah duli Yang Dipertuan menyuruh membuat balai pancapersada di tengah
Tasik Mendam Berahi itu, seta berbuat khemah di atas Padang Biram Kemala itu,
kerana baginda hendak kenduri serta bermain-main di situ’
Maka setelah didengar oleh sekalian raja-raja dan orang besar, rakyat, bala tentera
hina-dina sekaliannya pun pergilah ke Tasik Mendam Berahi itu mengerjakan
seperti titah baginda, iaitu, masing-masing dengan kerjanya sehingga tujuh hari
tujuh malam tiada berhenti ditunggui Perdana Menteri di situ. Setelah sampai
masuk kedelapan harinya, maka sekaliannya pun sudahlah lengkap alatannya.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.69)
Salah satu nilai modal insan yang terakam dalam hasil kesusasteraan Melayu
tradisional ialah komitmen pekerja kepada pemimpin yang bertindak sebagai majikan.
Berdasarkan karya tersebut, rakyat diseru dan dituntut supaya melaksanakan hak dan
kewajipannya untuk mentaati pemimpin telah diangkat dalam teks kajian melalui satu
unsur yang penting yang dianalisis, iaitu komitmen. Pekerja adalah antara penentu yang
paling penting dan merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan organisasi dalam
persekitaran yang kompetitif. Jika diuruskan dengan baik, komitmen pekerja boleh
membawa kepada akibat yang berfaedah seperti keberkesanan meningkat, peningkatan
prestasi dan produktiviti. Petikan itu pula membicarakan, apabila titah raja inginkan
pondok, maka rakyat serta pengikutnya bertungkus lumus menuruti titah raja
sehinggakan hari kelapan barulah siap binaannya itu. Komitmen boleh didefinisikan
sebagai keinginan seseorang untuk kekal bersama organisasi iaitu suatu ikatan psikologi
antara pekerja dan organisasi (Daud, 2010). Yahya, Johari, Adnan, Isa, & Daud (2008)
merujuk kepada tafsiran oleh Agarwal & Ramaswami (1993) mendefinisikan komitmen
sebagai keinginan individu yang kuat untuk kekal menjadi ahli sesebuah organisasi
walaupun wujud peluang untuk bertukar pekerjaan. Oleh itu, terdapat dua aspek yang
dapat disimpulkan daripada tafsiran komitmen yang menunjukkan komitmen terhadap
333
organisasi iaitu aspek kesetiaan dan aspek penglibatan (Daud, 2010). Aspek kesetiaan
ialah perasaan sayang dengan organisasi dan ingin kekal menjadi sebahagian daripada
organisasi manakala aspek penglibatan pula adalah berusaha dengan bersungguh tanpa
paksaan demi kepentingan organisasi (Daud, 2010).
Komitmen dalam Hikayat Malim Deman turut diketengahkan pengarang. Dalam
hikayat ini, terdapat beberapa watak yang menunjukkan komitmen yang tinggi untuk
mencapai sesuatu objektif. Komitmen adalah sikap bertanggungjawab untuk mencapai
sesuatu yang diletakkan amanah oleh seseorang. Watak sampingan iaitu nenek kebayan,
sangat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membantu watak utama, Malim
Deman, untuk mendapatkan Tuan Puteri Bongsu pada awal cerita dan seterusnya
membantu Malim Deman untuk mendapatkan kembali isteri dan anakya di kayangan.
Pada permulaan cerita, nenek kebayan sangat komited membantu Tuanku Malim Deman
untuk mendapatkan Tuan Puteri Bongsu. Peristiwa ini terdapat dalam petikan teks:
"Maka kata Nenek Kebayan seraya tersenyum, ' Jikalau dengan pertolongan nenek
insya-Allah taala dapatlah oleh Tuanku Malim Deman itu; jikalau tiada serta
kesukaan nenek tiadalah dapat.”
(Hikayat Malim Deman 1998, p.56-57)
"Hatta, selang antara tiada berapa lamanya Tuanku Malim Deman lepas kahwin itu,
maka ada kepada suatu hari, maka Tuanku Malim Deman pun lalu bertitah kepada
adinda baginda Tuan Puteri Puteri Bongsu, 'Ayuhai adinda, nyawa kekanda,
baiklah silakan kita berangkat kembali ke kuala Bandar Muar mengadap ayahanda
bonda kerana sangatlah lamanya kakanda telah berjalan ini, entah apakah
perkhabaran ayahanda bonda yang di sana.'"
(Hikayat Malim Deman 1998, p.56-57)
Di dalam teks kajian ini, ini sudah cukup membuktikan Nenek Kebayan memberikan
komitmen yang penuh untuk membantu Malim Deman untuk mendapatkan Tuan Puteri
Bongsu sebagai isterinya. Unsur komitmen juga boleh dikenal pasti pada watak utama,
Malim Deman, yang sangat komitmen dengan tugasnya sebagai anak yang baik dan
pewaris kerajaan Bandar Muar. Hal ini dipetik dari petikan teks: “… maka Tuanku Malim
334
Deman pun lalu bertitah kepada adinda baginda Tuan Puteri Puteri Bongsu, 'Ayuhai
adinda, nyawa kekanda, baiklah silakan kita berangkat kembali ke kuala Bandar Muar
mengadap ayahanda bonda kerana sangatlah lamanya kakanda telah berjalan ini, entah
apakah perkhabaran ayahanda bonda yang di sana” (Hikayat Malim Deman, 1998,
p.56)
Titah Malim Deman kepada isterinya ini menunjukkan beliau seorang yang
bertanggungjawab dan komited dengan tugasnya sebagai seorang raja dan anak yang
baik. Kerisauannya membuktikan beliau mempunyai komitmen dalam menjalankan
amanah yang dipertanggungjawab sebagai anak yang berbakti kepada ibubapa. Definisi
komitmen yang diberikan oleh John dan Taylor (1999) menyatakan bahawa komitmen
dijelmakan dengan merujuk kepada usaha dan kerja keras yang ditunjukkan oleh
seseorang pekerja itu. Culverson (2002) pula mengaitkan komitmen dengan keinginan
untuk terus bekerja di sesebuah organisasi itu. Mathis & Jackson dalam Sopiah (2008,
p.155) memberikan definisi “Organizational Commitment is the degree to which
employees believe in and accept organizational goals and desire to remain with the
organization.” Mowday dalam Sopiah (2008, p.155) menyebut komitmen kerja sebagai
istilah lain dari komitmen organisasional. Menurutnya, komitmen organisasional
merupakan dimensi perilaku penting yang dapat digunakan untuk menilai kecenderungan
pegawai. Secara ringkasnya, komitmen merupakan suatu tali perhubungan antara pekerja
dengan organisasi. Komitmen dalam kajian ini akan dilihat dari pelbagai perspektif yang
merujuk kepada pelbagai kriteria situasi dan gelagat tingkah laku pekerja dalam
organisasi pentadbiran.
6.5 Unsur Motivasi
Secara konseptualnya, istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin “movere” yang
bermakna bergerak. Oleh itu, istilah ini bertepatan dengan dua kata yang membentuk
335
istilah motivation iaitu motive dan action. Pendapat Harold Koontz (1987) dalam Suharto
dan Cahyono (2005, p.17) mengatakan bahwa motivasi sebagai salah satu reaksi yang
yang menumbuhkan keinginan atau upaya mencapai tujuan yang selanjutnya
menimbulkan ketegangan, iaitu keinginan yang belum terpenuhi, yang menyebabkan
timbulnya tindakan yang mengarah kepada tujuan dan akhirnya akan memuaskan
keinginan. Selanjutnya dijelaskan bahawa motivasi mempunyai kekuatan kecenderungan
seseorang/individu untuk melibatkan diri dalam kegiatan yang mengarah kepada sasaran
dalam pekerjaan sebagai kepuasan, tetapi lebih lanjut merupakan perasaan senang atau
rela bekerja untuk mencapai tujuan pekerjaan
Gorys Keraf (1994, p.161-162) mengemukakan bahawa motivasi merupakan suatu
tenaga atau kekuatan yang berada dalam diri seseorang dan mendorong orang tersebut
untuk melakukan suatu tindakan. Wibowo (2011) pula menjelaskan bahawa motivasi
adalah dorongan terhadap serangkaian proses perilaku manusia pada pencapaian tujuan.
Daya pendorong tersebut disebut sebagai motivasi, iaitu sesuatu yang menimbulkan
semangat atau dorongan kerja (Gerungan 1982, p.23). Secara ringkasnya, motivasi boleh
dirumuskan sebagai dorongan untuk melakukan tindakan bagi mencapai tujuan tertentu.
Motivasi dikaitkan dengan dorongan dalaman seseorang, iaitu suatu tenaga yang
menggerakkan tindakan bagi mencapai sesuatu matlamat yang tertentu.
Dari aspek sumber manusia, dorongan ditakrifkan sebagai kesediaan individu atau
kumpulan untuk menyumbang tenaga dan usaha bagi mencapai sesuatu matlamat atau
tujuan. Dorongan seseorang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan tidak terhad kepada
motif yang ditetapkan seseorang atau desakan yang diterima olehnya. Secara umumnya,
proses motivasi bermula apabila seseorang mengenal pasti keinginan atau keperluannya.
Apabila wujud keinginan atau keperluan ini, ketidakseimbangan dalam dirinya terhasil.
Ketidakseimbangan ini adalah dorongan yang akhirnya membentuk suatu motif atau
336
matlamat. Seseorang mengurangkan ketidakseimbangan tersebut melalui tindakan yang
dapat memenuhi motifnya.
Unsur motivasi ialah suatu konsep yang menghuraikan tentang kekuatan-kekuatan
yang ada dalam diri seseorang. Motivasi secara umum berkaitan dengan usaha untuk
memenuhi tujuan. Dalam batasan tersebut didapat tiga elemen kunci, iaitu usaha, tujuan
organisasi, dan keperluan. Motivasi merupakan satu semangat dan dorongan yang datang
dan digerakkan atas sebab-sebab tertentu. Seseorang yang mempunyai satu pertalian yang
rapat boleh menjadi penggerak dan pencetus sumber motivasi untuk mencapai sesuatu
hajat.
6.5.1 Terapan Unsur Motivasi dalam Cerita Lipur Lara Terpilih
Hikayat Awang Sulung Merah Muda merupakan teks kajian yang memperlihatkan unsur
motivasi melalui pengembaraan watak utamanya. Harold Koontz (1987) dalam Suharto
dan Cahyono (2005:17) mengatakan bahawa motivasi sebagai salah satu reaksi yang yang
menumbuhkan keinginan atau upaya mencapai tujuan yang selanjutnya menimbulkan
ketegangan, iaitu keinginan yang belum terpenuhi, yang menyebabkan timbulnya
tindakan yang mengarah kepada tujuan dan akhirnya akan memuaskan keinginan.
Pandangan ini mempunyai hubung kait dengan motivasi yang tergambar pada watak
utama dalam teks kajian, iaitu Awang Sulung Merah Muda. Berbekalkan keinginan,
semangat dan keazaman yang tinggi untuk melunaskan hutangnya, pengarang telah
menonjolkan dan mendampakkan satu gambaran motivasi dalaman seorang bakal
pewaris takhta kerajaan yang telah diketengahkan melalui teks ini pada watak
protagonisnya, iaitu Awang Sulung Merah Muda. Hal ini dapat diperhatikan dalam
petikan-petikan di bawah:
Sebermula tersebutlah perkataan Awang Sulung Merah Muda pergi ke rumah emak
saudaranya di dalam negeri itu meminta air dan nasi. Maka jawab emak saudaranya,
337
“Apakah hendak diberikan sedangkan anakku tiada makanan? Kononlah pula
hendak diberikan kepada engkau.” Maka berjalanlah Awang Sulung Merah Muda
ke rumah emak saudaranya yang tengah dengan letih lesu badannya sehingga tiada
boleh berdiri lagi, oleh beberapa lamanya tiada mendapat makan dan minum. Maka
ia pun meminta air dan nasi situ sebab terlampau dahaganya. Maka dijawab oleh
emak tengahnya, “Anak aku lagi tak makan, kononlah pula engkau.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.42)
Maka turunlah ia masuk ke sampan sempang-sempung, pengayuh romping lalu
berkayuh tiba di Pulau Pisang diambilnya getah pisang disapukan ke badannya, tiba
di Pulau Belacan diambilnya belacan disapukan kepada sekalian tubuhnya, tiba di
Pulau Jelutung disapukannya kepada badannya seraya berkata, “tinggallah Pulau
Jelutung aku berkayuh membawa untungan.” Maka dipakaikannya kain compang-
camping: Tengkolok bagai tali ayam; serta dipadamnya giginya dengan malau.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.44)
Maka berkatalah Awang Sulung, “Sekarang anakanda hendak bertanya. Anakanda
tiada tahu akan adat, anakanda baru:
Umur setahun jagung,
Darah setampuk pinang,
Besar di bawah pisang goyangan,
Besar di bawah tebu berlengkar.
Sebab itulah anakanda hendak bertanya darihal orang belayar. Jikalau datang angin
dari selatan, bagaimana sentak layarnya? Jikalau datang angin dari utara,
bagaimana sentak layarnya? Jikalau menempuh negeri orang, bagaimana adatnya?”
Lalu dijawab emak bongsunya, “Hai anakku, jikalau engkau belayar; datang angin
dari barat, sentak layar sebelah selatan. Begitulah anakku buat, pendapat bonda.”
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.39)
Unsur motivasi yang ditonjolkan oleh watak utama ini dipaparkan oleh pengarang
melalui tiga rangkaian peristiwa penting yang dianalisis, iaitu sebelum pengembaraan dan
semasa pengembaraannya. Peristiwa mendapatkan makanan dan peristiwa mendapatkan
ilmu pelayaran daripada bondanya merupakan peristiwa yang tercetus sebelum
berlakunya pengembaraan. Bertitik tolak daripada dua peristiwa tersebut, tercetusnya
satu peristiwa penyamaran baginda sebagai budak hitam dalam satu siri pengembaraan
yang penuh dramatik. Hal ini diperkukuh Wibowo (2011) bahawa motivasi adalah
dorongan terhadap serangkaian proses perilaku manusia pada pencapaian tujuan. Daya
338
pendorong tersebut disebut sebagai motivasi, iaitu sesuatu yang menimbulkan semangat
atau dorongan kerja (Gerungan 1982, p.23). Ketiga-tiga peristiwa ini tercetus bertitik
tolak daripada dorongan dalaman iaitu keinginan Awang Sulung Merah Muda untuk
melunaskan dan melangsaikan hutangnya kepada Datuk Batin Alam selepas beliau
melalui beberapa siri kekejaman fizikal dan mental yang dilakukan ayahanda angkatnya.
Kemuncak daripada penderaan tersebut, beliau telah melarikan diri daripada
kediamannya.
Situasi bertambah parah apabila Raja menitahkan sesiapa yang membantu Awang
Sulung akan dikenakan hukuman bunuh. Desakan hebat yang ada dalam dirinya telah
menggerakkan satu motif untuk merealisasikan matlamatnya walaupun beliau terpaksa
menanggung pelbagai risiko yang mengancam nyawa dan keselamatannya. Keinginan
dan keperluan yang perlu dicapai juga menyebabkan beliau sanggup merendahkan
maruah, martabat dan keturunan demi melaksanakan tanggungjawabnya untuk
menyelesaikan hutang kepada ayahanda angkatnya, iaitu Tuanku Datuk Batin Alam
walaupun beliau merupakan bakal pewaris takhta kerajaan. Sikap mengetepikan darjat
dan keturunan sebagai bakal pewaris takhta kerajaan dapat diperhatikan sewaktu
peristiwa penyamaran tersebut membuktikan wujudnya satu dorongan dan desakan
dalaman yang begitu kuat yang ada pada diri watak untuk menyempurnakan
matlamatnya.
Peristiwa penyamaran daripada seorang putera raja kepada budak hitam telah
meruntuhkan satu tembok kekuasaan dan keegoan yang ada pada diri seorang pemimpin
demi merealisasikan objektifnya. Hal ini mendampakkan integriti dan karisma seorang
pemimpin dari keturunan bangsawan yang ditimbulkan melalui watak Awang Sulung
Merah Muda, jelas memperlihatkan kecelikan pengarang berkenaan signifikannya unsur
motivasi yang diangkat dalam teks tersebut. Gagasan idea yang dilontarkan pengarang
bukanlah memperlihatkan rendahnya tahap pemikiran seorang pemimpin sebaliknya
339
memperlihatkan satu proses pemikiran yang berwawasan dan terkehadapan seorang
pemimpin untuk merealisasikan objektif menyelesaikan hutang kepada ayah angkatnya.
Satu lantunan sikap terpuji yang harus diteladani selaras dengan budaya dan perspektif
agama iaitu tanggungjawab dalam menyelesaikan hutang merupakan indikator penting
yang diangkat Pawang Ana dan Raji Haji Yahya menerusi teks ini telah diekspresi
melalui satu unsur motivasi yang telah disuntik pada watak utama tersebut. Secara
ironinya, motivasi diri yang diangkat pengarang melalui pengembaraan watak protagonis
ini telah meninggikan dan mengangkat martabat, kewibawaan dan kepercayaan
masyarakat terhadap seorang pemimpin Melayu tradisi telah diekspresikan dalam kajian
ini.
Dalam teks kajian Hikayat Anggun Cik Tunggal ini, pengarang telah menimbulkan
unsur motivasi dalam diri watak utama, iaitu Raja Anggun Cik Tunggal. Pendapat Harold
Koontz (1987) dalam Suharto dan Cahyono (2005:17) mengatakan bahwa motivasi
sebagai salah satu reaksi yang menumbuhkan keinginan atau upaya mencapai tujuan yang
selanjutnya menimbulkan tensi (ketegangan), iaitu keinginan yang belum terpenuhi, yang
menyebabkan timbulnya tindakan yang mengarah kepada tujuan dan akhirnya akan
memuaskan keinginan.
Menerusi kronologi penceritaan, Raja Anggun Cik Tunggal telah termotivasi untuk
bertaruh dan bertarung nyawa dengan Raja Berdurai Putih selepas baginda mengetahui
cerita tentang penindasan dan penganiayaan yang pernah dilakukan Raja Berdurai Putih
ke atas seluruh keturunan nendanya, Tuan Puteri Gondan Genta Sari sewaktu menawan
negeri tersebut. Dengan motif baginda untuk menuntut keadilan atas penganiayaan yang
telah dilakukan oleh Raja Berdurai Putih itu, Raja Anggun Cik Tunggal telah menyimpul
tekad untuk beradu nasib dengan raja yang digeruni akan takhta pemerintahannya, Raja
Berdurai Putih. Dapat dilihat peristiwa ini melalui petikan teks di bawah:
340
Hatta setelah didengar oleh Raja Anggun Cik Tunggal, akan kata Nakhoda Bahar
itu, terlalulah amat murka merah padam warna mukanya serta ianya menangis
kasihan belas akan nenda baginda yang ketujuh itu.
“Ayuhai nenda, adapun niat hati cunda cuma ini hendak mengadu untung nasib
celaka yang malang ini dengan Raja Berdurai Putih negeri Teluk Tambang Papan,
jikalau untung sabut. timbullah, jikakalau untung batu tenggelamlah cunda; jikalau
nenda izinkan cunda bermohon juga; kerana cunda malu duduk di dalam negeri ini
tiada daya upaya cunda hendak menyapu arang di muka cunda, relalah cunda
membuang diri dari segenap teluk rantau negeri orang; jikalau hidup pun tiada
berguna; daripada hidup yang demikian ini baiklah mati sekali.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1985, p.28)
Memetik baris lafaz Raja Anggun Cik Tunggal dalam petikan di atas: “kerana
cunda malu duduk di dalam negeri ini tiada daya upaya cunda hendak menyapu
arang di muka cunda, relalah cunda membuang diri dari segenap teluk rantau negeri
orang; jikalau hidup pun tiada berguna; daripada hidup yang demikian ini baiklah
mati sekali.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1985, p.28)
Berdasarkan ketiga-tiga peristiwa yang dikesan pada halaman 26 dan 28, tergambar
satu unsur motivasi intrinsik, iaitu dorongan dan desakan dalaman dalam diri Raja
Anggun Cik Tunggal. Pengkaji membuat satu rumusan awal bahawa, Raja Anggun Cik
Tunggal telah berjaya dimotivasikan untuk bertarung dengan Raja Berdurai Putih kerana
rasa malu dengan sifat lahiriah baginda yang mempunyai tubuh yang gagah perkasa dan
ditambah lagi dengan kehebatannya dalam pertarungan seperti sabung ayam, bermain
sepak raga, catur dan jogar tetapi tidak menuntut bela ke atas keturunan nendanya yang
ditindas si zalim, Raja Berdurai Putih. Tidak dapat disangkal bahawa dorongan terawal
yang mencetuskan motivasi Raja Anggun Cik Tunggal adalah melalui kata-kata yang
disampaikan Nakhoda Bahar semasa di negeri Tiku Benua seperti petikan teks di bawah:
“Maka sembah Nakhoda Bahar: “adapun sekalian permainan itu semuanya alah
oleh Tuanku, kerana patik ketahui Tuanku raja yang arif bijaksana serta berani
gagah perkasa, tambahan pula kesaktian kerana ayahanda baginda raja negeri
kayangan; patik ini apalah hendak menang kerana hamba rakyat Tuanku juga kan
tetapi yang hairan di hati patik seperti nenda yang laki-laki empat orang, nenda
yang perempuan tiga orang habis ditawan oleh raja Bedurai Putih raja negeri Teluk
Tambang Papan dibawanya pulang ke negerinya; tiadakah Tuanku malu rasanya
hendak menyapu arang di muka? Jikalau ada padi, berhampalah. Jikalau ada berhati
adakah bersalah seperti sembah patik ini?”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1985, p.26)
341
Gambaran peristiwa di atas diperkukuh dengan pandangan Gorys Keraf (1994, p.161-
162) yang mengemukakan bahawa motivasi merupakan suatu tenaga atau kekuatan yang
berada dalam diri seseorang dan mendorong orang tersebut untuk melakukan suatu
tindakan. Motivasi tersebut dapat berupa emosi, suasana, atau gagasan. Terusik dan
tercabar dengan kebenaran kata-kata Nakhoda Bahar, akhirnya telah memotivasikan diri
Raja Anggun Cik Tunggal untuk beradu kekuatan dengan Raja Bedurai Putih. Situasi ini
menampakkan satu dorongan dan desakan dalaman yang ada dalam diri Raja Anggun Cik
Tunggal telah menggerakkan satu tindakan drastik untuk merealisasikan agenda Raja
Anggun Cik Tunggal, iaitu membalas dendam. Berbekalkan semangat yang kental dan
keazaman yang membuak-buak, Raja Anggun Cik Tunggal telah berjaya membentuk satu
indikator penting dalam diri baginda iaitu unsur motivasi yang telah diberikan oleh
Nakhoda Bahar untuk menjayakan agendanya. Bertitik tolak daripada motivasi inilah,
Raja Anggun Cik Tunggal telah berjaya menjalankan tanggungjawab dan kewajipannya
untuk menuntut bela dan membalas dendam terhadap Raja Bedurai Putih. Kejayaan
berpihak kepada baginda membuktikan bahawa motivasi sangat berperanan dalam
membentuk tingkah laku dan menggerakkan tindakan dalaman seseorang individu telah
dipraktikkan Raja Anggun Cik Tunggal.
Melalui penelitian dalam teks kajian Hikayat Malim Dewa, kejayaan sesebuah
organisasi dapat dihubungkaitkan melalui unsur motivasi yang diberikan sama ada
daripada anggota keluarga, ketua, rakan sekerja dan sebagainya. Motivasi penting bagi
memastikan individu mendapat satu semangat dan aura yang sihat dan positif dalam
menjalankan dan menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Hal
ini diperkukuhkan Harold Koontz (Moekijat 2001, p.5) bahawa motivasi menunjukkan
dorongan dan usaha untuk memenuhi atau memuaskan suatu tuntutan atau untuk
mencapai suatu tujuan. Peristiwa dalam teks kajian yang telah dikenal pasti yang boleh
dikaitkan dengan unsur motivasi dapat diteliti dalam petikan di bawah:
342
Maka bonda baginda pun datanglah mendapatkan anakanda baginda, seraya
dipeluk diciumnya akan puteranya lalu bertitah, “ayuhai anakanda cahaya mata
bonda, baiklah anakku memerintah negeri adil dan murah, turut seperti ayahanda
dahulu, janganlah disekati seisi negeri ini, biar tilik timbangan yang sebenarnya.”
(Hikayat Malim Dewa, 1988, p.17)
Ainon Mohd. (2003, p.3) menegaskan bahawa istilah motivasi memberi makna
mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku. Peristiwa pada halaman
17 dalam petikan di atas memperlihatkan satu suntikan motivasi yang diberikan bonda
kepada Tuanku Malim Dewa sejurus selepas pertabalannya menggantikan ayahandanya
Tuanku Raja Muda Ulama. Ungkapan “... baiklah anakku memerintah negeri dengan
adil dan murah, turut seperti ayahanda dahulu...” memperlihatkan satu gambaran
pengharapan dan emosi yang teramat sangat daripada bondanya agar Tuanku Malim
Dewa dapat memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dengan amanah dan adil. Nasihat
ini dapat dijadikan suatu suntikan semangat dan dorongan dalam diri baginda agar dapat
memacu hala tuju pentadbiran negeri dengan adil, bijaksana dan saksama seperti yang
terdapat pada ungkapan “... janganlah disekati seisi negeri ini, biar tilik timbangan yang
sebenarnya.”.
Sebagai pengganti takhta warisan ayahandanya, Tuanku Malim Dewa merupakan
pemimpin negeri yang amat memerlukan dorongan, panduan dan kata-kata semangat bagi
memikul tanggungjawab yang berat sebagai pemimpin dalam sebuah negeri
memandangkan beliau masih mentah dan kurang arif dan pengalaman dalam selok-belok
pentadbiran negeri. Tidak terkecuali dalam pandangan agama Islam sendiri mengaitkan
adanya hubung kait antara motivasi dan kualiti kerja amatlah jelas seperti yang dapat
dikaitkan dengan peristiwa di atas. Islam mendidik untuk bekerja bukan kerana dorongan
peribadi semata-mata malah mereka perlu sentiasa bermotivasi dan sentiasa berusaha
mencari jalan untuk meningkatkan kualiti pekerjaan dari semasa ke semasa. Kata-kata
semangat ini yang diluahkan bonda Tuanku Malim Dewa dapat dijadikan satu pencetus
343
dan inspirasi kepada Tuanku Malim Dewa dalam memelihara keamanan dan keselamatan
negeri bawah pemerintahannya lantas dapat dijadikan satu pencetus motivasi terhadap
dirinya.
6.6 Unsur Upah dan Ganjaran
Dalam sesebuah organisasi, tidak kira siapa pun anda ataupun mereka sudah pasti
menantikan upah atau ganjaran setelah berpenat lelah dalam melaksanakan
tanggungjawab. Jika dilihat situasi pada masa kini, pekerja akan diberikan ‘gaji’ oleh
majikan setelah sudah cukup bulan bekerja. Gaji yang diperoleh digunakan untuk
memenuhi keperluan dan tuntutan kehidupan sama ada untuk diri sendiri atau kehidupan
berkeluarga. Upah dan ganjaran juga merupakan bentuk ganjaran yang diterima oleh
pekerja daripada organisasi kerana sumbangan yang dicurahkan. Secara umumnya,
ganjaran yang diterima terdiri daripada gaji, upah, kenaikan gaji, bonus, intensif dan apa
sahaja bentuk ganjaran yang berkaitan dengan kewangan. Ganjaran secara umumnya
dapat ditakrifkan sebagai bayaran, pampasan, saraan atau pengurusan gaji dan upah.
Istilah ini sering diguna pakai secara bertukar ganti dalam organisasi, namun masih
merujuk kepada maksud yang sama (Azman et al., 2014; Milkovich & Newman, 2008;
Rajkumar, 1996). Dalam kajian ini, ganjaran merujuk suatu bentuk penghargaan atau
faedah yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja atas prestasi baik yang ditunjukkan.
6.6.1 Terapan Unsur Upah dan Ganjaran dalam Teks Cerita Lipur Lara
Terpilih
Berdasarkan penelitian dalam teks Hikayat Malim Dewa, sistem upah atau ganjaran telah
dipraktikkan oleh pihak pengurusan iaitu majikan telah dapat dikesan dalam teks kajian.
Harold Koontz dan Heinz Weihrich (1997, p.302) mengemukakan pendapat penstafan
sebagai mengisi dan memelihara agar terisi, jawatan dalam struktur organisasi dengan
mengenal pasti keperluan tenaga kerja, menginventori orang-orang yang boleh didapati,
344
mengambil, memilih, menempatkan , menaikkan pangkat, menilai, merancang kerjaya,
memberikan pampasan, dan melatih atau kalau tidak pun memajukan calon mahupun
pemegang kerja sekarang untuk menyempurnakan tugas mereka dengan cekap dan
berkesan.” Walau bagaimanapun ganjaran yang ditimbulkan dalam karya ini bukan dari
aspek kewangan tetapi lebih cenderung kepada ganjaran berbentuk material seperti yang
dapat diperhatikan dalam petikan di bawah ini:
Lalu Datuk Bentara Pipih Seri Dalam dititahkan oleh Tuanku Malim Dewa
memberi derma sedekah daripada emas perak, kain baju dua buah perbendaharaan,
semua habis disedekahkannya. Sekalian orang miskin pun menjadi kayalah oleh
kebanyakan menerima ampun sedekah kurnia.
(Hikayat Malim Dewa, 1988, p.11)
Setelah selesai menjunjung itu, maka sekalian dikurniai baginda persalinan yang
khas. Maka masing-masing pun menyembah, duduk beratur mengikut tarafnya.
Baginda berangkatlah masuk istana diiringkan oleh Bujang Selamat dengan inang
pengasuh, kanda-mandanya sekalian, lalulah masuk ke dalam bilik tempat
peraduan bersalin pakaian itu serta bersemayam di atas peterana.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.16)
Setelah Burung Bayan kembali ke istana Tuanku Malim Dewa: Maka sahut
baginda, “silakanlah anakku kembali, tetapi nantilah dulu, ayahanda hendak
menjamukan makan barang di atas kadarnya”. Maka baginda pun bertitah kepada
budak-budak kundangnya menyuruh Si Kembang Cina bersiapkan bertih tujuh biji,
serta pula dengan air serbat.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.46)
Peristiwa pada halaman 11, 16 dan 46 dalam petikan di atas, jelas membuktikan
bahawa terdapatnya satu sistem pengurusan yang berkaitan aspek ganjaran atau upah
telah diterapkan dalam teks kajian. Upah dan ganjaran yang diberikan Sang Raja kepada
rakyat, pembantu istana, iaitu Si Kembang Cina dan Burung Bayan yang membantunya
lebih menjurus kepada barangan keperluan seperti makanan, persalinan serta emas dan
perak. Tujuan pemberian upah dan ganjaran kepada pekerja dalam organisasi yang
disempurnakan dalam teks kajian secara adil dan setimpal dengan usaha mereka adalah
sebagai daya tarikan untuk mengekalkan sumber tenaga mereka yang cekap dan efektif
345
di samping memelihara kebajikan dan keperluan rakyat jelata. Pekerjaan merupakan satu
medium yang mempamerkan hubungan timbal balas yang memperlihatkan pekerja
menawarkan usaha sebagai pertukaran kepada ganjaran nyata (seperti gaji dan manfaat
lain) dan ganjaran tidak nyata (penghormatan dan penghargaan) yang diterima dari
organisasi (Eisenberger et al. 1990).Hal ini diperkukuh Farah Liyana et al. (2014) dan
Adeoye & Fields (2014) bahawa sistem ganjaran merupakan salah satu faktor penting
yang mampu menyumbangkan kepada keberkesanan sesebuah organisasi dan dapat
memberikan kesan yang positif terhadap sikap dan gelagat individu.
Ternyata, pembuktian dalam ketiga-tiga peristiwa di atas, jelas memperlihatkan satu
tanggungjawab majikan yang berjaya menyempurnakan hak rakyat sebagaimana yang
dapat dikaitkan dengan konsep pengurusan upah dalam teks kajian.Upah atau gaji adalah
hak pemenuhan ekonomi bagi pekerja yang menjadi kewajipan dan tidak boleh diabaikan
oleh para majikan atau pihak yang mempekerjakan. Dari sudut organisasi, ganjaran
merupakan salah satu fungsi pengurusan sumber manusia yang penting dan ianya
melibatkan pentadbiran, perancangan dan pengurusan kepelbagaian sistem ganjaran
(contohnya, bayaran langsung dan tidak langsung atau ganjaran kewangan dan bukan
kewangan) yang akan dibayar kepada pekerja yang telah melaksanakan tugas dan
berkhidmat kepada organisasi (Milkovich et al., 2014; Henderson, 2009; Azman et al.,
2007). Sebegitu pentingnya masalah upah pekerja ini, Islam memberi pedoman kepada
para pihak yang mempekerjakan orang lain bahawa prinsip pemberian upah harus
mencakup dua hal, iaitu adil dan mencukupi. Prinsip tersebut terangkum dalam sebuah
hadis Nabi yang diriwayatkan Imam Al-Baihaqi, “Berikanlah gaji kepada pekerja
sebelum kering keringatnya, dan beritahukan ketentuan gajinya, terhadap apa yang
dikerjakan.”Perbincangan dalam teks kajian ini menyerlahkan bahawa konsep upah dan
ganjaran merupakan satu aspek yang telah diterapkan pengarang dalam teks kajian. Hal
ini sekali gus membuktikan bahawa aspek pengurusan khususnya yang berhubung
346
dengan aspek upah dan ganjaran telah diekspresikan oleh pengarang dalam teks kajian
melalui penelitian secara rinci dalam kajian ini.
Unsur upah & ganjaran juga dapat dikesan dalam Hikayat Awang Sulung Merah
Muda. Dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda, unsur ini telah diterapkan pengarang
seperti yang dijelaskan dalam petikan di bawah.
Setelah didengar oleh Datuk Batin Alam, maka amatlah sukacita rasa hatinya kedua
laki isteri mengucap syukur kepada Tuhan seru sekalian alam, lalu dikurniakannya
hadiah kepada Tuan Kadi emas setaka kuning.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.20)
Maka titah Tuanku Batin Alam, “Insya-Allah baiklah, tiadalah apa-apa beta hendak
member hadiah kepada Tuan Malim Kecil, melainkan Tuan Kadi berilah separuh
emas yang setaka kuning dahulu itu.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.23)
Maka menyahut Awang Sulung Merah Muda, “Hai Datuk Mudin tolonglah tangkal
lagi sahaya ini sebab Datu Mudin akan pulang sahaya akan tinggal.” Maka bertitah
Tuanku Datuk Batin Alam, “Sudahlah lepas hutang Datuk Mudin, tinggallah
menanggal kundang.” Lalu bertitah suruh ambil tiga rial batu berikan kepada Datuk
Mudin.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.31)
Dalam ketiga-tiga peristiwa dalam petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa terdapat
satu sistem upah & ganjaran yang direfleksikan dalam teks kajian. Ganjaran tidak nampak
atau ganjaran dalaman (intrinsik) merujuk kepada bentuk ganjaran yang tidak tercatat
secara langsung merupakan suatu bentuk pemberian secara tidak langsung hasil daripada
situasi, tindakan atau kegiatan yang wujud dalam organisasi yang membawa impak
positif kepada tahap intelektual, emosi dan keselesaan fizikal para pekerja (Haszaile
Hassan, 2012, p.41). Pemberian emas setaka kuning, separuh emas setaka kuning dan
tiga rial batu kepada Tuan Kadi Kecil, Datuk Mudin dan Tuan Malim Kecil
memperlihatkan satu konsep pemberian upah yang telah dilaksanakan pada zaman
masyarakat Melayu tradisional. Pengurusan pembayaran atau pemberian upah dan
ganjaran merupakan satu lagi isu yang diangkat pengarang dalam penelitian ini. Adalah
347
diingatkan bahawa cara sesebuah organisasi melayani pekerja mungkin memiliki kesan
yang kuat pada sikap pekerja terhadap pekerjaan dan organisasi tersebut (Shore dan
Tetrick, 1991; Shore & Wayne, 1993). Perlu dijelaskan, walaupun sistem pemberian upah
masyarakat Melayu tradisional tidak dijelaskan secara rinci, namun konsep upah ini telah
pun diimplementasikan dalam karya sastera Melayu tradisional. Pemikiran pengarang
yang terkehadapan dan kompetitif berhubung aspek pengurusan telah mendampakkan
satu sistem pelaksanaan upah yang efektif telah diekspresikan dalam teks kajian. Sistem
pembayaran upah dan ganjaran yang baik dan pelaksanaan yang efektif akan
mempengaruhi kepuasan, kesetiaan dan produktiviti pekerja secara positif. Hal ini
turutdiperkuat oleh Lincoln dan Kalleberg (1990) yang berpendapat bahawa ganjaran
yang ditawarkan oleh organisasi memiliki kesan yang kuat pada sikap pekerja terhadap
pekerjaan dan organisasi mereka.
Hasil penelitian, upah dan ganjaran dalam Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal telah
diangkat oleh pengarang. Dalam teks kajian, dapat dilihat bahawa unsur upah dan
ganjaran jenis instrinsik ada dipraktikkan oleh pengarang. Hal ini dibuktikan melalui satu
peristiwa, iaitu ganjaran berbentuk keselamatan negeri Tiku Pariaman ditawarkan oleh
Raja Bedurai Putih sebagai ganjaran kepada raja negeri Tiku Pariaman jika memenuhi
permintaan yang dititahkan baginda. Peristiwa ini diperincikan melalui petikan teks
berikut:
Jikalau takut asanya akan bahaya daripada kita, hantarkanlah dengan semua
segeranya; jikalau tidak nescaya kita ambil juga dengan kekerasan; kita langgar
negeri ini dan kita jadikan: padang jarak, padang tengkukur.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1985, p. 7)
Petikan daripada teks kajian di atas telah membuktikan kehadiran elemen upah dan
ganjaran jenis instrinsik telah dipraktikkan. Bagi memelihara kesejahteraan dan
keamanan negeri Tiku Pariaman daripada diserang oleh negeri yang kuat dan hebat takhta
kerajaannya di bawah naungan Raja Berdurai Putih itu, Raja Berdurai Putih telah
348
meminta daripada raja negeri Tiku Pariaman itu keempat-empat orang puteri baginda
sebagai ganjaran untuk Raja Berdurai Putih yang tidak menurunkan arahan untuk
melangggar (memerangi) negeri Tiku Pariaman. Namun tawaran ganjaran ini tidak
berjaya memenangi hati raja negeri Tiku Pariaman itu, lalu berlakulah pertumpahan darah
di bumi Tiku Pariaman.
Di sini dapat kita lihat bahawa hanya pihak yang berkuasa atau mempunyai kelebihan
yang mampu menawarkan ganjaran. Tidak berbeza dengan konsep di alam pekerjaan,
iaitu ketua dalam syarikat yang akan menawarkan ganjaran atas perkhidmatan cemerlang
pekerja seperti pemberian bonus, hadiah pakej pelancongan dan sebagainya. Dalam teks
kajian ini juga dapat kita lihat satu corak yang sama, iaitu Raja Bedurai Putih yang lebih
berkuasa berbanding raja negeri Tiku Pariaman yang telah menawarkan ganjaran kepada
raja negeri Tiku Pariaman tidak sebaliknya. Telah diketahui bahawa kerajaan Raja
Bedurai Putih amat digeruni kerana kerajaan ini telah berjaya menakluk banyak negeri
dan raja kerana kehebatan tentera pahlawan yang dimiliki dan kesaktian Raja Bedurai
Putih itu sendiri.
Adapun sebab nenda tiada berkhabarkan kisah nenda itu, kerana cunda kecil lagi
tiada suatu gunaannya pada fikiran nenda! Kerana raja itu terlalu amat gagah
perkasanya. Tambahan pula terlalu banyak raja-raja yang takluk kepadanya.
(Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1985, p.7)
Perlu difahami bahawa upah dan ganjaran yang dalam prinsip penstafan adalah
ganjaran yang diberikan oleh pihak yang berkuasa (majikan) kepada yang kurang atau
tidak berkuasa (pekerja). Ganjaran ialah suatu bentuk penghargaan atau faedah yang
diberikan oleh organisasi kepada pekerja atas prestasi baik yang ditunjukkan. Malah,
hampir semua jenis pekerja baik swasta, awam, organisasi kecil dan besar dipengaruhi
oleh ganjaran (Azlinda Jaini, 2013). Justeru pengkaji harus lebih berhati-hati agar tidak
memahami dengan salah definisi ganjaran di dalam konteks penstaffing kerana ianya
349
merupakan satu bentuk yang diberi bukan satu bentuk pulangan hasil watak melakukan
sesuatu. Sebagai contoh peristiwa Cik Anggun Raja Tunggal yang beradu tenaga dengan
Raja Bedurai Putih sebagai ganjaran untuk menuntut bela ke atas penganiayaan yang
dilakukan ke atas nenda dan keturunannya tidak boleh dianggap sebagai upah dan
ganjaran dalam prinsip penstafan. Meskipun tepat ia adalah ganjaran, definisi untuk
mengaplikasi keduanya adalah berbeza.
Dalam Hikayat Raja Muda, satu bentuk penghargaan yang diberikan kepada seseorang
sebagai tanda terima kasih atas pertolongan yang dihulurkan telah dipraktikkan. Dalam
hikayat ini, didapati satu unsur ganjaran intrinsik telah diwujudkan oleh pengarang. Hal
ini dapat dibuktikan daripada petikan:
Maka sahut Tuan Puteri Telipuk Layu, ‘Silakanlah kakanda ambil, tetapi adinda
memohonkan perjanjian dengan kakanda; jikalau berputera kakanda kelak laki-
laki, adinda pohonkan menjadi suami adinda dan jikalau berputera kakanda
perempuan, adinda pohonkan menjadi kawan adinda, kerana adinda pun duduk
seorang di mahligai ini. Jikalau kakanda balik, maka haraplah adinda mendapat
perkhabaran daripada kakanda di dalam tujuh bulan ini.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.14)
Dalam petikan tersebut sebenarnya perbualan antara Tuan Puteri Telipuk Layu dengan
Raja Bujang Selamat. Tuan Puteri Telipuk Layu meminta ganjaran setelah menolong
Raja Bujang Selamat. Ganjarannya, iaitu berupa balasan sekiranya mendapat anak lelaki,
Tuan Puteri ingin berkahwin dengannya tetapi jikalau anak perempuan baginda mahukan
menjadi rakannya. Perjanjian ini memperlihatkan satu usaha yang termeterai sekiranya
kedua-dua belah pihak bersetuju. Ganjaran yang diperlihatkan di sini bukan dalan konteks
kewangan tetapi berupa barangan. Ganjaran ialah suatu bentuk penghargaan atau faedah
yang diberikan oleh organisasi kepada pekerja atas prestasi baik yang ditunjukkan.
Malah, hampir semua jenis pekerja baik swasta, awam, organisasi kecil dan besar
dipengaruhi oleh ganjaran (Azlinda Jaini, 2013, p. 54). Menurut Skinner (1969, p.107),
ganjaran merupakan suatu peneguhan (reinforcement) dan peneguhan merupakan aspek
350
yang saling berkaitan dengan keinginan untuk memenuhi kehendak seseorang individu.
Milkovich dan Newman (1993, p.75) menyatakan bahawa, ganjaran boleh melibatkan
semua bentuk pulangan kewangan dan perkhidmatan yang boleh dilihat (tangible) dan
faedah-faedah yang diterima oleh pekerja. Menurut Faizillullahwati (2002, p.62),
ganjaran terbahagi kepada dua iaitu ganjaran intrinsik dan ganjaran ekstrinsik. Ganjaran
ekstrinsik ialah ganjaran berbentuk kewangan yang dibayar secara langsung kepada
pekerja seperti gaji atau upah, bonus, elaun dan pampasan. Ganjaran intrinsik pula ialah
ganjaran yang bukan berbentuk kewangan iaitu seperti penghargaan, penghormatan dan
sanjungan.
Melalui penelitian dalam Hikayat Malim Deman ini, unsur upah dan ganjaran dapat
dikesan pada watak utama, iaitu Tuanku Malim Deman, yang meminta pertolongan untuk
mencari isteri dan anaknya yang pulang ke kayangan. Dalam perjalanan untuk ke
kayangan, beliau kembali berjumpa dengan nenek kebayan untuk mencari burung borak.
Tuanku Malim Dewa bermimpi berjumpa Tuan Saiyid wali Allah di dalam mimpinya
yang memberitahu siapa pemilik burung borak yang boleh ditemuinya. Berdasarkan
tafsiran mimpinya, beliau berjalan seharian di dalam hutan belantara sehingga berjumpa
dengan Puteri Terus Mata, anak kepada Raja Jin. Setelah berjumpa Raja Jin, beliau
bersetuju untuk meminjamkan burung borak kepunyaannya kepada Malim Deman.
Bagaimana pun pertolongan beliau itu bersyarat, iaitu Tuanku Malim Deman harus
berkahwin dengan anaknya, Tuan Puteri Terus Mata, sebagai balasan meminjamkan
burung borak. Hal ini terdapat dalam petikan teks di bawah:
"Telah didengar oleh Raja Jin akan sembah Tuanku Malim Deman terlalu bijaksana
pandai berkata-kata dengan halus manis serta pula lemah-lembut aturannya, makin
bertambah-tambah belas kasih sayangnya akan Tuanku Malim Deman. Maka Raja
Jin pun lalu bertitah, ' Ayuhai anakanda, jika sekiranya anakanda hendak pergi ke
mana-mana pun insya-Allah taala bolehlah ayahanda menyampaikan seperti
maksud anakanda itu, akan tetapinya hendaklah anakanda berjanji dahulu dengan
ayahanda.'
351
Maka sembah Tuanku Malim Deman, ' Sebenarnyalah seperti tita ayahanda itu,
patik junjunglah.' Maka titah Raja Jin, ' Jikalau anakanda mahu mengikut akan
ikhtiar ayahanda, sekarang ayahanda hendak mengahwinkan anakanda dengan
adinda Tuan Puteri Terus Mata, puteri ayahanda itu. '
(Hikayat Malim Deman 1998, p.56-57)
Hal ini menunjukkan upah dan ganjaran itu bukan sahaja dalam bentuk kebendaan,
tetapi juga dalam bentuk pertolongan. Dalam situasi Malim Deman ini, beliau diberikan
pertolongan dengan satu perjanjian bersyarat, iaitu mengahwini Tuan Puteri Terus Mata.
Ini menunjukkan sesuatu yang ingin kita hajati datang dengan sesuatu balasan atas
sesuatu yang kita terima. Para pekerja pastinya merasa diri mereka dihargai apabila
kebajikan mereka tidak terabai. Pihak pengurusan seharusnya tidak memandang remeh
ke atas kebajikan pekerja. Pekerja yang berpuashati dengan ganjaran dan faedah
yang diberi kepada mereka tidak akan mendatangkan masalah kepada majikan.
Sebaliknya, mereka akan terus bekerja bersungguh-sungguh dan secara tidak langsung
produktiviti pastinya akan meningkat. Upah perlu ditentukan secara adil dan tidak
dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Menurut SKAG, kadar upah buruh yang adil
adalah yang setimpal dengan bidang kerja (SKAG 2001, p.8), bergantung kepada kualiti
buruh yang merangkumi aspek fizikal, kemahiran latihan dan mentalnya (SKAG 2001,
p.11) dan seboleh-bolehnya melebihi kadar keperluan menampung perbelanjaan diri dan
ahli keluarganya (SKAG 2001, p.8-9).
Dari sudut pengurusan, tenaga buruh adalah satu komponen sumber manusia yang
menjadi input dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan Pekerja adalah keupayaan
fizikal dan mental yang manusia sumbangkan kepada proses pengeluaran. Sebagai
ganjaran kepada sumbangan itu, pekerja dibayar upah yang boleh berbentuk wang,
barang-barang atau sebagainya. Upah dan ganjaran merupakan balasan atas sesuatu
perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang individu. Kebiasaannya upah
dan ganjaran ini berbentuk wang, pertolongan atau barang berharga bergantung kepada
352
individu yang memberi sama ada secara seikhlas hati atau bayaran atas sesuatu
perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, Tuanku Malim Deman juga memberi ganjaran
kepada Nenek Kebayan di atas pertolongannya sewaktu baginda di kayangan. Peristiwa
ini terdapat dalam petikan teks:
"Maka Tuanku Malim Deman kedua laki isteri pun berkhabarlah pula kepada Nenek
Kebayan seraya bertitah, 'Ayuhai nenek, beta ketiga berputera ini bermohonlah kepada
nenek. Maka hadiah pemberian beta seratus dinar kepada nenek buat belanja.'
(Hikayat Malim Deman 1998, p.56-57)
Peristiwa-peristiwa yang dicungkil dalam petikan di atas membuktikan bahawa
terdapatnya aspek upah dan ganjaran dalam teks kajian. Pemberian seratus dinar itu
sebagai tanda upah dan ganjaran yang diberikan atas pertolongan Nenek Kebayan.
Seratus dinar itu merupakan simbol kepada balasan yang diberikan dalam bentuk
kebendaan dan cukup untuk membuktikan konsep pengurusan yang dikaji dalam hikayat
ini hadir melalui unsur upah dan ganjaran.Upah dan ganjaran seperti pertolongan, seratus
dinar merupakan aspek yang telah diimplementasikan oleh pengarang untuk
mununjukkan bahawa salah satu unsur penting bawah prinsip penstafan iaitu upah dan
ganjaran telah dibuktikan dalam kajian ini. Hal ini sekali gus mendampakkan bahawa
pengarang tidak mengetepikan aspek pengurusan yang dibincangkan dalam teks kajian.
Pembuktian demi pembuktian ini menyerlahkan satu indikator penting dalam teks kajian
iaitu unsur upah dan ganjaran telah diekspresikan oleh pengarang menerusi karya sastera
tradisional ini. Oleh itu, perancangan sumber manusia hendaklah membangunkan strategi
ganjaran bagi membolehkan sistem ini sentiasa relevan dengan iklim dan budaya
organisasi. Adalah menjadi kewajipan bagi sesebuah organisasi untuk memberi ganjaran
dan faedah kepada pekerja-pekerja mereka setimpal dengan tenaga kerja yang telah
dicurahkan. Kepentingan ganjaran dan faedah ini sememangnya tidak dapat dinafikan.
353
6.7 Unsur Persekitaran Kerja
6.7.1 Terapan Unsur Persekitaran Kerja dalam Teks Cerita Lipur Lara Terpilih
Pengkaji mengklasifikasikan unsur persekitaran kerja dalam analisis kajian kepada tiga
bahagian utama, iaitu:
6.7.1 Persekitaran kerja di istana
6.7.2 Persekitaran kerja di geliung panjang
6.7.3 Persekitaran kerja di negeri
6.7.1.1 Unsur Persekitaran Kerja di Istana
Persekitaran kerja yang ditampilkan dalam Hikayat Malim Dewa lebih tertumpu kepada
persekitaran kerja di istana yang di dalamnya wujud satu sistem pentadbiran yang
tersusun, iaitu sistem beraja. Analisis kajian menunjukkan bahawa persekitaran kerja
yang baik lebih-lebih lagi dalam istana dapat meningkatkan tahap produktiviti para
pekerjanya. Para pemimpin yang baik terhadap orang di bawah pimpinannya juga turut
mempengaruhi corak dan gaya pekerjanya. Ekspresi sikap terhadap amanah dan
tanggungjawab yang diberikan dipengaruhi oleh faktor keselesaan dengan persekitaran
kerja tersebut. Kajian ini meneliti unsur persekitaran kerja yang dapat mempengaruhi
suasana pekerja yang dapat dibuktikan melalui petikan:
Arakian tersebutlah pula Datuk Bentara Pipih Seri Dalam. Maka ia menyuruh sida-
sida bentara angkat hidangan ke balai penghadapan. Maka hidangan itupun lalu
diatur beribu-ribu ke hadapan sekalian raja-raja dan orang besar-besar, rakyat
tentera hina-dina sekaliannya.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.17)
Arakian, setelah sudah baginda bertitah itu, maka Si Kembang Cina segeralah
menyembah kepada baginda, lalu masuk ke dalam istana besar, naik ke atas anjung
tinggi membuka peti kesaktian berkeretap bunyi kunci, berkeriut bunyi tudungnya.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.26)
Hatta, antara selang tiada berapa lamanya, tujuh hari tujuh malam berpedomankan
mata, berhaluankan paruh, berkemudikan ekor, maka masuk kedelapan harinya ia
354
pun sampailah ke negeri Kuala Bandar Muar, lantas masuk ke dalam kota, hinggap
di atas pokok nyiur gading di halaman balai itu.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.22)
Persekitaran fizikal kerja dapat mempengaruhi seseorang pekerja dari segi
perlaksanaan, kepuasan dan kesihatan mereka (Oborne dan Gruneberg, 1983, p.152).
Peristiwa pada halaman 17, 26 dan 22 ini jelas menunjukkan sikap para pekerja di istana
seperti yang ditimbulkan pengarang melalui watak sida-sida bentara, Si Kembang Cina
dan Si Burung Bayan. Para pekerja biasanya menunjukkan pelaksanaan yang lebih baik
dalam suasana yang lebih aman dan tidak mengandungi unsur-unsur yang negatif.
Suasana kerja yang negatif akan mengganggu keberkesanan kerja seseorang pekerja itu.
Kesejahteraan dan keselesaan setiap pekerja dapat ditingkatkan menerusi kerjasama dan
persefahaman antara majikan dan pekerja. Suasana persekitaran tempat kerja memberi
kesan kepada semangat pekerja, produktiviti dan penglibatan baik dari segi positif
mahupun negatif. Hal ini dapat melonjakkan semangat pekerja ke arah mempertingkatkan
usaha untuk mecapai matlamat organisasi.
Menurut William dan Hazer (1986, p.38), persekitaran kerja sebagai satu set atribusi
untuk organisasi tertentu yang dapat dikenal pasti dalam tingkah laku kolektif, persepsi
dan jangkaan pekerja.Hal ini dapat dihubungkaitkan dengan tingkah laku pekerjanya
yang begitu menurut perintah, tekun, dan cekap dalam menyempurnakan tugasan.
Persepsi yang baik terhadap majikan turut mempengaruhi hubungan majikan dengan
pekerja dalam menyempurnakan misi organisasi. Kedua-dua belah pihak mesti bersedia
dan sentiasa mahu berkomunikasi. Hal ini amat signifikan dan bermakna kerana masing-
masing mempunyai peranan penting ke arah menentukan hubungan terjalin dengan baik
dan mencapai matlamat (Dubrin, 1983). Dubrin berpendapat bahawa peranan majikan
lebih banyak dari pekerja kerana sifat atau situasi pekerjaan memerlukan majikan sebagai
pencetus dan sumber inspirasi.
355
“Developing a favorable relationship with your employer is the most basic strategy
of getting ahead in your career. Your employer influences your future because he
or she is often asked by other prospective superiors to present an opinion about
your capabilities” .
(Dubrin, 1983)
Dari perspektif pengurusan, Charles et al. (1996, p.139) berpendapat bahawa
persekitaran kerja suatu organisasi perlu dikawal sebaik baiknya agar pekerja selesa dan
tertarik untuk bekerja lebih baik lagi dalam melaksanakan kerja yang diberikan.
Mengekalkan hubungan kerja yang baik serta menyediakan persekitaran kerja yang
kondusif menjadi keutamaan semua majikan kepada pekerja. Hal ini merupakan
indikator yang mampu membangkitkan semangat dan inspirasi pekerja untuk
menyempurnakan tugas dan seterusnya mencapai matlamat organisasi. Persekitaran kerja
yang tidak selesa pula akan memberikan kesan negatif kepada pekerja. Menurut Attwood
(1996, p.118) antara kesan-kesan negatif yang boleh berlaku adalah penurunan ketara
produktiviti, moral rendah dan sikap buruk ke atas organisasi.. Kemungkinan berlakunya
masalah yang berkaitan dengan persekitaran fizikal tempat kerja haruslah dipandang
berat memandangkan pekerja merupakan aset terpenting sesebuah organisasi.
Sumbangan pekerja kepada sesebuah organisasi amat penting kerana melibatkan
hubungan jangka panjang kerana mereka telah melaksanakan pekerjaan dengan penuh
rasa tanggungjawab terhadap organisasi. Perbincangan data menerusi analisis peristiwa
yang dipaparkan ini memperlihatkan bahawa persekitaran kerja yang baik, aman dan
harmoni mampu memberikan reaksi yang positif terhadap pekerja telah dimanifestasikan
dalam teks kajian.
Perbincangan selanjutnya unsur persekitaran kerja dapat diteliti berdasarkan peristiwa
menyambut hari berkhatan Awang Sulung Merah Muda. Isi negeri masing-masing
membuat kerja mereka sewaktu sambutan ini mewujudkan persekitaran kerja yang aman
dan harmoni. Pelbagai lapisan rakyat membuat kerja dengan bersungguh-sungguh demi
356
menjayakan majlis ini. Tingkah laku penyayang yang ada pada seseorang pemimpin juga
turut memberi impak yang positif kepada dirinya dan juga organisasi yang dipimpinnya.
Pemimpin yang bersifat penyayang akan memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat,
golongan bawahan, dan masyarakat secara amnya. Sebagai contoh, sifat penyayang yang
terserlah pada jiwa pemimpin melahirkan suasana kerja yang aman dan harmoni dan
secara tidak langsung dapat membantu rakyat untuk mencapai objektif organisasi. Jika
rakyat berasa mereka dihormati dan dihargai, mereka juga berusaha untuk memberi
komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Oleh itu, tingkah laku
kepimpinan memainkan peranan penting terhadapat kejayaan sesebuah organisasi
(Bruce, 2005). Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan:
Maka bermohonlah Menteri Raja serta penghulu yang empat suku, lembaga yang
dua belas suku berjalan memanggil sekalian isi negeri serta mencari berjenis-jenis
permainan itu. Setelah mustaidlah siap sekalian kealatan itu, maka mengadap balik
Menteri Raja serta orang yang banyak datang membawa sekalian permainan. Maka
pada masa ketika yang baik petang Ahad malam Senin bermulailah bekerja. Maka
tombak pun diuraikan, dan payung pun berkembanganlah dan bedil pun
berbunyilah sederam-sederam. Maka juara pun leka bermain judi dan menyabung,
dan ada yang menembak sasaran, dan ada yang bercatur, dan ada yang bersepak
raga, dan seredam nafiri pun berbunyilah dan setengahnya berdikir dan menyanyi.
Maka tiada lagi terpermanai banyaknya hamba Allah itu, tiada tentu gelar dengan
namanya.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.26)
Brooke, Russell dan Price (1988, p.98), menyatakan bahawa komitmen pekerja
terhadap organisasi boleh ditingkatkan melalui usaha-usaha yang dilaksanakan oleh
organisasi seperti memperbaiki suasana sosial dan tujuan (Sense of Purpose). Istana
adalah sebuah organisasi sosial yang meliputi satu kumpulan manusia yang menjalankan
tugas secara berstruktur bagi mencapai matlamat yang dikongsi bersama antara pekerja
dan majikannya. Frasa “…Maka tombak pun diuraikan, dan payung pun
berkembanganlah dan bedil pun berbunyilah sederam-sederam. Maka juara pun leka
bermain judi dan menyabung, dan ada yang menembak sasaran, dan ada yang bercatur,
dan ada yang bersepak raga, dan seredam nafiri pun berbunyilah dan setengahnya
357
berdikir dan menyanyi” (Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1988, p.26) Satu
persekitaran kerja yang baik juga dibina daripada satu hubungan kerja yang baik, salah
satunya ialah hubungan dengan pemimpin dengan rakyat seperti yang tergambar dalam
petikan tersebut. Pernyataan ini cuba dikaitkan dengan suasana persekitaran kerja yang
aman, selesa dan selamat yang diketengahkan pengarang juga tidak terpinggir daripada
analisis ini. Dengan adanya persekitaran kerja yang baik, suasana kehidupan
bermasyarkat juga menjadi baik dan aman. Hal ini selari dengan pandangan Carlopio dan
Gardner (1995) bahawa persekitaran tempat kerja memberi kesan terhadap komitmen
pekerja, kepuasan pekerja, produktiviti dan kesejahteraan.
Persekitaran kerja yang selesa merupakan suatu dorongan bagi pekerja untuk
menghasilkan kerja yang baik serta dapat mengekalkan pekerja dalam organisasi
(Azlinda Jaini, 2013). Hubungan pemimpin dengan rakyat mungkin menyebabkan kesan
positif atau negatif terhadap komitmen pekerja terhadap organisasi. Sebaliknya, jika
adanya persekitaran kerja yang kurang baik, keadaan menjadi tegang dan kurang selesa.
Persekitaran kerja begitu mempengaruhi keadaan sesuatu tempat dan juga prestasi
pekerja. Apabila pekerja menyedari bahawa sistem kepimpinan dalam organisasi
bertindak adil terhadap pekerja, pekerja cenderung untuk menjadi lebih komited terhadap
organisasi. Suasana peristiwa yang dicetus dan ditimbulkan pengarang di istana pada
zaman masyarakat Melayu feudal yang terikat dengan konteks “daulat” dan “derhaka”
telah berjaya mewujudkan suatu keharmonian dalam masyarakat dalam menunaikan
tanggungjawab dan amanah terhadap tugasan yang diserahkan. Pekerja yang
bertanggungjawab telah berjaya menyempurnakan keperluanorganisasi tersebut.
Peneguhan konsep beraja ini menyebabkan peranan pemimpin menjadi pemangkin dan
indikator penting dalam merencanakan kecemerlangan sesebuah organisasi. Organisasi
istana yang memancarkan pengurusan m berkesan ke arah merealisasi matlamat
organisasi yang ditimbulkan dalam penelitian kes kajian ini merupakan indikator yang
358
menjadi pencetus dan pemangkin ke arah mewujudkan dan mengekalkan suasana
persekitaran kerja yang baik dan harmoni dalam kalangan masyarakat dapat dibuktikan.
Unsur persekitaran kerja dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal. Perbincangan tentang
prinsip penstafan diteruskan dengan menfokuskan unsur seterusnya, iaitu persekitaran
kerja. Unsur persekitaran kerja ini dapat dibuktikan melalui sifat yang ditonjolkan
masyarakat pada latar zaman teks ini seperti yang tergambar pada dua peristiwa berikut:
Maka Raja laksamana pun bertitah: “Ayuhai raja-raja, menteri, hulubalang,
pendekar, johan pahlawan, rakyat tentera hina dina sekaliannya. adapun sebab beta
memanggil kerana beta minta tolong hendak menurunkan perahu kenaikan
bernama Dendang Panji kerana putera beta Raja Anggun Cik Tunggal ini hendak
berangkat belayar bermain-main ke negeri Teluk Tambang Papa kadar sebulan dua
hendak menyukakan hatinya. Maka jikalau sesiapa ada berhajat hendak pergi
bersama-sama mengiringkan bolehlah pergi melihat negeri orang, lagipun bersama-
sama anak tuan penghulu sendiri sekejap sebentar.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.39)
Hatta demi didengar oleh raja-raja dan orang besar-besar sekaliannya akan titah
Raja Laksamana itu, maka masing-masing menyahut menderulah bunyinya
mengatakan, “seperti titah itu patik-patik junjunglah di atas jemala patik sekalian,
silakanlah boleh patik-patik turunkan kenaikan itu.”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal, 1985, p.40)
Azman Che Omar pula, dalam bukunya, Pengurusan: dari Perspektif Islam,
mentakrifkan penstafan sebagai proses pengurusan sumber manusia yang merangkumi
semua aktiviti yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan tenaga kerja dalam
mencapai objektif organisasi. Daripada kesinambungan dua petikan teks ini dapat kita
lihat satu persekitaran kerja yang baik iaitu persekitaran pekerja (rakyat) patuh kepada
arahan majikan (pemerintah, raja) tanpa banyak mempersoal dan bersedia menerima apa-
apa sahaja arahan merupakan satu persekitaran kerja yang baik dan melancarkan
pergerakan dalam sistem organisasi satu-satu pekerjaan. Komitmen tinggi yang
ditunjukkan rakyat terbentuk kerana persekitaran pekerja yang baik antara golongan
pemerintah dan golongan yang diperintah. Justeru itu, terbitlah rasa sayang dan cinta pada
359
negeri yang tida berbelah bagi, iaitu setiap rinci jiwa rakyat sedaya upaya untuk
mengekalkan kemanan dan kemakmuran takhta kerajaan negeri.
Petikan teks di atas menunjukkan titah Raja Laksamana yang meminta bantuan kepada
mereka yang suka dan rela tanpa ada unsur arahan dan paksaan. Namun, kerana
masyarakat berada di persekitaran suasana, iaitu semangat patuh kepada pemerintah yang
tertinggi membawa kepada jawapan petikan teks kajian seperti di bawah: Memetik
huraian tentang persekitaran kerja Last (2001) menyatakan bahawa persekitaran kerja
terbaik sebagai suatu yang mempunyai hubungan dengan manusia yang mana boleh
dibahagikan kepada fizikal, biologi, sosial, kebudayaan atau apa-apa sahaja boleh
mempengaruhi komitmen pekerja terhadap organisasinya. Hal ini bertepatan denagn
konsep penstafan, iaitu bertujuan untuk mendapatkan pekerja yang menepati spesifikasi
kemahiran, pengetahuan & keupayaan untuk membantu organisasi mencapai matlamat
penubuhannya. Penstafan yang berpotensi dan berkelayakan untuk
mengimplementasikan imej dan misi organisasi.
Persekitaran kerja sememangnya penting kerana situasi ini mempengaruhi sikap
sesuatu masyarakat. Masayarakat yang bekerjasama membantu kelancaran proses
pengurusan. Pengaruh persekitaran tidak dinafikan boleh memberi kesan dan impak
kepada sesebuah organisasi. Dalam membentuk satu persekitaran kerja yang baik,
hubungan antara pekerja perlu terbina dengan baik dan ini wajar dimulai dengan
hubungan baik yang ditunjuk dan dimulakan oleh majikan itu sendiri. Kenyataan ini
berada di dalam satu garis arus pemikiran yang sama seperti tokoh pemikir; Randal dan
Benkhof. Randall (1990), menegaskan bahawa satu persekitaran kerja yang baik juga
dibina daripada satu hubungan kerja yang baik, Salah satunya ialah hubungan dengan
pemimpin. Menurutnya hubungan pemimpin dengan pekerja mungkin menyebabkan
kesan positif atau negatif terhadap komitmen pekerja terhadap organisasi. Apabila
360
pekerja menyedari bahawa sistem penyeliaan dalam organisasi bertindak adil terhadap
pekerja, pekerja cenderung untuk menjadi lebih komited terhadap organisasi (Benkhoff,
1997).
Persekitaran kerja juga dapat dibuktikan dalam Hikayat Malim Deman. Sikap dalam
memimpin sesebuah organisasi adalah sangat penting bagi membentuk sebuah organisasi
yang cemerlang sama ada organisasi tersebut berorientasikan keuntungan mahupun yang
tidak berorientasikan keuntungan (kebajikan). Justeru itu, secara rasionalnya sebuah
organisasi yang mempunyai pemimpin yang mempamerkan sikap yang positif terhadap
pekerja bawahan lazimnya mampu membentuk organisasi tersebut menuju gerbang
kejayaan. Dalam bidang Psikologi dan Organisasi persekitaran kerja merujuk kepada
fenomena hubungan manusia dengan tempat kerjayanya serta segala permasalahan yang
berkaitan dengan alam pekerjaan. Mayo dan Kajian Hawthorne melihat kepada perkaitan
di antara keadaan kerja dengan fizikal sesuatu tempat kerja itu.
Dalam hikayat ini, unsur persekitaran kerja paling menonjol pada Tuanku Malim
Deman sebagai majikan dan Kembang Cina sebagai pekerja. Hubungan yang sangat baik
diantara kedua-dua watak ini menunjukkan persekitaran kerja yang sangat baik dan
hubungan majikan-pekerja yang rapat. Watak Kembang Cina didapati sangat komited
dengan tugasnya dan sangat berpuas hati dengan majikannya itu. Hal ini dapat dilihat
dalam petikan teks:
"Maka Tuanku Malim Deman pun menyembah ayahanda baginda serta turun
kembali ke istananya di anjung perak sambil bergurau-gurau senda dengan Si
Kembang Cina. Maka menangislah Si Kembang Cina seraya berpantun:
Zaman dahulu bertikar pucuk
Zaman ini bertikar mengkuang
Zaman dahulu kita dipujuk
Zaman ini kita dibuang
Mengkuang konon kayu Petani
Tersandar kepada kayu kelat
361
Terbuang sudah rupanya kami
Bagai ikan di luar belat.
(Hikayat Malim Deman 1998, p.56-57)
Para pekerja biasanya menunjukkan perlaksanaan yang lebih baik dalam suasana yang
lebih aman dan tidak mengandungi unsur-unsur yang negatif. Suasana kerja yang negatif
akan mengganggu keberkesanan kerja seseorang pekerja itu. Para psikologis Industri dan
Organisasi cuba mengenal pasti bagaimana persekitaran fizikal kerja dapat
mempengaruhi seseorang pekerja dari segi perlaksanaan, kepuasan dan kesihatan mereka
(Oborne dan Gruneberg, 1983). Selain daripada itu, motivasi juga disemarakkan dengan
mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Usaha mewujudkan persekitaran yang
kondusif bukan sekadar menyediakan peralatan canggih, bilik atau tempat kerja yang
selamat dan selesa, tetapi juga menyediakan perkhidmatan kaunseling sebagai tempat
bagi kakitangan mencurahkan perasaan dan masalah yang tidak dapat dibendung secara
sendirian. Ia bertujuan untuk memberi nasihat dan menambah keyakinan diri staf yang
bermasalah sama ada di tempat kerja atau lainnya, George Elton Mayo dan F.J.
Roethlisberger (1989, p.133) mendapati bahawa manusia adalah sumber terpenting bagi
sesebuah organisasi. Kecemerlangan pekerja dipengaruhi oleh sikap ambil berat pihak
atasan terhadap kebajikan mereka. Selain itu, motivasi dan semangat kerja disuburkan
melalui persekitaran kerja dan sosial yang kondusif. Kajian ini adalah antara kajian rintis
yang membuktikan bahawa kerja yang cemerlang mempengaruhi prestasi sesebuah
organisasi.
Daripada petikan di atas, dalam menjalankan tanggungjawab kedua-dua pihak aitu
pekerja dan majikan perlu memainkan peranan untuk memastikan wujudnya perasaan
hormat dan menghormati antara satu sama lain. Organisasi memerlukan kebolehan,
kecekapan, ketekunan dan kesetiaan daripada ahlinya. Manakala pihak pekerja perlu
memenuhi keperluan mereka, sekurang-kurangnya keperluan asas sebelum dapat
memberikan komitmen (Lunjew, 1994). Proses simbiosis kehendak yang berjaya
362
menghasilkan pulangan yang memberangsangkan seperti produktiviti yang tinggi,
kesetiaan pekerja dan pencapaian misi dan matlamat organisasi. Kesedihan yang teramat
sangat Kembang Cina menunjukkan beliau sebagai pekerja sangat mengambil berat
majikannya dan mempunyai hubungan yang baik. Ini membuktikan persekitaran kerja di
dalam hikayat ini sangat kondusif untuk bekerja. Menurut William dan Hazer (1986),
persekitaran kerja boleh didefinisikan sebagai satu set atribusi untuk organisasi tertentu
yang dapat dikenal pasti dalam tingkah laku kolektif, persepsi dan jangkaan pekerja.
Charles et al. (1996) pula berpendapat bahawa persekitaran kerja suatu organisasi perlu
dikawal sebaik baiknya agar pekerja selesa dan tertarik untuk bekerja lebih baik lagi
dalam melaksanakan kerja yang diberikan.
Konflik dikatakan wujud hanya apabila ditanggap oleh pihak-pihak yang terlibat
(perceived conflict) tetapi akan dirasai hanya apabila pihak berkenaan terlibat secara
emosi (felt conflict) iaitu merasa bimbang, tidak puas hati, benci, mengalami ketegangan
atau tekanan. Peringkat ini adalah penting kerana isu konflik mula ditakrifkan dalam
minda individu yang terlibat. Apabila situasi yang bertentangan berlaku, pelbagai kesan
akan timbuI sama ada pada pihak yang berkonflik mahu pun organisasi. Konflik yang
tidak diuruskan dengan baik mungkin menimbulkan tekanan dan kebosanan bekerja.
Rasa tertekan ini pula akan mengurangkan kepuasan bekerja serta prestasi kerja. Ada
juga individu yang berkonflik sukar untuk berubah kerana sikap dan nilai yang
dipegangnya mementingkan kemenangan. lni akan membentuk suatu iklim keraguan dan
syak wasangka dalam kalangan individu yang terbabit. Jika ini berlaku komunikasi akan
menjadi terhad dan kornitmen serta kesetiaan kepada organisasi akan tergugat kerana
orientasi individu bukan lagi pada kepentingan organisasi atau bersama tetapi lebih
cenderung kepada kepentingan diri sendiri. Aspek nilai dalam pelbagai disiplin
pengurusan dimisalkan sebagai penyemai benih kehidupan berorganisasi. Diharapkan
daripada proses penyemaian benih inilah akan terhasil norma-norma organisasi yang
363
penuh tertib dan adab yang mengajar warganya cintakan kebenaran dan menghormati
setiap amanah yang dipegang. Perihal inilah yang bakal menerbitkan kebahagiaan dan
kebebasan dalam diri setiap individu dalam organisasi tersebut dan seterusnya menjadi
pendorong kepada mereka untuk terus menyempurnakan apa jua tanggungjawab dengan
istiqamah, tekun dan sabar. Analisis kajian menunjukkan bahawa persekitaran kerja yang
baik lebih-lebih lagi dalam istana dapat meningkatkan tahap produktiviti para pekerjanya.
Para pemimpin yang baik terhadap orang di bawah pimpinannya juga mempengaruhi
corak dan gaya pekerjanya dalam menunjukkan sikap terhadap amanah dan
tanggungjawab yang diberikan sehingga mereka selesa dengan persekitaran kerja
tersebut.
Dalam kajian ini, analisis meneliti aspek persekitaran kerja yang dapat mempengaruhi
suasana pekerja yang dapat dibuktikan melalui petikan dalam Hikayat Raja Muda iaitu;
Maka kata Perdana Menteri, “Wahai sekalian raja-raja dan orang besar-besar,
rakyat, tentera sekaliannya, tiada apa susah gaduhnya. Hamba memanggil ini
dengan titah duli Yang Dipertuan menyuruh membuat balai pancapersada di tengah
Tasik Mendam Berahi itu, serta berbuat khemah di atas Padang Biram Kemala itu,
kerana baginda hendak kenduri serta bermain-main di situ”
Maka setelah didengar oleh sekalian raja-raja dan orang besar, rakyat, bala tentera
hina-dina sekaliannya pun pergilah ke Tasik Mendam Berahi itu mengerjakan
seperti titah baginda, iaitu, masing-masing dengan kerjanya sehingga tujuh hari
tujuh malam tiada berhenti ditunggui Perdana Menteri di situ. Setelah sampai
masuk kedelapan harinya, maka sekaliannya pun sudahlah lengkap alatannya.
(Hikayat Raja Muda 1998, p.69)
Satu persekitaran kerja positif untuk kakitangan ialah matlamat bersama semua
pemilik yang baik dan berpengurusan. Persekitaran sedemikian merangkumi keadaan
kerja baik dan persefahaman matlamat dan keutamaan kerja (Azlinda Jaini, 2013).
Persekitaran kerja yang ditampilkan dalam karya ini lebih tertumpu kepada persekitaran
kerja di istana yang di dalamnya wujud satu sistem pentadbiran yang tersusun yang
mempunyai sistem beraja. Melalui petikan peristiwa di atas, tergambar suasana
364
persekitaran kerja yang harmonis yang ditampilkan pengarang. Diteliti secara rinci
kronologi peristiwa mendampakkan suasana kerja yang penuh dengan unsur-unsur
ketenangan, kedamaian dan diseliti dengan keceriaan. Selesai upacara itu, anak-anak raja
pun bersuka ria dengan pelbagai jenis permainan. Pada sebelah malamnya pula, Sultan
Muda membawa isterinya bermain-main di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya
menyaksikan permainan ‘Doh Besar’, ‘Lang-lang Aji Buntut’ dan ‘cekur-cekur Puyuh’.
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri turut sama bermain permainan ‘Doh Besar’ kerana terlalu
seronok. Suasana sungguh meriah sehinggalah larut malam dan semua permainan
dihentikan. Keesokannya, kenduri diadakan dengan menyembelih kerbau, bacaan doa
selamat dan doa tolak bala. Sultan Muda bersama-sama pengiringnya berangkat kembali
ke kota keesokannya.
Menurut Benkhoff (1997), apabila pekerja menyedari bahawa sistem penyeliaan
dalam organisasi bertindak adil terhadap pekerja, pekerja cenderung untuk menjadi lebih
komited terhadap organisasi. Selain dari persekitaran fizikal yang baik, perhubungan
antara pekerja dengan rakan sekerja dan penyelia juga harus diberi perhatian.
Mengekalkan hubungan kerja yang baik serta menyediakan persekitaran kerja yang
kondusif menjadi keutamaan semua majikan kerana pekerja yang ceria adalah pekerja
yang produktif. Kesejahteraan dan kualiti hidup setiap pekerja dapat ditingkatkan
menerusi kerjasama dan perundingan antara kerajaan, majikan, pekerja dan kesatuan
kerja. Para pekerja biasanya menunjukkan pelaksanaan yang lebih baik dalam suasana
yang lebih aman dan tidak mengandungi unsur-unsur yang negatif. Suasana kerja yang
negatif akan mengganggu keberkesanan kerja seseorang pekerja itu. Para psikologis
Industri dan Organisasi cuba mengenal pasti bagaimana persekitaran fizikal kerja dapat
mempengaruhi seseorang pekerja dari segi perlaksanaan, kepuasan dan kesihatan mereka.
365
6.7.1.2 Unsur Persekitaran Kerja di atas Geliung Panjang
Berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda, terdapat suasana persekitaran kerja
yang dapat dikesan dalam analisis. Unsur persekitaran kerja dapat dikesan melalui
peristiwa pergaduhan antara Tuan Puteri Dayang Nuramah dan Tuan Puteri Dayang Seri
Jawa disebabkan oleh Awang Sulung Merah Muda. Persekitaran kerja pada waktu ini
yang ditimbulkan pengarang mendampakkan suasana yang tegang akibat tercetusnya
peperangan di atas geliung iaitu di tengah-tengah lautan. Situasi ini memperlihatkan
bukan sahaja tentera yang berperang dan bergaduh, malah kedua-dua Tuan Puteri Dayang
Nuramah dan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa turut bergaduh. Hal ini dapat dilihat dalam
petikan:
Langsung murkalah Tuan Puteri Dayang Nuramah, lalu dibalunnya. Maka
bergomol-gomol kedua puteri itu berganti-ganti sekejap ke atas, sekejap ke bawah,
seperti burung murai sehingga tiada sedar lagi kain di pinggang, dan tidaklah
tahukan aib sopan.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda 1998, p.63)
Kedua-dua wanita ini telah mempengaruhi dan mengarahkan tentera mereka untuk
berperang. Situasi ini jelas mewujudkan satu suasana persekitaran kerja yang amat
tertekan dan kurang baik. Faktor-faktor keadaan dan keselamatan di tempat kerja boleh
memberi kesan kepada gelagat dan pelakuan seseorang pekerja. Peristiwa di atas yang
memperlihatkan suasana pergaduhan antara kedua-dua orang puteri yang ingin merebut
Awang Sulung Merah Muda sehingga menjatuhkan maruah dan keaiban masing-masing.
Situsasi ini meperlihatkan satu hal yang bertentangan dengan konsep persekitaran kerja
kerana suasana persekitaran kerja yang ditimbulkan dalam peristiwa di atas penuh dengan
ketegangan dan konflik. Perebutan ini membawa kepada ketegangan lantas membentuk
suatu perasaan yang sukar dikawal sehingga tercetusnya peperangan seperti yang
digambarkan. Ketegangan ini timbul bertitik tolak daripada pemasalahan yang tidak
ditangani secara bijak. Faktor dalaman diri kedua-dua individu ini yang menjurus kepada
366
sikap emosional juga mempengaruhi timbulnya ketegangan. Pelbagai masalah yang
menyangkut individu dan dapat mengakibatkan ketegangan seperti yang dapat dikupas
dalam isu perebutan Awang Sulung Merah Muda ini, iaitu keinginan dan cita-cita yang
tidak masuk akal, sikap yang mementingkan diri dan konflik keluarga merupakan titik
tolak sehingga membawa kepada permasalahan yang menjadi pencetus berlakunya
konflik, iaitu ketegangan. Impaknya, berlakunya satu set atau suasana persekitaran kerja
yang tidak aman dan harmonis melalui gambaran yang dicetuskan dalam insiden tersebut.
Diteliti dari perspektif pengurusan, timbulnya ketegangan melalui episod peperangan
dan pergaduhan menyebabkan emosi dan fizikal seseorang pekerja terganggu dan hal ini
dapat mencetuskan serta menimbulkan ketegangan dan konflik dalam persekitaran kerja
sesebuah organisasi. Konflik yang berlaku tentunya menyebabkan suasana dan
persekitaran kerja menjadi terancam dan tidak selamat. Timbulnya konflik yang
merupakan perselisihan (disagreement) dan ketegangan (the presence of tension) telah
ditimbulkan melalui kedua-dua watak, iaitu persengketaan dalam peristiwa perebutan
Awang Sulung. Konflik ini menimbulkan perbalahan dan pertentangan antara kedua-dua
belah pihak, sehingga kepada tahap, iaitu pihak-pihak yang terlibat memandang satu
sama lain sebagai penghalang dan pengganggu tercapainya keperluan dan tujuan masing-
masing. Daripada konflik tersebut timbulnya emotional conflicts yang terjadi akibat
adanya perasaan marah, tidak percaya, tidak simpati, takut dan penolakan, serta adanya
pertentangan antara peribadi (personality clashes). Hal ini sangat ketara diperlihatkan
melalui insiden pergaduhan dan persengketaan sehingga mewujudkan suasana
peperangan yang amat kritikal yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan pekerja
merupakan impak yang memberi kesan negatif terhadap suasana unsur persekitaran kerja
telah ditimbulkan melalui penelitian analisis kajian ini. Hal ini amat kontradiksi dan
bertentangan dengan pandangan Charles et al. (1996, p.155) bahawa persekitaran kerja
367
suatu organisasi perlu dikawal sebaik-baiknya agar pekerja selesa dan tertarik untuk
bekerja lebih baik lagi dalam melaksanakan kerja yang diberikan.
6.8 Rumusan
Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Malim
Deman, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Raja Muda memperlihatkan pengaplikasian
prinsip penstafan kerana wujudnya unsur ini yang dapat diteliti bertitik tolak daripada
analisis terhadap struktur teks. Hasil perbincangan yang diketengahkan dalam
perbincangan ini menampakkan satu kecenderungan yang tinggi hubung kaitnya terhadap
kerelevanan prinsip penstafan yang diterapkan dalam analisis ini. Prinsip penstafan ini
telah diteliti berdasarkan empat unsur utama yang digunakan sebagai indikator untuk
menganalisis data kajian, iaitu komitmen, motivasi, upah dan ganjaran, dan persekitaran
kerja merupakan unsur-unsur yang dtelah dikesan dan diangkat dalam teks kajian.
Komitmen merupakan satu lagi unsur penting yang dianalisis. Hasil analisis data
menunjukkan bahawa unsur komitmen telah dipraktikkan oleh watak-watak yang terlibat.
Komitmen ini diimplementasikan dengan jelas menerusi watak pemimpin, pembesar
sehinggalah kepada rakyat jelata dalam teks kajian. Persekitaran masyarakat Melayu
tradisi yang mengamalkan sistem feudal telah dimanfaatkan oleh pengarang silam dengan
menggunakan karya mereka sebagai wahana pendidikan dalam membentuk acuan
masyarakat yang bersahsiah tinggi dan memiliki ciri-ciri modal insan yang cemerlang.
Persoalan kesetiaan rakyat banyak diterapkan dalam karya-karya kesusasteraan Melayu
tradisional. Persoalan kesetiaan ini diterjemahkan melalui komitmen yang tinggi terhadap
majikan menjadi satu persoalan pokok yang terpancar daripada cerita-cerita rakyat.
Diklasifikasikan secara lebih rinci watak-watak yang bertindak sebagai tenaga kerja
yang wujud dalam teks-teks cerita lipur lara ini dapat diklasifikasikan kepada (i)
Golongan pembesar, (ii) Golongan ulama, (iii) Golongan perbidanan, (iv) Pembantu
368
watak wira–wirawati (v) Pembantu Istana dan, (vi) rakyat. Penggolongan tenaga kerja
yang terdapat dalam teks kajian ini dianalisis menggunakan unsur komitmen untuk
mendampakkan bahawa peranan dan tanggungjawab terhadap organisasi perlu diberi
perhatian dan keutamaan merupakan hasil dapatan data yang dapat dibuktikan daripada
penelitian peristiwa dalam teks kajian. Penyampaian idea dan gagasan dalam masyarakat
Melayu tradisi ternyata berupaya menyerlah sikap, integriti dan kredibiliti modal
insannya yang bertitik tolak daripada adanya unsur komitmen telah dicungkil melalui
analisis kajian ini. Paparan keunggulan dan kedinamikan tenaga kerja ini memperlihatkan
ketinggian daya fikir modal insannya dalam membantu mengangkat kegemilangan
organisasi khususnya pentadbiran istana pada zaman tersebut yang menjadi teras kepada
pembentukan kegemilangan ketamadunan Melayu berteraskan satu unsur penting iaitu
komitmen telah dilantunkan dan diangkat daalm penelitian teks kajian secara
keseluruhannya.
Berdasarkan analisis data, unsur motivasi yang dikesan dalam kajian ini dapat diteliti
daripada dua perspektif, iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi
intrinsik merujuk kepada motivasi dalaman yang wujud dalam diri individu untuk
menggerakkan seseorang watak untuk merealisasikan matlamatnya. Manakala unsur
motivasi ekstrinsik pula didorong oleh faktor luaran atau ransangan dari luar yang
menggerakkan individu untuk bertindak ke arah pencapaian matlamat. Motivasi intrinsik
dan ekstrinsik ini telah dikesan pada kelima-lima watak utama dalam teks kajian, iaitu
watak Awang Sulung Merah Muda, Tuanku Malim Dewa, Tuanku Malim Deman, Raja
Muda dan Raja Anggun Cik Tunggal. Unsur ini amat berperanan untuk memberi suntikan
semangat dan pencetus insprirasi watak dalam menjayakan sesuatu misi sama ada yang
bersifat peribadi mahupun untuk kepentingan organisasi. Unsur motivasi yang diangkat
pengarang dalam teks kajian ini amat dominan kerana watak protagonis ini memainkan
peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu agenda demi kepentingan organisasi.
369
Pancaran unsur motivasi intrinsik dan ekstrinsik ini yang dikesan dalam data kajian selari
dan signifikan dengan prinsip penstafan yang diketengahkan dalam kajian ini. Teks cerita
lipur lara yang dianalisis ini memperlihatkan satu kecenderungan yang tinggi dalam
menampakkan unsur motivasi dalam kajian ini sekali gus menyokong terhadap
pendekatan pengurusan yang diuji dalam penelitian kajian ini.
Jika dilihat dari sudut teoretikal, hasil kajian ini bawah unsur upah dan ganjaran turut
memperlihatkan satu konsep pengurusan yang diaplikasikan bawah prinsip penstafan ini.
Upah dan ganjaran yang dikesan dapat diklasifikasikan kepada dua aspek ganjaran
berbentuk kewangan dan material dan kedua ganjaran berbentuk keselamatan negara.
Dalam konteks penelitian ini, ganjaran yang diberikan bukan disebabkan terbentuknya
perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua pihak sebagaimana pihak pengurusan moden.
Sebaliknya ganjaran yang diberi dalam konteks kajian dalam cerita lipur lara ini berupa
ganjaran tidak langsung, iaitu ganjaran yang diberikan berdasarkan budi bicara dan
timbang tara, penghormatan dan sebagai membalas budi daripada pihak majikan.
Majikan dalam konteks kajian ini lebih menjurus kepada pihak pentadbiran istana yang
bertanggungjawab kepada modal insan dan segala pembayaran upah atau ganjaran
kepada pekerja atas dasar penghormatan dan sebagai membalas budi daripada pihak
majikan. Dalam konteks pengkajian ini, tenaga kerja merupakan individu atau kumpulan
individu yang menumpahkan taat setia terhadap Raja tanpa mengharapkan sebarang
balasan. Daripada analisis data yang dikutip ternyata penelitian kajian ini dapat
membuktikan bahawa konsep pemberian upah dan ganjaran yang telah dipraktikkan
oleh pihak majikan dan pemimpin dalam kajian ini.
Analisis kajian membuktikan bahawa unsur persekitaran kerja yang dikesan dalam
teks ini memperlihatkan dua situasi, iaitu persekitaran kerja yang penuh dengan
ketegangan dan persekitaran kerja yang aman dan harmoni. Pengklasifikasian data bawah
370
unsur persekitaran kerja ini membuktikan bahawa kajian teks cerita lipur lara Melayu
memaparkan keadaan dan situasi sebenar atau realiti yang sebenar berlaku dalam
sesebuah organisasi. Konflik, pertentangan dan percanggahan nilai dan pendapat
merupakan fenomena yang telah dikesan dalam teks-teks kajian melalui analisis unsur
ini. Hasil analisis data turut menggambarkan wujudnya suasana persekitaran yang baik
dan harmoni dapat memberikan impak yang positif dan dapat melonjakkan produktiviti
pekerja dalam menjayakan dan menyempurnakan misi organisasi. Pengesanan kedua-dua
situasi persekitaran kerja ini menunjukkan bahawa pengarang mempunyai daya
ketajaman dan sensitiviti yang tinggi dalam memperjelaskan unsur persekitaran kerja
menerusi teks-teks cerita lipur lara ini.
Secara rangkumannya, keempat-empat unsur yang diketengahkan dalam perbincangan
bawah prisnip penstafan iaitu motivasi, upah dan ganjaran, komitmen dan unusr
persekitaran kerja telah diparktikkan melalui watak-watak yang diperlihatkan melalui
rangkaian peristiwa penting yang ditimbulkan dalam penelitian teks kajian. Pembuktian
ini dapat menyokong pendekatan yang diketengahkan kerana unsur-unsur ini telah dapat
diterapkan dalam teks kajian. Hal ini sangat signifikan dan relevan kerana modal insan
ini adalah daya penggerak dan pemangkin utama dalam memacu dan membawa hala tuju
sesebuah ketamadunan manusia. Kapasiti, integriti dan karisma unggul sumber manusia
adalah manifestasi penting dalam melestarikan dan mencapai matlamat dalam segala
aspek kehidupan berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan yang ampuh ke arah
kecemerlangan sesebuah bangsa, masyarakat dan negara. Keberkesanan dan
kecemerlangan modal insannya yang terungkap dalam genre naratif cerita lipur lara ini
merupakan mekanisme ampuh dalam usaha membantu meningkatkan kualiti dan prestasi
kepimpinan pengurusan sesebuah organisasi.
371
Hasil perbincangan yang ditengahkan dalam kelima-lima teks kajian ini
menampakkan satu hasil dapatan yang positif terhadap kerelevanan unsur-unsur yang
diuji dalam analisis ini. Prinsip penstafan yang mengetengahkan unsur komitmen,
motivasi, upah dan ganjaran, serta unsur persekitaran kerja merupakan elemen yang
dikesan dan diangkat dalam teks kajian. Hal ini sangat signifikan dan relevan kerana
modal insan ini adalah daya penggerak dan pemangkin utama dalam memacu dan
membawa hala tuju sesebuah ketamadunan manusia. Kapasiti, integriti dan karisma
unggul sumber manusia adalah manifestasi penting dalam melestarikan dan mencapai
matlamat dalam segala aspek kehidupan berlandaskan nilai-nilai kemanusiaan yang
ampuh ke arah kecemerlangan sesebuah bangsa, masyarakat dan negara. Keberkesanan
dan kecemerlangan modal insannya yang terungkap dalam genre naratif cerita lipur lara
ini merupakan mekanisme ampuh dalam usaha membantu meningkatkan kualiti dan
prestasi kepimpinan pengurusan sesebuah organisasi.
Penerokaan dan pembuktian kajian juga menampakkan kepentingan prinsip ini kerana
prinsip penstafan ini yang menjadi tulang belakang dan tonggak penting pentadbiran
sesebuah organisasi. Penstafan inilah yang membentuk sebuah pentadbiran yang
dinamik, konsisten dan mampu menjana dan memacu hala tuju sesebuah negara ke arah
keseimbangan dari aspek ekonomi, politik dan sosial. Pemugaran unsur-unsur motivasi,
upah & ganjaran, komitmen dan persekitaran kerja ini pada sumber manusia dan modal
insannya mendampakkan suatu tradisi budaya kerja yang seharusnya diteladani
merupakan lantunan kekreatifan minda dan keintelektualan pemikiran masyarakat
Melayu tradisi yang diekspresikan dalam sastera lisan sebagai khazanah warisan tradisi
yang tiada tolok bandingnya. Hasil dapatan kajian turut memperlihatkan bahawa ekspresi
nilai-nilai positif modal insannya terhadap majikannya merupakan mekanisme ampuh
dalam usaha meningkatkan kualiti dan memacu hala tuju pembangunan sesebuah
organisasi. Keintelektualan pemikiran modal insannya yang dipapar dan diangkat dalam
372
teks cerita lipur lara ini menyerlahkan satu manifestasi kebijaksanaan dan ketajaman
imaginasi pengarang dalam melantunkan aspek pengurusan dalam teks karya sastera
tradisional.
Penganalisisan data dalam teks-teks kajian membuktikan bahawa dalam usaha
merealisasikan pemilihan sumber tenaga kerja dalam organisasi, ketelitian dan kecekapan
adalah perkara utama yang perlu diberi pertimbangan dan dititikberatkan oleh pihak
pengurusan demi menjayakan matlamat organisasi. Tugas seseorang pemimpin dan
peneraju pentadbiran sesebuah organisasi bukanlah hanya terletak kepada kebijaksanaan
mentadbir semata-mata malah yang jauh paling penting adalah kecekapan dan daya
imaginasi yang mendalam dalam membuat penelitian dan pemilihan yang tepat dan
efektif agar sumber manusia yang dipilih dapat membantu organisasi mencapai matlamat
dengan sebaik-baiknya merupakan indikator penting dalam mengimplementasikan aspek
pengurusan. Prinsip penstafan yang dipugar melaui analisis kajian jelas mendampakkan
kerelevanan dan signifikan sumber manusia yang wujud di dalam sesebuah organisasi
dapat membantu menjayakan agenda pembangunan organisasi. Hal ini sangat bertepatan
dengan objektif penstafan yang perlu mengetengahkan calon-calon yang mempunyai
potensi, proaktif, berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dengan
perjawatan yang ditawarkan dalam sesebuah organisasi seperti hal ehwal pentadbiran
istana, kemasyarakatan dan pentadbiran demi melestarikan agenda organisasi telah dapat
dikesan dan ditimbulkan dalam analisis kajian khussunya pada zaman masyarakat
Melayu feudal.
Secara rangkumannya, tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi bahawa cerita lipur
lara Melayu yang merupakan hasil khazanah kesusasteraan Melayu tradisional telah
terbukti berjaya merakamkan sejarah perkembangan pemikiran, peradaban dan tamadun
bangsa Melayu khususnya mengangkat kepentingan aspek pengurusan dalam institusi
373
pentadbiran. Pengisian-pengisian di dalamnya merupakan cerminan peradaban dan
ketamadunan Melayu, terutama dalam memperkatakan tentang ketinggian akal budi
bangsanya, falsafah dan epistimologi dan tidak terkecuali penganjuran aspek
pengurusannya yang seterusnya dapat dimanfaatkan dan diangkat dalam pembinaan dan
pembangunan modal insan Melayu telah dimanifestasikan dalam kajian ini. Hasil
kekreatifan dan ketajaman minda Melayu ini telah memperlihatkan bahawa nasil nukilan
ini bukan hanya bertindak sebagai hiburan semata-mata malah telah meninggikan
martabat dan darjat kepengarangan Melayu yang merentasi zaman, abad dan peradaban
telah terungkap dalam hasil-hasil karya ini.
374
BAB 7: PRINSIP KAWALAN DALAM CERITA LIPUR LARA
7.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan prinsip kawalan yang diutarakan bawah Pendekatan Pengurusan
seperti yang telah diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Analisis
kajian menerapkan prinsip kawalan yang terdapat dalam lima teks cerita lipur lara
terpilih, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim
Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Raja Muda. Bawah prinsip kawalan
ini, terdapat tiga langkah yang digunakan dalam pengawalan, iaitu penetapan piawai,
pengukuran prestasi dan pembetulan penyimpangan. Sekiranya berlaku penyelewengan
dalam pentadbiran sesebuah organisasi, maka pemantauan dan penambahbaikan perlu
dikenal pasti dan langkah-langkah tertentu perlu diambil dengan kadar segera dalam
usaha mengatasi polemik dan kemelut dalaman organisasi. Unsur-unsur ini perlu diberi
perhatian yang serius dalam usaha memastikan keamanan, kemakmuran sesebuah negeri
merupakan perkara yang perlu diberi keutamaan. Kemampuan mengenal pasti,
merangka, membentuk dan menyusun rancangan rapi untuk mencegah kesan-kesan
negatif dan mengatasi masalah yang diramal bakal timbul ini menyerlahkan kepentingan
aspek pengurusan khususnya kawalan yang dapat ditekuni dalam teks-teks tersebut
mendampakkan kerelevanan dan signifikan prinsip ini dalam penelitian teks kajian.
7.2 Prinsip Kawalan
Menurut Harold Koontz dan Heinz Weirich (1997, p.498), kawalan bermaksud
pengukuran dan pembetulan prestasi dalam usaha untuk memastikan objektif dan
rancangan perusahaan yang dirangka ke arah pencapaiannya disempurnakan. Manakala
Jaafar Muhammad (1999, p.214) mendefinisikan kawalan sebagai proses untuk
menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian
375
matlamat yang ditetapkan. Ini bermakna kita mengandaikan bahawa matlamat dan
perancangan organisasi adalah tetap dan tepat. Segala kegiatan hanyalah bertujuan untuk
mencapai matlamat. Jika didapati tanda yang menunjukkan bahawa matlamat tidak
mungkin dicapai, maka tindakan pembetulan atau pemulihan perlu dilakukan. Dengan
kata lain, kawalan merupakan proses yang perlu dilakukan bagi memastikan segala yang
dirancang mencapai matlamat organisasi.
7.3 Pengklasifikasian Data Kajian
Secara rangkuman terdapat lima peristiwa penting yang telah dianalisis menggunakan
prinsip kawalan ini. Lima peristiwa tersebut, iaitu;
(i) Peristiwa rundingan damai antara Maharaja Pertukal dan Raja Bujang demi
memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara dalam teks Hikayat
Malim Dewa,
(ii) Peristiwa termeterainya jalinan hubungan diplomatik dengan negeri serantau
dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda,
(iii) Peristiwa pembunuhan Nakhoda Bahar akibat mengancam keselamatan negara
dalam Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal,
(iv) Peristiwa penyerahan tampuk kuasa pemerintahan Sultan Degar dalam Hikayat
Raja Muda, dan
(v) Peristiwa penyatuan keluarga demi kelestarian negara dalam Hikayat Malim
Deman.
Kelima-lima peritiwa yang diangkat dan dibincangkan dalam teks kajian memperlihatkan
pengaplikasian salah satu aspek penting bawah pendekatan pengurusan, iaitu kawalan.
376
7.4 Penerapan Prinsip Kawalan dalam Teks Cerita Lipur Lara Terpilih
Prinsip kawalan dalam Hikayat Malim Dewa telah diangkat oleh pengarang melalui
rangkaian peristiwa penting yang dicungkil daripada teks kajian. Untuk membuktikan
wujudnya aspek kawalan, peristiwa dalam teks Hikayat Malim Dewa yang
memperlihatkan adanya pelaksanaan prinsip kawalan ini dapat dibuktikan dalam petikan
di bawah:
Maka Sultan Baginda Raja Bujang lalu bertitah, ‘Ayuhai kakanda Seri Maharaja
Pertukal, maka adapun sebab adinda persilakan kakanda berangkat ke mari ini, ada
suatu hajat adinda, jikalau ada mudah-mudahan adinda memohonkan ubat adinda
Tuan Puteri Andam Dewi itulah, terlalu gering sekarang, tambahan adinda hendak
berdamai dengan kakanda, jangan jadi perbalahan.
(Hikayat Malim Dewa 1988, p.62)
Raja Bujang selaku pemimpin kerajaan telah menjalankan pengawalan, salah satu
prinsip dalam fungsi pengurusan. Pengawalan bermaksud pengukuran dan pembetulan
prestasi dalam usaha untuk memastikan objektif dan rancangan perusahaan yang dirangka
ke arah pencapaiannya disempurnakan (Harold Koontz dan Heinz Weirich, 1997, p.498).
Terdapat tiga langkah yang diperlukan dalam pengawalan, iaitu penetapan piawai,
pengukuran prestasi dan pembetulan penyimpangan. Menerusi analisis peristiwa ini, Raja
Bujang telah mengambil satu langkah penting dalam pengawalan, iaitu pembetulan
penyimpangan. Frasa “… ada suatu hajat adinda, jikalau ada mudah-mudahan adinda
memohonkan ubat adinda Tuan Puteri Andam Dewi itulah, terlalu gering sekarang,
tambahan adinda hendak berdamai dengan kakanda, jangan jadi perbalahan.” (Hikayat
Malim Dewa 1988, p.62). Berdasarkan peristiwa di atas, penolakan peminangan Tuan
Puteri Andam Dewi, telah menimbulkan kemarahan Maharaja Pertukal. Perbuatan
mengenakan sihir dan menyerang negeri Kuala Air Batu merupakan kemuncak terhadap
kemurkaan Maharaja Pertukal lantaran penolakan peminangan tersebut. Insiden yang
berlaku ini, sekiranya tidak dikawal secara bijak dan rasional mampu membawa konflik
dan krisis yang berpanjangan antara dua buah negara dan pasti membawa kemudaratan
377
terhadap rakyat. Bertitik tolak daripada perkara tersebut, Raja Bujang telah melaksanakan
satu langkah penting dalam pengawalan.
Berdasarkan peristiwa di atas, terdapat isu yang ingin diketengahkan dalam konteks
pengawalan. Apakah pemimpin tersebut berjaya menggunakan prinsip pengawalan untuk
menangani konflik dan krisis yang berlaku antara dua buah negara? Apakah peranan dan
impak pengawalan dalam sesebuah pentadbiran organisasi? Azman Che Omar (2013,
p.273) dalam bukunya Pengurusan di Malaysia: dari Perspektif Islam, memerihalkan
kawalan sebagai satu proses dalam menentukan kerja atau aktiviti yang dilakukan dalam
sesebuah organisasi supaya berjalan lancar mengikut perancangan yang telah sedia ada.
Definisi yang diketengahkan ini dapat dikaitkan dengan peristiwa Raja Bujang
menggunakan satu prinsip dalam pengurusan, iaitu pengawalan. Pengawalan ini
dilaksanakan Raja Bujang melalui usaha yang diambil dengan menjalin hubungan
diplomasi dengan Maharaja Pertukal. Melalui usaha dan inisiatif yang diambil ini
menunjukkan bahawa Raja Bujang telah melaksanakan satu langkah dalam pengawalan,
iaitu pembetulan penyimpangan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda antara Raja
Bujang dan Maharaja Pertukal.
Fungsi pengawalan yang dilaksanakan Raja Bujang memberikan hasil yang
memberangsangkan apabila hasil rundingan damai dapat menyelamatkan Tuan Puteri
Andam Dewi secara khususnya, dan negara di bawah pimpinan Raja Bujang daripada
persengketaan yang berterusan. Tindakan pembetulan yang bijak dan tepat diambil Raja
Bujang berjaya mencapai matlamat yang disasarkan, iaitu dapat mengelak persengketaan
yang berpanjangan dan menjalin semula hubungan antara dua buah negara. Dari
perspektif pengurusan, kegagalan mengawal organisasi pentadbiran, iaitu sesebuah
negeri pastinya membawa kehancuran sekiranya Raja Bujang bertindak mengikut emosi
dan pemikiran yang tidak rasional. Bertitik tolak daripada aspek pemikiran yang
terkehadapan dan tingkah laku yang rasional dan wajar maka perbalahan dan konflik
378
antara kedua-dua negeri dapat ditangani secara bijak. Dalam hal ini, Raja Bujang telah
berjaya mempraktikkan pengawalan, satu prinsip dalam pengurusan melalui penelitian
teks kajian ini.
Melalui analisis peristiwa ini, terdapat pertalian erat dan saling berhubungan antara
kawalan dan perancangan, iaitu dalam hal ini kawalan berlaku apabila adanya
perancangan. Bass (1990, p.142) menyatakan bahawa kualiti pemimpin sering kali
dianggap sebagai faktor terpenting yang menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi.
Pemikiran rasional Raja Bujang dalam membuat keputusan telah membuahkan hasil yang
positif. Bar-On (1997, p.89) berpendapat bahawa kecerdasan emosi merupakan satu
keupayaan yang berkaitan dengan emosi dan pengetahuan sosial yang mempengaruhi
kemampuan seseorang untuk menghadapi cabaran persekitarannya dengan berkesan.
Pandangan terkehadapan dan jauh Raja Bujang untuk menjalin persahabatan dengan Raja
Pertukal adalah suatu tindakan dan langkah yang bijak demi merealisasikan objektifnya
merupakan nilai tambah dalam mengukuhkan proses kawalan yang dirancang. Raja
Bujang menyatakan kepada Maharaja Pertukal tiada guna berbalah sesama sendiri kerana
hanya mendapat kecelakaan dan dikeji oleh kerajaan yang lain telah mengekspresikan
satu kebijaksanaan dalam mempraktikkan prinsip pengawalan bertitik tolak daripada
perencanaan Raja Bujang. Raja Bujang bertindak merencanakan fungsi pengawalan
untuk menyelamatkan adindanya daripada sihir dan negaranya daripada ancaman
Maharaja Pertukal memanifestasikan satu konsep pengurusan, iaitu kawalan dalam
organisasi pentadbiran telah dipraktikkan Raja Bujang.
Kawalan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda turut dipancarkan oleh
pengarang melalui watak dan peristiwa yang dikesan dalam teks kajian. Menerusi analisis
terhadap teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Awang Sulung Merah Muda selaku
pemimpin kerajaan Bandar Mengkaleh telah menjalankan pengawalan, salah satu prinsip
dalam fungsi pengurusan. Menurut Harold Koontz dan Heinz Weirich (1997, p.498),
379
kawalan bermaksud pengukuran dan pembetulan prestasi dalam usaha untuk memastikan
objektif dan rancangan perusahaan yang dirangka ke arah pencapaiannya disempurnakan.
Terdapat tiga langkah yang diperlukan dalam pengawalan, iaitu penetapan piawai,
pengukuran prestasi dan pembetulan penyimpangan. Dalam konteks analisis peristiwa
ini, Awang Sulung Merah Muda telah menggunakan satu langkah dalam pengawalan,
iaitu pengukuran prestasi. Pengukuran prestasi dianggap sebagai satu mekanisme
pengurusan yang penting dan amat berkesan untuk mengawal serta memastikan prestasi
organisasi selari dengan objektif yang telah ditetapkan. Penilaian ataupun pengukuran
prestasi merupakan satu komponen yang telah diterima sebagai salah satu doktrin untuk
menjamin kecemerlangan sesebuah organisasi (Abdul Aziz, 2000, p.86).
Satu persoalan turut ditimbulkan dalam perbincangan ini untuk menghubungkaitkan
kepentingan kawalan, khususnya pengukuran prestasi dalam pengurusan sesebuah
organisasi. Bagaimanakan prinsip pengawalan ini dipraktikkan oleh Awang Sulung
Merah Muda. Apakah pengukuran yang digunakan oleh Awang Sulung Merah Muda
untuk memastikan negeri tidak ditakluki oleh negeri lain? Apakah strategi-strategi yang
diimplementasikan oleh pemimpin untuk menjayakan prinsip kawalan ini? Menerusi
karya Melayu yang mengamalkan sistem feudal, kekuatan sesebuah negeri bergantung
kepada seberapa banyak jajahan yang ditaklukinya. Untuk mengelakkan sesebuah negeri
daripada ditakluki, perlunya satu langkah dalam aspek pengawalan yang perlu diberi
perhatian oleh pemimpin, iaitu pengukuran prestasi. Pengukuran prestasi dalam konteks
analisis peristiwa ini lebih menjurus kepada meneliti kelemahan-kelemahan yang ada
dalam organisasi dan pada masa yang sama mencari ruang dan peluang serta memikirkan
altenatif terbaik untuk menjayakan matlamat organisasi.
Jaafar Muhammad (1999, p.214) menjelaskan kawalan merupakan proses untuk
menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian
380
matlamat yang telah ditetapkan. Paparan hubungan diplomatik dalam Hikayat Awang
Sulung Merah Muda dapat dikesan dalam peristiwa di atas memperlihatkan pemimpin
telah mempraktikkan satu aspek pengurusan, iaitu pengawalan, strategi pengurusan
pentadbir yang bijak dan berwawasan ini berjaya mewujud dan menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negeri-negeri serantau merupakan satu idea bijak yang diketengahkan
pemimpin khususnya dalam memberi penambahbaikan terhadap persoalan keselamatan
dan kedaulatan sesebuah negeri. Mokhtar Muhammad (2005, p.14), menjelaskan sebelum
hubungan diplomatik dapat diadakan, persetujuan antara dua buah negara amat
diperlukan. Justeru, pelbagai daya, cara dan strategi yang digunakan untuk membentuk
atau membina hubungan diplomatik sejagat dan seterusnya membawa kepada
pembentukan mekanisme-mekanisme diplomatik tertentu bagi memastikan hubungan
yang dijalinkan berjaya dan mendapat manfaat bersama.
Wujudnya hubungan diplomatik yang diketengahkan dalam teks kajian merupakan
satu praktik pengawalan yang dimanifestasikan dalam teks kajian ini. Pengukuran
prestasi dalam konteks perbincangan peristiwa ini adalah usaha-usaha yang telah diambil
oleh pemimpin untuk memastikan konflik dan pertikaian antara negeri-negeri serantau
tidak berlaku. Hal ini diketengahkan pengarang melalui aspek pengurusan dalam
penceritaan teks kajian. Melalui teks HASMM ini, pengarang memperlihatkan hubungan
dan jalinan diplomatik yang dijalinkan oleh pemerintah bandar Mengkaleh dengan negeri
jiran, iaitu Semarang Tanah Jawa dan Negeri Pati Talak Terengganu merupakan satu
langkah bijak dan tepat telah memberi nilai tambah terhadap pelaksanaan pengurusan
dalam organisasi pentadbiran.
Maka Bujang selamat pun turun menghampiri ke geliung panjang itu langsung
melaung, “Hai encik jurubatu, dari mana datang geliung ini dan apakah hajat ke
mari?” Maka dijawab oleh jurubatu, “dari bandar Mengkaleh hendak ke Semarang
Tanah Jawa.” Maka bertanya Bujang Selamat juga, “Apakah barang-barang muatan
geliung panjang ini.” Maka dijawab oleh jurubatu, “Bukan kita berniaga, kita
belayar hendak melihat kati dan dacing, cupak dan gantang adat resam negeri
381
orang.” Maka baliklah Bujang Selamat menyembahkan hal orang geliung panjang
itu hendak melihat kati dan dacing, cupak dan gantang, adat resam negeri orang.
(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998, p.85)
Menjalin kerjasama yang erat dengan negara-negara jiran merupakan satu aspek yang
perlu diberi perhatian. Usaha mengadakan hubungan diplomatik merupakan langkah
yang paling signifikan dan dominan untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat
antara sesebuah kerajaan sama ada dari sudut hubungan sosial, budaya, agama, ekonomi
mahupun politik. Kecemerlangan sesebuah organisasi disebabkan oleh banyak faktor.
Andersen (2002, p.98) mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara
umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada
keberkesanan organisasi. Andersen & Fiedler (1967, p.118) juga berpendapat,
kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam
menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Pandangan ini juga
selari seperti yang diketengahkan Bennis dan Nanus (1985, p.65), yang menyatakan
kejayaan sesebuah organisasi disebabkan oleh kepimpinan. Pendefinisian ini menepati
kerelevanan pemimpin yang bijak mengatur dan merencana sesebuah kerajaan,
khususnya dalam konteks melindungi negerinya daripada dijajah dan dikuasai negeri
serantau seperti yang diimplementasikan oleh watak Awang Sulung Merah Muda.
Pembuktian teks menunjukkan bahawa untuk menjamin keselamatan serantau dan
memastikan perkembangan ekonomi boleh berlaku pada masa yang sama, jaringan
hubungan diplomatik adalah suatu tindakan yang rasional dan signifikan dengan latar dan
zaman tersebut. Kerjasama yang erat ini juga dapat memastikan setiap negara tidak mahu
mengganggu urusan dalaman satu sama lain dan memastikan tidak berlaku perselisihan
faham yang boleh membawa permusuhan yang mengoyahkan keamanan. Jadi, kerjasama
erat antara negara jiran membantu untuk menikmati satu tahap keamanan yang tinggi.
Keamanan negeri juga dikekalkan menerusi amalan diplomatik yang dilaksanakan antara
382
negeri-negeri serantau yang dapat dikesan dalam teks kajian ini merupakan inti pati
penting yang dipraktikkan dalam analisis kajian ini. Keadaan ini menjadikan keyakinan
rakyat terhadap sistem pemerintahan kerajaan bertambah baik dan mendapat kepercayaan
masyarakat. Yukl (1998, p.76) yang turut berpendapat kepimpinan memberi impak yang
positif terhadap kejayaan organisasi. Jelaslah, proses diplomatik yang diamalkan
menjadikan aspek keamanan itu sesuatu yang penting untuk dikekalkan di sesebuah
negara ini merupakan satu aspek kawalan khususnya diteliti daripada perspektif
pengukuran prestasi organisasi yang mengangkat kegemilangan organisasi telah
dipraktikkan oleh watak pemimpin menerusi penelitian teks kajian ini.
Kawalan dalam Hikayat Anggun Cik Tunggal telah ditimbulkan oleh pengarang
melalui naratif penceritaan dalam teks ini. Sekiranya wujud penyelewengan dalam
sesuatu pengorganisasian, maka pihak pengurusan, iaitu kepimpinan perlu mengambil
tindakan yang drastik dan sewajarnya untuk memperbetulkan dan membaik pulih
keadaan tersebut. Dengan kata lain, kawalan berfungsi untuk mengukur dan
memperbetulkan kesalahan dan penyelewengan yang berlaku dan memantau pelaksanaan
aktiviti yang menyimpang daripada sasaran asal untuk memastikan kesemua kerja dan
aktiviti di dalam organisasi mengikut perancangan yang telah ditetapkan (Harold Koontz
&Heinz Weirich (1997, p.498). Kebolehan dan kepintaran bertindak seseorang
diperlukan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan serta untuk memenuhi
potensinya. Melalui analisis dalam Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal, terdapat peristiwa
yang memerihalkan pembohongan Nakhoda Bahar tentang kemangkatan Raja Anggun
Cik Tunggal kepada Raja Laksamana dan isterinya. Melalui analisis peristiwa ini, Raja
Anggun Cik Tunggal telah mengambil satu langkah dalam pengawalan, iaitu pembetulan
penyimpangan telah dilakukan oleh Raja Anggun Cik Tunggal. Peristiwa ini dapat
dibuktikan dalam petikan di bawah;
383
“… seperti paduka anakanda Raja Tunggal Junjungan itu sudah mati dbunuh oleh
Raja Berdurai Putih habis dengan kenaikan Dendang Panjang hancur sekali Tuanku
kena peluru meriam Raja Berdurai Putih itu, hanyalah yang hidup patik ada sepuluh
orang sahaja; tetapi dengan berkat tinggi patik-patik mengamuk di dalam kapal
besar itu, maka sudahlah patik bunuh Raja Berdurai Putih dengan rakyat tenteranya
sekalian; maka kapal itu pun ada patik tawan di bawah labuhan di kuala negeri Tiku
Pariaman itu kerana pada masa paduka anakanda berperang dengan Raja Berdurai
Putih, ada bertitah beramanat kepada patik serta di-kurniakannya sebentuk cincin
ini; titah paduka anakanda itu jikalau ia ada sesuatu hal kemalangan, patik
disuruhnya membela dia dan apabila selamat pekerjaan itu patik dititah paduka
anakanda menjadi raja ganti ia memerintah negeri Tiku Pariaman ini dengan takluk
sekalian jajahan…”
(Hikayat Anggun Cik Tunggal 1985, p.92)
Bagaimanakah aspek kawalan memainkan peranan yang penting dalam situasi ini?
Bagaimanakah pembetulan penyimpangan yang telah dilaksanakan oleh Raja Anggun
Cik Tunggal dalam rganisasi? Jika pembetulan penyimpangan ini tidak ditangani dengan
bijak apakah implikasinya? Secara ringkasnya, episod yang dipetik dalam petikan di atas
memerihalkan tentang pembohongan dan fitnah yang telah dilemparkan Nakhoda Bahar
terhadap Raja Anggun Cik Tunggal. Nakhoda Bahar bukan sahaja memungkiri janji
untuk mengkhabarkan tentang pelayaran Raja Anggun Cik Tunggal malah telah mereka-
reka cerita tentang keberanian beliau turun padang membunuh Raja Berdurai Putih
dengan rakyatnya. Beliau turut menokok tambah cerita tentang amanat yang disampaikan
oleh Raja Anggun Cik Tunggal untuk menjadi raja dan mengahwini Tuan Puteri Gondan
Gandariah selepas kematiannya. Raja Laksamana dan isterinya terus membuat persiapan
untuk urusan perkahwinan Tuan Puteri Gondan Gandariah. Walau bagaimanapun, bak
kata pepatah Melayu “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.
“Bangkai gajah mana mungkin dapat ditutup dengan selimut”. Pembohongan Nakhoda
Bahar akhirnya terbongkar selepas Tuan Puteri Gondan Gandariah bertukar menjadi
ungka putih dimakan sumpah kerana memungkiri janjinya untuk berkahwin dengan Raja
Anggun Cik Tunggal.
384
Rentetan daripada peristiwa tersebut, perkhabaran kematian Raja Anggun Cik
Tunggal dan keperibadian diri Nakhoda Bahar yang sebenar disiasat. Sikap dan peri laku
Nakhoda Bahar benar-benar mengancam keselamatan negara dan menjejaskan kredibiliti
dan integriti Raja Anggun Cik Tunggal. Perbuatan Nakhoda Bahar ini dumpamakan “api
di dalam sekam” dan “musuh dalam selimut”. Tembelang Nakhoda Bahar terbongkar
menyebabkan beliau ditangkap, diikat tangannya ke belakang dan ditambat di tiang seri
balai penghadapan lalu dikenakan hukuman salang sampai mati. Perbuatan Nakhoda
Bahar ini menepati kata pepatah Melayu, “terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata
badan binasa”. Menurut Syed Hussein Alatas, budaya feudal masyarakat Melayu pada
saat ini lebih mencerminkan suatu psikologi feudal yang masih dimiliki oleh masyarakat,
iaitu berupa ketaatsetiaan yang tinggi golongan bawahan kepada atasan disebabkan nilai
atau hubungan antara mereka yang berkuasa dan mereka yang bergantung kepada mereka
mengikut kedekatan peribadi kepada pemimpin. Sikap dan peri laku ini amat
bertentangan dan kontradiksi dengan paparan yang diperlihatkan Nakhoda Bahar dalam
konteks zaman tersebut.
Penelitian peristiwa di atas memperlihatkan satu perkaitan dengan isu pengurusan
dalam organisasi, iaitu kawalan. Analisis data menunjukkan bahawa, seorang ketua
kerajaan, iaitu pemimpin hendaklah berupaya untuk memastikan organisasi sentiasa
berada di landasan yang betul mengikut hala tuju yang telah ditetapkan seperti yang
ditimbulkan pada watak pemimpin, Raja Anggun Cik Tunggal. Dalam sistem
perundangan masyarakat Melayu feudal, mereka yang murka kepada pemerintah
memang layak dikenakan hukuman bunuh. Ini selaras dan bertepatan dengan perspektif
konsep “daulat” dan “derhaka” yang diekspresi dalam teks kajian. Hukuman ini mampu
memberikan pengajaran dan peringatan kepada orang lain yang bercadang melakukan
kerosakan dan kejahatan yang memudaratkan bangsa dan negeri. Dalam konteks zaman
feudal, tindakan Raja Anggun Cik tunggal tepat dan tidak wajar dipertikaikan. Keputusan
385
yang diambil Raja Anggun Cik Tunggal merupakan satu langkah dalam prinsip kawalan,
iaitu pembetulan penyimpangan yang telah dilakukan terhadap Nakhoda Bahar. Inilah
satu proses kawalan yang perlu dilakukan demi memastikan keamanan rakyat dan
kedaulatan sesebuah negeri terpelihara.
Persoalan ini dapat diungkai secara rinci untuk memastikan keamanan dan
keselamatan sesebuah negeri terpelihara. Sudah pastinya keadaan negara menjadi hura
hara dan kucar kacir jika tiada langkah kawalan yang diambil untuk membendung
permasalahan tersebut. Langkah kawalan yang diambil oleh Raja Anggun Cik Tunggal,
mengenakan hukuman bunuh terhadap Nakhoda Bahar adalah satu tindakan yang amat
tepat dan kena pada masanya. Sebagai ketua kepimpinan, Raja Anggun Cik Tunggal bijak
mengambil langkah yang tepat untuk menyiasat kejadian yang sebenar. Hasil siasatan
secara rinci dan rapi akhirnya terserlah satu pembohongan yang telah dilakukan.
Tindakan bunuh adalah penyelesaian kepada kemelut dan konflik yang berlaku
menyerlahkan satu indikator yang telah digunakan oleh watak, iaitu kawalan demi
memastikan keharmonian dan keamanan organisasi terpelihara telah dipraktikkan Raja
Anggun Cik Tunggal menerusi teks kajian terpilih ini.
Kawalan dalam Hikayat Raja Muda turut ditimbulkan pengarang untuk menjelaskan
kepentingan prinsip ini dalam cerita lipur lara. Kawalan dan pengurusan merupakan dua
elemen yang saling berkait. Dikatakan bahawa seorang pemimpin adalah seorang
pengurus manakala tugas-tugas pengurusan memerlukan kepada daya kepimpinan yang
tinggi dan karismatik. Secara asasnya tugas dan tanggungjawab kepimpinan tidak boleh
lari daripada empat fungsi utama pengurusan, iaitu merancang, memimpin,
mengorganisasi dan mengawal. Salah satu prinsip pengurusan yang dapat dibuktikan
dalam analisis peristiwa ini, iaitu prinsip kawalan. Prinsip kawalan ini dapat dibuktikan
dalam Hikayat Raja Muda apabila Sultan Degar Alam ingin menjadikan Raja Bujang
Selamat sebagai penggantinya. Bagaimanakan peristiwa ini dapat dikaitkan dengan
386
prinsip kawalan? Amanat dan wasiat merupakan satu indikator penting dalam sesebuah
pentadbiran. Amanat dan pengharapan yang disampaikan oleh Sultan Degar kepada Raja
Bujang Selamat agar menjaga kedua-dua puteranya, iaitu Tuan Puteri Lindungan Bulan
dan juga Raja Muda serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terpelihara
merupakan satu inti pati penting yang wajar dilaksanakan. Ini dapat dijelaskan lagi
dengan petikan di bawah.
“Ayuhai anakku Bujang Selamat, sangatlah dukacita hati ayahanda mendengar
maksud anakanda hendak berjalan itu. Apakah kekurangan anakanda di dalam
negeri kita ini, kerana adapun hajat ayahanda hendak menyampaikan amanat
paduka bonda anakanda dahulu; hendak ayahanda kahwinkan anakanda dengan
adinda itu Tuan Puteri Lindungan Bulan; janganlah keberatan niat bonda yang
sudah mangkat itu ke atas ayahanda dan ayahanda sangatlah pun sukacita bila
rasanya kerana ayahanda pun sudah tua; siapalah lagi hendak memelihara seperti
paduka adinda yang kedua itu,melainkan pertama Allah, kedua rasul, ketiganya
anakandalah. Ayahanda harapkan menegur mengajar adinda Raja Muda itu, kerana
ia kanak-kanak tiada mempunyai akal lagi.”
(Hikayat Raja Muda 1998, p.10)
Hal ini sangat signifikan dan penting kerana proses kawalan yang dilaksanakan oleh
Sultan Degar ini dapat membantu pihak organisasi mengelakkan konflik dan pertikaian
dalam memilih bakal pewaris takhta kerajaan negeri. Sekiranya isu pewaris takhta
kerajaan ini tidak ditangani secara bijak, sudah tentu wujud konflik dan ketegangan dalam
sesuatu organisasi. Pihak pengurusan, iaitu kepimpinan yang diterajui Sultan Degar perlu
mengambil tindakan yang drastik dan sewajarnya untuk memperbetulkan dan membaik
pulih keadaan tersebut. Perhubungan ini penting kerana fungsi kawalan menentukan
segala aktiviti organisasi berjalan mengikut yang telah dirancangkan untuk mencapai arah
tuju organisasi yang positif. Tindakan yang diambil mengikut dasar, polisi dan prosedur
organisasi bermatlamatkan keamanan merupakan inti pati yang diketengahkan dalam
peristiwa ini. Oleh sebab itu, kawalan amat berkesan dan memainkan peranan yang
penting dalam memandu dan memantau hala tuju sesebuah organisasi telah dipraktikkan
oleh watak pemimpin, iaitu Sultan Degar melalui penelitian teks kajian ini.
387
Proses kawalan ini merupakan mekanisme yang memerlukan ketelitian kepimpinan
untuk membuat penilaian, pembetulan dan penambah baik prestasi demi memastikan
kecemerlangan dan kemakmuran sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat dan
negara dapat direalisasi dan disempurnakan. Proses penyerahan tampuk pimpinan negara
terhadap anakandanya merupakan satu lagi isu dan persoalan berkaitan aspek
pengurusan, khususnya kawalan telah diintepretasikan oleh pengarang melalui teks
kajian ini. Pengawalan ini untuk memastikan legasi keturunan dapat diteruskan untuk
memerintah dan menerajui tampuk kepimpinan negeri. Bagi merealisasikan hasrat
tersebut, satu proses pemantauan prestasi dan pengambilan tindakan untuk memastikan
hasil tercapai seperti yang dijangkakan perlu dilakukan oleh Sultan Degar.
Hubungan antara pemimpin dan ahli yang harmoni dan baik dapat melicinkan lagi
perjalanan organisasi serta dapat mencapai misi dan visi organisasi. Apatah lagi apabila
hubungan ini melibatkan pemimpin dan ahli keluarganya, Secara tidak langsung,
komunikasi yang berkesan antara ketua (pemimpin) dan subordinat dapat menentukan
kejayaan sesebuah organisasi (Jablin, 1987, p.75). Di samping pandai menggunakan
kuasa dan pengaruh, kebolehan menerima pandangan daripada pihak lain merupakan inti
pati kepada kepimpinan. Penerimaan juga dilihat dari konteks kerelaan orang bawahan
untuk menerima dan memperakui pucuk pimpinan. Dalam konteks analisis peristiwa ini
ini, penerimaan dan nasihat daripada ayahanda merupakan perkara yang perlu diberi
perhatian dan dilakukan oleh Raja Bujang untuk memastikan hubungan harmoni dapat
dijalinkan.
Bagi melahirkan budaya kerja yang lengkap dan baik, keseimbangan antara
kemampuan organisasi menyediakan kawalan yang teratur dan proses kepimpinan yang
mantap diperlukan. Hal ini dapat dibuktikan melalui proses penyerahan tampuk
kekuasaan kepada pewaris takhta kerajaan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik
seseorang itu memerlukan kebolehan merancang, menyusun dan mengawal. Ingeriti dan
388
karisma ini terpancar pada watak Sultan Degar Alam yang berjaya memastikan
kesinambungan legasi pemerintahannya diteruskan oleh anakandanya, iaitu Raja Muda.
Bersenjatakan kuasa yang ada padanya, pemimpin mestilah bijak menggabungkan semua
sumber yang ada di dalam organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Hal ini bersesuaian dan bertepatan dengan prinsip kawalan di dalam kepengurusan
sesebuah organisasi.
Kawalan dalam Hikayat Malim Deman telah ditimbulkan oleh pengarang sebagai
pengukuhan terhadap prinsip yang dibincangkan. Dengan kata lain, kawalan berfungsi
untuk mengukur dan memperbetulkan kesalahan dan penyelewengan yang berlaku dan
memantau pelaksanaan aktiviti yang menyimpang daripada sasaran asal untuk
memastikan kesemua kerja dan aktiviti di dalam organisasi mengikut perancangan yang
telah ditetapkan. Kawalan dalam Hikayat Tuanku Malim Deman dapat diteliti sewaktu
pengembaraan beliau kali kedua ke kayangan untuk menyatukan keluarganya.
Maka berapa lama, mereka pun kembali ke Bandar Muar. Jamuan makanan besar-
besaran lalu di adakan. Malim Deman juga ditabalkan menjadi raja. Tidak lama
kemudian Malin Deman gering, lalu mangkat. Sejak kematian ayahanda, Malim
Deman lali memerintah negeri. Setiap hari ia asyik menyabung ayam saja. Dalam
keadaan yang demikian, Puteri Bungsu pun melahirkan seorang anak yang diberi
nama Malim Dewana. Akhirnya Malim Dewana besarlah, tetapi Malim Deman
tetap tidak mau kembali ke istana melihat puteranya. Putri Bungsu sangat masyghul
hatinya. Kebetulan pula ia menemukan kembali baju layangnya. Maka ia pun
terbang kembali kekayangan dengan anaknya Malim Dewana. Sepeninggalan
Puteri Bungsu, barulah Malim Deman menyesal. Tujuh hari tujuh malam ia tidak
beradu, tidak santap, leka dengan menangis saja. Akhirnya ia berazam pergi
mendapatkan isteri dan anaknya kembali.
(Hikayat Malim Deman, 1998, p.2)
Tuanku Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menuruti
isteri dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan
Tuanku Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah.
Malim Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermesra dengan Si Kembang Cina
menyebabkan Puteri Bongsu merajuk hati. Kekecewaan terhadap layanan dan sikap
Tuanku Malim Dewa telah menyebabkan Puteri Bongsu berazam untuk kembali ke
389
kayangan menemui keluarganya. Tuan Puteri Bongsu berhasil mendapatkan baju layang
dan bersama-sama dengan puteranya kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di Negeri
Kayangan. Wilhelm (1996, p.97) menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai
characteristicteras bagi seorang pemimpin berkesan. Seterusnya beliau menambah,
kepimpinan tanpa nilai boleh mengakibatkan kehancuran dan kemusnahan seperti yang
dapat dilihat melalui watak Tuanku Malim Deman. Kepimpinan berkesan juga sering
dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang beretika. Kepimpinan adalah
mustahak kerana pemimpin adalah agen perubahan dan arkitek bagi elemen-elemen
penting budaya organisasi. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada
pelakuan anggota organisasi dan seterusnya ini mempengaruhi prestasi organisasi
(Aronson 2001; Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003).
Bagaimanakah prinsip kawalan dapat dikaitkan dengan situasi tersebut? Bertitik tolak
daripada situasi tersebut, Tuanku Malim Dewa telah sedar akan kesilapan dan sikap tidak
bertanggungjawab baginda terhadap isteri, anaknya dan negeri. Situasi ini merupakan
titik tolak penting bermulanya proses kawalan, iaitu pembetulan penyimpangan dalam
diri baginda. Dengan kata lain, kawalan berfungsi untuk mengukur dan memperbetulkan
kesalahan dan penyelewengan yang berlaku dan memantau pelaksanaan aktiviti yang
menyimpang daripada sasaran asal. Tuanku Malim Deman telah ke kayangan untuk
menyatukan kembali keluarganya yang terpisah. Setelah berjaya menyatukan kembali
keluarga beliau telah kembali semula ke negeri Muar untuk menjalankan
tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Hal ini menampakkan satu proses kawalan apabila
Tuanku Malim Deman telah berusaha mengembalikan kesejahteraan keluarga dan
organisasi. Proses kawalan ini merupakan mekanisme yang memerlukan ketelitian
kepimpinan untuk membuat penilaian kembali terhadap prestasi diri dan membuat
pembetulan dan penambah baik demi memastikan kecemerlangan dan kemakmuran
390
sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat dan negara dapat direalisasikan dan
disempurnakan oleh Tuanku Malim Deman.
Kawalan merupakan fungsi pengurusan yang mesti diberi perhatian yang serius untuk
menentukan pelaksanaan kerja dan aktiviti organisasi berjalan mengikut perancangan
yang telah termaktub dalam misi organisasi. Jika sebagai ketua kita tidak dapat
mewujudkan hubungan yang akrab, satu kesepaduan dalam kepimpinan kita, maka
organisasi akan berpecah belah disebabkan orang tidak menghormati dan masing-masing
akan bawa haluan mereka sendiri (Seman, 2012, p.57). Berdasarkan kronologi
penceritaan yang dibincangkan dalam teks Hikayat Malim Deman membuktikan bahawa
Tuanku Malim Deman seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab setelah
kemangkatan ayahandanya. Kesedaran beliau bertitik tolak daripada pembetulan
penyimpangan yang perlu ditangani dan dihadapi secara bijaksana. Cabaran-cabaran ini
dihadapi dan diselesaikan dengan cara bijaksana oleh Tuanku Malim Deman apabila
dapat menyatukan keluarga dan negeri serta rakyat dapat hidup bersatu padu dan aman
membuktikan bahawa prinsip ini telah berjaya diimplementasikan oleh watak. Kawalan
dalam menyempurnakan tugas dan mengawal perjalanan sesebuah organisasi dari yang
berskala kecil seperti keluarga hingga berskala besar seperti negara amat signifikan dan
relevan dalam sesebuah organisasi telah diekspresi dan dipraktikkan melalui watak
Tuanku Malim Deman dalam Hikayat Malim Deman ini.
7.5 Rumusan
Kawalan merupakan prinsip terakhir yang diketengahkan bawah pendekatan pengurusan.
Kawalan merupakan suatu entiti yang sangat penting dan tidak wajar diketepikan dalam
pengurusan untuk memacu dan memandu hala tuju sesebuah organisasi. Bertitik tolak
daripada hasil dapatan kajian bawah prinsip kawalan membuktikan bahawa terdapat
pengaplikasian prinsip ini dalam teks-teks kajian yang telah diteliti, iaitu Hikayat Malim
391
Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal, Hikayat
Raja Muda dan Hikayat Malim Deman. Kelima-lima teks kajian yang dianalisis ini
cenderung menyebelahi saranan pendekatan ini, iaitu tanpa pelaksanaan prinsip kawalan
yang bijak, keseluruhan pentadbiran sesebuah organisasi akan hilang arah tuju.
Penganalisisan data menunjukkan bahawa proses pengurusan sesebuah organisasi
yang dinamik, memerlukan kehadiran keintelektualan pemikiran watak yang
berkemampuan melihat jauh ke hadapan dan berkemampuan untuk mengawal dan
merencana dengan bijak perjalanan sesebuah organisasi daripada yang berskala kecil
seperti sebuah keluarga sehingga yang berskala besar seperti sebuah negara. Kemampuan
watak-watak pemimpin yang diangkat dalam teks kajian, iaitu Raja Bujang, Awang
Sulung Merah Muda, Sultan Degar, Tuanku Malim Deman telah berjaya
mengimplementasikan langkah-langkah proaktif, tepat, konsisten dan rasional dalam
memacu hala tuju pentadbiran organisasinya telah melonjakkan karisma, integriti dan
keintelektualan seseorang pemimpin telah dikesan melalui analisis dalam kelima-lima
teks kajian ini. Kemampuan dan keupayaan watak-watak pemimpin yang dianalisis
merupakan satu lagi karisma yang ditimbulkan dan dipancarkan dalam teks kajian ini
menyerlahkan kepentingan aspek pengurusan khususnya kawalan yang dapat ditekuni
dalam teks-teks tersebut.
392
BAB 8: KESIMPULAN
Perbincangan dan analisis kajian telah dijalankan dengan menggunakan teks cerita lipur
lara. Teks-teks cerita lipur lara terpilih yang dijadikan pegangan dalam kajian ini ialah
Hikayat Malim Dewa (1988), Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1998), Hikayat
Malim Deman (1998), Hikayat Raja Muda (1998) dan Hikayat Anggun Cik Tunggal
(1985) yang telah ditulis dan diselengarakan oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya.
Korpus kajian telah dianalisis menggunakan Kerangka Pendekatan Pengurusan (KPP).
Berdasarkan Kerangka Pendekatan Pengurusan ini, lima prinsip pengurusan yang
diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), iaitu prinsip perancangan,
prinsip kepimpinan, prinsip pengorganisasian, prinsip penstafan (tenaga kerja) dan
prinsip kawalan menjadi tunjang utama pendekatan telah diterapkan ke dalam teks-teks
cerita lipur lara terpilih untuk dianalisis, Selanjutnya, perbincangan kajian ini telah
diperdalam dan diperkukuh, iaitu dengan memerihalkan kesignifikan dan kerelevanan
prinsip-prinsip pengurusan yang terdapat bawah pendekatan pengurusan dalam karya
sastera Melayu klasik, khususnya cerita lipur lara.
Perbincangan dan penganalisisan kajian menggunakan Kerangka Pendekatan
Pengurusan dalam cerita lipur lara ini dilakukan bertujuan untuk mencapai tiga objektif
utama yang telah digariskan pada awal perbincangan, iaitu (i) Mengenal pasti prinsip-
prinsip pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara terpilih; (ii) Menganalisis cerita
lipur lara terpilih berdasarkan terapan prinsip-prinsip pengurusan bawah Pendekatan
Pengurusan; (iii) Merumuskan kepentingan prinsip-prinsip pengurusan yang
diketengahkan oleh pengarang dalam karya sastera klasik, khususnya dalam cerita lipur
lara Melayu. Hasil penemuan dalam analisis data memberikan satu hasil dapatan dan
rumusan bahawa teks-teks cerita lipur lara Melayu yang dipilih untuk kajian
393
menggunakan Kerangka Pendekatan Pengurusan ini telah mencapai dan menjawab
ketiga-tiga objektif yang telah digariskan dalam kajian ini. Hal ini bertitik tolak daripada
kehadiran prinsip-prinsip pengurusan yang meresap dan diterapkan dalam karya cerita
lipur lara tersebut amat jelas kehadirannya.
Prinsip perancangan merupakan prinsip pertama yang diketengahkan dalam Kerangka
Pendekatan Pengurusan ini. Perbincangan yang dijalankan menggunakan prinsip
perancangan bertujuan untuk mencungkil peringkat-peringkat perancangan yang dapat
ditekuni pada watak-watak penting dalam cerita lipur lara yang dipilih. Pemilihan dan
penyaringan peristiwa yang memperlihatkan pengaplikasian prinsip perancangan telah
dipugar sebagai pembuktian terhadap kewujudan dan kepentingan prinsip ini dalam cerita
lipur lara yang dikaji. Teks-teks terpilih yang digunakan oleh pengkaji untuk
menganalisis prinsip perancangan ini terdiri daripada teks Hikayat Awang Sulung Merah
Muda (1998), Hikayat Malim Deman (1998), dan Hikayat Malim Dewa (1988).
Pemilihan ketiga-tiga teks ini bertitik tolak daripada penelitian dan penilaian pengkaji
bahawa teks-teks tersebut amat menyerlah dan menonjol untuk dibincangkan dan
dianalisis dari perspektif perancangan.
Pengkaji telah mengklasifikasikan pembahagian peristiwa kepada tiga bahagian utama
untuk dianalisis bawah prinsip perancangan ini iaitu, (i) perancangan dalam
pengembaraan; (ii) perancangan dalam peperangan; dan (iii) perancangan dalam
penyelesaian masalah dan konflik. Pemilihan dan pengklasifikasian ini bertujuan untuk
menyerlahkan dan memancarkan salah satu ciri penting pengurusan, iaitu perancangan
dalam cerita lipur lara yang dipilih bertitik tolak daripada strukturnya. Penganalisisan
dalam bahagian ini menemukan satu hasil dapatan iaitu sensitiviti dan daya ketajaman
imaginasi pengarang khususnya dalam mengangkat peristiwa-peristiwa yang
394
menyerlahkan salah satu aspek pengurusan dalam organisasi iaitu perancangan dalam
teks-teks cerita lipur lara telah diangkat dan dibuktikan dalam analisis kajian ini.
Pembuktian data yang dilakukan melalui ketiga-tiga teks kajian ini memberikan
keyakinan kepada pengkaji bahawa peringkat-peringkat perancangan yang diaplikasikan
merupakan satu platform dan indikator penting dalam pencapaian sesuatu matlamat
sebagaimana yang dapat dibuktikan pada watak dan peristiwa terpilih yang dianalisis.
Penelitian secara rinci yang dilakukan dalam kajian ini juga telah menyerlahkan dan
menimbulkan satu aspek penting dalam pengurusan yang diterjemahkan dalam teks karya
sastera tradisional, iaitu perancangan. Peringkat-peringkat perancangan yang
diketengahkan dalam kajian ini dapat memerihalkan dan membuktikan keupayaan,
kemampuan dan integriti watak untuk mengintegrasikan prinsip tersebut melalui
rangkaian peristiwa penting yang telah diketengahkan dalam teks-teks kajian.
Pengaplikasian peringkat-peringkat perancangan dalam cerita lipur daripada watak-
watak dalam teks kajian menyerlahkan satu aspek penting pengurusan, iaitu perancangan
bijak yang diperlihatkan oleh watak-watak berjaya memberikan input dan impak yang
positif dalam pencapaian sesuatu matlamat. Perancangan bijak ini tidak memadai
sekiranya tidak disusuli dengan peringkat-peringkat perancangan tersebut. Walau
bagaimanapun, penemuan hasil dapatan data turut menunjukkan dan membuktikan
bahawa tidak kesemua watak mengaplikasikan peringkat-peringkat perancangan seperti
yang diketengahkan bawah prinsip ini. Peingkat menetapkan objektif, peringkat mereka
dan membentuk strategi dan peringkat memilih satu cara atau beberapa cara yang paling
efektif merupakan peringkat-peringkat yang menyerlah dan dominan yang telah
dipraktikkan dan diimplementasikan oleh watak dalam teks-teks cerita lipur lara terpilih
ini.
Prinsip kepimpinan dalam cerita lipur lara merupakan prinsip kedua yang diterap ke
dalam analisis kajian. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa Pendekatan Pengurusan
395
menerusi prinsip kepimpinan dalam kelima-lima teks cerita lipur lara ini amat dominan
dan signifikan dalam menggambarkan ciri-ciri kepimpinan bertitik tolak daripada
pengklasifikasian dan analisis terhadap struktur karya ini. Berdasarkan analisis yang
dilakukan, dasar dan mekanisme yang menjadi amalan dan praktis pemimpin ini amat
dominan dalam memperlihatkan ciri-ciri pengurusan berdasarkan Prinsip Kepimpinan.
Kepimpinan ini diperlihatkan melalui peranan dan tugas yang dimainkan oleh semua
pihak, iaitu pemerintah mahupun rakyat dalam membuktikan bahawa kepimpinan amat
signifikan dengan latar masyarakat dan zamannya. Kepimpinan ini dipaparkan dengan
meluas daripada tanggungjawab seorang pemerintah kepada keluarga sampaikan kepada
rakyatnya. Malahan rakyat juga memperlihatkan tanggungjawab sosial terhadap
golongan pemerintah dengan taat setia yang tidak berbelah bahagi. Kepimpinan yang
diperlihatkan oleh setiap pihak melantunkan nilai murni yang menjadi amalan
masyarakat khasnya pemerintah demi kemajuan dan kemakmuran negeri telah diangkat
dan diekspresikan dalam teks-teks kajian.
Walau bagaimanapun, hasil analisis kajian turut membuktikan bahawa terdapat
kepimpinan yang berunsur negatif dalam teks cerita lipur lara ini. Pengesanan
kepimpinan negatif ini menyerlahkan satu stigma yang terus menerus membelenggu dan
menjadi barah dalam sesebuah organisasi kepimpinan. Kepimpinan negatif yang
digambarkan ini telah memberikan implikasi dan impak yang negatif terhadap agenda
pembangunan sesebuah organisasi. Pengenalpastian ciri-ciri kepimpinan negatif yang
dikesan merupakan titik tolak ke arah kehancuran dan kemusnahan sesebuah organisasi
sekiranya tidak ditangani secara bijak, rasional dan profesional. Dilihat dari perspektif
tersebut, ciri-ciri kepimpinan negatif ini wajar dijadikan satu iktibar dan pengajaran
dalam proses pengurusan kepimpinan sesebuah organisasi.
396
Prinsip pengorganisasian dalam cerita lipur lara merupakan prinsip ketiga yang
diutarakan bawah Kerangka Pendekatan Pengurusan turut membuktikan kesignifikan dan
relevannya prinsip tersebut untuk diterapkan ke dalam lima teks cerita lipur lara terpilih.
Unsur (i) struktur organisasi telah dianalisis bawah prinsip pengorganisasian
Pengklasifikasian data dalam kelima-lima teks kajian, Hikayat Malim Dewa (1988),
Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1998), Hikayat Malim Deman (1998), Hikayat Raja
Muda (1998) dan Hikayat Anggun Cik Tunggal (1985) menunjukkan bahawa masyarakat
Melayu dalam cerita lipur lara ini dapat diklasifikasikan kepada dua golongan utama,
iaitu (i) golongan yang memerintah; dan (ii) golongan yang diperintah. Golongan yang
memerintah terdiri daripada golongan istana dan bangsawan manakala golongan yang
diperintah terdiri daripada rakyat jelata. Penemuan data memperlihatkan kebijaksanaan
dan ketajaman pemikiran pengarang yang telah menstruktur organisasi kepada dua
bahagian bahagian utama, iaitu (i) struktur organisasi dalam istana; dan (ii) struktur
organisasi dalam kerajaan.
Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa dalam cerita lipur lara ini telah wujud (i)
struktur organisasi yang teratur dan sistematik bagi menjayakan pengurusan sama ada
dalam sebuah organisasi yang berskala kecil seperti sebuah keluarga sehinggalah yang
berskala besar seperti sebuah kerajaan mahupun negara. Penemuan struktur organisasi
dalam cerita lipur lara ini merupakan satu rumusan yang memperlihatkan bahawa salah
satu aspek bawah pengorganisasian, iaitu struktur organisasi telah dipraktikkan dan
diimplementasikan oleh pemimpin dalam pengurusan dan pentadbiran negara.
Unsur (ii) kumpulan manusia merupakan data yang telah dianalisis bawah prinsip
pengorganisasian. Dari perspektif pengurusan, untuk membentuk kebersamaan dalam
organisasi perlunya penglibatan seluruh anggotanya termasuklah kumpulan manusia
yang ada dalam organisasi telah diangkat oleh pengarang melalui penelitian teks kajian
397
ini. Unsur kumpulan manusia dalam cerita lipur lara ini dapat diklasifikasikan kepada
empat bahagian utama, iaitu (i) kumpulan pemerintah dan pembesar; (ii) kumpulan
hulubalang dan ketenteraan; (iii) kumpulan agama dan perbidanan; (iv) kumpulan
pembantu watak utama. Hal ini menyerlahkan salah satu unsur penting pengorganisasian,
iaitu kumpulan manusia telah diserapkan oleh pengarang melalui penerokaan peristiwa
dalam teks kajian. Kewujudan pelbagai kumpulan manusia dalam organisasi
mewujudkan jalinan kerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain untuk
mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Organisasi sebagai satu
kumpulan kerja, penyatuan usaha, dan hubungan antara seorang individu dengan individu
yang lain merupakan inti pati yang berjaya diketengahkan oleh pengarang melalui
pemugaran peristiwa-peristiwa dalam teks-teks kajian ini.
Unsur (iii) tujuan bersama dan unsur (iv) kerjasama dalam cerita lipur lara ini
merupakan unsur-unsur yang telah dianalisis bawah prinsip pengorganisasian.
Penganalisisan ini sebagai satu pengukuhan terhadap unsur-unsur yang membentuk
sesebuah organisasi. Pengorganisasian yang ampuh perlunya mempunyai tujuan bersama
dan kerjasama dalam setiap perkara yang dilakukan, iaitu mempunyai kesepakatan dalam
melaksanakannya merupakan satu perkara yang tidak wajar dinafikan dan diketepikan.
Secara empirikalnya, untuk menjayakan sesebuah perjalanan organisasi, tujuan bersama
dan kerjasama merupakan dua perkara penting yang perlu diberi perhatian dan keutamaan
kerana kedua-dua unsur yang diketengahkan ini saling mempunyai hubung kait dalam
pencapaian sesuatu matlamat dan misi organisasi. Unsur tujuan bersama dan kerjasama
yang dipancarkan dalam teks kajian memperlihatkan suatu komitmen dan keutuhan yang
dipertanggungjawab kepada semua pihak yang berada bawah satu payung pemerintahan
merupakan unsur-unsur yang telah diekspresi dan dipraktikkan ke dalam teks kajian
melalui peristiwa-peristiwa yang dianalisis. Pemugaran unsur tujuan bersama dan
kerjasama ini mampu menjamin kelangsungan dan survival sesebuah organisasi kerana
398
objektif dan matlamat yang jelas dapat memandu dan memacu hala tuju pentadbiran
sesebuah organisasi ke arah mencapai matlamatnya.
Unsur (iv) pembahagian dan pengkhususan kerja merupakan unsur terakhir yang
merupakan pelengkap dalam analisis kajian bawah prinsip pengorganisasian. Tidak
dinafikan dalam sesebuah organisasi tersebut wujud dan timbulnya pelbagai tahap
pemikiran, kemampuan dan keterbatasan individu dalam melaksanakan dan
menyempurnakan sesuatu kerja dan aktiviti. Oleh itu, penyatuan dan kesepaduan usaha
melalui konsep pembahagian dan pengkhususan kerja hendaklah wujud dalam sesebuah
organisasi bagi menjamin pencapaian dan dapat menjamin organisasi itu bergerak dengan
sempurna, tersusun dan berkesan merupakan inti pati penting yang telah diketengahkan
dan diangkat melalui analisis kajian ini.
Prinsip penstafan merupakan prinsip keempat yang diketengahkan bawah pendekatan
pengurusan. Prinsip penstafan dalam karya sastera ini membuktikan bahawa sumber
manusia dalam sesebuah organisasi merupakan unsur terpenting kerana mereka inilah
yang merupakan tenaga dan penggerak utama yang menjadi penentu jatuh bangunnya
sesebuah organisasi. Sumber manusia yang berpotensi dan mempunyai kredibiliti dan
integriti yang tinggi ini amat penting dalam membantu merealisasikan serta menaikkan
imej dan reputasi sesebuah organisasi. Sumber tenaga manusia ini amat berperanan
penting dalam menawarkan serta menyumbangkan kemahiran, bakat, kreativiti serta
mempamerkan daya usaha yang ampuh ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi.
Prinsip penstafan ini dianalisis berdasarkan empat unsur utama, iaitu (i) motivasi; (ii)
komitmen; (iii) upah dan ganjaran; dan (iv) persekitaran kerja. Berdasarkan analisis
dengan menggunakan Prinsip Penstafan bawah Pendekatan Pengurusan didapati teks-
teks kajian memperlihatkan satu kecenderungan yang tinggi dalam menyebelahi
pendekatan yang diketengahkan bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur teks.
399
Keempat-empat unsur yang dibawa dalam perbincangan, iaitu motivasi, komitmen, upah
dan ganjaran, serta persekitaran kerja dapat dikesan dan dikenal pasti.
Unsur (i) motivasi merupakan perkara yang dapat dibuktikan melalui analisis teks.
Motivasi ini begitu menonjol yang diperlihatkan oleh watak-watak utama dan
samapingan atau lebih jelas tenaga kerja yang berada dalam sistem pemerintahan. Unsur
motivasi yang diperlihatkan ini telah berjaya mengembalikan maruah dan membawa satu
penghormatan dalam mengekalkan kegemilangan dan keamanan legasi pemerintahan.
Unsur (ii) komitmen paling dominan melalui cerita lipur lara yang dikaji ini. Hal ini amat
signifikan kerana masyarakat yang dilingkungi konsep beraja yang mengamalkan sistem
feudal telah memanifestasikan satu ikatan kesetiaan yang tinggi yang diterjemahkan
melalui komitmen rakyat terhadap pemimpin. Unsur komitmen ini diangkat oleh
pengarang melalui kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemimpin.
Unsur (iii) upah dan ganjaran dikesan melalui perbincangan dalam teks-teks kajian.
Upah dan ganjaran yang dipraktikkan pemimpin memperlihatkan satu tanggungjawab
majikan yang berjaya menyempurnakan hak pemenuhan ekonomi rakyat sebagaimana
yang dapat dikaitkan dengan konsep pengurusan. Upah dan ganjaran yang
diimplementasikan dalam kajian ini dapat diklasifikasikan kepada dua perspektif, iaitu
(i) upah dan ganjaran berbentuk kewangan atau material; dan (ii) upah dan ganjaran ini
yang dikesan juga berbentuk keselamatan negeri. Kuasa yang dimiliki oleh negeri yang
digeruni mampu memberikan satu tawaran atau perjanjian kepada negeri lain merupakan
satu inti pati penting yang turut dipugar daripada teks kajian.
Unsur (iv) persekitaran kerja dalam organisasi teks kajian ini juga telah ditimbulkan
oleh pengarang. Persekitaran kerja yang dikesan dapat diklasifikasikan kepada dua, iaitu
persekitaran kerja positif dan persekitaran kerja negatif. Persekitaran kerja ini
mempunyai hubung kait dan secara tidak langsung dapat mempengaruhi prestasi pekerja
400
dalam sesebuah organisasi turut dipaparkan dalam penganalisisan teks kajian ini.
Organisasi yang mampan amat mementingkan suasana persekitaran kerja yang hormanis
untuk melonjakkan kreativiti dan produktiviti pekerja. Hasil analisis kajian dalam hal ini
membuktikan wujudnya satu hubungan langsung, iaitu sikap dan peri laku pekerja atau
modal insannya amat dipengaruhi suasana persekitaran pekerja, iaitu hubungan
pemimpin dengan rakyat yang baik dan harmonis mampu memberikan impak terhadap
perjalanan sesebuah organisasi pentadbiran telah diekspresikan dalam analisis teks kajian
ini.
Pemugaran unsur-unsur bawah prinsip penstafan ini mendampakkan suatu tradisi
budaya kerja yang seharusnya diteladani merupakan lantunan kekreatifan minda dan
keintelektualan pemikiran masyarakat Melayu tradisi yang diekspresikan dalam sastera
lisan sebagai khazanah warisan tradisi yang tiada tolok bandingnya. Hasil dapatan kajian
memperlihatkan ekspresi nilai-nilai positif modal insannya diperlihatkan melalui
motivasi, komitmen, upah dan ganjaran dan unsur persekitaran kerja. Unsur-unsur ini
merupakan mekanisme ampuh dalam usaha meningkatkan kualiti dan memacu hala tuju
pembangunan sesebuah organisasi merupakan nilai tambah yang memperkasakan
sesebuah organisasi. Oleh itu, keintelektualan pemikiran modal insannya yang dipapar
dan diangkat dalam teks cerita lipur lara ini ternyata menyerlahkan satu manifestasi
kebijaksanaan dan ketajaman imaginasi pengarang dalam melantunkan aspek pengurusan
dalam teks karya sastera tradisional khususnya dalam mengangkat integriti karisma dan
ketinggian modal insannya.
Prinsip terakhir yang diterapkan dalam kajian ini ialah prinsip kawalan dalam cerita
lipur lara. Prinsip kawalan merupakan unsur penting dalam penganalisisan ini yang telah
diteliti secara menyeluruh dan global dalam teks kajian untuk memperlihatkan bahawa
sesuatu pencapaian matlamat itu benar-benar berjaya atau sebaliknya bertitik tolak
daripada prinsip kawalan yang diimplementasikan. Kawalan merupakan mekanisme yang
401
memerlukan ketelitian kepimpinan untuk membuat penilaian, pembetulan dan penambah
baik prestasi demi memastikan kecemerlangan dan kemakmuran sesebuah organisasi
seperti keluarga, masyarakat dan negara dapat direalisasikan dan disempurnakan.
Dimensi-dimensi penambahbaikan dan pemantauan yang diketengahkan dalam kajian ini
telah mendampakkan dan menjelaskan keupayaan dan kemampuan watak untuk
mengintegrasikan prinsip tersebut melalui peristiwa yang diketengahkan dalam teks-teks
kajian. Prinsip kawalan ini telah dapat dibuktikan dalam karya sastera yang dianalisis
merupakan pelengkap kajian terhadap prinsip pengurusan yang diterapkan dalam cerita
lipur terpilih. Analisis kajian yang dilakukan secara rinci menunjukkan bahawa aspek
kawalan dan perancangan dalam cerita lipur lara mempunyai satu pertalian yang cukup
erat dan saling melengkapi dan mempengaruhi antara satu sama lain merupakan satu
tanggapan dan rumusan yang dapat dibuktikan dalam kajian ini.
Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang mengaplikasikan lima prinsip
pengurusan, iaitu perancangan, kepimpinan, pengorganisasian, penstafan (tenaga kerja)
dan kawalan bawah pendekatan pengurusan dalam cerita lipur lara ini memperlihatkan
suatu dapatan hasil kajian yang positif kerana prinsip-prinsip pengurusan merupakan
aspek penting yang telah diberi perhatian dan diangkat oleh pengarang dalam pengurusan
sesebuah organisasi, khususnya dalam cerita lipur lara. Hal ini amat bertepatan dengan
saranan pendekatan ini, tanpa pengurusan yang sistematik dan tersusun, keseluruhan
kepimpinan organisasi hilang arah tuju. Justeru, proses pengurusan organisasi yang
dinamik, memerlukan lonjakan pemikiran yang berkemampuan melihat jauh ke hadapan.
Kemampuan untuk menggariskan langkah-langkah proaktif, tepat, konsisten dan rasional
dalam pentadbiran organisasi telah melonjakkan karisma dan keintelektualan seseorang
pemimpin. Kemampuan menyusun rancangan rapi untuk mencegah kesan-kesan negatif
dan mengatasi masalah yang diramal bakal timbul merupakan satu lagi karisma yang
402
dipancarkan dalam teks kajian ini menyerlahkan kepentingan aspek pengurusan yang
dapat ditekuni dalam teks-teks berkenaan.
Berdasarkan perbincangan analisis serta pengaplikasian kelima-lima prinsip
pengurusan, iaitu perancangan, kepimpinan, pengorganisasian, penstafan (tenaga kerja),
dan kawalan dalam karya sastera yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Abu
Hassan (2013), ternyata pendekatan pengurusan ini mempunyai suatu keistimewaan dan
perbezaan berbanding pendekatan-pendekatan terdahulu. Hal ini amat signifikan kerana
unsur pengurusan dalam karya tidak wujud secara sengaja dan sewenang-wenangnya
tetapi mempunyai keunikan dan nilai komersialitinya. Pelbagai pertimbangan yang
rasional dan kritis telah diketengahkan dalam perbincangan kajian ini malah dirangkum
dan digarap dengan teliti demi menyuntik elemen pembaharuan dalam penelitian
terhadap karya sastera. Perkara ini dapat memberikan impak yang berkesan terhadap
pembangunan dan pembinaan masyarakat dalam sesebuah karya sastera. Pemikiran
pengurusan yang diekspresikan dalam karya sastera memancarkan keintelektualan dan
kebijaksanaan pemikiran masyarakat Melayu tradisi yang merentasi zaman dan
peradaban. Penganalisisan dan perbincangan dalam rangkaian peristiwa yang dilakukan
dan dipugar secara langsung memperlihatkan pengaplikasian prinsip-prinsip pengurusan
yang telah diimplementasikan oleh watak-watak protagonis dan antogonis dalam cerita
lipur lara ini cenderung menyebelahi pendekatan yang diketengahkan oleh Mohamad
Mokhtar Abu Hassan (2013).
Pembuktian demi pembuktian dalam data kajian yang diangkat melalui paparan
peristiwa penting mendampakkan bahawa prinsip-prinsip pengurusan dalam teks cerita
lipur lara yang dikaji signifkan dan relevan. Pemugaran prinsip-prinsip pengurusan dalam
karya sastera ini wajar untuk dimanfaatkan dan diberi perhatian kerana kenyataan dan
hakikat tentang wujudnya unsur-unsur yang menyerlahkan pemikiran pengurusan dalam
403
teks cerita lipur lara ini tidak dapat disangkal dan dipertikaikan. Penemuan data dalam
hasil dapatan kajian menerusi cerita-cerita lipur lara terpilih ini juga jelas memperlihatkan
dan mendampakkan suatu kecenderungan yang tinggi dalam menyokong dan
menyebelahi pendekatan yang diketengahkan.
Jika ditelusuri dengan lebih terperinci lagi, karya sastera agung mempunyai nilai yang
tinggi untuk dijadikan pegangan oleh pembaca khususnya kepada para generasi muda.ini.
Prinsip-prinsip pengurusan ini dapat diperhatikan dalam karya cerita lipur lara yang
dihasilkan oleh pengkarya pada waktu itu merupakan satu nilai moral dan didaktik yang
boleh dijadikan pegangan dalam sesebuah organisasi. Prinsip-prinsip pengurusan yang
menjadi teras dan jati diri bangsa untuk membentuk sesebuah organisasi yang
bermatlamatkan keamanan telah diangkat dan dipaparkan oleh pencerita dengan begitu
rapi. Prinsip-prinsip ini secara tidak langsung telah menjadi salah satu nilai budaya
Melayu yang telah tersemat dalam akar budi masyarakat yang telah dipraktikkan oleh
masyarakat Melayu tradisi, iaitu pengurusan. Masyarakat Melayu dan budaya
organisasinya adalah dua entiti yang digabungkan menjadi satu dan sebati dan terus
meresap ke dalam nurani masyarakatnya. Oleh sebab itu, pengarang mengambil unsur-
unsur ini untuk diterjemahkan dalam karya mereka sebagai pembuktian bahawa
masyarakat dan minda Melayu merupakan minda yang terkehadapan dan tidak
ketinggalan khususnya dalam penganjuran aspek pengurusan dalam mengangkat
kegemilangan dan kecemerlangan ketamadunannya.
Ketamadunan Melayu tidak ketinggalan dalam meninggalkan karya-karya besar dan
agung. Karya-karya ini terus dibedah dan diselamgenangkan ilmu yang terungkap dalam
hasil-hasil karya kreatif tersohor ini. Sewaktu bangsa Melayu dalam dakapan minda yang
dilingkungi pemikiran yang primitif dan konvensional, telah lahir seorang wira bangsa di
tengah-tengah masyarakat yang mempunyai kesedaran yang tinggi mula mengangkat
pemikiran intelektual melalui karya-karya sastera di tengah-tengah masyarakat dengan
404
hanya bermodalkan lisan semata-mata. Ketajaman imaginasi, sensitiviti dan pengamatan
yang mendalam terhadap masyarakat dan alam sekeliling telah berjaya mengungkapkan
satu manifestasi pemikiran yang terkehadapan dan berwawasan melalui penghasilan
naratif tersebut.
Pengisian-pengisian dalamannya bejaya mengekspresikan dan melontarkan nukilan
ilmu dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dalam kehidupan masyarakat dan bangsa
Melayu. Selaras dengan keunggulan dan keintelektualan falsafah pemikiran yang
terungkap dalam cerita lipur lara, ternyata genre tradisonal berbentuk naratif ini berjaya
membawa suatu transformasi sosiobudaya dan pemahaman terhadap peranan
kesusasteraan Melayu tradisional ini khususnya cerita lipur lara yang terbukti berjaya
meninggalkan impak yang mendalam terhadap pembangunan spiritual masyarakat
pendukungnya. Nilai-nilai yang terungkap dalam cerita lipur lara mempunyai pertalian
yang rapat dengan tradisi keilmuan, semangat spiritual dan roh kekuatan dan survival
bangsa Melayu. Hal ini amat bertepatan dengan pepatah “ibarat isi dengan kuku”.
Ternyata, keunggulan dan keagungan cerita lipur lara Melayu telah membawa dan
mencetuskan satu fenomena baharu dalam dunia kesusasteraan tanah air khususnya
dalam mengangkat aspek pemikiran pengurusan.
Hal ini sangat signifikan kerana aspek pengurusan dalam sesebuah karya sastera perlu
dilihat dan diteliti dalam segala aspek seperti bentuk gaya bahasa, puisi, pemilihan kata,
latar, nilai, isu dan persoalan yang dirujuk kepada teks yang menjadi fokus kajian. Ini
bermakna unsur atau bahagian lain dalam teks sastera membantu menjelaskan makna atau
pemikiran pengarang dalam sesebuah karya sastera lantas dapat memberikan impak yang
berkesan terhadap pembangunan dan pembinaan masyarakat pendukungnya. Pemikiran
pengurusan yang ditanggapi dalam cerita lipur lara ini jelas dan terbukti bahawa
kebijaksanaan dan pemikiran kritis pencerita merupakan manifestasi keintelektualan
405
pemikiran masyarakat Melayu tradisi yang merentasi zaman dan peradaban telah
diekspresi melalui hasil analisis kajian ini.
Mengetengahkan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia
bukanlah perkara yang mudah. Namun, jika tiada usaha dan insiatif yang diambil oleh
para sarjana untuk meletakkan dan memantapkan pendekatan baharu ini menjadikan
dunia kritikan sastera di Malaysia semakin lemah dan lesu seolah-olah tiada satu
mekanisme dan anjakan paradigma yang dilakukan untuk merancakkan kembali dan
mempelbagaikan teknik kritikan sastera di Malaysia. Oleh hal yang demikian, ketajaman
pemerhatian, pengamatan serta kebijaksanaan tokoh sastera di Malaysia membentuk dan
mengetengahkan satu pendekatan baharu dalam dunia kritikan sastera memperlihatkan
suatu keberanian dan kekritisan pemikiran intelektual mereka yang berwawasan dan
berpandangan jauh telah direalisasikan melalui satu pendekatan pengurusan yang
diketengahkan Mohamad Mokhtar Abu Hassan dalam dunia kritikan sastera di Malaysia.
Hal ini sangat signifikan kerana aspek pengurusan dalam sesebuah karya sastera boleh
dilihat dan diteliti dalam segala aspek strukturnya seperti bentuk, gaya bahasa, puisi,
pemilihan kata, latar, nilai, isu dan persoalan.
Prinsip-prinsip pengurusan ini tidak akan menjadi hebat, kuat dan kukuh seandainya
tidak diperkasakan melalui penelitian dan perdebatan. Pendekatan dan teori-teori kritikan
tempatan mampu untuk memperkatakan kebanyakan genre sastera di negara. Justeru,
peneliti atau pengkaji sastera perlu berganding bahu memperhalusi dan
memperkemaskan pendekatan ini agar dapat berkembang dengan cepat dan baik
sebagaimana teori-teori yang berlaku di Barat. Teori-teori sastera tempatan yang dicipta
ini masih baharu. Alasan tersebut ada asas kebenarannya. Sebagaimana teori-teori Barat
tidak lahir dan kukuh dalam tempoh yang singkat tetapi berkembang selepas lebih dua
dekad. Usaha ke arah mengangkat dan memartabatkan teori sastera tempatan telah
406
membuktikan keintelektualan dan falsafah pemikiran golongan sastera dan cendekiawan
Melayu dalam mengukuhkan martabat kesusasteraan dan bidang kritikan di Malaysia.
Secara kesimpulannya, penerapan pendekatan pengurusan dalam cerita lipur lara
terpilih yang dianalisis, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Dewa,
Hikayat Malim Deman, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Raja Muda
berteraskan lima prinsip asas pengurusan, iaitu prinsip perancangan, prinsip kepimpinan,
prinsip pengorganisasian, prinsip penstafan dan prinsip kawalan ini merupakan satu
pendekatan baharu yang wajar untuk diberi perhatian yang serius oleh para pengkaji
terutamanya pengkaji sastera tradisional dan moden. Pengaplikasian dan pengadaptasian
prinsip-prinsip pengurusan dalam karya sastera mampu memberi nafas baharu dalam
mewarnai industri kritikan sastera tradisional dan moden di Malaysia. Pendekatan
Pengurusan ini juga diharap dapat mencetuskan satu anjakan paradigma dan
pembaharuan dalam dunia kajian kesusasteraan lantas mampu menjadi satu landasan dan
medium yang positif untuk menyemarakkan lagi industri kritikan sastera tanah air. Hal
ini sangat relevan dan signifikan untuk memperjelaskan bahawa pendekatan pengurusan
yang diketengahkan dalam kajian ini mampu membawa satu transformasi dan transmisi
dalam dunia kritikan agar dunia kritikan sastera tanah air sentiasa berkembang selari
mengikut peredaran masa dan zaman. Hal ini amat bertepatan untuk dikaitkan dengan
pepatah Melayu lama yang berbunyi “Tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan”. Oleh
itu, pemugaran prinsip-prinsip pengurusan bawah pendekatan pengurusan dalam kajian
ini dapat membuka satu lembaran dan dimensi baharu dalam dunia kritikan sastera tanah
air dan diharap dapat memberikan sumbangan terhadap dunia pendidikan.
407
RUJUKAN
A. Rahman Hanafiah. (1998). Teori dan pendekatan kritikan sastera moden. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Halim Othman. (1993). Psikologi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdul Halim & Ahmed. (2004). Investment funds in Islamic Banks: Theory & practice.
Tesis Ijazah Sarjana Kedoktoran, World Islamic Sciences & Education University.
(WISE).
Abdul Kadir. (1992). Pembinaan tradisi dan budaya ekspresif budaya Melayu. Petaling
Jaya: Asfami Enterprise.
Abdul Rahman Aroff. (1962). Malaysian national. Kuala Lumpur: Arkib Negara
Malaysia.
Abu Bakar Hamid. (1974). Diskusi sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Adam Kuper & Jessica Kuper. (2000). Ensiklopedia ilmu-ilmu sosial. Jakarta: PT Raja
Grafindo Persada.
Ahmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan organisasi. Kuala Lumpur: Utusan
Publication Sdn. Bhd.
Ainon Mohd. (2003). Teori dan kepimpinan: Panduan aplikasi di tempat kerja. Pahang:
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Al. Ramaiah. (2009). Kepimpinan pendidikan. Puchong: IBS Buku Sdn. Bhd.
Alexander H. Krappe. (1930). The science of folklore. London: Methuen and Co. Ltd.
Ali Ahmad. (1987). Karya-karya sastera bercorak sejarah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad. (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW
Comunications Management.
Alis Murni. (1969). Penglipur lara Melayu dan kaba Minangkabau: Satu perbandingan.
Bhg. 2 dalam Dewan Bahasa 13:2 Februari 1969.
408
Allen, N. & Meyer, J. P. (1990). The measurement and antecedents of affective,
continuance and normative commitment to the organization. Journal of
Occupational Psychology, 63, 1-18.
Amat Juhari Moain. (1989). Sistem panggilan dalam bahasa Melayu: Suatu analisis
sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aminuddin Mohd. Yusof. (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Arba’ie Sujud et. al. (2010). Sastera Melayu suatu pengantar. Kuala Lumpur: Tinta Press
Sdn. Bhd.
Arbai’e Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad, Affendi & Asiah Abdul Rahman. (2001).
Sastera Melayu suatu pengantar edisi baharu. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn.
Bhd.
Arbaie Sujud. (1999). Estetika dalam lirik lagu nyanyian P. Ramlee. Tesis Sarjana,
Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Arbai'e Sujud & Madiawati Mustaffa. (2011). Perkara (matter) dalam perisian cerita
unggas 1: Dari pespektif model persepsi estetika. Jurnal Pengajian Melayu, 22,
pp. 45-65.
Aripin Said. (2003). Koleksi terpilih cerita unggas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (1986). Bahasa dan pemikiran alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Atan Long. (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Had Salleh. (1965). Kesusasteraan Melayu moden. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.
Azlinda Jaini. (2013). A study on the factors that influence employees job satisfaction.
Disertasi Sarjana. Scope International (M) Sdn. Bhd. UITM Shah Alam.
Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
409
Baron, P. & Joly, E. (1988). Sex differences in the expression of depression in
adolescence. Sex Roles, 18, 1 – 7.
Bazrul Bahaman. (2012). Unsur interteks dalam hikayat raja muda dan hikayat malim
deman. Kertas kerja dalam Seminar Pemikiran Pawang Ana. Auditorium Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak, 25 Oktober 2010.
Beardwell, J. & Claydon, T. (2007). Human resource management: A contemporary
approach). Prentice Hall: Financial Times.
Bennet & Durkin. (2000). The effects of organisational change on employee
psychological attachment an exploratory study. Journal of Managerial
Psychology, Vol. 15 Iss: 2, pp.126 – 146.
Boyatzis, R.E., Goleman, D. & Rhee, K.S. (2000). Clustering competence in emotional
intelligence (pp. 343-362). San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Certo, Samuel C. (1997). Modern management: diversity, quality, ethics, and the global
environment. New Jersey, Upper Saddle River: Prentice Hall.
Che Bakar Che Mat, Abd Shukor Md Ali, Wan Kamariah Leman, Norlela Kamaluddin,
Sharifah Anom Omar, Salmah Hussin, & Wan Ariffin Wan Yon. (2007).
Pembangunan dari Perspektif Islam. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA.
Daniel Goleman, Richard Boyatzis & Annie Mckee (2002). The new leaders:
transforming the art of leadership into the Science of results. Britain: Little Brown.
Djojodigoeno. (1958). Asas-asas adat hukum adat. Jogjakarta: Pradnja Paramita.
Droll. (1984). Awareness of cathexis handbook of international disaster pschology.
United States of America: Praeger Publication.
Dundes, Alan. (1965). What is folklore? The study of folklore. New Jersey: Prentice-
Hall.
Durkheim, Emile. (1974). Sociology and philosophy. New York: Free Press.
Dessler, Gary. (2001). A framework for human resource management. United Kingdom:
Prentice Hall.
Edaris Abbu Bakri. (2004). Pengurusan strategik: Konsep dan aplikasi untuk pendidikan.
Kuala Lumpur: Utusan Publication Sdn. Bhd.
Ensiklopedia sejarah dan kebudayaan Melayu (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
410
Faizillullahwati Haji Mura. (2002) Kajian faktor ganjaran dalam memotivasikan pekerja
sokongan: Kajian di salah sebuah organisasi kerajaan, Universiti Malaysia
Sarawak.
Faridah Taib dan Nuraidah Ali. (1995). Keluarga bahagia. Petaling Jaya: Penerbitan
Pinang.
Faridah Idris. (Mac, 1995). Menguasai Ilmu Keibubapaan. Dewan Masyarakat, 51-52.
Fatimah Wati Halim & Iran Herman. (1997). Hubungan nilai kerja, prestasi kerja dan
kualiti kehidupan bekerja di kalangan pekerja sektor awam dan swasta. Jurnal
Psikologi Manusia. Bil 11:97-114.
Fauziah Ibrahim. (2009). Dadah dan pembangunan belia: Antara cabaran dan peranan.
Kuala Lumpur.
Fiedler. (1967). Theory of Leadership Effectiveness. New York: McGraw Hill
Fitzgibbons, R. P. (1986). The cognitive and emotive uses of forgiveness in the treatment
of anger. Psychotherapy: Theory, research, practice, training. New Jersey: John
Wiley & Sons.
Gallop, Annabel T. (1994). The legacy of the Malay letter. London: The British Library.
Glosari istilah kesusasteraan. (1988). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Goleman, Boyatzis & McKee. (2002). Leadership: Realizing the power of emotional.
Boston: Harvard University Press.
Goleman, D. (1998). Working with emotional intelligence. New York: Bantam Books.
H Mod Rifai’l. (1985). Pengenalan kebudayaan dan kesusasteraan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
H. Eneng Muslihah. (2017). Persepsi guru tentang amalan pengurusan berasaskan
sekolah, kecerdasan emosional dan kepimpinan instruksional pengetua sekolah
agama menengah atas di provinsi Banten Indonesia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah,
Universiti Malaysia.
H. Mahmud Yunus. (1973). Tafsir Quran Karim. Singapura: Tawakal Trading.
Habibah Alias & Rahil Mahyudin. (1990). Psikologi pembelajaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamka. (2001). Lembaga budi. Jakarta: Pustaka Panjimas.
411
Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman
Kaeh & Jamilah Hj. Ahmad. (2006). Kesusasteraan Melayu tradisional. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat Piah. (2006). Kitab tib: Ilmu perubatan Melayu (Malay medical knowledge).
Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Hashim Awang. (2002). Teori pengkaedahan Melayu dan prinsipnya. Dibentangkan
dalam Bengkel Teori Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka. Riviera Bay Resort, 28-
29 Jun.
Hashim Hj Musa. (2007). Manifestasi budi pekerti, budi bahasa dan akal budi dalam
kesantunan dan keindahan bahasa Melayu. Jurnal Beriga. Bil. 95. April - Jun 2007.
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Darussalam. (hh. 24-41).
Hashim Hj Musa. (2008). Hati budi Melayu: Pengukuhan menghadapi cabaran abad ke-
21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Henderson, R. (2009). Compensation management in a knowledge-based world. New
Jersey: Prentice Hall.
Henderson, R. I. (1996). Compensation management: Rewarding performance (6th ed.).
Jersey: Prentice Hall.
Henry Fayol. (1916). Henri fayol. industrial and general administration. (J. A.
Coubrough, Trans.) New Delhi: International Management Institute.
Herkenhoff, L. (2004), Culturally tuned emotional intelligence: An effective change
management tool. Strat. Change, 13: 73–81. doi: 10.1002/jsc.666.
Hollander, Edwin P. & Offermann, Lynn R. (1990). Power and leadership in
organizations: relationships in transition. American Psychologist, Vol 45(2), Feb
1990, 179-189.
Hope, D. (1987). The healing paradox of forgiveness. Washington DC: American
Psychological Association.
Howard Gardner. (1984). Multiple intelligence. United States: Basics Book.
Husin Mahmood. (1993). Kepimpinan berkesan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Ibrahim, I. A. (1997). A brief illustrated guide to understanding Islam. Darussalam.
412
Ibrahim Mamat. (1997). Memimpin remaja sekolah: Teori dan praktik. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Ismail, A., Hock, W.K. and Muhammed, S. (2007). Relationship between Performance
Based Reward Features and Job Satisfaction: Does Interactional Justice Act as a
Mediating Role?. Kota Samarahan, Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS).
Ismail Hamid. (1987). Perkembangan kesusasteraan Melayu lama. Petaling Jaya:
Longman.
Ismail Hamid. (1988). Masyarakat dan budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ivancevich, dkk. (2008). Perilaku dan manajemen organisasi. Jakarta: Erlangga.
J. G de Casparis. (1975). Indonesian paleography: A history of writing Indonesian from
the beginning to c. a.d. 1500. United Kingdom: Amazon Company.
Jaafar Muhamad. (1999). Asas pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Jamaliah & Norashimah (2010). Pengurusan dan kepimpinan pendidikan: Teori, polisi
dan perlaksanaan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Jamil Bakar et al. (1979). Kaba minangkabau. Jakarta: Pusat Pembinaan dan
Pengembangan Bahasa.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1998). Pengajaran kesusasteraan.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Kamus Besar Arab Melayu. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Draf pemetaan kerja pengajaran dan
pembelajaran komsas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Huraian Sukatan Pelajaran. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran. Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah: Pusat Perkembangan Kurikulum.
413
Kementerian Pendidikan. (1988). Istilah pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Khairunisah Sayed Ibrahim. (2008). Unsur budaya dalam koleksi terjemahan cerita
jenaka bahasa Melayu-bahasa Jerman: Satu analisis. Latihan Ilmiah. Universiti
Putra Malaysia.
Koontz, Harold & Heinz Weihrich. (1987). Pengurusan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kramsch, C. (1998). Language and culture. Oxford: Oxford University Press.
Locke. (1976). The Nature and Causes of Job Satisfaction. Chicago, IL: Rand McNally.
Lokman Abdul Samad. (2001). Hikayat Hang Tuah: Suatu pembicaraan karya agung
dari pelbagai aspek. Universiti Malaysia Sabah: Penataran Ilmu dan Bahasa.
Lorraine Bilodeau, M.S. (1992). The anger work book. USA: Hazelden Foundation.
Lynne Millward (2005). Understanding occupational and organizational psychology.
London: Sage Publications.
M.H Abrams. (1971). A glossary of literary term. New York: Holt, Rinehart, And
Winston.
Madiawati Mustaffa. (2004). Rasa fenomenologi dalam koleksi cerita Awang Batil.
Disertasi Sarjana, Universiti Malaya.
Maimunah Ismail. (1999). Pengembangan implikasi ke atas pembangunan masyarakat
(2 ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana Sikana. (2005). Teori sastera kontemporari. Bangi, Selangor: Pustaka Karya.
Mana Sikana. (2008). Teori sastera kontemporari. Bandar Baru Bangi: Pustaka Karya.
Mardiana & Hasnah. (2000). Pengajian Malaysia. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Matheson, V. (1979). Concepts of Malay ethos in indigenous Malay writings. The
Journal of Southeast Asian Studies, 10(02), 351-371.
McCullough, M. E., Worthington, E. L., Jr., & Rachal, K. C. (1997). Interpersonal
Forgiving in Close Relationships. The Journal of Personality and Social
Psychology, 73.
414
Md Sidin Ahmad Ishak. (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di malaysia. Shah
Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Mescon, Michael Albert & Franklin Khedouri. (1985). Management: Individual and
organizational effectiveness. New York: Harper and Row.
Metzger, Laurent. (2009). Nilai-nilai Melayu: Satu sudut pandangan orang luar. Tanjong
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Michelle, C., Thomas, R.M. & Sinyangwe, I.M. (1989). Adolescent conceptions of moral.
Haiti The United Sates, & Zambia. Youth & Society, 21 (2).
Mike Howard Abrams. (1971). Natural supernaturalism: tradition and revolution in
romantic literature. Norton: Cambridge University.
Milkovich et al. (2009). Compensation. New York: McGraw Hill/Irwin.
Milkovich, G., and Newman, J. (1993). Compensation (4th ed.). Homewood. Irwin.
Milkovich, G.T.; Newman, J.M. (2010). Compensation. New York: Mcgraw Hill.
Mohamad Luthfi Abdul Rahman. (2008). Pura taman: Antara dalang dan dagang. Tesis
Ijazah Sarjana Kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Luthfi Abdul Rahman. (2014). Libat sama universiti dan komuniti: Manfaat
kesusasteraan lisan di Malaysia. Dewan Sastera, p.45.
Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan pengurusan: Satu metode dalam
kritikan sastera. Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti
Perguruan Sultan Idris, 4-5 Oktober.
Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hasan. (2014).
Keintelektualan pemikiran melayu dalam cerita lipur lara. The Journal of Business
and Social Development, Volume 3 Number 2: September, 1-16.
Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hasan. (2015). Hikayat
Awang Sulung Merah Muda dari perspektif pendekatan pengurusan. Jurnal
Pengajian Melayu, Jilid 26, 95-116.
Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014). Prinsip
kepimpinan: Analisis berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Dlm.
prosiding 3rd International Language Conference (IlC), Centre For Languages
and Pre-University Academic Development (Celpad), International Islamic
University Malaysia (IIUM), 4th -6th Jun, 2014.
415
Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2014). Prinsip
perancangan: penelitian berdasarkan cerita-cerita rakyat. Dlm. prosiding
International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary of the
Department of Malay-Indonesian Studies, Hankuk University of Foreign Studies,
Seoul, Korea, 14th -16th May, 2014.
Mohamad Zuber Ismail. (2016). Kajian Cerita Lipur Lara Terpilih Berdasarkan
Pendekatan Pengurusan. Tesis Ijazah Sarjana Kedoktoran. Universiti Malaya.
Mohd Taib Osman (ed.). (1989). Masyarakat Melayu struktur, organisasi dan
manifestasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman. (1976). Sastera rakyat, tinjauan umum dlm. A. Bakar Hamid (ed.)
Diskusi Sastera Jilid 1: Sastera Tradisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 19-31.
Mohd Taib Osman. (1981). Bunga rampai kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman. (1981). Kesusasteraan Melayu dengan corak masyarakat dan
budayanya: Tradisi lisan atau sastera rakyat yang bercorak cerita dalam, Jamilah
Haji Ahmad (ed.). Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 17–35.
Mohd Taib Osman. (1987). Manual for collecting oral tradition: with special reference
to Southeast Asia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman. (1991). Pengkajian sastera bercorak cerita. World-view dan sistem
politik masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Taib Osman. (2007). Cerita lipur lara. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.
Mohd Taib Osman. (1981). Mengenalkan kesusasteraan rakyat dlm. Jamilah Haji
Ahmad. (ed.). Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 3–16.
Mohd Yusuf Md. Nor. 1985. Jusoh, M and Nor Ghani, N, (2005). Tenaga Buruh dan Upah
dalam Islam: Satu Pandangan Alternatif. Islamiyyat, 27(1), 67-79.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan dan pedagogi: Murid dan alam belajar.
Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mokhtar Muhammad. (2005). Perhubungan antarabangsa: konsep dan konteks. Kuala
Lumpur: Anzagain Sdn. Bhd.
416
Moon, M.J. (2000). Organizational commitment revisited in new public management:
Motivation, organizational culture, sector, and managerial level. Public
Performance & Management Review, 24(2), 174-194.
Muhamad al-Ghazali. (1987). The influence of Islamic thought on Maimonides. Standard
Encyclopedia of Philosophy.
Muhammad A. Al-Buraey. (1991). Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Al-Buraey. (1992). Pembangunan pentadbiran menurut perspektif Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muna Mohd Bookeri & Atasya Osmadi. (1985). Produktiviti Dan Hubungannya Dengan
Komitmen Dan Kepuasan Kerja Dalam Organisasi Pembinaan. Pulau Pinang:
School of Housing, Building and Planning Universiti Sains Malaysia.
Mustafa Haji Daud. (1994). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Haji Daud. (1995). Budi Bahasa dalam tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Hj Daud. (1995). Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn.
Bhd.
Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin mengikut pandangan tokoh barat (Terjemahan),
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.
Mustafa Mohd. Isa. (1984). Penglipur lara Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Arbai’e sujud & Siti Saniah Abu Bakar. (2010).
Warisan budaya berfikir lambang kecendekiaan minda Melayu dalam sastera
kanak-kanak. Jurnal Aswara, Jun, 2010.
Nobaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (eds.). Belia dan pembangunan modal insan.
Serdang, Selangor: Penerbit UPM.
Noe & Mondy. 1996. Human Research Management.
Nor Hashimah, J., & Ruzaimah, R. (2008). Rasuah dalam karya sastera Melayu klasik:
Satu analisis dalam semantik kognitif. Jurnal Bangi, 1-32. Jurnal Melayu Jilid 11
Disember 2013.
417
Norma Bajuria. (2000). Cerita lipur lara rakyat Terengganu dari sudut estetika. Tesis
Sarjana. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.
O’Malley, L., and C. Tynan (2000). Relationship marketing in consumer markets:
Rhetoric or Reality?. European Journal of Marketing, 34(7), 797- 815.
O’Malley.2000. O’Malley, L., M. Patterson and H. Kelly-Holmes (2008). Death of a
metaphor: Re-viewing the ‘marketing as relationships’ frame. Marketing Theory,
8(2), 167-187.
O’Shaugnessy. (1967). Political forgiveness. London: Cornell University Press.
Ohbuchi. (1989). Apology as aggression control its role in mediating appraisal of and
response to harm. J Pers Soc Psychol, 56(2):219-27.
Othman Puteh & Aripin Said. (2008). 366 cerita rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Othman Puteh. (1983). Pengarang-pengarang wanita: Perakam realiti kehidupan
golongannya. Majalah Dewan Sastera.
Othman Puteh. (1984). Sekitar sastera kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Parnickel, Boris. (1995). Perkembangan Sastera Nusantara Serumpun (Abad ke-7 – ke-
9). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pawang Ana dan Raja Ali Haji. (1998). Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Pawang Ana dan Raja Ali Haji. (1998). Hikayat Malim Deman. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Pawang Ana dan Raja Ali Haji. (1998). Hikayat Malim Dewa. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Pawang Ana dan Raja Ali Haji. (1998). Hikayat Raja Muda. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Pawang Ana dan Raja Haji Yahya. (1998). Hikayat Raja Anggun Cik Tunggal. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
418
Peirce, Charles Sanders. (1965). Collected papers Charles Sanders Peirce (Vol I & II).
Cambridge Massachusett: The Belkap Pressof Havard University Press. Oxford
Dictionary. 2012. http://oxforddictionaries.com/words/what-is-the-name-of-the-
symbol.Oxford University Press. (1 Ogos 2012).
Permata Sastera Melayu. (2012). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Porter, L. W., Steers, R. M., Mowday, R. T., & Boulian, P. V. (1974). Organizational
commitment, job satisfaction, and turnover among psychiatric technicians. Journal
of Applied Psychology, 59, 603-609.
R. Paryana Suryadipura. (1993). Alam pikiran. Jakarta: Bumi Aksara.
R.O Winstedt & A.J sturrock. (1985). Hikayat Awang Sulung Merah Muda / oleh Pawang
Ana dan Raja Haji Yahya; naskhah, Sir R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock: Fajar
Bakti.
Rahim Abdullah. (1988). Asas pengurusan. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Ramlah Adam. (1991). Maktab Melayu Melaka 1900-1922. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rene Wellek & Austin Waren. 1976. Theory of Literature, 3rd ed. New York: Harcourt,
Brace & World.
Robbins & Coulter. (1999). Management. London: Prentice Hall.
Robbins dan Judge. (2007). Perilaku organisasi, jilid 2. Jakarta: Salemba Empat
Robbins, S. P. (2000). Organizational behavior (8th ed.). Diterjemah dan disunting oleh
Abdul Razak Ibrahim & Ainin Sulaiman, Universiti Malaya. Selangor. Prentice
Hall.
Robbins, S.P (1996). Organizational behavior: concepts, controversies and application
(7th ed.). New Jersey: Prentice Hall.
Robbins. (2003). Organizational behaviour. London: Prentice Hall.
Robert Stanton. (1965). An introduction to fiction. New York: Holt Rinehart and
Winston.
Robiah Kulop Hamzah. (2001). Remaja dan pengurusan diri. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
419
Robiah Sidin (1988). Asas pentadbiran pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Robiah Kulop Hamzah. (1993). Remaja dan kepimpinan persatuan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Roslina Abu Bakar. (2011). Cerita rakyat Melayu: Analisis dari aspek komunikasi dua
hala. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya.
S. Husin Ali. (1977). Masyarakat dan pemimpin kampung di Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
S. M. Zakir. Perkembangan sastera di alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
S. Othman Kelantan. (1999). Pemikiran satira dalam novel Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
S.W. Rujiati Mulyadi. (1980). Rona Keislaman dalam Hikayat Inderaputra. Année
1980 Volume 20 Numéro 1 pp. 133-142 Fait partie d'un numéro thématique : De
la philologie à l'histoire.
Saadatul Adzima Haji Mohd Saad. (1996). Faktor Pencapaian Akademik Pelajar: Satu
Kajian Tentang Kolerasi Kepemimpinan, Gelagat Kepengurusan Pengetua dan
Iltizam Guru. Disertasi Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Safian Hussain dll. (1988). Glosari istilah kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Said, N.M. (2013). Dakwah dan problematika umat Islam. Jurnal Dakwah Tabligh. ISSN
1412-7271 Edisi XXVII/Juni 2013, hal. 1-22.
Saiful Bahri Md. Radzi, Sidek Fadzil, Sahlan Mohd, Sahlan, Hanapi Dollah, Mohd Pozi
Hj. Masurori, Saiful Bahri Md. Radzi, dan Mawar Shafei. (2001). Persuratan
Melayu lontar ke layar lihat Siti Hawa Salleh, kesusasteraan Melayu tradisional:
Liku-liku sejarah dan interpretasi semula. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sara Beden. (2014). Prinsip perancangan dalam Hikayat Khoja Maimon. Majalah Pelita
Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sara Beden. (2015). Kepimpinan berjiwa rakyat dalam prosa tradisional. Majalah Pelita
Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
420
Shaharir Mohamad Zain. (2010). Pembinaan semula teori kepemimpinan dan
kepengurusan rumpun Melayu. Kuala Terengganu: Universiti Malaysia
Terengganu.
Shamrahayu A. Aziz. (2012). Kuasa dan peranan raja-raja dalam perlembagaan:
sejarah dan masa depan. Kertas kerja Seminar Perlembagaan Malaysia anjuran
Arkib Malaysia, 5 Julai2012 di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra,
Kuala Lumpur.
Shamsul Amri Baharuddin (pnyt.). 2012. Modul hubungan etnik, edisi ke-2. Bangi:
Institut Kajian Etnik.
Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Unity in Diversity: The Malaysian Experience. Siri
Kertas Kajian EtnikUKM Bil. 13. Bangi: Institut Kajian Etnik.
Shellabear, W. G. (1997). Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sidi Ghazalba. (1973). Pandangan Islam tentang kesenian. Jakarta: Yayasan Adikarya
Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI).
Siti Asiah Mat Ali. (1971). Satu kumpulan veritable rakyat dari Kampung Mentuan
Kelantan: Klasifikasi Motif. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.
Skinner, B. F. (1969). An operant analysis of problem solving. in B. F. Skinner,
contingencies of reinforcement (Pp. 133-157). New York.
Smith, E. J. (2006). The strength-based counseling model. Counseling Psychologist,
34(1) 13 79.
Sofiah Zakaria. (1999). Pengurusan Konsep Kendiri Ke Arah Kecemerlangan Akademik.
Disertasi Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Stogdill, R. M. (1948). Personal factors associated with leadership: A survey of the
literature. The Journal of Psychology. 25. pp. 35-71.
Stoner, J.A.F. & Wankel, C. (1991). Pengurusan (edisi ke-3). Kuala Lumpur: Amiza
Publishing Sdn. Bhd.
Stoner, James A.F. & Wankel, Charles. (1986). Management. London: Prentice Hall.
Sugiarto. (1993). Kamus Indonesia-daerah. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.
Sweeney. (1973). Cases and materials on the international legal system. New York:
Foundation Press.
421
Syarifah Alwiah Alsagoff. (1993). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur:
Heinemann Asia.
Syed Abdullah Syed Sulaiman. (2012). Tradisi lisan: Satu penilaian semula. Kertas kerja
dalam Festival & Seminar Kebangsaan Tradisi Lisan Dan Keusahawanan Warisan,
16-18 Okt 2011, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Bachok,
Kelantan.
Syed Hussein Al-Attas. (1977). Nationalist myths and ethnic identities: Indigenous
intellectuals. London: Frank Cass.
Syed Othman Alhabshi. (1989). Islam, ekonomi dan pengurusan. Petaling Jaya: Penerbit
Hizbi.
T.A. Ridwan. (2001). Bahasa Melayu: Peranan dan nilai-nilai moralisme di dalamnya
dlm. Yaacob Harun, Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Melayu.
Tajul Ariffin Nordin. (1997). Pendidikan dan pembangunan manusia: Satu pendekatan
bersepadu. Kertas kerja Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Moral dan Nilai
dalam Pembangunan Manusia Ke Arah Pembentukan Acuan Pembangunan
Negara, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tenas Effendy. (2000). Pemimpin dalam ungkapan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2014). Anjakan paradigma dalam cerita rakyat
dari tradisi ke moden. Dalam prosidng The 50th Anniversary Celebration
International Conference, Department of Malay-Indonesian Studies, Hankuk
University of Foreign Languages, 15 Mei 2014.
Tryson, D.T. (ed.). (1994). Comparative Austronesian dictionary. New York: Mouton de
Gruyter.
Wan Abdul Kadir. (1993). Budaya Melayu dalam perubahan. Petaling Jaya: Masfami
Enterprise.
Wan Abdul Kadir. (1993). Struktur dan organisasi masyarakat dan Budaya. Kota Bharu
dan Petaling Jaya: Masfami Enterprise.
Wan Abdul Kadir. (1998). Tradisi Budaya Melayu Berteraskan Islam. Jurnal Pengajian
Melayu, Jilid 8:82-97.
422
Wan Robiah Meor Osman dan Rokiah Paee. (2011). Dimensi sosial dalam lakuan maaf
bahasa Jepun. Dlm. prosiding persidangan SoLLs INTEC 11, 11 – 12 May 2011,
UKM.
Wawancara dan perbincangan formal bersama Mohamad Mokhtar Abu Hassan berkenaan
Pendekatan Pengurusan dalam Kritikan Karya Sastera bertempat di Bilik
Pengarah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala pada 5
November 2013.
Wawancara dan perbincangan formal bersama Mohamad Mokhtar Abu Hassan berkenaan
Pendekatan Pengurusan dalam Kritikan Karya Sastera bertempat di bilik Pengarah,
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala pada 12 Januari 2014.
Wawancara dan perbincangan formal bersama Mohamad Mokhtar Abu Hassan berkenaan
Pendekatan Pengurusan dalam Kritikan Karya Sastera bertempat di bilik Pengarah,
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala pada 17 Feb 2014.
Wawancara dan perbincangan formal bersama Mohamad Mokhtar Abu Hassan berkenaan
Pendekatan Pengurusan dalam Kritikan Karya Sastera bertempat di bilik Pengarah,
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala pada 23 Mac 2014.
Wawancara dan perbincangan formal bersama Mohamad Mokhtar Abu Hassan berkenaan
Pendekatan Pengurusan dalam Kritikan Karya Sastera bertempat di bilik Pengarah,
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 9 April 2014.
Wilkinson, A. & Witcher, B. (1993). Holistic TQM must take account of political process.
Total Quality Management. Vol. 4, No. 1.
Williams, L. J. & Hazer, J. T. (1986). Antecedents and consequences of satisfaction and
commitment in turnover models: a reanalysis using latent variable structural
equation methods. The Journal of Applied Psychology, 71(2), 219-232.
Winstedt, R.O. (1969). A history of classical Malay literature. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.
Worrall, L., Cooper, C., & Campbell, F. (2000). The new reality for UK managers:
Perpetual change and employment instability. Work, Employment & Society, 14,
647–668.
Worrall, J.J., Egeland, L., Eager, T., Mask, R.A., Johnson, E.W., Kemp, P.A., Shepperd,
W.D. (2008). Rapid mortality of Populus tremuloides in southwestern Colorado,
USA. Forest Ecol. Manage. 255, 686–696.
Yong Fathiah Jamaludin. (1994). Hikayat Awang Sulung Merah Muda: Satu tinjauan
dari sudut stilistik. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya.
423
Zahrul Akmal Damin et al. (2009). Kenegaraan dan pembangunan Malaysia (modul
pembelajaran). Batu Pahat: Penerbit UTHM.
Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan
Distribution and Publication.
Zainal Kling. (1980). Sistem nilai tradisi melayu. Kertas Kerja Dalam Seminar Nilai dan
Norma Masyarakat Melayu. Kota Kinabalu, 10-11 Mac.
Zainal Kling. (1989). Pemikiran sosiopolitik Melayu II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zainal Kling. 1991. Dakwah Islamiyah dan sistem sosiobudaya: penelitian masyarakat
Iban di Sarawak. Islam Cabaran dan Isu Semasa. (Pnyt). Ismail Abdul Rahman
dan Mohd. Nasir Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaiton Shahidan. (2001). Satu Kajian Tentang Hubungan Antara Pengurusan Kurikulum
Dengan Prestasi Akademik Dalam Organisasi Pendidikan. Disertasi Sarjana,
Universiti Utara Malaysia.
Zuraidah Abdullah, Zahir Ahmad & Nuwairi Khaza'i. (2012). Pantun dan ungkapan
Melayu sebagai wahana kepemimpinan Melayu ke arah pembangunan modal
insan. Jurnal Melayu Edisi 9. PPBKKM.
Zurinah Hassan. 2008. Alam, pemikiran dan emosi dalam pantun Melayu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
424
SENARAI PENERBITAN DAN KERTAS KERJA PEMBENTANGAN
SENARAI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
1. Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan. 2014. “Prinsip
Perancangan: Penelitian Berdasarkan Cerita-cerita Rakyat”. “International Conference of
the 50th Anniversary of the Department of Malay-Indonesian Studies”, Hankuk
University of Foreign Studies, Seoul, Korea pada 14-16 Mei 2014.
2. Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan. 2014.“Prinsip
Kepimpinan: Analisis Berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda”, 3rd
International Language Conference (IlC), Centre For Languages and Pre-University
Academic Development (Celpad), International Islamic University Malaysia (IIUM), 4 -
6 Jun, 2014.
3. Mohamad Zuber Ismail & Mohamad Mokhtar Abu Hassan.2016. “Dimensi Perancangan
dalam Hikayat Malim Dewa: Apikasi Pendekatan Pengurusan”, Kulliyyah of Languages
and Management (KLM), International Islamic University Malaysia, 21- 23 Januari,
2016.
SENARAI PENERBITAN
1. Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan, “Kepimpinan
dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari Perspektif Pendekatan Pengurusan”,
Jurnal Akademi Pengajian Melayu, Jilid 26, 2015: 66-95, Universiti Malaya.
2. Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Abu Hassan, “Keintelektualan
Pemikiran Melayu dalam Cerita Lipur Lara: Penelitian Awal Berdasarkan Perspektif
Pendekatan Pengurusan”, Journal of Bussines and Social Development, Volume 3
Number 2, September 2015: 1-16, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
425
3. Mohamad Zuber Ismail & Mohamad Mokhtar Abu Hassan, “Dimensi Perancangan dalam
Hikayat Malim Dewa”, Jurnal Akademi Pengajian Melayu, Jilid 27, 2016: 1-19,
Universiti Malaya.
4. Mohamad Zuber Ismail & Mohamad Mokhtar Abu Hassan, “Prinsip Peracangan dalam
Hikayat Awang Sulung Merah Muda”, Journal of Bussines and Social Development,
Volume 5 Number 1, March 2017: 129-139, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).