Bmm3103 Pentaksiran Bm
description
Transcript of Bmm3103 Pentaksiran Bm
Pengertian
dan
Konsep
Pentaksiran Pengujian PenilaianPerkaitan antara
Pentaksiran, Pengujian dan
Penilaian
PENGERTIAN & KONSEP
Pentaksiran
• Proses mendapatkan maklumat (topik, bukti dan prestasi). dan membuat penghakiman (pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan)sesuatu proses pendidikan.
• Aspek-aspek utama pentaksiran ialah:-Instrumen Kumpulan yang ditaksir ResponKumpulan yang menaksirSkor
• Tujuan mendapat gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran serta menilai dan memperbaiki P&P.
Pengujian
• Instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti dan kualiti yang terdapat pada pelajar
• Tujuan mengukur kecergasan, kemahiran pengetahuan dan mengukur pencapaian murid serta mengukur keberkesanan P&P guru.
Penilaian
• Proses mendapatkan maklumat kuantitatif untuk menentukan tingkah laku pelajar dan membuat pertimbangan.
• Tujuan untuk mengetahui keupayaan, kemahiran dan pengatahuan asas sedia ada pelajar serta mengukur keberkesanan P&P guru.
Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.
PENILAIAN
PENGUJIANPENTAKSIRAN
• Satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah• Dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LPM• Salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh
pihak sekolah• Penilaian yang dirancang oleh guru sekolah• Dilaksanakan secara berterusan dalam P&P
PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH(PBS)
TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL
Taksonomi dan Domain
Taksonomi Bloom Domain Krathwohl
Taksonomi BloomTujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:• Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan
perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.
• Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
• Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.
Domain KognitifBloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap.
1. Pengetahuan (Knowledge)Kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar,dan sebagainya. Antara perkataan yang lazim digunakan siapa, apa, di mana, bila, definisi dll.
Contoh: Siapakah menteri pendidikan pertama Malaysia?
2. Pemahaman (Comprehension)Kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual, diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya. Antara perkataan yang kerap digunakan huraikan, bandingkan, nyatakan, bezakan dll.
Contoh: Yang manakah antara yang berikut menepati hukum tatabahasa?
3. Aplikasi (Application)Memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi ,rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. Antara yang Lazim digunakan pilih, buat, kira, selesaikan, gunakan dllContoh: Nyatakan ABM yang sesuai digunakan untuk aktiviti main peranan.
4. Analisis (Analysis)Mampu menganalisa maklumat yang diperoleh danmencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Antara perkataan yang digunakan mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan buktikan dllContoh: Yang manakah pernyataan yang berikut TIDAK benar
menerangkan ciri-ciri reptilia?
5. Sintesis (Synthesis)Mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan. Perkataan yang kerap digunakan ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan dll Contoh: Barang-barang yang diekspot dari Malaysia ke India ialah ...6. Penilaian (Evaluation)Memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Perkataan yang lazim digunakan pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan dll.Contoh: Pendekatan yang manakah PALING berkesan untuk menyerap nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Domain Psikomotor
Domain David Krathwohl
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).
JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test dan Specification
Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
JSU penting dalam penyediaan sesuatu ujian.
Konsep
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
KEPENTINGAN JSU DEFINISI LANGKAH
PEMBINAAN JSU
• Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.• Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif
pendidikan.• Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan
lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
• Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
• Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
• Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
Definisi / Konsep Jadual
Spesifikasi Ujian ( JSU)
Kepentingan JSU
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras
kemahiran.
Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu
ujian.
Mengelakkan daripada membina ujian secara
sembarangan.
Menentukan perseimbangan antara
topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
Memberikan panduan untuk membentuk
format ujian.
Contoh JSU
PEMBINAAN UJIAN
Pembinaan Ujian
Objektif Subjektif
Jenis-jenis UjianUjian Objektif• Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau
memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Item Respons Bebas
i. Jenis soalan:contoh:a. Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)b. Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataancontoh:a. Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.b. Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.
Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item- item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan. Item Salah – BetulItem ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.
Item PadananItem Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.
Kata BilanganContoh1. Kata Adjektif SifatanA. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.2. Kata Adjektif PancainderaB. Budak baik selalu dipuji.3. Kata Adjektif BentukC. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.4. Kata Adjektif PerasaanD. Dia amat rindu akan emaknya.
Soalan Subjektif Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-• Item Jenis Struktur• Item Jenis Esei• Pembinaan Ujian
Item Aneka PilihanItem aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan b.Jenis jawapan terbaik c. Analogi
Item Jenis Cantuman Teknik KlozTeknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan PenilaianAntara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)a. Kesahan Isib. Kesahan Ramalanc. Kesahan Serentakd. Kesahan Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.
RumusanDalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.
JENIS PENILAIAN BAHASA
Ujian Formatif
•Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar.•Skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.•Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. •Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. •Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Bakat•Melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa dan kosa kata. •Murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. •Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat
Ujian Pencapaian
•Dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran. Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangka masa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
•Menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. •Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Nota Tambahan
Ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.
Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Penilaian Melalui Porfolio• Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk
mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
• Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
• Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
Tujuan portfolio ialah untuk :• Memberi peluang pelajar mendokumentasi
kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
• Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.
• Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
Kegunaan Portfolio
• menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
• menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.• digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik
dalam penyempurnaan gred.• menilai secara sumatif pembelajaran.• menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan
pelajar
Ciri-ciri Portfolio
(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, hala tuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
(c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
• Portfolio Kerja Harian• Portfolio Hasil Terbaik• Portfolio Dokumen
Bagaimana Menilai Portfolio?
• Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
• Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guruA 3 Membentuk suku kataA 2 Menyebut bunyi hurufN 1 Permulaan mengenal huruf
• Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
• Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
• Sesebuah portfolio mengandungi:• Senarai semak yang disediakan oleh guru• Nota-nota yang disediakan oleh guru• Catatan jurnal• Buku log• Refleksi kendiri murid• Gambar dan foto
7 Kebaikan Penilaian Portfolio
• Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
• Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
• Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
• Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
Penilaian Melalui Pemerhatian
• Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Jenis Pemerhatian
• Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:• Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.• Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.• Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.
• Strategi Pemerhatian
• Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.• Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal
berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.• Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod
anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
• Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.
Pelaksanaan Proses Pemerhatian• Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses
pemerhatian. Antaranya ialah:
• Kualiti Pemerhatian• Bentuk Perancangan• Jenis-jenis Pemerhatian
Fungsi Pemerhatian• Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu
proses pembelajaran.• Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri
atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.• Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan
seperti projek.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
• Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran iaitu suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis.
• Kontrak ini ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan.
• Terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.
Cara Pelaksanaan
• Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
• Guru menentukan sistem penggredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
• Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.
• Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
Fungsi Kontrak Pembelajaran• Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan
yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :– pelajar mengenal pasti dan merekod,– menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,– mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat tersebut.
Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan? • Penilaian objektif tugasan• Hasil Pembelajaran• Penilaian• Format / Bentuk
Format Kontrak Pembelajaran• Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat
dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.
Penilaian Melalui Soal Jawab • Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling
popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
Cara Pelaksanaan • Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
Kaedah Penilaian Bahasa
Penilaian Melalui Projek
• Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
• Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).