Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
-
Upload
nurul-izzah-mohd-izhar -
Category
Documents
-
view
300 -
download
0
Transcript of Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
1/22
BIMBINGAN DAN KAUNSELING IPG
NOTA KULIAH & ISU SEMASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Showing newest 18 of21 posts from January 2010. Show older posts
Sunday, January 10, 2010
Terapi Rasional Emotive Tingkah Laku
y
Pelopor Albert Elis
y REBT ialah satu terapi yang berbentuk didactic kognitive dan berorientasikantindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah
peribadi. ( Dia percaya manusia bermasalah dan bersifat negatif kerana dia fikir
mengarut dan fikir benda yang tak patut)
Falsafah Asas
y Manusia cenderung dipengaruhi oleh pemikiran yang salah. (Contoh : Dia fikirkemudian dia terpengaruh dengan apa yang fikirkan. Kalau dapat posting kat
Sarawak habislah kat sana nanti nampak tengkorak di rumah orang orang
Sarawak ). Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dan tingkahlaku berlaku.
y Pemikiran sangat menentukan perasaan dan tindakan.y Terapi ini berorientasikanpemikiran dan tingkahlaku. Ia menekankan peranan berfikir,
membuat keputusan, menyoal, bertindak dan kembali membuat keputusan.
y REBT ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi sebagai satu proses pembelajaran mendapatkan kemahiran-kemahiran baru dan cara-cara baru untuk
berfikir dan mendapatkan cara-cara yang lebih efektif.
Konsep Utama
y Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca daripada zaman kanak-kanak lagi.Akan tetapi masalah-masalah ini berulang kerana pengaruh-pengaruh semasa.
y Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan.
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
2/22
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
3/22
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
4/22
y B t i t i ly Kemurungan,y Kecelaruan seksual,y Kecelaruan tingkahlaku kanak-kanak,y Masalah gagap,y Pencegahan penyakit kardi askular.
Kekurangan
y Mungkin mengubah tingkah laku tetapitidak perasaany Mengetepikan fakt r-fakt r hubungan dalam terapiy Tidak memberiinsighty Mengetepikan pengalaman-pengalaman silam yang mungkin mempengaruhi
tingkahlaku semasa.
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at8: PM0 comments
Kaunseling terpisah daripada elemen agama ?
Keperluan Agama
Menangani Pel agaiTekanan
Oleh: SAPORA SIPON | UTUSAN MALAYSIA | 04/02/2005Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Islam,Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).
BIDANG ilmu kaunseling seringkali menarik perhatian ramai di atassifatnya yang dilihat sebagai satu bidang yang membantu, terutamadalam menangani pelbagai persoalan kehidupan manusia. Membicarakanmengenai kaunseling, kita tidak dapat lari daripada teori, kaedah danteknik kaunseling yang dibawa dari Barat. Nama-nama seperti Sigmund
Freud, Carl Rogers, Albert Ellis sangat sinonim dengan ilmu kaunseling.Teori-teori yang mereka bawa menyinari bidang kaunseling dan begitumeluas digunakan sama ada di dunia timur atau Barat. Peranan
kaunseling dalam proses membantu sememangnya diakui. Namun
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
5/22
terdapat pandangan s
nis dan negatif yang melihat kaunseling seringkali
mengabaikan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan
manusia, iaitu elemen agama mahupun kerohanian. Persoalan yang
memerlukan jawapan ini juga boleh menyeret kepada satu persoalan lain,
iaitu kaunseling adalah satu bidang ilmu yang tidak lagi begitu relevan
diaplikasi atas dasar tidak mempunyai elemen asasmanusia, iaitu elemen
keagamaan dan kerohanian.
Pandangan bahawa kaunseling terpisah daripada elemen agama didasari
mungkin oleh pendapat tokoh-tokoh kaunseling dan psikoterapi, seperti
Sigmund Freud yang kuat berpegang kepada prinsip tidak memasukkan
unsur agama dalam teori kaunseling dan psikoterapi mereka. Sigmund
Freud menganggap bahawa agama sebagai satu ilusi dan boleh
mengherotkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Ini dipersetujui
sendiri oleh Henning dan Tirrel (1982) yang mengatakan isu keagamaan
dan kerohanian telah dikesampingkan dalam teori psikologikal dan klinikal
kaunseling. Oleh itu adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan apabila
ahli psikoterapi juga tidak menangani isu agama apabila berhadapandengan klien.
Ilmu Psikologi (kaunseling adalah cabang kepada ilmu psikologi) dan
psikatris wujud pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Ketika itu
ilmu sains telah berjaya mencabar autoriti ahli -ahli agama sebagai
penyampai kepada sumber ilmu dan kebenaran (Appleyard, 1992,
Barbour, 1990). Teori Newton telah banyak mempengaruhi kemajuan
dunia sains ketika itu. Ia juga telah membuka ruang untuk aliran yang
berbentuk deterministik dan mekanistik (Lucas, 1985). Aliran pemikiran
ini membenarkan ahli-ahli sains mempercayai bahawa kehidupan dan
perjalanannya boleh diperjelaskan tanpa merujuk kepada kuasa Tuhan.
Teori evolusi Charles Darwin pula semakin mendapat perhatian ramai danditerima dari sudut saintifik sebagai satu penerangan mengenai asal usul
kejadian manusia (Lucas, 1990). Kejayaan bidang sains ditambah pula
dengan kelemahan institusi agama telah menyumbang kepada penurunan
pengaruh agama mengenai penjelasan mengenai kejadian manusia dan
alamsejagat. Akibatnya, pada waktu itu, ramai berpendapat bahwa ilmu
sains, bukannya agama yang dapat menjawab misteri mengenai alam
sejagat ini.
Dalam usaha membentuk ilmu psikologi dan psikatrissebagai satu bidangsains yang dihormati, Sigmund Freud dan pengasas aliran terapi tingkah
laku seperti Watson, Thorndike dan Skinner menerima falsafah yangberbentuk saintifik sebagai premis teori-teorinya. Oleh itu aliran
pemikiran yang berbentuk naturalism, determinism, universalism,
reductionism, atomism, materialism, ethical relativism, ethical hedonism,
positivism dan empiricalism mempunyai pengaruh yang amat kuat ke
atas dunia sains dan dijadikan sebagai asas falsafah sains tingkah laku.
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
6/22
Ahli-ahli psikologi ketika itu juga menganut aliran relativism ethical dan
ethical hedonism. Pengaruh teori evolusi Darwin menyebabkan Freud dan
ahli-ahli psikologi lain pada waktu itu berpandangan bahawa kejadian
manusia secara semula jadinya adalah hampir sama dengan kejadian
binatang. (Lundin, 1985). Mereka berpendapat bahawa manusia pada
asasnya adalah bersifat hedonistik dan menolak sama sekali unsur moral
dan etika yang boleh dioptimakan dalam diri manusia.
Pandangan ini bagaimanapun ditentang oleh Bergin (1980) yang
berpandangan bahawa pemikiran hedonistik adalah berlawanan dengan
konsep-konsep asas dalam ajaran agama, iaitu yang melihat manusia
sebagai beretika dan mempunyai unsur kerohanian dan keagamaan.
Pemisahan agama dalam bidang kaunseling juga mungkin ada kaitannya
dengan usaha Barat untuk mengasingkan ilmu agama dengan ilmu
sekular yang lahir daripada konsep the separation ofstate dan church.
Pada ketika itu juga, ahli teori, pengkaji dan ahli psikoterapi mempercayai
bahawa nilai boleh diasingkan daripada teori psikologi, penyelidikan danlatihan (Patterson, 1958). Ahli terapi diandaikan sebagai bahan yang
kosong, bersifat objektif dan bersifat tidak menghukum. Ia juga berpunca
daripada konsep bahawa sesuatu ilmu itu perlu bersifat objektif dan
empirikal dan bebas nilai. Bagaimanapun, pengasingan yang wujud
antara profesion kaunseling dan kesihatan mental dengan agama selama
hampir sepanjang abad ke 20 semakin berakhir. Pada akhir tahun 1940an
dan berterusan pada abad 1960an dan 1970an, kepercayaan bahawa nilai
boleh diasingkan daripada teori psikologikal telah dicabar secara teori dan
praktikalnya. (Beutler, 1972).
Dalam tahun-tahun 1990an, banyak artikel yang ditulis mengaitkan isuagama dan kerohanian dalam kesihatan mental seperti kaunseling dan
psikoterapi yang diterbitkan dalam jurnal- jurnal utama dalam bidang ini.Begitu juga banyak pembentangan diadakan di konvensyen dan seminar
kesihatan mental. Buku-buku yang berkaitan dengan tajuk ini semakin
bertambah. Contohnya dalam tahun 1996, American Psychological
Association (APA) telah menerbitkan buku yang pertama berkaitan
dengan tema keagamaan (Shafranske, 1996). Setahun kemudian sebuah
lagi buku yang ditulis oleh Richard dan Bergin (1997) diterbi tkan dan
diikuti oleh Miller (1999).
Di dalam agama Islam sendiri terdapat usaha yang dilakukan untukmerawat masalah kesihatan mengikut kaedah yang menggunakan
pendekatan agama. Salah satu tanda bahawa aspek agama dankerohanian semakin menjadi penting dalam bidang kaunseling, ialah
beberapa organisasi profesional dalam bidang ini untuk pertama kalinya
mengakui bahawa agama adalah satu elemen yang perlu dihormati. (APA,
1992, American Counseling Association, 1995). Kemasukan elemen
agama dalam ilmu kaunseling dan psikoterapi juga berlawanan dengan
kepercayaan bahawa satu-satunya cara untuk memperoleh pengetahuan
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
7/22
dan pemahaman mengenai dunia ini ialah melalui aplikasi yang bersifat
kuantitatif dan eksperimen. Pandangan ini semakin berubah apabila
semakin ramai yang mengakui keperluan kaedah epistemologi dan
metodologi pluralism dalam kajian mereka (Greenberg, Elliot dan Litaer,
1994). Hasilnya, pada akhir abad 1970an dan awal 1980an, telah
dipersetujui bahawa sesuatu yang mustahil untuk mengasingkan nilai dar i
sudut psikologikal (Bergin, 1980).
Telah dibuktikan bahawa sebahagian besar ahli profesional mempercayai
nilai manusia dan gaya hidup mempunyai kesan yang mendalam ke atas
kesihatan mental dan keberfungsian emosi dan sesetengah nilai lebih
mengikut kesejahteraan mental daripada yang lain. (Jensen & Bergin,
1988). Kajian membuktikan agama memainkan peranan penting dalam
menangani pelbagai persoalan terutama apabila mengalami tekanan.
Agama juga penting dalam konteks berdaya tindak. Belavich (1998)
membuktikan sembahyang dan kepercayaan kepada Tuhan dilihat
sebagai dua sumber berdaya tindak yang paling popular. Sumber berdaya
tindak lain termasuk bimbingan daripada orang -orang alim danberkomunikasi kepada Tuhan melalui upacara sembahyang. Ini
dipersetujui oleh Hathoway dan Pergament (1992) yang menjelaskan
apabila berha-
dapan dengan masalah, individu yang beragama mempunyai berbagai -
bagai jenis berdaya tindak yang diambil dari aspek kerohanian dan
kognitif.
Beberapa kajian mengaitkan hubungan antara elemen kerohanian/agama
dan peningkatan kebolehan berdaya tindak apabila berlakunya krisis.
Kajian yang dilakukan oleh Folkman & Lazarus (1999) ke atassekumpulan ahli profesional lelaki dan wanita yang menghadapi masalah
psikologikal yang tinggi, mendapati bahawa subjek kajiannya yangmempunyai tahap kerohanian yang tinggi mempunyai masalah penyakit
yang kurang jika dibandingkan dengan subjek yang mempunyai tahap
pegangan agama yang rendah. Kajian empirikal menunjukkan agama
seringkali dihubungkaitkan secara positif dengan kesihatan mental, emosi
dan keberfungsian sosial (Bergin, 1991). Kajian oleh Glaser dan Bozarth
(2001) mendapati kerohanian yang positif adalah sangat perlu untuk
perkembangan diri yang sihat dan keberfungsian. Individu yang
mempunyai identiti kerohanian yang positif berfungsi lebih baik dari segi
interpersonal dan emosi individu.
Keperluan agama dalammerawat masalah psikologikal diakui oleh West(2002) yang berpendapat kerohanian atau keagamaan menjadi
sebahagian daripada kehidupan dan di lihat serta diakui sebagai sesuatu
yang sangat berharga. Oleh itu West berpendapat sudah tiba masanya
ahli terapi membincangkan realiti akan kepentingan elemen kerohanian
dalam kaunseling. Ia juga sebagai satu usaha untuk melawan syak
wasangka dan prejudis terhadap kaunseling yang menafikan kewujudan
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
8/22
elemen agama. Ini kerana mengikut Richards dan Bregin (19997) klien
yang bertindak berlawanan dengan nilai dan sistem akan menghadapi
masalah emosional dan interpersonal.
Individu yang tidak mempunyai pegangan agama dalam kehidupannyaseringkali tidak akan merasa berhubungan dengan kasih sayang Tuhan
dalam kehidupan mereka serta kurang tujuan dan makna dalam
kehidupan (Bergin et al, 1994). Sebaliknya, individu yang mempunyai
identiti kerohanian yang tinggi selalu merasa berhubung dengan Tuhan
dan merasa harga diri yang lebih tinggi, mempunyai makna tujuan dalam
kehidupan dan berupaya memenuhi potensi diri yang lebih bermakna.
Ahli-ahli sosial berpandangan agama dilihat sebagai satu sumber
psikologikal dan kestabilan sosial. Agama juga berperanan sebagai satu
mekanism untuk membantu menghadapi kesukaran kehidupan. Ini
kerana institusi keagamaan dan sistem kepercayaan berfungsi sebagaisatu mekanism yang bersifat pencegahan. Banyak bukti empirikal
mencadangkan kepercayaan agama, latihan dan institusi menjadiberkesan dengan peranan pencegahannya. Penglibatan agama yang
diukur melalui pelbagai cara dilihat mengurangkan kejadian membunuh
diri, penggunaan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta
perpecahan keluarga (Payne, Bergin, Bielema & Jenkins, 1992).
Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh American Counseling
Association, kaunselor melihat agama dan aspek ke-
rohanian sebagai satu komponen penting dalam kesihatan mental. Kajian
tersebut juga mendapati 64 peratus subjek kajiannya mempunyai
kepercayaan terhadap Tuhan dan 70 peratus terlibat dalam organisasikeagamaan. Dapatan kajian ini selari dengan pandangan Hays (1982)
yang mendapati bahawa individu yang mempunyai pengalaman agama
mempunyai tahap kesejahteraan psikologikal yang tinggi.
Veness (1990) mencadangkan agar kaunselor, walaupun lebih banyak
memberi perhatian kepada perkembangan psikologikal dan integrasi
klien, perlu menyesuaikan diri dengan dimensi kerohanian. Ulama jugaperlu mempunyai pengetahuan mengenai masalah psikologikal. Beliau
mengatakan bahawa pemisahan antara dua peranan boleh menghasilkan
satu ketidakseimbangan. Ini kerana mengikut Richards dan Bergins
(1997), klien yang bertindak berlawanan dengan nilai dan sistem akanmenghadapi masalah emosional dan interpersonal.
Berbeza dengan rakan dan keluarga yang boleh datang dan pergi, Tuhan
dilihat sebagai teman yang sentiasa bersama-sama setiap masa.
Walaupun tidak boleh dilihat, Tuhan sentiasa berada untuk memberi
bantuan secara emosional dan bimbingan dalammasa kesusahan. Kajian
juga mendapati individu yang melibatkan Tuhan sebagai kawalan dalamberdaya tindak terhadap stress mempunyai tahap kebimbangan yang
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
9/22
rendah (Schaedfer & Gorsuch, 1991), kesihatan fisikal dan mental yang
lebih baik (McIntosh & Spilka, 1990) dan kecekapan psikososial yang
lebih tinggi.
Sebab-sebab penglibatan kesan spiritual dan agama tidak difahamidengan jelas. Ada yang menjelaskan antara sebab -sebab keperluan
agama ialah ia dapat meningkatkan gaya hidup yang sihat, member i
perasaan kawalan oleh Tuhan, menyediakan harapan, memberi makna
dan rasa optism diri. Kepercayaan agama dan kerohanian tidak boleh
dilihat sebagai sesuatu neurosis dan ketidakupayaan sesuatu yang boleh
dirawat. Sebaliknya, kebanyakan ahli terapi melihat kepercayaan spiritual
dan tingkah laku adalah sumber yang paling berkesan dalam
meningkatkan perubahan teraputik.
Ilmu kaunseling kini tidak boleh dilihat sebagai satu ilmu yang cuba
mengasingkan aspek agama. Ini kerana terdapat banyak percubaan yangdilakukan untuk memastikan bahawa kaunseling yang dijalankan bersifat
menyeluruh dan meliputi kesemua aspek kehidupan manusia. Kaunselingperlu dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang dapat membantu manusia
dalam kesejahteraan kehidupannya. Manfaatnya adalah sama seperti
ilmu-ilmu lain yang dianugerahkan oleh Tuhan sebagai jalan ke arah
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Kini terpulang kepada manusia
yang dikurniakan segala kebijaksanaan untuk memaksimakan
kebaikannya.
SAPORA SIPO , Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti
Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Kolej Universiti Islam
Malaysia (KUIM).
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 9:29 AM0 comments
Saturday, January 9, 2010
Teori Pemusatan PCC.
Sifat manusia
1) Manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan sentiasa bergerak
ke arah kesejahteraan kendiri.
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
10/22
2) Berupaya memberi nilaian positif kepada pengalaman yang dirasakan sebagai positif dannilaian negatif bagi pengalaman yang dirasakan sebagai negatif baginya.
3) Manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan saling
percaya mempercayai, hormat menghormati yang boleh dirasai dan dialami.
4) Dapat mengasingkan hasil pengalaman yang positif dan negatif.
5) Boleh menerima / menolak dan memberikan erti yang bermakna dalam pembentukan
konsep kendirinya.
6) Desakan dalaman bergerak ke arah kesejahteraan kendiri.
Tiga Suasana yang perlu ada pada kaunselor
y Keredhaan , kejujuran, keihlasan, dan kebenaran.y Penerimaan tanpa syaraty Kefahaman yang mendalam / empati
Tiga unsur penting dalam teori PCC.
y Organisma seorang individu secara holisik (keseluruhan)y Bidang Fenomenologi keseluruhan pengalamany Kendiri Satu unsur yang terdapat di dalam fenomenologi yang disebut saya atau
aku
Matlamat Kounseling PCC
y Kesediaan meneria klien dan mengalami realiti yang sebenar.y Y
akin akan diri sendiri.y Kaunseli akan dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikiran sendiri.
Ciri-ciri Kaunseling PC
y Penglibatan klien yang aktif dalam meneroka masalah.y Kemampuan untuk berkembang (emosi, intelek).y Perkembangan berlaku dalam suasana mesra, permisif dan penuh kefahaman,
Peranan Kaunselor Yang Mengaplikasi PCC
y Fasilitatory Mewujudkan suasana yang sesuai dan menggalakkan.y Membantu klien agar tidak lagi bersifat membela diri defensive bagi setiap
tingkahlakunya.
y Memperlihatkan kepada klien bahawa ia dianggap sama taraf dengan dirinya.Teknik & Tatacara Kaunseling
y Perhubungan yangbersifat ketulusikhlasan, kejujuran, ketulenan, kesediaan menerimatanpa syarat.
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
11/22
y Berkeupayaan berempathi secara tepaty Mendorong Individu bergerak ke arah memperkembangkan diri menuju nirwana
kendiri.
Tiga Elemen :
y Keredhaan,y Kongrueny Empathiy Merupakan kunci utama dalam menjalin hubungan yang berkesan
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 9:05 PM0 comments
Pandangan Mengenai Teori
Zainal Abidin Ahmad 2005 memberi fokus kepada kaunselor tentang apayang dilakukannya terhadap klien.
Frank ( 1971)Teori sangat penting dan dapat memberi panduan,
keyakinan dan halatuju bagi mereka yang mengamalkannya.
Jenis-jenis teori dalam kaunseling
y Teori Psikoanalisis.y Teori pemusatan klieny Teori Gestalt provokasiy Teori Terapi Rasional Emotify Teori Tingkah Laku (Behaviorisme)
Teori Psikoanalisis.
Dipelopori Sigmund Freus
1) Alamsedar
2) Alam pra sedar
3) Alam tidak sedar
Teori pemusatan klien
Dipelopori Carl Rogers
1) Reaksi kepada pendekatan tradisi yang terlalu mementingkan
diagnosis, menyiasat dan mentafsir.
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
12/22
2) Percaya bahawa insan itu baik, boleh dipercayai berusaha kearah
kesempurnaan diri.
Teori Gestalt
y Dipelopori Friedrich Solomon Perls y Merupakan satu pola, bentuk atau konfigurasi yang diamati oleh
seorang yang terdiri dari beberapa bahagaian yang dilihat sebagai
satu keseluruhan yang menghasilkan makna yang tersendiri.
Teori terapi Rasional Emotif
1) Albert Ellis
2) Fokus kepada aspek kognitif, penilaian, penganalisisan, emosi,
tingkahlaku dan membuat keputusan.
3) Menitik beratkan soal nilai dan kepercayaan yang tidak rasional
yang dianut oleh kebanyakan insan yang akhirnya membawa kepada
masalah.4) Berorientasikan kepada pendidikan semula dan gantikan sistem
kepercayaan klien.
Teori TingkahLaku (Behaviorisme)
Berkembang dari 3 tahap
y Tahap pertama- diasaskan oleh Pavlov 1960 dan hull 1943 yangmenghasilkan pelaziman klasik.
y Tahap kedua diasas oleh skinner, lahirnya pelaziman operan (beritumpuan kepada peneguhan, pelupusan dan hukuman) yangdiasaskan oleh Skinner 1953- teknik modifikasi tingkahlaku.
y Tahap 3 - dikenali sebagai terapi tingahlaku kognitif yangmenggabugkan aliran ketingkahlakuan dan kognitif.
Kepentingan Teori kaunseling
1) Sebagai panduan untuk kaunselor memahami tingkahlaku manusia.
2) Sebagai rujukan untuk membantu kaunselor
3) Memberi kita rasional tentang apa yang dilakukan dan membimbingtindakan-tindakan kita.
Model Nystul
Menurut Nystul (2006), kombinasi seni dan sains kaunseling menekankan
hubungan di antara teori, kajian dan amalan.
TEORI -> PENYELIDIKAN -> PRAKTIKAL
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
13/22
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 9:00 PM0 comments
Pengenalan Teori Kaunseling
1) Menurut Ramlan Hamzah dan lily Mastura (2005)
2) Teori bermaksud andaian untuk menjelaskan sesuatu kejadian/ fenomena.
3) Teori merupakan asas-asas kasar yang menjadi dasar membentukkan sesuatu pengetahuan.
4) Teori kaunseling adalah resepi mengenai cara mendekati klien dalam pelbagai situasi.
5) Teori kaunseling membantu kita memikirkan proses kaunseling.
6) Teori menyediakan kita cara sistematik untuk menggambarkan perlakuan, menunjukkan
perhubungan dan proses kaunseling.Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 8:57 PM0 comments
Mengesan masalah tingkah laku pelajar
1. Tingkahlaku delinkuen2. Penyalahgunaan dadah3. Tingkah laku tidak bermoral4. Pengumpulan maklumat5. Ujian kecerdasan6. Ujian minat7. Ujian keceenderungan bakat8. Ujian personaliti
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 8:54 PM0 comments
Mengesan masalah akademik kanak-kanak
Masalah penguasaan 3M
y Pemerhatiany Profil muridy Ujiany Latihan hariany Soal jawab kuiz
Pastu senaraikan semua masalah dan mengesan punca masalah dengan ujian diognostik.
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
14/22
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 8:52 PM0 comments
Punca Masalah Kanak-kanak
y Diri sendiri (pemikiran, tingkah laku, perasaan)y Orang lain tetapi melibatkan diriy Takdir
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 8:52 PM0 comments
Mengenal Pasti Masalah Kanak-Kanak
FAKTORMASALAH DI KALANGAN KANAK-KANAK
1 . P & P perkembangan kognitif tidak selaras dengan kokurikulum yang disediakan
2. Pedagogi pengajaran guru yang lemah.
3. Bahan P& P kurang menarik minat murid.
4. FaktorPeribadi
Contoh :
y helah bela diriy kemiskinany kewangany pengaruh rakan sebaya (sangat dominan dengan masalah dengan, besar impaknya
kepada murid-murid )
y Masalah komunikasi5. Faktor Mental
y tak cukup bulan (aktif /lembab)y lemah otaky pengurusan diriy malas berfikiry masalah 3M
6. Faktor Fizikal
y kurang sihaty kurang zaty bantu keluarga cari nafkahy masalah kecacatan.
7. Faktor psikologi
y masalah emosi phobia.y trauma.
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
15/22
y benci.y penggeliy berdendamy keliru.
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 8:38 PM0 comments
Kaedah Pengumpulan Maklumat Murid
Pengujian
1) Teknik mendapatkan maklumat.2) Maklumat yang diperoleh dalam bentuk tersusun
Tujuan Pengujian
1) Pemilihan
2) Klasifikasi keputusan3) Penilaian rawatan
Tujuan pengujian di sekolah
1) Guru : Alat untuk penambah baikan p & P
2) Murid : sebagai pertolongan untuk memahami diri sendiri dan perancangan pelajarandan kerjaya.
3) Guru B & K : perkembangan pemulihan individu dan kelompok.4) Pengurus Sekolah : Asas untuk perangan dan pengurusan
Ujian Kecerdasan
Ujian Personaliti
Ujian personaliti
1) Ujian ini sebagai satu cara yang standard untuk mengukur contoh-contoh tingkah laku.
Mengikut prinsip-prinsip berikut :
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
16/22
1)Pilih ujian yang sesuai2)Buktikan kesahan untuk dipraktikkan
3)Pilih ujian akan memuaskan kehendak
Pemilihan ujian yang rasional
1. Ujian umum perkembangan pendidikan- (upsr , ujian akhir tahun)
2. Ujian kecenderungan bakat
3. Ujian Minat
4. Ujian kecerdasan akal
5. Ujian personality mengkaji aspek bukan mental seperti motivasi emosi atau sikap.
Teknik bukan ujian
1. Kajian dokumen
(dokumen utama: auto biografi, aneklot, senarai semak)(dokumen sekunder: biografi, laporan
2. Soal selidik
3. Laporan Pemerhatian
4. Senarai semak- iventori selidik tabiat yang mengandungi maklumat penting.
5. Kad himpunanan 001 dan 002 bertujuan mengetahui kemajuan akademik dan
kokurikulum. Untuk mengembangkan lagi potensi mereka.
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 8:28 PM0 comments
Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing
1) Menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi sosial emosi
akademik perkembangan mental dan akhlak.
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
17/22
2) Menolong murid dalam pelajaran mereka
y Memperkenalkan sistem pendidikany Matlamat pelajarany Cara belajary Situasi persekitarany Peraturan sekolahy Kepentingan mata-mata pelajaran
3) Menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan ,
minat dan perkembangan masing-masing.
4) Memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentangkepentingan pelajaran.
5) Menolong murid dalam prosesmenyelesaikan maslah pembelajaran.
6) Menolong murid dalammembuat keputusan yang rasional.
7) Menolong murid membuat tabiat kerja yang baik menghargai kerja dan
membina sifat-sifat personality yang sempurna.
8) Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan
pelajar.
9) Mengisi KOD 001(rekod persekolahan) dan Kod 002 (rekod peribadi)
10) Bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam
mengendalikan program.
11) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.
12) Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang murid yang
memerlukan pertolongan profesional.
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 8:24 PM2 comments
Konsep Guru Biasa & Guru Bimbingan
KONSEP GURU
BIASA
Guru biasa ialah guru yang
tidak mendapat latihan
khusus dalam bimbingan dan
kaunseling Seperti :
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
18/22
-Guru mata pelajaran
akademik.
-Guru non akademik
KONSEP GURU
BIMBINGAN
Guru yang mendapat latihan
khusus dalam bidangBimbingan dan Kaunseling.
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 8:20 PM0 comments
Friday, January 8, 2010
Etika Kaunseling
ETIKA Lembaga Kaunseling Malaysia,
Persatuan Kaunseling Malaysia
1 Kenapa
diperkenalkan?
Setiap kerja yang dilakukan mestilah
sempurna, baik dan memberimanfaat bukan sahaja kepada orang
yang melakukannya, tetapi juga
kepada orang lain.
2 Kod Etika
Kaunseling
1)Soal Kerahsiaan
Melibatkan pembocoran isu/kes
dalam sesi oleh kaunselor sendiri.
Tidak boleh samada bercerita,
berikan laporan sesi kepada orang
lain, atau pihak umum seperti mediadan pihak yang berkaitan.
Oleh itu ada ikatan kontrak antara
kaunselor dan klien.
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 9:25 PM2 comments
Jenis Kelompok
JENIS KELOMPOK
1 Kaunseling
2 Bimbingan
3 Terapi
Orang Pasif/
Orang yang susah
nak bercakap kene
minta dia lukis
dahulu, pastu
minta dia
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
19/22
ceritakan.
4 T (latihan) Drama, Menyanyi
5 Pertemuan Bantu
Diri
Tugasan- kanak-
kanak tahun 1
yang belum
pandai mengurus
diri.6 Tugasan
7 Pengalaman /
Perkembangan
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 9:25 PM0 comments
Kaunseling Individu & Kelompok
KAUNSELING
INDIVIDU KELOMPOK
Suatu hubungan bersemuka antara
Kaunselor & Klien
Kaunselor & Ramai
Perhubungan berlaku secara TERAPUTIK-
(perhubungan yang sangat mesra dan intim
serta sangat memahami)
Suatu perhubungan BERSEMUKA
diantara BEBERAPA orang ahli dan Klien.
Mempunyai ciri KOMUNIKASI yangefektif & saling menghormati.
Perhubungan berlaku secara TERAPUTIK
Menerima klien tanpa SYARAT Mempunyai ciri KOMUNIKASI yangefektif & saling menghormati ada
KEJELEKITAN (mesra antara ahlikelompok seolah2 adik beradik)
TULEN dalam usaha membantu klienMEMAHAMI DIRI &
PERSEKITARANNYA
Penerimaan ahli kelompok harus terbuka,tulen dalam usaha membantu klien
MEMAHAMI DIRI & PERSEKITARAN.
DATA LOST Semua ahli bersama-sama dalam proses
penyelesaian masalah klien dengan lebihsensitif dan rasa kejelekitan.
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 9:23 PM0 comments
Perkhidmatan Bimbingan
PERKHIDMATAN BIMBINGAN
Perkhidmatan Inventori individu dan
rekod
Perkhidmatan Memberi maklumatPerkhidmatan Bimbingan kelompok
Perkhidmatan Kaunseling Individu dan kelompok
Perkhidmatan Penempatan Lepas UPSRke mana
nak ditempatkan
Perkhidmatan Mencegah penyalahgunaan
dadah
Perkhidmatan Perundingan dan rujukan
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
20/22
Perkhidmatan Penyelarasan sumber
Perkhidmatan Perbincangan dengan ibu
bapa
Mengenal ibu bapanya
Perkhidmatan Penilaian
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 9:21 PM0 comments
Prinsip Bimbingan & Prinsip Kaunseling
PRINSIP BIMBINGAN PRINSIP-PRINSIP KAUNSELING
ntuk semua pelajar
atu sistem tanggungjawab
bersama.
engutamakan perkembangan
individu.
erasaskan proses perlakuanindividu-Walaupun buat
secara kelompok besar namun
kita kene tahu apa kehendak
mereka.
roses berterusan.
aunseling diberi kepada org normal yang sedang
menghadapi kecelaruan dan kerunsingan.
ubungan interaksi antara kaunselor dan klien
berasaskan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan
adalah faktor penting.
aunselor membantu klien untuk membuat keputusan,
Kaunselor tidak mebat pilihan ataukeputusan.Kaunselor ibarat tochlight
anselor percaya sesorang itu haruslah mempunya
peluang ntuk memilihmatlamat hidup dan bebas dala
mencapai matlamat hidup.
rientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan
bukannya paksaan.
aunselor menggunakan suatu kaedah dan pendekatan
berasaskan teori-teori dalam kaunseling.
aunseling mestilah berasaskan etika kaunseling yang
baik.
Posted by Mohd Amin & Nur Salsabila at 9:16 PM0 comments
NewerPostsOlderPostsHome
Subscribe to: Posts (Atom)
PENULIS BLOG
MOHD AMIN (PISMPPAI SEM 7) IPGM KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
21/22
Blog Archive
y 2010 (21)o January (21)
Terapi Rasional Emotive Tingkah Laku
Terapi Tingkah Laku (Behavior Theraphy) Kaunseling terpisah daripada elemen agama ? Teori Pemusatan PCC. Pandangan Mengenai Teori Pengenalan Teori Kaunseling Mengesan masalah tingkah laku pelajar Mengesan masalah akademik kanak-kanak Punca Masalah Kanak-kanak Mengenal Pasti Masalah Kanak-Kanak Kaedah Pengumpulan Maklumat Murid Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing Konsep Guru Biasa & Guru Bimbingan Etika Kaunseling Jenis Kelompok Kaunseling Individu & Kelompok Perkhidmatan Bimbingan Prinsip Bimbingan & Prinsip Kaunseling Matlamat Dalam Bimbingan Perbezaan BIMBINGAN, KAUNSELING, BIMBINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA DI
DALAM KERUGIAN.
LINK BERKAITAN KAUNSELING
y Kaunseling Online USMy Lembaga Kaunselory Persatuan Bimbingan dan Kaunseling UPSIy Persatuan Kaunseling Malaysiay Persatuan Kaunseling UM
CONTACT NUMBER PENSYARAH
PN ROSLIZA BTE AZIZ ( 013-9321731 )
PN ANI SALWIAH ( 013-9637669 )
KOMEN & NASIHAT ANDA
-
8/6/2019 Bimbingan Dan Kaunseling Ipg
22/22
View shoutboxShoutMix chat widget
PELAWAT
Adakah kaunseling terpisah daripada elemen agama?
GAMBAR MAYAT IRAUN
Tazkirah
"Setiap insan akan merasai MATI. Bersedialah menghadapinya !"
ollowers