Bandingbeza KSSR KBSR

download Bandingbeza KSSR KBSR

of 6

Transcript of Bandingbeza KSSR KBSR

  • 8/10/2019 Bandingbeza KSSR KBSR

    1/6

    3.0 BANDING BEZA CIRI-CIRI KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH

    (KBSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

    3.1 Pengenalan

    Menyedari kepelbagaian aras kebolehan dan potensi diri murid Kurikulum

    Sekolah Rendah juga telah dilaksanakan secara berperingakat iaitu dari awal

    pembentukan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 sehinggalah

    terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada akhir 2010 awal

    2011. Pembentukan KSSR ini masih menekankan aspek kepelbagaian murid

    sebagaimana KBSR. Namum begitu terdapat beberapa perbezaan antara KSSR

    dengan KBSR.

    3.2 Persamaan Elemen Dalam KSSR dan KBSR

    Persamaan yang jelas terkandung dalam pembentukan KSSR ialah

    pembentukannya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan

    berlandaskan prinsip-prinsip seperti mana yang terdapat dalam KBSR. Antara

    persamaan prinsip-prinsip KSSR dan KBSR ialah pendekatan bersepadu,

    perkembangan Individu secara menyeluruh, pendidikan seumur hidup, dan

    pendidikan yang sama untuk semua murid. Dalam Abu Bakar Nordin et al.

    (2003), menurut Kementerian Pendidikan Malaysia 1996 menyatakan bahawa

    Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

    dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

    adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

    serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada FPK, matlamat

    pendidikan negara dapat ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan

    berterusan untuk melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketerampilan

  • 8/10/2019 Bandingbeza KSSR KBSR

    2/6

    seterusnya seimbang dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

    intelek tanpa mengetepikankepercayaan dan kepatuhan kepada perintah Tuhan.

    Pelaksanaan KSSR turut bermatlamatkan yang sama seperti mana

    KBSR. Matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyediakan dan

    memberi peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira

    kaum dan asal keturunan. Seterusnya ialah memberi peluang kepada rakyat di

    negara ini menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan

    seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan

    kemahiran yang dipelajari. Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan

    individu dari segi fizikal dan mental yang mana membolehkan seseorang itu

    menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan rakyat yang lebih baik,iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik.

    Proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan kemahiran

    berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan

    perhubungan antara satu sama lain. Selain itu, pendidikan dapat menghasilkan

    tenaga pekerja yang berpengatehuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan

    produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. KSSR mahupun

    KBSR yang dibentuk mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni

    selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan.

    3.3 Perbezaan Ciri KSSR dan KBSR

    Pembentukan KSSR walau bagaimanapun terdapat juga perbezaan dari

    beberapa segi berbanding KBSR. Dalam tugasan ini akan dibincangkan satu

    persatu ciri-ciri perbezaan KSSR dan KBSR. Antara perbezaan yang didapati

    adalah;

    3.3.1 Reka Bentuk Kurikulum

    Berdasarkan KSSR penggunaan tunjang diperkenal berbeza dengan KSBR iaitu

    berasaskan bidang. Terdapat enam aspek tunjang KSSR iaitu;

  • 8/10/2019 Bandingbeza KSSR KBSR

    3/6

    i. Komunikasi,

    ii. Kerohanian, sikap dan nilai,

    iii. Kemanusian,

    iv. Perkembangan fizikal dan estetika,

    v. Sains dan teknologi, dan

    vi. Ketrampilan diri.

    Manakalan berdasarkan KBSR pula reka bentuk kurikulum berasaskan tiga

    bidang iaitu;

    i. Komunikasi,

    ii. Manusia dan alam sekeliling, dan

    iii. Perkembangan diri individu.

    3.3.2 Bahan Kurikulum

    Perbezaan dari aspek lain pula ialah dari segi bahan kurikulum antara KSSR

    dengan KBSR. Dalam pelaksanaan KBSR menggunakan bahan kurikulum

    berdasarkan sukatan pelajaran. Bahan kurikulum KBSR ini juga mempunyai

    pecahan sukatan pelajaran seperti kandungan pelajaran, hasil dapatan pelajaran

    dan cadangan aktiviti pelajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas yang telah

    diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di semua sekolah. Berbeza

    dengan KSSR yang mana bahan kurikulum berdasarkan dokumen standard

    yang mana terbahagi kepada dua iaitu dokumen standard kandungan dan

    standard pembelajaran. Selain itu KSSR memperkenalkan bahan kurikulum baru

    iaitu modul pengajaran dan modul pembelajaran. Modul ini yang mana

    penggunaan tidak menyekatkan kreativiti guru-guru yang mengajar dan tidak

    terikat. Modul pengajaran ialah dokumen yang digunakan oleh guru untuk

    menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula digunakan oleh

    murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.

    Penggunaan buku teks turut digunakan akan tetapi dengan cara yang berbeza

    iaitu KBSR menggunakannya secara linear dan KSSR secara modular.

  • 8/10/2019 Bandingbeza KSSR KBSR

    4/6

    3.3.3 Kaedah Pentaksiran

    Perbezaan lain pula ialah dari segi kaedah pentaksiran. Kaedah pentaksiran

    KBSR adalah bersifat sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid

    telah menguasai apa yang dipelajari pada akhir satu-satu tempoh pembelajaran,

    misalnya peperiksaan akhir tahun, Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil

    Penilaian Malaysia (SPM). Berbeza dengan KSSR yang bersifat formatif

    berasaskan sekolah adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran. Dalam

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pentaksiran formatif berasaskan

    sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan

    pencapaian murid dalam pembelajaran. Selain itu, kaedah pentaksiran yang

    pelbagai digunakan. Pentaksiran KSSR adalah bersifat autaentik dan holistik.

    3.3.4 Kurikulum

    Perbezaan yang jelas ialah dari aspek fokus kurikulum KSSR dengan KBSR.

    Jika pada peringkat KBSR konsep 3M iaitu membaca, menulis, mengira

    ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan iaitu

    membaca, menulis, mengira, menaakul. Misalnya mata pelajaran Matematik

    turut mengalami perubahan. Penaakulan merupakan asas penting untuk

    memahami matematik dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian

    tentang matematik lebih bermakna. Penaakulan berupaya mengembangkan

    kapasiti pemikiran logikal dan kapasiti pemikiran kritis. Sebagai contoh, untuk

    topik pecahan Tahun satu, murid diajar tentang konsep keseluruhan bagi

    memastikan mereka memahami tentang konsep separuh dan suku.

    3.3.5 Penekanan Elemen

    Perbezaan selanjutnya ialah dari segi elemen KBSR dan KSSR. Elemen yang

    terdapat dalam KBSR ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

    Manakala elemen KSSR pula ialah elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan

    serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Elemen KBSR antaranya

    bertujuan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak

    dan mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara

  • 8/10/2019 Bandingbeza KSSR KBSR

    5/6

    lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Berbeza dengan elemen

    KSSR iaitu bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal

    insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi,

    berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Disamping itu memberi

    pendedahan awal dan menerapkan berkaitan bidang keusahawaan dalam kalangan

    murid.

    3.3.6 Peruntukan Masa

    Aspek peruntukan masa juga turut mengalami perbezaan yang mana tempoh jam

    pengajaran dan pembelajaran (P&P) KSSR adalah lebih panjang pada tahap I iaitu

    sebanyak 1380 minit berbanding KBSR iaitu 1350 minit . Jam P&P lebih diutamakan

    kepada mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang mana kedua-dua

    bahasa tersebut merupakan bahasa yang penting. Transformasi ini bertujuan

    memberi keselesaan kepada guru-guru agar tidak perlu berasa terburu-buru untuk

    menghabiskan sukatan pelajaran seperti mana peruntukan masa KBSR yang lebih

    singkat. Hal ini membolahkan muri berasa selesa kerana tidak perlu perlu tertekan

    seperti mana peruntukan masa KBSR yang singkat memerlukan penghabiskan

    sukatan dengan lebih segera. Jika terdapatnya lebihan masa dalam KSSR, maka

    guru-guru boleh memanfaatkan masa tersebut dengan aktiviti yang lebihmenyeronokkan bersama para pelajar dan aktiviti mengulangkaji mata pelajaran

    turut boleh dilakukan.

    3.3.7 Organisasi Mata Pelajaran

    Aspek organisasi mata pelajaran turut mengalami perubahan. Misalnya organisasi

    berdasarkan KBSR hanya berasaskan mata pelajaran untuki tahap I dan tahap II

    Bahan mata pelajaran ialah berdasarkan sukatan pelajaran dan buku teks. Subjek

    asas yang dipelajari dalam KBSR adalah seperti bahasa Malaysia, pendidikan

    agama Islam, pendidikan jasmani kokurikulum dan lain-lain. Berbeza pula dengan

    organisasi mata pelajaran KSSR yang mana menggunakan modul dan mata

    pelajaran yang dipelajari adalah berbeza-beza mengikut tahap I dan tahap II.

    Misalnya untuk tahap I mereka perlu mempelajari berdasarkan modul teras asas,

  • 8/10/2019 Bandingbeza KSSR KBSR

    6/6

    tema dan elektif. Modul Teras Asas terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa

    Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT),

    Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan

    dan Matematik. Modul Teras Tema pula terdiri daripada subjek Dunia Sains dan

    Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik. Modul Elektif pula terdiri daripada

    bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa

    Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

    Manakala bagi tahap II pula mereka berdasarkan modul komunikasi, modul

    komunikasi elektif, modul kerohanian,sikap dan nilai, modul fizikal dan estetika,

    modul sains dan teknologi, dan modul kemanusiaan. Bagi Tahap II pula, akan

    dilaksanakan pada tahun 2014. Antara subjek yang bakal diperkenalkan ialahReka Bentuk dan Teknologi Maklumat dan Sejarah. Manakala subjek sedia ada

    termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

    (SJKC dan SJKT), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik,

    Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.