Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

78
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: ISU DAN CABARAN-Azizan Ismail[diselenggarakan oleh Rozali Rajab] Abstrak Ilmu pengetahuan merupakan satu aspek yang penting bagi membina satu identiti bangsa yang bertunjangkan falsafah dan pemikiran yang tinggi. Proses penyampaian ilmu pengetahuan itu tidak dapat dielakkan, salah satunya dengan menggunakan bahasa sebagai mediumnya. Di Malaysia, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sehingga berjaya mengungkapkan segala bidang ilmu (Jeniri, 2009). Kemampuan bahasa Melayu diperluas sebagai bahasa komunikasi, bahasa perantara, bahasa perantara di antara daerah, wilayah dan antara suku kaum serta bahasa yang penting dalam sektor pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Menurut Jeniri (2009), dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan membinanya sebagai bahasa ilmu yang mampu mendukung struktur pemikiran moden, selain daripada sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. Justeru, kertas kerja ini akan cuba melihat pengisian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di samping cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan agenda tersebut. PENGENALAN Perjalanan bahasa Melayu dalam mengisi tanggungjawab sebagai bahasa ilmu sebenarnya merupakan satu pengembaraan yang panjang. Kisah perjalanannya sebagai bahasa ilmu sebenarnya telah bermula semenjak 500 tahun yang lampau. Jika diamati, pelbagai cabaran dan pancaroba yang terpaksa ditempuhi sepanjang zaman tersebut. Perincian tersebut bolehlah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kedua, zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan dan yang terakhir zaman selepas negara merdeka sehingga kini. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan sejarah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang meliputi ketiga-tiga zaman serta cabaran yang dihadapi sejajar dengan tugas utamanya penyebar ilmu pengetahuan. Rangkuman kertas kerja ini terbatas kepada perkara penting yang mendasari proses penyebaran ilmu melalui bahasa Melayu. Sudah tentu tidak semua isu dapat diketengahkan secara detil, walau bagaimanapun kertas kerja Bahasa Melayu Zaman Abad 15 dan 16—Membuka Lembaran Ilmu Sejarah menunjukkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada abad ke- 15 dan 16 setelah kedatangan penjajah. Salah satu aspek penting yang dapat

Transcript of Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Page 1: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU: ISU DAN CABARAN-Azizan Ismail[diselenggarakan oleh Rozali Rajab]

AbstrakIlmu pengetahuan merupakan satu aspek yang penting bagi membina satu identiti bangsa yang bertunjangkan falsafah dan pemikiran yang tinggi. Proses penyampaian ilmu pengetahuan itu tidak dapat dielakkan, salah satunya dengan menggunakan bahasa sebagai mediumnya. Di Malaysia, bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sehingga berjaya mengungkapkan segala bidang ilmu (Jeniri, 2009). Kemampuan bahasa Melayu diperluas sebagai bahasa komunikasi, bahasa perantara, bahasa perantara di antara daerah, wilayah dan antara suku kaum serta bahasa yang penting dalam sektor pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Menurut Jeniri (2009), dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan membinanya sebagai bahasa ilmu yang mampu mendukung struktur pemikiran moden, selain daripada sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. Justeru, kertas kerja ini akan cuba melihat pengisian bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di samping cabaran yang dihadapi dalam merealisasikan agenda tersebut.PENGENALANPerjalanan bahasa Melayu dalam mengisi tanggungjawab sebagai bahasa ilmu sebenarnya merupakan satu pengembaraan yang panjang. Kisah perjalanannya sebagai bahasa ilmu sebenarnya telah bermula semenjak 500 tahun yang lampau. Jika diamati, pelbagai cabaran dan pancaroba yang terpaksa ditempuhi sepanjang zaman tersebut.Perincian tersebut bolehlah dibahagikan kepada tiga fasa. Fasa pertama iaitu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kedua, zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan dan yang terakhir zaman selepas negara merdeka sehingga kini.Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan sejarah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang meliputi ketiga-tiga zaman serta cabaran yang dihadapi sejajar dengan tugas utamanya penyebar ilmu pengetahuan.Rangkuman kertas kerja ini terbatas kepada perkara penting yang mendasari proses penyebaran ilmu melalui bahasa Melayu. Sudah tentu tidak semua isu dapat diketengahkan secara detil, walau bagaimanapun kertas kerjaBahasa Melayu Zaman Abad 15 dan 16—Membuka Lembaran IlmuSejarah menunjukkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca pada abad ke-15 dan 16 setelah kedatangan penjajah. Salah satu aspek penting yang dapat dilihat ialah bahasa Melayu telah menjadi wahana penting dalam mengungkapkan ilmu pengetahuan pada ketika itu. Kemajuan ilmu pengetahuan menyebabkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa persuratan dan juga bahasa untuk aktiviti

Page 2: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

dakwah. Kepentingan bahasa Melayu pernah dianggap setanding dengan kedudukan bahasa Latin dan Perancis di Eropah pada ketika itu (Vatikiotis, 1991).Kedudukan Melaka yang berada di laluan paling strategik sebagai pusat perdagangan yang terbesar di rantau ini meletakkan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang mempunyai jumlah penutur yang paling besar di samping menjadi bahasa antarabangsa di Timur Jauh (Wan Hashim, 1996). Penemuan sebuah kamus dwibahasa Melayu-Cina yang terawal iaitu Man La Jia Guo Yiyu (Senarai Perkataan Negeri Melaka). Kamus ini mengandungi 482 patah kata Melayu-Cina yang meliputi 17 subjek atau kategori, iaitu astronomi, geografi,musim dan waktu, tumbuh-tumbuhan, unggas dan haiwan, rumah dan istana, alat perkakas, persanakan/kekerabatan, peri kelakuan, tubuh badan dan pakaian, makanan dan minuman, barang kemas dan permata, kemasyarakatan dan sejarah, warna hitungan dan kata umum (Liji, 1995). Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mencapai suatu tahap yang agak kompleks pada ketika itu; antara lain kamus itu mengandung kata-kata yang berkaitan dengan agama Islam dan sains alam.Jika disoroti lebih awal, terdapat catatan daripada sumber Cina yang membuktikan bahasa Melayu yang pada ketika itu disebut sebagai Kunlun, sudah mula berkembang dan merupakan bahasa kegunaan sehari-hari pada waktu muncul dan berkembangnya kerajaan Melayu Srivijaya dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Terdapat kemungkinan bahasa Kunlun itu merupakan bahasa Melayu kuno yang telah digunakan sebagai bahasa utama pada ketika itu.Perkembangan agama Islam di Alam Melayu juga turut menyumbang kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Malahan, bahasa Melayu turut memainkan peranan yang utama dalam meluaskan perkembangan Islam, manakala Islam pula telah memainkan peranan yang utama dalam meningkatkan laras penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu (Muhammad Naquib, 1972).Usaha dakwah begitu giat dijalankan sekitar abad ke-17 hingga awal abad ke-20. Pada zaman ini bolehlah dianggap sebagai zaman cemerlang danPeningkatan hubungan antara Alam Melayu dengan Mekah serta dengan pusat perkembangan tamadun Islam di Mesir melalui teknologi pelayaran berfungsi sebagai pemangkin dalam revolusi tamadun Melayu-Islam pada zaman itu. Penerusan hubungan ini sebenarnya adalah lanjutan daripada landasan yang diasaskan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu-Riau.Ismail (1981) menganggap kedatangan Islam sebagai ad-Din dalam abad ke-13 dan 14 turut mewarnai bahasa Melayu, terutama kepada khazanah kata-katanya. Syed Muhammad Naquib (1996) berpendapat, proses pengislaman di Kepulauan Melayu telah menjadikan bahasa Melayu bahasa Islam. Hal ini dapat dibuktikan dengan hujah bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar Islam di seluruh Kepulauan Melayu, sehingga abad ke-16 bahasa Melayu telah mencapai peringkat bahasa sastera dan agama yang luhur.Menurut Amran (1976), bahawa akidah dan pandangan hidup yang berlunaskan Islam telah diserapkan dalam kalangan orang Melayu dengan pemahaman akan konsep dan falsafah tauhid dan syariat Islam tergambar melalui istilah. Awang Sariyan (2006) pula berpandangan bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap

Page 3: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

bahasa ilmiah, bahasa teknikal, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan diplomatik dan bahasa sastera yang bertaraf epik dalam zaman gemilang tamadun Melayu sejak abad ke-12 hingga abad ke-19.Bahasa Melayu juga melalui kegiatan kesusasteraan turut berperanan sebagai penyebar ilmu pengetahuan. Kegiatan penyebaran ilmu pengetahuan ini dirancakkan lagi dengan kegiatan persuratan Melayu. Sastera diungkapkan melalui media lisan dan juga tulisan. Pertumbuhan sastera bertulis memberi erti yang besar sekali kepada pertumbuhan bahasa. Tulisan sebagai lambang ucapan mempunyai erti yang tersendiri dalam kemajuan sesuatu bahasa dan kebudayaan dari sudut ilmu. Maka, bertitik-tolak daripada situ, karya sastera seperti Sulatus Salatin, Tajus Salatin, Bustanus Salatin, Hikyat Raja-Raja Pasai, Hikayat Aceh dan Hikayat Hang Tuah telah dihasilkan bagi membuktikan tradisi keilmuan itu dapat disampaikan melalui bahasa Melayu. Farid (1984) yang memetik pendapat A.Teeuw bahawa bahasa Melayu tinggi hanya wujud ketika zaman perkembangan tamadun Melayu-Islam di Alam Melayu dengan yakin menegaskan bahawa "dalam zaman inilah bahasa Melayu mula mengecapKemuncak tradisi penulisan ilmu dalam bahasa Melayu berlaku di acheh pada abad ke-16 dan 17. Pusat kegiatan ilmiah Melayu-islam itu telah melahirkan barisan tokoh pemikir yang berjaya menghasilkan deretan karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Pada zaman tersebut nama seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin Ar-Raniri, Samsuddin Pasai dan Abdul Rauf Singkel sering kali disebut sebagai pemikir ulung berbangsa Melayu pada zaman tersebut.Segala bidang ilmu sama ada ilmu agama atau ilmu duniawi dan kesusasteraan Melayu, berkembang selari dengan perkembangan bahasa Melayu. Keadaan ini berterusan sehingga abad 20-an dan 30-an kurun ini iaitu sebelum Perang Dunia Kedua meletus. Kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat walaupun pada suatu ketika Alam Melayu pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga tahun 1930-an.Walaupun penjajah mampu menguasai ekonomi Tanah Melayu, namun mereka tidak berjaya meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan, bahasa perdagangan serta bahasa agama dan persuratan (Wan Hashim, 1996).Abad ke-19 Era Penuh Cabaran Memerdekakan bangsa dan bahasaAbad ini merupakan detik bermulanya hegemoni bangsa di Tanah Melayu. Kehadiran pendatang Cina dan India turut membawa perubahan kepada sistem pendidikan daripada yang berasaskan monolingual (satu bahasa) kepada berteraskan multilingual (pelbagai bahasa). Perkembangan ini digalakkan oleh Inggeris kerana ini dianggap sebagai sesuatu yang alamiah dan natural. Selain daripada itu, dalam tempoh seratus tahun penjajahan British berbagai-bagai perubahan telah berlaku dari segi, politik, sosial dan ekonomi (Raja Muhtaruddin, 1982). British turut membawa bersama sistem pendidikan sekular moden ke Tanah Melayu.Mereka mula membuka sekolah-sekolah Inggeris dengan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar selain membuka sekolah-sekolah Melayu menggunakan bahasa pengantar Melayu. Kedua-dua sekolah yang diperkenalkan

Page 4: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Inggeris itu mempunyai perbezaan yang tersendiri. Sekolah Melayu berakhir pada peringkat rendah manakala sekolah Inggeris berakhir pada peringkat universiti. Pengenalan sistem pendidikan sebegitu rupa menyebabkan wujudnya perbezaan dalam taraf pekerjaan masyarakat. Golongan yang berpendidikan Inggeris akan menjawat jawatan profesional umpamanya peguam, akauntan, doktor, jurutera dan sebagainya. Selebihnya, masyarakat yang berpendidikan Melayu hanya mampu mengisi jawatan sebagai guru pelatih dan juga jawatan lain yang tidak begitu penting pada ketika itu. Pengenalan pendidikan moden menerusi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu baharu secara mendadak mengubah nilai terhadap bahasa Melayu.ini sedaya upaya mengutarakan permasalahan dan juga cabaran terhadap bahasa Melayu dalam mendukung peranan sebagai bahasa ilmu.zaman kegemilangan dalam perkembangan usaha dakwah dan persuratan Melayu. Kemunculan tulisan Jawi yang didasari daripada bahasa Arab dan Parsi merupakan suatu revolusi dalam perkembangan ilmu tentang agama Islam dan persuratan Melayu (Wan Hashim, 1996). Hal ini boleh dilihat apabila munculnya para ulama, pendeta, penyair, dan sasterawan bagai cendawan selepas hujan. Ribuan karya dalam bentuk kitab Jawi dan sastera lama dilahirkan di samping sekolah-sekolah pondok dan madrasah didirikan di merata-rata tempat yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam khususnya di Pantai Timur dan Utara Semenanjung. nikmat penghayatan tulisan melalui perkembangan alam persuratannya."Tanpa disedari, pendidikan Melayu dan bahasa Melayu itu sendiri mula dipinggirkan dan diletakkan di tempat yang kurang penting jika dibandingkan dengan pendidikan aliran Inggeris dan bahasa Inggeris. Seseorang itu dianggap layak memasuki golongan elit birokrat, satu kelompok kelas menengah baharu yang tinggi statusnya, jika mampu menamatkan pengajian tinggi dalam aliran Inggeris dan mampu bertutur dengan fasih dalam bahasa tersebut (Wan Hashim, 1996). Apabila anak-anak peribumi golongan imigran mula mendapat pendidikan dan latihan menerusi aliran Inggeris, muncullah dua hingga empat aliran termasuk aliran Cina dan Tamil. Walau bagaimanapun, pendidikan Inggeris diletakkan pada tempat yang tinggi seolah-olah segala ilmu baharu dan pengetahuan moden hanya mampu diperoleh melalui aliran pendidikan tersebut.Yang terkecuali daripada tempias ini hanyalah pendidikan Islam kerana masih mampu secara berterusan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Namun, perkembangannya tetap perlahan apabila pendidikan Islam kekal dominan pada peringkat sekolah pondok sahaja sehinggalah beberapa institut pendidikan yang lebih formal dalam bentuk madrasah sebagai lanjutan daripada pendidikan asas berbentuk pondok. Hanya sebilangan kecil lulusan institusi madrasah diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat universiti di luar negara.Kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya bahasa dapat dilihat dengan tercetusnya kritikan daripada Abdullah Munsyi tentang sikap orang Melayu pada bahasa sendiri sekitar abad ke-19. Kritikan beliau banyak mengubah pandangan orang Melayu terhadap bahasa sendiri selepas itu. Orang Melayu mengambil inisiatif untuk memajukan bahasa dari sudut pengajarannya melalui dua cara iaitu:

Page 5: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

i. secara perseoranganii. melalui pertubuhan-pertubuhanMenurut Siu (1972), orang perseorangan yang menggunakan ruang akhbar itu terdiri daripada wartawan dan guru Melayu. Tulisan mereka menjurus kepada soal keelokan bahasa Melayu dan cara karang-mengarang. Tulisan ini sesuai bagi memastikan bahasa Melayu terus hidup. Dalam jangka masa antara 1906 sehingga 1941, persoalan yang dikemukakan oleh penulis dan pembaca ialah berkisar tentang agama sehingga menimbulkan kaum muda dan kaum tua. Selepas itu, persoalan berkisar tentang ekonomi dan pelajaran, namun perbicaraan tentang bahasa Melayu sentiasa ada. Pengaruhnya ke atas perkembangan bahasa Melayu berlaku terus-menerus dalam bidang peristilahan, tatabahasa, perkamusan dan lain-lain lagi.Gesaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi pernah disuarakan sejak tahun 1930-an lagi oleh Abdul Kadir Adabi seorang nasionalis Melayu dari Kota Bharu, Kelantan. Beberapa orang lagi nasionalis Melayu lain turut menyuarakan Walau bagaimanapun, bahasa Melayu secara rasminya tetap diterima untuk memainkan peranan sebagai bahasa perantaraan pelbagai suku bangsa di negara ini dan bahasa yang memberi identiti atau jati diri kepada warga negara di dalam sebuah negara yang sedang menuju kemerdekaan pada ketika itu. Bahasa Melayu ialah salah satu unsur terpenting dalam kontrak sosial antara bangsa Melayu dengan bangsa lain menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.Sebelum memperoleh kemerdekaan, beberapa laporan dan penyata yang dihasilkan telah menyebut tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara. Laporan Barnes pada tahun 1950 umpamanya dianggap sebagai memihak kepada bangsa Melayu apabila menerima bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar daripada sekolah rendah manakala bahasa Cina dan Tamil diajarkan sebagai mata pelajaran sahaja. Selain itu, usul satu jenis sekolah rendah untuk semua kaum juga dinyatakan dalam laporan tersebut. Ciri-ciri utama sekolah kebangsaan ini ialah:i. Pendidikan percuma untuk kanak-kanak antara enam hingga dua belas tahun.ii. Pendidikan disampaikan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mula diajarkan pada tahun tiga.iii. Sekolah rendah ini akan menghasilkan murid-murid yang mahir dalam dwibahasa dan mereka akan disalurkan ke sekolah aliran Inggeris selepas sekolah rendah.Ini bermakna bahawa semua sekolah menjadi aliran Melayu. Selepas itu semua pendidikan dilaksanakan dalam bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahawa bahasa Melayu akan digunakan dalam hubungan sosial. Selepas tahun tiga, bahasa Inggeris akan menggantikan bahasa Melayu. Murid-murid akan menjadi penutur dwibahasa apabila mencapai umur dua belas tahun dan mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik.Perkara yang lebih penting ialah Laporan Barnes ini menolak Rancangan Holgate pada tahun 1949 yang secara terbuka mencadangkan bahasa Inggeris untuk dijadikan bahasa pengantar tunggal. Sungguh pun begitu, Laporan Barnes ini tidak dapat diterima oleh bangsa Cina yang meluahkan hasrat mereka melalui Laporan

Page 6: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Fenn-Wu pada tahun 1951. Antara lain yang diutarakan dalam laporan itu ialah memperuntukkan dasar yang liberal terhadap pendidikan Cina dengan Cina pada peringkat rendah dan menengah dikekalkan.Proses menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dapat dilihat apabila bahasa tersebut digunakan dalam sistem pendidikan negara kita.gagasan ini,namun gagasan ini hanya tinggal gagasan kerana tidak mendapat sokongan yang menyeluruh. Gagasan ini tidak didukung oleh golongan anglophile menengah Melayu baharu yang berkuasa kerana tidak meyakini kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa yang mampu menyampaikan ilmu pengetahuan moden pada ketika itu.Berdasarkan Laporan Razak 1956, usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan telah dimulakan. Antara lain kandungan yang dicatatkan dalam laporan tersebut ialah:"Tujuan dasar pelajaran di-dalam negeri ini ia-lah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di-dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendak-lah diperbuat dengan beransur-ansur"(Laporan Razak, perenggan 12)Laporan ini jelas menyatakan hasrat negara untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuan dan ini memungkinkan bahasa itu membangun menjadi bahasa yang berkesanggupan menjadi alat penyalur ilmu kebudayaan (Abdullah Hassan, 1987). Sebelum laporan ini diwujudkan, penggunaan bahasa Melayu adalah agak terbatas kerana tidak ada dasar dan strategi yang jelas dan tegas dalam menjadikannya sebagai bahasa ilmu. Penyata Razak juga menjelaskan bahawa tujuan dasar pendidikan negara ini ialah membawa kanak-kanak daripada berbilang kaum untuk mempelajari perkara yang sama, dalam satu sistem pendidikan melalui satu bahasa pengantar. Namun demikian, diakui untuk mencapai matlamat ini tidak boleh dipaksakan tetapi mesti dilakukan secara berperingkat-peringkat (Penyata Razak, 1956).Selepas Negara Mencapai Kemerdekaan-Satu Sinar Baharu dalam PembikinanApabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 suatu Perlembagaan telah dibentuk. Menerusi Perkara 152, bahasa Melayu diwartakan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara (Abdullah, 1996). Namun demikian, disebabkan bahasa Melayu belum berkembang, bahasa Inggeris dikekalkan sebagai bahasa rasmi untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara. Selepas sepuluh tahun iaitu pada tahun 1967, bahasa Melayu akan mengambil alih semua peranan yang dilaksanakan oleh bahasa Inggeris. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan bahasa pentadbiran tunggal (Abdullah, 1996).Rentetan daripada Laporan Barnes 1950 dan Laporan Razak 1956 serta Ordinan Pelajaran 1957 telah menjadi asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Inti sari

Page 7: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Dasar Pendidikan Kebangsaan di Malaysia ialah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dasar Pendidikan Kebangsaan juga mempunyai serampang dua mata iaitu pertama pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan yang mampu memenuhi cabaran dan keperluan sebuah negara yang merdeka untuk pembangunan kebudayaan, sosial,Sistem persekolahan yang dicadangkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran kebangsaan dan aliran jenis kebangsaan. Dalam sistem persekolahan aliran kebangsaan, sekolah tersebut berbahasa Melayu dan sistem persekolahan jenis kebangsaan pula berbahasa sama ada bahasa Inggeris, bahasa Cina ataupun bahasa Tamil. Sekolah aliran jenis kebangsaan diwajibkan mengajar bahasa Melayu sebagai suatu mata pelajaran dan mengikuti suatu kurikulum atau sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya. Dalam pemelajaran dan pengajaran bahasa Melayu, Dasar Pendidikan Kebangsaan mencadangkan supaya tulisan Rumi digunakan dengan syarat persediaan dibuat untuk pelajaran tulisan Jawi dalam kalangan murid Islam.Bagi memperoleh hasil yang baik dalam pembelajaran bahasa Melayu, guru yang terlatih diperlukan untuk tujuan tersebut. Selaras dengan itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mencadangkan supaya sebuah maktab perguruan yang dipanggil Maktab Perguruan Bahasa perlu ditubuhkan. Maktab ini berfungsi sebagai berfungsi sebagai tempat melatih guru mengajarkan bahasa Melayu dan juga menjalankan penyelidikan terhadap bahasa Melayu. Kedua-dua peranan ini amat penting bagi memastikan bahasa Melayu itu mampu menjadi wahana penyampai ilmu pada ketika itu.Usaha untuk mewujudkan sebuah Institusi Pendidikan Kebangsaan dipertegas melalui Laporan Rahman Talib pada 1960 apabila laporan itu diterima sebagai undang-undang menerusi Akta Pendidikan 1961. Perkembangan dalam proses perundangan ini menerima hakikat bahawa bahasa Melayu akan menjadi bahasa pengantar manakala ciri kemelayuan akan dijadikan sebagai unsur penting dalam melahirkan identiti kebangsaan.Menakluki Persada IlmuSeperti yang dinyatakan sebelum ini, bahasa Melayu telah memainkan peranan yang cukup penting dalam menyebarkan ilmu pengetahuan. Tradisi penulisan ilmu pengetahuan telah berlangsung sejak berabad-abad yang lalu. Menurut Syed Muhammad Naquib (1972) fenomena kesan kedatangan Islam itu sebagai penampilan dan pemupukan konsep intelektualisme dan rasionalisme. Kedua-dua konsep ini menjadi landasan pertumbuhan tradisi ilmu dalam bahasa Melayu, termasuk penulisan bahan ilmu (Awang, 2006).ekonomi dan politik sesuai untuk warganegara dan kedua ialah perkembangan secara progresif satu pendidikan nasional dengan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi dijadikan sebagai bahasa pengantar utama (Wan Hashim, 1996). Laporan Razak yang dijadikan sebagai Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu melalui sistem

Page 8: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya yang utama (Raja Muhtaruddin, 1982).Setelah negara mencapai kemerdekaan, peranan dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semakin jelas. Untuk tujuan itu, bahasa Melayu telah digiatkan penggunaanya dalam pelbagai bidang bagi memperkaya khazanah ilmu. Dengan itu, pengayaan khazanah ilmu itu sebenarnya menjadi syarat utama dalam perkembangan tamadun berasaskan ilmu. Menurut Nik Safiah (1986) perkembangan bahasa Melayu moden meliputi tiga tahap. Tahap pertama ialah memperkenalkan bahasa Melayu kepada masyarakat sebagai bahasa kebangsaan melalui kempen minggu dan bulan bahasa kebangsaan. Tahap ini berlaku pada tahun 1960-an. Tahap kedua yang berlangsung sekitar tahun 1970-an dikenali sebagai zaman pembinaan, iaitu pembakuan ejaan, peristilahan, tatabahasa dan kosa kota. Tahap ketiga ialah proses pemantapan yang menekankan keintelektualan dan kesempurnaan. Pada tahap ini keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu sudah terbukti apabila mampu mengungkapkan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan. Seterusnya, kemuncak kepada tahap ini ialah penggunaan laras saintifik dan ilmiah yang menghasilkan bentuk bahasa yang tepat, yang mencerminkan kejelasan pemikiran tentang konsep-konsep dan proses-proses saintifik.Sehubungan itu, konsep pengilmuan bahasa ilmu sebenarnya ialah proses pengayaan bahasa Melayu dengan berbagai-bagai laras yang menandai tamadun yang maju (Awang Sariyan, 2006).Menurut Nik Safiah (1986) bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan ilmu memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Beliau membahagi bahasa kepada dua variasi utama iaitu bahasa terhad (restricted code) dan bahasa terbina (elaborated code). Bahasa terhad ialah variasi bahasa yang digunakan dalam situasi biasa seperti perbualan dan komunikasi asas seperti dalam keluarga dan berjual beli di pasar. Bahasa terbina pula ialah variasi yang mempunyai ciri-ciri kompleks, tersusun rapi dan tidak bergantung kepada latar belakang yang saling difahami oleh penutur-pendengar atau penulis-pembaca. Bagi tujuan penulisan ilmu, variasi bahasa terbina ini menjadi asasnya. Ilmu tidak mungkin dapat diungkapkan dengan bahasa basahan atau yang digunakan dalam suasana tidak formal.Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah melebarkan sayapnya ke menara gading selepas beberapa tahun negara memperoleh kemerdekaan. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar juga melibatkan institusi pengajian tinggi seperti kolej dan universiti. Pada peringkat kolej, perubahan bahasa pengantar bermula pada tahun 1959 apabila Maktab Perguruan Bahasa mengambil tindakan mengubah bahasa setelah berlaku satu demonstrasi. Pada peringkat universiti, Jabatan Pengajian Melayu di Kuala Lumpur dari awal lagi telah mengajarkan kursusnya dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, pada tahun 1965, apabila ada mahasiswa daripada aliran sekolah kebangsaan memasuki universiti beberapa kursus lain di jabatan lain yang menggunakan bahasa Inggeris telah ditukarkan dengan bahasa Melayu. Perkara ini terpaksa

Page 9: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Pada tahun 1975, Universiti Malaya buat pertama kalinya mengambil langkah tegas dengan melatih bakal pensyarah dalam lapangan sains untuk mengambil ijazah tinggi dalam bidang masing-masing. Apabila menamatkan pengajian, mereka yang rata-rata berkebolehan dalam bahasa Melayu diharap dapat mengajar dalam bahasa itu. Syarat baharu diperkenalkan bagi mengambil pensyarah iaitu memberi keutamaan kepada calon yang mempunyai kebolehan mengajar dalam bahasa Melayu. Kenaikan pangkat juga diberi keutamaan kepada pensyarah yang berkebolehan dalam bahasa Melayu.Universiti lain seperti Universiti Sains Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia juga turut merancang untuk melatih kakitangan akademiknya di luar negara. Apabila pulang golongan ini dapat mengajar dalam bahasa Melayu. Kedudukan ini berterusan sehingga pihak universiti terpaksa menyediakan kemudahan untuk mempelajari bahasa Melayu memandangkan situasi pertukaran bahasa pengantar. Kursus-kursus kecekapan bahasa Melayu diadakan melalui pusat bahasa yang ditubuhkan di tiap-tiap universiti.Tahun 1967 merupakan tahun permulaan yang telah dipersetujui bahawa semua aliran pendidikan akan ditukar menjadi pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya bagi menggantikan bahasa Inggeris.Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 ialah manifestasi kepada gesaan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu pada peringkat universiti. Walaupun timbul banyak keraguan tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi namun setelah hampir 30 tahun lebih, UKM telah berjaya menghasilkan graduan dalam pelbagai bidang yang setanding dengan universiti lain.UKM berjaya melahirkan 43,000 yang sebahagian kecilnya dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara sehingga memperoleh ijazah lanjutan peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Kejayaan UKM ini disusuli oleh kesemua universiti yang lain secara berperingkat-peringkat. Ini selaras dengan Akta Pendidikan 1970 yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggal bagi semua universiti awam di negara ini untuk semua mata pelajaran. Seiring dengan itu, kegiatan penyelidikan dan penerbitan turut digiatkan. Penyelidikan yang dijalankan bertujuan mencari dan menjana ilmu baharu serta memperkukuh ilmu yang sedia ada. Penerbitan ilmiah dalam bentuk jurnal, monograf, penerbitan bersiri, buku teks, kertas kerja persidangan dan sebagainya diusahakan penerbitannya penerbit-penerbit universiti. Sebahagian besar daripada buku, kertas kerja persidangan serta makalah dalam jurnalDaripada pengalaman UKM ini yang mengasaskan pendidikan tinggi dalam bahasa Melayu dengan disusuli oleh universit-universiti lain membuktikan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa untuk menyebarkan sebarang jenis ilmu, termasuk ilmu sains, teknologi, komputer, astronomi dan sebagainya (Wan Hashim, 1996). Bahasa Melayu sebenarnya berada setaraf dengan bahasa lain seperti bahasa Perancis, Jerman, Swedish, Rusia, China, Jepun, Korea dan sebagainya dari segi fungsinya sebagai bahasa ilmu dan bahasa

Page 10: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

pendidikan tinggi. Perkara ini juga menunjukkan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi pengganti kepada bahasa Inggeris dalam menyebarkan ilmu pengetahuan.Cabaran Mendatang Mematangkan BahasaDalam beberapa dekad ini sebenarnya bahasa Melayu telah mengharungi pelbagai onak dan dugaan sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi dan juga bahasa kebangsaan. Cabaran yang mendatang telah memberi kekuatan dan pengalaman kepada bahasa Melayu untuk terus mengharunginya. Jika dilihat terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kedudukan bahasa Melayu yang sudah utuh suatu ketika dahulu tetapi kini semakin dipersoalkan peranannya.Jeniri Amir (2009) berpendapat bahawa bahasa Melayu sedang berhadapan dengan tantangan yang paling hebat sejak tahun-tahun terakhir kurun lalu sehingga membawa ke tahun-tahun awal alaf baharu ini dan menyaksikan bagaimana tercabarnya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Senario ini mengakibatkan pertembungan perang bahasa antara ahli politik dengan pencinta bahasa, perancang dan aktivis bahasa. Perang bahasa itu tercetus kerana ahli bahasa sentiasa mencuba untuk mengubah situasi bahasa.Sebagai contoh, pelaksanaan Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 telah menimbulkan banyak konflik antara golongan yang disebutkan di atas dengan sang penguasa iaitu orang memegang kuasa politik. PPSMI sebenarnya telah ditentang pada peringkat awal oleh golongan yang mencintai bahasa Melayu. Kesan yang dibawa oleh PPSMI bukan sedikit kepada para pelajar yang berhadapan dengan dasar itu. Walaupun mendapat pelbagai tentangan, namun pihak kerajaan tetap bertegas meneruskan dasar tersebut. Sehinggalah kemuncaknya, satu demonstrasi yang dipimpin oleh Sasterawan Negara, A. Samad Said diadakan di Kuala Lumpur. Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) telah berjaya menghimpunkan rakyat daripada pelbagai golongan yang membantah dasar tersebut walaupun Bahasa Inggeris semakin mencabar kedudukan bahasa Melayu dalam hampir semua bidang (Hassan Ahmad, 1996). Bahasa Inggeris telah hilang tarafnya sebagai bahasa rasmi negara sejak tahun 1967 dan tidak lagi menjadi bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walaupun begitu, pengaruh bahasa Inggeris tidak hilang. Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa utama dalam sektor swasta. Dalam sistem pendidikan kebangsaan bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua yang wajib dipelajari di sekolah. Dari satu sudut, walaupun penjajahan sudah berlalu, namun pensejagatan imperialisme bahasa Inggeris semakin mencengkam ke dalam akar budaya dan minda bangsa (Jeniri Amir, 2009). Situasi ini seakan-akan bahasa Melayu tidak mampu mengambil tempat bahasa Inggeris sehingga pengguna bahasa Melayu berasa seolah-olah tidak penting untuk mempelajari bahasa itu. Bahasa Melayu dianggap tidak intelek, tidak sempurna kerana korpus ilmunya terbatas, tidak bersifat antarabangsa, tidak standard dan berprestij serta hanya sesuai digunakan di rantau ini, meskipun jumlah penuturnya melebihi 250 juta orang.

Page 11: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Pengisytiharan tentang kepentingan bahasa Inggeris memberi kesan yang besar dan mendalam terhadap politik, sosial, budaya, psikologi dan ekonomi (Jeniri Amir, 2009). Sejak akhir-akhir ini wujud kesan rendah diri yang amat hebat terhadap bahasa Melayu akibat sikap golongan itu. Perubahan bahasa pengantar kembali kepada bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi dapat ditafsirkan sebagai langkah menematkan usaha semua pihak yang terlibat dalam memupuk bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan tinggi.Dari tahun 1990 sehingga 1995, universiti awam yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar berjaya melahirkan 35 0000 siswazah dalam bidang sains dan teknologi, 55 peratus daripada mereka bumiputera dan 45 peratus lagi bukan bumiputera. Senario ini memberi kesan yang mendalam dari segi pengambilan pekerja, terutama sektor swasta, lebih-lebih lagi ada sesetengah pihak yang menyatakan salah satu faktor utama yang menyebabkan hampir 30 000 siswazah menganggur kerana disebabkan kelemahan mereka dalam bahasa Inggeris, walhal banyak lagi faktor lain yang menyumbang kepada keadaan itu.Langkah penggunaan bahasa Inggeris di IPTA turut memberi kesan terhadap usaha pensyarah di institusi tersebut dalam penulisan buku. Golongan akademik menjadi keliru kerana pihak pengurusan universiti menyarankan agar penerbitan buku dalam bahasa Inggeris ditingkatkan dan hasil sesuatu penyelidikan ditulis dalam bahasa Inggeris. Menurut Jeniri Amir (2009) kesanSikap segolongan birokrat terhadap bahasa Melayu juga turut menjejaskan peluang bahasa itu sebagai bahasa ilmu. Golongan ini tidak mempuyai keyakinan terhadap bahasa Melayu mampu menyampaikan ilmu dengan berkesan. Segelintir profesional umpamanya yang mendapat pendidikan tinggi di luar negara khususnya di barat sering kali dilihat sebagai golongan yang tidak memandang tinggi kemampuan bahasa Melayu. Mengapa hal ini terjadi? Mungkin kerana golongan ini terpengaruh dengan budaya pemikiran ilmu barat dalam diri masing-masing. Cara pemikiran mereka masih dibelenggu oleh budaya berfikir barat yang meliputi tindakan yang diambil. Golongan ini menganggap bahawa bahasa Melayu tidak akan mungkin menjadi wahana untuk membina kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju.Satu lagi cabaran yang dilihat mampu memberi kesan kepada bahasa Melayu ialah globalisasi. Menurut UNESCO, globalisasi sebagai set struktur dan proses ekonomi, sosial, teknologi, politik dan budaya yang terhasil daripada perubahan ciri-ciri dalam pengeluaran, penggunaan dan perdagangan barangan serta aset yang merangkumi asas ekonomi politik antarabangsa.Menurut Water (1995) globalisasi dari segi sosiobudaya ialah proses sosial yang memperlihatkan kekangan geografi yang semakin berkurang terhadap hal ehwal kemasyarakatan dan budaya, serta manusia sedar bahawa kekangan tersebut semakin berkurang.Ekoran daripada globalisasi dalam bidang ekonomi, kewangan, politik dan sebagainya, globalisasi bahasa juga turut terjadi memandangkan bahasa Inggeris mengambil alih peranan yang semakin dominan merentasi sempadan geografi dan bidang (Teo Kok Seong, 1998). Keadaan ini dilihat akan menghakiskan kedudukan bahasa kebangsaan negara melalui pengagungan yang diberikan terhadap bahasa

Page 12: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

itu melalui pelbagai label seperti bahasa dunia, bahasa antarabangsa par exellence,bahasa intelektual dan lain-lain lagi.Kemunculan pelbagai teknologi komunikasi dan media yang canggih telah mewujudkan budaya global melalui limpahan dan asakan maklumat sehingga berupaya mengubah dan membentuk pemikiran global masyarakat, termasuk perancangan bahasa (Jeniri Amir, 2009). Senario ini turut menentukan kedudukan bahasa Melayu dan Inggeris, walhal bahasa kebangsaan itu telah mendapat pengiktirafan dan penerimaan yang baik oleh rakyat.Persoalan yang timbul terhadap bahasa Melayu ialah berkaitan aspek taraf dan korpusnya sehingga melahirkan kebimbangan dalam kalangan perancang dan aktivis bahasa. Bersama kuasa ekonomi dan medianya, bahasa Inggeris dimahkotakan sebagai bahasa utama dunia pada era global.dilakukan secara beransur-ansur kerana para pensyarah di Universiti Malaya tidak mempunyai kecekapan secara menyeluruh mengajar dalam bahasa Melayu. diterbitkan dalam bahasa Melayu bagi tujuan menyalurkan ilmu pengetahuan baharu menggunakan bahasa pengantar tersebut. Pada peringkat pascasiswazah, sebahagian besar tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dihasilkan dalam bahasa Melayu juga. mendapat amaran dan ancaman daripada pihak berkuasa. Masih terngiang-ngiang kata Pak Samad iaitu "Hendak mempertahankan bahasa sendiri terpaksa berhadapan dengan semburan air yang cukup memedihkan mata". Pertembungan sebeginilah yang membuktikan roh cinta akan bahasa masih kuat dalam kalangan pencinta bahasa Melayu itu sendiri. terhadap penerbitan dalam bahasa Melayu akan dapat dilihat dalam tempoh lima tahun akan datang. Sehingga kini, jumlah buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu hanya sekitar 6000 judul sahaja setahun. Jumlah ini masih dikira amat kurang jika dibandingkan dengan populasi penduduk negara kita.Mendepani CabaranKemampuan dan keberkesanan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang termasuk bidang ilmu sudah terbukti. Namun begitu, sepanjang sedekad bahasa itu menjalankan fungsinya pelbagai cabaran sentiasa menantinya. Cabaran ini kadang-kadang mampu memberi kesan kepada bahasa tersebut secara serta-merta ataupun perlahan-lahan. Sekiranya ingin melihat bahasa Melayu masih relevan, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing.Pihak kerajaan semestinya memastikan kedudukan bahasa Melayu itu jelas-sejelasnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebarang dasar yang ingin diperkenalkan perlulah dikaji dengan lebih teliti sebelum diputuskan. Tidak dinafikan, kedudukan bahasa Melayu hari ini sudah terjejas, namun masih belum terlambat rasanya untuk pihak kerajaan mengukuhkannya kembali. Antara lain kerajaan haruslah memberi peluang kepada bahasa Melayu menjalankan fungsinya sebagai bahasa ilmu secara holistik. Tidak ada rugi sekiranya bahasa Melayu digunakan secara sepenuhnya dalam bidang ilmu di negara kita. Sejarah lampau membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dengan melahirkan pelbagai teknokrat dalam pelbagai bidang.

Page 13: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Golongan sasaran lain ialah para intelek yang dilihat mampu mengangkat kembali martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Para pensyarah dalam pelbagai bidang perlulah mengambil peluang untuk menghasilkan karya mereka dalam bahasa Melayu sebagai menyahut saranan ini. Penghasilan karya dalam bahasa Melayu sudah pasti dapat menyemarakkan lagi industri penerbitan buku dalam bahasa Melayu. Perkara ini penting kerana sejak kebelakangan ini, kebanyakan karya yang dihasilkan oleh tenaga akademik adalah dalam bahasa Melayu. Keadaan ini sungguh mendukacitakan kita semua. Tiada salahnya sesuatu karya tidak kira apa sekali bidangnya dihasilkan dalam bahasa Melayu. Hal ini juga dapat menyuburkan minat membaca terutama kepada bangsa Melayu khususnya yang dilihat kurang membaca karya bersifat ilmu jika dibandingkan buku-buku hiburan yang mungkin salah satu disebabkan kebanyakan karya mempunyai nilai ilmu yang tinggi dihasilkan dalam bahasa Inggeris. Kreativiti dan kebijaksanaan golongan cendekiawan mengungkapkan ilmu dan dalam bahasa Melayu jugalah yang akan menentukan kejayaan bangsa Malaysia pada masa akan datang. Golongan intelektual yang mahir dalam bahasa Inggeris dan tidak kreatif untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu tidak boleh disandarkan harapan terhadap mereka untuk membina tradisi intelektual dengan menghasilkan buku dalam bahasa Melayu. Golongan ini sering mendakwa dan memberi alasan tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Yang anehnya, pada masa yang sama golongan ini tidak pula produktif menghasilkan buku dalam bahasa Inggeris.Mereka gagal mengetegahkan fikiran dan sumbangan yang bererti terhadap masyarakat.Setiap individu juga mesti sedar bahawa tiada negara yang majuSikap dan interpretasi terhadap bahasa Melayu perlu diubah. Ini bukan bermakna bahasa Inggeris harus ditolak ke tepi. Sewajarnya bahasa kedua itu perlu juga giat dipelajari, namun janganlah sehingga menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan terus bahasa Melayu menjadi wahana ilmu pengetahuan yang tinggi dan berwibawa.KESIMPULANKemampuan bahasa Melayu jelas terbukti. Sesungguhnya bahasa Melayu telah melalui pelbagai ujian yang memberi kekuatan kepada bahasa itu sendiri. Walaupun cabaran itu belum berakhir, ketahanan bahasa Melayu sebagai wahana khususnya dalam bidang ilmu tidaklah dapat dinafikan.Ratusan ribu graduan telah berjaya dihasilkan melalui penggunaan bahasa tersebut sebagai pengantar ilmu. Graduan-graduan ini membentuk golongan teknokrat dan profesional yang bertanggungjawab memimpin negara serta memajukan negara. Sebagai bangsa Malaysia, semua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan bahasa Melayu tidak lagi diselimuti kegagalan dalam menjalankan tugasnya sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Sebagai lambang lambang kebangsaan dan lambang identiti nasional, maka rakyat pelbagai kaum perlu menyemai sikap bahasa yang positif dan menjunjung bahasa itu sesuai dengan kedudukan dan statusnya. Bahasa Melayu sewajibnya menjadi bahasa komunikasi yang lebih luas dan mutlak serta paling efektif bagi rakyat Malaysia. Sehubungan itu, seluruh rakyat perlu kembali mengangkat martabat

Page 14: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

bahasa Melayu setidak-tidaknya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan kerana perkara ini telah dijelaskan dengan sah dalam Perlembagaan negara.dengan hanya menggunakan satu bahasa seperti bahasa Inggeris. Rakyat yang merdeka sebenarnya mereka yang dapat berfikir dan bertindak selaras dengan budayanya sendiri tanpa dipengaruhi oleh budaya yang lain. Hari ini kita lihat generasi muda kebanyakannya tidak mempunyai jati diri yang tinggi. Salah satu sebab mungkin kerana budaya pemikiran hari ini sudah tidak selari dengan cara berfikir dalam budaya kita. Budaya kita mempuyai nilai-nilai yang mulia dan baik dapat diungkapkan melalui budi dan bahasanya. Seterusnya bahasa pula mencerminkan bangsa. Sudah tiba masanya kita kembali berbangga dengan bahasa Melayu. Bahasa ini mesti dinobat sebagai bahasa tinggi bukan sahaja dari sudut keilmuan malahan kepada tamadun yang unggul.BIBLIOGRAFIAbdullah Hassan. (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (2006). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan Edisi-3. (1994). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.Hassan Ahmad. (1996). Taraf Bahasa Melayu selepas 40 Tahun. Dlm. Manifesto Budaya Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Disusun oleh ASRAF. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ismail Hussein. (1981). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Jeniri Amir. (2009). Bahasa Negara dan Bangsa. (2009). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaNik Safiah Karim. (1986). Bahasa Melayu Tinggi: Teori dan Penerapan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Raja Muhtaruddin Raja Mohd. Dain. (1982). Pembinaan Bahasa Melayu Perancangan Bahasa di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka:Kuala Lumpur.Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1972). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Wan Hashim Wan Teh.(1996). Penggunaan bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi: Kemajuan dan Harapan.Dlm. Manifesto Budaya Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Disusun oleh ASRAF.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 

http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012_06_01_archive.html

Page 15: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

BAHASA MELAYU DAN PEMERKASAANNYA-Armalik b Mohd Ali [diselenggarakan oleh Rozali Rajab]AbstrakBahasa Melayu yang sekian lama telah memperoleh kedudukan dan peranan yang mantap kini kian tercabar. Usaha-usaha yang dilakukan untuk memartabatkan dan menjadikannya perkasa juga turut menghadapi kendala, dan mengalami situasi pasang-surutnya. Walaupun kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Tanah Melayu yang kemudiannya, Malaysia tetapi hal ini belum menjamin peluasan fungsinya dapat terus direalisasikan. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjelaskan hakikat sebenar tentang keadaan dan kedudukan bahasa Melayu, menjelaskan cabaran-cabaran kini yang dihadapi oleh bahasa Melayu dan membincangkan cadangan-cadangan untuk perbincangan dan tindakan oleh semua rakyat Malaysia yang cinta akan bahasa kebangsaannya. Di samping itu juga, kertas kerja ini akan turut memperjelaskan keperluan kepada penegasan semula dasar bahasa.PENGENALANRealiti sejarah membuktikan bahawa sesuatu bangsa maju apabila bangsa itu menggunakan bahasa sendiri sebagai alat untuk mencapai kemajuan dan membina tamadunnya. Sudah tentu bahasa Melayu juga mampu mencapai kemajuan. Yang penting, bangsa Melayu perlu menunjukkan semangat “Malaysia Boleh” dalam penggunaan bahasa Melayu. Semua pihak perlu mempunyai keyakinan tinggi bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mampu digunakan dalam semua bidang pada semua peringkat. Bahasa Melayu perlu diberikan peranan yang sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Dewasa ini banyak isu-isu berkaitan bahasa Melayu diperkatakan. Perkara ini ada hubung kaitnya dengan perubahan dasar bahasa atau senario perubahan politik yang berlaku. Misalnya, isu kewajaran rakyat mengambil peperiksaan MUET (Malaysian University English Test) sebagai prasyarat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang suatu ketika dijalankan dalam bahasa Inggeris kini berubah kembali kepada bahasa Melayu menjelang 2012. Apabila senario politik negara berubah, maka dasar pengajaran Sains dan Matematik ini juga turut berubah. Dalam membincangkan tajuk kertas kerja ini mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan frasa pemerkasaan. Kamus Dewan (2005:1190) mendefinisikan pemerkasaan sebagai perihal (perbuatan, usaha atau tindakan) memperkasakan. Namun begitu, dalam menghuraikan persoalan apakah yang dimaksudkan dengan Pemerkasaan Bahasa Melayu, Ismail Dahaman (2007) dalam kertas kerjanya bertajuk “Bahasa dan Pemerkasaannya: Dasar Bahasa dan Strategi Pelaksanaannya” mengutarakan Pemerkasaan Bahasa Melayu seharusnya membawa maksud yang berikut: Peningkatan usaha bagi pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Dasar Bahasa Negara dan Pelaksanaan Dasar Bahasa Tersebut. Peningkatan usaha

Page 16: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

pembinaan aspek-aspek bahasa yang memperteguh sistem dalaman bahasa Melayu yang memungkinkannya digunakan dan dikembangkan dalam pelbagai bidang kehidupan moden kini dan alaf baru. Pengukuhan usaha pembangunan infrastruktur bahasa Melayu dengan menekankan pelan induk pengembangan dan pelaksanaan penggunaannya dalam pelbagai bidang kehidupan moden kini dan alaf depan. Justeru, tajuk kertas kerja ‘Bahasa Melayu dan Pemerkasaannya’ ini dipilih adalah untuk membincangkan persoalan tentang mengapa bahasa Melayu harus diperkasa dan dijaga martabatnya, memperjelaskan tentang keadaan dan kedudukan bahasa Melayu, membincangkan cabaran-cabaran kini yang dihadapi oleh bahasa Melayu, meneliti cadangan bagaimana memperkasakan bahasa Melayu dan akhirnya memperjelaskan keperluan kepada Penegasan Semula Dasar Bahasa. Dalam hal ini, skop mauduk bicara kertas kerja ini akan menjurus menjawab kepada persoalan mengapakah bahasa harus diperkasa berdasarkan hakikat sebenar tentang keadaan dan kedudukan bahasa Melayu, cabaran-cabaran kini yang dihadapi oleh bahasa Melayu, cadangan untuk perbincangan dan tindakan oleh semua yang cinta akan bahasa kebangsaannya dan keperluan kepada penegasan semula dasar bahasa dalam konteks negara bangsa.KEADAAN DAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYUPada zaman silamSewaktu pejuang-pejuang kemerdekaan kita memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tindakan tersebut dibuat atas dasar sejarah dan kewajaran. Dari segi sejarah, bahasa Melayu telah terbukti berjaya sebagai “lingua franca” sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu menjadi bahasa perdagangan dalam kalangan penduduk wilayah ini, dan antara pedagang dari luar. Sewaktu orang Barat datang ke wilayah ini, mula-mula untuk berniaga tetapi kemudiannya untuk tujuan-tujuan lain, bahasa perhubungan dengan penduduk tempatan ialah bahasa Melayu. Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka disertai kegemilangan bahasa Melayu yang bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perniagaan, bahasa undang-undang dan bahasa perhubungan antara rakyat jelata. Apabila agama Islam dibawa ke wilayah ini, bahasa Melayu sekali lagi menjadi bahasa penting iaitu sebagai bahasa yang menyalurkan ajaran agama baharu itu.Bukti dari segi bentuk dan penggunaan bahasa Melayu terdapat dengan banyaknya. Batu-batu bersurat yang ditemui di Pulau Jawa dan Sumatera menjadi bukti awal tentang kewujudan dan beberapa cirinya, diikuti dengan batu bersurat yang dijumpai di Terengganu, yang dengan jelas memperlihatkan bentuknya serta tulisannya, iaitu tulisan Jawi. Surat-surat kepada dan daripada beberapa raja Melayu, misalnya surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal (abad ke-15) dan surat Sultan Aceh kepada King James I dari England (abad ke-17) memberi bukti yang amat nyata tentang peranan dan keupayaan bahasa Melayu. Demikian juga, kita melihat ratusan manuskrip yang ditulis dalam bahasa Melayu meliputi pelbagai bidang di samping kesusasteraan, antaranya agama, undang-undang dan budaya. Sesungguhnya, pada zaman silam, bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaan yang amat tinggi, digunakan dalam pelbagai domain penggunaan. Hanya mereka yang jahil tentang sejarah silam bahasa Melayu masih berasa sangsi tentang keupayaan bahasa Melayu.

Page 17: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu pada zaman sekarangDemikian juga kedudukan bahasa Melayu pada pertengahan abad ini (abad ke-21), iaitu antara tahun 70-an hingga awal tahun 90-an. Akibat perjuangan yang gigih, keyakinan yang amat tinggi tentang keupayaan bahasa Melayu, serta perancangan yang rapi, bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa utama sebuah negara berdaulat, dihormati dan disanjung tinggi. Melalui Dasar Pendidikan Negara, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dan saluran bagi mengungkapkan ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat pengajian tinggi. Melalui dasar bahasa yang mendasari falsafah pembinaan negara, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi serta bahasa perpaduan, digunakan dalam hampir semua situasi rasmi. Surat-menyurat kepada agensi kerajaan hanya dilayan jika ditulis dalam bahasa Melayu. Ucapan dan syarahan formal dikendalikan dalam bahasa Melayu, tidak kira latar belakang etnik pengguna bahasa itu. Lulusan sekolah dan universiti tempatan pandai berbicara dalam bahasa Melayu, bahkan terdapat pelajar-pelajar bukan Melayu yang penguasaan bahasa Melayu mereka lebih baik daripada penutur asli. Pada suatu ketika, jika kita tidak dapat meneka keturunannya, kerana bahasa Melayu yang digunakan itu tidak berbeza daripada bentuk yang digunakan oleh penutur asli. Namun, kini awan mendung telah menyelimuti kesentosaan suasana bahasa Melayu. Atas alasan kita hendak maju, hendak menjadi sebuah negara industri yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi, kerana kita ingin menjadi pusat kecemerlangan pada tahap antarabangsa, maka pucuk pimpinan kita telah menukar corak dan hala tuju pelayaran bahtera negara peraturan-peraturan baharu dan pindaan akta-akta yang berkenaan, sehingga kita mundur ke belakang, kepada keadaan seperti mula-mula memperoleh kemerdekaan dahulu, iaitu dalam tahun-tahun 50-an. Bahasa Melayu menjadi terpinggir, disingkir oleh orang Melayu sendiri, melalui bahasa Inggeris.Pengajaran ilmu pengetahuan kini mula dikendalikan balik dalam bahasa Inggeris.Surat-menyurat kepada kerajaan boleh ditulis dalam apa jua bahasa tanpa menunjukkan tanda hormat kepada bahasa kebangsaan negara. Rakyat jelata mengambil contoh daripada para pemimpin dari segi amalan berbahasa; mereka turut menghasilkan bahasa rojak yang memalukan bukan sahaja pencinta bahasa Melayu tetapi juga pencinta bahasa Inggeris kerana taraf pencapaian yang amat rendah. Sekolah yang mula menjadikan bahasa Inggeris bahasa pengantar makin bertambah, dan lulusan aliran bahasa Melayu menjadi anak tiri di negara mereka sendiri.CABARAN-CABARAN KINI YANG DIHADAPI OLEH BAHASA MELAYUDengan ringkasnya, menurut Nik Safiah Karim (2007), cabaran dihadapi oleh bahasa Melayu dapat dikategorikan kepada DUA, iaitu:a. Dari segi bahasa Melayu itu sendiri, danb. Dari segi luaran, khususnya sikap pihak-pihak tertentu terhadap bahasa Inggeris vis-à-vis bahasa Melayu.Dari sudut (a), antara aspek-aspek yang perlu disedari ialah:i. Perlunya diusahakan supaya bahasa Melayu kekal sebagai bahasa yang dihormati oleh warganegara Malaysia dan digunakan pada situasi-situasi yang relevan.

Page 18: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

ii. Menentukan bentuk bahasa Melayu segar dan bertenaga untuk memikul tugas dan cabaran abad ke-21.Dari sudut (b) pula, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:i. Pihak yang memperjuangkan bahasa Inggeris perlu disedarkan bahawa keghairahan mereka akan menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.ii. Tidak ada warganegara yang menolak kepentingan bahasa Inggeris kerana bahasa tersebut penting sebagai bahasa perhubungan di dunia antarabangsa dan bahasa untuk menimba ilmu pengetahuan. Yang perlu disedari ialah bahawa kaitan emosi berbeza. Hubungan dengan bahasa Inggeris hendaklah dilihat sebagai hubungan yang berasaskan unsur utiliti, kerana statusnya sebagai bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan yang berkait rapat dengan jati diri dan maruah bangsa. Di sinilah unsur emosi memainkan peranan penting.CADANGAN MEMPERKASA BAHASA MELAYUMenurut Nik Safiah Karim (2007), dalam memperkasa bahasa Melayu hendaklah dilihat dari TIGA perspektif, iaitu dari perspektif penggunaan bahasa, dari perspektif bahasa Melayu itu sendiri dan dari sudut globalisasiDari perspektif penggunaan bahasaSesuatu bahasa itu akan dihormati oleh semua pihak jika penutur aslinya menghormati bahasa mereka sendiri. Selagi kita tidak menunjukkan tanda-tanda yang jelas bahawa kita mempunyai rasa kasih sayang serta menyanjung bahasa kita sendiri, maka demikianlah juga sikap orang lain terhadap bahasa kita. Oleh itu, yang paling pokok dalam soal memperjuangkan bahasa kita ialah sikap positif kita terhadap bahasa Melayu, yang antara lain dimanifestasikan melalui:a) Menggunakannya dengan baik, betul dan indah.b) Menggunakannya pada setiap waktu yang relevan, seperti dalam situasi rasmi, dan tidak menggantikannya dengan bahasa lain apabila ada sahaja orang lain yang dikhuatiri tidak akan memahami bahasa kita (walau seorang sahaja dalam khalayak ratusan orang yang memahaminya).c) Mengadakan usaha-usaha konkrit bagi menentukan semua orang (Melayu dan bukan Melayu) menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul melalui langkah-langkah seperti kursus, bengkel, dan seminar.d) Membetulkan segala kesalahan bahasa yang digunakan, terutama pada situasi rasmi dan dilihat oleh khalayak ramai, misalnya papan tanda dan arahan serta surat-menyurat.Sikap tidak sanggup menerima bentuk bahasa Melayu yang tidak baik dan betul harus dipegang. Kita mesti mengikis sikap tolak ansur yang merugikan, iaitu menerima sahaja apa bentuk sedemikian memberi gambaran bahawa kita tidak begitu memberatkan soal bahasa kita.e) Memupuk suasana menghayati pengungkapan yang indah dalam bahasa Melayu, iaitu menyemai suasana menghayati pengucapan bahasa Melayu dalam karya kreatif. Sudah tiba masanya kita memberi perhatian serius kepada penghasilan yang bermutu dalam bidang seni selain bersajak, misalnya drama, filem, dan karya- karya kreatif lain yang pada masa ini kurang mendapat perhatian. Naungan daripada

Page 19: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

orang Melayu perlu bagi bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa pengucapan pada tahap yang lebih tinggi.Dari perspektif bahasa Melayu itu sendiriProses pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu perlu diteruskan dan ditingkatkan supaya penentangnya tidak dapat menggunakan alasan bahawa bahasa Melayu tidak sesuai sebagai bahasa sains dan teknologi dan bahasa abad ke-21.Kerap kali kita mendengar alasan tidak cukup istilah dikemukakan apabila mereka mencadangkan menggantikan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bidang sains dan teknologi. Kekurangan buku dalam bahasa Melayu juga selalu dikemukakan untuk mengatakan bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi. Oleh itu, antara langkah-langkah yang perlu diberi perhatian ialah:a) Kegiatan-kegiatan pengembangan dan pembinaan bahasa hendaklah diteruskan, bukan sahaja oleh badan perancangan bahasa kita (Dewan Bahasa dan Pustaka) tetapi juga oleh pihak-pihak lain seperti universiti dan institusi pendidikan. Satu bidang yang harus diberi perhatian khusus ialah peristilahan, terutama dalam bidang-bidang baharu.b) Usaha penterjemahan hendaklah ditingkatkan. Peranan Institut Terjemahan Negara perlu disemak untuk menentukan bahawa salah satu daripada kegiatannya meliputi terjemahan bahan-bahan yang perlu dalam kegiatannya meliputi terjemahan bahan-bahan yang perlu dalam proses pembinaan bahasa Melayu.c) Kegiatan penghasilan buku-buku pengajian tinggi hendaklah diusahakan oleh universiti-universiti tempatan dan badan-badan lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanya dengan membuktikan keupayaan bahasa Melayu mengungkapkan pelbagai ilmu pengetahuan sahaja dapat kita yakinkan penentang bahasa Melayu akan kebolehannya. Dalam konteks ini peranan kerajaan juga perlu, iaitu dari segi penyediaan subsidi dan galakan-galakan lain.d) Elakkan kegiatan membesar-besarkan perbezaan kecil tentang bahasa Melayu kerana ini memberi gambaran bahawa bahasa kita masih belum mantap. Sebagai contoh ialah usaha menukarkan “balai berlepas” kepada “balai pelepasan” dan perbincangan yang berpanjangan dalam media massa. Ini memberi peluang kepada penentang bahasa Melayu mengatakan bahawa kita belum layak menjadi bahasa ilmu kerana persoalan-persoalan kecil seperti ini pun masih belum dapat diselesaikan.e) Usaha juga hendaklah dibuat supaya ditingkatkan aspek-aspek estetik bahasa Melayu, baik dari segi sebutan, ejaan, bentuk ayat mahupun cara pengungkapannya. Hanya dengan memperlihatkan taraf estetika bahasa Melayu yang tinggi dapat kita tunjukkan keupayaan bahasa kita dan potensi yang ada padanya.Dari sudut globalisasiDalam konteks dunia yang semakin kecil dan semangat globalisasi yang makin merancak, bahasa Melayu juga harus memperlihatkan aspek-aspek globalisasinya. Oleh itu, kita sebagai pejuang dan pemupuk taraf dan kedudukan bahasa Melayu hendaklah berfikir dan menyusun strategi ke arah ini. Antaranya:

Page 20: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

a) Berfikir dalam konteks menyediakan bahasa Melayu menjadi bahasa ASEAN. Perkara ini tidak mustahil, tetapi memerlukan langkah diplomasi di samping persiapan-persiapan infrastruktur untuk merealisasikan impian ini. MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam,Indonesia dan Malaysia) telah mula memikirkan hal ini. Mungkin pihak-pihak lain boleh bergabung tenaga untuk menyusun strategi bersama ke arah matlamat ini.b) Soal pengantarabangsaan bahasa Melayu juga perlu diberi perhatian. Dewan Bahasa dan Pustaka telah memulakan beberapa langkah konkrit. Walaupun keadaan kegawatan ekonomi tidak mengizinkan perancangan yang besar, tahap perbincangan dan penyusunan strategi boleh dimulakan. Dalam kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan Melayu Sedunia ke-V, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Nik Safiah Karim melihat aspek mengantarabangsakan bahasa Melayu daripada dua sudut iaitu :i. Membawa bahasa Melayu ke dunia antarabangsa, seperti yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan pihak-pihak lain, danii. Menjadikan bahasa Melayu bahasa yang wajib bagi pelajar-pelajar asing yang datang ke negara ini untuk belajar (tidak kira dalam institusi awam atau swasta). Dengan demikian, semua warganegara asing terdedah kepada bahasa Melayu.c) Dunia kini ialah dunia Teknologi Maklumat (TM) Malaysia juga turut dalam arus ini. Sehingga kini, seolah-olah bahasa Inggeris sahaja menjadi bahasa Teknologi Maklumat. Oleh itu, amat penting kita menunjukkan bahawa bahasa Melayu juga Mampu menjadi bahasa saluran TM. Agar ini dapat dicapai, maka pelbagai usaha perlu diadakan untuk menentukan bahasa Melayu tidak tertinggal dalam arus perkembangan ini.KEPERLUAN KEPADA PENEGASAN SEMULA DASAR SEMULA DASAR BAHASAPenegasan Semula dasar BahasaKonsep: Pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju supaya Dewan Bahasa Pustaka menyebarkan maklumat tentang perlunya “Penegasan Semula Dasar Bahasa” kepada semua jabatan sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umum.Matlamat: Matlamat penegasan semula pelaksanaan dasar bahasa adalah “untuk memperjelas dan memperkukuh kedudukan dan pembangunan fungsi bahasa Melayu supaya dapat menjadi asas bagi pembinaan tamadun negara bangsa Malaysia dalam abad ke-21”.Tujuan: Tujuan penyebaran maklumat tentang perkara ini kepada sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umum adalah untuk mencapai maksud-maksud yang berikut:i. Membina sikap dan iltizam baru di kalangan semua pihak supaya dapat menghayati dan melaksanakan kehendak dasar bahasa negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak 1971) supaya kedudukan dan peranan bahasa Melayu diutamakan dan disesuaikan dengan keperluan alaf depan dan matlamat Wawasan 2020.

Page 21: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

ii. Meminta pihak-pihak berkuasa kerajaan menyusun rancangan strategik untuk meningkatkan pelupusan dan kualiti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di jabatan masing-masing; daniii. Memastikan pihak-pihak berkuasa kerajaan mengadakan rancangan strategik bersepadu yang membolehkan mereka mengembangkan penggunaan bahasa kebangsaan di sektor swasta yang terletak di bawah pengawasan dan bidang kuasa masing-masing.Tumpuan Penegasan Semula: Perkara-perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam penegasan semula pelaksanaan dasar bahasa :1. Keperluan bagi penegasan semula pelaksanaan dasar bahasa negara.2. Dasar bahasa negara dan fungsi bahasa negara.3. Senario pencapaian pelaksanaan dasar bahasa negara.4. Permasalahan utama pelaksanaan yang memerlukan penyelesaian menyeluruh.5. Peranan agensi perancangan bahasa: Dewan Bahasa dan Pustaka6. Peranan agensi pengembangan bahasa: pihak-pihak berkuasa kerajaan7. Perancangan strategik bagi penyelesaian masalah untuk pembangunan bahasa Melayu menuju tahun 2020.Dasar Bahasa dan Fungsi Bahasa Melayu–Dasar Bahasa NegaraFungsi bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain disebut dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67(Disemak1971). Daripada kedua-dua undang-undang induk tersebut telah diperluas tafsiran terhadap kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain, serta di dalam peraturan-peraturan jabatan. Dengan demikian, dapatlah dikatakan negara kita mempunyai “Dasar Bahasa Negara”. Secara ringkas, undang-undang Malaysia menetapkan perkara-perkara yang berikut:1. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.2. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.3. Rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan,belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain.Fungsi Bahasa Melayu untuk keperluan dalam negara. Fungsi yang ditafsirkan daripada kehendak undang-undang adalah seperti yang berikut:1. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.2. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.3. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar pendidikan.4. Bahasa Melayu menjadi bahasa kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, agama, dan falsafah.5. Bahasa Melayu menjadi bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan industri.6. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi.Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi: Bahasa rasmi ialah bahasa komunikasi lisan dan tulisan yang digunakan bagi semua maksud rasmi kerajaan, iaitu bagi maksud fungsi komunikatif perkhidmatan yang berikut:1. Komunikasi dalam jabatan dan antara sesama jabatan sektor awam.

Page 22: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

2. Komunikasi antara jabatan sektor awam dengan pihak sektor swasta (dan korporat), dan sebaliknya.3. Komunikasi antara jabatan sektor awam dengan orang ramai (orang awam) dan sebaliknya.Fungsi Utama dan Fungsi Komunikatif Bahasa Kebangsaan: Sebagai bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu ditakrifkan mempunyai fungsi utama, antara lain, yang berikut:1. Menjadi lambang identiti atau citra negara Malaysia yang dibuktikan dengan penggunaan nama-nama khas dan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam dan melalui media massa serta penggunaannya yang berstatus negara.2. Menjadi wahana pemersatuan warganegara dan penduduk Malaysia dengan konsep “satu bahasa kebangsaan bagi seluruh bangsa Malaysia”.Menjadi wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) antara kelompok masyarakat penutur bahasa dan kegunaan umum di Malaysia yang berikut :1. Komunikasi antara dua individu atau lebih yang berlainan etnik, bahasa dan budaya yang menjadi warganegara Malaysia.2. Komunikasi antara pihak kerajaan (sektor awam) dengan orang ramai, dan sebaliknya.3. Komunikasi antara pihak kerajaan (sektor awam) dengan pihak sektor swastakan korporat, dan sebaliknya.4. Komunikasi antara pihak sektor swasta dan korporat dengan pelanggan dalam negeri, dan sebaliknya.5. Komunikasi dalam bentuk iklan, nama khas, pengumuman, arahan dan seumpamanya, yang dipamerkan di tempat awam atau di khalayak ramai atau disiarkan melalui media massa.6. Siaran melalui media massa.Fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar bagi Sistem Pendidikan Kebangsaan:Fungsi bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan diringkaskan daripada Akta Pendidikan 1996 seperti berikut :1. Bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran (bukan bahasa) di peringkat Pendidikan prasekolah, rendah dan menengah kerajaan.2. Bahasa pengantar bagi semua subjek yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi awam Malaysia.3. Mata pelajaran wajib yang dijalankan di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.4. Subjek wajib yang diajarkan di semua jenis dan peringkat institusi pendidikan swasta.5. Bahasa Ilmu Sains dan Teknologi: Bahasa dikatakan dapat berfungsi sebagai Bahasa untuk mempelajari, mencipta dan mengembangkan ilmu sains dan teknologi bagi keperluan pembangunan Malaysia menjadi negara maju.6. Fungsi-fungsi Bahasa yang lain: Bahasa Melayu sudah dan akan terus berfungsi dan berkembang dalam bidang-bidang kesusasteraan, kesenian, kebudayaan,

Page 23: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

agama, falsafah, perundangan dan kehakiman, perdagangan dan perniagaan, dan lain-lain di Malaysia.Senario Pencapaian Pelaksanaan Dasar NegaraPencapaian Umum: Pada umumnya, bahasa Melayu telah berkembang pesat, dan Meningkat kualitinya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar bagi sistem pendidikan, serta beberapa fungsi khusus yang lain, semenjak kemerdekaan negara ini pada tahun 1957. Sungguhpun begitu, Menurut Ismail Dahaman (2007) kajian yang dibuat menunjukkan bahasa kebangsaan belum dapat digunakan dengan atau tidak memainkan peranan yang utama sebagai bahasa komunikasi bagi urusan komersial dan perdagangan dalam negeri, industri, sains dan teknologi, dan urusan-urusan dalam negeri yang lain. Tempat bahasa Melayu ini diambil oleh bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa Inggeris. Malah kualiti, bahasa Melayu didapati merosot, terutama sekali apabila bahasa Melayu digunakan secara bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Pencapaian menurut Bidang Penggunaan: Secara ringkas, dapat disebutkan pencapaian pelaksanaan dasar bahasa negara menurut fungsi bahasa Melayu seperti bidang yang berikut:1. Belum tercapai sepenuhnya fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.2. Belum tercapai sepenuhnya fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berkualiti tinggi dan bercitra Malaysia.3. Belum tercapai sepenuhnya fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan kerana ada masalah di sektor institusi pendidikan swasta.4. Belum luas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan kewangan.5. Sangat rendah prestasi bahasa Melayu sebagai bahasa penyelidikan, penciptaan dan pembangunan sains dan teknologi.6. Rendah penggunaan bahasa Melayu dalam amalan industri (tinggi dan IKS) dan Bidang profesional (perubatan, kejuruteraan, kepeguaman, kewangan, dan seumpamanya)Permasalahan Utama Pelaksanaan Dasar Bahasa yang Memerlukan Penyelesaian Menyeluruh Menurut Ismail Dahaman (2007) perkara-perkara tersebut di bawah ini perlu mendapat perhatian pihak-pihak berwajib untuk diselesaikan andai ingin melihat bahasa Melayu diperkasa. Antaranya:1. Masalah Dasar Bahasa, Fungsi Bahasa dan Pelaksanaan Bahasa Rasmi.2. Punca masalah dasar bahasa rasmi.3. Masalah Pelaksanaan dasar bahasa rasmi.4. Punca masalah yang melibatkan kelemahan warga perkhidmatan awam sendiri.5. Masalah Dasar Bahasa, Fungsi Bahasa dan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan.6. Punca masalah dasar bahasa kebangsaan.7. Masalah pelaksanaan bahasa kebangsaan dalam sektor e konomi dan perdagangan.8. Punca masalah dalam kalangan warga sektor swasta, korporat dan orang ramai.9. Masalah Dasar Bahasa, Fungsi Bahasa dan Pelaksanaan Bahasa Pendidikan.10. Masalah Dasar Bahasa, Fungsi Bahasa dan Pelaksanaan Bahasa Sains dan Teknologi

Page 24: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

11. Masalah Agensi Rasmi Perancangan Bahasa dan Bidang Kuasanya: DBP12. Masalah Undang-undang, iaitu Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.13. Masalah pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.14. Masalah Pelaksanaan di Peringkat Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan.15. Masalah undang-undang dan peraturan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa kerajaan.16. Masalah infrastruktur dan kepakaran.17. Masalah perancangan strategik yang bersepadu.18. Masalah kawalan pelaksanaan.19. Masalah Pembinaan Bahasa: Pedoman Bahasa Melayu Standard Mutakhir.20. Masalah sistem ejaan dan sebutan.21. Masalah kosa kata umum dan istilah.22. Masalah tatabahasa bahasa Melayu.23. Masalah laras dan gaya bahasa.Peranan Agensi Perancangan Bahasa: Dewan Bahasa dan PustakaKuasa Dewan Bahasa dan Pustaka: Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Peluasan) 1995 memberikan kuasa kepada DBP “untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi” dan “untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul”. “Untuk menggalakkan” termasuklah “memberikan arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan”.Tugas dan Tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka:DBP bertanggungjawab merealisasikan matlamat “pengembangan bahasa Melayu” dalam sektor awam dan dalam sektor swasta serta dalam kalangan orang awam di Malaysia. Untuk maksud ini, istilah “pengembangan” bermaksud peluasan, peningkatan, pemantapan dan penyebaran maklumat bahasa kebangsaan kepada pengguna.Strategi dan pendekatan Dewan Bahasa dan Pustaka1. Pendekatan penyelesaian masalah berdasarkan sektor pengguna bahasa secara membina (constructive)2. Pendekatan “pengembangan” yang bermaksud “peluasan” secara berwawasan (futuristic)3. Pendekatan bekerjasama (collaborative) dan bestari dengan pihak berkuasa Kerajaan yang berkenaan.4. Pendekatan perancangan strategik yang bersepadu bagi pengembangan bahasa Melayu DBP. Peranan Agensi Pengembangan Bahasa: Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan Melaksanakan apa-apa peruntukan undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaan dan penggunaan bahasa yang terletak di bawah bidang kuasa masing-masing, jika ada. Menyediakan dan melaksanakan peraturan atau garis panduan (prosedur) pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam jabatan dan untuk berkomunikasi dengan pelanggan dalam negeri sekiranya tidak ada peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang. Menyediakan perancangan strategik pengembangan bahasa kebangsaan di sektor swasta yang terletak di bawah bidang kuasa dan pengawasan masing-masing.

Page 25: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Memastikan supaya pihak swasta dan NGO yang berkenaan menerima dan mematuhi syarat-syarat penggunaan bahasa kebangsaan menurut rancangan yang ditetapkan oleh kerajaan.Pembangunan Bahasa Melayu untuk Alaf DepanWawasan dan matlamat Bahasa Melayu Alaf Depan: Untuk memperkasakan bahasa Melayu, wawasan bahasa Melayu yang dirumuskan oleh DBP dalam rangka pengisian Wawasan 2020 adalah seperti berikut:1. Bahasa Melayu menjadi asas bagi pembentukan tamadun negara bangsa Malaysia moden dan digunakan dengan meluas dalam setiap bidang kehidupan di Malaysia, serta menjadi salah satu bahasa antarabangsa, pada tahun 2020.2. Matlamat Strategik dan Fungsi Utama Bahasa Melayu bagi Maksud di dalam Negeri.3. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang perlu dimantap dan dipertingkatkan kualitinya dan peluasannya supaya dapat digunakan sepenuhnya sebelum tahun 2000.4. Bahasa Melayu dimantapkan sebagai bahasa pendidikan pada semua jenis dan peringkat pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, formal dan tidak formal sebelum tahun 2000.5. Bahasa Melayu diperkukuh sebagai bahasa perpaduan rakyat dan sebagai bahasa komunikasi rakyat umum sebelum tahun 2000.6. Bahasa Melayu diperluas dan dipertingkatkan sebagai bahasa ekonomi, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan kewangan dalam negeri sebelum tahun 2000.7. Bahasa Melayu diperluas dan dipertingkatkan sebagai bahasa kebangsaan di sektor swasta dan korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum tahun

2000.8. Bahasa Melayu diperluas dan dipertingkatkan sebagai bahasa ilmu tinggi, sains dan teknologi, komunikasi canggih, bahasa media elektronik, serta penggunaannya dalam pelbagai bidang industri dan teknologi maklumat sebelum tahun 2005.9. Bahasa Melayu terus diperkembang sebagai bahasa kebudayaan, kesenian, kesusasteraan,agama dan falsafah.10. Matlamat Strategik dan Fungsi Utama Bahasa Melayu bagi Maksud Luar Negara.11. Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa komunikasi rasmi antara negara-negara ASEAN sebelum tahun 2005.12. Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa perdagangan antara negara negara ASEAN sebelum tahun 2005.13. Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa perdagangan antara negara-negara Asia Timur sebelum tahun 2010.14. Bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu sebelum tahun 2015.15. Bahasa Melayu terus diperkembang sebagai bahasa pengajian Melayu di institusi-institusi pendidikan tinggi luar negara. Perancangan Strategik dan Penyelesaian Masalah untuk Pembangunan Bahasa Melayu Menuju Tahun 2020Fokus cadangan Perancangan Strategik:

Page 26: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Pemerkasaan Bahasa Melayu memerlukan tumpuan kepada enam fungsi utama pembangunan bahasa Melayu yang menjadi asas bagi pencapaian objektif Pembangunan negara bangsa Malaysia; iaitu asas bagi pembinaan tamadun; bahasa rasmi; bahasa kebangsaan; bahasa pendidikan; bahasa sains dan teknologi dan industri; dan bahasa perdagangan dan perkhidmatan kewangan.1. Alternatif Cadangan Penegasan Semula Pelaksanaan Dasar Bahasa.2. Menegaskan Dasar Bahasa negara, iaitu pengungkapan semula dasar bahasa dan dasar pelaksanaan bahasa.3. Mewujudkan Dasar pelaksanaan (dan penguatkuasaan) Bahasa, iaitu konsep dan proses yang melibatkan pindaan, pemantapan dan penyelarasan pelbagai undang-undang dan peraturan tentang penggunaan bahasa kebangsaan.4. Mewujudkan Peraturan dan Kaedah pelaksanaan (dan Penguatkuasaan) Dasar Bahasa, iaitu peraturan dan kaedah tentang penggunaan atau penguatkuasaan bahasa yang terletak di bawah bidang kuasa semua pihak berkuasa awam tanpa membuat pindaan kepada undang-undang tentang bahasa yang sedang berkuat kuasa.

PENUTUP Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang gilang gemilang. Berkali-kali bahasa Melayu telah membuktikan keupayaannya sebagai bahasa yang mampu menampung segala keperluan masyarakat penuturnya. Kini, dalam zaman cabarannya yang terbesar, iaitu cabaran yang dibawa oleh penutur aslinya sendiri, sekali lagi bahasa Melayu perlu diberi unsur pemerkasaannya. Dengan program pemerkasaan bahasa Melayu yang terancang dan direalisasikan dengan penuh kesedaran penghayatan dan bersepadu oleh semua pihak di sektor awam, swasta dan masyarakat umum, maka tidak syak lagi bahasa Melayu akan menjadi asas bagi pembentukan tamadun negara bangsa Malaysia moden dan digunakan dengan meluas dalam setiap bidang kehidupan di Malaysia, serta menjadi satu bahasa antarabangsa, pada tahun 2020. Surah Ibrahim ayat 4 menjelaskan, maksudnya, “Kami tidak mengutus seseorang rasul, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat member penjelasan dengan terang kepada mereka.”Berdasarkan terjemahan dalam surah Ibrahim di atas jelas kepada kita bahawa sesuatu bangsa atau kaum itu akan berjaya dan bertamadun apabila ianya menggunakan bahasanya sendiri. Marilah kita sebagai pencinta bangsa dan bahasa meneliti ungkapan pahlawan Melayu terbilang iaitu Hang Tuah yang mengajak bangsanya menjaga maruah dan bangsa melalui ungkapan keramatnya “Takkan Melayu Hilang di Dunia”. Bersama-samalah kita mengotakan kata-katanya.BIBLIOGRAFIAbdullah Hassan.(2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (1952- 2002). Persatuan Penterjemah Malaysia, Kuala Lumpur.Abdul Ghani Othman.(2003). Jati Diri dan Kemandirian Bangsa. Dewan Bahasa. 3(3):24-25Awang Sariyan.(2002). Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.Dewan Bahasa. 2(10):26-23)Akta Bahasa Kebangsaan1963/67(Disemak1971).Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Peluasan). (1995).

Page 27: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Akta Pendidikan 1996Bengkel Khas Penegasan Semula Dasar Bahasa, (Dokumen terhad), D.B.P, 11 Mac 1997.Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta 1996-2000, (Dokumen terhad), Mesyuarat JKKPPBKSS 1/1998 pada 19 Februari 1998, Dewan Bahasa dan Pustaka.Ishak Haron.(2001). Analisis Penggunaan bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, anjuran D.B.P, pada 2-4 Mei 2001.Ismail bin Dahaman, (1996). Laporan Status Senario Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail bin Dahaman, (2007). Bahasa Melayu dan Pemerkasaannya: Dasar Bahasa dan Strategi Pelaksanaannya. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V, Dewan Tun Syed Nasir, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 2-3 Mei 1998.Kamus Dewan Edisi Keempat.(2005)Kalthum Ibrahim.(2001). Analisis Penggunaan bahasa Melayu di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Kertas Kerja Konvensyen Bahasa Kebangsaan 2001, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 2-4 Mei 2001.Laporan Penilaian Keberkesanan Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta Tahun 1996-1998 bagi Tempoh Enam Bulan (19 Ogos 1996 – 18 Februari 1997), (Dokumen terhad), Dewan Bahasa dan Pustaka, 1 Mac 1997.Muhd. Amin Arshad. (2004). Pemerkasaan Bahasa Melayu: Senario Pasang Surutnya. Buku Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu. Bil. 9 Julai 2004. Universiti Putra Malaysia.Nik Safiah Karim, (2002). Bahasa Melayu Selepas SPM. Pelita Bahasa. 14(4):8-9Nik Safiah Karim, (2002). MUET-Implikasi terhadap Bahasa Melayu. Pelita Bahasa. 14(3):8-9Nik Safiah Karim, (2007). Bahasa Melayu dan Pemerkasaannya. Kertas Kerja dibentangkan di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V, Dewan Tun Syed Nasir, anjuran Dewan Bahawa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 2-3 Mei 1998.Malaysia. Kementerian Pendidikan.(1982). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sasaran Kerja Utama Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996-2000 (Dokumen terhad)Al-Quran dan Terjemahannya: Surah Ibrahim: ayat 4: Pustaka Antara:1979.

http://cikgu-rozali.blogspot.com/.../bahasa-melayu-dan-pem.

Page 28: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Masalah dan Cabaran Bahasa Melayu

Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah pelajar yang berbangsa Melayu beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak perlu dipelajari lagi kerana mereka menuturkan bahasa Melayu setiap hari. Oleh itu, mereka banyak melakukan kesalahan bahasa kerana menganggap perkara itu betul dan tidak salah. Tambahan pula, mereka menjadikan media massa sebagai rujukan. Walaupun media massa pada hari ini menunjukkan kesungguhan untuk membetulkan kesalahan bahasa tetapi masih terdapat kesalahan yang biasa dilakukan. Oleh itu, kita haruslah membetulkan kesalahan yang biasa dilakukan dan membiasakan perkara yang betul.

      Bahasa yang terdapat pada papan iklan atau papan tanda jalan juga banyak yang salah. Kita sering melihat kata-kata seperti Selekoh Merbahaya, Kedai Jahit Wanita, Minah Restoran, Pusat Membeli-belah, dan sebagainya. Oleh itu, pihak yang berkuasa dalam menguatkuasakan bahasa ini iaitu DBP sepatutnya menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada mereka untuk memantau kesalahan bahasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekiranya masalah ini tidak dilakukan sudah tentu banyak pihak yang menganggap kesalahan tersebut bukan satu kesalahan.

Page 29: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

      Selain itu, pengaruh bahasa sms juga menyebabkan masalah ini semakin buruk. Parapelajar sepatutnya tidak terpengaruh oleh bahasa sms semasa menulis karangan. Mereka seharusnya membezakan bahasa sms dengan bahasa penulisan karangan. Bahasa smsmemang sesuai digunakan semasa hendak menghantar pesanan ringkas tetapi tidak sesuai digunakan dalam karangan atau dalam majlis formal. Antara bahasa sms yang popular digunakan sekarang seperti, sape, takyah, takde. xde, ko, keje, ak, gi, camne, katne, danwatpe.

      Pengaruh bahasa Inggeris pula memang tidak dapat dielakkan tetapi hendaklah digunakan dalam bentuk dan peraturan yang betul. Kita tidak boleh menggunakan sekerat bahasa Melayu dan sekerat lagi dalam bahasa Inggeris. Perkara inilah yang dikatakan bahasa rojak atau sekerat ular, sekerat belut, dan bercampur aduk. Para pengguna bahasa perlu menggunakan bahasa yang betul dan tidak menggunakan bahasa rojak dalam majlis rasmi atau dalam tulisan.

      Bagi pelajar-pelajar pula, mereka kurang berminat untuk mempelajari peraturan atau rumus tatabahasa. Oleh itu, mereka tidak mengetahui alasan atau sebab kesalahan yang telah dilakukan. Mereka menganggap perkataan atau ayat yang biasa digunakan oleh mereka atau media massa itu betul dan tidak mengetahui sebab kesalahan terebut. Sebagai contohnya, mereka menggunakan perkataan yang tidak baku dalam jawapan, sepertianalisa, minima, optima, tengahari, pasaraya, alatulis, aturcara, barisan guru-guru, dan sebagainya. Sepatutnya, mereka perlu mengetahui alasan atau sebab sesuatu kesalahan bahasa itu untuk memantapkan penguasaan bahasa mereka.

      Kesalahan lain yang kerap kali dilakukan adalah dari segi sebutan baku iaitu sepatutnya sebutan mengikut ejaan. Aspek sebutan ini kebiasaannya kurang dititikberatkan oleh pengguna bahasa terutamanya pelajar. Perkataan yang selalu disebut dengan pelbagai sebutan seperti nasionalisme, peka, psikologi, automatik, dan sebagainya. Oleh itu, bagi para pengguna bahasa terutamanya pelajar, perlu menyebut sesuatu perkataan itu mengikut ejaannya agar sistem bahasa kita ini dapat ditingkatkan. Walaupun, bunyinya agak janggal tetapi kita perlu membiasakannya agar menjadi satu kebiasaan. Kita sepatutnya membiasakan sebutan yang betul dan membetulkan sebutan yang biasa digunakan tetapi sebenarnya tidak betul.

Posted by Cikgu Mohd Khir Kassim at 6:19 AM Labels: umumhttp://khirkassim.blogspot.com/2012/01/masalah-dan-cabaran-terhadap-bahasa.html

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pendidikan

                   Hari ini saya mengajak pembaca meneliti cabaran bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar dalam dunia pendidikan di negara kita. Hal ini menarik

perhatian saya kerana saya mendapati pelbagai pihak yang cuba menpertikaikan

kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. 

          Masa depan Bahasa Melayu amat cerah pada masa kini. Bahasa Melayu juga

mempunyai kedudukan yang terjamin, dari segi penggunaan yang meluas oleh

rakyat Malaysia dan perakuan oleh Malaysia. Malahan negara telah berjaya

menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa

Melayu hasil daripada pelaksanaan  Dasar Pelajaran Kebangsaan. Penuntut di

Page 30: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

peringkat pengajian tinggi juga telah menerima pendidikan mereka dengan bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar. Kejayaan bahasa Melayu tersebut sudah

semestinya melalui cabaran yang getir sebelum mencapai kegemilangan tersebut.

Pelbagai usaha dan cara mengatasi yang telah dilakukan untuk memantapkan lagi

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bentuk bahasa Melayu telah disempurnakan

sehingga berupaya memperkatakan tentang pelbagai bidang yang wujud dalam

kehidupan rakyat malaysia. Keupayaan bahasa Melayu ini telah membawa bahasa

ini dapat bersaing dan berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden yang lain

di dunia ini.

            Walaubagaimanapun bahasa Melayu perlu meningkatkan lagi status

penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsur  keindahannya. Hal ini

kerana bahasa Melayu telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang dapat

menggugat kedudukannya sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan

pengajian tinggi. Tambahan pula beban tugas bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa

pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi harus

dipikul. Oleh sebab yang demikian, timbul pelbagai perancangan untuk mencapai

kejayaan yang telah diharapkan serta menghadapi pelbagai cabaran yang datang.

Sekiranya tanpa perancangan yang teliti kejayaan tersebut agak sukar dicapai.

Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan sama penting dengan

kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi pentadbiran.

Menurut Awang Sariyan (1996:88) penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar pendidikan adalah bertujuan untuk memenuhi konsep dan peranan

bahasa rasmi juga. Hal ini kerana, intisari Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di

Malaysia bertujuan untuk mewujudkan masyarakat bersatu padu dengan

mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 

Page 31: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Terdapat pihak berpendapat bahawa bahasa Melayu belum cukup maju serta tidak

mampu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sikap meragui dan

mempersoal kedaulatan bahasa Melayu sudah lama berlaku dan sudah tidak

seharusnya diperkatakan lagi. Namun perkara yang dikesalkan sejak akhir-akhir ini

ialah kedaulatan bahasa Melayu sudah dilemahkan. Kebanyakan tokoh kita lebih

banyak bertutur dalam bahasa Inggeris tidak kira dalam acara rasmi atau tidak

rasmi. Sedangkan bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi negara

kita.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam dunia pendidikan

ialah penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan teknologi di Institusu

Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), kekurangan buku ilmiah, masalah linguistik dan

kekurangan istilah-istilah bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

Itulah cabaran-cabaran yang harus dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai

bahasa ilmu. seharusnya perkara ini diteliti dan dikaji dengan baik agar jalan

penyelesaian dapat dikenalpasti serta langkah drastik memperbaiki masalah

ini dapat diambil.Posted by SETAH INTAI at 5:25 PM http://setahintai.blogspot.com/2011/03/hari-ini-saya-mengajak-pembaca-meneliti.html

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu.

Page 32: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran ,perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorangpendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya,menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakanbahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapanDewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zamankegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu.

Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah peranan bahasa Melayu itu sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan atau sebagai alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti fizik, kimia, kejuruteraan, perubatan, ekonomi, undang-undang, kesusasteraan, dan agama. 

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan memberi fokus tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, sejauh manabahasa Melayu dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dalam konteks sistem pelajaran hari ini, masalah atau punca yang membataskannya, dan langkah-langkah yang dijalankanuntuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu .

Dalam kajian ini pengkaji akan menjelaskan tentang fungsi bahasa Melayu sebagai bahasayang ekspresif dalam berbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi serta peranannyadalam mendukung ilmu dan pemikiran bangsa.

Kajian ini juga seterusnya menjelaskan tentang masalah- masalah yang

Page 33: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

dihadapi dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu halangan-halangan yang dihadapi oleh bahasa itu dalam cabaran ledakan maklumat pada masa kini.

Langkah-langkah perlu di ambil untuk menjamin bahawa bahasa Melayu hari ini masih releven sebagai bahasa ilmu, juga akan dikupas dalam kajian ini. Harapan pengkaji dalamkajian ini agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa bahasa Melayu sebenarnya bolehdan seharusnya menjadi bahasa ilmu kerana terbukti bahawa sesuatu bahasa itu tidak pernah menjadi penghalang kemajuan seperti yang berlaku di Korea dan Jepun. 

Cabaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Era Global.

Abad ke-21 merupakan abad yang mencabar kesinambungan, kewujudan, dan kegemilangan sesebuah peradaban bangsa-bangsa di dunia. Asakan gelombang globlisasi, liberalisasi dan pengaruh pascamodenisme sering kali dikaitkan dengan kukuh atau lupusnya sesuatu bahasa, tradisi persuratan, dan budayanya. Dalam konteks bahasa dan persuratan melayu, pelbagai cabaran dijangka akan dijangka akan dihadapi dalam konteks nasional mahupun supranasional. Pada abad ini, dari dekat ke dekat, diramalkan 10 peratus bahasa akan mengalami kepupusannya. Dunia yang memiliki kira-kira 6000 bahasa sejak awalnya, kini tinggal 600 bahasa sahaja.

Sejajar dengan tumpuan kepada pembangunan bidang ekonomi, sains dan teknologi, perkara yang berlaku kini ialah wujudnya keserongan persepsi terhadap keperluan bangsa atau cara sesebuah memilih untuk berbahasa. Bahasa Inggeris dianggap sangat penting dan pegangan ini akan memusnahkan kemajuan sesebuah bahasa kebangsaan dimana-mana Negara sekalipun. Kejayaan Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia dalam dalam jentera kerajaan dan dasar pendidikan akan tergugat sekiranya tiada langkah yang diambil untuk menyelamatkannya.

Bahasa melayu kini tercabar dari sudut fungsi wahana penyampaian ilmu dan maklumat. Perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, memang menjadikan bahasa sebahagian dalam keperluan itu. Usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khususnya dalam bidang sains dan teknologi maklumat tidak bergerak sejajar dengan perkembangan ilmu dan pembangunan Negara.

Page 34: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Negara industri seperti Jepun, Korea, Perancis, Jerman dan beberapa buah negara lain telah membangun dengan pesat berdasarkan keupayaan bahasa mereka sendiri sebagai bahasa ilmu yang ulung dan mantap. Mereka mempertahankan kewibawaan bahasa mereka sendiri dan menjadikan bahasa mereka sebagai sains dan teknologi, bahasa kepustakaan ilmu serta pengetahuan. Sebaliknya di Malaysia situasi muktahirnya, wujud keraguan terhadap keyakinan tentang keupayaan dan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi. Situasi masa hadapan akan menjadi lebih parah lagi apabila bahasa Melayu akan hilang fungsinya sebagai bahasa pembinaan tamadun bangsa.

Di Malaysia, bahasa Melayu sudah mencapai martabatnya sebagai bahasa negara akibat keperkasaannya semenjak zaman-berzaman, dari zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka hingga kemerdekaan Malaysia, tetapi adakan bahasa Melayu atau bahasa Malaysia itu terjamin kedudukannya untuk terus bersaing dalam era ledakan maklumat ini akan dilihat dari peruntukan perlembagaan dan dasar pendidikan Negara.

Bahasa Melayu Dalam PerlembagaanKedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan boleh dilihat sebagai elemen peribumi; elemen yang unik dan tidak boleh dimansuhkan melalui proses biasa yakni proses pindaan melalui Parlimen. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu adalah sebahagian daripada perkara yang sering disebut sebagai kontrak sosial yang merangkumi hal-hal yang dipersetujui sewaktu rundingan kemerdekaan dahulu. Elemen peribumi Perlembagaan yang lain ialah sistem beraja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kedudukan Islam.

Perlembagaan sebagai sebuah dokumen yang berpaksikan demokrasi, ditunjangi oleh prinsip sama rata. Elemen peribumi tersebut adalah pengecualian kepada konsep sama rata ini. Oleh yang demikian elemen tersebut tidak boleh disentuh, apalagi dimansuhkan. Perlembagaan telah menetapkan bahawa peruntukan mengenai bahasa Melayu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Peruntukan mengenai bahasa juga sebagaimana peruntukan mengenai kewarganegaraan, adat istiadat Melayu dan Islam tidak boleh digantung, hatta ketika darurat. Selain peruntukan mengenai pindaan, bahasa Melayu semacam mempunyai pertalian dengan institusi beraja kerana Raja-raja mempunyai kuasa budi bicara dalam hal-hal yang berhubung dengan adat Melayu dan pentadbiran istana.(Perlembagaan Persekutuan,Perkara 159(5) )

Page 35: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa KebangsaanPerlembagaan tidak menjelaskan maksud “bahasa kebangsaan” . Kamus Dewan mendefinisikan “bahasa kebangsaan” sebagai “bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa atau loghat yang lain”. “Bahasa rasmi” pula ialah “bahasa pentadbiran kerajaan”. Mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks kebangsaan yang diterangkan sebagai “ yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan” atau sesuatu yang “ dipilih untuk melambangkan keperibadian Negara”.

Makna-makna yang dibincangkan tersebut mungkin penting dalam menentukan keabsahan, ruang lingkup peruntukan yang berkenaan, terutama Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.Dasar Pendidikan KebangsaanDasar pendidikan memberikan cara dan kaedah menggunakan sumber-sumber ataupun alat-alat dalam sistem pendidikan. Berdasarkan dasar pendidikan ini, dinyatakan juga penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Usaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara ini dimulakan dengan pengubalan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak pada tahun 1956. Usul ini diperteguhkan dengan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib pada tahun 1960. Bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa ilmu apabila wujudnya Akta Pelajaran 1961. Antaranya menyebut,

“…Dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan, termasuk, khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.” -Akta Pelajaran 1961-

Berdasarkan proklamasi di atas, antara matlamat utama pelaksanaan dasar ini termasuklah memperuntukkan undang-undang lebih lanjut berkaitan dengan dasar pendidikan bagi menjamin sebuah sistem pendidikan itu menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

Penegasan terpenting dalam proklamasi Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah sistem pendidikan yang mengutamakan Bahasa Kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai media pengajaran dan pembelajaran bagi semua

Page 36: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

peringkat pendidikan dan semua institusi pendidikan yang tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. Ini diperkukukan lagi dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Perkara 17(1) yang menyatakan, “ Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan…”.

Ini bermakna, semua mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Melayu. Tahun 1993 mengegarkan hati dan perasaan pendukung bahasa Melayu apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahadir Mohamad dilaporkan menyarankan penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi di Malaysia (Awang Sariyan,2002). Ia dilihat sebagai jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah lemah penguasaan bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

Malah pada tahun 2003, pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada peringkat rendah dan menengah dimulakan. Seharusnya ia perlu menerima pandangan dan rujukan nasihat oleh Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan seperti mana yang terkandung dalam perkara 10(1), 11(1), dan 11(2) Akta pendidikan 1996 (Akta 550), walaupun mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak sebelum ini. Nampaknya, tindakan ini bertentangan dan melanggar Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan penjelasan di atas dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan setanding dengan bahasa-bahasa yang lain dari segi kesediaan menerima maklumat atau pun sebagai bahasa ilmu dan ianya telah dijamin kukuhnya disisi Perlembagaan Negara serta Dasar Pendidikan Negara. Mengapa bahasa Melayu dirasakan sebagai penghalang atau tidak sesuai untuk dijadikan bahasa ilmu ? Adakah wujudnya kelemahan-kelemahan dalam bahasa Melayu itu sendiri yang menjadi penghalang? Pengkaji seterusnya mengkaji tentang ciri-ciri bahasa Melayu, untuk mengenal pasti dan menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu mampu menjadi bahasa wahana ilmu.

Ciri-ciri Bahasa ilmuPenggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan

Page 37: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa.Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan. 

Untuk menjelaskan ciri khusus sesuatu bahasa ilmiah, Awang Sariyan (1996: 259-261) menggariskan sepuluh ciri berdasarkan lima belas ciri yang dikemukakan oleh Johannes (kongres, 1978). Ciri-ciri khusus bahasa ilmiah seperti berikut:

Tingkat bahasa rasmi, bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi iaitu bahasa yang mematuhi rumus-rumus bahasa. Oleh itu, bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa baku, tidak terdapat kesalahan tatabahasa dan tidak menggunakan bahasa basahan.

Nada formal dan objektif, bahasa ilmiah mestilah bersifat formal. Setiap fakta atau hujah mesti dikemukakan dengan sempurna, iaitu menggunakan bahasa yang teratur dan jelas. Tulisan juga mestilah bersifat objektif., iaitu berdasarkan fakta dan hasil kajian. Oleh itu kata atau ungkapan seperti pada umumnya, barangkali, agaknya tidak sesuai digunakan. Sebaliknya ungkapan seperti berdasarkan analisis data, berdasarkan kajian, dan seumpamanya digunakan.

Sudut Pandangan Orang Ketiga, untuk mewujudkan keobjektifan penulisan, sudut pandangan orang ketiga disarankan penggunaannya menggantikan sudut pandangan orang pertama (diri penulis). Oleh itu ungkapan seperti ‘Berdasarkan kajian saya, saya dapati bahawa…’ dinyatakan sebagai ‘Berdasarkan kajian, penyelidik didapati bahawa…’ . Hal ini penting kerana dapat mengelakkan hubungan atau penglibatan peribadi diri penulis. 

Ragam Pasif, Bagi mengelakkan penglibatan diri penulis, ragam pasif boleh digunakan. Ini disebabkan dalam struktur pasif, penekanan diberikan kepada

Page 38: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

objek ayat bukannya subjek pelaku.Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral, iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Contohnya: Data yang digunakan dalam kajian ini…dan sebagainya.

Istilah Khusus, laras bahasa ilmiah ditandai oleh istilah dan lambang khusus mengikut bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan ilmiah.

Wacana Pemaparan, dalam penulisan ada empat jenis wacana yang biasa digunakan, iaitu pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah, jenis wacana pemaparan mendapat tempat yang utama. Jenis-jenis yang lain digunakan sebagai pelengkap.

Nada Bersahaja, tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang keterlaluan, berlebihan dan emosional. Oleh itu, ungkapan seperti amat malang, amat mendukacitakan, sayangnya, malang sekali dan seumpamanya tidak harus digunakan dalam tulisan ilmiah.

Kata Membazir, dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Oleh itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna. Tulisan ilmiah tidak memerlukan ‘hiasan’ .

Ayat Majmuk, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks. 

Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta, dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi.

Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Page 39: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Masalah-masalah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Perubahan dasar pendidikan Negara iaitu tentang bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik meninggalkan kesan yang amat buruk ke atas bahasa Melayu. Dalam sekelip mata, dasar tersebut membawa mesej tentang ketidakupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan sekali gus meminggirkannya. Pencarian istilah yang baru akan terbantut ini akan menyebabkan bahasa Melayu ketandusan istilah ilmu.

Pendidikan diperingkat sekolah mendapat tempias yang besar kerana kurikulum yang berubah-ubah antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, tiada tindakan yang dapat diambil terhadap mereka yang mengutamakan bahasa Inggeris, justeru dengan itu akta bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Guru yang mengajar bahasa Melayu didapati kurang berketerampilan dalam pengajaran bahasa Melayu di peringkat rendah dan menengah. Kemahiran berkomunikasi dan penulisan tidak diberikan penekanan secara bersungguh-sungguh, buktinya masih kurang penerbitkan buku-buku berunsur ilmiah yang diterbitkan dikalangan guru.

Hakikat bahawa dalam penggunaan bahasa harian rakyat Malaysia, sama ada di sektor swasta ataupun di beberapa jabatan kerajaan, terdapat sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan. Surat-menyurat mula ditulis dalam bahasa lain contohnya perjanjian jual beli kebanyakanya tidak dibuat dalam bahasa Kebangsaan dan seringkali terdapat kekeliruan dan maklumat yang berbeza dan ia mencetuskan banyak masalah sejak kebelakangan ini.Ketiadaan badan yang khusus yang benar-benar berkuasa, dengan kuasa undang-undang, untuk memantau dan membimbing penggunaan bahasa Melayu supaya baik, betul, dan indah. Dewan Bahasa dan Pustaka hanya boleh memberi nasihat sahaja tetapi tidak diberikan kuasa undang-undang,maka usaha ke arah ini kurang berkesan.

Tenaga pengajar institusi pengajian tinggi awam ketika ini seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran kursus dalam bidang yang mampu disampaikan dengan baik dalam bahasa kebangsaan, seperti kursus ekomoni, pengurusan perniagaan, undang-undang, pendidikan dan veterinar. Bahasa Melayu seperti tidak layak untuk menjadi pengantar ilmu. Arbak Othman, Dewan Bahasa (2006: 27-29)

Wujudnya golongan bangsa Malaysia yang terlalu bangga dengan bahasa asing. Penggunaan bahasa Melayu kurang dipraktikan serta lebih mudah

Page 40: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

mencampuradukkan dengan bahasa asing, ini terpapar dalam rancangan berbentuk perbincangan politik dan juga ekonomi. Kesannya seolah-olah bahasa Melayu itu ketandusan idea dan gagal dalam penyampaian ilmu.

Rakyat belum dapat menerima bahasa Melayu dengan sepenuhnya dan hal ini ada kaitan juga dengan penerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu yang masih tidak mencukupi serta kurang memberi fokus yang tepat tentang sesuatu perkara atau bidang di peringkat asas dan juga peringkat lanjutan. Pelajar di institusi pengajian tinggi masih menggunakan buku-buku dalam bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan utama. Budaya menulis dan menerbitkan buku ilmiah dalam kalangan ahli akademik (kecuali bidang kebahasaan), masih rendah kerana mereka lebih berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu.

Setelah dikenalpasti tentang masalah yang dialami oleh bahasa melayu sebagai bahasa ilmu, tumpuan dialih pula kepada cara-cara untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu.

Langkah-langkah Mengembalikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Keberanian beberapa perwakilan dalam Pehimpunan Agung Tahunan UMNO pada 5 hingga 9 November, amat menarik perhatian pengkaji tentang kegusaran mereka tentang masa depan bahasa Melayu, dengan lantang mereka mendesak kerajaan mengembalikan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Ia sesuai dengan statusnya sebagai bahasa negara dan bagi “mengangkasakan” tamadun bangsa, selaras dengan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan sepenuhnya penggunaan bahasa Inggeris bagi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2008. Adalah diharapkan agar kerajaan mengubah semula keputusan yang dibuat agar bahasa Melayu terus hidup dan sebagai bahasa ilmu.

Pihak perancang kurikulum seharusnya membuat kajian yang mendalam sebelum melakukan perubahan, ini dapat dilihat dalam merangka kurikulum khususnya pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sewaktu itu kita mengalami masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang agak serius. Bila ia diaksanakan guru yang sedia-ada diberi kursus yang ringkas dan berdepan dengan berbagai masalah walaupun diberi pelbagai modul

Page 41: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

pengajaran. 

Guru-guru yang mengajar bahasa Melayu hendaklah digalakkan memberi sumbangan ilmiah dan diberi pengiktirafan serta mendapat ‘markah bonus’ dalam penilaian kenaikan pangkat ini akan mendorong penghasilan bahan ilmiah dikalangan guru.

Memberikan kuasa mengambil tindakan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat bertindak kepada pesalah-pesalah bahasa yang selama ini sering mempersoalkan kuasa DBP dari segi undang-undang. Langkah memberikan kuasa kepada DBP hendaklah disertai penjelasan yang rapi agar semua pihak bersetuju untuk menerimanya.

Penerbitan buku juga dapat membantu menyelesaikan masalah ketandusan ilmu. Usaha ini akan mempercepatkan proses percambahan ilmu dalam sesuatu bidang dalam bahasa Melayu. Akan tetapi penterjemahan karya asing dalam bahasa Melayu sangat diharapkan.

Pihak pendukung ilmu di institusi pengajian tinggi awam seharusnya berkeyakinan penuh terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini telah terbukti dengan kemampuan bangsa Malaysia mengarap ilmu hingga tahap yang tertinggi walaupun asasnya menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantara ilmu.

Penghasilan cakera padat mengenai panduan Bahasa Isyarat Malaysia yang diterjemahkan dari bahasa asing amat dialukan, ini kerana terdapat 4000 pelajar yang sedang bersekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia dapat membantu golongan ini serta masyarakat berkomunikasi dengan lebih mudah. Abdullah Yusof, DBP,(2006:48-51) . 

Kesimpulan 

Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi lingua frangca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh bahasa asing. Para sarjana barat berasa kagum dan mempelajarinya, buktinya terdapat sumbangan yang dihasilkan oleh sarjana Belanda dan British.

Bahasa Melayu telah mengalami tiga tahap perkembangan iaitu pemupukan, pembinaan dan pemantapan bahasa. Perkara 152 Perlembagaan negara

Page 42: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

telah menjamin dan mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seterusnya menjadikan bahasa ilmu. Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai peneguhnya iaitu memberi halatuju kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara.

Dalam kajian ini juga telah dihuraikan tentang fungsi iaitu ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu itu yang menjadikan ianya sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada pada memudahkan ia menyerap pelbagai budaya ilmu.

Seterusnya dihuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu iaitu perubahan dasar pendidikan negara, masalah perubahan kurikulum, guru yang kurang proaktif, sektor swasta yang kurang menggunakan bahasa Melayu, ketiadaan penguatkuasa undang-undang, tenaga pengajar IPTA yang mengagungkan bahasa Inggeris, wujudnya golongan tidak yakin dengan bahasa Melayu, dan kekurangan penerbitan bahan ilmiah.Langkah-langkah untuk mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu juga dibincangkan iaitu desakan kepada kerajaan oleh pewakilan UMNO menampakkan sedikit hasil, perancangan kurikulum, memberi ganjaran kepada guru yang memberi sumbangan ilmu, Memberi kuasa penguatkuasaan dan pendakwaan kepada DBP, perbanyakan penerbitan dan penterjemahan karya asing, pendukung ilmu IPTA seharusnya yakin dengan kemampuan bahasa Melayu, dan penghasilan cakera padat panduan bahasa isyarat Malaysia satu sumbangan ilmu.

Sebagai rumusannya pengkaji berpendapat bahawa bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya, mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktirikan bahasa sendiri, ini telah terbukti yang mana Korea, dan Jepun disertai oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi gergasi ekonomi dunia. Terbukti bahawa sesuatu bahasa tidak pernah menjadi penghalang kemajuan. Oleh yang demikian bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu. 

Rujukan

Ismail Hussein (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Asal-usul bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 1-6.

Page 43: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Yahya Don (2007). Kepimpinan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur:PTS Professional,Hlm 70-71.

Nik Safiah Karim (2006). Kuasa DBP Mengembalikan Upaya Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 10-13.

Zaitul Azmz Zainon Hamzah (2006). Membudayakan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 14-19.

Abdul Aziz Bari (2006). Menangani Masalah, Bahasa Kebangsaan Melalui PemahamanPerlembagaan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa, hlm 6-9.

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan Cabaran Global. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa, hlm 26-29.

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata.

Posted by adnan ahmadat 1:05 AM

http://akumelayutulen.blogspot.com/2009/04/bahasa-melayu-sebagai-

bahasa-ilmu_17.html

Page 44: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Pengenalan terhadap bahasa Melayu

Bahasa Melayu klasik tergolong dalam kategori lingua franca kerana bahasa ini telah

digunakan oleh pelbagai bangsa dan negara dalam urusan perdagangan, terutamanya dalam

perdagangan rempah di kawasan Asia Tenggara yang berpusat di Melaka, seterusnya Johor,

Aceh dan zaman yang kemudiannya di daerah Johor-Riau.[1] Mengikut sebuah terbitan

UNESCO di Paris pada tahun 1953, lingua franca diertikan sebagai sejenis bahasa yang

biasanya digunakan oleh orang-orang yang bahasa ibunda mereka masing-masing adalah

berbeza, bertujuan untuk memudahkan komunikasi antara mereka.[2] 

Pada beberapa abad yang lain juga, bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan (contact

language) untuk menyebarkan ajaran Islam di kawasan yang sangat luas, iaitu di Gujerat,

India dan pantai Sri Lanka di bahagian barat sehingga ke pantai barat Irian Jaya di bahagian

timur; dan dari Champa di Vietnam di bahagian utara hingga ke Banten, di Jawa Barat dan

seterusnya ke Nusa Tenggara di bahagian selatan. Bahkan terdapat banyak kitab klasik

Melayu yang dikarang di tempat yang jauh, iaitu di Tanah Haramain (Makkah dan Madinah).

Bahasa Melayu juga menjadi bahasa serantau di Asia Tenggara untuk perhubungan antara

negara dengan negara, raja dengan raja, penguasa dengan penguasa. Dengan lain perkataan,

ia merupakan bahasa diplomatik. 

Oleh yang demikian, Valentjin telah mengatakan bahawa jika terdapat orang di Asia

Tenggara yang tidak mengetahui bahasa Melayu, kedudukannya adalah sama seperti orang

Eropah Barat yang tidak mengetahui bahasa Perancis pada zamannya.[3]

Page 45: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Realiti hari ini, bahasa Melayu telah digunakan serta difahami oleh lebih daripada 100 juta

manusia. Justeru, dengan sendirinya bahasa ini telah mengambil tempat sebagai salah satu

bahasa yang terbesar dan penting di dunia, khususnya di ‘Dunia Melayu.’ Kini, bahasa

Melayu telah pun menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi dua buah negara yang

luas sekali pengaruhnya, iaitu Malaysia dan Indonesia.[4]

Polemik dan permasalahan bahasa Melayu masa kini

Polemik semasa yang sering terpapar di media-media massa sekarang ini adalah berkenaan

bahasa Melayu yang semakin mengecil penggunaannya, hatta dalam bidang pentadbiran,

undang-undang, penyiaran, malah juga pendidikan di negara ini.[5] 

Merujuk kepada artikel berjudul ‘Cintai bahasa melalui buku’ yang ditulis oleh Mohd. Arif

Atan dalam Ruangan Rencana Utusan Malaysia keluaran 2 Mac 2009, penulis tersebut

menyatakan bahawa ramai rakyat Malaysia tidak lagi cintakan bahasanya sendiri meskipun

dalam masa yang sama, bangsa asing begitu tekun mengkaji dan mempelajari keindahan

bahasa Melayu di universiti seluruh dunia, seperti di Amerika Syarikat, Rusia, Australia,

China, Korea, Sepanyol, Itali, Jerman, Maldova, Republik Chez, Bosnia Herzegovina,

Palestin dan Belarus, di mana para pelajar ini mampu menguasai bahasa kita dengan baik,

seterusnya dapat mengungkapkannya melalui pidato pula. Keadaan ini menunjukkan bahawa

bahasa Melayu dicintai oleh bangsa-bangsa asing sehingga berupaya mewujudkan

pengantarabangsaan dalam bahasa ini.

Pendapat beliau ada benar dan munasabahnya kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai

Page 46: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

bahasa pengantar di universiti-universiti masih lagi menjadi tanda tanya, di samping bahasa

Inggeris yang masih lagi berkubu kuat dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.[6]

‘Adakah kita sudah tidak kenal lagi akan kepentingan dan kehebatan bahasa Melayu hingga

tiada bibit cinta dan kasih akan bahasa sendiri? Tidakkah kita malu pada orang asing yang

jauh lebih kenal dan cintakan keindahan bahasa kita sedangkan hakikatnya kedudukan

bahasa Melayu di tanah air leluhurnya sendiri ibarat melukut di tepi gantang?’ Inilah di

antara persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh penulis artikel tersebut untuk mencetuskan

kesedaran dalam kalangan pembaca. 

Jika diteliti keadaan ini, sememangnya ada benarnya pada kenyataan bahawa rakyat negara

ini tidak lagi merasai cinta akan kehebatan bahasa Melayu. Sedangkan jika kita imbas

kembali sejarah silam, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan,

bahasa pengajian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kerajaan

Sriwijaya. Malah jika diperhatikan, pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad ke-13

hingga abad 19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa tamadun

Melayu baru, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi, bahasa undang-undang,

bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa ketatanegaraan dan bahasa sastera

tinggi.[7] 

Maka, tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan

kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:

“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga

digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri Timur, sebagai suatu bahasa

yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis

Page 47: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh

luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita

kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari

negeri itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.”[8]

Bagaimana pula orang-orang Barat boleh berasa kagum dan merasai hebatnya bahasa

Melayu sehingga mereka dapat merumuskan bahawa sekiranya kita memahami bahasa

Melayu dengan baik, pasti kita tidak akan kehilangan jejak disebabkan meluasnya

penggunaan bahasa Melayu itu. Sebaliknya, apakah nilainya bahasa Melayu itu dalam dada

rakyat di negara ini? Apakah martabatnya hanya di bawah tumit kaki?

Melihat tingginya martabat bahasa Melayu suatu ketika dulu sehingga berupaya mendominasi

bahasa-bahasa lain di rantau Melayu ini, suatu kekecewaan dan kepedihan yang sukar

digambarkan apabila kebitaraan bahasa Melayu kini semakin luntur. Buktinya jelas boleh

dilihat di dalam negara sendiri, di mana peranan bahasa Melayu seolah-olah semakin

mengecil dan terpinggir jauh, lebih-lebih lagi dalam konteks pentadbiran, undang-undang,

perdagangan, hubungan diplomatik, penyiaran, malah kini semakin lenyap sedikit demi

sedikit dalam aspek pendidikan yang merupakan nadi penting untuk memupuk penggunaan

bahasa Melayu dalam kalangan pelajar. Sisa-sisa yang ada hanyalah di dalam aspek bahasa

dan sastera itu sendiri. 

Bahkan jika diperhatikan, rakyat negara ini, khususnya yang terlibat dalam profesion atau

kerjaya profesional seperti doktor, peguam, jurutera, dan seumpamanya, bahasa Melayu

jarang sekali meniti di bibir-bibir mereka, malah yang sering terpacul dari mulut mereka

adalah bahasa asing yang telah ‘memangsakan’ bahasa Melayu di buminya sendiri. 

Page 48: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Sesungguhnya inti persoalan yang masih dihadapi oleh bahasa kebangsaan kini ialah bahasa

itu masih belum memainkan peranan hakikinya dalam segala lapangan kehidupan sebuah

masyarakat dan negara moden (atau yang sedang dimodenkan). Para anggota masyarakat

masih belum menggunakan bahasa itu secara meluas dalam interaksi sosial dan profesional

mereka yang sebenarnya. Mereka tidak berfikir dengan bahasa itu dan tidak pula

menyalurkan pemikiran mereka dalam bahasa itu dengan cara yang canggih, berkesan lagi

kreatif. 

Penggunaan sosial sesebuah bahasa itu seringkali tidak selaras dengan kedudukan undang-

undangnya. Akan tetapi, kegunaan yang demikian itu amatlah penting bagi sebuah bahasa

kebangsaan yang sedang mengalami proses pemodenan. Hanya dengan penggunaan tersebut

barulah ribuan istilah yang secara abstrak dicipta oleh jawatankuasa-jawatankuasa istilah itu

dapat diuji kesesuaiannya. 

Pengujian dan penggunaan yang demikian itulah satu-satunya cara kemampuan sintaksis

bahasa itu dapat dipastikan dan diperluas, dan dengan itu tradisi pengucapan intelektual

bahasa itu dalam sesuatu bidang ilmu moden dapat dibentuk. Jika tidak, bahasa itu akan

hanya merupakan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan secara rasmi-rasmian sahaja. Sebagai

contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta sejumlah istilah kehakiman atau

undang-undang yang secukupnya. Dari segi rasminya, bahasa perantaraan di mahkamah

adalah bahasa Melayu, begitu juga dengan institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) yang kini

telah menawarkan pendidikan dan latihan kehakiman dalam bahasa kebangsaan. 

Namun, itu hanyalah kedudukan rasmi bahasa itu dalam bidang kehakiman, sedangkan

Page 49: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

hakikatnya tidaklah dapat dikatakan bahawa bahasa kebangsaan telah menjadi bahasa

perhubungan dalam kegiatan profesion kehakiman di negara ini. Secara umum, para peguam

di negara ini lebih senang serta lebih mampu menggunakan bahasa kehakiman Inggeris yang

indah, tetapi tidak mampu mengungkapkan pemikiran yang agak mudah dalam bahasa

kebangsaan. Dokumen undang-undang masih digubal dalam bahasa Inggeris, dan

kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan untuk tujuan rasmi.

Jika ditinjau kepada lapangan kehidupan moden pada masa kini, ternyata bahawa masalah

pokok yang dihadapi oleh bahasa itu ialah tidak terdapatnya isian intelektual yang diperlukan

untuk mengolah bahasa itu menjadi bahasa moden yang canggih. Hakikatnya, bukanlah

bahasa itu yang sebenarnya tidak dapat dibentuk menjadi bahasa moden, tetapi sebenarnya

tidak terdapat pengguna bahasa kebangsaan yang dapat menggunakan bahasa itu dengan

cekap serta memberikan sumbangan yang bersifat intelektual terhadap proses pemodenannya.

Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan bagi Negara Malaysia yang

dipengaruhi oleh sejarah perjuangan kemerdekaan yang telah dipelopori oleh gerakan

nasionalisme Melayu. Namun demikian, tugas untuk memperkembangkan bahasa itu menjadi

bahasa ilmu dan bahasa budaya yang moden dan saintifik merupakan tugas intelektual yang

amat berat. Tugas inilah yang sehingga kini masih belum dilaksanakan dengan jayanya.[9]

Akan tetapi, belum pun selesai misi besar dalam menyebarluaskan penggunaan bahasa

Melayu serta meninggikan martabatnya di negara tercinta ini, satu tindakan berpatah kembali

untuk menjadikan bahasa lain sebagai wahana bidang-bidang utama kenegaraan, khususnya

melalui bidang pendidikan, menjadikan martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat.

Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah

ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan

Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu

sebagai salah satu tonggak pembinaan negara.[10]

Page 50: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Dalam hal ini, golongan profesional yang berketurunan Melayu sendiri sering tidak dapat

diharapkan. Bahasa Melayu mungkin merupakan bahasa ibundanya, tetapi bahasa Melayu

yang dikuasainya hanyalah bahasa basahan yang digunakan untuk berbual-bual dalam

percakapan harian, sedangkan bahasa Melayu yang harus dikembangkan sebagai bahasa

kebangsaan moden adalah bahasa Melayu yang tepat, jitu dan canggih.

Kebobrokan intelektual merupakan masalah sebenar yang dihadapi oleh bahasa Melayu hari

ini,[11] selain daripada pelaksanaan beberapa dasar oleh Kerajaan sehingga mengecilkan

fungsi dan peranan bahasa Melayu di negara ini. Sebagai implikasinya, bahasa Melayu yang

sememangnya semakin mengecil dari aspek penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan

moden malah semakin tidak diminati dan dirasai peri pentingnya dalam pengekalan sebuah

tamadun Melayu di rantau ini.

Faktor-faktor peminggiran dan kemerosotan bahasa Melayu masa kini

Sejak akhir-akhir ini, jelas kelihatan bahawa keyakinan terhadap peranan dan

kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini dan kedudukannya

sebagai bahasa ilmu-ilmu moden sudah mulai menurun, hatta dalam kalangan pejuang bahasa

itu sendiri.[12] Amatlah ganjil setelah lebih lima puluh tahun negara ini mencapai

kemerdekaan, masih terdapat keresahan dan kebimbangan yang berleluasa terhadap masa

depan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.[13] Apakah sebenarnya tunjang

utama kepada permasalahan ini?

Hakikatnya, tidak dapat tidak kelunturan martabat bahasa Melayu dan peminggirannya dalam

arus pemodenan seperti hari ini berpunca daripada sistem kolonial penajajah Inggeris selama

pemerintahan mereka di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Para penakluk tersebut telah

menurunkan darjat bahasa Melayu daripada bahasa besar dan bahasa perhubungan luas

Page 51: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

menjadi bahasa setempat dan bahasa vernakular yang disempitkan fungsinya hanya sebagai

bahasa perhubungan sehari-hari dan lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam

zaman penjajahan Inggeris, bahasa Melayu disamatarafkan dengan bahasa keturunan yang

dibawa masuk oleh Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India

dengan menjadikannya sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya

dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah vernakular

India. Inggeris benar-benar telah melaksanakan dasar pecah belah dan perintahnya, dan pada

waktu yang sama telah membenamkan bahasa dan budaya Melayu ke ‘lumpur pekat’

sehingga hilang sinar bahasa bitara itu di negaranya sendiri.[14] 

Berasaskan kepada perancangan sistem kolonial inilah martabat bahasa Melayu pada hari ini

menjadi semakin luntur dan hilang fungsinya di Negara Malaysia yang menjadikan bahasa

Melayu sebagai bahasa rasmi Kerajaan sekaligus bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana

penjajah Inggeris itu suatu ketika dulu tidak mahu anak watan bangkit sebagai bangsa

berwibawa sehingga akhirnya berupaya membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman

tangan mereka.[15]

Melihat pula kepada realiti hari ini, bahasa Melayu kian hari kian terhakis penggunaan dan

fungsinya adalah disebabkan oleh ketiadaan rasa keyakinan terhadap bahasa Melayu sebagai

bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara.

Sedangkan selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa Melayu

sebenarnya telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui tiga fungsi

utamanya, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa Melayu telah berhasil menjadi asas terbentuknya konsep negara

Page 52: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

berdaulat dan telah menjadi faktor pemersatuan rakyat yang ampuh sehingga terbentuk

perpaduan kebangsaan. 

Sebagai bahasa rasmi pula, bahasa Melayu telah menjadi wahana komunikasi rasmi yang

menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan dalam membangunkan negara dalam pelbagai

sektor. sektor utama negara seperti dalam pendidikan, pentadbiran, undang-undang dan

kehakiman serta media massa telah mencapai tahap kemajuan dan kecekapan yang

membanggakan melalui bahasa Melayu sebagai wahana utamanya.

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian

pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa

kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta

keeklusifan bahasa pengantar ilmu yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris. Jutaan

sekolah aliran kebangsaan telah terhasil dan merekalah yang menjadi tonggak pembangunan

negara dalam pelbagai bidang. Meskipun pada tahap pengajian tinggi, sebahagiannya

memperoleh ilmu dalam bahasa asing, khususnya yang melanjutkan pengajian di luar Negara,

kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa sehingga peringkat menengah atau

sekurang-kurangnya, iaitu peringkat yang memberikan ilmu dan kemahiran asas kepada

pelajar, pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan.[16] 

Rasa tidak yakin terhadap keupayaan bahasa Melayu itu adalah disebabkan oleh kurangnya

pengkajian dan penelitian terhadap pencapaian-pencapaian yang telah digapai oleh bahasa

Melayu itu sendiri, iaitu dengan menoleh sejenak memerhatikan rentetan sejarah silamnya

sehingga mencapai kegemilangan dengan hanya menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana

utamanya. Tidak dapat tidak, perkara ini haruslah dilakukan melalui pembacaan yang banyak

Page 53: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

berkenaan bahasa Melayu itu sendiri (seperti yang dicadangkan oleh penulis artikel Mohd

Arif Atan). Namun hakikatnya, masalah utama kepada perkara ini ialah kurangnya minat

membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia, sehinggakan permasalahan bahasa yang

semakin merudum dan hampir pupus penggunaannya ini tidak dapat dirasai oleh masyarakat,

apatah lagi untuk berusaha memperjuangkannya.

Antara lain ialah tiadanya rasa cinta dan hormat[17] oleh sejumlah rakyat Malaysia akan

bahasa kebangsaannya sehingga menyebabkan bahasa Melayu semakin terpinggir di negara

sendiri. Meskipun dalam Perlembagaan Persekutuan, dan bahagian khusus berkaitan dengan

status bahasa Melayu ialah perkara 152, dengan menyatakan bahawa bahasa Melayu dengan

rasminya diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan negara baharu, menjadi lambang

kedaulatan negara, dan mengambil alih bahasa Inggeris yang sebelum ini memainkan peranan

penting sebagai bahasa utama zaman pemerintahan penjajah,[18]namun kesemuanya ini tidak

dapat dibuktikan dengan tindakan serta perlakuan secara keseluruhan. Buktinya ialah

semakin banyak terjadi fenomena penamaan tempat, bangunan dan jalan, termasuk di

kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara, yang mengutamakan nama berdasarkan

bahasa asing, seperti precinct, parcel dan boulevard.[19] Contoh lain ialah Justice of

Palace, Mount Kiara, Petaling Street dan seumpamanya.

Di samping itu, kemerosotan bahasa Melayu dalam aspek mutu bahasa berkaitan dengan

kurang pekanya sejumlah anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku dan

ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang rasmi seperti pentadbiran,

penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa basahan (yang ditandai oleh fenomena

bahasa rojak atau istilah linguistiknya peralihan kod, bahasa SMS, bahasa sembang di

Internet dan sebagainya) dengan bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa

Melayu kehilangan darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi.[20]

Page 54: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang terbudayanya

bahasa Melayu dalam kalangan sebilangan anggota masyarakat, khususnya dalam konteks

yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Senario itu tergambar pada beberapa perkara

berikut:

1)Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelaksanaan peruntukan

Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, mengakibatkan masih

banyak urusan rasmi seperti mesyuarat, pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang masih

tidak mengutamakan bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam

Perlembagaan.

2)Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sector

tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam

(melibatkan pihak berkuasa tempatan), penyiaran (melibatkan Kementerian Penerangan dan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).

3)Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai kesan pelaksanaan

beberapa keputusan, seperti pengajaran subjek-subjek berasaskan sains dan matematik dalam

bahasa Inggeris di sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar kursus di IPTA dan juga pengecualian pengajaran di IPTS dalam bahasa asing

serta pengecualian pengajaran bahasa Melayu sebagai subjek wajib. 

4)Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa asing, khususnya bahasa

Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang kadangkala berlebihan dalam kalangan pelbagai

lapisan masyarakat (pemimpin, profesional dan orang awam) untuk mengutamakan

penguasaan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan bahasa

Melayu.

Page 55: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

5)Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Malaysia, termasuk

dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup mantap kerana adanya anggapan bahawa

bahasa Melayu tidak berkolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai

nilai ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu pengukur taraf

sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi, misalnya dalam hal peluang

pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan pula, masih besar jumlah anggota masyarakat,

termasuk golongan yang berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang

tidak begitu mencerminkan budaya tinggi.

6)Kenyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu turut mengurangkan

perhatian dan keyakinan sebilangan anggota masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai

contoh, dalam pada DBP mengusahakan penglibatan sektor swasta menggunakan bahasa

kebangsaan pada papan perniagaan dan iklan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan diwajibkan lagi pada

papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri kanan pula, melalui media juga, mengajak

masyarakat mengabaikan pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit, lalu menyeru

agar digiatkan usaha meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan, dan

dengan tidak segan-silu atau berasa hormat kepada salah satu asas kenegaraan, iaitu bahasa

kebangsaan, mengisytiharkan bahawa urusan di kementeriannya kebanyakannya

dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Inggeris.[21] 

Selain itu, faktor yang sememangnya tidak dapat dinafikan pada alaf ini ialah cabaran

globalisasi, di mana kemunculannya dipengaruhi oleh bahasa antarabangsa, khususnya

bahasa Inggeris. Pengecilan dunia kini menjadikan globalisasi semacam ‘perkampungan

global’ dan kita semakin banyak berhubung dengan dunia luar. Untuk berhubung, kita

perlukan satu bahasa perhubungan yang difahami oleh sebahagian besar penduduk dunia, dan

bahasa yang memenuhi tuntutan itu buat masa ini ialah bahasa Inggeris.[22] 

Page 56: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Namun demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang

dipegang oleh penuturnya.[23] Ini kerana, era globalisasi sememangnya membawa cabaran

kepada bahasa Melayu dari segi persaingan dengan bahasa Inggeris, akan tetapi keadaan ini

tidaklah menjadi satu cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perhubungan, bahasa pengantar dan bahasa

berdaulat di negara sendiri, selagi mana rakyat Malaysia mempunyai sikap yang betul

terhadap bahasa kebangsaannya. Tetapi, jikalau wujud sikap kurang yakin terhadap

keupayaan bahasa Melayu dalam era globalisasi, jikalau wujud sikap taasub terhadap

keupayaan dan kepentingan bahasa Inggeris dan keghairahan yang tinggi untuk

menggantikan tempat bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, maka tercabarlah dan

tergugatlah kedudukan bahasa Melayu di negaranya sendiri.[24] 

Dalam dunia global seperti hari ini, bahasa peninggalan nenek moyang kita boleh mengalami

kepupusan sekiranya kita tidak berhati-hati. Lebih menakutkan, ada pihak yang mendakwa

bahawa jika dahulu bahasa yang mengalami kepupusan didapati binasa antara dua hingga

empat generasi (50-100 tahun), tetapi sekarang dengan keganasan gelombang globalisasi,

kadar kebinasaan ini berlaku hanya dalam satu atau dua generasi sahaja.[25]

Cara-cara memartabatkan semula kebitaraan bahasa Melayu

Peningkatan martabat bahasa Melayu sebagai teras pembinaan bangsa Malaysia memerlukan

perencanaan semula dalam beberapa aspek, dan pada waktu yang sama memerlukan

peneguhan dasar-dasar yang berkaitan dengannya, sebagai langkah membina ketahanan jati

diri dan maruah bangsa dan negara.[26]

Page 57: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Seperti yang dicadangkan oleh penulis artikel Utusan Malaysia tersebut, kita seharusnya

memulakan usaha ‘berkenal-kenalan’ dengan bahasa Melayu bermula hari ini supaya kelak

akan timbul rasa sayang terhadapnya. Bagi tujuan itu, buku-buku berkenaan sejarah,

perancangan, kepentingan, perkembangan, kehebatan, kejayaan, masalah, cabaran atau masa

depan bahasa Melayu merupakan alat penting untuk tujuan mendekatkan semula masyarakat

dengan bahasa kita.

Namun demikian, perkembangan minda rakyat Malaysia masih lagi terkebelakang

jika diukur dari sudut budaya membaca. Menurut perangkaan yang diperolehi oleh

Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1997, secara purata, penduduk Malaysia hanya

membaca 2 buku setahun. Jika arah aliran ini berterusan, kedudukan daya saing Malaysia

menuju ke arah wawasan menjadi negara maju mungkin akan tergugat. Perkembangan

industri perbukuan didapati tidak seimbang dengan pertumbuhan ekonomi negara. Antara

lain disebabkan permintaan terhadap buku yang tidak berkembang pada tahap sewajarnya.

Semua ini berpunca daripada minat membaca rakyat Malaysia yang kurang

memberangsangkan. Jika rakyat Malaysia gemar membaca, pastilah industri perbukuan di

negara ini berkembang pesat selaras dengan negara-negara maju yang lain. [27]

Justeru, pemerkasaan penghayatan pembacaan perlu dilakukan. Ini bermakna, kita tidak lagi

membicarakan membaca dalam pengertian mekanistik, tetapi lebih jauh mendalaminya

memasuki ‘wilayah’ seni dan estetika membaca sehingga membuahkan pencinta buku. Seni

dan estetika membaca pula akan memasuki ‘wilayah’ kedalaman membaca yang akhirnya

membuahkan pencinta ilmu, yang mana akhirnya pula membuahkan tradisi menulis secara

semulajadi, kerana itulah kesan sebenar daripada penghayatan budaya membaca. Maka, tidak

timbul lagi persoalan minat membaca dan kesukaran menulis kerana budaya membaca dan

Page 58: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

budaya menulis adalah gabungan harmonis yang melengkapi dan tidak terpisah. Bahkan

inilah matlamat akhir mewujudkan masyarakat membaca.[28] 

Ditambah pula dengan perkembangan segala macam ilmu dalam pelbagai domain,

terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, sudah semestinya bahasa menjadi sebahagian

daripada keperluan itu. Justeru, usaha penulisan dan penerbitan buku-buku ilmu, khasnya

dalam bidang sains dan teknologi maklumat patut digerakkan sejajar dengan perkembangan

ilmu dan pembangunan negara. Di samping itu, Malaysia telah mengambil inisiatif

menterjemahkan karya-karya agung dunia ke dalam bahasa Melayu, di samping

menterjemahkan karya-karya terbaik dalam bahasa Melayu ke dalam bahasa Inggeris dan

sebagainya. Dalam hal ini, kita patut menjadikan Jepun dan Korea sebagai contoh kerana

menterjemahkan sekitar 30 000 judul buku dengan pantas setiap tahun, khususnya buku-buku

sains dan teknologi.[29] Perkara ini adalah penting untuk digiatkan secara intensif untuk

memudahkan rakyat Malaysia merujuk buku-buku sains dan teknologi dalam bahasa Melayu,

selain bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca bahan-bahan ilmiah

berbahasa Melayu, sebagai membuktikan bahawa bahasa Melayu tidak pernah ketinggalan,

selari dengan perkembangan globalisasi hari ini. 

Selain itu, meskipun belum cukup usaha untuk mewujudkan suasana penggunaan bahasa

Melayu dalam bidang teknologi maklumat secara serius, kita selaku rakyat Malaysia

seharusnya memikul amanah ini dalam usaha untuk mengembangluaskan penggunaan bahasa

Melayu dalam bidang teknologi maklumat sekalipun dalam perkara yang mudah dan

dianggap remeh. Sebagai contoh, menggunakan bahasa Melayu dalam dunia internet dan e-

mel meskipun untuk berhubung sesama sendiri.[30] 

Page 59: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Antara langkah-langkah lain yang perlu diambil dalam membitarakan bahasa Melayu di

negara ini adalah melalui cara-cara berikut:

i. Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu.

Contohnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi hendaklah

ditegaskan semula supaya semua urusan rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara

mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan

Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa kebangsaan

yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah bukan sahaja dihormati, malah

dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh semua lapisan, daripada pemimpin negara hingga

penjawat awam dan masyarakat umum.

ii. Pindaan dan peluasan peruntukan akta yang berkaitan. Pindaan Akta Bahasa

Kebangsaan yang memberikan cakupan lebih luas penggunaan bahasa Melayu, pindaan akta-

akta yang sudah tidak kemas kini atau tidak jelas tentang penggunaan bahasa Melayu seperti

Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta Syarikat, Akta Cap Dagang, Akta Industri Pelancongan

dan beberapa yang lain perlu disegerakan. Selain itu, akta yang sedia ada seperti Akta

Komunikasi dan Penyiaran dan Undang-undang Kecil Pengiklanan mestilah dikuatkuasakan

pelaksanaannya secara tegas.

iii. Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu. Usaha ini perlu

ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai bahasa budaya tinggi,

melalui penerbitan baha ilmiah dan rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai

peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). Agenda pengayaan khazanah

ilmu dan persuratan Melayu mesti dimasukkan dalam agenda pembangunan negara melalui

Belanjawan Negara.

Page 60: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

iv. Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan. Usaha ini perlu

dimantapkan semula, bermula dari peringkat prasekolah sehingga peringkat pengajian tinggi.

Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada usaha pembudayaan bahasa

Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang

penting. Pertama, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam

proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan

oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak

Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta

Pendidikan 1996. Sebarang usaha berundur daripada keputusan yang penting dan bijaksana

serta telah membuktikan kejayaan dalam proses pembinaan negara hendaklah dielakkan.

Kejayaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam pelaksanaan

bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk pelbagai bidang ilmu tidak harus direncatkan.

Aspek kedua, pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi

melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan bacaaan

tambahan serta melalui pelbagai kegiatan kokurikulum. Dengan demikian, diharapkan

landaan pelbagai ragam bahasa tidak rasmi, sama ada bahasa sembang Internet, bahasa SMS

atau yang lain tidak akan sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.

v. Komponen bahasa dan persuratan dalam pelbagai program negara. Semua program

negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai peringkat mesti memasukkan program

bahasa dan persuratan, misalnya dalam Program Khidmat Negara, kursus Biro Tatanegara,

K&P Kementerian Penerangan dan sebagainya. Kursus atau apa-apa juga program motivasi

untuk kalangan ahli politik dan professional perlu memasukkan modul bahasa dan persuratan

di dalamnya.

Page 61: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

vi. Modul bahasa dan persuratan dalam program latihan jabatan. Setiap jabatan dan

agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa, penulisan dan persuratan dalam program

“kursus dalam perkhidmatan” masing-masing.

vii. Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media massa. Usaha ini perlu

dilaksanakan untuk memastikan bahawa media massa melaksanakan tanggungjawab sebagai

agen pemantapan bahasa yang baik dan santun dalam penyiaran dan penerbitan program atau

bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran dan juga tindakan

undang-undang.

viii. Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebangsaan. Kerajaan melalui

semua kementerian, jabatan dan agensi serta perbadanan dan pihak swasta hendaklah secara

aktif dan terancang menyertai program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh negara

yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), seperti

program Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksanakan setiap tahun selama sebulan.

Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan swasta hendaklah diminta merancang dan

menganjurkan kegiatan yang dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu

ke waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuaratan Melayu tidak terpinggir

dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi yang fungsi khususnya berkaitan dengan

bidang bahasa dan sastera.[31] 

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, apa yang diperkatakan oleh penulis Mohd. Arif Atan dalam Ruangan

Rencana Utusan Malaysia keluaran 2 Mac 2009 adalah pendapat dan cadangan yang berkisar

Page 62: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

kepada realiti hari ini. Ia adalah polemik semasa yang sedang hangat dibincangkan kerana

persaingan yang berlaku antara bahasa Melayu dan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris

sebagai bahasa perhubungan dalam dunia teknologi hari ini merupakan persaingan yang

sengit, sehingga boleh dikatakan bahawa dengan kehadiran bahasa Inggeris itu telah

menyebabkan ianya diangkat dan diagung-agungkan sehingga bahasa kebangsaan yang

merupakan teras bangsa di Malaysia ini semakin terpinggir dan dipandang rendah. Justeru,

kemunasabahan pendapat, ulasan dan cadangan beliau dalam hal ini adalah wajar dan sesuai

diaplikasikan dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini.

Namun secara keseluruhan, bahasa Inggeris itu tidaklah boleh dipersalahkan secara total. Hal

ini demikian kerana masalah utamanya adalah terletak pada sikap penutur itu sendiri, yang

memilih untuk membitarakan bahasa Melayu atau sebaliknya. Jika dilihat kepada sejarah

bangsa Korea dan Jepun, meskipun bahasa Inggeris boleh dianggap ‘meraja’ dalam dunia,

namun demikian, bangsa mereka tidak tergugat dengan pengaruh bahasa asing itu. Situasi ini

dapat dilihat pada kecanggihan ilmu teknologi yang mereka miliki, dan sumbernya adalah

daripada ilmu pengetahuan dalam bahasa mereka sendiri, Lantas, dalam hal ini, siapa yang

perlu dipersalahkan? 

Ketuk akal, tanyalah minda!

BIBLIOGRAFI

1. A. Aziz Deraman. (2004). Bahasa dan sastera Melayu dalam abad ke-21: Cabaran dan

harapan. Dlm. Awang Sariyan (Ed.), Sumbangsih: Kumpulan esei mengenang jasa

Asraf (Hlm. 37 & 38). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 63: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

2. Abdul Razaq Ahmad & Shaharom TM Sulaiman. (2005). Buku dan pendidikan: Ke arah

penghayatan membaca.   Selangor: Fakulti Pendidikan UKM. Hlm. 197-199.

3. Awang Sariyan (2007). Membitarakan Bahasa dan Budaya Melayu dalam Konteks

Peneguhan Tamadun Negara. Majalah VISI. (8), 19.

4. Darwis Harahap (2004). Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Haji Sha’ari Abdullah. (2005). Penerbitan dalam bahasa Melayu: Peranan Yayasan

Pembangunan Buku Negara. Dlm. Mohd. Anwar Ridhwan (Ed.), Penerbitan buku dalam

bahasa Melayu: Cabaran & Pengalaman (Hlm. 11). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

6. Hishammuddin Tun Hussein (2006). Bahasa Melayu Sentiasa Diperjuangkan Sepanjang

Zaman. Dewan Masyarakat. (10), 57.

7. Ismail Hussein (1984). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.Laman DBP, http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?

Content=articles&ArticleID=1029&IID, 3 Mac 2009.

9. Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu dan Cabaran Globalisasi. Dlm. Awang Sariyan

(Ed.), Sumbangsih: Kumpulan esei mengenang jasa Asraf (Hlm. 219). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Rustam A. Sani (1993). Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

[1] Darwis Harahap (2004). Mutiara Budi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 71.

[2] Ibid. Hlm. 70.

[3] Ibid. Hlm. 71.

Page 64: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

[4] Ismail Hussein. (1984). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. Vii.

[5] Laman DBP, http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1029&IID, 3 Mac 2009.

[6] Darwis Harahap. (2004). op. cit. Hlm. 133.

[7] Awang Sariyan. (2007). Membitarakan bahasa dan budaya Melayu dalam konteks peneguhan tamadun negara. Majalah VISI. (8), 19.

[8] Ibid. Hlm. 20.

[9] Rustam A. Sani. (1993). Politik dan polemik bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 55-57.

[10] Awang Sariyan. (2007). op. cit. Hlm. 22.

[11] Rustam A. Sani. (1993). op. cit. Hlm. 59.

[12] Ismail Hussein. (1984). op.cit. Hlm. 60.

[13] Ibid. Hlm. 54.

[14] Awang Sariyan. (2007). op. cit. Hlm. 20.

[15] Ibid.

[16] Ibid. Hlm. 21 & 22.

[17] Ibid. Hlm. 23.

[18] Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu dan Cabaran Globalisasi. Dlm. Awang Sariyan (Ed.), Sumbangsih: Kumpulan esei mengenang jasa Asraf (Hlm. 219). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[19] Awang Sariyan. (2007). op. cit.

[20] Ibid.

[21] Ibid. Hlm. 23 & 24.

[22] Nik Safiah Karim. (2004). Hlm. 223.

[23] Ibid. Hlm. 224.

[24] Ibid. Hlm. 226.

Page 65: Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

[25] Ibid.

[26] Awang Sariyan. (2007). op. cit. Hlm. 25.

[27] Haji Sha’ari Abdullah. (2005). Penerbitan dalam bahasa Melayu: Peranan Yayasan Pembangunan Buku Negara. Dlm. Mohd. Anwar Ridhwan (Ed.), Penerbitan buku dalam bahasa Melayu: Cabaran & Pengalaman (Hlm. 11). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[28] Abdul Razaq Ahmad & Shaharom TM Sulaiman. (2005). Buku dan pendidikan: Ke arah penghayatan membaca.   Selangor: Fakulti Pendidikan UKM. Hlm. 197-199.

[29] A. Aziz Deraman. (2004). Bahasa dan sastera Melayu dalam abad ke-21: Cabaran dan harapan. Dlm. Awang Sariyan (Ed.), Sumbangsih: Kumpulan esei mengenang jasa Asraf (Hlm. 37 & 38). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[30] Nik Safiah Karim. (2004). Hlm. 227 & 228.

[31] Awang Sariyan. (2007). op. cit. Hlm. 25 & 26.

Posted by Diari Ungu   at 5/14/2009 12:06:00 PM Labels: Kritik Artikel

http://diariungu.blogspot.com/2009/05/cintai-bahasa-melalui-buku.html