Bahan esei

11
Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolahdan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukanwarga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padudan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan danpenghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistempeperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti- aktiviti kokurikulum yangdirancang dan dilaksanakan

description

hihi

Transcript of Bahan esei

Page 1: Bahan esei

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara

 Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan

bahawa sekolahdan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam

pembinaan dan pembentukanwarga negara dan rakyat yang bersatu padu.

Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untukmewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkanrakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkemampuan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara”

 Secara tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia

yang bersatu padudan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun

Negara melalui penggunaan danpenghayatan kurikulum yang bersepadu,

penggunaan bahasa pengantar dan sistempeperiksaan yang sama serta

penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yangdirancang dan

dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja

bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumatberbentuk akademik

sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian danperwatakan

murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini

berorientasikansuasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR)dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

mulai tahun 1983. Mata pelajaranPendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah,

Pendidikan Al Quran Dan Assunnah danPendidikan Moral yang diperkenalkan

dapat mengukuhkan pegangan agama, menanamsifatsifat mulia serta

membentuk tingkahlaku yang bersopan santun dan saling menghormatisesama

manusia.

Page 2: Bahan esei

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di

Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad

Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah

menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.Sebelum itu,

dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang,

beliaumenyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada

prinsip-prinsip RukunNegara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran

negara agar terus berkekalan. Dengantertubuhnya Kelab Rukun Negara di

sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab RukunNegara Di

Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah

terutamanyagolongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah

menjana semangat perpaduanyang lebih jitu dapat dipertingkat dan

diperkukuhkan..

USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT

SETEMPAT

 

ProgramPemuafakatan Masyarakat

 –

 Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui

program-program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan

Beradab, gotong royong,majlis perkahwinan dan sebagainya.

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat

 –

 Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai

acara dijalankanmelibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan

Page 3: Bahan esei

perasaan tertekan dengan bebanantugas, program ini dapat membina

persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasihsayang dalam

kalangan seluruh warga masyarakat.

Acara kebudayaan dan kesenian-

 Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan

seperti permainantradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum

di Malaysia dan lain-lain lagiyang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat

berhibur, semua yang terlibat dapatmemahami dan mematuhi peraturan yang

digariskan.

Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali-

 Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau

organisasi sepertiJKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh

warga masyarakat. Beraneka jenismakanan yang dihidang dinikmati bersama.

Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihakdisampaikan kepada mereka

yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan,disambut dengan

penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang danperpaduan

rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.

Aktiviti Riadah -

 Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil

bahagian dalampelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak

Berkuasa Tempatan, Majlis BeliaMalaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda,

INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yangboleh dijalankan ialah senamrobik,

mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur 

Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat

dapat

berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka

dapatmemahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat

menghormati sesamamasyarakat.

Page 4: Bahan esei

KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT

SEKOLAH

 

SekolahPenyayang

 –

 

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep

”SekolahkuSyurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan p

enyertaan bersamaibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan

ini dapat mewujudkan golonganpelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk

peribadi pelajar yang suka menolong danmenghormati orang lain, berbudi pekerti

mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang danhubungan mesra antara

warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

 –

 Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari

pelajar Melayu,namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan

termasuk dari Sabah danSarawak. Program RIMUP secara kelompok turut

diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolahini terlibat dengan program yang

dirancang bersama dengan sekolah

 –

sekolah lain yang,mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP

peringkat sekolah dan kelompokdianggotai kaum yang pelbagai. Kesan

penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam programini adalah sangat baik. Ia

membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat danmesra

seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum

 –

Page 5: Bahan esei

 Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan

dan pakaianseragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan

mereka dalam perkhemahan,persembahan dan pertandingan di pelbagai

peringkat akan mendedahkan mereka kepadasituasi yang berlainan dan

beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tetrtentu semasa mengikutiprogram-

program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara

demokrasidengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi.

Mereka dapat berinteraksisecara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang

ditentukan. Hasil dari penglibatanpelajar secara aktif dalam aktiviti yang

dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalamusaha untuk

membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah

masyarakatyang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

 –

 Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati

hari ulangtahunkemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah

ditubuhkan dengankerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan

Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan,Persatuan Sejarah dan Persatuan-

persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaanPIBG, Alumni, tokoh-

tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaandalam

aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah

kemerdekaan,

tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen,

kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan

esei, derma darah,

pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan

detikkemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang

dianjurkan oleh pihak lain di

Page 6: Bahan esei

peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam

menjayakanprogram ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah

berkaitan pembinaan bangsaMalaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,

bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakankehidupan bersatupadu dan

kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah

 –

 Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat

bersejarah,Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara,

Muzium Negara,Rumahrumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin,

Penjara, Rumah perlindungankanakkanak, asrama orang kurang upaya, sekolah,

universiti dan sebagainya. Pelbagai acaradiadakan semasa lawatan dan ziarah

tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong,persembahan kesenian

dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dariprogram

lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar

peripentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik

sesama rakyatberbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah

 –

 Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian

kakitangan sokongansekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti

Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dansebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah

seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri,kerohanian, kembara, ikhtiar hidup,

kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yangdijalankan di luar

kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari

mendapatmaklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam

Malaysia, nikmatkehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

PENUTUP:

Page 7: Bahan esei

 Kejelekitan perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum

sukar dicapaitanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman

semua pihak,kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di

samping menghayati denganpenuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan

yang tersirat dalam kesemua prinsip rukunnegara.Penghayatan Rukun Negara

untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu

dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran

berdasarkankurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang

teratur dan terancang,penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian,

penyertaan semua warga organisasidalaman sekolah dan di luar sekolah

mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warganegara Malaysia dalam

pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyatyang

bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra

yangdiamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak

berdasarkan prinsip-prinsipRukun Negara Malaysia.Kini kita berada dalam era

globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demimenuju ke arah

membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupunterdapat

beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang

gigihdan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh

tanggungjawab dan

bersifat pro aktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan

integrasi nasionalakan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha

Berkuasa.

SENARAI RUJUKAN;

 1. Sejarah Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd2. Malaysia Kita, Institut

Tadbiran Awam Negara, JPN, 19913. Malaysia Kita, International

law book Services, 2007.4. Buku Panduan Rancangan Integrasi

Murid UntukPerpaduan, KPM, 2005.5. Pengajian Am Kenegaraan Malaysia,

Mohd. Thajudin Abd.Muthalib, East View, 1997.6. Pengajian Am Kertas

Page 8: Bahan esei

900/1, Prof Madya Dr. Cheu HockTong, Pustaka Sarjana,

2001.7. Negara Kita, INTAN, Kuala Lumpur,

1986.8. Perlembagaan Persekutuan, Pindaan 1987, JabatanPercetakan

Kerajaan, Kuala Lumpur,

1988.9. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Tun MohammadSuffian Hashim,

DBP, 1984.