Bab 5-ting-4.ppt
-
Upload
megala-silva-raju -
Category
Documents
-
view
812 -
download
1
Transcript of Bab 5-ting-4.ppt
![Page 1: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/1.jpg)
BAB 5KERAJAAN ISLAM
DI MADINAH
![Page 2: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/2.jpg)
BERIKAN ISI KERAJAAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA
●Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam ●Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w●Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah ke Madinah●Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam ●Menyediakan tempat tinggal kepada orang Islam ●Sedia mempertahankan Islam
![Page 3: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/3.jpg)
MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W DAN ORANG-ORANG ISLAM
BERHIJRAH KE MADINAH
●Perintah Allah menerusi wahyu●Strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam●Mengatasi ancaman orang Aus dan Khazraj●Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj●Jaminan keselamatan dan bantuan daripada orang Arab Madinah●Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam ●Mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan
![Page 4: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/4.jpg)
BERIKAN HUJAH-HUJAH BAGI MENYANGKAL PANDANGAN
ORIENTALIS BARAT YANG MENTAFSIR HIJRAH ADALAH SUATU PELARIAN
●Penghijrahan berlaku kerana jemputan orang Madinah●Orang Islam diterima dengan rela / disambut dengan meriah●Orang Islam diberikan tempat tinggal●Dijamin keselamatan ●Nabi Muhammad s.a.w dilantik menjadi pemimpin Madinah
![Page 5: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/5.jpg)
PADA PENDAPAT ANDA, MENGAPAKAH PENGHIJRAHAN YANG BERLAKU HARI
INI BERBEZA DARIPADA PENGHIJRAHAN ORANG ISLAM DARI
MEKAH KE MADINAH?
●Penghijrahan berlaku akibat peperangan ●Mereka dianggap pelarian●Kehadiran mereka tidak diundang ●Mereka akan dihantar pulang ke tempat asal
![Page 6: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/6.jpg)
MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD S.A.W MEMILIH MADINAH SEBAGAI TEMPAT UNTUK
MENERUSKAN PENYEBARAN ISLAM?
●Wahyu - Perintah Allah menerusi wahyu●Ancaman - Tiada ancaman yang menjejaskan penyebaran Islam●Aman - Suasana aman memudahkan penyampaian dakwah Islamiah●Jemput - Dijemput oleh suku Aus dan Khazraj●Terima - Kehadiran orang Islam diterima oleh masyarakat Madinah●Taat - Suku Aus dan Khazraj mengaku taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w●Sanggup - Kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam●Jamin - Orang Islam mendapat jaminan keselamatan ●Bantuan - Sokongan dan bantuan yang ditawarkan oleh orang Arab Madinah●Kerajaan - Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam
![Page 7: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/7.jpg)
HIJRAH MEMPUNYAI NILAI YANG SANGAT PENTING KEPADA PENINGKATAN TAMADUN MASYARAKAT ARAB PADA MASA ITU
DAN MASYARAKAT ISLAM PADA MASA INI
●Dakwah - Selepas Hijrah, dakwah Islamiyah dilaksanakan secara terbuka●Damai - Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan Islam●Persaudaraan – Hijrah telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam dan orang Islam Madinah●Perpaduan - Hijrah mewujudkan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama●Harmoni - Hijrah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah●Masjid - Nabi Muhammad telah membina Masjid al-Nabawi●Fungsi - Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat, belajar, membincangkan masalah serta mengadakan aktiviti harian●Takwim - Sempena Hijrah, wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam●Madinah - Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah●Tamadun - Madinah menjadi pusat tamadun Islam●Budaya - Agama Islam menjadi budaya hidup dalam semua bidang●Pengorbanan - Memperlihatkan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi dan golongan wqnita dalam perjuangan Islam ●Bijaksana - Hijrah menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.aw mengatur strategi perjuangan●Negara - Hijrah membolehkan penubuhan sebuah negara Islam●Piagam - Lahirnya sebuah perlembagaan Islam iaitu Piagam Madinah
![Page 8: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/8.jpg)
NYATAKAN PERKARA-PERKARA YANG TERKANDUNG DALAM PIAGAM MADINAH
POLITIK●Pemimpin - Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin Madinah ●Hakim - Baginda adalah hakim●Pertahan - Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar●Undang-undang - Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh●Amal - Peraturan kabilah yang selari dengan Islam boleh diamalkan EKONOMI●Sama - Peluang ekonomi yang sama rata●Kerjasama - Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan negara●Riba - Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan● SOSIAL●Ummah - Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah●Musuh - Masyarakat Madinah tidak boleh bernusuhan sesama sendiri●Bebas - Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama / adat mereka ●Jamin - Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mereka mematuhi Piagam Madinah
![Page 9: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/9.jpg)
HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH
POLITIK●Panduan - Menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan Islam●Kaedah - Menunjukkan kaedah mendirikan kerajaan iaitu dengan menyusun perlembagaan negara dahulu sebelum mengasaskan kerajaan●Allah - Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi ●Terima - Perlembagaan dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat ●Ikut - Satu perundangan yang boleh diikuti oleh kesemua masyarakat ●Praktik - Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara berbilang kaum●Lengkap - Peraturan lengkap merangkumi dunia dan akhirat
EKONOMI●Larang - Melarang amalan riba, rasuah, penipuan, dan penindasan●Galak - Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan bersedekah●Masalah - Masalah ekonomi orang Muhajirin dapat diatasi●Telus - Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan●Meningkat - Ekonomi kerajaan Islam Madinah mula meningkat SOSIAL●Satu - Berjaya membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman ●Adil - Konsep keadilan sosial dipraktikkan di Madinah dengan menekankan persamaan hak dan taraf di kalangan masyarakat●Susun - Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik ●Hak - Kesemua bangsa mempunyai hak dalam negara Madinah dan mereka harus mematuhi peraturan yang ditetapkan●Kuat - Negara Madinah menjadi kuat dan disegani
![Page 10: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/10.jpg)
NYATAKAN KEADAAN-KEADAAN YANG MEMBENARKAN UMAT ISLAM BERPERANG
●Dengan keizinan Allah ●Apabila diserang oleh musuh●Untuk mempertahankan maruah diri●Untuk mencari keamanan●Memelihara tempat ibadat●Menjaga maruah negara●Menjaga harta benda dan nyawa●Mengikut prinsip-prinsip Islam
![Page 11: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/11.jpg)
APAKAH PRINSIP-PRINSIP PEPERANGAN YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ISLAM?
●Apabila diserang oleh musuh●Bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan negara●Dilarang membunuh sesuka hati●Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan●Dilarang menyeksa / membunuh tawanan perang●Jika ditawarkan perdamaian, orang Islam harus memilih perdamaian
![Page 12: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/12.jpg)
APAKAH BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ISLAM BERKEMBANG BUKANNYA MELALUI
PEPERANGAN
●Peperangan dalam Islam bukan bertujuan menyebarkan Islam●Peperangan bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan bangsa●Islam tidak berkembang melalui paksaan●Islam dikembangkan secara sukarela dan toleransi●Nabi Muhammad s.a.w mengampunkan tawanan perang●Tentera Islam dilarang bertindak ganas / membunuh sesuka hati / memusnahkan tanaman / menyeksa tawanan
![Page 13: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/13.jpg)
MENGAPAKAH ORANG ISLAM BERCADANG UNTUK MENZIARAHI KOTA MAKKAH?
●Di situ terletaknya Kaabah●Tempat asal orang Muhajirin ●Tempat turunnya wahyu yang pertama●Ingin mengerjakan umrah●Dipersetujui oleh Rasulullah s.a.w
![Page 14: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/14.jpg)
NYATAKAN KELEBIHAN YANG ADA PADA USMAN BIN AFFAN BAGI MEWAKILI ORANG ARAB ISLAM UNTUK BERUNDING DENGAN
ORANG ARAB QURAISY DI MAKKAH
●Mempunyai ramai saudara mara di Makkah●Matang berbanding sahabat lain●Sifatnya yang lembut / bertolak ansur
![Page 15: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/15.jpg)
SEBUTKAN KANDUNGAN PERJANJIAN HUDAIBIYAH
●Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun●Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah●Orang Islam Madinah memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan ●Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula●Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya
![Page 16: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/16.jpg)
APAKAH PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DARIPADA PERJANJIAN
HUDAIBIYAH?
●Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya●Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah ●Orang Arab bebas menganut sebarang agama●Islam berkembang meluas●Bilangan penganut Islam meningkat●Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy●Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w●Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah●Perintis pembukaan semula kota Makkah
![Page 17: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/17.jpg)
APAKAH FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYEBABKAN NABI MUHAMMAD S.A.W
BERTINDAK MEMBUKA SEMULA KOTA MAKKAH?
●Langgar - Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah●Gencatan - Mencabuli syarat gencatan senjata selama 10 tahun●Kebebasan - Orang Quraisy tidak menghormati kebebasan yang dipersetujui bersama●Memihak - Orang Quraisy memihak kepada Bani Bakar yang bermusuhan dengan Bani Khuzaah●Bunuh - Orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam●Strategi - Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam ●Mantap - Memantapkan kedudukan kerajaan Islam Madinah
![Page 18: Bab 5-ting-4.ppt](https://reader034.fdocument.pub/reader034/viewer/2022052304/559797bb1a28ab656d8b45a6/html5/thumbnails/18.jpg)
HURAIKAN KEPENTINGAN PEMBUKAAN SEMULA KOTA MAKKAH TERHADAP
PERKEMBANGAN ISLAM
●Peluk - Pengislaman Abu Sufian dan Abbas menyebabkan orang Arab Quraisy memeluk Islam
●Perpaduan - Wujudnya perpaduan di kalangan masyarakat Arab Makkah●Sebar - Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam●Kaabah - Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah ●Berhala - Terhapusnya amalan menyembah berhala ●Suci - Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam●Tumpuan - Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia●Kukuh - Madinah menjadi pusat pemerintahan Islam yang kuat●Jalan - Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab ● Aman - Dakwah Islam tersebar secara aman