asgmtmzrekoder-120218232616-phpapp01
-
Upload
nazri-hussein -
Category
Documents
-
view
217 -
download
4
Transcript of asgmtmzrekoder-120218232616-phpapp01
PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI / 2011
HBMS 3203PENGAJARAN MUZIK V
NO. MATRIKULASI : 720102116238002
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL : <EMEL ID>
PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN KUALA
TERENGGANU,
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Rekoder
Rekoder tergolong dalam kumpulan alat muzik tiup( woodwind). Alat muzik ini
mengandungi bahagia peniup atau pemipit( mouthpiece) yang dipasangkan ke laras
silinder yang mengandungi tujuh lubang: enam di hadapan dan satu di belakang.
silinder yang terakhir mengandungi dua lubang berkembar di hadapan
Struktur rekoder adalah seperti dalam Gambarajah 1.
BAHAGIAN-BAHAGIAN REKODER
Rekoder terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu kepala, badan dan ekor ( kaki).
Bahagian kepala terletaknya bahagian pemipit yang menjadi tempat perletakan
bibir semasa meniup. Fipel boleh ditanggalkan.
1
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
Struktur rekoder adalah seperti dalam Gambarajah 2.
Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu
diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
Lima teknik tersebut ialah:
1. Postur
2. Embouchure
3. Penglidahan
4. Pernafasan
5. Penjarian
Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang
baik.
2
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
TEKNIK PERTAMA – POSTUR
Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan
Condong 45°
3
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik
membantu untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder
ialah badan perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan
kecondongan 45 darjah dari badan. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa
penjarian. Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan.
Rekoder dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan
di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder. Rekoder
diimbangkan dengan diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan
‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur
badan yang tegak.
TEKNIK KEDUA – EMBOUCHURE
4
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut
bentuk pipit (mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu
bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan
bibir dalam keadaan selesa.
TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN
Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah
membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.
Untuk not tengah, bunyikan ‘du’ dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan
bunyi ‘lu’. Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup. Bunyi ‘du-ku’ digunakan
semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama
berlaku penglidahan. Bagi permainan secara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk
penghasilan not pendek.
TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASAN
Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan
perlahan-lahan serta terkawal. Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju
adalah untuk meniup not tinggi. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang
digunakan.
TEKNIK KELIMA – PENJARIAN
5
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian
belakang rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari
hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup
lubang rekoder ketiga. Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang
rekoder keempat.
Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder keenam
ditutup dengan jari manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketuju ditutup dengan
jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking. Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang
rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan bunyi
syap dan flat.
2.0 LANGKAH PENGAJARAN REKODER
6
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
LANGKAH AKTIVITICATATAN
1
1. Guru akan memperdengarkan lagu Bintang kecil
kepada pelajar
2. Pelajar akan dibimbing untuk menyanyikan lagu
Bintang kecil.
Slaid dan kibod
2 ( Warm Up )
1. Latihan pernafasan dan penglidahan
Menggunakan lidah untuk membunyikan sukukata
7
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
‘tu tu tu tu tu tu’ atau ‘ du’, ‘de’ dan’ te’
2. Latihan pelonggaran otot – otot jari
Guru menyebut jari 1, 2, 3 ( tangan kiri ). Murid
menunjukkan jari yang disebut oleh guru.
3. Pegang pergelangan tangan kanan dengan jari 1 dan
ibu jari tangan kiri. Guru memberi latihan penjarian
1, 2, 3 / 3, 2 , 1
4. Murid diminta meletakkan jari pada lengan mengikut
nombor yang disebut.
3
( Latihan penjarian )
1. Murid perlu membuat latihan penjarian rekoder
terlebih bagi memberi keyakinan kepada murid-
murid.
2. Memainkan not asas B A G dengan tempo
lambat,cepat dan sederhana
3. Memainkan dengan aras dinamik lembut ( piano )
dan kuat ( forte )
4
( Latihan Tiruan Melodi )
1. Guru memainkan satu baris melodi lagu’ Bintang
Kecil’ yang pendek.
2. Selepas itu, murid-murid akan menyanyikan lagu
tersebut dengan Menggunakan solfa.
3. Kemudian, murid-murid akan meniup rekoder
rangkai melodi lagu , rangkai demi rangkai melalui
pendengaran.
5
( Menepuk Pola Irama )
1. Murid akan membuat latihan menepuk pola irama
8
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
skor lagu “Bintang Kecil” yang hendak dimainkan
terlebih dahulu
2. Membuat tepukan pola irama berulang kali sehingga
murid dapat menguasai pola irama skor berkenaan
6
( Membaca Pola Irama Mengikut Not )
1. Murid membaca pola irama mengikut nilai not yang
terdapat pada skor yang dipamerkan oleh guru
2. Murid membaca skor lagu dengan secara humming ‘
la, la, la, la, la atau da, da, da, da
3. Murid akan membaca pola irama dari satu bar ke satu
bar ,frasa ke frasa,rangkap ke rangkap hingga
keseluruhan skor lagu tersebut.
7
( Meniup Melodi Lagu )
1. Murid meniup melodi lagu bar demi bar,frasa demi
frasa,rangkap demi rangkap hinggalah keseluruhan
lagu.
2. Guru perlu memastikan murid perlu menguasai setiap
bar,sebelum beralih kepada bar seterusnya. Teknik
latih tubi boleh digunakan bagi memastikan murid
menguasai not.
3. Bila sudah dapat menguasai setiap bar,frasa dan
rangkap,barulah ditiup keseluruhan lagu.
4. Teknik pengulangan dan latih tubi pada bar yang
agak susah dan mencabar perlu dilakukan guru bagi
memastikan murid dapat menguasai not-not tersebut.
5. Murid memainkan keseluruhan lagu
4. Murid akan bermain dalam kumpulan besar.
9
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
3.0 CIPTAAN KAUNTER MELODI LAGU BINTANG KECIL
LAMPIRAN 1
4.0 VIDEO
LAMPIRAN 2
5.0 ANALISA VIDEO
Memimpin ( conducting) bermakna satu komunikasi artistik antara pemimpin dan
ensembel yang dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Tugas
utama seorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula
dan berhenti, malah adalah untuk menentukan tempo, memberi pelbagai isyarat dari
permulaan hingga akhir dengan jelas. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik
seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi yang dipelajari perlu disampaikan
melalui pelbagai bentuk ekspresi tangan muka dan gesture.
5.1 Fungsi tubuh badan semasa memimpin kumpulan koir
10
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
Kebolehan pemimpin koir bukan setakat menggunakan tangan semata-mata, malah
ekspresi muka, mata, gerak tangan, ekspresi muka dan tubuh badan adalah amat penting.
Fungsi tangan adalah amat penting semasa memimpin kumpulan koir. Tangan kiri dan
tangan kanan mempunyai peranan tersendiri untuk memimpin kumpulan koir dengan baik.
Begitu juga dengan lenggok badan serta kepala dapat membantu ahli-ahli koir membuat
ekspresi mengikut gerak tubuh pemimpin.
Riak wajah pemimpin yang melibatkan mata berperanan sebagai memberi isyarat-
isyarat tertentu kepada ahlinya yang juga dinamakan gaya muzikal ( gerak spontan mengikut
mud sesebuah lagu ). Tangan kanan dan kiri tidak mempunyai fungsi yang tetap dan pada
asanya kedua-dua belah tangan memainkan fungsi yang berbeza. Di dalam video ini,
kelihatan pemimpin dapat memainkan peranannya dengan baik. Beliau dapat mengawal
dengan baik kumpulan orkestra dan kumpulan koir. Riak wajah beliau yang sentiasa
tersenyum dapat memberi motivasi kepada ahlinya, malah beliau turut sama membunyikan
seni kata lagu atau menyanyi bersama-sama ahli-ahli koirnya.
5.2 Teknik-teknik asas memimpin pasukan koir
Konduktor yang bagus juga perlu memahami segala elemen-elemen muzik yang perlu
dalam persembahan sesebuah ensembel koir. Selain dari aspek pergerakan tangan dan tubuh
badan, seseorang konduktor juga harus memahami perkara asas kepada sesebuah gubahan
dari pelbagai aspek yang akan dipersembahkan. Konduktor perlu tahu teknik-teknik asas
untuk memimpin pasukan koir seperti detik permulaan lagu, rangkap atau frasa untuk
berhenti , memulakan lagu serta menamatkan lagu.
Teknik asas yang utama yang perlu dikuasai oleh pemimpin koir ialah detik
permulaan lagu. Bit persediaan kebiasaannya adalah bagi memulakan masuk menyanyi
selepas intro lagu dimainkan. Attack semasa permulaan lagu sangat penting. Konduktor
pasukan koir ini dapat memberi tanda isyarat kepada ahli-ahli koir dengan menggunakan
tangan kiri sebagai persediaan masuk menyanyi. Dengan adanya orkestra yang mengiringi
koir ini, ia dapat membantu ahli-ahli koir menyanyi dengan lebih baik dan dapat menyanyi
permulaan lagu dengan seragam. Justeru pada permulaan lagu ini attack nya adalah sama
pada setiap lapisan suara yang telah digubahkan.
11
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
Teknik asas Bit Berakhir ( Cut-off ) juga amat penting dikuasai oleh pemimpin koir.
Cut-off adalah satu isyarat yang amat penting dan perlu dikuasai oleh seorang pemimpin
koir. Isyarat cut-off lagu pada bit terakhir tidak sama seperti kita memberhentikan sesebuah
kenderaan yang sedang membuat “ parking “. Pemimpin harus tahu bagaimana isyarat yang
biasa digunakan dalam teknik memimpin. Antara Isyarat tangan tanda cut-off, kebiasaannya
dengan membuat genggaman kemas pada kedua-dua belah tangan. Konduktor pasukan koir
ini dapat menguasai teknik asas Bit berakhir,persembahan lagu ditamatkan dengan serentak
dan mengikut tempo.
Konduktor kumpulan koir ini adalah ahli muzik yang terlatih dan profesional serta
menguasai ilmu muzik secara formal. Maka persembahan kumpulan koir ini sangat menarik
dan berkesan di mana terdapat cresendo dan decresondo. Ahli koir ini juga dapat menyanyi
dengan baik bersama-sama kumpulan orkestra dan persembahan yang dipamerkan cukup
menarik dan menghiburkan.
5.3 Cara memimpin koir
Dalam tatacara memimpin koir pula,fungsi seseorang konduktor pasukan koir adalah
dari awalan menaiki pentas, permulaan lagu hinggalah ke akhiran persembahan sehingga
ahli-ahli koir menuruni pentas persembahan. Dalam aspek muzikal, konduktor berperanan
untuk menentukan tempo,detik,ekspresi,dinamik,pic serta elemen-elemen muzik yang lain.
Konduktor yang berilmu akan dapat memimpin sesebuah persembahan dengan
cemerlang,begitulah sebaliknya.
Persembahan koir ini dapat dinilaikan konduktornya telah memimpin pasukan koir
tersebut dengan cemerlang sangat profesional dari awalan hinggalah ke penghabisan lagu.
Beliau mampu mengawal dan mengkoordinasikan intepretasi lagu, memimpin mengikut
dinamik serta mud lagu,mengira detik,mengawal tempo serta elemen-elemen yang lain.
Konduktor ini menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan untuk memberi arahan
kepada ahlinya manakala memek muka, mata dan lenggok badan berperanan untuk
menjelaskan kehendak lagu tersebut.
12
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
Tangan kanan pula berfungsi oleh konduktor untuk memberi indikasi kelajuan tempo
dan bit lagu. Manakala tangan kiri ke atas dengan tapak tangan menghala ke atas juga bagi
mengawal dinamika gubahan lagu. Pergerakan tangan kiri menghala ke bawah berserta
dengan tapak tangan kanan menghala ke bawah juga untuk menggambarkan dinamik
gubahan tersebut. Pergerakan tangan secara ‘accent’ digunakan konduktor untuk
menggambarkan bahagian gubahan tersebut perlu dinyanyikan dengan tempo allegro dan
bersemangat.
6.0 KESIMPULAN
Sesebuah kumpulan koir yang baik akan dipimpin oleh seorang konduktor yang benar-
benar mahir dan mengetahui ilmu muzik. Sesebuah kumpulan koir sangat bergantung pada
kepakaran beliau untuk memimpin. Konduktor juga bertindak sebagai ketua yang mengawal
setiap tindak-tanduk ahlinya ketika berada di atas pentas persembahan. Konduktor yang
berilmu dan berpengalaman akan dapat menghasilkan persembahan yang mantap dan
bertenaga. Beliau juga adalah seorang konduktor yang mempunyai kemahiran yang tinggi
dan luas dalam muzik, memahami skor gubahan lagu serta menguasai elemen-elemen asas
muzik, mengetahui fungsi-fungsi tubuh badan,pergerakan tangan,ekspresi muka,gesture
tubuh badan.
RUJUKAN / REFERENSI
1. Prof.Dr. Ansary Ahmed (2008), HBMS 1203 Pengajaran Muzik 1 Sekolah Rendah,
OUM
2. Prof.Madya Zaharul Lailiddin Hj Saidon (2010), HBMS 3103 Pengajaran Muzik IV,
OUM
13
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
3. YM Raja Azuan Nahar Raja Adnan (2010), HBMS 3203 Pengajaran Muzik V, OUM
14
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
ARAHAN
Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garis panduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi
tugasan kursus berkenaan.
Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan TIDAK
termasuk rujukan.
Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
15
ZURAIDAH BT. ABDULLAH 720102116238002
HBMS 3203 PENGAJARAN MUZIK V
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan
16