Arahan JKSM 2005
-
Upload
api-3703079 -
Category
Documents
-
view
664 -
download
1
Transcript of Arahan JKSM 2005
Arahan Amalan 2005 Jabatan kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
Kandungan
Arahan Amalam bilangan
Tajuk Mukasurat
1/2005 Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu Rayuan
2
2/2005
Penjelasan Maksud Pegawai Agama Di Dalam Sekyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 Atau Dalam Mana-Mana Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.
3
3/2005
Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah
4
4/2005
Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rendah Syariah
5
5/2005
Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Tinggi Syariah
6
6/2005
Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rendah Syariah
7
7/2005
Pindaan Format Pemakaian Iklan Penyampaian Ganti Di Akhbar
8
8/ 2005
Maksud Perkataan Bertindak atau Berkelakuan Tidak Sopan Di Dalam Seksyen 29 Akta / Enakmen Kesalahan JenayahSyariah Negeri-Negeri
10
9/2005
Mahkamah Yang Berbidangkuasa Mendengar Permohonan Mengubah Perintah
11
10/2005
Pengendorsan Perintah Bersaling
12
11/2005
Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariah Merekodkan Sulh dan Persetujuan Bersama
14
12/2005
Prosedur Menghidupkan Semula Kes Yang Telah Dibuang / Ditolak Sebelum Selesai
15
13/2005
Prosedur Pertukaran Jenis Kes Di Pertengahan Perbicaraan 16
14/2005
Tambahan Kod Pendaftaran Kes 18
15/2005
Menggugurkan Nafkah ’Iddah , Mut’ah, Nafkah Anak Dan Hadhanah Dalam Perjanjian Persetujuan
20
1
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 15 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.1 Tahun 2005
Penggantungan Pelaksanaan Perintah Sementara Menunggu Rayuan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb. - 3hb. Rabiulawwal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai Perayu membuat rayuan dengan alasan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah yang dirayu dalam kes Mal, menurut Hukum Syarak adalah memadai untuk menggantung pelaksanaan perintah, sementara menunggu keputusan rayuan dan rujukan hendaklah dibuat kepada mana-mana kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi kecuali dalam kes-kes nafkah, upah menyusu, tempat tinggal, hadhanah dan serah anak yang belum mumaiyiz kepada ibu.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
2
عيه مليسياجباتن آحاآيمن شر JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 16 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.2 Tahun 2005
Penjelasan Maksud Pegawai Agama Di Dalam Sekyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
Atau Dalam Mana-Mana Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri. Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb. - 12hb. April 2005 bersamaan 1hb. - 3hb.Rabiulawwal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung maksud PEGAWAI AGAMA di dalam seksyen 47(5) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 atau peruntukan yang sama dalam Undang-undang Keluarga Islam negeri adalah mana-mana Penjawat Awam di bawah Skim Pegawai Hal Ehwal Islam atau pegawai yang setaraf dengannya yang bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri / Pejabat Agama Islam Daerah / lain-lain Jabatan yang berkaitan.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
3
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 17 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.3 Tahun 2005
Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie dalam Mahkamah yang bertindak sebagai wakil mana-mana pihak, bagi Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah, iaitu berpakaian kemas dan menutup aurat:-
Lelaki : bersongkok hitam / berserban putih, berjubah khas dan berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam atau berbaju melayu hitam dan bersampin hitam serta berkasut hitam.
Perempuan : berjubah dan berkot hitam, berbaju kurung berwarna gelap/bercorak hitam putih atau berblaus putih dan berkain hitam dan bertudung putih serta berkasut hitam bertutup.
2. Arahan ini juga meliputi Pegawai Undang-undang dan Pegawai Syariah dari Biro Bantuan Guaman yang hadir ke Mahkamah.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman)
4
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie n Syariah Malaysia Jabatan Kehakima
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 18 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.4 Tahun 2005
Garis Panduan Pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie Dalam Mahkamah Rendah Syariah
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Pendakwa Syarie dan Peguam Syarie dalam Mahkamah yang bertindak sebagai wakil mana-mana pihak, bagi Mahkamah Rendah Syariah, iaitu berpakaian kemas dan menutup aurat:-
Lelaki : bersongkok hitam/berserban putih, berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam atau berbaju
melayu hitam dan bersampin hitam serta berkasut hitam. Perempuan : berkot hitam, berbaju kurung berwarna gelap/bercorak hitam putih
atau berblaus putih dan berkain hitam dan bertudung putih serta berkasut hitam bertutup.
2. Arahan ini juga meliputi Pegawai Undang-undang dan Pegawai Syariah dari Biro Bantuan Guaman yang hadir ke Mahkamah.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman)
5
Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie n Syariah Malaysia Jabatan Kehakima
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 19 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.5 Tahun 2005
Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rayuan Dan Mahkamah Tinggi Syariah
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Hakim Syarie dalam Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Syariah, iaitu berpakaian kemas dan sopan, bersongkok hitam, berjubah, berbaju melayu hitam dan bersampin hitam atau berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam serta berkasut hitam.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
6
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 20 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.6 Tahun 2005
Garis Panduan Pakaian Hakim Syarie Dalam Mahkamah Rendah Syariah
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan pakaian Hakim Syarie dalam Mahkamah Rendah Syariah, iaitu berpakaian kemas dan sopan, bersongkok hitam, berbaju melayu hitam dan bersampin hitam dan / atau berkot hitam, berkemeja putih, bertali leher gelap dan berseluar panjang hitam serta berkasut hitam.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
7
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 21 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.7 Tahun 2005
Pindaan Format Pemakaian Iklan Penyampaian Ganti Di Akhbar
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan perubahan format pemakaian iklan Penyampaian ganti di dalam akhbar-akhbar tempatan hendaklah mengikut fotmat pemakaian iklan penyampaian Ganti seperti di dalam lampiran bagi tujuan penyelarasan dan penyeragaman.
2. Format pemakaian iklan Penyampaian Ganti seperti di dalam lampiran Arahan Amalan No. 3 tahun 2003 adalah dibatalkan. Arahan Amalan ini berkuatkuasa serta merta.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
8
Arahan Amalan No. 7 Tahun 2005 ( Lampiran )
3 cm
Dalam Mahkamah Tinggi/Rendah Syariah.....
Kes Mal No.....
Di Antara:
Plaintif….
Dengan:
Defendan….
Kepada (Nama) No. K.P ______________
AMBIL. PERHATIAN bahawa kamu diminta
hadir ke Mahkamah Tinggi/Rendah
Syariah..................pada..............jam..........bicara
tuntutan......................oleh Plaintif.
Hadir/tidak , keputusan dibuat.
Bertarikh......
tiada had
9
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 22 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No. 8 Tahun 2005
Maksud Perkataan Bertindak atau Berkelakuan Tidak Sopan Di Dalam Seksyen 29 Akta / Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah Negeri-Negeri
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10-12hb April 2005 bersamaan 1-3 Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan maksud perkataan ”bertindak atau berkelakuan tidak sopan” di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau dalam mana-mana Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri, adalah apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat awam termasuklah:-
(i) bercumbu-cumbuan;
(ii) berpeluk-pelukan;
(iii) pertuturan atau isyarat lucah atau berpakaian yang mengghairahkan; atau
(iv) lain-lain perbuatan yang tidak sopan yang bertentangan dengan Hukum
Syarak.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
10
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 23 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.9 Tahun 2005
Mahkamah Yang Berbidangkuasa Mendengar Permohonan Mengubah Perintah
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bahawa Mahkamah yang berbidangkuasa mendengar Permohonan Mengubah Perintah adalah Mahkamah yang telah mengeluarkan perintah tersebut.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos .2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
11
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 24 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.10 Tahun 2005
Pengendorsan Perintah Bersaling
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan prosedur pengendorsan perintah bersaling adalah seperti berikut:
(i) Perintah bersaling tidak boleh terlaksana di negeri-negeri yang belum mewartakan Akta/Enakmen/Ordinan yang berkaitan;
(ii) Permohonan untuk mengendorskan perintah bersaling hendaklah dikemukakan oleh Pemohon ke Mahkamah yang mengeluarkan perintah tersebut;
(iii) Setelah menerima permohonan, Mahkamah yang mengeluarkan perintah hendaklah menyampaikan Perintah tersebut kepada Mahkamah yang berkompeten di mana seseorang yang dimaksudkan dalam perintah tersebut berada atau dipercayai berada untuk tujuan pengendorsan;
(iv) Mahkamah yang menerima perintah tersebut, boleh mengendorskannya dan berbidangkuasa menyampai dan melaksanakannya seolah-olah perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah itu sendiri.
Huraian : Perintah termasuklah saman, waran, dan penghakiman.
12
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
13
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 25 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.11 Tahun 2005
Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariah Merekodkan Sulh dan Persetujuan Bersama
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bahawa Mahkamah Rendah Syariah hendaklah merekodkan apa-apa terma Persetujuan Bersama dan / atau Sulh tetapi tidak boleh mengendorskan dalam kes-kes yang mana bidangkuasanya adalah termasuk di dalam bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
14
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 26 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.12 Tahun 2005
Prosedur Menghidupkan Semula Kes Yang Telah Dibuang / Ditolak Sebelum Selesai
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai prosedur menghidupkan semula kes yang telah dibuang atau ditolak sebelum selesai iaitu seperti berikut:-
(i) Pemohon hendaklah mengemukakan Permohonan untuk menghidupkan semula kes berserta afidavit sokongan;
(ii) Mahkamah dalam hal ini hendaklah memberikan nombor dan kod kes
yang baru kepada kes yang dihidupkan semula itu pada fail kes yang sama.
2. Tajuk Arahan Amalan No.15 Tahun 2002 dipinda kepada ”Menghidupkan Semula Kes” .
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
15
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 27 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.13 Tahun 2005
Prosedur Pertukaran Jenis Kes Di Pertengahan Perbicaraan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan berhubung prosedur pertukaran jenis kes di pertengahan perbicaraan adalah seperti berikut:-
(i) Pemohon atau wakil hendaklah mengemukakan permohonan samada secara lisan atau bertulis tertakluk kepada prosedur/tatacara yang sedang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah;
(ii) Mahkamah hendaklah mengekalkan fail asal kes tersebut namun kod kes hendaklah ditukar mengikut jenis kes yang dimaksudkan;
(iii) Permohonan atau Saman yang telah ditukar itu hendaklah disampaikan kepada pihak-pihak seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah seolah-olah Permohonan atau Saman itu baru dimulakan;
(iv) Bagi pertukaran jenis kes dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dan/atau wakilnya hendaklah memenuhi semua kehendak undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa di Mahkamah Syariah.
16
(v) Dalam hal ini, rujukan bolehlah dibuat kepada Bahagian X -Pindaan Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-Negeri.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
17
سياجباتن آحاآيمن شرعيه ملي JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 28 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
ArahanAmalan No.14 Tahun 2005
Tambahan Kod Pendaftaran Kes
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan mengenai penambahan dan pindaan kod kes seperti mana yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Ketua Hakim Syarie kali ke 33 seperti berikut:
1. Tambahan Kod Kes Mal: 066-Permohonan Perubahan Perintah Harta Pusaka
067-Tuntutan Ila’
068-Tuntutan Zihar
069-Tuntutan Li’an
070-Permohonan Menghidupkan Semula Kes
071-Perlantikan Pentadbir Harta
2. Pindaan Kod Kes Mal: 031-Permohonan Penjaga Diri/Harta/Anak Yatim (asalnya “permohonan penjaga anak yatim”)
049-Tuntutan Gantirugi Perkahwinan/Hutang Perkahwinan ( asalnya ” Tuntutan Gantirugi Perkahwinan’)
18
2. Arahan Amalan No. 1 Tahun 2000 Kod Pendaftaran Kes, juga adalah berkaitan.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
19
جباتن آحاآيمن شرعيه مليسيا JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA Aras 2 & 3, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8886 4800
62677 PUTRAJAYA Fax: 03-8889 1627 ________________________________________________________________________ JKSM/100-24/5 Jld. 3( 29 ) 11 Jamadilakhir, 1426H/ 18 Julai, 2005M
Y.A.A. Ketua-Ketua Hakim Syarie Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri-negeri
Arahan Amalan No.15 Tahun 2005
Menggugurkan Nafkah ’Iddah , Mut’ah, Nafkah Anak Dan Hadhanah Dalam Perjanjian Persetujuan
Saya ingin menarik perhatian Y.A.A kepada keputusan Mesyuarat Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia Bil.. 1 Tahun 2005 pada 10hb.-12hb. April 2005 bersamaan 1hb.-3hb. Rabiulawal 1426H di Shah Alam, Selangor telah bersetuju dan mengesahkan untuk menerima pakai arahan amalan bahawa perjanjian-perjanjian persetujuan bersama atau perjanjian semasa Majlis Sulh tidak boleh menggugurkan hak-hak isteri yang belum disabitkan melalui talaq iaitu nafkah iddah dan mut’ah, dan hak anak iaitu hadhanah dan nafkah anak.
Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2005.
(Datuk Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman) Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia [email protected] -rakan digital anda
20