ANEKA RESIPI

20
Apam beras Bahan-bahan ( 25 BIJI ) 1 1/2 cup tepung beras(xkira cap ape pun) 1/2 cup tepung gandum 5gm yist 1cup gula 1cup nasi 1 1/2 cup air sedikit kelapa parut untuk dimakan dgn apam Cara-cara 1. ayak tepung beras n tepung gandum 2. dlm bekas(guna bekas yg besar kerana apam akan mengembang 3 x ganda)satukan tepung beras, tepung gandum,gula n yist. Gaul rata 3. nasi n air diblender hingga halus 4. campurkan nasi yg telah diblend td kedalam bekas tepung...gaul sebati 5. tutup dgn kain lembap(xkisahlah kain ape pun ) 6. perap selama 1 jam 7. kacau n letaklah warna ikut suka ati ..(sy suka pink..huhuhu) 8. panaskan pengukus..jgn lupa balut tutup kukus dgn kai supaya wap tak menitik ke apam..kukus selama 10minit 9. sy guna jag sng nk tuang apam ke acuan lompang...tuang 1/2 kedalam acuan Donut Bahan-bahan ( 15 biji ) 2 sudu teh yis segera (mauripan) 1/2 cwn susu cair 1/2 cwn air 2 1/2 cwn tepung gandum / agak2 apabila diuli rasa selembut cuping telinga 1/2 sd teh garam

Transcript of ANEKA RESIPI

Page 1: ANEKA RESIPI

Apam beras

Bahan-bahan ( 25 BIJI )

1 1/2 cup tepung beras(xkira cap ape pun)

1/2 cup tepung gandum

5gm yist

1cup gula

1cup nasi

1 1/2 cup air

sedikit kelapa parut untuk dimakan dgn apam

Cara-cara

1. ayak tepung beras n tepung gandum

2. dlm bekas(guna bekas yg besar kerana apam akan mengembang 3 x ganda)satukan tepung beras, tepung gandum,gula n yist. Gaul rata

3. nasi n air diblender hingga halus

4. campurkan nasi yg telah diblend td kedalam bekas tepung...gaul sebati

5. tutup dgn kain lembap(xkisahlah kain ape pun )

6. perap selama 1 jam

7. kacau n letaklah warna ikut suka ati ..(sy suka pink..huhuhu)

8. panaskan pengukus..jgn lupa balut tutup kukus dgn kai supaya wap tak menitik ke apam..kukus selama 10minit

9. sy guna jag sng nk tuang apam ke acuan lompang...tuang 1/2 kedalam acuan

Donut

Bahan-bahan ( 15 biji )

2 sudu teh yis segera (mauripan)

1/2 cwn susu cair

1/2 cwn air

2 1/2 cwn tepung gandum / agak2 apabila diuli rasa selembut cuping telinga

1/2 sd teh garam

2 sd teh gula

1 sd teh mentega

Cara-cara

1. campurkan air ,susu dan yis.

2. kacau sebati kemudian masukkan gula garam & mentega

3. masukkan tepung kacau hingga menjadi doh selembut cuping telinga

Page 2: ANEKA RESIPI

4. masukkan dalam bekas tertutup sehingga 30-40 mint sehingga adunan naik sekali ganda

5. Taburkan tepung diatas doh dan canaikan dan tekan dengan acuan donut

6. goreng atas api sederhana

7. Setelah masak gaulkan dgn gula halus

Kek pandan kastard

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

1 biji kek span pandan / kek span keladi

bahan (A)

gula kastor -180gram

air daun pandan - 500ML

serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan

bahan (B)

santan pekat - 400ML

tepong hoen kwee hijau - 85gram

pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh

secubit garam

UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering

Cara-cara

1.

 kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan

2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam

periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga

gula hancur.

3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan

ini kedalam aduan (A).

4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.

5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer

bentuk kek span kita..

6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan

kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya

7.

 letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.

8.

 hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat

dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti

sejuk

9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa

kering atau hias mengikut citarasa anda.

Mee sapi

Bahan-bahan ( 1 Mangkuk )

100gm Koay Teow

100gm Daging Lembu

5 batang daun bawang (potong sepanjang 7cm)

30gm Taugeh

1 pkt perencah Bak Kut Teh (boleh didapati di semua sepermarket)--(Ini halal punya. Paket herbal nye. Kita x letak Khinzir. Ini cuma nama perencah je) Di dalamnya ada ginseng dan sebainye. Perencah sup

Page 3: ANEKA RESIPI

herba. Kat Tesco & Giant leh dpt. Cari logo halal pun

1 SB sos tiram

2000ml air

1 1/2 SB Garam

Cara-cara

Cuci Koay Teow dengan air untuk melerai @ supaya Koay Teow tidak melekat dan diketepikan.

Tuangkan 2000ml air ke dalam periuk dan biar air mendidih kemudian masukkan 1 pkt perencah Bak Kut Teh serta 1 1/2 SB garam dan kacau.

Apabila aroma sup sudah naik, masukkan 1 SB sos tiram dan dibiar mendidih selama 2 minit.

Potong daging lembu tadi nipis-nipis supaya cepat masak. Kemudian masukkan daging lembu yang sudah dipotong tadi ke dalam sup dan masak selama 15minit dengan api sederhana besar.

Angkat daging lembu tadi dan ketepikan. Masukkan taugeh untuk dimasak selama 30 saat kemudian angkat.

Masukkan koay teow tadi ke dalam mangkuk dan letak taugeh tadi ke atasnya. Susun daging diatas taugeh kemudian tuangkan sup tadi ke atasnya. (Ikut suke korang nak letak byk ke x.)

Letakkan daun bawang yg sudah dipotong sepanjang 7cm tadi ke atasnya. Nah... sudah siap pun makanan kita. :+:Selamat Mencuba:+:

Mee kolok

Bahan-bahan:

Utk Mee:

3-4 Gulung Mee Kolok (aka mee sanggul, mee telur)

6 sdm Minyak Bawang Merah (kalau takde, minyak dr gorengan bawang atau bawang besar merah)

1 sdt Sos Ikan (atau a splash pd setiap mee)

1 sdt Cuka (atau a splash pd setiap mee)

Utk Sup:

1 Sup Bunjut (atau 1 sdm perencah sup)

100 g Daging lembu

Air secukupnya

Sedikit Garam

Utk Sambal

8 biji Cili api

1 ulas bawang putih

Page 4: ANEKA RESIPI

1 sdt kicap pekat (aka 2 sdm 'Dark Soy Sauce')

3 sdm Kicap Cair

1 sdt Jus limau kasturi

Sedikit gula

Resepi Kari Ayam

1/2 ekor ayam ( dipotong2 dan dibesihkan )

3-4 biji kentang ( potong dadu )

1 inci halia ( di tumbuk )

1 biji bawang besar ( ditumbuk / dihiris nipis)

3 biji bawang merah ( di tumbuk )

3 ulas bawang putih ( ditumbuk )

3 sudu makan serbuk kari ( satukan bersama serbuk cili dan campur

dengan sedikit air )

1 sudu makan serbuk cili

1 litre santan pekat( dari 1 biji kelapa )

1 litre santan cair

Rempah 3 sekawan ( kayu manis, pelaga dan bunga lawang )

Daun kari

Daun ketumbar ( di hiris)

Asam gelugur

garam secukupnya

Cara penyediaan

1. Tumis bahan rempah 3 sekawan, bahan tumbuk/hiris, daun kari

hingga wangi…

2. Masukkan serbuk kari yang telah di campur dgn air tadi dan kacau

sebati.

3. Masukkan ayam dan kentang dan masak hingga ayam sedikit

kecut.

4. Masukkan santan cair dan  asam gelugur masak hingga ayam

empuk.

5. Bila ayam empuk masukkkan santan pekat… Bila mendidih

sesuaikan rasa dan masukkan daun ketumbar dan angkat.

Kari ayam

Bahan-bahan:

1 ekor ayam- dipotong dan dibersihkan

*1 labu bawang besar

*4 ulas bawang putih

*1 inci halia

-kisar bahan *

1sdb cili kering-yg dikisar (cili boh pun ok)

1 senduk kari babas

1 biji tomato yg besar diptg 4

1 kiub pati ayam

1 btg serai -diketuk

sedikit santan

1 tangkai daun kari (kalau ada..x de pun x pe)

Page 5: ANEKA RESIPI

1 btg kayu manis

2 kuntum bunga lawang

Santan secukupnya

Garam secukup rasa

2 biji kentang dibelah 4(ikut suke)

Cara2nya,

-Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan bunga lawang,cili kering..gaul rata, masukkan bahan2 yg dikisar(bawang2 dan halia),serai, daun kari,ayam, dan tomato,gaul dan biarkan seketika.

-Masukkan serbuk kari dan gaul rata. Tambahkan sedikit air, masukkan garam dan kiub pati ayam. Masukkan kentang dan didihkan seketika..Biar minyak naik cantik. Ketika betul2 mendidih masukkan santan. InsyaAllah x pecah santan.Gaul rata dan biarkan mendidih dan pastikan ayam dan kentang betul2 masak.

mee bakso

60g sawi - celur dan dipotong - ( semalam ros tak letak sbb takde stok)60g bihun - celur dan toskan      ( ros guna mee phad thai)60g mee kuning - celur dan toskan ( semalam tak guna)1 sudu makan bawang goreng1 sudu makan daun sup - cincang ( ros guna negi)

Utk Kuah@Sup

1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu

4 ulas bawang putih - cincang1 sudu makan kicap cair1 sudu makan btg saderi - cincang1 sudu makan minyak - utk menumis1 sudu teh garam1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)

Utk Bebola Sapi@Bakso

400g daging lembu hancur ( ros guna dlm 200gram je)1 sudu makan tepung gandum ( tak letak)2 sudu makan tepung ubi         ( ros guna tepung katakuriko@tepung kentang)1 biji putih telur                        ( ros letak 1/2 biji putih telur)1/4 sudu teh serbuk lada sulah1/4 sudu teh garam 

Bahan sampingan

Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limausos tomato - ( tak letak)kicap manis ABC ( guna kicap kipas udang)

- bahan sampingan yang ros tambah semalam, tauge, hirisan lemon, hirisan ayam dan bawang goreng serta sambal kicap.

Cara-cara

Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)

Page 6: ANEKA RESIPI

Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.

Utk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.

Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

Ayam bakar satay dengan madu

1 ekor ayam (1kg) di potong 4 bahagian1 sudu besar ketumbar1 sudu besar jintan manis2 inci halia2 inci lengkuas1/4 biji bawang besar2 ulas bawang putih2 sudu besar madu2 sudu besar gulasedikit kunyit serbuksedikit garam

Untuk Kuah Ayam Bakar1/2 cawan santan pekatbaki bahan perapansedikit gula dan garam

Cara-caranya

1. Se ekor ayam , ros guna yang ayam 1 kg tu, potong 4 bahagian, kemudian cucuk-cucukkan ayam menggunakan garpu supaya bahan mesra dan masuk hingga kedalam isi ayam dan tulangnya.

2. Kisar halus dengan menggunakan blender, ketumbar, jintanmanis, halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar dan kunyit serbuk, masukkan sedikit air dan ketepikan, masukkan ayam ke dalam bekas dan curahkan bahan kisar tadi, kemudain curahkan madu, garam dan gula, pastikan di gaul sebati dan mesra.

3. Tutup bekas dengan plastik wrap atau pun letakkan dlm bekas bertutup, perap di dalam peti ais selama lebih kurang 3 jam atau lebih. Selepas itu, keluarkan ayam dan susun di atas redai besi, bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah selama 70 minit.

4. Sementara itu, buat kuah ayam bakar, baki perapan yang terdapat dalam bekas itu digunakan sebagai bahan kuahnya, panaskan periuk dan curahkan santan bersama baki perapan itu, sesuaikan rasa, jika rasanya sudah sedang elok, jangan masukkan gula atau garam, takut termasin atau termanis, kacau selalu hingga kuahnye pekat dan naik minyak ( berkilat). Setelah ayam bakar masak, curahkan kuah tadi di atasnya dan sedia untuk dihidangkan bersama ketupat segera, kuah kacang, hirisan timun dan hirisan bawang besar. Selamat Mencuba.

Ayam masak lemak cili padi

1 ekor ayam kampung ( ros guna ayam dara yang dipotong beberapa bahagian)2 biji kentang dipotong sederhana ( x nak letak pun takpe)2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)2cawan santan+1 cawan air1 keping asam gelugor

Page 7: ANEKA RESIPI

sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuksedikit garam

caranya1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk bersama ayam kampung dan masukkan serai yang telah dititik tadi, masukkan juga sedikit air, untuk proses pengecutan ayam,  kacau sebati dan biarkan sebentar.

2. Masak sehingga ayam betul-betul empuk, kemudian masukkan 2 cawan santan masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk masukkan pula asam gelugor sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. kacau selalu.

3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Sticky caramel chicken wing

12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)2 sudu besar minyak masak3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)1 sudu besar halia dicincang1 sudu besar sos ikan1 sudu besar kicap1 sudu besar sos cili1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara

1.Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.

2.Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

Ayam masak merah

1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)

2 sudu besar cili kisar

3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)

1 batang serai

1 batang kulit kayu manis

2 sudu besar sos cili

1/4 biji bawang besar dihiris kasar

1/2 biji tomato

1/2 cawan kacang peas ( ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)

garam

gula

Cara-caranya

1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Page 8: ANEKA RESIPI

2.  Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.

3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.

4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya.

Sup daging

Bahan-bahanya4000gram daging1/2 biji bawang besar2 biji bawang putih2 inci halia2 kuntum bunga lawang1 batang kulit kayu manis5 biji cili padi ( dihiris halus)2 sudu besar rempah sup ( ros guna rempah sup jenama faiza)1/2 biji lemon ( perah ambil jusnya)1 biji kentang 1/4 biji lobak merah1/4 batang celery

( utuk rasa yang lebih sedap boleh juga masukkan sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah)

Cara-caranya

1. Blender bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur, dan panaskan sedikit minyak, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, kemudian curahkan bahan kisar tadi dan biarkan naik bau dan agak garing.

2. Selepas itu masukkan daging, kacau seketika, setelah semua sebati, baru masukkan air, pastikan daging tenggelam, setelah mendidih baru masukkan rempah sup dan masak hingga daging empuk, kemudian masukkan batang celery, hirisan cili padi, jus lemon, kentang dan lobak merah. Masak sehingga semua sayur empuk.

3. Sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, angkat dan taburkan dengan hirisan daun celery atau daun sup, sedia untuk dihidangkan.

Karipap

BAHAN2:

500g Tepung

50g Tepung Beras

50g Tepung Ubi

1 sb Gula

1 st Garam

2½ sb Majerin*

¼ cwn Minyak* (* panaskan)

Page 9: ANEKA RESIPI

Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)

CARA2:

1. Campurkan kesemua bhn2 kering.Tuangkan minyak panas & gaul rata.Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.

2. Bahagi dok kpd bebola kecil.Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).Buat sehingga habis.

3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.

(Along goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).

Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.

Untuk Inti Keledek ( resepi ros @ jintanmanis.com )

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)2 sudu besar udang kering2 sudu besar serbuk kari1 sudu besa cili kisargaramCara-caranya

1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.

2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Apam marble

Bahan-Bahannya 2 1/2 cawan tepung gandum1 sudu kecil baking powder ( di ayak bersama tepung gandum)4 biji telur 1/2 cawan susu segar ataupun santan 1 cawan gula1 sudu kecil ovallettesedikit pewarna hijaubeberapa titik esen vanila

Cara-caranya

1. Pukul telur hingga agak berbuih, kemudian masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang dan betul-betul kental dan putih, masukkan esen vanila, dan kacau sebati.

2. Kemudian masukkan ovallette dan pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar, kacau sebati. Bahagi adunan pada dua bahagian, satu bahagian dimasukkan beberapa titik pewarna hijau, kacau rata, dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal. Alaskan loyang berukuran 20cm dengan kertas minhyak, sendukkan adunan warna asal ke dalam loyang, kemudian

Page 10: ANEKA RESIPI

sendukkan pula adunan warna hijau di atasnya, Ulang langkah tadi sehingga adunan habis ataupun marble kan sahaja mengikut citarasa dan warna kegemaran masing-masing.

3. Akhir sekali, kukus selama lebih kurang 40 minit atau satu jam, sedap dimakan pada bila-bila masa, lembut dan gebu teksturnya.

Samosa pantai timur

Bahan batter/kulit 

2 cawan tepung gandum 1 biji telur garam secukupnya 2 1/2  cawan air 1 sudu kecil minyak masak1/2 cawan santan atau susu segar

1. Didalam bekas adunan, campur tepung, telur, garam, air, santan dan 1 sudu kecil minyak masak kacau supaya tak beketul dan kemudian tapis. Perap seketikan lebih kurang 1/2 jam supaya adunan lebih mesra, kemudian sapukan sedikit minya di atas fry pan dan letakkan satu senduk adunan dan layangkan nipis. Masak sehingga ke dua-dua permukaan agak perang, angkat dan ketepikan. (Adunan kulit samosa Ni memang cair, macam buat kuih ketayap tu, kalau adunan Ni agak pekat boleh tambah air ya).

untuk inti 3 biji kentang - dipotong dadu 200gram daging boneless - dipotong dadu kecil-kecil1/4 biji bawang besar yg telah dicincang 1 ulas bawang putih - dicincang halus

1 sudu besar cili kisar1 sudu besar serbuk kari daging ( di jadikan pes) 

caranya.. tumis bawang besar, bawang putih, cili kisar dan serbuk kari daging hingga naik bau, kemudian masukkan daging, dan 1 cawan air, masak sehingga daging agak empuk, selepas itiu masukkan kentang, kacau sebati, setelah daging dan kentang masak, angkat dan sejukkan.

Cara melipat.

1. Ambil kulit samosa tadi, dan letakkan inti daging+kentang, lipat seperti membuat popia, ulang langkah tadi hingga semua kulit semosa dan inti habis, panaskan minyak dan goreng Kan samosa yang siap dilipat tadi, (pastikan samosa tenggelam dalam minyak yang banyak), goreng sehingga perang dan garing, angkat dan hidangkan panas-panas.

Pau seri kaya pandan

Bahan-bahanya

400 gram tepung pau ( low protein flour)1 1/2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)220ml cecair ( ros guna 110ml susu segar+ 110 air suam)1  sudu besar gula  gula1 sudu kecil baking powder+1sudu kecil bread softner1 sudu kecil garam2 sudu kecil yis

untuk inti kelapa3/4 cawan kelapa kering3 sudu besar gula merah

Page 11: ANEKA RESIPI

satu ikat daun pandansedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi intisri kaya pandankacang merahkrim coklat

*beberapa titik pewarna hijau bagi doh pau pandan*

( Untuk doh yang  warna asal, ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin, bahagi doh pada dua bahagian, satu dibiarkan warna asal, dan satu lagi dicampur dengan beberapa titik pewarna hijau, uli sehingga warna hijau sebati.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 1 sudu kecil inti sri kaya pandan dalam doh yang berwarna hijau, ulang langkah tadi hingga doh habis, Doh yang berwarna putih Ros letak inti kacang merah, kelapa dan krim coklat, ros tandakan sedikit di permukaan pau bagi membezakan inti antara satu sama lain.

3. Lapik pau dengan baking sheet, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. semalam ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

Biskut kacang rangup

330 gram kacang tanah ( ros guna kacang tanah yang siap goreng dan dibuang kulit tu) 300 gram tepung gandum110ml minyak masak biasa150 gram gula castor2 sudu kecil baking powder50gram tepung kanji kentang

Page 12: ANEKA RESIPI

2 sudu besar mentenga kacang1 sudu kecil garam

untuk gliss, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.

cara-caranya

1. Kacang tanah diblender hancur.

2. satukan gula castor, kacang tanah, baking powder, mentega kacang, tepung kanji kentang dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal. Biarkan adunan selama 30 minit sebelum di bentukkan.

3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan  bakar pada suhu 170 ke 180 darjah selama 17 ke 18 minit atau sehingga permukaan biskut perang.

4. sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang kedap udara, 

Biskut tart nenas

Bahan-bahan:

Untuk Jem Nenas1 biji nenas 1/4 cawan gula pasirsedikit pewarna kuning

Untuk Doh Tart400 tepung gandum1 biji telur ( telur dikocok dahulu)2 sudu besar tepung kanji kentang@ tepung jagung3 sudu besar  susu tepung300gram butter 

1 sudu besar minyak sapi ( optional tak nakletak punt takpe,untuk menambahkan lagi aroma tart nenas ni)cara-caranya1. Buat Jem nenas dahulu,  blender nenas dengan secawan air, curahkan dalam kuali bersama gula dan sedikit pewarna kuning, kacau selalu dan biarkan betul-betul pekat dan jus nenas nye agak kering. sejukkan terlebih dahulu.

2. Satukan tepung gandum, butter, tepung jagung dan minyak sapi, gaul sebati, anda akan dapatkan tekstur adunan yang lembut, masukkan di dalam peti sejuk, perap lebih kurang 30 minit, kemudian masukkan adunan dalam acuan tart gulung dan tekan memanjang, paipkan jem nenas, gulung kemas selepas itu gliss tart nenas dengan kuning telur.

3. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 18 ke 22 minit atau sehingga permukaan tart nenas perang, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara

Biskut conflake madu berkacang

1 cawan kacang tanah-goreng dengan minyak dan toskan.(goreng jap jer,dalam 2 minit)  ros guna kacang yang dah siap goreng ( anggaran 350gram)4 cawan Cornflakes ( ros letak 5 cawan)1/2 cawan madu  ( ros letak 4 sudu besar je) 1/2 cawan mentega Papercups secukupnya 

Cara-cara: 1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair. sejukkan sebentar. 2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam kuali yang berisi mentega dan madu cair tadi. Kacau sebati sehingga cornflakes diseliputi madu dan mentega sepenuhnya.3. Masukkan kacang tanah dan gaul sebati lagi. 

Page 13: ANEKA RESIPI

4. Isikan ke dalam papercups dan bakar selama 3-5 minit pada suhu 130c. 

Rare yogurt cheese cake

Bahan-bahannya

(Ros guna acuan spring foam 16cm)Untuk base (dasar pada kek) 150 gm biskut mentega@ boleh diganti dengan biskut oreo2 sudu besar marjerin yang telah di cairkan

Bahan untuk rare yogurt cheese cake

125 gram Plain Yogurt ( yogurt di buang airnya baru ditimbang) 150ml whipping cream125gm cream cheese philidelphia90gm gula1 sudu besar jus lemon

-cara menapis air yang terdapat pada plain yogurt, ambil penapis, alaskan dengan kicthen towel, curahkan plain yogurt dan letakkan di atas bowl, pastikan tapis dan bowl tengah-tengah nye ade ruang, macam kita perah santan tu lah, biarkan selama 1 hingga 2 jam. selepas itu anda akan dapati ade air pada dasar bowl, ambil plain yogurt yang siap dibuang air nye baru ditimbang.

Bahan larutan gelatin10gram gelatin halal ( ros guna jenama halalgel)50ml air- campurkan air dgn gelatin didalam periuk dan masak sehingga gelatin larut, guna api perlahan dan kecil. sejukkan sebentar.

ToppingSos Blueberry secukupnya1 sudu besar madu

Cara-cara

1. Blender biskut mentega hingga hancur, boleh guna blender kering tu.

2. Cairkan marjerin. Tuangkan marjerin ke dalam biskut yang telah hancur dan Gaul sebati, pastikan biskut lembab dan boleh dikepal.

3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dalam peti ais selama lebih kurang 1 jam. ros guna loyang bulat 16cm.

4. Pukul whipping cream sehingga creamy, jangan telalu kental dan ketepikan.

5. Selepas itu, pukul cream cheese bersama gula dan jus lemon sehingga sebati. Kemudian masukkan adunan gelatin, plain yogurt, whipping cream yang dipukul tadi dan kacau sebati.

6. Keluarkan Loyang yang ade base biskut dari peti ais, dan curahkan dengan adunan yogurt cheese cake, dan sejukkan selama 4 jam atau semalaman. Sapukan permukaan rare yogurt cheese cake dengan madu dan toppingkan dengan SOS bluebberry. Sedia dihidangkan. 

Marble cheese brownie

Bahan-bahan Brownies :250g butter ( ros guna hanya 150gram butter)1 cwn serbuk koko 3 biji telur gred B ( ros guna 2 biji telur)1 1/2 cwn gula castor ( ros guna 1 cawan gula)1/2 cwn susu cair 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonate 1 tsp esen vanilla 

Cara-cara:1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. 2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko.

Page 14: ANEKA RESIPI

Kacau sebati. 3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata. 5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies. 6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. 7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. 

Bahan-bahan lapisan cheese:250g cream cheese 1 cwn gula castor ( ros guna 3/4 cawan gula sahaja)1 biji telur gred B 

( ros tambahkan 50ml whipping crema ( nama cream) dalam adunan lapisan cheese tu.Cara-cara:1. Pukul cream cheese hingga gebu. 2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati. 3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Slice Cheese Cake

4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)200 ml susu segar70 gram butter atau marjerin70 gram tepung gandum (diayak dahulu)

70 gram gula4 biji telur saiz Mbeberapa titik esen vanila 

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Pandan slice cheese cake

Bahan-bahanye 4 keping slice cheese ( kt mesia cheese yang jenama kraft atau cheddar

Page 15: ANEKA RESIPI

tu)200 ml susu segar70 gram butter atau marjerin80 gram tepung gandum (diayak dahulu)70 gram gula4 biji telur saiz Mbeberapa titik esen pandanbeberapa titk pewarna hijau1 sudu kecil serbuk koko

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

2. Masukkan butter serta separuh bahagian gula dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

3. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama baki gula hingga menjadi meringue.( meringue pastikan betul-betul kental, terbalikkan bowl dan meringue takkan jatuh)

4. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

5. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen pandan dan perwarna hijau, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. ambil dua sudu besar adunan dan masukkan serbuk koko, ketepikan, curah adunan hijau ke dalam acuan kek dan akhir sekali curahkan pulak adunan coklat di atas permukaan adunan hijau tadi, lorekkan dengan garpu atau lidi.

6. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek bulat atau petak berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk dapatkan tekstur kek yang tidak terlalu kering.

7. Setelah siap dibakar terus keluarkan kek dari acuan dan sejukkan atas redai, amat sesuai dijadikan menu minum petang.