Sternautobedrijfspresentatie2012 13299273125283 Phpapp01 120222101715 Phpapp01
Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01
Transcript of Aminahbondarasulullahsaw 101011113020-phpapp01
Aminah Bonda Rasulullah SAW
. eorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah
menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal,
rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahab. Ibu dari
Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah
baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza
wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.
Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. “Allah telah memilih aku
dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari
keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang
yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang
baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua,
melainkan aku di bahagian yang terbaik.”
Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir
sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal
sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah
Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahab ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis
yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.”
Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa
kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling
baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang
dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat
membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.”
Aminah binti Wahab merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta
menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam
penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas
sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas penampilannya atau gambaran
fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai
gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya di kalangan Quraisy.
Meski tersembunyi, baunya yang harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah
dan menyebar ke segala penjuru Makkah. Bau harumnya membangkitkan harapan
mulia dalam jiwa para pemudanya yang menjauhi wanita-wanita lain yang
terpandang dan dibicarakan orang.
KEWAFATAN AMINAH, IBU RASULULLAH SAW
Setelah Rasulullah SAW berada di bawah jagaan Halimatus Sa'diyyah selama
empat tahun lamanya, anak itu dikembalikan kepada ibunya, Aminah. Menurut adat
Arab, setiap tahun Aminah pergi menziarahi ke pusara suaminya dekat kota
Madinah itu. Setelah Rasulullah SAW dikembalikan oleh Halimah, tidak berapa lama
kemudian, pergilah dia berziarah ke pusara suaminya itu bersama-sama dengan
anaknya yang masih dalam pangkuan itu, bersama-sama pula dengan budak pusaka
ayahnya, seorang perempuan bernama Ummi Aiman.
Tetapi di dalam perjalanan pulang, Aminah ditimpa demam pula, lalu menemui
ajalnya. Dia meninggal dan mayatnya dikuburkan di al-Abwa', suatu dusun di antara
kota Madinah dengan Makkah. Anak yang malang itu pindahlah ke dalam
gendungan Ummi Aiman. Dialah yang membawa anak itu balik ke Makkah. Anak itu
kemudiannya diasuh dengan penuh kasih sayang oleh datuknya 'Abdul Muttalib.
Berkata Ibnu Ishak : "Maka adalah Rasulullah SAW itu hidup di dalam asuhan
datuknya 'Abdul Muttalib bin Hasyim. Datuknya itu ada mempunyai suatu
hamparan tempat duduk di bawah lindungan Ka'bah. itu. Anak-anaknya semuanya
duduk di sekeliling hamparan itu. Kalau dia belum datang, tidak ada seorang pun
anak-anaknya yang berani duduk dekat, lantaran amat hormat kepada orang tua itu.
Maka datanglah Rasulullah SAW, ketika itu dia masih kanak-kanak, dia duduk
saja di atas hamparan itu. Maka datang pulalah anak-anak datuknya itu hendak
mengambil tangannya menyuruhnya undur. Demi kelihatan oleh 'Abdul Muttalib,
dia pun berkata : "Biarkan saja cucuku ini berbuat sekehendaknya. Demi Allah
sesungguhnya dia kelak akan mempunyai kedudukan penting.' Lalu anak itu
didudukkannya di dekatnya, dibarut-barutnya punggungnya dengan tangannya,
disenangkannya hati anak itu dan dibiarkannya apa yang diperbuatnya." 1
IBU BAPA RASULULLAH SAW
Nasab sebelah bapa : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim
bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin Ghalib bin
Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin
Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan.
Nasab yang sepakat di antara ahli tarikh hanyalah sehingga Adnan ini saja, ke
atasnya menjadi perselisihan. Tetapi sepakat pula ahli tarikh mengesahkan bahawa
Adnan itu keturunan Nabi Ibrahim al-Khalil. Yang jadi perselisihan ialah berapa
orangkah nenek-nenek Baginda di antara Ismail dengan Adnan itu. Kata
setengahnya banyaknya 40 orang, setengahnya pula mengatakan hanya 7 orang.
Berkata Abu Abdullah al-Hafiz : "Tentang berapakah bilangan nenek-nenek
moyang Rasulullah SAW sejak dari Adnan menjelang Ismail dan Ibrahim itu tidaklah
ada suatu riwayat yang muktamad."
Nasab sebelah ibu : Muhammad bin Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul
Manaf bin Zuhrah bin Hakim (Kilaab). Di sanalah pertemuan nasab ayahnya dengan
nasab ibunya. 1
PERKAHWINAN 'ABDULLAH DENGAN AMINAH
Usia Abdul Muthalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih
tatkala Abrahah menyerang Makkah dan cuba menghancurkan Ka'bah. Ketika itu
umur anaknya, 'Abdullah sudah dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya
dikahwinkan. Pilihan Abdul Muthalib jatuh kepada Aminah binti Wahab bin 'Abdul
Manaf bin Zuhra - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang amat sesuai pula usianya
dan mempunyai kedudukan terhormat.
Maka pergilah anak-beranak itu hendak mengunjungi keluarga Zuhra. 'Abdul
Muthalib dengan anaknya menemui Wahab dan melamar puterinya. Sebahagian
penulis sejarah berpendapat, bahwa mereka pergi menemui Uhyab, bapa saudara
Aminah, kerana waktu itu ayahnya sudah meninggal dunia dan dia di bawah asuhan
bapa saudaranya.
Lamaran 'Abdul Mutalib itu diterima dengan amat gembiranya oleh keluarga
Zuhra. Persiapan pun dibuat untuk melangsungkan hari kebesaran bagi kedua-dua
pengantin yang sama padan bagai pinang dibelah dua itu. Pada hari perkawinan
'Abdullah dengan Aminah itu, Abdul Muthalib juga berkahwin dengan Hala, sepupu
Aminah. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara Rasulullah SAW.
'Abdullah bersama Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai
dengan adat kebiasaan 'Arab di mana perkahwinan dilangsungkan di rumah
keluarga pengantin perempuan. Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke
keluarga Abdul Muthalib. 5
Muhammad Al-Amin, dilahirkan pada hari Senin 12 Rabi'ul awal tahun gajah atau
bertepatan dengan tahun 570 Masehi.
Terlahir dari Ibu bernama Siti Aminah Binti Wahab dan ayahnya Abdullah Bin Abdul
Muthalib, keturunan Bani Ismail, putra Nabi besar Ibrahim as yang dijanjikan oleh
Allah, dan sekaligus merupakan kakak dari Nabi Ishak, putra Nabi Ibrahim dari Siti
Sarah yang menurunkan Nabi-nabi besar untuk umat Israel.
Sang ayah, Abdullah, meninggal di Yastrib dalam perjalanan berdagangnya, jauh hari
sebelum Muhammad dilahirkan.
Ketika beliau masih bayi, selain menyusu kepada ibu kandungnya, Muhammad juga
pernah disusui oleh Tsuwaibah Al Aslamyah dari Bani Aslam yang juga budak dari
Abu Lahab, bersama-sama dengan Hamzah bin Abdul Muthalib pamannya yang
sebaya usianya dengan Muhammad, dan selanjutnya menyusu kepada Halimah Al-
Sa'diyah, dari Bani Sa'ad yang terletak antara Mekkah dan Thaif yang bersuamikan
Abu Zuaib.
Sejak dari kandungan ibunya, hingga ia lahir, Muhammad sudah menunjukkan
berbagai mukjizatnya sebagai tanda-tanda kenabiannya kelak dikemudian hari.
Setelah masa penyusuannya usai, Muhammad kembali kepelukan ibunya, Siti
Aminah.
Setahun kemudian, Muhammad kecil beserta ibunya dan seorang inang
pengasuhnya bernama Ummu Aiman melakukan ziarah kemakam Abdullah, ayah
Muhammad dan suami Aminah di Yastrib.
Selama satu bulan mereka tinggal di Yastrib dengan menumpang dirumah keluarga
mereka dari Bani Najjar.
Dalam perjalanan pulang kembali kekota Mekkah, tepat disebuah desa bernama
Abwaa', Aminah jatuh sakit dan wafat disana, waktu itu usia Muhammad sudah 6
tahun.
Karena jaraknya kekota Mekkah masih cukup jauh, akhirnya jenazah Aminah
dikuburkan didesa Abwaa' tersebut dan Muhammad beserta inangnya, Ummu
Aiman kembali kekota Mekkah berdua.
Abdullah telah pergi, Aminah pun telah pula pergi setelah keduanya melakukan
kewajiban yang diamanatkan kepada keduanya. Anak yang mulia itu kini menjadi
yatim piatu seperti kehendak Allah, kehilangan ibu sebagaimana ia telah lebih dulu
kehilangan ayah, tidak ada lagi yang akan menolongnya dalam segenap hal selain
daripada Allah yang sudah mentakdirkan sekalian takdir.
yatim piatu seperti kehendak Allah, kehilangan ibu sebagaimana ia telah lebih dulu
kehilangan ayah, tidak ada lagi yang akan menolongnya dalam segenap hal selain
daripada Allah yang sudah mentakdirkan sekalian takdir.