AMALAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR … fileTeristimewa buat, Abah dan mamaku yang amat...
Transcript of AMALAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR … fileTeristimewa buat, Abah dan mamaku yang amat...
AMALAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR PKPG YANG
BERKELUARGA (AWAM, ELEKTRIK, JENTERA, KEMAHIRAN HIDUP),
TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
MARIATUL SALMAH BT MOHAMMAD ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
AMALAN PENGURUSAN MASA DI KALANGAN PELAJAR PKPG YANG
BERKELUARGA (AWAM, ELEKTRIK, JENTERA, KEMAHIRAN HIDUP),
TAHUN AKHIR, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR
MARIATUL SALMAH BT MOHAMMAD ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
iii
Teristimewa buat,
Abah dan mamaku yang amat tercinta…..
Haji Mohammad Ismail B Abdul Gaffar dan Hajah Inun Bt Mohamed
Adik-adikku yang paling dikasihi…..
Nurul Ashikin Bt Mohammad Ismail
Mohammad Ariff B Mohammad Ismail
Sahabatku tersayang…..
Fitria Hulfa Bt Aywir
Tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan seperjuangan….
Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan….
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran
Insyaallah…..
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada
beberapa pihak yang telah membantu penyelidik untuk menyiap dan
menyempurnakan projek sarjana muda ini.
Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan penghargaan kepada pihak
Universiti Teknologi Malaysia yang telah menerima sebagai salah seorang pelajar
diantara ribuan yang ada.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Dr
Yahya B Buntat di atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan perbincangan yang telah
diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek ini dijalankan.
Tidak ketinggalan juga penyelidik mengucapkan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas projek sarjana muda ini.
Dan akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
di Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam
usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini
dengan jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada semua.
Usaha ini adalah kerana tuhan untuk manusia.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh bagi pelajar PKPG yang
berkeluarga dalam mengamalkan pengurusan masa untuk pelajaran dengan baik dan
untuk melihat pengaruh aktiviti harian dan faktor pengurusan masa bagi pelajar PKPG
yang berkeluarga ini bersama keluarga. Seramai 56 orang responden yang terdiri
daripada Pelajar PKPG Tahun Akhir yang telah berkeluarga, Fakulti Pendidikan telah
diambil sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik 23 soalan telah digunakan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kajian ini. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik kajian ialah alpha = 0.83. Data maklumat yang
diperoleh telah di proses dan dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical
Packages For The Social Science’ versi 14.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi,
peratus dan min. Menerusi aktiviti harian, dapat di lihat ianya tidak mempengaruhi
pengurusan masa para pelajar. Semua pelajar PKPG Tahun Akhir yang telah
berkeluarga ini juga dapat membahagikan masa untuk pelajaran dan keluarga dengan
baik. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan masa Pelajar PKPG Tahun Akhir
yang telah berkeluarga adalah di tahap tinggi.
vi
ABSTRACT
The objective is to identify the influence aspects of practicing a good learning
time management for these students. Besides, it also looks on the daily activities and
time management factors which affected them while they manage their family. 56
samples which consist of senior year students of PKPG in Education Faculty who
have family, being selected as respondents. A set of questionnaire (23 questions) is
used to gather all data needed for this study. The value of reliability for this
questionnaire was alpha = 0.83. By using “Statistical Packages For The Social
Science” version 14.0 software, the data had been analyzed and interpreted them into
frequency, percentages and means. Through the daily activities, it is very significant
aspects that its not influence the learning time management for these students. They
also smart enough to delegate their time between learning and family. The result
shows that the senior year students of PKPG time management are significantly
higher.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Persoalan kajian 5
1.5 Objektif kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 7
viii
1.9 Definisi Terminologi 8
1.9.1 Amalan 8
1.9.2 Pengurusan 8
1.9.3 Masa 8
1.9.4 Pengurusan Masa 8
1.9.5 Pelajar PKPG Yang Berkeluarga Tahun Akhir 9
1.10 Kesimpulan 9
BAB II SOROTAN PENULIS
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Kepentingan Pengurusan Masa 11
2.3 Teknik Pengurusan Masa 12
2.4 Pengurusan Masa Untuk Pelajaran, Pembelajaran
Sistematik dan Berkesan 13
2.5 Teknik Pengurusan Keluarga 15
2.6 Masalah dan Tekanan Ketika Menguruskan Keluarga 16
2.7 Permasalahan Dalam Mengurus Masa 17
2.7.1 Aktiviti Harian 18
2.7.1.1 Tetamu 18
2.7.1.2 Telefon 19
2.7.1.3 Menunggu 19
2.7.1.4 Pengaruh Televisyen 19
2.7.1.5 Kebisingan 20
2.8 Kajian Pola Pembelajaran Pelajar Universiti
Teknologi Malaysia 20
2.9 Kesimpulan 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Populasi dan Persempelan Kajian 23
3.4 Instrumen Kajian 24
ix
3.4.1 Kajian Rintis 25
3.5 Prosedur Kajian 26
3.6 Analisis Data 27
3.7 Kesimpulan 28
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 29
4.2 Analisis Data 29
4.3 Analisis Bahagian A – Biodata Responden 30
4.3.1 Taburan dan Peratusan Responden
Berdasarkan Jantina 30
4.3.2 Taburan dan Peratusan Responden
Berdasarkan Kursus Diikuti 31
4.3.3 Taburan dan Peratusan Responden
Berdasarkan Keturunan 32
4.3.4 Taburan dan Peratusan Responden
Berdasarkan Kediaman Semasa
Menuntut di Universiti 32
4.4 Analisis Bahagian B 33
4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 : Adakah Aktiviti
Harian Mempengaruhi Pengurusan Masa
Pelajar Berkeluarga? 33
4.4.2 Analisis Persoalan Kajian 2 : Adakah Pelajar
Berkeluarga Dapat Mengurus Masa Bersama
Keluarga? 36
4.4.3 Analisis Persoalan Kajian 3 : Adakah Pelajar
Berkeluarga Dapat Mengurus Masa Untuk
Pelajaran? 39
4.5 Kesimpulan 41
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Perbincangan 44
5.2.1 Pengaruh Aktiviti Harian Terhadap
Pengurusan Masa Pelajar Berkeluarga 44
5.2.2 Pengurusan Masa Pelajar Berkeluarga
Bersama Keluarga 45
5.2.3 Pengurusan Masa PelajarBerkeluarga
Untuk Pelajaran 46
5.3 Rumusan 49
5.4 Cadangan 49
RUJUKAN 51
LAMPIRAN 54
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.3 Jumlah Sampel Kajian 24
3.4.1 Skala Likert 24
3.4.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian 25
3.4.3 Nilai Korelasi dan Interpretasi 26
3.6.1 Penggabungan Skala Likert 27
3.6.2 Tahap Bagi Setiap Nilai Min 28
4.3.1 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina 30
4.3.2 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Kursus
Yang Diikuti 31
4.3.3 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Keturunan 32
4.3.4 Taburan dan Peratusan Responden Berdasarkan Jenis Kediaman
Semasa Menuntut Di Universiti 32
4.4.1 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min
Bagi Persoalan Kajian 1 : Pengaruh Aktiviti Harian 33
4.4.2 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min
Bagi Persoalan Kajian 2 : Pengurusan Masa Bersama Keluarga 36
4.4.3 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan dan Min
Bagi Persoalan Kajian 3 : Pengurusan Masa Untuk Pelajaran 39
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Projek Sarjana Muda 54
B Pengesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian 59
C Surat Memohon Maklumat Untuk Projek Sarjana Muda 60
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sistem pendidikan Malaysia telah mengalami perubahan dari tahun ke tahun
dan segala dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menuntut seluruh kaum pendidik memahami dan sekaligus melaksanakannya sebaik
mungkin. Oleh itu para guru-guru perlu peka dengan segala perubahan dan berusaha
melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan terkini. Peluang melanjutkan
pelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada guru-guru
yang bukan siswazah harus diambil. Namun bagi pelajar yang sudah berkeluarga,
mereka mempunyai banyak masalah seperti kewangan, anak-anak dan masa untuk
belajar. Oleh itu, mereka perlu ada pengurusan masa supaya boleh mengikuti proses
pembelajaran dengan baik dan berkesan.
Sebagai seorang yang bergelar pelajar, masa merupakan salah satu faktor
terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya pengurusan
masa, akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran
mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin ke arah kebahagiaan masa
depan mereka.
2
Seperti yang diperkatakan oleh Sulaiman (1996), perkara yang boleh
menghalang pencapaian akademik yang tinggi ialah tidak mempunyai matlamat yang
jelas, tiada cita-cita, tidak menguruskan masa dengan betul, malas belajar, lemah
semangat dan berfikiran negatif. Jelaslah disini bahawa pengurusan masa merupakan
anatara kunci yang paling utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang pelajar.
Masa sentiasa ada dan bersama dengan kita. Masa merupakan suatu sumber yang
tidak boleh diganti dan tidak mungkin dipinjam atau disimpan.
Kebolehan mengatur masa merupakan satu petanda keistimewaan dan
kejayaan dalam mengatur diri sendiri juga. Mereka yang berada didalam golongan
ini dikatakan telah berjaya menguasai masa. Mereka juga merupakan antara yang
berjaya mencapai matlamat hidup mereka, hanya kerana mempunyai kelebihan
menguruskan masa.
1.2 Latarbelakang Masalah
Masa boleh memberi impak kepada pencapaian dan kemajuan bagi seorang
pelajar. Waktu belajar yang dimaksudkan di sini bukan hanya masa yang
diperuntukkan untuk belajar semasa di kuliah, tetapi juga di luar waktu pembelajaran
dan pengajian mereka. Dengan kemajuan teknologi dan pelbagai kegiatan sosial
yang lain, membuatkan waktu belajar yang berkualiti dan suasana belajar yang ideal
amat susah diperolehi (Sherina, 1999).
Kita sering melihat para remaja khasnya, suka menghabiskan masa hanya
dengan duduk berbual-bual kosong dihadapan pusat-pusat membeli belah, golongan
wanita mengunjungi ke rumah jiran hampir 2 jam hanya dengan tujuan untuk
bertanya khabar dan golongan lelaki pula minum secawan kopi tetapi menghabiskan
masa berjam-jam sekadar berbual kosong. Adakah mereka yang bergelar pelajar
3
juga patut mencontohi amalan-amalan ini jika mempunyai cita-cita untuk berjaya
dengan cemerlang jika menjadikan semua ini sebagai teladan?
Sebagai seorang pelajar, terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan dan
bagi pelajar yang sudah berkeluarga, masa antara perkara yang paling perlu diambil
kira. Mengikut Siti Hawa (1984), pelajar yang berumur melebihi 25 tahun,
menghadapi masalah dalam menguruskan masa terutama yang sudah mendirikan
rumahtangga. Mereka terpaksa menguruskan masa untuk memenuhi tanggungjawab
sebagai seorang pelajar dan juga tanggungjawab terhadap keluarga.
Chilman C.S & Meyer D.L ( 1966 ) telah melakukan kajian di Syracuse
Universiti untuk melihat hubungan antara pelajaran dan perkahwinan, mendapati
pelajar yang telah berkahwin lebih menumpukan pemikiran mereka kepada kejayaan
akademik. Ini adalah kerana pelajar yang telah berkahwin mempunyai
tanggungjawab terhadap keluarga. Kebanyakan dari mereka berpendapat
perkahwinan tidak menjejaskan kedudukan dan peranan mereka sebagai pelajar
universiti.
Pelajar PKPG terdiri daripada guru-guru yang mengambil cuti belajar dengan
bergaji separuh dan dikategorikan sebagai kakitangan Kementerian Pendidikan yang
menjalani kursus dalam perkhidmatan. Oleh itu, majoritinya terdiri daripada pelajar
yang telah berkeluarga dan sekaligus mempunyai tanggungjawab yang lebih
berbanding Pelajar Perdana. Jalan yang terbaik ialah mereka perlu bijak
menyesuaikan diri dengan situasi di universiti terutama dari segi pengurusan masa
yang baik dan berkesan.
Menurut Maznah & Carter (2000), kehidupan bagi seorang dewasa perlu
berurusan dengan pelbagai tugas. Seseorang dewasa kemungkinan tidak ada
mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang cukup untuk melakukan sesuatu
tugas. Dengan demikian, perkara yang perlu diberi perhatian oleh seseorang pelajar
4
dewasa ialah bagaimana cara untuk menghadapi situasi begini, supaya tidak
mengganggu pencapaian akademik mereka.
Kepentingan menguruskan masa juga turut terdapat didalam Al-Quran iaitu
menerusi Surah Al-Asr, ayat 1 – 3 yang bermaksud;“ Demi masa, sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan berwasiat ( nasihat – menasihati ) dengan kebenaran dan berwasiat dengan
kesabaran”
Oleh itu, pengkaji ingin membuat satu tinjauan ke atas pengurusan masa
pelajar PKPG berkeluarga (Awam, Elektrik, Jentera Dan Kemahiran Hidup) Tahun
Akhir, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu yang dibuat oleh Ahmad Fadzli
Yusof (2004), Robert & W. Royce (1984) dan Hasan (1996) mendapati terdapat
beberapa kelemahan dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh pelajar dalam
menguruskan masa mereka semasa belajar terutama mereka yang telah berkeluarga
dan ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan
untuk mengenalpasti adakah aktiviti harian mempengaruhi pengurusan masa pelajar
berkeluarga, adakah pelajar berkeluarga mampu menguruskan masa bersama
keluarga dan juga adakah pelajar berkeluarga mampu menguruskan masa mereka
untuk pelajaran.
5
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Adakah aktiviti harian mempengaruhi pengurusan masa pelajar
berkeluarga?
1.4.2 Adakah pelajar berkeluarga dapat mengurus masa bersama keluarga?
1.4.3 Adakah pelajar berkeluarga dapat mengurus masa untuk pelajaran?
1.5 Objektif Kajian
Penyelidikan ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :
1.5.1 Untuk mengenalpasti sama ada aktiviti harian mempengaruhi
pengurusan masa pelajar berkeluarga
1.5.2 Untuk mengenalpasti sama ada pelajar berkeluarga dapat mengurus
masa bersama keluarga
1.5.3 Untuk mengenalpasti sama ada pelajar berkeluarga dapat mengurus
masa untuk pelajaran