7 Tamadun China
-
Upload
nazif-huzaini -
Category
Documents
-
view
256 -
download
0
Transcript of 7 Tamadun China
-
7/28/2019 7 Tamadun China
1/50
TAMADUN CHINA
-
7/28/2019 7 Tamadun China
2/50
LATARBELAKANG TAMADUN CINA
Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6Sebelum Masihi (SM) dan merupakan salah satu tamadun yangtertua di muka bumi selain daripada Tamadun Mesir (Lembah
Sungai Nil), Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris danSungai Euphrates), India (Lembah Sungai Indus) dan TamadunYunani (Eropah). Sifat keterbukaannya dalam berinteraksi dengantamadun-tamadun lain, integratif dan dinamik menyebabkanyamenjadi lebih mampan walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain. Walaupun mengalami perubahan-perubahan dalam
proses perkembangan yang panjang, namun identitinya dikekalkansebagai satu tamadun berkesinambungan dan kekal padakeseluruhannya.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
3/50
Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan
arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik ( Zaman
batu baru) di Yangshoa di provinsi Shaanxi menunjukkan,
Kebudayaan Yangshao telah wujud pada milenium ke-5. Tapak
tradisi kebudayaan Yangshoa ini dijumpai di teres-teresberhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe
(The Yellow River), kerana kawasan ini mempunyai tanah
yang subur, lembap dan mudah untuk dikerjakan sebagai
kawasan pertanain dan penempatan.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
4/50
Kegiatan awal bangsa Yangshoa ialah pertanian, penternakanbabi dan mengukir tembikar (painted pottery). Adalah
dipercayai, bijirin (milet) adalah makanan asasi atau rugi
bangsa Yangshoa. Perkembangan peradaban bangsa Yangshoa
di bahagian tengah dan utara negara Cina menelan masa kira-kira 6 milenium iaitu lebih kurang 5000 tahun sebelum
diambilalih oleh kebudayaan Longshan.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
5/50
Kebudayaan Longshan bermula sejak pertengahan kurun ke-2dan zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2
atau milenium pertama. Pertemuan arkeologi menunjukkan
peradaban ini terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi
Jiangxi dan juga di Sanxingdui,di provinsi Suchuan.Peradaban ini lebih maju berbanding ketamadunan
Yangshoa,di mana tembikar yang dijumpai menunjukkan
berkualiti, kerana dipercayai menggunakan mesin peroda
tembikar (potters wheel) dalam pengeluarannya.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
6/50
Dalam tahun 1766SM1122SM, gangsa dinilai sebagaisimbol elit oleh Dinasti Shang dan tukang-tukang gangsadihormati sebagai ahli masyarakat yang penting semasapemerintahannya. Zaman Dinasti Shang memperlihatkan
perkembangan tamadun yang lebih komplek denganpembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan,peningkatan pengkhususan pekerjaan dan wujudnya sistemmasyarakat yang berlapis. Peradaban Shang berpusat di
bahagian utara Henan di mana dua tapak arkeologi di
Zhengzhou dan Anyang menunjukkan sejarah ketamadunanDinasti Shang.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
7/50
SUMBER KEKUATAN YANG
MEMPENGARUHI TAMADUN CINA
1. Alam SekitarTempoh Neolitik di negara Cina mempunyai kedudukan yangunggul dalam sejarah perkembangan peradaban China. PeradabanYangshoa yang menjadikan bijirin (milet) sebagai makanan asasi
telah menggalakan perkembangan dalam kegiatan pertanian. Tapakperadaban Yangshoa yang terletak di kawasan di mana tanahpasirnya telah dimendapkan oleh angin selama berkurun-kurunlamanya menjadikan kawasan ini subur dan sesuai untuk kegiatanpertanian. Penemuan benih padi di Lembah Yangzi, di Selatan TelukHangzhou, provinsi Zhejiang menunjukkan penanaman padi telahdilakukan secara meluas.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
8/50
Geografi Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca
yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan
iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah Padi, yang
wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China.
Pada asasnya, bahagian timur China menghadap lautan, bahagian
barat-laut direntangi oleh gurun yang luas dan bahagian barat-daya
adalah dataran tinggi Qinghai-Tibet, dataran yang terluas di duniadengan ketinggian 4000-5000 meter secara purata. Keadaan ini
menyebabkan kebanyakan sungai mengalir ke arah kawasan Selatan
atau Timur dan seterusnya menggalakkan pergerakkan penduduk,
terutamanya para petani untuk menetap di bahagian Selatan China.Hasil dari pola pergerakkan ini, perkembangan kebudayaan juga
turut beralih ke Selatan China.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
9/50
2. Bahasa dan sistem tulisan cina
Bahasa cina telah digunakan dengan meluas di zaman silam dan ia masihdigunakan sekarang berbanding dengan bahas-bahasa kuno lain. Iniadalah kerana, walaupun mempunyai pelbagai sebutan dialek, tetapihanya satu tulisan bercirikan karektar digunapakai oleh semua rakyatcina. Ini merupakan faktor penting dalam menyatupadukan rakyat cina
dan perkembangan tamadunnya.
Karektar yang digunapakai dalam tulisan cina biasanya berdasarkankepada lambang bergambar (xiang xing) dan dikenali sabagai Hanzi(tulisan Han), lambang petunjuk (zhishi), lambang petunjuk fikiran(huiyi), dan gabungan bentuk bunyi (xing sheng), bersamaan dua kaedah
yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf cina,iaitu mutual semantik transfer (zhuanzhu) dan loan character (jiajie).Keedah-kaedah tersebut digolongkan sebagai six principles of writing(liushu).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
10/50
-
7/28/2019 7 Tamadun China
11/50
3. Pembentukan bangsa Tionghoa
China merupakan satu negara yang luas dan besar. Penduduknyaterdiri daripada pelbagai bangsa yang pada zaman Neolitik danzaman batu menduduki tiga kawasan utama, iaitu Utara, Tengahdan Selatan.
Menurut para sarjana Cina, terdapat tiga kumpulan bangsa yangterbesar iaitu kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum YangDi dan Huang, kumpulan Feng-Yang dan kumpulan Miao-Manyang terdiri dari suku kuam bagsa di Selatan China.
Proses peredaran zaman yang panjang telah membentuk kerjasama
antara bangsa tersebut. Peperangan, berinteraksi, berkahwincampur dan tiru-meniru budaya dikalangan bangsa ini telahmewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsaTionghoa (Zhonghua minzu).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
12/50
4 Pandangan semesta dan
kepercayaan
Pandangan animisme merupakan pegangan dan
kepercayaan penduduk primitif cina di mana pemujaan
binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud pada zaman neolitik
dengan bangsa Yangshao dan Longshan lagi. Selain
daripada kepercayaan animisme ini, konsep Tian iaitu
langit sebagai makluk unggul (supreme being) yangmenguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman
dinasti Zhou (kk 1123 SM-221SM).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
13/50
Tian dalam kontek kepercayaan konfusianisme bermakna
prinsip tertinggi dalam alam semesta. Konfusianisme
merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspekfalsafah, keagamaan dan sosiopolitik. Asas utama dalam
pengajaran konfusianisme adalah nilai dan sifat moral yang
mulia, terutamanya mengenai perikemanusian (ren),
kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu-bapa (xiao). Pujanggaagung konfusianisme, Mencius (372 SM289 SM),
berpendapat semasa dilahirkan manusia mempunyai empat
sifat yang baik iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yu),
kesusilaan (li) dan kearifan (zhi).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
14/50
Dong Zhongshu (179 SM104 SM), seorang lagi pujangga
konfusianisma di zaman dinasti Han mencipta satu falsafah
Yin-Yang yang menceritakan bahawa insan merupakan
sebahagian daripada Tian. Oleh itu wujud satu pertalian diantara insan dengan Tian. Kesalahan yang dilakukan oleh
kerajaan duniawi akan menyebabkan kemarahan oleh Tian
dengan mencipta keadaan luar biasa sebagai menifestasi
amarannya.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
15/50
Konsep Tian juga wujud dalam kepercayaanDaoisme. Kitap Daoisme dan Yijing menceritakan
bahawa Tian adalah segala-galanya. Kelahiran
sesuatu hayat juga dipercayai akan berakhir dankembali kepada akhir hayat mereka iaitu Dao.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
16/50
5. Sistem politik dan pemerintahan
Perkembangan pesat pemikiran politik di China bermula padazaman pemerintahan dinasti Qin (221 SM209 SM). Antaraaliran pemikiran politik yang penting ialah Konfusianisme,Daoisme, Legalisme dan Moisme. Walaubagaimanapun, Legalisme
bermula sebelum dinasti Qin, di mana teori dan pelaksanaankonsep Legalisme telah berjaya membawa pembaharuan dalamsistem pemerintahan dengan menggantikan sistem pemerintahanfeudal yang bercirikan pelbagai negeri dan jajahan (multistate)kepada sistem pentadbiran commendaries dan counties (junxianzhi) iaitu kerajaan birokratik berpusat (centralized bureaucractic
government). Sistem in telah menyumbangkan kepada pengekalanpentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarahketamadunan cina
-
7/28/2019 7 Tamadun China
17/50
Pemikiran politik berasaskan Daoisme bertentangan dengan apayang diterapkan oleh pemikiran Konfusianisme. Daoisme
berpendapat bahawa pemerintah tidak perlu menguatkuasa
sebarang usaha yang keras (wuwei) dan meneruskan kehidupan
secara primitif yang menghormati diri dengan alam semesta.Manakala pemikiran politik Moisme pula menegaskan
penyelarasan peraturan dan pembentukan kuasa pusat (shangtong)
tidak bersesuaian dengan pihak pemerintah. Ini adalah kerana
ajarannya yang menitikberat kepada jimat-cermat (jieyong) dan
pelantikan pegawai kerajaan berdasarkan kepada kelayakan dan
kemampuan (xuan xian yu neng) sukar untuk dilaksanakan.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
18/50
6. Kemasukan Islam di Cina
Peluasan kawasan Islam itu berlaku ketika di zaman khalifah
AL-Walid bin Abdul Malik. Panglima Islam yang
bertanggungjawab menyebarkan Islam ke Timur hingga ke
sempadan negara China adalah Qutaibah bin Muslim. Akibatdaripada penguasaan Islam ke timur dan kekalahan tentera
China di sungai Talas maka ini telah menghalang kerajaan
China pada ketika di bawah Dinasti Tang daripada
mengekalkan kuasa di Asia Tengah.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
19/50
Berikut terdapat beberapa keadaan bagaimana Islam
tersebar ke negara China:
i. Berdasarkan sumber dari China, Maharaja Tang II telah
menghantar utusan kepada Nabi Muhammad SAW untuk
menghantar pendakwah ke negara tersebut. Nabi telah menyambut
baik dengan menghantar tiga orang pendakwah. Dua daripadapendakwah itu meninggal dunia semasa perjalanan yang amat jauh,
dan hanya seorang sahaja yang selamat sampai ke China. Maharaja
tersebut telah membina sebuah masjid untuknya. Bermula dari itu
beliau mula menyebarkan Islam di negeri China. (Jameel Abdullah,
present Islamic world, part 2, p.in Saudi Arabia, page. 495, in
Arabic) .
-
7/28/2019 7 Tamadun China
20/50
ii. Semasa di zaman Khalifah Al-Rashidin yang ketiga iaituUthman bin Affan, baginda telah menghantar Saad bin Abi
Waqqas melawat negeri China pada tahun 651 M (29Hijrah)
untuk menyampaikan dakwah kepada Maharaja China. Hasil
daripada lawatan tersebut, maharaja China telahmengarahkan pembinaan Masjid yang besar dan indah di
Bandar Canton atau kini dikenali sebagai Guangzhou.
(Abdur- Rauf, 1994).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
21/50
iii. Tentera Islam dibawah Qutaibah bin Muslim menjalankanpenaklukan ke atas Bandar Kashgar ibu kota Turkestan Timur
pada tahun 714 M dan menyeru Maharaja China memeluk
Islam. (Turkestan Timur adalah sebuah negara merdeka
sehingga ditakluk oleh kerajaan Manchu tahun 1759. Padatahun 1876 ia memberontak dan merdeka dari kerajaan
Manchu dan pada tahun 1949 ia di kuasai oleh kerajaan
komunis Chin
-
7/28/2019 7 Tamadun China
22/50
iv. Dalam tahun 757 M. (138 Hijrah) Jeneral Lien Chenmemberontak menentang Maharaja Su Tsung. Atas
permintaan Maharaja Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Al-
Mansor telah mengirimkan 4000 orang tentera yang terdiri
daripada orang Islam berbangsa Turki ke China. Tentera Islamyang dikirimkan berjaya dalam misi tersebut. Namun begitu
tentera tersebut terus tinggal di negeri China dan berkahwin
dengan wanita tempatan. Ini membantu dalam penyebaran
Islam di China. (Abdur-Rauf, 1994).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
23/50
v. Sesetengah pendakwah ke China melalui laut bersama pedagangdan menyebarkan Islam di Bandar-bandar seperti Shanghai,Guangzhou, dan sebagainya (Abdullah, 1994).
vi. Dalam kurun ke 4 Masehi (10Hijrah), Raja Turkestan Timurmemeluk Islam. Ini memudahkan lagi penyebaran Islam diTurkestan Timur dan China (Muhyiddin Hasan, 1987).
vii. Bila masyarakat berbangsa Uyghur yang tinggal di TurkestanTimur memeluk Islam, maka mereka mula menyebarkan Islam diTurkestan Timur dan China.( Abdur-Rauf, 1994).
viii. Bila Maharaja China mula tertarik dengan kebaikan agamaIslam maka beliau telah menjemput beberapa pendakwah Islamsecara rasmi. Pendakwah tersebut dapat menyebarkan Islamdengan bebas dan selesa. (Jameel Abdullah).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
24/50
Berikut adalah zaman gemilang Islam di China pada peringkatawal.
1- Zaman Tang berakhir 907 Masehi
2- Zaman Sung dari 907-1279 Masehi
3- Zaman Yunnan 1280-1368 Masehi4- Zaman Ming 1368-1644. Masehi
Pada empat zaman ini jumlah penduduk Islam bertambah dari
semasa ke semasa dan maju dari segi pendidikan, politik,ekonomi dan sosial. (Muhyiddin Hasan, 1987).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
25/50
SUMBANGAN TAMADUN CINA
1. Kesusasteraan dan KesenianSejarah kesusasteraan cina bermula seawal kurun ke-14 SM
dan diteruskan perkembnagannya sehingga lebih 300 tahun.Bahasa cina dapat dikekalkan identitinya walaupun negaraChina pernah ditalukki oleh orang asing seperti mongol(dinasti Yuan, 12791368) dan orang Manchu (dinasti Qing,16441911). Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat
fonetik sebaliknya berbentuk grafik. Sifat yang berbentukgrafik ini telah meninggalkan kesan terhadap kesusasteraancina dan penyebarannya.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
26/50
Terdapat pelbagai gengre sastera cina klasik seperti puisi,
prosa, drama dan juga fiksyen. Antologi puisi cina yang
terawal ialah Shi jing yang mengandungi 305 buah nyanyiankuil, nyanyian istana dan rakyat yang wujud dalam tempoh
antara zaman Zhou Barat (kurun ke 11 SM771 SM) hingga
zaman Musim Bunga Musim Luruh (770 SM476 SM).
Antologi ini dikumpul pada masa konfusius (551 SM479SM) di kawasan Lembah Huanghe. Secara amnya, puisi cina
berhubung rapat dengan muzik dan ia bersifat padat dan
singkat. Puisinya juga lebih naratif atua diskriptif yang
mempunyai fungsi sosial dan politik.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
27/50
Perbezaan prosa dan puisi adalah kurang jelas. Prosa
dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu prosa bercampur
puisi (poetic prose), prosa berirama (rhyme prose), rapsody
(rhapsody),dan puisi bersifat prosa (poetry prose). Prosaklasik atau dikenali guwen adalah dominan dalam sastera
klasik cina dan ia mempunyai fungsi sosial dan politik.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
28/50
Drama cina berkembang agak lewat kerana penaklukan dinasti
Yuan (12791368). Walaubagaimanapun, drama cina dari jeniszajudrama berbentuk puisi yang digubah mengikut kesesuaian
muzik sangat bersemarak pada zaman dinasti Yuan. Drama
digunakan oleh penulis sebagai saluran untuk meluahkan
ketidakpuasan perasaan dan mengkritik kerajaan pemerintah
seperti drama DouerYuan (ketidakadilan Yuan).
Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dari pelbagai daerah
mula berkembang dan dipentaskan kepada umum. Dari sini,
lahirlah opera cina yang menjadi salah satu kegemaran rakyat cinadalam drama. Drama juga digunakan oleh konfusius untuk
menerapkan nilai-nilai moral dan etika.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
29/50
Tamadun cina juga tidak ketinggalan dalam menciptakeseniannya. Muzik klasik, kaligrafi, seni lukis dan senipembinaan merupakan kesenian yang terawal dalam tamaduncina. Sistem melodi muzik klasik cina adalah kompleks di
mana alat-alat yang digunakan dikategorikan mengikut bahanakustik dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Muzik bagitamadun cina adalah sesuatu yang berharmoni dengan alamsemesta dan di letakkan pada satu kedudukan penting padafahaman konfusius. Pada abab ke-8, kemasukkan muzik dari
tamadun lain telah memeriahkan lagi suasana muzik di cinaterutamanya dengan kemasukkan tamadun India dan AsiaTengah.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
30/50
Kaligrafi merupakan salah satu kesenian yang paling tinggidiberi penghormatan dalam tamadun cina. Kaligrafi ditulis
dengan menggunakan dakwat, berus, kertas dan kadang-
kadang sutera. Perkembangan kaligrafi telah menghasil
pelbagai bentuk tulisan cina. Kaligrafi dikatakan mempunyaihubungan yang rapat dengan seni lukis dan puisi. Su Dongpo
(10371101) pada zaman dinasti Song merupakan seorang
pelukis dan juga seorang pakar kaligrafi. Seni lukisan cina
pada dasarnya terbahagi kepada dua kategori iaitu xieyi(freehand) dan juga gongbi (menggunakan garis halus).
-
7/28/2019 7 Tamadun China
31/50
. 2 Sains dan teknologi
Kajian arkeologi menunjukkan sain dan teknologi Cina telah wujud padakurun ke-15 sehingga kurun ke-11 SM. Pada awalnya teknologikejuruteraan digunakan dan dikembangkan kerana untuk mengawalbanjir Sungai Kuning. Antara lain-lain teknologi adalah dalam bidang
astronomi, perubatan, optik dan kimia. Di zaman dinasti Zhou dalamkurun ke11 hingga ke 3 SM, orang cina telah mampu menyediakanmaklumat berkaitan dengan bintang dengan terciptanya peralatanastronomi.
Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli matematik cina iaitu Xu Yue
dalam kurun ke2 SM. Buku jiuzhang suanshu (sembilan bab matemetik)yang ditulis oleh Zhang Cang pada kurun ke-2 menunjukkan penemuanmengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
32/50
Perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatancina tradisional yang terdiri dari teori kosmik dualistik yin
dan yang, teori lima elemen, dan juga teori jing dan luo. Teori
yin dan yang menyatakan keseimbangan kedua-dua kuasa ini
mempengaruhi kesihatan manusia. Teori lima elemenmenganggap bahawa tubuh manusia yang terdiri dari organ
luaran dan dalaman adalah berpadanan dengan lima elemen
dalam alam semesta..
-
7/28/2019 7 Tamadun China
33/50
.Teori jing dan luo merupakan asas kepada rawatanterapeutik seperti moxisbustion (membakar daun
moxa) dan akupuntur. Teori ini berpendapat bahawa,organ dalaman, tangan dan kaki adalah berkaitan dan
dihubungkan oleh saluran dimana darah dan qi(tenaga dinamik) beredar.
Gangguan pada sistem ini akan menyebabkanseseorang tidak sihat. Buku-buku perubatan cina
seperti Huangdi neijing dan Bencao gangmudipercayai sebagai pemangkin kepada perkembanganperubatan modem oleh barat.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
34/50
Terdapat empat ciptaan agung dalam tamadun
cina iaitu teknik membuat kertas, pencetakan,bahan letupan dan kompas. Cai Lun telah berjaya
membuat kertas dengan menggunakan fiber
tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologipencetakkan telah mula diperkenalkan semasa
pemerintahan dinasti Tang (618906) di mana
buku jingang jing dipercayai buku yang terawaldicetak iaitu pada 11 Mei 868.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
35/50
. Bahan letupan telah dihasilkan oleh ahlikimia cina pada kurun ke-7 apabila ahli-ahli
kimia Daois berjaya mencampurkan
saltpetre dengan sulfur dn karbon. Padazaman dinasti Tang, pihak militari telah
menggunakannya dalam peperangan..
-
7/28/2019 7 Tamadun China
36/50
Pada zaman pemerintahan dinasti Han (206220
SM) sifat-sifat magnet telah ditemui di cina.
Penemuan tentang gejala magnet aruhan (induced
magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan(declination) dan juga kekutuban magnet
(polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah
membuahkan penghasilan kompas oleh orang cinadan digunakan semasa pelayaran.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
37/50
Interaksi dengan kawasan luar budaya
Asia Tenggara, India, Dunia Islam dan Barat
Hubungan tamadun Cina dengan Asia Barat dan Eropah agaklambat. Ini adalah kerana kedudukan geografi yang agak jauhdan dipisahkan oleh permukaan bumi yang bergunung ganangserta padang gurun. Negara-negara Asia Tenggara, yang
kedudukannya agak dekat dapat berinteraksi dengankebudayaan Cina seawal zaman pemerintahan dinasti Han(206-220TM).
Kerajaan Dinasti Han telah menghantar utusan ke Funan(Kampuchea) dan negara-negara Asia Tenggara lain dalam
usaha mencari jalan untuk menembusi Tamadun Rom danParsi.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
38/50
Penghijrahan orang Cina ke Negara-negara AsiaTenggara secara tidak langsung juga menyumbangkepada interaksi antara budaya. Dalam kurun ke-19, kemasukkan beramai-ramai orang Cina dan
India oleh penjajah Barat dalam usaha merekauntuk memenuhi permintaan tenaga buruh telahmewujudkan satu kolompok masyarakat Cina danIndia di Negara-negara Asia Tenggara. Budaya danpegangan kehidupan pendatang ini telahmempengaruhi kehidupan penduduk tempatan.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
39/50
Hubungan Malaysia dengan China dipercayai telahbermula sebelum kegemilangan kerajaanParameswara Melaka, tetapi hubungan inibertambah baik apabila Laksaman Ho Chi Ming,yang di hantar Maharaja China untuk berdagang
dengan kerajaan Melaka diterima baik oleh sultanMelaka. Asalnya hubungan perdagangan ini telahbertukar kepada hubungan perkahwinan apabilaPuteri Hang Li Po berkahwin dengan Sultan
Melaka.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
40/50
Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung
di Asia Tenggara. Kedua-dua tamadun ini mempunyai
keagungan masing-masing. Interaksi antara dua tamadun
ini, telah membuka lembaran baru dalam konsep
kepercayaan buddha. Ajaran buddha yang konsepnya
hampir menyerupai konsep Daoisme senang diterimamasyarakat Cina, sehinggakan dalam tempoh yang
singkat, orang-orang Cina telah berjaya menyusun
doktrin buddha dalam satu koleksi yang dinamakan
Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayanadan Hinayana.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
41/50
Perpindahan dua hala kebudayaan China dan
India ini terus berlaku bukan sahaja dalam
kontek pegangan kehidupan tetapi kepada
hampir keseluruhan corak kehidupan kedua-
dua tamadun ini. Perpindahan teknologitelah berlaku di mana teknologi pembuatan
kertas dari China telah dibawa masuk ke
India dan teknologi membuat gula dari Indiatelah dibawa masuk ke China.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
42/50
Walaupun interaksi dengan tamadun Barat agak lewat,
pertembungan dua tamadun ini banyak memberi kesan positif
kepada kecemerlangan tamadun dunia hari ini. Tamadun Barat
yang terkenal dengan kemajuan sains, telah menggunakan
kesempatan ini sepenuhnya apabila mengkaji secara lebih
mendalam empat penemuan agung tamadun Cina.
Tamadun Cina yang mengutamakan etika dalam pengurusan
masyarakat dan negara dianggap oleh para intelektual cina
sebagai penghalang kepada kemajuan sains dan teknologi.
Pertembungan tamadun ini telah menyedarkan para
intelektual cina supaya melancarkan satu revolusi yang
dikenali sebagai Gerakan Kebudayaan Baru dalam usaha untuk
memajukan negara China.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
43/50
Kesan Interaksi Tamadun Cina terhadap
Pembinaan Tamadun Melayu
Kesannya ialah pada 1) Bahasa dan kesusteraan
Pengaruh tamadun China ke dalam tam. Melayu dapat dilihat
melalui serapa beberapa istilah dari perkataan Cina ke dalam
bahasa melayu spt:- Makanan/buahan:Mee, kueh, bepang, taugeh,the,beehon, lai.
- Pakaiaan dan barang dagangan: tocang, kekwa, koyok, cat, gincu,
angklong, sempua, cand.
- Manusia: apek, nyonya, taukeh, angpau, gua, lu, tokang, toapekong
- Rumah dan peralatan: loting,loceng, bangsal, cawan, teko,dacing.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
44/50
2. Kebudayaan dan kesenian.
Bukti yang nyata ttg interaksi antara Cina dan masyarakatMelayu ialah:
1. Kemunculan komuniti baba dan nyonya di Melaka
komuniti ini telah menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya dalam urusan harian mereka .- Melahirkan budaya kacukan cina-melayu yg unik sptpakaian kebaya nyonya dan nyanyian dongdang sayang.Mereka menggunakan dialek bahasa melayu pasar.Dialek mereka ini berbeza dengan bahasa melayu baku
dari beberapa aspek.- Kini ramai ramai dikalangan baba melaka telah
berkahwin dengan komuniti Cina yang lain danmenyerap kembali ciri-ciri budaya Cina.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
45/50
2. Cina peranakan di Kelantan.
- Mengikut kajian mereka telah menetap di tebing sungai
Kelantan dari Kuala Krai hulu, sehingga ke Tumpat dimuaranya.
- Hubungan mereka yg rapat dengan masyarakat melayumenyebabkan penyerapan ciri-ciri budaya melayu di kalanganmereka.
- Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan, jenispakaian yg serupa, saling hormat-menghormati dan citarasasepunya spt kegemaran kpd wayang kulit, menora dsb.
- W/pun begitu mereka masih mengekalkan agama mereka
datok nenek mereka spt kepercayaan kpd roh nenek moyangmereka dan amalan agama Buddha.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
46/50
Penutup
Tamadun Cina merupakan satu tamadun yang kuatpengaruhnya. Perkembangan tamadun Cina sehinggake dunia Barat menunjukkan tamadun cina berupayabersaing dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun
Cina telah memberi pandangan baru kepada tamadunlain.
Pegangan konfusianisme telah memberi idea kepadasesebuah negara agar beretika dalam penubuhan
sesebuah kerajaan. Konsep konfusianisme yangmementingkan humanisme, humanitaarianisme,intelektualisme dan rasionalisme adalah bersesuaianuntuk diamalkan dalam kehidupan harian manusia.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
47/50
Kebolehan tamadun Cina dalam teknologi dengan
menyumbangkan empat ciptaan agung kepada dunia
menunjukkan tamadun Cina telah awal lebih majuberbanding dengan tamadun lain.
Walaupun pada zaman pemerintahan Yong Zheng (1723-
1735), dasar isolation telah diperkenalkan, ini tidak
memundurkan masyarakat cina. Namun sedikit sebanyak
memberi impak kepada kemajuan secara global.
Kebangkitan para intelektual Cina setelah China kalah
beberapa kali dalam peperangan telah memberi kesanpositif kepada pembangunan China.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
48/50
Revolusi Gerakan Kebudayaan Baru yangdilancarkan oleh para intelektual Cina telah
menyedarkan kerajaan China bahawa
pembaharuan perlu dilakukan untuk memajukantamadunnya sendiri. Pegangan kosnfusianisme
semakin terhakis apabila ramai rakyat China
diberi pendidikan sekularisme Barat.
-
7/28/2019 7 Tamadun China
49/50
Rujukan:
1. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Terbitan Universiti
Malaya
2. Tamadun Islam dan Tamadun Asia Terbitan Universiti
Teknologi Mara3. Tamadun Melayu, India, China & Jepun By Esa Khalid &
Mohd Azhar Abd. Hamid
4. http://www.fstc.co.uk
5. http://www.muslimheritage.com6. http://www.wikipedia.com/civilization
-
7/28/2019 7 Tamadun China
50/50
SEKIAN TERIMA KASIH