محمد شمس الحكيم عبد الصمد

30
مد ص ل د ا ب ع م ي ك ح ل س ا م ش مد ح مAL-QURAN SUMBER KEBAHAGIAAN

description

AL-QURAN SUMBER KEBAHAGIAAN. محمد شمس الحكيم عبد الصمد. MUQADDIMAH. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of محمد شمس الحكيم عبد الصمد

Page 1: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

محمد شمس الحكيم عبد الصمد

AL-QURAN SUMBER KEBAHAGIAAN

Page 2: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

MUQADDIMAH

Segala pujian bagi Allah yang telah mengurniakan rasa bahagia dalam diri manusia. Solawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad r yang telah menunjukkan teladan dan memberikan panduan ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Page 3: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KEFAHAMAN MANUSIA TERHADAP KEBAHAGIAAN

. Kefahaman atau interpretasi manusia terhadap makna kebahagiaan pula bersifat subjektif.

Pelbagai ragam manusia yang mencari kebahagiaan pada pentafsiran nafsu, bukan berpandukan wahyu yang memimpin akhirnya pasti akan menemui kegagalan atau tidak bertemu jawapan.

Page 4: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KEFAHAMAN MANUSIA TERHADAP KEBAHAGIAAN

Pandangan umum manusia terhadap bahagia:i. Tidak ada apa yang dikatakan bahagia.ii. Ada tapi tidak mungkin diperolehi.iii. Ada dan mungkin diperolehi.

Page 5: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KEFAHAMAN MANUSIA TERHADAP KEBAHAGIAAN

Bagi manusia yang berpendapat bahagia itu ada dan mungkin diperolehi pula terbahagi kepada:

i. Mencari kebahagiaan menurut hawa nafsu.ii. Mencari kebahagiaan menurut panduan

wahyu.

Page 6: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KEFAHAMAN MANUSIA TERHADAP KEBAHAGIAAN

Bagi manusia yang berpendapat bahagia itu ada dan mungkin diperolehi pula terbahagi kepada:

i. Mencari kebahagiaan menurut hawa nafsu.ii. Mencari kebahagiaan menurut panduan

wahyu.

Page 7: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

Maka di antara manusia ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia",

dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian daripada yang mereka usahakan; dan Allah

sangat cepat perhitungan-Nya. (al-Baqarah: 200-202)

Page 8: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

MAKSUD KEBAHAGIAAN

Dari segi bahasa ia adalah lawan kepada DERITA.

Istilahnya: Suasana senang dan aman, aman damai serta gembira, beruntung. Manakala perasaan bahagia bermaksud kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan.

Page 9: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

MAKSUD KEBAHAGIAAN

Bahagia: bermaksud apa yang dirasai oleh hati dari ketenangan, ia merupakan satu cahaya dalam hati yang memberi ketenangan kepada yang merasainya di dunia dengan keimanan, dan di akhirat nanti dengan melihat kepada Zat Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha, dan memasuki syurgaNya.

Ia rasa sebenar dalam hati.

Page 10: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

MAKSUD KEBAHAGIAAN• Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya ‘Iman dan Kehidupan’

menceritakan sebuah kisah pergaduhan antara suami dan isteri di mana pada suatu hari seorang suami marah kepada isterinya dengan berkata: “Aku akan memusnahkan kebahagiaanmu.” Lalu isterinya menjawab: “Engkau tidak akan dapat merampasnya dari diriku.” Suaminya berkata lagi: “Mengapa aku tidak mampu (untuk mengambilnya)?.” Dengan tenang isterinya menjawab: “Andainya kebahagian itu berada pada wang ringgit nescaya (engkau mampu) menahannya dariku, atau andai ia berada pada perhiasan-perhiasan maka engkau boleh mentiadakan ia dariku, tetapi ia sesuatu yang engkau dan manusia yang lain pun tidak memilikinya. Maka tanya si suami: “Apakah ia? Maka jawab isteri dengan yakin: “Aku mendapati kebahagiaan pada keimananku, dan keimananku berada dalam hatiku, dan hatiku ini tiada yang mampu menguasainya melainkan Tuhanku.”

Page 11: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

MAKSUD KEBAHAGIAAN

• “Apa yang ingin dilakukan musuhku terhadap diriku? Diriku, syurgaku dan tamanku di dalam dadaku sesungguhnya aku telah melewatinya. Ia bersamaku sama sekali tidak akan berpisah denganku. Bagiku, penahananku adalah bersunyi-sunyi, andai aku dibunuh maka itulah syahadahku, andai aku dikeluarkan dari tanah airku maka itu bersiar-siar di jalan Allah”.

Page 12: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

BICARA AL-QURAN TERHADAP KEBAHAGIAAN

Manusia yang menolak wujudnya kebahagiaan seolah-olah telah beriman bahawa Allah menjadikan semua manusia adalah supaya mereka menderita.

Hakikatnya ia bukan matlamat dari penciptaan manusia. Matlamat penciptaan manusia ialah mengabdikan diri kepada Allah dan memakmur dan memimpin dunia dengan syariat Allah (khalifah).

Page 13: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

BICARA AL-QURAN TERHADAP KEBAHAGIAAN

Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

Berkata Qatadah: Tidak, demi Allah. Allah tidak menjadikannya (al-Quran) sebagai derita, sebaliknya Dia menjadikannya rahmat dan cahaya serta penunjuk jalan ke syurga.

Page 14: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

BICARA AL-QURAN TERHADAP KEBAHAGIAAN

• Mencari bahagia dalam al-Quran jangan sampai tidak ketemu kerana bahagia itu bukan sekadar dalam al-Quran tetapi bahagia itu sendiri ada dengan al-Quran.

Page 15: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

BICARA AL-QURAN TERHADAP KEBAHAGIAAN

Al-Quran berbicara tentang kebahagiaan dari sudut yang pelbagai. Ia tidak hanya dibicarakan menggunakan satu lafaz semata-mata bahkan ia datang dalam bentuk kefahaman yang menyeluruh terhadap ayat-ayat yang membincangkan tentang kebahagiaan.

Page 16: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

PANDUAN AL-QURAN KE ARAH MEMBINA KEBAHAGIAAN

Pentingnya untuk mengekalkan kebahagiaan. Andai kebahagiaan hilang ia permulaan kepada hadirnya derita dan sengsara.Manusia mengetahui nikmat sesuatu dari lawannya. Nikmat sihat diketahui bila manusia sakit. Bahagia pula diketahui apabila derita difahami.

Page 17: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

PANDUAN AL-QURAN KE ARAH MEMBINA KEBAHAGIAAN

Kerunsingan adalah satu tentera dari tentera Allah. Ia akan ditimpakan ke atas sesiapa sahaja dari kalangan hamba-hambaNya yang lemah hubungannya dengan Allah, kosong jiwanya dari mengingati Allah.Sebaliknya ia dipenuhi dengan dosa dan maksiat.

“Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan

Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Al-Fath: 4

Page 18: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

PANDUAN AL-QURAN KE ARAH MEMBINA KEBAHAGIAAN

Kerunsingan adalah satu tentera dari tentera Allah. Ia akan ditimpakan ke atas sesiapa sahaja dari kalangan hamba-hambaNya yang lemah hubungannya dengan Allah, kosong jiwanya dari mengingati Allah.Sebaliknya ia dipenuhi dengan dosa dan maksiat.

“Dialah (Allah) yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan

Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Al-Fath: 4

Page 19: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

PANDUAN AL-QURAN KE ARAH MEMBINA KEBAHAGIAAN

Ali bin Abi Talib ditanya: Apakah tentera Allah yang paling hebat? Maka beliau menjawab: Gunung, tetapi gunung mampu dipotong menggunakan besi, maka besi terkuat. Namun besi dicairkan dengan api maka api terkuat. Namun api terpadam dengan air, maka air terkuat. Namun air akan tersejat dengan awan, maka awan lagi kuat. Namun awan akan ditiup angin, maka angin terkuat. Namun manusia dapat menyediakan perlindungan dari api dengan tangan dan pakaian. Maka manusia yang terkuat. Namun manusia dapat ditewaskan oleh tidur. Maka tidur lebih kuat. Namun kerunsingan mampu menghilangkan nikmat tidur. Maka kerunsingan itu lebih kuat. Lalu sehebat-hebat tentera Allah ialah kerunsingan yang ditimpakan ke atas sesiapa sahaja daripada hambaNya.

Page 20: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

PANDUAN AL-QURAN KE ARAH MEMBINA KEBAHAGIAAN

Antara panduan al-Quran ke arah membina kebahagiaan: 1. Kebahagiaan itu milik Allah. Ia dikurniakan kepada

sesiapa yang dikehendaki daripada kalangan hambaNya.

Keyakinan kita pada saat ini bahawa Allah yang telah menciptakan manusia dan sekalian makhluk. Alklah menciptakan manusia dengan segala kemudahan mahu pun kesusahan yang disertakan bersama-sama fitrah kemanusiaan. Dalam masa yang sama, diciptakan jalan keluar dari keduanya, jalan keluar bagi kesenangan ialah kekufuran dan kemaksiatan, manakala jalan keluar dari kesusahan adalah keimanan dan ketakwaan.

Page 21: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

PANDUAN AL-QURAN KE ARAH MEMBINA KEBAHAGIAAN

2. Kebahagiaan hanya akan diperolehi dengan jalan ketaatan kepada Allah dan RasulNya. Manakala menyalahi dan memaksiati Allah dan RasulNya akan membawa kepada derita dan sengsara.

Garisan inilah sebenarnya yang akan menentukan kebahagiaan yang sebenar atau kebahagiaan yang palsu. Orang yang melakukan kemaksiatan untuk mencapai matlamat kebahagiaan mungkin mendakwa bahawa itulah jalan bahagia. Namun orang yang beriman dan menyedari bahawa pemilik kebahagiaan yang sebenar ialah Allah. Bagaimana sesuatu yang ingin diminta dari pemiliknya dijadikan jalan permintaan untuk mendapatkannya ialah dengan cara menyalahi perintahnya, dan melakukan larangannya? Justeru, dari kefahaman kepada firman Allah inilah kit mengatur gerak mencari kebahagiaan sebenar.

Page 22: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

PANDUAN AL-QURAN KE ARAH MEMBINA KEBAHAGIAAN

3. Hakikat kebahagiaan semasa hidup di duina ini ialah redha dengan segala ketentuan Allah, merasa qanaah dengan apa yang telah di bahagi-bahagikan dari kurniaanNya kepada sekalian makhlukqnya, meletakkan keyakinan dan sangka baik kepada Allah, dan memanjangkan doa dan pengharapan kepada Allah. Kesemua itu terhasil sebagai buah keimanan yang betul dan jitu.

Page 23: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

PANDUAN AL-QURAN KE ARAH MEMBINA KEBAHAGIAAN

4. Matlamat kepada segala kebahagiaan yang ingin dikecapi adalah kebahagiaan akhirat. Namun manusia tidak dinafikan dari mengecapi kebahagiaan di dunia dengan syarat tidak melupakan tanggungjawab mengejar kebahagian sejati iaitu kebahagian di dalam syurga Allah.

Page 24: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KESIMPULANAl-Quran adalah kitab hidayah. Ia diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada umat-umatnya. Dalamnya terkandung panduan bagi menjalani kehidupan di atas muka bumi hingga sampai ke alam akhirat. Barangsiapa yang menuruti panduannya pasti akan berjaya dan selamat. Manakala mereka yang menolak dan menjauhinya akan gagal dan menemui kesengsaraan.

Page 25: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KESIMPULANKejayaan bersama dengan al-Quran di situlah letaknya kebahagiaan yang sebenar. Andai tatkala mendengarnya pun sudah dirasakan ketenangan dan kebahagiaan, bagaimana pula yang indah didengar ditelinga itu dapat dirasai oleh setiap anggota tubuh dengan melaksanakan panduan yang terkandung di dalamnya.

Page 26: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KESIMPULANIbarat makanan yang kelihatan lazat di mata, ia tidak mampu diketahui melainkan dengan disuapkan ke mulut untuk dinikmati dan disyukuri nikmatnya.

Page 27: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KESIMPULANNamun, andai kedapatan mereka yang membenci dan menjauh darinya, adakah buku panduan yang selain al-Quran yang lebih tepat dan dijamin mampu merawat derita jiwa yang bergelojak?

Page 28: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

KESIMPULAN

أعلم والله

Page 29: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

• Sebarang pandangan, teguran, atau cadangan, sila hantarkan kepada:

email : [email protected] : Shams Hakeem

Page 30: محمد شمس الحكيم عبد الصمد

谢谢ありがとうございましたشكراجزاكم الله خيراThank you

Terima kasih.