Post on 15-Jan-2016
description
UNSUR-UNSUR KUMPULAN 1
Nabilah FarhanahLaili Izzati
Nurul Atikah
Senarai Unsur Kumpulan 1
LitiumNatriumKaliumRubidiumSesiumFransium (unsur-unsur kumpulan 1 disebut sebagai
logam alkali)
Sifat Fizik
Litium, natrium dan kalium ialah logam tetapi mempunyai beberapa sifat fizik yang luar biasa.
Kumpulan 1 ialah logam lembut dengan ketumpatan dan takat lebur yang rendah berbanding dengan logam lain seperti ferum dan kuprum.
Logam-logam alkali ini mempunyai permukaan kelabu yang berkilat
Unsur-unsur kumpulan ini ialah konduktor haba dan elektrik yang baik.
Apabila menuruni kumpulan 1,
kekerasan, takat lebur, dan takat didih berkurang.
LiNaK
Apabila menuruni kumpulan 1 saiz atom bertambah.
Sifat Kimia
Litium, natrium, dan kalium mempunyai sifat kimia yang serupa tetapi berbeza dari segi kereaktifannya.
Logam alkali bertindak balas dengan air secara cergas untuk menghasilkan larutan hidroksida logam berakali dan gas hidrogen, H2.
2Li(p) + 2H2O(ce) 2LiOH(ak) + H2(g) Litium Air Litium Hidroksida Gas Hidrogen
Logam alkali terbakar dalam gas oksigen, O2 dengan cepat
untuk menghasilkan pepejal putih oksida logam. 4Li(p) + O2(g) 2Li2O(p) Litium Gas Oksigen Litium Oksida
Logam alkali terbakar dengan semakin cergas daripada litium kepada kalium. Pepejal oksida logam yang terbentuk larut di dalam air untuk membentuk larutan hidroksida logam yang beralkali.
Li2O(p) + H2O(ce) 2LiOH(ak) Litium Oksida Air Litium Hidroksida
Logam alkali terbakar dalam gas klorin, Cl2 untuk membentuk pepejal putih klorida logam.
2Na(p) + Cl2(g) 2NaCl(p) Natrium Gas Klorin Natrium klorida
Logam alkali terbakar dalam gas bromin, Br2 untuk membentuk bromida logam.
2K(p) + Br2(g) 2KBr(p) Kalium Gas Bromin Kalium Bromida
Litium, natrium dan kalium mempunyai sifat kimia yang serupa.
Logam alkali mempunyai satu elektron di dalam petala terluarnya.
Logam Alkali Susunan Elektron
Li 2.1
Na 2.8.1
K 2.8.8.1
Rb 2.8.18.8.1
Cs 2.8.18.18.8.1
Fr 2.8.18.32.18.8.1
Semasa tindak balas berlaku, setiap atom unsur ini menderma satu elektron daripada petala terluarnya untuk membentuk satu ion yang bercas +1 supaya mencapai susunan elektron oktet atau duplet yang stabil.
Langkah Keselamatan Dalam Mengendalikan Unsur Kumpulan Satu
Litium, natrium dan kalium mesti disimpan di dalam botol yang mengandungi minyak parafin.
Gunakan forseps apabila mengambil logam alkali.
Mesti memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan.
Pastikan hanya seketul logam alkali yang bersaiz kecil digunakan.
Kesimpulan
Kereaktifan unsur kumpulan satu bertambah apabila menuruni kumpulan. Hal ini demikian kerana, saiz atom unsur kumpulan satu bertambah daripada litium kepada fransium. Apabila menuruni kumpulan satu, elektron valens tunggal di dalam petala terluar menjadi semakin jauh dari nukleus. Oleh itu, daya tarikan antara nukleus dengan elektron valens menjadi semakin lemah. Oleh itu, atomnya menjadi semakin mudah melepaskan elektron valens tunggal untuk mencapai susunan elektron oktet atau duplet yang stabil.