Post on 17-Dec-2014
description
TAHAP PENGGUNAAN MEDIA KOMPUTER DALAM PENGAJARAN
SAINS DAN MATEMATIK DALAM KALANGAN
GURU-GURU SMK PANGKOR, PERAK
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan dan perkayaan ilmu pada hari ini menjadi lebih pantas dengan peranan
yang dimainkan oleh komputer dan internet dalam pendidikan. Pembelajaran berbantukan
komputer (PBK) atau Computer-Assisted Instruction (CAI) adalah terminologi yang
digunakan secara meluas untuk menerangkan tentang penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Maier et al.(1998), pengajaran dan
pembelajaran berbantukan komputer bermaksud sebarang penggunaan komputer secara
terancang dan teratur bagi membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Dence (1980) dalam kajiannya telah membuat kesimpulan bahawa PBK amat berkesan
berbanding dengan pendekatan tradisional. Dalam menghadapi arus globalisasi, Sains
dan Matematik merupakan dua subjek yang sangat penting untuk membentuk masyarakat
yang berasaskan ilmu pengetahuan. Pada dasarnya kerajaan meletakkan sasaran 60:40
pelajar mengambil aliran sains berbanding aliran sastera. Ini merupakan sasaran yang
tinggi yang perlu dicapai dan menjadi cabaran kepada guru-guru sains dan matematik
untuk memenuhinya.
1.2 Pernyataan Masalah
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
mengubah persekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang
positif disamping menarik minat pengajar dan pelajar. Criswell (1989) pula
mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai
penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar
secara aktif serta membolehkan maklum balas.
Memandangkan penggunaan alat bantu mengajar biasa seperti radio, televisyen,
mesin taip dan OHP tidak menghasilkan peningkatan yang ketara di dalam pencapaian
1
akademik pelajar, penggunaan komputer di dalam bilik darjah mempunyai potensi yang
besar dalam bidang pendidikan, khususnya dalam pendidikan sains dan matematik
(Kelman,1983). Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media teknologi digunakan
sebagai satu wahana untuk mengoptimumkan hasil pembelajaran, antaranya seperti
video, perisian komputer, perisian kursus, dan internet. Tanpa kemahiran mengendali dan
memanipulasi sesuatu alat, betapa penting dan berguna pun perkakasan tersebut tidak
akan memberi kesan atau faedah. Begitu juga dengan komputer, walaupun terdapat
banyak kelebihan dan kekuatan menggunakan komputer dalam pengajaran, banyak
peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan untuk peralatan ICT tetapi jika guru-guru
tidak menggunakannya, segala pelaburan dan harapan hanya akan menjadi sia-sia.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan media komputer di kalangan guru
Sains dan Matematik di SMK Pangkor, Perak. Kumpulan guru ini terdiri daripada 15
orang guru Sains dan 15 orang guru Matematik. Objektif kajian adalah seperti dibawah:
1.3.1 Mengenalpasti media pengajaran yang paling kerap digunakan oleh guru-
guru Sains dan Matematik dalam pengajaran
1.3.2 Mengumpul maklumat tentang tahap penggunaan komputer (internet dan
perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran di kalangan guru-guru
Sains dan Matematik di SMK Pangkor
1.3.3 Mengenalpasti kekangan dalam penggunaan komputer dalam pengajaran
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah :
1. Sejauh manakah kekerapan guru-guru menggunakan media yang tertentu dalam
pengajaran mereka?
2. Apakah perkaitan kursus komputer yang telah dihadiri dengan tahap kemahiran
penggunaan komputer dan internet di kalangan responden?
3. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan internet untuk
mendapatkan bahan pengajaran?
2
4. Sejauh manakah pengetahuan guru dalam menggunakan perisian kursus yang
dibekalkan?
5. Apakah persepsi guru terhadap peranan perisian kursus yang dibekalkan, adakah
ia membantu dalam mencapai objektif pengajaran?
6. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan perisian
kursus yang dibekalkan?
7. Apakah kekangan dalam menggunakan media komputer dalam pengajaran?
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap tahap penggunaan media komputer
(internet dan perisian kursus yang dibekalkan) dalam pengajaran Sains dan Matematik
dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah dan ia juga
merupakan kajian kes yang dijalankan bagi sekolah menengah di Pangkor. Hasil kajian
ini boleh menyumbang maklumat kepada pentadbir sekolah dan kepada pegawai
pendidikan daerah bagi membantu pihak-pihak yang berkenaan dalam membuat
perancangan dan strategi untuk melengkapkan guru-guru Sains dan Matematik dengan
kemahiran-kemahiran yang perlu agar guru-guru dapat menggunakan media ini dengan
lebih kerap dan efektif. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan
mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains
dan Matematik dalam melaksanakan PPSMI. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat
dijadikan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain dan individu-individu yang terbabit
secara langsung dalam pembangunan guru-guru Sains dan Matematik dalam cabaran dan
impak globalisasi.
2.0 LITERATUR
2.1 Kajian Literatur
Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan bahawa guru kurang menggunakan peralatan
di dalam pengajaran dan pembelajaran. Norhayati Abd Mukti (2000) dalam kajiannya ke
atas 15 orang guru yang mengajar komputer dalam pendidikan mendapati bahawa faktor-
faktor latar belakang guru, sikap dan keprihatinan guru memberikan makna yang besar ke
3
atas tahap penggunaan komputer di dalam kelas. Guru yang mempunyai lebih
pengetahuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap penggunaan komputer dalam
pengajaran dan guru yang kurang berpengetahuan menyedari bahawa mereka
memerlukan lebih kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi di dalam
kelas. Antara masalah yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah guru tidak mempunyai
cukup masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer kerana
dibebani dengan masa mengajar yang penuh di samping tugas-tugas lain yang
dipertanggungjawabkan.
Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah
daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa
pengajaran dengan efektif, dan membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, secara
tidak langsung dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar
dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan KPM (2003) ke atas 206 orang pengetua, 818 orang guru bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dan 3043 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 di
beberapa buah sekolah menengah seluruh negara, mendapati bahawa tahap kesediaan
sekolah menengah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer
masih di peringkat awal dan persepsi di kalangan guru dan pelajar sangat positif terhadap
penggunaan komputer. Kemudahan infrastruktur fizikal dan teknologi harus diperkemas
dan dipertingkatkan terlebih dahulu.
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh Nazamud-din (2004) terhadap guru-
guru sains di sekolah menengah bahagian Kuching / Samarahan mendapati guru-guru
mempunyai tahap pengetahuan, kemahiran dan latihan sedia ada yang sederhana. Beliau
juga mendapati tahap keperluan pengetahuan dan latihan adalah besar dan tahap
keperluan kemahiran adalah sederhana. Jadi, suatu program latihan yang tersusun dan
komprehensif perlu dilaksanakan bagi menambah pengetahuan dan kemahiran asas dan
penggunaan teknologi maklumat guru-guru sains dalam perkhidmatan.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
4
3.1 Pengenalan
Pada asasnya bab ini akan menerangkan metodologi kajian yang merangkumi rekabentuk
kajian, sampel kajian, instrumen kajian, pengumpulan data dan tatacara penganlisaan
data.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tahap penggunaan media komputer dalam
pengajaran Sains dan Matematik di kalangan guru-guru Sains dan Matematik.
Rekabentuk kajian adalah bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil
menggunakan borang soal selidik.
3.3 Sampel Kajian
Responden dalam kajian ini terdiri dari 30 guru Sains dan Matematik (15 guru Sains dan
15 guru Matematik) di Pulau Pangkor. Hanya sebuah sekolah dipilih iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan Pangkor. Daripada jumlah tersebut guru lelaki adalah sebanyak 7
orang guru lelaki dan 24 orang guru perempuan.
3.4 Instrumen kajian
Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang
soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A: maklumat latar
belakang respondan, Bahagian B: kekerapan penggunaan media pengajaran dalam
pengajaran Sains dan Matematik, Bahagian C: tahap penggunaan media komputer dalam
pengajaran Sains dan Matematik dan Bahagian D: kekangan dalam penggunaan media
komputer dalam pengajaran Sains dan Matematik.
Soal selidik diberi kepada guru-guru melalui ketua panitia atau ketua bidang Sains
dan Matematik. Data-data dikumpul dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Jika
peratusan melebihi 85%, ini diletakkan sangat baik, 70% hingga 84% dikatakan baik,
50% hingga 69% adalah sederhana manakala kurang dari 50% dikatakan tahap rendah.
5
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini menerangkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan.
Penganalisisan data dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkan skop kajian yang telah
ditetapkan. Perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’17 (SPSS) digunakan
untuk menganalisis data-data dalam kajian ini.
4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden
Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai latar belakang responden. Bilangan
responden yang terlibat terdiri daripada 15 orang guru Sains dan 15 orang guru
Matematik daripada SMK Pangkor. Terdapat 7 soalan yang dikemukakan di dalam
bahagian ini iaitu jantina, bangsa, umur, pengalaman mengajar, tahap kemahiran
menggunakan komputer dan internet serta pengalaman menghadiri kursus komputer.
4.2.1 Jantina
Jadual 4.1:
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Guru Sains Guru Matematik
Jantina Bilangan Bilangan
Lelaki 0 (0%) 3 (20%)
Perempuan 15 (100%) 12 (80%)
Dapatan hasil menunjukkan 100% guru Sains dan 12 orang (80%) guru Matematik adalah
perempuan. Ini bermaksud majoriti guru Sains dan Matematik di SMK Pangkor adalah
terdiri daripada guru perempuan.
4.2.2 Umur
Jadual 4.2:
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur
Guru Sains Guru Matematik
Umur Bilangan Bilangan
6
24-30 2 (13%) 1 (7%)
31-37 8 (53%) 9 (60%)
38-44 4 (27%) 3 (20%)
45 ke atas 1 (7%) 2 (13%)
Kebanyakan responden berumur 31 hingga 37 iaitu 8 orang (53%) guru Sains dan 9 orang
(60%) guru Matematik, hanya 1 orang (7%) guru Sains dan 2 orang (13%) guru
Matematik berumur 45 ke atas. Ini bermakna responden adalah guru yang masih muda.
4.2.3 Kemahiran Menggunakan Komputer
Jadual 4.3:
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Menggunakan
Komputer
Guru Sains Guru Matematik
Kemahiran mengguna komputer Bilangan Bilangan
Mahir 6 (40%) 10 (67%)
Sederhana 6 (40%) 3 (20%)
Tidak mahir 3 (20%) 2 (13%)
Menurut Jadual 4.3, terdapat 6 orang (40%) guru Sains dan 10 orang (67%) guru
Matematik mahir mengguna komputer, 6 orang (40%) guru Sains dan 3 orang (20%) guru
Matematik sederhana mahir mengguna komputer. Ini menunjukkan 80% ke atas guru
Sains dan guru Matematik mempunyai kemahiran asas mengguna komputer.
4.2.4 Kemahiran Menggunakan Internet
Jadual 4.4:
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kemahiran Mengguna
Internet
Guru Sains Guru Matematik
Kemahiran mengguna internet Bilangan Bilangan
Mahir 6 (40%) 5 (33%)
7
Sederhana 5 (33%) 8 (53%)
Tidak mahir 4 (27%) 2 (13%)
Kajian menunjukkan 6 orang (40%) guru Sains dan 5 orang (33%) guru Matematik mahir
menngunakan internet, manakala 5 orang (33%) guru Sains dan 8 orang (53%) guru
Matematik sederhana mahir mengguna internet. Bilangan guru Sains yang tidak mahir
mengguna internet melebihi 2 orang daripada guru Matemati iaitu 4 orang (27%).
4.2.5 Pengalaman Menghadiri Kursus
Jadual 4.5:
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Menghadiri
Kursus
Guru Sains Guru Matematik
Pengalaman menghadiri kursus Bilangan Bilangan
Pernah 14 (93%) 13 (87%)
Tidak pernah 1 (7%) 2 (13%)
Hampir kesemua guru Sains dan guru Matematik pernah menghadiri kursus komputer
hanya 1 orang (7%) guru Sains dan 2 orang (13%) guru Matematik tidak pernah
menghadiri kursus komputer. Kebanyakan guru Sains dan Matematik menghadiri kursus
semasa pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI).
4.3 Bahagian B - Tahap Penggunaan Media Dalam Pengajaran
Bahagian B terdapat 7 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap
penggunaan media dalam pengajaran.
4.3.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan media dalam pengajaran
Jadual 4.6:
Skor Kekerapan Dan Peratus Responden Mengikut Penggunaan Media Dalam
Pengajaran
8
Guru Sains Guru Matematik
Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan
Buku teks 15 (100%) 15 (100%)
Lembaran kerja 14 (93%) 15 (100%)
OHP 0 (0%) 0 (0%)
Komputer (perisian kursus) 11 (73%) 7 (47%)
Komputer (internet) 7 (47%) 5 (33%)
Radio (CD) 2 (13%) 1 (7%)
Video (VCD/DVD) 10 (67%) 8 (53%)
Objek sebenar seperti carta dll 12 (80%) 7 (47%)
Berdasarkan Jadual 4.6, guru Matematik 100% mengguna buku teks dan lembaran kerja.
Keadaan ini lebih kurang sama dengan guru Sains iaitu buku teks (100%), lembaran kerja
(93%) dan carta (80%). Media yang berada pada tahap penggunaan sederhana ialah
komputer (53%), video (67%) dan pengguana media bagi guru Matematik pada tahap
sederhana ialah komputer (47%), video (53%) dan carta (47%). Hampir tiada guru Sains
dan guru Matematik mengguna OHP dan radio semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, ini mungkin peralatan OHP dan perisian radio tidak
dibekalkan lagi. Dapatan kajian menunjukkan guru SMK Pangkor masih cenderong
menggunakan kaedah lama iaitu ’chalk and talk’.
Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru Sains (73%)
yang menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik (47%). Ini mungkin
kerana peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus
telah dilengkapkan di dalam makmal Sains. Guru-guru Sains tidak perlu membawa
peralatan yang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau
bilik media untuk menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains
mempunyai pembantu makmal yang boleh membantu guru-guru memasang dan menutup
kembali peralatan-peralatan yang telah digunakan. Berbanding guru-guru Matematik
terpaksa menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan
seperti laptop, LCD, extension wire di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Jika
9
dibandingkan penggunaan internet, tahap penggunaanya masih pada tahap yang rendah
bagi kedua-dua panitia Sains dan Matematik.
4.4 Bahagian C – Tahap Penggunaan Media Komputer
Bahagian C terdapat 10 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai tahap
penggunaan media komputer iaitu perisian kursus dan penggunaan internet.
4.4.1 Skor kekerapan dan peratus penggunaan perisian kursus dalam pengajaran
Jadual 4.7:
Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Perisian Kursus Dalam Pengajaran
Guru Sains Guru Matematik
Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan
Pengenalpastian perisian kursus yang
sesuai 10 (67%) 9 (60%)
Install pengisisan 6 (40%) 5 (33%)
Explore pengisian 5 (33%) 4 (27%)
Perisian bantu mencapai objektif 10 (67%) 9 (60%)
Suka mengguna perisian 8 (53%) 10 (67%)
Mengambil masa lama untuk
memasang alatan 6 (40%) 14 (93%)
Dari segi pengenalpastian perisian kursus yang sesuai dan suka menggunakan perisian,
guru Sains dan guru Matematik menunjukkan peratusan persetujuan yang sederhana.
67% guru Sains dan 60% guru Matematik bersetuju perisian kursus membantu mereka
mencapai objektif pengajaran. Manakala penginstalsian dan explore sebelum digunakan
menunjukkan peratus persetujuan yang rendah. Guru Matematik menunjukkan
persetujuan yang tinggi tentang mengambil masa lama untuk memasang alatan iaitu 93%.
10
Jika dibandingkan minat kepada perisian kursus di kalangan guru Sains dan Matematik,
guru Sains lebih berminat menggunakannya dalam P&P.
4.4.2 Skor kekerapan dan peratus penggunaan internet dalam pengajaran
Jadual 4.8:
Skor Kekerapan Dan Peratus Penggunaan Internet Dalam Pengajaran
Guru Sains Guru Matematik
Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan
Tahu layari internet mendapat
maklumat 14 (93%) 12 (80%)
Penggunaan laman web penddikan
mencari bahan mengajar 13 (87%) 10(67%)
Tahu muat turun bahan dari internet 12 (80%) 12 (80%)
Copy- paste bahan dari internet ke
MsWord, ppt dan excel 14 (93%) 11 (73%)
Hasil dapatan menunjukkan majoriti guru Sains mempunyai tahap pengetahuan yang
sangat baik (80% ke atas) tentang penggunaan internet berbanding dengan guru
Matematik, didapati guru Matematik kurang berpengetahuan tentang internet, namun
perbezaannya tidak begitu ketara.
4.5 Bahagian D – Kekangan Dalam Penggunaan Media Komputer
Bahagian D terdapat 12 item soal selidik yang merupakan analisis mengenai kekangan
dalam penggunaan media komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik. Daripada dapatan, didapati berikut adalah beberapa masalah yang dihadapi
oleh guru Sains dan guru Matematik dalam menggunakan media komputer:
11
4.5.1 Skor kekerapan dan peratus kekangan yang dihadapi oleh guru Sains dan guru
Matematik
Jadual 4.9:
Skor Kekerapan Dan Peratus Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Sains Dan
Guru Matematik
Guru
Sains
Guru Matematik
Skor kekerapan dan peratus Bilangan Bilangan
Tidak cukup masa untuk meneliti dan
menggunakan perisian kursus. 10 (67%) 14 (93%)
Tidak cukup masa untuk melayari internet 14 (93%) 15 (100%)
Terpaksa membawa banyak alat seperti
laptop, LCD dll 5 (33%) 15 (100%)
Alatan tidak berfungsi dengan baik 12 (80%) 14 (93%)
Talian internet di sekolah kurang
memuaskan. 13 (87%) 13 (87%)
Tiada kakitangan terlatih untuk
membantu. 5 (33%) 10 (67%)
Bilik darjah tidak mempunyai
kelengkapan peralatan yang cukup untuk
penggunaan media komputer dalam
pengajaran. 5 (33%) 13 (87%)
Tiada talian internet di rumah 3 (20%) 5 (33%)
Bilik darjah yang dilengkapi dengan skrin
dan speaker terletak jauh dari bilik guru. 5 (33%) 14 (93%)
Tiada kursus dalaman tentang penggunaan
12
media komputer untuk guru. 8 (53%) 8 (53%)
Perisian kursus sukar diperolehi. 3 (20%) 5 (33%)
Guru-guru kurang pengetahuan dan
kemahiran dalam penggunaan media
komputer 3 (20%) 5 (33%)
Menurut hasil kajian, lebih 60% guru Sains dan guru Matematik mengalami masalah
masa untuk mengguna perisian komputer dan melayari internet. Manakala jika
dibandingkan dengan kelengkapan peralatan seperti bilik, laptop, LCD, talian internet,
pembantu makmal dan lain-lain alatan teknologi, guru Sains menunjukkan persetujuan
yang lebih rendah daripada guru Matematik. Ini disebabakan sekolah telah melengkapkan
makmal sains dengan peralatan komputer, di samping itu, setiap makmal sains juga telah
dibekalkan seorang pembantu makmal. Maka guru Sains kurang mengalami masalah
kelengkapan komputer.
Di sebaliknya jika guru Matematik hendak menggunakan peralatan komputer,
mereka perlu masa yang banyak untuk membuat persediaan seperti mencari bilik,
mencari perisian komputer, memasang laptop dan LCD. Berdasarkan hasil kajian, 100%
guru Matematik bersetuju terpaksa membawa banyak alat seperti laptop, LCD dan lain-
lain peralatan jika hendak mengguna komputer dalam pengajaran dan pembelajara. Jika
berlaku masalah seperti pemasangan atau alatan tidak berfungsi, guru Matematik terpaksa
meminta tolong dari guru yang mahir. Guru Sains dan Matematik (87%) mengalami
masalah talian internet di sekolah kurang memuaskan. Ini mungkin menjadi halangan
bagi guru SMK Pangkor mengguna internet semasa pengajaran dan pembelajaran.
5.0 ULASAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan
Dari hasil tinjauan yang dibuat, kebanyakan guru Sains dan Matematik di SMK
Pangkor menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains
dan Matematik dengan berkesan. Namun dapat dilihat terdapat perbezaan yang ketara di
13
antara guru Sains dan Matematik dalam aspek penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran. Ini ditunjukkan dalam dapatan kajian di mana sebanyak 73% guru
Sains menggunakan komputer berbanding dengan hanya 47% guru Matematik yang
menggunakannya semasa mengajar. Ini menunjukkan guru-guru Sains di SMK Pangkor
mempunyai sikap yang sangat baik terhadap penggunaan perisian kursus dalam
membantu pengajaran mereka di dalam kelas. Sikap beginilah yang sepatutnya ada pada
setiap guru Sains dan Matematik dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajran
berjalan dengan lancar dan objektifnya dicapai.
Jika dibandingkan dengan penggunaan perisian kursus dalam kalangan guru-guru
Matematik, ia agak rendah iaitu tahap penggunaannya sebanyak 47%. Ini kerana
pengajaran dan pembelajaran Matematik banyak dilakukan di dalam kelas berbanding
dengan pengajaran dan pembelajaran Sains dilakukan di dalam makmal yang memang
telah dilengkapkan dengan peralatan ICT seperti LCD projector, skrin dan speaker.
Disamping itu juga setiap makmal mempunyai pembantu makmal yang dapat membantu
guru-guru Sains menyediakan peralatan ICT sebelum mengajar dan mengemaskannya
kembali setelah habis pengajaran. Masalah yang sering dikemukan oleh para guru sama
ada guru-guru Sains atau Matematik ialah kekurangan masa sama ada untuk mencari
maklumat dari internet dan menggunakannya dalam pengajaran atau membina bahan
pengajaran menggunakan komputer. Kekangan dari segi masa juga menyebabkan guru-
guru tidak sempat untuk melihat secara teliti perisian kursus yang sesuai digunakan bagi
tahap pencapaian pelajar-pelajar yang tertentu.
5.2 Cadangan
Beberapa usaha boleh dicadangkan bagi mengatasi masalah tersebut :
1. Pihak panitia boleh merancang kursus dalaman secara berkala dengan tujuan
melengkapkan guru-guru yang masih belum mahir dengan kemudahan media
komputer dan internet dengan maklumat dan skil yang lebih.
2. Pihak panitia juga boleh mengadakan mengadakan suatu perjumpaan bagi
meneliti perisian kursus yang dibekalkan. Guru-guru boleh dibahagikan mengikut
tingkatan yang diajar dan berkongsi teknik terbaik untuk menggunakan perisian
yang disediakan oleh KPM.
14
Kesimpulannya, guru-guru Sains dan Matematik mempunyai persepsi yang sangat baik
terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran sama ada dari segi penggunaan
perisian kursus atau penggunaan internet. Namun, kekangan masa yang disebabkan tugas
yang begitu banyak di samping kemahiran dan pengetahuan yang terhad, maka guru tidak
dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan itu dalam pengajaran mereka.
5.3 Penutup
Penggunaan media komputer dan internet mempunyai potensi untuk menarik
pelajar untuk lebih berminat dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih
menarik dan bermakna. Dengan itu, para guru harus dibantu bagi membolehkan mereka
menggunakan teknologi ini dalam pengajaran mereka supaya guru-guru Sains dan
Matematik ini dapat menyahut cabaran masa depan dengan lebih yakin. Walaupun
penggunaan teknologi menghadapi pelbagai halangan, ini tidak harus mematahkan
semangat guru untuk menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik. Salah satu aspek yang perlu diingati adalah teknologi hanya merupakan
sebuah alat untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia sama
sekali tidak dapat menggantikan kedudukan guru sebagai seorang pendidik. Pendidikan
hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
15
Rujukan
Criswell, J.R., (1989). ''Rethinking microcomputer instruction as part of teacher
education reform'', Educational Technology, 23(11): 40–43.
Cockcroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO
Dence,M.(1980). Toward defining the role of CAI: A Review Educational Technology.
3:50-54.
Fatimah Abu Bakar.(1980). Educational media in secondary schools: an examination of
existing facalities and relationship between teacher variables and media utilization. Tesis.
Sarjana Pendidikan. Pulau Pinang: USM.
Kelman,P.(1983). Computers in teaching mathematics. Massachusetts Addison-Wesley
Publication Company.
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan. Kajian Kesediaan Sekolah Menengah Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Berbantu Komputer. Kuala Lumpur : BPPDP,2003
Artikel atas talian :
http://www.apps.emoe.gov.my/.../2003%20(3)%20Kesediaan%20sekolah%20menengah
%20melaksanakan%20p%20&%20p%20berba.pdf
Maier,P., Barnett,L.,Warren,A,&Brunner,D.(1998). Using techology in teaching and
learning. Stirling, USA: Kogan Page.
16
Norhayati Abd Mukti (2000),Computer Technology In Malaysia : Teacher’s Background
Characteristics, Attitudes And Concerns, EJISDC (2000) 3, 8, 1-13
Jurnal atas talian : The Electronic Journal on Information Systems in Developing
Countries
www.ejisdc.org:8011/ojs2/index.php/ejisdc/article/view/20/20
Norida Suhadi (2001). Tahap Penggunaan Komputer Dalam Proses Penghasilan Bahan
Pengajaran.Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana
Universiti Putra Malaysia
Nazamud-din Alias (2004), Taksiran Keperluan Penguasaan Teknologi Maklumat Di
Kalangan Guru Sains Dalam Perkhidmatan. Jurnal Penyelidikan MPBL. Jilid 5,2004
Jurnal atas talian :
www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/nazam2004.pdf
Sham b. Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di
Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia.
17
KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 1
1.3 Objektif Kajian 2
1.4 Persoalan Kajian 2
1.5 Kepentingan Kajian 3
2.0 LITERATUR
2.1 Kajian Literatur 3
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 4
3.2 Rekabentuk Kajian 5
3.3 Sampel Kajian 5
3.4 Instrumen Kajian 5
4.0 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 5
4.2 Bahagian A: Latarbelakang Responden 6
4.3 Bahagian B: Tahap Penggunaan Media dalam Pengajaran 8
4.4 Bahagian C: Tahap Penggunaan Media Komputer 10
4.5 Bahagian D: Kekangan dalam Penggunaan Media Komputer 11
5.0 ULASAN DAN CADANGAN
5.1 Ulasan 13
5.2 Cadangan 14
18
5.3 Penutup 15
Rujukan 16
19