Post on 20-Jun-2015
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER 6 / SEPTEMBER 2012
HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALIT1A3
NAMA : AZHAR BIN MANAP
NO. MATRIKULASI : 820815105211001
NO. KAD PENGNEALAN : 820815105211
NO. TELEFON : +60122527374
E-MEL : jaaz_82@yahoo.com.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA
1
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Sekapur sireh
Sebagai pembuka kata, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
diberi ruang dan kesempatan berharga ini untuk menyiapkan tugasan ini.
Di sini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada pensyarah saya yang banyak memberi tunjuk ajar, dorongan
dan idea-idea bernas untuk menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekuliah yang telah menyalurkan informasi
yang tepat agar proses menyiapkan tugasan ini berjalan dengan sempurna.
Akhir kata, terima kasih kepada semua kerana menyalurkan idea kreatif yang dapat
menyuntik semangat segar tidak jemu-jemu mencari maklumat dalam menjayakan tugasan
ini. Kesungguhan dan komitmen dari anda semua sudah tentu akan menzahirkan buah tangan
yang eksklusif ini. Semoga segala yang dicurahkan akan mendapat keberkatan dari
Allah ,InsyaAllah. Amin
Wassalam
~ Terima kasih daun keladi ~
Isi kandungan
2
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Bil Kandungan Muka surat
1. Jurnal Reflektif 4
2. Kesimpulan 11
3. Bibliografi 12
JURNAL REFLEKTIF
Sebelum Perayaan Deepavali
3
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Bagi penganut agama Hindu , sebelum perayaan Deepavali mereka akan
bersembahyang di malam hari sebagai tanda memperingati kematian ahli keluarga yang telah
lama pergi meninggalkan mereka. Tradisi ini pertama kali saya lihat dengan melihat uapcara
sembahyang di malam hari Deepavali. Rakaman ini telah di buat di sebuah Apartment di
Batu Caves, Kuala Lumpur.
Upacara sembahyang memperingati ahli keluraga yang telah tiada di dunia ini.
Setelah selesai upacara sembahyang mereka bersama ahli keluarga akan “makan
besar” bagi meraikan kedatangan perayaan Deepavali ini. Pelbagai juadah di hidangkan untuk
seisi keluarga.
4
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Makan malam yang disediakan oleh keluarga Krishan A/l Maniam
Semasa Perayaan Deepavali
Menghiasi rumah mereka dengan perhiasan “kolam”,pada pagi Deepavali, penganut
Hindu akan menjalani mandi minyak bijan yang melambangkan penyucian badan dan
semangat.Mereka akan menjalani mandi minyak pada awal pagi sebelum matahari
terbit.Minyak bijan ini akan disapukan di atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang
lebih tua seperti ibu atau nenek.Mengikut kepercayaan kaum India,mandi minyak bijan
diibaratkan mandi di Sungai Ganges.Mereka percaya bahawa mandi minyak ini akan dapat
membersihkan diri mereka daripada segala kejahatan dan sifat-sifat yang tidak elok seperti
perasaan hasad dengki yang sering berlaku di kalangan manusia.Selepas mandi
minyak,penganut agama Hindu akan memakai pakaian baru dan perhiasan serba baru
bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri masing-masing.
Selepas menjalankan upacara mandi minyak,pakaian yang dipakai mestilah warna-
warna yang garang seperti merah,oren dan biru.Selepas itu barulah mereka akan bersalam-
salaman dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan dengan ahli keluarga yang
lain.Selepas itu pula,penganut agama Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang
bagi membersihkan diri masing-masing.Penganut agama Hindu akan mengalungkan Patung
5
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan ahli keluarga
disamping memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.Selepas selesai
sembahyang,mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad”
sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Setelah selesai menunaikan sembahyang, penganut agama Hindu akan mengunjungi
rumah saudara mara dan juga sahabat handai.Mereka akan dihidangkan dengan juadah
tradisional kaum India yang terkenal seperti halwa dan laddu.Malah sembilan jenis hidangan
sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali.
Rakaman di Batu Caves
Saya juga sempat bersama-sama merasai kemeriahan perayaan Deepavali untuk tahun
ni di Batu Caves suasana agak meriah dengan kunjungan pelbagai kaum dan juga dari
pelancong dari luar negara.
6
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Majlis Rumah Terbuka yang saya hadiri semasa perayaan Deepavali tahun 2012
Bergambar kenangan bersama pengunjung yang hadir di Majlis Rumah Terbuka
7
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
Juadah yang disediakan semasa Majlis Rumah Terbuka Deepavali
Bagi masyarakat Malaysia yang beragama Islam,sambutan perayaan tidak banyak
bezanya dengan perayaan-perayaan lain di Malaysia.Masyarakat yang beragama Islam juga
akan menyambutnya dengan menghias rumah,memakai pakaian baharu,menyediakan kuih-
muih,ziarah-menziarahi,melakukan solat hari raya dan lain-lain lagi.Acara rumah terbuka
juga turut diadakan bagi meraikan saudara mara,sahabat handai dan tetamu yang hadir ke
rumah kita sempena perayaan yang disambut.
KESIMPULAN
Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya
pelbagai perayaan dan rumah-rumah terbuka ini cenderung dapat mengeratkan hubungan
8
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
silaturahim dan mencerminkanidentiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing.
Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk
seperti di negara kita juga, gagal untuk mencapai tahap perpaduan. Malah rakyat negara
berkenaan saling bercakaran sesama diri.
Simboliknya Rumah Terbuka untuk setiap perayaan merupakan medan pertemuan
yang paling sesuai untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk
jiran tetangga selain sebagai jambatan mengeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan
perpaduan antara kaum ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena
seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh
dan padu, bukannya semakin layu dan pudar malah tanpa konsep rumah terbuka dan perayaan
hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan
hilang kepada generasi akan datang.
BIBLIOGRAFI
http://kebudayaan.blogspot.com/
9
820815105211001 HBEF 2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME
http://kedah.edu.my/kewangan/images/fail/perayaan.pdf
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaan-di-
malaysia/6857-perayaan-di-malaysia.html
http://blcat6220.blogspot.com/2007/03/perayaan-perayaan-di-malaysia.html
http://blog-ayie.com/2010/08/20/perayaan-perayaan-di-malaysia/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Thaipusam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina
http://my.news.yahoo.com/perayaan-onam-diraikan-dalam-semangat-1malaysia-
125005345.html
http://www.deepavali.com.au/
http://www.deepavali.net/
http://en.wikipedia.org/wiki/Diwali
10