Post on 19-Jul-2015
PENDEKATAN
DEDUKTIF DAN INDUKTIF
Disediakan oleh :
CIKGU MOHD ZULKAMAL BIN HJ NGAH
Apa itu penulisan ?
Penulisan bermaksud satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan formaliti yang berbeza-beza berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan
formalitiJenis karangan berformat
Surat kiriman
Syarahan/ucapan/ceramah
Wawancara/dialog/forum
Rencana
Berita
Laporan
Perbahasan
Karangan tidak berformat
Ulasan
Pendapat/pandangan
Perbincangan
Fakta
Peribahasa/cogan kata
Sebagai sebuah wacana,
struktur sesebuah karangan
hendaklah terdiri daripada tiga
bahagian penting :
Pendahuluan
Isi karangan
Penutup
1. Pendahuluan Perenggan yang berada diawal / mula penulisan atau
sesebuah karangan
Perenggan pendahuluan mempunya fungsi tarikan yang
amat penting dan akan menentukan, sama ada pembaca
berminat untuk meneruskan pembacaan atau tidak
Perenggan ini mestilah menggambarkan tajuk karangan
yang diberikan untuk dikarang.
Perenggan ini merupakan gagasan idea yang menjadi
inti kepada keseluruhan tubuh karangan tersebut.
Perenggan ini juga mestilah mengandungi idea utama
yang jelas dan bertaut dengan isi sokongan.
Bagaimana mengarang
pendahuluan Terdapat 2 jenis ayat dalam perenggan pendahuluan :-
1. Ayat Rangsangan (AR)
- Ayat yang merangsangkan pembaca dan
meninggalkan kesan kepada pembaca
- Biasanya ayat tersebut berkaitan dengan definisi
isu semasa atau tentang kata kunci serta kehendak
soalan.2. Ayat Arahan ( AA)
- Ayat yang menjawab kata kunci karangan atau
tentang isi yang akan dibicarakan.
Contoh 1
Pendahuluan karangan faktaSoalan
Membaca mendatangkan banyak faedah. Tuliskan sebuah
karangan tentang kelebihan tabiat suka membaca
Membaca jambatan ilmu. ( AR ) Membaca
merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. (AA)
Soalan
Tuliskan karangan yang bertajuk “ Pentingnya air dalam
kehidupan kita “
Air sangat penting.( AR ) Tanpa air semua hidupan
di bumi akan mati. (AA)
Contoh 2
Pendahuluan jenis suasanaSoalan
Jiran anda telah ditimpa kemalangan ngeri kerana
kediamanya telah musnah disebabkan oleh runtuhan batu.
Ceritakan keadaan dan suasana pada masa itu.
Bunyi kuat kedengaran . ( AR ) Orang ramai
termasuk saya berpusu-pusu ke arah bunyi kuat itu
( AR)
2. Isi Perenggan isi merupakan tubuh karangan yang
berfungsi untuk menyatakan tiap-tiap unit pemikiran
atau idea bagi menjawab topik perbincangan.
Bagaimana mengarang isi?
Sebuah karangan yang baik
mengandungi :-
1. Ayat judul (AJ) : ayat yang mengandungi kata kunci
jawapan yang menjawab pokok persoalan karangan
2. Ayat huraian ( AH) : ayat yang menghuraikan tentang isi
utama yang bertujuan untuk memberikan penjelasan
tentang isi yang dibincangkan
3. Ayat contoh/bukti (AC) : Ayat yang mengandungi bukti
atau contoh yang berkaitan dengan isi
4. Ayat penegas : Ayat yang memberikan penegasan
terhadap isi. Penanda wacana biasa digunakan.
PENDEKATAN UNTUK MEMBINA PERENGGAN ISI
1.Pendekatan deduktif
2.Pendekatan induktif
Pendekatan deduktif
Pendekatan Deduktif merupakan perbincangan
yang berpangkal pada suatu peristiwa umum, yang
kebenarannya telah diketahui atau diyakini, dan
berakhir pada suatu kesimpulan atau pengetahuan
baru yang bersifat lebih khusus.
Pendekatan DeduktifAir amat penting kepada kita ( AJ) - umum
Kita perlukan air untuk kegunaan harian
( AH)
Kita menggunakan air untuk minum, makan,
mandi, memasak dan membasuh,
( AC) - khusus
Oleh itu , tanpa air tugas seharian kita akan
tergendala( AP)
Pendekatan Induktif
Pendekatan Induktif merupakan berbincangan
yang berpangkal dari peristiwa khusus sebagai hasil
pengamatan dan berakhir pada suatu kesimpulan
atau pengetahuan baru yang bersifat umum.
Pendekatan Induktif
Oleh itu,air amat penting kepada kita ( AJ) - umum
Kita perlukan air untuk kegunaan harian
( AH)
Kita menggunakan air untuk minum, makan, mandi, memasak
dan membasuh, ( AC) - khusus
Tanpa air, tugas seharian kita akan tergendala
( AP)
3. Penutup
Perenggan penutup berbeza dengan perenggan lain
kerana perenggan ini berfungsi sebagai menyimpul
buah fikiran dalam satu perenggan sahaja
Ayat perenggan penutup
Ayat kesimpulan : Ternyata air sangat penting
kepada . ( AK)
Ayat cadangan : Gunalah air dengan bijak. (AC)
Ayat harapan / seruan : Jangan membazir air
(AH/AS)
Pendirian penulis : Ternyatalah air memain peranan
penting dalam kehidupan kita . (AP)
RUMUSAN Isi karangan perlulah dikembangkan
Elakkan daripada melakukan kesalahan tatabahasa
yang dianggap ketara
Setiap perenggan perlu sekata
Ayat hendaklah gramatis
Penggunaan penanda wacana yang tepat
Menyatakan peribahasa, perumpamaan dan
sebagainya
Soalan latihan :Pada cuti penggal persekolahan
yang lalu, anda sekeluarga telah
pergi berkelah ke suatu tempat yang
menarik.
Ceritakan suasana di tempat
perkelahan tersebut.
Pendahuluan:
- Nyatakan tarikh, lokasi perkelahan
- Pergi dengan siapa, dengan apa
- Bekalan dan kelengkapan yang dibawa
Isi / Idea 1 - Terdapat pengunjung lain yang datang.
2 - Banyak gerai yang menjual barang permainan
seperti layang-layang, gerai makanan dan
minuman.
3 - Suasana riuh rendah- suara orang ramai dan kanak-
kanak bersuka-ria
4 - Riuh rendah dengan peniaga yang menawarkan
barangan jualan mereka
Penutup - Bila petang orang ramai semakin berkurangan.
- Gerai-gerai jualan mulai ditutup
- Berkemas untuk pulang
- Perasaan – pengalaman manis dan akan datang lagi.