Post on 04-Dec-2015
description
Sejarah Wau
1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.
2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.
3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau
dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.
4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanankepada mereka yang terperangkap di bukit.
5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.
Alatan Dan Bahan1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau
manakala buluhbetong pula dijadikan tulang belakan
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan pisau raut digunakan tujuan meraut.
3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.
Proses Penghasilan Wau
1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak 6. Menampal corak
7. Memasang teraju
Memilih Buluh
Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan
dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang
belakang wau.
Meraut Buluh
Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh
dilayurkan pada api sebelum dilentur.
Membuat Rangka
Buluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri.
Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau
tersebut.
Pinggang
Menampal Rangka
Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas
warna perlulah bersesuaian.
Membuat Corak dan Menampal Corak
Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan
wau.
Bahagian-bahagian Wau
Kepala Sayap
Ekor Rambu
W A U
B U
L A N