Post on 14-Oct-2020
Sejarah perkembangan komputer
Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah
masa depan. Kesan penciptaan komputer tersebut dapat dirasai. Hal ini demikian kerana,
penciptaannya telah membawa banyak perubahan kepada dunia. Komputer juga menjadi alat
terpenting yang amat diperlukan di dalam dunia yang serba canggih ini.
Komputer pertama yang dibina didunia ini dicipta oleh howard aiken dari university
harvad. Ciptaan tersebut terhasil pada tahun 1944 dan dipanggil MARK I atau ASCC
(automatic sequence kalkulator kawalan). Mark i merupakan mesin elektromekani yang
dibina untuk mengira trajektori shell meriam.
Bil Gambar Keterangan
1
Generasi pertama
Tahun diperkenalkan : 1946-1959
Komponen utama : Lampu Tabung
Keperluan : Alat Pendingin ( cepat panas)
Kekurangan :
- Penggunaan eletrik yang tinggi
- Proses relatif lambat
- Kapasiti data kecil
Generasi kedua
Tahun diperkenalkan : 1959-1965
Komponen utama : Transistor
Generasi ketiga
Tahun diperkenalkan : 1965-1970
Komponen utama : IC (integrated circuits)
Kelebihan :
- kapasiti lebih tinggi
Generasi keempat
Tahun diperkenalkan : 1970-1980-an
Ciptaan yang lebih kompleks dan terintigriti
Generasi kelima
Tahun diperkenalkan : 1980
Komputer pada zaman ini membolehkannya
menterjemah bahasa manusia (bercakap)
Kesan daripada perkembangan serta penciptaan komputer, kita dapat melihat banyak
perubahan yang telah berlaku. Komputer menjadi alat yang paling penting dengan dunia kita
pada hari ini. Hal ini demikian kerana, dengan menggunakan komputer kita dapat berhubung
serta berkomunikasi dengan dunia luar walaupun kita hanya menghadap komputer di dalam
bilik. Sejarah perkembangan komputer telah merubahn dunia teknologi. Penemuan terpenting
melalui perkembangan komputer ialah internet. Internet adalah alat yang penting untuk
membantu kita bagi mendapatkan maklumat.
Perkembangan telekomunikasi
Sejarah komunikasi manusia telah bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Telekomunikasi dikatakan bermula dengan lukisan di dinding gua, api, air dan asap sebagai
alat untuk berhubung di antara satu dengan yang lain.. telekomunikasi moden telah berubah
apabila muncul telegraf dan telefon. Telekomunikasi moden itu telah muncul pada tahun
1870-an. Sesetengah berpendapat bahawa telekomunikasi adalah alat elektronik untuk
berhubung dengan jarak jauh.
Sejarah telekomunikasi Malaysia bermula dengan kemunculan telegraf yang telah
digunakan bagi menghubungkan pejabat residen british ( kuala kangsar) dengan penolong
residen di pejabat majistert di matang, perak pada 16 april 1876.
Sejarah telekomunikasi telah tercatat pada tahun 1886 untuk menghubungkan diantara
kuala lumpur, Melaka dan singapura. Setelah perubahan berlaku dalam bidang ini,
kemunculan telefon telah diperkenalkan sekitar tahun 1891. Pada tahun 1895, 21 buah
telefon telah diperkenalkan bersama 400 batu talian.
Setelah Negara mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggalakkan
program-program pembangunan dalam bidang telekomunikasi. Pada tahun 1963, Malaysia
telah menubuhkan bidang telekomunikasi di Malaysia. Rakyat di sabah dan Sarawak akan
berhubung di antara satu dengan yang lain dengan menggunakan gelombang mikro.
Pada tahun 1970-an, pembinaan stesen satelit telah membantu dalam penerokaan
bidang telekomunikasi. Sistem satelit di kuatna dengan dibangunkan dan dirasmikan pada 6
april 1970.
Stesen satelit kuantan adalah untuk menghubungkan satelit ruang angkasa lautan
hindi, INTELSAT 3, (Konsortium Satelit Telekomunikasi Antarabangsa) yang merentasi
Malaysia dengan India, Indonesia, United Kingdom, Jepun dan Australia. Kesan daripada
perkembangan bidang komunikasi telah membuka ruang kepada stesen radio dibangunkan.
Radio televisyen Malaysia (RTM) yang telah dibangunkan telah membantu rakyat Malaysia
untuk mengetahui serta mengalami detik bersejarah dalam pelancaran dan pendaratan kapal
angkasa Apollo di bulan.
Dasar telekomunikasi Negara (DTN) telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Dr.
Mahathir Mohamad pada 17 mei 1994. Objektif penubuhan dasar tersebut adalah untuk
menyokong dalam pencapaian matlamat dasar pembangunan Negara. Dasar ini juga
bertujuan untuk mencapai matlamat wawasan 2020 kearah mewujudkan masyarakat
berpengetahuan dan bermaklumat.
Pada 1 april 1946, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan jabatan baru iaitu jabatan
telekom Malaysia dan telah diswastakan pada 1987. Satelit Asia Timur Malaysia,
(MEASAT-1) dilancarkan dengan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996, dikuti
MEASAT-2 pada 13 November dan MEASAT-3 pada 12 Disember 2006. Kini Measat
Satellitte Systems Sdn. Bhd. (Measat), telah menjadikan industry komunikasi satelit asia
pasifik semakin berpotensi dari segi komersial.
Bidang telekomunikasi Malaysia telah banyak berkembang dan menyerlahkan lagi nama
Malaysia di mata dunia. Telekomunikasi amat penting dan mempengaruhi kehidupan rakyat.
Bidang telekomunikasi telah diberi penekanan oleh kerajaan Malaysia. Hal ini demikian
kerana bidang telekomunikasi amat penting dalam dunia yang semakin moden.
Perkembangan bidang telekomunikasi telah membantu kita untuk mencipta alat baru
iaitu radio. Radio telah membolehkan kita untuk berhibur dan mendapat info-info semasa
tentang dunia luar. Kesan daripada perkembangan bidang telekomunikasi juga telah
membantu kita untuk membina rangkaian telefon. Dengan menggunakan telefon, kita dapat
menghubungi orang yang kita ingin pada bila-bila masa dan walau di mana kita berada.
Sejarah perkembangan televisyen
Televisyen merupakan sejenis media telekomunikasi yang digunakan untuk menyiarkan
gambar yang bergerak sama ada hitam putih atau gambar berwarna. Televisyen akan
diiringan dengan audio untuk menjelaskan lagi fungsi sebenar televisyen. Televisyen
dikatakan berasal daripada perkataan bahasa greek “tele” (jauh) dan perkataan latin iaitu
“visio” (penglihatan).
Televisyen mula dijual di pasaran bermula pada tahun 1930-an. Fungsi utama
televisyen ialah sumber hiburan dan berita. Pada tahun 1970-an, pita video telah muncul
bersama cakera laser dan DVD yang kini dikenali sebagai Blu-ray. Televisyen akan
digunakan untuk menyiarkan pita-pita video tersebut.
Faks dan pantelegraf merupakan alat pertama yang digunakan untuk memancarkan
gambar yang boleh bergerak. Kedua-dua benda tersebut telah dimajukan pada abad ke-19.
Imej tersebut pada mulanya dilancarkan pada telefonoskop (gabungan gambar dan telefon)
Pada tahun 1880-an, Paul Gottlieb Nipkow telah menggunakan cakera pengimbas
untuk menghasilkan gambar yang boleh bergerak. Gambar bergerak dapat dihasilkan apabila
lubang cakera yang telah dijarakkan yang membolehkan cahaya menembusi pengesan buatan
selenium. Kesannya, denyutan elektrik dapat dihasilkan. Elektrik tersebut dapat membantu
kita paul memancarkan gambar yang boleh bergerak. Stereusnya, tiub sinar katod (CRT)
telah digunakan sebagai peranti untuk memaparkan imej bergerak. Namun begitu, imej yang
dipaparkan masih belum dapat bergerak. Hal ini demikian kerana, kepekaan pengesan
selenium masih tidak memadai.
John Logie Baird yang berbangsa Scotland telah menunjukkan cara-cara untuk
memancarkan imej bergerak. Pada tahun 1927, sistem rakaman video pertama dicipta iaitu
“phonovision”. Léon Theremin telah membangunkan sistem televisyen berasaskan
gelendong cermin. Gelendong tersebut menggunakan teknik selang seli untuk mencapai
leraian imej sebanyak 100 baris.
Akhirnya, pada tahun 1927 Philo T Farnsworth. Seorang ilmuwan yang berasal dari
Utah, Amerika Syarikat memperkenalkan sistem televisyen pertama yang menggunakan
imbasan eletronik dalam kedua-dua peranti penerimaan dan paparan dapat dihasilkan.
Telvisyen mula diterima umum bermula pada tahun 1930-an.
Pada tahun 1940, peter goldmark telah memperkenalkan televisyen berwarna yang
pertama. Televisyen tersebut disiarkan melalui resolusi 343 garis. Remote televisyen pula
telah diperkenalkan pada tahun 1975 oleh Eugene Polley. Penemuan tersebut telah membantu
manusia untuk melihat iklan semasa menonton televisyen.
Televisyen jenis plasma telah diperkenalkan pada tahun 1995. Larry Weber yang
bertanggungjawab dalam memperkenalkan jenis televisyen yang baru iaitu tv plasma. Pada
tahun 2000 ke atas, Pengembangan produk LCD, Plasma bahkan CRT bermula dari HDTV
(High Definition TV) dari satu saluran tv menjadi banyak saluran.
imej bergerak pertama yang dihasilkan oleh baird di sekitar tahun 1926
Soviet Mekanikal imbasan TV-set (kira-kira 1931-1938)
Televisyen yang dihasilkan oleh Philco Predicta 1958. Disimpan dalam Muzium Kanak-
kanak Indianapolis
Televisyen pertama Czechoslovak dengan set televisyen Tesla 4001A (1953)
Sejarah perkembangan televisyen
Bil Gambar Penerangan
1
- Diperkenalkan sebelum tahun 1935.
- Televisyen ini merupakan televisyen
yang pertama yang dipasang tanpa
menggunakan perangkat elektronik. -
- Skrin televisyen ini mempunyai
mesin kecil ( disk) untuk
menghasilkan gambar.
- juga dikenali dengan istilah
“Mechanical Television Era”.
2
- Diperkenalkan pada tahun 1935
hingga 1941
- Penemuan televisyen ini
diperkenalkan dan diperlihatkan di
RCA Exhibition Building New York
pada tahun 1939.
3
- Televisyen jenis ini diperkenalkan
pada zaman perang.
- Pada masa itu siaran televisyen
dihentikan dengan sepenuhnya.
4
Diperkenalkan pada tahun 1946-1949
(Masa setalah Perang Dunia II)
5
- Diperkenalkan pada tahun 1950-
1959
- Di Amerika, Televisyen B &W
menjadi inovasi baru dalam abad itu,
iaitu televisyen berwarna elektronik
dan remote controlnya yang
dilancarkan
6
- Diperkenalkan pada tahun 1960
- Pelbagai jenis rekabnetuk yang
meanrik telah diperkenalkan.
Televisyen ini akan dihidupkan
dengan menggunakan bateri.
Sejarah perkembangan radio
Radio televisyen Malaysia (RTM) merupakan penyiaran radio yang dimiliki sepenuhnya oleh
Negara Malaysia. Penyiaran radio dikatakan bermula pada tahun 1921. Sejarah radio bermula
apabila seorang jurutera elektrik A.L. Birch membawa masuk radio pertama ke Malaysia.
Kesan daripada kemasukan tersebut, A.L. Birch telah menubuhkan persatuan wireless johor
dengan menggunakan 300 meter gelombang. Penubuhan tersebut juga dikatakan telah
tersebar ke pulau pinang, dan kuala lumpur.
Sir Earl telah memulakan siaran gelombang pendek pada setiap hari ahad dan rabu.
Permulaan tersebut telah dimulakan pada tahun 1930. Usaha tersebut telah menjadi galakan
kepada pertubuhan lain seperti persatuan wireless Tanah Melayu. Pertubuhan tersebut telah
dimulakan dengan siaran tiga kali seminggu dari bukit petaling.
Stesen ZHJ telah ditubuhkan pada tahun 1934, stesen tersebut merupakan stesen pertama
yang memulakan siarannya dalam Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris. Sir shenton
Thomas telah membuka studi perbadanan penyiaran british Malaya yang mempunyai
pemancar di bukit Caldecott, singapura pada 11 mac 1937.
Saluran radio di Singapura telah diambil alih oleh jepun dan mereka mengambil alih serta
menggunakan saluran radio yang sedia ada di pulau pinang. Peristiwa ini telah berlaku pada
tahun 1942 berikutan daripada serangan Jepun terhadap British. Namun begitu, british telah
merampas kembali kuasa tersebut bermula pada tahun 1945.
Kesan daripada penubuhan jabatan penyiaran, jabatan siaran radio telah ditubuhkan pada 1
april 1946. Perkhidmatan radio amat diperlukan apabila tercetus darurat oleh komunis.
Pada awal tahun 1950-an, aktiviti penyiaran di Malaya telah beroperasi studio. Pada mulanya,
studio penyiaran terletak di jalan young dan telah berpindah ke bangunan persekutuan di
kuala lumpur. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi
salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan
Stesen radio daerah juga semakin banyak ditubuhkan. Hal ini demikian kerana, pengaruh
daripada penubuhan pesat sistem penyiran di peringkat ibu pejabat. Stesen radio di peringkat
daerah ialah seperti berikut :
1. Radio 1 (Bahasa Malaysia, sekarang Klasik Nasional FM)Radio 2 (Muzik,
sekarang Muzik FM).
2. Radio 3 (stesen tempatan).
3. Radio 4 (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).
4. Radio 5 (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).
5. Radio 6 (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).
6. Radio 7 (Orang Asli, sebagai Asyik FM).
7. Suara Malaysia (Antarabangsa).
Rangkaian radio RTM
1. Nasional
Klasik Nasional
Nasional FM
KL FM
TraXX FM
Ai FM
Minnal FM
Asyik FM
2. Negeri
Perlis FM
Kedah FM
Mutiara FM
Perak FM
Selangor FM
Negeri FM
Melaka FM
Johor FM
Pahang FM
Terengganu FM
Kelantan FM
Sarawak FM
Sarawak Saluran Etnik - WAI FM
Sarawak Rangkaian Merah - Red FM
Sabah FM
Sabah Siaran Pelbagai Bahasa - Sabah V FM
3. Daerah
Kedah - Langkawi FM
Sarawak - Sibu FM
Sarawak - Limbang FM
Sarawak - Miri
Sarawak,Sri Aman - RaSA FM
Sabah - Sandakan FM
Sabah - Tawau FM
Johor Bahru-FM Stereo Johor Bahru
Fotografi
Fotografi merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa yunani iaitu “ photo”
yang member maksud cahaya dan “ garfo” yang bererti melukis atau menulis. Oleh itu,
fotografi adalah media cahaya. Umum, fotografi merupakan proses atau metode untuk
menghasilkan gambar atau foto daripada sesuatu objek dengan merakam pantulan cahaya.
Pantu;lan cahaya tersebut mestilah mengena kepada objek. Gambar tidak dapat dihasilkan
tanpa cahaya.
Fotografi mempunyai prinsip-prinsip tertentu untuk menghasilkan gambar yang lebih
cantik dan menarik. Lightmeter akan digunakan untuk mengukur jumlah cahaya yang
bersesuaian dan menjadikan gambar lebih cantik dan menarik. Pengubahan jumlah cahaya
adalah adalah bergantung kepada kombinasi ISO/ASA (ISO Speed), diafragma (Aperture),
dan kecepatan rana (speed). Kombinasi antara ISO, Diafragma & Speed disebut sebagai
pajanan (exposure).
Kronologi perkembangan fotografi
1822 – Joseph Nicéphore Niépce membuat foto Heliografi yang pertama dengan
subyek Paus Pius VII, menggunakan proses heliografik. Salah satu foto yang bertahan
hingga sekarang dibuat pada tahun 1825.
1826 – Joseph Nicéphore Niépce membuat foto pemandangan yang pertama, yang dibuat
dengan pendedahan selama 8 jam.
1835 – William Henry Fox Talbot cuba untuk mencari proses fotografi yang baru.
1839 – Louis Daguerre mematenkan daguerreotype.
1839 – William Henry Fox Talbot menemukan proses positif/negatif yang
disebut Tabotype.
1839 – John Herschel menemukan filem negatif dengan larutan Sodium thiosulfate /
hyposulfite of soda yang disebut hypo atau fixer.
1851 – Frederick Scott Archer memperkenalkan prosesbaru iaitu proses koloid.
1854 – André Adolphe Eugène Disdéri memperkenalkan rotating camera yang dapat
merakam 8 citra berbeza dalam satu filem. Setelah hasilnya dicetak di atas kertas album,
citra tersebut dipotong menjadi 8 bagian terpisah dan dilekatkan pada lembaran kertas.
1861 – Foto berwarna yang pertama diperkenalkan James Clerk Maxwell.
1868 – Louis Ducos du Hauron mematenkan metode subtractive color photography.
1871 – Richard Maddox menemukan film fotografi dari emulsi gelatin.
1876 – F. Hurter & V. C. Driffield memulai evaluasi sistematis pada kepekaan emulsi
fotografis yang kemudian dikenal dengan istilah sensitometri.
1878 – Eadweard Muybridge membuat sebuah foto high-speed photographic dari seekor
kuda yang berlari.
1887 – Film Seluloid yang pertama diperkenalkan.
1888 – Kodak memasarkan box camera n°1, kamera easy-to-use yang pertama.
1887 – Gabriel Lippmann menemukan reproduksi warna pada foto.
1891 – Thomas Alva Edison mematenkan kamera kinetoskopis (motion pictures).
1895 – Auguste and Louis Lumière menemukan cinématographe.
1898 – Kodak memperkenalkan produk kamera folding Pocket Kodak.
1900 – Kodak memperkenalkan produk kamera Brownie.
1901 – Kodak memperkenalkan 120 film.
1902 – Arthur Korn membuat teknologi phototelegraphy;; yang mengubah citra menjadi
sinyal yang dapat ditransmisikan melalui kabel. Wire-Photosdigunakan luas di
daratan Eropa pada tahun 1910 dan transmisi antarbenua dimulai sejak 1922.
1907 – Autochrome Lumière merupakan pemasaran proses fotografi berwarna yang
pertama.
1912 – Vest Pocket Kodak menggunakan 127 film.
1913 – Kinemacolor, sebuah sistem “natural color” untuk penayangan komersial,
ditemukan.
1914 – Kodak memperkenalkan sistem autographic film.
1920 – Yasujiro Niwa menemukan peralatan untuk
transmisi phototelegraphic melalui gelombang radio.
1923 – Doc Harold Edgerton menemukan xenon flash lamp dan strobe photography.
1925 – Leica memperkenalkan format film 35mm pada still photography.
1932 – Tayangan berwarna pertama dari Technicolor bertajuk “Flowers and Trees” dibuat
oleh Disney.
1934 – The 135 film cartridge was introduced, making 35mm easy to use.
1936 – IHAGEE membuat Ihagee Kine Exakta 1. Kamera SLR 35mm yang pertama.
1936 – Kodachrome mengembangkan multi-layered reversal color film yang pertama.
1937 – Agfacolor-Neu mengembangkan reversal color film.
1939 – Agfacolor membuat “print” film modern yang pertama dengan materi warna
positif/negatif.
1939 – View-Master memperkenalkan kamera stereo viewer.
1942 – Kodacolor memasarkan “print” film Kodak yang pertama.
1947 – Dennis Gabor memperkenalkan holography.
1947 – Harold Edgerton mengembangkan rapatronic camera untuk pemerintah Amerika
Syarikat.
1948 – Kamera Hasselblad mula dipasarkan.
1948 – Edwin H. Land menghasilkan kamera instan yang pertama dengan merk Polaroid.
1952 – Era 3-D film diperkenalkan.
1954 – Leica M diperkenalkan.
1957 – Asahi Pentax memperkenalkan kamera SLRnya yang pertama.
1957 – Citra digital yang pertama dibuat dengan komputer oleh Russell Kirsch di U.S.
National Bureau of Standards (sekarang bernama National Institute of Standards and
Technology, NIST).
1959 – Nikon F diperkenalkan.
1959 – AGFA memperkenalkan kamera otomatis yang pertama, Optima.
1963 – Kodak memperkenalkan Instamatic.
1964 – Kamera Pentax Spotmatic SLR diperkenalkan.
1973 – Fairchild Semiconductor memproduksi sensor CCD skala besar yang terdiri dari
100 baris dan 100 kolom.
1975 – Bryce Bayer dari Kodak mengembangkan pola mosaic filter Bayer untuk CCD
color image sensor.
1986 – Ilmuwan Kodak menemukan sensor dengan kapasitas megapiksel yang pertama.
2005 – AgfaPhoto menyatakan bangkrut. Produksi film konsumen bermerk Agfa terhenti.
2006 – Dalsa membuat sensor CCD dengan kapasitas 111 megapixel, yang terbesar saat itu.
2008 – Polaroid mengumumkan penghentian semua produksi produk film instan berkaitan
dengan semakin berkembangnya teknologi citra digital.
2009 - Kodak mengumumkan penghentian film Kodachrome
Kamera yang diberi nama sebagai kamera obscura berasala daripada bahasa latin dimana
camera bererti “bilik” manakala obscura ialah “gelap”. Kamera ini menjadi semakin popular
apabila dijadikan dalam bentuk kotak kayu yang bersaiz lebih kecil
Pada tahun 1837, Louis Daguerre telah memperkenalkan proses mengambil gambar
melalui kaedah baru iaitu Daguerreotype . Dengan menggunakan kamera tersebut masa
untuk menghasilkan gambar dapat dikurangkan iaitu kurang daripada 30 minit gambar yang
dihasilkan akan menjadi lebih menarik dan amat popular pada masa tersebut.
William Henry Fox Talbot (1839 ) telah memperkenalkan proses mengambil gambar
yang baru iaitu melalui proses calotype. Dengan menggunakan proses ini, gambar negative
dapat dihasilkan yang membolehkan imej dapat dicetak semula mahupun dicetak dengan
berulang kali.
Antara proses lain yang turut diperkenalkan ialah Wet Plate Collodion, Ambrotype
(Collodion Positive), Tintype, Cyanotype dan lain-lain. Namun begitu, proses tersebut masih
tidak menandingi proses yang dihasilkan sebelumnya. Kekurangan kamera ini ialah berat dan
bersaiz besar.
Pada tahun 1888, rekod baru dicatat dengan penghasilan proses mengambil gambar
yang baru iaitu kamera yang menggunakan Kodak. Kamera tersebut telah dihasilkan oleh
George Eastman
Tajuk foto ialah “View From The
Window”. Foto ini merupakan foto
pertama yang dihasilkan oleh Nicephore
Niepce (tahun 1826 )
Foto berwarna yang pertama dibuat
oleh Louis Ducos du Hauron pada
tahun 1877
Teknologi fotografi analog semakin popular dan sebati dengan hdup manusia pada masa kini.
Kamera yang popular pada sekitar tahun 1980-an ialah Kamera Canon New F1 ( kamera
analog)
Pada athun 1975, kamera digital telah dihasilkan oleh jurutera Kodak yang bernama
Steve Sasson. Kamera ini boleh menangkap gambar menggunakan CCD (Charge-Coupled
Device) dengan 10,000 piksel. Kamera digital hanya popular sejak tahun 2002 kerana
kamera tersebut dipasarkan secara komersial.
Sejarah perkembangan filem
Mengikut kronologi perkembangan fotografi, fotografi bermula pada tahun 1822.
Orang yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan fotografi ialah Joseph Nicéphore
Niépce. Beliau merupakan heliografi pertama dengan menggunakan subjek paus pius VII.
Fotografi tersebut merupakan suatu proses yang menggunakan teknik heliografik. Kenangan
daripada hasil ciptaan beliau dihasilkan pada tahun 1825.
Pada tahun 1835, William Henry Fox Talbot telah memperkenalkan proses fotografi
yang baharu manakala Louis Daguerre menamakan penemuan tersebut sebagai daguerreotype.
Tabotype pula ditemukan pada tahun 1839 oleh William henry fox Talbot. Penemuan
tersebut merupakan penemuan yang dianggap positif. Namun begitu, sesetengah juga
penemuan tersebut dianggap sebagai penemuan yang negatif.
Melalui perkembangan filem, kita dapat melihat perubahan dalam bidang perfileman. Mutu
filem bertambah baik
Sejarah perkembangan cetakan.
Mesin cetak mesin yang akan menggunakan plat huruf yang diperbuat daripada besi
yang akan dibingkaikan dengan kayu. Perkembangan mesin pencetakan telah dilakukan oleh
johann Gutenberg.
Kepentingan serta fungsi utama mesin cetak adalah untuk menghasilkan buku.
Kesannya, pembaharuan dunia secara besar-besaran berlaku. Contohnya, zaman renaissance
yang berada di dalam abad kegelapan telah berubah. Perkembangan mesin cetak juga dapat
membantu kita untuk terus membantu kita untuk memelihara dan mempertahankan
pengetahuan klasik. Hal ini demikian kerana, ilmu pengetahuan klasik tersebut akan
dibukukan untuk memastikannya terus dipelihara.
Teknik pencetakan di Malaysia telah diperkenalkan pada abad ke-14. Pencetakan
tersebut telah popular pada abad lalu. Hal ini demikian kerana, banyak kegunaan dan fungsi
yang telah diketengahkan melalui bidang pencetakan. Perkembangan teknologi internet
dikatakan tidak memiliki signifikasi yang sama jika dibandingkan dengan teknologi
pencetakan.
Pada tahun 1450, Johann Gutenberg telah memungkinkan alkitab menjadi hasil buku
yang pertama yang diproduksi secara missal-red. Pada abad ke-15, Johann Gutenberg telah
menjumpai bukti tentang dunia pencetakan. Pada masa itu, pencetakan dikutuk serta dituduh
sebagai pengacau terhadap penguasa. Martin Luther menggunakan bidang pencetakan hanya
untuk menentang kuasa gereja katolik.
Cetakan dalam seni bermula pada tahun 3000 sm. Bukti ini dibuktikan apabila ada
individu yang menjumpai cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh masyarakat sumaria.
Penemuan tersebut telah membuktikan bahawa seni cetakan telah tercipta pada masa itu.
Namun begitu, terdapat pertikaian mengenai jenis cetakan yang terawal. Hal ini dibuktikan
apabila ada penemuan cetakan mono blok kayu menjelang abad ke-14 masihi. Blok cetakan
ini hanyalah untuk tujuan keagamaan, hiasan ilustrasi (buku), poster, propaganda, bahan
pendidikan dan cetakan tekstil untuk pakaian.
Penggunaan cetakan berwarna telah diperkenalkan pada abad ke-15. Penggunaan
tersebut telah memperkenalkan dan memperkembang lagi bidang cetakan. Melalui cetakan
berwarna, hasil cetakan terbaru menjadi lebih menarik.
Inovasi yang penting dalam perkembangan bidang cetakan ialah pemeliharaan serta
pemuliharaan ilmu pengetahuan klasik. Selain itu, kita dapat memelihara