Post on 18-Feb-2017
Prinsip ASASdalam
Pengurusan Islam
Pensyarah : Ustazah.Zainab bt. Mohamad
Ahmad
Bil. Nama Ahli Kumpulan No. Matrik
1. Siti Noornabila bt. Poli 05DAt15F1058
2. Nazatulnursyuhada bt. Samsurani
05DAT15F1076
3. Nur Hashimah bt . Hassan 05DAT15F1042
4. Nur Syazwanie bt. Jauki 05DAT15F1038
5. Nur Halimatul Anim bt. Abdullah
05DAT15F1071
Disediakan oleh
Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta kami,Ustazah Zainab binti Mohamad Ahmad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat handai yang memberi pertolongan untuk menyiapkan kerja folio ini.Mereka telah memberikan kami segala pertolongan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini. Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja folio ini.Terima kasih.
PENGHARGAAN
Dalam unit ini, kita akan mempelajari beberapa konsep pengurusan yang diamalkan oleh sesetengah organisasi. Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Bolehkah anda nyatakan konsep-konsep pengurusan tersebut ?
Secara umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan kepada tiga kategori iaitu :
I. Konsep Pengurusan Islam
II. Konsep Pengurusan Barat
III. Konsep Pengurusan Jepun
Pengenalan
Konsep Pengurusan Islam
Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di
mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur,
pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk
mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja.
DEFINISI Pengurusan Islam
Muhammad A. Al-BuraeyPengurusan merupakan
penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai
matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu
sama lain.
Profesor Syed Othman Alhabshi
Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan
Matlamat & Objektif
Pengurusan Islam
Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.
Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.
Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.
DemokrasiDemokrasi ialah jaminan hak individu untuk bertindak bagi
mendapat dan mempertahankan hak
DelegasiDelegasi atau agihan dan
penyerahan tugas dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan minat seseorang di dalam
memangku tugas yang diberikan oleh pihak
pengurusan atau ketua.
Prinsip-prinsip Pengurusan Islam
Tiga prinsip pengurusan Islam yang penting ialah:-
SyuraPrinsip syura dalam pengurusan
merangkumi perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat bagi mencapai keputusan
bersama.
Ciri-ciri Umum
Ciri-ciri Khusus
Ciri-ciri Pengurusa
n Islam
Ciri-ciri Umum
•Ikatan yang erat antara pengurusan dengan masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.
•Pergolakan dan perubahan ekonomi yang memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi dan kebendaan
•Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat dengan pengurusan mengikut keupayaan akal, fizikal dan jiwa.
•Menentukan tugas dan tanggungjawab. Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.
Ciri-ciri Khusus
Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”. (Surah Al-An’am : 6:162)
Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
(Surah An-Nisa : 4:58)
Al-Ubudiyah Al-adalah Al-Syura Al-
HurriyahAl-
Musawah
PRINSIP ASAS
PRINSIP AL-UBUDIYYAH(Pengabdian terhadap ALLAH)
TAKRIFAN AL-UBUDIYYAH
Mengabdikan diri semata-mata kerana Allah SWT
dengan meletakkan setiap kerja yang dilakukan
sebagai ibadah yang memperolehi ganjaran
pahal di akhirat.
Firman Allah SWT bermaksud“Dan (ingatlah) Aku tidak
menjadikan jin dan manusia melainkan mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”
(Surah Ad-Dhariyyat 51:56)
SYARAT-SYARAT PRINSIP AL-UBUDIYYAH
NIAT YANG IKHLAS
PEKERJAAN YANG DILAKUKAN TIDAK
MELANGGAR/BERCANGGAH DENGAN HUKUM SYARAK
PERLAKSANAAN KERJA HENDAKLAH SELARAS DENGAN PRINDIP-PRINSIP
SARIAT DAN AKHLAK ISLAM
AMALAN/KERJA HENDAKLAH DILAKUKAN SEELOK-ELOKNYA DAN SEBAIK MUNGKIN
JANGAN SAMPAI MELALAIKAN IBADAH POKOK
GARIS PANDUAN BAGI KHALIFAH ALLAH
Hubungan manusia dengan Allah SWT adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan
yang azali.
Allah SWT tidak meredhai hambaNya yang bersikap
menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam
rumah ibadat.
DALILFirman Allah SWT bermaksud “Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Surah Al-A’Raf: 172)
PERKARA PENTING (al-ubudiyyah dengan
organisasi)
Matlamat dan hala tuju organisasi perlu
seiring dengan konsep pengabdian
diri kepada Allah SWT.
Budaya yang wujud dan subur dalam organisasi perlu didorong dengan
semangat pengabdian diri
kepada Allah SWT
Cara, kaedah, atau kegiatan yang dilaksanakan untuk
mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah
kepada Allah SWT
KESAN POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK
WARGA ORGANISASI ERTI BUDAYA ORGANISASI YANG DIWUJUDKAN
Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama.
Warga organisasi
akan berusaha untuk
menjadikan setiao kegiatan
dalam organisasi
sebagai satu ibadah.
Budaya yang wujud dalam organisasi
menjadi sesuatu yang positif
sejajar dengan nilai dan prinsip
agama.
Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi.
Al-‘Adalah ( Keadilan )
Dari segi bahasa :Meletakkan sesuatu pada
tempatnya
Dari segi istilah :Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya berdasarkan kepada ketentuan akidah
syariah dan akhlak serta bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah.
Menurut Al-Mawardi ia juga bermaksud bercakap benar,jelas kejujuran, menjauhi haram, memelihara diri dari melakukan
dosa atau bersubhat dengannya
DALIL
firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah menyuruh
berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum
kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan
yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu
(dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.”
( Surah Al-Nahl:90)
Keadilan boleh dilaksanakan di dalam perkara seperti berikut :
I. Membuat Sesuatu Keputusan
II. Keadilan terhadap Allah s.w.t
III.Timbangan dan ukuran
V.Pengurusan Harta
Bentuk-bentuk keadilan :
I. Keadilan Dalam Bentuk Bersamaan
Seperti mendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya.
II. Keadilan Dalam bentuk Berbeza
setiap semua berhak untuk diberi gaji oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan dalan jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasakan kelulusan yang diperolehi dan tanggungjawab yang diberi.
III. Keadilan Dalam bentuk Hak Istimewa
Hak istimewa yang diberikan kapada individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya kepada organisasi.
AS-SYURA
PENGERTIANDALIL
SYARAT AHLI SYURA
KEPENTINGAN
FUNGSI
PENGERTIANPemesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan ketakwaan.
Mesyuarat untuk kebajikan umat islam adalah diwajibkn oleh allah kerana melalui bermesyuarat segala masalah dapat diselesaikan selain dapat mengeratkan silaturahim dan perpaduan.
Pemesyuaratn ialah prinsip pengurusan islam yang kedua.ia telah ditegaskan dengan nyata dalam Al-Quran dan dikukuhkan dengan sunnah Rasullulah SAW serta amalan para sahabat.
DALIL
' dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian apabila kamu telah membuat tekad,maka bertawakal
lah kepada Allah '
surah al-imran:ayat 159
SYARAT MENJADI AHLI SYURA
•Bijaksana, pintar dan berpandangan jauh serta berhati suci
•Bukan seorang yang zalim
•Jujur dan bertaqwa
•Adil
•Berilmu
KEPENTINGANKepentingan yang dibuat lebih baik berdasarkan logik akal kerana yang dibuat mengikut pandangan orang ramai bukan seseorang.
Keputusan yang dibuat lebih mantap, matang dan mendalam.
Dapat terhindar dari kekeliruan dan ketidakfahaman.
Dapat menghindarkan kesalahan dalam membuat keputusan.
Al-Hurriyyah ( Kebebasan )
Takrifan
Kebebasan bermaksud keupayaan untuk memilih melakukan sesuatu perkara disamping mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Seseorang individu itu diberi hak untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta dan sebagainya mengikut batasan yang di perkuatkuasakan.
Dalil yang berkaitan Al-Hurriyyah, firman Allah s.w.t
yang bermaksud
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari
kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.“ ( Al-Baqarah:256 )
Prinsip Kebebasan1) Kebebasan beragama.
2) Kebebasan Diri.
3) Kebebasan Bersuara dan Mengeluarkan Pendapat.
4) Kebebasan Bergerak dan tiada pembatasan untuk bergerak.
5) Kebebasan Mencari dan Memiliki Harta.
KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU:
Ia tidak menganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan .
Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal .
Tidak menganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.
Al-Musaw
ah
PENGERTIAN
AL-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam islam.• Persamaan kedudukan setiap pentadbir atau pengurus di sisi undang-undang atau peraturan, dalam hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan.• Semua manusia berasal dari satu keturunan yang sama.• Perbezaan dari aspek amalan, tanggung jawab dan ketakwaan sahaja.
DALILFirman Allah yang bermaksud :
" Wahai umat manusia ! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku - puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu ( bukan yang lebih keturunan atau bangsanya ). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuannya ( akan keadaan dan amalan kamu) ".
Al-Hujurat ayat 13
Jenis-jenis persamaan :Persamaan dalam Tanggungjawab Terhadap Undang-Undang:
Persamaan dalam tanggungjawab terhadap hukuman
Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan :
PELAKSANAAN MUSAWAH @ PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI;
1. Semua warga organisasi harus diterima sama rata , terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
2. Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, kerana setiap manusia mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.
3. Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama . 4. Pembahagian tugas hendaklah
mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan .
Kesimpulan
Dalam topik kami telah menerangkan dengan lebih mendalam Prinsip Asas dalam Pengurusan Islam
iaitu; Al-Ubudiyyah, Al-Adalah, As-Syura, Al-Huriyyah dan Al-Musawah.
Prinsip Al-Ubudiyyah menerangkan perkara berkaitan pengabdian terhadap Allah manakala prinsip Al-Adalah pula menjelaskan hal keadilan
dalam sesebuah organisasi. Selain itu, prinsip As-Syura menghuraikan kenapa
perlu permesyuaratan dan prinsip Al-Huriyyah bermaksud kebebasan dari pelbagai segi.
Akhir sekali, prinsip Al-Musawah adalah berkenaan persamaan antara manusia dengan manusia
lain. Prinsip ini adalah tiang kepada pengurusan Islam kerana tanpa tiang takkan teguh sesebuah
struktur bangunan itu.