Rph Asas Pengurusan Data
-
Upload
mohd-zaini-mat-salleh -
Category
Documents
-
view
396 -
download
7
description
Transcript of Rph Asas Pengurusan Data
KRM3043 : ASAS PENGURUSAN DATA
TAJUK :
BAHAGIAN A
TUGASAN 2 (a)
Aktiviti Pengajaran
KUMPULAN :
GROUP UPSI 07
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. ID NO. TELEFON
MOHD ZAINI BIN MAT SALLEH D20102043682 012 - 6505409
NAMA PENSYARAH : DR. SAZELLI BIN AB GHANI
TARIKH SERAH : 28 OKTOBER 2012
1
Isi Kandungan
Muka Surat
1. Aktiviti Pengajaran 3-6
2. Lembaran Kerja 7
3. Kesukaran Dalam Pengajaran 8
2
Aktiviti Rancangan Pengajaran Harian:
1. Matapelajaran: Matematik
2. Bidang : Pengendalian Data
3. Topik : Carta Palang
4. Kelas : 4 Brilliant
5. Objektif Pembelajaran:
Murid-murid diajar untuk menyusun dan mentafsir data daripada jadual dan carta.
7. Hasil Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat membina graf palang daripada set data yang diberi.
KBKK: Membuat inferens dan interpretasi, membanding beza (graf palang dan jadual),
membuat kategori, menerangkan sebab, menentukan sumber yang dipercayai,
menganalisis,
Pengetahuan Sedia Ada
Murid telah diajar mengenai cara membaca graf palang di dalam topik pengendalian data sebelum ini.
Penerapan nilai: Kerjasama, berusaha, jujur
Set Induksi ( 5 minit )
1. Murid ditanya mengenai jenama kereta yang dimiliki oleh keluarga mereka.
2. Murid menyatakan beberapa jenis jenama kereta yang dimiliki oleh keluarga seperti,
Perodua, Proton, Toyota, Nissan, Honda dan Ford
3. Murid diminta mencari berapa bilangan jenama yang dimiliki setiap setiap keluarga.
4. Guru mengaitkannya dengan topik iaitu pengendalian data dan menyatakan bahawa
data boleh dikumpul dan dijelaskan dengan lebih mudah dengan menggunakan
jadual atau graf palang
3
Langkah satu (10 minit)- Perbincangan menggunakan slaid powerpoint (Lampiran)
1. Guru bersoal jawab dan menggunakan slaid powerpoint bagi menunjukkan contoh
jadual data kepada murid-murid. Guru menyatakan set data tersebut boleh ditafsir
dengan lebih mudah jika menggunakan graf palang seperti contoh di bawah. Contoh
soalan digunakan untuk bersoaljawab adalah seperti berikut :
a. Apakah nama tajuk bagi graf berikut
b. Apakah skala yang sesuai untuk graf dibawah
c. Apakah nama paksi menegak dan paksi melintang
Jadual : bilangan buku yang dijual Graf Palang Menegak
2. Guru berbincang dan bersoal jawab bersama murid-murid mengenai graf palang
tersebut dari segi kekerapan, julat, nilai minimum dan maksimum bagi data tersebut.
3. Murid dipamerkan lagi satu contoh graf palang berbentuk mengufuk . Guru
menyatakan bahawa graf palang juga boleh ditunjukkan dalam bentuk melintang atau
mengufuk. Guru dan murid-murid bersoal jawab dengan murid-murid mengenai
maklumat di dalam graf tersebut dari segi tajuk graf, item-item data, kekerapan
sesuatu item, julat yang digunakan,nilai maksimum, nilai maksimum jumlah pelajar
yang terlibat dan sebagainya.
4. Dengan menggunakan slaid powerpoint guru bersoaljawab tentang langkah-langkah
yang perlu diingat semasa membina carta palang.
4
Langkah 2 :(15 minit) – Pengagihan Tugasan Projek Berkumpulan
1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan perlu mempunyai seorang
ketua yang dilantik di kalangan ahli kumpulan sendiri..
2. Guru memanggil ketua kumpulan datang ke hadapan dan mengambil satu sampul
surat, dua keping kad manila, 5 helai kertas warna, 2 batang pen marker, hitam dan
merah dan gam.
3. Guru menjelaskan murid-murid bahawa mereka akan diberikan satu aktiviti tugasan
projek secara berkumpulan. Murid-murid perlu membina graf palang berdasarkan
data yang diberikan dalam jadual. Data adalah seperti berikut
Berikut adalah bilangan pasang kasut yang dijual dalam sebuah kedai kasut. Wakilkan maklumat berikut di dalam bentuk carta palang.
Hari Bilangan Pasang Kasut yang dijualAhad 100Isnin 75
Selasa 85Rabu 95
Khamis 80
4. Murid menyiakan graf palang berdasarkan data yang diberi menggunakan
bahan yang disediakan dengan dibimbing oleh guru.
Langkah 3( 10 minit)- Perbentangan kumpulan
1. Guru meminta murid duduk di dalam kumpulan masing-masing.
2. Guru meminta wakil murid ke hadapan untuk memberitahu hasil yang didapati.
3. Guru berbincang adakah terdapat perbezaan dalam graf yang dibina.
4. Guru memberikan persoalan tentang perbezaan graf palang antara kumpulan yang
berlainan.Contoh soalan perbincangan adalah
a. Mengapakah graf palang kamu berbeza
b. Mengapakah ketinggian graf kamu tidak sama.
c. Bagaimanakah kamu menentuka skala graf kamu
5
Langkah 4 ( 10 minit ) -Penilaian
1. Murid-murid diedarkan lembaran kerja(Lampiran 1)
2. Murid-murid diberikan masa untuk menyelesaikan soalan tersebut. 2 orang pelajar
Diminta oleh guru untuk menunjukkan graf palang yang dibina di papan hitam.
3. Penyemakan bersama guru dan pelajar.
Penutup ( 5 minit )
1. Guru membimbing pelajar membuat rumusan berkaitan apa yang telah dipelajari pada
hari tersebut.
2. Guru memurnikan lagi rumusan yang dibuat oleh pelajar dan menegaskan semula cara-
cara membina graf palang berdasarkan data yang diberi.
6
Lampiran 1Lembaran Kerja
Bina carta bar mencancang dalam ruangan yang disediakan berdasarkan data yang diberikan,
Jenis Rumah Bilangan Rumah
Rumah Teres 40
Rumah Flat 20
Banglo 10
Kesukaran Dalam Pengajaram
7
Bilangan Rumah Di Taman Suria
Kesukaran yang dihadapi oleh murid semasa melukis graf palang adalah sewaktu
menentukan skala pada paksi. Sesetengah menggunakan skala yang besar ini akan
menghasilkan palang atau bar yang terlalu tinggi. Terdapat juga dalam kalangan murid yang
menggunakan julat skala yang terlalu kecil dan menghasilkan graf bar yang rendah. Ini akan
menghasilkan graf yang tidak sama. Keadaan ini akan mengelirukan murid-murid. Murid
sering kali terkeliru antara saiz palang pada graf dan nilai yang ditunjukkan pada palang.
Murid sering kali menganggap bahawa palang graf yang tinggi mempunyai nilai yang besar.
Cara mengatasinya
Bagi mengatasi masalah ini murid perlu dibimbing untuk membuat untuk membina
graf palang yang mempunyai skala sesuai. Murid perlu melihat nilai yang paling tinggi dan
yang paling rendah sebelum membuat skala pada paksi. Ini adalah untuk mengelakkan murid-
murid menghasilkan graf yang tidak sesuai dang mengelirukan. Penerangan juga perlu diberi
tentang nilai pada skala yang menentukan kuantiti yang diwakili oleh palang dalam graf,
bukannya saiz palang. Guru perlu membuat banding beza antara skala graf yang sesuai atau
tidak sesuai.
8