Post on 07-Aug-2019
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
LIMA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT, TERENGGANU
WAN AZLIZAWATI BINTI WAN MOHD AMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
LIMA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK, BESUT, TERENGGANU
WAN AZLIZAWATI BINTI WAN MOHD AMIN
Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
2006
iii
iii
iv
DEDIKASI
Buat Ayahanda Dan Bonda Yang Tersayang,
Wan Mohd Amin Bin Wan Abas dan Sabariah Binti Ismail…
Masih Ku Ingat Segala Pengorbananmu..Demi Melihat Aku Berjaya,
Sanggup Menggadai Segalanya, Sanggup Berkorban Apa Saja,
Walau Diri Sendiri Terabai, Kesabaranmu Menjadi Pelita Hidupku,
Sungguh Besar Pengorbanan Kalian...Segalanya Menyentuh Jiwaku
Tidak akan ku lupakan sepanjang hayatku..
Buat Kekanda, Wan Mohd Azri...
Segala Pengorbananmu tidak akan kulupakan,
Kau Sesungguhnya Tempat Keluarga Bergantung,
Kekuatanmu Menjadikan Diriku Semakin Tabah Mengharungi Hidup Ini,
Engkau Pembakar Semangatku, Engkau Jua Sumber Inspirasiku...
Buat Adinda
Wan Mohd Azani, Wan Azila, Wan Hamizah, Wan Mohammad Aiman, Wan
Mohammad Mazwan dan Wan Khairul Ikhwan...
Teruskan Perjuangan Kalian...Perjalananmu Masih Panjang lagi,
Sesungguhnya Hidup Ini Penuh Onak dan Duri,
Semoga Kalian Tabah Mengharunginya...
Buat Sahabatku
Sesungguhnya Kalian Banyak Membantu Aku..
Segala Jasamu Akan Ku Kenang Selamanya..
Semoga Kalian Diberkati Allah….
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat jua
saya menyiapkan Projek Sarjana Muda Pendidikan seperti mana yang diharapkan.
Setinggi penghargaan ikhlas dan sekalung budi dirakamkan kepada Cik Hadijah
Binti Jaffri selaku pensyarah pembimbing bagi Projek Sarjana Muda Pendidikan ini
yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan kerjasama di sepanjang tempoh
menyiapkan kajian ini. Dengan teguran dan tunjuk ajar dari beliau dapat meningkatkan
lagi penyelidikan saya.
Ikhlas terima kasih ditujukan khas kepada rakan seperjuangan yang telah banyak
membantu dan memberi idea serta tidak jemu memberi sokongan dan dorongan kepada
saya selama ini.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
memberi bantuan dan kerjasama sepanjang tempoh saya menyiapkan Projek Sarjana
Muda Pendidikan ini. Segala jasa dan kerjasama yang diberikan tidak akan saya
lupakan.
Sekian.
vi
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji
permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik serta hubungannya
dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini. Lima konstruk permasalahan yang
dikaji iaitu minat, sikap, amalan pelajar, pengajaran guru dan persekitaran pembelajaran.
Pencapaian pelajar diukur berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan
empat dalam mata pelajaran Matematik. Sampel kajian terdiri daripada 136 orang
pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Besut, Terengganu.
Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang
menggunakan skala lima mata. Nilai Alpha-Cronbach yang diperolehi adalah 0.901
yang menunjukkan kebolehpercayaan tinggi dan kuat. Data kajian telah dianalisis
secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package For Social
Science (SPSS 13.0). Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan positif yang
signifikan di antara konstruk persekitaran pembelajaran dengan pencapaian pelajar
dalam Matematik. Bagi hubungan antara konstruk minat pelajar dengan pencapaian
pelajar dalam Matematik, dapatan menunjukkan hubungan negatif yang signifikan.
Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya hubungan yang tidak signifikan di
antara konstruk sikap pelajar, amalan pelajar dan pengajaran guru dengan pencapaian
pelajar dalam Matematik.
vii
ABSTRACT
A survey was conducted to identify the problems in Mathematics teaching and
learning and the relationship between the problems and students’ achievement in
Mathematics. The five constructs were determined in the study. The constructs are
students’ interest, attitude, students’ habit, method of teaching and learning been
environment studied. Student’s achievement were taken based on the final examination
result in Mathematics. The sample consisted of 136 form five students from Sekolah
Menengah Kebangsaan Renek, Besut, Terengganu where a set of questionnaires with
five point scale was used. The Alpha-Cronbach value obtained is 0.901. The data
obtained from this study was analyzed using the method of descriptive statistics and
inferential statistics by Statistical Package For Social Science (SPSS 13.0). It was found
that there is a positive correlation between students’ achievement in Mathematics and
learning environment. The study showed that there is a negative correlation between
students’ achievement in Mathematics and the students’ interest in Mathematics. Based
on the findings, it was found that the correlation between students’ achievement in
Mathematics and the students’ attitude, students’ habit and method of teaching are not
significant.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN i
HALAMAN JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
ix
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Kerangka Kajian 10
1.9 Definisi Istilah 11
1.9.1 Permasalahan 11
1.9.2 Pengajaran dan Pembelajaran 11
1.9.3 Pelajar 12
1.9.4 Minat 13
1.9.5 Sikap 13
1.9.6 Amalan Pelajar 14
1.9.7 Persekitaran Pembelajaran 14
1.9.8 Pencapaian Pelajar 15
1.10 Penutup 15
2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 16
2.2 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik 16
2.3 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik 18
2.4 Amalan Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik 20
2.5 Pengajaran Guru 23
2.6 Pengaruh Persekitaran Pembelajaran 26
2.7 Penutup 28
x
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
3.3 Lokasi Kajian 30
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 31
3.6 Kajian Rintis 33
3.7 Prosedur Kajian 34
3.8 Analisis Data 36
3.9 Penutup 38
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden Kajian
4.2.1 Jantina 40
4.2.2 Aliran Pengajian 41
4.2.3 Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga 42
4.2.4 Keputusan Bagi Mata Pelajaran Matematik 43
4.3 Analisis Bahagian B
4.3.1 Persoalan Kajian 1 45
4.3.2 Persoalan Kajian 2 48
4.3.3 Persoalan Kajian 3 50
4.3.4 Persoalan Kajian 4 53
4.3.5 Persoalan Kajian 5 55
4.4 Analisis Keseluruhan Konstruk Kajian 57
4.5 Analisis Keseluruhan Konstruk Dengan Pencapaian Pelajar 59
4.6 Penutup 61
xi
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik 63
5.2.2 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Matematik 66
5.2.3 Amalan Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik 67
5.2.4 Penerimaan Pelajar Terhadap Pengajaran Guru 70
5.2.5 Pengaruh Persekitaran Dalam Pembelajaran Matematik 71
5.3 Hubungan Setiap Konstruk Dengan Pencapaian Pelajar 73
5.4 Rumusan 75
5.5 Kesimpulan 78
5.6 Cadangan Kajian 78
5.7 Penutup 80
RUJUKAN 81
LAMPIRAN 86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.0 Nombor Dan Bilangan Bagi Item Positif Dan Item Negatif 32
3.1 Skala Likert 5 Mata Untuk Item Positif 33
3.2 Skala Likert 5 Mata Untuk Item Negatif 33
3.3 Profil Pencapaian Dalam Peperiksaan 36
3.4 Petunjuk Min Untuk Mengukur Darjah Penilaian
Terhadap Responden 37
3.5 Klasifikasi Kekuatan Korelasi (dari Rowntree, 1981) 38
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41
4.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Pengajian 41
4.3 Taburan Jumlah Pendapatan Ibu Bapa Atau Penjaga 42
4.4 Taburan Gred Bagi Mata Pelajaran Matematik Dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Peperiksaan
Pertengahan Tahun Tingkatan 4 Dan Peperiksaan Akhir
Tahun Tingkatan 4 43
4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan
Min Bagi Konstruk Minat Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Matematik 46
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
Dan Min Bagi Konstruk Sikap Pelajar Terhadap Mata
Pelajaran Matematik. 48
xiii
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
Dan Min Bagi Konstruk Amalan Pelajar Dalam
Pembelajaran Matematik 50
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus
Dan Min Bagi Konstruk Pengajaran Guru 53
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus Dan
Min Bagi Konstruk Persekitaran Pembelajaran Pelajar 55
4.10 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian. 57
4.11 Hubungan Di Antara Minat, Sikap, Amalan Pelajar,
Pengajaran Guru Dan Persekitaran Pembelajaran 59
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.0 Lima Konstruk Permasalahan Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Matematik 10
4.1 Taburan Gred Bagi Mata Pelajaran Matematik Dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR), Peperiksaan
Pertengahan Tahun Tingkatan 4 Dan Peperiksaan
Akhir Tahun Tingkatan 4 44
5.1 Purata Peratus Bagi Persoalan 1 64
5.2 Purata Peratus Bagi Persoalan 2 66
5.3 Purata Peratus Bagi Persoalan 3 68
5.4 Purata Peratus Bagi Persoalan 4 70
5.5 Purata Peratus Bagi Persoalan 5 72
5.6 Hubungan 5 Konstruk Permasalahan Dengan Pencapaian
Pelajar 74
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Kajian Soal Selidik 86
B Pengesahan Soal Selidik 91
C Surat Akuan Pelajar 93
D Surat Kebenaran EPRD 95
E Jadual Krejcie, R.C & Morgan 97
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah
menengah yang wajib diambil oleh semua pelajar. Matematik perlu diajar di sekolah
bagi melahirkan individu yang berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan Matematik
dalam kehidupan harian. Sebagaimana menurut Abd. Rahim (2000), Matematik adalah
pengetahuan teras yang perlu dikuasai selaras dengan wawasan pendidikan negara untuk
melahirkan warganegara yang berketrampilan dalam berbagai-bagai bidang bagi
membolehkan pelajar-pelajar memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa
dan negara.
Dalam kajian Noor Azlan (1995), terdapat beberapa penulisan (seperti Weaver,
1970; Freudanthal, 1973; National Council of Teachers of Mathematics, 1980 dan 1989;
Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990) dengan secara tidak langsung membincangkan
justifikasi Matematik dimasukkan dalam kurikulum sekolah. Kebanyakannya
menyatakan bahawa untuk berfungsi dengan baik dalam masyarakat abad ke dua puluh
2
dan abad-abad yang akan datang, seseorang itu harus mencapai kefahaman yang baik
dalam Matematik.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1989) menekankan bahawa sukatan pelajaran
Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah bersifat umum.
Oleh sebab itu sukatan pelajaran Matematik diolah berdasarkan tiga bidang iaitu
nombor, bentuk dan ruang yang saling berkaitan. Seterusnya Pusat Perkembangan
Kurikulum (1989) menyatakan matlamat Matematik KBSM adalah untuk
memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran
penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan Matematik
supaya seorang individu dapat mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian
dengan berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan
Matematik.
Matematik ialah satu ilmu yang digunakan dalam hampir setiap aspek kehidupan
dan cabang ilmu moden. Matematik digunakan sebagai keperluan asas dalam kehidupan
seharian. Pelajar dapat mengaplikasikan ilmu Matematik dalam kehidupan mereka
seperti membuat kiraan secara congak, membuat anggaran, menggunakan alat bantu
mengira secara bijaksana serta dapat menyemak jawapan kepada pengiraan. Pelajar juga
dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik bagi merancang strategi
untuk menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi
kehidupan seharian.
Matematik memberikan asas yang kukuh terhadap bidang Sains dan Teknologi.
Ia juga boleh mengawal kehidupan serta membantu masyarakat mencapai kesejahteraan
hidup sebagaimana yang sedang dinikmati hari ini. Kejayaan yang dicapai oleh tamadun
manusia tidak mungkin diperolehi jika manusia tidak menguasai Matematik. Sejajar
dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat yang menuju ke era zaman
maklumat, pengetahuan mengenai Matematik semakin diperlukan oleh setiap ahli
masyarakat. Pengetahuan dan kemahiran Matematik yang harus dikuasai juga turut
mengalami perubahan (Ismail Kailani, 1999).
3
Kepentingan Matematik ini dapat dicapai melalui sistem pendidikan yang
bermutu. Menurut Rubiah dan Ong (2005), pendidikan ialah unsur penting untuk
memartabatkan bangsa dan membentuk generasi ke arah kesempurnaan lahiriah dan
rohaniah sekali gus membawa negara ke mercu kecemerlangan. Pendidikan yang
bermutu menurut Robiah (1990) ialah pendidikan yang berjaya menghasilkan
pengeluaran pelajar mengikut standard atau kriteria-kriteria pencapaian yang ditetapkan.
Biasanya pencapaian itu diterjemahkan melalui pencapaian dalam peperiksaan.
Ungkapan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh seseorang pelajar umumnya
dikaitkan dengan pencapaian yang cemerlang di mana seseorang itu mendapat markah
tertinggi dalam mata pelajaran tertentu. Jadi untuk memperoleh pendidikan yang
berkualiti ini seperti yang dibuktikan menerusi pencapaian yang tinggi dan cemerlang,
maka proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah itu mestilah pula lengkap
dan mencukupi.
Sistem pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan tenaga kerja yang
mempunyai ciri-ciri peribadi yang unggul seperti jati diri yang tinggi, inovatif,
produktif, berkemahiran, berdaya saing, berdaya tahan dan kreatif bagi menangani
cabaran negara dan globalisasi. Sistem pendidikan yang berkualiti akan dapat
menyumbang ke arah memenuhi hasrat kerajaan untuk mewujudkan budaya
pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini menepati hasrat Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) sebagaimana menurut Ee (1997), hasrat FPN ialah untuk membolehkan
pelajar-pelajar berkesempatan memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu. Dengan itu, aktiviti pengajaran-pembelajaran yang dilakukan
oleh pelajar harus dapat mencungkil dan meningkatkan potensi pelajar ke tahap yang
maksimum.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada umumnya, mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran
yang sangat penting untuk dipelajari oleh semua pelajar sebagai persediaan untuk
menjadi generasi yang akan memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan
negara. Sebagaimana kepentingan Matematik yang telah dinyatakan oleh Abd. Rahim
(2000) bahawa mata pelajaran Matematik amat penting bagi mendapatkan peluang yang
lebih baik untuk menceburkan diri dalam perakaunan, perniagaan, perubatan,
kedoktoran, sains dan teknologi dan sebagainya.
Setiap pelajar tentu mempunyai hasrat dan cita-cita untuk berjaya dengan
cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan pada masa depan. Dalam mencapai hasrat
ini, sudah tentu setiap pelajar sememangnya tidak dapat lari daripada masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Rubiah dan Ong (2005), masalah yang dihadapi
oleh pelajar adalah berlainan daripada seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Tetapi
secara puratanya terdapat persamaan antara masalah-masalah yang dihadapi. Mereka
berpendapat bahawa selalunya masalah ini timbul apabila para pelajar menghadapi
tekanan, sama ada tekanan daripada keluarga yang mahukan kejayaan para pelajar,
tekanan daripada guru mahupun tekanan yang dicorakkan oleh para pelajar sendiri.
Penilaian secara kritis yang membahaskan isu kelemahan mata pelajaran
Matematik mengemukakan pelbagai sebab dan faktor. Terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam mata pelajaran Matematik.
Daripada isu-isu yang berkaitan dengan permasalahan pelajar dalam pembelajaran,
secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa faktor ini dilihat dari dua aspek iaitu
aspek dalaman pelajar sendiri dan aspek luaran pelajar. Aspek dalaman pelajar adalah
seperti minat pelajar dalam Matematik, sikap pelajar terhadap Matematik dan
sebagainya. Manakala aspek luaran pelajar pula adalah pengaruh persekitaran,
pengajaran guru dan juga keluarga. Kedua-dua aspek ini akan menentukan gagal atau
berjayanya seorang pelajar dalam menguasai Matematik.
5
Menurut Abd. Rahim (2000), punca kelemahan dalam mata pelajaran Matematik
adalah kecenderungan menyalahkan sikap kurang minat pelajar dalam mata pelajaran
tersebut. Walau bagaimanapun, pembentukan sikap seseorang mempunyai pertalian
dengan berbagai-bagai faktor lain, khususnya berkaitan dengan pedagogi pengajaran
Matematik yang mempunyai banyak kelemahan dan menimbulkan masalah
pembelajaran kepada pelajar.
Pada masa ini, kecemerlangan pelajar masih diukur berdasarkan pencapaian
akademik. Pencapaian akademik pula berdasarkan kepada keputusan peperiksaan.
Sehubungan ini pelajar tentulah berhadapan dengan peperiksaan demi peperiksaan. Dari
sekolah rendah sehingga sekolah menengah dan dari sekolah menengah sehingga
universiti, peperiksaanlah yang menentukan kejayaan pelajar. Sebagaimana menurut
Rubiah (2005), sistem pendidikan di negara kita berorientasikan peperiksaan. Sejak
negara mencapai kemerdekaan lagi, setiap pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan
untuk menguji kecekapan, keupayaan, dan prestasi dalam akademik serta sebagai
prasyarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau juga
berpendapat bahawa peperiksaan mengiktirafkan tahap keilmuan seseorang individu.
Ilmu seseorang individu itu tidak lengkap selagi tidak ada satu bentuk ujian yang dilalui.
Pengiktirafan itu dibuat melalui keputusan yang tercatat dalam sijil yang dianugerahkan.
Dalam sistem persekolahan Malaysia, menurut Noor Azlan (1995), seorang
pelajar itu lebih tertekan untuk mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran
Matematik berbanding dengan mata pelajaran lain seperti Sejarah dan Geografi.
Menurut Mohamed Nor (1990), terdapat empat faktor yang dapat menentukan tahap
pencapaian pelajar di sekolah. Pertama ialah kecerdasan yang diwarisi oleh anak.
Kedua ialah keadaan kehidupan dan latihan yang diperoleh daripada keluarganya.
Ketiga ialah kualiti pendidikan yang diterima di sekolah dan yang akhirnya ialah konsep
kendiri atau tahap aspirasi yang diperolehnya melalui pengalaman di rumah dan di
sekolah.
6
Perhatian yang khusus hendaklah diberi untuk mempertingkatkan mutu
pembelajaran Matematik agar dapat dicapai dengan sebaik mungkin sejajar dengan
konsep kecemerlangan yang kerapkali dilaungkan oleh para pendidik. Bagi mencapai
matlamat ini, faktor-faktor kelemahan pelajar dalam pembelajaran Matematik hendaklah
dikenalpasti dan langkah-langkah untuk mengatasi perlu diambil tindakan segera oleh
pihak yang terlibat.
Justeru itu keadaan ini telah mendorong pengkaji untuk membuat satu tinjauan
ke atas pelajar tentang masalah mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
yang memberi kesan ke atas pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Melalui
kajian ini juga diharapkan guru-guru Matematik dapat memperbaiki mutu pengajaran
dan meningkatkan lagi prestasi pencapaian Matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Antara isu yang sering dibangkitkan yang dapat dikaitkan dengan kualiti
pendidikan ialah kecemerlangan. Berdasarkan kepada isu kecemerlangan, timbul
persoalan bagaimana seseorang individu itu berjaya dalam bidang akademik dan
bagaimana pula dengan pelajar yang belum sampai ke tahap pencapaian yang
diinginkan.
Pelajar sering menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik. Masalah ini
merupakan satu fenomena yang perlu dicari jalan penyelesaian bagi meningkatkan
pencapaian dalam mata pelajaran Matematik. Ini kerana Matematik merupakan satu
mata pelajaran penting dalam kehidupan masyarakat kita. Peluang untuk pelajar
melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan terbuka luas dengan prestasi dan
keputusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik.
7
Menyedari betapa pentingnya pencapaian yang tinggi dalam mata pelajaran
Matematik kepada pelajar, maka melalui kajian ini pengkaji ingin mengkaji faktor-faktor
yang mungkin ada kaitan dengan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Apakah masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran ini.
1.4 Objektif Kajian
Matlamat kajian ini adalah bertujuan untuk :
i. mengenalpasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
ii. mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
iii. mengenalpasti amalan pelajar dalam pembelajaran Matematik.
iv. mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru.
v. mengenalpasti pengaruh persekitaran terhadap pembelajaran pelajar.
vi. mengetahui hubungan pencapaian pelajar dengan minat, sikap, amalan
pelajar, pengajaran guru dan persekitaran pembelajaran.
8
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah :
i. Apakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik ?
ii. Apakah sikap pelajar terhadap mata pelajaran Matematik ?
iii. Apakah amalan pelajar dalam pembelajaran Matematik ?
iv. Apakah penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru ?
v. Apakah pengaruh persekitaran dalam pembelajaran Matematik ?
vi. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar dengan minat, sikap,
amalan pelajar, pengajaran guru dan persekitaran pembelajaran ?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar terhadap permasalahan yang
dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran Matematik serta hubungannya dengan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini. Pengkaji juga ingin mengetahui
sejauhmana faktor-faktor yang dikaji mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Matematik dan sekali gus dapat mengetahui kelemahan pelajar yang
mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran ini di Sekolah Menengah
Kebangsaan Renek.
Dalam kajian ini diharapkan dapat memberikan satu gambaran yang sebenar
tentang permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran Matematik. Hasil
kajian ini diharapkan agar dapatan yang diperolehi dapat membantu guru bagi mata
pelajaran Matematik khususnya guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Renek dan