Post on 21-Nov-2019
u zmm
I
ý
'. I TI .". " PTIU
PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA
Teo Siew Jing
NK Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian 1505 (Seni Halus) T314 2007 2007
P KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
IllIllIllIllIllIMIIIIIV Q4; ý�1 ,
1000191654
Penggunaan Cetakan Saring Dalam Karya
TEO SIEW DING
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
Seni Halus
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: PENGGUNAAN CETAKAN SARING DALAM KARYA
SESI PENGAJIAN: 2007
Saya TEO SIEW JING
Mengaku membenarkan tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan. 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
ý 5. * sila tandakan
/
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan
oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Tandatangan Penulis Tarikh:
Alamat Tetap: 70A, Jalan Kapur, 96000 Sibu, Sarawak.
TandatangaiiTenyelia Tarikh: /
Catatan * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sapana Muda " Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Projek bertajuk Penggunaan Cetakan Saring Dalam Karya telah disediakan oleh TEO SIEW JING dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Seni Halus.
Diterima untuk diperiksa oleh:
( Encik Wan Jamarul Imran Wan MJullah Thani)
Tarikh:
/6 ý ý. ioý
ABSTRAK
Artis telah menggunakan pelbagai pendekatan dan praktis cetakan saring dalam
penghasilan karya seni. Lazimnya sebelum era moden, catan berlaku dengan bantuan
berus tetapi kini kontek penghasilan karya dipelbagaikan. Salah satu proses yang sering
digunakan dan dilihatkan memudahkan proses bagi artis adalah dengan menggunakan
cetakan saring dalam karya. Kajian ini dijalankan bagi tujuan melihat keupayaan kaedah
ini dalam pelaksanaan berkarya oleh artis.
ABSTRACT
Artists have being using various different approach and practices of silk screen in their
work of art Frequently before the modern era, with the help of brushes painting is done,
but now the context of producing work of art varies. One of the persistent processes being
applied regulates and lightens the burden of processing by the artist, is to utilize silk
screen in their work of art. This noble research has being carried out in order to visualize
the capability of this technique in apparent to the artist's work of art.
PENGHARGAAN
Penghargaan yang setinggi-tingginya disampaikan kepada En. Wan Jamarul
Imran Wan Abdullah Thani selaku penasihat, yang telah memberi nasihat, pandangan
serta bimbingan bagi menjalankan kajian ini.
Ucapan terima-kasih diberikan kepada semua pensyarah program Seni Halus,
yang telah banyak memberi kerjasama dan nasihat yang berguna dalam melancarkan
projek penyelidikan ini.
Ucapan terima-kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada penunjuk ajar
serta pelajar-pelajar program seni halus, kerana telah memberi kerjasama dalam
pengumpulan data-data untuk projek penyelidikan ini.
Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ini ingin ditujukan kepada kedua ibu-
bapa yang menjadi orang kuat dalam menyokong segala usaha saya.
Segala jasa clan bakti yang telah diberikan, Allah juga yang akan memberkatinya.
Sekian, terima kasih.
t'usat Khidmat MaKumatAkaaem, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWqk OaZ(() Kota Samarahan
KANDUNGAN
Bab 1 Pengenalan
1.0 Definisi
1.1 Objektif
1.2 Hipotesis
1.3 Permasalahan kajian
1.4 Kepentingan
1.5 Hipotesis
Bab 2 Analisa
2.0 Andy Warhol
2.1 Robert Rauschenberg
2.2 Perbandingan
Bab 3 Karya
3.0 Penjelasan Karya
3.1 Isu karya
3.2 Penerangan isu
3.3 Penerangan pemasangan karya
m/s
1-3
3-4
4
4-5
5-6
6-7
8-13
14-18
18-21
22-25
25-26
26-27
27-28
Rujukan 29-44
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Definisi
Cetakan saring juga dikenali sebagai serigraphy dan silkscreen. Cetakan saring
merupakan satu teknik cetakan yang menggunakan stensil diatas skrin atau saring yang
diperbuat daripada kain sutera. (*Sumber Balai Seni Lukis).
Menurut Carl Zigrosser "serigraphy is printing technique that makes use of a
squeegee to force ink directly onto a piece of paper or canvas though a stencil containing the
image. " Serigrafi merupakan teknik cetakan yang menggunakan squeegee* untuk meratakan
dakwat pada permukaan kertas atau kanvas melalui stensil yang mempunyai imejan.
Menurut konsep Roni Henning, "Screen printing" is a printing method that
produces prints by pushing ink though a screen with a squeegee ". Cetakan saring merupakan
satu kaedah cetakan yang inenggunakan squeegee* untuk meratakan dakwat.
Selain itu, menurut Robert Adam dan Carol Robertson, "serigraphy is fine art print
made by painting stencils on silk meshes and printing though this ". Serigrafi merupakan
cetakan seni halus yang mencetak melalui jaringan sutera yang mempunyai stensil.
* squeegee- peralatan yang digunakan untuk merata dan menekan dakwat pada permukaan kertas atau kanvas dengan melalui saring *porous fabric/ stainless steel mesh- kain atau fabrik yang berporos supaya dakwat dapat menebusi fabrik. Contohnya, sutera.
I
Secara kesimpulan, serigrafi atau dikenali sebagai cetakan saring merupakan sejenis
cetakan yang menggunakan squeegee untuk meratakan dakwat pada permukaan kertas atau
kanvas melalui saring yang mempunyai stensil.
Cetakan Saring merupakan sejenis teknik cetakan yang baru dalam golongan seni
grafik. Cetakan saring merupakan proses mencetak secara berulangkali atau beredisi. Imej
yang jelas dapat dihasilkan melalui teknik cetakan saring yang menggunakan stensil dan
dakwat. Stensil membenarkan pemecatan warna atau pigmen diatas kain, seramik, kaca,
plastik, kertas, nilon, papan, mental, kanvas dan politen. (* sumber laman web)
Perkembangan teknik cetakan saring telah bermula di Amerika Syarikat pada 1930
di dalam industri teknologi. Teknik cetakan caring popular dalam bidang seni halus serta
menjadi seni karya yang berkomersil. Selain itu, pemprosessan cetakan caring mula dikenali
oleh Samuel Simon pada awal tahun 1900 di England. Teknik tersebut dipelopori oleh Guy
McCoy di Jepson Art Insititute. Guy McCoy merupakan artis pertama yang memperkenalkan
teknik cetakan saring dalam seni halus sebagai pengunaan media.
(* sumber laman web)
Cetakan saring terdiri daripada 3 unsur yang penting iaitu imejan, squeegee dan
dakwat. Proses tersebut menggunakan porous fabric* atau stainless steel mesh* yang berporos
dan diregang dengan ketat pada bingkai yang dibuat daripada kayu atau logam. Stensil boleh
dihasil melalui teknik fotografi atau pembuatan manusia. Stensil merupakan negatif bagi
sesuatu imejan. Dengan itu, ia membenarkan dakwat menebusi semasa proses pencetakan
2
dijalankan pada bahagian yang belum dicetak. (*Brad Faine, 1989, The Complete Guide to
Screen Printing)
Sesetengah artis menjadikan cetakan saring sebagai penggunaan seni dalam karya.
Artis tempatan dan antarabangsa sering mengamalkan penggabungan cetakan saring dengan
media lain. Ini dapat dilihat dipraktiskan oleh beberapa orang artis terkenal seperti Andy
Warhol, Robert Rauchenberg dan sebagainya. Ada dikalangan mereka mempunyai sifat
tertentu dan menggunakan kaedah tertentu dalam karya.
1.1 Objektif
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kehadiran kaedah cetakan saring dalam
sesuatu karya. Selain itu, kajian ini juga ingin menyampaikan impak keistimewaan cetakan
saring melalui karya. Tambahan pula, kajian ini juga mengkaji tentang teknik dan gaya yang
digunakan oleh Andy Warhol dan Robert Rauschenberg. Kemudahan dalam teknik cetakan
saring untuk menghasilkan karya merupakan salah satu objektif dalam kajian ini.
Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menyampaikan keistimewaan dan ciri-
ciri cetakan saring kepada masyarakat Malaysia. Penganalisaan ini boleh memberi
pengetahuan dan kesedaran kepada artis generasi muda tentang keistimewaan teknik cetakan
saring dalam penghasilan karya. Dengan itu, artis generasi muda dapat mencetus idea dalam
penggunaan teknik cetakan saring dalam karya mereka.
3
1.2 Hipotesis
Teknik cetakan saring memudahkan kerja artis untuk menghasilkan karya mereka.
Kebanyakkan artis masih tidak menyedari bahawa kebaikan dan kemudahan teknik cetakan
saring. Hal demikian kerana artis Malaysia kurang mengamalkan teknik cetakan saring
sebagai praktis. Selain itu, terdapat persamaan dan perbezaan dalam penggunaan teknik dan
gaya diantara Andy Warhol dan Robert Rauschenberg. Penggabungan gaya dan teknik Andy
Warhol dan Robert Rauschenberg dapat menghasilkan aliran karya yang baru.
1.3 Permasalahan kajian
Teknik cetakan saring dianggap sebagai cabaran terhadap teknikal dan proses yang
rumit oleh artis. Hal demikian kerana proses penyediaan stensil mengambil masa yang agak
panjang. Proses remeh telah mengambil masa yang panjang pada peringkat awal. Tambahan
pula, perlaksanaan yang remeh seperti proses coating, expose dan proses pembasuhan telah
menyusahkan kerja. Oleh itu, artis lebih berminat menggunakan teknik catan dalam karya.
Teknik tersebut adalah berbeza dengan teknik catan yang dapat melaksanakan kerja pada bila-
bila masa.
Tambahan pula, pengetahuan cetakan saring masih dianggap terhad di Malaysia.
Sehingga masa kini, penfokusan pendidikan tentang cetakan saring masih belum wujud
dimana-mana tempat pengajaran. Hanya terdapat sebahagian kecil daripada pengajarannya
walaupun mempunyai sesetengah institusi mengajar pengetahuan cetakan saring.
4
Selain itu, teknik cetakan saring susah untuk diaplikasikan oleh artis tempatan
dalam karya. Terdapat kekurangan material atau perkakasan cetakan saring. Peralatan cetakan
saring yang berkualiti susah didapati di Malaysia. Oleh itu, kebanyakkan peralatan seperti
squegee, warna fabrik, mesin dan sebagainya perlu ditempah dani luar negara. Secara langsung,
masalah kekurangan material dan peralatan telah mempengaruhi antis tempatan kurang
berminat mengamalkan teknik cetakan saring dalam karya. Walaupun mempunyai pembekal
peralatan cetakan saring di Malaysia tetapi stok peralatan adalah amat terhad..
1.4 Kepentingan
Kajian ini mementingkan pendekatan dan praktis teknik cetakan saring dalam karya.
Melalui kajian ini ingin mengkaji pendekatan dan praktis teknik cetakan saring yang
digunakan oleh Andy Warhol dan Robert Rauchenberg. Dengan itu, pengabungan
keistimewaan teknik dan sifat artis telah ditampil melalui karya kajian.
Melalui kajian ini, kepentingan kajian ini ialah membangun clan mengembang seni
tampak Malaysia dengan menggunakan pendekatan clan praktis cetakan saring dalam karya.
Kepentingan kajian ini adalah untuk meningkatkan keminatan artis generasi muda
menggunakan cetakan saring sebagai pendekatan dalam karya.
Tambahan pula, kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan atau dokumentasi kepada
masyarakat. Kajian ini memberi pengetahuan yang banyak dan mendalam tentang artis yang
menggunakan cetakan saring sebagai praktis dalam karya tertentu. Kajian ini juga memberi
5
kesedaran kepada masyarakat dan generasi akan datang tentang keistimewaan cetakan saring
dalam sesuatu karya.
1.5 Methodologi
Kaedah kualitatif boleh dibahagi kepada 3 bahagian iaitu pengumpulan data, analisa dan karya.
Pengumpulan Data
t
Analisa
ý
Karya
Langkah pertama ialah mengumpul data. Data atau maklumat tentang cetakan
caring telah dikumpul melalui laman web, temu duga, konteks dalam buku, contoh karya dan
sebagainya. Data dan maklumat yang telah dikumpul merangkumi sejarah cetakan saring,
proses, artis terkenal, karya, dan sebagainya. Kebanyakan data dalam konteks buku dikenali
sebagai primary data dan historiography.
Langkah yang kedua ialah analisa. Analisa dalam kajian ini merangkumi
pendekatan yang telah digunakan oleh Andy Warhol dan Robert Rauschenberg, perbandingan
gaya dan teknik antara artis, pemerhatian terhadap karya-karya(case study), menganalisa
konteks buku dan maklumat darf laman web dan sebagainya. Tambahan pula, penganalisa
6
tentang perbezaan antara karya telah dikaji melalui kajian ini. Dengan itu, penampilan teknik
dan gaya yang digunakan oleh Andy warhol, dan Robert Rauschenberg telah dikaji dalam
karya kaj ian.
Langkah yang terakhir ialah menghasilkan karya. Karya yang dihasil adalah
berdasarkan jawapan atau keputusan atas bahagian analisa. Pengabungan teknik dan gaya artis
yang istimewa telah dilakukan untuk menghasilkan karya yang mempunyai gaya yang baru.
7
BAB 2: ANALISA
Bab ini mengenai kepentingan teknik, pendekatan dan kaedah yang digunakan oleh
artis rujukan iaitu Andy Warhol dan Robert Rauschenberg. Kedua-dua artis tersebut
merupakan artis yang amat terkenal dan mempengaruhi bidang seni tampak antarabangsa.
2.0 Andy Warhol
Andy Warhol merupakan artis Amerika Syarikat, penulis, pengarah, pencipta muzik,
pelakon, dan figura sosial. Beliau juga merupakan pelopor bagi Pop Art yang amat terkenal.
Beliau terkenal dengan menghasilkan karya yang ringkas tetapi menarik serta warna yang
kontras. Andy Warhol menampilkan bakat seni yang artistik semasa menjalankan pengajian di
Carnegie Mellon University di Pittsburgh. Gaya beliau amat dipengaruhi oleh kebudayaan
Amerika Syarikat. Beliau menggunakan imej yang popular untuk menyampaikan identiti
kebudayaan Amerika Syarikat. (*sumber laman web)
Pada tahun 1962, Andy Warhol mula menggunakan teknik cetakan saring sebagai
suatu pendekatan dan kaedah untuk menghasilkan karya beliau. Sebelum peringkat tersebut,
teknik cetakan saring merupakan teknik yang sering digunakan oleh pereka tekstil bukan artis.
Tambahan pula, pendekatan cetakan saring banyak digunakan pada bidang iklan. Contohnya,
Front and Back Dollar Bills, 1962 dan 129 Die in Jet(Plane Crash), 1962. Objek penampilan
karya beliau amat berkait dengan isu-isu semasa dan objek sekeliling. Hal ini boleh dibukti
melalui kematian 129 orang pada 4 Jun disebabkan kemalangan jet, oleh itu, beliau
8
menggunakan kes tersebut sebagai objek penampilan siri Death and Disaster. (*Sumber Andy
Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")
Di samping itu, beliau juga menggunakan kejadian atau tragedi seperti kemalangan,
kejatuhan kapal terbang dan lain-lain sebagai objek penampilan dalam karya. Contoh karya
ialah Race Riot pada tahun 1964( lampiran 1). Semasa Andy Warhol berumur 39 tahun, beliau
hampir dibunuh oleh seorang perempuan yang menghidapi sakit mental. Selepas tragedy
tersebut, beliau menggunakan kaedah cetakan saring untuk menyampaikan objek penampilan
seperti isu tengkorak, pistol, pisau dan sebagainya dalam karya baru untuk menyampaikan
perasaan semasa. Contoh karya ialah Skull pada tahun 1976, Knives 1982( lampiran2) dan
sebagainya. (*sumber laman web)
Semasa peringkat awal Andy Warhol menggunakan cetakan saring sebagai
pendekatan, beliau menggabungkan teknik fotografi dan cetakan saring untuk menghasilkan
karya. Beliau selalu menggunakan potret sebagai objek penampilan. Karya tersebut amat
dihargai disebabkan gabunggan teknik fotografi dan cetakan saring semakin lenyap pada era
moden. (* Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")
Selain itu, behau amat berbakat mengaplikasikan dan mengorkestrakan warna terang
dalam setiap objek. Pada tahun 1968, Andy Warhol menggunakan kaedah cetakan saring untuk
menghasilkan potret yang mempunyai gaya tersendiri, dan bersolek. Behau amat
menegaskan sifat wajah iaitu mempunyai kelopak mata yang terang dan berwarna-warni
dengan menggunakan pendekatan cetakan saring dalam karyanya. Sebagai contohnya, Marilyn
9
Monroe (Twenty Times), 1962( lampiran 3), Liz, 1963( lampiran 4), dan Potrait of Madame
Smith, 1970s( lampiran 5). (*Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")
Pada tahun 1970 hingga 1980, beliau masih menegaskan kaedah cetakan caring
dalam penghasilan karyanya. Tetapi pada peringkat tersebut Andy Warhol amat mementingkan
kesan berus dalam karya. Beliau menggunakan berus untuk menghasilkan kesan berus.
Selepas itu, menggunakan cetakan saring untuk mencetak imajan potret. Beliau merasa karya
yang berkocak lebih menarik daripada karya yang kemas. Melalui pemerhatian boleh
mendapati bahawa kebanyakan karya Andy Warhol adalah serbah-serbih seperti Potrait of
Madame Smith, 1970s, Drag Queen, 1977( lampiran 6), dan Two Golden Mona
Lisas, 1980( lampiran 7). (*Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")
Mula darf tahun 1979, Andy Warhol telah melibatkan diri dalam Pop Art. Pop Art
telah mejadi cap dagangan bagi beliau disebabkan sifat tersebut diaplikasi dalam kebanyakkan
karya. Beliau menggunakan pendekatan cetakan saring untuk menghasilkan karya Pop Art.
Penggunaan warna yang menonjol dan berwarna-warni telah menyebabkan Andy Warhol
sebagai artis Pop Art yang amat popular. Pendekatan atau kaedah cetakan saring yang
digunakan oleh Andy Warhol ialah sering mengulang mencetak imajan yang sama. Pendekatan
tersebut amat memanfaatkan Andy Warhol disebabkan dapat mencetak imajan yang lama
beribu-ribu kali dan menyenangkan kerja beliau., Selain itu, kaedah penggunaan cetakan
saying dapat menjimatkan masa setelah beliau melibat dalam Commercial Art. (*Surnber Andy
Warhol, 2004. "Andy Warhol Prestel ")
10
Komersialism sedikit sebanyak telah mempengaruhi penggunaan pendekatan cetakan
saring dalam penghasilan karya bagi Andy Warhol. Komersialism telah menyebabkan Andy
Warhol banyak menggunakan cetakan saring untuk menghasil karya. Pendekatan tersebut
dapat menyenangkan kerja beliau dan membantu menghasilkan karya beribu-ribu keping
dalam masa yang singkat. Tambahan pula, pengulangan mencetak dapat mengungkapkan
pemikiran dan emosi beliau terhadap sesuatu karya.
Pendekatan cetakan saring telah banyak membantu Andy Warhol menghasilkan karya
dari tahun 1962 hingga tahun 1986. Gaya tersebut juga telah mempengaruhi antis muda dari
segi penghasilan karya. Penggunaan pendekatan cetakan saring telah mengembangkan industri
seni. Ini adalah disebabkan cetakan saring merupakan teknologi mencetak pada zaman dahulu,
tetapi Andy Warhol berani menggunakan teknologi tersebut untuk menghasilkan karya. Oleh
itu kaedah cetakan saring semakin dianggap sebagai seni. (*Sumber Andy Warhol, 2004.
" Andy Warhol Prestel ")
Keupayaan pendekatan cetakan saring amat dikaji oleh Andy Warhol semasa
pemprosesan. Andy Warhol telah mencabar pendekatan cetakan saring dalam penghasilan
karya pada tahun 1964. Beliau telah menggunakan imajan bunga yang sama untuk
menghasilkan melebihi 900 buah karya bersaiz sama. Selain itu, beliau telah menggunakan
karya tersebut mereka seni pemasangan semasa pameran di Casteli Gallery pada 1964.
Pameran tersebut menegaskan seni pemasangan dan objek penampilan. Melalui pameran
tersebut boleh mendapati bahawa pendekatan cetakan saring mempunyai keupayaan dan
kapabiliti yang amat tinggi untuk menghasil karya. Contoh karya ialah
11
Flowers, 1964( lampiran 8), dan Large Flowers, 1964. (*Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy
Warhol Prestel ")
Pada tahun 1983, behau mengadakan satu pameran yang bertajuk "Pictures for
Children ". Semua karya menggunakan pendekatan cetakan saring sebagai teknik yang
terutama. Objek penampilan yang digunakan adalah kutipan alat permainan seperti badut,
monyet, kapal terbang, kapal, tikus, ikan, anjing, kereta polis dan sebagainya. Semua karya
tersebut dihasilkan dengan menggunakan pendekatan cetakan saring. Penggunaan teknik
cetakan saring telah membantu kejayaan penghasilan karya Andy Warhol dalam bidang seni
antarabangsa. (* Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol-Painting for Children)
Melalui karya Andy Warhol boleh mendapati bahawa kebanyakkan karya adalah
mengulang dengan warna yang berlainan. Gaya tersebut adalah disebabkan beliau ingin
menjadikan diri sebagai mesin. Oleh itu, cetakan saring menjadi satu pendekatan atau kaedah
yang amat bermanfaat dan berkesan bagi beliau untuk menghasilkan karya. Selain itu, beliau
boleh mencetak reka bentuk tertentu pada bila-bila masa. Contoh karya seperti Last Supper.
Black on black, 1986, Last Supper. Black/white, 1986( lampiran 9), Last Supper.
Black/Orange, 1986( lampiran 10) dan Last Supper. Black/Green, 1986. Last Supper, 1986
merupakan karya terakhir yang menggunakan pendekatan cetakan saring untuk menghasilkan
karya sebelum beliau meninggal dunia. Karya tersebut bermaksud untuk memberi ucapan
selamat jalan atau "goodbye" secara senyap. (*Sumber Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol
Prestel ")
12
Melalui Karya tersebut boleh mendapati karya tersebut menggunakan imajan yang
sama dan dengan warna latar belakang yang berlainan. Beliau menggunakan kaedah cetakan
saring untuk menghasilkan keempat-empat karya tersebut dalam masa yang begitu singkat.
Melalui karya Andy Warhol boleh mendapati bahawa cetakan saring memang sebagai
pendekatan atau kaedah yang amat berguna dan bermanfaat dalam penghasilan karya.
Penegasan kaedah cetakan saring dapat menjimatkan masa dan berulang bercetak. (*Sumber
Andy Warhol, 2004. " Andy Warhol Prestel ")
Contoh karya menganalisa ialah bertajuk Daisy, 1982( lampiran 11). Melalui karya
yang bertajuk Daisy, 1982 (lampiran 11), Andy Warhol telah menghasilkan beberapa siri yang
menggunakan warna yang berlainan. Berdasarkan karya Daisy, beliau telah menggunakan
warna yang harmoni. Contohnya, beliau menggunakan warna merah pada latar belakang di
mana wama kuning digunakan pada bahagian bunga tersebut. Selain itu, objek penampilan
ialah objek persekitaran dan senang dikenali.
Tambahan pula, tekstur dan garisan dalam karya tersebut amat jelas dan artistik.
Didapati bahawa pada bahagian kesan overlap telah menghasilkan kesan tekstur. Andy
Warhol amat gemar menonjol garisan kasar dan bentuk pada outline objek penampilan..
Terdapat penggunaan 3 jenis warna yang berlainan pada lapisan yang terakhir. Contohnya,
penggunaan biru tua, merah dan kuning bagi siri Daisy. Penggunaan 3 jenis warna yang
berlainan memberi kejelasan yang lebih kontras secara keseluruhan.
13
2.1 Robert Rauschenberg
Robert Rauschenberg juga merupakan artis yang dipilih untuk menkaji dalam kajian
ini. Beliau merupakan pelukis, artis seramik, dan artis grafik. Beliau terkenal dengan
pentafsiran seni Amerika Syarikat pada 1950an dan 1960an. Robert Rauschenberg lahir pada
22 Oktober 1925 di Port Arthur, Texas. Beliau melanjut pengajiannya di Kansas City Art
Institute dan Academie Julian di Paris. ( *Sumber laman web)
Selain itu, Rauschenberg amat dipengaruhi oleh Bauhaus figure Josef Albers iaitu
pensyarah di Black Mountain Collage. Beliau telah menyumbangkan inspirasi kepada generasi
artis baru. Karya Rauschenberg juga memberi persoalan tentang perbezaan antara objek seni
dengan objek harian. Pada tahun 1962, Rauschenberg mula mengaplikasikan teknik filem
dalam karyanya dengan menggunakan cetakan saring sebagai pendekatan. Beliau merupakan
artis Pop Art yang sezaman dengan Andy Warhol. Rauschenberg merupakan salah satu artis
Amerika Syarikat terkenal yang mengamalkan teknik cetakan saring sebagai praktis.
(* Sumber Mary Lynn Kotz, 2004, Rauschenberg/Art and Life)
Karya beliau lebih kepada gabungan ketelitian analitikal dan freestyle. Selain itu,
gaya Rauschenberg adalah bergantung kepada cerita, plot dan berterusan. Menurut
Rauschenberg, karya beliau adalah pantulan kehidupan dan keadaan. Komposisi dalam karya
beliau penuh dengan ikonografi yang sistematik sebagai objek penampilan. (* Sumber Mary
Lynn Kotz, 2004, Rauschenberg/Art and Life)
14
Pada tahun 1962, Andy Warhol telah memperkenalkan kaedah cetakan saring kepada
Rauschenberg untuk mereplikakan imajan yang mengulang. Robert Rauschenberg
memperkenalkan photosilkscreen dalam karya beliau pada tahun 1962. Kaedah
photosilkscreen menjadi pendekatan yang berguna dalam penghasilan karya. Bebau sering
menggunakan objek penampilan yang ringkas untuk mengungkap perasaan beliau terhadap
suara hati sosial. (* Sumber Mary Lynn Kotz, 2004, Rauschenberg/Art and Life)
Beliau menggunakan cetakan saring sebagai praktis dalam karya adalah disebabkan
imajan yang sama boleh mencetak berulang-ulang kali tanpa keikatan masa. Selain itu,
pendekatan cetakan saring telah menyenangkan kerja Rauschenberg. Penggunaan pendekatan
cetakan saring juga menjimatkan masa beliau disebabkan pendekatan tersebut dapat
membantu beliau menghasilkan karya dalam masa yang singkat. (* Sumber Jonathan
Fineberg, 2000, Art Since 1940 Stategies of Being )
Rauschenberg telah menerima cadangan Johnsan untuk mengembara di luar negara
supaya mengemukakan ilmu seni dari luar negara. Beliau telah mencabarkan seni
kontemporari di luar negara. Tujuan utama Rauschenberg mengembara adalah menerokakan
teknik atau pendekatan yang baru, permukaan, palette yang baru, dan pandangan yang baru.
Karya melalui perjalanan ini telah menggunakan warna yang bersifat tempatan negara masing-
masing. (*Sumber National Gallery of Art, Washington, 1991, ROCI)
Negara yang telah Rauschenberg menggembara ialah Amerika Syarikat, Malaysia,
Germany, Cuba, USSR, Japan, China, Tibet, Venezuela, Chile, dan Mexico. Siri pertama
15
ROCI Mexico adalah paling tradisional iaitu menggunakan teknik dan pendekatan pada 1960s
dan 1970s dari segi komposisi dan tenik warna cetakan. Contoh karya seperti Altar Peace,
1985( lampiran 12). Akrilik yang merah telah menuang pada bahagian tengah dan
menggunakan pendekatan cetakan saring mencetak imajan pada permukaan akrilik.
Beliau telah menggunakan imajan yang mempunyai kesenian kebudayaan negara
Mexico seperti seni bina, landskap, binatang, dan subjek purba. Karya yang dihasilkan oleh
Rauschenberg adalah ringkas dan ramalan iaitu perkembangan penceritaan repertoir karya
yang seterusnya. Komposisi karya beliau amat konstruksi dan tersusun. Contoh ROCI Mexico
seperti Street Contract, 1985 ( lampiran 13), Mexican Canary , 1985( lampiran 14),
Daydream, 1985( lampiran 15), Service, 1985 dan sebagainya. (*Sumber National Gallery of
Art, Washington, 1991, ROCI)
Perkembangan gaya baru semasa Rauschenberg menghasil karya di Chile.
Pemantulan dan penggunaan warna yang berbeza muncul dalam karya beliau. Contohnya,
Copperhead Grande, 1985( lampiran 16). Beliau menggunakan warna yang bermerlapan,
colourful Ghost dan tanda ambang pada permukaan yang berkilau. Beliau mencetak imajan
secara bertentangan sebagai negatif. Penggunaan warna kuning bagi kuda semasa warna latar
belakang adalah ganjil. Gabunggan imajan yang berlainan secara konstruksi telah
meningkatkan nilai artistik seluruh karya. Contoh karya ROCI Chile seperti Caryatid
Cavalcade, 1985( lampiran 17), Caryatid Calvalcade II, 1985( lampiran 18), Copperhead-
Bile, 1985( lampiran 19), dan sebagainya. (*Sumber National Gallery of Art, Washington, 1991,
ROCI)
16