Pembentukan kata (slideshare 2)

Post on 02-Jun-2015

610 views 0 download

Transcript of Pembentukan kata (slideshare 2)

NURUL SYUHADA BINTI AHMAD(A 141779)

jabatan pengajian arab & tamadun islam

PEMBENTUKAN KATA

( penggandaan, pengimbuhan, dan pemajmukan)

MORFOLOGI /PEMBENTUKAN KATAPROSES PENGGANDAAN

Penggandaan – kata dasar yand digandakan ( diulang sebutannya)- penggandaan penuh, penggandaan separa, penggandaan berentak

* membawa aspek makna yang tertentu- maksud jamak/banyak (rumah-rumah, baju-baju) - maksud tunggal/satu (kanak-kanak, rama-rama, lelabah)- nama haiwan/binatang (jejantik, kelip-kelip,kunang-kunang, dedalu)

- menyerupai sesuatu (anak-anak, orang-orang, siku-siku)- pelbagai/beraneka jenis (kayu-kayan, hutang-piutang, kuih-muih)- perbuatan yan berulang-ulang (menggeleng-geleng, melonjat-lonjat)- perbuatan yang berbalas-balas/saling

( bersalam-salaman, bantu-membantu)- perbuatan yang berlanjutan ( berangan-angan, tercari-cari)

Jenis-jenis penggandaan:

a)penggandaan penuh – menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar berimbuhan/tanpa imbuhan( hotel-hotel, penumpang-penumpang, pemburu-pemburu)

b)penggandaan separa – menggandakan sebahagian daripada kata dasar- kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal/kata terbitani) penggandaan suku kata yang pertama pada kata dasar( tamu-tetamu, daun-dedaun, bola- bebola)

ii) penggandaan kata dasar berimbuhan hanya menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhan sekali- gandaan boleh berlaku di hadapan/di belakang kata dasar( bertolak-tolak, sayang menyayangi, bersalam-salaman) 

c) Penggandaan berentak – menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi

- kata dasar dalam penggandaan ditambah dengan perkataan yang lain bunyinyai) penggandaan berentak pengulangan vokalsaki – saki-baki hiruk – hiruk-pikukcalar – calar-balar 

ii) penggandaan berentak pengulangan konsonantanah- tanah-tanih compang-compang-campinggopoh - gopoh-gapah

d) Penggandaan bebas- - penggandaan yang tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi riuh – riuh-rendah segan – segan-silu

PROSES PENGIMBUHAN - Imbuhan ialah bentuk terikat yang ditambah pada

kata yang lain sehingga dapat  mengubah bentuk dan makna sesuatu kata.

IMBUHAN AWALAN

1) Awalan beR-a) Awalan beR- + kata nama- mempunyai/ memiliki ( bermisai, berjanggut, berbulu, berduri, berisi)- memakai/ menggunakan ( berkasut,berkereta, bertali, bersudu)- mengerjakan/ mengusahakan ( berkebun, berkedai, berladang, bersawah)- menghasilkan/ mengeluarkan ( berbuah, bertelur, berdarah, berpeluh, beranak)- meminta bantuan daripada ( berguru, berdukun )

b) Awalan beR- + kata kerja 

- melakukan perbuatan ( berkumpul, berlari, bertukar, berucap )- perbuatan yang melibatkan / mengenai diri ( bercukur, bersolek, bersembunyi ,berhias, berehat, berjemur )

c) Awalan beR- + kata adjektif- berada dalam keadaan ( bergembira, bermuram, berdukacita )- memperoleh/mendapat ( beruntung, berjaya berhasil )

d) Awalan beR- + kata tugas- menjadi ( bersatu )- bilangan dalam kumpulan ( berdua, berempat )- bersama-sama ( berserta )- mendapat ( beroleh )

* beR- menjadi bel- apabila diimbuhkan pada perkataan ajar dan unjurbeR- + ajar – belajar beR- + unjur - belunjur

2) Awalan meN-

fungsi penggunaan / maksud

- melakukan / membuat sesuatu ( mengorek, menggoreng, menggali, melukis )- mengeluarkan suara ( menyalak, mengaum) - mencari / mengumpulkan ( merotan, merumpur, mendamar )- menuju sasaran; menghala ke arah/tempat ( melaut, mendarat, menepi, menghulu)- berlaku seperti / menyerupai ( menggunung, membatu ) - hidup sebagai ( menjanda, menduda ) - menjadi ( menguning, memanjang, memucat )

3) Awalan teR-

Fungsi penggunaan/ maksud

- tidak sengaja ( termakan, terlanggar, tersepak )- keupayaan / kesanggupan ( terangkat, terbawa, tertewas, terdaki ) - keadaan tersedia ( tersusun, terbuka, terkunci )- paling ( tercantik, terkecil, tertinggi ) - perbuatan yang berterusan ( terjerit-terjerit, tertanya-tanya, ternanti-nanti )

4) Awalan peN-

Fungsi penggunaan / makna

- orang yang melakukan sesuatu ( pengarah, peladang, penyuruh )- orang yang menjawat tugas ( penghulu, pengurus, pensyarah )- orang yang gemar / suka sesuatu ( peminum, perokok, penidur )- orang atau benda yang memiliki sesuatu sifat ( penyabar, pemalu, pendiam ) - alat untuk melakukan sesuatu ( penggali, penumbuk, penyapu, penuai )- ukuran masa, saiz, atau jarak ( pemeluk, pemanah, pengayuh )

9) Awalan pinjaman bahasa asing

a)Awalan Sanskrit pra - bermaksud sebelum/syarat (prasekolah, prasyarat, prabayar)juru – bermaksud ahli ( jururawat, juruukur)maha – paling/tahap terbesar ( mahadewa, mahasiswa )eka - bermaksud satu ( ekabahasa, ekahala ) dwi – bermaksud dua ( dwibahasa, dwibudaya ) panca – pancaindera bermaksud deria,'pancarona' bermacam-macam warna 'pancaroba' bermaksud perubahan

b) Awalan Arab-Parsi 

'bi-' bermaksud tidak, biasanya digunakan untuk menerbitkan kata adjektif contohnya, biadab bermaksud tidak tahu adab 

c) Awalan Yunani-Latin- Ing pro - sokong/memihak ( prokerajaan, prokomunis )poli – banyak ( poligon, poligami, poliklinik,politeknik) anti – menentang ( antibiotik,antisocial, antikerajaan )auto – secara bersendirian ( automatik, autograph ) sub—sebahagian /pecahan ( subtopik, subjek, subtotal

IMBUHAN AKHIRANo 1) Akhiran an-

Fungsi penggunaan / maksud- tiap-tiap ( tahunan ) - berbagai-bagai (bunga-bungaan ) - yang menyerupai ( orang-orangan ) - hasil perbuatan ( lukisan ,makanan)- alat ( kukuran ) - sesuatu yang terkandung ( kandungan )- beberapa ( ratusan, ribuan, jutaan )

2) Akhiran kan-hantarkan, serahkan, siapkan

3) Akhiran i-

rasai, akui, patuhi

4) Akhiran pinjaman bahasa asinga) Imbuhan Sanskrit -wan ( sasterawan, bangsawan, olahragawan )-wati (peragawati, karyawati, seniwati )-nita ( biduanita )

b) Imbuhan Arab Parsi - iah ( ilmiah, rohaniah, Jahiliah )- wi ( duniawi, manusiawi )- i ( insani, abadi )-in ( hadirin)-at ( hadirat, muslimat )-ah ( Qariah, Ustazah )

c) Imbuhan Yunani- Latin-Ing – isme ( vandalisme,komunisme,

nasionalisme) 

- si ( komunikasi, respirasi, tradisi - is ( kritis, praktis, ekonomis )- al ( kritikal, praktikal - ik, ( santifik, linguistik )

IMBUHAN APITAN  1) Apitan ke-…-an

Fungsi penggunaan/maksud- hasil perbuatan ( kerosakan, kejayaan, kemusnahan, kesayangan ) - tempat ( kediaman,kementerian, kedudukan )- hal/keadaan tentang sesuatu ( kelakuan, kesesakan, keindahan, keagamaan )- kumpulan ( kepulauan, keturunan )- mirip sifat ( kebudak-budakan, kepahlawanan )- sikap mementingkan ( kesukuan, kebangsaan )

2) Apitan peR -…-an

Fungsi penggunaan/maksud- sesuatu perkara ( pergaduhan, perlakuan )- sesuatu tempat ( perkhemahan, perhentian, perpustakaan) - tempat himpunan ( perindustrian, perumahan, perikanan )- peristiwa ( perpisahan, pertemuan,pertandingan )- hasil perbuatan ( perdamaian, permuafakatan )

3) Apitan peN-…-an

Fungsi penggunaan/maksud - alat deria ( penglihatan, pendengaran )- usaha/proses/hal ( pencemaran, pendaftaran, peningkatan )- hasil perbuatan ( pendapatan, penderitaan, penggantungan )- tindakan/kerja ( penyatuan,

penanaman ).

* Imbuhan apitan peR-…-an dan peN-…-an yang menggunakan kata dasar yang sama membawa maksud yang berlainan

4) Apitan meN-…-kan

Fungsi penggunaan / maksud

- menjadikan sesuatu sebagai ( menghadiahkan sebentuk cincin )- memasukkan sesuatu ke dalam ( mengandangkan )- membawa ke darat ( mendaratkan )- menjadikan satu ( menyatukan ) - menyebabkan menjadi lebih besar ( membesarkan) - menjadikan berhubung ( menghubungkan ) (membesarkan ) 

5) Apitan meN -… -iFungsi penggunaan- rindu akan ( merindui ) - memberikan sesuatu kepada ( menghadiahi)- memberi sifat penuh ( memenuhi ) - sifat marah kepada ( memarahi )- melakukan perbuatan kasar ( mengasari )- mengirim sesuatu kepada ( mengirimi )- menikam berkali-kali ( menikami ) - membuangmengadakan kulit ( menguliti )

IMBUHAN SISIPAN -kata-kata terbitan yang terjadi dengan adanya

bentuk-bentuk sisipan seperti el-, em-,dan er-

- bentuk sisipan tidak produktif lagi1) Sisipan el- ( telunjuk, geletar, selerak, kelemumur, keluping)2) Sisipan em-( gemuruh, gemerlap, semerbak, gementar)3) Sisipan er-( seruling, gerigi, gerodak, serabut )

PROSES PEMAJMUKAN Kata majmuk terhasil apabila dua kata dasar atau

lebih digabungkan. Penggabungan ini akan membawa makna tertentu.

Bentuk-bentuk Kata Majmuk

Rangkai kata bebas ketua menteri tengah hari

Istilah khusus deria rasa hukum alamiah graf terarah

Kata majmuk boleh juga menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:

- Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja terpisah seperti yang berikut:- terima kasih - berterima kasih- rumah tangga – berumah tangga- ulang kaji – mengulang kaji- daya serap – daya serapan

SEKIAN TERIMA KASIH….

JUMPA LAGI……