Pembentukan kata dalam bm
Transcript of Pembentukan kata dalam bm
PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU
Oleh:Pn. Sarimah binti Ahmad
Jabatan Pengajian MelayuIPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
1
PEMBENTUKAN KATA
• PROSES PENGIMBUHAN• PROSES PEMAJMUKAN• PROSES PENGGANDAAN• PROSES PENGAKRONIMAN
5
PROSES PEMAJMUKAN
• proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu
• dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
6
Jenis kelompok
Contoh kata majmuk
Rangkai kata bebas
biru lautmerah mudaperdana menteri
terima kasihtengah harinaib canselor
kapal terbangprogram tentatifpenolong pendaftar
Istilah khusus garis pusatsegi tigahak milik
reka bentukkertas kerjakanta tangan
batu kapurkemas kiniatur cara
Maksud kiasan buah hatimakan anginringan tulang
anak emasmanis mulutbulan madu
kaki bangkubuaya daratmata keranjang
7
KATA MAJMUK YANGTELAH MANTAP
antarabangsa beritahu bumiputera
olahraga matahari setiausahasuruhanjaya tandatangan tanggungjawabjawatankuasa kakitangan warganegarasukarela kerjasama pesuruhjaya
8
- Terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam kata tertentu tetapi lazimnya dieja bercantum. (TD ms. 74)
Contoh:
- peribadi, dinihari, peribahasa, hari bulan- daripada, kepada- sukacita, dukacita- apabila, manakala, padahal, darihal, barangkali,
kadangkala, apakala, walhal- bagaimana, kenapa
Kekecualiaan
9
PENGIMBUHAN KATA MAJMUKKata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja
campur aduk
bercampur aduk ambil alih mengambil alih
temu bual ditemu bual daya serap daya serapan
Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan
campur aduk
mencampuradukan ambil alih pengambilalihan
satu padu menyatupadukan urus niaga diurusniagakan
10
PENGGANDAAN PENUH (MENYELURUH)
kesemua kata dasar itu diulang tanpa perubahan
CONTOH:
bunga bunga-bunga rajin rajin-rajin
makan makan-makan ketua Ketua-ketua
13
PENGGANDAAN SEPARA KATA DASAR
• proses menggandakan sebahagian kata dasar sahaja
• Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
• dilakukan di hadapan atau di belakang kata dasar.• Penggandaan separa yang berlaku pada kata
dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.
• Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.
14
PENGGANDAAN SEPARA KATA BERIMBUHAN
• hanya menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali
• Bentuk gandaan itu boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar
• Contoh:berlari berlari-lari
mencari mencari-cari
bantu bantu-membantu
tolong tolong-menolong16
PENGGANDAAN BERENTAK
• proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu
• Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah
• Ada tiga jenis penggandaan berentak: i. penggandaan berentak pengulangan vokalii. pengulangan konsonan iii. bebas.
17
Jenis penggandaan
berentak
Contoh
pengulangan vokal
sayur-mayur kuih-muih lauk-pauk
pengulangan konsonan
gunung-ganang bolak-balik kayu-kayan
berentak bebas
lintang-pukang anak-pinak huru-hara
18
PENGGANDAAN KATA MAJMUK
• melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
• Contohnya:
alat tulis alat-alat tulis
kapal terbang kapal-kapal terbang
19
PENGGANDAAN KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
• penggandaan melibatkan seluruh kata• Contohnya:
setiausaha setiausaha-setiausaha
jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa
20
MAKNA KATA GANDA
21
Makna Contoh kata ganda
Perbuatan berulang bertalu-talu, menarik-narik, terangguk-angguk
perbuatan yang berpanjangan
berangan-angan, teringat-ingat, tertunggu-tunggu
perbuatan bersungguh-sungguh
bercerai-berai, bertungkus-lumus, mengharu-birukan
PROSES PENGAKRONIMAN
• satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata.
• Contohnya:Bernama – Berita Nasional Malaysiakugiran - kumpulan gitar rancak
22
CARA PENULISAN KATA AKRONIMCara Contoh
Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar jika kata nama khas.
LUTH – Lembaga Urusan Tabung Haji MAS - Malaysia Airline System ABIM- Angkatan Belia Islam Malaysia
23
CARA PENULISAN KATA AKRONIM
Cantuman huruf dan suku kata sejumlah perkataan. Kata akronim jenis ini juga membentuk kata nama khas; oleh itu, ejaannya bermula dengan huruf besar
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
Mara - Majlis Amanah Rakyat Intan - Institut Tadbir Awam
Negara
24
CARA PENULISAN KATA AKRONIM
Gabungan huruf awal dan/atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
tabika – taman bimbingan kanak-kanak purata – pukul rata pawagam – panggung wayang gambar
25
IMBUHAN AWALANimbuhan contoh perkataanAwalan me-
ber-ter-se-pe-pra-juru-anti-pra-
mewarnaberjuangterbaiksebaikpelakonprasejarahjuruterbangantipengganasprasekolah 27
IMBUHAN AKHIRANimbuhan contoh perkataanAkhiran -i
-an-man-kan-wan-isme-at
akhirisenyumanbudimantinggikanhartawannasionalismehadirat
28
IMBUHAN APITANimbuhan contoh perkataanapitan ke-…-an
pe-…-anme-…-kandi-…-kanmenge-…-kanme-…-kanmem-…-i
kemajuanperasaanmemainkandibiarkanmengepinkanmemainkanmempercayai
29
IMBUHAN KATA NAMA
AWALAN
peN-pe-
peR-ke-
juru-
AKHIRAN
-an
APITAN
peN-...-anpe-...-an
peR-...-anke-...-an
SISIPAN
-el--em--er-
31
IMBUHAN KATA KERJA
AWALAN
meN-beR-teR-di-mempeR-dipeR-
AKHIRAN
-kan- i
APITAN
meN-...-kanbeR-...-anbeR-...-andi-…-kanmeN-...-idi-…-imempeR-..-kanmempeR-…-ike-…-andipeR-…-kandipeR-…-i
SISIPAN
-el--em--er-
32
MENCINTAI DAN MENCANGKUL
1.*Oleh sebab Suraya sangat menyintai suaminya, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.
2. *Pak Kamal sedang menyangkul tanah di kebun sayurnya.
35
Huraian
• Berpandukan aturan penerbitan kata kerja dengan imbuhan meN-..., kata dasar yang bermula dengan huruf c akan dikekalkan hurufnya•contohnya, mencantas, mencuba, mencari, dan mencegah. •Bagi ayat di atas, kesalahan berlaku apabila huruf c digantikan dengan ny sehingga menerbitkan bentuk yang tidak tepat.• Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Oleh sebab Suraya sangat mencintai suaminya, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja.2. Pak Kamal sedang mencangkul tanah di kebun sayurnya.
36
PENGEMBALA ATAU PENGGEMBALA
1.*Pengembala itu sedang melihat kambingnya meragut rumput.
2. *Budak lelaki itu mengembala lembu di sebuah ladang.
37
Huraian
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf g, apabila diimbuhkan dengan awalan peN-... dan meN-... huruf g tersebut tidak digugurkan, contohnya, pengganas, penggali, menggamit, dan menggulai. Oleh sebab itu, ayat di atas perlu dibetulkan seperti ayat di bawah:
1.Penggembala itu sedang melihat kambingnya meragut rumput.
2. Budak lelaki itu menggembala lembu di sebuah ladang.
38
MEMBERITAHU DAN MEMBERITAHUKAN
1.*Gadis itu memberitahu perkara itu kepada ibunya.
2.*Pelajar yang memberitahukan gurunya hal itu telah dipanggil.
39
Dalam bahasa Melayu, terdapat kedua-dua perkataan tersebut, iaitu memberitahu dan memberitahukan.
Kedua-duanya merupakan kata kerja transitif dan memerlukan objek atau penyambutnya.
Ayat-ayat di atas tidak tepat kerana kesalahan objek yang mengikuti kata kerja transitif tersebut.
Selepas memberitahu, objeknya mestilah sesuatu yang bernyawa untuk menjawab persoalan siapa, manakala selepas memberitahukan, objeknya mestilah sesuatu perkara yang dapat menjawab persoalan apa.
Ayat-ayat tersebut dapat dibetulkan seperti yang berikut:1. Gadis itu memberitahukan perkara itu kepada ibunya.2. Pelajar yang memberitahu gurunya tentang hal itu
telah dipanggil
40
MENEMUI DAN MENEMUKAN
•*Samad telah menemui kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.
•*Samad akan menemukan kawan lamanya di pusat beli-belah.
•*Kad pengenalan Samad yang hilang telah ditemuinya di dalam bilik tidur.
•*Kawan lama Samad akan ditemukannya di pusat beli-belah.
41
Huraian:
Ayat-ayat di atas salah kerana kata kerja menemui bermaksud “bertemu dengan” sementara menemukan pula bermaksud “berjumpa dengan sesuatu yang dicari”. •Samad telah menemukan kad pengenalannya yang hilang di dalam bilik tidur.
•Samad akan menemui kawan lamanya di pusat beli-belah.
•Kad pengenalan Samad yang hilang telah ditemukannya di dalam bilik tidur.
•Kawan lama Samad akan ditemuinya di pusat beli-belah.
42
MEMAGAR, MEMAGARI DAN MEMAGARKAN
Pak Yusuf memagar buluh di sekeliling rumahnya.
Pak Yusuf memagari rumahnya dengan buluh.
Buluh memagarkan rumah Pak Yusuf.
43
• Huraian:• Ketiga-tiga ayat di atas salah penggunaan
imbuhannya • memagar bermaksud “memasang pagar”• memagari bermaksud “berada di sekeliling
sebagai pagar pada” • memagarkan bermaksud “menggunakan
sesuatu sebagai pagar”.
44
Oleh itu, ayat-ayat di atas boleh diperbetul seperti yang di bawah:
•Pak Yusuf memagarkan buluh di sekeliling rumahnya.
• Pak Yusuf memagar rumahnya dengan buluh.
• Buluh memagari rumah Pak Yusuf.
45
• Huraian:• Kedua-dua ayat di atas salah penggunaan
imbuhannya kerana menamakan bermaksud “memberikan sesuatu nama kepada seseorang” sementara menamai bermaksud “memberi seseorang suatu nama”.
• Encik Wong menamai anaknya John.• Encik Wong menamakan John kepada anaknya.
47
PeN-…-an atau peR-…-an
KNT ---- peR-…-an --- berasal daripada bentuk kata kerja berawalan beR- KNT ---- peN- …-an ---berasal daripada bentuk kata kerja berimbuhan meN-…-i/-kan
Contoh: perlumbaan ----- berlumba (melumba)perbualan ----- berbual (membual)pergaduhan ----- bergaduh (menggaduh)perhentian ----- berhenti (menghenti) penarikan ----- menarik (bertarik)pelaksanaan ----- melaksanakan (berlaksana) penyampaian ----- menyampaikan (bersampaikan) pemeriksaan ----- memeriksa (berperiksa)penantian ----- menanti (bernanti)pelantikan ----- melantik (berlantik)pelucutan ----- melucut (berlucut
48
Penglibatan dan PelibatanPenglihatan dan Pelihatan
•Penglibatan sukarelawan Malaysia dalam kerja mencari dan menyelamatkan mangsa gempa bumi di Jawa Tengah telah mendapat pujian penduduk tempatan.
•Pelibatan kaum belia dalam pembangunan luar bandar semakin meningkat dari setahun ke setahun.
•Penglihatan datuk saya semakin baik setelah menjalani pembedahan selaput mata.
•Pada pelihatan saya, beliau merupakan calon yang paling layak untuk menyandang jawatan itu.
49
Huraian•Kedua-dua bentuk imbuhan peN-…-an di atas adalah betul dari segi tatabahasa dan boleh digunakan secara bertukar ganti dalam ayat.
• Perkataan “penglibatan” dan “penglihatan” merupakan bentuk yang mantap dan digunakan secara meluas
•Perkataan “pelibatan” dan”pelihatan” dianggap betul dari segi rumus tatabahasa walaupun jarang-jarang digunakan.
50
Perlantikan atau Pelantikan
•Encik Muhammad telah menerima surat perlantikan sebagai pengurus syarikat perabot itu.
•Perletakan batu asas di pusat pelancongan itu telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar semalam.
•Perlaksanaan program pembangunan luar bandar telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.
•Berita perlucutan jawatan pengerusi syarikat multinasional itu telah diumumkan tengah hari tadi.
51
Huraian
•Imbuhan beR- akan membentuk kata nama terbitan peR-…-an. Contohnya, perkataan “bergaduh” boleh menerima imbuhan peR-…-an menjadi pergaduhan. •Manakala imbuhan meN- akan membentuk kata nama terbitan peN-…-an.
•Oleh sebab itu, tidak wujud bentuk kata nama perlantikan, perletakan, perlaksanaan, dan perlucutan.
• Hal ini demikian kerana tidak terdapat perkataan “berlantik”, “berletak”, “berlaksana”, dan “berlucut”.
52
PEMBALAKAN ATAU PEMBALAKKAN
1.Sektor pembalakkan merupakan satu sektor penting di negara ini.
2. Kebanyakkan ahli sukan di negara ini kurang menguasai aspek sains sukan.
3. Ibu bapa saya sering mengalakan saya agar belajar bersungguh-sunguh.
4. Ayah dimasakan oleh ibu rendang daging.
53
Huraian :
•Masalah yang timbul dalam ayat yang dikemukakan di atas ialah penggunaan k atau kk. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kita perlu memahami pembentukan kata terbitannya. •Dalam ayat 1, pembalakan terhasil apabila apitan peN-…-an diapitkan dengan kata dasar balak. • Sementara itu, dalam ayat 2, kata dasar banyak diapitkan dengan apitan ke-…-an. •Dalam ayat 3, kata dasar galak menerima apitan meN-…-kan • Dalam ayat 4, kata dasar masak menerima apitan di-…-kan seperti ayat-ayat yang berikut:
54
• semua kata dasar yang menerima apitan peN-…-an atau ke-…-an akan membentuk kata nama terbitan.
• kata dasar yang menerima apitan meN-…-kan atau di-…-kan akan membentuk kata kerja terbitan.
• penggunaan pembalakkan dan kebanyakkan menyalahi ejaan yang tepat.
• Perkataan itu perlu ditukarkan kepada pembalakan , kebanyakan , menggalakkan atau dimasakkan.
55