Post on 04-Apr-2019
PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERANGKAP SISA MAKANAN DARI
ASPEK BAHAN
ADIBAH BINTI ADNAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER 2011
DEDIKASI
Dedikasi ini khas ditujukan untuk Encik Adnan bin Daud dan Puan Arbaiah binti
Rahmat. Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan yang mak dan abah
berikan. Nasihat kalian akan anakanda ingati selalu.
Terima kasih juga diucapkan kepada adik-beradik, sahabat-sahabat dan rakan
taulan yang telah banyak membantu dalam menjayakan kajian ini. Jasa kalian
amat berharga dan hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.
“Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang."
~William J. Siegel
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah Rahmat
dan IzinNya penyelidik dapat menyiapkan kajian ini. Setinggi-tinggi penghargaan
diucapkan kepada penyelia, Dr Rohana Binti Hamzah di atas bimbingan, bantuan dan
nasihat yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda
(PSM) ini. Sesungguhnya ia amat berguna dan sangat bermakna.
Terima kasih juga kepada para pensyarah, rakan-rakan seperjuangan
khususnya kepada pelajar Tahun 4, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup). Tidak lupa juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak dalam menjayakan projek serta penulisan ini, terima kasih juga diucapkan.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sahabat
seperjuangan Nur Suraya Obeng dan Ahmad Ridwan Muhammad terhadap
komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang kajian ini dijalankan.
vii
ABSTRAK
Perniagaan makanan di Malaysia seperti restoran dan kafeteria kian meluas
dan ia menyumbang kepada masalah pembuangan sisa domestik negara.
Pembuangan sisa makanan secara tidak teratur ke dalam longkang bukan sahaja
menyebabkan masalah longkang tersumbat, tetapi ia turut mengakibatkan
pencemaran air dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Kajian
pembinaan perangkap sisa makanan ini bertujuan memerangkap sisa makanan,
menapis minyak dan menyahbau air sisa. Fokus kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenalpasti bahan yang dapat memerangkap sisa makanan, menapis minyak dan
menyahbau air sisa serta menilai keberkesanan perangkap sisa makanan berdasarkan
penilaian kualiti air. Kajian ini adalah berbentuk eksperimen yang mana bahan
penapisan merupakan pemboleh ubah tidak bersandar dan akan ditukar pada setiap
pengujian. Tiga pengujian bahan penapisan telah dijalankan di lokasi kajian dan
sampel air telah diambil untuk menjalani Ujian Chemical Oxygen Demand (COD).
Keputusan ujian makmal menunjukkan terdapat perubahan nilai COD pada kualiti air
setelah menggunakan bahan penapisan pengujian ketiga iaitu arang batu, karbon dan
kapur. Nilai COD berubah daripada 549 mg/l kepada 483 mg/l. Ini menunjukkan
bahawa penggunaan perangkap sisa makanan dapat mengurangkan kadar
pencemaran air sisa dan mengatasi masalah longkang tersumbat dengan sisa
makanan. Sebagai cadangan pada kajian yang seterusnya, penggunaan bahan
penapisan perlu dipelbagaikan dan ditempatkan di dalam satu bekas penapisan yang
bersesuaian agar kualiti air sisa lebih terjamin mutunya.
viii
ABSTRACT
Nowadays, food related business such as restaurant and cafeteria are
expended and they contributed to domestic waste problem in Malaysia. Discharging
kitchen waste inappropriately into the drain not only caused to clogged drains, but it
also causes water pollution and unpleasant odor. This study was conducted to
develop a waste trap that can block kitchen waste, filtering oils and vanished
wastewater odor. The focus of this study are to identify material that can trap kitchen
waste, filtering oils and vanished wastewater odor besides to evaluate the
effectiveness of food waste trap by referring to water quality assessments. This study
was using experimental method which the sieving materials are independent variable
and were changed during the testing procedure. Three tests using different sieving
materials were conducted at the actual location and the wastewater samples were
taken to run the Chemical Oxygen Demand (COD) test. The results indicated that
there is a changed in COD value towards water quality after using sieving materials
from third test which are charcoal, carbon and limestone. The value is slightly
decreased from 549 mg/ to 483 mg/l. It shows that waste trap can reduced water
pollution and prevent clogged drains. For the purpose of future study, variety of
sieving material should be used and placed into an appropriate container to make
sure that the quality of wastewater is guarantee.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB
PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
ii
HALAMAN JUDUL
iii
HALAMAN PENGAKUAN
iv
HALAMAN DEDIKASI
v
HALAMAN PENGHARGAAN
vi
ABSTRAK
vii
ABSTRACT
viii
ISI KANDUNGAN
ix
SENARAI JADUAL
xiii
SENARAI RAJAH
xiv
x
BAB I PENDAHULUAN HALAMAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Kerangka Teori
1.6 Skop Kajian
1.7 Batasan Kajian
1.8 Kepentingan Kajian
1.8.1 Peniaga Kafeteria
1.8.2 Pejabat Harta Bina UTM
1.8.3 Pelajar Dan Staf UTM
1.9 Definisi Istilah
1.9.1 Pencemaran Air
1.9.2 Rawatan Air Sisa
1.9.3 Perangkap Sisa Makanan
1.9.4 Sisa Buangan
1.9.5 Bahan Binaan
1.9.6 Kualiti Air
1
2
5
6
6
8
9
9
9
10
10
11
11
11
11
12
12
12
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Sisa Buangan
2.2.1 Sisa Buangan Restoran
2.2.1.1 Sisa Pepejal Restoran
2.2.1.2 Sisa Cecair Restoran
2.2.2 Pencemaran Dan Kualiti Air
2.2.3 Perangkap Sisa Makanan
2.2.4 Kesan Pembuangan Sisa Tidak
Terkawal Ke Longkang
2.3 Perangkap Sampah
2.3.1 Ciri-Ciri Perangkap Sampah
2.3.2 Jenis-Jenis Perangkap Sampah
2.3.3 Bahan Binaan
2.4 Penutup
13
15
15
15
17
18
19
20
24
25
25
27
33
xi
BAB III
METODOLOGI KAJIAN HALAMAN
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Kaedah Penyelidikan
3.4 Lokasi Kajian
3.5 Populasi Dan Persampelan Kajian
3.6 Instrumen Kajian
3.7 Prosedur Kajian
3.7.1 Mengenalpasti Masalah Dan
Mengumpul Data
3.7.2 Pembangunan Produk
3.7.3 Pengujian Produk
3.7.4 Pengujian Kualiti Air
3.7.4.1 Bahan
3.7.4.2 Peralatan
3.7.4.3 Prosedur Pencairan
Sampel Air
3.7.4.4 Prosedur Ujian COD
3.7.5 Analisis Data, Perbincangan
Dan Penambahbaikan
3.8 Kaedah Analisis Data
3.9 Penutup
34
35
35
36
36
38
40
41
41
42
49
49
51
53
54
55
55
55
BAB IV
PEMBANGUNAN PRODUK
4.1 Pengenalan
4.2 Pembangunan Perangkap Sisa
Makanan
4.2.1 Proses Pembangunan
Perangkap Sisa Makanan
4.2.2 Proses Pembangunan Bekas
Penapisan
4.2.3 Proses Pembangunan Perumah
4.2.4 Proses Kemasan Produk
Perangkap Sisa Makanan
4.3 Pengiraan Kos
4.3.1 Kos Bahan
4.3.2 Kos Komoditi
4.3.3 Kos Sampingan
4.3.4 Kos Pengeluaran Seunit
4.4 Kesimpulan
56
56
57
64
70
77
79
79
80
80
81
81
xii
BAB V ANALISA DATA HALAMAN
5.1 Pengenalan
5.2 Analisis Data Need Analysis Test
5.3 Analisis Data Temubual
5.4 Analisis Data Pengujian Produk
5.5 Analisis Data Pengujian Kualiti Air
5.5.1 Chemical Oxygen Demand
(COD)
5.6 Kesimpulan
82
82
87
89
91
92
94
BAB VI
PRBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
6.1 Pengenalan
6.2 Perbincangan
6.2.1 Dapatan Kajian
6.2.2 Masalah Penghasilan Produk
6.2.3 Kelebihan Dan Kelemahan
Produk
6.3 Rumusan
6.4 Cadangan
6.5 Kesimpulan
95
95
96
98
99
100
101
102
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
103
107
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
HALAMAN
2.1 Bahan binaan perangkap sampah 28
2.2 Bahan yang menapis minyak sisa buangan 30
2.3 Bahan yang digunakan untuk menyahbau 32
3.1 Senarai premis perniagaan makanan dan
minuman di Arked Meranti
37
3.2 Senarai peralatan untuk pengujian produk 43
3.3 Senarai bahan untuk pengujian 43
3.4 Senarai bahan dan kuantiti 49
3.5 Senarai peralatan dan kuantiti 51
3.6 Prosedur proses pencairan 53
4.1 Senarai bahan-bahan mentah 79
4.2 Senarai berkaitan kos komoditi 80
4.3 Senarai kos sampingan yang digunakan 80
5.1 Bahan binaan yang bersesuaian 88
5.2 Kesesuaian bahan penapisan 89
5.3 Berat sisa makanan 89
5.4 Perbandingan awal sampel air sisa setiap
pengujian
90
5.5 Keputusan proses pencairan sampel air 91
5.6 Keputusan Ujian COD 93
6.1 Klasifikasi air untuk ujian COD 98
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Saliran berminyak di dalam longkang 3
1.2 Perangkap sisa pada hujung longkang 3
1.3 Air sisa buangan yang berminyak terapung
pada permukaan atas
4
1.4 Keadaan perangkap sampah di dalam
longkang
4
1.5 Open System Model 6
1.6 Kerangka teori pembangunan perangkap sisa
makanan diolah daripada Open System
Model
7
2.1 Contoh sisa organik 16
2.2 Contoh sisa bukan organik 16
2.3 Kualiti air bagi sungai di Semenanjung
Malaysia
21
2.4 (a) Longkang yang tersumbat dengan sisa
sampah sarap
22
2.4(b) Banjir yang berlaku akibat sistem perparitan
restoran yang tersumbat
22
2.5 Longkang tersumbat mengeluarkan bau
yang busuk
23
2.6 Sisa dari restoran yang tidak terurus dan
terkawal
24
xv
2.7 Perangkap sampah jenis log boom 26
2.8 Perangkap sampah jenis tong drum 26
2.9 Perangkap sampah jenis trapezium 26
2.10 Perangkap sampah daripada Glass Fibre
Reinforced Polymer (GFRP)
27
2.11 Perangkap sampah menggunakan dawai besi 28
3.1 Carta alir prosedur kajian 40
3.2 Carta alir proses pengujian produk 42
3.3 Bekas penapisan pertama (arang kayu) 44
3.4 Bekas penapisan kedua (batu kelikir) 44
3.5 Bekas penapisan pertama dimasukkan ke
dalam perumah
45
3.6 Bekas penapisan kedua dimasukkan ke
dalam perumah
45
3.7 Perumah yang telah dimasukkan ke dalam
longkang
46
3.8 Perangkap sisa makanan yang lengkap
dipasang
46
3.9 Sisa makanan dikumpulkan dan ditimbang 47
3.10 Sampel air yang belum dilabel 47
3.11 Kombinasi arang batu dan batu kelikir
(Pengujian 2)
48
3.12 Kombinasi arang batu, kapur dan karbon
(Pengujian 3)
48
3.13 COD High Range Reagent (HR) 49
3.14 Air suling 50
3.15 Sampel air sebelum tapisan 50
3.16 Sampel air selepas tapisan 50
3.17 Vial dan penutup 51
3.18 Pipette 1 ml 51
xvi
3.19 COD Reactor 52
3.20 DR 5000 52
4.1 Rangka kerja penghasilan perangkap sisa 57
4.2 Kepingan keluli lembut 58
4.3 Penandaan menggunakan penggarit dan
pembaris keluli
58
4.4. Memotong bahagian bertanda menggunakan
tinner snip
59
4.5 Bahagian terpotong dilipat sedikit
menggunakan playar gabung
59
4.6 Bahagian penandaan yang dipotong 59
4.7 Mesin memotong hidraulik 60
4.8 Potongan bahagian yang besar 60
4.9 Bahagian-bahagian kecil telah dipotong 61
4.10 Pemotongan menggunakan jig saw 61
4.11 Hasil potongan 62
4.12 Mesin Kimpalan MIG (Metal Inert Gas
Welding)
62
4.13 Kerja mengimpal 63
4.14 Perangkap sisa 63
4.15 Rangka kerja penghasilan bekas penapisan 64
4.16 Kepingan keluli lembut 65
4.17 Penandaan menggunakan penggarit dan
pembaris keluli
65
4.18 Pemotongan menggunakan tinner snip 66
4.19 Pemotongan dibuka menggunakan playar 66
4.20 Bahagian penandaan yang terbuka 67
4.21 Mesin memotong hidraulik 67
4.22 Bahagian yang telah dipotong 67
4.23 Kerja mengimpal 68
xvii
4.24 Flat Bar bender 69
4.25 Bar logam yang telah dibengkokkan 69
4.26 Pemegang yang telah dikimpal 69
4.27 Bekas penapisan yang telah dikimpal 70
4.28 Rangka kerja penghasilan perumah 71
4.29 Keluli lembut berbentuk L 71
4.30 Keluli lembut berbentuk flat 72
4.31 Kerja mengimpal 73
4.32 Perumah yang telah siap dikimpal 73
4.33 Kepingan aluminium 74
4.34 Menanda lubang 74
4.35 Menebuk lubang 75
4.36 Lubang yang telah digerudi 75
4.37 Pemindahan tanda pada rangka perumah 75
4.38 Proses menggerudi lubang pada rangka
perumah
76
4.39 Rivet yang belum dikemaskan 76
4.40 Merivet kepingan aluminium pada rangka
perumah
77
4.41 Produk yang siap dirivet 77
4.42 Cat berwarna perak 78
4.43 Keempat-empat bahagian perangkap telah
siap dicat
78
5.1 Keperluan perangkap sisa 83
5.2 Mengurangkan masalah parit tersumbat 84
5.3 Lokasi meletakkan perangkap sisa makanan 84
5.4 Saiz perangkap sisa makanan 85
5.5 Bentuk perangkap sisa makanan 85
5.6 Pemilihan Bahan Untuk Perangkap Sisa
Makanan
86
xviii
5.7 Penggunaan teknologi pada perangkap sisa
makanan
87
5.8 Sampel pencairan yang boleh diuji dengan
DR 5000
92
5.9 Sampel pencairan berwarna hijau dan telah
rosak
92
5.10 Sampel air selepas penapisan 93
19
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Banjir merupakan satu bencana alam yang boleh terjadi akibat pencemaran
seperti pembuangan sampah dan sisa makanan yang tidak sistematik ke dalam
longkang dan sungai. Kesannya, keadaan longkang akan tersumbat dan menyukarkan
aliran air sisa di dalam sistem perparitan malah ia akhirnya akan mengundang banjir
kilat (www.selangorkini.com.my). Di Kuala Lumpur, longkang dan sungai yang
tersumbat dengan sampah tidak akan mampu menampung air hujan yang turun
dengan lebat. Ini menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan yang rendah
sekiranya hujan lebat berterusan (mstar.com.my).
Pembuangan sisa makanan ke dalam longkang khususnya akan menyebabkan
longkang tersumbat, menyekat air sisa untuk melalui saliran dan seterusnya
mengeluarkan bau busuk (Harian Metro, 4 September 2009). Malah, bau busuk yang
tercetus daripada longkang tersumbat itu akan menimbulkan rasa kurang senang di
kalangan masyarakat yang tinggal berhampiran (Harakahdaily, 6 Mei).
20
Selain itu, kesan pembuangan sampah dan sisa makanan ke dalam longkang
juga akan membantu pembiakan Aedes kerana longkang yang tersumbat akan
menyekat air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk (Berita Harian,
2006). Ini menunjukkan tingkah laku masyarakat untuk menjaga kebersihan
longkang atau sungai semakin berkurangan ekoran perkembangan arus permodenan.
Menurut Radzee (2007), pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah pembuangan sampah ke dalam longkang dan sungai seperti
kempen “Cintailah Sungai Kita”, mengenakan denda dan sebagainya. Tetapi,
pendekatan yang dilaksanakan masih belum berkesan sepenuhnya dan memberi
kesedaran kepada masyarakat. Oleh itu, penghasilan perangkap sisa makanan ini
adalah salah satu langkah yang dijalankan untuk menangani masalah longkang
tersumbat dan sekaligus dapat membantu mengurangkan kadar banjir kilat dan
pencemaran air.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perbuatan mengalirkan sisa makanan ke dalam longkang tidak hanya berlaku
di kawasan perumahan dan setinggan, tetapi ia turut berlaku di kedai-kedai makan di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan di
Arked Meranti pada 21 Februari 2011, sisa-sisa makanan yang berminyak akan
disalirkan ke dalam longkang dan secara tidak langsung akan mengeluarkan bau
yang kurang enak.
21
Rajah 1.1 Saliran berminyak di dalam longkang
Walaubagaimanapun, sisa makanan tersebut tidak mengundang keadaan
longkang tersumbat kerana pada hujung bahagian longkang telah diletakkan
perangkap sisa makanan. Perangkap ini mempunyai penapis yang berfungsi menapis
sisa makanan sebelum air sisa disalirkan ke longkang. Tetapi, mutu air sisa yang
disalirkan ke longkang adalah berminyak dan mengeluarkan bau busuk.
Rajah 1.2 Perangkap sisa pada hujung longkang
22
Rajah 1.3 Air sisa buangan yang berminyak terapung pada permukaan atas
Inisiatif pihak kafeteria meletakkan perangkap sisa makanan ini adalah satu
usaha yang baik kerana ia bukan sahaja mengelakkan longkang tersumbat, malah ia
turut memudahkan pihak kafeteria membersihkan kotoran tersebut. Walaupun begitu,
terdapat beberapa kekurangan pada perangkap tersebut iaitu ia tidak mampu
menampung beban berlebihan, tidak dapat menyerap minyak daripada air sisa serta
mengeluarkan bau yang busuk.
Rajah 1.4 Keadaan perangkap sampah di dalam longkang
23
Selain itu, bahan binaan perangkap juga kurang bermutu kerana ia dibina
daripada aluminium dan plastik. Bahagian luaran perangkap diperbuat daripada
aluminium. Manakala plastik merupakan bahan binaan untuk penapis sisa makanan.
Aluminium merupakan logam lembut dan ringan serta mudah ditempa
(ms.wikipedia.org, 2011). Menurut Iman (2008), plastik merupakan sejenis bahan
binaan yang ringan, kuat dan mudah dibentuk. Walau bagaimanapun, sifatnya tidak
akan kekal lama jika kerap terdedah kepada cahaya matahari kerana plastik akan
mereput. Selain itu, perangkap sedia ada juga tidak mempunyai penapis untuk
menapis minyak dan menyahbau air sisa.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk membangunkan sebuah perangkap sisa
makanan yang lebih kukuh dan stabil bagi menggantikan perangkap sampah sedia
ada. Selain itu, produk yang akan dibangunkan ini dijangka mampu memerangkap
sisa makanan, menapis minyak dan menyahbau air sisa di Arked Meranti.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah produk perangkap sisa makanan
yang dapat memerangkap sisa makanan, menapis minyak dan menyahbau air sisa
buangan dengan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dan bermutu. Bahan
binaan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sebuah produk yang
tahan lama dan efektif. Selain itu, bahan penapisan juga diperlukan bagi membantu
menapis minyak dan menyahbau air sisa buangan. Bahan binaan dan bahan
penapisan yang bermutu akan mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan
iaitu memerangkap sisa makanan, menapis minyak dan menyahbau air sisa buangan.
24
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut:
1.4.1 Mengenalpasti bahan binaan yang dapat memerangkap sisa makanan yang
dibuang ke dalam longkang.
1.4.2 Mengenalpasti bahan yang dapat menapis minyak daripada sisa makanan
yang dibuang ke dalam longkang.
1.4.3 Mengenalpasti bahan yang dapat menyahbau air sisa yang disalirkan ke
dalam longkang.
1.4.4 Mengkaji keberkesanan perangkap sisa makanan berdasarkan penilaian
kualiti air.
1.5 Kerangka Teori
Rajah 1.5 Open System Model (Underwood, 1990)