Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
-
Upload
en-deng-razali -
Category
Documents
-
view
576 -
download
6
Transcript of Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
1/17
1
PLG 546 INSTRUCTIONAL STRATEGIES
SEMESTER II2012/2013
INSTRUCTIONAL STRATEGIES ASSIGNMENT
KIMPALAN ARKA
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD ERFY BIN ISMAIL
PPD0006/12
NIZAMUDDIN BIN RAZALI
PPD0011/12
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF MADYA DR. IRFAN NAUFAL UMAR
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
2/17
2
1 PENGENALANKimpalan arka adalah suatu sub topik bagi pelajar Tingkatan Lima aliran Kejuruteraan Mekanikal di
Sekolah Menengah Teknik. Para pelajar diberi latihan amali dan perlu menyiapkan sebuah projek
kimpalan arka. Oleh itu, bagi memudahkan pemahaman pelajar tentang proses kimpalan arka, suatuprojek kimpalan arka secara maya akan dibangunkan. Maka, suatu video pembelajaran akan
dihasilkan yang menerangkan berkenaan dengan prinsip asas kimpalan arka,alatan,mesin arka dan
keselamatan. Video pembelajaran ini akan memuatkan tayangan selama 45 minit dan pelajar boleh
mengaksesnya di sekolah.
1.1 ObjektifVideo pembelajaran ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar supaya mereka
mendapat gambaran awal berkenaan proses kimpalan arka.
1.2 Kepentingan KajianDapat meningkatkan motivasi, menjimatkan masa pengajaran guru, menjimatkan wang dari segi kos
peralatan dan juga dari segi aspek keselamatan semasa menjalankan proses kimpalan arka.
2 Metod KajianStrategi pengajaran yang digunakan dalam penghasilan koswer ini merujuk kepada :
a) Model rekabentuk pengajaran Dick, Carey dan Carey (2009)b) Taksonomi pembelajaran Seidel et. Al(2007)
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
3/17
3
Assess Needs to Identify Goals
- Taksiran keperluan bagi mengenal pasti matlamat(Assess Needs to Identify Goals)
Mengenalpasti keperluan-keperluan bagi mencapai matlamat instruksi. Analisis taksirankeperluan terbahagi kepada dua iaitu Lakukan analisis instruksi dan Analisispelajar&kontek.
Lakukan analisis instruksi(ConductInstructionalAnalysis)
Sub-sub topic dlm kimpalan arka (pengenalan,keselamatan,prinsip,alatan kimpalan arka,)Analisis pelajar&kontek(Analyze learners & Context)
Menganalisis pelajar Tingkatan Lima di sebuah kolej vokasional yang akan menggunakanvideo pengajaran ini.
Tulis objektif tingkah laku(Write Performance Objectives)
Hasil daripada analisis keperluan yang telah dibuat, maka kami telah dapat membina objektifpengajaran untuk setiap subtopik dalam kimpalan arka.
Bangunkan instrument pentaksiran(Develop Assessment Instruments)
Membangunkan bahan penilaian pelajarBina strategi instruksi(Develop Instructional Strategies)
Membangunkan strategi pengajaran menggunakan Taksonomi Pembelajaran oleh Seidel et.al(2007) yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada topik seterusnya.
Bangun dan pilih bahan instruksi(Develop and select Instructional Materials)
Memilih bahan pengajaran seperti video, slaid presentation dan nota. Membangunkan video pengajaran dengan mengintegrasikan dengan bahan-bahan
pengajaran yang telah dipilih.
Reka dan laksana penilaian formatif(Design n conduct Formative Evaluation)
Proses penambaikan video pengajaran yg telah dibangunkan melibatkan pakar,penilaipelajar dan ujian keberkesanan.
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
4/17
4
3 STRATEGI PENGAJARANDalam bahagian ini kami akan membincang strategi pengajaran yg digunakan dalam pembangunan
video kimpalan arka. Secara keseluruhannya, strategi pengajaran yang dibangunkan berdasarkan
domain psikomotor. Jadual 1.0 di bawah menunjukkan secara keseluruhan strategi pengajaran yang
terdiri daripada empat proses pembelajaran iaitu pemerolehan(acquisition),
automatisiti(automaticity),pemindahan jangka pendek(near term transfer) danpemindahan jangka
panjang(far term transfer).
Pemerolehan(Acquisition)
Mempelajari elemen dalam satu domain pengetahuan baruAutomatisiti (Automaticity)
Proses di mana pelajar mempraktikkan apa yang dipelajari secara ulangan agar pelajar mahirdengan apa yang telah dipelajari.
Pemindahan jangka pendek (Near term transfer)
Proses di mana pelajar mengaplikasikan kemahiran,prinsip atau strategi yang telah dipelajaridalam domain yang sama.
Pemindahan jangka panjang (Far term transfer)
Proses di mana pelajar menemui prinsip-prinsip baru dalam satu domain danmengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari ke dalam domain yang berlainan.
Proses
Pembelajaran
Pemerolehan
(Acquisition)
Automatisiti/
Pemahiran
(Automaticity)
Pemindahan
jangka pendek
(Near term
transfer)
Pemindahan
jangka panjang
(Far term
transfer)
Psychomotor
Domain
Mempelajari asa proses
kimpalan arka yang
terdiri drpd sub-sub
topic berikut:- Pengenalan
kimpalan arka
- Keselamatankimpalan arka
- Alatan kimpalanarka
- Mesin kimpalanarka
- Kaedah kimpalanarka
Demonstrasi
proses/langkah
kerja kimpalan
arka.Demonstrasi
secara audio
visual dan
simulasi.
Memberi contoh
kegunaan
kimpalan arka
dan kaedahmengimpal yang
lain dengan
menggunakan
kimpalan arka.
Memberi contoh
kimpalan lain dan
teknolohi maju
dalam bidangkimpalan yang
digunakan di
industry.
Jadual 1.0 : Proses Pembelajaran
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
5/17
5
Video pengajaran yang dibangunkan ini merupakan salah satu alat bahan bantu mengajar (ABBM)
yang boleh digunakan oleh pelajar terutama yang belum mempunyai sebarang pengetahuan
berkaitan kimpalan arka sebagai pendedahan awal ataupun sebagai pengukuhan sekiranya pelajar
tersebut telah mempelajari subjek tersebut. Secara keseluruhannya, video ini boleh ditonton oleh
pelajar samada di laman social seperti facebook ataupun di website youtube apabila video tersebut
telah di muat naik oleh guru. Kaedah ini mampu menarik minat pelajar untuk melihat video tersebut
secara tidak langsung kerana laman social seperti facebook memang menjadi kegemaran remaja
terutama para pelajar pada hari ini. Dengan memuat naik video ini di facebook, pelajar bukan sahaja
dapat menonton video tersebut tidak kira dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Ini sekaligus dapat
memberi kemudahan kepada pelajar dan meningkatkan motivasi mereka untuk memahami subjek
kimpalan ini.
Selain itu juga, bagi memastikan kesemua pelajar menonton video tersebut, guru yang mengajar
subjek kimpalan arka ini boleh meminta para pelajar untuk memberikan komen pada video
pengajaran kimpalan yang telah diupload di facebook dengan memberikan tambahan markah
kepada pelajar yang telah memberikan komen sebagai galakan untuk mereka menonton video ini.
Selain memuat naik di laman sosial dan di internet, guru juga boleh menyediakan salinan video
secara softcopy di makmal dengan dilengkapi kemudahan komputer untuk para pelajar menonton
video tersebut bagi mereka yang mungkin tidak dapat menonton di internet. Di harap dengan
penghasilan video pengajaran ini, tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap subjek
kimpalan arka ini dapat ditingkatkan.
Video pengajaran kimpalan arka ini dihasilkan dengan tujuan untuk memberikan pengetahuan asas
terhadap kimpalan arka seterusnya mendemostrasikan teknik mengimpal secara audiovisual kepada
para pelajar serta memberikan pendedahan terhadap kegunaan kimpalan arka ini dan jenis-jenis
proses kimpalan yang lain. Berikut merupakan kaedah/strategi pengajaran yang digunapakai dalam
membangunkan video ini. Secara keseluruhannya, proses pembelajaran yang diaplikasikan dalam
video ini adalah mengikut strategi pengajaran yang dicadangkan oleh (Seidel et al., 2005).
3.1 PEMEROLEHAN (Acquisition)Seperti yang telah dicadangkan oleh (Seidel, et al., 2005) menyatakan bahawa proses pemerolehan
merupakan proses mempelajari asas kemahiran yang ingin dikuasai oleh para pelajar. Pemerolehan
proses kimpalan arka melibatkan pengenalan kepada prinsip asas proses kimpalan arka, alatan dan
bahan dan kaedah yang terlibat. Proses pemerolehan ini dikira selesai sekiranya para pelajar dapat
mencapai sebahagian daripada objektif pembelajaran yang akan diterangkan nanti. Seperti yangtelah diterangkan sebelum ini, analisis pengajaran perlu dijalankan bagi mengenalpasti topik-topik
yang perlu diajar mengikut kurikulum yang telah digariskan. Topik-topik yang akan diajar pada
proses ini adalah seperti berikut;
3.1.1 Topik dan Objektif Pembelajaran1. Pengenalan Kimpalan Arka
1.1.Prinsip Kimpalan Arka(Dalam topik ini para pelajar akan diterangkan secara ringkas prinsip asas proses kimpalan arka
iaitu bagaimana proses ini boleh berlaku. Para pelajar dianggap dapat menguasai topik ini
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
6/17
6
apabila dapat menerangkan dengan jelas bagaimana proses kimpalan arka ini berlaku dan dapat
menyatakan susunan peralatan untuk proses kimpalan arka boleh berlaku.)
2. Alatan Kimpalan Arka2.1.Pemegang elektrod2.2.Pengapit bumi2.3.Alat pembersih(Dalam topik ini, pelajar akan diperkenalkan dengan alatan yang digunakan dalam proses
kimpalan arka beserta dengan fungsinya. Para pelajar dianggap dapat menguasai topik ini
apabila dapat mengenalpasti dengan jelas peralatan yang digunakan beserta dengan fungsinya.)
3. Kekutuban3.1.Kekutuban Lurus(Dalam topik ini pelajar akan didedahkan dengan prinsip kekutuban dalam proses kimpalan arka.Para pelajar dianggap dapat menguasai topik ini apabila dapat mengenalpasti jenis-jenis
kekutuban dan menerangkan secara ringkas ciri-ciri kekutuban.)
4. Mesin Kimpalan Arka4.1.Mesin kimpalan Arus terus4.2.Mesin kimpalan Arus ulang alik(Dalam topik jenis mesin kimpalan arka yang biasa digunakan diterangkan kepada pelajar secara
ringkas dan para pelajar dianggap telah menguasai topik ini apabila dapat membezakan antara
mesin kimpalan arus terus dan arus ulang alik.)
5. Keselamatan Kimpalan Arka5.1.Pakaian5.2.Tempat kerja(Topik ini amat penting bagi memastikan keselamatan para pelajar ketika menjalankan amali
proses kimpalan arka yang sebenar. Prosedur keselamatan yang penting dan perlu diketahui
oleh pelajar akan diterangkan. Para pelajar akan dapat menguasai topik ini apabila dapat
menyatakan dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa proses kimpalan arka.)
6. Kaedah Kimpalan Arka( Dalam topik ini, penerangan secara ringkas bagaimana untuk melakukan proses kimpalan arka
akan diterangkan secara ringkas. Proses yang lebih lengkap akan ditunjukkan dalam proses
pembelajaran yang seterusnya. Para pelajar dianggap dapat menguasai topik ini apabila boleh
menerangkan secara jelas kaedah melaksanakan kimpalan arka.)
3.1.2 SumberBagi memastikan video pengajaran ini dapat digunakan oleh para pelajar secara efektif, guru perlu
memastikan setiap pelajar mempunyai akaun facebook dan mempunyai capaian internet yang laju.
Sekiranya terdapat pelajar yang bermasalah untuk melayari internet, guru perlu memastikan
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
7/17
7
terdapat kelengkapan komputer yang lengkap di makmal bagi membolehkan pelajar melihat video
tersebut.
3.1.3 Struktur PembelajaranTerdapat dua kaedah yang boleh digunakan oleh guru bagi menggunakan video ini bagi
meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap proses kimpalan arka. Kaedah tersebut adalah
secara atas talian ataupun menonton di makmal yang disediakan kelengkapan komputer. Melalui
kedua-dua kaedah tersebut guru boleh meminta setiap pelajar untuk memberikan refleksi daripada
video yang telah ditonton samada dengan memberi komen secara atas talian ataupun membuat
laporan bertulis. Walaubagaimanapun, melalui laman sosial iaitu facebook, perbincangan atas talian
boleh berlaku berbanding menonton video tersebut di makmal yang mungkin para pelajar
menontonnya secara bersendirian atau beramai-ramai. Sekiranya mereka menonton beramai-ramai,
perbincangan sesama meraka pada waktu tersebut boleh berlaku dan kedua-dua bentuk
perbincangan ini dapat meningkatkan lagi pemahaman para pelajar melalui pembelajaran secara
kolaboratif. Selain itu, guru juga boleh membawa video ini ke dalam kelas untuk di tonton oleh
semua pelajar di dalam kelas dan meminta mereka memberikan refleksi daripada video yang telah
mereka tonton disamping guru boleh menerangkan dengan lebih lanjut sekiranya terdapat topik-
topik di dalam video tersebut yang kurang difahami oleh pelajar.
3.1.4 Bentuk Kemahiran yang diajarVideo pengajaran yang berdurasi 40-50 minit ini akan menerangkan secara audiovisual kaedah dan
prinsip dalam melakukan kimpalan arka. Domain utama pembelajaran ini adalah secara psikomotor
dimana pelajar seharusnya dapat mengimpal arka dengan sempurna dan mempamerkan hasilkimpalan arka yang baik. Walaubagaimanapun, disebabkan video pengajaran ini hanya melibatkan
para pelajar sahaja yang menonton dan menerima maklumat daripada video yang dilihat, tiada
aktiviti yang melibatkan psikomotor secara jelas dan banyak melibatkan domain kognotif iaitu para
pelajar cuba memahami teknik mengimpal secara teori sebelum pergi kepada kerja amali sebenar
yang melibatkan psikomotor. Oleh sebab itu, diharap dengan memberikan pendedahan secara
kognitif, kepada pelajar, tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar iaitu dalam domain psikomotor
dapat ditingkatkan. Berdasarkan topik dan objektif pembelajaran, kemahiran dan pengetahuan yang
akan diajar kepada para pelajar adalah;
1. Pengenalan Kimpalan ArkaParap pelajar diharap dapat memahami prinsip kimpalan arka iaitu bagaimana proses penghasilan
haba dapat meleburkan logam yang ingin dikimpal atau disambungkan. Pemahaman terhadap teori
ini penting agar para pelajar faham dan dapat menerangkan apa yang berlaku semasa proses
kimpalan arka. Rajah 1 menunjukkan prinsip proses kimpalan arka.
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
8/17
8
Rajah 1 : Prinsip kimpalan arka
2. Alatan dan bahan Kimpalan ArkaSebelum proses kimpalan diterangkan dengan lebih lanjut, alatan-alatan kimpalan yang digunakandiperkenalkan dan diterangkan kepada para pelajar supaya proses memahami kaedah kimpalan
menjadi lebih mudah kepada para pelajar. Alatan yang diterangkan adalah seperti yang ditunjukkan
dalam rajah dibawah.
Rajah 2 : Pemegang ElektrodRajah 3 : Pemegang benda kerja
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
9/17
9
Rajah 4 : Elektrod
Rajah 5 : Tukul penyerpih
Rajah 6 : Berus dawai
3. Mesin Kimpalan ArkaPenerangan tentang mesin kimpalan arka juga amat penting bagi memastikan para pelajar
mengetahui jenis mesin kimpalan arka yang digunakan dan mendapat pendedahan awal sebelum
memasuki makmal untuk amali yang sebenar.
Rajah 7 : Mesin kimpalan arka
4. KekutubanJenis keketuban dan cara memasang kekutuban diterangkan secara ringkas kepada pelajar.
5. Keselamatan Kimpalan ArkaDalam topik ini, pelajar diterangkan kaedah kerja mengimpal yang selamat dengan mengambilkira
aspek pemakaian dan tempat kerja. Berikut adalah contoh peralatan keselamatan yang perlu di
ketahui oleh para pelajar sebelum memulakan proses kimpalan;
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
10/17
10
Rajah 8 : Pelindung muka
Rajah 9 : Sarung tangan
Rajah 10 : Apron
Rajah 11 : Kasut keselamatan
6. Kaedah Kimpalan ArkaLangkah kerja bagi membuat kimpalan arka diterangkan kepada pelajar secara teori sebelum video
demonstrasi ditunjukkan kepada pelajar. Tips dan kaedah yang sesuai ditunjukkan secara
gambarajah bagi memudahkan pemahaman pelajar.
3.1.5 Strategik PengajaranBagi memidahkan pemahaman para pelajar, topic kimpalan arka ini disusun mengikut TeoriElaboration yang diperkenalkan oleh Reigeluth. Mengikut teori ini, pembelajaran bermakna berkait
dengan konteks pengajaran bermakna iaitu pengetahuan dan kemahiran boleh diasimilasikan untuk
digunakan dalam dunia sebenar. Konsep asas teori ini menekankan kepada pengaturan bahan
pengajaran yang hendak diajar mengikut susunan kesukaran. Dalam erti kata lain, subjek atau topik
yang mudah atau asas dahulu diajar sebelum subjek yang lebih sukar diajar dan seterusnya
dihuraikan dengan lebih lanjut dan secara mendalam.
Selain strategik susunan topik, strategic multimedia juga digunakan memandangkan video
pengajaran ini banyak mengaplikasikan pelbagai medium multimedia seperti video, audia dan slaid
powerpoint. Berdasarkan Teori Kognitif Pembelajaran dengan Multimedia (CTLM)(Ahamd Jelani,
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
11/17
11
2011), beberapa prinsip berkaitan penggunaan multimedia telah dikemukan dan digunakan dalam
penghasilan video ini iaitu;
1. Prinsip Multimedia Pelajar belajar dengan lebih baik daripada perkataan dan gambarberbanding daripada gambar sahaja.
2. Prinsip Mod (Modality) Pelajar belajar dengan lebih baik daripada perkataan dan gambarapabila perkataan dituturkan berbanding dicetak.
3. Prinsip Berkait dari segi masa (Temporal Contiguity) Pelajar belajar dengan lebih baik apabilaperkataan yang dituturkan dan gambar dipersembahkan pada masa yang sama berbanding
secara berselang.
4. Pelajar Selari (Coherence) Pelajar belajar dengan lebih baik apabila bahan-bahan sampingandikeluarkan berbanding bahan berkenaan dibiarkan bersama dalam suatu pelajaran.
5. Prinsip Bersifat mesra individu (Personalization) Pelajar belajar dengan dengan lebih baikapabila perkataan dipersembahkan dalam bentuk perbualan berbanding bentuk monolog.
6. Prinsip Refleksi Pelajar belajar dengan lebih baik apabila diberi peluang untuk membuatrefleksi semasa terlibat dalam
Berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diterangkan diatas, prinsip 1-3 diaplikasikan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 12 dibawah.
Rajah 12 : Penggunaan prinsip multimedia
Dalam prinsip ini, gambar alatan kimpalan disertakan sekali dengan penerangannya serta diterankan
juga secara audio. Ini dapat menarik minat pelajar dan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas
kepada pelajar. Penerangan yang diberikan secara audio juga diterangkan secara bercerita dengan
nada suara yang berbeza-beza.
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
12/17
12
3.2 Pemahiran (Automaticity)Pemahiran merupakan proses dimana pelajar mengulangi dan mengaplikasikan apa yang telah
dipelajari bagi memahirkan kemahiran yang telah dipelajarinya. Secara umumnya, proses
pembelajaran ini melibatkan pelajar mengulangi apa yang telah dipelajari secara berulangkali
sehingga mahir. Dalam video pengajaran ini, pengaplikasian terhadap teori yang telah dipelajariberkaitan kimpalan arka tidak dapat dijalankan keatas pelajar secara amali, tetapi demonstrasi
secara video kepada pelajar kaedah untuk melakukan kimpalan arka dapat ditunjukkan.
Objektif pembelajaran bagi proses ini adalah untuk membolehkan pelajar dapat mengetahui dengan
jelas panduan untuk mengimpal dengan lurus dan membuat kimpalan arka yang biasa. Pelajar juga
diharap agar dapat mengamalkan langkah kerja yang selamat.
3.2.1 Kemahiran yang diajarDalam proses pembelajaran ini, video demonstrasi digunakan bagi menerangkan dengan lebih lanjut
kepada para pelajar langkah untuk melaksanakan proses kimpalan beserta langkah keselamatanyang perlu diutamakan. Video demonstrasi yang digunakan dalam video pengajaran ini dimuat turun
daripada internet dan diubahsuai mengikut kesesuaian subjek kimpalan arka yang diajar kepada
pelajar. Video ini dimuat turun daripada internet memandangkan terdapat kangkangan masa bagi
menghasilkan video kimpalan arka ini. Berikut adalah contoh cetak skrin video kimpalan arka yang
digunakan.
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
13/17
13
3.2.2 Strategik PengajaranBagi membolehkan para pelajar mengingati kembali dan membuat hubungkait diantara video
demonstrasi yang dipaparkan dengan teori yang telah dipelajari pada proses pembelajaran sebelum
ini, video demonstrasi yang dipaparkan diselangi dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan apa
yang telah dipelajari sebelum ini. Sebagai contoh, dalam topik alatan kimpalan, dalam video
demonstrasi yang ditunjukkan apabila pengimpal memegang pemegang elektrod, video akan
diberhentikan untuk seketika dan ditunjukkan gambar pemegang elektrod agar pelajar dapat
mengecam alat tersebut yang telah diterangkan sebelum ini. Rumusan secara keseluruhan juga
diberikan diakhir video demonstrasi agar para pelajar dapat membuat refleksi daripada apa yang
telah ditonton. Beberapa persoalan turut dikemukakan kepada pelajar bagi mengingatkan para
pelajar tentang beberapa perkara penting yang mungkin tidak diperhatikan oleh para pelajar dalam
video tersebut.
3.3 Pemindahan jangka pendek (Near term transfer)Pemindahan jangka pendek melibatkan applikasi dalam kemahiran,prinsip-prinsip atau strategi
antara domain yang sama. Strategi yang dipelajari berulang kali membantu memindahkan
pembelajaran tersebut terhadap pelbagai situasi yang lain di dalam domain yang sama.
Pemindahan jangka pendek dalam kimpalan arka dapat dicapai oleh pelajar apabila mengaplikasikan
kemahiran asas mengimpal setelah melalui peringkat automatisiti dengan mempelbagaikan
kemahiran kimpalan arka. Menurut Seidel et al.(2005), dalam sesuatu domain adalah
membangunkan keupayaan untuk mengaplikasikan prinsip-prinsip dan strategi.
3.3.1 Strategik PengajaranPara pelajar mempunyai kemahiran asas dalam kimpalan arka dan akan memindahkan kemahiran
yang dipelajari kepada pelbagai jenis sambungan kimpalan arka yang lain. Terdapat pelbagai jenis
sambungan kimpalan arka yang diterokai oleh pelajar setelah mempelajari kemahiran asas dalam
kimpalan arka. Antaranya iala:-
a) Sambungan temu
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
14/17
14
Pada sambungan jenis ini, proses pengimpalan dilakukan diantara dua tepi permukaan logam yang
hendak disambungkan. Sambungan temu segi atai serong boleh digunakan mengikut ketebalan
logam.
b) Sambungan kambi teeSambungan Tee di buat dengan menyambungkan bahagian tepi sesuatu kepingan pada permukaan
lain pada kedudukan tegak (bersudut 90). Sambungan kambi logam Tee boleh dibuat untuk
menyambungkan logam yang mempunyai sebarang ketebalan.
c) Sambungan lekapSambungan lekap dibuat dengan melapiskan kepingan logam. Sambungan ini merupakan salah satu
jenis sambungan yang kukuh. Sambungan menjadi lebih berkesan jika ukuran lebar lekapnya dibuat
lebih daripada tiga kali ukuran tebal logam yang disambungkan.
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
15/17
15
d) Sambungan penjuruSambungan penjuru kerap digunakan di dalam kerja menyambungkan kepingan logam yang tidak
menanggung beban lampau.
Semasa di peringkat pemindahan jangka pendek pelajar dapat mempelajari dan meneroka
kemahiran baru dalam pelbagai jenis sambungan kimpalan arka. Daripada asas kimpalan arka,
pelajar akhirnya dapat mempraktikkan pelbagai jenis sambungan kimpalan arka sehingga mereka
mahir.
3.4 Pemindahan jangka panjang (Far term transfer)Di peringkat pemindahan jangka panjang, pelajar diuji dengan tahap pemikiran dan kemahiran yang
lebih tinggi. Pelajar yang sebelum ini mempunyai kemahiran dan prinsip-prinsip baru di dalamdomain yang sama akan memindahkannya kepada domain yang lain. Segala kemahiran dan
pengetahuan pelajar akan digunakan terhadap suatu gabungan proses yang baru.
Pemindahan jangka panjang dapat dicapai apabila pelajar meningkatkan kemahiran mereka agar
dapat digunakan terhadap sesuatu applikasi yang baru. Bermula dengan kemahiran yang telah
dipelajari dan mereka akan mencuba sesuatu kemahiran yang baru.
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
16/17
16
3.4.1 Strategik PengajaranGuru akan menghubungkan kemahiran asas kimpalan arka yang dicapai oleh pelajar melalui
pemerolehan dan automatisiti dengan suatu kemahiran kimpalan yang lain. Kemudian, guru akan
memberikan suatu projek kimpalan gas yang mana memerlukan prinsip-prinsip asas kimpalan arka.
Dalam projek kimpalan gas ini pelajar akan meneroka sendiri kemahiran dan prinsip-prinsip baru
dengan bimbingan oleh guru. Kimpalan gas ini akan melatih pelajar terhadap dunia sebenar
kimpalan yang sering digunakan di industri. Dalam bidang perindustrian kimpalan gas banyak
digunakan dalam kerja fabrikasi logam yang melibatkan kepingan logam yang ketebalannya melebihi
daripada 1.0mm sehingga 3.0mm. Contohnya, dalam kerja-kerja membaikpulih badan kenderaan
yang melibatkan kerja-kerja ketuk mengetuk dan menampal bahagian-bahagian badan kenderaan
yang rosak.
-
7/27/2019 Laporan strategi pengajaran kimpalan arka
17/17
17
4 RUMUSAN
Video pembelajaran ini dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar supaya mereka mendapat
gambaran awal berkenaan proses kimpalan arka. Setiap proses pembelajaran diulang dan diberibimbingan oleh guru agar mereka dapat membina kemahiran yang baru. Akhirnya, pelajar dapat
memindahkan kemahiran dan prinsip-prinsip asas kimpalan arka kepada domain yang sama atau
domain yang lain.
RUJUKAN
Ahamd Jelani, S. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran dengan Teknologi Komputer. Sintok:
Universiti Utara Malaysia.
Dick, Carey and Carey (2009). The systematic design of instruction (edisi ke-7). Upper saddle River,
NJ: Merrill.
http://kimpalankvmt.blogspot.com/
http://mohdsobrihussin.blogspot.com/p/nota-kimpalan-arka-gas.html
Seidel, R. J., Perencevich, K. C., & Kett, A. L. (2005). From Principles of Learning to Strategies for
Instruction