Post on 29-Dec-2015
description
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA
PERINGKAT PRASEKOLAH
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
ii
KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Pengenalan iii
Objektif Aktiviti iv
Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah 1
Sambutan Hari Malaysia 3
Perayaan 1Malaysia 5
Lawatan Prasekolah 1Malaysia 7
Sambutan Hari Kemerdekaan 15
Pengucapan Bertatasusila 17
Sambutan Hari Apresiasi Tunas Negara 19
Kem Bestari 1Malaysia 21
Kenegaraan 23
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
iii
PENGENALAN
Dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia, pemupukan cintakan bangsa dan negara
perlu diterapkan seawal mungkin kepada kanak-kanak di negara ini. Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memutuskan supaya aktiviti 1Malaysia dilaksanakan di peringkat prasekolah
dengan menggunakan sumber kewangan dan keupayaan sumber manusia yang sedia ada di
sekolah masing-masing. Hasrat 1Malaysia adalah gagasan untuk membina kekuatan melalui
perpaduan nasional dan semangat kerjasama. Pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi
keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahu pun dalam aktiviti
sokongan kurikulum.
Modul Aktiviti 1Malaysia Peringkat Prasekolah ini amat relevan untuk dijadikan panduan
bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1Malaysia di peringkat prasekolah. Guru boleh
membuat pengubahsuaian terhadap cadangan aktiviti berdasarkan keperluan dan situasi semasa.
Setiap aktiviti yang dijalankan perlu didokumentasikan mengikut format di Lampiran A untuk
dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing pada bulan Oktober setiap tahun.
Aktiviti yang dirancang diharap dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai objektif
memupuk perpaduan di peringkat prasekolah selain dapat meningkatkan keyakinan diri serta
menerapkan unsur keseronokan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam setiap jiwa
kanak-kanak serta dapat membina pengetahuan melalui penemuan dan penerokaan kendiri.
Aktiviti 1Malaysia di peringkat prasekolah juga memberi impak positif kepada murid
prasekolah dan prasekolah integrasi dalam meningkatkan keyakinan diri serta dapat
memperkembangkan potensi murid-murid prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
iv
OBJEKTIF AKTIVITI
Ke arah mencapai visi dan matlamat negara serta mewujudkan satu masyarakat yang
bersatu padu dan mempunyai semangat cintakan negara berasaskan Perlembagaan Negara dan
Rukun Negara. Secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kanak-kanak prasekolah
dengan sikap dan semangat saling menghormati ke arah membentuk satu Negara Bangsa.
Pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha
memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa
proses pengajaran dan pembelajaran, mahu pun dalam aktiviti sokongan kurikulum.
Penerapan kesemua nilai 1Malaysia bermula pada peringkat prasekolah yang terdiri
daripada pelbagai kaum dalam usaha ke arah merealisasikan 1Malaysia.
Memupuk jalinan sosial yang kukuh melalui proses mengenali dan memahami budaya
dan agama masing-masing seawal usia yang mungkin. Murid-murid ini juga didedahkan
dengan budaya di luar lingkungan masing-masing demi mencapai perpaduan negara dan
persefahaman sesama mereka.
Membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat
dan membolehkan mereka memahami adat dan budaya yang pelbagai.
Menyemai nilai-nilai dan semangat kekitaan, jati diri serta patriotisme dalam diri kanak-
kanak sejak dari awal lagi.
Menjadikan prasekolah sebagai institusi sosial awal yang berpaksikan perpaduan antara
kaum di Malaysia.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
1
AKTIVITI 1
PUSAT KREATIF 1MALAYSIA PRASEKOLAH
1.0 PENGENALAN
Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah adalah satu pendekatan yang informal,
menyeronokkan, bebas dan selamat. Murid-murid berinteraksi, menghasilkan idea dan
kemahiran melalui penerokaan, penemuan dan penyelesaian masalah. Pewujudan Pusat
Kreatif 1Malaysia dapat merealisasikan amalan dan gaya hidup 1Malaysia. Pusat ini juga
mengandungi Grafity Area yang mana guru membimbing murid-murid membuat aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tema daripada Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) di atas kain putih atau kertas mahjong bertemakan 1Malaysia
(contoh : kolaj, jahitan, capan, lukisan, catan dan sebagainya bergantung kepada
kreativiti masing-masing).
2.0 MATLAMAT
Memastikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang
dilaksanakan dapat membentuk kemenjadian murid prasekolah secara menyeluruh.
Modul ini berfokus kepada matlamat perpaduan bangsa di bawah gagasan 1Malaysia.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Dapat mempamerkan hasil-hasil kerja murid mengenai 1Malaysia.
3.2 Menggalakkan murid-murid prasekolah mengamalkan amalan yang sihat
berdasarkan amalan 1Malaysia.
3.3 Melahirkan murid-murid prasekolah yang memahami konsep 1Malaysia
berdasarkan potensi mereka.
3.4 Memberi peluang kepada murid menerokai kepelbagaian budaya di
Malaysia.
3.5 Memberi ruang kepada murid prasekolah menzahirkan rasa cintakan negara
melalui aktiviti yang dirancang.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
2
4.0 CADANGAN AKTIVITI
4.1 Membuat makanan tradisional.
4.2 Membuat bendera menggunakan pasir halus/ beras yang diwarnakan.
4.3 Membuat kolaj bunga raya.
4.4 Mendengar cerita / bercerita tentang cerita rakyat pelbagai kaum
masyarakat Malaysia.
4.5 Main peranan - cara makan pelbagai kaum.
4.6 Permainan kecil menggunakan alatan permainan tradisional.
4.7 Memakaikan patung kertas mengikut kaum dengan pakaian tradisional.
4.8 Membuat patung wayang kulit / wau.
4.9 Menggantung bendera, tanglung, angpau, ketupat, bunga malai, kad ucapan
dan lain-lain.
4.10 Mempamerkan hasil kerja murid – bendera, kad ucapan, kolum, tanglung,
kolaj bunga raya, anyaman ketupat, bunga malai dan lain-lain.
5.0 PENUTUP
Pembinaan Sudut 1Malaysia dan Grafity Area di prasekolah dapat memberikan
impak positif kepada semua warga prasekolah khasnya dan warga sekolah khususnya.
Guru akan lebih kreatif dan semua hasil murid dapat dipamerkan. Peranan ibubapa dan
agensi lain perlu digalakkan bagi menjayakan projek ini.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
3
AKTIVITI 2
SAMBUTAN HARI MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati
penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada
tahun 1963. Pelbagai sambutan diatur bagi memperingati detik bersejarah itu. Sambutan
juga berfokus kepada acara yang bersifat pengukuhan perpaduan dan persefahaman antara
kaum serta pengiktirafan kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan,
sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan murid-murid yang mampu menghayati pengorbanan pemimpin negara
terdahulu yang banyak berjasa dalam penubuhan negara Malaysia. Seterusnya melahirkan
rakyat Malaysia yang cintakan negara serta mampu mempertahankan maruah dan
kedaulatan negara dari anasir-anasir dalam dan luar yang boleh menghancurkan negara
pada bila-bila masa.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Murid mengamalkan nilai perpaduan dan persefahaman antara kaum.
3.2 Murid faham keperluan saling menghormati sosio budaya sesuatu kaum di
Malaysia.
3.3 Murid mendapat pendedahan berkenaan tokoh negara dan sejarah Malaysia.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
4
4.0 CADANGAN AKTIVITI
4.1 Persembahan murid-murid prasekolah
4.2 Sukaneka (permainan tradisional)
4.3 Sumpit belon (penyedut minuman, lidi sate) - dimasukkan ke dalam
sukaneka
4.4 Permainan kabadi - dimasukkan ke dalam sukaneka
4.5 Permainan biji saga - dimasukkan ke dalam sukaneka
4.6 Gusti lengan - dimasukkan ke dalam sukaneka
4.7 Nyanyian lagu (Jong-Jong Inai, Suranggani, Puteri Santubung – CD tahun
satu KSSR)
4.8 Tayangan slaid Sejarah Penubuhan Malaysia
4.9 Persembahan : Pertunjukan / pertandingan fesyen (pelbagai kaum)
4.10 Pertandingan mewarna
4.11 Pertandingan membina Peta Malaysia menggunakan plastersin atau kolaj
daripada bahan-bahan terbuang seperti kulit kerang, biji asam jawa, biji saga
dan lain-lain
4.12 Puzzle bendera negeri yang terdapat di Malaysia (14 buah negeri)
4.13 Kuiz mudah
5.0 PENUTUP
Program ini dilaksanakan bagi memastikan haluan negara benar-benar dapat
mencapai keunggulan dan kelangsungan masa depan yang cemerlang, gemilang dan
terbilang bagi memenuhi hasrat wawasan 2020. Ini selaras dengan hasrat Perdana
Menteri Malaysia iaitu menjadikan Gagasan 1Malaysia sebagai teras pentadbiran bagi
memupuk perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dari
Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda
dapat dibentuk dari peringkat prasekolah lagi. Kefahaman yang tepat mengenai asal usul
kemerdekaan dan pembentukan Malaysia dapat meningkatkan lagi rasa tanggungjawab
dan kecintaan terhadap tanah air.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
5
AKTIVITI 3
PERAYAAN 1MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap
diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini
perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,
selamat dan makmur. Melalui sambutan perayaan 1Malaysia semua murid prasekolah
dapat didedahkan kepada kepelbagaian sambutan perayaan kaum tertentu di Malaysia.
2.0 MATLAMAT
Matlamat perayaan 1Malaysia ini adalah bagi memupuk dan mengukuhkan
perpaduan nasional antara murid prasekolah melalui aktiviti yang disusun dengan
mengambilkira kepelbagaian kaum di Malaysia. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan
ini menjadi fokus utama untuk diterapkan kepada murid-murid sejak di prasekolah. Tanpa
usaha tersebut Malaysia sebagai negara yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak mampu
mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.
3.0 OBJEKTIF
Objektif sambutan perayaan 1Malaysia ini diadakan ialah untuk meraikan
perayaan kaum-kaum tertentu oleh semua murid prasekolah. Murid prasekolah tidak
hanya didedahkan kepada perayaan 1Malaysia malah mereka juga dapat mengenal
kepelbagaian kaum melalui jenis pakaian, makanan dan kraftangan tradisi kaum di
Malaysia.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
6
4.0 CADANGAN AKTIVITI
4.1 Sesi Suaikenal
4.2 Persembahan Pakaian Tradisional
4.3 Membuat Kraftangan
4.4 Persembahan Tarian Tradisional
5.0 PENUTUP
Dalam konteks negara Malaysia yang berbilang kaum, kebudayaan dan adat
resam, perayaan 1Malaysia menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan
dengan penyertaan murid-murid prasekolah, pendidik, pentadbir dan masyarakat yang
berbilang kaum. Semangat dan nilai-nilai murni sejagat yang terdapat dalam perayaan
1Malaysia seperti berbudi bahasa, hormat menghormati dan penghargaan terhadap rakan
sebaya serta orang tua, bersopan santun dan bersyukur adalah nilai teras pembentukan
masyarakat yang berbudi bahasa. Oleh itu, warga pendidik seharusnya lebih peka
terhadap pentingnya menyemai semangat perpaduan antara kaum sejak di peringkat awal
lagi melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat sekolah seperti perayaan
1Malaysia.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
7
AKTIVITI 4
LAWATAN PRASEKOLAH 1MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Program lawatan prasekolah 1Malaysia bertujuan memberi pendedahan pembelajaran di
luar bilik darjah kepada murid-murid prasekolah. Selain memupuk nilai kerjasama semasa
lawatan, murid juga boleh belajar berinteraksi, berdisiplin dan memikul tanggungjawab menjaga
keselamatan diri dan rakan-rakan ketika melaksanakan aktiviti. Program lawatan ini juga dapat
memberi nilai tambah kepada pengurusan prasekolah justeru memberi impak positif kepada
perkembangan murid prasekolah untuk terus memacu kecemerlangan kelas prasekolah itu sendiri.
2.0 MATLAMAT
Program lawatan ini diadakan bagi menyuburkan potensi murid-murid prasekolah
dalam semua aspek perkembangan serta memupuk sikap positif agar mereka menjadi
seorang ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menimbulkan keseronokan melalui penerokaan.
3.2 Mengembangkan daya pemikiran murid-murid Prasekolah.
3.3 Menambah ilmu pengetahuan, maklumat dan dapatan melalui pengalaman sendiri.
3.4 Bertukar-tukar maklumat, idea dan dapatan di kalangan ahli lawatan.
3.5 Perkongsian pintar dapat direalisasikan semasa program lawatan dijalankan.
3.6 Murid dapat bercerita dan berkongsi pengalaman tentang program lawatan yang
disertainya.
4.0 SASARAN
Semua murid prasekolah dan ibubapa
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
8
5.0 TEMPOH / TARIKH LAWATAN
Program lawatan sehari
6.0 TEMPAT LAWATAN
Cadangan sekolah ( pemilihan tempat lawatan bersesuaian dengan tema 1Malaysia.
Contoh : Muzium Orang Asli, tempat-tempat beribadat pelbagai kaum, lawatan ke Kompleks
Kebudayaan dan Kraftangan )
7.0 STRATEGI PELAKSANAAN
7.1 Pelaksaaan program ini akan melibatkan kerjasama di semua peringkat, di
mana guru-guru yang berpengalaman akan bertindak sebagai guru pengiring
manakala guru-guru lain akan bertindak sebagai AJK kecil seperti AJK
Pendaftaran.
7.2 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan bidang tugas Ahli Jawatankuasa
Pelaksana yang dicadangkan akan terlibat di dalam program ini seperti yang
tertera pada Jadual 1.
7.3 Senarai anggaran bagi perbelanjaan bagi program ini telah dirancang bagi
melancarkan perjalanan aliran kewangan dan juga sebagai panduan
perbelanjaan seperti yang tertera pada Jadual 2.
7.4 Jadual / atur cara perlaksanaan program telah disusun bagi melancarkan
perjalanan aktiviti dan juga sebagai panduan melaksanakan program seperti
yang tertera pada Jadual 3.
Contoh surat kebenaran dari ibu / bapa / penjaga untuk menyertai program
ini tertera pada Contoh 1.
8.0 PELAN TINDAKAN
8.1 Mengadakan mesyuarat berhubung dengan lawatan
8.2 Menyediakan kertas kerja lawatan
8.3 Mengemukakan kertas kerja kepada Guru Besar
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
9
8.4 Menulis surat ke tempat yang akan dilawati untuk memohon kebenaran
lawatan
8.5 Sebarkan maklumat kepada peserta tentang cadangan aktiviti seperti tempat,
tambang dan sebagainya
8.6 Dapatkan senarai nama peserta dan lengkapkan semua maklumat dalam
borang PPS 57 (Seperti dilampirkan)
8.7 Dapatkan kebenaran ibubapa / penjaga peserta yang ingin menyertai lawatan
8.8 Hantar borang permohonan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengikut
tarikh yang ditetapkan
8.9 Bincang dengan pihak pengangkutan dan buat tempahan kenderaan
8.10 Beri taklimat kepada peserta secara terperinci tentang aktiviti, tugasan,
peraturan, pakaian dan sebagainya.
8.11 Beri taklimat terakhir kepada para peserta sebelum bertolak.
9.0 AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Guru Besar
Pengerusi : GPK 1
Naib Pengerusi: GPK HEM
Setiausaha : Guru Prasekolah
Bendahari : Guru Prasekolah / Pembantu Pengurusan Murid
AJK : Ibubapa
Pembantu Pengurusan Murid
10.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
10
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
11.1 Pengangkutan (contoh: bas - boleh menggunakan peruntukan PCG atau
peruntukan Kokurikulum Prasekolah)
11.2 Makan minum (boleh berbelanja dengan peruntukan makanan harian
prasekolah)
11.3 Tiket masuk ( jika berkaitan)
12.0 HARAPAN
Diharapkan apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar, murid-murid
mendapat ilmu pengetahuan dengan pengalaman yang sebenar. Diharapkan juga lawatan
sambil belajar ini meninggalkan kesan yang mendalam dan positif dalam diri murid-
murid serta kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Lawatan ini juga diharapkan
dapat memberi nilai tambah iaitu memupuk sikap kerjasama, nilai persahabatan dan
pemuafakatan antara murid prasekolah selaras dengan konsep 1 Malaysia. Bak kata
pepatah Melayu jauh perjalanan luas pandangan.
13.0 PENUTUP
Pelaksanaan program lawatan ini merupakan aktiviti yang menyumbang kepada
impak positif konsep 1Malaysia dalam kalangan murid-murid prasekolah. Melalui nilai
kerjasama, toleransi dan bertanggungjawab dapat meningkatkan jati diri murid sebagai
warganegara Malaysia.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
11
LAMPIRAN
JADUAL 1
Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA & BIDANG TUGAS
BIL JAWATAN BIDANG TUGAS
01. Penasihat Mempengerusikan mesyuarat
02. Naib Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat
03. Penyelaras / Guru Pengiring Menyelaras semua perkara. Merupakan ketua
yang mengelolakan hari lawatan.
06. Setiausaha / Guru Pengiring Mencatat semua perkara dalam bentuk yang
formal seperti minit mesyuarat.
07. Bendahari / PPM Menguruskan semua tugas dalam bentuk
kewangan.
08. AJK Pendaftaran / PPM Mendaftar peserta bagi memastikan mereka
menyertai lawatan yang telah dirancang.
09. AJK Keselamatan & Disiplin Menguruskan peserta yang memerlukan
rawatan,menjaga keselamatan peserta dan
memastikan segalanya berada dalam keadaan
terkawal.
10. AJK Dokumentasi Merakamkan peristiwa pada hari lawatan dan
menyiapkan dokumentasi. Memastikan
peralatan seperti kamera dibawa semasa hari
lawatan.
11. AJK Pengangkutan Membuat tempahan pengangkutan,
memastikan pengangkutan mencukupi pada
hari lawatan dan memastikan pengangkutan
berada dalam keadaaan yang selamat.
12. AJK Makanan Menyediakan makanan untuk murid-murid.
Mengawal murid-murid semasa makan.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
12
JADUAL 2
PERATURAN-PERATURAN (PELANCONGAN) SEKOLAH 1957
Borang-borang permohonan untuk perkara di atas hendaklah dibuat dalam 4 salinan
ditambah 2 salinan lagi bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati dan disampaikan ke
Pejabat Pelajaran Daerah 5 minggu sebelum tarikh pelancongan.
Nama Sekolah :
Nama Guru Besar :
Nama Guru Yang Mengelolakan Pelancongan:
Tujuan Perlancongan :
Nama-Nama Guru Yang Membantu :
Jenis Kenderaan : (Nyatakan bas sekolah / bas biasa)
Tempat-Tempat Yang Dilawati :
Nama Tempat Tarikh Nama dan Alamat
( Tandatangan Guru Besar )
Punca pendapatan wang :
Nama dan keterangan mereka yang diberi kuasa untuk mengutip dan membelanjakan wang :
Bil. Nama Jawatan No K/P Umur Alamat
1.
2.
Senarai nama guru, murid dan peserta lawatan.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
13
JADUAL 3
Contoh : ATUR CARA PROGRAM
HARI MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
8.00 – 8.30 pg
8.30 – 10.30 pg
10.30 – 11.00 pg
11.00 – 4.00 ptg
4.00 – 4.30 ptg
4.30 – 6.30 ptg
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
14
CONTOH 1
CONTOH SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
(Sila tulis semua maklumat yang dikehendaki dengan lengkap)
Nama penuh murid : ………………………………………………………….
No. Surat Beranak : ………………………………………………………….
Jantina : ………………………………………………………….
Umur : ………………………………………………………….
Tahun / Darjah : ………………………………………………………….
Kelab / Persatuan : …………………………………………………………. ..
Alamat Rumah : ………………………………………………………….
.…………………………………………………………
………………………………………………………….
No. telefon : ………………………………………………………….
(yang mudah dihubungi)
Maklumat penyakit : …………………………………………………………...
Saya ……………………………………..membenarkan anak/ jagaan saya mengikuti Program
Lawatan ke .........................…........................................................................... anjuran
Prasekolah………………………. Saya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap
pihak sekolah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas anak/ jagaan saya. Saya
percaya segala langkah keselamatan akan diambil oleh pihak sekolah dalam menangani masalah
ini.
Yang benar,
…………………………………..
( )
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
15
AKTIVITI 5
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
1.0 PENGENALAN
Aktiviti ini memberi fokus kepada konsep perpaduan negara dengan menerapkan
konsep integrasi nasional melalui proses penyatuan antara kaum yang berbeza latar
belakang agar menjadi satu masyarakat yang terikat dengan norma dan nilai yang
dikongsi bersama. Prasekolah merupakan landasan terbaik untuk menyemai nilai
perpaduan.
Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan pada setiap bulan Ogos mengikut tema yang
ditetapkan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid. Di samping itu,
aktiviti tersebut hendaklah selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
melalui penyertaan dalam bidang kurikulum mahu pun kokurikulum.
2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan warga yang setia kepada negara, prihatin dan berbangga sebagai
rakyat Malaysia.
2.2 Boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat yang
harmonis, bersatu padu, demokratik dan progresif.
2.3 Menggalakkan pihak sekolah supaya menganjurkan aktiviti untuk murid-
murid prasekolah yang boleh memberi pengukuhan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
16
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan murid prasekolah menghayati nilai-nilai kecintaan dan
patriotisme terhadap Negara.
3.2 Murid-murid dapat mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan
mereka dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan
Negara.
4.0 CADANGAN AKTIVITI
BIL PERTANDINGAN PELAKSANAAN CATATAN
1. Buku Skrap Pengisian dalam buku skrap
- Tokoh-tokoh pejuang
kemerdekaan
- Pakaian tradisonal /
etnik
- Bendera negeri-negeri
- Sukan dan Permainan
- Muzik dan Tarian
Pertandingan
secara
individu atau
berkumpulan
2. Pakaian Beragam
1Malaysia
Dilaksanakan pada sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat
sekolah
Peserta
dikehendaki
menggayakan
pakaian
pelbagai etnik
3. Deklamasi Puisi Persembahan dalam bentuk
pantun, syair dan sajak.
Secara
individu
4. Mewarna Poster 1Malaysia Secara
individu
5.0 PENUTUP
Program ini diharapkan dapat menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan
murid prasekolah sebagaimana yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri. Selain itu,
diharapkan segala perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan baik serta
memenuhi objektif program ini.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
17
AKTIVITI 6
PENGUCAPAN BERTATASUSILA
1.0 PENGENALAN
Pendedahan pengucapan bertatasusila perlu disemai di peringkat prasekolah bagi
membentuk murid-murid prasekolah yang memiliki sahsiah yang baik. Pengucapan
bertatasusila bukan sahaja boleh ditiru menerusi perlakuan orang dewasa di sekeliling
mereka, amalan ini juga boleh diterapkan menerusi pendidikan dan aktiviti yang
bersesuaian.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan murid-murid yang mempunyai nilai dan budi pekerti yang tinggi dan
sentiasa mengamalkan pengucapan bertatasusila di dalam kehidupan seharian.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada murid supaya boleh melafazkan ucapan
bertatasusila dalam pelbagai bahasa.
3.1 Murid dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam pergaulan seharian.
4.0 CADANGAN AKTIVITI
4.1 Minggu Sopan Santun
Murid akan didedahkan dengan pengucapan bertatasusila dan amalan-
amalan yang baik.
Contoh Pengucapan Bertatasusila:
Apa khabar, Selamat pagi, Selamat petang, good morning, hello, terima
kasih, maaafkan saya, vanakam, nandri, ni hao ma, sei sei, tolong, sila,
izinkan dan sebagainya.
Penerapan Pengucapan Bertatasusila boleh dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
18
4.2 Kempen 3T (Tegur,Terima Kasih,Tolong)
Tatacara pengucapan bertatasusila antara guru dengan murid, murid dengan
rakan sebaya, murid dengan warga sekolah dan murid dengan masyarakat.
4.3 Pemilihan murid contoh
4.4 Sketsa
4.5 Pertandingan Mewarna / Koolam (Contoh: Tulisan terima kasih dan
sebagainya)
4.6 Pertandingan Teka Silangkata (Contoh: Tulisan terima kasih dan
sebagainya)
4.7 Tayangan video
Memaparkan nilai-nilai murni pelbagai kaum di Malaysia terutama
dalam bentuk animasi.
4.8 Kuiz
5.0 PENUTUP
Secara keseluruhan program ini dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar
bukan sahaja dari satu aspek tetapi merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
19
AKTIVITI 7
SAMBUTAN HARI APRESIASI TUNAS NEGARA
(HARI KECEMERLANGAN PRASEKOLAH)
1.0 PENGENALAN
Sambutan Hari Apresiasi Tunas Negara adalah acara tahunan sekolah bagi
mengiktiraf perkembangan murid secara holistik di sepanjang sesi prasekolah.
Penghargaan diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai tunjang pembelajaran
dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
2.0 MATLAMAT
Memupuk semangat keyakinan diri dalam kalangan murid-murid untuk
meningkatkan kualiti pembelajaran dan membina sahsiah serta menerapkan nilai-nilai
murni murid prasekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menghargai daya usaha dan ketrampilan murid.
3.2 Mengembangkan bakat dan potensi dalam diri murid.
3.3 Memupuk semangat daya saing.
3.4 Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang mengharumkan nama
sekolah.
3.5 Mengeratkan hubungan antara ibubapa / penjaga dengan pihak sekolah.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
20
4.0 CONTOH ANUGERAH
4.1 Anugerah murid cemerlang mengikut Tunjang
4.1.1 Tunjang Komunikasi
4.1.2 Tunjang Sains dan Teknologi
4.1.3 Tunjang Fizikal dan Estetika
4.1.4 Tunjang Kemanusiaan
4.1.5 Tunjang Kerohanian dan Moral
4.1.6 Tunjang Ketrampilan Diri
4.2 Anugerah Kehadiran
4.3 Tokoh Murid
5.0 PENUTUP
Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus sebagai
pengiktirafan terhadap hasil perubahan positif murid sepanjang berada di kelas
prasekolah.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
21
AKTIVITI 8
KEM BESTARI 1MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Kem Bestari 1Malaysia adalah satu program yang dapat membentuk generasi
muda yang berdisiplin, bersikap positif, mengamalkan nilai-nilai murni dan penyayang
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Dengan adanya pelaksanaan Kem Bestari
1Malaysia ini diharapkan dapat memberi pendekatan secara menyeluruh kepada kanak-
kanak prasekolah yang terdiri daripada pelbagai keturunan, latar belakang dan gaya
hidup. Melalui kem ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan maklumat asas tentang
budaya, adat resam, pantang larang dan sensitiviti pelbagai kaum di Malaysia. Sasaran
bagi Kem Bestari 1Malaysia ialah kanak-kanak prasekolah dari SK, SJKT dan SJKC.
(Cadangan : gabungan dengan prasekolah lain )
2.0 MATLAMAT
Melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan
keperibadian yang unggul, muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif
dan bersepadu di samping dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Merapatkan hubungan sesama murid di antara pelbagai kaum.
3.2 Mengukuhkan nilai-nilai kerjasama dan memahami adat dan budaya kaum-
kaum di Malaysia.
3.3 Mengamalkan semangat toleransi dan semangat persaingan yang sihat dalam
setiap pertandingan.
3.4 Menanamkan sifat kecintaan terhadap alam sekitar.
3.5 Mencungkil bakat dan potensi diri dalam kalangan murid prasekolah.
3.6 Penglibatan ibubapa, komuniti dan masyarakat setempat.
3.7 Berkongsi pengalaman bersama rakan.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
22
4.0 CADANGAN AKTIVITI BERKUMPULAN
4.1 Senamrobik / Senamseni.
4.2 Kibar Jalur Gemilang dan Nyanyian Lagu Patriotik.
4.3 Mencari Harta Karun (item/barang berkaitan 1Malaysia contoh bendera,
pakaian tradisional kaum, kad gambar makanan mengikut kaum dan lain-
lain).
4.3 Mengumpul bahan kitar semula (Mengasingkan bahan plastik, kertas dan
kaca, membuat kolaj atau binaan).
5.0 PENUTUP
Pelaksanaan kem ini dapat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu
pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, muhibbah serta mampu
menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
23
AKTIVITI 9
KENEGARAAN
1.0 PENGENALAN
Kenegaraan berkait rapat dengan semangat tinggi dan sikap prihatin serta
pemahaman terhadap sejarah dan hal ehwal perjuangan memartabatkan dan
mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Murid-murid prasekolah perlu
didedahkan dengan modul kenegaraan supaya dapat menjadi pemangkin kepada
pengamalan nilai-nilai cintakan negara.
Tunjang utama kepada pelaksanaan modul ini adalah prinsip Rukun Negara iaitu :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
2.0 MATLAMAT
Melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek
dan sosial seiring dengan penerapan konsep kenegaraan dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menanamkan nilai kepercayaan kepada Tuhan serta menghargai semua
anugerah ciptaanNya.
3.2 Memupuk semangat taat dan cinta kepada Raja serta Negara.
3.3 Mematuhi peraturan dan undang-undang Negara.
3.4 Mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian.
MODUL AKTIVITI 1MALAYSIA PERINGKAT PRASEKOLAH
24
4.0 CADANGAN AKTIVITI
4.1 Menyanyi lagu Negaraku dan menaikkan bendera Malaysia setiap hari Isnin.
4.2 Melafazkan ikrar Rukun Negara.
4.3 Pertandingan mendeklamasi sajak.
4.4 Pameran yang berkonsepkan kenegaraan.
4.5 Tayangan mengenai Rukun Negara, berunsur patriotik.
4.6 Penubuhan Kelab Tunas Rukun Negara.
5.0 PENUTUP
Rukun Negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang
kaum ke arah pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat
seterusnya melahirkan sebuah Negara Malaysia yang bersatu padu, demokratik, adil,
liberal dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.