Post on 06-Dec-2014
description
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA MURID TAHUN EMPAT DEDIKASI MENGGUNAKAN
ALAT PERMAINAN PUZZLE
SITI SARIZAH BINTI MD SARIL
880426-01-5284
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN
UNTUK PERHATIAN:
ENCIK WAN AHMAD ABDUL HAKIM BIN WAN DAGANG
2011
ISI KANDUNGAN
BIL
i.
ii.
iii.
PERKARA
PENGHARGAAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
MUKA SURAT
i
ii
iii
1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
1
1-6
5-8
2. FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
9
9-11
11-14
3. OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Am
3.2 Objektif Khusus
3.3 Soalan Kajian
15
15
15
15
4. KUMPULAN SASARAN 16-17
5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian
5.5 Kos Kajian
18
18-20
21-31
32-35
36
37
6. BIBLIOGRAFI 38-39
PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Sejuta penghargaan saya hadiahkan kepada setiap individu yang terlibat dalam
menyiapkan Tugasan ini . Walaupun pelbagai cabaran serta kesukaran yang berlaku
sepanjang menyiapkan kerja ini tetapi perkara itu hanyalah sebagai penguat semangat
saya untuk memberikan yang terbaik dalam menghasilkan kertas cadangan ini.
Pertama kalinya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah dan kurniaNya memberikan keupayaan kepada saya untuk menyempurnakan
tugasan ini. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah yang dihormati iaitu
EN. WAN AHMAD ABD HAKIM B. WAN DAGANG dari Jabatan Kajian Sosial amat
saya hargai. Tanpa bimbingan beliau dan beberapa pensyarah lain pastinya tugasan
ini bertambah rumit untuk saya siapkan. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa
yang telah memberikan sokongan teguh untuk saya menyiapkan tugasan ini serta
mendoakan kejayaan anaknya di sini. Seterusnya, kepada rakan-rakan seperjuangan
yang turut membantu dalam setiap permasalahan yang timbul. Kalian banyak
membantu dalam berkongsi bahan maklumat samada dari sumber buku-buku mahupun
dari internet.. Semoga segala usaha yang saya lakukan sepanjang menghasilkan kerja
kursus ini akan mendapat manfaatnya kelak.
Sesungguhnya tiada apa yang dapat saya berikan bagi membalas jasa anda
semua melainkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah yang
akan dapat membalas jasa baik anda semua. Pastinya setiap perkara baik akan
mendapat ganjaran setimpal dari Allah. Insya Allah hendaknya.
Sekian, Terima kasih.
SENARAI JADUAL
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.Jadual 1 : Latar Belakang Kumpulan Sasaran
17
2.Jadual 2: Borang Temu Bual
27
3.Jadual 3 : Borang Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
29
4.Jadual 4 : Borang pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.
34
5.Jadual 5 : Perancangan Pelaksanaan Kajian.
36
6.Jadual 6 : Kos Kajian.
37
SENARAI RAJAH
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Rajah 1 : Set alat permainan puzzle. 10
2. Rajah 2 : Contoh Histogram 32
1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata
pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada
masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini,
mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta
keperluan masa depannya. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan
masyarakat di sekelilingnya. Manakala, kewarganegaraan merujuk kepada hubungan
individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik,
kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu
perpaduan, pemahaman dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui
kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat , boleh bekerjasama
dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia,
menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan
menyumbang kepada pembangunan.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada
murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat, untuk
melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, serta boleh
menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, dan negara.
Dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini terbahagi
kepada enam tema. Tema yang pertama dan kedua dalam matapelajaran ini ialah
“Sayangi Diri” dan “Sayangi Keluarga”. Manakala, tema ketiga dan keempat ialah
“Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat” dan “Kenali Budaya Malaysia”. Tema
kelima dan keenam pula ialah “Malaysia Negaraku” dan “Sedia Hadapi Cabaran”.
Kajian yang akan dijalankan ini berkait dengan unit pertama dalam tema “Malaysia
Negaraku” iaitu tentang tajuk “Benderaku”.
Umumnya, bendera menurut Kamus Dewan edisi keempat bermaksud sepotong
kain (biasanya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai
lambang sesebuah negeri. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini memberi
tumpuan utama pada isu perpaduan, pengetahuan am dan pemahaman kepelbagaian
budaya masyarakat Malaysia. Justeru, kajian ini juga bersabit dengan elemen
patriotisme kerana melibatkan pengetahuan am tentang Negara iaitu tentang bendera.
Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Negara secara tidak langsung akan
melibatkan semangat patriotik. Dengan mengenali bendera negeri-negeri, murid-murid
akan mengingati setiap nama negeri-negeri di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia
umumnya dan juga sebagai guru khususnya, adalah menjadi satu kebanggaan kepada
kita apabila melihat anak-anak didik kita pada masa kini sudah pun mengenal setiap
nama bendera negeri-negeri di Malaysia. Apabila sudah mengenal bendera dan nama
negeri-negeri, murid dipupuk pula dengan nilai cintakan negara, menghargai serta
menghormati negeri-negeri lain.
Bagi memastikan murid-murid dapat mempelajari tajuk ini secara berkesan,
salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai ialah kaedah
permainan. Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi P&P yang efektif
terutamanya bagi kanak-kanak. Permainan boleh diintegrasikan dalam aktiviti P&P
untuk meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak serta usaha untuk menyelesaikan
sesuatu tugasan pembelajaran.
Menurut Mok Soon Sang (2009), main merupakan salah satu pengalaman
belajar kanak-kanak yang optimum kerana ia dapat memenuhi kriteria utama seperti
pembelajaran melalui pengalaman langsung, penglibatan diri secara aktif, dan
kebebasan belajar berdasarkan gaya belajar, gaya berfikir, minat kanak-kanak serta
masa yang mencukupi. Jean Piaget (1962) berpendapat terdapat tiga jenis bentuk
main yang sering dapat diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak iaitu main
sensorimotor, main dengan objek dan main simbolik. Main sensorimotor juga dikenali
sebagai main latihan, meliputi ulangan aktiviti-aktiviti sensorimotor yang telah
diasimilasi dalam struktur kognitif kanak-kanak. Main dengan objek pula hanya dapat
berlaku apabila kanak-kanak berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan
mainan.
Oleh yang demikian, saya telah memilih satu aplikasi permainan yang boleh
digunakan dalam P&P, iaitu permainan puzzle. Didapati bahawa kanak-kanak yang
berusia antara lima hingga lapan tahun lebih gemar bermain daripada membaca. Maka,
permainan puzzle yang menarik dan mesra pengguna ini dapat menarik minat kanak-
kanak bermain sambil belajar.
Disamping itu, kanak- kanak yang kurang menguasai kemahiran membaca juga
dapat menggunakan permainan puzzle ini untuk meningkatkan kemahiran mereka
disamping merangsang pemikiran mereka sambil berhibur. Puzzle merupakan satu alat
permainan berstruktur. Saya menggunakan alat permainan puzzle dalam kajian ini
kerana permainan ini dapat menguji tahap pemikiran murid-murid dan menggalakkan
murid berfikir. Puzzle merupakan satu bahan visual yang mempunyai pecahan gambar-
gambar yang dimainkan dengan cara mencantumkan kembali pecahan-pecahan
tersebut membentuk satu visual.
Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard A. Huber (1978) dalam
kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To
Groups, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan
menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan semangat murid-murid untuk
bekerjasama dalam kumpulan mereka. Dalam melakukan aktiviti ini akan berlakunya
interaksi antara mereka dan membuatkan aktiviti ini kelihatan lebih menarik dan
menyeronokkan.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Sewaktu menjalani praktikum fasa (II) di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh, saya
ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan untuk Tahun 4. Semasa saya mengajar Tahun 4 Dinamik untuk tajuk
“Mengenal Bendera Negeri-Negeri di Malaysia”, saya dapati murid-murid mengalami
masalah untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Tambahan pula Tahun 4
Dinamik pada waktu itu merupakan kelas terakhir untuk aliran Tahun 4.
Saya dapati, majoriti mereka gagal mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia
dengan baik. Sedangkan bendera negeri Terengganu itu sendiri mereka tidak kenal,
inikan pula bendera negeri-negeri lain. Masalah seperti ini turut berlaku apabila saya
menjalani praktikum fasa (III) di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri. Sekolah ini
mempunyai tiga kelas untuk setiap aliran dan saya ditugaskan untuk mengajar
matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 Dedikasi. Kelas ini merupakan
kelas ketiga selepas Tahun 4 Cemerlang dan 4 Bestari. Pencapaian bagi kesemua 25
orang murid-murid dalam kelas ini adalah pada tahap lemah.
Apa yang membimbangkan saya ialah, murid-murid di dalam kelas ini masih lagi
lemah untuk mengenal bendera Negeri-Negeri di Malaysia. Sewaktu pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, saya menggunakan kaedah visual ruang. Menurut Alan
Grant (2007) dalam kajiannya tentang Constructing Meaning Through Visual Spatial
Activities, beliau mendapati bahawa pertama; murid-muridnya lebih mudah mengingati
gambar-gambar yang telah mereka hasilkan. Kedua; ia telah digunakan sebagai titik
percakapan dalam wawancara seterusnya.
Walau bagaimanapun, teori ini tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam P&P saya.
Walaupun saya telah menunjukkan satu persatu gambar-gambar bendera yang saya
muat turun daripada internet, murid-murid masih lagi tidak dapat mengenal bendera
dengan baik. Apabila saya menunjukkan gambar bendera negeri Terengganu, ada
yang menjawab itu adalah “bendera Kuala Besut”.
Saya berasa sedikit terkejut dan kasihan kepada mereka kerana mereka tidak
mengenali bendera negeri mereka sendiri. Walau bagaimanapun, saya dapati masih
lagi terdapat segelintir daripada mereka yang berjaya mengenal bendera negeri-negeri
dengan baik. Selain gagal mengenal nama bendera, murid-murid ini juga tidak tahu
untuk menamakan negeri-negeri dengan nama yang betul. Apabila diminta menyebut
negeri-negeri di Malaysia ada diantara mereka menyebut “Pulau Langkawi”, “Kuala
Besut”, “Jerteh” dan “Pulau Redang” sebagai negeri. Apabila saya bertanyakan tentang
keadaan itu, mereka menjawab “ alah cikgu, nanti bila dah besar kami tahu lah….”.
Saya lihat mereka seolah-olah tidak mengambil peduli langsung akan pengetahuan
tentang tanah air sendiri.
Selain itu, mereka juga mengeluh dan mengatakan “ susah nak ingat cikgu,
banyak sangat negeri di Malaysia ini, warna bendera pun lain-lain..” .Saya juga
menyedari bahawa murid-murid dalam kelas ini masih ramai yang lemah dalam
mengeja dan membaca. Mereka sebenarnya boleh mengeja dan membaca tetapi masih
lagi tidak lancar. Ada di antara mereka yang masih keliru untuk mengenal bendera
terutamanya negeri Perlis, Perak dan Pahang kerana bilangan jalur yang hampir sama.
Akibatnya, proses P&P yang dijalankan pada hari itu tidak dapat mencapai
objektif seperti yang diharapkan kerana majoriti murid-murid saya gagal mengenal
bendera dengan baik. Mereka pula kurang memberikan tumpuan semasa pengajaran
berlangsung. Ini mungkin disebabkan oleh bahan bantu mengajar yang saya gunakan
itu kurang menarik perhatian murid-murid. Saya terfikir adakah mereka mungkin
menginginkan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokan untuk tajuk ini.
Saya merasakan bahawa saya harus mengubah gaya pengajaran saya kepada
gaya pengajaran yang lebih baik dan menarik. Tujuan utama saya ingin mengubah
gaya pengajaran adalah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam mengenal
bendera negeri-negeri di Malaysia. Saya akan mengubah pengajaran dengan
menggantikan bahan visual tadi kepada bahan bantu mengajar yang lebih menarik iaitu
puzzle.
Puzzle merupakan satu alat permainan berstruktur. Saya menggunakan alat
permainan puzzle dalam kajian ini kerana ia dapat menguji tahap pemikiran murid-
murid dan menggalakkan murid berfikir. Puzzle merupakan satu bahan visual yang
mempunyai pecahan gambar-gambar yang dimainkan dengan cara mencantumkan
kembali pecahan-pecahan tersebut membentuk satu visual.
Menurut ahli psikologi Howard Gardner (1993) dalam bukunya Frames of Mind;
beliau telah mengklasifikasikan tentang kecerdasan pelbagai kanak-kanak. Beliau
mengatakan bahawa :
“Spatial. These children think in images and pictures. They may be fascinated with mazes or jigsaw puzzles, or spend free time drawing, building with Leggos or daydreaming”.
(FRAMES OF MIND, 1993)
.Objektif utama permainan puzzle ini adalah untuk merangsang pemikiran kanak-kanak
untuk menyelesaikan masalah dengan mencantumkan imej, ikhtibar dan pengajaran
kepada kanak-kanak melalui cerita serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk
membaca sambil berhibur di samping mengenal bentuk-bentuk puzzle.
Berbanding pengajaran lama, pengajaran baru ini akan melibatkan murid secara
aktif melalui aktiviti berkumpulan. Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard
A. Huber (1978) dalam kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make
Meaningful Assignments To Groups, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat
menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan
semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka. Dalam melakukan
aktiviti ini akan berlakunya interaksi antara mereka dan membuatkan aktiviti ini
kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan.
Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk belajar. Murid yang pasif akan
menjadi aktif kerana mereka semua terlibat sama dalam aktiviti. Dalam aktiviti
berkumpulan, sudah tentulah akan berlakunya komunikasi dan interaksi antara mereka.
Saya merasakan adalah amat perlu untuk saya membuat perubahan. Sekiranya saya
tidak memperbetulkan keadaan ini, saya pasti bahawa murid-murid kelas ini masih lagi
tidak dapat mengenal bendera-bendera negeri di Malaysia dan akhirnya pada masa
hadapan semangat patriotisme di kalangan generasi muda semakin luntur.
2. FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
Kajian yang akan saya jalankan ini member fokus kepada murid-murid Tahun 4
Dedikasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri, Jerteh. Kajian ini hanya melibatkan 25
orang murid sahaja. Kajian yang saya jalankan ini adalah untuk membantu murid-murid
ini mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia melalui kaedah bermain dengan
menggunakan alat permainan puzzle. Ini adalah kerana alat permainan puzzle ini bukan
sahaja menyeronokkan murid-murid sekolah rendah, malah ia juga dapat meningkatkan
kemahiran mereka untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia; iaitu apabila
mereka sendiri yang mencantumkan pecahan-pecahan puzzle tersebut.
Untuk tajuk pengajaran pula, saya hanya fokuskan kepada tajuk “Mengenal
Bendera Negeri-Negeri Di Malaysia”. Kajian ini tidak melibatkan tentang kedudukan
negeri-negeri dalam peta Malaysia, jata-jata negeri dan tempat-tempat menarik yang
terdapat di setiap negeri. Ini adalah kerana fokus utama saya adalah untuk membantu
murid mengenal bendera dahulu.
Saya ingin melihat mereka semua mengenal bendera negeri-negeri dengan baik
kerana seharusnya pada usia sebegini mereka sudah mengetahui akan perkara itu.
Masih belum terlambat sekiranya saya ingin mengambil tindakan pada masa sekarang
dan saya akan pastikan kajian ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif seperti
mana yang saya harapkan.
Walaupun isu ini tidaklah dianggap besar oleh rakan-rakan seperjuangan, tetapi
bagi saya ia merupakan pencetus kepada semangat patriotisme dalam kalangan murid-
murid. Ini adalah kerana apabila murid-murid tidak mengenali langsung bendera
negeri-negeri di Malaysia, manakan mereka akan mencintai tanah air mereka sendiri.
Sedangkan bendera negeri-negeri mereka tidak kenal, inikan pula untuk menyemai
rasa cintakan tanah air. Justeru, saya mengambil isu ini sebagai fokus kajian saya.
Melalui kajian ini saya akan menggunakan 5 set alat permainan puzzle seperti di dalam
Rajah 1.
Rajah 1 : Set alat permainan puzzle.
Saya ingin menjalankan kajian ini kerana saya ingin memperbaiki kelemahan-
kelemahan saya semasa mengajar serta meningkatkan kemahiran mereka bukan
sahaja untuk mengenal tetapi menghargai bendera-bendera negeri di Malaysia. Melalui
kaedah ini, murid-murid akan berasa seronok untuk belajar, murid-murid pula belajar
tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang belajar.
Selain itu, mereka juga belajar tanpa sebarang tekanan kerana pada hakikatnya
mereka sedang bermain. Tambahan pula guru pembimbing saya, iaitu Puan Ruhaiza
Bt. Jusoh juga menyokong usaha saya untuk menjalankan kajian ini. Beliau juga
bersetuju apabila saya mengatakan yang saya akan menggunakan alat permainan
puzzle dalam kajian yang akan saya jalankan.
Set puzzle yang disertai dengan warna-warna yang menarik ini juga akan secara
tidak langsung mempengaruhi mereka untuk menghafal fakta. Alat permainan puzzle
ini amat sesuai digunakan dalam P&P di sekolah. Saiznya sederhana kecil dan tidak
terlalu tebal memudahkan guru untuk mengendalikannya dan menyimpannya selepas ia
digunakan. Setakat ini saya bercadang untuk menggunakan modal sendiri bagi
mendapatkan set permainan ini. Ini adalah kerana perbelanjaannya tidaklah terlalu
mahal. Apa yang penting bagi saya ialah ia dapat membantu anak-anak murid saya
belajar dan mengenal bendera-bendera negeri serta objektif kajian saya tercapai.
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
Bahagian ini akan meninjau tentang hasil kajian berkaitan keberkesanan penggunaan
kaedah permainan dalam pengajaran. Antara aspek yang dibincangkan ialah beberapa
hasil kajian yang berkaitan dengan penggunaan kaedah permainan dalam pengajaran
dan kesannya terhadap pencapaian murid untuk meningkatkan kemahiran mengenal
bendera negeri-negeri di Malaysia.
Alat Permainan Puzzle
Terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan kaedah pengajaran berbantukan alat-
alat permainan serta kajian yang dibuat berkaitan kaedah permainan. Daripada kajian
lepas yang telah dibuat oleh Richard A. Huber ( 1978) dalam kajiannya yang bertajuk
Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups, beliau menyatakan
bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang
mempercepatkan semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka.
Dalam melakukan aktiviti ini akan berlaku interaksi sesama mereka dan membuatkan
aktiviti ini kelihatan lebih menarik dan menyeronokan.
Kaedah Permainan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Mengikut Vygotsky (1962) main membantu perkembangan bahasa dan
pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga
membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-
kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam kajian yang
telah dijalankan oleh Fauziah Md. Jaafar ( 2002 ) tentang Kepentingan Aktiviti Bermain
Di Dalam Pendidikan Prasekolah mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti bermain di
prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis permainan.
Asma (2001) dalam Fauziah Md. Jaafar (2002), dalam kajiannya Play In Brunei
Preschool Classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di Brunei lebih
memfokuskan pengajaran mereka pada konsep membaca, menulis dan mengira
berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa. Beliau telah membuat kajian
pelaksanaan main di tadika Brunei.
Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60 peratus guru-guru tadika tidak
bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak memberi
sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak.
Pada keseluruhannya, kesemua guru tadika yang dikaji, iaitu seramai 12 orang
menyatakan bahawa kanak-kanak ini perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi
pelajaran setiap hari, ‘chalk and talk’ dan pengajaran secara kelas. Ini sangat penting
bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun satu. Aktiviti bermain cumalah mengisi
masa yang terluang sahaja. Selain itu mereka membenarkan aktiviti ini hanya sebagai
alat untuk mengawal keadaan kelas yang terlalu bising.
Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mempercayai kepada frasa ‘`seven ways of knowing,
perceiving and understanding life’’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai
lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population).
Beliau juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi.
Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak
semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap
kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya
ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat
persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, warna dan
corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk
gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi.
Keberkesanan pembelajaran melalui aktiviti visual ruang turut dibuktikan oleh
seorang lagi pengkaji dari barat. Menurut Alan Grant (2007) dalam kajiannya tentang
Constructing Meaning Through Visual Spatial Activities, beliau mendapati bahawa
pertama; murid-muridnya lebih mudah mengingati gambar-gambar yang telah mereka
hasilkan. Kedua; ia telah digunakan sebagai titik percakapan dalam wawancara
seterusnya. Kanak-kanak berkebolehan menceritakan dan menggambarkan
pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang.
Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual
dan ruang secara grafik.
3. OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif kajian dibahagikan kepada objektif umum dan objektif khusus.:
3.1 Objektif Am
Untuk membantu murid-murid mengenal dan menghargai bendera negeri-negeri di
Malaysia menggunakan permainan puzzle dalam mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan.
3.2 Objektif Khusus
1) Mengenal pasti permainan puzzle dapat meningkatkan kemahiran murid mengenal
bendera negeri-negeri di Malaysia.
2) Mengenal pasti permainan puzzle boleh menjadi bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, menarik dan berkesan untuk
tajuk “Mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia”.
3.3 Soalan Kajian
1) Adakah permainan puzzle dapat meningkatkan kemahiran murid mengenal
bendera negeri-negeri di Malaysia?
2) Adakah permainan puzzle boleh menjadi bahan bantu mengajar dalam pengajaran
dan pembelajaran yang menyeronokkan, menarik dan berkesan untuk tajuk “Mengenal
bendera negeri-negeri di Malaysia”?
4. KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 4. Namun begitu, tidak semua murid-murid
Tahun 4 ini terlibat kerana saya hanya memfokuskan kepada murid-murid di Tahun 4
Dedikasi sahaja. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga dalam Tahun 4. Kesemua
murid dalam kelas ini, iaitu seramai 25 orang. Daripada jumlah itu, 15 orang
daripadanya merupakan murid lelaki; manakala selebihnya, iaitu 10 orang terdiri
daripada murid perempuan.
Dari segi kemahiran 3M, mereka masih lagi lemah. Ini dapat dikesan melalui
keputusan Ujian OTI 1 baru-baru ini. Menurut guru kelas Tahun 4 Dedikasi , terdapat 5
orang murid daripada kelas ini yang masih lagi lemah mengeja dan membaca. Dari segi
pencapaian dalam matapelajaran pula, pencapaian mereka sangat rendah. Tahap
kognitif mereka sangat lemah jika hendak dibandingkan dengan dua kelas sebelumnya.
Berdasarkan maklumat sekolah yang diperolehi, rata-rata murid dalam kelas ini
mempunyai latar belakang keluarga yang susah dan kurang berkemampuan.
Kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sendiri seperti bekerja kampung dan
bertukang. Selain itu, mereka juga kurang mendapat perhatian darpada ibu bapa yang
secara tidak langsung memberi kesan kepada pencapaian pelajaran mereka. Mereka
inilah yang menjadi kumpulan sasaran untuk kajian saya nanti. Untuk mendapatkan
kumpulan sasaran ini, saya akan menjalankan satu ujian pra. Kumpulan sasaran untuk
kajian ini akan dapat dikenalpasti selepas mendapat keputusan daripada ujian pra yang
dijalankan.
Hanya mereka yang tidak mencapai gred lulus untuk ujian pra ini akan menjalani
rawatan dalam kajian saya nanti. Latar belakang kumpulan sasaran dapat ditunjukkan
melalui Jadual 1.
Bil No. Daftar
Nama Murid Jantina Bangsa Pekerjaan Ibu Bapa
Ujian Pra %
Tahap Membaca
1. 5339 Ikhwan B. A. Hamid L M Swasta Baik
2. 5390 Mahmood Wafiy Bin Shihabuddin L M Kerajaan Sederhana
3. 5341 Mohamad Fakrul Hakimi B. Shukri L M Kerja sendiri Sederhana
4. 5342 Muhammad Adha Aiman B. Ruzaman L M Kerja sendiri Sederhana
5. 5391 Muhammad Alif Haikal Bin Mohd Narawi L M Kerajaan Sedrhana
6. 5343 Muhammad Amir B. Mohd Ridzuan L M Kerajaan Lemah
7. 5345 Muhammad Ezam B. Mat Narasik L M Kerajaan Lemah
8. 5346 Muhammad Faiz B. Suhaimi L M Swasta Sederhana
9. 5392 Muhammad Farid Bin Bazeli L M Kerajaan Baik
10. 5347 Muhammad Haizul B. Hamzah L M Kerja sendriri
Baik
11. 5348 Muhammad Hanif B. Ghazali L M Kerja sendiri Baik
12. 5349 Muhammad Rozaini B. Kadir L M Kerja sendiri Baik
13. 5396 Muhammad Syahrul Fahmi Bin Yasin L M Kerja sendiri Baik
14. 5399 Wan Muhammad Syakir Azim Bin Wan Razali
L M Kerja sendiri Sederhana
15. 5350 Zubair B. Md. Affandi Zulkhairi L M Kerajaan Sederhana
16. 5351 Noor Iwanina Aqilah Bt. Zailani P M Kerja sendiri Lemah
17. 5352 Nor Ashikin Bt. Rahim P M Swasta Sederhana
18. 5378 Nur Alyaa Izzati Binti Abd Halim P M Kerja sendiri Sederhana
19. 5354 Nur Arisa Nazifah Bt. Che Soh P M Kerja sendiri Sederhana
20. 5404 Nur Husnanajian Binti Hasim P M Swasta Sederhana
21. 5356 Nur Liyana Bt. Md. Nadzir P M Swasta Lemah
22. 5405 Nursyazlinna Idayu Binti Md Nawi P M Kerajaan Baik
23. 5357 Nurul Atikah Bt. Ibrahim P M Kerja sendiri Lemah
24. 5428 Nurul Fatihah Bt. Che Omar P M Kerja sendiri Sederhana
25. 5386 Siti Hajal Binti Azman P M Kerja sendiri Sederhana
Jadual 1 : Latar Belakang Kumpulan Sasaran
5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Dalam kajian ini, saya akan menjalankan P&P seperti biasa. Walau bagaimanapun,
saya akan menjalankan P&P ini secara berperingkat-peringkat. Ini bertujuan untuk
memudahkan murid-murid menerima isi pengajaran saya dengan lebih baik. Berikut
adalah antara langkah-langkah yang akan saya lakukan dalam kajian ini iaitu;
Langkah 1
Aktiviti 1: Menjalankan ujian pos. Murid-murid diminta menjawab soalan-soalan ujian ini
dalam masa 30 minit. Ujian ini dijalankan adalah untuk menentukan bilangan sebenar
kumpulan sasaran yang akan menerima rawatan. Keputusan ujian ini akan dianalisis
untuk melihat dan mendapatkan kumpulan sasaran.
Langkah 2
Aktiviti 2: Mencantumkan puzzle. Selepas mendapatkan kumpulan sasaran yang
sebenar, saya akan menjalankan P&P dengan menggunakan alat permainan puzzle.
P&P ini dijalankan selama satu jam. Pada peringkat ini, murid-murid akan dibahagikan
kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu set puzzle yang
berbeza-beza. Kumpulan satu akan diberikan set puzzle negeri-negeri pantai timur
Malaysia, kumpulan dua akan diberikan set puzzle negeri-negeri utara Malaysia,
kumpulan tiga pula akan diberikan set puzzle negeri-negeri pantai barat Malaysia;
manakala kumpulan empat dan lima akan diberikan set puzzle negeri-negeri selatan
Malaysia dan negeri-negeri Malaysia Timur.
Apabila kelima-lima kumpulan ini berjaya mencantumkan puzzle tersebut, mereka akan
melakukan penukaran alat permainan puzzle daripada kumpulan lain dan
mencantumkannya. Aktiviti diteruskan sehingga kelima-lima kumpulan ini sempurna
mencantumkan kelima-lima set puzzle yang berbeza-beza.
Langkah 3
Aktiviti 3: Persembahan Power Point hasil kerja murid. Untuk satu jam P&P berikutnya,
saya akan mengimbaskan hasil cantuman-cantuman puzzle yang telah dijalankan pada
aktiviti dua menggunakan mesin pengimbas. Kemudian saya akan menayangkannya
menggunakan pancaran Liquid Crystal Display (LCD). Murid-murid akan melihat hasil
kerja mereka dipaparkan di skrin besar. Dalam aktiviti ini, murid-murid diminta
menyebutkan setiap nama negeri-negeri yang ditunjukkan. Selepas itu, murid-murid
diminta untuk mengeja setiap nama negeri-negeri yang ditunjukkan tadi dengan tepat
dan betul. Sebelum menamatkan P&P, murid-murid akan bergerak kepada lima
kumpulan. Setiap kumpulan diminta mencamtumkan set puzzle yang mempunyai
kesemua bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia. Aktiviti ini adalah sebagai
pelengkap dan juga pengukuhan kepada murid-murid supaya mereka lebih mengenali
kesemua bendera negeri-negeri di Malaysia.
Pada akhir setiap P&P iaitu pada langkah dua dan tiga, saya akan menguji tahap
kemahiran murid dengan menggunakan lembaran kerja. Ini bertujuan untuk melihat
sejauh mana keberkesanan kaedah yang saya gunakan dan untuk melihat tahap
penguasaan murid terhadap isi pelajaran pada hari tersebut.
Langkah 4
Aktiviti 4: Menjalankan ujian pos. Untuk mengesan pencapaian dan penguasaan
terhadap rawatan yang telah diberikan; murid-murid diminta menjawab soalan-soalan
ujian pos yang diberikan dalam tempoh tiga puluh minit. Kesemua skrip jawapan murid-
murid untuk ujian ini akan dikumpul dan dianalisis bagi melihat perbezaan pencapaian
mereka dalam ujian pra dan ujian pos ini.
5.2 Perancangan Cara Pengumpulan Data
Untuk mencapai objektif kajian ini, saya menggunakan beberapa alat untuk
pengumpulan data seperti berikut :
Ujian Pra.
Ujian pra ini dijalankan untuk mengenalpasti kumpulan sasaran. Saya akan
menggunakan satu lembaran kerja yang mempunyai satu soalan objektif berbentuk
mengisi tempat kosong. Murid-murid perlu melengkapkan enam belas tempat kosong
yang telah disediakan dengan memilih jawapan yang betul. Berikut ialah contoh
instrumen ujian pra.
Contoh instrumen Ujian Pra
LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TAHUN 4
Nama : …………………………………………………………
Tahun : ……………………………
Lengkapkan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul bagi bendera negeri-negeri di Malaysia.
Negeri Perlis
Negeri Kedah
Negeri Perak
Negeri Pulau-Pinang
Negeri Selangor
Negeri Melaka
Wilayah Persekutuan
Labuan
Wilayah Persekutuan
Kuala LumpurNegeri Johor
Negeri Sembilan
Negeri Pahang
Negeri Terengganu
Negeri Kelantan
Negeri Sabah
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Negeri Sarawak
Bendera Negeri Bendera Negeri Bendera Negeri
Soal Selidik
Soalan-soalan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data primer daripada
kumpulan sasaran berkaitan dengan kaedah kajian dan keberkesanan kaedah yang
dijalankan. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A berkaitan
maklumat responden dan Bahagian B berkaitan Penggunaan Alat permainan puzzle
dan pencapaian murid. Bahagian A mengandungi tiga soalan manakala Bahagian B
mengandungi dua belas soalan yang perlu dijawab oleh responden. Semua maklumat
yang dilengkapkan oleh responden akan dirahsiakan. Berikut ialah contoh instrumen
soal selidik.
Contoh instrumen Soal Selidik
SOAL SELIDIK
JABATAN KAJIAN SOSIAL
IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN
22200 BESUT TERENGGANU.
Soalan soal-selidik ini adalah untuk memudahkan satu kajian yang bertajuk
“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL BENDERA NEGERI-NEGERI DI
MALAYSIA MENGGUNAKAN ALAT PERMAINAN PUZZLE DALAM PENDIDIKAN
SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 “. Sila lengkapkan soalan soal-selidik
dengan ikhlas. Semua maklumat yang dilengkapkan akan dirahsiakan.Terima kasih
atas kerjasama anda.
SITI SARIZAH BINTI MD SARIL
IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN,
22200 BESUT TERENGGANU
BORANG SOAL SELIDIK
TOPIK: “ Meningkatkan Kemahiran Mengenal Bendera Negeri-Negeri Di Malaysia Menggunakan Alat Permainan Puzzle Dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4 ”.
Arahan : Sila tandakan ( / ) bagi pernyataan yang berkenaan.
Bahagian A: Maklumat responden
1. Jantina:
1. Lelaki 2. Perempuan
2. Bangsa
1. Melayu
2. Cina
3. India
4. Lain-lain (Nyatakan): …………………..
3. Pekerjaan ibu bapa
1. Bekerja sendiri
2. Kerajaan
3. Swasta
4. Lain-lain (Nyatakan):……………………..
Bahagian B : Penggunaan Alat permainan puzzle dan pencapaian murid.
Tandakan ( / ) bagi pilihan jawapan anda :
1- Sangat tidak setuju2- Tidak setuju3- Kurang setuju4- Setuju5- Sangat setuju
BIL PERKARA 1 2 3 4 5
4. Alat permainan puzzle membantu saya mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia.
5. Saya dapat mengingat bendera negeri-negeri di Malaysia selepas saya mencantumkan pecahan-pecahan puzzle itu.
6. Saya berasa seronok belajar menggunakan alat permainan puzzle.
7. Saya lebih mudah untuk mengenal bendera menggunakan alat permainan puzzle berbanding dengan menggunakan gambar bendera sahaja.
8. Saya lebih suka apabila guru saya menggunakan alat permainan puzzle dalam pengajarannya.
9. Saya mudah untuk memahami pengajaran guru.
10. Saya suka mencamtumkan pecahan-pecahan puzzle itu.
11. Pencapaian ujian saya meningkat selepas saya belajar mencantumkan bendera negeri-negeri di Malaysia menggunakan puzzle.
12. Alat permainan puzzle sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk “Benderaku” dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
13. Permainan puzzle sangat menarik dan berkesan kepada saya untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia.
14. Saya mengenal lebih banyak bendera negeri-negeri di Malaysia selepas saya mencantumkan pecahan-pecahan puzzle itu.
15. Saya semakin menyayangi negara ini setelah saya dapat mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia.
Pemerhatian
Selain itu, saya juga akan menjalankan pemerhatian dari semasa ke semasa untuk
melihat sebarang perubahan tingkah laku murid-murid yang menerima rawatan. Segala
maklumat yang diperoleh semasa proses pemerhatian akan dikumpulkan dan
direkodkan dalam sebuah buku log. Untuk peringkat seterusnya, saya akan
mengedarkan borang soal selidik kepada kumpulan sasaran untuk mendapatkan data
tentang sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah yang digunakan serta tajuk
yang diajar. Berikut ialah contoh instrumen Pemerhatian.
Pemerhatian Berstruktur
Jadual pemerhatian akan digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yang dilakukan
oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai
contoh, memerhatikan tingkah laku murid yang tidak menumpukan perhatian semasa
guru mengajar.
Kod-kod aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti :
1. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi.
2. Pemikiran ditempat lain.
3. Berangan-angan.
4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain.
5. Membuat kerja lain.
6. Mengganggu murid lain secara fizikal.
7. Mencuba untuk menarik perhatian
8. Pasif, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.
9. Keluar dari bilik darjah.
10. Tidur di dalam kelas.
Pemerhatian akan direkodkan dalam bentuk jadual seperti mana dalam Jadual 3.
Jadual 3
Borang Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Kod Tingkah laku Kekerapan
1 Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi.
2 Pemikiran ditempat lain.
3 Berangan-angan.
4 Berjalan dari satu tempat ke tempat lain.
5 Membuat kerja lain.
6 Mengganggu murid lain secara fizikal.
7 Mencuba untuk menarik perhatian
8 Pasif, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.
9 Keluar dari bilik darjah.
10 Tidur di dalam kelas.
Ujian pos
Pada peringkat akhir kajian saya, sekali lagi saya akan menjalankan ujian yang dikenali
sebagai ujian pos. Ujian pos ini dijalankan untuk melihat pencapaian baru murid-murid
dalam kumpulan sasaran selepas menerima rawatan. Keputusan ujian ini akan
dibandingkan dengan keputusan ujian pra yang dibuat diawal kajian. Tujuannya adalah
untuk melihat perbezaan pencapaian di antara murid-murid sebelum dan selepas
rawatan diberikan. Ujian pos ini sangat penting kerana, keberkesanan kaedah rawatan
yang diberikan bergantung kepada pencapaian murid dalam ujian ini. Berikut ialah
contoh instrumen ujian pos.
Contoh instrumen Ujian Pos
LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TAHUN 4
Nama : …………………………………………………………
Tahun : ……………………………
Lengkapkan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul bagi bendera negeri-negeri di Malaysia.
Negeri Perlis
Negeri Kedah
Negeri Perak
Negeri Pulau-Pinang
Negeri Selangor
Negeri Melaka
Wilayah Persekutuan
Labuan
Wilayah Persekutuan
Kuala LumpurNegeri Johor
Negeri Sembilan
Negeri Pahang
Negeri Terengganu
Negeri Kelantan
Negeri Sabah
Wilayah Persekutuan
Putrajaya
Negeri Sarawak
Bendera Negeri Bendera Negeri Bendera Negeri
5.3Perancangan Cara Menganalisis Data
Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan analisis
deskriptif. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan nilai min, mod dan
peratusan serta membandingkan tahap pencapaian murid-murid dalam ujian pra dan
pos. Statistik deskriptif ini akan diterjemahkan dalam bentuk graf bar dan histogram
bagi memudahkan setiap data yang diperoleh dibaca. Graf bar dan histogram akan
ditunjukkan seperti pada Rajah 2.
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
4
4.5
5
Rajah 2: Contoh Histogram
Bagi meninjau sebarang perubahan tingkah laku saya akan mentafsir data melalui
pendekatan pemerhatian berstruktur. Segala maklumat yang diperoleh akan disimpan
dan direkodkan dalam sebuah buku log.
Pemerhatian Berstruktur
Contoh : Memerhatikan Tingkah Laku Murid Yang Tidak Menumpukan Perhatian
Semasa Guru Mengajar.
Jadual pemerhatian akan digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yang dilakukan
oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kod-kod aktiviti
yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
1. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi.
2. Pemikiran ditempat lain.
3. Berangan-angan.
4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain.
5. Membuat kerja lain.
6. Mengganggu murid lain secara fizikal.
7. Mencuba untuk menarik perhatian
8. Pasif, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.
9. Keluar dari bilik darjah.
10. Tidur di dalam kelas.
Pemerhatian akan direkodkan dalam bentuk seperti mana dalam Jadual 4.
Jadual 4
Borang pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
Kod Tingkah laku Kekerapan
1 Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi.
///
2 Pemikiran ditempat lain. //
3 Berangan-angan. /
4 Berjalan dari satu tempat ke tempat lain.
/
5 Membuat kerja lain. ////
6 Mengganggu murid lain secara fizikal. ///
7 Mencuba untuk menarik perhatian //
8 Pasif, tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.
/
9 Keluar dari bilik darjah. /
10 Tidur di dalam kelas. //
Soal selidik
Untuk pengumpulan data soal selidik, semua borang soal selidik yang telah dijawab
akan diproses dengan menggunakan program SPSS (Pakej Statistik untuk Sains
Sosial) supaya memperoleh keputusan yang tepat dan benar . Borang soal seidik ini
menggunakan 5 skala likert iaitu :
1- Sangat tidak setuju
2- Tidak setuju
3- Kurang setuju
4- Setuju
5- Sangat setuju
Dalam kajian ini, penganalisisan data melalui komputer adalah digalakkan
kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa untuk menghasilkan output yang
diperlukan. Data yang menunjukkan peratusan yang tinggi akan menunjukkan
penerimaan yang positif manakala peratusan yang rendah menunjukkan penerimaan
negatif.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Perancangan tindakan saya adalah seperti mana dalam Jadual 5.
BIL AKTIVITI TARIKH/BULAN PELAKSANAAN
1. Mengenalpasti masalah kajian 5-28 FEBRUARI 2011
2. Menulis proposal kajian 21-26 MAC 2011
3. Menjalankan temubual 11-13 APRIL 2011
4. Melaksanakan tindakan 1 (ujian pra) 14 JULAI 2011
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1. 15 JULAI 2011
6. Pengumpulan dan penganalisisan data awal. 16 JULAI 2011
7. Melaksanakan tindakan 2 (pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat permainan puzzle)
21 JULAI 2011
8. Menjalankan pemerhatian semasa aktiviti berjalan. 21 JULAI 2011
9. Pengumpulan dan menganalisis data 22-23 JULAI 2011
10. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 25 JULAI 2011
11. Melaksanakan tindakan 3 (persembahan P&P hasil kerja murid )
25 JULAI 2011
12. Melaksanakan tindakan 4 (ujian pos) 28 JULAI 2011
13. Pengumpulan dan menganalisis data tindakan 4 30 JULAI 2011
14. Menjalankan soal selidik 5 OGOS 2011
15. Menulis dapatan kajian 8 OGOS 2011
16. Menulis refleksi kajian 9 OGOS 2011
17. Refleksi kajian 10 OGOS 2011
18. Pembentangan dapatan kajian Belum dimaklumkanJadual 5
Perancangan Pelaksanaan Kajian.
5.5 Kos Kajian
Anggaran kos di sepanjang kajian saya adalah seperti mana dalam Jadual 6.
Jadual 6
Kos Kajian
BIL BAHAN KOS SEUNIT
(RM)
JUMLAH
(RM)
1. Set puzzle besar 6.90 RM6.90 x 5 set 34.50
2. Set puzzle kecil 1.00 RM 1.00 x (5 x 5 set) 25.00
2. Potostat Ujian
pra & Ujian pos
0.10 RM0.10 x 50 helai 5.00
3. Makanan ringan 5.00 RM5.00 X 1 bungkus 5.00
JUMLAH KESELURUHAN 69.50
BIBLIOGRAFI
Alan Grant (2007), Construsting Meaning Through Visual Spatial Activities. ResearchProject. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/ALAN/v34n3/baer.pdf
Asmah Morni (2001). Play In Brunei Classrooms: In Journal Of Applied Research In Education, 20002, vol.2, No.4,203-213.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia( 2008). Buku Manual Kajian Tindakan, Putrajaya , Malaysia.
Chua Yan Piaw, PhD (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hil (Malaysia) Sdn.Bhd.
Fauziah Md. Jaafar (2002), Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://web.usm.my/education/MEDC/Vol3/11.%20Kepentingan%20Aktiviti%20Bermain%20Pend%20Prasek.pdf
Imran Ariff Ariffin (2010), Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Peringkat Tadika Atau Pra Sekolah. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://www.pdfking.net/pdf/kajian-kajian-lepas-berkaitan-pendidikan-awal-kana.html
Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mok Soon Sang (2009), Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Richard A. Huber (1978) Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups. Diperoleh pada 18 Februari 2011 daripadahttp://people.uncw.edu/huberr/srfour.pdf
Saayah Bt. Abu (2003). Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-Tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saayah.pdf.