KERTAS CADANGAN FILEM PENDEK
-
Upload
hanani-hanan -
Category
Documents
-
view
513 -
download
13
description
Transcript of KERTAS CADANGAN FILEM PENDEK
SKRIPFILEM PENDEK SPRM
By : Hanani Hanan
1.0 Pengenalan
Cerita yang mengisahkan dua orang adik beradik yang sangat mesra, akrab dan penuh dengan
kasih sayang.
POV : Sikap abang yang penyayang, jujur dan iklas dapat mendidik dan memberikan kesan
kepada adikya untuk memahami bahawa merampas HAK orang adalah perbuatan yang tidak
berhemah dan untuk berjaya haruslah berusaha bersungguh-sungguh.
4.0 Sinopsis
Lokasi : Padang permainan -Taman Tasik Titiwangsa/
-Taman Tasik Perdana
Masa : 6-7 ptg
Ben yang berusia 11tahun merupakan anak sulung daripada sebuah keluarga yang sederhana di
ibukota.
Dia mempunyai adik perempuan yang sangat comel bernama Wawa. Wawa baru pandai
bercakap tetapi masih telor baru mencecah usia 3 tahun.
Kejadian berlaku pada suatu hari diwaktu petang yang tenang. Ben bersama adiknya Wawa
bermain-main di taman permainan berhampiran apartmen tempat mereka tinggal.
Kelihatan kanak-kanak riang bermain, salah seorangnya membawa kraf origami yang amat
menarik perhatian Wawa.
Kanak-kanak tersebut telah melintasi Wawa dengan membawa origami yang di ikat pada
sebatang kayu sambil memutar-mutarkan mainan tersebut dihadapan Wawa.
Wawa sangat tertarik dan memandang mainan tersebut dengan penuh minat. Dia lalu mendekati
budak yang berusia hampir sebayanya itu lalu merampas mainannya. Budak tersebut menangis.
“Jangan ambil…jangan ambil!...itu adik nye…hu..hu..”katanya teresak-esak
“Nak..nak….bak balik adiknye..adiknye..” ujar kanak-kanak tersebut terus menangis sambil
menghentak-hentakkan kaki meminta kembali haknya.
Ben yang sibuk bermain dengan kawan-kawannya berhenti dari bermain apabila mendengar
tangisan tersebut lalu berlari menuju ke arah Wawa.
“Wawa..apa Wawa buat ni.. Eh.. itu kawan punya…bagi balik ya..?”
Tak nak ! tak nak ! kata Wawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“ Bak lah abang…kesian dia..dia dah nangis tu…Wawa tak baik buat macam tu tau..kita tak
boleh ambil HAK orang macam tu..SALAH tak baik!.”
2
“Wawa nak!..Wawa nak!” Dia mulai merengek dan kelihatan mahu menangis..
“Ok..ok.. nanti abang buatkan yang baru dan lebih cantik dari ni..ya..
Bak..abang tengok..”pinta Ben memujuk adiknya.
Wawa menghulurkan mainan tersebut dengan perasaan yang berat dan wajah yang muram.
Manakala budak lelaki tadi melihat perbuatan kedua mereka dengan sambil terus menangis.
“O..o.. senang ja..ni..abang rasa abang dapat buat lebih cantik… dari ni untuk Wawa. Kata Ben
sambil membelek-belek origami tersebut sambil mengerutkan dahinya memikirkan bagaimana
mainan yang unik itu dibuat.
“Abang bagi balik ya..nanti abang buat yang baru pujuk Ben..”
Ben menghulurkan kembali mainan kepada kanak-kanak tersebut.
“Ok..ok…jangan nangis lagi ni..Wawa dah bagi mainan awak..”pujuk Ben sambil mencuit pipi
kanak-kanak tersebut.
Dia mengambilnya lalu pergi sambil terus menangis(tagisan perlahan..hilang dalam suasana).
Ben memimpin tangan Wawa untuk pulang. Wawa masih merengek dan meminta-minta mainan
tersebut sepanjang perjalanan.
Suasana semakin menjelang senja…dan mulai gelap
BLACK OUT
3
Lokasi : Di dalam rumah- ruang tamu
Masa : 8-12 malam
Ben terbaring di atas sofa ruang tamu rumah sambil menarik nafas dan merenung siling.
Fikirannya kembali melayang mengenangkan JANJInya siang tadi. Otaknya ligat berpusing
seperti pusingan kipas dihadapannya.
Wawa mendekati abangnya dengan wajah yang mencuka.
“Bila abang nak buat mainan tu ? Cepat la..cepat la.. Wawa merengek tanpa henti.
“Ok …ok!...abang nak buat lah ni..”ujar Ben sambil menggaru-garu dahinya.
Ben memandang wajah adiknya..dan tiba-tiba seperti mendapat idea apabila terpandangkan Ipad
yang sedang di caj berhampiran.
Dia lantas membuka you tube tunjukcara membuat origami. Dia melihat dan cuba memahaminya
bersungguh-sungguh. Pandangannya kini beralih kepada adiknya..mata mereka bertebung dan
sama-sama tersenyum.
“Adik cepat cari kertas kita buat origami macam ni..cantikkan”. Kata Ben sambil tersenyum.
“Yey!” Wawa bersorak.
Wawa berlari-lari kecil kebilik mencari kertas dan membawanya kepadBen kelihatan begitu
tekun mempelajari cara membuat origami tersebut. Kelihatan Wawa seperti sudah lama tertidur
disampingnya. Suasana sekeliling Ben bersepah dengan kertas-kertas yang tidak menjadi.
4
Mata Ben sudah merah kerana menahan rasa mengantuk dan keletihan.
Jam dinding sudah menunjukkan hari telah larut namun Ben masih bersemangat!
Tiba-tiba Ben menjerit kegirangan..
“Yes ! Yes ! akhirnya…siap juga” Ben tersenyum puas sambil membelek-belek usahanya yang
telah membuahkan hasil.
Ben memandang adiknya yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Dia mendekati adiknya lalu
berbisik ketelinga…
“Adik..Origami adik dah siap, Kana bang dah cakap abang boleh buat..nanti abang akan buat
banyak lagi untuk adik ya..tapi adik MESTI JANJI..JANGAN RAMPAS HAK ORANG LAIN
ok…”
Ben mencium pipi adiknya dan meletakkan Origami di atas side table berhampiran standing light
tersebut di sisi Wawa dan menguap lalu merebahkan tubuhnya yang keletihan disamping Wawa.
Kamera zoom in kepada origami yang terletak di atas side table..fade white..
Origami yang dibuat daripada kertas biasa kini bertukar menjadi origami yang diperbuat
daripada wang kertas RM100.00(simbolik).
Logo SPRM bersama slogan Bebas, Telus, Profesional
5
Seorang anak perempuan(Nina) telah memeluk erat bapanya(haji Rahim) memohon belas
kasihan agar bapanya tidak di pukul kerana tidak dapat melunaskan hutang. Entah mengapa
hatinya berdebar-debar apabila memandang gadis tersebut.
Ben kini mulai teringat kejadian yang menimpanya dan kini fikirannya mulai melayang
mengenangkan nasib kedua ibu bapanya. Tidak disedari bola matanya berkaca seperti mahu
menitiskan air mata dan beliau memandang dan memerhatikan anak gadis peniaga kedai buku
yang masih meronta-ronta bergelut dan merayu agar bapanya dilepaskan.
Ben kemudian seperti baru tersedar lalu menyergah anak buahya agar memberhentikan tindakan
mereka serta mengajak kesemuanya pulang sambil memberi amaran agar duit tersebut mesti
6
diselesaikan jam 3 keesokan harinya dan dia akan menunggu wang tersebut disebuah restoran.
Anak gadis tersebut menganguk-anggukkan kepala sambil mengaku akan datang keesokkannya
ke restoran yang dimaksudkan dengan suara yang terketar-ketar.
Di perjalanan ke keretanya, Ben terpandang sekeping sampul lalu mengambilnya masuk ke
dalam poket seluar dan beliau terus masuk ke kereta. Sesampai di rumah dengan penuh keletihan
membuka pakaian dan menyeluk poket seluar, terasa seperti ada sesuatu..SURAT. Di letakkan
surat tersebut di atas meja kopi. Ben membaringkan tubuhnya di atas sofa ruang tamu rumah
mewahnya sambil menarik nafas dan merenung siling. Fikirannya kembali melayang
mengenangkan saat-saat bahagia dan getir bersama kedua orang tuanya.
Tanpa disedari dia mencapai surat yang berada diatas meja tadi dan membukanya. Rupanya surat
tawaran menyambung pelajaran Universiti Malaya dialamatkan kepada Rosnina binti Haji
Rahim...Rosnina..Nina..dia mula teringatkan pangilan Pemilik kedai buku tadi kepada
anaknya..NINA..NINA.
Ben dapat merasakan bahawa surat tersebut adalah surat anak Haji Rahim pemilik kedai buku
yang berhutang dengan ketuanya. Kesokkannya Ben besama 2 orang anak buahnya menungu di
Restoran yang dijanjikan. Sambil menunggu dengan suasana yang serius kedua-dua pengikutnya
mentertawakan beliau dengan menyatakan bahawa gadis tersebut tidak akan datang seperti yang
di janjikan.
Walaupun ditertawakan hati Ben kuat berkata bahawa Nina akan datang walaupun sudah hampir
satu jam dia menunggu dan perasaannya agak berdebar-debar menunggu kehadiran Nina.
Akhirnya Nina muncul sambil belari tercungap-cungap dengan wajah yang muram menuju ke
7
restoran yang dijanjikan. Tubuhnya dibasahi air hujan yang turun agak lebat ketika itu. Nina
memohon maaf dan menyatakan bahawa dia tidak dapat mencari wang tersebut tetapi dia rela
menggadai maruah demi membayar hutang bapanya.
Ben tersenyum mendengar kata-kata Nina. Dia mengarahkan pengikutnya meninggalkan tempat
tersebut lalu mengarahkan Nina mengikutinya ke pejabat untuk membuat surat perjanjian.
Sesampai di pejabat Nina terkejut dan terpesona melihat kemewahan interior pejabat Ben yang
seperti pejabat tokoh korporat yang berjaya. Dia semakin terkejut apabila melihat surat
tawarannya untuk ke Universiti berada di atas meja Ben.
Ben memandang sinis dan mencampakkan surat tersebut kepadanya lalu bertanya adakah surat
itu kepunyaan Nina. Nina menggagukkan kepalanya sambil kepalanya tunduk berfikir bagai
mana surat tersebut berada di tangan Ben. Dia kehairanan. Ben melontarkan kata-kata
penghinaan kepada Nina dengan menyatakan seorang yang miskin dan tidak ada wang tak
mungkin akan dapat mencapai cita-cita dengan pelajaran. Katanya lagi Nina akan berjaya dengan
Pelacuran bukan Pelajaran sambil ketawa. Nina semakin rasa terhina.
Ben melemparkan sekeping kertas ke muka Nina dan menyuruh Nina menulis surat perjanjian
hutang tersebut sambil memerhatikan perbuatan Nina. Selesai menulis nina menyerahkan surat
tersebut kepada Ben denga tangan yang agak gemetar. Ben mencapai telipon dan membuat
booking untuk bilik hotel. Ben lantas mengarah Nina untuk mengikutinya ke hotel tersebut
dengan menaiki kereta mewah. Hati Nina terus berdebar dan gemetar namun dia amat kagum
dengan kemewahan Ben.
8
Sesampai di bilik hotel, Ben menyuruh Nina mandi dan dia memberitahu untuk turun sebentar ke
7eleven untuk membeli sesuatu. Nina masih berdiam diri di pinggir katil tanpa bergerak-gerak.
Dia kini sangat takut dan fikirannya bercelaru.
Tidak berapa lama kemudian Ben pulang dengan beberapa bungkusan plastik bag dan beberapa
kotak makanan segera. Dia membuka kunci pintu dari kuar dan melihat Nina masih berada di
sudut katil. Ban sangat marah dan menghalau Nina keluar dari bilik serta memberikan kotak dan
bungkusan makanan segera itu kepadanya serta memberi amaran agar dia makan kesemua
makanan tersebut.
Nina mencapai makanan tersebut lalu berlari keluar. Dengan keadaan yang ketakutan dia
menahan teksi dihadapan hotel dan terus pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia memberikan
bungkusan makanan kepada ibunya dan terus masuk ke bilik untuk mandi kerana pakaiannya
masih lembab. Inu nina tersenyum melihat makanan segera yang sekian lama mereka tidak
merasainya semenjak bapanya dilanda masalah.
Ibu membuka satu persatu bungkusan tersebut, tiba pada satu kotak terakhir wajah ibunya
berubah..terkejut kerana melihat begitu banyak wang di dalam bungkusan tersebut bersama surat
tawaran serta sekeping nota ringkas berbunyi.."Nina, gunalah wang ini untuk menyambung
pelajaranmu..semoga engkau berjaya". Ibunya lantas menjerit memanggil Nina untuk
bertanyakan perkara sebenar. Nina yang baru keluar dari bilik mandi terpinga-pinga dengan
jeritan ibunya.
Dia memandang tangan ibunya yang memegang sebuah kotak makanan ringan yang penuh berisi
wang. Ibu bertanyakan Nina tentang bagaimana dia mendapatkan wang tersebut dan siapakah
gerangan sahabat yang begitu baik hati membantunya.
9
Wajah Nina agak terkejut dan serbasalah namun dia sempat tersenyum dan menjelaskan pada
ibunya bahawa wang tersebut adalah pertolongan daripada sahabat lamanya yang mengetahui
masalah keluarga mereka. Ibunya sangat gembira.
Nina semakin bingung dengan sikap Ben yang pelik dan Ben juga merasakan ada satu perasaan
yang luarbiasa pada dirinya terhadap Nina. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata dan
asyik terbayangkan wajah Nina. Dia juga teringatkan akan zaman persekolahan, kepetahan dan
kecerdikkannya sewaktu zaman persekolahannya. Hatinya kini berbunga dia merasakan dirinya
tidak dapat melupakan Nina. Dia ingin selalu berada dekat dengan nina kerana dia mencintai
Nina. Dia inginkan sebuah kebahagian yang sejati bukan kebahagian palsu yang dia miliki
seperti sekarang. Ben nekat untuk berubah dan meninggalkan gengnya demi mengejar CINTA
yang berputik terhadap Nina. Ben ingin sekali menyambung pelajarannya di Universiti yang
sama dengan Nina. hatinya berkata, dia akan bahagia sekiranya sentiasa di sisi Nina.
Ben nekad mengubah perjalanan hidupnya. Dia akan meninggalkan teman seperjuangan
termasuklah Bos yang telah lama mendidik dan memberi segala kemewahan kepadanya. Banyak
rintangan dan halangan yang Ben tempuhi demi sebuah kehidupan barunya yang pada
pengakhiran cerita dia berjaya mengejar dan mendapatkan gadis pujaannya NINA. Sebuah filem
percintaan Alaf Baru yang penuh rintangan dan pengorbanan.
5.0 Pengarah(Director)
Mengarah filem adalah seperti menghubungkan satu rangkaian komplek yang memerlukan
kerjasama kreatif berpasukan untuk memastikan kefahaman terhadap cerita yang ingin
disampaikan berjalan lancar serta berjaya mengajak audien bersama-sama di dalam penceritaan
tersebut.
10
Sekarang saya sudah mula nampak dengan lebih jelas cerita yang ingin di sampaikan oleh
penulis skrip dan kini bersedia untuk memakai topi sebagai Pengarah, Sinematografi dan
Designer dalam membuat analisa skrip tersebut.
Dari aspek pengarahan, genrenya adalah sebuah filem action and love. Apa yang saya boleh
diperhatikan daripada skrip adalah ceritanya agak menarik dan mempunyai kelainan dari segi
jalan cerita dan perwatakkan hero.
Tugas pengarah yang amat penting dan berat untuk menghasilkan satu karya seni yang baik
memerlukan kerjasama dan komunikasi yang baik terutamanya daripada Art Director dan DOP
(trinity concept)seterusnya pelakon serta krew produksi yang terlibat. Saya harus mengadakan
perbincangan, sesi soal jawab dan briefing agar keseluruhan kakitangan produksi faham dan tahu
apa yang saya mahu dan ingin mereka lakukan sebelum memulakan penggambaran.
Beberapa perbincangan bersama dengan pelakon juga mesti diadakan bagi memastikan mereka
mengetahui dan memahami watak yang saya mahu dan sebagai guide kepada performance
mereka. Pelakon juga harus tahu objektif saya terhadap setiap watak-watak tersebut dan mereka
memahami arahan dan gaya arahan saya dengan baik untuk merealisasikan visual yang bakal
difilemkan.
11
5.1 Pemilihan Lokasi
Sebagai pengarah di permulaan cerita di Act 1, saya inginkan suasana permulaan yang aman dan
tenang(slow rythm) dengan suasana kampung ditengah bandar (Kampung Baru)dimana watak
dibesarkan. Rumah setinggan kampung yang sederhana tetapi kemas dan bersih.
Saya memilih Lokasi Kampung baru untuk cerita ini kerana wujudnya sebuah kampung yang
tidak teratur dan terjepit dengan kepesatan pembangunan sebuah bandaraya metropolitan yang
menuju wawasan 2020 dan 1Malaysia.
Keunikkan filem ini, ianya mengangkat isu kemiskinan bandar yang selama ini tenggelam seperti
tiada perhatian dan disedari kewujudannya dalam masyarakat di Malaysia.
Sebuah gambaran kehidupan yang ingin saya paparkan di awal pengenalan adalah kehidupan
Ben yang penuh dengan survival..contoh : Kedengaran bunyi LRT yang sedang beroperasi
diikuti dengan deruman kenderaan dengan rythm menjadi agak laju sedikit dengan kekalutan Ben
menyiapkan diri untuk ke sekolah. Ibu sibuk di dapur membungkus nasi lemak untuk dibawa ke
warong kedai makan mereka yang letaknya lebih kurang setengah kilometer dari rumah mereka.
Ben bergegas mengambil nasi lemak yang telah siap dibungkus dan mencapai beg sekolahnya
untuk dihantar kepada bapanya yang sedang mengemas dan menyiapkan warong di awal
12
pagi(mengambarkan rutin harian dan sikap Ben serta suasana kekalutan dan kesibukkan kota).
Latar masa-sekitar penghujung 90'an.
Saya juga inginkan shot kampung baru pada waktu pagi tersebut berlatarbelakangkan KLCC dan
LRT yang sedang meluncur laju diatas tracknya atau pun LRT yang sedang bergerak diapit oleh
pemandangan 2 bangunan sebagai simbolik kesempitan hidup di bandar.
Semasa di Act 2 lokasinya banyak ditempat yang sesak dan muram seperti lorong-lorong dan
belakang bangunan yang kotor untuk menunjukkan kehidupan dan aktiviti gangster. Sebuah
Kedai buku yang sederhana di Jalan Tunku Abdul Rahman sebagai kedai Bapa Nina tetapi shot
interior boleh dilakukan dengan mock up set atau di dalam perpustakaan ASWARA.
Manakala kemewahan Ben digambarkan selari dengan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur.
Pemilihan lokasi sekitar KLCC, Pavillion dan Bukit Bintang yang kelihatan mewah dan kontras
daripada suasana di kampung baru, chow kit dan sekitarnya untuk menonjolkan kehidupan
metropolitan(pejabat dan tempat tinggal Ben).
Di Act 3, setelah meninggalkan kehidupan sebagai gengster dan masuk ke universiti serta
melayani perasaan cinta Ben terhadap Nina, Universiti Malaya dipilih sebagai tempat belajar dan
suasana pembelajaran dan kehidupan Ben sebagai pelajar di ditonjolkan sekitar perpustakaan dan
cafe, tasik serta asrama. Manakala babak-babak percintaan kedua-duanya akan di buat
penggambaran di sekitar tempat-tempat yang menarik dan menjadi destinasi pelancongan sekitar
ibu kota seperti Taman Orkid, Taman Tasik Perdana dan sebagainya.
5.2 Pemilihan Watak
13
Saya akan lebih teliti terhadap pemilihan watak utama yang merupakan main character supaya
bertepatan dan sesuai dengan watak yang akan dibawa seperti yang dikehendaki oleh skrip. Di
sekolah Ben juga mempunyai kawan yang ramai serta diminati oleh pelajar wanita, beliau juga
mewakili sekolah dan negara dalam seni silat olahraga selain dari mempunyai look dan
handsome.
Personaliti Ben di usia 17 tahun seorang pelajar dan calun SPM yang pintar dan cergas serta
bertangungjawab dan bersopan santun. Bermula di Act 1 Ben yang baru terjaga dari tidur apabila
jam locengnya berbunyi pada jam 6.45 pagi dari jauh kedengaran azan subuh dilaungkan. Ben
tergesa-gesa melihat jam dan terus kebilik air serta mengambil air sembahyang untuk
menunaikan solat subuh.
Namun begitu saya mahu penampilan Ben dalam usia 26 tahun di dalam filem ini hendaklah
diubah suai secara yang lebih dramatik dan kelihatan jauh berbeza personalitinya sebagai
seorang gengster yang bijak dan kacak apabila berada di act 2 untuk digandingkan dengan watak
heroinnya.
Nina yang cantik dan berpewatakkan sopan serta lemah lembut(yang dapat menggambarkan ciri-
ciri wanita Asia serta memperkenalkan sedikit kostom tradisi seperti kebaya dan baju kurung
selain dari pakaian casual yang lain).
Manakala pelakon Ben semasa kanak-kanak berusia sekitar 10 tahun dengan latar masa
kebanyakannya adalah flesh back. Kanak-kanak tersebut mestilah seorang yang mempunyai
wajah yang agak seiras dengan Ben serta periang dan pandai melakunkan watak ceria dengan
mimik muka yang riang serta petah bercakap. Ini supaya dapat menggambarkan bagamana ceria
14
dan gembiranya Ben dizaman kanak-kanaknya yang penuh dengan kasih sayang dari kedua
orang tua.
Saya juga ingin menonjolkan seorang anak tunggal yang dari usia kanak-kanak lagi dia sangat
lincah bermain dengan rakan sebaya dan gemar membaca sehingga dia berjaya membuat
beberapa inovasi dan teknik-teknik untuk menang didalam permainan tradisional(pendedahan
terhadap permainan tradisional sepintas lalu) seperti teknik membuat layang-layang dan bermain
guli, congkak dan sebagainya yang bertujuan untuk menunjukkan daya pemikiran intelektual
Ben yang semulajadi.
Sebagai pengarah saya tidak terlalu risau untuk watak-watak sampingan yang lain seperti ibu
bapa dan sebagainya dan saya lebih suka memilih pelakun yang mempunyai bakat semulajadi
untuk memenuhi karektor-karektor tersebut dikalangan mereka yang telah berpengalaman.
6.0 Sinematografi
Pembinaan struktur yang jelas untuk setiap scene mesti dikuatkan lagi dengan elemen
sinematografi untuk memberikan imiginasi secara menyeluruh kepada audient. Oleh itu saya
ingin menjadi seorang sinematografi yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang baik
serta memahami peranan serta mempunyai creative camera technique yang dapat menghasilkan
visual yang baik supaya cerita lebih menarik.
Di awal cerita sedikit montage akan membantu menjadi daya penarik dan rentetan kepayahan
hidup dan survival di sebuah bandaraya yang mesti digambarkan dengan kesibukan dan
15
pergerakkan kamera yang selari dengan rytm penceritaan serta komposisi dan mise en scene yang
berkaitan dengan penceritaan.
Pilihan lense dan shot seperti close up, long shot, middle shot, top shot dan angle kamera
haruslah menarik dan mempunyai makna yang berkaitan dengan cerita dibantu dengan gerakan
kamera samada menggunakan track, handheld, tripod, jip arm dan sebagainya.
Seterusnya di pertengahan cerita yang menuju ke rangkaian-rangkaian kejadian yang semakin
lama semakin rumit untuk menuju ke puncak penyelesaian cerita.
Terdapat pergaduhan dan adengan yang dramatik, mungkin kamera dapat menggunakan teknik
yang lebih menampakkan tension seperti banyakkan warna-warna yang gelab dan muram,
cahaya yang samar-samar atau diffuser dengan menggunakan teknik asap atau pun extreme long
shot yang dapat menggambarkan unsur-unsur tension.
Contoh scene 10 daripada skrip(convince the visual action)
Close up parut di badan untuk memperlihatkan kesengsaraan dan penderitaan yang pernah Ben
lalui (diadun dengan lighting effect).
Close up reaksi muka menggambarkan ada kemarah dan dendam Ben terhadap apa yang telah
berlaku (diadun dengan lighting effect).
Full imigination ini harus di paparkan oleh Sinematografi dengan membuat perlukisan tersebut
dengan mengunakan elemen pencahayaan, bayangan serta pewarnaan samaada mengikut mood
scene tersebut seperti menerbitkan suasana warm atau cool . Teknik contrast and affinity juga
boleh disesuaikan mengikut kehendak skrip dan pengarah to convince visual action.
16
Contoh Scene 8
TENSION----------ATTENTION(human emational feeling)-------RYTHM
7.0 Art Director
Sekiranya saya memegang tanggung jawab sebagai Art Direktor saya akan memimpin team
designer team ini yang bukan sahaja kreatif tetapi boleh tangkas menghadapi situasi kritikal serta
boleh melakukan kerja-kerja hands on disamping mempunyai citarasa dan ketelitian yang tinggi
terhadap tugasan yang di berikan. Ini kerana sekiranya berlaku kekurangan atau kecemasan di
set team designer dapat membantu dengan cepat dan mengurangkan risiko dari segi masa dan
kos produksi.
Bagi Pemilihan kostum untuk watak utama, perhatian khas harus diberikan kerana seluruh
perhatian penonton akan tertumpu kepada watak ini. Saya akan memberikan personaliti yang
bersih dan cergas kepada Ben semasa beliau menjadi pelajar. Pakaian sekolahnya bersih dan
putih walaupun kelihatan sudah lusuh. Pakaian hariannya kasual seperti seorang pelajar tetapi
17
kebanyakkan berwarna cerah dan memakai seluar jeans yang lusuh tetapi bersih untu
menunjukkan dia tidak mempunyai banyak pakaian kerana kurang mampu tetapi dicuci dan
dijaga dengan baik.
Apabila menjadi orang harapan ketua gengster, beliau amat bergaya sebagaimana pemuda yang
mengikuti trend dan peredaran zaman. Tetapi kebanyakkan warna bajunya adalah putih atau
kelabu dan sedikit merah dipakaikan dengan jaket kulit atau baju kot berwarna hitam. Manakala
pengikutnya lebih kepada pakaian serba hitam atau seorang/dua daripada mereka yang paling
pemarah dan garang memakai baju T berwarna merah untuk menunjukkan sikap yang lebih
agresif.
Sikap dan pembawaan Ben lebih kepada korporat berbanding dengan ketuanya yang lebih
kepada gengster tradisi. Digambarkan dengan interior pejabat dan ruang tamu di rumahnya serta
gajet seperti Macbook, ipad dan handphone adalah yang mahal harganya dan terkini. Beliau
adalah gambaran gengster Alaf baru yang lebih kepada business dealing kerana beliau adalah
seorang yang berfikiran terbuka dan bijak digambarkan dengan penampilannya yang sentiasa
bersama dengan buku walaupun beliau mempunyai gadjet. Begitu juga dengan kereta-Ben
mempunyai 4 buah kereta iaitu, sport(ferari), MPV(Alphard), 4x4(landrover) dan kereta
rasmi(BMW/Mercedez) untuk tujuan tertentu. Beliau cekap bermain senjata, diantara senjata
yang menjadi koleksinya ialah sebilah pedang dan keris(senjata tradisi) pemberian dari
seseorang.
Perubahan cerita dari keadaan yang mewah dan glamour kepada seorang lelaki biasa dan pelajar
Universiti akan melibatkan pertukaran personaliti yang mengubah cara pemakaian Ben. Ben
18
akan lebih santai dengan T shirt dan seluar yang mempunyai poket banyak(Brand camel
Throphy/Bossini) dan warna bajunya lebih cerah, tenang dan ceria. Seterusnya di penghujung
cerita dimana berputiknya rasa cinta, Ben memakai pakaian yang kebanyakkan berwarna putih
atau lembut begitu juga dengan seluar juga berwarna putih atau cerah untuk lebih memberi mood
romantik.
Begitu juga dengan pembinaan set sekiranya perlu dan lebih menjimatkan seperti sesetengah
scene kedai buku, dirumah Ben semasa kecil dan semasa menjadi gengster mungkin boleh dibuat
di studio yng lebih selesa dan banyak kebaikkannya daripada penggambara di lokasi.
8.0 Kesimpulan
Kesimpulannya skrip yang ditulis adalah berkenaan dan berkaitan dengan value system didalam
sesebuah kehidupan yang dilalui oleh seseorang manusia yang ada kelemahan dan kekuatan
dalam menuju matlamat yang ingin dicapai serta halangan yang menimpa.
Secara tidak lansung pengalaman ini akan memperlihatkan emosional represent samada simpati,
empati atau antipathy dari hati penontonnya yang dikenali sebagai emosional core yang lebih
positif dan kongruen berkemungkinan menjadi satu cabaran yang boleh mendidik dan
membetulkan persepsi negatif masyarakat namun segalanya bergantung kepada kekuatan konsep
Triniti diantara Pengarah, DOP dan Art Director yang akan menyahut cabaran visual, dramatik
dan teknikal yang akan menguatkan naratif sesebuah filem untuk masyarakatnya.
19
PENGARAHAN
DOP
ART DIRECTOR
20