Post on 24-Dec-2015
description
1.0 PENGENALAN
Pengkaji telah ditugaskan untuk membuat kajian ke atas pendekatan
strategik sebuah syarikat multinasional berdasarkan aspek aktiviti perniagaan yang
dijalankan. Selain itu, pengkaji perlu mengenalpasti pendekatan strategik yang
digunakan, konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat
multinasional dan mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil analisil.
Oleh itu, pengkaji telah memilih Parkson Holdings Berhad sebagai syarikat yang ingin
dikaji. Pengkaji juga akan mengkaji beberapa aspek dalam perancangan strategik
perniagaan Parkson Holdings Berhad yang meliputi analisis kekuatan, kelemahan,
ancaman, dan peluang (SWOT). Organisasi ini terlibat dalam aktiviti perniagaan
berasaskan perkhidmatan.
Selain itu juga pengkaji perlu mengkaji konsep-konsep perniagaan antarabangsa
yang diamalkan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad.Antara konsep-konsep
perniagaan yang diamalkan ialah globalisasi, dunia tanpa sempadan, lokalisasi dan
pasaran menimbul.Konsep ini amat penting bagi meluaskan pasaran di peringkat
antarabangsa.Seterusnya pengkaji perlu mencadangksn strategi yang sesuai diamalkan
oleh syarikat Parkson Holdings Berhad. Strategi yang sesuai dijalankanoleh syarikat
Parkson Holdings Berhad adalah penembusan pasaran dan pembangunan produk.
Majoriti negara di dunia termasuk Malaysia telah menerima kehadiransyarikat baru
dalam pasaran antarabangsa iaitu syarikat multinasional. Menurut Daft Richad L., (2008)
dalam buku The New Era of Management edisi ke-8, Syarikat multinasional ialah
sebuah syarikat yang mana 25% atau lebih daripada jumlah hasil pendapatan keseluruhan
syarikat adalah datangnya dari operasi luar negara asal syarikat (induk) tersebut. Parkson
Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat multinsional yang beroperasi melalui cawangan-
cawangan yang terdapat di beberapa buah negara seperti Malaysia, China, Vietnam,
Indonesia dan Myanmar.Syarikat induk Parkson Holdings Berhad adalah di Lion Office
Tower, Kuala Lumpur, Malaysia.
1.1OBJEKTIF KAJIAN
1
Dalam kajian ini,beberapa objektif telah menjadi landasan dan panduan pengkaji.
Objektif kajian tersebut adalah untuk :
1.1.1mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Parkson Holdings
Berhad
1.1.2menjelaskan konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh
syarikat Parkson Holdings Berhad
1.1.3 mengenal pasti pendekatan perancangan strategik yang dijalankan oleh syarikat
Parkson Holdings Berhad
1.1.4 mencadangkan strategi yang sesuai dilakukan oleh syarikat Parkson Holdings
Berhad
2.0 LATAR BELAKANG
2
Parkson adalah sebuah syarikat gedung beli-belah yang terkenal di Malaysia. Syarikat
Parkson Holdings Berhad telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 pada 26 Ogos
1982 yang pada mulanya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian Berhad di bawah nama
Amalgamated Cement Mills Sdn Bhd. Namun, pada 27 Ogos 1988, namanya telah
ditukar kepada Amalgamated Containers Sdn Bhd. Syarikat ini menjadi syarikat awam
pada 17 Ogos 1992 dan memegang nama Parkson Holdings Berhad pada 19 September
2007. Parkson Holdings Berhad telah disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
Securities Berhad sejak 28 Oktober 1993.
Parkson mula dikenali sebagai pusat gedung beli-belah serbaneka semenjak tahun 1987.
Pada dasarnya mereka menawarkan perkhidmatan menjual barangan-barangan pelbagai
fesyen dan barangan berkaitan gaya hidup jenama terkenal antarabangsa dengan
memfokuskan kepada empat kategori utama barangan iaitu; Fesyen & Pakaian, Kosmetik
& Aksesori, Kelengkapan Rumah & Barangan Elektrik dan Barangan Runcit & Tidak
Tahan Lama, yang mensasarkan segmen pasaran golongan muda dan kontemporari.Ibu
pejabat Parkson Holdings Berhad beralamat di Lion Office Tower, No.1 Jalan Nagasari
(Off Jalan Raja Chulan) 50200, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kini, Parkson Holdings Berhadtelah membuka 141 rantaian cawangan gedung Parkson di
Malaysia, China, Singapore, Vietnam, Sri Lanka, Indonesia, dan Myanmar. Parkson
Holdings Berhad telah berkembang secara berterusan untuk menjadi rantaian cawangan
jabatan yang terbesar di Asia Pasifik. Mereka juga merancangan untuk membuka 15 - 18
cawangan baru dalam setahun, untuk mencapai 170 kedai tahun 2015, termasuk
cawangan pertamanya di Kemboja yang akan dibuka pada tahun ini dan mencari peluang
dalam potensi baru pasaran di rantau ini. Setiap tahun Parkson Holdings Berhad telah
memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta orang pengguna.
2.1 LOKASI KAJIAN
3
Dalam membuat kajian, kawasan kajian adalah satu elemen yang sangat penting.
Kawasan kajian pengkaji adalah berfokus di Lion Office Tower, No.1 Jalan Nagasari
(Off Jalan Raja Chulan) 50200, Kuala Lumpur, Malaysia telah dipilih sebagai kawasan
kajian ini. Bangunan ini terletak berdekatan dengan bangunan pejabat kerajaan Macau,
Publik Bank Jalan Raja Chulan, dan Hotel Istana Kuala Lumpur.Keseluruhannya,
Parkson Holdings Berhad mempunyai 2.1 juta kaki persegi di seluruh Asia.
Peta 1.0 Parkson Holdings Berhad (sumber google maps)
3.0 KAEDAH KAJIAN
4
Bahagian ini membincang tentang beberapa jenis kaedah yang digunakan bagi
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Antara tujuan menyediakan kaedah kajian
ini adalah untuk menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian. Terdapat dua
jenis data yang terdapat dalam proses pengumpulan data iaitu data primer dan data
sekunder. Dalam kajian ini, pengkaji digalakkan menggunakan data sekunder kerana
maklumat boleh diperoleh secara lansung dan kajian ini sesuai dijalankan menggunakan
data sekunder.
3.1 Data Sekunder.
Sumber data sekunder dapat didefinisikan sebagai data yang telah
dikumpulkan oleh orang lain dan kemudian dipergunakan kembali dengan
cara yang berbeza (Blaxter, et. al., 2001:229). Data sekunder boleh diperoleh
melaluiinternet, perpustakaan, buku-buku ilmiah, jurnal, majalah dan
akhbar.Data-data penting termasuklah laporan tahunan sesuatu syarikat itu
adalah data sekunder. Pengkaji telah menggunakan kaedah ini untuk melihat
dan menganalisis laporan tahunan Parkson Holdings Berhad iaitu syarikat
multinasional untuk kajian ini.
Pada era globalisasi, maklumat kini adalah mudah untuk diperolehi dengan
adanya teknologi (ICT) yang telah membantu pengkaji untuk mencari
maklumat. Selain itu, rujukan laman sesawang seperti google maps dan image
bagi memperoleh data iaitu peta serta gambar rajah.Oleh itu, pengkaji telah
menggunakan kaedah pengumpulan data daripada maklumat internet untuk
mendapatkan peta dan gambar Parkson Holdings Berhad.
Penggunaan data sekunder ini lazimnya dijadikan sumber data oleh para
pengkaji kerana kebanyakan pengkaji merasakan mengumpulkan data primer
itu terlalu sukar dan membazir waktu serta memakan kos yang tinggi. Melalui
data sekunder,hasil penemuan seseorang pengkajidapat diubah suai mengikut
kesesuaian objektif kajian pengkaji, data-data ini dapat memungkinkan
pengkaji supaya boleh menumpukan perhatian kepada analisis data dan
interpretasi data.
5
4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini merumuskan dapatan kajian yang telah diperoleh daripada data
sekunder.Perbincangan bahagian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu aktiviti
perniagaan, konsep perniagaan antarabangsa, pendekatan stategik dan mencadangkan
strategi yang sesuai dijalankan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad.
Sesebuah syarikat multinasional memerlukan visi, misi dan objektifuntuk
mencapai sesuatu tujuan yang dirancangkan.Begitu juga dengan Syarikat Parkson
Holdings Berhad yang mempunyai visi, misi dan objetif tersendiri.Dengan adanya
perancangan yang baik dapat menentukan hala tuju syarikat, mengukur prestasi dan
menjadi garis panduan dalam membuat keputusan selaras dengan matlamat yang
ingin dicapai.
Visi Parkson Holdings Berhad
Menurut Peter Drucker visi adalah gambaran tentang apa yang kita mahu perniagaan
kita kelihatan seperti pada masa hadapan.Kenyataan visi juga adalah wawasan untuk
masa hadapan. (sumber laman web appslibrary.com)Visi Syarikat parkson ialah “To
Be Asia’s Leading Department Store Group”.Visi Parkson yang menyasarkan untuk
menjadi kumpulan perniagaan global dengan produk kelas dunia telah menjadi
landasan untuk Parkosn lebih berkembang di luar negara.( sumber Laman web
Parkson)
Misi Parkson Holdings Berhad
Misi dapat diertikan sebagai tujuan dan matlamat utama sesebuah syarikat
ditubuhkan.(sumber laman web appslibrary.com).Misi adalah permulaan yang
penting dalam sesebuah perniagaan.Kenyataan misi membantu perniagaan untuk
mencapai wawasan dalam jangkamasa panjang. Misi yang disandang oleh syarikat
Parkson ialah “To Inspire Our People To Delight Our Customers” Parkson menjadi
inspirasi kepada kakitangannya supaya lebih cemerlang dalam kerja. Selain itu,
6
berdasarkan misi Parkson, Parkson juga mahu memberikan kegembiraan kepada
pelanggan mereka dengan menawarkan produk yang berkualiti.
Objektif Parkson Holdings Berhad
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, objektif ialah sesuatu yang khusus yang ingin
dicapai, matlamat dan tujuan. Objektif Syarikat Parkson Holdings Berhad ialah untuk
mengekalkan kedudukan Parkson sebagai pendahulu dalam pasaran industri
peruncitan, untuk meningkatkan keuntungan dalam perniagaan dan memanfaatkan
sumber-sumber semasa dan akan datang.Oleh itu, Parkson telah menerapkan
nilai“Team Spirit Commitment Honesty & Integrity Customer-First Respect &
Empathy”dalam kalangan pekerja. Dengan ini, pekerja-pekerja parkson akan sentiasa
berpegang kepada nilai-nilai tersebut semasa bekerja.( sumber Laman web Parkson )
Logo Parkson Holdings Berhad
Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’.Logo merupakan satu
gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu.Logo berfungsi sebagai
satu simbol atau tanda pengenalan bagi pertubuhan, persatuan, kelab, barangan
komersial, syarikat, perkhidmatan, kempen dan pameran.Bagi sesetengah syarikat
yang ternama, logo bukan sahaja wujud pada segala hasil pengeluaran, bahkan juga
pada kad nama dan pakaian kakitangan serta pekerjanya. ( sumber blog senivisual1 ).
Parkson Holdings Berhad menggunakan gabungan logo huruf dan logo symbol untuk
menghasilkan logonya.Logo Parkson melambangkan identitinya yang tersendiri.
Logo ini dicipta selepas sayrikat keluli dibawah Lion Group iaitu Amalgamated
Containers Sdn Bhd.ditutup pada 2007 dan Lion group telah bercadang untuk
menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan runcit iaitu Parkson.
7
4.1 Aktiviti Perniagaan Syarikat Parkson Holdings Berhad.
Aktiviti perniagaan adalah sesuatu yang dijalankan oleh sesebuah perniagaan
untuk mencapai matlamatnya.Sesetengah perniagaan boleh menjalankan lebih
daripada satu jenis aktiviti perniagaan.Aktiviti perniagaan terbahagi kepada
dua kategori utama iaitu aktiviti berasaskan pengeluaran dan aktiviti
berasaskan perkhidmatan.Jenis aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran
adalah seperti ekstraktif, barangan pengguna, barangan industri, pembuatan
dan pemasangan.Manakala, jenis aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan
pula adalah peruncitan, pemborongan, kewangan, professional, dan
perhotelan.(sumberLaman Web pengajianperniagaan.wordpress.com)
Syarikat Parkson Holdings Berhad merupakan sebuah perniagaan yang
berasaskan perkhidmatan peruncitan.Aktiviti perniagaan khususnya
peruncitan telah lama berkembang pesat apabila munculnya revolusi
perindustrian di Eropah. Di Malaysia, industri peruncitan merupakan antara
industri yang penting dan memberi sumbangan yang besar terhadap
pertumbuhan ekonomi negara. Perniagaan runcit adalah satu-satunya sektor
perniagaan yang paling senang diceburi di Malaysia.Satu kajian telah
dijalankan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad di Negeri Sembilan
pada tahun 1986 tentang penglibatan bumiputera dalam perniagaan, telah
melaporkan bahawa lebih daripada 25 peratus peniaga bumiputera dalam
negeri berkenaan telah melibatkan diri dalam perniagaan barangan runcit.
(sumber Jabatan Pembangunan Sumber Manusia UTM, 2005)
Industri peruncitan merupakan penyambung terakhir di dalam aliran produk-
produk daripada pengeluar kepada pengguna.Maka ianya amat penting dalam
ekonomi sesebuah negara.Ekonomi tidak boleh berfungsi tanpa peruncitan
dan keberkesanan institusi peruncitan secara amnya memerlukan industri
pemborongan.Parkson Holdings berhad mula dikenali sebagai pusat gedung
beli-belah serbaneka semenjak tahun 1987.Parkson yang mulanya adalah jenis
8
syarikat persendirian secara kecil-kecilan kini menjadi sebuah syarikat awam
yang amat dikenali ramai. Pada mulanya Parkson merupakan anak syarikat
kepada perusahaan keluli di bawah syarikat Amalgamated Cements Mill Sdn
Bhd. Kemudiannya, apabila perniagaan Parkson telah menjadi semakin besar,
maka perniagaan keluli telah ditutup dan mereka terus meneruskan perniagaan
Parkson ini dan seterusnya menjadikan firma ini sebagai syarikat awam.
(sumber Laman Web Parkson)
Perniagaan utama Parkson ialah jualan mengikut jabatan dimana mereka
menawarkan item-item daripada barangan fesyen yang berjenama terkenal
antarabangsa, perhiasan rumah, produk elektrik, barangan sofline dan
hardline. Barang-barang jualan ini fokus kepada gaya, kepelbagaian, jenama,
dan kualiti. Parkson telah menarik perhatian pelanggan kelas pertengahan
dimana Parkson biasanya dilihat sebagai stor barang-barang niaga yang
menawarkan harga yang berpatutan.Antara jenama pasaran Parkson seperti
jadual 1 dibawah
Kategori Jenama
FesyenAdidas, Austin Reed, Laura Ashley, Paul Smith, Nike, Jeep,
Timberland
Kasut Everbest,Bruno Magli, Polo Ralph, Geox, Velentino Rudy
Barangan Isi
RumahGreenpan, Nachtmann, R2S, Pallas, Luminare, Zenzini
Perhiasan Rumah Calvin Klein Home, Zucchi, Lacoste, Martex, Hallmark
Jadual 1 : Jenama pasaran Parkson.
Selain daripada aktiviti peruncitan, Parkson Holdings Berhad juga
menganjurkan aktiviti seperti ‘Parkson Malaysia Fair 2013’ di Parkson,
Tianshan Road, Shanghai, ‘Parkson Cares My Park’, ‘Hari Tanpa Beg
Plastik’ dan banyak lagi.Stor dalam rangkaian Parkson dilengkapi dengan
9
bilik persalinan, ruang tukar lampin, kaunter juruwang, serta bilik air bagi
lelaki dan wanita. Perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuklah khidmat
pembungkusan hadiah, panggilan teksi, maklumat pelancongan tempatan,
kemudahan cas telefon sel, dan kerusi roda. Kakitangan Parkson yang terlatih
juga sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan dengan senyuman. (sumber
artikel Lion Group )
4.2 Konsep-Konsep Perniagaan Antarabangsa Parkson Holdings Berhad.
4.2.1 Globalisasi
Globalisasi secara ringkasnya merupakan proses meletakkan dunia
dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasai oleh sempadan dankedudukan
geografi sesebuah negara. Dalam keadaan ini, setiap negara akan menerima
satu keadaan yang lebih terbuka dengan wujudnya pembangunan teknologi
yang canggih dan kewujudan idea yang membawa kepada keperluan
pembangunan semasa pada era globalisasi. Dalam konteks ekonomi, ianya
melihat kepada pembukaan pasaran dan pengaliran modal secara meluas di
dalam sesuatu pasaran. (sumber blog Cikgu Karthik)
Syarikat Parkson Holding Berhad melaksanakan usaha meluaskan pasaran ke
peringkat antarabangsa melalui konsep globalisasi.Parkson telah berkembang
seiring dengankemunculan penerokaan ekonomi Asia di luar Malaysia untuk
membuka kedai pertama di China pada tahun 1994, diikuti oleh Vietnam pada
2005, Indonesia pada tahun 2011, Sri Lanka pada tahun 2012, dan memasuki
pasaran Myanmar pada tahun 2013. Kini Parkson Holdings Berhad telah
membuka 141 rantaian cawangan gedung Parkson di Malaysia, China,
Singapore, Vietnam, Sri Lanka, Indonesia, dan Myanmar. Parkson Holdings
Berhad telah berkembang secara berterusan untuk menjadi rantaian cawangan
jabatan yang terbesar di Asia Pasifik. (sumber Laman web Parkson)
10
4.2.2 Pasaran Menimbul
Pasaran menimbul ialah pasaran baru yang dikenali sebagai kawasan yang
boleh menyediakan pasaran bagi keluaran dunia dan perniagaan
antarabangsa.Pasaran baru yang muncul tersebut ekoran daripada peningkatan
kuasa beli pengguna dalam pasaran. (sumber blog Cikgu Karthik) Parkson
Holdings Berhad melakukan konsep pasaran menimbul dengan mengenal
pasti negara yang mampu menonjol dalam bidang ekonomi.Contohnya, pada
tahun 1994, Parkson Holdings Berhad telah membuka cawangan Parkson
yang pertama di Fuxingmen, Beijing.Ini menandakan kumpulan Parkson mula
menembusi pasaran jualan runcit China. Hal ini kerana Tan SriWilliam Cheng
Heng Jem, Pengerusi Parkson Holdings Berhad menganggap ekonomi China
mampu menonjol.Oleh sebab pasaran China amat besar, sasaran
pembangunan Parkson tidak boleh hanya berfokus kepada bandar raya.
Sebaliknya ia perlu ditawarkan ke bandar peringkat kedua, ketiga bahkan
keempat kerana kedudukan geografi, kemampuan ekonomi serta potensi
elemen kemanusiaan yang baik selain peningkatan kuasa beli dalam pasaran.
(sumber laman web Lion Group)
4.2.3 Dunia Tanpa Sempadan
Dalam negara yang sedang berkembang pesat dalam bidang ekonomi,
Malaysia tidak terlepas daripada menggunakan perdagangan tanpa sempadan
dalam sistem perdagangannya dengan negara-negara lain di seluruh
dunia.Dunia tanpa sempadan memperlihatkan pergerakan dan perkembangan
sesebuah perniagaan merentasi sempadan negara. (sumberblog Cikgu
Karthik)Negara-negara di dunia telah mewujudkan sempadan yang lebih
besar, mengadakan blok-blok perdagangan bebas.
Lebih sepuluh tahun yang lalu, gabungan blok perdagangan
merupakan isu yang utama dalam agenda antarabangsa. Di benua Amerika,
penubuhan Pasaran Bersama Selatan (Common Market of the South), dan
Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA-North American Free
11
Trade Agreement) dikatakan sebagai gelombang kedua setelah penubuhan
Keutamaan Perjanjian Perdagangan (PTA-Prefrential Trade Agreement). Di
Asia Tenggara, beberapa negara yang menyertai pertubuhan ASEAN telah
menubuhkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA-ASEAN Free
Trade Area) pada tahun 1992. Kesatuan Eropah (EU- European Union)
ditubuhkan dalam tahun 1993 hasil daripada pembentukan kesatuan kastam
yang diwakili oleh Komuniti Ekonomi Eropah (EEC-European Economic
Community) dan Kawasan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA-European Free
Trade Area EFTA). (sumber Fakulti Ekonomi UUM 2007)
Di dalam bidang perdagangan antarabangsa terdapat bentuk-bentuk pakatan
perdagangan, kesatuan perdagangan serantau dan kerjasama ekonomi.
Kesatuan perdagangan serantau adalah satu proses untuk menghapuskan
diskriminasi di antara barangan tempatan dan import, perkhidmatan dan
sektor-sektor ekonomi yang lain dalam sesuatu negara. Melalui perjanjian
blok-blok ini, aktiviti pemasaran, dan pengagihan keseluruhan syarikat
Parkson Holdings Berhad dapat dijalankan dalam lingkungan negara-negara
ahli tanpa dikenakan sebarang tarif atau sekatan lain.Melalui dunia tanpa
sempadan ini, Parkson Holdings Berhad juga telah meluaskan pasaran melalui
perniagaan online dalam laman rasmi Parkson.
4.2.4 Lokalisasi
Lokalisasi merujuk kepada usaha mengubah subsidiari daripada organisasi
asing kepada organisasi tempatan yang menepati ciri-ciri tempatan.Hal ini
bertujuan untuk memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan tempatan yang
berbeza.Lokalisasi juga merupakan satu strategi perniagaan yang
menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu pasaran di kawasan tertentu.
(sumberblog Cikgu Karthik)Parkson telah memberi tumpuan Fesyen, Solekan,
Isi Rumah dan Elektrik.Pengguna terutamanya golongan muda dan segmen
pasaran kontemporari adalah pasaran sasaran Parkson untuk mencapai objektif
mereka.Contohnya, di China Syarikat Parkson perlu memasarkan barangan
12
elektrik seperti kipas atau penyaman udara apabila tibanya musim panas
manakala apabila musim sejuk mereka perlu memasarkan alat pemanas
ruangan.
Lokalisasi yang digunakan oleh syarikat Parkson Holdings Berhad ialah
lokalisasi produk dan lokalisasi pengeluaran.Lokalisasi produk melibatkan
aspek memasarkan produk mengikut sosiobudaya sesebuah negara dan
kawasan. Contohnya, Syarikat Parkson mengetogorikan perniagaannya
kepada tiga jenis iaitu gedung U Parksonbagi pelanggan yang bercita rasa
mewah, gedung Parkson Grand disasarkan kepada pelanggan berpendapatan
sederhana, dan gedung Parkson Ria ditumpukan kepada pasaran
berpendapatan rendah. Lokalisasi pengeluaran pula ialah penggunaan bahan
mentah yang terdapat di negara di tempat syarikat berkenaan beroperasi.
Contohnya, Parkson di Indonesia menggunakan tenaga buruh yang terdapat di
Indonesia.
Lokalisasi yang dijalankan oleh Syarikat Parkson Holdings Berhad banyak
memberikan kebaikan kepada syarikat antaranya Syarikat Parkson dapat
memasarkan barangan mengikut taraf sosial masyarakat setempat,
memastikan kesepadanan antara produk dan cita rasa pengguna di sesebuah
negara supaya produk diterima oleh pengguna dan mejimatkan kos
pengeluaran dengan menggunalan sumber tenaga tempatan. (sumber Laman
web Parkson)
4.3 Pendekatan Strategik Parkson Holdings Berhad
4.3.1Analisis SWOT
SWOT adalah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana
keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana
keadaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan
faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis SWOT
adalah suatu kaedah penyusunan strategi yang dilakukan oleh seseorang
13
dalam sesebuah organisasi. Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis
SWOT adalah satu proses mengenalpasti faktor luaran dan faktor
dalaman yang mempengaruhi sesuatu tindakan atau perlaksanaan suatu
strategi yang akan dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam mencapai
matlamat, visi dan misi organisasi.
4.3.1 Kekuatan (Strengths)
Kekuatan merujuk kepada kelebihan, keistimewaan atau kebolehan
yang dimiliki oleh sesebuah organisasi itu sendiri yang tidak ada pada
organisasi lain. Kekuatan ini akan memberi kemampuan bersaing kepada
organisasi tersebut.
Antara kekutan syarikat Parkson yang dikenalpasti ialah yang
pertama Pakson mempunyai lokasi yang strategik.Kebanyakan lokasi
perniagaan Parkson adalah strategik iaitu terletak di tengah-tengah bandar
juga berhampiran dengan kawasan perumahan.Jadi, pelanggan mudah
untuk berkunjung di gedung beli-belah Parkson. Selain itu, kebanyakan
stor Parkson terletak di kawasan membeli-belah dengan sebahagian
daripadanya merupakan penyewa yang tetap dan kukuh dalam kompleks
seperti Poh Kong, King's Confectionery, Electronic Games, Vision Optical
dan lain-lain.( sumber artikel Lion Group)
Seterusnya, Parkson memasarkan produk yang berkualiti tinggi
dan berjenama antarabangsa.Parkson terkenal dengan menawarkan
pelbagai barangan dagangan dan jenama yang berkualiti dengan harga
yang berpatutan serta menepati cita rasa pengguna di gedung-gedung
peruncitan Parkson dan mewujudkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi
terhadap jenama “Parkson”. Parkson menawarkan pelbagai fesyen dan
barangan berkaitan gaya hidup berjenama terkenal antarabangsa yang
mempunyai kualiti yang tinggi. (sumber Laman web Parkson)
14
Parkson Holdings Berhad juga mempunyai imej yang baik dari
segi kewangan dan nama syarikat. Pihak pengurusan Parkson sentiasa
mempunyai daya usaha dari segi meningkatkan taraf gedung beli belah
supaya mencapai taraf gedung beli-belah lima bintang, untuk memberikan
lebih keselesaan kepada pelangganya. Aktiviti dan promosi yang sering
diadakan oleh pihak Syarikat Parkson Holdings Berhad meningkatkan lagi
imej jenama “Parkson”. (sumber Laman web Parkson)
Selain itu, kebanyakan pegawai Parkson mempunyai pengalaman
lebih daripada 5 tahun bekerja dengan Parkson. Staf merupakan aset
terpenting syarikat dimana operasi akan lebih mudah diuruskan oleh
mereka. Staf tersebut sentiasa komited dan keadaan ini boleh mengelakkan
berlakunya kesilapan besar dalam operasi.Syarikat juga melaburkan masa
dan wang dalam melatih pekerja dan kekal dalam membentuk mereka.
Oleh itu, staf yang berpengalaman mampu mengurangkan kos melatih
pekerja. (sumber artikel Lion Group)
4.3.2 Kelemahan (Weakness)
Kelemahan merupakan keadaan perniagaan atau syarikat dalam
menghadapi pesaing yang mempunyai keterbatasan dan kekurangan serta
kemampuan dalam menguasai pasaran, sumber serta
kepakaran.Kelemahan yang dimaksudkan dalam sesebuah perniagaan
ialah keterbatasan atau kekurangan dari aspek sumber termasuklah sumber
tenaga, kepakaran dan bahan mentah, kemahiran dan kemampuan yang
menjadi penghalang utama bagi penampilan prestasi organisasi yang
memuaskan. ( blog business)
15
Antara kelemahan Parkson yang dikenalpasti ialah Parkson perlu
membelanjakan kos operasi yang tinggi. Apabila cawangan baru dibuka,
syarikat akan mengeluarkan jutaan ringgit untuk membelanjakan kos
pembinaannya. Selain itu, syarikat juga perlu membeli barang-barang
niaga, peralatan dan kemudahan niaga, menyediakan gaji untuk pekerja
dan membayar bil-bil. Oleh itu, Syarikat Parkson Holdings Berhad perlu
membelanjaakan kos operasi yang tinggi. (sumber artikel Lion Group)
Pesaing persekitaran perniagaan juga adalah kelemahan
Parkson.Kini terdapat banyak perniagaan perhidmatan peruncitan yang
wujud.Perkara ini berlaku di dalam dan luar negara.Contohnya di
Malaysia wujudnya pesaing perniagaan Parkson seperti Jusco, The Store
dan Tesco menyebabkan perniagaan Parkson sedikit sebanyak terjejas.
Persekitaran ini akan mempengaruhi keuntungan dan pasaran syarikat
dimana syarikat perlu mengenalpasti strategi untuk meningkatkan hasil
atau keuntungan.(sumber Laman web academia.edu)
Selain itu, Syarikat Parkson juga masih berdepan dengan masalah
kadar lantik hentiyang tinggi terutamanya untuk tahap yang bukan
eksekutif seperti pembantu jualan, juruwang dan penyelia walaupun
Parkson mempunyai staf yang mahir. Perkara ini berlaku pada bahagian
level stor Syarikat Parkson.Contohnya di Malaysia, kebanyakan mereka
yang bekerja pada tahap bukan eksekutif adalah pelajar lepasan SPM,
STPM dan Kolej yang ingin mengambil pengalaman bekerja. Oleh itu,
apabila mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti
mereka akan meletakkan jawatan mereka.Hal ini menyebabkan kadar
lantik henti yang tinggi.(sumber Laman web academia.edu)
16
4.3.3 Peluang (Opportunities)
Peluang-peluang yang wujud memberi potensi kepada perniagaan
untuk berkembang.Perkembangan perniagaan atau organisasi boleh
dilakukan melalui penemuan baru atau inovatif yang dikenalpasti dalam
pasaran.Perubahan pasaran menawarkan pelbagai peluang untuk di
manfaatkan dalam perniagaan.Ini menjadikan perniagaan lebih kompetitif
berbanding pesaing utama serta boleh bergerak dalam pasaran baru.
(sumber blog business)
Antara peluang Parkson yang dikenalpasti ialah kewujudan
pembukaan banyak pusat beli belah yang baru memberi peluang kepada
Parkson untuk meluaskan pasarannya.Hal ini dapat dijalankan dengan
kerjasama pengurusan kompleks beli-belah.Contohnya, KL Festival City,
pusat beli-belah baru yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur telah dibuka
secara rasmi pada 9 Mac 2012.Majlis pelancaran ini menandakan
pembabitan dan kerjasama Parkson Holdings Berhad ke dalam sektor
pembangunan dan pengurusan pusat beli-belah dengan pihak KL Festival
City. (sumber artikel Lion Group)
Pengaruh kerajaan juga adalah peluang bagi syarikat Parkson
untuk mengembangkan lagi perniagaannya.Pengaruh kerajaan ke atas
sesebuah perusahaan ialah dari segi penggubalan dasar-dasar awam yang
berkaitan dengan ekonomi dan perniagaan. Antara dasar awam yang
berkaitan dengan perusahaan dan juga ekonomi ialah Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Penswastaan, Dasar Pandang ke Timur, Dasar Pembangunan
Nasional,Model Ekonomi Baru, dan yang terkini Program Transformasi
Ekonomi. Kesemua dasar-dasar ini mampu untuk mempengaruhi
perusahaan dan perindustrian untuk mengembangkan perniagaan mereka
ke luar Negara.Ini adalah satu peluang buat Parkson kerana dengan
dorongan kerajaan melalui dasar-dasar kerajaan, Parkson dapat meluaskan
pasarannya. (sumber Laman web academia.edu)
17
4.3.4 Ancaman (Threats)
Ancaman ialah sebarang kemungkinan yang melibatkan faktor-
faktor luaran yang boleh menganggu pergerakan dan kemajuan
organisasi.Ancaman merupakan suatu keadaan yang mengancam dari
luaran organisasi. (sumber blog business) Dalam analisis SWOT, ancaman
merujuk kepada pengurusan risiko.Secara tidak langsung kita dapat
menentukan jalan terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan
yang timbul.Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat
berjalan dengan lancar dan sesebuah organisasi perlu mengenal pasti serta
menyenaraikan ancaman serta faktor penghalang kejayaan.
Pesaing adalah ancaman kepada perniagaan Parkson.Dengan
ekonomi negara yang lebih membangun sekarang, banyak pesaing
Parkson baik dari dalam negara mahupun luar negara telah bertapak
dengan pesatnya. Contohnya, di Malaysia seperti Tesco, Mydin, Jusco,
Giant, E-Mart dan lain-lain turut menawarkan perkhidmatan yang sama
seperti Parkson. Malahan barangan mereka lebih murah dan sentiasa ada
jualan murah yang tidak mengira musim.Berbanding dengan Parkson
produk jualan mereka sememangnya jauh lebih murah.Walau
bagaimanapun, Parkson mempunyai pelanggan tetap mereka yang
tersendiri.Dengan itu, mereka hanya perlu memastikan pelanggan tetap
mereka selesa untuk membeli-belah di gedung mereka. (sumber Laman
web academia.edu)
18
4.4 Strategi Pemasaran
Strategi pemasaran ialah sebuah proses yang dibuat untuk memasarkan
produk dan juga peluang pertumbuhan pasaran dapat dikesan melalui empat
pendekatan iaitu penebusan pasaran,pembangunan pasaran,pembangunan
produk dan pempelbagaian.Syarikat Parkson harus melakukan strategi
pemasaran untuk memasarkan perniagaannya dan memastikan perkhidmatan
yang ditawarkanmemuaskan hati pelanggan.
4.4.1 Penembusan Pasaran
Penembusan Pasaran merupakan strategi pertumbuhan dimana
syarikat meningkatkan syer pasaran bagi produk sedia ada dalam
pasaran semasa tanpa mengubah produk.Untuk meningkatkan
penembusan pasaran, perniagaan boleh menggunakan beberapa
strategi dalam usaha untuk mengambil jualan daripada pesaing
antaranya ialah melalui promosi dan menurunkan harga produk.
(sumber laman web smallbusiness.chorn.com)
Syarikat Parkson memaparkan iklan promosi seperti tawaran hebat
mereka untuk memperkenalkan gedung Parksondan menggalakkan
lagi pelanggan-pelanggan mereka, tidak kira pelanggan baru
19
ataupun pelanggan tetap untuk kerap berbelanja di gedung beli
belah mereka dengan menggunakan media elektronik dan media
cetak.Selain itu, Parkson biasanya mengadakan promosi jualan
murah pada pertengahan tahun ataupun hujung tahun, ataupun
masa-masa perayaan seperti Krismas, Hari Raya, Tahun Baru Cina
dan lain-lain perayaan yang dirayakan oleh masyarakat setempat.
(sumber laman web Parkson)
Oleh itu, penembusan pasaran merupakan strategi pemasaran yang
sesuai diamalkan oleh syarikat Parkson.Buktinya, Parkson telah
mampumenembusi pasaran Asia, di mana kini syarikat pegangan
pelaburan ini mempunyaicawangan di Taiwan, Hong Kong,
Singapura dan juga yang bakal dibuka iaitu di Kemboja.Hal ini
menunjukkan usaha gigih yang dilakukan oleh pengerusi
organasasi ini sangatmemberansangkan kerana telah mampu
menjadikan firma mereka yang dahulunya hanya diMalaysia tapi
kini bakal menjejaki dunia bermula dengan kawasan serantaunya.
(sumber laman web academia.edu)
4.4.2 Pembangunan Produk
Pembangunan produk adalah strategi perniagaan di mana
perniagaan yang cuba untuk mencari kumpulan baru pembeli
sebagai pelanggan berpotensi bagi produk dan perkhidmatan yang
sedia ada. Strategi ini juga bermaksud memperkenalkan produk
atau perkhidmatan yang sedia ada ke kawasan geografi yang baru.
Di dalam era globalisasi, pembangunan pasaran memainkan
peranan penting dan diminati ramai. Terdapat banyak cara yang
mungkin menghampiri strategi pembangunan produk, termasuk
pasaran geografi misalnya membuka cawangan di negara luar
dansaluran pengagihan baru. (sumber laman web education-portal)
20
Pada mulanya, Parkson mengembangkan perusahaan mereka di
dalam negara ini sahaja. Tetapi, dengan menggunakan strategi
pembangunan pasaran Parkson telah membuka cawangan mereka
di luar negara .Contohnya, Parkson membuka gedungnya yang ke-
58 di Baoding, Wilayah Hebei, China pada 20 September 2013
selain di Vietnam, Indonesia, Sri Lanka dan Myanmar.Dengan
adanya pembangunan pasaran, saluran pengagihan baru juga dapat
diwujudkan.Parkson dapat mengagihkan produk pasarannya terus
kepada pengguna dengan pembukaan cawangan baru. (sumber
laman web Parkson)
Strategi pembanguanan produk ini sesuai dijalankan oleh
syarikat Parkson.Selain dapat meluaskan cawangan jenama
Parkson, Syarikat Parkson juga dapat menarik pengguna baru
untuk membeli produk yang dipasarkannya.
21
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, Parkson Holding Berhad merupakan syarikat yang
terkenal dengan gedung beli-belah yang bertemakan kemewahan.Selain itu, Parkson
sentisa mementingkan kualiti produk yang dipasarkannya untuk memenuhi kehendak
dan cita rasa pelanggan.Hal ini menjadikan Parkson sebagai gedung yang peling
terkeuka di Asia.Syarikat Parkson Holdings Berhad mengamalkan aktiviti perniagaan
berasaskan perkhidmatan.Perkhidmatan yang dijalankan oleh Parkson Holdings
Berhad adalah perkhidmatan berasaskan peruncitan.Perniagaan utama Parkson ialah
menawarkan item-item daripada barangan fesyen perhiasan rumah, produk elektrik,
barangan sofline dan hardline.
Disamping itu, Syarikat Parkson Holdings Berhad telah mengamalkan konsep
antarabangsa seperti globalisasi, pasaran menimbul, dunia tanpa sempadan dan
lokalisasi yang efektif menyebabkan nama Parkson dikenali dan dapat bersaing di
peringkat antarabangsa. Pendekatan strategik yang diamalkan oleh syarikat Parkson
Holdings Berhad ialah analisis SWOT. Dengan menggunakan analisis SWOT,
Syarikat Parkson dapat mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang
dihadapi oleh syarikat dalam memasarkan produknya.
Selain itu, strategi pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Parkson Holdings Berhad
adalah melalui penembusan pasaran, dan pembangunan pasaran.Strategi ini
membantu Parkson meluaskan pasaran dan menarik pelanggan baru untuk membeli-
belah di Parkson. Antara cadangan strategi yang boleh diamalkan oleh Parkson
Holdings Berhad membuat potongan harga untuk produknya pada masa-masa tertentu
dan meningkatkan promosi dan pengiklanan tentang perkhidmatan yang ditawarkan
di Parkson sama ada di media massa mahupun media cetakan.Seterusnya, untuk
Parkson terus berdiri lebih teguh di pasaran antabangsa ialah Parkson harus
22
memasarkan produk yang menepati cita rasa tempatan dan menjaga kualiti dan imej
Parkson.
Selain itu, pengkaji mencadangkan supaya syarikat Parkson Holdings Berhad
mencipta kad keahlian sendiri.Pelanggan Parkson hanya menggunakan kad Bonuslink
untuk mengumpul mata ganjaran supaya boleh ditukar kepada barangan dan vaucer-
vaucer Parkson untuk membeli-belah di gedung itu lagi. Namun, kad bonuslink ini
bukan sahaja digunakan di Parkson, akan tetapi turut dapat digunakan di tempat-
tempat lain seperti kedai aksesori Cindy,Focus Point,Shell dan lain-lain tempat. Jadi
dapat disimpulkan, mereka yang mempunyai kad Bonuslink tidak semestinya
membeli-belah di Parkson untuk mendapatkan mata ganjaran. Justeru itu, sekiranya
pihak Parkson ini mempunyai kad keahliannya yang tersendiri, sudah pasti
keuntungan mereka mungkin akan menjadi berlipat kali ganda daripada yang biasa.
Diharapkan semua cadangn yang dikemukakan oleh pengkaji dapat membantu
Parkson mengembangkan perniagaannya.Selain itu, Parkson juga dapat menarik lebih
ramai lagi pelanggan sama ada yang lama mahupun yang baru untuk terus berbelanja
di Parkson. Pihak Parkson juga hendaklah pandai mencari peluang dalam pelbagai
musibah ataupun cabaran dan ancaman yang mungkin dihadapi. Hal ini kerana,
mereka harus bijak menangani masalah yang ada dengan menjadikan ia sebagai
peluang yang terbaik untuk memajukan perusahaan mereka. Oleh itu, strategi-strategi
pemasaran haruslah dijalankan dengan konsisten oleh Parkson Holdings Berhad
supaya Parkson dapat menjadi sebuah perniagaan peruncitan yang unggul diperingkat
antarabangsa.
23