Post on 17-Jan-2017
PROSIDING PERKEM VIII, JILID 1 (2013) 445 - 459
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013
Jurang Pendapatan dan Hutang Isirumah
Azlina Zainal Abidin
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: azlinaepu@gmail.com
Tamat Sarmidi
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: tamat@ukm.my
Abu Hassan Shaari Md Nor
Pusat Pengajian Ekonomi
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: ahassan@ukm.my
ABSTRAK
Dalam beberapa dekad kebelakang ini, secara amnya trend hutang isirumah telah meningkat dengan
ketara.Terdapat tiga penentu yang mempengaruhi trend hutang isirumah iaitu ciri-ciri institusi, faktor
dari sebelah permintaan seperti jurang pendapatan, serta faktor dari sebelah penawaran seperti struktur
pasaran kredit. Di peringkat antarabangsa, terdapat perbezaan bagi jurang pendapatan dan kadar hutang
isirumah bagi setiap negara dengan melihat kepada tahap pembangunan yang telah dicapai samada
tinggi, sederhana atau rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji secara empirikal kesan jurang
pendapatan ke atas hutang isirumah di 49 buah negara, dengan mengambilkira tahap ambang ufuk
pembangunan ekonomi. Hasil kajian boleh dijadikan input kepada dasar pengawalan hutang isirumah
supaya tidak menjejaskan pembangunan ekonomi. Keputusan empirikal berdasarkan penganggaran
ambang ufuk menunjukkan bahawa terdapat pengaruh pembangunan ekonomi dalam hubungan antara
hutang isirumah-jurang pendapatan, iaitu bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang
tinggi, jurang pendapatan berhubungan secara positif dengan hutang isirumah. Bagi negara yang
mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana/rendah pula, jurang pendapatan adalah
berhubungan secara negatif dengan hutang isirumah. Hasil kajian ini wajar dijadikan inputoleh kedua-
dua kumpulan negara kerana kawalan dasar hutang isirumah boleh mempengaruhi pertumbuhan dan
kestabilan ekonomi negara masing-masing.
Kata kunci: Hutang isirumah, jurang pendapatan, pembangunan ekonomi, penganggaran ambang ufuk.
ABSTRACT
Generally over the last few decades, the trend of household debt has increased significantly. The
determinants of this household debt trend are institutional features, factors from the demand side such
as income inequality, and factors from the supply side such as the structure of the credit market. At the
international level, there exist differences in income inequality and household debt for each country,
depending on the level of economic development achieved either it is high, intermediate or low. Thus,
the purpose of this study is to analyze empirically the effect of income inequality to the household debt
in 49countries, with consideration to the threshold level of economic development. The findings of the
study can be used as input to the household debt management policy so as not to impede the
development of the economy. Empirical results based on cross-section threshold estimation indicate
that there is economic development influence to the household debt-income inequality relationship. In
countries with high economic development, the relationship between income inequality and household
debt is positive, while in countries which has intermediate/low level of economic development, income
inequality has negative effect on household debt. The results of this study should be considered as input
446 Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor
to both groups of countries sincehousehold debt management policycan give impact to both the growth
dan stability of the economy of each country.
Key words: Household debt, income gap, economic development, panel threshold estimation.
PENGENALAN
Pengambilan hutang bagi isirumah merupakan satu amalan yang dianggap berleluasa pada masa kini
dan kesan daripada amalan ini boleh dikaji dari pelbagai perspektif iaitu dari sudut ekonomi, sosial,
psikologi dan agama kerana ia merupakan hasil aktiviti jual beli bagi mendapatkan barangan dan
perkhidmatan sebagai perkara asas dalam memenuhi keperluan kehidupan. Isirumah melibatkan diri
dengan hutang untuk membolehkannya membeli harta, kenderaan dan barangan pengguna, serta
membuat pelaburan dalam ekuti dan membiayai perbelanjaan penggunaan umum (Cynamon & Fazzari,
2010). Secara umum, terdapat tiga jenis hutang isirumah iaitu pinjaman jualbeli rumah (termasuk kredit
ekuiti perumahan); hutang kad kredit; dan pinjaman kenderaan, perabut dan pelajaran. Hutang kad
kredit, pinjaman kenderaan, perabut dan pelajaran juga dikenali sebagai hutang pengguna.
Mengenai amalan berhutang, Nabi Muhammad SAW mengajar umat Islam untuk selalu
berdoa agar dilindungi dari dosa dan hutang kerana apabila berhutang, seseorang itu mempunyai
kecenderungan untuk berdusta apabila berbicara dan akan ingkar apabila berjanji (Riwayat Al-
Bukhari). Thomas Fuller, seorang ahli sejarah pula mengatakan bahawa “Kemiskinan yang paling teruk
adalah penanggungan hutang”. Walaubagaimanapun, realiti semasa menunjukkan trend yang
berlawanan dengan saranan-saranan ini, di mana terdapat peningkatan ketara dalam hutang isirumah
dikebanyakan negara di dunia, termasuk di negara Islam yang mempunyai sistem kewangan Islam yang
maju. Hampir kesemua negara majumenunjukkan penanggungan hutang isirumah yang bertambah,
dengan pertumbuhan penggunaan yang kekal dan kadar simpanan isirumah yang menurun (Barba &
Pivetti, 2008).
Peningkatan hutang isirumahboleh mendatangkan implikasi positif dan negatif kepada
sesebuah ekonomi. Dalam dua dekad kebelakang ini, pertumbuhan penggunaan merupakan sumber
penting yang mencetuskan peningkatan dalam permintaan, yang seterusnya meningkatkan
pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kesan krisis ekonomi. Walaubagaimanapun, peningkatan
hutang isirumah yang pada awalnya membantu pertumbuhan penggunaan kemudiannya boleh
menyebabkan ekonomi yang sedang berkembang menjadi merudum dengan cepat serta mengakibatkan
kemerosotan ekonomi yang teruk. Ini berlaku apabila peningkatan hutang isirumah yang pada mulanya
memberikan kesan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi kerana peranannya membantu
meningkatkan penggunaan, bertukar menjadi faktor yang melemahkan ekonomi pula (Athanassiou,
2012). Fenomena ini telah pun melanda di beberapa negara maju di benua Eropah seperti Greece dan
juga di Amerika Syarikat pada tahun 2008.
Oleh itu, amatlah penting peningkatan hutang isirumah dikaji, antaranya dari sudut faktor
yang menyebabkan ia meningkat kerana ia dapat membantu pembentukan dasar kewangan yang tepat
bagi mengelakkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi terjejas. Antara faktor yang
mempengaruhi peningkatan hutang isirumah ialah jurang pendapatan di dalam masyarakat.Data
daripada beberapa negara menunjukkanisirumah berpendapatan rendah/sederhanamempunyai
kecenderungan tinggi untuk berhutang, walaupun isirumah berpendapatan tinggi mempunyai
kecenderungan yang lebih. Dapat juga dilihat nisbah hutang-pendapatan isirumah berpendapatan
rendah/sederhana adalah yang paling tinggi, nisbah hutang relatif kepada jumlah nilai aset mereka
adalah yang paling tinggi dan merekajuga merupakan pembayar jumlah hutang paling tinggi (Debelle,
2004). Terdapat kajian terdahulu yang sangat terhad yang mengkaji kesan jurang pendapatan ke atas
peningkatan hutang isirumah. Ada yang mendapati jurang pendapatan mempengaruhi peningkatan
hutang isirumah (Iacoviello (2008)) dan ada juga kajian yang mendapati sebaliknya (Jappelli, Pagano
& Maggio (2008)). Tidak dapat disimpulkan sama ada hubungan ini bersifat monotonik atau tidak
kerana perbezaan dapatan daripada kajian yang terhad tersebut. Walaubagaimanapun,hubungan yang
monotonik boleh terhasil, contohnya berdasarkan hipotesis kitaran hidup pendapatan danteori
pengagihan pendapatan bagi hutang isirumah yang melihat kepada kelakuan pengguna yang mahu
memaksimakan kepuasan kepenggunaan secara berterusan berdasarkan pendapatan bolehgunanya.
Hubungan jurang pendapatan-hutang isirumah juga berkemungkinan bersifat tidak monotonik,
di mana ianya hanya akan berlaku pada satu tahap tertentu dalam pembangunan ekonomi. Dalam kata
lain, mungkin terdapat satu peringkat di mana, hanya setelah tercapainya satu tahap ambang ufuk
dalam pembangunan ekonomi, jurang pendapatan akan memberi kesan terhadap peningkatan hutang
isirumah. Oleh yang demikian, kajian ini dapat memberikan jawapan kepada persoalan ini, di mana jika
jurang pendapatan boleh mempengaruhi peningkatan hutang isirumah, ianya mungkin benar pada tahap
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 447
pembangunan ekonomi yang tertentu sahaja. Wujud juga satu lagi persoalan iaitu, apakah tahap
pembangunan ekonomi yang akan menyebabkan jurang pendapatan mempengaruhi peningkatan dalam
hutang isirumah? Bagi menjawab persoalan-persoalan di atas, kajian ini akan mengkaji secara
empirikal hubungan antara jurang pendapatan dan hutang isirumah dengan mengambilkira tahap
ambang ufuk pembangunan ekonomi menggunakan set data bagi 49 negara daripada kajian oleh
Jappelli, Pagano & Maggio (2008). Kaedah ekonometrik yang akan digunakan dalam kajian ini ialah
kaedah penganggaran ambang ufuk keratan rentas, sebagaimana yang digunakan dalam Sarmidi et. al
(2013).
Bagi membincangkan persoalan kajian dengan lebih lanjut, kertas kajian dibahagikan kepada
lima bahagian. Bahagian kedua membincangkan secara ringkas teori dan bukti empirikal hutang
isirumah dan hubungannya dengan kurang pendapatan dan pembangunan ekonomi. Bahagian ketiga
menerangkan mengenai prosedur ekonometrik kajian, bahagian keempat menerangkan mengenai set
data yang digunakan dalam analisis, bahagian lima membincangkan hasil dapatan kajian manakala
bahagian enam membincangkan beberapa rumusan kajian.
HUTANG ISIRUMAH, JURANG PENDAPATAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI
Faktor peningkatan hutang isirumah
Menurut Barba & Pivetti (2008), terdapat beberapa faktor yang menyebabkan hutang isirumah
meningkat pada masa kini. Pertamanya, sehingga awal tahun 1980an, hutang isirumah dibendung oleh
pengawalan kredit. Liberalisasi kewangan yang kemudiannya berlaku telah memudahkan isirumah
untuk mendapatkan pinjaman wang dan seterusnya mencapai tingkat kepenggunaan yang diinginkan.
Hutang isirumah meningkat dengan kadar yang konsisten kerana didorong oleh pilihan terhad pada
masa lampau. Faktor kedua ialah pandangan yang menganggap hutang isirumah sebagai pengganti
kepada pendapatan, di mana tahap penggunaan menjadi tidak elastik kepada kadar pendapatan isirumah
tetapi bergantung kepada kadar pendapatan aggregat yang meningkat, seiring kadar peningkatan
produktiviti secara keseluruhan. Faktor ketiga pula ialah kelakuan pengguna yang ingin
memaksimumkan kepuasan kepenggunaan. Untuk mencapai kepuasan maksimum, isirumah akan
merancang perbelanjaan bagi pendapatan yang dijangka diterima untuk seumur hidup supaya tabiat
penggunaan bersifat menyeluruh bagi tempoh jangka panjang. Hutang isirumah juga membolehkan
penggunaan diperolehi dengan lebih konsisten mengikut pendapatan yang diterima. Dengan ini,
ketidaksepadanan antara jumlah pendapatan yang diterima dan jumlah perbelanjaan yang diingini dapat
dihapuskan, sebagaimana yang dicadangkan oleh hipotesis kitaran hidup pendapatan bagi tabiat
penggunaan agregat. Cynamon & Fazari (2008) pula berpandangan, terdapat hujah dari perspektif
neoklasikal yang mengatakan bahawa pengguna lazimnya bersifat rasional dan hanya akan membuat
keputusan mengenai hutang dengan melihat kepada kemampuan pendapatan kekal, dan bukan
pendapatan sementara. Terdapat juga hujah dari sudut psikologi dan sosiologi yang mengatakan
bahawa pengguna akan menggunakan kesempatan yang ada untuk memaksimumkan kepuasan
kepenggunaannya, termasuklah membuat pinjaman walaupun menyedari ianya bersifat sementara
terutamanya dalam memastikan dirinya dilihat sebagai mempunyai status atau gaya hidup tertentu.
Menurut Jappelli, Pagano & Maggio (2008) di mana model dan datanya digunakan dalam
kajian ini, faktor institusi seperti perkongsian maklumat, kecekapan pelaksanaan undang-undang dan
peraturan kebankrapan memberi kesan kepada saiz hutang dan kestabilan kewangan isirumah. Analisis
rentas-negara dilakukan bagi mengenalpasti faktor penentu bagi hutang isirumah dan didapati
perkongsian maklumat dan asal-usul undang-undang berhubungan secara positif dan signifikan dengan
hutang isirumah, manakala berhubungan negatif dan signifikan dengan prosedur undang-undang.
Didapati juga hutang isirumah tidak berhubungan secara signifikan dengan faktor dari sebelah
permintaan seperti jurang pendapatan, dan faktor dari sebelah penawaran seperti struktur pasaran
kredit. Hubungan antara jurang pendapatan dengan hutang isirumah akan dikaji dengan lebih
mendalam dalam kajian ini.
Jurang pendapatan dan hutang isirumah
Tidak banyak kajian empirikal dibuat untuk melihat hubungan antara jurang pendapatandengan hutang
isirumah. Satu kajian olehIacoviello (2008) mendapati bahawa peningkatan dalam jurang pendapatan
pada tahun 1980an dan 1990an di Amerika Syarikat adalah sebab kepada peningkatan dalam hutang
isirumah, peningkatan jurang dalam kekayaan dan kestabilan relatif jurang dalam penggunaan bagi
tempoh jangka masa panjang. Kajian bagi tahun 1963 hingga 2003 yang mengkaji trend dan ciri-ciri
448 Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor
pusingan hutang isirumah ini mendapati, untuk jangka masa pendek, kitaran dan turun naik sektor
perniagaan juga menyebabkan perubahan pada hutang isirumah. Model yang digunakan oleh Iacovelli
mengambil kira kejutan dalam ekonomi dengan menggunakan data jurang pendapatan, pendapatan
agregat dan ukuran bagi liberalisasi kewangan. Selain itu, kajian menunjukkan pengembangan kredit
daripada golongan berpendapatan tinggi kepada berpendapatan rendah merupakan mekanisma yang
menyebabkan jurang kepenggunaan meningkat.
Barba dan Pivetti (2008) turut menerangkan dengan terperinci fenomena jurang pendapatan
meningkat yang telah berlaku di Amerika Syarikat antara tahun 1980 hingga 2005. Sebagai contoh,
perbandingan jumlah pendapatan bolehguna sebelum dikenakan cukai pada tahun 1980 adalah 6.8%
bagi golongan berpendapatan rendah, 50% bagi golongan berpendapatan sederhana dan 42.8% bagi
golongan berpendapatan tinggi. Pada tahun 2005 pula, pendapatan bolehguna sebelum cukai telah turun
kepada 4.8% bagi golongan berpendapatan rendah, menurun kepada 44% bagi golongan berpendapatan
sederhana dan meningkat kepada 51.6% bagi golongan berpendapatan tinggi. Ini menunjukkan bahawa
sebanyak 9% daripada pendapatan bolehguna telah berpindah daripada golongan berpendapatan rendah
dan sederhana kepada golongan berpendapatan tinggi (yang terdiri daripada hanya 10% daripada
keseluruhan populasi) dan jurang pendapatan telah semakin meningkat di Amerika Syarikat dalam
tempoh tersebut. Dalam masa yang sama, jumlah simpanan isirumah sebagai peratus daripada
pendapatan bolehguna telah menyusut daripada 10% pada tahun 1980 kepada 0.5% pada tahun 2005.
Dapat dilihat bahawa pertumbuhan dalam kadar perolehan liabiliti kewangan telah melebihi
pertumbuhan dalam aset kewangan dan perumahan.
Peralihan pendapatan daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini, diikuti
dengan penyusutan dalam kadar simpanan dan peningkatan dalam liabiliti isirumah sepatutnya akan
menyebabkan kadar penggunaan menyusut tetapi ini tidak berlaku di Amerika Syarikat. Kadar
penggunaan meningkat lebih banyak daripada pendapatan bolehguna, di mana kadar penggunaan
dibiayai melalui akses kredit yang juga menunjukkan peningkatan. Keadaan yang berlaku di Amerika
Syarikat telah membuktikan bahawa isirumah bergelut untuk sekurang-kurangnya mengekalkan tahap
gaya hidup mereka dengan cara membuat simpanan yang lebih apabila pendapatan bolehguna
berkurangan (selepas mengambil kira inflasi), dan dalam masa yang sama membuat pinjaman untuk
menampung kekurangan dalam belanjawan keluarga. Tahap gaya hidup yang dipertahankan ini
dinamakan sebagai ‘customary necessities’ oleh ahli ekonomi klasik, dan ini menjadi satu amalan
semulajadi yang mencorak trend pendapatan benar di Amerika Syarikat. Gaya hidup inilah yang
menentukan tahap kepenggunaan dan bukannya jumlah pendapatan benar yang diterima oleh sesebuah
isirumah, kecuali sekiranya keadaan ekonomi dan sosial masyarakat secara keseluruhannya menurun
secara berterusan yang akhirnya mengubah tahap gaya hidup ke tingkat yang lebih bawah (Pivetti,
1999). Dengan kata lain, jurang pendapatan yang wujud telah menyebabkan hutang isirumah
meningkat dan seterusnya telah melebarkan lagi jurang pendapatan antara golongan berpendapatan
rendah dan tinggi.
Pengekalan gaya hidup yang diingini pula mempunyai kaitan dengan pasaran kepenggunaan,
di mana hubungan antara jurang pendapatan dan hutang isirumah dari sudut pasaran kepenggunaan
telah dikaji oleh Kollmeyer (2013). Kajian yang mengenalpasti saiz pasaran pengguna di 18 negara
maju bagi tempoh hampir 40 tahun inimendapati, dengan wujudnya faktor globalisasi dan teknologi,
pasaran kepenggunaan mengalami perubahan dan seterusnya memberi kesan kepada peningkatan
dalam jurang pendapatan. Jurang pendapatan di beberapa negara maju dilihat berhubungan positif dan
signifikan dengan saiz pasaran kepenggunaan yang berkait rapat dengan cara dan gaya hidup
pengguna.Secara umumnya,dapat dilihat daripada kajian ini bahawa semakin banyak perbelanjaan
kerajaan dan perbelanjaan isirumah, semakin tinggi Indeks Gini iaitu semakin lebar jurang pendapatan
dalam negara tersebut.
Jurang pendapatan dan pembangunan ekonomi
Menurut Gimet & Lagoarde-Segot (2012), sistem kewangan yang telus dan capaian kewangan yang
baik dapat menghapuskan kemiskinan dan jurang pendapatan dengan mewujudkan peluang ekonomi
untuk sesiapa sahaja. Oleh itu, antara objektif dasar sektor kewangan di negara membangun ialah
mengurangkan kos mendapatkan kredit, menstabilkan aliran kredit dan meningkatkan capaian
perkhidmatan kewangan kepada isirumah.Peranan bank pula ialah mengenalpasti dan membiayai
projek yang boleh membawa keuntungan, memantau kadar risiko dan memudahkan transaksi. Justeru,
dasar perbankan yang sesuaisepatutnya berusaha meningkatkan kredit bersih sambil mengurangkan
pinjaman yang tidak dibayar dan menaikkan kadar bunga serta kadar bunga premium bagi risiko. Di
samping itu, meluaskan akses kewangan kepada sebahagian besar populasi adalah satu keadaan yang
perlu untuk pembangunan ekonomi.Kajian ini juga mendapati dasar kewangan tidak seharusnya
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 449
memfokus kepada saiz sektor perbankan sahaja tetapi turut berusaha menyemai semangat persaingan
sihat antara bank, membangunkan skim perlindungan makro yang sesuai, mempromosi pembangunan
pasaran modal, sokongan kepada keusahawanan dan pelaksanaan hak awam dalam membantu
pembangunan ekonomi di sesebuah negara.
Dari sudut yang lain pula, Yu Hsing (2005) berpandangan bahawa jurang pendapatan yang
meningkatakan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.Kajiannya
mengenai impak jurang pendapatan ke atas pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat juga mendapati
pertumbuhan ekonomi mempunyai hubungan yang positif dengan perbelanjaan dalam pelaburan,
peningkatan saiz perkhidmatan awam, kemajuan teknologi dan sumber manusia.
Hutang isirumah dan pembangunan ekonomi
‘Financial instability theory’ yang diasaskan oleh Hyman Minsky pada tahun 1992 telah mengenalpasti
ciri-ciri sistematik pengembangan ekonomi berasaskan hutang agregat yang boleh menjurus kepada
ketidakstabilan kewangan apabila ianya semakin meningkat (Cynamon & Fazari (2010)). Perspektif
ini menekankan dua ciri berbeza perbelanjaan berasaskan hutang. Dalam fasa pusingan perniagaan
agregat, hutang akan menyebabkan permintaan meningkat dan menjadi pemangkin dalam ekonomi
sebagai ciri yang pertama. Akan tetapi, Minsky mengatakan bahawa hutang yang meningkat secara
berterusan dalam fasa pusingan perkembangan ekonomi akan menjadikan ekonomi tidak stabil.
Hubungan berciri Keynesian yang menghubungkan pinjaman yang tinggi, perbelanjaan yang
meningkat dan perolehan pendapatan membenarkan keputusan untuk meningkatkan lagi jumlah
pinjaman, di mana ianya akan menggalakkan pengamalan kewangan yang agresif. Ini mengakibatkan
wujudnya ketidaktentuan dalam proses pengembangan ekonomi kerana tiada siapa yang tahu setakat
mana sistem kewangan tersebut akan dapat bertahan. Logik yang digunakan oleh Minsky ialah proses
ini akan menyebabkan sistem terus berkembang sehinggalah ia bertukar menjadi krisis kewangan, iaitu
bilamana pengamalan kewangan yang agresif itu tidak lagi dapat dibenarkan. Teori pusingan Minsky
ini menekankan mengenai hubungkait antara rentetan peristiwa dalam bidang kewangan yang dapat
mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.Walaupun Minsky memberi tumpuan khusus
kepada kewangan dan pelaburan berkaitan perniagaan, teori ini juga turut menerangkan mengenai
penggunaan dan hutang isirumah. Cynamon & Fazari (2010) turut mencadangkan bahawa inovasi
dalam kewangan kepenggunaan dan evolusi dalam amalan kewangan isirumah dalam dekad
kebelakang ini telah menyebabkan ketidakstabilan dalam kewangan beralih daripada sektor perniagaan
kepada sektor pengguna.
MODEL EMPIRIKAL
Model empirikal yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan model kajian Jappelli, Pagano &
Maggio (2008), di mana hubungan empirikal antara jurang pendapatan dan hutang isirumah
menggunakan persamaan linear hutang isirumah rentas-negaraseperti berikut:
HHDi = α0 + α1GDP+ α2DRTi + α3CNTi + α4GNNi + α5PRVi + α6PBLi + α7CRDi + α8LWRi + εi (1)
di mana HHDi adalah nisbah hutang isirumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di
negara i, GDP adalah KDNK per kapita (proksi kepada tahap pembangunan ekonomi); DRTi adalah
masa yang diperlukan oleh mahkamah dalam prosedur mengutip bayaran daripada cek tendang (proksi
kepada kecekapan mahkamah); CNTi adalah indeks jumlah saham tiga bank terbesar dalam aset
keseluruhan sistem perbankan (proksi kepada struktur kompetitif pasaran kredit); GNNi adalah Indeks
Gini (indeks jurang pendapatan); PRVi adalah peratus populasi yang datanya termasuk dalam biro
kredit swasta manakala PBLi adalah peratus populasi yang datanya termasuk dalam pangkalan data
kredit awam (PRVi dan PBLi adalah proksi kepada indikator perkongsian maklumat pemberi kredit);
CRDi adalah indeks hak pemberi kredit; LWRi adalah pengamalan undang-undang berdasarkan
undang-undang asal England; dan εi adalah error term.
Hipotesis kajian adalah kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah bergantung kepada
samada sesebuah negara itu mencapai tahap tertentu dalam pembangunan ekonomi atau tidak.Dengan
itu, dapatlah juga dikatakan bahawa hipotesis yang ingin diuji ialah samada hutang isirumah
berhubungan positif dengan jurang pendapatan di negara yang mempunyai tahap pembangunan
ekonomi yang tinggi, manakala hutang isirumah pula berhubungan negatif dengan jurang pendapatan
bagi negara yang mempunyai tahap pembangunan negara yang sederhana/rendah.
450 Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor
Bagi menguji hipotesis ini, persamaan (2) diandaikan sesuai untuk mendapatkan gambaran
kesan kontingensi dan satu cara bagi melihat pengaruh KDNK per kapita (pembangunan ekonomi) ke
atas kesan jurang pendapatan terhadap hutang isirumah. Model berdasarkan regresi ambang ufuk
adalah dalam bentuk berikut:
= + GDPi+ DRTi + CNTi + GNNi + PRVi + PBLi + CRDi + LWRi +
εi, GDP ≤ λ
= + GDPi+ DRTi + CNTi + GNNi + PRVi + PBLi + CRDi + LWRi +
εi, GDP > λ
(2)
di mana GDP (tahap pembangunan ekonomi) adalah pembolehubah ambang ufuk yang digunakan
untuk membahagikan sampel kepada kumpulan, dan λ adalah parameter ambang ufuk yang masih
belum diketahui. Strategi model seperti ini membenarkan kesan jurang pendapatan berubah,
bergantung kepada samada KDNK per kapita sesebuah negara sama ada terletak di atas atau di bawah
tahap λ. Kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah adalah dan , dan sekiranya dan
adalah sama, model di atas akan menjadi model yang linear dan menjadi seperti persamaan (1).
Ujian Hipotesis
Langkah pertama dalam penganggaran kajian ini ialah dengan menguji hipotesis null = untuk
melihat samada ianya bersifat linear atau tidak dengan persamaan (2) iaitu model ambang ufuk.
Hansen (1996, 2000) mencadangkan prosedur Lagrange Multiplier (LM) yang konsisten
heteroskedastisiti digunakan bagi menguji hipotesis null (daripada formula linear) dengan persamaan
regresi ambang ufuk alternatif. Memandangkan parameter ambang ufuk λ tidak dikenalpasti di bawah
hipotesis null, nilai p akan dikira menggunakan kaedah fixed bootstrap, di mana Hansen (2000) telah
menunjukkan bahawa kaedah ini akan memberikan nilai p yang betul.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk dimaklumi bahawa jika hipotesis null ditolak dan
nilai ambang ufuk telah dikenalpasti, model regresi ambang ufuk perlu diuji semula dengan spesifikasi
linear (selepas sampel asal dibahagi dengan parameter ambang ufuk yang telah dikenalpasti). Prosedur
ini dibuat sehingga hipotesis null tidak lagi boleh ditolak.
Model analisis dengan terma interaksi
Walaupun menurut keputusan hipotesis,jurang pendapatan mempunyai kesan yang positif ke atas
hutang isirumah, ianya mungkin didorong oleh faktor KDNK per kapita yang tinggi(proksi kepada
pembangunan ekonomi) atau faktor peratus populasi yang datanya termasuk dalam biro kredit swasta
(proksi kepada liberalisasi kewangan). Untuk menguji kemungkinan ini, persamaan (1) dikembangkan
untuk mengambilkira interaksi antara jurang pendapatan (GNN) dengan KDNK per kapita (GDP) dan
liberalisasi kewangan(PRV) seperti berikut:-
HHDi = α0 + α1GDP+ α2DRTi + α3CNTi + α4GNNi + α5PRVi + α6PBLi + α7CRDi + α8LWRi
+ (GNN x GDP)i + εi (3)
HHDi = δ0 + δ1GDP+ δ2DRTi + δ3CNTi + δ4GNNi + δ5PRVi + δ6PBLi + δ7CRDi + δ8LWRi
+ (GNN xPRV)i + εi (4)
Jika α9dan δ9adalah negatif dan signifikan, ini menunjukkan bahawa hutang isirumah akan
berkurangan apabila pembangunan ekonomi atau liberalisasi kewangan meningkat. Jika sebaliknya
berlaku iaitu α9dan δ9adalah positif dan signifikan, ini menunjukkan bahawa hutang isirumah akan
meningkat apabila pembangunan ekonomi atau liberalisasi kewangan merosot. Daripada rangka
konsep ini, sebahagian daripada kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah boleh didapati
melalui persamaan berikut:
(5)
HHDi
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 451
(6)
Hipotesis peningkatan jurang pendapatan akan meningkatkan hutang isirumah adalah benar
jika > 0, namun jurang ini dapat dikurangkan sekiranya α9 adalah negatif. Selain itu, pembangunan
ekonomi atau liberalisasi kewanganakanmengurangkan hutang isirumah jika α1< 0 atau δ5<
0manakalakesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah dapat dipercepatkan jika < 0 atau δ9<0.
Merujuk kepada persamaan (5) dan (6) pula, jikanilai koefisien pembangunan ekonomiatau liberalisasi
kewanganadalah lebih besar daripada nilai ambang ufuk, iaitu apabila ≥ 0atau
≥ 0, hipotesis peningkatan jurang pendapatan akan meningkatkan hutang isirumah
langsung tidak akan terpakai.
DATA
Penganggaran data rentas-negara digunakan dalam kajian ini bagi menganggar persamaan (2), (3) dan
(4).Bilangan negara yang dikaji adalah 49, dan data untuk tahun 2005 atau tahun yang berhampiran
digunakan.Model yang digunakan adalah seperti model yang dibangunkan oleh Jappelli, Pagano, &
Maggio (2008), di mana terdapat satu pembolehubah bersandar dan lapan pembolehubah bebas
mewakili tiga faktor utama yang mempengaruhi hutang isirumah, iaitu faktor ciri institusi, faktor dari
sebelah permintaan dan faktor dari sebelah penawaran.
Pembolehubah bersandar adalah hutang isirumah (HHD) yang diukur melalui nisbah jumlah
hutang isirumah sebagai peratus kepada KDNK bagi tahun 2005. Data nisbah yang digunakan adalah
gabungan data yang diperolehi daripada International Monetary Fund (IMF) danEuropean Credit
Institute (ECRI), di mana dalam kebanyakan kes, data boleh diperolehi dari tahun 2000. Hutang
isirumah antara negara adalah sangat berbeza iaitu rendah (secara umumnya kurang daripada 10%) di
negara membangun, sederhana (secara umumnya antara 10% hingga 20%) di negara Eropah Timur dan
tinggi di negara maju. Kajian akan melihat kesan pembolehubah bebas ke atas HHD sebagai
pembolehubah bersandar yang dikaji.
Bagi faktor ciri institusi, terdapat tiga kategori aspek yang ingin dikaji iaitu aspek
pembangunan ekonomi, aspek hak pemberi kredit dan pelaksanaan undang-undang serta aspek
perkongsian maklumat antara pemberi kredit. Untuk aspek pertama iaitu pembangunan ekonomi, data
yang digunakan ialah KDNK per kapita dalam ribu USD (GDP) bagi tahun 2000 yang diperolehi
daripada pangkalan data Courts: The Lex Mundi Project oleh Djankovet al. (2003). Adalah penting
untuk melihat kesan pembolehubah bebas ini ke atas hutang isirumah kerana trend menunjukkan ada
negara yang mempunyai KDNK per kapita yang tinggi mempunyai nisbah hutang isirumah-KDNK
yang tinggi seperti negara Germany. Walaubagaimanapun, ada juga negara seperti Itali yang
mempunyai KDNK per kapita yang tinggi yang mempunyai nisbah hutang isirumah-KDNK yang
rendah. Penggunaan pembolehubah bebas GDP dapat memberikan penjelasan samada pembangunan
ekonomi boleh mempengaruhi hutang isirumah secara positif/negatif dan signifikan/tidak signifikan.
Untuk aspek kedua iaitu hak pemberi kredit dan pelaksanaan undang-undang, pembolehubah
bebas yang digunakan adalah i) masa yang diperlukan oleh mahkamah dalam prosedur mengutip
bayaran daripada cek tendang (DRT) sebagai proksi kecekepan mahkamah; ii) indeks hak pemberi
kredit (CRD); dan iii) pengamalan undang-undang berdasarkan undang-undang asal England (LWR)
sebagai proksi aspek undang-undang yang tidak diambilkira oleh pembolehubah lain serta sebagai
pembolehubah kawalan. Jappelli, Pagano, & Maggio (2008) merujuk kepada Djankov et al. (2003) di
mana DRT digunakan sebagai ukuran kecekapan mahkamah (ukuran kecekapan yang lain juga
memberikan keputusan yang sama). Bagi penggunaan indeks hak pemberi kredit (CRD) untuk
mengukur tahap perlindungan hak menyeluruh dari segi undang-undang kepada pemberi kredit, hak
pemberi kredit termasuklah hak mendapatkan semula modal dan hak mendapatkan bayaran awal
semasa pencairan modal peminjam yang bankrap. Markah 1 diberikan kepada setiap hak yang diberi
oleh undang-undang di setiap negara dan dikira menjadi indeks. Indeks yang dirujuk adalah daripada
La Porta et al. (1998) iaitu indeks bagi tahun 2003.
Di bawah aspek ketiga iaitu perkongsian maklumat antara pemberi kredit, dua pembolehubah
bebas digunakan iaitu peratus populasi yang datanya termasuk dalam biro kredit swasta (PRV) dan
peratus populasi yang datanya termasuk dalam pangkalan data kredit awam (PBL). Biro kredit swasta
didefinisikan sebagai firma komersial swasta atau badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab
terhadap pangkalan data maklumat peminjam dalam sistem kewangan. Fungsi utamanya adalah
membantu pertukaran maklumat antara bank dan institusi kewangan.Pangkalan data kredit awam pula
452 Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor
ialah pangkalan data yang dipertanggungjawabkan ke atas pihak berkuasa yang dilantik yang
mengumpul maklumat mengenai peminjam. Pangkalan data ini boleh diakses oleh institusi kewangan
bagi tujuan menyemak status peminjam. Kedua-dua pembolehubah ini menggunakan data bagi tahun
2003. Perkongsian data mengenai peminjam dan status pinjaman mereka mempunyai kesan terhadap
pasaran kredit. Ini kerana ia membantu bank dalam meramal kemungkinan pembayaran pinjaman,
menjadi satu cara mendisiplinkan peminjam supaya tetap membayar pinjaman dan mengurangkan
kemungkinan peminjam membuat hutang yang berlebihan secara serentak dari pelbagai bank. Aspek
ini akan turut dikaji dalam kajian ini, termasuk kesannya yang juga boleh dianggap sebagai proksi
kepada liberalisasi kewangan.
Bagi faktor dari sebelah permintaan, Indeks Gini digunakan untuk mengukur jurang
pendapatan (GNN). Indeks yang digunakan adalah versi dikemaskini sebagaimana diterangkan oleh
Deininger and Squire (1996), iaitu merangkumi 682 cerapan daripada 108 negara, di mana 65% adalah
berdasarkan data oleh agensi statistik kebangsaan atau data yang dikumpul oleh agensi antarabangsa
manakala 35% adalah berdasarkan data primer seperti kajiselisik isirumah. Pembolehubah ini penting
kerana ia boleh mengukur komponen jurang pendapatan yang disebabkan oleh tabiat penggunaan
isirumahdan kejutan dalam ekonomi yang bersifat kekal. Indeks Gini juga boleh digunakan sebagai
proksi tidak sempurna bagi mengukur kejutan ekonomi yang bersifat sementara. Rajah 1 menunjukkan
kedudukan jurang pendapatan negara-negara mengikut KDNK per kapita, dan Rajah 2 pula
menunjukkan hubungan jurang pendapatan dengan hutang isirumah mengikut negara.
Bagi faktor dari sebelah penawaran, indeks jumlah saham tiga bank terbesar dalam aset
keseluruhan sistem perbankan (CNT) digunakan untuk mengukur struktur kompetitif pasaran
kredit.Indeks diambil daripada pangkalan data oleh Levine dan Demirguc-Kunt(2006), dan
didefinisikan mengikut pangkalan data Fitch-IBCA yang melaporkan data laporan kewangan bank dari
tahun 1988. Pembolehubah bebas ini digunakan kerana struktur pasaran kredit yang kompetitif boleh
memberikan pilihan dan bolehcapaian kredit yang lebih banyak serta murah, di mana golongan
berpendapatan rendah juga dapat membuat pinjaman.Ini tentunya mempengaruhi tahap hutang
isirumah di dalam sesebuah negara.
DAPATAN KAJIAN
Persamaan (2) telah dianggar menggunakan sembilan pembolehubah yang telah digunakan.Sampel
telah dibahagikan mengikut kaedah penganggaran ambang ufuk yang dicadangkan oleh Hansen (1996,
2000) untuk mengkaji hipotesis jurang pendapatan-hutang isirumah menggunakan Indeks Gini sebagai
ukuran untuk jurang pendapatan sebagaimana yang digunakan oleh Jappelli, Pagano, & Maggio
(2008).Keputusan yang diperolehi adalah seperti dalam Jadual 1.
Kajian ini telah mendapati beberapa penemuan yang menarik.Dapatan kajian menunjukkan
bahawa hubungan di antara jurang pendapatan dan hutang isirumah adalah tidak bersifat linear.Oleh
itu, kesimpulan awal yang mengatakan hubungan jurang pendapatan-isirumah adalahmonotonik boleh
menjadi tidak benar.Jadual 1 menunjukkan bahawa nilai p bagi hipotesis yang tidak mempunyai kesan
ambang ufuk telah ditolak pada tahap yang signifikan, sebagaimana yang dikira menggunakan kaedah
bootstrap dengan 1000 kali ulangan dan 15% bagi trimming percentage.Ini bermakna wujudnya
hubungan yang lebih dinamik antara jurang pendapatan dan hutang isirumah, dengan
pengaruhpembangunan ekonomi pada tahap tertentu.
Dapatan regresi keseluruhan juga mendapati,apabila diambilkira kesan keseluruhan di seluruh
dunia, faktor jurang pendapatan adalah tidak signifikan terhadap peningkatan hutang isirumah tetapi
faktor ciri institusi dan faktor dari sebelah penawaran boleh mempengaruhi peningkatan dalam hutang
isirumah.PembolehubahGNN berhubungan negatif tetapi tidak signifikan terhadap hutang isirumah
manakala GDP, DRT, CNT, PRV, PBL, CRD dan LWR kesemuanya berhubungan positif dan
signifikan dengan hutang isirumah.Dapatan ini adalah selari dengan Jappelli, Pagano, & Maggio
(2008),berkemungkinan disebabkan oleh jurang pendapatan yang tinggi di beberapa negara telah di
offset oleh jurang pendapatan yang rendah di negara lain, dan ini tidak memberikan kesan yang
signifikan ke atas hutang isirumah secara keseluruhan.
Penemuan kedua menunjukkan sampel boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang berbeza
melalui penentuan ambang ufuk iaitu berdasarkan KDNK per kapita.Negara yang mempunyai KDNK
per kapita kurang/sama dengan tahap ambang ufuk diandai sebagai negara yang mempunyai
pembangunan ekonomi yang sederhana/rendah, manakala negara yang mempunyai KDNK per kapita
melebihi tahap ambang ufuk diandai sebagai negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang
tinggi.Tahap ambang ufuk yang telah dianggarkan dalam kajian ini ialah USD13,990. Daripada sampel
49 negara yang dikaji, 16 negara berada dalam kumpulan yang mempunyai pembangunan ekonomi
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 453
tinggi, contohnyaDenmark, Italy, Jepun dan United Kingdom manakala 33 negara berada dalam
kumpulan yang mempunyai pembangunan ekonomi sederhana/rendah, contohnya Brazil, China,
Malaysia dan Indonesia.Jadual 2 menunjukkan senarai penuh 49 negara mengikut kumpulan.Terdapat
perbezaan hubungan antara jurang pendapatan dan beberapa pembolehubah bebas dengan hutang
isirumah antaradua kumpulan ini.
Perbezaan dapatan yang pertama adalah jurang pendapatan tinggi akan menyebabkan hutang
isirumah menurun di negara berpembangunan sederhana/rendah dan sebaliknya menyebabkan hutang
isirumah meningkat di negara berpembangunan tinggi. Bagi negara berpembangunan
sederhana/rendah, Jadual 1 menunjukkan jurang pendapatan berhubungan negatif dengan hutang
isirumah, di mana koefisien bagi GNN adalah -0.206 dan signifikan pada tahap 10%. Akan tetapi, bagi
negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang tinggi, jurang pendapatan berhubungan positif
dengan hutang isirumah, di mana koefisien pada GNN adalah 4.059 dan adalah signifikan pada tahap
10% dan 5%.
Perbezaan dapatan yang kedua pula ialah struktur kompetitif pasaran kredit adalah sangat
signifikan mempengaruhi hutang isirumah di negara berpembangunan tinggi manakala ianya tidak
signifikan di negara berpembangunan sederhana/rendah berdasarkan koefisien CNT pada tahap
signifikan 10%.Ini bermakna tahap kompetitif pasaran kredit dalam dua kumpulan negara memberi
kesan yang berbeza, di mana pasaran kredit di negara berpembangunan tinggi berkemungkinan lebih
cekapserta memberi pilihan yang lebih banyak kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana
untuk mendapatkan kredit berbanding negara berpembangunan sederhana/rendah (rujuk Gimet &
Lagoarde-Segot (2012)).
Perbezaan ketiga dan keempat adalah pada pembolehubah CRD dan LWR.Bagi negara
berpembangunan tinggi, faktor hak pemberi pinjaman (CRD) adalah positif dan signifikan
mempengaruhi hutang isirumah manakala positif tetapi tidak signifikan bagi negara berpembangunan
sederhana/rendah.Situasi ini berkemungkinan kerana wujudnya kesedaran yang lebih tinggi mengenai
hak pemberi dan penerima pinjaman serta tuntutan yang lebih ketat ke atas pematuhan undang-undang
di negara berpembangunan tinggi. Dengan wujudnya mekanisma undang-undang yang kukuh dalam
menangani sebarang masalah berkaitan pinjaman, pemberi kredit akan merasa terjamin untuk memberi
pinjaman dan ini boleh menyebabkan hutang isirumah meningkat. Bagi faktor negara asal undang-
undang yang digunakanpula (LWR), negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang
sederhana/rendah menunjukkan wujudnya hubungan yang positif dan signifikan antara LWR dengan
hutang isirumah tetapi menunjukkan hubungan yang negatif dan tidak signifikan di negara
berpembangunan tinggi.
Sebagai tambahan kepada perbezaan antara dua kumpulan negara, didapati perkongsian
maklumat antara pemberi kredit dan liberalisasi kewangan adalah positif dan signifikan bagi negara
berpembangunan sederhana/rendah tetapi negatif dan signifikan bagi negara berpendapatan tinggi
berdasarkan pembolehubah PBL pada tahap signifikan 10%.Ini bermakna akses mudah, cepat dan telus
kepada maklumat berkaitan kewangan dan kredit (sebagai sebahagian proses liberalisasi kewangan)
dapat membantu pihak pemberi kredit membuat keputusan mengenai kelulusan kredit, dan seterusnya
mempengaruhi jumlah hutang isirumah.Walau bagaimanapun, pembolehubah PRV yang juga
merupakan proksi kepada perkongsian maklumat dan liberalisasi kewangan adalah tidak signifikan
bagi kedua-dua kumpulan negara.
Dari segi persamaan dapatan antara dua kumpulan negara pula, didapati KDNK per kapita dan
kecekapan mahkamah memberi kesan yang sama kepada kedua-dua kumpulan negara, di mana KDNK
per kapita mempunyai hubungan yang positif dan signifikan ke atas hutang isirumah manakala
kecekapan mahkamah memberi kesan negatif dan signifikan ke atas hutang isirumah berdasarkan
koefisien pembolehubah GDP dan DRT pada tahap signifikan 10%.
Keputusan analisis dengan terma interaksi
Untuk persamaan (3) dan (4) di mana terma interaksi antara GNN dan GDP (pembolehubah IGG) dan
GNN dan PRV (pembolehubah IGP) dimasukkan di dalam model, didapati bahawa dapatan global
dengan interaksi adalah samadengan dapatan global tanpa interaksi. Dapat dilihat pada Jadual 3, faktor
GDP, DRT, CNT, PRV, PBL, CRD dan LWR berhubungan secara positif dan signifikan dengan
hutang isirumah, manakala faktor GNN, IGG dan IGP adalah berhubungan secara negatif dan tidak
signifikan dengan hutang isirumah.
Bagi analisis yang melibatkan ambang ufuk, didapati tahap ambang ufuk telah meningkat
sedikit daripada USD13,990 kepada USD14,800. Dapatan analisis pembolehubah IGG dan IGP
mempunyai keputusan yang sama bagi kedua-dua kumpulan negara, iaitu IGG dan IGP adalah
berhubungan secara negatif dan signifikan dengan hutang isirumah ( = β9 = -7.7073 bagi GDP
454 Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor
≤14800.00dan –0.0004 bagi GDP >14800.00). Ini bermakna sekiranya wujud interaksi antara jurang
pendapatan dengan pembangunan ekonomi atau jurang pendapatan dengan liberalisasi kewangan,
hutang isirumah akan meningkat apabila pembangunan ekonomi atau liberalisasi kewangan merosot.
Adalah penting untuk dinyatakan bahawa dapatan daripada regresi jurang pendapatan-hutang
isirumah tanpa terma interaksi dan dengan terma interaksi di atasdiandaikan tidak mempunyai masalah
endogeneity kerana pembolehubah bebas yang digunakan adalah bersifat eksogen.
RUMUSAN
Dalam kajian ini, hipotesis hubungan di antara jurang pendapatan dan hutang isirumah dianalisis
menggunakan regresi anggaran ambang ufuk dengan mengambilkira tahap pembangunan ekonomi
sesebuah negara.Tahap ambang ufuk pembangunan negara ditentukan secara endogenous dan
digunakan untuk menguji pelbagai faktor yang mempengaruhi hutang isirumah di 49 negara yang
dikaji.
Terdapat beberapa dapatan analisis yang penting daripada kajian ini.Pertama, didapati bahawa
hubungan di antara jurang pendapatan dan hutang isirumahbersifat tidak monotonositi dan wujud kesan
ambang ufuk dalam model regresi yang digunakan.Berlainan denganhasil kajian Jappelli, Pagano, &
Maggio (2008) yang mendapati jurang pendapatan tidak memberi kesan yang signifikan kepada hutang
isirumah, dan kajian Iacoviello (2008) yang mendapati bahawa jurang pendapatan memberi kesan
positif dan signifikan kepada hutang isirumah, hasil kajian ini mendapati bahawa wujud hubungan
antara jurang pendapatan dengan hutang isirumah dan ianya bersifat tidak sama bagi semua negara,
iaitu bergantung kepada tahap ambang ufuk yang ditentukan oleh KDNK per kapita. Jika kesan jurang
pendapatan dilihat secara global tanpa melihat kepada kesan tahap ambang ufuk, terdapat kemungkinan
kesan jurang pendapatan di beberapa negara (atau negeri, jika kajian melibatkan hanya satu negara
seperti di Amerika Syarikat) telah di offset oleh kesan di negara/negeri lain. Kesan keseluruhan jurang
pendapatan akan bergantung kepada sejauh mana jurang pendapatan yang tinggi di offset oleh jurang
pendapatan yang rendah. Jika ianya seimbang antara tinggi dan rendah, maka jurang pendapatan tidak
memberi kesan, manakala jika tinggi melebihi rendah, jurang pendapatan akanmemberi kesan yang
positif kepada hutang isirumah. Dengan diwujudkan kesan ambang ufuk, kesan jurang pendapatan
terhadap hutang isirumah dapat dianalisis dengan lebih tepat dan seterusnya dasar kewangan mengenai
hutang isirumah boleh dibuat dengan lebih tepat.
Kedua, kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa jurang pendapatan adalah signifikan dan
penting dalam menentukan takat hutang isirumah bagi kedua-dua kumpulan negara, dan kesannya
bergantung kepada kedudukan negara mengikut KDNK per kapitanya.Bagi negara yang mempunyai
pembangunan ekonomi yang tinggi(KDNK per kapita melebihi tahap ambang ufuk), jurang pendapatan
berhubungan secara positif dengan hutang isirumah. Sebagai contoh, di negara seperti Jepun, Italy,
Denmark, Sweden dan Amerika Syarikat, peningkatan dalam jurang pendapatan akan memberi kesan
peningkatan kepada hutang isirumah.Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian Iacoviello (2008)
yang menunjukkan bahawa jurang pendapatan di Amerika Syarikat berhubungan positif dengan hutang
isirumah.Bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana/rendah(KDNK per
kapita kurang/sama dengan tahap ambang ufuk) seperti Malaysia, India, Colombia, Thailand dan
Taiwan,jurang pendapatan berhubungan secara negatif dengan hutang isirumah, di mana peningkatan
jurang pendapatan akan memberi kesan penurunankepada hutang isirumah.Selain daripada kesan
jurang pendapatan ini, perbezaan antara dua kumpulan negara ini juga dipengaruhi oleh faktor penentu
lain seperti tahap perkongsian maklumat dan liberalisasi kewangan, kecekapan institusiperundangan
dan perbankan, serta kelakuan pengguna dan pemberi kredityang tentunya mempunyai kesan yang
berlainan mengikut tahap pembangunan negara masing-masing.
Ketiga, kajian ini turut mendapati,jika wujud interaksi antara jurang pendapatan dengan
pembangunan negara, atau wujud interaksi antara jurang pendapatan dengan liberalisasi kewangan,
tidak terdapat perbezaan pada kesan jurang pendapatan ke atas hutang isirumah bagi kedua-dua
kumpulan negara iaitu hutang isirumah akan meningkat apabila pembangunan ekonomi atau liberalisasi
kewangan merosot. Ini menunjukkan bahawa dasar kewangan yang melibatkan hutang isirumah bukan
hanya perlu melihat kepada faktor jurang pendapatan secara bersendirian sahaja, tetapi perlu juga
melihat kepada interaksi faktor pembangunan ekonomi dan liberalisasi kewangan dengan jurang
pendapatan yang berlaku dengan serentak dalam perancangan pertumbuhan ekonomi negara.
Dengan melihat kembali kepada saranan Rasululullah SAW di awal kertas kajian supaya umat
Islam selalu berdoa agar dilindungi dari dosa dan hutang, sewajarnya pengguna, pengeluar dan
pemerintah negara yang beragama Islam mengambilnya sebagai panduan dalam mengatur kewangan di
peringkat mikro dan makro. Isirumah dan pengeluar di negara Islam haruslah mengamalkan nilai dan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 455
sikap yang berbeza dengan pengguna dan pengeluar konvensional iaitu tidak mengambil prinsip
memaksimumkan kepuasan ekonomi sebagai pegangan, sebaliknya memegang tiga prinsip penggunaan
yang utama iaitu kekayaan sebagai amanah, kejayaan melalui keredhaan Allah dan balasan di hari
akhirat (Al-Quran 81:22). Sebagai contoh, isirumah Islam mestilah mengutamakan barangan keperluan
asasi dan barang keselesaan dalam pertimbangan untuk membuat pinjaman dan menghadkan pinjaman
untuk barangan kesenangan. Pengguna Islam juga haruslah berjimat demi keperluan masa hadapan,
tidak membazir dan dalam masa yang sama, tidak bersifat kedekutdalam membelanjakan tabungan
untuk penggunaan yang diharuskan.Semua perbelanjaan pula mestilah dengan niat untuk mendapat
pahala dari Allah SWT dan digunakan dengan betul mengikut peraturan Islam.Bagi pengeluar Islam
pula, dalam kes ini merujuk kepada institusi kewangan yang menawarkan perkhidmatan pinjaman
berasaskan syariah, perlulah meletakkan objektif mendapatkan untung patut dan bukan untung
maksimum, di samping memberi penekanan terhadap kebajikan masyarakat secara keseluruhan dan
bukan terhadap keuntungan sendiri sahaja (Ahmad, et al (2011)). Di peringkat makro atau negara,
kerajaan berperanan memastikan dasar kawalan kreditdibangunkan dengan falsafah, tujuan dan
peraturan Islam yang jelas, dan berterusan mendidik pengguna untuk membuat keputusan mengenai
hutang isirumah berlandaskan prinsip Islamyang tentunya mengarah kepada kemakmuran dan
keseimbangan ekonomi yang menyeluruh dalam masyarakat.
Kesimpulannya, negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana/rendahperlu
mempertimbangkan dasar kawalan kredit melibatkan faktor utama selain daripada jurang pendapatan
dalam masyarakat manakala negara yang mempunyai pembangunan ekonomi tinggi perlu melihat
dengan teliti dasar yang mengawal jurang pendapatannya kerana ia boleh mempengaruhi peningkatan
atau penurunan takat hutang isirumah secara signifikan. Kedua-dua kumpulan negara walau
bagaimanapun, tidak dapat mengelak daripada melaksanakan dasar mengawal hutang isirumah kerana
ia boleh mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara masing-masing, cuma yang
berbeza adalah dari segi strategi, keutamaan dan objektif dasarnya.Bagi negara Islam pula, dasar
mengawal hutang isirumah juga perlu mengambilkira saranan yang dianjurkan oleh Islam supaya
amalan berhutang tidak merugikan masyarakat malah dapat mewujudkan keseimbangan ekonomi yang
berterusan.
RUJUKAN
Athanassiou, E. (2012). Household Debt and Domestic Demand: Greece versus other Euro zone
Economies, International Journal of Business and Social Science, 3(10), 157-167.
Barba, A., & Pivetti, M. (2008). Rising household debt: Its causes and macroeconomic implications--a
long-period analysis. Cambridge Journal of Economics, 33(1), 113–137.
doi:10.1093/cje/ben030.
Cynamon, B. Z., & Fazzari, S. M. (2008). Household Debt in the Consumer Age: Source of Growth -
Risk of Collapse. Capitalism and Society, 3(2).
Cynamon, B. Z., & Fazzari, S. M. (2010).The End of the Consumer Age, 3.
Debelle, G. 2004. ‘Macroeconomic Implications of Rising Household Debt’, BIS Working Paper, no.
153.
Gimet, C., & Lagoarde-Segot, T. (2012).Financial sector development and access to finance. Does size
say it all? Emerging Markets Review, 13(3), 316–337. doi:10.1016/j.ememar.2011.11.002
Hsing, Y. (2005). Economic growth and income inequality: the case of the US. International Journal of
Social Economics, 32(7), 639–647. doi:10.1108/03068290510601153.
Iacoviello, M. (2008). Household Debt and Income Inequality, 1963 – 2003. Journal of Money, Credit
and Banking,40(5).
Jaafar Ahmad, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. 2011. Ekonomi Islam: Satu pendekatan Analisis.
ISBN 978-967-942-966-4.
Jappelli, T., Pagano, M., & Maggio, M. Di. (2008). ‘Households’ Indebtedness and Financial
Fragility’, Papers presented at 9th Jacques Polak Annual Research Conference,held at
International Monetary Fund, Washington DC, 13-14November (pp. 1-41).
Kollmeyer, C. (2013). Consumer markets and national income inequality: A study of 18 advanced
capitalist countries. International Journal of Comparative Sociology, 53(5-6), 400–418.
doi:10.1177/0020715212473314.
Sarmidi, T., Law, S.H. and Y. Jaafari (2013).Resource curse: New evidence on the role of institutions.
International EconomicJournal. doi:10.1080/10168737.2012.787110.
http://www.zaharuddin.net/kewangan/138-bahaya-hutang-menurut-islam.html.
456 Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor
RAJAH 1: Kedudukan Jurang Pendapatan Negara Mengikut KDNK per Kapita (2005)
RAJAH 2: Kedudukan Hutang Isirumah Negara Mengikut Jurang Pendapatan (2005)
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 457
JADUAL 1: Ujian Pembahagian Sampel – Kaedah Penganggaran Ambang Ufuk
Testing for a First Sample Split, Using gdp Threshold Estimation
Test of Null of No Threshold Against
Alternative of Threshold
Allowing Heteroskedastic Errors (White Corrected)
Threshold Variable = GDP
Threshold Estimate 13990.000
95% Confidence Interval: [13310.00 , 14800.00 ]
Number of Bootstrap Replications 1000.0000
Trimming Percentage 0.15000000
Sum of Squared Errors 0.38809151
Residual Variance 0.012519081
Joint R-Squared 0.88484364
Heteroskedasticity Test (p-value) 0.55000837
Threshold Estimate 14800.000
LM-test for no threshold 18.997572
Bootstrap P-Value 0.029000000
Global OLS Estimation, Without Threshold
Dependent Variable: HHD
Heteroskedasticity Correction Used
Regime 1: GDP ≤ 13990.00
Parameter Estimates
Regime 2: GDP > 13990.00
Parameter Estimates
Variable Estimate St Error Variable Estimate St Error Variable Estimate St Error Constant -0.036661164 0.18874915 Constant 0.047008827 0.12815864 Constant -1.4571700 0.52104674
GDP 1.4707171E-005 2.7708883E-006 GDP 3.4830536E-005 4.6414106E-006 GDP 1.6856586E-005 6.3631136E-006 DRT -0.00010970630 8.3787927E-005 DRT -0.00015754868 0.00010448722 DRT -0.00057039383 0.00015036564 CNT 0.20354695 0.14269684 CNT 0.056459795 0.11570651 CNT 0.56127151 0.20807947 GNN -0.20334676 0.25411626 GNN -0.20596730 0.14770435 GNN 4.0587896 0.75972079 PRV 0.12596946 0.082255165 PRV 0.0087045459 0.10387035 PRV 0.041991055 0.070791943 PBL 0.27239422 0.21027062 PBL 0.34369499 0.12625628 PBL -0.39725212 0.11648165 CRD 0.032409865 0.017640046 CRD 0.0091155871 0.017797964 CRD 0.073081667 0.024567733 LWR 0.18090630 0.057412930 LWR 0.17493439 0.048633210 LWR -0.020323494 0.044903191
Observations 49.000000
Degrees of Freedom 40.000000
Sum of Squared Errors 0.83967488
Residual Variance 0.020991872
R-squared 0.75084767
Heteroskedasticity Test (P-Value) 0.17336910
Observations 33.000000
Degrees of Freedom 24.000000
Sum of Squared Errors 0.29976636
Residual Variance 0.012490265
R-squared 0.79258142
Observations 16.000000
Degrees of Freedom 7.0000000
Sum of Squared Errors 0.088325158
Residual Variance 0.012617880
R-squared 0.86207276
Pembolehubah yang signifikan
458 Azlina Zainal Abidin, Tamat Sarmidi, Abu Hassan Shaari Md Nor
JADUAL 2: Kumpulan Negara Mengikut Tahap Ambang Ufuk
NO NEGARA (GDP ≤ 13990.00) NO NEGARA(GDP > 13990.00)
1. Argentina 1. Australia
2. Brazil 2. Austria
3. Bulgaria 3. Belgium
4. Chile 4. Denmark
5. China 5. Finland
6. Colombia 6. France
7. Cyprus 7. Germany
8. Czech Republic 8. Ireland
9. Estonia 9. Italy
10. Greece 10. Japan
11. Hungary 11. Luxembourg
12. India 12. Netherlands
13. Indonesia 13. Spain
14. Korea 14. Sweden
15. Latvia 15. United Kingdom
16. Lithuania 16. United States
17. Malaysia
18. Malta
19. Mexico
20. New Zealand
21. Peru
22. Philippines
23. Poland
24. Portugal
25. Romania
26. Russia
27. Slovak Republic
28. Slovenia
29. South Africa
30. Taiwan
31. Thailand
32. Turkey
33. Venezuela
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 459
JADUAL 3: Ujian Pembahagian Sampel – Kaedah Penganggaran Ambang Ufuk (Dengan Pembolehubah InteraksiIGG dan IGP)
Testing for a First Sample Split, Using gdp Threshold Estimation
Test of Null of No Threshold Against
Alternative of Threshold
Allowing Heteroskedastic Errors (White Corrected)
Threshold Variable = GDP
Threshold Estimate 14800.000
95% Confidence Interval: [5020.000, 21470.00]
Number of Bootstrap Replications 1000.0000
Trimming Percentage 0.15000000
Sum of Squared Errors 0.35665756
Residual Variance 0.012298536
Joint R-Squared 0.89417087
Heteroskedasticity Test (p-value) 0.49075203
Threshold Estimate 8490.0000
LM-test for no threshold 19.785519
Bootstrap P-Value 0.037000000
Global OLS Estimation, Without Threshold
Dependent Variable: HHD
Heteroskedasticity Correction Used
Regime 1: GDP ≤14800.00
Parameter Estimates
Regime 2: GDP >14800.00
Parameter Estimates
Variable Estimate St Error Variable Estimate St Error Variable Estimate St Error Constant -0.053007043 0.18400212 Constant -0.16283912 0.14265895 Constant -5.5190156 2.4556125
GDP 1.7344490E-005 1.0367913E-005 GDP 5.3257706E-005 1.2185114E-005 GDP 0.00013655269 6.8913815E-005
DRT -0.00010984954 8.3406546E-005 DRT -0.00012830799 9.5878141E-005 DRT -0.00058125421 0.00012491312
CNT 0.19794873 0.14702573 CNT 0.10959121 0.10653493 CNT 0.82059862 0.26522231
GNN -0.15305173 0.27624720 GNN 0.19508359 0.21050914 GNN 16.854360 7.3614058
PRV 0.13275547 0.085371121 PRV 0.10005186 0.10963391 PRV 0.085386883 0.054769731
PBL 0.28091529 0.21854473 PBL 0.40407059 0.13782390 PBL -0.26707708 0.069740008
CRD 0.033011312 0.017911682 CRD 0.028429797 0.023523090 CRD 0.060107292 0.019185978
LWR 0.18257732 0.055539734 LWR 0.15474940 0.052151857 LWR -0.10169230 0.058800528
IGG/IGP -9.0467800E-006 3.3683715E-005 IGG/IGP -7.7073295E-005 3.9794010E-005 IGG/IGP -0.00038784001 0.00021508272
Observations 49.000000
Degrees of Freedom 39.000000
Sum of Squared Errors 0.83861239
Residual Variance 0.021502882
R-squared 0.75116294
Heteroskedasticity Test (P-Value) 0.15124509
Observations 34.000000
Degrees of Freedom 24.000000
Sum of Squared Errors 0.28559741
Residual Variance 0.011899892
R-squared 0.81752747
Observations 15.000000
Degrees of Freedom 5.0000000
Sum of Squared Errors 0.071060146
Residual Variance 0.014212029
R-squared 0.88902632
Pembolehubah yang signifikan