Post on 06-Jun-2015
description
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana
dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya menghadapi
sedikit kerumitan serta cabaran untuk menyiapkan kajian ini. Kesampaaian
di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya dalam pengumpulan maklumat hingga
terhasilnya folio ini. Ucapan terima kasih ditujukan khususnya kapada ibu
bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang
kajian ini dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Sabariah
Osman, guru sejarah tingkatan 3 harmoni yang telah banyak memberi
panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang kajian dijalankan, juga kepada
Pn Hajah Rohani Abu Kassim iaitu pengetua SMK Raja Tun Uda yang
banyak memberi sokongan dan dorongan kepada para pelajar. Tidak lupa,
rakan-rakan seperjuangan saya. Ribuan terima kasih atas segala pertolongan
yang diberikan tidak kira agama dan bangsa. Saya inigin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada responden-responden kerana sudi ditemubual.
Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan folio ini. Sekian, Wassalam.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am :
1. Memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3
2. Memenuhi keperluan Peperiksaan Menengah Rendah(PMR)
Objektif Khusus :
1. Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat Malaysia
2. Mengetahui lebih mendalam tentang Permainan Tradisional yang dikaji
3. Mengenalpasti asal usul Permainan Tradisional yang dikaji
4. Memberi cadangan untuk meningkatkan taraf Permainan Tradisional
Malaysia supaya terkenal diseluruh Negara.
5. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang
sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan
tatacara yang betul,jelas dan tepat.
6. Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan
tradisional di kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.
7. Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran
Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR).
8. Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya
permainan tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana
ia melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri
KAEDAH KAJIAN
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya menggunakan 3 kaedah iaitu :
1. Pemerhatian
2. Sumber
3. Soal selidik
4. Menemubual
5. Pandang Dengar
Berdasarkan kaedah pemerhatian, saya dapat memberi cadangan untuk
meningkatkan taraf Permainan Tradisional Malaysia supaya terkenal
diseluruh Negara serta dapat melihat reka bentuk permainan yang dikaji.
Melalui kaedah sumber pula, saya dapat memperoleh banyak bahan melalui
Internet,Perpustakaan,Soal selidik dan sebagainya. Di samping itu, dari segi
soal selidik, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang Permainan
Tradisional yang dikaji serta dapat mengeratkan silaturahim di antara
individu. Dalam kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah
rujukan.Saya telah membuat rujukan melalui internet dan buku-buku ilmiah
yang berkaitan dengan permainan tradisional untuk mendapatkan maklumat
untuk menyiapkan folio ini. Selain itu,saya juga menggunakan kaedah
pemerhatian. Saya melihat dan memerhati cara permainan congkak.
Disamping itu,saya juga telah menemubual jiran-jiran di kawasan
perumahan serta rakan-rakan mengenai permainanWau. Dan akhir
sekali,saya menggunakan kaedah pandang dengar dengan menonton
rancangan majalah 3 yang disiarkan di TV3.
NAMA PERMAINAN
Wau. Teraju Tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai
layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai
Permaian masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana.
LATAR BELAKANG
Asal-Usul
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan
tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive
Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka
bentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang
tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada masa dahulu
menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di
Malaysia juga turut menyerap unsure-unsur kebudayaan dari Negara China.
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan
berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti
di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka
dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-
pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang
dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’
secara berirama.
Negeri yang Mempopularkan Permainan ini
Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan dan Terengganu,Juga dengan negeri-negeri Utara iaitu
Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah kebanyakan layang-layang atau wau
dimainkan selepas menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan
tugas sebagai petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang sesuai
untuk bermain permaian ini iaitu wau.
Kaum yang Terlibat
Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum
melayu.Majorotinya,kaum melayu dari utara mahupun pantai timur yang
mempopularkan permainan ini. Di samping itu, kaum-kaum lain juga terlibat
dalam menerbangkan wau ini. Sebagai intiha, kaum cina dan india.
Tujuan Dimainkan
Wau bukan sahaja menjadi permainan pada masa lapang tetapi turut
berperanan sebagai pengerat hubungan antara penduduk setempat.
Permainan wau menguji kemahiran kecekapan individu dalam
menerbangkannya. Pada masa kini, wau merupakan salah satu tarikan
pelancong di Malaysia.
Alat-Alat yang Digunakan
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja
meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga
melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu
untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada
kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk
serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis
kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama
menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang
berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga
cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang
telah ditebuk ditampalkan.Di bahagian kepala atau muncungnya serta
dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang
berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di
bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung
apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau
mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia
berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak
dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju
Tiga.
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai
layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai
permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana.
Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan
oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara
semangat angin dan langit.
Jenis Wau
Wau bulan
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau
katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang
kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang
Melayu ialah wau bulan. Rekacorak bermotifkan awan larat pada
kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan
berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk
permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.
Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja
meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga
melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu
untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada
kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk
serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis
dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas
berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak
awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah
ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk
ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak,
akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah
cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk
wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara.
Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan
dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju
diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi
mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali.
Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan
cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di
udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias
berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat
Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian
oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak
layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal
berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di
Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan
wau antarabangsa.
Galeri Wau
Wau bulan Wau paying
Wau kucing Wau bulan
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu
lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan
lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai
kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.
Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa
seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan
pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan
terutamanya peserta dari luar negara
Latar Belakang Wau
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan
berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti
di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka
dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-
pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang
dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’
secara berirama.
Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-
I) Seni Pertukangan : Filigree
Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang
Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan
logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil
pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan
pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat
yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali
dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai
keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan
sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang
terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu
sendiri.
Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang
menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam
pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.
Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan
penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa
musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan
dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling
Dikir Barat
Selain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir
Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari
oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat
biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan
Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang
Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun
dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan
lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-
1. Karut Selampit
2. Karut Menora
3. Karut Jenaka Mak Yong
4. Karut Wau Bulan
Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir Barat
In Formal Malay (Translation in Brackets)
Eh Wau Bulan 2X
(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)
Wau Bulan teraju tiga
(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined
to a single string for flying)
Ini malam sama-sama
(Tonight, all of us together)
Sama-sama bersuka-ria
(Together, we all have a good time)
Sejarah Wau Malaysia
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan
tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive
Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana
rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang
tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar.
Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-
unsur kebudayaan dari negara China.
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari
utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.
Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang
bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma.
Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi
perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana
suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya
itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya
bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat
cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak
gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat.
Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi.
Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka
sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga
yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
Bahagian Perincian Wau
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri
daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian
pinggang dan ekor wau.
Bahagian Utama Wau
Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah
buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang
bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama
untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam
pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam
bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan
mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih
dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa
ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di
dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut
mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana
mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang
buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih
bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih
dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang
sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai
Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah
hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.
Penyimpanan Buluh
Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut
menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk
mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.
Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut
tahan dan kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya
selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.
Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak
diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi
keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas
digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan
kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan
daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar
lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5
sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi
kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga
0.5 sentimeter
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk
bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5
sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut
akan digosok pula dengan kertas pasir.
Membuat Bingkai
Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang,
tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut
akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping
buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi
untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah
diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.
Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau
1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda
3 bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan
bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung
bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh
ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau.
Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan
untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut
nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh
daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.
Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan
dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat
utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan
melibatkan beberapa langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua
sentimeter dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.
Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang
menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang
terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk
bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian
ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di
bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini
menjadi corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan
menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air
terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan
diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan
ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan
seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan
kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam
kanji pada bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan
berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau
untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau.
Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah
menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau
tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai
tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai
sehingga lapan warna.
Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap
wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu
Proses Membuat Serta Memasang Belalai
Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala
wau
Proses Membuat Serta Memasang Busur
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau
diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas
dan buluh penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap
wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut
kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong
sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz
busur.
5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada
kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat
menggunakan benang nilon.
Jenis Koleksi Wau Tradisional
Wau bulan Wau kucing Wau jala budi
Wau merak
Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan
tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa
Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di
kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja.
Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula
memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat
diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.