Post on 31-Jul-2015
Tindakan susulan bagi membantu
murid
Penentuan hasil objektif
pembelajaran
Berpusatkan murid
Peranan guru sebagai fasilitator
Perlu merancang proses p &p
Pembelajaran kajian masa
depan
Pembelajaran masteri
Perancangan perlu
strategik
Penilaian dan tindakan
susulan perlu ada
Hasil pembelajaran
perlu ditetapkan
Menggunakan matriks
sepenuhnya
Menggunakan unsur – unsur KMD sebagai
induksi
Banding beza strategi P & P kajian masa depan dengan pembelajaran masteri
PENDAPAT :
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui
pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan
kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran.
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan satu cara untuk
memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa
yang telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang
apa yang yang akan berlaku.
Teori Kecerdasan Pelbagai telah di perkenalkan oleh Howard Gardner (1983).
Dalam kajiannya , Howard mendapati “seven ways of knowing, precieving and
understanding life”. Howard juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwarisi
semata-mata. Contohnya jika ibubapa mempunyai IQ yang rendah tidak semestinya
anak-anak juga mempunyai IQ yang rendah. Teori Kecerdasan Pelbagai boleh
dirumuskan sebagai:
kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai
dalam lingkungan sesuatu budaya.
Teori Pembelajaran Kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan
alam pekerjaan. Maklumat disampaikan dalam konteks kepelbagaian persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Pada pendapat saya Teori Masteri boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang Membuat corak dan rekaan. Contohnya pada
mulanya murid belajar bagaimana membuat corak melalui teknik renjisan atau
tiupan. setelah objektif dapat dicapai, murid didedahkan dengan menjadikan
karya lebih kreatif contohnya karya tersebut dijadikan sebagai penanda buku
dengan corak yang menarik.
Pada pendapat saya Teori Kajian Masa Depan boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran PSV dalam bidang membentuk dan membuat
binaan. Contohnya tajuk : Kenderaan Tahun 2020 .
Teori Kontekstual pula boleh digunakan dalam Bidang menggambar
contohnya menggambar buah epal atau limau. Murid telah sedia mengetahui
fizikal buah-buahan tersebut.
Teori Kecerdasan Pelbagai boleh digunakan dalam bidang Kraf Tradisional
contohnya dalam membuat wau. Murid didedahkan dengan
penggabungjalinan matapelajaran matematik (mengetahui ukuran yang tepat)
Disediakan oleh :
Khaliza A.Wahid
Faridah pairan
Halimaton Sad’iah rahim