Post on 02-Jul-2015
KERTAS CADANGAN
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA
BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT
“SEKOLAH ANDA, MILIK ANDA”
KERJASAMA ANTARA
JAWATANKUASA 3K SK TAMAN GEMILANG
DAN
KOMUNITI TAMAN GEMILANG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK TAMAN GEMILANG
KANTIN SK TAMAN GEMILANG
NURSERI ALAM FLORA – TAMAN GEMILANG
LAM TIAM PLUMBING – TAMAN GEMILANG
JASARAMAI ENTERPRISE – TAMAN GEMILANG
1.0 PENDAHULUAN
Kebersihan merupakan asas kepada kehidupan manusia. Ia juga merupakan salah satu
elemen yang penting dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) di mana di
dalamnya terkandung beberapa program-program lain yang menjurus ke arah
menghasilkan suasana persekitaran sekolah yang memberangsangkan untuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, iaitu 3K.
3K merujuk kepada Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Secara amnya jika
ketiga-tiga elemen ini diterapkan ke dalam suasana persekitaran sekolah, sudah pasti para
guru dan pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat
amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang
dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.
2.0 TUJUAN
Program 3K ini adalah bertujuan untuk membudayakan warga sekolah ini akan
semangat cintakan sekolah di samping memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai
aspek-aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kepada warganya terutama para
pelajar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan
diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan, kesihatan dan keselamatan dari
seawal usia di bangku sekolah .
Kerjasama dan penglibatan komuniti setempat seperti PIBG, penduduk setempat,
pihak berkuasa tempatan dan badan-badan kerajaan lain amatlah penting dalam
menjayakan program 3K ini seterusnya menyokong dan menjayakan objektif Program
Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS).
3.0 NAMA PROGRAM
“Program Gotong Royong Perdana bersama Komuniti Setempat”
4.0 TEMA PROGRAM
“Sekolah Anda, Milik Anda”
Tema ini dipilih kerana ia menekankan bahawa kebersihan, kesihatan dan keselamatan
sekolah ini merupakan tanggungjawab tidak langsung komuniti setempat dan bukannya
terhad kepada warga sekolah ini sahaja. Tema ini dipilih kerana ianya mudah disebut serta
membawa maksud yang tepat dengan sasaran program. Sesuai dengan kerjasama yang
ditunjukkan oleh penganjur-peganjur yang turut meyumbang kepada sekolah ini demi
mencapai tahap kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang lebih baik untuk murid-
murid.
5.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memelihara dan meningkatkan tahap persekitaran
sekolah yang lebih bersih, ceria dan selamat.
6.0 RASIONAL
Rasional program ini dibuat adalah untuk :-
1. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup
sihat.
2. Menambahkan keyakinan ibu bapa kepada di sekolah di mana suasana sekolah yang
bersih,ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.
3. Menimbulkan kesedaran kepada komuniti setempat bahawa kebersihan, kesihatan dan
keselamatan di sekolah adalah tanggungjawab masyarakat setempat juga.
4. Menggunakan ruang sekolah dengan lebih efisyen.
5. Mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat setempat demi keselamatan
murid-murid.
6. Menyediakan alatan bantuan mengajar bagi mata pelajaran tertentu.
7. Mengindahkan disamping membersihkan kawasan sekolah dari bahaya nyamuk dan
binatang merbahaya.
7.0 KEADAAN SEMASA
Pihak sekolah telah mengenalpasti beberapa kawasan sekolah yang perlu dibaik pulih,
agak terbiar dan mempunyai persekitaran yang tidak sesuai untuk murid-murid. Terdapat
dua kawasan utama yang perlu diberi keutamaan iaitu:-
a) Kawasan taman sedia ada
Kawasan taman ini agak tidak menarik kerana keadaan tanahnya yang agak kering dan
tidak sesuai untuk menanam. Kawasan ini pada asalnya digunakan untuk Taman Hiasan
Kemahiran Hidup, tetapi kesukaran untuk proses menanam, maka akhirnya ia agak
terbiar, nampak kering dan kusam serta tidak mencerminkan persekitaran bersih. Ia juga
mungkin boleh menjadi sarang nyamuk atau binatang berbisa lain yang mana tidak
selamat untuk murid-murid ketika di sekolah. Pihak sekolah yang prihatin tentang
kesihatan dan keselamatan murid-murid berhasrat untuk mengubah keadaan ini. Sila
rujuk Lampiran 1.
b) Bangsal
Bangsal ini telah dijadikan sebagai stor simpanan sementara oleh pekerja sekolah,
tetapi keadaan tersebut telah berlarutan kerana stor sedia ada telah penuh. Terdapat
beberapa perabot lama diletakkan disitu sama ada rosak atau tidak digunakan. Bangsal ini
tidak mempunyai dinding atau pagar, murid-murid bebas untuk berada dikawasan tersebut
dan ini mungkin membahayakan murid tersebut. Di samping itu keadaan perabot lama
yang tidak terurus tersebut juga tidak mencerminkan sekolah yang bersih dan selamat.
Sila rujuk Lampiran 2.
8.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah berdasarkan konsep 3K dan boleh dibahagikan kepada
objektif-objektif seperti berikut:-
1. Menceriakan semula taman yang tidak menarik
2. Menanam tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran di
taman tersebut.
3. Mengubahsuai taman menjadi sebuah Taman Mini Botani yang boleh digunakan
sebagai salah satu alat bantuan mengajar guru-guru.
4. Membina laluan rekleksologi untuk menjaga kesihatan.
5. Membaiki, memindahkan perabot-perabot lama dari bangsal ke tempat simpanan yang
lebih baik atau melupuskannya untuk mengelakkan murid-murid
tercedera/kemalangan di kawasan tersebut.
6. Mengubahsuai bangsal terbiar menjadi Wakaf Ilmu untuk digunakan oleh murid-
murid di luar waktu pembelajaran.
7. Menyediakan bekalan air paip dan sinki di Taman Mini Botani dan Wakaf Ilmu untuk
pelajar membersihkan diri.
9.0 FORMAT PELAKSANAAN
Bagi melaksanakan projek gotong royong ini, format pelaksanaan telah direncanakan.
Berikut adalah format pelaksanaan bagi dua kawasan tersebut:-
Bil Perkara Tindakan
1.
Sebelum Program
Penyediaan kertas kerja program.
Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan
asas dari pihak-pihak penganjur dan pelaksana program
melalui mesyuarat.
Penyelaras Program
2. Pelantikan AJK Program Penyelaras Program
3. Mesyuarat AJK Program Kali Pertama
Membentangkan cadangan lakaran awal
Membentangkan senarai penganjur
Membentangkan senarai kerja
AJK Program
4. Surat makluman kepada ibu bapa/penganjur
Membuat surat makluman kepada ibu bapa/penganjur
Menyampaikan surat makluman kepada ibu bapa/penganjur
AJK Hebahan
5. Memasang kain rentang (banner) untuk tujuan promosi AJK Hebahan
6. Buku Program
Menyediakan buku program
Mencetak buku program
AJK Buku Program
7. Tempahan makanan untuk jamuan AJK Jamuan
8. Mesyuarat AJK Program Kali 2
Melaporkan perkembangan persediaan program
Mengemukakan masalah berbangkit untuk tindakan segera
AJK Program
9.
Semasa Program
Taklimat program
Pelaksanaan program (rujuk tentatif program)
Semua
AJK Taman Mini
AJK Wakaf Ilmu
10.
Selepas Program
Kerja-kerja pembersihan secara menyulurh
dan pengumpulan alatan
Semua
11. Pengumpulan bahan/fotografi/rakaman video untuk
pendokumentasian
AJK Dokumentasi
10.0 PENGANJUR
Program ini adalah di bawah anjuran Jawatankuasa 3K SK Taman Gemilang.
Program ini juga akan disokong sepenuhnya oleh pihak PIBG sekolah. Bagi
menjayakan program gotong royong ini, pihak PIBG sekolah akan menyumbangkan
perbelanjaan sebagai kos asas menjalankan program ini.
SK Taman Gemilang akan memohon bantuan dari pihak kantin sekolah untuk
membekalkan makan tengahari pada kadar kos untuk peserta-peserta yang akan hadir.
Sebuah syarikat nurseri dan lanskap di Taman Gemilang telah menyatakan
persetujuan untuk menjual dua set meja batu pada separuh harga dan tanaman hiasan
secara percuma kepada pihak sekolah bagi menjayakan program ini.
Bagi memastikan kebersihan dan kesihatan murid, PIBG telah mengeluarkan
perbelanjaan bagi membeli dua unit sinki untuk diletakkan di Wakaf Ilmu dan Taman
Mini Botani. Pemasangan sinki dan bekalan air paip tersebut akan dilakukan oleh Lam
Tiam Plumbing secara percuma dibantu oleh peserta gotong royong.
Bagi promosi dan hebahan umum, sehelai kain rentang telah disumbang oleh
Jasaramai Enterprise secara percuma.
Senarai Penganjur Dan Sumbangan
Bil Penganjur Sumbangan
1. PIBG SK Taman Gemilang RM1000
2. Kantin SK Taman Gemilang Jamuan makan tengahari untuk
peserta
3. Ibu bapa dan penduduk sekitar Tenaga kerja dan peralatan gotong
royong
4. Nurseri Alam Flora - Taman Gemilang Tanaman hiasan secara percuma
5. Lam Tiam Plumbing - Taman Gemilang Kerja pemasangan sinki dan paip
air secara percuma
7. Jasaramai Enterprise - Taman Gemilang Kain rentang (banner)
11.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh cadangan adalah pada 1 Mei untuk menggalakkan penyertaan dari
komuniti setempat. Tarikh tersebut dipilih kerana ianya adalah cuti umum dan
komuniti sekitar mempunyai masa untuk meluangkan masa mereka untuk gotong
royong ini.
Gotong royong ini akan bermula seawal 7.30 pagi dan dijangka berakhir pada
pukul 2.00 petang.
Tempoh penyediaan peralatan dan bahan-bahan gotong royong juga perlu
disediakan terlebih dahulu dan semua penganjur dan peserta program gotong royong
akan dimaklumkan melalui surat tentang perkara ini seminggu lebih awal untuk
mengelakkan kelewatan.
Jadual tentatif juga akan dimaklumkan melalui surat tersebut sebagai panduan dan
kemudahan peserta. Sehelai kain rentang akan diletakkan di pagar sekolah sebagai
makluman umum untuk komuniti sekitar SK Taman Gemilang. Kain rentang tersebut
akan diletakkan seminggu sebelum tarikh gotong royong tersebut diadakan.
12.0 TEMPAT
Gotong-royong ini akan di adakan di SK Taman Gemilang. Semua peserta perlu
berhimpun seawal 7.30 pagi di tapak perhimpunan sekolah untuk sedikit taklimat.
13.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN
Untuk menjayakan program ini dan mencapai objektif Program Bersepadu
Sekolah Sihat dan Selamat, penyertaan dari masyarakat setempat adalah penting.
Berikutan dengan itu, penyertaan dari kumpulan sasaran ini adalah amat dialu-alukan.
Penganjur disekitar Taman Gemilang telah menunjukkan sokongan penuh bagi
program ini dan sambutan daripada ibu bapa dijangka baik. Anggaran seramai 50
hingga 70 orang ibu bapa akan menyertai program ini.
14.0 CARTA ORGANISASI
A) Carta Organisasi Induk
Sila rujuk Lampiran 3.
B) Jawatankuasa Pelaksana
Penasihat
Tn Hj Md Noor b Harun
Guru Besar SK Taman Gemilang
Pengerusi
Pn Zaharah bt Abdul Rahman
PK HEM SK Taman Gemilang
Bendahari
En Azizi b Afifi
Penyelaras Program 3K
Pn Juriah bt Shamsuddin
Setiausaha
En Ahmad b Ali
PIBG
En Aswad b Adnan
YDP PIBG
AJK PIBG
Tn Syed Muadz b Syed Muhammad
Tn Syed Zainal Abidin b Syed Zambri
En Wan Akram b Wan Ahmad
En Abdul Rashid b Jamal
Pn Asmah bt Kassim
Pn Zarina bt Zan
AJK Hebahan/Siaraya
En Faizal b Farid
En Zazli b Sulaiman
En Kamal b Abd Rahman
AJK Buku Program
Pn Sarina bt Salim
Pn Nurlina bt Nordin
AJK Jamuan
Pn Haili bt Bashim
Pn Norziah bt Hussin
Pn Hairani bt Hanif
Pn Saidah bt Razak
Pn Faridah Anom bt Harun
AJK Taman Mini Botani
Tn Hj Rabii b Arip
En Hishamuddin b Hasan
En Heder b Hamzah
En Shaari b Sham
Pn Norhayati bt Abdul Rahim
Pn Marziah bt Manaf
AJK Wakaf Ilmu
En Omar b Husin
En Shahri Faizal b Ahmad
En Razali b Ridhwan
Pn Norhafizah bt Sudin
Pn Fuziah bt Mokhtar
AJK Dokumentasi
Pn Halimah bt Ishak
Pn Asyikin bt Nasir
Pn Norwati bt Din
15.0 PROGRAM TENTATIF
Masa Acara
7.15 – 7.30 pagi Ketibaan ibu bapa, guru dan ahli jawatankuasa PIBG
7.30 pagi Pendaftaran ibu bapa
7.30 – 7.45 pagi Sarapan pagi dianjur oleh pihak kantin sekolah
7.45 – 8.00 pagiUcapan oleh Guru Besar
Ucapan oleh YDP PIBG
8.00 – 8.15 pagi Taklimat ringkas oleh Penyelaras Program
8.15 – 8.45 pagi Pembahagian kumpulan
Penerangan ringkas oleh Ketua Taman Mini Botani
Penerangan ringkas oleh Ketua Wakaf Ilmu
8.45 – 1.00 petangGotong royong Taman Mini Botani
Gotong royong Wakaf Ilmu
1.00 – 1.15 petang
Gotong royong tamat
Ucapan penutup oleh Guru Besar
Ucapan penutup oleh YDP PIBG
1.15 – 1.45 petang Jamuan makan tengahari dan bersurai
16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Perkara
Anggaran
Perbelanjaan
(RM)
1. Perbelanjaan Cetakan
Buku Program
Surat-menyurat
RM80.00
RM20.00
Jumlah perbelanjaan cetakan RM100.00
2. Peralatan gotong royong
Cangkul
Pongkes
Penyodok
Pasu
Plastik sampah
2 unit
5 unit
2 unit
20 unit
4 paket
RM30.00
RM20.00
RM30.00
RM100.00
RM10.00
Jumlah perbelanjaan peralatan gotong
royong
RM190.00
3. Pembinaan laluan refleksologi
Batu
Simen
Pasir
3 unit
1 unit
RM100.00
RM45.00
RM30.00
Jumlah perbelanjaan laluan refleksologi RM175.00
4. Pengubahsuaian Wakaf Ilmu RM150.00
Jumlah perbelanjaan pengubahsuaian
Wakaf Ilmu
RM150.00
5. Jamuan
Jamuan sarapan pagi RM1.50 x 150 orang RM225.00
Jumlah perbelanjaan jamuan RM225.00
6. Perbelanjaan runcit
Lain-lain RM100.00
Jumlah perbelanjaan runcit RM100.00
Jumlah perbelanjaan keseluruhan RM940.00
17.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program
ini sangat penting kepada pihak sekolah khasnya kepada para pelajar dalam
membentuk suasana pembelajaran yang selesa dan persekitaran yang bersih, sihat dan
selamat. Persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat amat perlu bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek. Apa
yang penting bagi pihak sekolah ialah bukanlah siapa yang paling bersih, sihat dan
selamat tetapi sejauh mana budaya itu dapat disemai di kalangan warga sekolah secara
keseluruhan.
Selain daripada itu, pihak sekolah juga berharap agar usaha murni dan kerjasama
komuniti setempat seperti PIBG, ibu bapa dan agensi-agensi lain yang terlibat dapat
diteruskan lagi dari masa ke semasa dalam mengeratkan hubungan kedua belah pihak.
Semoga usaha ini juga dapat dikembangkan lagi dengan penglibatan banyak pihak.
RUJUKAN
1. Mohd Zairi b Hussain, Program Bersepadu Sekolah Sihat
dari http://pjk.ipti.edu.my/nota/Program Bersepadu Sekolah Sihat.pdf
2. IPGM Kampus Tuanku Bainun, Kertas Cadangan Perkhemahan Perdana
dari http://www.iptb.edu.my/krs/Fsumber/KERTAS KERJA PERKHEMAHAN
U.UNIFORM(REMOP)07.doc
3.
LAMPIRAN 1
Gambar 1 : Taman yang perlu diubahsuai
Gambar 2 : Pemandangan taman yang kurang menarik
LAMPIRAN 2
Gambar 1 : Bangsal yang tidak selamat
Gambar 2 : Pemandangan bangsal dari hadapan