Assignment MTE3107

26
MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik i PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan hidayah-Nya saya diberi kemampuan untuk menyiapkan kerja kursus bagi Program Pensiswazahan Guru Semester 4 bagi subjek Perancangan dan Pengajaran Matematik (MTE 3107) ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan tabi’in. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Datin Zaitun Binti Othman, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan bagi memantapkan lagi tugasan ini serta membimbing saya sehingga tugasan selesai. Saya berdoa semoga Allah akan membalas segala bantuan yang telah beliau berikan. Segala jasa baik yang dicurahkan tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan daripada kerja kursus ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang banyak membantu dan amat memahami serta telah memberikan sokongan, bantuan dan tolak ansur kepada saya sepanjang menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini. Semoga jasa baik kalian semua akan dilimpahi dengan pahala dan rahmat Allah S.W.T Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di kelas PPG MT4.09 ini dan juga rakan-rakan di SK. Taman Maluri serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyelesaikan tugasan ini. Diharapkan segala usaha dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan tugasan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dan keberkatan dari Allah Taala. Akhir kata, semoga Allah memberkati segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Semoga tugasan ini dapat memberikan ilmu dan dapat dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja. Terima kasih.

description

Assignment MTE3107

Transcript of Assignment MTE3107

Page 1: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan

hidayah-Nya saya diberi kemampuan untuk menyiapkan kerja kursus bagi Program

Pensiswazahan Guru Semester 4 bagi subjek Perancangan dan Pengajaran Matematik (MTE

3107) ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para

sahabat dan tabi’in.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu

Datin Zaitun Binti Othman, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan bagi

memantapkan lagi tugasan ini serta membimbing saya sehingga tugasan selesai. Saya berdoa

semoga Allah akan membalas segala bantuan yang telah beliau berikan. Segala jasa baik yang

dicurahkan tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Saya berharap dapat mempelajari banyak

ilmu pengetahuan daripada kerja kursus ini.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang banyak

membantu dan amat memahami serta telah memberikan sokongan, bantuan dan tolak ansur

kepada saya sepanjang menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini. Semoga jasa baik

kalian semua akan dilimpahi dengan pahala dan rahmat Allah S.W.T

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan di kelas PPG MT4.09 ini dan juga rakan-rakan di SK. Taman Maluri serta mereka

yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyelesaikan tugasan ini.

Diharapkan segala usaha dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan tugasan ini akan

mendapat ganjaran yang setimpal dan keberkatan dari Allah Taala.

Akhir kata, semoga Allah memberkati segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh

sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Semoga tugasan ini dapat memberikan ilmu dan

dapat dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja.

Terima kasih.

Page 2: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

ii

ISI KANDUNGAN

Penghargaan i

Kandungan ii

BAHAGIAN A (Esei Pendek)

1.0 Pengenalan 1

2.0 Pendekatan Pengajaran Matematik 2

3.0 Kaedah dan Teknik Pengajaran Matematik 5

4.0 Kesimpulan 10

BAHAGIAN B

Rancangan Pengajaran Harian 11

Refleksi Pengajaran Makro

- Kekuatan 14

- Kelemahan 15

- Langkah Mengatasi 15

BAHAGIAN C

Penjelasan Tentang Resos

a) Slaid 1 17

b) Slaid 2 20

Refleksi Keseluruhan 22

Rujukan 23

Lampiran

Page 3: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

1

1.0 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran

lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi,

ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM,

1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997). Setiap pendidik matematik mestilah

bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan keterampilan (competence) dalam

melaksanakan proses PdP dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para

pelajar (NCTM, 1980). Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa

kemahiran, antaranya ialah :-

a) Perancangan mengajar

b) Pelaksanaan pengajaran

c) Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai

d) Pengayaan dan pemulihan

e) Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran

f) Pengurusan bilik darjah

g) Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik

Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam

menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan dikalangan

guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan

hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973). Pengajaran matematik yang

berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut :-

a) Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik

b) Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif PdP secara eksplisit

c) Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim

matematik yang sedia ada dalam minda pelajar.

d) Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu

konsep

e) Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran

khususnya dalam penyelesaian masalah.

f) Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses PdP.

g) Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dikalangan

pelajar.

h) Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses PdP serta aktiviti luar kelas. Ini bermakna

bahawa proses PdP yang berkesan memerlukan guru memilih pendekatan yang sesuai

dan berkesan untuk memastikan murid dapat memahami suatu topik pengajaran

matematik dengan berkesan seperti berikut :

Page 4: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

2

2.0 Pendekatan Pengajaran Matematik

Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran matematik yang berkesan dan mampu

meningkatkan kefahaman konsep pelajar terhadap suatu mata pelajaran, terdapat

pelbagai pendekatan pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.

Antaranya adalah pendekatan kontekstual. Dalam menjalankan aktiviti P&P Matematik yang

menekankan kepada penggunaan pendekatan kontekstual, terdapat beberapa proses atau

peringkat pelaksanaan aktiviti PdP Matematik dengan menggunakan pendekatan ini yang

dikenali sebagai proses REACT (Hull. D, 1997). REACT juga adalah ciri utama yang perlu

diutamakan oleh guru dalam menggunakan pendekatan kontekstual dalam aktivitiPdP. Oleh

itu, berikut adalah menerangan berkenaan dengan proses pelaksanaan pendekatan

kontekstual dalam aktiviti PdP Matematik:-

1) Proses Menghubungkait (Relating)

Proses pertama dikenali sebagai proses menghubungkait pengajaran dalam

konteks pengalaman hidup. Guru perlu membantu pelajar memahami tujuan

mempelajari sesuatu tajuk seperti tajuk ‘Wang’ dan perlu menghubungkaitkan

pengetahuan baru dan pra-pengetahuan pelajar ke dalam topik yang dijalankan ini.

Menurut Wan Absah bte Wan Kadir (1997) perkara ini akan membolehkan pelajar

PENDEKATAN

KAEDAH-KAEDAH

TEKNIK-TEKNIK MENGAJAR

AKTIVITI

STRATEGI

PENGAJARAN

MODEL PRINSIP

DAN TEORI PEMBELAJARAN

Page 5: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

3

mendapat gambaran yang jelas tentang perkaitan apa yang dipelajari dengan

penggunaan harian dan pelajar mengetahui penggunaan ilmu dalam bidang pekerjaan

serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang profil pekerjaan.

Contohnya, menghubungkaitkan proses perbelanjaan murid semasa membeli

makanan di kantin sekolah. Katakan murid mempunyai wang sebanyak RM3.00 dan

telah membeli makanan dan minuman yang berjumlah RM2.50, maka baki wang murid

yang masih tinggal adalah 50 sen. Ini bermakna bahawa pengalaman sedia ada murid

yang dilakukan setiap hari dapat dihubungkaitkan dan diaplikasikan sebagai contoh

dalam menjalankan aktiviti kontekstual.

2) Proses Pengalaman (Experiencing)

Peringkat atau proses kedua dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual dalam

aktiviti P&P Matematik adalah peringkat pengalaman. Dalam pengajaran, guru memberi

pendedahan, penemuan dan penciptaan kepada pelajar. Guru dikehendaki melibatkan

pelajar secara aktif dalam membuat ujikaji dan menemui idea dan fakta. Ini akan

menjadikan pelajar dapat melibatkan diri dengan ujikaji secara menyeluruh dan

membentangkan hasil kerja mereka dengan lebih yakin. Dengan itu, pelajar telah

memperoleh pengalaman yang berguna dalam pembelajaran di kelas (Wan Absah Wan

Kadir,1997). Ini bermakna bahawa guru memberikan satu pengalaman baru kepada

murid tentang topik pengajaran yang dijalankan.

Dalam pelaksanaan aktiviti PdP untuk topik ‘Wang’ misalnya di mana guru boleh

mengemukakan satu situasi dan menggambarkan murid berada dalam situasi tersebut.

Contohnya murid diberikan RM1,000 untuk menjalankan satu akiviti disekolah seperti

membuka gerai makanan. Dalam menyelesaikan perkara ini, maka murid akan

membahagi-bahagikan wang tersebut kepada beberapa perkara untuk mencapai

matlamat mereka untuk membuka gerai makanan. Secara tidak langsung, pengalaman

baru yang didedahkan kepada murid akan dapat meningkatkan tahap perkembangan

kognitif mereka dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif

dan kritis dalam kalangan murid.

3) Proses Aplikasi (Applying)

Proses ketiga dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah peringkat

aplikasi. Dalam hal ini, guru menyalurkan sesuatu pengajaran kepada pelajar dan

pelajar boleh menggunakan maklumat yang ada untuk menyelesaikan masalah yang

mungkin dihadapi dalam aktiviti kehidupan murid pada masa akan datang.

Semasa pengajaran dijalankan, para pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang

Page 6: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

4

membolehkan mereka mengaplikasikan aktiviti dalam kelas dengan aktiviti di luar.

Menurut Hungate (1982), ciri-ciri aplikasi dalam pengajaran telah dapat meningkatkan

kemahiran pelajar dalam satu-satu mata pelajaran yang diajar.

Contohnya seperti murid diarahkan oleh ibu bapa mereka untuk membeli

barangan di kedai runcit yang meliputi beras, gula, dan sebagainya. Untuk itu, murid

diberikan wang berjumlah RM50 untuk mendapatkan makanan tersebut.

Dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah dipelajari, maka murid akan dapat

mengaplikasikan pengetahuan sedia ada ke dalam keadaan sebenar. Dengan cara

seperti ini juga, kefahaman murid dalam menguasai topik ‘Wang’ akan dapat

ditingkatkan ke tahap yang lebih baik. Ini bermakna bahawa peringkat ketiga dalam

pelaksanaan pendekatan kontekstual ini adalah sebagai satu langkah yang akan dapat

memastikan murid tidak akan menghadapi masalah dalam suatu keadaan atau situasi

pada masa akan datang.

4) Proses Kerjasama (Cooperating)

Peringkat keempat dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual untuk topik

‘Wang’ ini adalah peringkat kerjasama iaitu pengajaran dalam konteks berkongsi

dan berkomunikasi antara satu sama lain. Guru memainkan tugas penting dalam

mewujudkan sikap bekerjasama yang baik dalam pengajaran dan menjadikan proses

pengajaran lebih aktif dengan mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan pelajar (Pedrotti

L. S.,1997). Kesannya, membolehkan individu mengenal pasti minat dan keperluan

pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar lebih memahami aspirasi

kumpulan. Dalam erti kata lain, guru merancang satu aktiviti yang akan dapat

meningkatkan kerjasama di kalangan murid dalam menyelesaikan suatu masalah atau

situasi.

Contohnya seperti guru memberikan satu situasi di mana murid dikehendaki

untuk mengira atau menyatakan jumlah perbelanjaan mereka dalam tempoh sebulan

yang meliputi beberapa bentuk perbelanjaan. Kesemua bentuk perbelanjaan ini perlu

direkodkan dan dijumlah pada akhir aktiviti perbincangan. Ini adalah untuk memastikan

murid akan dapat bekerjasama semasa mereka dalam menyelesaikan suatu tugasan

dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kefahaman mereka terhadap konsep

‘Wang’ dengan lebih jelas.

Page 7: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

5

5) Proses Pemindahan (Transferring)

Peringkat terakhir dalam pelaksanaan pendekatan kontekstual adalah

proses pemindahan iaitu pengajaran dalam konteks penyaluran pengetahuan oleh guru.

Guru akan menyalurkan pengetahuan mereka melalui kaedah-kaedah yang disarankan

dalam pendekatan pengajaran secara kontekstual dengan cara timbal balik. Guru akan

membimbing pelajar menemui pengetahuan baru melalui penerokaan, pengujian dan

mencari jawapan. Kesemua ciri ini dapat dilaksanakan dengan bantuan penggunaan

media pengajaran yang berkesan (Hull D., 1997). Pemindahan ini juga akan

menyebabkan pelajar lebih mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui

pelbagai situasi pembelajaran.

Contohnya seperti menjalankan pelbagai bentuk latihan yang berkaitan

dengan topik ‘Wang’ untuk menguji tahap kefahaman dan penguasaan murid

terhadap topik ini. Pada peringkat ini juga, guru perlu mengajukan pelbagai

bentuk persoalan kepada murid yang akan dapat merangsang murid untuk berfikir dan

menjana idea untuk menyelesaikan atau menjawab setiap latihan yang diberikan.

Dengan cara seperti ini juga, proses meningkatkan kefahaman murid terhadap

topik yang dibincangkan akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Daripada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, dapat dilihat

bahawa pelaksanaan pendekatan kontekstual perlu melalui lima peringkat atau proses yang

dinyatakan di atas. setiap peringkat ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang

tertentu yang mana akan dapat membantu murid memahami suatu topik pengajaran dengan

lebih cepat dan kekal seperti mana kefahaman mereka terhadap suatu topik pengajaran

matematik seperti topik ‘Wang’ yang telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan

kontekstual. Sekiranya proses ini tidak ditekankan dalam melaksanakan pendekatan

kontekstual ini, maka usaha untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap

topik ‘Wang’ ini tidak akan dapat dicapai dengan berkesan. Sebaliknya, guru akan memerlukan

masa yang lebih lama untuk memastikan murid dapat menguasai topik ini dengan sebaiknya.

3.0 Kaedah dan Teknik Pengajaran Matematik

Bagi kaedah dan teknik pengajaran, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan

teknik pengajaran untuk diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik.

Contohnya seperti kaedah pengajaran berasaskan masalah (PBM). Kaedah PBM adalah

kaedah pengajaran yang mana aktiviti PdP dimulakan dengan mewujudkan satu masalah atau

persoalan di awal aktiviti PdP untuk difahami maksudnya (Mok Soon Sang, 1998). Penggunaan

Page 8: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

6

kaedah PBM ini juga lebih berkonsepkan pelaksanaan aktiviti PdP yang banyak menyelesaikan

pelbagai soalan matematik. Oleh itu, kaedah PBM ini telah digunakan oleh guru dalam

menjalankan aktiviit PdP untuk topik ‘wang’ yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam

sukatan pelajaran matematik tahun 5.

Daripada pelaksanaan aktiviti PdP guru, maka berikut adalah proses pelaksanaan

kaedah PBM ini juga telah dilaksanakan oleh guru dalam aktiviti PdP yang dijalankan:-

i) Peringkat Membina Masalah

Pelaksanaan kaedah PBM ini perlu dimulakan dengan membina dan

mewujudkan satu persoalan dan masalah yang perlu difahami oleh murid tentang

topik pengajaran yang akan dijalankan (Boud dan Fletti, 1991).

Semasa guru ingin membina soalan atau masalah, guru perlu memastikan

agar masalah yang dibina dan dibangkitkan tersebut perlu sesuai dengan topik

pengajaran yang dijalankan. Dalam pada itu, masalah yang dibangkitkan juga

perlulah mempunyai maksud tersirat tentang topik pengajaran yang dijalankan. Ini

penting agar murid dapat berfikir tentang topik pengajaran yang akan dijalankan

dan ini adalah elemen penting untuk menjayakan pelaksanaan kaedah PBM ini.

Perkara ini juga turut dilakukan oleh guru di mana beliau telah membina

satu persoalan atau masalah yang bertujuan untuk memberikan gambaran awal

kepadamurid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan.

Berikut adalah masalah yang telah dibina oleh guru di peringkat awal

pelaksanaan aktiviti PdP:-

‘Kita sangat memerlukan perkara ini untuk memenuhi pelbagai keperluan

kehidupan. Tanpa perkara ini, kita tidak akan dapat menjalani kehidupan

untuk dengan sempurna. Kita memerlukannya untuk makan, beriadah,

berbelanja dan sebagainya. Kita juga memerlukannya semasa hendak

ke sekolah. Tanpanya, kita tidak akan dapat membeli makanan di

kantin sekolah.’

Dalam persoalan ini, guru telah menggantikan perkataan wang

dengan istilah ‘perkara’ agar tidak memberikan gambaran yang jelas

kepada murid tentang topik pengajaran yang akan dijalankan. Dengan

menggunakan istilah seperti ini, maka murid akan dapat berfikir tentang aktiviti

PdP yang akan dijalankan.

Page 9: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

7

ii) Peringkat Menghubungkait

Setelah murid diajak untuk berfikir tentang topik pengajaran yang akan

dijalankan, peringkat pelaksanaan kaedah PBM adalah dengan

menghubungkaitkan masalah tersebut dengan pengalaman sedia ada murid dan

juga topik pengajaran yang akandijalankan (Noraini Idris, 2005). Semasa proses

ini dijalankan, guru perlu memberi penerangan ringkas kepada murid tentang

topik yang diajarkan seperti penerangan guru tentang topik wang yang akan

diajarkan kepada murid.

Pada peringkat ini juga, guru juga turut menjelaskan kepada murid

beberapa persoalan lain yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Ini

adalah untuk memastikan agar murid dapat memahami topik pengajaran dengan

lebih jelas sebelum guru meneruskan proses pengajaran ke peringkat yang

seterusnya. Pada peringkat ini, guru turut mewujudkan komunikasi dua hala

dengan murid yang bertujuan untuk memastikan murid mendapat gambaran

yang lebih jelas tentang topik wang yang akan dibincangkan. Secara tidak

langsung, proses menghubungkait masalah yang dibangkitkan oleh guru dengan

topik pengajaran dan pengalaman sedia ada murid, akan memudahkan lagi

murid untuk memahami topik wang.

iii) Peringkat Penerokaan dan Perbincangan

Setelah murid didedahkan dengan maklumat dan informasi yang berkaitan

dengan topik pengajaran yang akan dijalankan, proses pelaksanaan kaedah

PBM yang seterusnya adalah menjalankan aktiviti perbincangan dan

penerokaan yang mana murid akan cuba untuk menyelesaikan pelbagai bentuk

persoalan yang dibangkitkan oleh guru (Marrison dan Lowther, 2003). Menurut

Boud dan Fletti (1991), guru perlu memastikan agar setiap murid melibatkan diri

dengan sepenuhnya dalam proses PdP yang dijalankan. Ini adalah untuk

memastikan agar murid dapat mengambil manfaat dan kelebihan daripada

proses perbincangan dan penerokaan yang dijalankan.

Keadaan seperti ini turut menjadi penekanan kepada guru yang mana turut

menjalankan aktiviti perbincangan dan penerokaan di kalangan murid. Guru

telah menyediakan pelbagai bentuk soalan yang mempunyai aras kesukaran

yang berbeza. Kesemua soalan ini juga perlu diselesaikan oleh murid

menerusi perbincangan dan meneroka pelbagai kemungkinan jawapan bagi

setiap soalan yang ada. Dengan menjalankan aktiviti perbincangan dan

Page 10: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

8

penerokaan seperti ini, murid yang lemah akan dapat dibantu untuk memahami

topik wang dengan lebih baik.

iv) Peringkat Penilaian

Proses penerokaan dan perbincangan yang telah selesai dijalankan oleh

murid akan diteruskan dengan proses penilaian yang merupakan peringkat

keempat dalam pelaksanaan kaedah PBM. Penilaian yang dijalankan oleh guru

perlulah menjurus kepada objektif pengajaran guru dan juga objektif

pelaksanaan kaedah PBM iaitu untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan

masalah pelbagai bentuk soalan matematik yang mempunyai aras kesukaran

yang berbeza (Khairani dan Hazali, 2000). Penilaian terhadap dua aspek ini juga

penting dalam memastikan agar setiap aktiviti PdP yang dijalankan oleh guru

tidak menyimpang daripada fokus utama yang ingin dicapai dalam mata

pelajaran matematik. Oleh itu, guru juga turut menjalankan penilaian kepada

beberapa aspek. Antaranya ialah:-

Guru telah menilai kesemua jawapan yang telah disediakan oleh

setiapmurid dalam kumpulan perbincangan mereka. Contohnya seperti

cara murid menyediakan jalan penyelesaian untuk setiap soalan,

kesilapan yang kerap dilakukan oleh murid dalam menyediakan jawapan

soalan dan seumpamanya.

Guru juga turut menilai tahap perkembangan pengetahuan dan

kefahaman murid terhadap topik wang dengan mengemukakan

beberapa persoalan tambahan secara lisan semasa proses menyemak

jawapan murid dijalankan. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang

akan membantu guru menilai tahap kefahaman sebenar murid terhadap

topik wang yang telah dijalankan.

Penilaian juga turut dijalankan ke atas perkembangan kemahiran berfikir,

kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah yang

telah dicapai oleh murid semasa proses perbincangan dan penerokaan

dijalankan. Oleh yang demikian, tiga aspek penilaian yang dinyatakan di

atas telah dijadikan sebagai kriteria utama yang ditekankan oleh guru

dalam memastikan pelaksanaan kaedah PBM dapat memberikan kesan

yang memuaskan kepada setiap murid.

Page 11: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

9

v) Peringkat Pemindahan Maklumat

Proses terakhir dalam pelaksanaan aktiviti PBM adalah proses pemindahan

maklumat yang mana guru akan merumuskan aktiviti PdP dengan menjelaskan

secara lebih terperinci kepada murid tentang topik pengajaran yang telah

dijalankan (Savery dan Duffy, 1995). Semasa merumuskan aktiviti PdP, guru

telah menjelaskan semula kepada murid tentang konsep wang yang telah

dijalankan.

Dalam pada itu, beliau juga turut menjelaskan kepada murid tentang cara

untuk menyelesaikan setiap persoalan dengan betul khususnya soalan yang

telah dibincangkan oleh murid. Ini adalah sebagai salah satu langkah yang akan

dapat mengukuhkan lagi pengetahan dan kefahaman murid tentang topik wang

yang telah dibincangkan.

Daripada penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa proses pelaksanaan kaedah PBM

menjurus kepada lima proses yang utama. Setiap proses dan peringkat pelaksanaan kaedah

PBM ini juga dilaksanakan dengan lebih baik agar dapat membantu guru

meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid terhadap topik pengajaran yang dijalankan.

HUBUNG KAIT ANTARA STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK.

STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

Page 12: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

10

4.0 Kesimpulan

Dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik,

guru boleh menggunakan beberapa pendekatan dan kaedah pengajaran. Antaranya ialah

kaedah berasaskan web yang mana guru menggunakan laman web dan beberapa

perisian pembelajaran berasaskan komputer sebagai medium pengajaran (Mok Soon Sang

,1989).

Guru juga menggunakan kaedah pengajaran berasaskan masalah yang mana guru

menyatakan pelbagai bentuk masalah yang berkaitan dengan topik Matematik yang diajarkan

kepada murid. dalam aktiviti ini, murid perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam

memastikan setiap masalah dapat diselesaikan dengan lebih dan memuaskan (Khairani dan

Hazali, 2000). Selain itu, kaedah pengajaran kontekstual juga boleh digunakan yang mana

mengaitkan pengalaman seharian murid dalam menjalankan aktiviti P&P Matematik (Md. Nor

Bakar, 1995). Begitu juga dengan kaedah konstruktivisme yang mengaitkan pengetahuan

sedia ada murid dengan topik pengajaran matematik yang diajarkan (Noraini Idris, 2005).

Kesemua empat kaedah pengajaran ini adalah bentuk dan kaedah pengajaran yang semakin

sinonim dengan guru Matematik dalam melaksanakan aktiviti PdP Matematik

Page 13: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

11

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/ Hari : 02.09.2013 (Isnin) Masa : 60 minit

Kelas : 4 Bakti Bil. Pelajar : 34 orang

M/ Pel : Matematik

Tajuk : 8.0 Isi padu Cecair.

a) Menyukat isi padu cecair.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;

i. membaca ukuran isi padu cecair dengan cara yang betul

ii. menyukat dan membanding isi padu cecair menggunakan unit

piawai

iii. menyatakan anggaran isi padu cecair dalam sesuatu bekas

Pengetahuan Sedia Ada : i) Menyukat air tanpa unit piawai.

ii) Murid sudah mengetahui unit Liter (ℓ) dan Mililiter (mℓ)

sebagai unit dalam isi padu cecair.

Konsep : 1000 bahagian daripada Mililiter (mℓ) adalah sama dengan 1 Liter (ℓ).

Bahan Bantu Mengajar : Botol Minuman, Tin minuman, Slaid PowerPoint, Tayangan

Video dan Lembaran Kerja

Nilai : Bekerjasama, berbincang sesama rakan.

Kemahiran : Membanding beza dan menghubung kait.

Penerapan Nilai : Bekerjasama dan berhati-hati

Pendekatan/ Strategi/ Teknik : Main peranan berpusatkan guru dan murid.

Aktiviti kumpulan dan individu, Tunjuk cara dan Teknik

Penyoalan.

KBKK : Menjana Idea

Page 14: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

12

Langkah / Masa Isi

Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Sumber / Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

Bersoal jawab

1. Guru menunjukkan botol minuman kepada murid dan bersoal jawab tentang kandungan cecair yang di bawa.

2. Kaitkan dengan contoh-contoh lain seperti : kotak minuman, botol syampu,air tin.

KBKK Menjana Idea

Langkah 1

Pengembangan ( 10 minit )

Penerangan

Guru

Pengenalan Isi padu Cecair

1. Guru menerangkan tentang unit piawai untuk isi padu cecair.

2. Guru menerangkan tentang alat-alat yang digunakan untuk menyukat isi padu cecair.

3. Guru menunjukkan cara untuk menyukat isi padu cecair seperti dalam slaid 1.

4. Kemudian guru meminta murid menyatakan bacaan isi padu cecair bagi rajah yang ditunjukkan di dalam slaid 1.

5. Wakil murid menjawab.

Strategi / Teknik

Berpusatkan guru.

Sikap saintifik

dan nilai murni: Melibatkan diri

secara aktif .

BBMB Botol air

minuman, Bekas penyukat air.

Langkah 2

Pengembangan ( 20 minit )

Aktiviti Individu

Menulis Isi padu Cecair

Contoh :

1. Guru menerangkan cara untuk menulis isi padu cecair dengan menggunakan slaid 2.

2. Guru menerangkan kelebihan menggunakan unit ukuran piawai berdasarkan selingan video yang terdapat dalam slaid 2.

3. Guru menerangkan cara membuat pengiraan bagi menentukan bacaan yang tepat bagi sesuatu rajah yang ditunjukkan.

4. Kemudian guru meminta murid menyatakan bacaan isi padu cecair bagi rajah yang ditunjukkan di dalam slaid 2.

5. Wakil Murid menyelesaikan di hadapan kelas mengikut cara guru satu persatu.

Strategi / Teknik

Berpusat guru dan murid

Tunjuk cara

BBMB Slaid Power

Point

KBKK Menjana Idea

Page 15: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

13

Langkah / Masa Isi

Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Sumber / Catatan

Langkah 3

Pengukuhan ( 20 minit )

Aktiviti

Kumpulan dan Individu

1. Lembaran kerja a) berkumpulan b) individu

1. Guru mengarahkan murid kembali kepada kumpulan masing-masing.

2. Guru memberikan arahan dan murid mendengar dengan teliti.

3. Guru memberikan setiap kumpulan satu kertas yang mengandungi beberapa keping gambar dengan isipadu yang berbeza. (rujuk lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2)

4. Murid diminta menyelesaikan masalah tersebut dengan menukar unit isipadu cecair yang diminta di dalam soalan.

5. Kemudian kumpulan yang berjaya diminta mempersembahkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.

6. Selepas itu guru memberikan latihan bertulis untuk menguji kefahaman murid secara individu. (buku teks)

7. Murid menyelesaikan soalan latihan yang diberikan oleh guru.

8. Guru membuat pemantauan dan memberi bimbingan kepada murid yang masih tidak boleh mengusainya

Strategi / Teknik

Main peranan berpusatkan murid secara kumpulan dan

individu. Sikap saintifik

dan nilai murni: Melibatkan diri secara aktif di

dalam kumpulan Dan berhati-hati

BBMB Kertas soalan

Lembaran Kerja,

Buku Teks

Penutup ( 5 minit )

Rumusan

1. Guru menyoal murid tentang perkara yang telah dipelajari

2. Guru membuat rumusan terhadap pembelajaran yang telah berlangsung.

Page 16: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

14

Refleksi Pengajaran Makro

Kekuatan

Kelebihan pertama yang dikenal pasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah

perancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) saya dapat menimbulkan minat murid untuk

belajar. Semasa saya tunjukkan tayangan slaid Microsoft PowerPoint tentang isi padu cecair,

murid tertarik dengan gambar-gambar yang saya tayangkan dan menunjukkan minat untuk

belajar. Apatah lagi slaid yang saya paparkan itu diselitkan dengan tayangan video tentang

cara menyukat isi padu cecair dengan betul. Tindak balas yang saya terima daripada murid

setiap kali paparan slaid yang memerlukan jawapan dari murid amat menggalakkan. Semasa

aktiviti kumpulan, saya berasa gembira melihat penglibatan dan kerjasama mereka yang baik

dengan berusaha melengkapkan jawapan pada lembaran kerja yang diedarkan. Mereka

berbincang bersama rakan dan wakil kumpulan dengan yakin dan berani keluar ke hadapan

apabila diminta untuk berbuat demikian. Apabila jawapan mereka betul, saya dapat melihat

kepuasan ditunjukkan pada air muka mereka. Apabila saya bertanyakan soalan, mereka dapat

menjawab dengan betul juga terbukti mereka memahami pengajaran yang saya sampaikan.

Saya berasa puas hati kerana murid-murid dapat menikmati pembelajaran mereka dan objektif

saya juga tercapai.

Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.

Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan

yang diberi jelas dan ringkas memudahkan murid faham kehendak saya dan bagaimana

sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah murid

dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, barulah mereka dapat

melakukan aktiviti berkumpulan dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat

mempelajari ilmu baru yang diajar pada hari itu.

Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang

lantang, murid dapat mendengar apa yang disampaikan oleh saya dengan jelas dan

seterusnya membantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga

menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara saya dapat

menarik tumpuan murid supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan

gangguan-gangguan lain. Apabila saya menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan

jelas serta menjawab dengan betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian

saya. Ketegasan adalah terkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan

pelajaran. Ini membuatkan murid-murid lebih hormat kepada guru.

Page 17: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

15

Kelemahan

Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenal pasti dalam pelaksanaan tugasan

pengajaran makro saya ialah saya tidak mengenali nama murid di dalam kelas tersebut

sepenuhnya dan hanya menunjukkan kepada murid yang perlu menjawab soalan saya. Apabila

saya tidak menyebut nama mereka, maka mereka akan menjawab secara beramai-ramai untuk

menarik perhatian saya. Hal ini adalah disebabkan saya baru dua bulan ditempatkan di sekolah

tersebut, kerana sebelum ini saya bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah.

Kelemahan yang kedua ialah pemantauan kelas. Semasa saya jalankan pengajaran,

saya asyik berdiri di hadapan kelas sahaja kerana saya menggunakan slaid PowerPoint. Saya

perlu berdiri dekat dengan komputer utama untuk menguruskan slaid saya. Ini menyebabkan

saya tidak dapat memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Murid saya mula berbual-bual

dan bermain-main di belakang semasa pengajaran sedang dijalankan. Maka, saya perlu

meluangkan sedikit masa untuk memberi teguran kepada murid-murid yang nakal itu dan

seluruh perjalanan pengajaran saya terjejas. Jika guru tidak dapat menguruskan atau menjaga

tatatertib muridnya di dalam kelas dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan perhatian

dan mendengar pelajaran yang disampaikan.

Kelemahan yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan

masa penting bagi memastikan proses PdP berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan

perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati

masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini

disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang

lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah, tambahan pula sesi pengajaran saya pada

ketika itu adalah selepas waktu rehat dan mengambil masa untuk menunggu murid masuk ke

makmal komputer. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan

dapat dijalankan dengan baik.

Langkah Mengatasi

Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal yang

mencukupi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Saya hendaklah lebih

mengenali nama murid dan perwatakannya serta menumpukan perhatian semasa menjalankan

pengajaran.

Page 18: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

16

Untuk kelemahan saya yang kedua, saya seharusnya berjalan dan memantau setiap

aktiviti murid. Jika saya tidak silap, setiap LCD Projektor mempunyai alat kawalan jauhnya.

Dengan adanya bahan itu, guru tidak perlu berdiri di depan kelas sahaja. Guru hanya perlu

tekan butang pada alat kawalan jauh itu sambil berjalan-jalan memantau aktiviti murid di

belakang. Slaid PowerPoint akan bertukar dengan sendiri apabila butang ditekan. Melalui cara

itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu, guru

dapat membantu murid secara dekat semasa mereka jalankan aktiviti dan lebih mudah

mengenal pasti kelemahan murid-murid melalui pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar

kepada murid yang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru dengan mudah.

Bagi kelemahan yang ketiga, masa PdP yang ditetapkan adalah supaya kita tidak

terlebih masa sehingga mengambil masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang

seterusnya. Pergerakan murid dari kelas ke makmal komputer dan sebaliknya perlu diambil

kira. Masa adalah salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap PdP. Dengan mengambil

kira masa yang ada, guru perlu fikirkan apa jenis ABM, bahan pengajaran yang boleh

digunakan dan sesuai dengan tahap penguasaan muridnya. Walaupun saya menetapkan lima

minit diluangkan ke atas langkah set induksi, tetapi saya hanya guna 2 minit

menghabiskannya. 3 minit yang lebih saya telah menggunakannya untuk langkah pengajaran

yang perlukan masa yang lebih. Pada akhir pengajaran, saya hanya menggunakan hampir 45

minit sahaja, dan yang selebihnya menunggu murid masuk ke kelas selepas waktu rehat dan

melepaskan murid masuk ke kelas kerana tidak mahu mengganggu waktu pengajaran bagi

mata pelajaran yang berikutnya.

Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara

fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat capai objektif pada

hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang PdP supaya murid dapat menguasai

kemahiran dalam masa yang ditentukan.

Page 19: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

17

PENJELASAN TENTANG RESOS

a) Slaid 1 (Pengenalan dan Menyukat Isi padu Cecair)

Bagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isi

padu cecair kepada pelajar. Sebagaimana mata pelajaran yang lain, kriteria bahan yang

digunakan perlulah diambil kira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang

sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang

untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekali gus menjimatkan masa guru. Selain daripada

itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlalu mahal. Perkara

ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan

mudah.

Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan

dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar

jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenal

pasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambil kira

oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.

Oleh yang demikian, untuk tajuk yang akan saya libatkan ini, iaitu isi padu cecair, saya

amat bersetuju untuk menggunakan bahan terpakai bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai

ke atas isi padu cecair. Bahan yang saya maksudkan ini ialah botol, gelas, botol air mineral,

mangkuk dan botol susu.

Page 20: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

18

Maka dengan itu, saya memilih bahan ini kerana pada pendapat saya, ianya memenuhi

segala kehendak bahan bantu mengajar yang mudah diperoleh. Ianya pernah dilihat oleh murid

sendiri ketika mereka berada di rumah dan dalam kehidupan seharian malahan mereka sendiri

pernah menggunakannya.

Selain daripada itu, bahan tersebut juga mudah didapati dan ada daripadanya

merupakan bahan terbuang seperti botol mineral kosong. Secara tidak langsung, bahan yang

saya gunakan ini dapat membantu pelajar menyemai semangat cintakan alam sekitar dalam

diri mereka.

Bahan bantu mengajar yang paling sesuai ialah silinder penyukat dan bikar. Bahan ini

dapat kita gunakan ketika mengajar memperkenalkan konsep isi padu cecair kepada murid-

murid. Bahan ini mempunyai sukatan menjadikan ianya mudah dilihat dan diamati oleh pelajar.

Bahan ini selalunya ada di kawasan sekolah terutamanya di makmal sains. Selain daripada

mendapat konsep isi padu, pelajar juga akan mendapat persoalan kegunaan skala sala di tepi

bikar tersebut sekali gus menghasilkan semangat ingin tahu pelajar.

Hasil pencarian saya di internet melalui youtube, saya telah menemui satu video yang

sesuai saya gunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran menyukat isi padu cecair.

Video yang saya maksudkan ialah “Measuring Volume by Peter Weatherall”. Rasional

pemilihan video ini adalah kerana ia dapat menarik minat murid untuk belajar menyukat isi

padu cecair. Di samping mempunyai muzik yang menghiburkan ia juga menerangkan kepada

murid cara-cara untuk menyukat isi padu cecair dengan betul. Murid akan mudah faham dan

senang untuk melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru.

Page 21: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

19

Video tersebut menunjukkan watak kartun pili air dan watak kacang hijau bekerjasama

mengisi air ke dalam silinder bersenggat lalu mengira isi padu cecair sehingga mencapai isian

sebanyak 600 mililiter. Kartun pili air meminta kerjasama kacang hijau untuk memberitahu

berapa bacaan air yang diisi ke dalam silinder penyukat. Pada peringkat permulaan air diisi

sebanyak 250 ml kemudian ditambah air sebanyak 300 ml menjadi 550 ml. Kartun pili air

memberitahu perlu ditambah sebanyak 50 ml lagi supaya menjadi 600 ml. Guru boleh bersoal

jawab dengan murid tentang penambahan air di dalam silinder penyukat semasa tayangan

video. Murid dapat memberi jawapan dan ini membuatkan mereka merasa lebih yakin untuk

menyukat isi padu cecair. Guru juga boleh menyuruh murid-murid menulis dalam bentuk ayat

matematik dan menyebutnya.

Contoh : 250 ml + 300 ml + 50 ml = 600 ml.

Saya memilih video ini kerana bagi saya ianya amat sesuai. Penerangan yang jelas

membolehkan saya memahami apa yang diutarakan. Selain daripada itu, visual video ini

amatlah terang dan bersahaja. Seterusnya saya akan membincangkan pula kaedah dan teknik

menggunakan silinder penyukat seperti yang kita dapat tonton melalui video ini.

Setiap silinder penyukat mempunyai skala yang sama dengan silinder penyukat lain.

Biarpun saiz sesebuah silinder itu berbeza, namun kapasiti dalamnya tetap tepat kerana ianya

standard. Sebelum menyukat isi padu, pastikan kita berada pada sebuah permukaan yang rata

seperti sebuah meja. Penggunaan silinder penyukat amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah

kerana ianya boleh didapati di makmal sains sekolah.

Bagi proses menyukat pula, kita bolehlah menuangkan air ke dalamnya dan membuat

kiraan yang tepat. Peranan kedudukan mata amatlah penting dalam memastikan ketepatan

bacaan. Bacaan yang tepat adalah berada selari dengan skala sukatan bukannya dari

pandangan atas mahupun bawah seperti dalam gambar yang ditunjukkan.

Page 22: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

20

Sebagaimana yang telah ditunjukkan pada gambar ini, proses bacaan perlulah berada

selari dengan aras cecair yang hendak disukat. Terdapat beberapa kemungkinan jawapan

yang memusykilkan pelajar iaitu garisan aras cecair agak tebal. Namun demikian, adalah

ditegaskan bahawa garis yang paling di bawah itulah merupakan jawapan yang paling tepat

untuk menentukan aras cecair dalam silinder. Oleh demikian, adalah menjadi tanggungjawab

seorang guru untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci kepada pelajar kita agar

mereka lebih faham dan masalah konsepsi dapat diatasi.

b) Slaid 2 (Menulis Isi padu Cecair)

Dalam pengajaran dan pembelajaran isi padu cecair, kemahiran mengukur, pengajaran

haruslah tersusun dari mudah ke susah. Ini bermakna sebelum mengajar kemahiran

mengukur, murid-murid harus diajar perbandingan isi padu cecair iaitu, banyak, sedikit,

separuh, penuh dan kosong. Peringkat seterusnya, murid-murid harus diberi kemahiran

menyukat dengan menggunakan unit bukan piawai dengan menggunakan sudu, cawan, dan

sebagainya.

Bagi murid tahap 2, mereka telah boleh membandingkan isi padu cecair sama ada

banyak, sedikit atau sama banyak. Perkara yang menjadi permasalahan bagi murid tahap 2

adalah mereka tidak dapat menganggarkan atau menulis isi padu dengan tepat berpandukan

senggatan kecil tanpa nombor pada silinder penyukat atau bikar. Kebiasaannya mereka akan

memberikan jawapan sama ada terlebih atau terkurang daripada yang sepatutnya. Bagi

mengatasi permasalahan ini, guru mestilah memberikan penekanan terhadap bilangan

senggatan yang ada di antara dua nombor diberi. Contohnya jika hanya terdapat satu

senggatan antara dua nombor, murid perlu tahu bahawa nilai senggatan itu mewakili 500 ml.

Jika terdapat tujuh senggatan, murid perlu tahu bahawa nilai senggatan itu mewakili 125 ml.

Page 23: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

21

Slaid pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk kemahiran ini dimulakan

dengan tayangan video mengenai sukatan cecair. Video yang saya maksudkan ialah “Volume

Liquid by Tam Nguyen” yang saya peroleh melalui youtube. Saya memilih video ini kerana ia

amat sesuai kerana ia berkaitan dengan slaid sebelumnya. Di dalam tayangan tersebut, jelas

menunjukkan perbezaan bentuk tidak semestinya menjadikan isi padu sesuatu cecair itu

berbeza. Uji kaji yang dijalankan di makmal menunjukkan ketiga-tiga bekas yang berbeza saiz

dan bentuk tetap menunjukkan bacaan yang sama iaitu 50 ml walaupun ketinggian cecair tidak

sama. Ini jelas menunjukkan sukatan piawai adalah sukatan yang tepat.

Seterusnya murid diuji dengan beberapa contoh bacaan pada silinder seperti yang

terdapat dalam slaid 5 hingga slaid 7 sebelum lembaran kerja diedarkan.

Page 24: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

22

Refleksi Keseluruhan

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya tugasan

Perancangan dan Pengajaran Matematik (WAJ 3107) ini dapat disiapkan dalam jangka waktu

yang telah ditetapkan. Melalui KKP kali ini, saya dikehendaki menulis mengenai hasil kajian

tentang aplikasi penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik dalam PdP Matematik serta

menyediakan satu rancangan pelajaran harian yang mencabar pemikiran murid ataupun yang

mengalakkan murid berfikir. Bagi saya tajuk yang dipilih amat menarik dan mencabar sekali

kerana pada hakikat sebenarnya sepanjang tempoh 16 tahun mengajar saya hanya

menekankan murid mesti menguasai kemahiran matematik sahaja tanpa mengira samada

murid bosan atau tidak. Hasil dari kajian tentang rancangan pelajaran harian yang boleh

mencabar pemikiran murid ini, saya tersedar semula perkara ini juga amat penting untuk

pencapaian yang lebih baik dan semaksimum mungkin. Murid mesti digalakkan sentiasa

berfikir agar pemikiran mereka sentiasa aktif dan berkembang.

Kedudukan geografi antara rakan-rakan sekuliah yang agak berjauhan juga

menyukarkan kami untuk mengadakan perbincangan dengan lebih kerap dan berkesan. Kami

hanya membuat perbincangan melalui panggilan telefon dan email.

Beberapa kesukaran yang lain terpaksa juga saya tempuhi terutama dari segi

pengurusan masa. Kesuntukan masa ini menjadi satu cabaran yang paling ketara dalam

menyiapkan tugasan yang diberi. Saya perlu membahagikan masa untuk menyiapkan tugasan

ini dan juga tugasan-tugasan lain dalam pentadbiran di sekolah, tambahan pula banyak

program arahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri yang

perlu dilaksanakan sebelum Oktober, apatah lagi saya baru berpindah ke SK. Taman Maluri ini.

Namun begitu, segala masalah dapat diatasi sebaik mungkin dengan bantuan rakan-rakan.

Situasi ini menjadikan silaturahim yang dijalinkan lebih erat.

Kesimpulannya, tugasan ini banyak membantu saya dari segi profesional bagi

menyiapkan diri sebagai seorang guru yang lebih berpengetahuan bagi merealisasikan Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Oleh itu, sebagai seorang guru, sikap peka

terhadap situasi amat penting agar pemikiran tidak sempit dan tidak ketinggalan.

Akhir sekali, saya berharap dapat meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan

pembelajaran pada masa hadapan dengan pengetahuan yang saya peroleh daripada kerja

kursus ini.

Page 25: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

23

Rujukan

1. Mok Soon Sang (1989). Penyuburan Dan Perkaedahan Matematik, Kumpulan Budiman

Sdn Bhd.

2. Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid

Profesional Books, New York

3. Ibrahim Md. Noh (1994). Reformasi Pendidikan Matematik. Kertas kerja yang

dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah.

Bangi: BahagianPendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

4. Kennedy, L.M and Tipps, S. (1994). Guiding Children’s Learning Of Mathematic.

Belmont: Wadsworth Publishing Company.

5. Md. Nor Bakar (1995). Masalah Pengkonsepan dalam Matematik. Jurnal Pendidikan

UTM.1(1): 72 – 80, Johor

6. Seow Siew Hua (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti

Sdn Bhd.

7. Mok Soon Sang (1995). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

8. Mok Soon Sang (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat

Sekolah Rendah, Longman Malaysia, Petaling Jaya, Selangor

9. Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik

KBSR. Cerdik Publications Sdn. Bhd, Pulau Pinang

10. Noraini Idris. (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd

11. Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010). Guru dan Cabaran

Semasa. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Page 26: Assignment MTE3107

MTE3107 : Perancangan dan Pengajaran Matematik

24