Post on 14-Apr-2018
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
1/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
10 PENGENALAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah diperkenalkan di sekolah-
sekolah Malaysia sejak dahulu dan ia menjadi satu keperluan dan
kepentingannya telah disedari oleh masyarakat. Hal ini terbukti dengan lantiknya
sekurang-kurang seorang guru bimbingan atau kaunselor di setiap sekolah pada
masa kini. Jadi, kaunselor atau guru bimbingan yang ingin memberikan
perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta mengaplikasikan
beberapa kemahiran asas kaunseling mengikut tahap-tahap dalam kaunseling.
Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika
berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan
psikologi.
20 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Sebelum memulakan sesuatu sesi kaunseling, kaunselor sepatutnya
mengumpul maklumat tentang latar belakang, pencapaian prestasi dan rekod-
rekod lain klien yang berguna untuk melancarkan sesi kaunseling. Selain itu,
faktor keselesaan klien dari segi jarak kedudukan antara kaunselor dengan klien
serta suasana bilik yang sesuai untuk menjalankan kaunseling penting supaya
klien berasa selesa bersama kaunselor. Kaunselor juga harus prihatin dengan
keadaan klien dan menggunakan kaedah kaunseling yang sesuai agar klien tidak
berasa terancam lalu menjadi defensif.
2.1 Kemahiran melayan
Kemahiran melayan adalah kemahiran yang digunakan pada prasesi oleh
kaunselor melibatkan cara mengendalikan sesi kaunseling dan membina
hubungan mesra dengan klien. Hubungan baik hendaklah dijalin pada peringkat
permulaan sesi kaunseling supaya temubual kaunseling diteruskan dengan
mesra, serta mengikut langkah yang diaturkan. Misalnya, kaunselor boleh
menyambut kedatangan klien dengan mengucapkan kata-kata berikut:
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
2/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Selamat datang dan saya berasa gembira. Bolehlah saudari berkongsi
masalah dengan cikgu dan kita sama-sama mencari ikhtiar untuk
menyelesaikannya. Silakan.
Menurut Mohammad Aziz Shah et al. (2009), Ivey dan Ivey (1999)menyatakan bahawa kemahiran melayan digunakan bagi membantu klien
meluahkan cerita atau permasalahan mereka. Manakala Covey (2001)
menyatakan perbuatan melayan melibatkan kombinasi seperti kontak mata,
kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, tahap
tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan minima dan mendengar.
Kontak mata
Kontak mata memainkan peranan penting dalam aktiviti sosial, kaunselor
memandang klien mengikut keselesaan peribadi dan budaya. Kaunselor boleh
menduga perasaan klien dengan memerhati mata klien. Akan tetapi,
kebarangkalian kontak mata mesti bersesuaian untuk mengelakkan
ketidakselesaan klien. Contohnya, bagi budaya orang Muslim, apabila bercakap
dengan klien yang berlawanan jantina, kaunselor mesti elakkan dari kontak mata
yang terus dengan klien.
Kualiti vokal
Nada suara (tinggi atau rendah;lembut atau keras) dan kelajuan
percakapan (cepat atau lambat) kaunselor adalah selesa dan mengikut
kesesuaian situasi.
Bahasa tanpa lisan
Melalui bahasa badan, klien dapat mengetahui dan memahami bahawakaunselor berminat hendak mendengar dan membantu klien secara ikhlas. Ia
dapat dilakukan melalui cara kedudukan, riak wajah, gerakan badan dan
sebagainya. Misalnya, kaunselor akan condongkan badan ke hadapan sedikit
untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh klien sebagai tanda memberi
perhatian kepada klien.
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
3/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Kemahiran memfokus
Kaunselor boleh mengarahkan aliran perbualan klien kepada bidang yang
diingininya. Selain itu, kemahiran ini sangat berguna sekiranya klien mempunyai
klien yang menceritakan masalah dengan tidak jelas atau klien yang tidakberfokus dalam penceritaannya. Ia bertujuan mengelakkan klien lari daripada
topik perbincangan atau permasalahan utama.
Ekspresi muka
Kaunselor memperlihatkan kesungguhan dan keikhlasan menolong
melalui kontak mata, mimik muka dan senyuman.
Tahap tenaga
Tahap tenaga kaunselor adalah tahap mood atau semangat kaunselor
dalam sesi kaunseling. Hal ini dapat ditunjukkan melalui gaya duduk, berjalan,
nada suara dan air muka. Misalnya kaunselor yang kelihatan keletihan akan
menimbulkan keraguan klien.
Kedudukan dan jarak
Kedudukan dan jarak yang sesuai adalah antara tiga hingga empat inchi
dan perlu disesuaikan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, umur,budaya
dan lain-lain.
Dorongan minima
Terbahagi kepada verbal dan non verbal. Dorongan minima verbal adalah
diberi secara lisan manakala non verbal melibatkan bahasa badan. Contoh
dorongan minima verbal seperti perkataan teruskan, berkata ya, dansebagainya. Bagi dorongan minima non verbal pula seperti anggukkan kepala.
2.2 Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan
penting dalam tahap membina hubungan semasa sesi kaunseling. Menurut
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
4/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Mohammad Aziz Shah et al. (2009), Muhd Mansur dan Siti Nordinar (1993)
menyatakan kaunselor yang baik akan meluangkan lebih banyak masa
mendengar daripada menyampuk ataupun berkata-kata. Kaunselor
menumpukan sepenuhnya perhatian kepada klien. Selain itu, pemahaman yang
tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Terdapat
tiga jenis cara mendengar yang dapat digunakan oleh kaunselor iaitu mendengar
isi, mendengar perasaan serta mendengar makna atau pengalaman. Mendengar
isiiaitu mencari pokok persoalan utama dan menyatakan semula persoalan yang
diutarakan oleh klien. Manakala mendengar perasaan pula bertujuan mencari erti
dan makna perasaan dan membantu klien melihat perasaannya. Akhir sekali,
mendengar makna atau pengalaman bertujuan mengetahui isi,perasaan dan
makna pengalaman dan memahami ruang rujukan klien. Oleh itu dikatakanbahawa proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri
kaunselor.
Walaubagaimanapun, kaunselor juga perlu memahami perasaan yang
dialami klien pada suatu situasi. Kemahiran mendengar juga membantu
kaunselor memahami luahan klien berbentuk perasaan, pandangan dan
pemikiran. Jadi, seseorang kaunselor perlu menjadi seorang pendengar yang
aktif, maka kaunselor boleh memahami serta menyatakan semula kepada klienbahawa dia sedang mendengar dan memberi respon yang tepat. Tambahan
pula, mendengar dengan aktif juga menggalakkan klien menceritakan
permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Justeru, kaunselor perlu
mengamalkan kemahiran mendengar dari semasa ke semasa sepanjang sesi
kaunseling supaya dia mampu memahami masalah klien dengan jelas.
2.3 Kemahiran membina hubungan
Kemahiran membina hubungan merupakan langkah kedua dalam sesi
kaunseling. Mengikut Mizan & Halimatun (2002) , membina hubungan dalam
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
5/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
kaunseling adalah suatu situasi merangsang klien supaya sentiasa tenang dan
memberikan tanggapan pertama yang positif. Tujuan kemahiran membina
hubungan adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai
dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.
Kemahiran membina hubungan dapat dipraktikan melalui kemahiran lisan dan
kemahiran bukan lisan kaunselor. Kaunselor boleh gunakan beberapa sub
kemahiran yang melibatkan kemahiran lisan kaunselor seperti kemahiran
menstruktur, kemahiran menyoal, dorongan minima dan kemahiran lain yang
sesuai.
2.3.1Kemahiran menstruktur
Kemahiran menstruktur merupakan satu kemahiran yang sangat pentingdi dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya kemahiran
menstruktur dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan
dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses penstrukturan boleh
dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Terdapat dua
persoalan yang penting dalam kemahiran menstruktur, iaitu perlukah
penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa yang sesuai untuk
melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai dalam melakukan
kemahiran menstruktur. Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien
merupakan klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat
pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu pernah
berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya klien itu ingin terus
menceritakan masalahnya.
Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan peranan kaunselor
dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Segala perbincangan antara
kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.Penstrukturan yang mudah dan
ringkas ini dapat membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan
apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan
dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
6/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang mengganggu
atau timbul dalam fikirannya.Contoh penstrukturan seperti berikut:
Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan anda pula sebagai
klien. Sesi ini akan mengambil masalebih kurang 45 minit. Peranan saya secararingkasnya untuk mendengar, memahami dan cuba untuk membantu anda.
Peranan anda adalah untuk menceritakan apa yang mengganggu hidup anda.
Sesi ini akan dirahsiakan dan kerahsiaan ini terbatas sekiranya isu yang
dibincangkan melibatkan keselamatan nyawa anda.
(Sapora Sipon,2008)
2.3.2Kemahiran menyoal
Kemahiran menyoal adalah cara yang paling mudah untuk digunakan oleh
kaunselor untuk menyoal klien, ataupun menggalakkan klien untuk bercakap dan
juga cara untuk meneroka diri klien. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah
berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami
perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang
tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan
dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat. Matlamat menyoal adalah
untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kepastian. Di dalam sesi kaunseling
terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan
soalan terbuka.
Soalan tertutup merupakan soalan yang menghadkan kepada jawapan
pendek sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus.
Contohnya, Adakah anda datang ke sekolah semalam?. Selain itu, soalan
tertutup juga dapat memberhentikan orang daripada terlalu banyak bercakap
serta cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat.
Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua
perkataan sahaja, seperti ya atau tidak. Misalnya, Kamu akan datang esok?
Soalan ini berguna kerana mengambil masa yang singkat sekali untuk
mendapatkan jawapan yang tepat dan padat.
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
7/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Soalan terbuka pula tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan
terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Ia
bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar.
Secara tidak langsung, ia menggalakkan penerokaan dan pengembangan
kepada perkara yang sedang dirundingkan. Selain itu, soalan terbuka juga dapat
memberi ruang kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang
dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh kaunselor. Oleh itu klien lebih dapat
mengawal perundingan. Di samping itu, soalan terbuka juga membolehkan klien
memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien
mengeluarkan pendapat sendiri. Justeru, klien diberi peluang untuk memberikan
penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai
terlebih dahulu. Antara contoh-contoh soalan terbuka adalah sepertiBagaimanakah kejadian itu boleh berlaku? atau Sejauh manakah kejadian itu
mengganggu hidup anda? Soalan terbuka boleh diselang-seli dengan respons
lain yang dapat menggalakkan klien berbincang.
Oleh itu, adalah penting untuk kaunselor mengetahui bila dan bagaimana
untuk menggunakan kedua-dua soalan terbuka dan tertutup dalam sesi
kaunselingnya. Kaunselor perlu menyedari, kesan dan implikasi daripada
soalannya terhadap kliennya. Gabungan dua jenis soalan ini dapat digunakanmengikut kesukaan dan keperluan kaunselor bergantung kepada jenis maklumat
yang diperlukan. Walau bagaimanapun kaunselor perlu memastikan bahawa
tidak terlalu banyak soalan ditanya pada satu masa. Ini adalah kerana klien akan
keliru dan tidak tahu soalan mana yang hendak dijawab terlebih dahulu. Soalan-
soalan sensitif juga harus dielakkan.
2.3.3Dorongan minima
Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan
kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan
respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan
klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
8/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
minima adalah seperti hmm, teruskan, lepas itu, kemudian, jadi,
terangkan lagi, oh., sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman,
ya dan lain-lain lagi. Selain itu, dorongan minima menunjukkan kaunselor
sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
Ishammuddin Hj. Ismail (1999) telah menjelaskan tujuan melakukan mendorong
minima adalah untuk menunjukkan kaunselor memberi perhatian kepada
klien,menolong penerokaan kendiri klien, dan menggalakkan klien terus
bercakap serta mempengaruhi arus perbualan.
Dalam kemahiran bukan lisan, terdapat beberapa sub kemahiran asas
seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk
berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan
dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara - cara duduk dalam
kaunseling.Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien
menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkahlaku,
komunikasi lisan dan bukan lisannya.
2.3.4Membina suasana alam sekeliling
Atas sebab sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa
kira-kira 30 minit hingga 45 minit, maka tempat yang sesuai amat diperlukan.Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi yang tidak menyakitkan
pinggang atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau
pemikiran. Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas, sebaik-baiknya
mempunyai hawa dingin dan tidak terlalu sempit. Kaunselor juga harus pastikan
tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tandas yang berdekatan
dengan seting sesi kaunseling. Selain itu, tempat menjalankan sesi kaunseling
mestilah kemas supaya tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor.
2.3.5Suasana terapeutik
Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan seperti yang dinyatakan
tadi membolehkan serta memudahkan perbincangan, penghayatan perasaan
dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu, suasana terapeutik
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
9/29
Page
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
yang menyenangkan membolehkan ses ikaunseling berjalan dengan lebih lancar
lagi.
2.3.6Ruang untuk berkomunikasi
Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting bagi
menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan berkesan tanpa
gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah sensitif akan perkara-
perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang antara kaunselor
dengan klien. Antara perkara yang perlu dibincangkan termasuklah agama,
jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.Dalam
sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dan kaunselor harus dianggarkan
antara 1-1.5 meter supaya dapat menimbulkan rasa selesa dan klien berasabeliau diberikan perhatian yang baik. Bagi menentukan jarak yang sesuai, klien
perlu mengambil tempat dahulu seterusnya kaunselor akan membetulkan jarak
yang dirasakan selesa oleh kedua-dua pihak untuk berunding.
2.3.7Penampilan Diri
Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan keberkesanan
hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan
gembira dengan cara kaunselor berpakaian, ia akan menentukan kejayaan sesi
seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian mengikut norma-norma
tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu tumpuan klien adalah
seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata,
berpakaian terlalu selekeh atau badan berbau busuk.
2.3.8Ekspresi muka
Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti
mesej yang hendak disampaikan. Jadi, adalah penting bagi para kaunselor
mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Mimik
muka adalah hasil kombinasi daripada pandangan mata, kedutan dahi, muka
dan hidung serta riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Misalnya
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
10/29
Page0
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
mata merawang menunjukkan fikiran klien berkecamuk.Ekspresi muka yang
tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi kurang senang klien. Misalnya
mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini ditafsirkan
sebagai petanda persahabatan yang kurang baik.
2.3.9Kontak Mata
Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor menunjukkan
rangsangan positif seperti memberi tumpuan, menunjukkan minat dan tanda
hormat, menggalakkan perundingan serta menimbulkan rasa penerimaan, rasa
saling mempercayai, rasa keselesaan dan rasa kesungguhan. Kontak mata
bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi
menumpukan pandangan ke arah muka klien.
2.3.10Cara duduk dalam sesi kaunseling
Kedudukan dan pergerakan badan ini memberi nada dan makna dalam
hubungan kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita
terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk
condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala orang yang
bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke belakang
menjauhi kliennya. Oleh itu, kaunselor harus peka serta dapat membaca dan
melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya.Kaunselor yang baik akan
duduk condong sedikit ke hadapan menghadapi kliennya yang menandakan
beliau menerima dan bersedia untuk membantu. Kaunselor juga harus elakkan
daripada amalan berpeluk tubuh, goyang kaki dan menyeluk kocek.
2.3.11Pergerakan tangan dan kaki
Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan komunikasi
tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akanmenjadi halangan dalam
komunikasi antara kaunselor dengan klien. Contohnya klien kadangkala
melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
11/29
Page1
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
berhenti-henti. Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya
masing-masing.
2.3.12Nada suara
Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara
yang dirundingkan. Nada suara selalunya membawa emosi yang terkandung di
dalam sesuatu perkataan atau ayat. Contohnya perkataan sayang jika disebut
dengan nada yang lembut bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika sayang
yang disebut dengan nada yang keras, mungkin bererti marah. Jadi, kaunselor
dapat memahami klien dengan lebih tepat dengan mendengar nada suara
kerana ia akan memberi peluang kepada kaunselor untuk memahami emosi klien
seperti nada tegang, geram atau marah dan sebagainya.
2.3.13Senyuman
Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien
dan mereka akan lebih selesa bersama kaunselor di sesi kaunseling. Senyuman
juga harus diberikan mengikut kesesuaian, jika tidak klien akan silap memberi
interpretasi. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin
akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah, malu
dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk
memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.
2.1 Kemahiran Parafrasa
Kemahiran parafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi
dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam
bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa
ialah respons kaunselor mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Iajuga bertujuan memudahkan penerokaan ke atas klien. Membuat parafrasa
adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa
yang dikatakan oleh klien.Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal
hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula
kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
12/29
Page2
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Selain itu, parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada apa
yang dikatakan oleh klien. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat
mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar
kembali apa yang dirasa dan dikatakannya. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh
kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej
asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk perbincangan
sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk mengingatkan klien
bahawa beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi.
Contoh:
Satu klien: Saya tahu dia seorang yang baik. tapisaya belum bersedia untuk
menerimanyatetapi saya juga susah hendak menolaknya.
Kaunselor : Nampaknya, anda dalam dilema, belum bersedia menerima dia tapi
juga susah hendak menolaknya.
2.2 Kemahiran Membuat Interpretasi
Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan
oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas kepada klien supaya klien
berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu,
interpretasi digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud
tersirat dalam mesej klien. Andainya kaunselor membuat interpretasi yang salah,
ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan
itu. Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh merangsang
pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien. Tambahan pula,
kaunselor boleh menjelaskan perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut
fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru.
2.5.1 Mengintepretasi tingkah laku bukan lisan
Kemahiran ini dapat dilakukan dengan mengintepretasi tingkah laku
melibatkan anggota badan, nada suara, penampilan diri dan persekitaran.
Bahagian anggota klien bolehlah dintepretasi dengan melihat renungan mata,
gerakan kaki dan tangan, riak wajah serta cara duduk dalam sesi kaunseling.
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
13/29
Page3
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Selain itu, tingkah laku seperti kualiti suara, bahasa dan kelajuan suara
seseorang klien juga mambawa mesej yang tersirat. Jadi, kaunselor haruslah
pandai mentafsir bahasa badan klien untuk memastikan perasaan klien selaras
dengan bahasa badannya. Selain itu, kaunselor dapat membantu klien untuk
lebih memahami terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat (yang
tersirat ) dengan mudah. Kaunselor juga boleh menokok tambah pemahaman diri
klien supaya klien dapat mencapai perubahan yang diingini.
2.5.2 Kemahiran mengurus kesenyapan
Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi
kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada
menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkankesenyapan itu.Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa
kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya
diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang
tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang
mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia
terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.
Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang
terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita yang
diperbincangkan tadi. Secara ringkasnya, adalah penting bagi kaunselor untuk
membenarkan keadaan senyap ini setelah klien dan kaunselor telah melakukan
perkara penting. Klien perlu diberi masa untuk memikirkan sesuatu tanpa
sebarang gangguan. Tetapi apabila klien senyap terlalu lama, kaunselor
haruslah memfokus terhadap tumpuan perhatian klien dengan menyatakan
Adakah kamu mendapati susah untuk bercakap? . Sekiranya masih tidak
mendapat maklum balas daripada klien, kaunselor boleh menyatakan, Saya
berasa hairan mengapa kamu senyap. Kemudian kaunselor berkata, Mungkin
kamu tidak tahu apa yang harus kamu katakan atau Mungkin kamu cuba untuk
merangka apa yang akan diperkatakan kemudian. (Wolberg,1954).
2.3 Kemahiran memberi tindak balas
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
14/29
Page4
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
2.6.1Kemahiran Membuat Refleksi
Menurut Mohammad Aziz Shah et al. (2009), refleksi adalah bayangan
semula tentang perasaan terhadap isi percakapan klien, perasaan yang tersirat
dan idea-idea daripada pengalaman klien. Kaunselor akan menyebut semula apa
yang diperkatakan oleh klien dalam satu rangkaian yang pendek dan padat.
Dalam konteks kaunseling, refleksi dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu
refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman.
Refleksi Isi
Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang
disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan
menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi yang tepat
membolehkan klien berasa bahawa beliau didengari dengan betul dan difahami.Walau bagaimanapun, terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor.
Contohnya jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan
menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali.
Refleksi Perasaan
Kemahiran merefleksi perasaan ialah penyataan semula oleh kaunselor
tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor
melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien
mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh klien. Selain itu, ia juga
meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien dan akhir
sekali memberi ruang untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang
baik dan memberi kelegaan kepadanya.
Refleksi Pengalaman
Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri
tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Oleh itu
kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi perkara-perkara yang didengar
dengan mulut tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk, gerak geri, nada suara,
pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi
kaunseling dijalankan.
Mengikut Mok Soon Sang (2010), proses refleksi merangkumi enam
peringkat seperti yang diilustrasikan seperti rajah di bawah:
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
15/29
Page5
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Rajah1: Lingkaran Proses Refleksi
Proses refleksi tersebut bermula daripada kefahaman awal, diikuti dengan
peringkat-peringkat transformasi merancang tindakan, pelaksanaan, penilaian,
refleksi dan kefahaman baru. Dapatan kefahaman baru ini seterusnya menjadi
cetusan asas untuk transformasi baru dan tindakan-tindakan yang berikutnya,
hingga menjadi sesuatu bentuk lingaran bergelung secara terus-menerus, demi
meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kefahaman pendidikan
seseorang pendidik.
2.6.2Kemahiran Konfrontasi
Kemahiran konfrontasi adalah kemahiran melakukan percanggahan.Keadaan ini berlaku di antara kaunselor dan klien di mana kaunselor menghujah
klien dengan kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga
tingkah laku klien. Ia merupakan satu percubaan yang dibuat oleh kaunselor
supaya klien berpeluang memeriksa kesan daripada tingkahlakunya.
Oleh sebab kebanyakan orang lebih seka dipuji daripada dikonfrontasi,
terutama tentang perkara-perkara seperti tepat masa, kerja rumah dan tingkah
laku seseorang individu. Jika kaunselor menggunakan konfrontasi yang kurang
sesuai, hubungan baik yang telah dibina akan terjejas. Oleh itu, konfrontasi
hendaklah digunakan secara berhati-hati dengan memastikan bahawa
pendengar tidak akan menolaknya semata-mata, atau bertindak balas secara
mempertahankan diri.
Percanggahan wujud dalam dua bentuk iaitu percanggahan dalam tingkah
laku bukan lisan dan tingkah laku lisan.
Percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan
Percanggahan ini berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh klien
tidak selaras dengan pergerakan badannya. Contohnya bercakap tentang satu-
satu topik tetapinya dilihat dari segi tingkah laku bukan lisan terdapat gerakan
yang tidak sepadan.
Percanggahan dalam pernyataan lisan.
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
16/29
Page6
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Percanggahan dalam pernyataan lisan berlaku apabila dalam satu
kenyataan terdapat dua idea yang bercanggah. Percanggahan ini berlaku di
antara apa yang dikatakan pada satu masa dengan apa yang dikatakan pada
masa yang lain. Dengan cara menghujahnya itu, diharapkan klien merasai
bahawa dia rupanya selama ini tidak sekata dengan yang harus dibuat dengan
yang difikirkannya.
2.6.3Kemahiran Meminta Penjelasan
Kemahiran ini berlaku apabila kaunselor tidak jelas tentang sesuatu
perkara, kaunselor perlu meminta penjelasan dari kliennya. Kaunselor meminta
klien membuat penjelasan lanjut apabila merasakan ada unsur kekeliruan, samaada kekeliruan itu dari pihak sendiri atau dari pihak klien.
Tujuan kemahiran ini adalah untuk mendapatkan kepastian tentang
sesuatu maklumat yang kabur atau tidak jelas. Ia memudahkan kaunselor lebih
mamahami tentang pemikiran dan perasaan klien. Selain itu, menggalakkan klien
mengimbas kembali apa yang telah dicakapkan, menyatakan semula apa yang
telah dinyatakan berkaitan dengan sesuatu isu atau masalah. Misalnya, Saya
kurang jelas apa yang adik katakan,boleh adik jelaskan kepada saya dengan
lebih mendalam lagi?.
2.6.4Kemahiran Menyemak Persepsi
Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi kaunselor
tentang apa yang klien katakan. Tujuannya ialah menyemak ketepatan persepsi
kaunselor terhadap mesej klien. Kaunselor perlu meminta klien sama ada
bersetuju atau tidak tentang persepsinya atau sebarang bahagian yang perlu
dibetulkan oleh klien berkenaan.
Apabila kemahiran ini dilakukan, klien akan merasa beliau lebih difahami
dan dihargai.Ini dapat mengalakkan hubungan dibina dengan lebih mesra di
antara kaunselor dank lien. Garis panduan untuk membuat penyemakan
persepsi ialah membuat parafrasa apa yang kaunselor fikir kaunselor telah
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
17/29
Page7
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
dengar. Selain daripada itu, kaunselor juga meminta pengesahan klien secara
terus terang tentang ketepatan persepsi kaunselor terhadap apa yang telah
diperkatakan oleh klien. Dalam menyemak persepsi, kaunselor juga akan
membenarkan klien membetulkan persepsinya jika andaian kaunselor adalah
tidak tepat.
2.1 Kemahiran mengenal pasti masalah
Mengikut Kamus Zaba ( 2000 ),masalah ialah kerumitan, kesulitan yang
memerlukan jalan penyelesaian yang terancang. Oleh sebab klien mempunyai
masalah yang sukar diselesaikan olehnya, mengikut Mohammad Aziz Shah et al.
(2010),kaunselor perlu membantu klien melihat antecedent atau pelbagai
perkara yang mendahului masalah, mengenalpasti pelbagai kesan dan akibat
serta kemahiran, kekuatan dan sumber yang boleh digunakan untuk kliennya.
Terdapat dua orientasi yang kaunselor dapat mengenal pasti masalah kanak-
kanak iaitu orientasi pencegahan dan orientasi pemulihan.
Orientasi pencegahan merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk
mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti-aktiviti yang tidak
diingini, seperti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoral dan
sebagainya. Manakala orientasi pemulihan merujuk kepadah penggunaanpendekatan untuk membimbing murid menyelesaikan masalah akademik,
misalnya masalah penguasaan kemahiran asas bahasa, ataupun masalah sosial
seperti ponteng, hisap dadah, merosakkan harta benda, mengugut, mencuri,
membuli dan berbagai-bagai aktiviti antisosial.
2.2 Rumusan
Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah
tidak mudah kerana kaunselor harus memahami segala kemahiran yang
dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan
keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai
digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling. Selain
mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor yang berjaya
juga harus mempunyai personaliti yang baik.Ini kerana perhubungan kaunseling
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
18/29
Page8
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor. Kaunselor juga
harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada pandangan yang
negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor juga harus berkebolehan
memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami
proses mental dan emosiyang dialami oleh klien sambil memahami dan
menghayati permasalahan klien.
10 PENGGUNAAN KEMAHIRAN ASAS DALAM MENGENAL PASTI MASALAH
PELAJAR DI SEKOLAH RENDAH.
Sebagai seorang kaunselor yang berjaya, beliau bukan sahaja
mengetahui teori dan kemahiran asas kaunseling malah tahu mempraktikkannya
pada masa dan keadaan yang sesuai bagi membantu pelajar menghadapi
masalah. Jadi, satu skrip dialog sesi kaunseling yang berkenaan denganmasalah ponteng pelajar digunakan untuk menjelaskan kemahiran asas diguna
oleh guru kaunseling dalam mengenal pasti punca masalah ponteng pelajar.
Kes ini berlatarkan Asraf seorang pelajar Tahun 6 yang dirujuk oleh
Penolong Kanan HEM kepada guru bimbingan dan kaunseling. Asraf didapati
sering lewat ke sekolah dan telah mencapai rekod sebanyak 8 kali dalam masa
sebulan. Ayah Asraf seorang kakitangan awam yang telah bersara manakala
ibunya bekerja sebagai seorang penjaja. Asraf mempunyai 3 orang adik-beradik
yang kini masih sedang belajar di Tahun1,2, dan3 di sekolah yang sama. Berikut
adalah dialog semasa sesi kaunseling yang dikendalikan oleh guru bimbingan
dan kaunseling (GK) dengan Asraf (klien):
GK : Selamat pagi Asraf.
Klien : Selamat pagi cikgu.
GK : Asraf sudah bersarapan pagi tadi? (dengannada suara yang lembut)
Nada suara
Klien : Dah.
GK : Apa asraf makan pagi tadi? Siapa yang teman
Asraf makan sekali?
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
19/29
Page9
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Klien : Biskut dan susu aje...Ayah dan mak makan
sekali dengan saya ...adik-adik.
GK : Oh, makan dengan sekeluarga sekali ya! Saya
pasti ayah dan mak Asraf sayang pada kamu
dan adik-adik ye...(sambil senyum)
Ekspresi wajah
GK : Baiklah, Asraf, tahu tak kenapa Asraf bersama
dengan cikgu dalam bilik kaunseling pagi ni?
Klien : Entah... mungkin Cikgu Yusri yang rujuk saya
datang ke sini.
GK : Jadi, Asraf rasa Cikgu Yusri yang suruh anda
datang?
Parafrasa
Klien : Rasanya begitulah...
GK : Kenapa agaknya Cikgu Yusri yang suruh anda
datang berjumpa dengan cikgu?
Soal terbuka
Klien : Cikgu Yusri kata saya ni budak malas... tidak
ikut peraturan sekolah...
GK : Hm ...hm... Dorongan minima
Klien : Semua cikgu sekolah ini kata tak suka pada
saya...(sambil tunduk kepalanya) kawan-kawan
pula kata saya ni kurang ajar...budak liar...tak
tau nak katalah...macam-macam mereka kata...
(suara Asraf makin perlahan)
GK : Asraf (sambil sentuh tangan klien), itu yang
Cikgu Yusri kata dan kawan-kawan kata, tapi
apa kata Asraf sendiri?
Minta penjelasan
Klien : Entahlah...saya pun tak tau...
GK : Asraf, sebenarnya cikgu adalah nak bantu
Asraf. Asraf boleh berkongsi dengan saya apa
jua saja dan semua yang kita bincangkan
adalah rasiah antara kita dan tiada siapa pun
Penstrukturan
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
20/29
Page0
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
yang ketahui. Jangan risau ye! (sambil
mempamerkan senyuman di muka)
Klien : Ya...saya faham cikgu...tapi...tapi cikgu tak
akan fahamlah!
GK : Yalah Asraf, saya tak akan faham selagi Asraf
tak berkongsi dengan saya...niat cikgu nak
tolong tapi sebelum cikgu boleh tolong, Asraf
kena tolong diri sendiri.
Klien : Cikgu sebenarnya saya paling benci kawan-
kawan saya panggil saya anak liar!
GK : Jadi, kamu rasa paling benci bila semua kawan
panggil kamu budak liar ye!
Refleksi
pengalaman/
perasaan
Klien : Yalah! Mereka tu semua tak tau langsung apa
yang berlaku sebenarnya...
GK : Mereka tak faham kamu, habis? Parafasa
Klien : Saya sebenarnya terpaksa bantu mak jual nasi
lemak di depan rumah setiap pagi sebelum
datang ke sekolah...kadang-kadang kerana
ramai pelanggan datang sibuklah nak bantu
mak...bungkus nasi lemak, simpan duit...jadi
kadang-kadang lewatlah saya ke
sekolah...mereka tu pula kata macam tu kat
saya...geramlah!
GK : Nampaknya kamu kena tolong mak menjaja
setiap pagi dan kadang-kadang terpaksa lewatsampai ke sekolah dan Asraf rasa marah
kerana kawan-kawan tidak faham situasi
sebenar yang dihadapi oleh Asraf.
Refleksi isi/
perasaan/pengalaman
Klien : (diam dan angguk kepala beberapa kali dan
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
21/29
Page1
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
kemudiannya menangis)
GK : Asraf, kamu selamat di sini, sekiranya kamu
rasa menangis buat kamu selesa, teruskanlah,
cikgu bersamamu di sini...(sambil serahkan tisu
kepada Asraf)
Dorongan minima
GK : (selepas lebih kurang 3 minit) Asraf, sekarang
kamu rasa macam mana?
Klien : Legalah sikit...tapi masalah saya lewat ke
sekolah masih tak selesai..
GK : Jadi kamu rasa bimbang ye! Refleksi perasaan
Klien : Mmn..(sambil angguk kepala)
GK : Jangan bimbang, cikgu akan tolong kamu, tapi
bukan hari ini. Boleh kamu jumpa cikgu hari
Isnin ini pukul 10 pagi?
Soalan tertutup
Klien : Boleh cikgu.
GK : Pada sesi ini, kita telah berbincang tentang
masalah Asraf lewat ke sekolah dan kita telah
kenal pasti sebabnya Asraf datang lewat. Pada
sesi seterusnya, kita akan cuba cari
penyelesaian bersama.
Rumusan
GK : Baiklah Asraf, cikgu ucap terima kasih kerana
kamu sanggup percaya pada cikgu dan kongsi
cerita sama-sama.
Klien : Saya juga nak ucap terima kasih kepada cikgu
kerana sudi mendengar keluhan saya.
GK : Sama-sama. Jumpa lagi ya pada hari Isnin.
Seperti yang dinyatakan di atas, guru boleh menggunakan kemahiran
kaunseling seperti menstruktur, parafrasa, refleksi pengalaman, refleksi isi dan
refleksi pengalaman, kemahiran menyoal, meminta penjelasan, ekspresi wajah
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
22/29
Page2
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
dan dorongan minima serta merumus bagi mengenal pasti masalah Asraf yang
sering lewat ke sekolah dan sebabnya berlaku. Pada permulaannya, guru telah
melayan pelajar dengan mengucapkan selamat pagi. Kemudian, kaunselor
bertanya sapa dan megambil berat terhadap klien dengan ekspesi wajah, iaitu
senyuman yang menyenangkan klien dan membuat klien rasa dirinya diberi
perhatian serta dierima. Ekspresi wajah dan nada suara akan mempengaruhi
kelancaran sesi kaunseling kerana pandangan kali pertama amat penting buat
kedua-dua orang yang tidak berkenalan. Bahkan, ia juga menentukan kejayaan
sesi seterusnya.
Selain itu, kaunselor juga mengunakan kemahiran parafrasa dengan
memberi respon terhadap cerita klien supaya klien berasa kaunselor memberi
perhatian dan mentafsir maklumat dengan tepat. Hal ini akan membantu
melancarkan sesi kaunseling dan memudahkan kaunselor untuk berinteraksi
dengan klien bagi mengenal pasti masalah yag diadapinya. Semasa sesi,
kemahiran menyoal juga boleh diselitkan oleh kaunselor sama ada soalan
tertutup ataupun soalan terbuka. Melalui kemahiran soalan terbuka, klien dapat
mengeluarkan pandangan sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu, malah kaunselor
dapat memahami cerita klien secara mendalam mengenai apa yang dirasai klien.
Manakala soalan tertutup berupaya membantu kaunselor untuk mendapat
maklumat spesifik secara tepat dan cepat. Justeru, kemahiran ini penting bagi
kaunselor untuk mendapat maklumat berkaitan dengan klien.
Kemahiran dorongan minima lisan dan bukan lisan juga dipraktikkan oleh
kaunselor dalam sesi kaunseling bagi mengenal pasti masalah pelajar. Dorongan
minima sepserti perkataan hm... ataupun angguk kepala dan senyuman dapat
menggalakkan pelajar untuk bercerita dan sebagai ransangan positif kepada
klien bagi menjelaskan sesuatu perkara. Kemahiran menstruktur juga digunakan
pada peringkat awal sesi bagi menyakinkan klien bahawa segala perbincangan
mereka adalah rasiah di antara mereka dan tidak akan dihebohkan kepada
orang lain.
Di samping itu, kemahiran refleksi juga membantu dalam mengenal pasti
masalah pelajar. Mengikut contoh skrip di atas, kaunselor telah menggunakan
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
23/29
Page3
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
ketiga- tiga jenis refleksi dalam menyatakan semula idea yang disampaikan oleh
klien secara ringkas, menyatakan semula perasaan yang dinyatakan oleh klien
serta memerhati gerak-geri klien semasa sesi kaunseling supaya mendapat
mesej daripada bahasa badan mereka. Maka, kaunselor dapat bayangkan apa
yang ada dalam pemikiran klien dan perasaan serta emosi yang dialami oleh
klien melalui refleksi dari perspektif Klien.
Akhir sekali, kemahiran merumus juga digunakan pada akhir sesi
kaunseling untuk menyatakan isu apa yang telah dikenalpasti dan rancangan
aktiviti untuk sesi seterusnya. Klien akan jelas dengan isu yang dibincangkan
dalam sesi kaunseling dan mengelakkan distorsi.
20 PERBANDINGAN ANTARA TEORI-TEORI KAUNSELING4.1Pengenalan
Teori kaunseling merangkumi rangka kerja konseptual yang membolehkan
kaunselor berfikir secara sistematik terhadap perkembangan manusia, termasuk
amalan kaunseling mereka. Di samping itu, kaunselor perlu menentukan strategi
dan membuat keputusan berdasarkan teori kaunseling mengenai tingkah laku klien
dan cara bagaimana membimbingnya.
Pada amnya, pendekatan teoritikal dalam kaunseling boleh digolongkan
mengikut tiga mazhab, iaitu Teori Kaunseling Behaviorist, Teori Kaunseling Kognitif,
dan Teori Kaunseling Humanis. Rajah berikut menunjukkan ketiga-tiga kategori
pendekatan teoritikal dalam kaunseling pada masa kini.
Rajah2: Tiga mazhab pendekatan teorikal dalam kaunseling.
4.2Pelapor Teori
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
24/29
Page4
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
Terdapat tiga mazhab teori kaunseling iaitu teori kaunseling behaviorist,
teori kaunseling kognitif dan teori kaunseling humanis.
Bagi teori kaunseling behaviorist, Terapi Tingkah Laku yang melibatkan
pelapor daripada Watson, Pavlov, Thorndike dan Skinner. Manakala Terapi TingkahLaku Rational Emotif (REPT) berasaskan daripada Albert Ellis.
Bagi teori kaunseling kognitif pula, Sigmund Freud melapor Psikoanalitik.
Psikologi Individu diasaskan oleh Alfred Adler dan Frederick Perls melapor Terapi
Gestalt/ Eksperintial.
Bagi teori kaunseling humanis, Carl Rogers merasaskan Teori Permusatan
Insan.
4.3Prinsip-prinsip dan Konsep-konsep Penting
Bagi teori kaunseling behaviorist, Teori ini berfokuskan tingkah laku yang
bersifat objektif dan boleh diperhatikan sehingga mengenepikan aktiviti-aktiviti
mental seperti berfikir, menaakul dan sebagainya. Terapi Tingkah Laku melaporkan
pelaziman klasik dan pelaziman operan. Kedua-dua prinsip mempunyai konsep
yang utama iaitu pengukuhan, pengukuhan berjadual, shaping, penghapusan dan
modifikasi tingkah laku. Manakala Terapi Tingkah Laku Rational Emotif (REPT)
mengutamakan konsep manusia mempunyai dua proses pemikiran yang sihat dan
tak sihat. Pemikiran sihat merujuk kepada tingkah laku rasional manakala pemikiran
tak sihat merujuk kepada tingkah laku tidak rasional.
Bagi teori kaunseling kognitif pula, psikoanalitik memerihalkan bahawa
manusia mempunyai personaliti yang berlainan iaitu id, ego dan super ego. Id, Ego
dan Super-Ego merupakan tiga elemen penting yang mempengaruhi struktur
personaliti di dalam perkembangan diri manusia. Id, Ego dan Super-Ego
merupakan tiga elemen penting yang membentuk struktur personaliti manusia.
Ketiga-tiga elemen ini saling mempengaruhi antara satu sama lain hingga
memberikan impak terhadap perlakuan individu di dalam kehidupannya. Malah, Id,
Ego dan Super-Ego juga dilihat berperanan merungkai misteri di sebalik konflik
dan kecelaruan pembentukan personaliti dengan mengukur tahap elemen yang
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
25/29
Page5
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
menguasai diri seseorang. Pengukuran kepada elemen-elemen ini boleh
menyumbang kepada penentuan tanda aras kecenderungan manusia untuk
mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan atau kehaiwanan.
Adler memberi konsep psikologi individu ialah tingkah laku individu adalahdipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sosial, keluarga dan alam sekitar, kendiri yang
kreatif, dan manusia bergerak positif ke negatif dan sebaliknya.
Menuntut terapi gestalt/ eksperiential daripada Frederick Perls, individu
sebenarnya mengubah kehidupan peribadi mereka ke dalam arena di mana mereka
dapat memiliki lebih dari pengalaman yang mereka anggap paling penting iaitu pada
masa kini dan di sini, mereka dapat menimbulkan kesedaran apa yang sedang
dialami. Sokongan kendiri lebih daripada sokongan persekitaran untuk pupuk sifatberdikari. Salain daripada terapi gestalt , eksistential (kewujudan) / fenomenologi
adalah untuk mengenalpasti makna kehidupan bagi seseorang individu.
Carl Rogers menerangkan bahawa reaksi seseorang terhadap dunia
bergantung kepada persepsi dan pengalamannya. Fenomenologi indikator untuk
mefahami tingkah laku seseorang dan ia selaras (kongruen) dengan konsep kendiri.
4.4Pandangan terhadap manusia
Menurut Amir Awang, (1986), bagi terapi tingkahlaku, manusia adalah tidak
semata-mata ditentukan oleh persekitarannya, ataupun oleh-naluri-naluri tertentu,
malah ia juga mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan
persekitarannya, kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan
manusia. Manusia bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan
deterministik semata-mata malah mempunyai keupayaan untuk memperbaiki
kehidupan mereka dengan mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi
tingkahlaku.
REPT menerihalkan dua keadaan manusia iaitu rasional (sihat)- self
acceptance, merujuk kepada matlamat jelas, terima risiko, fleksibiliti, berani
mengambil risiko. Manakala tidak rasional ( tidak sihat)- self destructive merujuk
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
26/29
Page6
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
kepada mengulangi kesilapan yang sama, kurang daya toleransi, rasa terlalu
sempurna, penuh dengan putar belit serta alasan, menyalahkan diri sendiri.
4.5Matlamat
Terapi tingkah laku bermatlamat untuk menyediakan keadaan dan
persekitaran yang sesuai untuk menghapuskan tingkah laku yang maladaptive
(salah suai). Selain itu, ia juga mengajar klien untuk menguasai tingkah laku baru
yang sesuai bagi mengantikan tingkahlaku yang salah suai.
REPTjuga bermatlamat membantu klien memperkembang pemikiran rasional
dan logikal melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional
yang diwarisi masa dahulu adalah punca utama yang membawa masalah
psikologikal masa kini. Klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa
yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami.
Psikoanalitik bermatlamat menyelesai masalah konflik dalaman dan
menstruktur semula personaliti. Psikologi individu bertujuan untuk memimbing klien
hidup secara normal give and take dan kaunseling sebagai unsur pendidikan.
Terapi Gestalt/ Eksperiential dapat menimbulkan kesedaran mereka sendiri dan
pengetahuan tentang persekitaran serta tanggungjawab kendiri. Terapi Pemusatan
Insan membantu klien memerihal perasaan mereka, mengenalpasti dan membeza
perasaan yang timbul dan mengubah dan menerima perasaan.
4.6Teknik-Teknik
Bagi teori kaunseling behaviorist, apabila kaunselor menggunakan terapi
tingkah laku, beberapa perhatian perlu diambil kira seperti Pastikan maklumbalas
diberi dengan kerap dan berbentuk spesifik. Pelbagaikan pengukuhan positif yang
digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya.Gunakan pengukuhan
berjadual bagi mengekalkan berlakunya tingkah laku yang baik. Peka terhadap
konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak
diingini secara sistematik.
Di samping itu, REPT juga memerlukan beberapa teknik seperti
menghilangkan rasa malu (shame attacking), imageri rasional-emotif, membina
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
27/29
Page7
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
kenyataan bersungguh (forceful coping statement), dialog diri bertenaga (Forceful
self- dialogue), menggunakan aspek jenaka(humor), latihan dalam kelompok,
hubungan interpersonal dan main peranan (role-play).
Bagi kaunselor yang menggunakan psikoanalitik , mereka perlu mengaitkandengan bebas iaitu klien disuruh cerita apa saja, lama kelamaan segala konflik
dalaman akan timbul. Tranferens iaitu pemindahan perasaan klien terhadap orang-
orang penting kpd kaunselor. Interpretasi mimpi iaitu memberi makna kpd klien;
hubung kait dengan alam tak sedar.
Psikologi Individu pula, kaunselor perlu menganalisis gaya hidup klien
seperti meneroka kesan pengalaman ke atas personaliti, mengenalpasti kesilapan
atau tidak rasional dan memainkan permainan manipulative yang menentukan tahap
pengorbanan klien dan implikasi ke atas kehidupannya.
Terapi Gestalt/ Eksperiential, kaunselor harus sedarkan klien akan
tanggungjawab apa yang berlaku dan mengukuh konsep kendiri.
Terapi Pemusatan Insan, kaunselor cuba sedayaberifat kongruen, empati
terhadap situasi klien dan menerima klien tanpa sebarang syarat.
4.7Masalah/Isu
Setiap teori-teori kaunseling ini dapat menyelesaikan masalah atau isu
tertentu yang klien hadapi berdasarkan kesesuaian dan kelancaran proses
bimbingan dan kaunseling.
Terapi tingkah laku dapat menyelesaikan masalah sosial, masalah disiplin
dan masalah akademik serta kerjaya. REPT digunakan untuk bantuan masalah
neurotik dan masalah emosi. Psikoanalitik untuk masalah konflik dalaman.
Psikologi Individu untuk gaya hidup yang tidak sihat dan tidak sedar matlamat.
Terapi Gestalt / eksperiential untuk masalah konsep kendiri negative. Terapi
pemusatan insan konflik perasaan dalaman individu.
4.8Kekuatan
Terapi tingkah laku mudah difahami kerana ia memberi penekanan kepada
tingkah laku yang boleh diperhatikan serta memerihalkan beberapa peraturan
tingkah laku yang sejagat. Teknik-teknik seperti pengukuhan positif dan negative
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
28/29
Page8
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak
berkesan dalam rawatan kecelaruan manusia seperti autism dan tingkah laku anti-
sosial. Model ABC daripada REPT dapat menghuraikan sekuen peristiwa yang
membawa gangguan psikologi manusia.
Psikoanalitik dapat mengenal pasti kategori personaliti seseorang individuberdasarkan ciri-ciri personaliti. Psikologi individu mengenal pasti matlamat, sama
ada jangka pendek atau jangka panjang seseorang individu. Terapi Gestalt/
eksperiential membantu individu yang mempunyai konsep kendiri negatif terutama
kanak-kanak istimewa seperti autistik. Terapi pemusatan insan membantu
seseorang individu saling faham memahami untuk melahirkan persekitaran sosial
yang harmoni.
4.9Kelemahan
Terapi tingkah laku tidak boleh digunakan untuk menjelaskan kesemua
tingkah laku yang berlaku kerana teori ini mengenepikan kesemua aktiviti mental. Ia
tidak dapat menjelaskan sesetengah tingkah laku yang berlaku, misalnya apabila
kanak-kanak baru belajar menulis, teknik pengukuhan langsung tidak sesuai
digunakan.
Pencapaian matlamat terapi REPT hanya berjaya apabila klien benar-benar
memahami punca asas yang menimbulkan gangguan emosi ialah percayaan tak
rasional yang mereka warisi pada masa dahulu, dan harus berusaha mengikisnya
dengan gentian percayaan rasional atau logikal, sebaliknya, jika klien gagal
memahami kesemua ini, maka pencapaian maklamat terapi REPT gagal.
Psikoanalitik mengambil masa yang agak pangjang untuk menyelesaikan konflik
antara individu yang berlainan personaliti. Psikologi individu mengambil masa
yang pangjang untuk mencapai maklamat bagi kanak-kanak istimewa. Terapi
Gestalt/ eksperiential gagal mencapai maklamat jika klien tidak ingin mengingat
kembali pengalaman yang pahit. Terapi pemusatan insan berlaku konflik perasaan
dalaman individu yang serius jika diuruskan dengan baik terutama bagi budaya,
bangsa dan kepercayaan yang berbeza.
7/30/2019 80340479 Kemahiran Melayan Dan Mendengar
29/29
Page9
KKP EDU 3107- Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak