Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

66
Kolej Tunku Kurshiah Nama : AMAL SUFIAH AKMAL SHUKRI Tajuk : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

description

Kemahiran Hidup Bersepadu (Tingkatan 1, 2 & 3)

Transcript of Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Page 1: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Kolej Tunku Kurshiah

Nama : AMAL SUFIAH AKMAL SHUKRITajuk : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

ISI KANDUNGAN

Page 2: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Definisi 3 – 4

2 Faktor Reka Bentuk 5 – 9

3 Jenis Bahan 10 – 19

4 Jenis Pengikat 20 – 24

5 Alatan Tangan dan Mesin 25 – 39

6 Langkah dan Kaedah Reka Bentuk 40 – 56

2

Page 3: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

definisi

DEFINISI

Rekabentuk

3

Page 4: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk

Teknologi

Pengajian dan ilmu pengetahuan dalam usaha untuk mencipta produk

4

Page 5: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Faktor reka bentuk

5

Page 6: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

FAKTOR REKA BENTUK

6

10.MESRA ALAM

Page 7: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Fungsi (Ting. 1, 2)Mempunyai tujuan mengapa produk tersebut dihasilkan atau

dibina.

Mempunyai fungsi utama dan fungsi sampingan.

Produk yang dihasilkan mampu menyelesaikan masalah serta

memenuhi kehendak pengguna.

Rupa bentuk (Ting. 1, 2) Rupa bentuk sesuatu produk mestilah:-

-menarik-tepat-saiz yang sesuai-menarik perhatian pengguna-bentuk, warna serta tekstur yang sesuai

Kesesuaian bahan (Ting. 1, 2) Bahan yang digunakan mestilah:

-bersesuaian dengan prduk yang hendak dihasilkan-mudah didapati-sesuai dengan fungsi produk

Tidak melebihi kos yang diperuntukkan.

Kaedah pembinaan (Ting. 1, 2) Produk mestilah mudah dibina.

Proses pembinaan yang tidak rumit.

Kaedah pembinaan yang tepat dan sistematik.

Ketahanan (Ting. 1, 2) Produk mestilah dapat meyakinkan pengguna untuk

menggunakannya.

7

Page 8: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Produk mestilah tidak mudah patah dan pecah.

Ketahanan sesuatu produk bergantung kepada:

- jenis bahan yang digunakan-kekukuhan binaan

Kos (Ting. 1, 2) Kos pembinaan ynag berpatutan.

Harga jualan mestilah berpatutan dengan harga produk.

Harga produk ialah:

Kos bahan mentah + Kos upah + Kos overhed

Kemasan (Ting. 1, 2) Pilihan kemasan perlulah menarik.

Kemasan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan produk.

Keselamatan (Ting. 1, 2) Produk tidak mendatangkan kesan yang berbahaya kepada

pengguna.

Tidak tajam di bahagian bucu sesuatu produk.

Tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna.

Nilai Komersial (Ting. 1, 2) Produk yang mempunyai harga di pasaran.

Boleh dijual dan digunakan oleh pengguna.

Memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna.

8

Page 9: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Mesra alam (Ting. 2) Produk yang dihasilkan mestilah mesra pengguna dan mesra alam.

Tidak mendatangkan kesan berbahaya kepada alam sekitar yang mampu menjejaskan ekosistem sesuatu habitat mahupun komuniti.

9

Page 10: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Jenis bahan

10

Page 11: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

JENIS BAHAN

Ting. 1

Keras KAYU

Lembut

MDF

BAHAN

MOUNTING BOARD

Kalis Air

PAPAN LAPIS

Tidak Kalis Air

11

Page 12: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Kayu- Terdapat dua jenis kayu iaitu kayu keras dan kayu lembut.

- Kayu keras digunakan dalam pembinaan perabot.

- Contoh bagi kayu keras ialah cengal dan jati.

- Kayu lembut juga digunakan dalam pembinaan perabot serta pembinaan am.

- Contoh bagi kayu lembut ialah meranti dan nyatoh.

KELEBIHAN KEKURANGAN

Mudah digergaji, digerudi, dipaku dan diskru

Mudah disambung dan dicantum

Lasak Sesuai dengan beberapa jenis

bahan kemasan Lebih teguh Urat dan ira kayu cantik serta

mudah dikerjakan Digunakan untuk kerja

pembinaan Sesuai untuk membuat

permukaan lebar dan luas

Mudah mengecut dan meleding Bahagian hujung mudah retak dan

pecah apabila dipaku Mudah reput dan senang diserang

serangga perosak

12

Page 13: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

MDF

- Turut dikenali sebagai Medium Density Fibre Board (MDF)- Diperbuat daripada serat kayu lembut.- Disadur bahan kemasan berwarna mengikut corak ira kayu.- Digunakan dalam pembinaan perabot.

KELEBIHAN KEKURANGAN

Tahan haba Kemasan boleh dibuat seperti kayu

semula jadi Tidak retak apabila dipaku

hujungnya Tidak mudah bengkok dan tidak

meleding Permukaan lebar dan rata

Tidak kalis air Mudah lerai jika ada kecacatan

13

Page 14: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Mounting Board

- Sejenis kadbod daripada kertas.- Terdapat dalam pelbagai saiz, ketebalan dan warna.- Digunakan untuk hiasan, model barangan, kraftangan dan bingkai gambar.

KELEBIHAN KEKURANGAN

Mudah dibentuk dan dikerjakan Kelihatan menarik kerana tedapat

dalam pelbagai warna Ringan

Tidak kalis air Warna mudah luntur Daya kekuatan rendah

14

Page 15: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Papan Lapis- Papan lapis terdiri daripada beberapa lapisan kayu nipis atau Vernier.- Terdapat dua jenis papan lapis iaitu papan lapis kalis air dan papan lapis tidak

kalis air.- Digunakan untuk membuat perabot dan pembinaan am.

KELEBIHAN KEKURANGAN

Ringan dan mudah digunakan Lebar dan rata Tidak mudah mengecut dan meleding Bahagian hujung dan tepi tidak

mudah pecah apabila dipaku atau diskru

Lapisan kayu nippis mudah lekang apabila terkena air

Tidak sesuai digunakan di luar rumah dan bangunan

15

Page 16: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Ting. 2

Keluli Lembut(mild steel)

LOGAM

Aluminium

16

Page 17: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

BAHAN

Perspek

PLASTIK

Polyvinyl Chloride(PVC)

Keluli lembut (mild steel)- sejenis bahan logam ferus yang dibuat daripada campuran besi dan karbon

- mudah dibentuk dan dipotong

- terdapat dalam pelbagai bentuk dan ketebalan seperti kepingan, dawai, batang dan bentuk L

- sesuai digunakan untuk membuat skru, jeriji pintu dan sebagainya

KELEBIHAN KEKURANGAN

dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam

terdapat dalam pelbagai bentuk, tebal dan panjang

mudah berkarat jika tidak disapu cat licau

17

Page 18: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Aluminium - bahan logam bukan ferus yang diperoleh daripada bahan galian bauksit- ringan dan mudah dibentuk- pengalir elektrik dan haba yang baik- digunakan untuk menghasilkan barang perhiasan, peralatan rumah, kabel

elektrik dan bahan binaan- bahan logam ynag tahan karat

KELEBIHAN KEKURANGAN

ringan dan mudah dibentuk tahan karat mudah dipotong

tidak dapat dipateri menggunakan pemateri logam

Perspek - kepingan plastic keras

- terdapat dalam pelbagai war na dan ketebalan

18

Page 19: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

- digunakan untuk membuat bentuk model atau prototaip bagi sesuatu produk

- untuk membuat papan tanda dan plat kenderaan

- dipotong dengan menggunakan pisau pemotong perspek

KELEBIHAN KEKURANGAN

permukaan licin dan berkilat terdapat dalam pelbagai warna

yang menarik perspek lut sinar boleh diwarnakan

dengan menggunakan cat semburan

permukaan mudah tercalar keras dan mudah pecah semasa

pemotongan sukar dibentuk dan dibengkokkan memerlukan alat khas unutk

membentuk dan mencantum

Polyvinyl Chloride (PVC)- boleh didapati dalam bentuk paip- sejenis bahan yang ringan, tahan karat dan mudah dikendalikan- disambungkan dengan menggunakan simen pelarut atau glu PVC- digunakan untuk membuat paip air, perabot dan sebagainya

KELEBIHAN KEKURANGAN

tidak berkarat ringan dan mudah dikendalikan mudah disambung dengan

menggunakan soket dan simen pelarut

sejenis bahan yang tidak tahan panas

19

Page 20: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

20

Page 21: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

JENIS PENGIKAT

JENIS PENGIKAT

Ting. 1

PENGIKAT

PAKU GLU SKRU

Paku- Tukul kuku kambing dan tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku.

- Saiz paku ditentukan oleh panjang batangnya.

21

Page 22: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

- Memaku secara menyerong memberi cengkaman yang lebih kuat.

- Paku kepala rata diperbuat daripada keluli lembut dan digunakan untuk kerja-kerja am.

- Paku panel pula digunakan untuk membuat perabot.

Skru- Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau Loyang.

- Digunakan untuk mengikat bahan kayu dan logam serta memasang engsel.

- Dipasang dengan menggunakan pemutar skru rata atau pemutar skru Philips.

- Cengkaman skru adalah lebih kuat berbanding paku.

- Antara skru yang digunakan ialah skru kepala benam dan skru kepala bulat.

22

Page 23: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Glu- Pastikan permukaan bahan cantuman kering, bersih dan tidak berminyak

sebelum glu digunakan.

- Glu sentuh digunakan untuk mencantum dua bahan berlainan jenis seperti kayu dan logam.

- Glu PVA (Polyvinyl Acetate) digunakan untuk cantuman kayu serta mudah digunakan tetapi tidak kalis air.

Ting. 2

PENGIKAT

RIVET GLU PANAS

(hot-melt glue)

SKRU BENAM SENDIRI

23

Page 24: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

(self-tapping screw)

Rivet- sejenis bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih

kepingan logam pada rangka projek secara kekal

- diperbuat daripada bahan logam lembut seperti aluminium atau Loyang

- saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya

- digunakan bersama riveter

Glu panas (hot-melt glue)- bahan pengikat untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek

- didapati dalam bentuk batang

- terdapat dalam beberapa saiz

- digunakan bersama ‘hot-glue gun’

- ‘hot-glue gun’ menggunakan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas

24

Page 25: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Skru benam sendiri (self-tapping screw)

- bahan pengikat untuk mencantumkan kepingan pada rangka atau pemidang projek

- menghasilkan cantuman yang kuat

- cantuman boleh dibuka semula jika berlaku kesilapan semasa pemasangan

- saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya

- terdapat tiga jenis skru iaitu skru kepala bulat, skru kepala rata dan skru kepala timbul

25

Page 26: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

ALATAN TANGAN DAN MESIN

26

Page 27: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

ALATAN TANGAN DAN MESIN Alatan tangan

Ting. 1

Pita Pengukur- Digunakan untuk mengukur jarak.- Terdapat dalam unit mm, cm dan meter.- Saiznya terdiri daripada 3m – 6m.

Pembaris keluli- Digunakan untuk mengukur dan memindahkan jarak.- Terdapat dalam saiz 30 cm, 45 cm, 60 cm dan 100 cm.

27

Page 28: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Sesiku L- Digunakan untuk menguji ketepatan sudut 90 darjah, menguji kerataan

permukaan bahan dan membuat garisan bersudut tepat.- Saiznya ditentukan oleh panjang bilah.

Tolok penanda- Digunakan untuk menanda tebal dan lebar kayu.

28

Page 29: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Tolok serong- Digunakan untuk menanda dan memindah sudut bukan 90 darjah serta

digunakan untuk membina tanggam.

Gergaji puting- Digunakan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan membuat tanggam.- Jalur logam membantu untuk menguatkan bilah gergaji.

29

Page 30: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Gergaji lengkung halus- Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan yang nipis.

Gergaji tangan- Digunakan untuk mengerat dan membelah kayu.- Saiznya ditentukan mengikut panjang bilah dan bilangan giginya setiap

25mm.

30

Page 31: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Tukul kuku kambing- Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.- Saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya.

Tukul warrington- Digunakan untuk menukul paku kecil.- Bongkol tirus digunakan semasa mula memaku.- Saiznya ditentukan mengikut berat kepala.

31

Page 32: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Kikir parut- Digunakan untuk membentuk lengkung dan meratakan kayu.- Saiznya ditentukan mengikut panjang dan gred gigi.- Berus dawai digunakan untuk membersihkan alatan ini.

Gandin kayu- Digunakan untuk mengetuk pahat dan turut digunakan dalam pemasangan

tanggam.- Saiznya ditentukan mengikut saiz kepala.

32

Page 33: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Pahat tepi serong - Digunakan untuk memahat, meraut, meratakan tanggam serta

membersihkan bucu tanggam.- Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong.- Matanya diperbuat daripada keluli karbon tinggi.

Ting. 2

Pisau pemotong perspek- digunakan khas untuk memotong perspek

- kepingan perspek digarit berulang kali dengna menggunakan mata pemotong - dapat mengelakkan kepingan pecah di bahagian lain semasa ditekan

33

Page 34: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Gandin getah- digunakan untuk megetuk dan meratakan kepingan logam

- mengetuk kepingan logam dan membentuk keluli lembut yang nipis- digunakan untuk mengelakkan permukaan logam menjadi calar atau rosak- kepingan logam perlu dialas sebelum kerja-kerja mengetuk dan meratakan permukaan logam dijalankan bagi mengelakkan kepingan calar atau rosak

Stapler gun- digunakan untuk merekat kepingan papan lapis, MDF dan mounting board

- membolehkan cantuman dibuat dengan tepat dan cepat

34

Page 35: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Penebuk pusat- digunakan untuk menanda pusat lubang pada kepingan logam atau keluli lembut sebelum proses menebuk lubang dengan menggunakan gerudi dijalankan- lubang ditebuk untuk memasang rivet atau skru benam sendiri- digunakan bersama tukul kepala bulat- mata bersudut 60 dan 90 darjah

Riveter- merivet atau mencantumkan kepingan logam pada rangka atau pemidang keluli lembut.- logam disambungkan secara kekal- digunakan bersama rivet aluminium- muncungnya boleh ditukar bersesuaian dengan saiz rivet yang digunakan

Hot-glue gun

35

Page 36: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

- memanas dan mencairkan batang glu panas semasa kerja mencantum projek

- tuas penekan digunakan untuk mengeluarkan glu panas yang telah cair- bahagian projek yang hendak dicantum perlu dirapatkan hingga glu panas sejuk untuk mendapatkan cantuman yang sempurna

Mesin Mesin Gerudi Lantai – Ting. 1

- Digunakan untuk menggerudi kayu, logam nipis atau plastic

- Bahan kerja diapit pada ragum gerudi

- Mesin gerudi dipasang dan dibolt ke lantai

- Langkah menggerudi :-

Tandakan pusat pada bahan dengan penanda pusat Apit bahan pada ragum Pasang dan ketatkan mata gerudi serta tanggalkan kunci bindu Tekan tuas pemasuk untuk menurunkan bindu Hidupkan suis serta mula menggerudi Semasa menggerudi, naikkan bindu perlahan-lahan untuk membuang

serpihan bahan Matikan suis Keluarkan bahan dari ragum

36

Page 37: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Mesin Gerudi Mudah Alih (Cordless screwdriver) – Ting. 1 & 2

37

Page 38: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

- digunakan untuk memasang skru benam sendiri

- menggerudi lubang dengan memasang mata gerudi pada rahangnya

- mesin ini dipasang dengan mata pemutar skru mengikut bentuk kepala

atau alur pada skru yang digunakan

Mesin pelelas mudah alih (sander) – Ting. 2

38

Page 39: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

- digunakan dalam kerja kemasan

- meratakan dan melicinkan permukaan kayu

- membuang karat pada keluli lembut

- kertas las (kertas pasir) dipasang pada penyepit sander sebelum proses

merata dilakukan

Mesin gergaji jig – Ting. 2

39

Page 40: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

- digunakan untuk memotong lurus dan lengkung pada papan, papan

lapis, MDF dan kepingan plastik- terdapat pelbagai jenis mesin gergaji jig di pasaran dan kaedah

pengendaliannya juga berbeza- mata gergaji perlu mengikut jenis dan ketebalan bahan yang hendak

dipotong- mata besar untuk papan tebal dan mata kecil untuk papan nipis

40

Page 41: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

langkah dan kaedah reka bentuk

Pengenalpastian Masalah Pengenalpastian masalah merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau

produk sedia ada.

- Mengenal pasti masalah

41

Page 42: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Anda berkongsi bilik dengan adik anda. Setiap hari anda sering menghadapi masalah untuk mencari alat tulis dan barang yang dipinjam oleh adik anda kerana meja tulisnya selalu bersepah. Ibu anda telah membelikannya laci menyimpan barang kecil yang diperbuat daripada plastik. Adik anda mengadu bahawa barang yang disimpan dalam laci tersebut sukar untuk dicari apabila dia memerlukannya.

Mengenal pasti masalah merupakan adalah salah satu daripada langkah utama dalam proses reka cipta.

Contoh masalah:-

- Mengumpul maklumat dan data Maklumat dan data sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Data maklumat mengenai sesuatu masalah boleh diperoleh daripada katalog,

lembaran spesifikasi dan manual produk. Maklumat pula berkaitan dengan produk pasaran, reka bentuk dan sumber

teknologi. Tedapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dan data. Antaranya ialah:-

Pengalaman sendiri Pembacaan dan penyelidikan Soal selidik Melayari internet Lawatan Bimbingan guru

Pemerhatian

- Menganalisis maklumat Maklumat yang diperoleh perlu dianalisis bagi mendapatkan suatu rumusan. Maklumat yang relevan akan dikaji dari segi kekuatan dan kelemahan serta

dibuat perbandingan.

42

Page 43: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Keputusan yang dibuat perlu direkodkan. Keputusan untuk memilih masalah yang perlu diselesaikan bergantung kepada

keadaan, keutamaan, kesesuaian dan kepentingan.

- Menyenarai idea penyelesaian masalah Perbincangan dan sumbang saran merupakan langkah terbaik dalam

mendapatkan idea bagi penyelesaian masalah. Idea penyelesaian masalah boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti

peta minda, lakaran bebas, sumbang saran dan perbincangan kumpulan.

Pemilihan Idea Pemilihan idea ialah sebuah proses di mana kita perlu memilih salah satu

daripada pelbagai pilihan yang kita ada. Pemilihan idea sangat penting kerana idea tersebut perlulah mampu dibina dan

mempunyai ciri yang menarik minat pengguna.

- Menilai dan memilih idea yang paling sesuai Penelitian terhadap kelebihan dan kelemahan bagi setiap idea penyelesaian

masalah perlu dibuat bagi memastikan setiap aspek penting diketahui. Antara aspek yang perlu diketahui ialah:-

keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada pengetahuan dan kemahiran sedia ada bahan dan komponen yang sesuai, mudah didapati dengan kos rendah

dan tidak membebankan kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi

keperluan pengguna mesra alam

Perekaan Projek Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang

hendak dikeluarkan.

- Melakar beberapa reka bentuk projek Bentuk lakaran dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) Menggunakan kertas lukisan, kertas grid dan pensel HB Lakaran 3D- lakaran oblik atau isometrik

43

Page 44: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Pemilihan Reka Bentuk Pemilihan reka bentuk perlu dilakukan dengan teliti kerana hanya reka bentuk

yang menarik dan sesuai sahaja yang mampu menjadikan produk tersebut bersaing di pasaran.

- Menilai dan memilih konsep reka bentuk Lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria reka bentuk perlu dipilih bagi

menghasilkan projek.

- Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik Lakaran 2D- unjuran ortografik

Mendimensi (Membuat ukuran)

44

Page 45: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Perancangan Pembinaan Projek Perancangan pembinaan projek perlu dilakukan dengan sistematik selain dapat

menjimatkan bahan, masa dan kos.

- Bahan dan kesesuaiannya Bahan yang dipilih perlulah bersesuaian dengan ketahanan projek dan bernilai

komersial.

- Memilih alatan Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan

dilakukan.

- Membuat jadual kerja dan mengira kos pengeluaran Contoh jadual kerja:-

45

Page 46: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Contoh kos bahan projek:-

Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian Projek

46

Page 47: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti, menepati kehendak pengguna dan berfungsi dengan betul.

- Mengukur, menanda dan memotong Mengukur

Antara alatan tangan yang digunakan dalam proses ini ialah pembaris keluli, pita pengukur dan sesiku L

Sesiku L digunakan untuk menguji kerataan, kepersegiaan dan ketepatan

Menanda Menanda bahagian yang hendak digerudi, dipotong dan ingin dibuat

tanggam Antara alatan tangan yang digunakan dalam proses ini ialah pensel, sesiku

L, penggarit, pisau penanda, tolok penanda dan penebuk pusat

Memotong

47

Page 48: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Antara alatan tangan yang digunakan dalam proses ini ialah pisau pemotong perspek, gergaji tangan, gergaji puting dan gergaji besi

- Membina dan mencantum bahagian projek Membina

Membina dilakukan sebelum bahagian projek dipasang. Aktiviti membina adalah seperti melengkung, melipat dan membengkok.

Mencantum Kerja-kerja mencantum meliputi kerja-kerja membuat tanggam, mengglu,

memaku, memasang skru, merivet dan merekat Membuat tanggam – Membuat cantuman untuk menghasilkan struktur

produk. Terdapat beberaa jenis tanggam iaitu tanggam temu, tanggam lekap, tanggam parit terus, tanggam parit buntu, tanggam berpenetap dan tanggam rencong.

48

Page 49: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Mengglu – Mencantumkan bahagian projek seperti kayu, MDF, perspek dan mounting board. Proses ini menggunakan sama ada glu panas atau glu sentuh.

Memaku – Memaku serong sesuatu projek bagi memberikan cengkaman ynag lebih kuat. Menggunakan paku kepala rata dan paku panel.

49

Page 50: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Memasang skru – Menggunakan skru benam sendiri untuk mencantumkan logam seperti keluli lembut dan aluminium. Skru juga dipasang dengan menggunakan Cordless screwdriver.

Merivet – Mencantumkan bahan berasaskan kepingan logam dan keluli lembut. Rivet digunakan bersama riveter.

Merekat – Mencantumkan bahan projek berasaskan papan lapis, MDF dan mounting board pada rangka atau pemidang projek. Menggunakan stapler gun.

50

Page 51: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Terdapat beberapa bahan pemasangan seperti engsel, breket dan penyangkut. Engsel – Digunakan untuk memasang bahagian pintu atau penutup projek.

Rivet dan skru benam sendiri diperlukan bagi bahan pemasangan ini.

Breket – Memasang tetingkat atau para pada bahagian projek untuk menguatkan sambungan pada pepenjuru projek.

Penyangkut – Digunakan untuk menggantung projek pada dinding.

51

Page 52: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

- Memeriksa dan menguji sambungan dan pemasangan Pemeriksaan perlulah dilakukan terhadap setiap sambungan dan pemasangan

pada projek. Hal ini bertujuan supaya projek yang dibina kukuh dan berfungsi.

- Menguji dan menilai projek Projek yang dihasilkan hendaklah diuji untuk mengetahui sama ada ia boleh

berfungsi sepenuhnya atau tidak. Sekiranya pengubahsuaian diperlukan, ianya akan dilakukan pada peringkat ini. Tujuan penilaian adalah untuk mendapatkan hasil yang lenih berkualiti.

- Membuat kemasan Proses ini merupakan proses terakhir dalam penghasilan sesuatu projek. Proses ini penting kerana ianya akan menjadikan projek yang telah dihasilkan

menjadi cantik, selamat digunakan, tahan lebih lama serta mudah dibersihkan. Terdapat beberapa jenis bahan kemasan :

Cat licau – Menghasilkan permukaan yang licin dan berkilat serta kalis air. Sesuai digunakan sebagai kemasan luaran yang terdedah kepada hujan dan panas. Bahan pelarutnya ialah turpentin.

Cat sembur – Boleh didapati dalam pelbagai warna. Mudah digunakan dan cepat kering. Bahan pelarutnya ialah turpentin.

52

Page 53: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Syelek – Digunakan untuk melindungi dan mencantikkan projek. Syelek yang biasa digunakan ialah syelek jingga. Bahan pelarutnya ialah spirit metil.

Varnis – Varnis jernih ialah varnis yang sering digunakan. Varnis dapat memberi kemasan ynag berkilat. Sejenis bahan kemasan yang kalis air dan kalis haba. Bahan pelarutnya ialah thinner.

Tona kayu – Digunakan untuk mengemaskan permukaan kayu. Terdapat dalam beberapa jenis. Sejenis bahan kemasan yang kalis air dan haba. Memberikan hasil yang cantik dan berkilat. Bahan pelarutnya ialah turpentin.

53

Page 54: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Semburan lekar jernih – Memberikan kemasan kalis air dan kalis haba. Mudah digunakan dan cepat kering. Bahan pelarutnya ialah thinner.

Pelekat – Pelekat juga boleh digunakan sebagai bahan kemasan. Jika pelekat tidak disertakan dengan glu pelekat, glu sentuh atau glu PVA perlu disapukan pada kedua-dua permukaan kayu dan pelekat.

54

Page 55: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Terdapat beberapa jenis bahan dan alat kemasan:

Kertas las – Membersihkan, melicinkan dan menghilangkan tanda atau kesan calar pada permukaan kayu. Kertas las jenis kaca dan kertas las garnet digunakan untuk kayu. Kertas las wet dan dry (silicon carbide paper) digunakan untuk logam dan plastik. Kain las emery digunakan untuk permukaan logam.

Tepung penyumbat – Menutup liang pada ira kayu. Pelajar digalakkan menggunakan penyumbat sedia bansuh atau tepung penyumbat dicampur dengan air atau pewarna kayu. Menggunakan kain atau pengikis untuk membuang lebihan tepung penyumbat.

Berus cat – Digunakan untuk menyapu cat licau.

55

Page 56: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Berus syelek – Digunakan untuk menyapu syelek, lekar, varnis dan tona kayu.

Pengikis – Digunakan untuk menyumbat bancuhan tepung penyumbat. Selain itu, ia turut digunakan untuk mengikis lapisan karat pada keluli atau logam.

Pendokumentasian Setiap peringkat yang terdapat perlu didokumentasikan.

56

Page 57: Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta

Pendokumentasian dibuat dalam bentuk folio dan boleh dipersembahkan sama ada secara bertulis atau ditaip.

- Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibina Antara perkara yang diperlukan untuk pendokumentasian ialah:-

57

1) Tajuk projek atau nama produk Rak pelbagai guna

2) Latar belakang Pernyataan masalah : Meja yang masih bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai. Produk sedia ada : Produk yang ada tidak sesuai, kurang menarik dan penggunaan

terhad. Cadangan projek : Menyediakan satu rak pelbagai guna.

3) Objektif dan fungsi Menyimpan alat tulis dan cakera padat

4) Deskripsi produk Bahan dan komponen : menyenaraikan semua bahan dan komponen yang akan

digunakan untuk membuat produk dari segi jenis, kuantiti dan kos. Jadual kerja : merekodkan segala aktiviti yang dijalankan. Lukisan kerja : mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat dan maklumat yang

berkaitan dengan pembinaan. Pembinaan : -menyenaraikan langkah-langkah kerja dalam pembinaan projek.

- menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan dan penyambungan.- keputusan ujian perlu dilaporkan.

5) Rujukan atau bibliografi Menyenaraikan semua bahan rujukan yang digunakan dalam proses mereka cipta

6) Lampiran Mengandungi maklumat yang digunakan tetapi tidak dinyatakan dalam bahagian lain

seperti lakaran reka bentuk, model, katalog produk dan lain-lain.