i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: ELEMEN KEMAHIRAN EMPLOYABILITI DAN PEMILIHAN
PEKERJA DALAM INDUSTRI PEMBUATAN DI NEGERI JOHOR SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya SITI NUR ROHAZRIEN BINTI JUHARI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang
telah ditentukan oleh organisasi/badan dimana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PELAJAR) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:Encik Kamalularifin Subari No 314 Felda Keratong 4Nama Penyelia 26900 Bandar Tun Abd Razak Pahang Darul Makmur Tarikh: Tarikh:
√
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)”
Tandatangan : ..................................................
Nama Penyelia 1 : ..................................................
Tarikh : ...................................................
Tandatangan : ..................................................
Nama Penyelia 2 : ..................................................
Tarikh : ..................................................
i
ELEMEN KEMAHIRAN EMPLOYABILITI DAN PEMILIHAN
PEKERJA DALAM INDUSTRI PEMBUATAN DI NEGERI JOHOR
SITI NUR ROHAZRIEN BINTI JUHARI
Disertasi ini dikemukakan sebagai
memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik dan Vokasional)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUNE 2013
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ..............................
Nama Penulis : Siti Nur Rohazrien Binti Juhari
Tarikh : Jun 2013
iii
DEDIKASI
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan
Salam Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W”
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan KurniaanNya memanjangkan usiaku hingga
ke saat ini dalam menempuh ranjau dan duri pencarian ilmu demi kejayaan dunia dan
akhirat.
Ku titipkan ucapan ribuan terima kasih kepada kdua ibu dan bapaku Juhari bin Ali dan Rohaya Binti Husain
kerana tidak pernah jemu memberi sokongan dan membantu diri ini dalam menempuh setiap dugaan yang melanda
Teristimewa juga ucapan terima kasih kepada suamiku
Lokman bin Abdullah yang sentiasa berada disisi menyokong dan membantuku.
Tidak lupa untuk kedua puteri dan puteraku
Siti Nur Qisyriena Lokman dan Muhammad Iman Qasyrien Lokman yang sabar dengan kesibukkan mama dan kurang meluangkan masa untuk mereka
dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar.
Seterusnya buat penyelia yang disanjungi Encik Kamalularifin Subari
yang tidak pernah jemu membantudan memberi nasihat serta teguran kepada ku dalam menyiapkan tesis ini.
Tidak di lupakan teman seperjuangan yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan membantu di saat diri ini memerlukan pertolongan dalam menyiapkan tesis ini.
Terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua. Semoga kejayaan ini menjadi
milik kita semua, InsyaAllah.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya dapat saya
menyiapkan penyelidikan ini sebagaimana yang telah dirancangkan.
Setinggi penghargaan buat Encik Kamalularifin Subari selaku penyelia di atas
segala tunjuk ajar, sokongan, komen, teguran, pandangan, idea serta nasihat yang
membina yang telah diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.
Jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa, suami, anak dan semua ahli
keluarga yang banyak memberi sokongan, bantuan dan dorongan sepanjang proses
penyelidikan ini dijalankan.
Sekalung penghargaan kepada majikan-majikan industri pembuatan di Negeri
Johor yang sudi memberikan kerjasama sewaktu kajian ini dijalankan.
Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajiani ni.
Akhir kata semoga Allal melimpahkan rahmatNya kepada semua dan dengan
terhasilnya laporan ini di harap memberikan manfaat kepada semua pihak.
v
ABSTRAK Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti elemen–elemen kemahiran employabiliti dan mengkaji kriteria-kriteria pemilihan pekerja dalam industri pembuatan di Negeri Johor. Antara kemahiran employabiliti yang dikaji adalah kemahiran akademik asas (komunikasi dan berfikir), kemahiran pengurusan diri, kemahiran kerja berpasukan, kualiti personal dan kemahiran menggunakan teknologi. Manakala kriteria pemilihan pekerja yang dikaji dalam kajian ini adalah jantina, kelayakan akademik, pengalaman, ketrampilan diri dan personaliti.Kajian ini melibatkan seramai 97 majikan industri pembuatan. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Data kuantitatif di analisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Manakala data kualitatif dikumpulkan melalui temubual, di analisis berdasarkan tematik dan kod data. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua elemen kemahiran employabiliti yang dikaji penting pada anggapan majikan industri pembuatan. Tahap kepentingan setiap elemen kemahiran employabiliti mengikut kedudukan terpenting dan ke bawah adalah kemahiran akademik asas (komunikasi), kemahiran kerja berpasukan, kualiti personal, kemahiran akademik asas (berfikir), kemahiran pengurusan diri dan yang terakhir kemahiran menggunakan teknologi. Manakala kriteria pemilihan pekerja mengikut kedudukan terpenting dan kebawah adalah pengalaman, personaliti, ketrampilan diri,kelayakan akademik dan jantina. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan di antara jenis industri pembuatan dengan kriteria pemilihan pekerja.
vi
ABSTRACT
This study is to identify the elements of employability skills and study the criteria for selection of employees in the manufacturing industry in Johor. Some of employability skills were surveyed in this study is basic academic skills (communication and thinking), self-management skills, teamwork skills, personal qualities and skills use the technology. While the criteria for selection of employees surveyed in this study were gender, qualification, experience, self-competency andpersonality. This study involved 97 manufacturing employers. Data were collected using questionnaires and interviews. Quantitative data was analyzed using descriptive and inferential statistics. While the qualitative data collected through interviews, based on thematic analysis and code the data. The results showed that all of the elements employability skills are very important based on opinion and data from the manufacturing industry employers. The level importance of each element employability skills according most important to least important is the basic academic skills (communication), teamwork skills, personal qualities, basic academic skills (thinking), self-management skills and the final is skills use of technology. While the employee selection criteria according to the most important to least important are experience, personality, self-competency, qualifications and gender. The results also showed there is no difference between the types of manufacturing industries with employee selection criteria.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA
SURAT
TAJUK i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
DEDIKASI iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN
xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.6.1 Pelajar IPT 11
1.6.2 Pensyarah IPT 11
1.6.3 Institut Pengajian Tinggi 11
1.6.4 Pusat Pembangunan Kurikulum 11
1.6.5 Majikan Industri Pembuatan 12
1.7 Batasan dan Skop Kajian 12
viii
1.8 Kerangka Konsep Kajian 13
1.9 Definisi Terminologi 16
1.9.1 Kemahiran Employabiliti 16
1.9.2 Kemahiran Akademik 16
1.9.3 Kemahiran Pengurusan Diri 17
1.9.4 Kemahiran Kerja Berpasukan 17
1.9.5 Kemahiran Komunikasi 18
1.9.6 Kemahiran Berfikir 18
1.9.7 Kemahiran Kualiti Personal 19
1.9.8 Kemahiran Menggunakan Teknologi 19
1.9.9 Amalan Pemilihan Pekerja 20
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 21
2.2 Konsep kemahiran employabiliti dan
pengertian
21
2.3 Model kajian kemahiran employabiliti 24
2.3.1 Model HRD Practice McLagan 25
2.3.2 Model Kajian SCANS 25
2.3.3 Model Profil Rangka Kerja The
Conference Board of Canada
26
2.3.4 Model Mansfield dan Mitchel 27
2.3.5 Model Kajian De Leon dan Borchers 28
2.3.6 Model kajian Zirkle 28
2.4 Kemahiran employabiliti yang diperlukan
majikan
29
2.5 Kemahiran komunikasi 34
2.6 Kemahiran berfikir 35
2.7 Kemahiran pengurusan diri 37
2.8 Kemahiran kerja berpasukan 38
2.9 Kemahiran kualiti personal 39
2.10 Kemahiran menggunakan teknologi 41
2.11 Kajian lepas kemahiran employabiliti 41
ix
2.12 Amalan pemilihan pekerja 44
2.13 Industri pembuatan di Malaysia 46
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 48
3.2 Reka bentuk kajian 48
3.3 Populasi dan Sampel kajian 50
3.4 Instrumen kajian 50
3.4.1 Soal selidik 51
3.4.2 Temubual 53
3.4.3 Kesahan instrumen kajian 54
3.4.4 Kajian rintis 54
3.4.5 Kebolehpercayaan soal selidik 55
3.5 Kaedah pemarkatan 56
3.6 Prosedur pengumpulan data 56
3.6.1 Langkah pertama 57
3.6.2 Langkah kedua 57
3.6.3 Langkah ketiga 57
3.6.4 Langkah keempat 57
3.6.5 Langkah kelima 58
3.6.6 Langkah keenam 58
3.7 Analisis data 58
3.7.1 Analisis data untuk kaedah kuantitatif 58
3.7.2 Analisis data untuk kaedah kualitatif 60
3.9 Penutup 62
Bab 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 63
4.2 Soal selidik Bahagian A 64
4.2.1 Analisis demografi majikan 64
4.3 Soal selidik Bahagian B 65
4.3.1 Analisis persoalan kajian i 65
4.4 Soal Selidik Bahagian C 78
x
4.4.1 Analisis persoalan kajian ii 78
4.5 Analisis Persoalan Kajian iii 82
4.6 Analisis Temubual 83
4.6.1 Analisis persoalan kajian iv 84
4.6.2 Analisis persoalan kajian v 85
4.6 Rumusan keseluruhan dapatan kajian 86
4.7 Penutup 89
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 90
5.2 Rumusan kajian 91
5.3 Perbincangan 92
5.3.1 Elemen kemahiran employabiliti yang
dianggap penting oleh pihak majikan
industri pembuatan
92
5.3.2 Kriteria pemilihan pekerja oleh
majikan industri pembuatan
97
5.3.3 Perbezaan antara jenis industri
pembuatan dengan kriteria pemilihan
pekerja
99
5.3.4 Pengaruh jantina dalam pemilihan
pekerja di kalangan majikan industri
pembuatan
100
5.3.5 Pengaruh kelayakan akademik terhadap
pengalaman kerja
101
5.4 Cadangan kajian 102
5.4.1 Pelajar Institusi pengajian tinggi 102
5.4.2 Pusat Pembangunan Kurikulum 103
5.4.3 Majikan Industri pembuatan 103
5.5 Cadangan kajian lanjutan 104
5.6 Kesimpulan 105
xi
RUJUKAN 107
LAMPIRAN 118
xii
SENARAI JADUAL
No TAJUK M/S
2.1 Kemahiran-kemahiran yang diperlukan majikan
daripada perspektif majikan organisasi kecil dan
sederhana
29
2.2 Permintaan kemahiran employabiliti mengikut
industri
31
2.3 Kemahiran employabiliti dari perspektif majikan
menurut Cotton (2001)
31
2.4 Industri pembuatan berasaskan sumber dan bukan
berasaskan sumber
47
3.1 Pengkelasan item mengikut aspek kemahiran
employabiliti
52
3.2 Pekali Alpha Cronbach 55
3.3 Skala Lima Aras 56
3.4 Statistik Analisis item soal selidik 59
3.5 Analisis skor bagi setiap nilai min 60
4.1 Taburan responden mengikut jawatan 64
4.2 Taburan responden mengikut jenis industri 65
4.3 Deskriptif statistik kemahiran komunikasi 66
4.4 Deskriptif statistik kemahiran berfikir 67
4.5 Deskriptif statistik kemahiran pengurusan diri 71
4.6 Deskriptif statistik kemahiran kerja berpasukan 72
4.7 Deskriptif statistik kemahiran kualiti personal 74
4.8 Deskriptif statistik kemahiran menggunakan
teknologi
76
xiii
4.9 Deksriptif statistik kriteria pemilihan pekerja 78
4.10 Kenyataan kriteria-kriteria pemilihan pekerja di
industri pembuatan
81
4.11 Ujian t perbezaan jenis industri pembuatan dengan
kriteria pemilihan pekerja
82
4.12 Rumusan keseluruhan analisis persoalan kajian (i) 87
4.13 Rumusan dapatan kajian persoalan kajian (ii) 88
4.14 Rumusan dapatan kajian persoalan kajian (iii), (iv)
dan (v)
88
xiv
SENARAI RAJAH
No TAJUK M/S
1.1 Kerangka Konsep Kajian 15
2.1 Model Kemahiran Berfikir 36
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK M/S
LAMPIRAN 1 Surat pengesahan Status Pelajar 118
LAMPIRAN 2 Set Soal Selidik 119
LAMPIRAN 3 Pengesahan soal selidik 1 126
LAMPIRAN 4 Pengesahan soal selidik 2 127
LAMPIRAN 5 Transkrip temubual 128
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Negara dengan ekonomi yang berpendapatan tinggi hanya boleh direalisasikan
dengan kejayaan Program Transformasi Kerajaan dan juga Model Baru Ekonomi
negara yang mana ia berteraskan kepada pendapatan tinggi, keterangkuman dan juga
kemampanan (Muhyiddin Yasin,2012). Program transformasi ini menjadi harapan
baru negara dalam melahirkan tenaga kerja yang dapat memenuhi kehendak industri
tempatan iaitu sekurang-kurangnya 33% pekerja mahir menjelang tahun 2015, (Unit
Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan PEMANDU, 2011). Menurut PEMANDU
lagi, negara ini memerlukan 3.3 juta pekerja mahir menjelang tahun 2020.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Ahmad Nabil (2012) dalam
mempertahankan kadar produktiviti negara dan memenuhi kehendak industri yang
memerlukan kepada tenaga kerja yang mahir, berpendidikan dan berkualiti, negara
ini benar-benar bergantung kepada keupayaan generasi muda yang berkebolehan.
Oleh yang demikian, permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga kerja
mahir menjadi satu cabaran besar kepada dunia pendidikan negara ini (Ahmad Nabil,
2012). Justeru itu, kerajaan telah menjalankan Program Transformasi Pendidikan
dalam usaha memenuhi keperluan tenaga kerja di negara ini. Sistem pendidikan
negara menjadi tunjang utama dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran
dan berkebolehan dalam setiap bidang (Saedah & Norhayati, 2006).
2
Di samping melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan,
negara juga memerlukan tenaga kerja yang memenuhi ciri-ciri Modal Insan. Modal
insan adalah individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral
yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, kreatif, sihat,
berdaya saing, patriotik, adil dan progresif. Tenaga kerja yang memiliki ciri-ciri
inilah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan (Jabatan
Penerangan Malaysia, 2006). Ini kerana dengan memiliki ciri-ciri modal insan yang
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi merupakan salah satu faktor untuk
menjayakan program transfomasi ekonomi negara dan mencapai status negara maju
dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 (Muhammad Hazrul, 2012).
Menyedari keperluan negara yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja yang
memiliki ciri-ciri modal insan ini, kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan
bilangan enrolmen pelajar di semua institusi pendidikan tinggi. Jika dilihat statistik
kemasukan pelajar ke institusi pendidikan tinggi terus meningkat setiap tahun untuk
merealisasikan impian negara dan memenuhi keperluan dan kehendak negara.
Namun begitu, pertambahan bilangan graduan tidak akan memenuhi keperluan
negara jika graduan tersebut tidak dilengkapi dengan kemahiran semasa yang
diperlukan oleh pihak industri dan majikan dalam negara ini.
1.2 Latar belakang Masalah
Kepesatan pembangunan teknologi dan era globalisasi selalu diperkatakan
berkait rapat dengan permintaan pekerjaan dan juga keperluan tenaga kerja yang
tinggi. Perkara yang sama juga melanda negara ini di mana keperluan kepada tenaga
kerja mahir dan separa mahir semakin meningkat dari masa ke semasa. Oleh kerana
pertumbuhan ekonomi dan industri yang berkembang pesat, maka majikan mula memilih
dalam mencari pekerja (Fitrisehara, Ramlah dan Rahim, 2008).
Disebabkan majikan negara ini mulai memilih dalam mencari pekerja baru
maka kadar pengganguran negara ini semakin meningkat. Menurut Jabatan
3
Perangkaan Malaysia (2012), peratus penganggur di Malaysia kini meningkat kepada
3.1% dan kebanyakkan penganggur adalah merupakan graduan dan individu yang
mempunyai sijil dalam akademik. Isu pengangguran di kalangan graduan merupakan
isu utama dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara (Norhayati Baharin et al.
2012). Menurut Norhayati Baharin lagi, sekiranya negara mempunyai kadar
pengangguran yang tinggi itu bermakna negara mengalami masalah pembaziran
sumber tenaga dan dikatakan tidak mempunyai pertumbuhan ekonomi yang
mampan.
Kajian yang telah dijalankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara, MTEN
dalam Muhammad Hazrul (2012), menunjukkan beberapa faktor yang menyebabkan
berlakunya peningkatan kadar pengangguran di Malaysia. Antara faktor tersebut
adalah kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, ketidak sepadanan antara
keperluan industri dengan bidang pengajian serta lemah dalam aspek komunikasi
terutamanya kebolehan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Hasil dapatan
kajian Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (2003), juga menunjukkan
antara faktor yang menyebabkan berlakunya pengangguran dikalangan
graduannegara ini adalah disebabkan oleh kurangnya kemahiran berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris, tiada pengalaman kerja dan kurang kemahiran dalam
menggunakan teknologi maklumat (ICT). Jika dilihat dari dapatan kedua kajian ini
menunjukkan bahawa punca utama graduan negara ini menganggur adalah kerana
kurang dalam kemahiran komunikasi, tidak mempunyai pengalaman kerja dan tidak
mahir menggunakan teknologi.
Peratus pengangguran dikalangan siswazah ini akan terus meningkat jika
negara ini terus mengeluarkan tenaga kerja yang tidak dapat memenuhi kehendak
pasaran kerja, tenaga kerja yang tidak mahir bekerja dan tenaga kerja yang tidak
mempunyai kelayakan untuk membuat sesuatu jenis kerja yang sepatutnya mereka
lakukan (Mohd Nor Ghani, 1985). Hasil kajian tinjauan oleh National Association of
Manufacturers melaporkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara
kehendak majikan dengan kemahiran pekerja. Daripada kajian tersebut dapat dilihat
banyak permohonan kerja terpaksa ditolak kerana gagal dalam ujian membaca dan
menulis serta lemah dalam kemahiran Matematik. Dato’ Fong Chan Onn dalam Abd.
Rashid et al. (2006), menyatakan rakyat Malaysia masih lagi lemah dan kurang
4
kemahiran berkomunikasi, bersosial dan sebagainya walaupun mereka merupakan
lepasan institut pengajian tinggi.
Sejak dua abad yang lalu kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di tempat
kerja telah berubah (Yahya Buntat, 2004). Walaupun kemahiran teknikal masih
penting namun begitu majikan mula berpendapat terdapat kemahiran baru yang
membolehkan pekerja bekerja secara bijak dan tidak terbeban iaitu kemahiran bukan
teknikal atau kemahiran employabiliti (Murnane dan Levy, 1996). Fenomena pasaran
kerja masa kini juga menunjukkan kebanyakkan majikan pada masa kini tidak lagi
hanya mementingkan kompentensi akademik dalam pemilihan pekerja mereka malah
mereka mula meminta institusi pengajian tinggi mengeluarkan graduan yang
dilengkapi dengan kemahiran employabiliti (Ahmad Rizal et al. 2008). Nur Huda
Nizar (2006) pula menyatakan antara kehendak majikan sekarang dalam memilih
pekerja, mereka mengharapkan mendapat tenaga kerja yang serba lengkap untuk
memastikan apabila diambil bekerja, sasaran prestasi organisasi dapat dicapai.
Pendapat ini di sokong oleh Yahya Buntat dan Juliana Rahman (2006) dalam
kajian mereka, yang menyatakan majikan memerlukan pekerja yang mahir dan
berkebolehan dari pelbagai aspek untuk membantu meningkatkan kualiti kerja.
Menurut Sattar et al. (2009), kebanyakan majikan berpendapat kemahiran yang
diperlukan oleh seseorang individu untuk menjamin tempat di pasaran kerja selain
kemahiran teknikal adalah kemahiran employabiliti.
Kemahiran employability adalah kebolehan yang dipamerkan dalam bentuk
perlakuan dalaman dalam diri seseorang individu yang sama tahap kepentingannya
dengan kemahiran teknikal bagi melahirkan individu pekerja yang trampil dalam
bidang pekerjaannya (Yahya dan Rashid, 2001). Sattar et al.(2009) menyatakan
pihak majikan dalam sektor industri berpendapat aspek kemahiran employabiliti ini
adalah amat penting dan perlu dimiliki oleh graduan yang ingin memasuki pasaran
kerja bagi memastikan mereka benar-benar trampil dalam pekerjaan. Pernyataan ini
disokong dengan hasil dapatan kajian oleh Ramlee (2002) yang mana beliau
menyatakan kebanyakan majikan di negara ini memberi pandangan bahawa
5
kebanyakan graduan dan siswazah institusi pendidikan sekarang mempunyai
kemahiran teknikal yang bagus tapi kurang dalam kemahiran employabiliti.
Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skill’(SCANS) dalam Sattar
et al. (2009) telah mengenal pasti tujuh kompetensi utama kemahiran employabiliti
yang diperlukan dalam peringkat kemasukan awalpekerjaan iaitukemahiran asas,
kemahiran berfikir, kemahiran sumber, kemahiran informasional, kemahiran
interpersonal, kemahiran sistemdan teknologi serta kualiti personal. Manakala
Yahya dan Rashid (2001) dalam penulisannya telah merumuskan aspek kemahiran
employability berdasarkan model-model dan kajian terdahulu kepada tiga aspek
utama iaitu kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri dan juga kemahiran
berkumpulan.
Menurut Yahya dan Rashid (2001) lagi, para majikan hari ini mahukan para
belia yang mempunyai kemahiran akademik sebelum mereka menerima mereka
sebagai pekerja di syarikatnya. Kemahiran akademik ini merupakan kemahiran dan
kebolehan seseorang dari segi kemahiran tertentu iaitu kemahiran berhubung dan
kemahiran berfikir. Manakala kemahiran mengurus diri pula adalah kemahiran yang
menyentuh aspek-aspek sikap dan perlakuan yang positif, bertanggungjawab, serta
kemahiran membuat penyesuaian (Yahya dan Rashid, 2001). Seterusnya yang
terakhir adalah kemahiran berkumpulan yang mana ia merupakan kemahiran yang
menyentuh aspek-aspek berkaitan dengan kebolehan seseorang individu bekerja
dengan individu lain.
Antara elemen kualiti lain yang harus ada pada setiap graduan dan siswazah
adalah seperti berkeupayaan untuk berkomunikasi, berinisiatif dan fleksibel bagi
menghadapi cabaran masa hadapan yang dinamik dan mencabar (Yahya,2004).
Majikan pada masa kini juga memerlukan kemahiran motivasi diri, komunikasi,
interpersonal, pemikiran yang kritikal, penyelesaian masalah dan juga kemahiran
keusahawanan (Sattar et al., 2009).
Manakala menurut Jamal dalam Nur Huda Nizar (2006), graduan yang ingin
memasuki pasaran kerja haruslah mempunyai semangat, kemahiran yang tinggi serta
6
berbakat dalam bidang yang mereka ingin ceburi. Kajian yang telah dijalankan oleh
Handler dan Healy dalam Ahmad Nabil (2012), keatas industri di Amerika Syarikat
mendapati bahawa pekerja industri disana perlu mempunyai kemahiran bukan
teknikal iaitu kemahiran employabiliti yang tinggi sebagai kesepaduan dengan
kemahiran teknikal yang dimiliki. Handler dan Healy juga menyatakan kemahiran
employabiliti yang penting kepada pekerja industri di Amerika Syarikat ialah
mempunyai kebolehan membuat keputusan tanpa kebergantungan, bekerja secara
berkumpulan, mempunyai kebolehan berkomunikasi dan berhubung dengan baik. Di
samping itu, kebolehan berfikir secara cepat, tepat dan pantas juga antara kemahiran
yang perlu ada pada seseorang pekerja mahir di sektor industri Amerika Syarikat
(Handler dan Healy dalam Ahmad Nabil, 2012).
Bagi graduan teknikal dan vokasional pula menurut Brian L.Hawkins et. al
(2002) terdapat tiga aspek kemahiran yang diperlukan iaitu kemahiran teknikal
seperti pengetahuan tentang prinsip-prinsip kerja, kemahiran asas employabiliti
seperti penyelesaian masalah, kerja berpasukan, fleksibel dan kemahiran yang
terakhir adalah kemahiran spesifik yang di perlukan industri. Antara kemahiran lain
yang diperlukan graduan teknikal adalah memiliki kemahiran penyelesaian masalah
yang tinggi, pengurusan pelanggan, kemahiran kepimpinan dan penyeliaan serta
mempunyai semangat kerjasama dan mempunyai kemahiran komputer dan IT (Geoff
Mason,2004).
Majikan pada masa kini juga memerlukan pekerja teknikal yang memiliki
kemahiran seperti berfikiran kreatif, bersosial dan bekerjasama (Brown,2002).
Wisconsin Technical College System (2011) pula berpendapat, graduan teknikal
haruslah mempunyai kebolehan “on-the-job”, berfikiran kritikal dan kritis serta
mahir dalam penyelesaian masalah. Menurut Salah (2001), pengetahuan teknologi,
memahami kaedah, proses dan prosedur, pengetahuan tentang sesuatu projek,
pengetahuan tentang teknik dan alat serta kemahiran menggunakan komputer
amatlah diperlukan dalam diri graduan teknikal yang ingin memasuki alam
pekerjaan.
7
Kesimpulannya didapati bahawa kemahiran employabiliti memang penting
dalam melahirkan pekerja yang berketrampilan dalam bidang pekerjaan yang mereka
ceburi (Yahya Buntat, 2004). Kemahiran ‘employability” juga penting untuk pekerja
dalam meningkatkan kualiti kerja mereka serta menjamin tempat mereka di pasaran
kerja sekarang yang mana sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan perubahan
teknologi (Sattar et al, 2009).
Kemahiran–kemahiran yang telah diperkatakan di atas menjadi salah satu
faktor yang dilihat ketika proses pemilihan pekerja. Proses pemilihan pekerja dalam
sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan
pengurusan sumber manusia (Zafir dan Fazilah, 2007). Menurut Ishak Md Shah
(2002) dalam bukunya yang bertajuk “Pengenalan Psikologi Industri dan
Organisasi”, pemilihan pekerja yang tidak memenuhi keperluan pekerjaan, misalnya
tidak mempunyai kemahiran dan ciri-ciri yang dikehendaki akan mendatangkan
ketidak puasan kerja oleh pekerja dan akhirnya pekerjaan yang dijalankan secara
tidak berkesan. Pemilihan pekerja yang dirancang dan dibuat secara teliti dapat
mengenalpasti individu yang layak menjawat sesuatu jawatan dan mempunyai
komitmen yang tinggi terhadap kerja (Zuraida dalam Chek Mat, 2000).
Pengurusan sumber manusia merupakan nadi kepada sesuatu organisasi yang
mana ingin memastikan kelebihan kompetetif terus memihak kepada mereka (Mohd
Faizol dalam Zafir dan Fazilah, 2007). Menurut Mohd Faizol lagi, pengurusan
sumber manusia yang efektif menjadi satu mekanisme bagi membolehkan organisasi
menjamin keberkesanan operasi dan produk yang lebih berkualiti. Manakala menurut
kertas kerja Bahagian Pengurusan Teknikal Majlis Bandaraya Ipoh (MBI, 2012),
pengurusan sumber manusia yang tidak efektif boleh menyebabkan sesuatu
organisasi itu gagal, dan sekiranya pekerja yang diambil hanyalah seorang yang ala
kadar “mediocre” sahaja kebolehannya, kemungkinan dia hanya mampu
membuatkan sesuatu organisasi itu itu beroperasi ditahap optimum terutama didalam
pelaksanaan sasaran kerja.
Namun sekiranya pekerja yang diambil adalah yang terbaik, adalah tidak
mustahil pekerja itu mampu mengubah sesuatu organisasi yang gawat menjadi
8
sebuah organisasi yang cemerlang. Dalam erti kata lain, kepentingan sumber
manusia dalam sesebuah organisasi adalah kritikal kerana ia merupakan kunci
kepada tinggi atau rendahnya produktiviti dan keuntungan sesebuah organisasi (MBI,
2012). Disebabkan kesedaran inilah organisasi hari ini begitu teliti memilih pekerja
masing-masing.
Dalam mendapatkan pekerja yang berkualiti terdapat beberapa kriteria yang
dilihat oleh majikan. Menurut Zafir dan Fazilah (2007), salah satu kriteria yang amat
penting dalam pemilihan pekerja adalah pengalaman disamping faktor demografi
seperti jantina dan kelayakan akademik serta personaliti. Hasil kajian Nicholson dan
West, Rigg dalam Zafir dan Fazilah (2007) juga mendapati sesetengah industri
menggunakan faktor jantina dalam pemilihan pekerja mereka. Universiti Kebangsaan
Maynooth (2006) telah menggariskan beberapa faktor dalam proses pemilihan
pekerja iaitu berdasarkan kelayakan akademik, kemahiran yang dimiliki serta
pengalaman dalam bidang tertentu.
Manakala menurut East Sussex County Council (2006), amalan pemilihan
pekerja mereka adalah berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman yang sesuai
untuk jawatan, pengetahuan dan kemahiran, kualiti peribadi dan kemahiran khusus
yang diperlukan industri serta keperibadian yang lain yang menjadi kriteria tambahan
yang akan membantu seseorang melaksanakan peranan mereka.
Pekerja mahir negara maju dilihat dilengkapi dengan kemahiran yang baik,
namun begitu Malaysia selaku negara yang menuju ke arah negara maju 2020 masih
dilihat ketinggalan dalam melahirkan pekerja mahir yang baik dalam penguasaan
kemahiran employabiliti(Ahmad Nabil, 2012). Perkara ini menjadi salah satu
masalah dan cabaran dalam amalan pemilihan pekerja pada masa kini. Disebabkan
cabaran dan masalah inilah menyebabkan majikan semakin berhati-hati dalam
amalan pemilihan pekerja mereka (Zafir dan Fazilah, 2007).
9
1.3 Pernyataan Masalah
Memenuhi kehendak para majikan merupakan perkara yang perlu dititik
beratkan oleh setiap graduan yang mencari tempat dalam pasaran kerja. Pekerja yang
memenuhi kehendak akan memberi manfaat kepada majikan di mana ia dapat
menyelamatkan para majikan dari mengeluarkan kos untuk menyediakan latihan
untuk para pekerja baru mereka. Oleh demikian itu, kajian ilmiah atau kajian
mengenai kemahiran employabiliti yang diperlukan majikan pada masa kini harus
dilakukan dari masa ke semasa dalam memastikan kemahiran tersebut sentiasa selari
dengan perubahan teknologi masa kini.
Jika dilihat, kajian mengenai faktor atau kriteria pemilihan pekerja dalam
industri kurang dijalankan. Justeru itu, pengkaji ingin melakukan satu kajian untuk
mengkaji elemen-elemen kemahiran employabiliti yang diperlukan oleh majikan di
sektor industri pembuatan pada masa kini dan juga melihat kriteria atau faktor dalam
amalan pemilihan pekerja dalam industri pembuatan.
1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti elemen-elemen kemahiran
employabiliti, amalan pemilihan pekerja dan hubungannya mengikut perspektif
majikan industri pembuatan. Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti elemen-elemen kemahiran employabiliti yang dianggap
penting oleh pihak majikan industri pembuatan.
ii. Mengenal pasti amalan pemilihan pekerja oleh majikan industri
pembuatan.
iii. Meninjau perbezaan antara jenis industri pembuatan dengan kriteria
pemilihan pekerja.
iv. Mengenal pasti hubungan antara pemilihan pekerja dengan jantina
10
v. Mengenal pasti hubungan antara kelayakan akademik dengan
pengalaman bekerja
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, 5 persoalan kajian telah ditetapkan dan perlu
dijawab oleh kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah elemen-elemen kemahiran employabiliti yang dianggap penting
oleh pihak majikan industri pembuatan?
ii. Apakah kriteria pemilihan pekerja oleh majikan industri pembuatan?
iii. Adakah terdapat perbezaan antara jenis industri pembuatan dengan
kriteria pemilihan pekerja?
iv. Adakah jantina mempengaruhi pemilihan pekerja di kalangan majikan
industri pembuatan?
v. Adakah kelayakan akademik mempengaruhi pengalaman pekerja?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini harap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang
berkaitan seperti pelajar IPT, Pensyarah IPT dan majikan industri pembuatan. Antara
kepentingan kajian ini ialah:
11
1.6.1. Pelajar IPT
Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberikan maklumat-maklumat
berkenaandengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan di sektor industri
pembuatan. Maklumat yang diperolehi dari hasil kajian ini dapat membantu pelajar
IPTmeningkatkan potensi diri dan juga meningkatkan kemahiran yang diperlukan di
industri pada masa kini.
1.6.2 Pensyarah IPT
Dapatan kajian ini dapat digunakan oleh pensyarah IPT dalam merancang
proses pengajaran dan pembelajaran dan menerapkan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan industri pembuatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
1.6.3 Institusi Pendidikan Tinggi
Hasil kajian ini dapat digunakan semua institusi pendidikan tinggi untuk
merancang dan menyusun latihan serta program yang bersesuaian untuk pelajar
mereka dalam meningkatkan kualiti pembelajaran. Kualiti pembelajaran yang baik
akan meningkatkan kebolehpasaran pelajar IPT di pasaran kerja apabila mereka
tamat pembelajaran nanti.
12
1.6.4 Pusat Pembangunan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Tinggi
Maklumat dan hasil kajian ini diharapkan boleh memberi beberapa informasi
yang berguna dan seterusnya dapat digunakan bagi membolehkan penilaian dan
analisis terhadap modul dan kurikulum dapat dilakukan oleh pihak Pusat
Pembangunan Kurikulum atau Kementerian Pendidikan Tinggi. Penambahan
elemen-elemen kemahiran employabiliti ke dalam setiap modul dan kurikulum dapat
dilakukan. Selain itu, hasil kajian ini juga diharap dapat membolehkan berlakunya
penambahbaikkan terhadap kurikulum teknikal yang sedia ada dapat dipertingkatkan
supaya mengikut kehendak industri dan seterusnya melahirkan tenaga kerja yang
mempunyai setiap kemahiran yang dikehendaki majikan.
1.6.5 Majikan Industri Pembuatan
Hasil dapatan kajian ini diharap dapat memberikan faedah kepada majikan
industri pembuatan. Antara faedah yang dapat diperolehi majikan melalui dapatan
kajian ini adalah mereka akan memperoleh pekerja yang mempunyai semua elemen
kemahiran employabiliti yang diperlukan dan memenuhi setiap kriteria yang
diperlukan dalam pemilihan pekerja.
1.7 Batasan dan Skop Kajian
Terdapat beberapa batasan dan skop kajian yang mempermudahkan perjalanan
kajian ini. Antara batasan dan skop kajian adalah seperti berikut:
i. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan
responden dari pihak industri di sekitar negeri Johor.
13
ii. Kajian ini bertujuan hanyalah untukmengenalpasti elemen-elemen
kemahiran employabiliti yang diperlukan majikan industri pembuatan.
iii. Kajian ini mengkaji elemen-elemen kemahiran employabiliti yang
diperlukan majikan industri pembuatan berdasarkan persepsi pihak
industri.
iv. Kajian ini mengkaji amalan pemilihan pekerja di sektor industri
pembuatan berdasarkan persepsi pihak industri.
v. Kajian ini hanya mengkaji lima elemen kemahiran employabiliti iaitu
kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran pengurusan diri,
kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kualiti personal dan kemahiran
menggunakan teknologi.
vi. Kajian ini hanya mengkaji lima kriteria pemilihan pekerja iaitu jantina,
kelayakan akademik, pengalaman, ketrampilan dan personaliti.
1.8 Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konsep kajian telah di bentuk merujuk kepada beberapa model dan
teori mengenai kemahiran employabiliti untuk pekerjaan yang telah dihasilkan oleh
penyelidk terdahulu. Penyelidik telah menggabungkan beberapa teori dan model
yang berkaitan dengan kemahiran employabiliti yang diperlukan oleh bakal pekerja
yang akan memasuki industri.
Antara model kajian terdahulu yang berkaitan dengan kemahiran employabiliti
yang dikenal pasti penting dan diperlukan majikan industri secara amnya adalah
seperti model SCANS (1991). Model ini membahagikan kemahiran employabiliti
kepada dua bahagian utama iaitu kemahiran asas dan ketrampilan di tempat kerja.
Kemahiran asas merangkumi kemahiran komunikasi iaitu membaca, menulis,
14
mengira, mendengar, bercakap, kemahiran berfikir (berfikir secara kreatif, kdan
kualiti personal. Manakala ketrampilan di tempat kerja merangkumi kemahiran
mengenal pasti, mengurus, merancang, interpersonal atau kerja berpasukan,
kemahiran maklumat, kemahiran sistem dan kemahiran teknologi.
Azami et al. (2009) dalam kajiannya telah mengenalpasti kemahiran
employabiliti yang dikehendaki oleh majikan kejuruteraan di 4 buah negara iaitu
Hong Kong, Singapura, Jepun dan Malaysia. Terdapat 4 kemahiran employabiliti
yang telah dipersetujui oleh majikan industri dari keempat-empat negara tersebut. 4
kemahiran tersebut ialah kemahiran komunikasi, kemahiran penyelesaian masalah,
kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menggunakan teknologi.
Yahya dan Rashid (2001) dalam artikelnya mengenai kemahiran employabiliti
telah merumuskan kemahiran employabiliti kepada 3 aspek iaitu kemahiran
akademik asas, kemahiran mengurus diri dan kemahiran kerja berpasukan.
Kemahiran akademik asas merangkumi elemen-elemen kemahiran komunikasi
seperti bercakap, menulis, mendengar dan membaca. Ia juga merangkumi kemahiran
berfikir seperti penyelesaian masalah dan berfikiran kritikal. Kemahiran mengurus
diri pula merangkumi sikap dan pelakuan positif pekerja, sikap tanggungjawab pada
kerja dan juga fleksibel. Manakala bagi kemahiran kerja berpasukan ia merupakan
kemahiran seorang individu berhubung dan bekerja dengan individu lain.
Daripada ketiga-tiga kajian mengenai elemen kemahiran employabiliti ini,
penyelidik telah membuat satu kerangka konsep kajian untuk melihat elemen-elemen
kemahiran employabiliti dan kriteria pemilihan pekerja yang di perlukan pihak
majikan industri pembuatan. Kerangka konsep kajian ini melibatkan hubungan di
antara majikan, kemahiran employability danamalan pemilihan pekerja. Kerangka
konsep kajian yang dibentuk oleh pengkaji untuk merangka kesinambungan di antara
kesemua objektif utama kajian ini.
Berdasarkan Rajah 1.1, anak panah dua hala di antara elemen kemahiran
employabiliti dan kriteria pemilihan pekerja adalah untuk melihat hubungan di antara
2 perkara tersebut berdasarkan persepi majikan industri pembuatan. Terdapat 5
elemen besar kemahiran employabiliti yang akan dikaji oleh penyelidik dalam kajian
ini. 5 elemen kemahiran tersebut ialah kemahiran akademik asas, kemahiran
15
pengurusan diri, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kualiti personal dan
kemahiran menggunakan teknologi. Manakala untuk kriteria pemilihan pekerja
penyelidik mengkaji 5 kriteria iaitu jantina, kelayakan akademik, pengalaman,
ketrampilan dan personaliti. Lima kriteria ini adalah berdasarkan kajian Zafir dan
Fazilah (2007) serta kriteria yang telah ditetapkan oleh Universiti Kebangsaan
Maynooth (2006) dalam memilih pekerja baru.
Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian
Kemahiran employabiliti 1) Kemahiran Akademik Asas
- Kemahiran Komunikasi � Mendengar � Bertutur � Membaca � Menulis
- Kemahiran Berfikir � Pemikiran kritikal � Penyelesaian masalah � Analitik � Matematik � Belajar
2) Kemahiran Pengurusan Diri
- Sikap dan perlakuan positif - Bertanggungjawab - Menyesuaikan diri
3) Kemahiran Kerja Berpasukan
- Kemahiran bekerja dengan individu lain
4) Kemahiran kualiti personal
5) Kemahiran menggunakan teknologi SCANS (1991), Yahya Buntat (2004), Azami et al. (2009)
Amalan Pemilihan Pekerja - Jantina - Kelayakan Akademik - Pengalaman - Ketrampilan - Personaliti
Zafir dan Fazilah (2007), Universiti Kebangsaan Maynooth (2006)
Majikan industri
pembuatan
16
1.9 Definisi Terminologi Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah kajian yang digunakan. Bagi
memberi pengertian yang jelas dan bersesuaian dengan tujuan kajian ini terdapat
beberapa definisi terminologi penting yang terdapat dalam kajian ini adalah seperti
berikut:
1.9.1 Kemahiran employabiliti
Kemahiran employabiliti didefinisikan sebagai kemahiran yang meliputi
personaliti, interpersonal, sikap dan tingkah laku yang baik (Lankard, 1990).
The Conference Board of Canada (1996) mendefinisikan kemahiran
employabiliti sebagai satu istilah untuk menggambarkan kemahiran dan
kualiti individu yang dikehendaki majikan terhadap pekerja baru.
Untuk kajian ini kemahiran employabiliti didefinisikan sebagai kemahiran
yang selain dari kemahiran akademik dan kemahiran teknikal yang mana
diperlukan majikan industri pembuatan terhadap pekerja yang bakal bekerja
di industri pembuatan. Kemahiran employabiliti ini dibahagikan kepada lima
elemen besar iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran
pengurusan diri, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kualiti personal dan
kemahiran menggunakan teknologi.
1.9.2 Kemahiran akademik
Kemahiran akademik menurut Yahya Buntat (2004), merupakan kemahiran
dan kebolehan seseorang dari segi kemahiran tertentu seperti kemahiran
berhubung iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran
membaca. Menurut Yahya Buntat (2004) lagi kemahiran akademik juga
adalah merupakan kemahiran berfikir. Antara elemen kemahiran berfikir
17
adalah pemikiran kritikal, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran
analitik, kemahiran matematik dan kemahiran belajar.
Untuk kajian ini kemahiran akademik didefinisikan sebagai kemahiran yang
merangkumi kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir individu.
1.9.3 Kemahiran pengurusan diri
Kemahiran pengurusan diri menurut Yahya Buntat (2004) adalah kemahiran
yang menyentuh aspek-aspek sikap dan perlakuan yang positif seperti jujur,
ikhlas, belajar dari kesilapan yakin pada diri sendiri dan mengetahui nilai diri
sendiri. Antara lain kemahiran mengurus diri adalah bertanggungjawab serta
mahir membuat penyesuaian.
Kemahiran mengurus diri untuk kajian ini adalah merupakan kemahiran
pekerja dalam bersikap dan berkelakuan positif dalam kerja,
bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dengan setiap perubahan
yang berlaku.
1.9.4 Kemahiran kerja berpasukan
Kemahiran kerja berpasukan menurut Lussier dan Achua (2007) adalah satu
komitmen kepada matlamat yang sama di kalngan semua ahli pasukan.
Manakala menurut Musliha Salma (2012), kemahiran kerja berpasukan
adalah kebolehan individu berinteraksi dengan inidvidu yang lain dalam
menyelesaikan sesuatu kerja atau masalah.
Untuk kajian ini, kemahiran kerja berpasukan didefinisikan sebagai
kemahiran yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan kebolehan
seseorang individu bekerja dengan individu lain. Antara elemen di bawah
kemahiran kerja berpasukan ini adalah dapat membuat rundingan dengan
18
orang lain, menghormati pemikiran dan pendapat orang lain, bekerja dalam
satu pasukan, boleh bergaul dengan orang lain dan sentiasa memberi
kerjasama dan bersepadu.
1.9.5 Kemahiran Komunikasi
Kemahiran komunikasi adalah satu kemahiran untuk berinteraksi dengan
individu lain atau interaksi sosial melalui berita atau pesanan (Fiske, 1990).
Kemahiran komunikasi juga adalah satu cara pengongsian maklumat antara
seseorang dengan seseorang yang lain dalam meningkatkan kefahaman
tentang sesuatu perkara (Rogers, 1995).
Untuk kajian ini kemahiran komunikasi adalah merujuk kepada kemahiran
individu untuk berhubung dengan inidividu lain melalui percakapan,
penulisan, pendengaran dan juga pembacaan.
1.9.6 Kemahiran Berfikir
Menurut Meyer (1977), kemahiran berfikir adalah satu proses yang
melibatkan pengelolaan operasi mental yang tertentu yang mana ia berlaku
dalam minda atau sistem kognitif seseorang untuk tujuan menyelesaikan
sesuatu masalah. Kemahiran berfikir juga adalah pembentukan idea dan
pembentukan semula pengalaman serta penyusunan maklumat dalam bentuk
tertentu (Fraenkel, 1980).
Definisi kemahiran berfikir untuk kajian ini adalah kemahiran yang ada pada
seseorang pekerja yang dapat berfikir secara kritikal, dapat menyelesaikan
masalah, mempunyai kemahiran analitik, matematik dan kemahiran belajar
dari kesilapan.
19
1.9.7 Kemahiran kualiti personal
Menurut Knight dan Yorke (2002) kemahiran kualiti personal adalah
kesediaan individu untuk belajar dari kesilapan yang telah dilakukan,
kesedian untuk bertolak ansur dengan tekanan dalam mencapai kejayaan.
Kemahiran kualiti personal juga merupakan kemahiran sosial, keyakinan pada
diri sendiri, mempunyai sikap kerja yang baik, mampu bekerjasama dan kerja
berpasukan serta bertanggungjawab (Robinson, 2000).
Definisi kemahiran kualiti personal untuk kajian ini adalah kemahiran yang
merangkumi kemahiran pengurusan masa, kewangan, sumber,
profesionalisma, fleksibel dan mempunyai sikap positif dan sentiasa
bertenaga ketika bekerja.
1.9.8 Kemahiran Menggunakan Teknologi
Kemahiran menggunakan teknologi merupakan satu kemahiran yang ada
pada individu menggunakan teknologi maklumat untuk membantu dalam
komunikasi dan pengurusan sokongan serta perancangan fungsi (Clearly et al,
2007). Novient (2011) pula mendefinisikan kemahiran menggunakan
teknologi boleh ditakrifkan sebagai satu kebolehan individu untuk
mempelajari sesuatu perkara baru dan memperoleh pengetahuan tanpa
mengharapkan bantuan individu lain.
Untuk kajian ini kemahiran menggunakan teknologi didefinisikan sebagai
kemahiran yang ada pada individu untuk menggunakan semua aplikasi
teknologi baru dalam mendapatkan maklumat mengenai kerja mereka serta
mahir menggunakan perisian komputer dalam menyiapkan tugasan.
20
1.9.9 Amalan Pemilihan Pekerja
Scholarlos, Lockyer dan Johnson (2003) telah mentakrifkan amalan
pemilihan pekerja sebagai satu proses untuk mengumpul dan menilai
maklumat mengenai individu dalam proses menawarkan sesuatu pekerjaan.
Untuk kajian ini amalan pemilihan pekerja ditakrifkan sebagai kriteria yang
diambil kira oleh majikan dalam proses pemilihan pekerja baru.
Top Related