KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 1
Unit 7-1
7Unit
KONKRIT SIAP TUANG DAN TEKNOLOGI
OBJEKTIF AM
Memberikan pengetahuan asas tentang konkrit siap tuang dan teknologi pasang siap dari segi kaedah pembuatan, pengangkutan, pemasangan di tapak dan masalah-masalah yang timbul dalam pemasangan pasang siap.
OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :
Mentakrifkan konkrit siap tuang.
Menerangkan kaedah pembuatan, pengangkutan dan pemasangan konkrit siap tuang.
Menerangkan dua unit siap tuang.
Menerangkan masalah-masalah yang timbul dalam pemasangan pasang siap.
Menyatakan kebaikan dan keburukan teknologi pasang siap.
UNIT 7UNIT 7
INPUTINPUT
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 2
7.0 KONKRIT SIAP TUANG
7.1 Takrifan Konkrit Siap Tuang
Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau
yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa
ke tapak bina untuk terus dipasang.
Biasanya bahagian konkrit siap tuang di bawa ke tapak bina pada
peringkat-peringkat yang tertentu dan ia dibina dengan cepat tanpa
pemasangan acuan, keluli tetulang, pembancuhan dan pengangkutan
konkrit ke tapak bina. Kerja-kerja siap tuang dijalankan biasanya di
tempat-tempat yang bekalan bahan dan tenaga mahir mudah didapati.
7.2 Jenis-jenis Unit Siap Tuang
7.1.1 Unit Kemudahan
Unit siap tuang biasanya digunakan untuk membuat dinding
pembahagi dan pelapisan (cladding). Ianya digunakan kerana ia
ringan dan mudah diangkat. Untuk pembinaan pelapisan,
ketinggiannya adalah dari lantai ke lantai dan dipasang secara
terperinci dan berulangan.
Pemasangan unit kemudahan ini disokong pada satu aras untuk
memberikan satu gerakan terutamanya disebabkan oleh suhu dan
pengecutan serta gerakan oleh struktur tersebut. Gerakan struktur
dihasilkan oleh beban pada lantai dan pengenapan tapak asas.
7.1.2 Unit Struktur
Unit 7-2
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 3
Ianya terdiri daripada dinding alas beban, tiang rasuk, lantai dan
tangga. Pada keseluruhannya unit-unit struktur dibina untuk
memenuhi kehendak spesifikasi bangunan.
Struktur siap tuang direka dengan mengambilkira sambungan yang
kurang tegar antara struktur yang dibina dengan konkrit tuang di situ.
Setiap unit hendaklah direka sebagai tidak berterusan dan disambung
pada hujungnya. Bagi bangunan yang tinggi, ketegaran dapat dicapai
dengan ruang tengah yang mengandungi lift, tangga kecemasan,
tandas dan perkhidmatan bangunan.
Rajah 7.1 : Penyambungan tiang dan lantai bagi unit
struktur
konkrit siap tuang
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
7.3 Kaedah Pembuatan
Unit 7-3
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 4
Kaedah papak angkat merupakan salah satu sistem pembinaan yang
semakin popular. Kegunaannya merangkumi pembinaan bangunan-
bangunan pejabat, hotel, tempat letak kenderaan dan struktur-
struktur yang bentuk kerangkanya adalah serupa antara satu tingkat
dengan tingkat-tingkat yang lain.
Melalui kaedah sistem papak angkat ini, keseluruhan papak lantai
dan bumbung dibina dari aras tanah secara lapisan demi lapisan.
Acuan hanya dipasang pada bahagian tepi papak dan pada
pembukaan lantai yang akan memuatkan struktur tiang.
Sebelum kerja-kerja pengkonkritan dilakukan, tetulang-tetulang keluli
direntangkan pada seluruh bahagian papak mengikut kekuatan reka
bentuk yang diperlukan. Relang khas dipasangkan pada bahagian-
bahagian papak yang menempatkan pembukaan dengan tujuan
untuk menyediakan kemudahan kerja, semasa mengangkat papak-
papak dari aras tanah ke aras yang diperlukan.
7.4 Kaedah Pengangkutan Unit Siap Tuang
8.3.1 Pengangkutan Jalan Raya
8.3.2 Pengangkutan Keretapi
8.3.3 Sistem Pengangkutan Air
7.3.1 Pengangkutan Jalan Raya
Biasanya unit siap tuang diangkut dengan kenderaan khas seperti ‘low
loader’, ‘treler’, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan
penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk memastikan unit ini
tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-
kerja pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah
sendeng.
Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan tegasan
tegangan berkembang dan balak akan mengalami kegagalan. Segala
Unit 7-4
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 5
kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa dalam
perjalanan.
7.3.2.Pengangkutan Keretapi
Penggunaan keretapi akan menjadi lebih ekonomi terutama bagi jarak
penghantaran yang jauh sekiranya kerja pengangkutan anggota siap
tuang berhampiran dengan kemudahan keretapi. Ianya akan menjadi
lebih ekonomi lagi jika pengelolaan dapat dijalankan dengan
perancangan yang teliti.
Apabila jangka masa penghantaran unit struktur tersebut ditetapkan,
maka jentera pengangkutan disediakan lengkap dengan tenaga
pekerja yang mahir. Sistem pengangkutan ini sesuai apabila unit-unit
kecil digunakan dan adalah lebih ekonomi lagi.
7.3.3 Sistem Pengangkutan Air
Ia selalunya digunakan untuk struktur yang berhampiran terus dengan
air. Contohnya pembinaan jeti, empangan dan lain-lain lagi. Untuk
mengelakkan kecacatan, maka unit tersebut disusun dengan baik
supaya tidak bergerak atau bergetar semasa proses pengangkutan
dijalankan.
7.4 Kaedah-kaedah Pemasangan di Tapak
Pemasangan struktur siap tuang memerlukan tenaga mahir yang
mampu untuk memasang pada rekabentuk yang ada. Pemasangan
yang terdapat pada struktur dikehendaki dalam masa yang singkat
dan keadaan yang selamat.
Unit 7-5
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 6
Semasa pemasangan, semua ahli binaan perlu berada di tapak binaan
sama ada pereka bentuk, pembuat dan pembina untuk menentukan
kerja-kerja pemasangan dapat berjalan dengan lancar.
Lakaran tapak, lukisan awalan dan lukisan terperinci pada
pemasangan perlu ada pada tapak. Pemilihan jentera dan peralatan
diambilkira ketika pemasangan dilakukan.
Penggunaan jentera hidraulik dan pembinaan kren perlu dilakukan
secara teliti supaya ia mesti mengikut rekabentuk yang ditetapkan.
Cara pembinaan yang dilakukan ialah dengan menentukan segala ahli
struktur dan unit kemudahan tidak terdedah kepada beban angin,
beban tekanan dan juga beban gerak yang ada.
Sistem cegahan / tahan air hendaklah direka dan dipasang dengan
trolak keselamatan. Gasket digunakan untuk mengadakan penahanan
bahan terhadp sambungan tersebut.
Gambar 7.1 : Kerja-kerja Pembuatan Konkrit Siap Tuang dan Teknologi Pasang Siap
Sebelum Peletakan Konkrit
Unit 7-6
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 7
Selepas Peletakan Konkrit
Kaedah Penyimpanan Panel
1. Column Erection 2 . Grouting in sleeve
joint
3. Erection of beam
4. Setting Pca slab 5. Placing joint structure 6. Completion of structure
7.5 Kaedah Teknologi Pasang Siap
Teknologi pasang siap ialah satu sistem pembinaan yang melibatkan
pembentukan komponen-komponen struktur tertentu di kilang-kilang
pembuat dan di bawa ke tapak untuk dipasangkan bagi membentuk
sebuah struktur lengkap. Komponen-komponen struktur biasanya siap
dibina di kilang-kilang kebiasaannya terdiri daripada dinding, lantai,
pintu, tingkap, tangga, tiang, rasuk dan lain-lain lagi.
Unit 7-7
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 8
Ciri-ciri Utama Teknologi Pasang Siap
a) Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana
sebahagian besar komponen-komponen tersebut telah siap
dibina di kilang-kilang pembuat. Oleh itu kerja dapat disiapkan
dengan lebih cepat.
b) Sistem pasang siap dapat memberikan berbagai-bagai pilihan
terhadap kaedah pembinaan. Tujuan rekabentuk ialah untuk
mengurangkan penggunaan acuan dan peranca dalam
pembinaan rasuk jambatan di mana rasuk tersebut diapungkan
untuk merentangi sungai sebelum dipasangkan ke tambatan.
c) Untuk pembinaan dinding sel, sistem ini dapat memberikan
berbagai-bagai jenis papak / lantai yang mempunyai kualiti yang
tinggi lagi homogen. Dua sistem dinding panel yang lazim
digunakan ialah sistem panel satu arah yang mempunyai
rentang yang panjang dan sistem panel dua arah yang
berbentuk segi empat sama dan ini dapat mewujudkan
kestabilan ortogon.
d) Bagi sistem kerangka mudah, tiang dan rasuk pratuang
digunakan bersama-sama dengan komponen-komponen konkrit
pratuang yang lain seperti papak lantai, tangga dan panel
pelapisan.
e) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan
diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang diperbuat
daripada agregat halus.
Rajah 7.2 : Pemasangan dinding panel di bangunan bertingkat
Unit 7-8
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 9
Rajah 7.3 : Dinding panel dua arah yang sedang disangga.
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
f) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan
diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang
diperbuat daripada agregat halus. Rajah di bawah menunjukkan
contoh sistem pasang siap yang menggunakan tiang dan rasuk
pratuang manakala di bahagian lantainya pula dipasang
dengan lantai konkrit pratuang.
Rajah 7.4 : Sistem kerangka menggunakan tiang, rasuk dan lantai
pratuang dan sambungan antara tiang dan rasuk bumi
Unit 7-9
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 10
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
g) Sistem kekotak lebih berbentuk sebuah unit yang lengkap. Ia
dibentuk daripada panel rasuk yang dibuat di kilang ataupun
daripada unit-unit kompleks yang sudah dilengkapi dengan
berbabgai-bagai pemasangan seperti saluran paip, pendawaian
elektrik dan sebagainya.
Rajah 7.5 : Sistem kekotak yang lengkap dengan berbagai-bagai
kemudahan
Unit 7-10
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 11
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
h) Di dalam sistem pasang siap ini, masalah penyambungan
merupakan kelemahan utama.
Di antaranya ialah:
i) Sebarang jenis sambungan mestilah mengambilkira
keperluan rekabentuk seperti daya ricih, momen lentur,
pengembangan dan kekecutan bahan, daya angkat naik
dan kestabilan sisi struktur binaan.
ii) Sistem ini memerlukan berbagai-bagai kemudahan
jentera pengangkut seperti kren bergerak, kren gantri
atau kren menara dan sistem perancangan serta
pengawalan kerja yang baik untuk memastikan kerja -
kerja berjalan dengan lancar.
Unit 7-11
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 12
iii) Untuk memudahkan pembinaan setiap komponen dalam
satu unit, disertakan nombor-nombor supaya
pemasangan komponen-komponen ini dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah.
Rajah 7.6: Contoh susunan kekotak dalam pembinaan
Unit 7-12
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 13
Sumber : Nota Panduan Politeknik Malaysia (Teknologi Konkrit)
7.6 Kebaikan Teknologi Pasang Siap
a) Segala kerja bancuhan, penempatan dan pengawetan konkrit
dapat dijalankan di bawah darjah kawalan kilang yang terdapat
di kilang-kilang. Ini dapat menghasilkan unit-unit yang tepat
dan seragam.
b) Segala rekabentuk yang diulangi akan mengurangkan kos
perbelanjaan. Oleh itu acuan yang digunakan hendaklah dibuat
dengan teliti dan memenuhi kualiti yang diperlukan.
c) Rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai untuk semua
keadaan iklim iaitu sama musim sejuk, hujan dan panas.
d) Rangka yang dipasang menggunakan tenaga pekerja yang
mahir atau separuh mahir. Oleh itu kadar modal pusingan
tenaga buruh mudah didapati dengan memberikan latihan
dalam masa yang singkat.
Unit 7-13
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 14
7.7 Keburukan Teknologi Pasang Siap
a) Sistem bangunan tidak mudah diubah dari segi konsep
rekabentuk di mana terlalu luas pemilihan sistem yang ada dan
rekabentuk dibuat tanpa banyak perubahan dari segi konsep
utama.
b) Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalan
yang rapi dan kerja memunggah dapat dijalankan dengan
mudah.
c) Jentera pengangkat perlu didirikan di tapak bina untuk
menentukan kedudukan struktur binaan dapat dielakkan pada
tempat yang sebenarnya.
d) Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalah
yang mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca,
pengaratan dan cara pembinaannya.
Unit 7-14
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 15
AKTIVITI 7A
7.1 Nyatakan takrifan konkrit siap tuang.
7.2 Terdapat tiga kaedah pengangkutan di dalam unit siap tuang.
Terangkan TIGA kaedah tersebut.
7.3 Berikan LIMA ciri-ciri utama pasang siap.
7.4 Senaraikan kebaikan dan keburukan teknologi pasang siap.
Unit 7-15
Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut....Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur......
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
Untuk menguji kefahaman anda, sila buat aktiviti berikut....Jika anda tidak berpuashati dengan jawapan anda, sila buat ulangkaji pada input yang anda rasa masih kabur......
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 16
MAKLUMBALAS 7A
7.1 Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau
yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa
ke tapak bina untuk terus dipasang.
7.2 TIGA kaedah pengangkutan tersebut ialah:
a) Pengangkutan Jalan Raya
b) Pengangkutan Keretapi
c) Sistem Pengangkutan Air
a) Pengangkutan Jalan Raya
Biasanya unit siap tuang diangkut dengan kenderaan khas seperti ‘low
loader’, ‘treler’, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini dikenakan
penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk memastikan unit ini
Unit 7-16
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 17
tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu diambil sewaktu kerja-
kerja pengangkutan balak dijalankan kerana kedudukan adalah
sendeng. Tarikan graviti oleh berat struktur akan menyebabkan
tegasan tegangan berkembang dan balak akan mengalami kegagalan.
Segala kelengkapan pengangkutan hendaklah diperiksa semasa dalam
perjalanan.
b. Pengangkutan Keretapi
Penggunaan keretapi akan menjadi lebih ekonomi terutama bagi jarak
penghantaran yang jauh sekiranya kerja pengangkutan anggota siap
tuang berhampiran dengan kemudahan keretapi. Ianya akan menjadi
lebih ekonomi lagi jika pengelolaan dapat dijalankan dengan
perancangan yang teliti. Apabila jangka masa penghantaran unit
struktur tersebut ditetapkan, maka jentera pengangkutan disediakan
lengkap dengan tenaga pekerja yang mahir. Sistem pengangkutan ini
sesuai apabila unit-unit kecil digunakan dan adalah lebih ekonomi lagi.
c. Sistem Pengangkutan Air
Ia selalunya digunakan untuk struktur yang berhampiran terus dengan
air. Contohnya pembinaan jeti, empangan dan lain-lain lagi. Untuk
mengelakkan kecacatan, maka unit tersebut disusun dengan baik
supaya tidak bergerak atau bergetar semasa proses pengangkutan
dijalankan.
7.3 Ciri-ciri utama pasang siap ialah:
Unit 7-17
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 18
a) Sistem ini dapat menjimatkan masa pembinaan di tapak kerana
sebahagian besar komponen-komponen tersebut telah siap
dibina di kilang-kilang pembuat.
b) Tujuan rekabentuk sistem ini ialah untuk mengurangkan
penggunaan acuan dan peranca dalam pembinaan rasuk
jambatan di mana rasuk tersebut diapungkan untuk merentangi
sungai sebelum dipasangkan ke tambatan.
c) Dua sistem dinding panel yang lazim digunakan ialah sistem
panel satu arah yang mempunyai rentang yang panjang dan
sistem panel dua arah yang berbentuk segi empat sama dan ini
dapat mewujudkan kestabilan ortogon.
d) Bagi sistem kerangka mudah, tiang dan rasuk pratuang
digunakan bersama-sama dengan komponen-komponen konkrit
pratuang yang lain seperti papak lantai, tangga dan panel
pelapisan.
e) Bahagian-bahagian sambungan yang telah dipasang akan
diturap dengan menggunakan campuran konkrit yang diperbuat
daripada agregat halus.
7.4 Kebaikan teknologi pasang siap ialah:
a) Segala kerja bancuhan, penempatan dan pengawetan konkrit
dapat dijalankan di bawah darjah kawalan kilang yang terdapat
di kilang-kilang. Ini dapat menghasilkan unit-unit yang tepat
dan seragam.
Unit 7-18
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 19
b) Segala rekabentuk yang diulangi akan mengurangkan kos
perbelanjaan. Oleh itu acuan yang digunakan hendaklah dibuat
dengan teliti dan memenuhi kualiti yang diperlukan.
c) Rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai untuk semua
keadaan iklim iaitu sama musim sejuk, hujan dan panas.
d) Rangka yang dipasang menggunakan tenaga pekerja yang
mahir atau separuh mahir. Oleh itu kadar modal pusingan
tenaga buruh mudah didapati dengan memberikan latihan
dalam masa yang singkat.
7.5 Keburukan Teknologi Pasang Siap.
a) Sistem bangunan tidak mudah diubah dari segi konsep
rekabentuk di mana terlalu luas pemilihan sistem yang ada dan
rekabentuk dibuat tanpa banyak perubahan dari segi konsep
utama.
b) Segala perancangan hendaklah dilakukan di bawah kawalan
yang rapi dan kerja memunggah dapat dijalankan dengan
mudah.
c) Jentera pengangkat perlu didirikan di tapak bina untuk
menentukan kedudukan struktur binaan dapat dielakkan pada
tempat yang sebenarnya.
d) Dalam proses penyambungan struktur akan terdapat masalah
yang mengambilkira aspek-aspek dari segi tidak telus air, cuaca,
pengaratan dan cara pembinaannya.
Unit 7-19
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 20
PENILAIAN KENDIRI
1) Takrifan konkrit siap tuang.
2) Nyatakan DUA jenis unit siap tuang.
3) Terangkan dengan jelas kaedah pengangkutan jalan raya yang
digunakan di dalam unit siap tuang.
4) Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pasang siap.
Unit 7-20
UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA.
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 21
MAKLUMBALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI
1) Konkrit siap tuang ialah konkrit yang dituang dahulu di tapak bina atau
yang dibuat di kilang. Konkrit yang telah siap mengeras akan dibawa
ke tapak bina untuk terus dipasang.
2) DUA jenis unit siap tuang iaitu:
i) Unit kemudahan
ii) Unit struktur
3) Biasanya unit siap tuang di dalam kaedah pengangkutan jalan raya
diangkut dengan menggunakan kenderaan khas kenderaan khas
seperti ‘low loader’, ‘treler’, traktor dan lain-lain lagi. Anggota ini
dikenakan penyokong khas dan rangka khas bentuk A untuk
memastikan unit ini tidak mengalami tegangan. Perhatian perlu
diambil sewaktu kerja-kerja pengangkutan balak dijalankan kerana
kedudukan adalah sendeng. Tarikan graviti oleh berat struktur akan
menyebabkan tegasan tegangan berkembang dan balak akan
Unit 7-21
TAHNIAH!Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri.
Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda adalah betul.
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 22
mengalami kegagalan. Segala kelengkapan pengangkutan hendaklah
diperiksa semasa dalam perjalanan.
4) Yang dimaksudkan dengan sistem pasang siap ialah merupakan satu
sistem pembinaan yang melibatkan pembentukan komponen-
komponen struktur tertentu di kilang-kilang pembuat dan di bawa ke
tapak untuk dipasangkan bagi membentuk sebuah struktur lengkap.
Komponen-komponen struktur biasanya siap dibina di kilang-kilang
yang terdiri daripada dinding, lantai, pintu, tingkap, tangga, tiang,
rasuk dan lain-lain lagi.
Unit 7-22
Anda sudah berpuashati dengan
unit ini!!!!!!!
Kalau sudah mari kita ke Unit 8.
KONKRIT SIAP TUANG C1004 / Unit 7halaman 23
Unit 7-23
Top Related