PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Pendahuluan 2
1. PENGENALAN 3
1.1 Definisi Pantun 4
1.2 Jenis-Jenis Pantun 4
i. Pantun Dua Baris 5ii. Pantun Empat Baris 5iii. Pantun Enam Baris 5iv. Pantun Lapan Baris 6v. Pantun Dua Belas Baris 6vi. Pantun Berkait 7
1.3 Kandungan Pantun Melayu 8
i. Pembayang atau Sampiran 8ii. Maksud atau Isi 8iii. Perkataan 8iv. Suku Kata 8v. Rima atau Bunyi 9vi. Contoh Pantun yang baik 9
1.4 Ciri-Ciri Pantun Yang Baik 9
1.5 Fungsi Pantun 10
2. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KOMSAS TAHUN 6 11 (Aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah)
3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PEMILIHAN AKTIVITI 15 BERBALAS PANTUN DALAM BILIK DARJAH
3.1 Kekuatan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah 15
3.2 Kelemahan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantu Dalam Bilik Darjah 19
RUMUSAN 21
RUJUKAN 22
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 1
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah (S.W.T) Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W.), keluarga dan para sahabat
baginda. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah (S.W.T.) di atas
hidayah dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus Pengajaran Komsas dalam Bahasa Melayu
(HBML 3103) ini dapat disempurnakan sepenuhnya.
Penulisan tugasan bagi kursus Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu (HBML
3103) ini mengandungi beberapa perkara yang telah dihuraikan secara terperinci iaitu dimulai
dengan Definisi Pantun; Rancangan Pelajaran Tahun 6 (Aktiviti berbalas pantun dalam bilik
darjah); seterusnya diikuti dengan huraian tentang kekuatan dan kelemahan pemilihan aktiviti
berbalas pantun dalam bilik darjah.
Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada
pihak pensyarah tugasan ini iaitu Pn Norafidah Bt Noralidin dan juga kepada En Mohd
Zahari Bin Mat, di atas tunjuk ajar mereka sepanjang meyiapkan tugasan ini. Ucapan ribuan
terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah meluangkan masa untuk
menjalankan sesi perbincangan.
Sememangnya tugasan ini dapat menambah pengetahuan serta memperkukuh
kemahiran sebagai guru dari sudut teknik pengajaran & pembelajaran KOMSAS secara
amnya dan pengajaran & pembelajaran Pantun dalam bilik darjah secara khususnya.
Sesungguhnya, tugasan ini banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap agar ia
juga memberi manfaat dengan menjadi salah satu sumber rujukan kepada penuntut lain.
Semoga Allah memberkati usaha murni ini dalam meneroka dunia ilmu tanpa sempadan
Disediakan oleh :
NORISAH@ANISAH BT. HJ. ANAM 09.11.2013
720402125160001
(Fakulti Pendidikan & Bahasa)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 2
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
1. PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu merupakan salah satu khazanah nenek-moyang kita yang.
menjadi lambang kepada sejarah, budaya, kesenian bahasa dan bangsa Melayu juga kepada
seluruh masyarakat Malaysia yang perlu dihidupkan serta dipelihara daripada kerosakan atau
pupus ditelan usia sehinggalah dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Salah satu
pendekatan yang diambil bagi meneruskan dan menghidupkan Kesusasteraan Melayu ini agar
dapat diwarisi oleh generasi akan datang adalah melalui usaha Kementerian Pendidikan
dengan memperkenalkan KOMSAS.
KOMSAS ialah akronim kepada ‘Komponen Kesusasteraan Melayu’ dan merupakan
pendekatan baru dalam pengajaran kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan kebangsaan
yang memainkan peranan dalam menyumbang ke arah pemantapan rohani dan emosi. Ini
sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). KOMSAS diperkenalkan
sebagai satu komponen dalam pengajaran dan pembelajarann (P&P) Bahasa Malaysia mulai
tahun 2001. KOMSAS menjadi salah satu kompenen penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia dan mempunyai pengisian P&P tertentu serta memerlukan
teknik P&P yang berkesan.
Pengajaran KOMSAS dalam P&P Bahasa Malaysia akan menjadikan P&P Bahasa
Malaysia lebih menarik dan menjadikan para pelajar dapat merasakan bahawa mereka
sebenarnya mempelajari ilmu kesusasteraan ini. KOMSAS diselitkan dalam P&P Bahasa
Malaysia secara formal mulai bulan Mac 2001. Komponen ini meliputi pendedahan terhadap
bahan-bahan sastera seperti puisi tradisional, sajak, cerpen, prosa tradisional, novel dan
drama. Di dalam Puisi tradisionallah terkandung beberapa bahan sastera seperti Pantun Budi,
Pantun Kanak-kanak, Pantun Perpisahan, Pantun Joget Pahang dan juga pantun teka teki.
Berikut adalah beberapa definisi pantun bersama jenis-jenisnya.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 3
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
1.1 Definisi Pantun
Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu
pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat
mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang
bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah
dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Pantun adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yangberkembang di seluruh
dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik
masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan
sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan
aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Pantun begitu sinonim dengan pemikiran dan
kebudayaan masyarakat nusantara danMalaysia.
Pantun juga adalah bentuk puisi Melayu yang asli dan unik. Ia merupakan sumber
khazanah dalam kehidupan masyarakat di Alam Melayu, baik dari segi pemikiran, kesenian,
maupun nilai-nilai moral dan sosialnya. Akalbudi orang Melayu dapat dilihat dalam pantun
yang diungkapkan secara spontan dengan begitu ringkas dan padat. Ini termasuklah
kebijaksanaan dan ketangkasannya menjana makna yang dalam dan mengukir gerak hati serta
lukisan rasa yang indah bersama penampilan unsur-unsur alam.
Pantun wujud dalam pelbagai bentuk dan wajah, dari pantun dua kerat dan pantun
empat kerat sehingga ke pantun berkait. Genre ini menduduki tempat yang penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu, justeru diungkapkan dalam permainan kanak-kanak, dalam
percintaan, upacara peminangan dan perkahwinan, nyanyian, dan upacara adapt. Pendeknya
setiap tahap kehidupan manusia Melayu, yakni dari dalam buaian hingga ke alam percintaan
dan hari-hari tua, dibantu dan dihiasi oleh pantun.
1.2 Jenis-Jenis Pantun
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian
pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua
baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan
tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau
abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 4
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri
kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan.
i. Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
ii. Pantun Empat Baris
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
iii. Pantun Enam Baris
Apa didapat orang memburu,
Dapat rusa jantan betina,
Sedang bersembunyi di celah batu;
Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tiada berguna,
Adat dunia sudah begitu.
[Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa
Dan Pustaka, 1991, halaman 319]
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 5
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
iv. Pantun Lapan Baris
Rumpun rotan di kota alam,
Ditebang dibelah empat,
Tumbuh serumpun di seberang,
Selasih muara sungai;
Penglihatan usah diperdalam,
Pandang nan usah dipertepat,
Adik di dalam tangan orang,
Maksud rasa tak akan sampai.
[Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]
v. Pantun Dua Belas Baris
Anak jintayu dari hulu,
Disambar ombak Laut Cina,
Dibawa terbang ke perahu,
Hinggap minum ke muara,
Anak ikan berkeliaran;
Kamilah tahu dari dahulu,
Adik jauhari bijaksana,
Membuhul tidak membeku,
Mengulas tidak mengesan,
Meratap langit dengan bicara,
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 6
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
Bumi tidak ketirisan.
[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman
Kaeh, Penerbit Faja
v. Pantun Berkait
Angsana berpucuk di atas batu,
Pucuk digangsa beribu-ribuan;
Ada bunga di naung batu,
Kuntumnya kaca tangkainya embun.
Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Kembang diuca balik beroleh;
Kuntumnya kaca tangkainya embun,
Dipandang sahaja diambil tak boleh.
Kembang diuca balik beroleh,
Tambang garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak boleh,
Bertambah geram di dalam hati.
[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1975, halaman 28]
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 7
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
1.3 Kandungan Pantun Melayu
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua
baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya.
Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang
terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada
empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian
pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat
kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun
lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah
seterusnya.
i. Pembayang atau Sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap
pantun.Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima
kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait
denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
ii. Maksud atau Isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun.
Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun
tersebut(tema).
iii. Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap
baris.Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama
bilangannya.
iv. Suku Kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-
tiapbaris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang
baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 8
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
v. Rima atau Bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap
barispantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap
pantun.Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris
pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga
berima a,a,a,a.
vi. Contoh Pantun yang baik :
Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/,
Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/,
Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/,
Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/.
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
Pantun di atas mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
1.4 Ciri-Ciri Pantun Yang Baik
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 9
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,
mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang
melahir dan menggunakannya.
1.5 Fungsi Pantun
i. Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan
ii. Sindiran atau tempelak
iii. Melepaskan rindu dan kasih sayang
iv. Menyatakan penghargaan/terima kasih
v. Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
vi. Hiburan atau jenaka
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 10
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
2. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KOMSAS TAHUN 6
(Aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah)
Rancangan Pelajaran Harian Tahun 6
MATA PELAJARAN Bahasa Melayu
KELAS 6 Dinamik
TEMA Cerita Dan Tauladan
MASA 0945 - 1055
TAJUK Mahsuri
PENULISAN Menulis Puisi berkaitan tajuk
HASIL
PEMBELAJARAN
Fokus Utama :
-2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat
serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.
Aras 3 (i) Mengulas tentang sesuatu kejadian yang
didengar dengan menggunakan bahasa yang betul.
Fokus Sampingan :
-10.1 : Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi)
termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna
Aras 3 (i) (Menghasilkan prosa dan puisi secara
terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan
bahasa yang tepat, indah dan menarik.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-
murid dapat :
1. Mengulas tentang sesuatu kejadian yang
didengar dengan menggunakan bahasa yang
betul.
2. Menggunakan pelbagai jenis dan ragam ayat
untuk membina teks berkaitan sesuatu tajuk.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 11
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
3. Membaca sinopsis sesebuah buku untuk
mendapatkan gambaran umum.
4. Menghasilkan prosa dan puisi (pantun) secara
terancang, tertib dan kemas dengan
menggunakan bahasa yang tepat, indah dan
menarik.
AKTIVITI
1. Pelajar melafazkan puisi dengan gaya dan
intonasi yang betul.
2. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang
maksud pantun.
3. Pelajar menyalin contoh soalan dan cara
menjawab soalan pemahaman KOMSAS yang
betul.
SISTEM BAHASA Sebutan dan Intonasi
PENGISIAN
KURIKULUM
Ilmu : pendidikan moral
Nilai : ingin tahu, bekerjasama kasih sayang,
menghargai masa & mematuhi peraturan.
KEMAHIRAN
BERNILAI
TAMBAH
Kemahiran Berfikir : Merumuskan, menjana Idea
Kecerdasan pelbagai : Kecerdasan emosi
Strategi : Konstruktivisme dan Kontekstual
BAHAN BANTU
BELAJAR
Notebook, LCD, Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 6,
kertas mah-jong, -Borang Ulasan teks sejarah Mahsuri
& borang pantun.
LANGKAH PENGAJARAN :
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 12
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Set induksi
5 minit
1. Slide Show foto
Mahsuri
1. Pelajar dipertontonkan
Slide Sow yang
mempamerkan foto lokasi
dan makam Mahsuri.
2. Pelajar ditanya oleh guru
samaada mereka pernah
mendengar sejarah Mahsuri
ataupun tidak.
3. Pelajar mendengar
pernyataan guru tentang
tajuk pelajaran dan tentang
lokasi makam Mahsuri.
1
Tayangan Slide
Show
menggunakan
Notebook dan LCD
Nilai :
Ingin tahu
Langkah 1
15 minit
1. Teks “Mahsuri”
(Buku teks Bahasa
Melayu Tahun 6)
1. Pelajar dibahagi kepada 5
kumpulan dan setiap ahli
kumpulan diminta membaca
teks secara individu dengan
senyap sambil menghayati
cerita teks tersebut.
2. Setiap kumpulan pelajar
diminta membentangkan
apa yang mereka fahami
melalui teks yang dibaca
dengan menulis isi penting
pada kertas mah-jong.
Bahan Bantu
Belajar :
-Buku teks Bahasa
Melayu Tahun 6
-Kertas mah-jong
Kemahiran
Berfikir :
-Merumuskan
Teknik :
Perbincangan
Nilai :
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 13
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
Bekerjasama
Langkah 2
15 minit
1. Contoh teks yang
disediakan oleh guru
dan dibina dengan
pelbagai jenis dan
ragam ayat berkaitan
Mahsuri.
(Teks hendaklah
mengandungi ulasan
tentang sejarah Mahsuri
dengan menggunakan
bahasa yang betul)
1. Pelajar diperdengarkan
teks tentang Mahsuri yang
dibuat oleh guru sendiri
menggunakan pelbagai jenis
dan ragam ayat yang betul.
2. Pelajar diminta
menghantar wakil dari setiap
kumpulan untuk
menyampaikan ulasan
sejarah Mahsuri dengan
menggunakan kata, frasa,
ayat serta sebutan dan
intonasi yang baik dan jelas
hasil daripada perbincangan
dan idea setiap kumpulan
pelajar.
Bahan Bantu
Belajar :
-Borang Ulasan
teks sejarah
Mahsuri.
Kemahiran
Berfikir :
-Merumuskan
Nilai :
- Menghargai masa
Langkah 3
20 minit
1. Lima rangkap
pantun bertemakan
sejarah Mahsuri
yang mengandungi
unsur pembayang
maksud untuk
dijawab oleh pelajar
Tahun 6.
1. Setiap kumpulan pelajar
diminta menghasilkan
pantun empat kerat untuk
menjawab atau membalas
pantun yang guru utarakan.
2. . Pelajar diminta menulis
pantun dengan
menggunakan tulisan
berangkai pada borang
pantun yang telah
disediakan.
Bahan Bantu
Belajar :
-Borang Pantun
Kemahiran
Berfikir :
-Menjana idea
Nilai :
- Mematuhi
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 14
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
3. Guru menmilih pantun
yang terbaik untuk
dipaparkan di hadapan kelas
menggunakan paparan LCD.
peraturan
Penutup
5 minit
1. Kesimpulan isi
pelajaran.
1. Guru membuat
kesimpulan tentang isi
pelajaran sambil
menerapkan aspek nilai
yang dirancangkan.
3. KEKUATAN DAN KELEMAHAN PEMILIHAN AKTIVITI BERBALAS PANTUN
DALAM BILIK DARJAH
Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan pemilihan aktiviti berbalas pantun
tersebut antaranya :
3.1 Kekuatan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantun Dalam Bilik Darjah
Kekuatan hasil daripada pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah ini ialah
kekuatan dari sudut prinsip yang dipegang oleh setiap bahan kesusasteraan seperti
pantun (termasuk dalam puisi tradisional). Prinsip tersebut adalah sesuai dengan objektif
pengajaran & pembelajaran; berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan; sesuai
dengan tahap pemikiran, umur, persekitaran; mengandung aspek bahasa yang ingin
diajarkan; dan boleh menjadi penggerak (motivasi) kepada pelajar untuk membaca.
Seterusnya, dari sudut rasional pemilihan yang mana terdapat banyak sebab
mengapa bahan kesusasteraan sesuai dijadikan bahan pengajaran bahasa. Menurut Abd.
Rahman Shaari (1994), bahan kesusasteraan mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu karya
sastera mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus
membaca, kerana bahan sastera mempunyai ciri-ciri hiburan yang beremosi.
Selain itu, karya sastera selalunya mempunyai pelbagai bentuk dan laras bahasa
yang boleh dipelajari dan didedahkan kepada pelajar. Misalnya, bentuk perbualan yang
terdapat dalam karya sastera boleh digunakan dalam pengajaran cakap ajuk dan cakap pindah
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 15
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
dalam pengajaran bahasa. Pelajar juga boleh didedahkan dengan kepelbagaian dialek dan
gaya bahasa yang terdapat dalam karya sastera.
Kamarudin Hj. Husin (1998) melihat kesesuaian ini dari aspek intelek dan emosi
kerana bahan-bahan kesusasteraan memang mempunyai unsur-unsur ilmu dalam pelbagai
perkara. Pada masa yang sama, ia penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan yang boleh
memantapkan aspek emosi pelajar.
Selain itu, pengajaran bahasa dan kesusasteraan sama-sama menggunakan
medium bahasa yang sama, dan kedua-duanya boleh diajar dengan gaya pembelajaran yang
sama, sama ada secara lisan atau bertulis.
Kemudian dari sudut pendekatan. Menurut Kamarudin Husin (1998), pendekatan
ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan
atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pengajaran
kesusasteraan, pendekatan diolah daripada teori-teori kritikan sastera yang melihat
kesusasteraan tersebut daripada pelbagai perspektif. Dalam hal ini, terdapat tiga pendekatan
yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan di negara ini;
iaitu pendekatan sejarah, pendekatan sosiopsikologi dan emosi, dan pendekatan diduktik dan
analitik. Keterangan mengenainya diberikan seperti berikut. Pendekatan yang digunakan
oleh pengajaran pantun iaitu pendekatan sosiopsikologi dan emosi.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 16
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
Pendekatan sosiopsikologi dan emosi ini merupakan realiti kepada peranan sastera itu
iaitu sebagai cerminan sosial dan seterusnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
psikologi dan emosi ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Sebagai cerminan sosial, karya sastera
terhasil daripada peristiwa sosial dalam sesebuah masyarakat. Pada masa yang sama, karya
sastera juga menjadi pembentuk cita rasa dan nilai dalam masyarakat tersebut. Secara
umumnya, pendekatan ini melihat karya sastera sebagai peristiwa-peristiwa yang boleh
dikaitkan dengan psikologi dan emosi manusia yang digambarkan dalam sesebuah karya
sastera itu. Tegasnya, pendekatan ini akan mengkaji aspek naluri dan kejiwaan watak-watak
yang terdapat dalam sesebuah karya sastera berpandukan latar budaya masyarakat yang
digambarkan dalam karya tersebut.
Seterusnya kekuatan dari sudut kaedah. Kaedah ialah suatu perancangan bagi
melaksanakan sesuatu perkara supaya pelaksanaan perkara itu berjalan lancar. Dalam konteks
pengajaran, kaedah merupakan alat atau prasarana yang membolehkan pengajaran berjalan
secara teratur, kemas, dan bersistem, sesuai dengan pendekatan yang dipilih. Secara
umumnya terdapat tiga kaedah pengajaran Kesusasteraan yang selalu digunakan; iaitu kaedah
analisis struktural, kaedah mengalami menghayati dan kaedah berfokus global dan eklektik.
Kaedah-kaedah ini dijelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut. Kaedah yang digunakan
dalam pengajaran pantun ini ialah kaedah menghayati-mengalami. Kaedah mengalami-
menghayati pula berasaskan anggapan bahawa setiap individu mempunyai pengalaman
tersendiri dalam hidup mereka. Pada masa yang sama bahan sastera juga merupakan rakaman
pengalaman manusia yang diolah dalam bentuk cerita, drama dan sebagainya. Sehubungan
dengan itu, kaedah ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran genre sastera yang berbentuk
cereka seperti novel, cerpen dan drama. Ini adalah apabila pelajar boleh menghayati karya
dengan cara menyelami pengalaman penulis. Antara ciri-ciri utama kaedah ini ialah pelajar
akan membaca karya sebelum pengajaran; pelajar cuba menghayati atau menikmati bahan
sastera dengan cara; mengaitkan bahan sastera dengan pengalaman sedia ada; Aktiviti
pengajaran bertumpu kepada soal jawab secara kritis; dan menjalankan pengajaran
berorientasikan aktiviti.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 17
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
Seterusnya kekuatan dari sudut teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Teknik dan aktiviti pengajaran ialah dua perkara yang saling kait antara satu dengan lain.
Teknik ini perlulah berdasarkan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih dan pada masa
yang sama; unsur-unsur psikologi, sosiologi, objektif pegajaran dan teknologi pengajaran
perlulah diambil kira. Teknik dan aktiviti pengajaran yang digunakan dalam pengajaran
pantun tersebut ialah deklamasi. Deklamasi bermaksud membaca puisi dengan nada, intonasi
suara, dan gaya yang sesuai. Untuk menjadikan deklamasi lebih menarik, pelajar perlu
memahami dan seterusnya menghayati puisi yang akan dideklamasikannya.
Kekuatan seterusnya ialah dari sudut aspek sistem bahasa yang terdiri daripada
tatabahasa, sistem ejaan, sebutan serta intonasi, dan kosa kata serta peribahasa. Dalam
pengajaran pantun ini aspek bahasa yang terlibat adalah sebutan dan intonasi. Secara
umumnya sebutan dalam Bahasa Melayu diseragamkan berdasarkan sistem sebutan baku
1985. Sistem sebutan baku dibentuk bagi menyeragamkan sebutan berdasarkan loghat dan
dialek negeri yang berbeza antara satu dengan lain. Manakala intonasi ialah nada suara tinggi
dan rendah sewaktu menuturkan perkataan atau ayat. Dalam konteks ilmu bahasa, intonasi
memainkan peranan dalam pembentukan makna perkataan atau ayat. Perkataan atau ayat
yang sama akan berubah maknanya jika intonasinya dibezakan.
Kekuatan pemilihan aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah ini juga mempunyai
kekuatan dari sudut pendekatan pengajaran sistem bahasa. Pendekatan yang digunakan di sini
ialah Pendekatan Induktif iaitu suatu pendekatan pengajaran yang dimulai dengan contoh-
contoh dan diikuti dengan peraturan atau huraian tentang perkara yang diajarkan itu.
Pendekatan ini berandaian bahawa sesuatu hukum atau peraturan perlu dicerna daripada
situasi penggunaannya. Pendekatan induktif menekankan pembentukan kebiasaan sebagai
suatu kaedah memahami sesuatu perkara. Dalam pengajaran sistem bahasa, khususnya dalam
pengajaran tentang ayat misalnya, contoh-contoh penggunaan pelbagai jenis ayat, akan
ditunjukkan terlebih dahulu sebelum penerangan tentang bentuk dan jenis ayat tersebut
dijelaskan. Pendekatan ini mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti contoh-contoh yang
realistik dan pelbagai menjadikan pengajaran lebih konkrit; bahan pengajaran boleh
digunakan secara praktik dalam kehidupan harian; dan tidak perlukan hafalan kerana
pengajaran berfokus kepada contoh-contoh.
Kekuatan seterusnya adalah dari sudut prinsip pengajaran berdasarkan konteks
iaitu prinsip umum yang dipraktikkan dalam pengajaran sistem bahasa. Prinsip
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 18
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
pengajaran ini menekankan pengajaran secara terancang bersama kemahiran-kemahiran
bahasa yang lain. Jelasnya, pengajaran sistem bahasa tidak dibuat secara bersendirian sebagai
satu mata pelajaran berasingan. Selain itu, unsur-unsur dalam sistem bahasa itu akan
bermakna dan lengkap jika dipaparkan bersama konteks atau situasinya. Tegasnya,
pengajaran tentang maksud perkataan manis misalnya akan jadi lebih mudah jika dikaitkan
dengan konteks senyuman, atau gula. Dalam amalan yang dilakukan di bilik darjah, terdapat
dua kaedah pengajaran aspek sistem bahasa ini; iaitu secara terancang dan serapan.
Prinsip Terancang bermaksud pengajaran secara terancang yang mana berlakunya
penguasaan kamahiran berbahasa yang lain secara serentak dalam pengajaran sistem bahasa
tersebut. Hal ini bermakna, pengajaran sistem bahasa tersebut dibuat dalam bentuk bacaan
(kemahiran membaca), tulisan (kemahiran menulis) atau dalam bentuk pertuturan (kemahiran
lisan). Pengajaran aspek peribahasa misalnya boleh dibuat dalam bentuk penulisan (karangan
berdasarkan simpulan bahasa) dan mungkin juga boleh dibincangkan simpulan bahasa
tersebut dalam bentuk forum. Pengajaran secara terancang ini membolehkan pelajar
mempelajari sistem bahasa secara lebih berfokus, di samping tidak mengabaikan kemahiran-
kemahiran bahasa yang lain.
Prinsip Penyerapan/Tersisip pula bermaksud pengajaran secara penyerapan
bermaksud unsur-unsur sistem bahasa yang akan diajarkan diselitkan dalam kemahiran
bahasa yang lain. Cara ini bertentangan dengan pengajaran terancang. Pengajaran terancang
menekankan aspek sistem bahasa sebagai fokus yang akan dibincangkan dalam bentuk
kemahiran bahasa yang lain, manakala pengajaran secara penyerapan memfokuskan
kemahiran bahasa lain sebagai medium, dan sistem bahasa diselitkan sebagai salah satu
perkara yang dibincangkan dalam kemahiran tersebut. Pengajaran tatabahasa, imbuhan me...
misalnya boleh diserapkan dalam pengajaran kemahiran membaca dan memaham; iaitu
dengan cara meminta pelajar menyenaraikan perkataan berimbuhan me... dalam petikan yang
dibaca.
3.2 Kelemahan Pemilihan Aktiviti Berbalas Pantu Dalam Bilik Darjah
Kelemahan tersebut antaranya ialah dari sudut rima dan jumlah perkataan pantun
tersebut. Pelajar mengabaikan ciri sesebuah pantun Melayu hingga nilai-nilai estetika dari
aspek rima dan jumlah perkataan. Rimanya janggal dan ada yang tidak mempunyai rima
sama sekali.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 19
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
Selain itu, pantun yang dilontarkan tidak ada hubung kait langsung antara bait
pembayang dengan maksud sedangkan dalam mengarang pantun inilah aspek yang perlu
ditekankan.
Selain itu tema dan isi pantun juga tidak tepat hingga tidak menepati jalan cerita tajuk
pelajaran.
Selain itu, ada kumpulan pelajar yang mengambil masa melebihi daripada masa yang
ditetapkan. Aktiviti berbalas pantun boleh juga dijalankan diluar bilik darjah dengan
menjalankan program khas seperti pertandingan berbalas pantun bagi membolehkan peserta
mendapat peruntukan masa yang sesuai dan mencukupi.
Penglibatan pelajar dalam kumpulan masing-masing juga terbatas yang mana
penglibatan pelajar hanya tertumpu kepada pelajar tertentu sahaja.
Masalah-masalah di atas masih boleh diperbaiki oleh guru iaitu dengan melakukan
pengagihan masa yang sesuai serta perlu perancangan dan persediaan yang rapi dari sudut
bahan dan pengisian aktiviti berbalas pantun.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 20
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
RUMUSAN
Setelah menyiapkan tugasan ini, dapatlah dibuat beberapa rumusan penting antaranya
Komsas ialah akronim kepada komponen kesusasteraan Melayu yang bertujuan untuk
mendedahkan unsur sastera kepada semua pelajar ke arah memantapkan aspek emosi dan
serta mewujudkan variasi dalam pengajaran Bahasa Malaysia. KOMSAS juga diselitkan
dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Seterusnya, pantun merupakan salah satu bahan
kesusasteraan yang termasuk dalam kategori puisi tradisional dan aktiviti berbalas pantun
dalam bilik darjah merupakan salah satu contoh pengajaran kesusasteraan di sekolah rendah
yang menggunakan kaedah kaedah mengalami-menghayati sebagaimana yang kita maklum
bahawa terdapat tiga kaedah pengajaran kesusasteraan iaitu kaedah analisis struktural, dan
kaedah berfokus. Seterusnya dengan adanya pengajaran kesusasteraan, pengukuhan atau
penguasaan pelajar terhadap Sistem bahasa turut meningkat sama ada dari sudut tatabahasa,
system ejaan, intonasi/sebutan dan Peribahasa. Pendekatan yang sesuai digunakan dalam
pengajaran sistem bahasa pula ialah pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif
dan ia perlu diajarkan berdasarkan konteks.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 21
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abd Rahman Shaari. (1994). Sastera dalam Pendidikan Bahasa Melayu : Strategi pendidikan
Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Ali Ahmad. (1994). Pengantar pengajian kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Pustaka.
Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmod, Faziah Sulaiman, Mohd Fauzi
Abdullah, Abdul Hamid Mukri, Jamilah Ahmad et. al. (2004). Modul pengajaran &
pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Institut Bahasa. (1994). Strategi pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Pustaka.
Juriah Long. (1992). Pengajaran bahasa secara komunikatif: Suatu pengenalan. Kuala
Lumpur: DBP.
Kamarudin Husin. (1995). Perkaedahan mengajar bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman.
Kamarudin Husin. (1997). Pengajian Melayu Ilmu bahasa dan kecekapan berbahasa. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kamarudin Husin. (1998). Pedagogi bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kamus Dewan (2005). Edisi Ketiga Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 22
PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU (HBML3103)
Naffi Mat. (2006). Teknik mengajar KOMSAS. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Pantun Melayu. Balai Pustaka, (1958).
Zainal Abidin Bakar (1991). Kumpulan Pantun Melayu susunan. Dewan Bahasa Dan
Pustaka,
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA | 23
Top Related