RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014
KAL3023 PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI01(A132PJJ)
NO UNTUK DIHUBUNGI:
NAMA TUTOR E-LEARNING:
TARIKH SERAH: 3 MEI 2014
Isi kandungan
Tugasan Individu 1(a)- Pendidikan Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan Al –Hadis yang diinteprestasikan kepada 4 asas utama iaitu asas Akidah, asas Ibadah, asas Tasyrik dan asas Akhlak.
PEMARKAHAN
Bil Isi Kandungan Muka surat
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
Pendahuluan
Asas Akidah
-Definisi
-Cadangan Aktiviti
-Rancangan pengajaran harian
Asas Ibadah
-Definisi
-Cadangan aktiviti
-Rancangan pengajaran harian
Asas Akhlak
-Definisi
-Cadangan aktiviti
-Rancangan pengajaran harian
Asas Tasyrik
-Definisi
-Cadangan aktiviti
-Rancangan pengajaran harian
Penutup
Bibliografi
Lampiran
3 – 4
5 – 7
8 – 10
11- 14
15 – 17
18
19
20 - 23
2
Pendahuluan
Allah SWT telah menurunkan kitab Al- quran kepada nabi Muhammad sebagai satu
mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT
dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan
mengamalkannya adalah satu ibadah. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan
rujukan utama umat Ialam di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran diturunkan secara
berperingkat – peringkat .
Ketinggian kedudukan al-Quran dan keagungan ajaran-ajarannya akan dapat
mengubah kehidupan manusia, menghubungkan langit dengan bumi, dan juga dunia dengan
akhirat. Pengetahuan mengenai sejarah perundangan Islam daripada sumber utama iaitu al-
Quran akan menggambarkan kepada kita mengenai pemeringkatan hukum dan
penyesuaiannya dengan keadaan tempat hukum itu diturunkan yang memerlukan perbahasan
mengenai apa yang pertama dan terakhir diturunkan.
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui beberapa cara iaitu
Jibril memasukkan ke dalam hati Baginda dalam keadaan Baginda tidak melihat apa-apa,.
Hanya Baginda berasa bahawa wahyu itu berada dalam hatinya,malaikat memperlihatkan
dirinya sebagai seorang lelaki dengan mengucapkan ayat kepada Baginda sehingga Baginda
benar-benar dapat menghafaz ayat yang diturunkan itu, wahyu datang kepadanya berserta
bunyi loceng. Ini adalah cara yang paling berat dihadapi oleh Baginda sehingga keadaan
baginda sangat panas walaupun ketika itu cuaca sangat sejuk dan juga dengan cara Jibril
memperlihatkan dirinya yang sebenar sepertimana yang dialami oleh Baginda sewaktu
turunnya ayat surah al-Muzammil.
Perjalanan kehidupan umat Islam adalah berlandaskan Al-Quran dan hadis, Hadis
merupakan huraian dan penjelasan bagi apa yang sudah terlulis dalam Al-Quran. Al-hadits
didefinisikan oleh pada umumnya ulama seperti definisi Al-Sunnah-- sebagai "Segala sesuatu
yang dinisbahkan kepada Muhammad S.A.W., dari segi ucapan, perbuatan dan ketetapan,
sifat fisik dan psikis samaada sebelum beliau menjadi nabi ataupun sesudahnya. Ulama ushul
fiqh, membatasi pengertian hadis hanya pada "ucapan-ucapan Nabi Muhammad saw. yang
berkaitan dengan hukum"; sedangkan bila dilihat pula perbuatan dan ketentuan beliau
berkaitan dengan hukum, Pengertian hadis seperti yang dikemukakan oleh ulama ushul
tersebut, dapat dikatakan sebagai bagian dari wahyu Allah SWT yang tidak berbeda dari segi
kewajiban menaatinya dengan ketetapan-ketetapan hukum yang bersumber dari wahyu Al-
Quran.
3
Abdul Halim Mahmud, mantan Syaikh Al-Azhar, dalam bukunya “Al-Sunnah fi
Makanatiha wa fi Tarikhiha” menulis bahawa Sunnah mempunyai fungsi yang berhubungan
dengan Al-Quran dan fungsi sehubungan dengan pembinaan hukum syara'. Dengan
menunjuk kepada pendapat Al-Syafi'i dalam Al-Risalah, 'Abdul Halim menegaskan bahawa,
dalam kaitannya dengan Al-Quran, ada dua fungsi Al-Sunnah yang tidak diperselisihkan,
iaitu apa yang diistilahkan oleh sementara ulama dengan bayan ta'kid dan bayan tafsir. Yang
pertama sekadar menguatkan kembali apa yang terdapat di dalam Al-Quran, sedangkan yang
kedua memperjelas, memperinci, bahkan membatasi, pengertian lahir dari ayat-ayat Al-
Quran.
4
Asas Akidah
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah serta beriman dengan
nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab,
para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan Qada dan Qadar Allah sama ada baik atau
buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada
segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap
Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan
Ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan keyakinan terhadap Allah
S.W.T. dan sifat-sifat kesempurnaanNya..Setiap umat Islam wajib mengetahui, mempelajari
dan mendalami ilmu akidah supaya tidak berlaku perkara-perkara yang membawa kepada
penyelewengan akidah kepada Allah S.W.T. Akidah sebenar adalah akidah yang berdasarkan
pada al-Quran dan As-Sunnah
Definisi
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu
keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat.Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan
yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada
seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya. ( Mazidah
Muhamad,Dr Noor HishamMd Nawi,2011).
Cadangan Aktiviti
Aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tajuk ini ialah penerangan, nyanyian, aktiviti
ton suara, dan aktiviti pengukuhan. Semasa aktiviti kemuncak, aktiviti ton suara murid akan
dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan yang ditetapkan iaitu 2
kumpulan baca kuat, 2 kumpulan baca perlahan , dan 1 kumpulan berbisik. Selepas itu
secara bergilir guru akan memanggil kumpulan lain menyebut semula perkataan yang disebut
oleh rakan mereka dikumpulan lain. Disini kita boleh menerapkan nilai-nilai Allah maha
mendengar apa yang mereka perkatakan walaupun rakan mereka tidak mendengar apa yang
mereka perkatakan.
5
Rancangan pengajaran harian
Kelas : Melur(5 tahun)
Tarikh : 24 April 2014
Masa : 8.30-9.00 pagi
Bil pelajar : 25 orang
Tunjang Utama : Kerohanian ,sikap,dan nilai – Pendidikan Islam
Fokus : PI 1.0 Akidah
Standard Kandungan : PI 1.2 – Mengetahui Rukun Iman pertama: Beriman kepada Allah.
Standard Pembelajaran : PI 1.2.1 – Menyebut sifat wajib Allah
(c) sama’ - mendengar
Kesepaduan Tunjang : Fizikal dan estetika, Bahasa Malaysia.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Murid dapat menyatakan dengan jelas rukun Iman yang pertama.
2. Murid dapat menyebut dan menjelaskan dengan baik salah satu sifat wajib bagi Allah iaitu Allah maha mendengar.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui Rukun Iman
Bahan Bantu Mengajar : Laptop , LCD,Carta
Kemahiran Berfikir (KB) : Menaakul, menjana idea
Penerapan Nilai : kepercayaan
Fokus MI : Kinestetik, Muzikal, Linguistik
Masa/ Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Set Induksi(5 minit)
-Nyanyian Rukun Iman
1. Guru memainkan lagu dan mempamerkan Rukun Iman didalam VCD.
2. Murid menyanyi lagu
BBB: Laptop,LCD
KB: Menaakul
MI: Linguistik
6
Rukun Iman bersama guru mengikut iringan VCD.
3. Murid menyatakan Rukun Iman yang pertama
Perkembangan
Langkah 1(6 min)
-sifat wajib Allah yang ketiga -maha mendengar.
1. Guru menyatakan sifat wajib bagi Allah yang ketiga iaitu mendengar.2. Guru bercerita tentang sifat Allah dengan bantuan carta.
BBB: carta
Nilai : teliti
Langkah 2(10 min)
-Aktiviti Kumpulan
(ton suara)
1. Guru memberikan murid kepada 5 kumpulan.2. Setiap kumpulan diberikan kad arahan mengikut giliran.a) Baca Kuat (2 Kumpulan)b) Baca perlahan (2 kumpulan)c) Baca berbisik di telinga rakan (1 kumpulan)3.Diakhirnya wakil setiap kumpulan diminta menyebut semula apa yang kumpulan lain perkatakan.
BBB: kad arahan
Nilai:peka,bekerjasama
Langkah 3(5 min)
-Aktiviti pengukuhan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.2. Murid cuba melengkapkan sifat wajib bagi Allah.3. Guru membimbing murid.
KB : Menjana idea
MI : Linguistik
Nilai : Yakin diri dan bersikap positif
Penutup(4 min)
-Menyatakan semula sifat wajib bagi Allah.
1. Murid menyebut semula sifat wajib bagi Allah.
Nilai : yakin
7
Asas Ibadah
Ibadat dalam Islam mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang berbeza sama sekali
daripada konsep ibadah di dalam agama dan kepercayaan yang lain. Antara ciri-ciri tersebut
ialah tidak ada sebarang perantaraan di antara Allah dan manusia, dan ibadat dalam Islam
tidak terikat dengan sesuatu tempat atau masa yang tertentu.
Ibadat itu terdiri daripada berbagai bentuk, sehingga manusia merasa tidak jemu
dalam menunaikan ibadatnya. Peningkatan ibadat itu pula berbeza dan beraneka rupa sesuai
dengan perangai, kecenderungan dan minat manusia itu sendiri.
Ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohaniah dan
jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat, inilah
kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak terdapat di dalam agama-agama lain.
Pintu untuk membuat ibadat adalah terbuka di semua penjuru. Semua aktiviti manusia
sehingga makan dan minum pun boleh menjadi ibadat jika ia berniat untuk mengumpulkan
tenaga bagi memperjuangkan perkara-perkara yang baik seperti yang disuruh oleh Islam.
Definisi
Ibadah secara bahasa bererti merendahkan diri serta tunduk. Sedangkan menurut
syara’ ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan maksudnya satu. Definisi itu
antara lain adalah yang pertama,ibadah adalah taat kepada Allah dengan melaksanakan
perintah-Nya melalui lisan para Rasul-Nya. Kedua ibadah adalah merendahkan diri kepada
Allah S.W.T iaitu tingkatan tunduk yang paling tinggi disertai dengan rasa mahabbah
(kecintaan) yang paling tinggi. Ketiga ibadah adalah sebutan yang merangkumi seluruh apa
yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T, baik berupa ucapan atau perbuatan, yang zahir
maupun yang batin. ( Marzidah Muhamamad, Dr Noor Hisham Md Nawi,2011)
Cadangan aktiviti
Pengajaran yang dirancang akan mengunakan aktiviti penerangan carta bergambar
manusia. Aktiviti diteruskan dengan melabelkan gambar manusia dengan anggota wuduk
yang betul secara berkumpulan didalam bulatan kecil. Murid diberikan masa yang
secukupnya untuk menyiapkan tugasan. Diakhirnya guru membuat rumusan anggotawuduk
menggunakan anak patung.
8
Rancangan pengajaran harian
Kelas : Melur(5 tahun)
Tarikh : 27 April 2014
Masa : 10.30-11.00 pagi
Bil pelajar : 25 orang
Tunjang Utama : Kerohanian ,sikap,dan nilai – Pendidikan Islam
Fokus : PI 2.0- Ibadah
Standard Kandungan : PI 2.2 Melakukan wuduk
Standard Pembelajaran : PI 2.2.1 – Mengenal anggota wuduk
Kesepaduan Tunjang : Fizikal dan estetika, Bahasa Malaysia.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Murid dapat menyebut anggota-anggota wuduk.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengenali anggota-anggota badan.
Bahan Bantu Mengajar : Carta , anak patung.
Kemahiran Berfikir (KB) : Menaakul, menjana idea
Penerapan Nilai : prihatin ,peka,bekerjasama, bertanggungjawab
Fokus MI : Kinestetik, Muzikal, Linguistik
Masa/ Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Set Induksi(5 minit)
-Menyebut anggota badan anak patung.
1. Guru menunjukkan anak patung.2. Murid menyatakan anggota badan anak patung.
BBB: anak patung
KB: Menaakul
MI: Linguistik
Perkembangan
Langkah 1(6 min)
-Carta gambar anggota wuduk.
1. Guru memberi penerangan anggota wuduk berdasrkan gambrajah.2.Murid diminta menunjukan anggota badan yang disebut sebagai anggota wuduk diri mereka.
BBB: carta
Nilai : teliti
9
Langkah 2(10 min)
-Aktiviti Kumpulan
( melabel)
1. Guru memberikan murid kepada 5 kumpulan dan membentuk bulatan kecil.2. Setiap kumpulan diberikan carta gambar manusia.3. Murid diminta bekerjasama melekatkan nama anggota badan wuduk yang betul.4. Guru memberikan semua kumpulan masa yang secukupnya untuk menyiapkan kerja-kerja melabel secara berpasukan.
BBB: kad arahan
Nilai:bekerjasama, bertanggungjawab
Langkah 3(5 min)
-Aktiviti pengukuhan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.2. Murid melebelkan gambar secara individu.3. Guru membimbing murid.
KB : Menjana idea
MI : Linguistik
Nilai : Yakin diri dan bersikap positif
Penutup(4 min)
-Rumusan 1. Guru merumuskan semula semua anggota wuduk dengan mengunakan anak patung.
Nilai : yakin
10
Asas Akhlak
Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan
juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan
akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak
terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang
lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik
jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika tidak baik perkara itu perlu ditinggalkan.
Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan
orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama
oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka.
Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah
roh kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini
bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak
bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :"Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga
sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain
daripada akhlak yang mulia."
-Definisi
Akhlak dari segi bahasa berasal daripada perkataan 'khulq' yang bererti perilaku,
perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak
Rasulullah saw yang bermaksud :"Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran." Akhlak
Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan,
pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan
ajaran al-Quran.
Akhlak dari segi istilah menurut Imam al-Ghazali, "Akhlak ialah suatu sifat yang
tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa
memerlukan pertimbangan terlebih dahulu."
Menurut Ibnu Maskawih, "Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong
untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu."
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin pula, "Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan
dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan."
11
Daripada definisi tersebut dapat kita fahami bahawa akhlak merupakan suatu
perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya
pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.
Cadangan aktiviti
Aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti penerangan guru dengan menggunakan
video. Semasa aktiviti kemuncak murid diminta menyusun adab-adab sebelum makan atau
minum mengikut kumpulan. Kumpulan yang berjaya menamatkan pertandingan dengan betul
akan dikira sebagai pemenang.
12
Rancangan pengajaran harian
Kelas : Mawar (6 tahun)
Tarikh : 25 April 2014
Masa : 9.30-10.00 pagi
Bil pelajar : 25 orang
Tunjang Utama : Kerohanian ,sikap,dan nilai – Pendidikan Islam
Fokus : PI 4.0 Akhlak
Standard Kandungan : PI 4.2– Melakukan amalan harian mengikut adab
seperti melafazkan doa.
Standard Pembelajaran : PI 4.2.6 – Menyatakan adab sebelum makan atau
minum.
Kesepaduan Tunjang : Fizikal dan estetika, Bahasa Malaysia.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Menyatakan adab sebelum makan atau minum.2. Menerangkan kepada rakan adab sebelum makan
atau minum.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah melakukan adab sebelum makan dalam
kehidupan mereka seharian.
Bahan Bantu Mengajar : Carta bergambar, Video
Kemahiran Berfikir (KB) : Menaakul, menjana idea
Penerapan Nilai : bertanggungjawab, beradab, prihatin
Fokus MI : Kinestetik, Linguistik
Masa/ Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Set Induksi(5 minit)
-Tayangan video 1. Guru memainkan video.2. Murid diminta meneka apa yang akan kanak-kanak tersebut lakukan selepas video tersebut dihentikan.
BBB: Laptop,LCD
KB: Menaakul
MI: Linguistik
13
Perkembangan
Langkah 1(6 min)
-Adab sebelum makan dan minum.
1. Guru menyatakan adab sebelum makan.2. Guru membuat tayangan video adab-adab sebelum makan atau minum.
BBB: VCD, laptop
Nilai : prihatin.
Langkah 2(10 min)
-Aktiviti Kumpulan
( cepat,betul, menang)
1. Guru memberikan murid kepada 5 kumpulan.2. Setiap kumpulan diberikan beberapa keping kad gambar.3.Murid berlumba menyusun gambar mengikut urutan adab makan.4. Kumpulan yang cepat dan betul akan menang.
BBB: kad gambar
Nilai:bekerjasama, peka.
Langkah 3(5 min)
-Aktiviti pengukuhan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.2. Murid cuba menomborkan gambar mengikut urutan adab makan yang betul.3. Guru membimbing murid.
KB : Menjana idea
MI : Linguistik
Nilai : Yakin diri dan bersikap positif
Penutup(4 min)
-rumus kembali 1. Guru mengambil beberapa contoh lembaran kerja.2. Murid tersebut diminta menyatakan adab –adab sebelum makan berdasarkan lembaran kerja mereka.
Nilai : yakin
14
Asas Tasyrik
Tidak seorang pun berwenang-wenangnya menghalalkan kecuali apa yang sudah
dihalalkan Allah, juga tidak boleh mengharamkan kecuali apa yang sudah diharamkan Allah.
Allah S.W.T berfirman: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut
oleh lidahmu secara dusta "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan
terhadap Allah. (Surah An-Nahl: 116)
Tujuan disyariatkan hukum Islam adalah demi mewujudkan kebaikan atau masalah
bagi manusia. Hanya saja sebahagian manusia tidak menyedarinya atau tidak tahu makna
tujuan agung tersebut. Jika selama ini beberapa teks hukum Islam seringkali dikesankan
sebagai aturan hukum yang tidak ramah dan bahkan melecehkan terhadap nilai-nilai universal
hak asasi manusia. Ternyata pendapat itu adalah cakap kosong belaka.
Dalam mendidik anak-anak, asas hukum –hakam iaitu asas halal dan haram dan juga
wajib dan sunat mesti diterapkan dalam jiwa kanak-kanak sejak dari awal lagi bagi
mendedahkan mereka kepada asas –asas pendidikan agama yang betul. Hukum hakam tidak
ada tolak dan ansurnya. Haram tetap haram manakala halal tetap halal.
-Definisi
Yang dimaksudkan dengan tasyri' adalah apa yang diturunkan Allah S.W.T untuk
hambaNya berupa manhaj (jalan) yang harus mereka lalui dalam bidang aqidah, muamalat
dan sebagainya. Termasuk di dalamnya masalah penghalalan dan pengharaman.
-Cadangan aktiviti
Pengajaran dimulakan dengan mendengar seruan azan dan meminta murid menjawab
soalan guru tentang apakah tujuan mereka melaungkan azan. Kemudian guru menyatakan
pengertian bersolat dan hukumnya. Murid membuat aktiviti dengan mengisi tempat kosong
tentang pengertian solat dan juga hukum bersolat. Diakhirnya guru menyimpulkan isi
pelajaran.
15
-Rancangan pengajaran harian
Kelas : 1 Cerdik
Tarikh : 28 April 2014
Masa : 8.00-9.00 pagi
Bil pelajar : 24 orang
Tunjang Utama : Kerohanian ,sikap,dan nilai – Pendidikan Islam
Fokus : 3. Adab
Standard Kandungan : 3.5 – Pengertian solat fardhu
Standard Pembelajaran : 3.5.1 – Menyatakan pengertian solat fardhu dan hukumnya.
Kesepaduan Tunjang : Fizikal dan estetika, Bahasa Malaysia.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1.Murid dapat menyatakan pengertian solat fardhu.
2. Murid dapat menyatakan hukum melaksanakan
solat fardhu keatas setiap orang islam.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid melaksanakan solat dirumah.
Bahan Bantu Mengajar : Laptop , LCD
Kemahiran Berfikir (KB) : Menaakul, menjana idea
Penerapan Nilai : bertanggungjawab, peka
Fokus MI : Kinestetik, Muzikal, Linguistik
Masa/ Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran
Catatan
Set Induksi(5 minit)
-Menayangkan video seruan azan.
1. Guru menayangkan video orang sedang melaungkan azan.
2. Murid menghayati laungan azan.
3. Guru menyoal murid apakah
BBB: Laptop,LCD
KB: Menaakul
MI: Linguistik
16
tujuan orang melaungkan azan? Jawapan murid: menyuruh orang islam bersembahyang.
Perkembangan
Langkah 1(6 min)
- Pengertian solat.
1. Guru menyatakan pengertian bagi solat.2. Guru bercerita tentang pentingnya solat.3. Guru menyatakan hukum menunaikan solat.
BBB: carta
Nilai : peka, bertanggungjawab
Langkah 2(10 min)
-Aktiviti Kumpulan
1. Guru memberikan murid kepada 4 kumpulan.2. Setiap kumpulan diberikan kertas majung untuk menulis semula pengertian solat dan hukum bersolat.3.Diakhirnya wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil dapatan mereka.
BBB: kertas majung
Nilai:bekerjasama
Langkah 3(5 min)
-Aktiviti pengukuhan
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.2. murid cuba menjawab soalan yang diberi dengan mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.3. Guru membimbing murid.
KB : Menjana idea
MI : Linguistik
Nilai : yakin
Penutup(4 min)
-Membuat kesimpulan pelajaran
1. Guru membuat kesimpulan pelajaran dengan menyebut semula isi pelajaran secara ringkas.
Nilai: peka
17
Penutup
Secara keseluruhannya, asas akidah , ibadah, asas akhlak dan juga asas tasrik amat
mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin
mengamalkannya secara istiqamah(berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang
mengamalkan asas –asas tersebut dengan betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi
ilmu, amal dan akhlaknya.
Oleh itu, penerapan asas –asas yang kukuh kepada setiap umat islam haruslah
dipupuk sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah”Melentur buluh , biarlah dari rebungnya”.
Jika nilai-nilai asas ini tidak dibentuk sejak dari kecil lagi, dikuatiri umat manusia
akan hilang pedomannya dan yang akan ada hanyalah keadaan yang huru hara.
18
Bibliografi
Bahagian Pembangunan Kurikulum,(2010).Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah:Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rohani bt. Abdullah,Nani bt Menon,Mohd Sharani b. Ahmad(2003),Panduan Kurikulum
Prasekolah:Selangor:PTS Profesional Sdn Bhd.
Ahmad Kusaeri,(2008).Akidah Akhlak:Bandung,Indonesia,Penerbit Grafindo Media Pratama.
Tarmizi Taher,(2002).Menyegarkan Akidah Tauhid Insan:Jakarta,Indonesia.Gema Insani
Mazidah Muhammad ,Dr Noor Hisham Md Nawi,(2011) Indahnya didikan Awal anak cara
Islam:Selangor, PTS Profesional Sdn Bhd.
19
Lampiran.
Lembaran kerja 1. ( Asas akidah)
Nama;__________________________________ kelas :_________________
Tuliskan 3 sifat wajib bagi Allah
PETA BULATAN
20
SIFAT WAJIB BAGI ALLAH
BUKU
USTAZAH
Lembaran kerja 2 (Asas ibadah)
Nama:__________________________________ kelas:_______________
Labelkan anggota-anggota wudhuk wajib.
Lembaran kerja 3 ( Asas Akhlak)
21
2.
5.
3.
4.
1.
Nama:______________________________________ kelas:_______________
Nomborkan gambar adab sebelum makan berikut mengikut susun yang betul.
22
Lembaran kerja 4 (Asas tasyrik)
Nama:_______________________________________ kelas:_______________
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1.Solat bermaksud _______________ dan _____________
2. Dimulai _________ dengan beserta ____________.
3 Diakhiri dengan __________ dengan syarat-syarat tertentu.
4.Hukum solat adalah ___________.
23
Perkataan- perkataan
Perkataan- perkataan
Perbuatan-perbuatan
wajibtakbir
niat salam
Top Related