PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA
PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA
DI ZON BANDAR SEGAMAT, JOHOR
TONG LEK KEE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA PENGELOLA
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI ZON BANDAR
SEGAMAT, JOHOR
SESI PENGAJIAN: 2010/2012
Saya TONG LEK KEE
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( / )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat tetap: TN. HAJI HASSAN BIN HUSHIN
10 Jalan Nagasari 4,
Segamat Baru
85000 Segamat,
Johor
Tarikh:__________________ Tarikh: ___________________
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
Pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab
dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja
kursus danpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
1PENGESAHAN PENYELIA
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
Tandatangan : ..
Nama Penyelia : TN. HAJI HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh : ..
2PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA
PENGELOLA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI
ZON BANDAR SEGAMAT,
JOHOR
TONG LEK KEE
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JANUARI 2013
3Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : .
Nama Penulis : TONG LEK KEE
Tarikh : ..
4PENGHARGAAN
Dengan bersyukur saya berjaya menyempurnakan kajian ini. Saya mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Hassan Bin Hushin yang telah bersusah
payah membantu, membimbing dan member tunjuk ajar yang cukup berguna di dalam usaha
menyiapkan laporan penyelidikan ini. Sesungguhnya apa yang beliau lakukan tidak dapat
penulis membalasnya.
Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar sekolah A,
Guru Besar sekolah B, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah A dan Pengerusi Lembaga
Pengelola Sekolah C, guru-guru dan ibu bapa daerah Segamat, Johor yang terlibat dalam
penyelidikan ini atas segala kerjasama dan bantuan sepanjang penyelidik ini dijalankan.
Penghargaan juga diberi kepada ayah, suami, anak-anak serta rakan-rakan yang
memberi bantuan dan sesiapa juga yang telah memberi sumbangan kepada penyelidikan ini
secara langsung atau pun tidak langsung.
Sekian Terima kasih.
ABSTRAK
5Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan ke atas 4 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di
Zon Bandar Segamat, Johor. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru-guru dan
ibu bapa terhadap peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C).
Kajian ini juga melihat hubungan antara Guru Besar dan Lembaga Pengelola sekolah di SJK
(C) dan untuk mengenal pasti sumbangan-sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK
(C). Sebanyak 92 set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar di SJK
(C) Zon Bandar, Segamat Johor dan 80 set soal selidik juga diedarkan kepada ibu bapa yang
terdapat di Zon Bandar, Segamat Johor. Kajian rintis telah dijalankan dengan menggunakan
kaedah Alpha Cranbach bagi menentukan kebolehpercayaan instrument kajian. Data
dikumpul secara kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif akan dianalisa dengan
menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS version 15.0) untuk
mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi data kualitatif pula,
penyelidik telah menemu ramah dengan Guru Besar dan Pengerusi Lembaga Pengelola
Sekolah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan hubungan antara Guru Besar
dengan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C). Kesimpulan dalam kajian ini adalah
Lembaga Pengelola Sekolah amat penting dalam sekolah Cina untuk membantu dalam
pembangunan sekolah. Hubungan di antara pihak sekolah dan Lembaga Pengelola Sekolah
akan mempengaruhi pembangunan sekolah jika mengalami perselisihan di antaranya.
1KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN i HALAMAN
PERHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL vii
SENARAI LAMPIRAN ix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Rasional Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Skop Kajian 6
1.9 Batasan Kajian 6
1.10 Definisi Kajian 7
1.10.1 Guru Besar 7
1.10.2 Lembaga Pengelola Sekolah 7
1.10.3 Guru 8
1.10.4 Masyarakat 9
1.10.5 Hubungan 10
1.10.6 Sekolah Jenis Kebangsaan 10
1.10.7 Bantuan Kerajaan 10
1.10.8 Modal Bantuan11
21.11 Kesimpulan
12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
13
2.2 Peranan Lembaga Pengelola Sekolah
Di sekolah Cina
13
2.2.1 Tugas Lembaga Pengelola Sekolah
15
2.3 Hubungan antara Guru Besar dengan
Pengelola Sekolah di sekolah Cina 16
2.3.1 Hubungan ibu bapa dengan sekolah 17
2.3.2 Hubungan pendidikan dengan komuniti 17
2.4 Sokongan Lembaga Pengelola
2.4.1 Sokongan bersama 18
2.4.2 Sokongan ibu bapa 18
2.5 Kerjasama 19
2.5.1 Mengapa Kerjasama penting 20
2.6 Sumbangan-sumbangan Lembaga Pengelola
Sekolah di sekolah Cina 21
2.7 Penutup
23
BAB 3 BAB KHAS
33.1 Perkembangan Pendidikan Cina Di Malaysia
24
3.2 Peranan Dong Zong
27
3.3 Peranan Jiao Zong
28
3.4 Penubuhan Lembaga Pengelola (Dong Jiao Zong) 31
3.5 Kesimpulan
33
BAB 4 METODOLOGI KAJIAN4.1 Pengenalan
34
4.2 Reka Bentuk Kajian
34
4.3 Populasi dan Sampel Kajian
35
4.4 Instrumen Kajian
36
4.5 Kajian Rintis
38
4.6 Prosedur Kajian
39
4.7 Analisis Data
39
BAB 5 DAPATAN KAJIAN5.1 Pengenalan
41
5.2 Latar Belakang Responden
442
5.3 Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 47
5.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah persepsi guru-guru 47
Terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola
Sekolah di SJK (C)?
5.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah persepsi ibu bapa 51
Terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola
Sekolah di SJK (C)?
5.3.3 Persoalan Kajian 3: Untuk mengenal pasti hubungan 53
antara Guru Besar dengan Lembaga Pengelola di
SJK (C)?
5.3.3.1 Temu bual dengan Guru Besar sekolah A 54
5.3.3.2 Temu bual dengan Guru Besar sekolah B 60
5.3.3.3 Temu bual dengan Pengerusi Lembaga 68
Pengelola sekolah A
5.3.3.4 Temu bual dengan Pengerusi Lembaga 71
Pengelola sekolah C
5.3.3.5 Rumusan Analisis Temubual
76
5.3.4 Persoalan Kajian 4: Untuk mengenal pasti sumbangan -81
sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C)?
BAB 6 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan
82
6.2 Objektif
82
6.3 Perbincangan Hasil Kajian
83
6.3.1 Objektif 1:Untuk mengenalpasti persepsi
83
guru-guru terhadap peranan pengurusan
Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C).
56.3.2 Objektif 2:Untuk mengenalpasti persepsi
86
ibu bapa terhadap peranan pengurusan
Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C).
6.3.3 Objektif 3:Untuk mengenal pasti hubungan 87
antara Guru Besar dengan Lembaga Pengelola
Sekolah di SJK (C)
6.3.4 Objektif 4:Untuk mengenalpasti sumbangan- 89
Sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah
di SJK (C)
6.4 Rumusan Kajian
90
6.5 Cadangan Kajian
92
6.6 Cadangan Kajian Lanjutan
92
6.7 Penutup
92
RUJUKAN
94
LAMPIRAN
98
6SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejeic dan Morgan (1970) 36
4.2 Skala Likert Lima Markat 37
5.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut Jantina 42
5.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(ibu bapa) Mengikut Jantina 43
5.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut Bangsa 43
5.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(ibu bapa) Mengikut Bangsa 44
5.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut Lokasi 44
5.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(ibu bapa) Mengikut Lokasi 45
5.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut 45
Taraf Pendidikan
5.8 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(ibu bapa) Mengikut 46
Taraf Pendidikan
5.9 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden(guru) Mengikut 46
Pengalaman Mengajar
5.10 Taburan Responden Mengikut Peratus, Sisihan Piawai dan Min 47
Bagi persepsi guru-guru terhadap peranan pengurusan Lembaga
Pengelola Sekolah di SJK (C).
5.11 Taburan Responden Mengikut Peratus, Sisihan Piawai dan Min 51
Bagi persepsi ibu bapa terhadap peranan pengurusan Lembaga
Pengelola Sekolah di SJK (C).
5.12 Rumusan Analisis Temu Bual 76
7SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik (guru) 98
B Borang Soal Selidik (ibu bapa) 101
C Soalan Temu bual 104
D Data-data SPSS 105
E Contoh senarai nama Lembaga Pengelola Sekolah SJK(C) 116
F Surat Kebenaran Kajian 117
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Oleh itu,
negara kita amat mementingkan sistem pendidikan dalam negara. Seperti yang
diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidikan membawa maksud
perihal mendidik, ilmu dan didikan, latihan dan ajaran. Secara umumnya, sekolah
adalah tempat yang disediakan untuk murid-murid belajar pelbagai kemahiran dan
menambah ilmu pengetahuan seseorang.
Di Malaysia, terdapat sebanyak seribu dua ratus buah sekolah rendah Cina
adalah dibina oleh masyarakat Cina sendiri. Setiap sekolah rendah Cina ini
mempunyai Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Cina sendiri. Masyarakat Cina
telah mengamanahkan Lembaga Pengelola Sekolah untuk mengekalkan dan
mengembangkan sekolah-sekolah Cina. Jadi, Lembaga Pengelola ini amat
memainkan peranan sebagai badan pengurusan sekolah di bawah Undang-Undang
pendidikan. Jadi, tugas ahli Lembaga Pengelola Sekolah pada masa kini adalah
bertanggungjawab untuk menyediakan tempat asas belajar bagi murid untuk belajar
dan membantu murid mencapai ke tahap yang lebih tinggi.
2
Sebagai kesimpulannya, tugas utama bagi Lembaga Pengelola Sekolah adalah
menguruskan sekolah ini mengikut cara yang tidak tak konsisten dengan Akta
Pendidikan dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta Pendidikan dan
hendaklah memastikan semua harta sekolah dijaga dengan cermat.
Pelaksanaan Lembaga Pengelola Sekolah di setiap sekolah adalah untuk
memberi sumbangan kepada pelajar dan merapatkan kerjasama antara ibu bapa dan
pihak sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa dengan Lembaga Pengelola Sekolah
adalah penting dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar dan
pembangunan sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa dahulu, masyarakat Cina telah mula berusaha mengumpul wang
daripada masyarakat untuk mendirikan sekolah-sekolah Cina. Ini adalah kerana
mereka mengimpikan generasi muda boleh mendapat pendidikan Cina sejak kecil
lagi. Sehinggalah hari ini, masyarakat Cina juga tidak menukar matlamatnya dan
mereka bukan sahaja menyumbang tenaga tetapi mereka juga menyumbang banyak
usaha dalam mencari wang untuk membangunkan sekolah-sekolah Cina. Walaupun
kerajaan Malaysia akan memberi bantuan kewangan kepada SJK (C) pada setiap
tahun tetapi wang tersebut adalah tidak mencukupi untuk memperkembangkan
sekolah-sekolah Cina pada masa sekarang.
Dalam kes ini, pemimpin Dong Jiao Zong menganggap klasifikasi sekolah
rendah kepada sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan modal adalah suatu dasar
yang tidak adil. Mereka mendesak Kementerian Pendidikan supaya menarik balik
klasifikasi sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan modal dan digantikan dengan
polisi layanan yang sama terhadap semua sekolah tanpa mengambil kira hak milik
tanah. Dong Jiao Zong dan Lembaga Pengelola SJK(C) bantuan modal bertegas
untuk mendapat layanan yang sama dengan sekolah bantuan penuh milik kerajaan, di
samping ingin mengekalkan kuasa autonominya terutama ke atas hak milik tanah.
3
Tuntutan tersebut telah mendapat sokongan ahli parlimen Malaysian Chinese
Association (MCA). Sehingga kini, Kementerian Pendidikan menolak sebarang
cadangan untuk menukar taraf sekolah bantuan modal ke taraf sekolah yang dimiliki
penuh oleh kerajaan selagi status tanah sekolah bantuan modal bukan dimiliki oleh
kerajaan.
Di samping itu, lembaga ini juga bertanggungjawab menyatupadukan kuasa
daripada pelbagai peringkat masyarakat, mengawasi dan membantu kerajaan untuk
menguruskan sekolah. Peranan utama Lembaga Pengelola ialah membela dan
melindungi hak pendidikan Cina di bawah undang-undang negara untuk mengenal
pasti sekolah rendah Cina tidak mengalami sebarang perubahan yang tidak
bersesuaian dengan permintaan masyarakat Cina terhadapnya. Lembaga Pengelola
ini juga banyak berusaha dalam mengumpulkan wang dan membuat rancangan
dalam pembinaan serta perkembangan sekolah. Walau bagaimanapun, perkembangan
dasar penggunaan sejenis bahasa sebagai bahasa pengantar dianggap menyebabkan
kerajaan semakin mengetepikan kuasa Lembaga Pengelola Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) melalui administrasi. Segala surat pengumuman dan dokumen
yang diedarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan kepada sesebuah SJK (C)
sepatutnya harus diketahui oleh Lembaga Pengelola sekolah tersebut tetapi
disebabkan identiti pengetua sebagai kakitangan kerajaan, maka kebanyakan Guru
Besar telah menyimpan maklumat-maklumat yang berkaitan dan tidak memberitahu
Lembaga Pengelola. Oleh itu, Lembaga Pengelola dilihat semakin dipisahkan
daripada pengurusan sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan latar belakang masalah di atas, didapati ramai warga sekolah
rendah Cina tidak mengetahui dan memahami peranan Lembaga Pengelola Sekolah.
Ini termasuklah guru-guru dan ibu bapa murid. Ini akan menjadi satu masalah dalam
pengurusan dan pembangunan sesuatu sekolah. Selain daripada itu, kajian mengenai
hubungan Guru Besar setiap sekolah dengan Lembaga Pengelola sekolah juga sangat
4
penting. Masalah hubungan antara Guru Besar dan Lembaga Pengelola Sekolah
adalah penting dan ini akan menjejaskan pembangunan sesebuah sekolah. Akhirnya,
sekolah-sekolah ini akan menghadapi kekangan apabila dalam memperkembangkan
sekolah.
1.4 Objektif Kajian
1. Untuk mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap peranan pengurusan
Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C).
2. Untuk mengenal pasti persepsi ibu bapa terhadap peranan pengurusan
Lembaga Pengelola Sekolah di SJK(C).
3. Untuk mengenal pasti hubungan antara Guru Besar dengan Lembaga
Pengelola Sekolah di SJK (C) .
4. Untuk mengenal pasti sumbangan-sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di
SJK (C).
1.5 Persoalan kajian
1. Apakah persepsi guru-guru terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola
Sekolah di SJK(C)?
2. Apakah persepsi ibu bapa terhadap peranan pengurusan Lembaga Pengelola
Sekolah di SJK (C)?
3. Apakah hubungan antara Guru Besar dengan Lembaga Pengelola Sekolah di
SJK (C)?
4. Apakah sumbangan-sumbangan Lembaga Pengelola Sekolah di SJK (C)?
5
1.6 Rasional Kajian
Pada masa kini, terdapat masalah yang sangat serius di sekolah iaitu murid
tidak menyiapkan kerja sekolah. Masalah ini yang melanda murid pada masa kini
amatlah membimbangkan dan ia adalah satu halangan proses penerapan ilmu. Oleh
kerana murid-murid adalah pewaris kepada kepimpinan negara, jadi masa depan
negara akan terjejas. Dengan ini, tingkah laku murid dan masalah ini haruslah
dibendung dari peringkat awal lagi.
Oleh itu, penyelidik hendak mengetahui peranan Lembaga Pengelola
Sekolah. Kajian ini juga dijadikan sebagai panduan untuk memberitahu dan kaji
tentang peranan atau tanggugjawab Lembaga Pengelola Sekolah dalam sekolah Cina.
Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan agar dapat menyedarkan kepada semua guru
dan masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk masyarakat, guru-guru dan Lembaga Pengelola
Sekolah. Hasil daripada kajian ini, penyelidik berharap dapat membantu guru-guru,
pihak Lembaga Pengelola Sekolah, masyarakat menyedari peranan mereka dalam
membantu sekolah dan memperkembangkan sekolah.
Adalah diharapkan kajian ini dapat membantu sekolah dapat mencapai ke
matlamat yang lebih tinggi. Lembaga Pengelolaan dapat membantu sekolah
membuat perubahan yang lebih baik supaya sekolah dapat mendidik generasi muda
dengan berjaya. Tambahan pula, Lembaga Pengelola Sekolah dapat menguruskan
kewangan sekolah dengan lebih cekap.
6
Adalah amat penting untuk mengetahui peranan-peranan dan tanggungjawab
pihak Lembaga Pengelola Sekolah sebenar yang membantu dan memperkembang
sesebuah sekolah.
1.8 Skop kajian
Skop ini adalah meninjau peranan Lembaga Pengelola Sekolah, perubahan
yang telah dibuat oleh Lembaga Pengelola Sekolah dan pengurusan kewangan yang
diuruskan oleh Lembaga Pengelola Sekolah. Kajian ini dijalankan bagi pelajar di
empat buah sekolah yang dipilih oleh penyelidik di sekolah Cina Zon Bandar,
Segamat .
1.9 Batasan kajian
Kajian ini hanya menumpukan kepada guru-guru yang berada di empat buah
sekolah di daerah Segamat. Oleh itu, dapatan kajian hanya merujuk kepada populasi
yang dikaji.
Data yang dikumpul adalah melalui soal selidik dan temu duga rawak.
Sehubungan dengan itu, penyelidik membuat andaian bahawa responden memahami
soal selidik dan menjawab soal selidik dengan jujur dan ikhlas. Kesahan dan
kebolehpercayaan kajian ini berdasarkan andaian tersebut.
Selain itu, pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam analisis bagi
menjawab persoalan kajian adalah terhad kepada apa yang dinyatakan di dalam
instrumen kajian sahaja.
7
1.10 Definisi Kajian
Beberapa istilah yang digunakan akan dijelaskan maksudnya mengikut
konteks kajian ini.
1.10.1 Guru Besar
Guru Besar Sekolah adalah pengasas dan penyokong inovasi (Jones,
1990:27). Beliau adalah orang yang memulakan projek dan menentukan projek yang
dirancang oleh mereka apat dijalankan dengan lancar (Datnow & Castellano,
2001:278). Guru Besar Sekolah adalah merancang, menyusun, memimpin dan
mengawal semua aktiviti termasuk pengurusan sumber manusia (Daresh, 2001:105).
Beliau adalah ketua sekolah, orang yang bertanggungjawab untuk semua aktiviti
yang berlaku di dalam dan sekitar sekolah. (Saxe, 1980:195).
Beliau adalah pengurus sekolah yang berkenaan dengan membantu
kakitangan sekolah untuk mencapai individu, hubungan sekolah serta objektif
sekolah (Bryant, 1998:8); (Bush, 1986:2). Beliau adalah orang yang dengan pihak
berkuasa tertinggi di sebuah sekolah (Crowther (ed.)1995:918).
Dalam kajian ini, Guru Besar adalah ketua pentadbir Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina di daerah Segamat.
1.10.2 Lembaga Pengelola Sekolah
Dalam kajian ini, Lembaga Pengelola Sekolah adalah bermaksud
pentadbiran, tadbir urus, badan pentadbiran, penubuhan lembaga, pihak organisasi
(atau jawatankuasa atau jabatan dan lain-lain) yang membentuk sebuah badan untuk
tujuan mentadbir sesuatu organisasi.
8
Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996, membolehkan
Lembaga Pengelola Sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali
bagi sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka.
Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang
dikekalkan kerana masih diperlukan.
Dalam Akta Pelajaran 1961, semua kategori sekolah termasuk sekolah
kerajaan perlu menubuhkan lembaga pengelola.
1.10.3 Guru
Rata-rata kita mengakui bahawa guru merujuk kepada sesuatu kerjaya yang
berperanan menyampaikan ilmu. Guru dianggap sebagai agen perubah kepada
masyarakat. Peranan mereka bukan sahaja kepada menyampaikan ilmu tetapi mereka
juga tidak terlepas dari tugas mendidik.
Menurut Kamus Dewan, guru merujuk kepada pendidik, pengajar dan
pengasuh. Manakala keguruan pula ialah perkara yang berkaitan dengan guru,
peranan (tugas, kelayakan) sebagai guru.
Guru (dari bahasa Sanskrit ) ataupun dikenali juga sebagai pengajar,
pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi
pendidikan seperti sekolah atau tiusyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini
guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu
bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal
dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau
pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta
diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip
pengajaran.
9
1.10.4 Masyarakat
Masyarakat (society) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan
komuniti manusia yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu
merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi pelaksanaan, ia
bermaksud sesuatu yang dibuat atau tidak dibuat oleh kumpulan orang itu.
Masyarakat merupakan subjek utama dalam pengkajian sains sosial.
Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-
ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai
murni seperti kerakyatan, hak dan etika. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai
keadilan. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah
masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.
Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia
yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,
keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan
bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang
sifatnya seperti kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan
melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung,
menghadiri kendui majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka
atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan
pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit
sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik
dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.
10
1.10.5 Hubungan
Perhubungan adalah suatu perkongsian yang bergantung kepada semangat
saling mempercayai (Houle, 1989:19-20). Dalam hubungan adalah semua pihak yang
terlibat dapat berkomunikasi berterusan antara satu sama lain.
Dalam kajian ini, hubungan yang hendak dikaji adalah hubungan di antara
Guru Besar dan Lembaga Pengelola Sekolah Cina.
1.10.6 Sekolah Jenis Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan sekolah rendah
bantuan kerajaan:
a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dan umur
enam tahun;
b) yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama;
dan
c) yang menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran wajib.
1.10.7 Bantuan Kerajaan
Sekolah Bantuan Kerajaan atau Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan
ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan
sumbangan bantuan penuh.
Sumbangan modal ertinya bayaran daripada wang awam kepada sesuatu
institusi pendidikan bagi :
1. Mengadakan bangunan;
11
2. Mengubah atau menambah premis yang sedia ada;
3. Mengadakan perabot atau kelengakapan bagi premis yang baru, diubah atau
ditambah; atau
4. Apa-apa maksud lain yang ditetapkan.
Manakala Sumbangan bantuan ertinya apa-apa bayaran daripada wang
awam, selain daripada sumbangan modal, yang dibuat kepada sesuatu institusi
pendidikan. Berhubung dengan perkara tersebut, bantuan yang dimaksudkan tidak
melibatkan apa-apa bantuan bagi tujuan pembayaran yuran serta pembelian buku-
buku tambahan.
Untuk makluman, penetapan bayaran-bayaran tambahan sekolah adalah di
bawah bidang kuasa sekolah berkenaan setelah mendapat persetujuan sepenuhnya
daripada ibu bapa dan penjaga melalui keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah. Sekolah bantuan kerajaan atau bantuan
modal adalah sekolah-sekolah di mana urusan pentadbiran di bawah kelolaan
lembaga pentadbiran sendiri manakala kerajaan hanya memberi subsidi peruntukan
pengurusan murid sahaja. Semua polisi sekolah ditadbirkan oleh Lembaga Pengelola
Sekolah manakala perlantikan guru dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.10.8 Bantuan Modal
Sekolah bantuan modal pula menerima pembiayaan dari segi emolumen dan
geran per kapita murid, tetapi perlu mencari dana sendiri untuk pembangunan fizikal
sekolah.
12
1.11 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, peranan Lembaga Pengelola Sekolah amat penting
dalam setiap sekolah. Selain daripada itu, hubungan antara Guru Besar dan Lembaga
Pengelola Sekolah juga sangat penting dalam sekolah. Ini adalah kerana hubungan
Lembaga Pengelola Sekolah dan peranan Lembaga Pengelola Sekolah akan
mempengaruhi perkembangan sekolah tersebut.
A. AKUAN TESISUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIAJohorTarikh:__________________ Tarikh: ___________________CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
PENGHARGAANisi kandunganBAB 1
Top Related